-
Ms 16 Edisi 1 - 31 Julai 2014
Oleh: Aishah Binti Ishak, Ahmad Tarmizi Md Nor
Batang Kali - Perhimpunan bulanan
KKHS telah diadakan pada 21 Julai
yang lalu. Unit Pentadbiran telah dia-
manahkan untuk mengendalikan pro-
gram perhimpunan bulanan ini. Pro-
gram perhimpunan bulanan ini diada-
kan setiap 3 bulan sekali. Pengarah
KKHS menyampaikan amanat Dato KP
serta maklumat-maklumat terkini
kepada semua kakitangan KKHS. Pen-
yampaian Anugerah Pekerja Contoh
(APC) bulanan antara tentatif pro-
gram perhimpunan bulanan kali ini.
Perhimpunan Bulanan
Diterbitkan oleh: Unit Multimedia & Sumber (UMS) Kolej
Komuniti Hulu Selangor, No 43-57 jalan Kelah 2, Taman Perniagaan
Kelah, 44300 Batang Kali, Selangor Tel: 03-60571717 Faks:
03-60571718 Email: www.kkhse.edu.my
K O L E J K O M U N I T I H U L U S E L A N G O R , K E M E N T
E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A
Bil. 7
Edisi 1 - 31 Julai 2014
BULETIN JULAI 2014
Menarik didalam: Taklimat Pengarah Dan KJKK Sempena MSK
Oleh: Siti Khadijah Binti Othman
Batang Kali - Pada 1 Julai yang lalu, telah berlang-
sung sesi taklimat pengarah dan KJKK sempena hari
pendaftaran pelajar baru sesi Julai 2014. Program ini
telah diadakan di blok B KKHS dengan kehadiran ibu
bapa dan penjaga pelajar.
Mesyuarat Penilai PDK Ms 12
Ms 13
Hari Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Julai 2014
Ms 2
MSK Sesi Julai 2014 Ms 3
Mesyuarat Program Tadarus Kali Ke 3
Ms 5
Perjumpaan Dengan OBD Hulu Selangor
Ms 4
Kursus Microsoft Word & Excel
Ms 7
Majlis Iftar MSK Ms 6
Program MSK Di Colo-colo
Ms 8
Kursus Asas Pendawaian Elektrik
Ms 10
Iftar MSK Di Colo-Colo Ms 11
Majlis Program Tadarus & Ehya Ramadan
Majlis Penutup Program Tadarus & Khatam Perdana
Ms 14
Perhimpunan Bulanan Ms 15
-
Ms 2 Edisi 1 - 31 Julai 2014
Hari Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Julai 2014
Oleh: Nurul Wahidah Binti Wahid Anuar
Batang Kali - Pada 1 Julai yang lalu, telah berlangsung hari
pendaftaran pelajar baru
sesi Julai 2014. Seramai 57 orang pelajar baru telah mendaftar
di KKHS dimana
seramai 27 pelajar kursus SKS dan 30 pelajar kursus SPL. Selepas
selesai sesi pen-
daftaran, para pelajar akan mengikuti program Minggu Suai Kenal
(MSK) yang meru-
pakan program wajib yang perlu dihadiri oleh semua pelajar baru
yang diadakan di
KKHS dan Colo-colo Resort, Batang Kali.
Edisi 1 - 31 Julai 2014 Ms 15
-
Ms 14 Edisi 1 - 31 Julai 2014
Majlis Penutup Program Tadarus & Khatam Perdana
Oleh: Kamaruzzaman Bin Mohamed Ranip, Maslina Binti Abd
Rahim,
Zaidah Binti Muda
Kuala Kubu Baru - Pada 19 Julai yang lalu, telah berlangsung
majlis penutup
program tadarus & khatam perdana yang diadakan di Masjid
Jamek Ar-Rahimah,
Kuala Kubu Bharu. Program ini dihadiri oleh pelajar KKHS dan
para pelajar
maahad tahfiz seluruh daerah Hulu Selangor dengan kerjasama
PITAS. Majlis
penutup telah dirasmikan oleh Y.D.H. Dato' Haji Aman Shah Bin
Mohd Shahar,
Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor, Orang Besar Daerah
Hulu Selangor.
Edisi 1 - 31 Julai 2014 Ms 3
Oleh: Siti Khadijah Binti Othman
Batang Kali - Minggu Suai Kenal (MSK)
merupakan program wajib yang perlu
dijalani oleh semua pelajar yang baru
mendaftar. Program ini telah dijalankan di
KKHS dan Colo-colo Resort, Batang Kali.
Program ini dilihat berjaya menunjukkan
kebolehan para pelajar dalam memahami
sistem pengajaran di KKHS dan kemampu-
an untuk bergaul antara satu sama lain
dengan lebih rapat dan mesra.
Minggu Suai Kenal Sesi Julai 2014
-
Ms 4 Edisi 1 - 31 Julai 2014
Perjumpaan Dengan OBD Hulu Selangor
Oleh: Kamaruzzaman Bin Mohamed Ranip, Ahmad Tarmizi Bin Md
Nor
Kuala Kubu Baru - Pada 1 Julai yang lalu, satu perjumpaan telah
berlangsung di
pejabat Y.D.H. Dato' Haji Aman Shah Bin Mohd Shahar, Dato' Orang
Kaya Ma-
ha Bijaya Hulu Selangor, Orang Besar Daerah Hulu Selangor. KKHS
telah diwakili
oleh KJPSH, ustaz Kamaruzzaman Bin Mohamed Ranip. Perjumpaan ini
adalah un-
tuk memaklumkan kepada OBD tentang program tadarus & khatam
perdana yang
akan berlangsung di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu
yang akan di-
adakan pada 18&19 Julai yang akan datang dan menjemput
beliau untuk merasmi-
kan majlis penutup program tersebut. OBD telah bersetuju untuk
hadir dan
sekaligus merasmikan majlis penutup program tersebut yang
dijadualkan selepas
waktu solat asar.
