KOMUNIKASI INDIVIDU DAN KOMUNIKASI ANTARA INDIVIDU
Post on 15-Mar-2023
0 Views
Preview:
Transcript
PENGENALAN
Komunikasi secara amnya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
komunikasi fizikal dan komuikasi antara manusia atau individu.
Komunikasi fizikal melibatkan perhubungan yang dapat dilihat secara
kasar seperti jalan raya, kereta api dan kapal terbang. Manakala
komunikasi antara manusia pula, lebih tertumpu kepada perhubungan yang
berlaku antara manusia yang melibatkan penyampaian atau penukaran
maklumat daripada seseorang individu kepada seseorang individu yang
lain, sama ada secara bersemuka atau melalui perantaraan seperti media
massa atau media elektronik (Samsuddin A. Rahim, 2003). Komunikasi
antara manusia merupakan suautu disiplin pengajian yang masih baharu
di Malaysia. Namun, dalam proses perkembangan disiplin ilmu ini,
konsep dan teoi yang dipinjam daripada disiplin lain telah menjadi
lebih mantap sehingga munculnya teori-teori, paradigma pembelajaran,
konsep, dan juga pendekatan metodologi komunikasi yang tersendiri.
Dengan erti kata lain, disiplin komunikasi antara manusia ini telah
mencapai tahap kedewasaan daan kini boeh dianggap sebagai suatu
disiplin ilmu yang telah mecapai suatu tahap kematangan. Dari semasa
ke semasa, teori dan kaedah penyelidikan yang pada mulanya dipinjam
daripada bidang-bidang lain untuk dijadikan asas kajian komunikasi,
lama kelamaan telah menjadi mantap untuk muncul sebagai teori-teori
komunikasi yang tersendiri.
Komunikasi antara manusia merupakan suatu unsur-unsur yang penting
dalam kehidupan manusia. Manusia perlu berkomunikasi antara satu sama
lain untuk melahirkan pendapat dan perasaan kita kepada individu lain.
Hal ini adalah kerana, manusia tidak akan dapat hidup keseorangan
tanpa berkomunikasi dengan individu lain. Tanpa kebolehan untuk
menyampaikan pendapat dan perasaan kita kepada individu lain, besar
1
kemungkinan individu tersebut akan merasakan sesuatu kekurangan di
dalam hidup individu tersebut. Kita sentiasa berkomunikasi untuk
menyampaikan pendapat dan perasaan seseorang individu kepada individu
lain sama ada melalui tulisan, pertuturan atau percakapan dan
perbualan ataupun melalui gerak tubuh badan, isyarat mata dan air muka
individu tersebut.
Memandangkan proses komunikasi telah menjadi sebahagian daripada
keperluan hidup manusia, ramai daripada individu tersebut telah
menganggap kebolehan itu ialah suatu kebolehan semula jadi yang telah
dianugerahkan Tuhan kepada manusia. Dengan itu, secara tidak langsung,
tidak ramai daripada individu tersebut telah cuba untuk belajar
meningkatkan cara-cara berkomunikasi yang betul untuk meningkatkan
keberkesanan sesuatu proses komunikasi itu. Sebenarnya, kebolehan
komunikasi seseorang individu itu boleh dipertingkatkan lagi sekiranya
individu tersebut berjaya memahami unsur-unsur penting yang wujud
dalam sesuatu proses komunikasi. Pada era globalisasi moden ini,
keperluan untuk berkomunikasi bukan hanya terhad kepada memenuhi
keperluan hidup yang asas seperti bertutur dengan kawan-kawan ataupun
dengan sanak-saudara. Tetapi, pada zaman ini kehidupan manusia telah
menjadi semakin kompleks dan menuju kearah suatu pengkhususan.
Masyarakat Malaysia khususnya terdiri daripada pelbagai lapisan
masyarakat yang terdiri daripada golongan peniaga, golongan petani,
golongan pekerja kerajaan dan juga golongan pekerja swasta. Dalam
setiap aktiviti yang dijalankan, pasti ada seorang ketua yang
bertanggungjawab untuk memantau aktiviti kerja yang sedang dilakukan.
Di dalam konteks ini, setiap kelompok perlu berkomunikasi antara satu
sama lain untuk memenuhi keperluan hidup manusia.
2
Cara manusia berkomunikasi pada masa kini juga tidak terhad kepada
pertuturan dan menulis surat malahan perkembangan teknologi komunikasi
telah menyebabkan perkembangan pesat dalam bidang percetakan dan
elektronik yang membolehkan percetakan buku, majalah dan akhbar dan
juga penggunaan radio, televisyen dan juga perakam video. Dengan
adanya kewujudan system masyarakat yang menuju ke arah pengkhususan
serta perkembangan alat-alat untuk komunikasi percetakan dan
elektronik, komunikasi dalam system masyarakat secara tidak langsung
telah menjadi semakin kompleks dan rumit. Justeru itu, berlakunya
peningkatan dalam kelahiran lebih ramai penyelidik baharu yang telah
membuat pelbagai jenis kajian tentang pelbagai aspek-aspek komunikasi
untuk membantu mendalami dan memahami tentang masalah dan juga
perkara-perkara yang boleh mempertingkatkan cara manusia berkomunikasi
antara satu sama lain.
Istilah komunikasi ialah terjemahan secara langsung daripada istilah
bahasa Inggeris, “communication.” Istilah Inggeris ini pula berasal
daripada istilah Latin iaitu “communicare”, yang bermaksud “ to make common”
atau mewujudkan suatu bentuk persamaan. Berasaskan pengertian asas
komunikasi yang sedemikian, para pengkaji komunikasi telah memberikan
takrifan mereka berdasarkan maksud dan tujuan penyelidikan yang mereka
lakukan. Dapat dilihat bahawa penyelidikan komunikasi ini telah
dikendalikan oleh para pengkaji yang dating daripada pelbagai bidang.
Oleh itu, takrifan yang telah mereka kemukakan terhadap komunikasi
juga telah dipengaruhi oleh bidang ilmu mereka masing-masing.
Menurut Dance (1976), beliau telah menggariskan beberapa dimensi yang
bolh diaplikasikan untuk membezakan konsep komunikasi secara kritikal.
Perbezaan tersebut dibuat pada tiga tahap berikut iaitu tahap
pemerhatian, tahap tujuan dan juga tahap perkembangan normatif.
3
Menurut Berelson dan Steiner (1964) pula, komunikasi adalah proses
pemancaran maklumat. Definisi tersebut sebaliknya tidak membuat
pertimbangan rujukan hasil kepada komunikasi berkenaan sama ada
berjaya ataupun tidak. Selalunya proses komuikasi ialah sesuatu proses
yang kompleks dan sering berubah mengikut situasi dan persekitaran.
Oleh itu, ada kalanya boleh didapati bahawa komunikasi sebenarnya
berada dalam suatu kontinum yang wujud di antara definisi yang luas,
tidak bertujuan dan tidak mempunyai apa-apa kesan. Manakala, terdapat
juga definisi yang sempit, mempunyai tujuan dan meninggalkan kesan.
