ISU 10
Finding An Agent That’s Right For You
5432 Any Street West
Townsville, State 54321
COMPAN Y
REAL ESTATE
Isu Kali Ini >>>
JPA-APPRENTICESHIP
PROGRAMME (MAP)
PERSADA TRANSFORMASI
SIRI 3—PATRIOTISME
HARI TERBUKA PSIKOLOGI
MALAYSIA 2014
Imperdiet doming id quod mazim placerat facer minim veni am ut wisi enim ad minim
niam, quis erat nostr uexerci tation ullamcorper nostru exerci tation ullam corper et
iusto odio dig nissim qui blandit praesent lupta tummer delenit augue duis dolore.
Ikuti Kami
SEKITAR Contact us at 555-543-5432 www.yourwebsitehere.com
KUPASAN PERJALANAN TRANSFORMASI JPA
Sumbangan Berita: Warga JPA Penerbitan : Pasukan Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Percetakan : Unit Dokumentasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Buletin ini juga boleh dilayari secara digital di Portal JPA
JPA-APPRENTICESHIP PROGRAMME (MAP)
29 OKT —17 OKT
PUTRAJAYA, 8 Oktober 2014 – Program JPA-Management Apprenticeship (JPA-MAP) merupakan inisiatif
terkini yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai platform bagi mengekalkan modal
insan berkemahiran dan berketerampilan untuk berkhidmat di Malaysia.
Ia merupakan inisiatif yang menyokong Program Scholarship Talent Attraction & Rentention (STAR) yang telah diperkenalkan
pada 22 Ogos 2011 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad
Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah Syed
Ahmad, Yang Berbahagia Dato’ Seri Zainal Rahim Seman, Pengarah-Pengarah Bahagian JPA, Talent Corp. dan wakil-wakil
syarikat serta graduan tajaan JPA dari United Kingdom dan Amerika Syarikat yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya
pada tahun 2014.
Menurut Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Program MAP merupakan komitmen dan bukti keprihatinan
Kerajaan dalam menyediakan laluan kerjaya kepada pelajar-pelajar tajaan untuk kembali berkhidmat di Malaysia. Graduan tajaan
juga turut diberikan peluang untuk membangunkan kerjaya mereka dengan berkhidmat dalam organisasi utama yang terlibat
menjayakan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Melalui program rintis (pilot), ini sebanyak 35 syarikat (organisasi hos)
mengambil bahagian untuk menempatkan graduan-graduan tajaan JPA terbabit mengikut bidang-bidang bersesuaian. Organisasi
hos akan memberi latihan pembangunan selama tiga bulan yang fokus kepada perkembangan laluan kerjaya graduan.
Program MAP dan STAR ini adalah inisiatif Kerajaan untuk memastikan pulangan maksimum ke atas pelaburan Kerajaan serta
memastikan kesinambungan keperluan modal insan berkemahiran dan berketerampilan untuk menyumbang kepada Malaysia.
Sebelum itu, dalam sesi perkongsian ilmu bersama YB Senator Dato' Sri Abdul Wahid Omar, beliau turut berkongsi pengalaman
dan memberikan beberapa tips yang berguna kepada para peserta program untuk berjaya dalam kerjaya. Antara pesanan beliau
ialah memilih kerjaya yang benar-benar diminati (choose the career that you really like), fokus kepada pekerjaan dan buat yang
terbaik (focus on the job and do well), sentiasa belajar dan pelajari perkara baharu (continue to learn and learn new things),
menjaga ibu bapa dan luangkan masa bersama mereka (look after your parents and spend more time with them) dan pilih
pasangan yang betul (choose the right partner).
PERHIMPUNAN BULANAN JPA BULAN OKTOBER 2014 SAMB.—JPA-APPRENTICESHIP PROGRAMME (MAP)
Pada 15 Oktober 2014, Perhimpunan Bulanan JPA bagi bulan Oktober 2014 telah diadakan di Auditorium, Aras 4, Blok
C1 JPA. Penganjuran oleh Bahagian Saraan pada kali ini turut menyaksikan Perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan Per-
ingkat JPA dengan menjemput khas Yang Berbahagia Datuk Dr. Haji Awang Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan
Pustaka untuk mendeklamasi sajak yang bertajuk, ‘Mitos Bahasa.’
