1. KEPENTINGAN PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
1.0SINOPSISTajuk ini memberi pengetahuan kepada anda mengenai
kepentingan pentaksiran dalam pendidikan pemulihan. Bagi membantu
kefahaman, anda akan didedahkan tentang definisi dan konsep
pengamatan. Seterusnya, akan meneliti cara-cara untuk mengumpul
maklumat sebelum melaksanakan pentaksiran.
1.1 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini anda dapat ;1. Mengetahui maksud dan konsep
pentaksiran.2. Mengetahui proses dan peranan pentaksiran dalam
pendidikan pemulihan.3. Mengetahui pelbagai kaedah untuk
mendapatkan maklumat.
1.2PENGENALAN
Pentaksiran pembelajaran merupakan satu proses dokumentasi yang
melibatkan pengistilahan pengukuran tentang pengetahuan, kemahiran,
sikap dan kepercayaan. Pentaksiran memberi tumpuan terhadap
pembelajaran individu, persekitaran pembelajaran (bilik darjah,
bengkel atau kumpulan pembelajaran), institusi terlibat atau sistem
pembelajaran atau pun pendidikan secara amnya. Menurut Academic
Exchange Quarterly (2008) Pembelajaran merujuk kepada sesuatu unsur
teori atau empirical (termasuklah kajian kes, pembelajaran
portfolio, kajian ekspliratori atau kajian eksperimen) yang
menerangkan persediaan dan kecenderungan pelajar, cara belajar dan
tahap motivasi pelajar, hasil pembelajaran dan keluasan
pembelajaran dalam konteks pendidikan.Sebelum seseorang pengajar
merancang hala tuju pengajaran dan menjalankan aktiviti darjah atau
kuliah, pengajar hendaklah mengetahui atau meramalkan pemikiran
pelajar dengan maksud, apakah yang akan difikirkan oleh pelajar?
Persoalan yang perlu difikirkan pengajar adalah, apakah yang benar
dan betul bagi murid dan pelajarnya. Proses ini melibatkan bukan
sahaja sama ada adakah murid atau pelajar mempunyai jawapan yang
betul atau salah ?. Akan tetapi lebih bermaksud dengan keupayaan
membayangkan secara jelas dan terang serta memahami gambaran dan
pola-pola yang dibentuk pada minda mereka secara teratur atau
tersusun agar lebih bermakna daripada perspektif pelajar atau murid
(Earl, 2003).
1.2. KONSEP PENTAKSIRAN
Pentaksiran adalah suatu bidang yang tidak dapat dipisahkan
daripada pendidikan khas. Segala keputusan yang dibuat dalam
pendidikan khas berkait rapat dengan maklumat yang dikumpulkan
melalui proses pentaksiran. Maklumat diperlukan untuk mengenal
pasti masalah yang dihadapi oleh seseorang murid. Seterusnya, bagi
menjalankan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kebolehan
murid, guru memerlukan maklumat yang dikumpul melalui cara
pengujian atau kaedah lain. Seterusnya, apabila pengajaran dan
langkah-langkah yang dianggap wajar telah dilaksanakan, guru perlu
menilai keberkesanan perancangan dan pengajarannya
Pentaksiran berlaku setiap hari di dalam bilik darjah.
Contohnya, guru memerhati tingkah laku murid menyelesaikan masalah
matematik. Guru seterusnya menyemak jawapan murid dan secara tidak
langsung dapat menentukan tahap kebolehan murid terhadap penguasaan
kemahiran matematik tertentu murid. Jika terdapat kesalahan,
semestinya guru akan menunjukkan langkah-langkah yang perlu
dilakukan murid untuk membuat pembetulan. Pendekatan yang dilakukan
oleh guru tersebut sebenarnya merupakan satu daripada jenis
pentaksiran.
Pentaksiran dalam bilik darjah bermaksud proses mengumpulkan dan
mentafsirkan maklumat tentang pelajar untuk membuat
keputusan-keputusan yang dapat meningkatkan pembelajaran dan
pengajaran (Mohamad Sahari Nordin, 2008). Menurut Salvia dan
Ysseldyke (2001), menyatakan pentaksiran sebagai satu proses
mengumpul dan menilai data atau maklumat untuk tujuan membuat
keputusan dan menilai data atau maklumat untuk tujuan membuat
keputusan tentang murid, terutamanya dalam aspek keperluan
pengajaran dan pembelajarannya. Ia termasuklah ujian, temu bual,
pemerhatian, sampel-sampel kerja dan apa juga maklumat yang harus
diperoleh bagi membantu membuat keputusan yang munasabah dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
berkesan.
Konsep pentaksiran merangkumi istilah-istilah berikut yang mana
ianya perlu difahami terlebih dahulu;
i. Pengujian satu kaedah penilaian kemajuan dan penentuan
keperluan murid.
ii. Penilaian proses yang menggunakan maklumat atau data untuk
membuat keputusan
iii. Peperiksaan pentadbiran alat/instrumen ujian dalam jangka
masa, tempat dan suasana yang formal.
iv. Pengukuran skor pencapaian yang diperoleh untuk mengukur
prestasi individu
Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah
sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid
serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran. Pentaksiran
yang berkualiti tinggi mempunyai tahap kebolehpercayaan dan kesahan
yang tinggi.
1.2.1. Kebolehpercayaan
Berkaitan dengan ketekalan pentaksiran yang dilakukan.
Kebolehpercayaan pentaksiran merujuk kepada hasil pentaksiran yang
sama bagi setiap kohort murid. Terdapat pelbagai faktor yang boleh
memberi kesan kepada kebolehpercayaan seperti soalan yang kabur,
terlalu banyak pilihan dalam kertas soalan. Tradisinya,
kebolehpercayaan pentaksiran berasaskan kepada yang berikut;
i) kestabilan sementara : ujian yang dilakukan adalah
membandingkan dua atau lebih peristiwa yang berasingan.ii) Kesamaan
bentuk : jawapan murid memperlihatkan bentuk yang berbeza walaupun
kandungan ujian adalah sama.iii) Ketekalan dalaman : jawapan ujian
tekal merentasi soalan Contohnya- jika soalan berkaitan dengan
sikap terhadap penggunaan teknologi, seharusnya ketekalan jawapan
adalah berbentuk seperti saya gembira menggunakan komputer atau
saya tidak meminati komputer
1.2.2. Kesahan
Kesahan adalah ukuran di mana apa yang ditentukan untuk diukur.
Contohnya, adalah tidak sah jika menguji kemahiran memandu hanya
menggunakan ujian bertulis sahaja. Pentaksiran pemanduan akan lebih
sah jika ada kombinasi ujian terhadap pemanduan seperti melalui
ujian bertulis (untuk uji pengetahuan pemanduan) dan ujian sebenar
pemanduan (untuk uji apa yang pemandu perlu buat semasa memandu)
Kesahan pentaksiran adalah gauged melalui bukti ujian mengikut
kategori berikut;
i) Kandungan - adakah kandungan ujian mengukur objektif yang
telah ditetapkan?ii) Kriteria adakah skor korelat dengan ujian
rujukan (contoh: adakah skor yang tinggi terhadap ujian bacaan
murid tahun 4 bertepatan dengan jangkaan kemahiran membaca bagi
tahun 5 dan seterusnya)iii) Konstruk adakah pentaksiran correspond
dengan pembolehubah yang signifikan?