Memang terdapat perbezaan di antara pandangan antara para sarjana
tentang apa yang dimaksudkan dengan komunikasi. Sudut pandangan yang
berbeza ini juga disebut sebagai perspektif. Perspektif yang berbeza
ini mendorong kepada pertanyaan soalan yang berbeza dan membuat
penyelidikan yang berlainan. Oleh itu, definisi komunikasi perlu
dinilai berdasarkan setakat mana para penyelidik dapat mencapai tujuan
penyelidikan mereka. Selain daripaa itu, terdapat empat unsur asas
komunikasi iaitu sumber-penerima (komunikator), mesej, saluran dan
juga penerima. Unsur-unsur tambahan termasuklah maklum balas,
gangguan, kesan dan persekitaran. Model komunikasi cuba menerangkan
apa itu komunikasi dengan mengambil kira unsur-unsur komunikasi.
Antara model komunikasi ialah Model Laswell, Model Matematik atau
Model Shannon dan Weaver dan Model Berlo.
Pada keseluruhannya empat perkataan penting dalam takrifan komunikasi
ialah pengiriman, penyebaran, pemindahan dan tindak balas yang
diterima. Bagaimanapun, kelompok takrifan komunikasi boleh
dikategorikan kepada empat iaitu takrifan yang menekankan penyebaran
dan pengiriman, takrifan yang menekankan perkongsian makna, takrifan
yang menekankan pembujukan dan juga takrifan komunikasi yang
4
menekankan aspek tingkah laku. Manakala, komunikasi juga turut
mempunyai fungsinya yang tersendiri. Untuk meluaskan lagi kefahaman
kepada proses komunikasi, fungsi komunikasi juga dapat dikenalpasti
untuk menambah kefahaman yang lebih jelas. Antara fungsi komunikasi
ialah fungsi memberitahu, fungsi mendidik, fungsi membujuk dan juga
fungsi menghibur.
Selain daripada itu, komunikasi antara manusia berlaku dalam berbagai-
bagai situasi. Ada kalanya komunikasi berlaku secara bersemuka antara
dua individu, ada kalanya pula komunikasi berlaku melalui perantaraan
seperti radio atau akhbar, ada juga ketikanya komunikasi berlaku hanya
dengan menggunakan isyarat-isyarat. Oleh itu, terdapat empat jenis
komunikasi iaitu komunikasi antara individu, komunikasi awam,
komunikasi massa dan juga komunikasi tanpa lisan.
1.0 KOMUNIKASI ANTARA INDIVIDU/ INTERPERSONAL
Perhubungan interpersonal ialah cara individu berkomunikasi dan
berinteraksi dengan orang lain. Pada amnya komunikasi dan perhubungan
interpersonal mempunyai objektif bagi mengurangkan sikap saling tidak
mengenali dan tidak mempercayai antara satu sama lain. Unsur yang
penting dalam komunikasi antara individu ialah kepercayaan iaitu
kepercayaan individu lain terhadap diri dan perkataan diri sendiri
individu tersebut. Hal ini bermakna bahawa kemahiran komunikasi
interpersonal boleh diaplikasikan untuk memupuk dan juga membina
keyakinan. Perhubungan interpersonal dan komunikasi adalah satu asas
penting dalam proses membantu dan menolong orang lain. Perhubungan
interpersonal yang baik adalah jambatan atau penghubung antara kedua-
dua individu. Bagi memupuk kemahiran perhubungan interpersonal,
seseorang individu itu perlu sedar dan mengetahui mengenai beberapa
5
perkara penting. Antara perkara penting tersebut ialah untuk memahami
proses komunikasi berkesan dan prinsip asas perhubungan individu dan
juga cara individu tersebut berkomunikasi, berinteraksi atau memberi
layanan kepada orang lain. Dengan ini, seseorang individu itu akan
menjadi lebih arif mengenai perbezaan antara keduanya iaitu “gap” atau
jurang anda. Di samping itu, individu tersebut juga boleh memupuk
“rapport” antara satu sama lain serta menggunakan strategi yang tepat
semasa berkomunikasi. Dalam usaha untuk menghasilkan komunikasi dan
perhubungan interpersonal yang baik, individu seharusnya memberi
peuang kepada diri individu itu sendiri untuk menganalisis dengan
penuh kepentingan, mentafsir dengan kefahaman dan melaksanakan yang
terbaik daripada apa yang difahami dan dipercayai. Komunikasi antara
individu adalah amat penting dalam setiap konteks hubungan sama ada
dalam keluarga, hubungan kejiranan, majlis sosial, organisasi, dan
dalam kehidupan bermasyarakat.
1.1 Fungsi Komunikasi Antara Individu
Komunikasi antara individu mempunyai fungsinya yang tersendiri.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa tujuan lain yang lebih
khusus untuk komunikasi antara individu. Antara tujuan komunikasi
antara individu ialah untuk mencapai kehendak dirri. Apabila
seseorang individu itu terlibat di dalam sesebuah proses
komunikasi, banyak aspek peribadi seseorang individu itu akan
dapat dipelajari dan dicontohi. Tanggapan atau persepsi kita
terhadap individu lain akan lebih berkembang apabila kita
berinteraksi dengan orang lain. Di samping itu, individu juga
berkemungkinan besar akan berucap tentang perkara yang
digemarinya atau sekurang-kurangnya untuk melayani perasaan,
pemikiran atau tingkah laku seseorang individu tersebut. Sebagai
6
contoh, seseorang individu akan memperoleh maklum balas mengenai
perasaan, pemikiran dan juga tingkah laku individu lain. Tambahan
pula, apabila seseorang individu itu diminta untuk menyelesaikan
sesuatu masalah melalui usaha mewujudkan persefahaman antara
individu dengan individu lain. Misalnya, apabila individu
tersebut ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang keberadaan
sesuatu tempat, individu tersebut pasti akan bertanya tentang
arah tempat tersebut daripada individu lain walaupun hubungan
individu tersebut dengan individu lain berlaku dalam masa yang
singkat.
Tujuan seterusnya dalam sesuatu proses komunikasi ialah untuk
mencari dunia luar. Selain daripada memahami diri sendiri dan
individu lain ketika proses komunikasi, seseorang individu itu
juga berupaya memahami dunia luar seperti tentang objek, kejadian
dan juga individu lain. Lebih banyak maklumat yang dapat
diketahui dan diperoleh daripada hubungan antara individu.
Pegangan agama, nilai moral dan sikap manusia lebih cenderung
untuk dipengaruhi oleh hubungan antara individu berbanding dengan
media massa. Misalnya, hubungan peribadi seseorang individu itu
dengan keluarga, ibu bapa dan sanak saudara lebih banyak
mempengaruhi sikap dan tingkah laku individu tersebut dengan
orang lain.
Selain daripada itu, tujuan sesuatu proses komunikasi itu berlaku
adalah untuk mewujudkan suatu hubungan yang bermakna. Salah satu
keinginan manusia ialah untuk mewujudkan hubungan yang baik
dengan individu lain. Kita sebenarnya suka dikasihi dan mahu
mengasihi. Antaranya melibatkan hubungan persahabatan, kasih
sayang dan rasa saling mempercayai terhadap pasangan tersebut.
7
Apabila hasrat ini tercapai, maka ia menjadikan hubungan tersebut
menjadi sesuatu hubungan yang lebih bermakna.
Seterusnya, tujuan sesuatu proses komunikasi itu berlaku adalah
untuk mengubah sikap dan tingkah laku seseorang individu
tersebut. Manusia kerap mengambil masa yang banyak untuk mengubah
sikap dan tingkah laku orang lain dalam perhubungan antara
individu. Kadangkala, manusia lebih cenderung untuk menggunakan
kaedah yang dikenali sebagai pemujukan. Ibu bapa, guru atau ketua
mungkin inginkan anak mereka, pelajar ataupun pekerja mendengar
atau mengubah apa yang dilakukan kerana menganggap anak, pekerja
atau pelajar mereka sedang melakukan sesuatu perkara yang tidak
berfaedah atau tidak membawa nilai yang positif.
