-
1
Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin
10.1 Pengertian Kemerdekaan
BAB 10 : PEMASYHURAN KEMERDEKAAN
Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 (5 Safar 1377 Hijrah)
merupakan peristiwa yang penuh pengertian bagi negara kita. Merdeka
membawa erti bebas daripada sebarang cengkaman kuasa asing. Merdeka
juga bererti bebas menentukan pemerintahan dan hala tuju negara.
Perjuangan kemerdekaan mengambil masa yang Panjang dan penuh
berliku.
Bebas daripada penjajahan, kurungan atau naungan.
Takrif kemerdekaan menurut Kamus
Dewan Negara yang merdeka juga bermakna negara yang berdaulat,
iaitu mempunyai kuasa tertinggi.
Takrif kemerdekaan beberapa tokoh
Rashid Rida Mahatma Gandhi
Nelson Mandela Soekarno
Sayyid Jamal al-Din al-Afghani
Tunku Abdul Rahman
Tun Temenggong Jugah anak Barieng
Tun Fuad Stephens Tun Dr. Mahathir Mohamad
Perjuangan bagi menghadapi penjajah hendaklah disertai semangat
kebangsaan (jinsiyyah) dan cinta akan tanah air yang merdeka
(wataniyyah). Beliau yakin, rakyat perlu membebaskan diri daripada
pencerobohan pihak luar dengan bersatu padu bagi memper-tahankan
maruah diri, bangsa, agama dan negara [Sayyid Jamal al-Din
al-Afghani].
Kedaulatan dan kekuatan sesebuah negara adalah untuk membebaskan
diri daripada penjajah Barat. Kedaulatan sesebuah negara adalah
dengan menghidupkan sistem kha-lifah dan menghapuskan ikatan
perkauman [Rashid Rida].
Kemerdekaan perlu merangkumi politik, ekonomi dan moral. Setiap
negara berhak mengu-ruskan sendiri negaranya, walaupun sukar supaya
setiap komuniti hidup dalam harmoni [Mahatma Gandhi].
Kebebasan bukan hanya satu pertempuran untuk melawan satu
kumpulan atau warna ku-lit, tetapi satu pertempuran terhadap sebuah
sistem yang menindas. Kebebasan boleh di-capai melalui politik.
bebas daripada perhambaan, kemiskinan dan penderitaan. Seluruh
rakyat perlulah bersatu dalam satu negara menuju masa depan [Nelson
Mandela].
Takrif Kemerdekaan
-
2
Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin
Kemerdekaan bererti bebas selama-lamanya. Kebebasan ini
merangkumi kebebasan untuk berfikir, bertindak daripada politik
penindasan dan rejim autokratik. Pandirlah sesuatu bangsa penjajah
jika berfikir bangsa yang dijajah itu akan terus didominasi oleh
mereka. Rakyat yang dijajah akan menganggap hilangnya dominasi
asing sebagai satu pembebasan. Kemerdekaan akan membentuk
masyarakat baharu yang demokratik tanpa kelas dan kasta [Soekarno,
Presiden Indonesia].
Kemerdekaan ibarat tempat perhentian dalam perjalanan yang jauh
bagi mewujudkan se-buah negara baharu yang berdaulat. Rakyat perlu
berkhidmat untuk negara yang baharu, berusaha dengan tenaga dan
fikiran bagi mencipta satu bangsa baharu dengan cita-cita keadilan
dan kebebasan [Tunku Abdul Rahman].
Melalui kemerdekaan, keselamatan negeri akan lebih terjamin dan
menjadi lebih kuat. Penduduk peribumi Sarawak sanggup berkorban
demi mempertahankan negara. Di samping itu, dengan kemerdekaan ini
kita dapat mengatasi ancaman komunis [Tun Te-menggong Jugah anak
Barieng].
Melalui kemerdekaan, keselamatan sosial Borneo Utara dan
penduduk peribumi serta generasi selepasnya akan lebih terjamin.
Usaha pembangunan yang pesat berlaku di Persekutuan Tanah Melayu
mampu menaikkan semangat baharu masyarakat [Tun Fuad Stephens].
Merdeka bukan sekadar bebas daripada cengkaman kuasa dan minda
penjajah. Merdeka juga bermaksud menghayati semangat jiwa merdeka
dengan menyayangi negara sepe-nuh hati dan sanggup berkorban untuk
negara ini dengan apa-apa cara sekalipun [Tun Dr. Mahathir
Mohamad].
Kemerdekaan memberikan hak untuk rakyat menentukan sendiri
bentuk dan hala tuju negara tanpa pengaruh kuasa luar. Penghayatan
terhadap erti merdeka menuntut rakyat mengenali sejarah negara
seterusnya mengukuhkan jati diri terutama bagi mengisi kemerdekaan
ini.
10.2 Persediaan Menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan Negara
Pada 8 Julai 1957, Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri
Persekutuan Tanah Melayu telah berucap dalam Radio Malaya menyeru
seluruh rakyat meraikan Hari Kemerdekaan dengan meriah supaya kekal
dalam sejarah negara.
Pada 3 Ogos 1957, jam 7:33 pagi, Dato' Abdul Ra-zak Hussein
memaklumkan rakyat menerusi Radio Malaya tentang atur cara sambutan
kemerdekaan terutama pada tarikh 31 Ogos 1957.
Persediaan dibuat melalui penu-buhan jawatankuasa persediaan
fizikal dan sambutan. Tumpuan upacara sambutan kemerdekaan adalah
di Padang Kelab Selangor dan Stadium Merdeka.
