Topik 6: Isi-isu sukanIsi-isu sukan sudah timbul sejak dulu sampai sekarang, pihak tertentu
telah membuat segala pengawasan untuk mengelakkan isu-isu tersebut
menjadi semakin serius. Isu yang akan dibincang dalam topik ini ialah isu
wanita dan sukan, isu sukan dan media massa, isu politik dan sukan, isu
insentif dan athlit, isu perjudian dan sukan, dan isu cabaran sukan negara
membangun masa kini.
Negara kita terdapat ramai atlet wanita yang terkenal di negara kita
mahupun di dunia, seperti Mrs Vasugi Singh bekas jaguh taekwondo wanita
di Malaysia pada 80-an dan 90-an, Shalin Zulkifli pemain bowling terkenal di
Malaysia, Nicol Ann David pemain skuasy yang pernah menjadi skuasy
wanita pertama di dunia dan atlet wanita yang lain lagi. Walaubagaimanapun
jika berbanding dengan negara lain, negara kita bagi wanita masih kurang
berminat dalam sukan. Oleh itu, isu wanita dan sukan adalah salah satu isu
yang dihadapi oleh negara Malaysia.
Dalam internet terdapat beberapa isu yang berkaitan dengan isu sukan
dan wanita. Menurut my sukan yang berkaitan dengan isu gendar dalam
sukan iaitu negara India memperolehi sebanyak 54 pingat dalam Sukan Asia
Doha 2006 tetapi telah diarah untuk memulangkan sebutir pingat dan
menjadikan jumlah pungutan pingat oleh kontinjen India tinggal 53. Hal ini
disebabkan S.Santhi telah gagal dalam ujian mengenalpasti gendersemasa
sukan terbesar di rantau Asia itu. Kedua ialah menurut utusan online yang
bertajuk sukan wanita masih terpinggir, tajuk sukan tidak mendapat
penyertaan hangat dalam perbincangan meja bulat Wanita 2000 yang
berlangsung di Hotel Shangri La. Daripada 400 wanita yang menghadiri
persidangan dua hari itu di mana 12 tajuk diperdebatkan pada hari kedua,
perbincangan sukan hanya dihadiri Sembilan orang saja. Ketiga ialah Sukan
Olimpik Moden pertama pada tahun 1896 telah melarang kaum wanita untuk
meyertai sebarang acara sukan. Hal ini kerana dipercayai bahawa penggunan
tenaga fizikal yang keterlaluan akan merosakkan sistempembiakan kaum
wanita. Mitos dan kepercayaan ini telah menyebabkan kaum wanita telah
dilarang untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukan.
Kenapa perkara atau kejadian boleh berlaku seperti yang disenaraikan
di atas? Hal ini disebabkan terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
wanita kurang minat dalam sukan seperti persekitaran, sosiologi, psikologi,
dan fizikal. Bagi faktor persekitaran, ia merangkumi kurang penekanan ke
atas aktiviti pendidikan jasmani di sekolah-sekolah. Guru selalu ingin
menghabiskan sukatan yang diajar, beliau telah mengambil waktu Pendidikan
Jasmani untuk mengajar matapelajaran yang lain. Tambahan pula, latar
belakang keluarga yang kurang memberi penekanan terhadap sukan telah
menyebabkan anak mereka juga tidak berminat dalam sukan. Selain itu,
pengaruh teknologi seperti televisyen dan computer yang menghalang
mereka dari melakukan aktivti sukan, kerana mereka telah mengambil masa
untuk menonton rancangan TV dan bermain permainan internet. Cuaca yang
tidak sesuai seperti telalu panas atau hujan selalu juga menyebabkan wanita
tidak selesa semasa melakukan aktiviti sukan. Jika wanita tersebut telah
kahwin atau perlu tanggung kerja rumah, ia juga menjadikan wanita tiada
masa untuk bersukan.
Faktor yang kedua ialah faktor sosiologi. Masyarakat sekarang
kebanyakkan mengikut pandangan kawan, ini menjadi masalah jika kawan
mereka tidak berminat dalam sukan maka lama kelamaan dia juga tidak akan
berminat lagi. Di samping itu, kebanyakkan wanita sangat mementingkan
rupa sendiri, oleh itu mereka anggap membuat aktiviti sukan akan
mengakibatkan kulit mereka tidak cantik seperti menjadi hitam dan
berjerawat. Mereka juga kurang pengetahuan dan maklumat dalam sukan.