1.3. PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN
Pentaksiran dalam pendidikan khas juga menggunakan prinsip yang
sama dengan pentaksiran dalam kelas normal. Dalam kebanyakan kes,
pentaksiran yang digunakan adalah sama seperti pentaksiran
pendidikan normal iaitu pemerhatian ke atas tingkah laku murid,
membuat penilaian kemajuan murid dan seterusnya mereka bentuk
program/strategi pengajaran berdasarkan maklumat yang telah
diperoleh.
Merujuk http://specialed.about.com/od/assessment/a/Aandee.htm
iaitu satu laman web pendidikan khas, matlamat keseluruhan
pentaksiran ialah untuk kemajuan murid dalam pembelajaran.
Pentaksiran memberikan murid, ibu bapa dan guru maklumat yang
terperinci tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam
pembelajaran. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk
memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya.
Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan
standard perkembangan murid tersebut. Pentaksiran juga memerlukan
pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa
untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini
dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja,
portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Segala
bukti dan data tersebut menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan
dan kelebihan murid berkenaan untuk penempatan.
Pentaksiran dalam pendidikan khas adalah untuk memberi maklumat
dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai
kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga
dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka
intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut
tahap kebolehannya. Mempelajari kemahiran asas adalah amat penting
bagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Hal ini kerana
ia akan membantu murid untuk mempelajari setiap mata pelajaran
dengan lebih mudah dan cepat jika mereka mahir dalam menguasai
kemahiran asas.
Terdapat beberapa komponen dalam kemahiran asas. Antaranya ialah
kemahiran 3M dan kemahiran pengurusan diri.
Kemahiran 3M ialah membaca, menulis dan mengira. Terdapat
beberapa kepentingan mempelajari kemahiran ini. Pertama, kemahiran
ini adalah asas utama dalam setiap pembelajaran. Setiap murid
seharusnya mempunyai kemahiran untuk membaca, menulis dan mengira
supaya mereka dapat menjalankan segala proses P&P dengan
berkesan. Menguasai kemahiran membaca membolehkan mereka membaca
maklumat dan latihan yang diberikan oleh guru. Mereka juga dapat
mencari bahan-bahan pembelajaran dan melakukan ulang kaji pelajaran
dengan mudah. Selain itu, penguasaan dalam kemahiran menulis pula
membolehkan murid untuk menulis nota pelajaran dan melakukan
latihan yang diberikan oleh guru. Seterusnya, kemahiran mengira
bukan sahaja penting bagi mata pelajaran yang melibatkan pengiraan
tetapi ia juga penting dalam kehidupan seharian mereka.
Kemahiran pengurusan diri pula ialah keupayaan dalam menguruskan
diri sendiri. Hal ini meliputi kemampuan dalam membersihkan diri
sendiri, memakai pakaian tanpa bantuan, makan dengan cara yang
betul dan mampu memenuhi kehendak asas diri seperti membuang air.
Kepentingan kemahiran ini adalah supaya murid dapat menjaga
keperibadian diri sendiri dan berupaya menguruskan diri sendiri
tanpa pertolongan orang lain.
Kemahiran sosial didefinisikan sebagai tingkah laku yang
bersesuaian untukberinteraksi di rumah, sekolah dan bersama-sama
masyarakat. Sesetengah pendidik merujuk kemahiran sosial sebagai
keupayaan sosial individu yang mampu mencapai kejayaan tanpa
mengganggu orang lain. Selain itu, kemahiran sosial juga dapat
dikatakan sebagai pengumpulan tingkah laku seseorang yang
membolehkannya berinteraksi dengan persekitaran. Terdapat beberapa
aspek dalam kemahiran sosial iaitu kemahiran berkomunikasi,
kemahiran asertif, kemahiran bergaul, kemahiran menyelesaikan
masalah dan lain-lain lagi. Tujuan pentaksiran kemahiran sosial
adalah untuk mengenal pasti murid yang mempunyai kelemahan dalam
bersosial. Prosedur pentaksiran kemahiran sosial yang biasa
digunakan di luar negara ialah (a) pengukuran sosiometrik, (b)
penilaian oleh guru, (c) ujian role play dan (d) pemerhatian
langsung. Penguasaan dalam kemahiran sosial adalah amat penting
kerana ia membantu murid dalam proses P&P dan kehidupan
seharian mereka.
1.4 MAKSUD PENTAKSIRANPentaksiran dalam pendidikan adalah proses
dokumentasi yang mana sering mengguna pakai istilah pengukuran,
pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan. Pentaksiran boleh
berfokus kepada seseorang murid, komuniti sekolah (kelas,bengkel
atau kumpulan), institusi atau keseluruhan sistem pendidikan.
Pentaksiran didefinisi sebagai proses pengumpulan maklumat untuk
mengenal pasti masalah dan membuat sesuatu keputusan keputusan
(Salvia dan Ysseldyke 2007). Ia melibatkan pengumpulan maklumat
mengenai kekuatan dan bidang keperluan yang perlu diberi
perhatian.
Terdapat beberapa istilah yang selalu digunakan oleh para
profesional untuk menjelaskan jenis pentaksiran yang dilakukan.
Jenis-jenis pentaksiran terdiri daripada yang berikut:
Pentaksiran berterusan Pentaksiran informal/formal Pentaksiran
portfolio Pentaksiran subjektif/objektif Pentaksiran penempatan
Pentaksiran diagnostik Pentaksiran pencapaian Pentaksiran kecekapan
Pentaksiran kemajuan Pentaksiran formatif/sumatif
Ujian-ujian yang sering diguna dalam jenis-jenis pentaksiran di
atas didefinisikan dalam jadual berikut:
IstilahMaksud
Ujian standard / ujian formalMerupakan ujian yang telah siap
dibina dan penguji hanya mentadbirkan ujian dengan mengikut arahan
dan prosuder yang disediakan. Ujian tersebut mempunyai skor yang
dicapai oleh orang lain (norma) supaya perbandingan prestasi dapat
dibuat.
Ujian tidak formalUjian yan dibina oleh guru. Ia tidak mempunyai
arahan dan prosuder pentadbir yang standard.
Ujian kumpulanUjian yang boleh ditadbir secara sekumpulan
orang.
Ujian individuUjian yang hanya boleh ditadbir kepada seseorang
murid dalam satu masa. Contohnya : WISC-III
Ujian berdasarkan kurikulumUjian yang dijalankan berdasarkan isi
kandungan kurikulum yang digunakan di sekolah.
Ujian formatifUjian yang dijalankan untuk menguji penguasaan
kemahiran oleh murid semasa sesuatu unit masih / sedang diajar oleh
guru. Ujian dijalankan dengan kerap.
Ujian sumatif Ujian yang merumuskan pencapaian murid selepas
satu unit pengajaran telah dilakukan. Biasanya satu gred akan
diberikan sebagai tanda tahap pencapaian murid.
Ujian saringan Ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti
kanak-kanak yang berisiko menghadapi masalah. Ditadbirkan kepada
semua murid, termasuk murid normal.