-
3
Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin
Jawatankuasa Persediaan Fizikal
Pembinaan sebuah stadium
Istana untuk Yang di-Pertuan Agong
Penonjolan identiti negara perlu diberikan perhatian oleh
jawa-tankuasa Persediaan Fizikal. Prasarana fizikal yang disediakan
untuk meraikan kemerdekaan
1. Tunku Abdul Rahman mencadangkan sebuah lagu rasmi kebangsaan
dicipta bagi di-perdengarkan semasa upacara Perisytiharan
Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
2. Sebuah Jawatankuasa Pemilihan Lagu Kebangsaan dibentuk dengan
dipengerusikan oleh Tunku Abdul Rahman dan dibantu oleh Yaacob
Abdul Latiff (Pengarah Jabatan Pen-erangan). Lagu Negaraku berasal
daripada lagu Terang Bulan, lagu negeri Perak yang liriknya ditulis
oleh Saiful Bahari dicipta sebagai lagu kebangsaan negara
3. Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang telah sedia ada akan
dijadikan bendera ke-bangsaan. Reka bentuk bendera dicipta oleh
Mohamed Hamzah, kakitangan Jabatan Kerja Raya Negeri Johor. Bendera
Persekutuan mula dikibarkan dengan rasminya pada 26 Mei 1950 di
Istana Sultan Selangor.
4. Penggunaan Jata Negara diperkenankan oleh Raja-raja Melayu
pada 30 Mei 1957. 5. Bunga raya dipilih oleh Tunku Abdul Rahman
sebagai bunga kebangsaan.
Jawatankuasa Sambutan
Berperanan untuk memeriahkan sambutan pada peringkat ibu kota
dan negeri. Bangunan di sekitar bandar, jalan raya dan Padang Kelab
Selangor dihiasi lampu. Sebanyak 75 ribu bendera Persekutuan Tanah
Melayu turut ditempah khas dari kilang kain di Jepun dan dibawa
dengan kapal laut
Menteri dan pegawai tinggi kerajaan disediakan pakaian khas
ilhamTunku Abdul Rahman sendiri. Sejenis pakaian dari negeri Kedah,
iaitu "baju muskat" diubah suai lengkap dengan seluar satin hitam
dan bersongket, bersamping dan tengkolok yang direka untuk
menteri.
Kerajaan menganjurkan kursus khas berkaitan dengan protokol yang
diikuti oleh sebanyak 300 orang pegawai kerajaan selama tiga hari.
Mereka bertindak sebagai pega-wai penerangan dan pegawai pengiring
tetamu serta pegawai jemputan luar negara.
Selain itu, semua pegawai dan kakitangan kerajaan diberikan gaji
seminggu lebih awal untuk memberikan peluang menyambut
kemerdekaan.
10.3 Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara
Upacara sambutan pemasyhuran kemerdekaan negara merupakan detik
bersejarah yang dinantikan setelah melalui perjalanan yang panjang
menuju kemerdekaan. Permulaan sambutan diraikan pada malam 30 Ogos
1957 di Padang Kelab Selangor.
Menjelang tengah malam 30 Ogos 1957, jalan sekitar bandar Kuala
Lumpur dipenuhi ken-deraan. Jalan sesak dengan kereta, bas, beca,
basikal serta pejalan kaki menuju ke Pa-dang Kelab Selangor.
Suasana malam penuh meriah diterangi lampu hiasan dan kedai dibuka
sehingga larut malam.
-
4
Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin
Kronologi Sambutan Pemasyhuran Kemerdekaan
10:00 malam
Wakil Parti Perikatan dari Persekutuan Tanah Melayu dan
Singapura berpakaian baju Melayu hitam diketuai oleh Sardon Jubir
mengambil tempat duduk.
10:30 mlm
11:58 mlm
12:00 mlm
Sebanyak 300 orang pemuda membentuk perbarisan kehormat
mengambil tempat di ten-gah padang menghadap Jalan Raja (menara
jam). Perbarisan diketuai oleh Ismail Bontak.
Semua lampu di padang dan di sekelilingnya dipadamkan sehingga
seluruh kawasan men-jadi gelap gelita.
1. Lampu dipasang semula apabila jam besar berbunyi menandakan
detik 12:00 tengah malam dan diikuti dengan laungan "Merdeka" oleh
orang ramai.
2. Tunku Abdul Rahman dibawa ke hadapan pentas menghadap
ketiga-tiga tiang bendera.
3. Bendera Union Jack diturunkan oleh Tahir Abdul Majid dengan
diiringi lagu God Save The Queen sebagai tanda berakhirnya
pentadbiran British di Tanah Melayu (Bendera Union Jack diturunkan
dan disambut dengan tepukan dan laungan "Merdeka").
4. Bendera Persekutuan Tanah Melayu kemudian dinaikkan dengan
diiringi lagu Nega-raku yang diperdengarkan buat kali pertama
kepada umum pada malam bersejarah itu. Sorakan “Merdeka" dilaungkan
sebanyak tujuh kali. Tunku Abdul Rahman mem-
12:10 mlm
12:25 mlm
12:55 mlm
Tunku Abdul Rahman menerima tabik hormat dan memeriksa
perbarisan perwakilan negeri. Beliau kemudiannya mengambil tempat
di atas pentas. Pasukan Pemuda Peri-katan seramai 24 orang yang
diketuai oleh Abdul Majid Othman tampil membawa dulang berisi
rantai emas yang tergantung padanya sebutir Pingat Emas. Pingat ini
berukir peta Semenanjung Tanah Melayu serta gambar Tunku Abdul
Rahman di dalam peta itu. Di tepi bulatan peta, ditulis perkataan
"Bapa Kemerdekaan Tanah Air", gelaran yang diberikan kepada Tunku
Abdul Rahman. Rantai emas dikalungkan oleh Sardon Jubir ke leher
Tunku Abdul Rahman diikuti dengan laungan "Bapa Kemerdekaan Tanah
Air" sebanyak tiga kali.