Melaksanakan sesuatu tugas juga antara tujuan sesuatu proses
komunikasi. Komunikasi antara individu juga terjalin dengan
tujuan untuk mengendali atau melaksanakan sesuatu tugas atau
perkhidmatan (Shamsuddin, 1993). Dalam sesebuah organisasi itu,
setiap anggota atau staf mempunyai peranan dan tanggungjawab
masing-masing dalam melaksanakan tugas masing-masing. Seorang
pengurus perlu bertindak untuk melaksanakan arahan melalui
hubungan antara individu yang lebih berkesan.
1.2 Faktor Yang Mempengaruhi Hubungan Antara Individu
Dapat dilihat dengan jelas bahawa terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi hubungan antara individu. Faktor yang mempengaruhi
ini tergolong dalam aspek yang juga dikenali sebagai tarikan.
Tarikan ialah kecenderungan seseorang individu itu untuk menilai
individu lain sama ada dalam bentuk positif atau negative.
Penilaian tersebut akan menyebabkan individu tersebut tertarik
8
atau sebaliknya menjauhkan diri daripada melakukan sebarang
interaksi dengan individu lain. Terdapat empat aspek utama yang
sering dibincangkan oleh para ahli komunikasi yang turut
mempengaruhi tarikan. Antaranya ialah faktor kesamaan. Faktor
kesamaan itu merangkumi sikap, personaliti dan keupayaan
seseorang individu itu. Sesetengah ahli komunikasi
mengaplikasikan istilah “homopili” atau “hetropili” yang menggambarkan
kesamaan atau ketidaksamaan.
Homopili ialah istilah yang menggambarkan darjat pasangan yang
berinteraksi antara suatu sama lain yang turut memiliki suatu
kesamaan dalam sifat seperti kepercayaan, nilai, pendidikan, dan
juga status sosial. Hetropili pula merujuk kepada tingkat perbezaan
antara dua pihak individu yang berlainan. Perbezaan atau kesamaan
yang dimaksudkan ini berkait rapat dengan pelbagai aspek seperti
umur, agama, pegangan politik, tahap pendidikan atau kedudukan
kewangan.
Faktor lain yang mempengaruhi sesuatu proses komunikasi antara
individu melalui tarikan ialah faktor kedekatan. Kedekatan ialah
jarak, proksimiti atau “propinquity”. Jarak memainkan peranan yang
penting kerana jarak memberi peluang kepada sesuatu hubungan
peribadi. Peluang untuk berinteraksi apabila berada pada jarak
yang lebih dekat adalah lebih cerah daripada jika anda berada
jauh daripada individu lain. Beberapa kajian yang telah dibuat
menunjukkan bahawa perkahwinan biasanya bemula melalui perkenalan
semasa di sekolah, di tempat kerja atau di sesuatu kawasan yang
sama. Hal ini adalah kerana individu akan saling berinteraksi
dengan orang lain yang sering hampir dengan diri individu
tersebut.
9
Faktor lain yang mempengaruhi komunikasi antara individu melalui
tarikan ialah faktor ganjaran. Manusia sering tertarik dengan
individu yang dapat memberi imbuhan atau dalam erti kata nama
lain ganjaran kepada dirinya di samping kos hubungan yang rendah.
Setiap perhubungan mempunyai tujuan yang jelas dan memerlukan
pengorbanan atau kos sama ada dari sudut masa, emosi, imej diri,
dan keselesaan. Daripada keadaan ini, dapat diperhatikan bahawa
individu lebih cenderung melakukan perhubungan yang berada dalam
beberapa bentuk misalnya manusia lebih banyak mengorbankan masa,
imej dan emosi tetapi menerima imbuhan atau ganjaran yang tidak
setimpal. Manusia juga banyak mengorbankan masa, imej diri dan
emosi tetapi menerima ganjaran yang besar atau barangkali
individu tersebu tidak mengorbankan masa yang banyak, imej diri
atau emosi tetapi menerima ganjaran yang tinggi.
Ganjaran dan pengorbanan yang dilakukan oleh individu tersebut
mungkin tidak akan dapat dinilai. Usaha dan masa bukanlah sesuatu
yang mudah untuk dikira. Begitu juga dengan ganjaran.
Walaubagaimanapun, ganjaran boleh diukur dengan kadar kepuasan.
Sekiranya ganjaran memberikan kepuasan, maka proses komunikasi
tersebut boleh dikatakan sebagai suatu perhubungan yang menarik
dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu, dalam membentuk sesuatu
perhubungan melalui proses komunikasi, individu akan mencari
sesuatu yang akan memberi ganjaran kepada diri individu tersebut.
Namun begitu, jika individu tersebut berasa bahawa ganjaran itu
tidak begitu memuaskan, itu tidak bermakna bahawa individu
tersebut perlu membentuk sesuatu perhubungan yang baharu.
Seterusnya, faktor yang mempengaruhi komunikasi antara individu
ialah sifat peribadi seseorang individu itu. Sifat peribadi
10
seseorang individu itu merangkumi sifat berbentuk tarikan fizikal
atau sahsiah peribadi individu itu sendiri. Sememangnya faktor
yang menentukan seseorang individu menyukai individu lain
berdasarkan pengalaman individu itu sendiri ialah sahsiahnya yang
baik. Majoriti daripada individu menyukai seseorang itu bukan
hanya kerana faktor kesamaan sahaja tetap disebabkan oleh sikap
dan tingkah laku individu tersebut yang baik, berbudi bahasa,
saling tolong menolong dan saling hormat menghormati. Pendedahan
kendiri, harga diri, atau pengawalan diri seperti kadar
kebimbangan, harga diri yang rendah adalah amat penting dalam
konteks sifat peribadi seseorang individu itu.
1.3 Faktor Yang Menyemarakkan Hubungan
Apabila berlakunya hubungan atau interaksi antara individu,
pastinya individu-individu yang terlibat ingin interaksi atau
perhubungan tersebut disemarakkan, diperkukuhkan, dilanjutkan dan
memperoleh kesimpulan atau hasil yang positif. Terdapat beberapa
faktor yang boleh menyemarakkan hubungan interpersonal. Antara
faktor-faktor tersebut ialah pengesahan dan penerimaan. Mesej
yang menunjukkan bahawa seseorang individu itu sedang dinilai
boleh dikenal pasti sebagai tindak balas pengesahan. Sebagai
contoh, penghargaan dan pujian itu menunjukkan bahawa seseorang
individu itu sedang menilai individu lain yang telah diterima.
Walaubagaimanapun, tidak menjadi suatu kemestian untuk memuji
atau bersetuju dalam mengirim mesej pengesahan. Dalam beberapa
peringkat komunikasi antara individu, mendengar mesej atau
maklumat daripada individu lain juga boleh diambil kira sebagai
pengesahan. Namun, sikap yang mengenepikan penghargaan terhadap
orang lain dinyatakan sebagai penafian pengesahan.
11
Ketidaksetujuan dalam keadaan tertentu boleh dianggap sebagai
penafian pengesahan. Contohnya, menyerang peribadi perucap.
