Pengenalan Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang. Kegiatan seperti ini boleh dilakukan secara spontan atau dibuat dalam bentuk yang dirancang. Berbanding dengan komunikasi lisan yang lebih mudah dan ringkas, komunikasi bertulis melibatkan beberapa faktor. Selain isi yang hendak dibicarakan, komunikasi ini juga melibatkan kriteria tertentu seperti pemilihan kata yang sesuai, laras bahasa, gaya persembahan, bentuk penyampaian, format dan pengolahan yang menarik. Bahasa merupakan aspek penting dalam komunikasi bertulis. Penulis perlu menggunakan bahasa dalam berbagai- bagai cara mengikut jenis teks dan konteks yang sesuai serta tidak melakukan sebarang kesalahan yang akan mencacatkan teks atau majlis yang berkaitan. Penulis harus menjaga diri supaya sentiasa dapat mematuhi sistem bahasa, laras dan format yang ditetapkan. Pengolahan teks yang sempurna perlu mempunyai kesepaduan, kesinambungan, ketertiban dan pertalian; baik dari segi bahasa mahupun pemerengganan. Justeru, hal ini dapat membantu penulis memberikan gambaran yang lebih jelas dan menggerakkan daya fikir serta kefahaman pembaca atau khalayak dengan lebih baik. Fakta yang sempurna mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Pandangan dan pendapat yang berasaskan prinsip, falsafah, ideologi dan teori tertentu juga
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Pengenalan
Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam
bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan
datang. Kegiatan seperti ini boleh dilakukan secara spontan atau dibuat dalam
bentuk yang dirancang. Berbanding dengan komunikasi lisan yang lebih mudah dan
ringkas, komunikasi bertulis melibatkan beberapa faktor. Selain isi yang hendak
dibicarakan, komunikasi ini juga melibatkan kriteria tertentu seperti pemilihan kata
yang sesuai, laras bahasa, gaya persembahan, bentuk penyampaian, format dan
pengolahan yang menarik.
Bahasa merupakan aspek penting dalam komunikasi bertulis. Penulis perlu
menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai cara mengikut jenis teks dan konteks
yang sesuai serta tidak melakukan sebarang kesalahan yang akan mencacatkan
teks atau majlis yang berkaitan. Penulis harus menjaga diri supaya sentiasa dapat
mematuhi sistem bahasa, laras dan format yang ditetapkan. Pengolahan teks yang
sempurna perlu mempunyai kesepaduan, kesinambungan, ketertiban dan pertalian;
baik dari segi bahasa mahupun pemerengganan. Justeru, hal ini dapat membantu
penulis memberikan gambaran yang lebih jelas dan menggerakkan daya fikir serta
kefahaman pembaca atau khalayak dengan lebih baik.
Fakta yang sempurna mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang
tinggi. Pandangan dan pendapat yang berasaskan prinsip, falsafah, ideologi dan
teori tertentu juga merupakan sumber yang dapat digunakan sebagai fakta. Perkara
yang penting ialah fakta itu jelas, bermutu, dapat dibuktikan, logik dan disampaikan
secara mudah dan penuh bertanggungjawab.
Definisi dan Konsep Komunikasi
Perkataan komunikasi berasal daripada bahasa Latin communiatus yang
bereri berkongsi sesuatu. Daripada pengertian ini jelas menunjukkan bahawa ada
perkongsian untuk mewujudkan satu presefahaman dalam komunikasi. Komunikasi
merupakan proses pengiriman maklumat, pemikiran, sikap, atau emosi daripada
seseorang dengan menggunakan simbol-simbol seperti yang dikemukakan oleh
Theodorson & Theodorson (1969).
Pengertian konsep komunikasi daripada perspektif pentebaran amat mudah
dan dangkalpentebaran amat mudah dan dangkal kerana tidak memberikan
pertimbangan kepada penilaian si penerima dan lebih bersifat sehala. Definisi yang
lebih menumpu kepada komunikasi yang berkesan memberikan penekanan kepada
perkongsian makna dan maklum balas. Daripada pelbagai definisi yang diberikan,
jelas menunjukkan bahawa komunikasi ialah satu pemindahan maklumat, idea, dan
emosi oleh penyampai kepada penerima melalui pelbagai saluran dengan tujuan
mencapai persamaan makna.
Komunikasi yang tidak berkesan membawa banyak masalah dalam
masyarakat. Gejala keruntuhan institusi rumah tangga, kadar kegagalan
penguasaan 3M yang tinggi dalam kalangan murid dan pelbagai masalah lagi sedikit
sebanyak dapat ditangani sekiranya komunikasi berkesan sentiasa tercapai.