Ujian diagnostikUjian yang dijalankan untuk mengenal pasti
dengan lebih terperinci masalah yang dihadapi oleh murid. Selepas
ujian diagnostik dijalankan, jenis dan ciri-ciri masalah yang
dihadapi dapat diketahui.
Ujian speedUjian yang perlu dihabiskan dalam masa yang agak
terhad.
Ujian powerUjian yang memberi masa yang agak lama untuk
dihabiskan. Biasanya item agak sukar sedikit.
Dalam kehidupan seharian murid di sekolah, guru sebenarnya
melaksanakan pentaksiran tidak formal. Ia berlaku setiap hari di
mana murid tidak mengetahui yang guru membuat pemantauan kemajuan
murid. Menurut Overton (1992), pentaksiran tidak formal melibatkan
penggunaan kaedah yang tidak standard bagi menilai kemajuan seperti
senarai semak, kerja rumah murid, kuiz, projek kumpulan, temu bual
murid, pemerhatian tingkah laku murid, dan ujian-ujian yang dibina
sendiri oleh guru. Ia tidak diberi skor pemarkahan atau gred.
Pentaksiran tidak formal memberi peluang kepada guru membuat
pemantauan berterusan ke atas murid yang bermasalah dalam akademik
dan murid berkeperluan khas. Pentaksiran formal berkaitan dengan
dokumen bertulis seperti ujian atau peperiksaan yang direkodkan. Ia
diberi skor pemarkahan atau gred untuk menunjukkan pencapaian
murid. Pentaksiran sumatif dan formatif sering merujuk kepada
konteks pembelajaran. Pentaksiran sumatif dilakukan dalam situasi
sebenar murid dan bertujuan untuk mengukur hasil pembelajaran serta
pelaporannya kepada murid, ibu bapa dan pentadbir. Manakala
pentaksiran formatif dilakukan dalam situasi sebenar dan diguna
oleh guru sebagai panduan kaedah pengajaran akan datang.
Pentaksiran diagnostik biasanya adalah berbentuk pentaksiran
formatif. Ia mengukur pengetahuan dan kemahiran semasa murid bagi
tujuan mengenal pasti kesesuaian pembelajaran. Pentaksiran kendiri
adalah bentuk pentaksiran diagnostik di mana melibatkan murid
membuat pentaksiran terhadap diri mereka.Pentaksiran
(sumatif/formatif) sering dikategori juga sebagai subjektif atau
objektif. Pentaksiran objektif adalah bentuk soalan di mana satu
jawapan betul. Pentaksiran subjektif adalah bentuk soalan yang
mempunyai jawapan betul lebih daripada satu (atau lebih daripada
satu cara untuk memperoleh jawapan betul). Terdapat pelabagai jenis
soalan objektif dan subjektif. Jenis soalan objektif termasuklah
jawapan betu;/salah, aneka pilihan, soalan pelbagai respon dan
padanan. Soalan subjektif melibatkan soalan berbentuk huraian dan
esei. LATIHAN 1Ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria
merupakan ujian yang digunakan secara meluas oleh pra professional
dan guru-guru dalam pentaksiran dan penilaian murid-murid
bermasalah pembelajaran. Namun, guru-guru di Malaysia kurang
didedahkan kepada ujian-ujian tersebut. Ini disebabkan ujian
tersebut kurang dibina dan dijual di pasaran di Malaysia. Walau
bagaimanapun, sebagai seorang guru pendidikan khas anda perlu faham
apakah maksud kedua-dua ujian tersebut
Huraikan ciri-ciri kedua-dua ujian itu dan buat banding beza
antara keduanya. Bagi membantu guru, perbandingan boleh dikaji dari
aspek cara pembinaan ujian, arahan dan prosedur pentadbiran, cara
penskoran dan pentafsiran skor. Bentangkan tugasan anda ini dalam
sesi tutorial nanti.
1.5PROSES PENERIMAAN, PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN
PEMULIHAN
Pendidikan pemulihan boleh dimaksudkan sebagai kaedah-kaedah
yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang
mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya. Pendidikan Khas juga
merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani
dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital dan institusi.
Kurikulum untuk pendidikan khas ini juga sebahagian daripada
kurikulum biasa yang telah diubah suai dengan tujuan memenuhi
keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai
jenis kecacatan / kurang upaya itu.
Pendidikan Pemulihan Khas berbeza daripada pendidikan atau
pengajaran biasa. Guru yang mengajar kelas pemulihan khas merupakan
guru yang terlatih di institusi yang menyediakan kursus-kursus
pendidikan pemulihan seperti di universiti, maktab perguruan mahu
pun institut pendidikan guru sama ada dalam negara atau luar
negara. Hasilnya guru pemulihan khas mempunyai kepakaran yang
khusus bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang
lemah.
Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa.
Aktiviti yang dijalankan juga menjurus kepada kelemahan murid.
Keluasan kelas pemulihan khas adalah bergantung kepada kekosongan
bilik darjah. Peringkat awal pelaksanaan ada kelas pemulihan khas
hanya terdiri daripada satu bay atau berada di lorong laluan.
Tetapi kini kelas pemulihan khas telah mengalami transformasi dan
mempunyai kelengkapan yang terbaik bagi menghasilkan kelas yang
kondusif yang mampu menjana perubahan kepada murid-murid pemulihan
bagi mengatasi kelemahan mereka.Bagi tujuan penempatan, pentaksiran
penempatan perlu dilakukan ke atas murid berkeperluan khas.
Pentaksiran penempatan adalah untuk menentukan keupayaan murid
berkeperluan khas pada permulaan pembelajaran. Prosedur penempatan
murid pemulihan dapat diringkaskan seperti dalam carta alir berikut
;
Carta Alir Proses Program Pemulihan
Kelas Biasa / Tindakan Susulan Pencalonan
danPengumpulanMaklumat
Ujian SaringanSudah Menguasai 3M Belum menguasai Kemahiran
3M
Ujian Diagnostik DanUjian Pengamatan
Analisa Ujian DiagnostikDanUjian Pengamatan
Penyediaan Rancangan Pengajaran Sudah
Pengajaran & Pembelajaran Menguasai
Belum menguasaiKemahiran
3M.MeneruskanPengajaranPemulihanKemahiran 3M
Penilaian
Latihan 2
Rajah 1 di atas menunjukkan carta alir proses penempatan murid
bermasalah pembelajaran ke dalam kelas pemulihan. Huraikan secara
terperinci carta alir tersebut.
Prosedur penempatan murid dalam kelas pemulihan seperti dalam
rajah 1, memperlihatkan kemahiran tinggi yang sangat diperlukan
untuk membuat penilaian secara global, tepat dan praktikal ke atas
seseorang kanak-kanak. Perkembangan kemahiran tersebut memerlukan
pengetahuan yang tinggi terhadap komponen-komponen berikut;
Pengumpulan : Proses pengenalpastian dan pengumpulan maklumat
daripada pelbagai sumber mengenai latar belakang kanak-kanak
seperti rekod kemajuan sekolah, pemerhatian, maklumat ibu bapa dan
laporan guru.
Analisis : Pemprosesan dan pemahaman ke atas corak pendidikan,
sosial, perkembangan, persekitaran, perubatan dan sejarah emosi
kanak-kanak.