Faktor seterusnya yang menyemarakkan komunikasi antara individu
ialah iklim perhubungan antara individu yang baik. Iklim
komunikasi cuba digambarkan oleh beberapa orang sarjana seperti
keadaan cuaca yang dapat mempengaruhi kadar keselesaan seseorang
individu itu. Iklim komunikasi itu wujud dalam komunikasi antara
individu dengan sesebuah organisasi. Tompkins (1984)
menggambarkan iklim komunikasi sebagai bersifat suportif dan
saling menyokong antara satu sama lain, bersifat terbuka dan juga
persahabatan. Sebaliknya, ikim komunikasi juga boleh bersifat
defensif dan tertutup. Iklim komunikasi mula mendapat perhatian
apabila Jack Gibb menerbitkan kajiannya dalam “Journal of
Communication” pada tahun 1961 yang bertajuk “Defensive Communication”.
Hasil kajiannya mengenai hubungan secara bersemuka dalam kumpulan
yang kecil telah diterima oleh para pengkaji selepasnya sebagai
salah satu ciri terpenting iklim komunikasi. Menurut Gibb, iklim
komunikasi boleh dibahagikan kepada dua iaitu defensif dan
suportif.
Defensif pula boleh diklasifikasikan kepada enam aspek. Enam
aspek defensif pula terdiri daripada penilaian, kawalan,
strategi, berkecuali, keunggulan diri dan kepastian. Manakala
suportif pula boleh dibahagikan kepada enam aspek penting iaitu
penghuraian, berorientasikan masalah, spontan, empati, saksama
dan kesementaraan. Selepas angkubah iklim komunikasi yang
dikemukakan oleh Gibb, tiga faktor iklim komunikasi yang sering
menjadi topik perbincangan ialah suportif, percaya dan
keterbukaan. Suportif seperti mana yang dikemukakan oleh Gibb
12
ialah mengurangkan sikap defensif dalam komunikasi. Menurut Gibb
lagi, seseorang itu dianggap tidak suportif apabila tidak dapat
menerima, tidak jujur dan empati. Percaya ialah sikap yang
bergantung pada perilaku orang lain, tidak ragu-ragu dan bermakna
bahawa individu tersebut membuka saluran untuk berkomunikasi.
Namun begitu, sikap percaya juga mungkin menurun atau berubah
setelah proses komunikasi itu berlaku.
Keterbukaan pula ialah sikap yang menilai mesej secara objektif,
keinginan untuk mencari maklumat sebagai sumber, dan juga
bersedia untuk mengubah kepercayaan. Secara ringkasnya,
kepercayaan boleh ditafsir sebagai had di mana individu boleh
menerima, menilai dan bertindak terhadap maklumat luar yang
sesuai berdasarkan merit intrinsiknya tanpa menghalang faktor
yang tidak sesuai. Berdasarkan ciri ini, keterbukaan akan
mendorong berlakunya interaksi antara individu, manakala sikap
yang tertutup adalah sebaliknya.
Faktor seterusnya yang menyemarakkan sesuatu proses komunikasi
antara individu itu ialah peringkat hubungan antara individu.
Ahli komunikai yang telah membuat kajian dan beberapa pendekatan
mengenai tahap hubungan antara individu. De Vito (1994)
membahagikan tahap hubungan antara individu tersebut kepada tujuh
peringkat iaitu kontrak, penglibatan, kemesraan, rosotan,
pembaikan, pembubaran dan pergerakan antara tahap tersebut.
Walaubagaimanapun, sekiranya ke semua tahap-tahap tersebut
dipermudahkan, tahap-tahap ini boleh dibahagikan kepada tiga
iaitu permulaan atau inisiatif, penjagaan dan penamatan atau
pembubaran.
13
1.4 Hubungan Antara Individu Yang Berkesan.
Terdapat pelbagai pendekatan mengenai keberkesanan komunikasi
antara individu. Namun, dapat dilihat bahawa hanya dua pendekatan
yang sering mendapat perhatian dan dibincangkan ialah pendekatan
humanistik yang dipelopori oleh ahli psikologi Abraham Maslow,
Gordon Allport dan juga Carl Rogers. Selain daripada itu,
pendekatan pragmatik juga diambil kira oleh para pelopor seperti
Paul Watzlawick, William Laderer dan Don Jackson. Tidak dapat
dinafikan, Islam juga mempunyai pendekatan yang tersendiri bagi
mencapai keberkesanan komunikasi antara individu.
Pendekatan humanistik menekankan beberapa komponen utama bagi
mencapai tahap komunikasi antara individu yang berkesan. Komponen
tersebut ialah bersikap suportif, positif dan saksama. Suportif
ialah apabila sifat keterbukaan dan empati tidak menjamin
komunikasi antara individu yang berkesan sekiranya terdapat
suasana komunikasi yang boleh mengancam individu lain seperti
kritikan. Oleh yang demikian, suasana sokongan yang padu perlu
diwujudkan oleh komunikator. Secara umumnya, pendekatan masa kini
membahagikan suportif kepada dua bahagian iaitu yang melibatkan
pertuturan dan tingkah laku.
Saksama pula adalah apabila berkaitan dengan taraf seperti lebih
kacak, kaya, berperwatakan baik atau mempunyai taraf kehidupan
yang lebih tinggi. Walaupun semua individu terdiri daripada taraf
kehidupan yang berbeza, hal ini bukan menjadi penghalang kepada
komunikasi interpersonal yang berkesan kerana komunikasi itu
bergantung kepada individu itu sendiri. Namun begitu, komunikasi
tidak akan dapat dijalankan dengan baik sekiranya unsur taraf ini
14
ditonjolkan bagi menampilkan keunggulan diri sehingga individu
tersebut cenderung untuk merendahkan orang lain. Oleh itu,
individu tersebut perlu cuba untuk menyesuaikan diri dengan orang
lain pada tahap mereka berada tidak mengira sama ada lebih tinggi
atau rendah.
Pendekatan pragmatik pula menekankan beberapa aspek penting
seperti keyakinan, kesegeraan, mengurus interaksi dan
menyampaikan atau meluahkan. Keyakinan ialah apabila seseorang
komunikator yang berkesan mempunyai tahap keyakinan dan sebarang
kebimbangan yang wujud di dalam diri individu tersebut tidak akan
dapat dijangka oleh individu lain. Keyakinan komunikator
antaranya ialah ketenangan, banyak memberi kelonggaran,
fleksibel, tidak terikat kepada satu bentuk vokal atau gaya badan
sahaja dan bersifat terkawal.
Kesegeraan pula merujuk kepada penyertaan penyampai atau
pendengar dengan memupuk perasaan minat, cenderung atau rasa
kebersamaan. Para penerima akan berasa mudah tertarik dengan gaya
bahasa penyampai yang berkebolehan untuk mewujudkan rasa minat
atau rasa gemar. Secara bukan lisan, penyampai boleh membentuk
rasa minat daripada penerima melalui kontak mata yang sesuai,
jarak yang boleh melahirkan rasa minat, senyuman, tanda minat,
dan rasa perihatin kepada individu lain.