Bentuk komunikasi
Pandangan dari tokoh-tokoh terkemuka mengenai komunikasi ;
Kesantunan berbahasa
Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada
kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval
seperti tingkah laku, mimik muka,dan nada suara. Dalam hal ini, Lakoff (1975)
mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran
dalam sesuatu interaksi. Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa
kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan
pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi. Selain itu,
kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka
(TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan Levinson, 1987).
Kesantunan bahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan
bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang
dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang lebih rendah
kedudukannya daripada kita (Amat Juhari Moin, 1972).
Sebarang bentuk komunikasi seperti memo, surat kiriman, syarahan,laporan
yang tidak menggunakan bahasa yang sesuai dan kena pada tempatnya
menggambarkan sikap tidak menghormati perasaan orang yang
menerimanya.Kesilapan yang kerap berlaku terutama penggunaan panggilan nama
peribadi atau kata ganti nama dalam situasi komunikasi formal.
Dalam konteks kesantunan berbahasa pula, Asmah Hj. Omar (2000)
mengaitkannya dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan
kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Keadaan
yang demikian akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur
dan pendengar.
Dalam masyarakat Melayu, kesantunan bukan sahaja merujuk kepada latar
sosio budaya msayarakatnya yang berpegang pada adapt resam, malah diperkukuh
oleh pegangan Islam yang dianuti. Hal ini tergambar dalam perbilangan adat yang
berbunyi:
“Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitab Allah”.
Jadi, konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspek
berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep
keihklasan. Seseorang itu boleh menuturkan kata-kata yang indah atau
menunjukkan tingkah laku yang sopan dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuan
tersebut belum pasti menggambarkan keihklasannya. Manusia boleh bertopeng
dengan pelbagai wajah untuk mencapai hasratnya, sedangkan hakikatnya tiada
sesiapa yang tahu.
Nilai dan Kesantunan dalam Masyarakat Melayu
Nilai merujuk kepada sesuatu yang kompleks tetapi berpola dan berprinsip
yang memberikan arahan dan menjadi petunjuk kepada perlakuan dan pemiikiran
manusia dalam mengatasi masalah (Kluckhon dan Strodtbeck (1961). Nilai menjadi
ukuran dan pegangan tentang baik buruk atau cantik hodoh sesuatu perlakuan
berasaskan kelaziman atau kebiasaan dalam sesuatu masyarakat (Wan Abdul
Kadir, 2000). Misalnya, kita berasa janggal apabila mendengar suami isteri
mengungkapkan kata panggilan “aku” dan “kamu” dalam perbualan mereka.
Perlakuan yang demikian dianggap tidak santun.
Jadi, nilai dan kesantunan mempunyai pertalian yang sangat erat. Seseorang
itu dianggap tidak sopan dan tidak mengamalkan nilai yang baik apabila bercakap
menggunakan bahasa yang kasar atau tidak tahu meletakkan dirinya dalam sesuatu
majlis. Ketidaksopanan dan kerendahan nilai perlakuan dapat digambarkan dalam
ungkapan berikut:
Ketika orang diam
Aku bersorak
Ketika orang duduk aku berdiri
Ketika orang memberi
Aku meminta
Ketika orang bekerja
Aku terlena
Ketika orang dipuncak
Aku masih merangkak.
Selain itu, nilai berbahasa juga dititkberatkan oleh orang Melayu. Maka
wujudlah bentuk bahasa yang dikelaskan sebagai bahasa halus, bahasa kesat,
bahasa kasar, bahasa biadab dan seumpamanya. Oleh itu, seseorang itu perlu
memahami dengan siapa ia berkata, sebab ia berkata, dan dalam situasi apa dia
berkata. Sesunguhnya, orang yang santun ialah orang yang tahu meletakkan dirinya
dalam keadaan tertentu.
Kesantunan Bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komsas
Insan yang seimbang daripada segi intelek, emosi, rohani dan jasmani seperti
yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipercayai akan dapat
dilahirkan melalui pendidikan bahasa dan kesusasteraan. Menyedari hakikiat ini,
maka Kementerian Pelajaran Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia pada
waktu itu) mewajibkan semua pelajar sekolah menengah mempelajari
kesusasteraan yang diserapkan melalui mata pelajaran Bahasa Melayu dengan
nama Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (Komsas). Pembelajaran Komsas
bermula pada tahun 2000 untuk pelajar tingkatan 1 dan 4, manakala pada tahun
2001 semua pelajar sekolah menengah daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5
diajarkan Komsas.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2002), menyatakan objektifnya dengan jelas. Antara
objektifnya adalah untuk melahirkan pelajar yang dapat:
· melibatkan diri dalam interaksi sosial melaui perbualan, perbincangan, dan
penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan berurus untuk
mendapatkan barangan dan perkhidmatan;
· menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan
perasaan cinta akan negara.
