7/26/2019 Tidur Bagaimana Yang Tidak Membatalkan Wuduk
http://slidepdf.com/reader/full/tidur-bagaimana-yang-tidak-membatalkan-wuduk 1/7
TIDUR BAGAIMANA YANG TIDAK
MEMBATALKAN WUDHU?
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atasRasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Wudhu disyari‘atk an untuk mengangkat hadats kecil. Orang yang
berwudhu akan berada di dalam keadaan suci dan seterusnya dapat
menunaikan ibadat-ibadat yang hanya sah apabila dia berkeadaansuci daripada hadats seperti sembahyang, thawaf serta memegang
mushaf al-Qur’an.
Keharusan melakukan perbuatan-perbuatan tersebut akan terhenti
dengan berlakunya perkara-perkara yang boleh membatalkan
wudhu dan di antara perkara yang membatalkan wudhu itu ialah
tidur.
Jumhur ulama mazhab fiqh menyimpulkan, tidur itu boleh
membawa kepada batalnya wudhu. Ini berdasarkan hadits yang
diriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah
bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
Maksudnya: “ Pengikat (pengawal) dubur (daripada keluar
sesuatu daripadanya) itu ialah dua belah mata (jaga), maka
sesiapa yang tidur, hendaklah dia berwudhu.” (Hadits riwayat Abu Daud)
7/26/2019 Tidur Bagaimana Yang Tidak Membatalkan Wuduk
http://slidepdf.com/reader/full/tidur-bagaimana-yang-tidak-membatalkan-wuduk 2/7
Hadits tersebut bermaksud bahawa sedar atau jaga (tidak tidur) itu
akan mengawal keluarnya sesuatu dari dubur, manakala orang
yang tidur kadang-kadang keluar sesuatu daripada duburnya tanpa
disedarinya.
Walau bagaimanapun, adakah semata-mata tidur membatalkan
wudhu? Apakah sukat-sukat tertentu yang menjadi ukuran dalam
penentuan tidur yang boleh membatalkan wudhu itu?
Untuk menjawab persoalan tersebut, berikut dijelaskan perkara-
perkara yang berkaitan dengan tidur yang membatalkan wudhu dan
yang tidak membatalkan wudhu mengikut pendapat para ulama
mazhab Syafi‘e.
Tidur Yang Tidak Membatalkan Wudhu
Para ulama mazhab Syafi‘e menjelaskan dengan terperinci
mengenai tidur yang tidak membatalkan wudhu itu.
Mereka berpendapat bahawa tidur itu bagaimanapun keadaannya
boleh membatalkan wudhu kecuali tidur di dalam posisi duduk,
sama ada duduk di atas lantai atau tanah seperti duduk di atas tikarsembahyang atau duduk di atas kerusi seperti duduk di dalam kapal
terbang dan termasuklah duduk sambil memeluk lutut. Tidur
dengan cara demikian tidaklah menyebabkan wudhu batal, tetapi
hendaklah memenuhi syarat atau ketetapan berikut:
1) Hendaklah tetap tempatnya (punggung dan tempat keluar
hadats) di atas tanah, lantai, kerusi, binatang tunggangan atau
selainnya, iaitu dua pipi punggungnya tetap pada tempatnya,tidak berubah dari posisi awal sebelum dia tidur, sekalipun
jika seseorang itu bersandar atau duduk berpeluk lutut pada
atau di atas sesuatu yang boleh menyebabkan dia jatuh atau
gugur apabila sesuatu itu tiada.
7/26/2019 Tidur Bagaimana Yang Tidak Membatalkan Wuduk
http://slidepdf.com/reader/full/tidur-bagaimana-yang-tidak-membatalkan-wuduk 3/7
Ini kerana tidur dalam keadaan ini tidak dikhuatiri akan
keluar sesuatu (angin) dari duburnya (kentut). Adapun
kebarangkalian keluarnya sesuatu dari qubul bukanlah
perkara yang perlu diambil kira kerana ianya jarang berlaku.