1.5 Peringkat Komunikasi/Perhubungan Interpersonal
Komunikasi interpersonal bermula dengan interaksi antara dua
individu jika dalam kawasan yang sama, yang bermula dengan
pandangan dan pemerhatian yang seterusnya membawa kepada persepsi
antara satu sama lain. Penilaian tentang seseorang individu itu
15
dibuat dari jauh sahaja. Hal ini yang boleh menyebabkan
berlakunya sesuatu persepsi kepada seseorang itu dibuat
berasaskan dari pemerhatiannya sahaja. Isunya adalah mengenai
ketepatan dan kesahihan persepsi yang telah dibuat. Persepsi
berkemungkinan untuk berubah apabila terjadinya interaksi yang
jelas antara kedua-dua individu seperti percakapan atau
perbualan. Persepsi juga mungkin sekali lagi berubah apabila
proses komunikasi yang bermula pada peringkat maklumat fakta
telah ada sentuhan atau penghantaran dan penerimaan mesej yang
melibatkan perasaan.
Mesej, tafsiran mesej, reaksi, maklum balas adalah bentuk-bentuk
komunikasi interpersonal. Reaksi antara satu sama lain adalah
berbeza kerana faktor latarbelakang, pendidikan, pengalaman dan
“frame of reference” iaitu kumpulan rujukan individu itu sendiri.
Dalam proses komunikasi individu dan perhubungan interpersonal
itu sendiri, terdapat dua peringkat yng terlibt secara langsung
dalam proses komunikasi interpersonal. Peringkat yang pertama
ialah peringkat maklumat. Pada perringkat ini, interaksi anda
melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumt bersifat fakta,
idea dan pandangan. Peringkat ini lebih menggunakan akal dan
minda individu semasa penghantaran dan penerimaan individu.
Peringkat perhubungan pula melibatkan interaksi individu yang
melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat bersifat
perasaan, sikap dan nilai moral.
1.6 Layanan Yang Diharapkan
Perhubungan interpersonal sebenarnya merupakan layanan individu
terhadap individu lain. Terdapat tujuh layanan yang dijangka oleh
16
manusia. Antara layanan tersebut ialah difahami. Setiap diri
individu pasti inginkan diri mereka berasa difahami dan tidak
disalah anggap. Hal ini adalah kerana seseorang individu itu
adalah unik berdasarkan ciri-ciri mereka sendiri. Berdasarkan
latarbelakang yang berbeza berserta pengalaman yang berlainan,
menyebabkan peribadi dan kelakuan individu itu menjadi pelbagai.
Semua orang tidak mahu dirinya dipersalahkan atau dijatuhkan
hukuman atau dituduh melulu kerana sesuatu sebab yang tidak
munasabah. Seterusnya, setiap orang pasti mahu dirinya diterima
oleh masyarakat. Setiap individu pasti meminta dirinya diterima
seadanya tanpa perlu dipersoalkan. Setiap individu pasti mahukan
kebebasan asas dan diberi ruang untuk membentuk peribadi dan
personalitinya yang tersendiri tanpa perlu mengikut acuan atau
arahan orang lain dengan syarat kebebasan tersebut tidak
mengganggu ketenteraman orang lain. Apabila wujudnya “standard”
atau piawaian yang sukar diterima oleh orang lain, maka
terjadilah singkiran dan penafian.
Layanan seterusnya yang dijangka oleh orang lain ialah dihormati.
Tidak dapat dinafikan bahawa perasaan ingin dihormati merupakan
salah satu layanan yang paling diharapkan oleh semua individu.
Setiap orang mahukan dirinya dihormati tanpa perlu melihat taraf
dan kedudukan seseorang individu itu. Rasa hormat yang diminta
oleh semua individu adalah rasa hormat sebagai seorang manusia
dan tidak dipersendakan walau apa sekalipun yang dilakukan, yang
dipercayai serta pendirian dan pandangan seseorang individu itu.
Tidak dapat disangkal lagi bahawa semua manusia ingin merasa
dirinya disayangi. Sebagai seorang manusia yang normal, sudah
menjadi lumrah manusia ingin berperasaan, berkeinginan untuk
17
disayangi kerana sudah menjadi asas kepada sesuatu perhubungan
ukhuwah yang lebih erat. Tiada individu yang mahu dirinya
dipergunakan di atas tujuan atau kepentingan individu lain.
Individu perlu disayangi tanpa sebarang syarat dan dalam keadaan
apa sekalipun.
Selain daripada itu, setiaap individu pasti mengharapkan dirinya
diberi perhatian daripada orang lain. Hal ini adalah kerana pada
suatu tahap tertentu di dalam hidup seseorang individu itu pasti
ada satu masa individu tersebut meminta untuk diberi perhatian
apabila perhatian itu diperlukan. Seterusnya, setiap individu
pasti mengharapkan diberi sokongan dan bantuan daripada individu
lain di sekelilingnya. Tiada seorang individu sekalipun yang mehu
dirinya dijadikan bahan umpatan, kata keji orang lain, disakiti
atau dibiarkan bersendirian tanpa bantuan sesiapa sekalipun.
Tambahan pula, setiap individu pasti mhukan dirinya dipercayai
oleh individu lain dan juga oleh komuniti sekitarnya tanpa
melihat paras rupa atau kedudukan. Tiada seorang pun yang mahu
dirinya tidak dipercayai oleh orang sekeliling.
1.7 Asas Perhubungan Interpersonal
Perhubungan interpersonal yang baik akan dapat menghasilkan
kehidupan yang lebih baik untuk individu. Bagi mengecapi
kehidupan yang harmoni dan mendapatkan perhubungan interpersonal
yang baik, asas yang boleh dijadikan sebagai panduan ialah
melayani orang lain sebagaimana diri sendiri ingin dilayani oleh
orang lain. Selain itu, individu tersebut juga perlu memastikan
bahawa dirinya tidak memberikan layanan yang tidak wajar kepada
orang lain sebagaimana dirinya tidak mahu dilayan sedemikian
18
rupa. Tambahan pula, seseorang individu itu haruslah memberi
layanan kepada orang lain sebagaimana individu tersebut
dikehendaki dirinya dilayan meskipun orang lain tidak melayani
sebegitu rupa. Individu juga ditegah untuk memberi layanan yang
tidak wajar kepada orang lain sebagaimana individu itu tidak mahu
dilayan sebegitu walaupun orang lain memberikan layanan yang
tidak wajar kepada dirinya.
Dalam usaha untuk mewujudkan perhubungan dan interaksi antara
individu yang baik, terdapat beberapa perkara yang boleh
dijadikan panduan. Antara perkara tersebut ialah seseorang
individu itu perlu melayan individu lain seperti manusia dan
bukannya seperti benda ataupun haiwan. Perkara seterusnya yang
boleh diberi perhatian ialah untuk menghormati harga diri dan
nilai orang lain sebagai seorang manusia, menghormati hak
individu lain sebagai manusia dan melindungi hak tersebut,
mengakui bahawa individu adalah berbeza mengikut pandangan,
persepsi dan pendirian masing-masing, untuk tidak bersetuju
dengan pandangan individu lain tentang beberapa perkara adalh
perkara biasa dan tiada dosa, setiap manusia mempunyai kekurangan
masing-masing dengan syarat kelemahan tersebut tidak terlalu
menyusahkan individu lain, mengakui kesalahan sendiri dan
bertanggungjawab mengenainya, menjadi orang yang selesa untuk
didekati dan dikenali, tiada istilah orang jahat sebaliknya
mereka hanyalah insan yang lemah, individu yang mempunyai kuasa
perlulah melindungi orang yang lemah dan bukan hanya menunjukkan
kuasa mereka serta menunjukkan penghargaan apabila diri sendiri
dibantu oleh orang lain.
