Top Banner
ISU 07 5432 Any Street West Townsville, State 54321 COMPANY REAL ESTATE Isu Kali Ini >>> PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG KOMPLEKS C PUISI TRIBUTE MH370/MH17 KAPSUL “MERDEKA MALAYSIA” Imperdiet doming id quod mazim placerat facer minim veni am ut wisi enim ad minim niam, quis erat nostr uexerci tation ullamcorper nostru exerci tation ullam corper et iusto odio dig nissim qui blandit praesent lupta tummer delenit augue duis dolore. Ikuti Kami SEKITAR Contact us at 555-543-5432 www.yourwebsitehere.com KUPASAN PERJALANAN TRANSFORMASI JPA Bahan Berita Sumbangan: Warga JPA Penerbitan : Pasukan Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Percetakan : Unit Dokumentasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Buletin ini juga boleh dilayari secara digital di Portal JPA PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG KOMPLEKS C 15 - 31 OGOS 2014 Putrajaya – Penjawat Awam harus mendokong semangat patriotisme yang tinggi dan tidak berbelah bahagi dalam memastikan nilai-nilai kecintaan kepada negara dapat dizahirkan melalui pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dan agenda transformasi negara dapat dicapai serta dilaksanakan dengan jayanya. Sambungan berita di sebelah
4

Newsletter Sekitar JPA Edisi 7 – Edisi Khas Kemerdekaan

Dec 31, 2016

Download

Documents

lyliem
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Newsletter Sekitar JPA Edisi 7 – Edisi Khas Kemerdekaan

ISU 07

Finding An Agent That’s Right For You

5432 Any Street West

Townsville, State 54321

COMPAN Y

REAL ESTATE

Isu Kali Ini >>>

PELANCARAN SAMBUTAN

BULAN KEMERDEKAAN DAN

KIBAR JALUR GEMILANG

KOMPLEKS C

PUISI TRIBUTE MH370/MH17

KAPSUL “MERDEKA MALAYSIA”

Imperdiet doming id quod mazim placerat facer minim veni am ut wisi enim ad minim

niam, quis erat nostr uexerci tation ullamcorper nostru exerci tation ullam corper et

iusto odio dig nissim qui blandit praesent lupta tummer delenit augue duis dolore.

Ikuti Kami

SEKITAR Contact us at 555-543-5432 www.yourwebsitehere.com

KUPASAN PERJALANAN TRANSFORMASI JPA

Bahan Berita Sumbangan: Warga JPA Penerbitan : Pasukan Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Percetakan : Unit Dokumentasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Buletin ini juga boleh dilayari secara digital di Portal JPA

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

DAN KIBAR JALUR GEMILANG KOMPLEKS C

15 - 31 OGOS 2014

Putrajaya – Penjawat Awam harus mendokong semangat patriotisme yang tinggi dan tidak berbelah bahagi dalam memastikan nilai-nilai

kecintaan kepada negara dapat dizahirkan melalui pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dan agenda transformasi negara dapat dicapai serta

dilaksanakan dengan jayanya.

Sambungan berita di sebelah

Page 2: Newsletter Sekitar JPA Edisi 7 – Edisi Khas Kemerdekaan

Puisi Tribute MH370-17

Mendung berarak memenuhi kalbu,

Dunia gembur kehausan berita,

Menggunung harapan mengiringi doa,

Agar jelas dalam deria,

Insan disayang muncul segera...

Kiranya terkulai tunjukkanlah tanda,

Kiranya hilang tunjukkanlah jejak,

Kiranya bernyawa pamerkanlah rupa,

Leraikanlah segala kebuntuan ini,

Apakan daya usaha manusia,

Tunduk akur kepada takdir,

Sudah tersurat kalam Ilahi,

Kasih diragut menusuk hati,

Lautan biru bertukar wajah,

Badai menghempas harapan musnah...

Wahai MH 370

Hilangmu penuh misteri,

Sedangkan belum terungkai lagi,

Perkhabaran duka menerjah fikiran,

MH17 berderai, hancur melata,

Menyentap jiwa dengan rakusnya,

Seluruh jasad hancur terkulai,

Kau ragut sekalian nyawa,

Seantero dunia berduka cita..

TEKS PUISI

TRIBUTE MH370-17

Nukilan Sumbangan

Bahagian Pengurusan Psikologi

Jabatan Perkhidmatan Awam

Tan Sri Mohammad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dalam ucapannya turut menasihatkan agar penjawat awam

memahami erti perjuangan kemerdekaan yang sebenarnya supaya kita dapat berbakti kepada Negara dan masyarakat dengan penuh

berdedikasi.

Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Tahun 2014 yang bertemakan “Malaysia…Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta”, kejayaan Negara kita

pada hari ini seharusnya diterjemahkan dalam konteks yang lebih luas iaitu keperluan menilai semula peranan dan tanggungjawab kita

selaku penjawat awam.

Melihat kepada ketidaktentuan senario global pada hari ini, negara kita perlu sentiasa berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi

sebarang ancaman dan kemungkinan. Kita juga telah melalui pelbagai cabaran dan tragedi di luar jangkaan.

Maka disinilah, peranan kita sebagai penjawat awam dalam menyokong dasar-dasar negara dan kesetiaan kepada pemimpin walaupun

dalam dilanda pelbagai dugaan. Kita seharusnya sentiasa menjadi nadi dan tulang belakang kepada satu sistem pentadbiran yang kukuh,

penuh prinsip dan berintegriti. Ini merupakan sesuatu yang bukan terhasil melalui hanya satu peristiwa atau insiden tetapi ia dibina

berlandaskan nilai-nilai murni yang konsisten serta dipratikkan dalam mewujudkan sebuah perkhidmatan awam yang cemerlang dan

gemilang.

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2014 telah disambut dengah penuh bersemangat dan meriah

dari kalangan Penjawat Awam Kompleks C. Program ini turut dijayakan secara kerjasama degan semua agensi pada 19 Ogos 2014 di

Kompleks C seperti JPA, MOSTI, SPA, SPR, Jabatan Perangkaan dan JKR Wilayah Persekutuan.

SAMBUNGAN...

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

DAN KIBAR JALUR GEMILANG KOMPLEKS C

Apakan daya sudah tertulis di Luth Mahfuz,

KekuasaanMu tiada siapa dapat melawan,

Semuanya berlaku atas kehendakMu,

Allah itu Maha Mengetahui

Lantaran hembusan angin pengganti tinta

Nan tercurah di benak ragaku

Sungguh.. kehilangan itu amat pilu

Walau sakit terpaksa ditelan,

Kugagahi jua mencari kekuatan,

Hanya redhaMu aku dambakan,

Kau Maha Mengetahui atas setiap rahsiaMu,

Bertabahlah wahai insan,

Pasti terungkai segala tanda tanya,

Teruskan berdoa yakinlah ketentuanNya

Pergi menemui cinta hakiki...

Page 3: Newsletter Sekitar JPA Edisi 7 – Edisi Khas Kemerdekaan

Pada pagi tadi, 16 Jun 2014 telah berlangsung Lab

Transformasi Perkhidmatan Awam (LTPA) Siri ke

7. Lab kali ini disertai oleh lebih kurang 200 orang

pegawai dari KPDNKK, KSM, KBS dan KWP.

Lab ini merupakan siri yang terakhir dianjurkan

oleh INTAN Kampus Bukit Kiara yang melibat-

kan penyertaan semua kementerian.

KAPSUL “MERDEKA MALAYSIA”

OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL

KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

8 Prinsip Meningkatkan Prestasi Penjawat Awam ini dipetik daripada ucapan YAB Perdana Menteri dalam

Perhimpunan Hari Pekerja 2014 Peringkat Kebangsaan pada 21 Jun 2014 yang telah diadakan di MITC Melaka

dan Perhimpunan Penjawat Awam di Jitra, Kedah pada 1 Mei 2014 yang lalu.

Kemerdekaan yang kita kecapi selama ini adalah hasil usaha tanpa jerih perjuangan

nenek moyang kita / bagi melihat sebuah negara bangsa yang bebas, diperintah dan

ditadbir sendiri oleh rakyatnya.

Kita menyambut kemerdekaan ke-57 pada tahun yang begitu mencabar ini dengan

tema yang cukup bererti “Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta”. Kejayaan

demi kejayaan yang dikecapi oleh negara seharusnya diterjemahkan oleh

Perkhidmatan Awam Malaysia dalam konteks yang lebih luas iaitu keperluan

untuk menilai semula peranan dan tanggungjawab kita sebagai penjawat awam.

Penjawat awam selaku tiang seri negara perlu terus memainkan peranan penting

dalam menyokong dasar-dasar negara dan membuktikan kesetiaan

kepada Raja dan negara.

Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan Malaysia perlu terus megah berkibar

sebagai simbolik kemerdekaan. Walaupun nampak mudah untuk mengibarkan

bendera, namun di situlah letaknya jiwa dan raga kita, di situlah letaknya

harapan untuk melihat negara kita jauh lebih maju, lebih hebat

daripada apa yang ada sekarang.