Wanita kurang berinisiatif untuk bertanya tentang tajuk sukan di dalam minda
mereka dan mengakibatkan meraka kurang berpengetahuan tentang teknik,
cara serta kaedah dalam melakukan aktiviti sukan. Masalah pakaian yang
ketat atau terlalu menjolot mata telah menyebabkan sesetengah wanita tidak
dapat menyertainya seperti pakaian berenang.
Faktor ketiga ialah psikologi, Wanita yang kurang yakin dalam aktiviti
sukan telah menyebabkan mereka tidak berminat dalam sukan. Contohnya
mereka takut untuk menyambut bola yang dibaling dari jarak jauh dan juga
dari aras tinggi. Lantaran itu, sikap negatif terhadap penyertaan wanita yang
wujud daripada “sex stereotyping”. Sikap negatif ini wujud kerana kekurangan
kesedaran atau kekurangan kepekaan dalam kalangan kaum wanita. Hal ini
demikian kerana berpunca daripada ketidaksamarataan dan
ketidaksaksamaan peluang. Ramai kaum wanita tidak digalakkan aktif
bersama-sama dengan kaum lelaki, tidak digalakkan aktif di dalam aktiviti
yang sama jenis dengan kaum lelaki dan kaum wanita juga tidak diberi
harapan atau tanggapan terhadap kompetensi mereka sama seperti kaum
lelaki dalam sukan. Selain itu, wanita yang menjauhi aktivti sukan juga
disebabkan oleh kekurangan self-esteem. Kekurangan self-esteem mereka
untuk aktif bersukan, kekurangan sistem yang menyokong penyertaan wanita,
kekurangan kebolehan kemahiran bersukan dan kekurangan peluang dan
pendedahan terhadap sukan.
Faktor terakhir ialah fizikal. Ketahanan merupakan sesuatu yang selalu
dianggap lelaki boleh tahan sakit daripada wanita. Memandangkan wanita
perlu menahan tahap kesakitan yang tinggi apabila melahirkan anak, maka
mereka dengan secara semulajadi berkemampuan menahan kesakitan. Ini
bermaksud mereka boleh melakukan beban kerja yang lebih tinggi tanpa
rungutan. Wanita juga berkecenderungan untuk menggunakan beban latihan
yang terlalu tinggi sehingga menyebabkan kecederaan. Semasa bersenam,
wanita tidak banyak mengeluarkan asid laktik. Asid inilah yang menyebabkan
kita berasa pedih pada otot-otot dan memaksa kita menghentikan senaman.
Tanpa pengeluaran asid laktik yang banyak, wanita boleh bersenam dalam
tempoh yang lebih panjang. Mereka lebih sesuai melibatkan diri dalam sukan
yang memerlukan daya tahan. Di samping itu, wanita juga tidak begitu
cenderung mengalami kekejangan otot. Bagi rangka tubuh pula, tangan lelaki
adalah lebih panjang daripada wanita, Tangana yang pendek akan
menghasilkan daya tuil yang kurang berkesan, sendi pada siku wanita yang
bersudut. Oleh itu lelaki boleh melontar dan membaling dengan lebih tepat
berbading dengan wanita kerana tangan lebih lurus. Pelvis wanita adalah
lebih lebar dan sudut sendinya dengan tulang kaki adalah lebih besar.
Putaran di bahagian punggung adalah lebih nyata pada tubuh wanita dan ini
bermaksud mekanik serta teknik berjalan, berlari dan bergerak secara am
adalah berlainan berbanding dengan kaum lelaki. Pada amnya, kekuatan
wanita adalah dua per tiga lebih rendah berbanding tahap kekuatan lelaki.
Punca perbezaan ini ialah hormon pertumbuhan testoteron yang lebih dalam
tubuh lelaki. Oleh itu, ramai atlet wanita yang ingin mencapai tahap kekuatan
yang lebih tinggi menggunakan steroid dan juga testoteron tiruan. Tetapi, ini
mungkin mengakibatkan penukaran bentuk tubuh mereka yang berkekalan
serta mempunyai beberapa kesan sampingan. Umpamanya, ada antara atlet
wanita yang mendapati suara mereka menjadi lebih kasar dan mula
berjanggut dan bermisai. Kesan sampingan ini boleh berlanjutan sehingga
dua tahun ataupun lebih selepas mereka berhenti mengambil steroid
berkenaan. Wanita yang hamil juga boleh berlatih, tetapi beban senaman
hendaklah dikurangkan. Suhu tubuh harus diawasi supaya anak dalam
kandungan tidak terdedah kepada suhu yang berlebihan akibat latihan yang
terlalu berat. Tidak terdapat bukti yang menunjukkan bahawa wanita yang
hamil tidak boleh bersukan, cuma mereka tidak digalakkan bersukan terlalu
aktif dalam tempoh bulan pertama hingga bulan keempat. Sukan yang
berbahaya seperti menunggang kuda dan mendaki gunung tidak digalakkan
sama sekali. Berjalan dan berjoging adalah senaman yang lebih selamat dan
bermanfaat untuk dipraktiskan.