Tunku Abdul Rahman menyampaikan ucapan dengan penuh
semangat.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Haji Massood
Hayati.
-
5
Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin
Peristiwa Bersejarah di Stadium Merdeka
Upacara sambutan kemerdekaan diadakan dengan gemilang pada pagi
31 Ogos 1957, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Perarakan barisan
pasukan tentera dan orang ramai di-anggarkan berjumlah 20 ribu
orang membanjiri stadium. Mereka datang seawal pukul 6:00 pagi dan,
mereka tidak berganjak walaupun hujan turun pada awalnya
Kronologi Peristiwa Bersejarah di Stadium Merdeka
1. Tunku Abdul Rahman tiba di pekarangan stadium dan diikuti
dengan ketibaan Raja-raja Melayu, Yang di-Pertuan Agong dan
Permaisuri serta Duke dan Duchess of Gloucester.
2. Duke of Gloucester yang mewakili kerajaan British telah
memberikan ucapan dan menye-rahkan Surat Perlembagaan Serahan Kuasa
kepadaTunku Abdul Rahman.
3. Tunku Abdul Rahman membaca Pemasyhuran Kemerdekaan bagi
mengisytiharkan ba-hawa Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan dan kedaulatan.
1. Istiadat Mengangkat Sumpah Yang di-Pertuan Agong yang
diadakan di Balairong Seri, Istana Negara.
2. Upacara ini kemudian, disusuli dengan pelantikan jawatan
Perdana Menteri, Ahli Jemaah Menteri, Hakim Besar serta Gabenor
Pulau Pinang dan Melaka.
8:15 pagi
11:00 pagi
Majlis jamuan di Residensi diadakan bagi mengucapkan selamat
jalan kepada bekas Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald
MacGillivray.
Sir Donald MacGillivray dan isteri berlepas dari Lapangan
Terbang Kuala Lumpur ke England. Beliau diberikan penghormatan
dengan permaidani merah dan barisan kehormat oleh Batal-ion Keempat
Askar Melayu.
1:30 tengah hari
5:25 petang
1. Dengan tangan di udara, Tunku Abdul Rahman melaungkan
"MERDEKA" sebanyak tujuh kali dengan gemanya dan disahut oleh para
hadirin yang terdiri daripada pelbagai bangsa.
2. Kemudian, disusuli dengan laungan azan oleh Ustaz Hassan
Azhari yang sayup kedengaran menandakan rasa kesyukuran terhadap
kemerdekaan negara kita.
3. Majlis diteruskan dengan menaikkan bendera Persekutuan Tanah
Melayu sambil diiringi lagu kebangsaan, iaitu Negaraku. Sebanyak
101 das tembakan dilepaskan menan-dakan Persekutuan Tanah Melayu
menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdau-lat.
-
6
Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin
10.4 Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita
Kemerdekaan yang diperoleh memberikan kesan terhadap negara kita
terutama pada peringkat awal kemerdekaan. Perkara ini dapat dilihat
melalui penglibatan negara kita di dalam dan di luar negara sama
ada dari sudut politik, ekonomi mahupun sosial.
Peringkat Negara Peringkat Antarabangsa
Pengamalan Sistem Raja Berperlembagaan
Demokrasi Berparlimen
Pentadbiran Negara
Cabaran Kerajaan Persekutuan
Dasar Luar Menganggotai Komanwel
Penyertaan dalam Blok Sterling
Diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB)
Misi Pengaman PBB
Pertahanan Negara
Politik
Peringkat Negara
Pengamalan Sistem Raja Berperlembagaan Setelah merdeka, negara
kita mengamalkan konsep Raja Berperlembagaan. Yang di-Pertuan Agong
menjadi ketua utama negara dengan bidang kuasa fertentu.
Demokrasi Berparlimen 1. Sistem Demokrasi Berparlimen, rakyat
mempunyai kuasa memilih kerajaan dan
pemerintah melalui pilihan raya. Pelaksanaan pilihan raya
memberi rakyat hak ber-suara dan memilih wakil untuk menentukan
hala tuju masa depan dan kesejahteraan negara.
2. Hasil kemerdekaan yang dicapai membolehkan parlimen berkuasa
menggubal un-dang-undang pada peringkat Persekutuan. Pada peringkat
negeri pula, Dewan Un-dangan Negeri berkuasa menggubal
undang-undang.
3. Keberkesanan undang-undang mampu memakmurkan negara.
Pentadbiran Negara 1. Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu
yang pertama. 2. Beliau mengekalkan ahli kabinet yang ada dan
membuat perubahan dengan melantik
Dato' Abdul Razak Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri. 3.
Buat kali pertama dalam sejarah Persekutuan Tanah Melayu mempunyai
seorang
Menteri Luar sebagai tanda kebebasan negara menjalankan dasar
luar negara. Jawa-
-
7
Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin
Peringkat Antarabangsa
Cabaran Kerajaan Persekutuan 1. Menggantikan pegawai Eropah
dengan rakyat tempatan, khususnya dalam bidang
profesional, pendidikan tinggi, keselamatan dan pertahanan. 2.
Tunku Abdul Rahman dan Dato' Abdul Razak Hussein memberikan
komitmen yang ting-
gi bagi melaksanakan penggantian ini secara berperingkat dengan
melantik rakyat tem-patan dalam pelbagai bidang.