Dalam Perhimpunan kali ini, Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal juga berpeluang menyampaikan hadiah
kepada para pemenang Anugerah Sistem Persekitaran (QE/5S) JPA. Senarai pemenang adalah seperti berikut:
Tempat Pertama : Bahagian Khidmat Pengurusan
Tempat Kedua : Bahagian Saraan
Tempat Ketiga : Bahagian Pembangunan Organisasi
Ucapan tahniah diberikan juga kepada para penerima Anugerah Pegawai Contoh Bulanan.
HARI TERBUKA PSIKOLOGI MALAYSIA 2014
PUTRAJAYA, 9 Oktober 2014 – Hari Terbuka Psikologi Malaysia 2014 merupakan acara yang julung-julung kalinya
diadakan bertujuan memperkenal, mendedah dan memberi kesedaran terhadap perkhidmatan psikologi dan kaunseling
kepada penjawat awam dan masyarakat serta menyediakan platform kepada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan
(NGO) yang memberikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada umum.
Program yang berkonsepkan turun padang ini merupakan anjuran Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA bersama
Perbadanan Putrajaya telah mendapat kerjasama kementerian dan agensi kerajaan. Ini sebahagian daripada usaha untuk
mendekati pelanggan bagi mendengar dan melihat sendiri keperluan dan ekspektasi pelanggan terhadap keperluan
perkhidmatan psikologi dan kaunseling. Hal ini sejajar dengan Teras Strategik, Kerangka Transformasi Perkhidmatan
Awam yang Ketiga dan Keempat, iaitu Merakyatkan Perkhidmatan Awam dan Merangkum dan Sepunya.
Selain itu, program ini juga meningkatkan fungsi dan peranan perkhidmatan psikologi dalam organisasi dan kehidupan
agar mudah difahami oleh penjawat awam dan rakyat. Di samping itu, ia dapat memperkasakan individu terutama
penjawat awam untuk melakukan transformasi diri seterusnya menyokong transformasi perkhidmatan awam. Selain itu,
program ini juga dapat meningkatkan hubungan kerjasama agensi sektor awam, swasta dan NGO dalam usaha
memperkasakan lagi perkongsian sumber dan kepakaran demi kesejahteraan dan manfaat bersama.
Program yang diadakan selama dua (2) hari bermula dari 9 –10 Oktober 2014 ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia
Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Tema pada tahun ini ialah “Kesejahteraan
Psikologi Pemangkin Tranformasi Perkhidmatan Awam”. Bagi meningkatkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling
untuk membantu individu membentuk kesejahteraan diri dan juga masyarakat, pelbagai pengisian program serta aktiviti
menarik disediakan seperti wacana khas, bicara ilmuan, forum perdana, brain dominance, pameran dan outdoor games.
Program ini disasarkan kepada penjawat awam, pelajar universiti, pelajar sekolah rendah, menengah dan orang awam.
Lebih daripada 2,000 peserta telah hadir bagi mengikuti program pada kali ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua
penerima anugerah sempena Hari Terbuka Psikologi Malaysia 2014!
Program HRMIS User Group (HUGS) 2014 merupakan salah satu inisiatif
yang digariskan di bawah Teras Strategik Kedua iaitu Merekayasa
Organisasi di bawah Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam.
Program #HUGS2014 yang diadakan pada tahun ini telah memasuki tahun
kedua setelah diperkenalkan pada tahun lalu. "HRMIS CEKAP,
TRANSFORMASI MANTAP" telah dipilih sebagai tema pada tahun ini
selari dengan usaha bagi mengukuhkan lagi kemampuan #HRMIS untuk
bertindak sebagai sumber maklumat utama Pengurusan Sumber Manusia di
Sektor Awam.