Penilaian : Penilaian akademik, intelektual, psikologi, emosi,
persepsi, bahasa, kognitif dan perkembangan perubatan kanak-kanak
bagi menentukan kekuatan dan kelemahannya.
Penentuan : Penentuan ke atas kemungkinan ketidakupayaan
berdasarkan pengetahuan terhadap kriteria yang mewakili
kategori-kategori.
Cadangan : Cadangan khususnya kepada penempatan dan program
pendidikan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa, guru dan pihak
sekolah.
Latihan 3Seorang murid bermasalah pembelajaran baru ditempatkan
di sekolah anda. Apakah yang anda harus lakukan ke atas murid
tersebut bagi mengenal pasti status keupayaannya dalam pengamatan.
Bina item ujian yang berkaitan dengan pengamatan murid
tersebut.
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan
Pelaksanaan pendidikan pemulihan telah dijalankan secara
intensif sejak tahun 80an tetapi pelaksanaan program masih lagi
tidak dapat dijalankan dengan berkesan kerana pelbagai masalah yang
akan dibincangkan kemudian. Mulai tahun 2007 Kementerian Pelajaran
mula memberi perhatian serius bagi menjayakan program pemulihan
melalui arahan-arahan dan surat-surat pekeliling berikut ;
i. Arahan pelaksanaan program pendidikan pemulihan.
Laporan Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 (Perakuan
5):
Adalah diperakukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan
langkah-langkah pengajaran pemulihan selepas daripada ujian rujukan
kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain
perkara-perkara tersebut termasuklah kaedah-kaedah mengajar,
bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai, saiz kelas yang lebih
kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan
serta penggunaan bahan-bahan tertentu.
ii. Surat-surat pekeliling berkaitan pelaksanaan program
pendidikan pemulihan
0. Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia, Bil. KP(BS)8691/Jld.II/32 bertarikh 22 Januari
1985.Guru Khas Pendidikan Pemulihan.
0. Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia, Bil. KP(BS)8502/5/PK/Jld.V/26 bertarikh 18
Januari 1986.Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah
1986.
0. Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia, Bil. KP(BS)85021/5/PK/Jld.V/(34) bertarikh 30
Jun 1989.Guru Khas Pemulihan dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan di
Sekolah-Sekolah Rendah.
1.6 KEGUNAAN PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN
Tujuan umum pentaksiran dalam bilik darjah ialah untuk
mengintegrasikan pengukuran dan penilaian dengan pengajaran
sehingga membantu meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran.
Tujuan ini adalah berbeza daripada tujuan amalan pengukuran dan
penilaian tradisional, di mana tujuan ujian dan peperiksaan adalah
untuk mengetahui apa yang berjaya dicapai oleh pelajar dan
menetapkan gred pencapaian. Oleh itu, ujian dan peperiksaan hanya
penting diadakan pada akhir sesuatu unit pelajaran atau pada
penghujung semester. Namun, penaksiran dalam kelas, adalah untuk
mendapatkan maklumat bagi mengukuhkan pembelajaran dan
pengajaran.
Seterusnya, pentaksiran dalam pendidikan pemulihan sebagai
kaedah untuk pembelajaran. Tujuannya adalah untuk membolehkan
pendidik dan guru mendapatkan informasi bagi tujuan mengubahsuai
dan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Pentaksiran jenis ini memaklumkan cara dan kaedah kebiasaan
(idiosinkratik) pembelajaran pelajar dan cara mengenal pasti corak
dan kaedah serta jalan yang diambil oleh pelajar. Oleh itu,
pentaksiran ini juga memerlukan reka bentuk yang teliti daripada
pendidik atau guru agar informasi hasilan keputusan dapat
menentukan bukan sahaja sesuatu yang diketahui oleh pelajar tetapi
turut mendapat pandangan mendalam tentang bagaimana, bila dan sama
ada pelajar boleh mengaplikasikan apa yang mereka tahu atau
pelajari. Dengan itu, para guru dapat menggunakan informasi dan
maklumat ini bagi menyalurkan dan menyasarkan arahan dan sember
maklum balas kepada pelajar bagi tujuan mempertingkatkan
pembelajaran mereka.
Peranan selanjutnya ialah pentaksiran sebagai pembelajaran.
Pentaksiran ini memberi fokus atau tumpuan terhadap peranan pelajar
sebagai penghubung yang kritikal antara pentaksiran dengan
pembelajaran. Apabila pelajar bersifat aktif, terikat dengan
pembelajaran dan berupaya menjadi pentaksir yang kritikal, biasanya
mereka memahami dan berupaya mengesan informasi dan maklumat,
menghubungkaitkan informasi dan maklmuat kepada pengetahuan
berkaitan dan menggunakannya untuk tujuan pembelajaran. Proses ini
memerlukan pendidikan dan guru membantu dan membimbing pelajar
membina, mempraktikkan atau mengamalkan dan berpuas hati dengan
hasilan refleksi serta analisis kritikal yang dijalankan oleh
pelajar.
Peranan berikutnya ialah pentaksiran kepada pembelajaran.
Pentaksiran ini berbentuk sumatif secara semula jadi dan digunakan
untuk memastikan apa yang diketahui dan apa yang boleh pelajar
lakukan, mendemonstrasikan sama ada mereka berjaya mendapatkan atau
memahami kehendak hasilan kurikulum serta kebiasaannya menunjukkan
bagai mana mereka ditempatkan atau diletakkan dan dihubungkaitkan
dengan yang lain.
Selain itu, pentaksiran dalam bilik darjah adalah proses
mengumpulkan maklumat tentang pembelajaran dan pengajaran secara
berterusan. Proses ini melibatkan dua aktiviti yang dikenali
pengukuran dan penilaian. Pengukuran membolehkan guru membandingkan
pencapaian antara pelajar. Penilaian pula, merupakan aktiviti
menetapkan nilai terhadap perkara yang diukur. Aktiviti ini
melibatkan tindakan membuat pertimbangan tentang kualiti iaitu
sifat-sifat yang diingini dan sebaliknya pada sesuatu aspek
pencapaian tertentu.
Pentaksiran bertujuan untuk mengumpul bukti pembelajaran. Setiap
individu yang berbeza mempunyai keperluan yang berbeza terhadap
maklumat yang diperoleh mengenai pembelajaran. Sehubungan itu,
tujuan pentaksiran boleh dikategori berdasarkan keperluan individu
seperti berikut;
Murid memerlukan maklum balas mengenai pencapaian mereka. Oleh
itu, murid mengetahui di mana tahap pencapaian terbaik yang telah
dilakukannya dan dimana tahap usaha yang perlu ditingkatkannya.
Guru memerlukan maklumat mengenai kefahaman murid bagi
membolehkannya untuk membuat keputusan yang bijak terhadap apa dan
bagaimana pengajaran yang perlu ditambahkan.
Ibu bapa memerlukan maklumat mengenai kemajuan belajar anak.
Dengan itu, ibu bapa dapat mengetahui bidang mana yang anak mereka
memerlukan sokongan tambahan dalam pembelajaran.
Pentadbir sekolah memerlukan maklumat mengenai pembelajaran
murid bagi membolehkan mereka memberi sokongan tambahan kepada guru
dan murid jika diperlukan.