Dasar Luar 1. Kerajaan memberikan perhatian melalui pengukuhan
Kementerian Luar. Pada awal ta-
hun 1957, kumpulan pertama pegawai dihantar ke Britain untuk
mendapatkan latihan. 2. Tokoh yang berperanan penting menentukan
dasar luar negara ialah Tan Sri Muham-
mad Ghazali Shafie dan Dr. Ismail Abdul Rahman yang pernah
dilantik menjadi Menteri Luar.
3. Negara kita juga menjalinkan hubungan dengan negara luar
seperti Indonesia, India, Australia, New Zealand, Mesir dan
Jepun.
Menganggotai Komanwel 1. Persekutuan Tanah Melayu diterima untuk
menyertai pertubuhan Komanwel. 2. Pertubuhan Komanwel bermanfaat
untuk merapatkan hubungan sosioekonomi dengan
negara ahli. 3. Komanwel juga menjadi medan untuk negara kita
mempamerkan komitmen terhadap
isu yang dihadapi oleh negara anggota.
Pertahanan Negara 1. Sebelum merdeka, negara kita dilindungi
melalui pembentukan kerjasama pertahanan
Britain, Australia dan New Zealand. 2. Selepas merdeka. Tunku
Abdul Rahman ingin mengekalkan hubungan baik dengan
Britain dan negara Komanwel. 3. Keadaan negara yang belum
mempunyai kekuatan pertahanan menyebabkan negara
memerlukan bantuan Britain dengan memeterai perjanjian
pertahanan yang dinamakan Anglo Malayan Defence Agreement (AMDA)
pada tahun 1957.
Penyertaan dalam Blok Sterling 1. Negara menggunakan Pound
Sterling dalam urusan perdagangan antarabangsa. 2. Kedudukan
Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara yang berpendapatan tinggi
da-
ripada hasil getah dan bijih timah memperkuat kedudukan mata
wang Pound Sterling. 3. Penyertaan Persekutuan Tanah Melayu yang
mempunyai kedudukan ekonomi yang ku-
kuh dalam Sistem Keutamaan Tarif Komanwel turut memperkukuh
kedudukan ekonomi ahli-ahlinya.
-
8
Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin
Misi Pengaman PBB 1. Negara kita turut terlibat daiam misi
pasukan pengaman PBB di Congo. 2. Pemilihan ini menggambarkan
kepercayaan dan pengiktirafan tertinggi PBB kepada se-
buah negara baharu untuk bersama-sama terlibat dalam pengurusan
konflik an-tarabangsa.
Diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1. Negara kita
diterima menjadi ahli PBB dalam persidangannya pada 17 September
1957
merupakan anggota PBB yang ke-82. 2. Bendera negara kita
dikibarkan dalam satu upacara rasmi di ibu pejabat PBB di New
York pada 15 Oktober 1957. 3. Dengan menyertai PBB. negara kita
turut menjunjung prinsip PBB untuk melindungi hak
asasi manusia.
Ekonomi
Rancangan Malaya Pertama 1956-1960
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Rancangan Buku Merah
Pembangunan Luar Bandar
Institusi Kewangan Tempatan
Rancangan Malaya Pertama 1956-1960 Rancangan ini bertujuan: 1.
Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dengan tumpuan pada sektor
luar bandar. 2. Mempelbagaikan keluaran pertanian supaya tidak
hanya bergantung pada pengeluaran
getah. 3. Menambahkan peluang pekerjaan bagi mengurangkan kadar
kemiskinan.
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) 1. Ditubuhkan pada
tahun 1956 untuk memajukan tanah baharu secara besar-besaran
bagi pertanian dan penempatan semula masyarakat. 2. Keluarga
dari kawasan luar bandar dipindahkan ke rancangan tanah FELDA untuk
me-
nanam getah atau kelapa sawit. 3. Perumahan dan kemudahan asas
disediakan untuk peneroka.
Pembangunan Luar Bandar 1. Kementerian Pembangunan Luar Bandar
ditubuhkan pada 17 November 1959, hasil
penstrukturan pentadbiran yang bertanggungjawab untuk
membangunkan infra-struktur, sosial dan ekonomi luar bandar.
2. Majlis Pembangunan Luar Bandar ditubuhkan pada peringkat
negeri dan daerah bagi merancang dan menyelaraskan pelaksanaan
projek pembangunan.
3. Kerajaan memberikan keutamaan kepada penyediaan kemudahan
asas untuk penduduk luar bandar.
-
9
Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin
Institusi Kewangan Tempatan 1. Malay National Bank atau Bank
Kebangsaan Melayu merupakan bank pertama khusus
untuk orang Melayu ditubuhkan di Klang Street, Kuala Lumpur oleh
Maarof Zakaria. 2. Bank Negara mula beroperasi pada 26 Januari
1959, bagi menggalakkan kestabilan
kewangan dengan menyediakan persekitaran yang kondusif untuk
pertumbuhan ekonomi negara.
3. Kwong Yik Bank ditubuhkan pada 1913 di Kuala Lumpur.
Rancangan Buku Merah 1. Rancangan Buku Merah dilancarkan pada 25
Januari 1961. 2. Buku ini mengandungi projek berkaitan dengan
kemudahan asas seperti jalan kampung,
jambatan, surau, bekalan air dan bekalan elektrik. 3. Pemantauan
dan maklum balas berdasarkan rekod yang terdapat dalam Buku
Merah
diletakkan di dalam Bilik Gerakan Kemajuan Negara pada peringkat
daerah, negeri dan pusat.
Sosial
Pendidikan Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
Kemudahan Asas
Jabatan Penerangan
Kesihatan
Pendidikan 1. Pendidikan merupakan wadah untuk membina sebuah
bangsa bagi negara yang ber-
satu. 2. Kerajaan mengeluarkan Penyata Rahman Talib bagi
mengkaji semula Penyata Jawa-
tankuasa Pelajaran 1956 yang lalu. 3. Penyata ini memberikan
penekanan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
di sekolah.
Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka 1. Kedudukan bahasa Melayu
semakin kukuh apabila Fasal 1 Perkara 152 dalam Per-
lembagaan Persekutuan Tanah Melayu menetapkan bahawa bahasa
Melayu hendaklah dijadikan bahasa kebangsaan.
2. Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor
Bahru, Johor, se-bagai sebuah jabatan di bawah Kementerian
Pelajaran.
Jabatan Penerangan 1. Penubuhan jabatan ini bertujuan
menyampaikan maklumat tentang peristiwa di dalam
dan di luar negara. 2. Selaras dengan fungsinya sebagai lidah
rasmi kerajaan untuk menerangkan kepada
rakyat berkaitan dengan falsafah, dasar dan wawasan negara
terutama menjelang ke-merdekaan dan pada tahun-tahun awal negara
merdeka.
-
10
Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin
Kesihatan 1. Pusat kesihatan dan hospital ditubuhkan untuk
meningkatkan sosioekonomi penduduk
luar bandar. 2. Ketika mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,
negara mempunyai sebanyak 65
buah hospital. 3. Kementerian Kesihatan memainkan peranan
penting dalam pemulihan isu sosial serta
pembangunan masyarakat demi kesejahteraan rakyat.
Kemudahan Asas 1. Penyediaan kemudahan asas dan infrastruktur
kepada masyarakat diberikan per-
hatian oleh kerajaan pada awal kemerdekaan. 2. Kemudahan bekalan
elektrik dan air bersih diutamakan demi keselesaan dan
kesihatan
penduduk. 3. Kemudahan ini bertujuan membantu usaha meningkatkan
taraf hidup, di samping me-
rapatkan jurang antara penduduk luar bandar dengan bandar.
10.5 Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu
1. Bagi sebuah negara yang merdeka, kedaulatan merujuk kuasa
tertinggi yang menen-tukan sesebuah negara bebas daripada
kongkongan kuasa luar. Wilayah pengaruh, kerajaan, keunggulan
undang-undang, lambang dan rakyat merupakan aspek kedau-latan
negara kita.
2. Selepas merdeka, Persekutuan Tanah Melayu memperoleh
kedaulatan atau kuasa tertinggi.
3. Kedaulatan ini membolehkan kita membuat keputusan tentang hal
yang berhubung dengan pentadbiran dan politik negara.
Kedaulatan
Wilayah pengaruh
Keunggulan undang-undang
Lambang
Rakyat
Kerajaan
Wilayah pengaruh 1. Merujuk kawasan yang mempunyai sempadan
untuk membentuk Persekutuan Tanah
Melayu. 2. Dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957,
pembentukan Persekutuan
Tanah Melayu terdiri daripada Perlis, Kedah. Perak, Pulau
Pinang,Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Johor, Kelantan
dan Terengganu. Setiap negeri berdaulat diketuai oleh sama ada
Sultan atau Raja, Yang di-Pertuan Besar atau Yang Dipertua
Negeri.
-
11
Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin
Kerajaan 1. Merupakan institusi yang bertanggungjawab untuk
menguruskan dan mentadbir nega-
ra. 2. Kerajaan terbahagi kepada tiga komponen utama, iaitu
Badan Perundangan, Badan
Eksekutif dan Badan Kehakiman. 3. Dalam amalan demokrasi, kuasa
memerintah dipegang oleh kerajaan yang dipilih oleh
rakyat melalui pilihan raya [rakyat bertanggungjawab memilih
wakil mereka melalui pili-han raya].
Kedaulatan undang-undang 1. Bermaksud kerajaan dan rakyat
keseluruhannya tertakluk di bawah undang-undang. 2. Kedaulatan
undang-undang penting bagi memastikan keamanan negara dapat
dikekal-
kan demi kesejahteraan negara. 3. Kandungan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjadi asas kedaulatan
negara yang merdeka dan memelihara hak rakyat.
Lambang kebangsaan 1. Jata Negara, lagu kebangsaan, bendera
kebangsaan dan bunga kebangsaan merupa-
kan identiti dan jati diri rakyat. 2. Lambang ini juga menjadi
simbol perpaduan. 3. Setiap elemen pada lambang ini mempunyai
pengertian berdasarkan sosiobudaya dan
sejarah negara. 4. Lambang ini mempunyai nilai kedaulatannya
tersendiri dan lambang jati diri negara.
Lambang ini perlu diberikan penghormatan sebagai simbol rasmi
negara.
Rakyat 1. Mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap negara dan
negara juga mempunyai
hak terhadap rakyat. 2. Semua pihak bertanggungjawab untuk
menggunakan hak masing-masing dengan bijak
bagi mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara. 3.
Pengiktirafan sebagai rakyat membolehkan kita mendapat hak asasi,
iaitu hak yang
dimiliki oleh seseorang individu di sisi undang-undang seperti
kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat.
4. Sebagai warganegara, kita perlu mematuhi perlembagaan
negara.
Rumusan 1. Prinsip kedaulatan, iaitu kuasa tertinggi yang
diperoleh melalui perjuangan yang ber-
liku perlu dikekalkan bagi menjamin kemakmuran dan kesejahteraan
negara. 2. Kemerdekaan yang diperoleh wajar dipertahankan dengan
sepenuh jiwa dan raga. Ke-
merdekaan yang berkait rapat dengan kedaulatan menuntut kita
memberikan kese-tiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap ibu
pertiwi.
3. Semangat jiwa merdeka generasi lalu dalam usaha
mempertahankan kedaulatan negara perlu diteladani dan disyukuri
supaya generasi akan datang terus menikmati kedaulatan negara yang
dicintai ini.
