BAHAGIAN A a) TUJUAN DAN RASIONAL KAJIAN Pengkaji telah memenjalankan kajian bertujuan melihat perbandingan di antara dua makalah yang dihasilakn oleh dua penulis iaitu Abdul Rahman Yusof pada tahun 1975 yang bertajuk ‘Sosiologi Sastera dan Sumbangannya Dalam Penelitian Kesusateraan Malaysia’ yang membincangkan berkenaan tokoh yang membicarakan mengenai Sosiologi Sastera. Manakala Sahlan Mohd Saman (1997) melalui makalahnya yang bertajuk ‘ Teori Sastera Melayu: Satu Perbandingan lebih menumpukan kepada pendekatan sosiologis berserta tokoh-tokoh di dalam kelompok sosiologis iaitu Kasim Ahmad, Ramli Isi dan Ungku Maimunah Mohd Tahir. Selain itu, pengkaji melihat kedua-kedua makalah tersebut merujuk kepada seorang tokoh yang bernama Kasim Ahmad mewakili peganut sosiologi sastera( A. Rahman) dan penganut pendekatan sosiologis( Sahlan Mohd Saman). Oleh yang demikian ia memberikan satu implikasi bahawa istilah-istilah ‘sosiologi sastera’ dan ‘pendekata n adalah sinonim dan sama ertinya. Di dalam makalahnya yang membicarakan berkenaan teori sastera, Sahlan Mohd Saman tidak memperincikan persamaan ciri-ciri persamaan di antara tulisan-tulisan Kasim Ahmad, Ramli Isin dan Ungku Maimunah yang menggolongkan mereka sebagai penganut ‘pendekatan sosialis’. Selain
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BAHAGIAN A
a) TUJUAN DAN RASIONAL KAJIAN
Pengkaji telah memenjalankan kajian bertujuan melihat perbandingan di antara dua
makalah yang dihasilakn oleh dua penulis iaitu Abdul Rahman Yusof pada tahun
1975 yang bertajuk ‘Sosiologi Sastera dan Sumbangannya Dalam Penelitian
Kesusateraan Malaysia’ yang membincangkan berkenaan tokoh yang membicarakan
mengenai Sosiologi Sastera. Manakala Sahlan Mohd Saman (1997) melalui
makalahnya yang bertajuk ‘ Teori Sastera Melayu: Satu Perbandingan lebih
menumpukan kepada pendekatan sosiologis berserta tokoh-tokoh di dalam kelompok
sosiologis iaitu Kasim Ahmad, Ramli Isi dan Ungku Maimunah Mohd Tahir.
Selain itu, pengkaji melihat kedua-kedua makalah tersebut merujuk kepada seorang
tokoh yang bernama Kasim Ahmad mewakili peganut sosiologi sastera( A. Rahman)
dan penganut pendekatan sosiologis( Sahlan Mohd Saman). Oleh yang demikian ia
memberikan satu implikasi bahawa istilah-istilah ‘sosiologi sastera’ dan ‘pendekata n
adalah sinonim dan sama ertinya.
Di dalam makalahnya yang membicarakan berkenaan teori sastera, Sahlan Mohd
Saman tidak memperincikan persamaan ciri-ciri persamaan di antara tulisan-tulisan
Kasim Ahmad, Ramli Isin dan Ungku Maimunah yang menggolongkan mereka
sebagai penganut ‘pendekatan sosialis’. Selain itu, di antara ketiga-tiga penulis ini
tidak dapat dilihat perbezaan sama ada dari segi orientasi, penekanan dan sebagainya.