Pembuat dasar perlu mengetahui pencapaian murid sebagai
pendekatan menguji status pentaksiran dalam pendidikan peringkat
negeri/negara. Maklumat yang diperoleh membolehkan mereka
mengetahui tahap peruntukan/program tambahan untuk tujuan
penambahbaikan.Justeru itu, pentaksiran adalah bersepadu dan
berkaitan dengan kurikulum dan pengajaran seperti dalam rajah 2
berikut;
Pentaksiran
PengajaranKurikulum
Rajah 2
Kesimpulan : Guru yang berkualiti menggunakan bukti dalam
pembelajaran (pentaksiran) untuk memberitahu apa yang telah mereka
ajarkan (kurikulum) dan bagaimana mereka mengajara
(pengajaran).
Dalam pendidikan pemulihan, terdapat banyak keputusan yang perlu
di buat oleh guru dan ahli profesional lain yang terlibat dalam
perkhidmatan kepada murid terbabit. Keputusan perlu dibuat dengan
teliti supaya pengajaran dan perkhidmatan yang disediakan adalah
wajar dan bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh mereka.
Antara keputusan yang perlu dibuat termasuk:
1. Siapakah antara murid di sekolah yang mungkin menghadapi
masalah dan perlu disediakan dengan pendidikan pemulihan?1. Apakah
jenis masalah yang dihadapi oleh seseorang murid? Apakah
kelemahan-kelemahan dan kekuatan-kekuatan murid tersebut? Prestasi
dalam bidang apakah yang dijejaskan oleh masalah-masalah yang
dihadapinya?1. Apakah jenis penempatan pendidikan yang sesuai
disediakan? Apakah kemahiran yang perlu diajar kepada kepada murid?
Apakah perkhidmatan-perkhidmatan khusus yang sesuai disediakan
untuk membantunya mencapai kemahiran-kemahiran pada tahap yang
optimum?1. Adakah nampak keberkesanannya selepas pengajaran dan
perkhidmatan disediakan?1. Adakah program pengajaran yang telah
disediakan perlu diteruskan atau digantikan dengan sesuatu program
yang baru?
Berehatlah sambil minum-minum, sebelum anda memulakan kuliah
seterusnya.
2.0PELBAGAI CARA MENGUMPUL MAKLUMAT
2.1 PENDAHULUAN
Pentaksiran dalam bilik darjah mengandungi pelbagai maklum balas
dan kaedah perbincangan yang mengukur dan menilai kualiti proses
pembelajaran. Pentaskiran bilik darjah merangkumi pelbagai opsyen
yang luas daripada rekod pengucapan dan pemerhatian (anecdotal
notes) murid sehinggalah ke peringkat pentadbiran ujian piawai.
Apa-apa pun bentuk kaedah yang dijalankan, pentaksiran bilik darjah
yang efektif menyediakan maklum balas dan motivasi yang diperlukan
murid untuk berjaya dalam pembelajaran. Aspek utama yang perlu
diberi perhatian dalam aktiviti penilaian ialah ;
i. Objektif ujianiiii. Jadual Penentuan Ujianiii. Penilaian
itemiv. Penapisan dan penyuntingan/ edit itemv. Bentuk soalan
bertulis, lisan dllnvi. Pentadbiran ujianvii. Pemeriksaan
keputusan/ laporanviii. Rekod prestasi
Bagi menterjermahkan tujuan tersebut secara konkrit dalam amalan
bilik darjah, proses pentaksiran perlu dirancang, dilaksanakan dan
dinilaikan dengan teliti. Semasa merancangkannya, guru perlu
memberi pertimbangan sama ada usaha itu dapat menghasilkan jawapan
yang positif kepada soalan-soalan seperti berikut ;
1. Adakah proses penaksiran yang dirancangkan bertujuan untuk
memperbaiki prestasi pelajar dan tidak sekadar untuk mengaudit
tingkat pencapaian ?2. Adakah proses penaksiran itu berpotensi
mengukur dan menilai sesuatu prestasi secara meluas dan mendalam
?3. Adakah proses penaksiran itu mampu mengesan perubahan dan
kemajuan pencapaian ?4. Adakah maklumat yang dikumpulkan dapat
digunakan untuk mengenal pasti kelemahan-kelemahan pembelajaran dan
pengajaran secara konkrit ?5. Adakah maklumat yang dikumpulkan
berpotensi membantu guru daripada aspek membuat keputusan-keputusan
tentang strategi pengajaran ?6. Adakah keputusan-keputusan yang
berdasarkan maklumat daripada proses penaksiran itu dapat mengatasi
kelemahan pembelajaran dan pengajaran ?7. Adakah proses penaksiran
itu dapat memaklumkan pelajar tentang apa yang penting dan
diharapkan daripada mereka ?8. Adakah proses penaksiran itu
berupaya merangsang dan memotivasikan pelajar untuk berusaha
menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diajarkan ?9. Adakah
maklumat daripada penaksiran itu dapat menggambarkan prestasi
pelajar dalam keadaan suasana hidup yang realsitik iaitu prestasi
sebenar di luar konteks bilik darjah ?
Teknik pentaskiran dalam bilik darjah atau Classroom Assesment
Techniques (CATs), juga dikenali dengan nama penyelidikan bilik
darjah atau penyelidikan tindakan merupakan siri peralatan dan
amalan yang direka bagi membantu guru memberi maklumat yang tepat
berkaitan dengan kualiti pembelajaran murid. Maklumat yang
dikumpulkan bukanlah untuk tujuan pemarkahan atau penggredan atau
penilaian guru. Sebaliknya maklumat ini digunakan untuk memudahkan
dialog antara murid dengan guru terhadap proses pembelajaran dan
bagaimana untuk memperbaiki atau meningkatkan pembelajaran. CATs
menyediakan murid dan guru dengan maklumat proses dalaman tentang
bagaimana dan sejauh manakah murid mempelajari apa-apa juga yang
kurikulum inginkan. Tiga persoalan utama yang dipersoalkan melalui
CATs iaitu ;
1. Apakah keperluan pengetahuan dan kemahiran yang sedang anda
cuba sampaikan?2. Bagaimanakah anda tahu yang murid sedang
mempelajari daripadanya ?3. Bagaimanakah anda boleh membantu murid
belajar dengan baik ?
Proses penaksiran bilik darjah memberi anggapan bahawa murid
memberikan maklum balas yang awal dan ingin selalu dimaklumkan.
Mereka juga memerlukan penilaian terhadap kualiti pembelajaran dan
mereka sedia membantu guru untuk mempertingkatkan kekuatan
pengajaran. Langkah asas proses pentaksiran ini ialah ;
1. Pilih satu matlamat pembelajaran untuk ditafsir.2. Pilih satu
teknik pentaksiran yang akan digunakan.3. Jalankan teknik yang
dipilih.4. Analisis data dan kongsi hasilan dengan murid.5. Beri
maklum balas terhadap data yang diperoleh.
Pentaksiran (CATs) ini membekalkan murid dengan menu atau
peralatan penilaian iaitu ;
1. Menyemak latar belakang murid.2. Mengenal pasti kekeliruan
murid.3. Membolehkan murid untuk menilai tahap pembelajaran
sendiri.4. Menentukan gaya pembelajaran murid.5. Membina dan
menyasarkan kemahiran tertentu.