-
12
Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin
Bahagian A: Soalan Struktur
1. Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 bersamaan dengan 5 Safar
1377 Hijrah meru-
pakan peristiwa yang penuh pengertian bagi negara kita. a.
Apakah maksud kemerdekaan?
..............................................................................................................................
..............................................................................................................................
2 markah
b. Namakan DUA tokoh yang memberikan takrifan kemerdekaan
i. ii.
..............................................................................................................................
..............................................................................................................................
2 markah
c. Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu mempertahankan
kemerdekaan negara kita?
..............................................................................................................................
..............................................................................................................................
..............................................................................................................................
3 markah
d. Andaikan anda seorang pemimpin negara, jelaskan persiapan
yang anda akan lakukan untuk mempertahankan negara kita daripada
sebarang bentuk penjajahan pada masa hadapan
.............................................................................................................................
..............................................................................................................................
..............................................................................................................................
3 markah
2. Gambar berikut menunjukkan bendera Negara kita
a. Siapakah yang mencipta bendera negara kita?
..............................................................................................................................
1 markah
-
13
Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin
b. Apakah nama bendera kebangsaan negara kita?
..............................................................................................................................
1 markah
c. Jelaskan maksud lambang-lambang berikut
i. ii. iii.
Warna biru
..............................................................................................................................
Warna merah
..............................................................................................................................
Bulan sabit bewarna kuning
..............................................................................................................................
3 markah
d. Mengapakah negara-negara di dunia mempunyai bendera
masing-masing?
.............................................................................................................................
..............................................................................................................................
..............................................................................................................................
3 markah
e. Pada pandangan anda, apakah tanggungjawab rakyat terhadap
bendera kebang-saan
..............................................................................................................................
..............................................................................................................................
2 markah
3. Upacara sambutan pemasyhuran kemerdekaan negara merupakan
detik bersejarah
yang dinantikan setelah melalui perjalanan yang panjang menuju
kemerdekaan.
a. Di manakah permulaan sambutan kemerdekaan diraikan pada malam
30 Ogos 1957?
..............................................................................................................................
1 markah
b. Namakan pegawai British yang menyertai peristiwa bersejarah
sambutan kemerdekaan di stadium Merdeka
i. ii.
..............................................................................................................................
..............................................................................................................................
2 markah
-
14
Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin
c. Nyatakan kronologi peritiwa sambutan kemerdekaan di Stadium
Merdeka yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman
..............................................................................................................................
..............................................................................................................................
..............................................................................................................................
3 markah
d. Jelaskan peranan yang boleh dimainkan oleh kerajaan Malaysia
dalam usaha mengekalkan kemerdekaan Negara kita
.............................................................................................................................
..............................................................................................................................
..............................................................................................................................
2 markah
Bahagian C: Soalan Esei
1. Selepas mencapai kemerdekaan, kerajaan melakukan pelbagai
usaha untuk mem-bangunkan ekonomi negara.
a. Jelaskan tentang Rancangan Malaya Pertama yang diperkenalkan
pada tahun 1956-1960
4 markah
b. Nyatakan peranan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
(FELDA)
4 markah
c.i Apakah langkah yang diambil untuk memajukan Kawasan luar
bandar terutamanya diawal kemerdekaan tanah air
6 markah
c.ii Jelaskan bagaimana dasar pembangunan ekonomi dapat menjamin
perpaduan dan kesejahteraan rakyat
6 markah
2. Selepas merdeka, Persekutuan Tanah Melayu memperoleh
kedaulatan atau kuasa tertinggi. Kedaulatan ini membolehkan kita
membuat keputusan tentang hal yang berhubung dengan pentadbiran dan
politik negara.
a. Jelaskan prinsip kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu
10 markah
b. Pada pandangan anda, apakah langkah-langkah yang diambil oleh
kerajaan Ma-laysia untuk mengekalkan kedaulatan negara
10 markah
-
15
BAB SEPULUH: Pemasyhuran Kemerdekaan
Setiap negara berhak menguruskan sendiri negaranya, walaupun
sukar supaya setiap komuniti hidup dalam harmoni.
Bendera Persekutuan mula dikibarkan dengan rasminya di
ms A Stadium Merdeka
236 B Padang Bandar Hilir
C Padang Kelab Selangor
D Istana Sultan Selangor
1. Pernyataan berikut adalah
pengertian kemerdekaan oleh
seorang tokoh.
7 Gambar berikut adalah bendera
Jalur Gemilang yang menjadi
kebanggan bangsa dan negara
Malaysia.
4 Menurut Tun Temenggong Jugah anak Barieng, melalui
kemerdekaan, keselamatan negeri akan lebih terja-min dan menjadi
lebih kuat. Siapakah beliau
ms A Pemimpin Parti PESAKA 235 B Ketua Menteri Sabah
C Ketua Menteri Sarawak D Pemimpin Parti USNO
Siapakah tokoh tersebut? ms A Rashid Rida
234 B Nelson Mandela
C Mahatma Gandhi
D Sayyid Jamal al-Din al-Afghani
Tokoh X ialah
ms A Tunku Abdul Rahrnan 235 B Mahatma Gandhi
C Tun Fuad Stephens
D Tun Dr. Mahathir Mohamad Takrif kemerdekaan menurut Ka-
mus Dewan ialah bebas daripada I. kurungan
ms II. pencerobohan 234 III. penindasan
IV. naungan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV
3 Menurut Rashid Rida, kedaulatan sesebuah negara adalah dengan
rnenghidupkan sistem khalifah dan menghapuskan
ms A Penjajahan kuasa asing 234 B Penindasan rakyat
C Penindasan ekonomi
D ikatan perkauman
Kemerdekaan ibarat tempat
perhentian dalam perjalanan
yang jauh bagi mewujudkan
sebuah negara baharu yang
5 Petikan berikut adalah ucapan
seorang tokoh tentang ke-
merdekaan
Tokoh X
6 Siapakah yang memaklumkan ten-tang atur cara sambutan
ke-merdekaan terutama pada tarikh 31 Ogos 1957 kepada rakyat
menerusi Radio Malaya?