Namun jika diyakini keluar angin daripada qubul sama ada
lelaki atau perempuan, maka wudhu itu tetap batal.
2) Hendaklah tiada ruang di antara punggung dan tempat
tetapnya itu ataupun tidak renggang di antara keduanya.
Wudhu seseorang tidak akan batal jika terdapat ruang yang
ditutup dengan sesuatu seperti kapas.
Wudhu orang yang tidur dengan posisi sedemikian adalah tidak
batal. Perkara ini bersandarkan kepada hadits yang diriwayatkan
dari Anas Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:
Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam pernah tidur kemudian mereka berdiri menunaikan
sembahyang dengan tidak (lagi) mengambil wudhu.” (Hadits riwayat Muslim)
Perbuatan tidur yang dimaksudkan di dalam hadits ini ialah tidur
dalam keadaan duduk yang tetap dan menurut riwayat lain, parasahabat itu tidur dalam keadaan duduk yang tetap sehingga kepala
mereka terangguk-angguk hampir mencecah lantai. Mereka tidak
lagi mengambil wudhu dan terus menunaikan sembahyang Isya’.
7/26/2019 Tidur Bagaimana Yang Tidak Membatalkan Wuduk
http://slidepdf.com/reader/full/tidur-bagaimana-yang-tidak-membatalkan-wuduk 4/7
Wudhu seseorang yang tidur dengan duduk yang tetap juga tidak
batal jika pipi punggung atau salah satu pipi punggungnya berubah
dari tempat asal atau terangkat selepas atau ketika dia bangun atau
sedar. Ini kerana asal keadaannya yang suci setelah berwudhu.
Tidur Yang Membatalkan Wudhu
Wudhu seseorang akan batal jika tidurnya itu dalam keadaan yang
tidak memenuhi syarat atau ketetapan di atas, iaitu apabila dia tidur
dengan posisi punggung yang tidak tetap, tidur dengan posisi
berdiri atau tidur dengan posisi berbaring, menelentang mahupun
bertiarap walaupun dengan menutup atau menyumbat sesuatu
seperti kapas pada ruang antara punggung dan tempat letak
punggung tersebut. Tidur dalam keadaan duduk yang tetap juga boleh menyebabkan wudhu batal, jika seseorang mendapati
punggungnya telah berubah dari tempat asalnya atau terangkat
sebelum dia bangun atau sedar ataupun tempat duduknya
berlubang-lubang seperti kerusi rotan. Ini kerana telah berlalu
(berlaku) detik dia tidur dengan tidak tetap duduknya.
Adakah Wudhu Batal Disebabkan Mengantuk?
Wudhu seseorang tidak menjadi batal disebabkan mengantuk.
Sekiranya seseorang menutup mata kerana mengantuk, tetapi
masih dapat mendengarkan percakapan orang di sekeliling, maka
dia masih boleh saja melakukan ibadat tanpa perlu mengambil
wudhu semula kerana dia dikira masih jaga. Antara tanda-tanda
orang yang mengantuk itu ialah, dia masih dapat mendengar
percakapan orang di sekelilingnya walaupun tidak memahami
percakapan itu. Adapun jika dia tidak sedar, tidak mendengar lagi percakapan di sekelilingnya dan bermimpi, maka dia telah dikira
tidur.
7/26/2019 Tidur Bagaimana Yang Tidak Membatalkan Wuduk
http://slidepdf.com/reader/full/tidur-bagaimana-yang-tidak-membatalkan-wuduk 5/7
Adakah Wudhu Batal Disebabkan Rasa Syak Atau Ragu?
Menurut para ulama, wudhu seorang yang tidur dengan posisi
duduk yang tetap tidak batal dalam keadaan seperti berikut:-
1) Jika dia merasa ragu atau syak sama ada pipi punggungnya
atau salah satu pipi punggungnya berubah dari tempat asal
atau terangkat.
2) Jika dia merasa ragu atau syak sama ada pipi punggungnya
atau salah satu pipi punggungnya berubah dari tempat asal
atau terangkat sebelum atau sesudah dia bangun atau sedar.
