Top Banner
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 54 Tajuk 3 ISU-ISU DALAM SUKAN Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi perbincangan mengenai isu-isu dalam sukan yang merangkumi isu wanita dan sukan, sukan dan media massa, politik dan sukan, insentif dan atlit, perjudian dalam sukan serta cabaran sukan negara membangun masa kini. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Menjelas isu-isu dalam sukan 2. Menghuraikan tentang wanita dan sukan 3. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang dapat dijadikan sebagai contoh 4. Bertanggungjawab terhadap sukan dan media massa Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Isu-Isu Dalam Sukan Politik dan sukan Insentif dan atlit Wanita dan sukan Sukan dan media massa Perjudian dan sukan Cabaran sukan negara membangun masa kini
22

223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan

Jul 19, 2015

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: 223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

54

Tajuk 3 ISU-ISU DALAM SUKAN

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi perbincangan mengenai isu-isu dalam

sukan yang merangkumi isu wanita dan sukan, sukan dan media massa, politik

dan sukan, insentif dan atlit, perjudian dalam sukan serta cabaran sukan negara

membangun masa kini. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan

senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

1. Menjelas isu-isu dalam sukan

2. Menghuraikan tentang wanita dan sukan

3. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang dapat dijadikan

sebagai contoh

4. Bertanggungjawab terhadap sukan dan media massa

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Isu-Isu Dalam Sukan

Politik dan sukan

Insentif dan atlit

Wanita dan sukan

Sukan dan media massa

Perjudian dan

sukan

Cabaran sukan negara membangun

masa kini

Page 2: 223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

55

KANDUNGAN

3.0 Isu-isu dalam sukan

3.1 Wanita dan sukan

Penglibatan wanita dalam sukan amat berbeza antara satu kaum dengan kaum

yang lain begitu juga antara wanita sebuah negara dengan negara lain. Tetapi

dalam kontek sukan dunia, ternyata bahawa penglibatan kaum wanita kini amat

ketara. Wanita kini telah dapat meloloskan diri mereka daripada ikatan atau

kekangan budaya atau adat resam, sosial, politik dan agama. Kini atlet wanita

telah menyumbang pelbagai kejayaan dalam sukan sama seperti atlet lelaki.

Wanita hari ini memainkan peranan penting dalam kegiatan sukan. Mereka telah

mengembeling tenaga di semua peringkat sukan. Mereka juga bergiat aktif

dalam bidang kejurulatihan sukan, pembangunan atlet muda, pengurusan sukan

dan sebagainya. Di samping itu kaum wanita juga menjalankan pelbagai

kegiatan dan menyediakan kemudahan dan peralatan sukan malahan telah

dapat menjadi pengurus dan pemimpin dalam pentadbiran sukan.

3.1.1 Mitos wanita dalam sukan

Sukan Olimpik Moden pertama pada tahun 1896 telah melarang kaum wanita

untuk menyertai sebarang acara sukan. Hal ini kerana dipercayai bahawa

penggunaan tenaga fizikal yang keterlaluan akan merosakkan sistem

pembiakan kaum wanita. Mitos dan kepercayaan ini telah menyebabkan kaum

wanita telah dilarang untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukan. Justeru, mitos

dan kepercayaan ini telah menyebabkan kaum wanita dilarang menyertai sukan

tanpa kajian saintifik akan kesan latihan sukan ke atas sistem pembiakan

wanita.

Page 3: 223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

56

3.1.2 Kedudukan wanita dalam masyarakat

Pandangan umum terhadap kedudukan wanita dalam masyarakat yang diwarisi

sejak dahulu masih berada ditahap yang rendah iaitu melihat wanita sebagai

anggota sokongan yang seharusnya menjalakan tugas-tugas membantu

kepada golongan lelaki. Maka dari segi penyertaan wanita dalam sukan dan

mungkin juga pandangan umum ini turut meletakkan kaum wanita agak

ketinggalan daripada kaum lelaki dalam sukan terutamanya sukan yang

memerlukan tindakan yang agresif, mengerah tenaga yang ada hubungan

dengan kekuatan fizikal dan sebagainya.