Oleh itu, kita memerlukan langkah-langkah untuk mengatasi faktor-
faktor di atas. Antara langkah yang terdapat ialah berasa selesa dan
mempunyai motivasi untuk bersukan. Wanita perlu merasa selasa apabila
melakukan aktiviti sukan, oleh itu jurulatih perlu menggunakan teknik yang
bertul untuk mengajar mereka supaya mereka berminat dalam sukan. Pihak
media massa adalah medan utama yang berperanan menyebarkan maklumat
tentang kepentingan dan faedah aktiviti sukan serta keperluannya dalam
kehidupan seharian. Kepakaran juga memainkan peranan yang penting
dalam menyebarkan maklumat di dalam negara kita. Pakar motivasi sukan
contohnya boleh memberikan galakan dan dorongan di samping memberi
panduan mengatasi masalah psikologi di kalangan wanita untuk
melaksanakan aktiviti fizikal. Pakar-pakar agama juga boleh menggunakan
saluran media untuk menghapuskan salah faham tentang hukum dan
larangan agama terhadap wanita yang melakukan aktiviti fizikal. Malah pakar
kesihatan dan pakar kecantikan yang ada juga perlu menggunakan media
untuk menerangkan hubungan di antara aktivti sukan dengan kesihatan dan
kecantikan tubuh badan. Begitu juga dengan kesannya terhadap sifat
kewanitaan serta kesan cuaca terhadap kulit dan bahan pelindung kulit yang
sesuai semasa melakukan aktiviti sukan. Selain itu, pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi juga perlu memberikan
penekanan terhadap pelaksanaan kurikulum pendidikan jasmani di institute
pendidikan termasuk sekolah. Mata pelajaran pendidikan jasmani juga boleh
dijadikan sebagai mata pelajaran teras dan seterusnya dijadikan sebagai
peperiksaan secara teori dan amali di peringkat sekolah mahapun institute
pengajian tinggi. Tambahan pula, sesuatu sukan jikalau telah memenuhi
semua syarat tetapi tidak mempunyai kemudahan yang lengkap maka ia tidak
akan berjalan dengan lancar. Oleh itu, kemudahan adalah sokongan untuk
sesuatu aktiviti sukan, ia memainkan peranan yang sangat dalam aktiviti
sukan.
Media massa jugalah sesuatu yang membawa impak besar terhadap
sukan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, media massa dirujuk sebagai
pelbagai jenis alat komunikasi yang dapat menyampaikan maklumat kepada
orang ramai dengan cepat. Apa yang tidak dapat dinafikan, media massa
telahpun menjadi sesuatu yang rapat dengan kehidupan semua insan,
kehidupan harian kita dikelilingi oleh media massa yang berbeza. Peranannya
dari segi sukan adalah sangat luas. Diantaranya ialah: promosi dan publisiti,
hiburan, media pendedahan, mendorong perkembangan ekonomi negara dan
membantu perkembangan sukan.
Media massa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu media bercetak
dan media elektronik. Media bercetak ialah media yang digunakan adalah
bersifat dicetak dan disebarkan melalui jualan kepada publik, sebagai
contohnya apa yang kebiasaan dapat kita lihat ialah surat akhbar dan
majalah. Manakala media elektronik ialah media yang disebarkan secara luas
menerusi penggunaan peralatan elektronik seperti televisyen dan radio. Berita
atau maklumat tentang sukan akan disebar secara lebih cepat berbanding
dengan media bercetak ataupun secara langsung dengan bantuan media
elektonik. Media elektronik yang lebih umum ialah program siaran langsung
TV, berita TV dan radio, manakala ada juga yang menggunakan laman web
seperti blog atau FB untuk menyebarkan maklumat tentang berita atau
makluman sukan.