3) Jika dia merasa ragu atau syak sama ada dia tidur dengan
posisi duduk yang tetap atau berubah.
4) Jika dia merasa ragu atau syak sama ada dia tidur atau hanya
mengantuk.
Dalam hal lain mengenai perkara syak atau ragu ini juga, ulama
ada menjelaskan bahawa seseorang yang merasa yakin dia masih
dalam keadaan suci atau berwudhu’ apabila dia merasa ragu
adakah wudhu’nya terbatal atau tidak, maka perasaan ragunya itu
tidak menjejaskan wudhu’nya. Oleh itu, dia boleh mendirikan
sembahyang dengan wudhu’nya itu. Begitu juga sebaliknya, jika
seseorang merasa yakin bahawa wudhunya sudah terbatal
kemudian dia merasa ragu apakah dia masih mempunyai wudhu’,
maka dihukumkan bahawa wudhunya telahpun terbatal.
Sekiranya timbul ragu pada diri seseorang, maka hendaklah
diteruskan dengan apa yang diyakininya. Ini bersesuaian dengan
salah satu qa‘idah f iqhiyyah yang menyebut bahawa:
7/26/2019 Tidur Bagaimana Yang Tidak Membatalkan Wuduk
http://slidepdf.com/reader/full/tidur-bagaimana-yang-tidak-membatalkan-wuduk 6/7
Ertinya: “Keyakinan tidak dihilangkan oleh keraguan.”
Ini bermaksud keyakinan adalah satu perkara yang tetap, manakala ragu adalah satu
perasaan yang mendatang. Oleh itu, sesuatu perkara itu dihukumkan mengikut apa yangtetap (yang diyakini) dan bukan yang diragui.
Sunat Berwudhu Walaupun Tidur Dengan Posisi Yang Tidak
Membawa Kepada Batal Wudhu
Walau bagaimanapun, seorang yang tidur dengan posisi yang tidakmenyebabkan wudhunya batal adalah disunatkan untuk berwudhu
lagi atas alasan berwaspada dari keberangkalian keluarnya hadats
dan mengelak dari khilaf (perselisihan) para ulama.
Dalam pada itu juga, ulama mazhab Syafi‘e telah sepakat
mengatakan bahawa memperbaharui wudhu itu adalah satu amalan
yang dituntut mengikut keadaan tertentu.
Menurut pendapat yang ashah, memperbaharui wudhu itu
disunatkan hanya apabila dia telah mengerjakan sembahyang
fardhu atau sunat dengan wudhunya yang pertama tadi. Al-Qadhi
Abu ath-Thaiyib di dalam kitabnya Syarh al-Furu‘, al-Baghawi, al-
Mutawalli, ar-Ruyani dan lain-lain ulama mazhab memutuskan
bahawa jika seseorang itu belum menggunakan wudhunya yang
pertama dengan melakukan apa jua ibadah, maka hukum
memperbaharui wudhu itu adalah makruh. Ibnu Hajar
Rahimahullah pula menegaskan bahawa tuntutan sunat
memperbaharui wudhu itu ialah apabila dia telah mengerjakan apa
jua sembahyang sekalipun yang hanya satu rakaat. Jika dia tidak
bersembahyang, walaupun telah melakukan sujud ( sajdah atau
7/26/2019 Tidur Bagaimana Yang Tidak Membatalkan Wuduk
http://slidepdf.com/reader/full/tidur-bagaimana-yang-tidak-membatalkan-wuduk 7/7
syukur) ataupun thawaf tidaklah disunatkan memperbaharui
wudhu, bahkan hukumnya adalah makruh.
Demikianlah dihuraikan beberapa perkara mengenai tidur dalam
keadaan berwudhu. Kesimpulannya, wudhu tidak batal disebabkantidur dalam posisi duduk dengan tempat yang tetap di atas lantai
atau seumpamanya dan wudhu tidak batal jika ia disertai dengan
perasaan ragu akan berlakunya perkara-perkara yang membawa
kepada batal akibat tidur.