1.8 Membuat Orang Lain Merasa Diri Mereka Penting
19
Salah satu kemahiran interpersonal dan perhubungan antara
individu yang asas ialah kemahiran untuk membuat orang lain
berasa bahawa diri mereka penting. Hal ini bukan bermakna bahawa
seseorang individu itu perlu sentiasa membohongi keadaan ataupun
memberi maklum balas palsu. Sebenarnya, dengan membuat orang lain
merasa diri mereka penting akan menggalakkan diri individu itu
memberi kepuasan kepada setiap orang yang berinteraksi dengan
individu tersebut bahawa mereka adalah sebahagian daripada hidup
individu tersebut dan kehadiran mereka dihargai dan kerjasama
mereka amat penting dan diperlukan. Untuk membuat orang lain
merasa diri mereka penting di dalam hidup seseorang individu itu,
individu tersebut perlulah sentiasa dengari apa yang mereka
perkatakan dan berikan perhatian kepada mereka apabila
berinteraksi, mendengar adalah lebih penting daripada berkata-
kata namun individu tersebut perlu memastikan bahawa dirinya
mendengar bukan hanya kerana keterpaksaan, luangkan masa
sepenuhnya untuk mereka apabila mereka ada masalah, individu juga
ditegah untuk menjadikan indivdu yang sedang bercakap sebagai
batu loncatan atau sekadar memenuhkan masa yang terluang.
1.9 Empati
Unsur penting dalam empati ialah kepercayaan. Memperlihatkan
empati terhadap memupuk keyakinan orang lain bahawa dirinya boleh
dipercayai terutama dari segi pandangan dan pendirian. Adakalanya
wujudnya keadaan di mana individu tersebut merasakan bahawa
dirinya yang paling betul dan tepat sedangkan orang lain tidak.
Keadaan sebegini menyukarkan lagi keadaan untuk memahami orang
lain apatah lagi untuk memperlihatkan empati kepada orang lain.
20
Beberapa langkah telah dikemukakan untuk mempraktikkan sikap
empati. Antara langkah-langkah yang telah dikemukakan ialah untuk
mendengar secara aktif, mendapatkan maklumat fakta dan perasaan
di sebaliknya, mengesahkan kefahaman diri sendiri melalui kaedah
“paraphrasing” atau “rephrasing”, melihat isu dan pandangan mengikut
kaca mata individu lain serta bersama-sama memahami dan menyelami
perasaan mereka dengan bersungguh-sungguh.
2.0 KOMUNIKASI INDIVIDU/INTRAPERSONAL
Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan kognitif seseorang untuk
memahami dan mengenali diri sendiri. Kemahiran ini membolehkan
seseorang individu itu untuk mengenali diri mereka sendiri sama ada
secara fizikal atau mental. Di samping itu, individu tersebut juga
boleh mengenali apa keinginan dirinya, keperluan yang diperlukan
untuk melengkapkan dirinya serta apa yang perlu dielak daripada
memudaratkan dirinya. Hal ini jug boleh membuat individu tersebut
menjadi sangat pasti tentang kehendak dan tahap keupayaan sendiri.
Dalam komunikasi intrapersonal, seseorang individu itu akan berupaya
untuk menerima maklumat, mengolah maklumat tersebut dan menghasilkan
maklumat yang baharu berdasarkan maklumat sedia ada. Oleh itu,
komunikasi intrapersonal juga boleh meliputi sensasi, persepsi,
memori, dan kemahiran untuk berfikir.
Individu yang mempunyai kemahiran intrapersonal akan dapat mengenali
diri mereka sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan
tentang kekuatan dan kelemahan diri mereka sendiri. Individu
sebegini boleh membuat keputusan sendiri tentang hala tuju hidupnya
dan mempunyai prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari.
Secara fizikalnya, seseorang yang mempunyai kemahiran intrapersonal
21
mungkin akan kelihatan murung dan mengelamun namun sebenarnya
individu sebegini sentiasa berwaspada dan mempunyai wawasan dan
matlamat hidup yang jelas.
2.1 Menghargai Diri
Seseorang individu yang berjaya menghargai diri sendiri akan
dapat menerima diri sendiri seadanya dan tidak akan membandingkan
dirinya dengan orang lain yang dirasakan lebih baik berbanding
dirinya. Individu seperti ini akan sentiasa berasa bersyukur
dengan kelebihan atau kekurangan dirinya. Harga diri merupakan
sebahagian daripada unsur dalam konsep kendiri. Harga diri
merupakan bahagian dalam diri individu tersebut yang akan menilai
diri sendiri dan mempunyai kaitan yang amat kuat dengan keyakinan
diri dan kejayaan.
Seseorang individu yang akan dapat menghargai dirinya sendiri
akan dapat menerima hakikat bahawa kejayaan dan kegagalan adalah
lumrah dalam kehidupan seseorang manusia. Sebagai contoh, jika
individu tersebut pernah mengalamai kegagalan di sekolah ataupun
di tempat kerja; keadaan seperti ini tidak aka dapat melemahkan
individu tersebut sebaliknya individu tersebut akan menganggap
kegagalan itu sebagai suatu motivasi untuk dirinya terus bergerak
ke hadapan.
Setiap individu tidak dilahirkan dengan konsep diri atau harga
diri tetapi terbentuk melalui persekitaran, masyarakat bertutur,
bertindak balas dan melayan individu tersebut. Sebagai contoh,
sebelum seorang kanak-kanak menjejakkan kakinya ke sekolah, ibu
bapa dan keluarga yang bertanggungjawab untuk mempengaruhi
22
pembentukan harga diri seseorang. Kemudian, peranan membentuk
harga diri itu diteruskan oleh guru-guru dan rakan sebaya yang
berhubungan rapat dengan diri individu tersebut.
Individu yang menghargai diri sendiri akan sentiasa menyukai
dirinya walaupun bukan kerana telah berjaya memperoleh sesuatu
kejayaan. Menghargai diri sendiri adalah salah satu daripada
taktik atau cara untuk memberikan nilai yang tinggi kepada diri
sendiri, sebagai contoh, untuk keyakinan diri individu itu
sendiri. Jika individu tersebut menyukai dirinya bukan hanya
kerana kelebihan individu itu sendiri atau sebaliknya. Bagi
individu sebegini, sebarang pujian tidak diperlukan untuk
mengenal kekuatan dirinya kerana diri sendiri telah yakin dengan
apa yang dimilikinya. Seseorang yang menghargai dirinya sendiri
akan meningkatkan prestasi pembelajarannya kerana berani mencuba,
berani bertanya dan meneroka keadaan yang akhirnya menjadikan
diri individu tersebut kreatif dalam pemikiran dan hasil kerja
serta berkeyakinan untuk bergaul dan pandai menyesuaikan diri
dalam pergaulan sosial, tidak mudah tersinggung oleh komen atau
pendapat rakan sebaya dan tidak mudah berputus asa dan akan terus
mencuba untuk terus berjaya.
2.2 Pengawalan Emosi
Satu daripada emosi manusia yang perlu dikawal ialah kemarahan.
Perasaan marah ialah suatu perasaan yang normal. Hal ini adalah
kerana semua individu pernah mengalami emosi ini sama ada
marahkan seseorang atau dimarahi oleh individu lain.
Bagaimanapun, jika emosi marah ini terjadi hingga di luar
kawalan, pasti aka menimbulkan masalah perhubungan sama ada di
23
tempat kerja, di sekolah mahupun di rumah. Hal ini akan
menjejaskan hubungan antara individu yang jelasnya akan
menjejaskan pandangan orang lain terhadap diri seseorang individu
itu.