Oleh itu, aktiviti-aktiviti pengukuran dan penilaian hendaklah
dirancang, diselenggarakan, dianalisis, ditafsirkan dan dimaklumkan
kepada pihak-pihak yang berkepentingan khasnya pelajar dengan
menggunakan prosedur yang sah dan boleh dipercayai.
Sebagai guru pemulihan, anda harus memahami segala aspek yang
mendalam berkaitan dengan murid. Oleh yang demikian, pentaksiran
dan penilaian yang selalu dijalankan oleh guru di sekolah bertujuan
untuk mendapatkan maklumat berkaitan:
1. Kemahiran kognitif1. Kecerdasan 1. Memori1. Kemahiran motor1.
Motor kasar1. Motor halus
1. Kemahiran persepsi1. Persepsi visual1. Persepsi auditori
1. Kemahiran akademik1. Bacan1. Tulisan1. Matematik
1. Kemahiran bahasa1. Bahasa eskpresif1. Bahasa reseptif
1. Tingkah laku1. Keadaan sosio-emosi
Maklumat yang dikumpul berkenaan aspekaspek di atas akan memberi
satu gambaran yang komprehensif berkaitan murid, dan menunjuk arah
tentang jenis bantuan dan pengajaran yang perlu disediakan. Dengan
demikian, guru boleh merancang satu program intervensi yang
bersesuaian dengan keperluan individu setiap orang murid. Seorang
guru yang beerkesan akan selalu berpandukan kepada maklumat
pentaksiran untuk mengendali murid di sekolah
Guru- guru pendidikan khas perlu membiasakan diri dengan cara
mengumpul maklumat untuk membuat keputusan-keputusan berkaitan
proses pengajaran-pembelajaran dan mengetahui masalah yang dihadapi
oleh murid berkeperluan khas. Maklumat yang diperlukan untuk
membuat keputusan-keputusan dalam pelaksanaan pendidikan khas boleh
didapati daripada pelbagai sumber seperti:
Rekod dan laporan berkaitan Latar belakang keluarga Kesihatan
murid Prestasi akademik dahulu Minat murid
Sampel kerja Analisis ralat Kualiti kerja
Pengujian Ujian rujukan norma Ujian rujukan kriteria Inventori
tidak formal Kuiz Probe Analisis tugaan
Pentaksiran portfolio Pemerhatian Senarai semak Skala
pengkadaran Temubual
2.2 Sumber-sumber maklumat
Rekod dan laporan
Seseorang murid bermasalah pembelajaran sudah pasti telah
menjalani pelbagai jenis pentaksiran sebelum dia masuk ke sekolah.
Laporan-laporan yang dibuat oleh para profesional akan memberi
banyak maklumat berkaitan murid yang boleh digunakan oleh guru
pendidikan khas. Guru pendidikan khas perlu merujuk kepada
laporan-laporan tersebut untuk mendapat satu gambaran yang lebih
menyeluruh berkaitan murid.
Rekod LamaMerujuk kepada sesuatu peristiwa yang signifikan. Ini
termasuklah tingkah laku yang diperhatikan, latar di mana tingkah
laku berlaku dan intrepretasi tentang peristiwa. Rekod akan lebih
bermakna apabila ;i. Ia menumpukan kepada peristiwa/ perkara yang
bermakna.ii. Ia direkodkan sebaik sahaja insiden selesai.iii. Ia
mengandungi maklumat yang mencukupi untuk mudah difahami
kemudian.iv. Perlakuan yang diperhatikan dan intrepetasinya
diasingkan
Sampel kerja
Salah satu sumber maklumat yang sedia ada berkaitan murid adalah
sampel-sampel kerja yang dihasilkan oleh murid dalam mata pelajaran
yang diikutinya di sekolah. Untuk mendapat maklumat yang berfaedah,
guru pendidikan khas perlu membuat analisis sampel kerja untuk
mengetahui kelebihan dan kekurangan murid dalam mata pelajaran yang
dipelajari. Selain itu, memerlukan pelajar melakukan tugasan
sebenar yang mewakili keseluruhan tugasan yang diukur. Sampelan
tugasan biasanya termasuk elemen yang paling penting dalam
keseluruhan tugasan dan dilakukan dalam keadaan yang
terkawal.Contoh ; Menaip surat Menggunakan computer dalam
menganalisis masalah Membaiki alat
Pengujian Mengikut R.M. Gagne dalam bukunya The Conditions of
Learning, pengujian ialah suatu cara yang sistematik untuk mengukur
perubahan tingkah laku seseorang individu. Dalam sesebuah kelas,
pengujian ini digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku yang
berkaitan dengan aktiviti pembelajaran pelajar-pelajar. Ia
merupakan suatu alat pengukuran dengan tujuan mendapat maklumat
tentang pencapaian pelajar-pelajar dalam aspek kognitif, psikomotor
ataupun efektif.
Pengujian ini memerlukan pelajar menunjukkan secara eksplisit
seperti menjawab soalan secara lisan atau bertulis atau
mendemostrasikan, perubahan tingkah laku berkaitan dengan
perkara-perkara yang telah dipelajarinya.
Ujian pencapaian adalah mekanisme yang digunakan untuk mengukur
dan menilai pencapaian pelajar. Ujian pencapaian adalah berkaitan
dengan objektifan pengajaran, iaitu apa yang telah diajarkan dalam
subjek, kursus atau kurikulum tertentu. Ujian ini bertujuan untuk
mentaksirkan (1) sejauh mana pelajar menguasai isi pelajaran yang
telah diajarkan, (2) kualiti atau gred yang dicapai, (3) perubahan
dan kemajuan pembelajaran, (4) keberkesanan strategi pengajaran dan
(5) sama ada pelajar telah bersedia untuk mengikuti konsep-konsep
dan kemahiran-kemahiran yang lebih luas dan mendalam. Dua bentuk
ujian yang digunakan iaitu ujian bertulis dan ujian prestasi.
Ujian-ujian yang sering digunakan bagi murid-murid kelas
pemulihan atau khas ialah ;1. Ujian saringan2. Ujian diagnostik
Ujian saringan merupakan satu instrument pengukuran disediakan
secara menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan
kemahiran-kemahiran asas murid secara individu untuk dicalonkan
bagi mengikuti murid-murid program kelas pemulihan khas. Ujian ini
dapat mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan
pemulihan khas.
Ujian diagnostik dianggap penting dalam kelas khas bagi membantu
guru mengesan aspek kelemahan dan kelebihan yang dimiliki oleh
murid. Ujian ini mengesan masalah-masalah yang dialami oleh
murid-murid ketika belajar dan mengenal pasti punca kegagalan murid
dalam menguasai kemahiran tertentu.
Guru pemulihan boleh mendapat tahu tahap kebolehan murid dengan
mentadbirkan ujian-ujian kepada murid. Pengujian boleh ditadbirkan
dengan pelbagai cara mengikut apakah tujuan sebenarnya guru. Nama
yang diberikan kepada sesuatu ujian biasanya menunjukkan
tujuannya.