Keupayaan pelajar berinteraksi dengan baik sama ada secara lisan atau
bertulis memperlihatkan aspek kesantunan berbahasa mereka. Pelajar harus faham
dan sedar akan kedudukan diri mereka apabila berkomunikasi dengan pihak lain.
Mereka juga perlu sedar akan tujuan, masa, tempat, dan dengan siapa mereka
berkomunikasi. Hal ini akan terjelma melalui aktiviti-aktiviti kebahasaan seperti yang
digariskan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Sebagai
contoh, beberapa kemahiran berbahasa dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Tingkatan Satu menyarankan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada
kesantunan berbahasa. Antaranya termasuklah:
1.1 Aras 1 (i) : Berbual dengan keluarga menggunakan sebutan, intonasi, kata dan
ungkapan yang sesuai dan mengemukakan idea yang relevan dengan topik.
1.1 Aras 1(ii): Memperkenalkan diri kepada seseorang dan memperkenalkan
seseorang kepada ahli yang lain dengan mesra dan santun.
1.1 Aras 1(iii): Memahami dan menentukan gelaran atau panggilan yang sesuai bagi
seseorang.
Untuk merealisasikan pencapaian objektif ini, pemilihan bahan pengajaran
adalah penting. Guru harus bijak memanipulasikan bahan pengajaran yang ada,
khususnya teks Komsas. Dalam teks Komsas banyak terdapat unsur nilai dan
kesantunan berbahasa. Jadi pengajaran dan pembelajaran Komsas harus
bersepadu dengan pengajaran kemahiran bahasa yang lain seperti mendengar dan
bertutur, memabaca dan memahami, dan menulis.
Sebagai contoh, marilah kita sama-sama meneliti petikan yang berikut ini:
“Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta. Pelajaranlah harta
buatmu, nak.” Begitu kata-kata ibunya membujuk dia ke sekolah.
“Kau dah pulang Ramli? Bukalah kasut itu. Letakkan baik-baik di tempat letak kasut.
Eh, masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah,” kata ibunya di muka
pintu.
Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan, akan tetapi wajahnya amat
manis, dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunya berusaha benar
menyembunyikan penderitaan itu disebalik senyumannya. Dia tahu bahawa ibunya
bertanggugjawab terhadap dirinya dan adik-adiknya juga.
Dia meletakkan kasutnya dengan baik di atas tempat letak kasut yang diperbuat
daripada tong. Tempat itu dibuat oleh ibunya sendiri. Kasut adik-adik dan ibunya
teratur rapi. Ternyata ibunya amat mementingkan kebersihan dan kesempurnaan.
“Emak! Esok Hari Guru di sekolah Ramli. Ramli ingin hadiahkan sesuatu kepada
Cikgu Fatimah. Dia baik kat Ramli.”
Ibunya mengangguk-angguk. Akan tetapi tergambar kemuraman di wajahnya. Nasi
yang disuapnya dikunyah perlahan-lahan. Dia tahu ibunya sedang memikirkan
harapannya itu.
Dia menoleh ke arah adik-adiknya yang sedang makan dengan penuh selera. Rizal,
adiknya yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya untuk
melihat kiranya ada nasi yang bertaburan di atas lantai.
“Rizal nak nasi lagi?” tanya Ramli.
“Tak nak, bang. Ijai dah kenyang,” jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai nama
timang-timangan.
(Dipetik dan disesuaikan daripada Sehijau Warna Daun, hlm 52-54)
Berdasarkan petikan di atas, kita dapat meneliti kesantunan dalam dua bentuk
perlakuan, iaitu perlakuan bahasa dan bukan perlakuan bahasa.
(a) Perlakuan bahasa
(i) Memberikan kata nasihat dalam bentuk pujukan
“Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta. Pelajaranlah harta
buatmu, nak.”
(ii) Kata-kata pujian
“…Eh, masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah,”
(iii) Kata panggilan yang sesuai
“Rizal nak nasi lagi?” tanya Ramli.
“Tak nak, bang. Ijai dah kenyang,” jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai nama
timang-timangan.
(b) Bukan perlakuan bahasa
(i) Empati
Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan.
(ii) Air muka/ raut wajah
…wajahnya amat manis, dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunya
berusaha benar menyembunyikan penderitaan itu di sebalik senyumannya.
(iii) Menujukkan sikap bertanggungjawab
Rizal, adiknya yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya untuk
melihat kiranya ada nasi yang bertaburan di atas lantai.