Menurut Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam dalam ucapan perasmiannya, Sistem HRMIS yang
komprehensif dan holistik, dimudahcarakan oleh teknologi yang
menggabungkan amalan terbaik pengurusan sumber manusia, merupakan
faktor yang sangat signifikan bagi meningkatkan pengurusan sumber
manusia dan kualiti penyampaian Perkhidmatan Awam.
Dalam majlis ini juga, beliau turut menyampaikan Anugerah HRMIS kepada
10 buah agensi kerajaan yang telah mendapat purata markah tertinggi dalam
pelaksanaan KPI HRMIS 2013. Mereka juga merupakan sebahagian daripada
39 buah agensi yang telah komited untuk melaksanakan KPI HRMIS 2013
sehingga berjaya mencapai tahap "Significantly Exceed Target.”
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM HRMIS
USER GROUP SUMMIT (HUGS) 2014
3
Program EPSA Week@Melaka 2014 bersama Penjawat Awam Negeri
Melaka telah diadakan pada 30 September 2014 di MITC, Ayer Keroh.
Program bertemakan “Inovasi Pembelajaran Sektor Awam Melalui EPSA”
ini merupakan hasil kerjasama dan komitmen INTAN dan Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Melaka. Seramai 400 orang penjawat awam dari pelbagai
agensi telah hadir ke Program ini.
Menurut Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam dalam ucapan perasmiannya, E-Pembelajaran Sektor
Awam atau EPSA yang dibangunkan INTAN menawarkan 140 kursus
pelbagai kategori secara atas talian. Pembelajaran EPSA telah dijadikan
salah satu kaedah latihan bagi penjawat awam di pelbagai agensi. EPSA
merupakan inspirasi yang dicetuskan mengambil kira keperluan penyam-
paian latihan dalam persekitaranglobal yang mencabar yang tidak dapat
ditampung secara pembelajaran fizikal dalam kelas.
EPSA Week merupakan program hasil kerjasama agensi-agensi, memasuk-
kan elemen NBOS atau Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang menggunakan
pendekatan value innovation selain menyokong prinsip nilai untuk wang.
Mengakhiri ucapannya, YBhg. Tan Sri KPPA berharap agar penjawat awam
mengambil peluang dan kesempatan berdaftar dalam system EPSA dan
meningkatkan pengetahuan dan kemahuran melalui sistem pembelajaran
kendiri.
MAJLIS PERASMIAN EPSA WEEK @ MELAKA
2014 DI MITC MELAKA
Pada 1 Oktober 2014 berlangsungnya pertemuan antara Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal bersama Ahli Majlis
Tertinggi CUEPACS bertempat di Dewan Mezzanine, JPA. Program ini telah dihadiri oleh Presiden CUEPACS, Encik Azih bin
Muda dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi CUEPACS yang lain.
Pertemuaan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif engagement oleh Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal
untuk mendapatkan maklum balas kesatuan sekerja berkenaan program dan penambahbaikan penjawat awam. Program ini
menjadi saluran dalam membincangkan isu-isu berkaitan dasar perkhidmatan awam dan kajian yang sedang dilakukan terhadap
skim sedia ada dalam perkhidmatan awam.
15 Oktober 2014 - Program Persada Transformasi Siri 3 bertemakan Patriotisme Transfomasi telah diadakan di Lobi Blok C2,
JPA, Kompleks C Putrajaya. Program yang diadakan selama lima hari ini bermula dari 13 hingga 17 Oktober 2014 yang
bertujuan untuk memberi peluang kepada Bahagian-Bahagian yang mengetuai lima teras Kerangka Transformasi Perkhidmatan
Awam (KTPA) memaklumkan status kemajuan yang telah dicapai peringkat JPA hingga hari ini. Orang ramai yang hadir ke
kaunter JPA4U turut berpeluang untuk mendengar dan melihat pencapaian-pencapaian yang telah dicapai oleh JPA dalam
melaksanakan agenda transformasi.
Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) hadir untuk merasmikan
program ini serta turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi JPA. Seterusnya, beliau juga turut melihat dan mendengar
pembentangan yang dibuat oleh peneraju-peneraju teras KTPA oleh Bahagian-Bahagian di JPA. Pada masa yang sama, Yang
Berbahagia Tan Sri KPPA juga telah meluangkan masa untuk bertemu dengan pelanggan-pelanggan JPA yang hadir dan
bertanyakan tentang pandangan mereka mengenai perkhidmatan yang diterima sewaktu berurusan di kaunter JPA4U. Kepri-
hatinan dan kemesraan yang dipamerkan antara beliau dan pelanggan jelas terpancar.
PROGRAM PERSADA TRANSFORMASI SIRI 3/2014:
PATRIOTISME TRANSFOMASI
PERTEMUAN KPPA BERSAMA
AHLI MAJLIS TERTINGGI CUEPACS
SESI TEMU RAMAH KPPA
BERSAMA WARGA SKIM F
Program Sesi Temu Mesra Yang Berbahagia Tan Sri
Mohamad Zabidi Zainal bersama 400 orang penjawat awam
Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat (F) telah
berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh muhibah.
Pertemuan ini merupakan proses engagement oleh Yang
Berbahagia Tan Sri bersama dengan penjawat awam dari
kalangan skim F.
Program ini juga menjadi wadah penyampaian ilmu dan
percambahan idea yang bernas lagi dinamik bagi
memastikan kebajikan dan kesiapsiagaan penjawat awam
sentiasa berada pada tahap yang terbaik untuk memberikan
perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada rakyat.
Selain itu, sebagai penjawat awam yang berdedikasi dan
produktif, kita perlu mempunyai kemahiran yang kreatif
dan inovatif dalam memastikan agenda pembangunan
negara serta dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan
dengan jayanya agar ia benar-benar memberi manfaat
kepada semua pihak.
On 9th October 2014, INTAN has successfully organized National Digital
Conference (NDC) 2014 at Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). The
Conference has been graced by Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ali Hamsa,
Chief Secretary to the Government of Malaysia, Yang Berbahagia Tan Sri
Mohamad Zabidi Zainal, Director-general of Public Service and Yang
Berbahagia Tan Sri Abdul Halim Ali, Chairman of Multimedia Development
Corporation (MDeC).
This year’s theme is “#innovateMyGov: Continuous innovation to achieve
people-oriented services excellence via digital engagement and public
sharing information.” This year’s event attracted a strong 350 delegates from
both the public and private sectors and 24 distinguished local and
international speakers as well as moderators from Australia, Denmark, Hong
Kong, UK, USA, Sweden, Malaysia and United Nations Development of
Economic Affairs (UNDESA).
Among important key information from this course are:
i. Effective ICT-driven service delivery remains at the core of our govern-
ment agenda; and
ii. We must learn from ICT challenges and past experiences to be able to
achieve concrete results in order to go forward.
This conference is a platform where innovative minds continue to connect
and exchange ideas to provide excellent service which is the determinants of
any organizational performance and success.
LAWATAN KERJA KSN & KPPA KE SARAWAK NATIONAL DIGITAL CONFERENCE 2014
Pada 11 Oktober 2014, Yang Berbahagia (YBhg.) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
(KPPA) telah mengadakan Lawatan Kerja ke Kuching, Sarawak. Yang Berbahagia Tan Sri telah melawat Institut Tadbiran
Awam Negara, Kampus Wilayah Sarawak (INSARA) untuk melihat tapak pembangunan projek di sana. Pada sebelah
petangnya, berlangsung Program Menanam Pokok bertemakan "Tree for Tomorrow". Program ini merupakan usaha sama
antara INSARA dan iM4U. Seramai 150 orang sukarelawan iM4U dari Institut Latihan Perindustrian, Universiti Malaysia
Sarawak (UNIMAS), Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak dan PLKN hadir menyatakan sokongan terhadap program
ini.