Peranan media massa dalam sukan yang terutama ialah promosi dan
publisiti, tiada apa lagi yang dapat menyebarkan sukan secara lebih
berkesan, luas dan cepat daripada media massa pada masa kini, maka
semua orang dapatlah mengenali sukan walaupun tidak berpendidikan.
Seperti mana yang dapat dilihatkan semasa Sukan Olimpik dijalankan,
banyak orang berkumpul di depan TV dan menonton perlawanan bersama-
sama. Media massa telahpun menerapkan pengetahuan tentang sukan
kepada publik secara luas.
Peranan yang kedua yang dapat dilihat ialah sebagai hiburan kepada
orang ramai, walaupun kebanyakan penonton atau peminat sukan tidak
melibatkan diri dalam sukan, tetapi mereka amat minat terhadap perlawanan
sukan yang dapat menjadikan satu rekreasi kepada mereka. Kebanyakan
orang menonton perlawanan sukan secara ramai adalah disebabkan suasana
yang dirasai dan kegembiraan yang dirasai dapat dikongsi bersama dengan
orang lain.
Seterusnya, media massa juga berfungsi sebagai pendedahan bersifat
ilmiah kepada pemain-pemain sukan. Menerusi fungsi media massa, pemain
dapat memerhatikan teknik atau kemahiran yang ingin dipelajari. Banyak
pemain sukan belajar menerusi pemerhatian terhadap pemain sukan yang
digemari, tetapi masalahnya ialah pemain tersebut tidak ada peluang untuk
berjumpa dengan idolnya dan kemungkinan besar juga pemain profesional
yang diminati tidak ada masa untuk mengajar peminatnya. Jadi, pemain
merujuk kepada video yang dirakam untuk menonton dan belajar cara dan
teknik untuk melakukan sesuatu kemahiran tanpa bantuan orang lain. Media
massa dapat dikatakan sebagai jurulatih kepada pemain-pemain sukan.
Media massa adalah sesuatu yang membawa keuntungan besar
kepada negara, perkembangan ekonomi telahpun meningkat kerana media
massa menyebarkan sukan secara luas. Sebagai contohnya, iklan yang akan
disiarkan menerusi program tv ataupun dipaparkan di dalam surat akhbar
telah membawa keuntungan yang besar kepada pihak yang berkaitan.
Selain itu, bagi atlek atau pasukan sukan dan negara yang berkaitan,
media massa membantu atlek atau pasukan tersebut mendapatkan tajaan
dan sumbangan. Sebagai contohnya, Datuk Lee Chong Wei mendapatkan
tajaan daripada Maybank dan syarikat YONEX dengan syarat beliau akan
memakai produk ataupun menggunakan produk yang dapat menyebarkan
tentang syarikat-syarikat tersebut dalam perlawanan ataupun bekerjasama
dengan syarikat tersebut dalam sesuatu iklan.
Walaupun media massa membawa banyak manfaat kepada sukan,
tetapi wujud juga keburukan ataupun isu negatif dalam sukan. Antaranya
ialah sebaran maklumat yang palsu dan makluman tersebut mempunyai
unsur-unsur negatif yang boleh menjatuhkan nama atlek lain. Sebagai
contohnya surat akhbar memberikan maklumat salah yang berpandangan
negatif terhadap seseorang atlek, publik yang tidak memahami situasi
sebenar juga akan mempercayai maklumat tersebut dan berpandang negatif
terhadat atlek itu. Keadaan akan menjadi teruk disebabkan maklumat yang
disebarkan menerusi media adalah secara terus dan tidak dapat ditarik balik
dengan cepat.
Selain daripada media massa berkait dengan sukan, politik juga terlibat
dalam sukan dan ini telah menjadikan sesuatu isu yang dibincang ramai.
Berikut merupakan antara beberapa isu yang timbul berkaitan dengan kuasa
politik di sukan Olimpik:
• 1908: Pasukan Amerika Syarikat enggan menundukkan bendera
negaranya di hadapan Raja Edward V11 dari England
• 1952: Jerman Timur enggan menyertai sukan Olimpik kerana tidak
diberikan hak sebagai sebuah negara/tidak diterima sebagai sebuah
negara baru.
• 1976: Beberapa buah negara telah menarik diri daripada Sukan Olimpik
atas sebab pengeluaran Taiwan.