Ujian rujukan kriteria : Ujian untuk mengukur sama ada kemahiran
yang telah diajar boleh dianggap sebagai telah dikuasai murid.Ujian
rujukan norma : Ujian yang membandingkan prestasi murid dalam
sesuatu ujian dengan pencapaian orang yang telah mengambil ujian
yang sama.Kuiz : Ujian yang dijalankan sebaik sahaja sesuatu
pelajaran telah disampaikan untuk menguji sama ada murid telah
memahami apa yang telah diajar.Probe :Jika seorang guru ingin tahu
sama ada murid boleh menjalankan sesuatau tugasan atau ujian dalam
keadaan yang lain., dia boleh memberi tugasan atau ujian yang sama
tetapi dengan sedikit pengubahsuaian seperti memberi penyampaian
yang berlainan. Guru telah sebenarnya menjalankan probe.
Pemerhatian
Pemerhatian merupakan satu kaedah yang selalu dijalankan oleh
para profesional atau guru untuk mengumpul maklumat, khusunya
berkaitan tingkah laku seseorang murid. Pemerhatian yang dibuat
perlu direkodkan dan terdapat beberapa cara untuk merekodkan hasil
pemerhatian. Kaedah yang popular dalam membuat pemerhatian ialah
dengan menggunakan berbagai-bagai cara catatan bergantung kepada
objektif. Seseorang guru boleh membuat pemerhatian dari jauh atau
berada bersama di dalam kumpulan respondennya.
Bagi tugasan yang kecil/ mudah, pemerhatian secara informal
mungkin boleh dijalankan. Bagi tugasan yang lebih komprehensif,
pemerhatian perlu lebih sistematik bagi meningkatkan keobjektifan
dan kegunaannya kemudian. Pemerhatian biasanya dibantu oleh senarai
semak atau skala kadar. TemubualGuru pendidikan khas boleh mendapat
maklumat berkaitan murid dengan menemubual ibu bapa, penjaga,
guru-guru yang lain atau rakan sebaya murid. Kaedah temubual sesuai
digunakan untuk tujuan ini.
Soal SelidikBorang soal selidik merupakan satu alat penyelidikan
yang kerap digunakan dalam kajian tinjauan. Soal selidik selalu
digunakan untuk mengetahui sikap seseorang dengan menggunakan
soalan-soalan bebas-jawab (terbuka), senarai semak atau skala
kadar. Soalan bebas-jawab ialah soalan isikan tempat kosong; soalan
senarai semak ialah soalan jenis Thurston di mana subjek hanya
memberi jawapan dengan menanda salah satu pilihan jawapan; dan
soalan skala kadar menggunakan kaedah Lokert di mana responden
memilih jawapan daripada satu kontinuun (esktrem ke ekstrem).
Tujuan borang ini untuk mendapat maklumat tentang latar belakang
responden. Sekiranya borang soal selidik diedarkan secara sendiri
oleh pengkaji kepada kumpulan sasaran, maka pengkaji dapat
menjelaskan tujuan kajian dan menerangkan sebarang kekeliruan dalam
soal selidik yang ditimbulkan oleh pihak responden. Soalan-soalan
yang ditulis mestilah memberi makna yang sama kepada responden.
2.2 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, proses pentaksiran dapat menghasilkan
maklumat-maklumat yang berguna untuk meningkatkan kualiti
pembelajaran dan pengajaran sekiranya aktiviti-aktiviti pengukuran
dan penilaian dilakukan secara tepat dan sistematis. Penaksiran
sangat penting kepada guru dalam bilik darjah bagi meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran khasnya kepada murid-murid pemulihan.
Sehubungan itu, guru perlu memilih kaedah dan prosedur yang sesuai
bagi membantu melaksanakan penaksiran dengan berkesan dan mencapai
matlamat ditetapkan.
Latihan 2
Rujukan pada satu fail individu murid. Di bahagian depan fail
biasanya terdapat borang yang merekodkan butir-butir peribadi dan
latar belakang murid. Kaji format borang itu dan bandingkan dengan
suatu borang lain yang disediakan dalam buku pentaksiran. Buat
penambahbaikan borang yang digunakan di sekolah dan jelaskan apa
yang telah anda lakukan dan kenapa anda lakukan.Rujuk juga kepada
beberapa laporan kesihatan/ perubatan murid. Adakah laporan yang
diberikan dapat membantu anda dalam perancangan pengajaran anda?
Beri komen atau cadangan yang bermanfaat berkaitan bagaimana
laporan kesihatan/ perubatan murid boleh dibuat supaya ia akan
menjadi lebih berguna kepada guru.
2. MENTAKSIR KEBOLEHAN PEMBELAJARAN ASAS
2.0SINOPSISDalam bab terdahulu, anda telah didedahan dengan
konsep dan kepelbagaian cara untuk mendapat dan mngumpulkan
maklumat. Bagi bab ini pula, akan memberi pengetahuan kepada anda
mengenai proses penaksiran bagi pembelajaran pengamatan daripada
aspek penglihatan, pendengaran, kinestetik, taktil dan haptic.
Pentaksiran ini dilakukan melalui pemerhatian, tembu bual/ selidik,
sampel kerja dan pengujian.
2.1 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini anda dapat ;4. Mengetahui masalah-masalah
murid dalam pembelajaran peringkat asas.5. Mentaksir kebolehan
pembelajaran asas murid-murid melalui proses pengamatan,
konsepsualisasi dan orgasnisasi dan pemprosesan maklumat.6.
Merancang pengajaran dan pembelajaran melalui pentaksiran dan
intervensi melalui pentaksiran yang dijalankan.
2.2PENGENALAN
Proses pembelajaran akan berlaku dengan melibatkan tiga proses
kognitif iaitu proses penumpuan, pengamatan dan tanggapan. Terdapat
hubungan fungsi-fungsi organ deria dengan fungsi mental dalam
proses pembelajaran. Pengalaman-pengalaman yang diperoleh melalui
deria dikenali sebagai perasaan iaitu apa yang kita rasai. Perasaan
ini dihantar kepada otak melalui system saraf supaya diproses dan
difahami. Segala fungsi mental yang terlibat dalam proses yang
dialami dikenali sebagai proses kognitif. Dalam semua mata
pelajaran, pelajar sentiasa belajar membentuk pelbagai konsep sama
ada konsep konkrit ataupun konsep abstrak. Pembentukan
konsep-konsep ini berasaskan pembentukan pelbagai pengamatan.
Pengamatan hanya terbentuk apabila ada penumpuan pelajar pada
perkara yang dipelajarinya, sedangkan penumpuan hanya berlaku
apabila ada kesedaran pelajar pada rangsangan yang diterimanya.
Secara mudahnya, penumpuan, pengamatan dan tanggapan merupakan tiga
proses kognitif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain.