Berdasarkan kepada penggolongan beberapa nama dan dalam satu kelompok yang
sama yang dikaitkan dengan ‘sosiologi sastera’ dan ‘pendekatan sosiologis’, maka
pengkaji menjalankan kajian ini bertujua bagi melihat fahaman dan penerapan
‘sosiologi sastera’ dalam sastera melayu moden di damping mencari persamaan dan
perbezaan yang ketara.
b) KAEDAH PEMAHAMAN DAN PENERANGAN YANG DIBERIKAN DALAM
KAJIAN
Tujuan kajian ini diwujudkan adalah untuk mengkaji bagaimana dapat diterapkan
sosiologi sastera dalam sastera melayu moden melalui tiga pemahaman asas iaitu
Pemahaman pertama bertolak daripada andaian bahawa teks sastera bebas daripada
tuntutan dan pengaruh persekitaran. Justeru, kajian dipusatkan kepada teks semata-
mata dan ditumpukan kepada usaha menyerlahkan gambaran masyarakat fiktif seperti
yang tertera dalam teks yang dikaji. Kajian seperti ini tidak jauh berbeza daripada
kajian intrinsik yang lumrah ditemui; hanya ianya kini ditumpukan kepada gambaran
masyarakat dalam teks sastera.
Pemahaman kedua menghujahkan bahawa persekitaran mempunyai kaitan yang
penting dengan karya yang terhasil. Justeru, kajian menganalisis dinamika antara teks
dengan konteksnya dan bagaimana konteks tersebut mempengaruhi karya yang
terhasil daripada segi isi dan bentuknya.
Pemahaman ketiga, yang juga meyakini eratnya jalinan antara persekitaran dan karya,
lebih menjurus kepada penggunaan sesuatu paradigma tertentu untuk mengkaji
permasalahan yang dibangkitkan dalam teks sastera. Secara bandingan, pemahaman
pertama adalah jauh lebih dominan dan merupakan‘ilmu’ tentang sosiologi sastera
yang dianuti dan diamalkan dalam sastera Melayu.
c) DAPATAN KAJIAN
d)
e) IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN TERHADAP PENGAJARAN BAHASA
MELAYU
BAHAGIAN B
KONSEP DAN MAKNA SASTERA
Istilah dan Definisi Kesusasteraan
Kesusasteraan ialah suatu bentuk ciptaan seni yang berkait rapat dengan bahasa. Melalui
bahasa, mesej dalam karya kesusasteraan dapat disampaikan dan disebarkan. Dengan bahasa
juga, pembaca dapat menikmati keindahan yang ada dalam karya kesusasteraan. Tidak
hairanlah karya kesusasteraan merupakan salah satu cabang kesenian yang dianggap sangat
bernilai berbanding cabang kesenian yang lain.
Istilah ‘kesusasteraan’ menurut Kamus Dewan (2005: 1396) bermaksud hasil seni (karya
tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang menpunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu. Istilah
ini berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu ‘susastra’ (Hashim Awang), ‘sushastra’ (Lalita
Sinha dan Md. Salleh Yaapar), atau ‘castra’ yang disebut ‘syastra’ (Ali Ahmad). Kata
‘susastra’ pula terbentuk hasil gabungan daripada kata ‘su’ dan ‘sastra.’ Suku kata ‘su’
bermaksud indah, baik, lebih berfaedah (Hashim Awang, 1984: 2), kebenaran, keindahan dan
kemuliaan (Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar, ?: 1). Manakala ‘sastera / shastra’ menurut
Hashim Awang bermaksud huruf atau buku. Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar pula
menegaskan ‘sastera / shastra’ merupakan ilmu yang bersifat benar, tetap dan tidak berubah.
Definisi ini meliputi dua aspek, iaitu aspek bahasa dan aspek isi. Aspek bahasa ialah indah
dan cantik, manakala aspek isi ialah baik, berfaedah dan tidak berubah. Dikatakan tidak
berubah kerana ilmu berkenaan dipercayai berasal daripada Yang Maha Pencipta. Oleh sebab
‘susastra’ dianggap datang daripada Yang Maha Pencipta, maka ia dianggap mulia. Justeru,
kegiatan ‘susastra’ sejak zaman Greek lagi dipandang tinggi. Kegiatan ini merupakan aktiviti
seni yang mendapat perhatian penting anggota masyarakat. Mereka mengekspresikan
kegiatan ‘susastra’ dalam bentuk puisi, cerita dan lakonan.