Manusia mengplikasikan pelbagai kaedah untuk mengawal emosi sama
ada secara sedar atau separa sedar. Antara kaedah yang
digunapakai ialah melahirkan emosi tersebut. Dalam
mengekspresikan emosi, seseorang itu harus tahu apa yang
dikehendaki dengan jelas tanpa perlu menyakiti atau mengganggu
emosi orang lain. Seterusnya, kaedah yang digunakan ialah dengan
memendamkan emosi tersebut. Keadaan sebegini terjadi apabila
individu tersebut sedang menahan rasa marah, tidak mahu terlalu
memikirkannya tetapi memberi penumpuan kepada perkara lain yang
lebih positif. Jika keadaan begini berterusan, kesannya kepada
individu tersebut mungkin akan mengakibatkan berlakunya tekanan
darah tinggi atau kemurungan. Tambahan pula, manusia kerap
menggunakan kaedah bertenang untuk mengawal emosi. Seseorang
individu itu berupaya untuk menenangkan diri sendiri dengan cara
mengawal tingkah laku, mengawal tindak balas dalaman, mengambil
langkah menurunkan degupan jantung, memujuk diri sendiri dan
membiarkan perasaan itu berlalu dengan sendirinya.
2.3 Kepentingan Komunikasi Intrapersonal
Komunikasi Intrapersonal adalah penting kerana komunikasi
intrapersonal boleh dijadikan sebagai asas untuk seseorang
individu itu berkomunikasi dengan individu lain supaya menjadi
lebih mantap dan berjaya. Selain daripada itu, komunikasi
intrapersonal juga boleh dijadikan sebagai alat untuk membantu di
24
dalam membuat penilaian diri untuk membantu membuat keputusan
mengenai hal atau masalah yang berkaitan dengan diri sendiri atau
masa depannya. Di samping itu, komunikasi intrapersonal juga
boleh dijadikan sebagai asas untuk memperbaiki setiap bentuk
komunikasi yang lain seperti komunikasi perantaraan (mediated
communication) dengan menggunakan media elektronik seperti telefon
mahupun komputer untuk berkomunikasi dan berutusan maklumat
dengan individu lain yang berada di kawasan yang berlainan.
2.4 Konsep dalam Komunikasi Intrapersonal
Di dalam komunikasi intrapersonal, terdapat beberapa konsep yang
telah dikemukakan yang berkaitan dengan komunikasi intrapersonal.
Antara konsep-konsep tersebut ialah konsep kendiri iaitu konsep
yang menerangkan imej atau keperibadian diri seseorang individu
itu kepada orang lain. Seterusnya ialah konsep kesedaran diri
yang menunjukkan cara seseorang individu itu mengenali dirinya
sendiri. Konsep estim diri pula menerangkan kaedah seseorang
individu itu menghargai dirinya sendiri dan cara individu
tersebut beranggapan tentang nilai harga dirinya sendiri. Konsep
lain yang berkaitan dengan komunikasi intrapersonal ialah konsep
pendedahan diri iaitu bagaimana seseorang individu itu
mengeluarkan maklumat atau idea dan pendapat tentang diri sendiri
daripada yang diketahui oleh umum dan juga maklumat yang
dirahsiakan daripada orang lain.
2.5 Teori-Teori Komunikasi Intrapersonal
Terdapat teori-teori yang dikemukakan oleh para tokoh komunikasi
untuk menjelaskan komunikasi intrapersonal dengan lebih lanjut.
Antara teori-teori tersebut ialah
25
Model Jendela Johari. Model ini yang turut dikenali sebagai “Johari
Window Model” telah direka oleh Luft (1969). Jendela ini telah
direka untuk mewakili pengetahuan tentang diri sendiri sama ada
maklumat mengenai peribadi seseorang individu itu ataupun
mengenai maklumat umum. Terdapat empat kawasan yang telah
dikemukakan oleh Luft iaitu kawasan terbuka, kawasan buta,
kawasan terselindung dan juga kawasan tanpa pengetahuan. Kawasan
terbuka itu ialah di mana seseorang individu itu dan individu
lain juga akan mengetahui mengenai kawasan tersebut. Sebagai
contoh untuk kawasan terbuka ialah ciri fizikal seseorang
manusia. Kawasan buta pula ialah maklumat yang seseorang individu
itu tidak mengetahui tentang dirinya tetapi orang lain
mengetahuinya. Sebagai contoh, seorang ketua yang menyukai
pekerjanya secara diam. Kawasan terselindung pula ialah apabila
maklumat yang diketahui oleh individu tersebut tetapi tidak
diketahui oleh orang lain. Misalnya, rahsia keperibadian
seseorang itu. Kawasan tanpa pengetahuan pula ialah apabila tiada
seorang pun yang mengetahui tentang ataupun orang lain. Sebagai
contoh, kebesaran Allah SWT yang Maha Mengetahui dan Hanya Allah
yang tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang.
Model Pusingan Osgood dan Schramm ini juga dikenali sebagai “The
Osgood and Schramm Circular Model” yang telah dihasilkan oleh Osgood
dan Schramm (1954) dengan mengambil kira komunikasi intrapersonal
sebelum berlakunya komunikasi interpersonal. Seseorang individu
yang sedang memikirkan perkara yang perlu dibincangkan dengan
seseorang ketua sebelum memasuki bilik Ketua Jabatan. Akhirnya
daripada pemikiran terawal tadi akan terbentuk komunikasi
interpersonal yang berjaya difahami oleh semua pihak. Model ini
26
boleh berlaku semasa proses komunikasi interpersonal berjalan
dengan lancar jika sebelum perbualan tersebut telah berlakunya
komunikasi intrapersonal apabila berbicara dengan orang lain.
Dalam model ini juga, Osgood dan Schramm telah mengemukakan
bahawa di dalam komunikasi intrapersonal, akan ada tiga perkara
utama iaitu encoder, interpreter dan decoder untuk mesej itu
disampaikan.
Teori Pemprosesan Maklumat Sosial. Teori ini yang juga dikenali
sebagai “Social Information Processing Theory” yang telah digarap oleh
Salancik dan Pfeffer (1978). Teori ini telah mengemukakan
pendapat bahawa keperluan diri dan sikap individu itu dipengaruhi
oleh cara maklumat itu diperoleh pada bila-bila masa sahaja dan
penentu keperluan dan sikap individu ialah tanggapan individu
terhadap ciri-ciri tugas dan tanggungjawab yang digalas sama ada
tugas tersebut adalah tugas yang mencabar atau tugas yang
menyeronokkan. Selain itu, penentu keperluan seseorang itu adalah
daripada maklumat sosial yang ada di sekeliling individu tersebut
sama ada rakan sepejabat yang bersedia untuk membantu atau
sebaliknya. Penentu keperluan dan sikap individu yang seterusnya
ialah faktor-faktor individu yang menyebabkan perbuatan
terdahulu. Sebagai contoh, individu tersebut merasa tertekan
dengan persekitaran sekelilingnya seperti di tempat kerja, di
rumah dan juga di tempat menuntut ilmu. Tambahan pula, penentu
keperluan dan sikap seseorang individu itu juga dipengaruhi oleh
aktiviti komunikasi yang mempengaruhi pembetulan sikap di tempat
kerja mahupun di sekolah. Sebagai contoh, sikap saling bantu-
membantu di antara individu akan memupuk sifat suka untuk
berkerja dalam diri individu.