ms A Tunku Abdul Rahrnan 236 B Tun Saadon bin Jubir
C Dato' Abdul Razak Hussein
D Tun Dr Ismail Abdul Rahman
-
16
8 Lagu Negaraku dicipta sebagai lagu kebangsaan negara. Lagu ini
berasal daripada lagu Terang Bu-lan, iaitu lagu negeri
ms A Johor 236 B Perak C Kelantan
D Terengganu
14 Semasa pemasyhuran ke-merdekaan sebanyak 300 orang pemuda
membentuk perbarisan ke-hormat di tengah padang menghadap Jalan
Raja. Perbarisan ini diketuai oleh
ms A Dr. Ismail Abdul Rahman 238 B Tun Abdul Razak C Abdul Majid
Othman
D Ismail Bontak
16 Rantai emas dikalungkan oleh Sar-don Jubir ke leher Tunku
Abdul Rahman. Apakah yang terukir pada pingat yang dikalungkan ke
leher Tunku?
I. Peta Semenanjung Tanah Melayu
ms II. gambar Tunku Abdul Rahman 239 III. gambar Jata Negara
Malaysia
IV. gambar bendera Malaysia
A I dan II
B I dan IV
C II dan III D III dan IV
11 Berapakah jumlah bendera
Persekutuan Tanah Melayu ditem-
pah khas dari kilang kain di Jepun
untuk memeriahkan sambutan ke-
merdekaan? ms A 25 ribu 237 B 50 ribu C 75 ribu D 100 ribu
9 Siapakah pencipta lirik lagu Nega-raku yang menjadi lagu
kebang-saan negara kita?
ms A Mohamed Hamzah 236 B Yaacob Abdul Latif C Saiful Bahari
D Ali Ahmad
Stadium Merdeka direka bentuk oleh S. E. Jewkes mempunyai 22
ribu tem-pat duduk serta 3000 daripadanya tempat duduk
berbumbung,
10 Pernyataan berikut berkaitan pem-
binaan Stadium Merdeka
Tempoh masa untuk menyiapkan-nya ialah selama
ms A Lima bulan 236 B Enam bulan
C Lapan bulan
D Satu tahun
13 Bagi memastikan sambutan ke-merdekaan negara berjalan dengan
lancar, beberapa jawa-tankuasa diwujudkan. Jawatan-kuasa Perayaan
Ibu Kota Perseku-tuan dipengerusikan oleh
ms A Tunku Abdul Rahman Al-Haj 237 B Dato' Abdul Razak
Hussein
C Saadon bin Jubir
D H.S. Lee
12 Menteri dan pegawai tinggi kera-jaan disediakan pakaian khas
ilham Tunku Abdul Rahman iaitu "baju muskat". Pakaian ini berasal
dari
ms A Negeri Kedah 237 B Negeri Perak
C Negeri Selangor
D Negeri Sembilan
15 Tepat 12.00 tengah malam ben-dera Union Jack mula diturunkan
dengan diiringi lagu “God Save The Queen”. Bendera Union Jack
di-turunkan oleh
ms A Ali Ahmad 238 B Tahir Abdul Majid
C Mohamed Hamzah
D Saadon bin Jubir
-
17
17 Tokoh yang mewakili kerajaan British dalam upacara
menye-rahkan Surat Perlembagaan Se-rahan Kuasa kepadaTunku Abdul
Rahman ialah
ms A Quen Elizabeth 240 B Duke of Gloucester
C Duke of Wellington
D Sir Donald MacGillivray
19 Sejak merdeka, Malaysia telah mengamalkan sistem Demokrasi
Berparlimen. Pernyataan manak-ah yang berkaitan dengan sistem
tersebut?
ms
242
A Perlembagaan ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong
B Badan Kehakiman menggubal undang-undang
C Pentadbiran dikuasai monarki berkuasa mutlak
D Rakyat berhak bersuara dan memilih wakil
20 Pengamalan Sistem Raja Berper-lembagaan termaktub dalam
Perlembagaan Malaysia menetap-kan Yang di-Pertuan Agong
men-jadi
ms A Ketua negara 242 B Ketua Kerajaan C Mengetuai Dewan
Negara
D Mengetuai Dewan Rakyat
21 Buat kali pertama dalam sejarah Persekutuan Tanah Melayu
mempunyai seorang Menteri Luar. Jawatan ini disandang oleh
ms A Dato' Abdul Razak Hussein 242 B Muhammad Ghazali Shafie C
Dr. Ismail Abdul Rahman D Tunku Abdul Rahman
22 Apakah tujuan Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel?
ms 243
A Melambangkan kekuatan negara
B Mengukuhkan semangat perpaduan
C Merapatkan hubungan sosio-ekonomi
D Membantah campur tangan asing
25 Apakah yang terkandung dalam Rancangan Buku Merah
dilancar-kan pada 25 Januari 1961?
ms
244
A Mengandungi projek berkaitan dengan kemudahan asas
B Memantau pengurusan kewangan Negara
C Menetapkan sistem pentadbiran kerajaan
D Mengawal mutu perkhidmatan kerajaan
18 Pentas terapung berbentuk kerang dibina di Lake Garden. Kuala
l,unrpur bersempena dengan sam-butan kemerdekaan negara.