Seperti Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ungkapkan

Jalur Gemilang bukan sekadar sehelai kain bercorak tetapi ia tersimpan sebuah

pengertian dan seribu makna yang sangat mendalam. Kecintaan kita terhadap

negara seharusnya tidak berbelah bahagi.

Page 4: Newsletter Sekitar JPA Edisi 7 – Edisi Khas Kemerdekaan

Pada 18 Ogos 2014, telah diadakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan

Kemerdekaan ke—57 Tahun 2014 yang dirasmikan oleh YAB Dato Seri Najib

Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir bersama semua Menteri dan

Timbalan Ketua Menteri, Ketua Setiausaha Negara Yang Berbahagia Tan Sri Dr.

Ali Hamsa dan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua

Pengarah Perkhidmatan Awam.

Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri menggesa rakyat untuk memberi

komitmen dan menterjemahkan semangat serta azam bagi menyemarakkan jiwa

patriotisme dan memastikan kedaulatan bumi Malaysia tercinta masih perlu

diteruskan.

YAB Perdana Menteri berkata bahawa rakyat negara perlu sentiasa bersatu hati

mengharungi apa jua cubaan dan rintangan sama ada ketika pilu atau gembira

dengan jiwa kental bagi mendepani cabaran mendatang.

Majlis ini sangat memberi erti dan amat signifikan kerana selain sebagai tanda

memulakan perayaan bulan kemerdekaan yang cukup bermakna, (kita) juga perlu

tunjukkan bahawa sebagai rakyat, kita sanggup melakukan tindakan untuk mengi-

bar Jalur Gemilang.

YAB Perdana Menteri juga berkata bahawa semangat bagi mengibarkan Jalur

Gemilang sangat perlu dilakukan kerana ia merupakan simbol kebanggaan yang

mewakili jiwa serta roh sesebuah negara bangsa serta sebagai identiti nasional

yang menyatupadukan rakyat. Jalur Gemilang juga mewakili nilai dan maruah

sebuah pertiwi yang berdaulat dan merdeka selain menjadi tanda satu penghorma-

tan dan kebanggaan serta lambang kemenangan apabila terus dilihat berkibar

dengan megah dan gagah. Jalur Gemilang juga tanda solidariti dan kebersatuan

rakyat yang berdiri teguh serta senantiasa bersemangat untuk mengibar dan

menaikkan bendera kebanggaan negara itu. Jalur Gemilang juga bukan sekadar

sehelai kain bercorak tetapi ia tersimpan sebuah pengertian dan seribu makna

yang sangat mendalam.

Beliau mengakhiri ucapan dengan mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ke-

merdekaan ke-57 dengan semangat mengibarkan bendera tidak mengira sama ada

di rumah, pejabat atau pada kenderaan.

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-57 Tahun 2014 Sisipan Khas Merdeka > > >

“Semangat Kebangsaan hendaklah dijadikan

baja bagi menyuburkan kemerdekaan

yang kita capai.”

Tunku Abdul Rahman

Perdana Menteri Malaysia Yang Pertama

“…Hari Merdeka ialah hari Kebangsaan kita.

Marilah kita membanggakan negara kita dan

sentiasa berjaga-jaga supaya tidak dipengaruhi

oleh fahaman Kebangsaan yang sempit.“

Tun Abdul Razak Dato’ Hussein

Perdana Menteri Malaysia (1970-1976)

“Kejayaan sesuatu negara itu bergantunglah

kepada usaha tiap-tiap rakyat. Pengajaran

yang kita dapati daripada negara-negara maju

menunjukkan iaitu kemakmuran rakyat

bergerak serentak dengan daya pengeluaran

dan produktiviti mereka. “

Tun Dr Mahathir Mohamad,

Perdana Menteri Malaysia (1981-2005)

“…Tuan-tuan sekelian, akhirnya saya suka

berpesan dan berharap semoga tuan-tuan

dapat menunjukkan semangat keperwiraan dan

taat setia yang tidak berbelah bagi pada setiap

masa. Di samping itu tuan tuan juga

hendaklah sentiasa bersiap sedia untuk

mempertahankan negara dan memberi

perkhidmatan pada masa-masa kecemasan

apabila dikehendaki oleh negara kita… “

Tun Hussien Onn

Perdana Menteri Malaysia (1976-1981)

Sumber: www.malaysiamerdeka.gov.my