Banyak ahli politik yang melibatkan diri dalam sukan, sebagai
contohnya presiden Barack Obama yang dikenali ramai. Sebelum beliau
menjadi president Amerika, beliau telahpun digelar sebagai presiden sukan
disebabkan penglibatan beliau yang aktif dalam sukan. Banyak ahli politik
melibatkan diri dalam sukan disebabkan sukan merupakan sesuatu yang
membolehkan mereka dikenali oleh ramai orang dengan bantuan media
massa. Dengannya sukan, mereka pun telahpun dipromosikan dan
dipublisitikan kepada publik secara cepat dan luas. Ini akan memanfaatkan
mereka dalam pilihan rakyat dan meningkatkan peluang mereka menjadi
presiden atau ahli jawatan kuasa dalam negara.
Kesan positif yang dapat lihat yang didorong oleh politik dalam sukan
adalah banyak dan diantaranya ialah atlek atau badan sukan mendapat
banyak bantuan terutamanya dari segi kewangan daripada ahli politik.
Pertama sekali, infrastruktur serta kemudahan yang lengkap akan disediakan
kepada atlek sukan atau pasukan yang berkaitan. Kebanyakan atlek minat
dalam sukan tetapi pasukannya tidak mempunyai keupayaan dari segi
kewangan untuk mendapatkan alatan yang canggih untuk mendorongkan
latihan. Ahli politik akan menyumbangkan wang dan membolehkan pasukan
tersebut mempunyai infrastruktur yang diperlukan untuk latihan dan juga
tempat latihan yang tersendiri supaya latihan dapat dijalankan sepanjang
masa.
Selain itu, perkhidmatan asas juga disediakan dan ditajakan. Untuk
menjadikan sesuatu pasukan menjadi popular dan dikenali orang ramai,
pasukan tersebut perlu sentiasa melibatkan diri dalam perlawanan umum.
Kos untuk menyertai perlawanan dan pengangkutan akan menjadi satu beban
kepada atlek-atlek yang berasal daripada kawasan luar bandar, ahli politiklah
yang menyelesaikan masalah mereka pada masa itu.
Untuk mendapatkan kemenangan dalam perlawanan, pastinya ada
perlunya untuk atlek-atlek mendapatkan latihan yang bertaraf tinggi dan
berprofesional. Ahli politik akan menanggung kos yang membolehkan atlek-
atlek mendapatkan latihan secara berprofesional dan mendapatkan latihan
daripada jurulatih yang berkebolehan. Jadi, dapat kita lihatkan betapa
rapatnya hubungan sukan dengan politik.
Kesan negatif juga timbul disebabkan penglibatan ahli politik dalam
sukan. Ini disebabkan ahli politik tersebut kemungkinan besar tidak berminat
dalam sukan tetapi menggunakan sukan sebagai salah satu cara atau saluran
untuk mempopularkan nama sendiri. Selain itu, ini akan menjadikan ahli
politik perlu membuatkan pilihan antara sukan dan politik, tidak kira yang
dipilih akan mendatangkan kesan negatif kepada persatuan atau pentadbiran
negeri dan negara.
Ahli politik yang sentiasa mengutamakan memberi ganjaran akan
menyebabkan atlek mengutamakan ganjaran dan bukan lagi menjadikan
sukan sebagai hobi ataupun minat sendiri tetapi sesuatu saluran untuk
mendapatkan wang dengan menggunakan bakat atau kebolehan sendiri
dalam sukan. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan kemerosotan
prestasi atlet dalam sukan kerana mereka tidak akan lagi bersungguh-
sungguh untuk berlatih dan berminat untuk meningkatkan kebolehan diri
dalam sukan tersebut.
Satu lagi isu yang umum ialah pemilihan penyertaan atlet dalam
perlawanan sukan. Disebabkan had bilangan penyertaan atlek dalam sesuatu
perlawanan, pemilihan adalah diperlukan. Pemilihan atlek sepatutnya dipilih
berdasarkan bakat dan kebolehan seseorang, tetapi disebabkan ahli politik
melibatkan diri dan campur tangan dalam pemilihan tersebut, kemungkinan
atlek yang dipilih tidak berkebolehan dan tidak mempunyai kelayakan untuk
menyertai perlawanan. Sesiapa atlek yang lebih rapat dengan ahli politik
itulah yang akan dipilih untuk menyertai perlawanan, ini menyebabkan
kekalahan berlaku dan juga kehilangan minat atlek terhadap sukan kerana
rasa kecewa terhadap pemilihan tersebut walaupun mempunyai bakat dan
kemahiran yang lebih bagus.
Seterusnya, isu yang berkait dengan sukan ialah insentif dan atlet.