Antara artis yang membuat persembahan ialah
I. P. Ramlee ms II. Saloma 241 III. Sarimah
IV. Jins Shamsuddin A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan
IV
23 Negara kita diterima menjadi ahli PBB dalam persidangannya
pada 17 September 1957. Negara kita merupakan anggota PBB yang
ke
ms A Lapan puluh 243 B Lapan puluh satu
C Lapan puluh dua
D Lapan puluh tiga
24 Pada tahun 1960 Malaysia me-nyertai misi pengaman PBB yang
menunjukan pengiktirafan tertinggi PBB kepada negara kita.
Di manakah pasukan pengaman negara kita dihantar?
ms A Iran 243 B Congo
C Anggola
D Afrika Selatan
-
18
26 Apakah tujuan Rancangan Malaya Pertama diperkenalkan pada
ta-hun 1956-1960?
ms 244
I. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi
II. Membuka kawasan pertanian baru
III. Menyediakan kemudahan pinjaman
IV.
Mengurangkan kadar ke-miskinan
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV
30 Kerajaan mengeluarkan Penyata Rahman Talib bagi mengkaji
semula Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956. Apakah penekanan
Penyata tersebut?
ms 245
A Kenaikan darjah secara au-tomatik
B Penekanan kepada bahasa Melayu
C Sistem persekolahan sama D Kurikulum seragam
34 Rajah berikut berkaitan dengan
sistem pemerintahan dalam
Persekutuan Malaysia.
27 Apakah tujuan penubuhan Lem-baga Kemajuan Tanah Persekutu-an
(FELDA)?
ms A Memasarkan hasil pertanian 244 B Menggalakkan kegiatan
indus-
tri desa
C Meningkatkan pengeluaran tanaman makanan
D memajukan tanah baharu secara besar-besaran
28 Bank Kebangsaan Melayu merupa-kan bank pertama untuk orang
Melayu ditubuhkan di Klang Street, Kuala Lumpur. Tokoh yang
bertanggunjawab menubuhkan Bank tersebut ialah
ms A Maarof Zakaria 244 B Zakaria Ahmad
C Sa’adon Jubir
D Zainal Abidin Ahmad
29 Kementerian Pembangunan Luar Bandar diwujudkan pada 17
Novem-ber 1959. Apakah keutamaan kementerian ini bagi merancang dan
menyelaraskan projek pembangunan?
ms A penyediaan kemudahan asas 244 B penyediaan kemudahan
elektrik
C penyediaan kemudahan peru-mahan
D penyediaan kemudahan kesihatan
31 Penyata Rahman Talib yang menggantikan Penyata Pelajaran 1956
telah memberikan penekanan kepada isu
ms A Sekolah venakular 245 B Sekolah aliran Inggeris
C Bahasa pengantar di sekolah
D Pembinaan negara bangsa
32 Bagi memperkukuhkan kedudukan bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan
Pustaka telah ditubuhkan pada 22 Jun 1956. Di manakah Dewan Bahasa
dan Pustaka di tubuhkan?
ms A Kuala Lumpur 245 B Klang, Selangor
C Batu Pahat, Johor
D Johor Bahru, Johor
33 Antara usaha pihak kerajaan untuk membantu meningkatkan taraf
hidup, di samping merapatkan ju-rang antara penduduk luar bandar
dengan bandar ialah menyediakan
I. subsidi baja ms II. bantuan makanan 2 III. bekalan
elektrik
IV. bekalan air bersih A I dan II B I dan IV C II dan III D III
dan IV
-
19
Badan Perundangan
Badan Pelaksana Badan Kehakiman
Yang di-Pertuan Agong
39 Mengapakah jata negara penting kepada negara dan bangsa
Ma-laysia?
ms A Simbol perpaduan rakyat 247 B Merupakan identiti bangsa C
Mempertahan semangat ke-
negerian
D Melambangkan kemajuan ekonomi
35 Apakah yang membolehkan negara kita membuat keputusan tentang
hal yang berhubung dengan pen-tadbiran dan politik negara?
ms A lambang 246 B Kedaulatan
C Wilayah pengaruh
D Keunggulan undang-undang
Berdasarkan sistem tersebut, Kera-jaan merupakan institusi yang
ber-tanggungjawab untuk
ms I. Mengurus negara 246 II. Mentadbir negara
III. Memerintah negara IV. Mendaulatkan negara A I dan II B I
dan IV C II dan III D III dan IV
Kawasan yang mempunyai sem-padan untuk membentuk Perseku-tuan
Tanah Melayu merujuk
ms A jajahan takluk 246 B negeri bersekutu
C wilayah pengaruh
D wilayah naungan
36 Kerajaan merupakan institusi yang bertanggungjawab untuk
mengu-ruskan dan mentadbir negara. Kerajaan terbahagi kepada tiga
komponen utama, iaitu
I. Kementerian ms II. Menteri kabinet 246 III. Mahkamah
IV. Badan Perundangan A I dan II B I dan IV C II dan III D III
dan IV
37 Maklumat berikut adalah tentang
Persekutuan Tanah Melayu
Dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, pembentukan
Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada Perlis, Ked-ah, Perak.
Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Johor,
Kelan-tan dan Terengganu
38 Apakah yang menjadi asas kedau-latan negara kita yang merdeka
bagi memelihara hak setiap rakyat?
ms A Perlembagaan Persekutuan 246 B Rang Undang-undang
C Badan Perundangan
D Mahkamah
40 Apakah maksud bulan sabit pada
Jata Negara?
ms A Keberanian 247 B Perpaduan rakyat
C Islam agama rasmi
D Negeri-negeri Melayu