Di Malaysia, kegiatan ‘susastra’ seperti bersyair, berpantun, berseloka, bergurindam, berbari
(bercerita), berkisah dan sebagainya telah bertapak kukuh di hati masyarakat sejak zaman
sastera lipur lara lagi. Kegiatan ini dilaksanakan untuk tujuan pelbagai fungsi, khususnya
untuk tujuan mendidik, menghiburkan hati, mengisi masa lapang, perubatan dan juga
gambaran ekspresi kehidupan. Kesimpulan daripada gabungan istilah ‘su’ dengan ‘sastra’
ialah merujuk karya atau buku-buku atau ilmu yang indah, cantik, baik, berfaedah, benar dan
tidak berubah. Ia bermaksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.
Indah dari segi pendengaran, emosi, imaginasi dan baik kerana hasil karya itu dapat
diteladani.
Dalam Bahasa Melayu, istilah ‘susastra’ telah diberikan imbuhan apitan ke-...-an dan sisipan
“e” ditengah menjadikannya ‘kesusasteraan.’ Penambahan itu lebih untuk menyedapkan
bunyi, sesuai dengan lidah Melayu. Kalangan masyarakat umum pula lebih gemar menyebut
‘karya sastera’ yang merujuk kesusasteraan. Di samping itu, Ali Ahmad (1994: 3)
menegaskan bahawa kehadiran “ke-“ dan “-an” pada kata “susastra” telah menyimpulkan
maksud kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah. Orang Melayu menamakan
“susastra” sebagai “persuratan” yang merujuk ‘sekumpulan hasil seni bahasa.’
Terdapat pelbagai tafsiran yang diberikan oleh tokoh-tokoh kesusasteraan tanah air apabila
mendefinisikan kesusasteraan. Baharuddin Zainal (1975) berpendapat karya sastera adalah
sesuatu yang membincangkan perkara yang berlaku dalam masyarakat, di samping
mengemukakan sikap dan pandangan pengarang. Hashim Awang (1985: 2 dan 1987: 84)
menyatakan sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan
berkeupayaan membentuk tamadun sesuatu bangsa. Ciptaan seni yang disampaikan melalui
bahasa yang dituturkan disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan. Ciptaan
itu mesti mempunyai keindahan dari aspek isi dan daya pengucapan.
Hal Ini demikian kerana sastera biasanya membincangkan tentang pergolakan-pergolakan
yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Kamus Dewan (2005) pula mencatatkan sebagai
hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri
keistimewaan tertentu. Muhammad Haji Salleh menegaskan bahawa karya sastera bentuk
lisan dan tulisan membawa unsur cereka yang disampaikan melalui bahasa. Dikatakan ‘unsur
cereka’ kerana sebahagian besar mesej dalam karya disampaikan dalam bentuk cerita, baik
karya berbentuk puisi dan lebih-lebih lagi karya berbentuk prosa.
a) SASTERA RAKYAT
SASTERA RAKYAT / SASTERA LISAN
Sastera rakyat adalah hasil-hasil sastera Melayu lama yang bercorak lisan, yang
dikenali juga sebagai Folklore. Ia disampaikan secara lisan atau dipertuturkan dan
diperturunkan ( diwarisi ) dari satu generasi ke generasi berikutnya dan menjadi milik
bersama masyarakat Melayu. Sastera rakyat hidup dan berkembang dalam
masyarakat Melayu secara lisan tanpa diketahui bila ia dicipta dan siapa penciptanya.
CIRI-CIRI SASTERA RAKYAT
a. Dari segi penyebaran
Salah satu sifat sastera rakyat yang utama terletak pada cara penyebarannya. Pada
lazimnya sastera rakyat disebarkan atau disampaikan melalui pertuturan atau secara
lisan. Ia dituturkan secara individu kepada seorang indivdu yang lain atau sekumpulan
individu yang lain. Misalnya seorang datuk akan menuturkan suatu cerita kepada
seorang bapa, seterusnya dari seorang bapa dituturkan kepada seorang anak atau cucu.