2.3. MENTAKSIR KEBOLEHAN PEMBACAAN ASAS
Pentaskiran untuk pembelajaran oleh guru bertujuan untuk
mendapatkan informasi bagi mengubahsuai dan mempelbagaikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Pentaskiran jenis ini memerlukan cara
dan kaedah kebiasaan (indiosinkratik) pembelajaran pelajar dan
mengenal pasti corak dan kaedah serta jalan yang diambil oleh
pelajar. Kebolehan murid-murid menguasai pembelajaran asas
dipengaruhi oleh :i. Pengamatanii. Konsepsualisasi dan
Organisasiiii. Kepantasan Pemprosesan Maklumat
2.3.1. Melalui Pengamatan
Proses pengamatan membolehkan seseoran itu memahami apa yang
sedang berlaku dalam persekitarannya. Beberapa orang yang
memerhatikan perkara yang sama mungkin member tafsiran berbeza
mengenainya. Oleh itu, pengertian mereka berbeza. Dengan demikian,
setiap orang mempunyai perilaku yang berbeza. Penglihatan tidak
berlaku dalam mata. Mata hanya alat yanh membantu proses
pengamatan. Kebanyakan orang tersalah anggap berkaitan dengan
pengamatan. Pengamatan pada mereka hanya melibatkan apa yang dapat
dilihat dengan matra, sedangkan sebenarnya pengamatan melibatkan
keseluruhan pancaindera manusia.
Hilgard dan Artkinson (1975) mentakrifkan pengamatan sebagai
proses yang membawa kepada kesedaran manusia pada benda-benda
ataupun objek-objek, pada kualiti ataupun pertalian yang berlaku
melalui organ-organ deria. Walaupun sifat-sifat objek yang diamati
itu dirakamkan oleh mental seperti gambaran asalnya, pentafsiran
orang yang mengamatinya dipengaruhi oleh pengalaman-pengalaman
lampaunya dan ini menyebabkan proses pengamatan itu bukanlah
semata-mata merakamnkan secara pasif apa yang sedang dialami oleh
organ-organ deria itu. Menurut Child D. dalam bukunya Psychology
and the Teacher, penganalisisan perasaan secara dalaman yang
dilakukan oleh otak atau mental dipanggil pengamatan. Bagi Malcom
Hardy dan Steve Heyes (1985), maklumat yang datang daripada
organ-organ deria perlu terlebih dahulu diorganisasikan dan
diinterpretasikan sebelum dapat difahami dan proses ini dinamakan
pengamatan. Tidak semua maklumat yang masuk dalam organ pancaindera
pada suatu masa dirasakan secara sedar.
Kebolehan seseorang murid dalam pembelajaran asas dipengaruhi
oleh pengamatan yang melibatkan penglihatan, pendengaran,
kinestetik, taktik dan haptic. Pengamatan penglihatan merujuk
kepada kebolehan membezakan atau mengasingkan secara visual akan
persamaa dan perbezaan yang ada pada objek-objek. Pengamatan visual
ini meliobatkan deria pengliahatan iaitu mata. Mata merupakan
elemen penting dalam membuat pengamatan khususnya yang mempunyai
kaitan dengan apa yang dapat dilihat. Deria mata mampu mengesan
warna, bentuk, saiz, pola, kedudukan dan sebagainya. Banyak kajian
yang dijalankan mendapati, pengamatan visual merupakan aspek yang
paling penting. Melaluinya, suatu yang dicerap oleh sensori dapat
diukur sama ada member makna kepadanya atau tidak.
Beberapa kajian bertujuan membuktikan kewujudan ingatan ikonik
dijalankan. Kajian awal dilakukan oleh Sperling (1960), melalui
eksperimen yang dikenali sebagai Eksperimen Sperling. Melalui
eksperimen ini, Sperling menunjukkan tayangan selama kira-kira 0.05
saat iaitu beberapa set sembilan huruf seperti yang berikut kepada
subjeknya ;
RGC
LXN
SBJ
Selepas itu, subek diminta mengingat dan melaporkan sebanyak
mungkin huruf daripada setiap set. Keputusan eksperimen ini
menunjukkan secara purata subjek dapat mengingati empat ataupun
lima huruf sahaja daripada setiap set. Selain daripada huruf yang
diingati dan dilaporkan itu, subjek juga menyatakan mereka melihat
huruf-huruf lain. Bagaimanapun, subjek mendapati beberapa huruf
yang pernah dilihat itu pudar dengan begitu cepat sebelum sempat ia
dilaporkan. Keputusan ini memberikan penjelasan kegagalan subjek
melaporkan semula Sembilan huruf apabila mereka diminta berbuat
demikian. Masa melebihi satu saat diperlukan bagi subjek melaporkan
kesemua Sembilan huruf. Selepas meninjau, mengecam dan melaporkan
empat ataupun lima huruf, subjek mendapati huruf lain yang belum
dilaporkan itu pudar daripada ingatan kederiaan mereka.
Pengamatan pendengaran melibatkan deria pendengaran iaitu bunyi.
Manusia dapat membezakan pelbagai bunyi yang wujud di dunia ini.
Malah dengan maklumat-maklumat bunyi-bunyian ini, manusia dapat
mencipta pelbagai variasi bunyi yang bernada tinggi, sederhana dan
rendah. Kebolehan manusia mengekalkan maklumat dalam ingatan ekoik
dikaji oleh Darwin, Turbey dan Crowder (19772), melalui teknik
laporan separa seperti yang direka bentuk oleh Sperling melalui
kajiannya berkaitan dengan ingatan Ekonik. Melalui eksperimen ini,
Darwin dan rakannya mengemukakan tiga set angka berlainan daripada
tiga arah berlainan kepada sekumpulan subjek iaitu daripada kiri,
kanan dan hadapan. Selepas ketiga-tiga set dikemukakan, mereka
mengemukakan pula satu tanda saran (dalam bentuk rangsangan
penglihatan) menyatakan kedudukan set angka yang perlu diulang
sebut oleh subjek. Sekiranya tanda saran itu dikemukakan selepas
sahaja angka dibunyikan, kebanyakan subjek dapat mengulangi dengan
tepat angka yang diterima daripada arah yang diisyaratkan melalui
tanda saran.
Pengamatan kinestetik melibatkan deria rasa, baud an sentuhan.
Ia penting sebagai pengimbang kepada pengamatan auditori dan
visual.
2.2.2. Kepantasan Pemprosesan Maklumat
Secara umumnya, kepantasan pemprosesan maklumat dipengaruhi oleh
tiga komponen iaitu ;
i. Deria (Sensory Register)ii. Ingatan Jangka Pendekiii. Ingatan
Jangka Panjang
INGATAN JANGKA PENDEK Komponen di mana maklumat terhad disimpan
selama beberapa saat sahaja 7 (+/- 2) item/chunk Apabila melebehi
had maklumat baru akan mengganti maklumat lama (lupaan berlaku)
Dikenali sebagai ingatan aktif (working memory) Menerima maklumat
dari deria & Ingatan Jangka Panjang
INGATAN JANGKA PANJANG Penyimpanan yang kekal Tiga bahagian
ingatan jangka panjang Ingatan Episodik Penyimpanan imej Ingatan
Semantik - Penyimpanan fakta, konsep, prinsip, kemahiran
penyelesaian masalah, strategi pembelajaran -Disimpan secara
schemata Ingatan Prosedural Bagaimana membuat sesuatu
Kebolehan dan kepantasan dalam pemprosesan maklumat dapat
dilihat dalam Cart I.
CARTA 1
Namun begitu, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kepada
kepantasan dalam pemprosesan maklumat iaitu ;i. Pengalamanii.
Kejelasan Tugasaniii. Jangkaaniv. Penumpuan
Dapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan dengan tajuk di atas
di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.
Buatkan catatan atau nota-nota penting.
36