Menurut Kamus Perdana (2003), “insentif” bermaksud galakan, pendorong,
perangsang. Manakala “atlet” bermaksud ahli sukan atau olahragawan.
Insentif merupakan penghargaan kepada atlet yang telah menunjukkan
kecemerlangan dalam sesuatu kejohanan. Selain itu, pemberian insentif
adalah sebagai dorongan kepada atlet untuk mencapai kejayaan dalam
sesuatu pertandingan. Atlet yang dihargai akan terus berusaha
mempertingkatkan kecemerlangan dengan memenangi kejohanan yang lain.
Insentif dibahagi kepada dua jenis, iaitu insentif intrinsik dan insentif
ekstrinsik. Insentif intrinsik merupakan keinginan untuk mencapai kejayaan
yang dilahirkan daripada diri sendiri. Contohnya, minat terhadap sesuatu
sukan dan semangat patriotisme. Seseorang yang berminat dalam sesuatu
sukan pasti akan menumpukan masa dan tenaga untuk berlatih supaya
mempertingkatkan kemahirannya. Segala ini dilakukan secara rela hati tanpa
sebarang paksaan. Semangat patriotisme adalah perasaan cintakan negara
atau keinginan untuk mengharumkan nama keluarga dan negara. Slogan
“Malaysia Boleh” selalunya digunakan untuk merangsang semangat atlet
untuk memenangi kejohanan sukan di peringkat antarabangsa.
Insentif ekstrinsik pula berlawanan dengan insentif intrinsik. Ia
merupakan penghargaan yang diberikan kepada seseorang atlet dalam
bendu kebendaan. Contohnya, wang, cenderamata, pingat atau trofi, sijil
penyertaan dan biasiswa. Kadang-kala, pemberian tanah atau rumah juga
akan diadakan. Pasukan badminton negara yang telah menjuarai Piala
Thomas pada tahun 1992 telah dikurniakan sebidang tanah untuk setiap
orang.
Insentif dapat menggalakkan murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti
sukan dan kokurikulum. Kedua, meningkatkan semangat atlet untuk berlatih
bersungguh-sungguh supaya menghadapi pertandingan. Ketiga, mendorong
atlet untuk berjaya dalam pertandingan yang akan datang dan akhirnya
meningkatkan kepuasan atlet kerana berasa sumbangan mereka dihargai
oleh sekolah, masyarakat dan negara.
Selain daripada kesan positif, terdapat juga kesan negatif. Sesetengah
atlet hanya mempersoalkan nilai wang atau ganjaran yang diberikan. Mereka
hanya akan menyertai pertandingan untuk mendapatkan ganjaran yang
menarik sahaja dan bukannya untuk kepuasan diri atau keinginan untuk
mengharumkan nama negara. Ini telah kehilangan semangat kesukanan.
Seterusnya, kita melihat jenis-jenis skim insentif yang ada.
Pertamanya, Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM). SHAKAM
diberikan kepada atlet-atlet yang memenangi kejohanan peringkat dunia atau
Asia. Jadual di bawah merupakan ganjaran yang akan diperoleh oleh
seseorang atlet berdasarkan bilangan ahli, jenis sukan dan juga prestasinya.
Jadual 1: Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM)
Kedua, Skim Hadiah Kemenangan Atlet Remaja (SHAKAR). SHAKAR
diberikan kepada atlet-atlet remaja yang memenangi kejohanan peringkat
dunia atau Asia. Ketiga, Skim Galakkan Jurulatih Kebangasaan (SGAR).
Intensif ini diberikan kepada jurulatih sukan berkenaan. Ganjarannya ialah
20% daripada jumlah hadiah SHAKAM. Terakhir ialah Skim Kecemerlangan
Pengurusan Pasukan (SIKAP). Intensif ini diberikan kepada persatuan sukan
berkenaan. Ganjarannya ialah 10% daripada jumlah hadiah SHAKAM. Jadual
di bawah merupakan pembahagian untuk ketiga-tiga skim intensif ini.
Jadual 2: Pembahagian untuk SHAKAR, SGAR dan SIKAP
Perjudian dalam sukan juga merupakan satu isu yang penting dalan
sukan. Menurut kamus dewan edisi ke-3 (1997), perjudian bermaksud
permainan dengan memakai wang dan lain-lain sebagai taruhan. Manakala
menurut buku teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 6 (2007),
perjudian ialah perihal berjudi iaitu permainan dengan menggunakan wang
atau barang-barang berharga sebagai taruhani taruhan. Secara
keseluruhannya, judi ialah permainan yang melibatkan pertaruhan wang atau
harta. Dalam perjudian, pihak yang kalah perlu membayar sejumlah nilai
kepada pihak yang menang.