Ini bermakna hasil-hasil sastera rakyat tersebut diperturunkan atau diwarisi dari satu
generasi ke generasi berikutnya secara lisan.
b. Dari segi penyampaian:
astera Rakyat disampaikan secara lisan oleh seorang yang profesional, yang kerjanya
"bercerita" kepada anggota masyarakat yang lain. Dalam masyarakat melayu,
profesion ini dikenali sebagi "tok cerita" atau ‘tukang cerita’ ataupun "pawang", yang
telah menghafal cerita-cerita tertentu daripada seorang guru, untuk menyampaikan
cerita dengan cara yang menarik kepada orang kampung, bagi menghiburkan orang
kampung yang berkenaan.
Di antara tukang-tukang cerita yang terkenal ialah Mir Hassan, Pawang Ana, Tok
Selampit, Awang Batil dan sebagainya.
Penyampaian cerita sering diiringi dengan alat muzik tradisional seperti batil, rebab
dan lain-lain.
c. Dari segi penciptaan:
Sastera Rakyat merupakan hasil karya yang menjadi milik bersama masyarakat iaitu
sastera hak masyarakat dan bukannya milik individu tertentu. Oleh itu tidak diketahui
siapa penciptanya dan bila ia dicipta atau dihasilkan.
Merupakan kepunyaan bersama Soal hak cipta tidak wujud pada sastera rakyat. Tiada
siapa-siapa yang akan mengaku bahawa dialah pengarang bagi cerita rakyat yang
tertentu. Bagi tok cerita ataupun tukang cerita yang kerjanya bercerita, beliau juga
tidak mengakui dirinya sebagai pengarang cerita berkenaan, melainkan meletakkan
kepengarangan cerita berkenaan kepada seorang individu yang anonmious, yakni
Yang Empunya Cerita.
d. Dari segi fungsi:
Sastera Rakyat mempunyai fungsi dan peranan tertentu dalam masyarakat. Sastera
Rakyat berfungsi sebagai alat hiburan, alat pengajaran dan pendidikan, alat protes
sosial atau kritikan dan sebagainya.
e. Dari segi Versi
Sastera Rakyat terdapat dalam pelbagai versi dan berlaku tokok tambah kerana
penyebarannya yang dilakukan secara lisan. Biasanya berlaku beberapa perubahan
atau penyesuaian terhadap cerita asal mengikut penyesuaian setempat menyebabkan
lahir pelbagai versi. Namun perbezaan itu hanya pada aspek luaran sahaja sedangkan
bentuk dasarnya adalah sama dan dapat bertahan.
f. Sastera Rakyat Adalah Cerminan Hidup Masyarakat
Sastera Rakyat adalah cerminan hidup masyarakat Melayu tradisional. Sastera
Rakyat mengandungi ciri-ciri budaya asal masyarakat yang melahirkannya seperti
kesenian, kepercayaan dan adat resam. . Hal ini berlaku kerana sastera rakyat
merupakan satu pernyataan atau ekspresi budaya masyarakat yang melahirkannya.
Sastera Rakyat merupakan media untuk menyalurkan tradisi itu kepada generasi
berikutnya. Dengan maksud agar tradisi itu dapat dikekalkan dan diwarisi oleh
generasi akan datang.
g. Sering memiliki unsur irama
Cerita penglipur lara yang disampaikan oleh pawang ataupun tok cerita sentiasa
mengandungi unsur irama yang menarik. Pengaturan ini adalah supaya cerita itu lebih
menghibur bersamping untuk memudahkan tok cerita berhafal.
JENIS-JENIS SASTERA RAKYAT
Sastera rakyat merupakan satu dunia yang luas, ia merangkumi segala pengucapan
indah-indah yang lahir di kalangan, dan tidak saja merujuk kepada cerita rakyat.
Secara kasarnya sastera rakyat boleh dibahagikan kepada 2 kategori yang besar, iaitu
sastera rakyat naratif dan sastera rakyat bukan naratif.
SASTERA RAKYAT / LISAN (NARATIF)
Sastera rakyat naratif merujuk kepada sastera rakyat yang menghuraikan suatu
peristiwa. Sub-genre sastera naratif termasuklah mitos, legenda, dan juga cerita rakyat
MITOS
Mitos merupakan cerita yang bersifat dongeng yang berfungsi untuk menerangkan
asal usul kejadian tertentu, termasuklah kejadian alam, manusia, binatang, dan
petempatan. Pada mulanya, mitos merupakan satu bentuk kepercayaan yang dicipta
untuk memenuhi keinginan manusia untuk mengetahui asal usul sesuatu kejadian.