Program menanam pokok pada hari ini diadakan bertujuan untuk memupuk budaya kesukarelawan di kalangan penjawat
awam. Program pada hari ini melibatkan perkarangan seluas 2 ekar dan akan ditanam dengan 100 batang pokok pelbagai
jenis buah seperti buah mangga, rambutan dan ciku. Program menanam pokok ini merupakan simbolik kepada sikap cintakan
alam sekitar dan bumi. Harapan Yang Berbahagia Tan Sri KPPA agar melalui program seperti ini, kesedaran tentang
kepentingan penjagaan alam sekitar semakin tersebar luar dan semakin ramai anak muda dan para belia menjaga alam
sekitar. Selepas itu, berlangsung pula Taklimat #myGST4U yang disampaikan oleh Penceramah INSARA kepada para
sukarelawan iM4U, PLKN serta warga INSARA. Taklimat yang diberikan ini bertujuan untuk membantu Kerajaan
menyebar luas maklumat mengenai dasar-dasar dan program Kerajaan kepada rakyat. Mereka yang hadir menyifatkan
bahawa pembentangan yang diberi adalah santai dan mudah difahami.
16 Oktober 2014 - Leadership and Transformation Summit
2014 telah diadakan pada 16 Oktober 2014 bertempat di
INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Objektif penganjuran
program ini adalah untuk memperkasa peranan pemimpin
masa kini melalui pelaksanaan transformasi ke arah
pencapaian agenda pembangunan negara. Selain itu, program
ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama
INTAN bersama pelbagai agensi kerajaan, badan-badan
swasta dan persatuan komuniti serta mempromosikan IN-
TAN kepada masyarakat umum melalui aktviti-aktiviti yang
berbentuk akademik, pameran dan jualan.
Pelbagai acara dan aktiviti menarik telah diaturkan pada hari
tersebut seperti:
a) INTAN Leadership Colloquium
b) Sesi Ceramah dan Forum bersama Management Guru
c) INTAN Digital Nexus: Big Data Insights for Govern-
ment Transformation
d) Government Initiatives Transformation Showcase.
INTAN LEADERSHIP & TRANSFORMATION SUMMIT 2014
Pada 12 Oktober 2014 pula, Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua
Setiausaha Negara turun padang ke Kuching, Sarawak untuk Majlis
Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Persekutuan Sarawak. Majlis ini turut
dihadiri Yang Berbahagia Tan Sri KPPA dan Yang Berbahagia Datuk Haji
Md Yahaya Basimin, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Jabatan
Perdana Menteri. Majlis yang disertai seramai 400 orang penjawat awam ini
dimulakan dengan penyampaian amanat oleh Yang Berbahagia Tan Sri KSN.
Dalam ucapannya, beliau memperkenalkan lima kompetensi yang diberi
nama I-FAME buat penjawat awam agar mereka melaksanakan tugas dengan
lebih efektif dan cekap.
Selain itu, beliau juga menggesa agensi-agensi kerajaan menjalinkan
usahasama yang lebih giat menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru
Kebangsaan atau NBOS seperti di UTC Kuching. Mengakhiri ucapannya,
Yang Berbahagia Tan Sri KSN berterima kasih atas keprihatinan Kerajaan
terhadap penjawat awam dalam Bajet 2015 yang baru dibentangkan. Beliau
meminta agar penjawat awam melakukan yang terbaik dalam tugas dan
jangan leka dan abaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
Setelah selesai Majlis Perjumpaan, Yang Berbahagia Tan Sri KSN mengada-
kan lawatan walkabout ke UTC Kuching. Di sana, beliau mengambil peluang
beramah mesra dan berbual-bual dengan para pelanggan yang hadir, jurutu-
gas di kaunter serta melihat kemudahan yang disediakan buat rakyat.
Menurut salah seorang pelanggan yang hadir, dia menyifatkan perkhidmatan
yang diberikan adalah pantas dan kemudahan yang disediakan selesa. Yang
Berbahagia Tan Sri KSN amat berpuas hati dengan kualiti dan mutu
perkhidmatan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi-agensi di UTC
Kuching.
KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)
JPA TAHUN 2014
14 Oktober 2014 - Jabatan Perkhidmatan Awam telah menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)
bagi tahun 2014 bertempat di Dewan Mezzanine, Aras 2, Blok C1, Putrajaya. Majlis bermula kira-kira jam 9.00 pagi ini
disertai oleh sembilan kumpulan dari bahagian-bahagian di JPA. Konvensyen ini diadakan bertujuan menggalakkan
budaya inovasi di dalam persekitaran kerja. Selain dapat melakukan penjimatan, inovasi juga dapat mempertingkatkann
kualiti perkhidmatan sesuatu urusan yang dilakukan.