Edisi 1 - 31 Julai 2014 Ms 13
Majlis Program Tadarus & Ehya Ramadan
Oleh: Kamaruzzaman Bin Mohamed Ranip, Zaidah Binti Muda
Kuala Kubu Baru - Pada 18 Julai yang lalu, sempena mengambil
keberkatan di da-
lam bulan Ramadhan 1435H, telah berlangsung program tadarus
& khatam perdana
yang diadakan di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu.
Program ini dihadiri
pelajar KKHS dan para pelajar maahad tahfiz seluruh daerah Hulu
Selangor dengan
kerjasama PITAS dan Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor,
Orang Besar Dae-
rah Hulu Selangor.
-
Ms 12 Edisi 1 - 31 Julai 2014
Mesyuarat Penilai PDK
Oleh: Siti Noorhani Binti Mohd Kardi
Bukit Beruntung - Mesyuarat ini bertujuan
untuk menjalankan kerjasama di antara
KKHS dan PDK (Pemulihan Dalam Komuniti)
di dalam meningkatkan kemahiran para
pelatih pusat PDK. KKHS telah men-
cadangkan beberapa kursus pendek yang
sesuai dijalankan bersesuaian dengan tahap
pemulihan OKU di setiap PDK.
Edisi 1 - 31 Julai 2014 Ms 5
Mesyuarat Program Tadarus Kali Ke 3
Oleh: Kamaruzzaman Bin Mohamed Ranip, Maslina Binti Abd
Rahim
Batang Kali - Pada 2 Julai yang lalu, mesyuarat kali ketiga
program tadarus & kha-
tam perdana yang akan berlangsung di Masjid Jamek Ar-Rahimah,
Kuala Kubu Bharu
telah diadakan. Mesyuarat ini bertujuan untuk menerangkan
tugasan dan tindakan
AJK yang terlibat dalam melancarkan program ini. Mesyuarat ini
telah dihadiri oleh
16 orang wakil dari madrasah dan tahfiz sekitar Daerah Hulu
Selangor serta wakil
dari PITAS
-
Ms 6 Edisi 1 - 31 Julai 2014
Iftar MSK Sesi Julai 2014 Oleh: Siti Khadijah Binti Othman,
Maliah Binti Rohaizat
Batang Kali - Program ini diadakan sempena Minggu Suai Kenal
(MSK) Julai 2014
dalam bulan Ramadhan 1435H. Program dimulakan dengan jamuan
iftar dan disusuli
dengan solat berjemaah dan sesi tazkirah. Program ini disertai
oleh para pelajar ba-
ru dan pensyarah-pensyarah yang sudi berbuka puasa bersama-sama
dengan para
pelajar baru.
Edisi 1 - 31 Julai 2014 Ms 11
Iftar MSK Di Colo-Colo Oleh: Siti Khadijah Binti Othman, Maliah
Binti Rohaizat
Batang Kali - Program ini diadakan sempena Minggu Suai Kenal
(MSK) Julai 2014
dalam bulan Ramadhan 1435H. Program dimulakan dengan jamuan
iftar dan disusuli
dengan solat berjemaah dan sesi tazkirah. Program ini disertai
oleh para pelajar ba-
ru dan pensyarah-pensyarah yang sudi berbuka puasa bersama-sama
dengan para
pelajar baru.
-
Ms 10 Edisi 1 - 31 Julai 2014
Kursus Asas Pendawaian Elektrik Oleh: Salwa Binti Anuar
Batang Kali - Pada 3 Julai yang lalu, kursus pembuatan Asas
Pendawaian Elektrik
telah diadakan di Makmal Pepasangan Rangkaian KKHS. Seramai 12
orang pelajar
dari Maahad Tahfiz Al-Kholidi, Ulu Yam telah menyertai kursus
ini. Puan Salwa Binti
Anuar telah menjadi tenaga pengajar dan penyelaras bagi kursus
ini.
Edisi 1 - 31 Julai 2014 Ms 7
Kursus Microsoft Word & Excel Oleh: Salwa Binti Anuar, Siti
Noorhani Binti Mohd Kardi
Batang Kali - Pada 2 Julai yang lalu, kursus pembuatan Microsoft
Word & Excel telah
diadakan di Makmal Komputer KKHS. Seramai 36 orang peserta yang
terdiri da-
ripada kakitangan pejabat kesihatan daerah Hullu Selangor telah
menghadiri kursus
ini. Puan Salwa Binti Anuar telah menjadi tenaga pengajar
manakala Puan Siti Noor-
hani Binti Mohd Kardi merupakan penyelaras bagi kursus ini.
-
Ms 8 Edisi 1 - 31 Julai 2014
Program MSK Di Colo-Colo Oleh: Siti Khadijah Binti Othman,
Maliah Binti Rohaizat
Batang Kali - Program ini diadakan sempena Minggu Suai Kenal
(MSK) Julai 2014
dalam bulan Ramadhan 1435H. Program dimulakan dengan jamuan
iftar dan disusuli
dengan solat berjemaah dan sesi tazkirah. Program ini disertai
oleh para pelajar ba-
ru dan pensyarah-pensyarah yang sudi berbuka puasa bersama-sama
dengan para
pelajar baru.
Edisi 1 - 31 Julai 2014 Ms 9