Cerita Mitos biasanya dikaitkan dengan sesuatu kepercayaan seperti animisma, Hindu
dan Islam. Masyarakat Melayu meletakkan cerita-cerita Mitos sebagai yang benar-
benar berlaku dan menjadikannya sebahagian dari sistem kepercayaan yang tidak
boleh dipersendakan. Pada tanggapan mereka sesiapa yang tidak mempercayai cerita
mitos akan menerima balasan buruk.
LEGENDA
Legenda pula ialah cerita yang mengisahkan sejarah satu-satu tempat atau peristiwa
zaman zilam. Lagenda mengisahkan tentang seorang tokoh manusia yang memiliki
keistimewaan seperti keberanian dan kehandalan luar biasa. Setiap penempatan yang
bersejarah lama mempunyai legendanya sendiri. Misalnya di Langkawi, kita akan
menjumpai legenda Mahsuri dan di Melaka kita dapat menjumpai legenda Hang
Tuah, manakala di Kelantan ditemui lagenda Puteri Saadong.
Lagenda adalah cerita yang dipercayai benar-benar berlaku oleh masyarakat
pendokong berdasarkan latar tempat atau tanda-tanda alam sebagai bukti
kebenarannya. Kebiasaanya cerita lagenda dimasukkan unsur-unsur mitos yang
bertujuan mengagongkan seseorang tokoh. Namun demikian biasanya masih dapat
dibuktikan dengan kewujudan tanda alam.
CERITA RAKYAT
Cerita rakyat merupakan satu bentuk cerita yang popular di kalangan rakyat, yang
menjadi hiburan penting di kalangan masyarakat berkenaan. Dalam masyarakat
Melayu, terdapat pelbagi jenis cerita rakyat seperti cerita binatang, cerita jenaka,
cerita penglipur lara dan cerita teladan / pengalaman.
a. CERITA BINATANG
Cerita Binatang adalah cerita rakyat yang menggunakan binatang sebagai watak
utama. Watak binatang tersebut diberikan sifat-sifat manusia seperti boleh berkata-
kata, berfikir dan bertindak seperti manusia.
Cerita Binatang terbahagi kepada tiga jenis iaitu cerita Binatang Asal Usul, Cerita
Binatang Fable (Pengajaran) dan Cerita Binatang Epik ( Beast Epic).
Cerita Binatang Asal Usul mengisahkan asal usul kejadian binatang misalnya Cerita
Mengapa Harimau Mengaum, Mengapa Gagak Berbulu Hitam, Mengapa Ular Sawa
Hilang Bisa, Mengapa Puyuh Tidak Berekor dan sebagainya.
Cerita Binatang Fable berunsurkan pengajaran, misalnya Cerita Anjing Dengan
Bayang-bayang, Cerita Kera Dengan Kura-kura, Cerita Bangau Dengan Ketam dan
sebagainya.
Manakala Cerita Epik Binatang adalah seperti Hikayat Pelanduk Jenaka dan Hikayat
Sang Kancil
b. CERITA JENAKA
Cerita Jenaka adalah cerita rakyat yang mengandungi unsur-unsur humor / lucu /
jenaka yang boleh menimbulkan kegembiraan atau menggeletek hati khalayak.
Watak-watak Cerita Jenaka diberikan sifat dan peranan yang melucukan.
Cerita Jenaka terbahagi kepada 2 jenis iaitu Cerita Jenaka Tempatan dan Cerita
Jenaka Pengaruh Asing. Contoh Cerita Jenaka Tempatan ialah Cerita Pak Pandir,
Cerita Pak Kaduk, Cerita Lebai Malang, Cerita Pak Belalang dan Cerita Si Luncai.