Terdapat tiga faktor menyebabkan isi perjudian ini berlaku. Yang
pertama, faktor kewangan. Banyak orang ingin memenangkan taruhan yang
banyak dengan modal yang kurang. Hal ini kerana kadar bayar bagi sesuatu
pertaruhan adalah amat tinggi. Taruhan yang dimenang mungkin berkali
ganda dengan modal yang taruh dan juga mungkin 10 kali ganda atau banyak
lagi. Oleh itu, terdapat banyak orang ingin mendapatkan duit yang banyak
dalam masa yang singkat lalu melibatkan diri dalam perjudian dalam sukan.
Yang kedua, faktor hiburan. Sesetengah orang akan menganggap perjudian
ini dapat mengurangkan tekanan. Kemenangan dalam perjudian dapat
membawa kepuasan yang amat besar kepada pihak menang. Oleh itu,
mereka yakin bahawa kepuasan ini dapat menghilangkan tekanan.
Seterusnya ialah pegaruh bookie. Bookie merupakan individu atau organisasi
yang menjadi dalang dalam menguruskan perjudian dalam sukan. Mereka
merupakan individu yang akan menerima taruhan dari orang ramai. Bookie
amat mudah didapati terutamanya ketika musim perlawanan bola sepak dan
ini telah menyebabkan isu perjudian dalam sukan semakin serius di
masyarakat kini.
Perjudian dalam sukan ini boleh dibahagikan dua jenis iaitu perjudian
yang akan menentu dan mengawal perlawanan serta bertaruh keputusan
pertandingan. Dalam perjudian yang menentu dan mengawal perlawanan,
keputusan bagi sesuatu perlawanan adalah telah ditentukan sebelum
perlawanan ini bermula. Sogokan akan diberi kepada atlet atau pengwai
perlawanan untuk mengatur keputusan perlawanan.dengan itu, kes rasuah
akan berlaku dalam sukan. Manakala bagi pertaruhan keputusan
pertandingan pula adalah perjudian yang biasa kami dengar. Kaki judi akan
bertaruh tentang keputusan pertandingan. Sebagai contoh, dalam satu
perlawanan bola sepak, perkara yang ditaruh ialah jumlah jaringan yang
dibuat oleh atlet.
Isu perjudian dalam sukan ini telah membawa banyak kesan yang
buruk. Antaranya ialah imej sukan negara akan tercemar. Sekiranya isu
perjudian ini tersebar melalui media massa, imej sukan Negara tersebut
tentunya akan tercemar. Orang ramai tidak akan yakin terhadap sukan
Negara tersebut dan meraka akan menganggap sukan itu kotor dan hilang
makna untuk mengadakan perlawanan dalam bidang sukan lagi.
Selain itu, mutu sukan juga akan merosot jika perjudian telah campur
tangan dalam bidang sukan. Hal ini kerana terdapat individu yang ingin
mengawal keputusan sesuatu perlawanan supaya mendapat manfaat. Oleh
itu, sogokan akan diberi kepada atlet supaya tidak mempamerkan prestasi
sebenar. Sekiranya sikap ini berterusan, prestasi atlet tersebut akan menurun
dan akan menjejaskan mutu sukan Negara.
Di samping tu, kepercayaan peminat juga akan terjejas. Peminat dan
penonton akan berasa tertipu dengan setiap keputusan perlawanan. Mereka
akan berasa kecewa dan tidak akan menyokong atlet yang terlibat dalam
perjudian dalam sukan dan rasuah. Selain itu, hubungan dalam pasukan juga
akan terjejas. Atlet yang terlibat dalam perjudian dan rasuah akan disisih olrh
rakan pasukanya.mereka akan berasa kecewa dan menyebabkan semangat
pasukan terjejas. Secara langsungnya, hubungan baik antara ahli pasukan
tidak akan wujud dan prestasi pasukan jugakan merosot.