Konvensyen ini disertai oleh kumpulan-kumpulan berikut:
1) Cyber Trans (BS)
2) Nellang (INTIM)
3) B'Pro (BPO)
4) Smart Replace (BPM)
5) Barakah Pancaroba (BKP)
6) BP Rangers (BP)
7) Sepatu (BK)
8) Insight (BPPs)
9) De'hupital (BMI)
Tiga orang juri yang profesional telah mengadili konvensyen ini iaitu:
1) Dr. Wan Mohd. Kamil bin Wan Nik, Pegawai Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Veterinar;
2) Encik Janudin bin Bakar, Pengurus Universiti Kebangsaan Malaysia; dan
3) Encik Mohd Ramlee bin Musa, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Sempena Program Bulan Bahasa Kebangsaan, JPA telah menganjurkan tiga program iaitu Pertandingan Pidato yang
disertai oleh lapan orang peserta, Pertandingan Mendeklamasi Sajak yang disertai oleh seramai 18 peserta dari pelbagai
bahagian dan Pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Asli Peringkat JPA. Program-program ini diadakan bertempat di
kawasan sekitar Lobi C1, JPA dan Dewan Mezzanine. Pertandingan-pertandingan ini telah diadili oleh juri-juri
professional yang dijemput khas dari luar. Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan ini juga, Perpustakaan Negara Malaysia
dan Dewan Bahasa dan Pustaka turut dijemput untuk mengadakan pameran.
Majlis Kemuncak Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat JPA telah diadakan pada 17 Oktober 2014 di Dewan Mezzanine
Aras 2, C1. Majlis ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga JPA yang hadir. Turut memeriahkan
majlis ialah kehadiran tetamu kehormat YBhg. Puan Sri Asmahan Ismail (Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil JPA),
Datin Seri Nik Hasmah (Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil JPA) dan Pengarah-pengarah Bahagian.
Majlis Kemuncak Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat JPA ini telah dimulakan dengan persembahan pembukaan
dendangan lagu irama asli ‘Budi Setahun Segunung Intan’ oleh En. Mohd Fairuz dan Pn. Siti Nasyreen dari BKP.
Seterusnya majlis diteruskan dengan persembahan peringkat akhir daripada peserta pidato, peserta deklamasi sajak dan
pesertqa nyanyian lagu irama melayu asli. Sebelum pemenang bagi setiap kategori diumumkan, kesemua peserta diberikan
sijil penyertaan terlebih dahulu oleh YBhg. Puan Sri Asmahan Ismail.
Penyampaian hadiah diberikan kepada para pemenang pertandingan iaitu kategori pidato; En. Wan Mohd Hasif Wan Mu-
hamad Ali dari BPPD (tempat pertama), Pn. Noorfaizah Asmuni dari BPO (tempat kedua) dan Pn. Widiyaastuti Mukhtar
dari BP (tempat ketiga).
Bagi kategori sajak; En. Abduh Adni@Ngatiny dari BK (tempat pertama), En. Muhammad Shafiq Saad dari BMI (tempat
kedua) dan Pn. Norazlin Alias dari BPO (tempat ketiga) dan kategori lagu melayu asli pula; En. Razaly Sidek dari BS
(tempat pertama), En. Muhammad Shafiq Saad dari BMI (tempat kedua) dan En. Muhammad Akhmal Hakim Abd Hamid
dari BKP (tempat ketiga).
Di akhir majlis, sebanyak 24 pemenang bertuah telah menerima hadiah cabutan bertuah. Majlis Kemuncak Bulan Bahasa
Kebangsaan Peringkat JPA ini ditutup dengan persembahan khas dari dendangan lagu irama melayu asli yang bertajuk
Teruna oleh YBhg. Puan Sri Asmahan Ismail.
PROGRAM BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2014
PERINGKAT JPA