27
Selain daripada itu, maklumat sosial yang diperoleh juga turut
boleh mempengaruhi sikap seseorang individu itu. Misalnya,
kenyataan luaran dan penilaian yang dibuat oleh rakan sekerja
membentuk secara langsung sikap dan tingkah laku seseorang
individu itu sebagai seorang pekerja mahupun pelajar. Hal ini
akan menyebabkan seseorang individu itu berasa bersemangat secara
berterusan untuk mengekalkan prestasi kerjanya pada tahap yang
terbaik untuk suatu tempoh yang lama. Gaya ucapan dan percakapan
seseorang individu itu di dalam kalangan rakan sekerja mahupun
rakan sebaya mengenai dimensi kerja serta persekitaran dan
suasana kerja menjadi amat penting di tempat kerja untuk
memastikan usaha yang dilaburkan menghasilkan pulangan yang
setimpal. Selain itu, ucapan yang baik juga akan menggalakkan
pekerja untuk menjadi lebih bermotivasi tinggi dan semakin rajin
untuk bekerja dan menyumbang kepada pengeluaran syarikat.
Maklumat yang diperoleh akan dapat membantu menginterpretasikan
dan memberikan makna kepada isyarat persekitaran di tempat kerja
dan seterusnya membantu individu tersebut untuk terus
menghasilkan produktiviti yang lebih baik dan cemerlang. Maklumat
yang diperoleh juga turut mempengaruhi interpetasi seseorang
individu itu mengikut keperluan individu itu sendiri dan
seterusnya menjadikan seseorang individu berasa seronok ketika
bekerja sekaligus berasa bangga apabila dapat menyumbang kepada
pengeluaran organisasi individu tersebut.
3.0 PENUTUP
28
Kebolehan seseorang itu untuk berkomunikasi secara interpersonal dan
memberikan penyampaian yang baik akan memberikan seseorang individu
itu kelebihan dalam kehidupan profesional individu tersebut. Banyak
kajian telah membuktikan bahawa salah satu faktor kenaikan pangkat
seseorang individu itu ialah kemahiran berkomunikasi sama ada secara
interpersonal ataupun secara intrapersonal. Komunikasi interpersonal
membantu individu untuk memahami perlakuan bagaimana dan kenapa
individu manusia berkomunikasi dalam cara yang berbeza untuk membina
dan berhubung dalam realiti masyarakat. Komunikasi interpersonal bukan
sahaja boleh didefinisikan dalam bidang kajiannya secara bersendirian,
tetapi juga boleh didefinisikan dalam konteks kumpulan dan juga
keorganisasian. Interpersonal melibatkan penyampaian dan penerimaan
mesej antara dua atau lebih individu. Ini melibatkan semua aspek
komunikasi, seperti mendengar secara aktif, pembujukan, penegasan,
komunikasi bukan verbal dan sebagainya. Secara keseluruhannya,
komunikasi interpersonal boleh dilaksanakan dengan menggunakan
perantaraan komunikasi secara langsung atau tidak langsung, seperti
interaksi secara bersemuka (langsung), atau komunikasi yang disokong
oleh komputer (tidak langsung.
Komunikasi intrapersonal adalah proses di mana individu menciptakan
pengertian. Dapat disimpulkan bahawa komunikasi intrapersonal adalah
komunikasi yang berlangsung dalam diri seseorang. Orang itu berperanan
sebagai komunikator, individu tersebut akan berdialog dengan dirinya
sendiri dan akhirnya dijawab oleh dirinya sendiri. Apabila seseorang
mampu berdialog dengan diri sendiri bererti individu tersebut mampu
mengenal diri sendiri. Proses berlangsungnya komunikasi dalam diri
seseorang diterjemahkan dalam satu system komunikasi yang dikenal
dengan system komunikasi intrapersonal. Pada dasarnya manusia
29
merupakan makhluk sosial yang tidak mungkin hidup tanpa berkomunikasi
dengan orang lain. Adanya interaksi antara sesama manusia dan fakta
bahawa komunikasi adalah sebuah proses yang terus menerus dan tidak
ada pengakhiran menandakan komunikasi memiliki peranan yang sangat
penting dalam kehidupan manusia. Komunikasi pada hakikatnya adalah
sebuah proses penyampaian maklumat oleh komunikator kepada komunikan.
Tujuan dari komunikasi itu sendiri iaitu, untuk mengubah sikap,
mengubah pendapat, mengubah perilaku, dan mengubah masyarakat. Dalam
perkembangannya, komunikasi juga memiliki fungsi yang tersendiri iaitu
“to inform, to educate, to entertain, dan to influence.” Dengan erti kata lain
komunikasi digunakan untuk menyebarkan informasi kepada khalayak
masyarakat.
RUJUKAN
Buku rujukan:
1. Saodah Wok, Narimah Ismail, Mohd Yusof Hussain. 2004. Teori-Teori
Komunikasi. PTS Professional. Kuala Lumpur
2. Hashim Fauzy Yaacob. 2002. Komunikasi Antara Manusia. Universiti
Teknologi Malaysia. Skudai, Johor Darul Takzim.
3. Maimunah Osman. 2000. Komunikasi Berkesan- Perhubungan
Interpersonal. Institut Tadbiran Awam Malaysia, Jabatan Tadbiran
Awam. Kuala Lumpur
4. Samsuddin A. Rahim. 2003. Komunikasi Asas. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur
Jurnal:
1. Zuoming Wang, Joseph B. Walther, Jeffrey T. Hancock. 2009. Social
Identification and Interpersonal Communication In Computer-Mediated
30
Communication- What You Do Versus Who You Are in Virtual Groups. Quarterly
published on behalf of the International Communication Association by Wiley
Subscriptions Services, Inc., Wiley Company. Washington, DC
2. Meina Liu. 2009. The Intrapersonal and Interpersonal Effects of Anger on
Negotiation Strategies- A cross-cultural Investigation. Quarterly published on behalf of
the International Communication Association by Wiley Subscriptions Services, Inc., Wiley
Company. Human Communication Research. Volume 35. No. 1-4. Washington,
DC
Sumber Internet: E-Jurnal:
1. Tay Meng Guat. 2013. Komunikasi Interpersoal Dalam Kalangan
Pelajar Institut Pendidikan Guru Semasa Praktikum. Jurnal
Penyelidikan IPG KBL, Jilid 11. Jabatan Pengajian Melayu.
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal201
2/tay_jp2013.pdf
2. Wahyu Budi Priatna. 2009. Era Perspektif Baru Kajian
Kewirausahaan :
Studi Komunikasi Intrapersonal. Staf Pengajar Fakultas Ekonomi &
Manajemen.
Institut Pertanian, Bogor
http://komunikasi.unsoed.ac.id/sites/default/files/Era
%20Perspektif%20Baru%20Kewirausahaan%20-%20Wahyu%20Budi
%20Priyatna.pdf
3.
http://epic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/20120
8150656_Topik%205%20Kemahiran%20Interpersonal%20dan
%20Intrapersonal.pdf
31
4.
http://www.gunadarma.ac.id/library/articles/graduate/psychology/2
009/Artikel_10503001.pdf
5. http://www.ra.ethz.ch/CDStore/www2010/www/p301.pdf
6. http://library.binus.ac.id/eColls/eThesisdoc/Bab2/2011-2-
00837-MC%20Bab2001.pdf
7.http://repository.usu.ac.id/bitstream/123456789/15666/1/pkm-
sep2004- %20%282%29.pdf
32
top related