Berdasarkan contoh petikan di atas, guru wajar memberikan penekanan
kepada aspek kesantunan dengan menonjolkan aspek-aspek kesantunan yang
terdapat dalam petikan. Hal ini perlu diterapkan secara menarik dan berkesan, dan
bukan “dipaksakan”. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlu mempelbagaikan
kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar belajar kesantunan
bukan dengan kata-kata, tetapi dengan rasa.
Kesantunan perlu dipupuk dan disemaikan terhadap pelajar dari semasa ke
semasa. Prosesnya sangat panjang dan tidak ada jalankan pintas. Oleh itu, sebagai
guru, kita perlu memperkukuh iltizam setiap masa untuk memantapkan pengajaran
dan pembelajaran kita secara menarik, berkesan dan bermakna. Sebagai renungan,
telitilah kalimat ini:
Santunkah kita
Apabila berbicara mendabik dada
Apabila bercakap bohong belaka
Apabila diberi secebis kuasa tersalah guna
Apabila mengajar kepalang ajar
Apabila berjanji dimungkiri
Ada akal tidak berfikir
Ada Ilmu tanpa amal
Santunkah kita
Kita mencintai yang dicipta melupai Pencipta
Kita mencintai kehidupan melupai kematian
Kita mencintai kekayaan melupai perhitungan.
Harus diingat bahawa kesantunan merangkumi dua bentuk hubungan, iaitu
hubungan yang baik antara manusia dengan manusia dan hubungan yang baik
antara manusia dengan Pencipta. Keupayaan kita memelihara hubungan yang baik
antara manusia dengan manusia semata-mata tidak bermakna kita telah
mengamalkan kesantunan jika tidak disertai oleh amalan hubungan yang baik antara
kita dengan Pencipta.
Kesantunan Dalam Komunikasi
Kesantunan bahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan
bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang
dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang lebih rendah
kedudukannya daripada kita (Amat Juhari Moin, 1972).
Sebarang bentuk komunikasi seperti memo, surat kiriman, syarahan,laporan
yang tidak menggunakan bahasa yang sesuai dan kena pada tempatnya
menggambarkan sikap tidak menghormati perasaan orang yang menerimanya.
Kesilapan yang kerap berlaku terutama penggunaan panggilan nama peribadi
atau kata ganti nama dalam situasi komunikasi formal.
Kesantunan Berbahasa
1.
Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan
sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak
berbudi bahasa.
2.Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan
bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.
3.Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai
sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
4. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan
gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
5. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu.
Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus
agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban
hubungan.
6. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan
pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.''
7. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan
bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana.
Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat,
bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan
sebagainya.
8. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam
keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung
kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
9, Lihat contoh berikut:
Pak
Digunakan untuk orang lelaki
yangs ama sebaya dengan
ayah kendiri.
Mak
Digunaka utnuk orang
perempuan yang kira-kira
sebaya dengan emak kendiri
Tok
Digunakan untuk orang lelaki
atau prempuan yang kira-kira
sebaya dengan datuk atau
nenek kendiri.
Abang
Digunakan untuk orang lelaki
yang tidak setua ayah kendiri
dan juga tidak semua kendiri.
Kakak
Digunakan untuk orang
perempuan yang tidak setua
emak kendiri dan juga tidak
semuda kendiri.
Adik
Digunakan untuk orang lelaki
atau permepuan yang lebih
muda daripada kendiri.
10.Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan
Cik, menjadi Mak Cik atau Pak Cik
11. Jenama kekeluargaan terbahagi kepada:
i. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long,
Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak
Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.
Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak
dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas
kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang
Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.
ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan
Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak
Mentua dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada
ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu
danmentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar,
mak ngah ipar dan sebagainya.
12. Gelaran Pergaulan Bebas
Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum
berkahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja.
13. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)
Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya
daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor
dan Syed.
Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi
pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik
Ahmad.
Puan - untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi
daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran
Doktor, Profesor dan sebagainya.
Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang
seumur dengankendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum
rapat dewngan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada
ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.
Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks
yang sama dengan penggunaan gelaran saudara.
Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan
kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan
(termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran
Sdn. Bhd.)
14. Gelaran Warisan
Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak,
Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang,
Kedah, Terengganu).
Gelaran keturunan orang-orang
besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan,
Terengganu),Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku,
Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah)
dan Tun (Terengganu)
Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w.
seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan.
Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif,
Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.
Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar
Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi,
Sutan(Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).
15. Gelaran Kurniaan, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri,
Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar),
Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri
Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu)
Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh
pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956).
Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj.
16. Gabungan Gelaran
(a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji
(b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. -