Untuk mengatasi masalah ini, kami semua perlu memainkan peranan
masing-masing. Secara individu, kami tidak boleh melibatkan diri dalam
perjudian supaya dapat menjadi teladan kepada orang lain. Selain itu, kami
juga perlu menjauhi orang yang suka berjudi dan sentiasa mengingatkan diri
tentang kesan buruk perjudian. Bagi keluarga pula, ibu bapa telah memainkan
peranan yang penting kerana ibu bapa merupakan teladan anak. Oleh itu, ibu
bapa perlu mengelakkan diri terlibat dalam perjudian. Di samping itu, ibu bapa
juga perlu prihatin terhadap anak. Ibu bapa perlu sentiasa ambil berat tentang
aktiviti masa lapang anak supaya mereka tidak melibatkan diri dalam
perjudian. Ibu bapa juga perlu mendidik anak mereka tentang kesan buruk
perjudian.
Masyarakat perlu memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak
berkuasa terutamanya polis untuk mebanteras jenayah ini. Sekiranya
mendapati berlakunya perjudian, kami perlu memberi maklumat kepada pihak
polis. Kerajaan jupa perlu memainkan peranan mereka dengan
menguatkuasakan undang-undang untuk menghukum individu yang terliba
dalam perjudian dalam sukan. Selain itu, kerajaan juga perlu
memperkenalkan sukatan pelajaran yang mengandungi kesan negetif
perjudian dalam sukan. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran Pendidikan
Jasmai, kementerian pendidikan boleh memasukkan isu perjudian dalam
buku teks untuk mengingatkan murid tentang kesan buruk perjudian dalam
sukan. Ceramah dan kempen kesedaran juga perlu diadakan kepada orang
ramai.
Seterusnya, terdapat banyak cabaran sukan membangun masa kini.
Antaranya ialah kekurangan atlet yang cemerlang kesan daripada kurang
galakan daripada ibu bapa. Pada pemikiran ibu bapa, kecemerlangan dalam
bidang akademik adalah lebih penting banding dalm bidang sukan. Hal ini
kerana masa depan anak akan lebih terjamin jika mereka cemerlang dalam
bidang akademik. Oleh itu, ibu bapa lebih suka anak mereka menggunakan
masa lapang untuk mengulang kaji. Mereka tidak menggalakkan anak mereka
melibat diri dalam bidang sukan. Secara tidak langsungnya, bakat anak dalam
sukan tidak dapat dicungkil dan dikembang lalu menyebabkan Negara kita
kekurang atlet yang cemerlang.
Cabaran sukan kedua bagi masa kini ialah amalan rasuah berleluasa
dalam sukan. Hal ini telah menyebabkan peminat dan ahli sukan menjauhi
sukan kerana mereka menganggap sukan ini adalah kotor dan sukan telah
hilang makna asalnya. Hal ini juga menyebabkan sukan negara tidak dapat
dibangun dengan pesat. Selain itu, kemudahan sukan tidak mencukupi.
Negara kia masih kekurangan gimnasium dan kompleks sukan yang bertaraf
dunia. Hal ini telah menjadi satu halangan dan masalah untuk melatih atlet
yang berkualiti. Selain itu, negara kita juga kekurangan jurulatih yang
berkaliber, pakar-pakar yang dapat membantu meningkat prestasi atlet
seperti pakar pemakanan, ahli fisioterapi dan pakar psikologi.
Cabarab seterusnya ialah ciri – ciri fizikal atlet tempatan. Atlet negara
kita biasanya bersaiz kecil dan ini tidak dapat berbanding dengan atlet negara
lain terutamanya negara barat. Hal ini kerana atlet negara barat biasanya
badan tegap dan jika ada perlawanan seperti ragbi, bola keranjang dan
sebagainya tentunya negara kita akan lebih rugi. Namun begitu, masih
terdapat atlet yang cemerlang tetapi badannya bersaiz kecil.
Selain itu, faktor ekonomi juga telah menjadi satu cabaran untuk
membangun sukan masa kini. Hal ini kerana negara kita merupakan negara
sedang membangun. Oleh itu, negara kita kekurangan sumber untuk
menghantar atlet berlatih di luar negara. Di samping itu, mungkin prestasi
atlet negara kita tidak begitu baik dan ini telah menyebabkan tidak banyak
syarikat sanggup menaja persatuan dan atlet negara kita. Hal ini telah
menjadi satu halang untuk membangun sukan negara.
Kesimpulannya, negara kita masih perlu berusaha banyak lagi dalam
pembangunan sukan negara. Kami sebagai bakal guru Pendidikan Jasmani
perlu peka terhadap isu-isu sukan dan memberi sumbangan unutk
membangun dan mengembang sukan negara.