Manakala Cerita Jenaka Pengaruh Asing terdiri daripada Cerita Mat Jenin ( Hindu )
dan Cerita Musang Berjanggut dan Cerita Abu Nawas. ( Arab/Parsi/Islam )
Watak-watak dalam Cerita Jenaka Tempatan terbahagi kepada 3 golongan iaitu Watak
Bodoh-Pintar seperti Pak Pandir, Watak Bodoh-Sial seperti Pak Kaduk dan Lebai
Malang dan Watak Pintar-Lucu seperti Pak Belalang dan Si Luncai.
c. CERITA PENGLIPUR LARA
Cerita Penglipur Lara adalah cerita rakyat yang paling popular. Cerita Penglipur Lara
merupakan cerita roman yang mengandungi unsur-unsur percintaan putera-puteri Raja
diikuti dengan pengembaraan, peperangan dan berakhir dengan kegembiraan ( Happy-
Ending ).
Cerita Penglipur Lara disampaikan oleh tukang-tukang cerita yang biasanya diiringi
dengan alat-alat bunyian tradisional seperti rebab, belanga, selampit dan sebagainya.
Penceritaannya diselangselikan dengan puisi Melayu Tradisional dan bahasa berirama
( runs ).
Di antara contoh Cerita Penglipur Lara ialah Hikayat Malim Dewa, Hikayat Malim
Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Anggun Cik Tunggal dan
sebagainya.
d. CERITA TELADAN
Cerita teladan ialah sejenis cerita rakyat dalam kesusasteraan rakyat / sastera lisan.
Cerita yang mengisahkan tentang golongan rakyat biasa yang mengetengahkan
gagasan bahawa watak yang baik itu akhirnya akan mendapat pembelaan, sebaliknya
watak yang jahat akan mendapat pembalasan yang setimpal dengan perbuatan yang
dilakukan oleh mereka.
Cerita teladan penuh dengan unsur didaktik dan pendidikan moral, yang diterapkan
melalui nilai-nilai murni.
Antara contoh Cerita Teladan ialah Cerita Bawang Putih Bawang Merah, Batu Belah
Batu Bertangkup dan Cerita Si Tenggang.
SASTERA RAKYAT BUKAN NARATIF
Sastera rakyat bukan naratif merujuk kepada pengucapan yang indah-indah yang tidak
mengandungi penceritaan suatu peristiwa. Bentuk sastera ini sebenarnya wujud di
sekeliling kita, tetapi umumnya orang ramai tidak menyedari kewujudannya.
PERIBAHASA
Peribahasa adalah bahasa kias yang digunakan untuk mengindahkan penuturan dalam
kehidupan seharian. Perkara yang termasuk dalam peribahasa termasuk
perumpamaan, simpulan bahasa, pepatah, perbilangan dan kiasan.
TEKA-TEKI
Teka-teki adalah sastera lisan yang popular dalam kalangan kanak-kanak. Ia adalah
soalan yang disampaikan dengan berirama dan penuh kiasan. Fungsinya adalah untuk
permainan.
PUISI MELAYU TRADISONAL NARATIF
a. SYAIR
Puisi Melayu Tradisional yang berbentuk naratif didominasikan oleh syair. Syair
berasal daripada perkataan Arab “syir” yang bermaksud puisi.
Syair dianggap milik bersama oleh masyarakat Melayu lama. Hamzah Fansuri telah
menghasilkan syair yang lebih bersifat Melayu dan menyebabkan syair Melayu sudah
menyimpang daripada bentuk syair Arab.
Syair Melayu dihasilkan berangkap-rangkap. Setiap rangkap terdiri daripada empat
baris dan rima akhirnya adalah a-a-a-a. Setiap baris mengandungi purata 4 – 5 patah
perkataan dengan 8 – 12 suku kata.
Setiap rangkap syair tidak dapat berdiri sendiri kerana memerlukan lebih daripada
satu rangkap bagi melengkapkan sesuatu idea.
Syair dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu syair agama, syair romantis, syair
sejarah dan syair kiasan.
PUISI MELAYU TRADISIONAL BUKAN NARATIF
Puisi Melayu Tradisional terdiri daripada Pantun, Gurindam, Seloka, Teromba,