Hal ini mungkin ada hubungan dengan fungsi utama wanita yang dianggap

sebagai agen untuk reproduktif dengan segala implikasinya. Sungguhpun

pandangan ini telah lapuk, namun hal ini masih berpengaruh dalam konteks

negara membangun terutamanya di sebelah timur. Bagaimanapun, dari satu

sudut, budaya timur melihat ada jenis-jenis sukan yang tidak sesuai disertai

oleh kaum wanita. Kita tidak boleh memandang ringan terhadap tanggapan ini

kerana dari segi realitinya hal ini merupakan pandangan yang disokong oleh

kenyataan yang wujud dalam jenis-jenis sukan tertentu.

3.1.3 Faktor yang menyebabkan wanita menjauhi sukan

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kurangnya penglibatan kaum

wanita dalam sukan. Antaranya sikap negatif terhadap penyertaan wanita yang

wujud daripada “sex stereotyping”. Sikap negatif ini wujud kerana kekurangan

kesedaran atau kekurangan kepekaan dalam kalangan kaum wanita. Hal ini

demikian kerana berpunca daripada ketidaksamarataan dan ketidaksaksamaan

peluang. Oleh itu, untuk menggalakkan kaum wanita terlibat aktif dalam sukan

maka faktor ketidaksaksamaan perlu diatasi.

Faktor seterusnya ialah wanita kekurangan kepekaan kerana sikap “sex

stereotyping:, maka ramai kaum wanita tidak digalakkan aktif bersama-sama

kaum lelaki, tidak digalakkan aktif di dalam aktiviti yang sama jenis dengan

kaum lelaki dan kaum wanita juga tidak diberi harapan atau tanggapan

Page 4: 223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

57

terhadap kompetensi mereka sama seperti kaum lelaki dalam sukan. Faktor

seterusnya yang menyebabkan kaum wanita menjauhi aktiviti sukan kerana

kekurangan self-esteem mereka untuk aktif bersukan, kekurangan sistem yang

menyokong penyertaan wanita, kekurangan kebolehan kemahiran bersukan

dan kekurangan peluang dan pendedahan terhadap sukan.

Hakikatnya terdapat pelbagai halangan dan perbalahan terhadap wanita untuk

bergiat cergas dalam sukan. Perbalahan atau halangan ke atas wanita

bersukan menyentuh beberapa aspek kewanitaan atau feminine dan fitrah

kejadian wanita seperti :-

I. Wanita tidak sepatutnya terlibat dalam sukan kerana ianya tidak feminine

II. Secara psikologi, wanita tidak boleh diharapkan untuk meluangkan masa

dan wang ringgit bagi tujuan perkembangan aktiviti sukan.

III. Wanita tidak cukup kuat untuk menjadi cemerlang dalam sukan, oleh itu

mereka tidak perlu dilibatkan dalam sukan.

IV. Wanita tidak perlu digalakkan menceburi sukan kerana mereka mungkin

menghadapi peluang yang tipis untuk mengandung secara normal.

Oleh kerana larangan dan perbalahan ini maka wanita enggan terlibat secara

aktif dalam sukan secara total kerana banyak lagi tanggapan yang negatif

dibuat terhadap wanita jika mereka bergiat cergas dalam sukan contohnya jika

wanita terlalu aktif bersukan maka mereka akan mirip seperti lelaki iaitu otot

mereka menjadi sasa atau tegap (masculine). Tanggapan sebegini ini yang

menyebabkan timbulnya pelbagai konflik terhadap wanita untuk menceburi

dengan aktif dalam sukan.

3.1.4 Konflik fizikal

Gendal (1967) dalam perdebatan mengenai wanita dan latihan fizikal, sukan

dan penyertaan dalam sukan Olimpik menyatakan bahawa telah terbukti tiada

keburukan atau kemudaratan dari segi fizikal yang akan dialami oleh atlet

wanita. Sebaliknya manfaat yang diperoleh wanita ialah lebih banyak kebaikan

apabila terlibat dalam sukan.

Page 5: 223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

58

Robinson (1973) pula menyatakan bahawa tidak perlu membuat tanggapan

bahawa jika wanita terlibat dalam acara fizikal, mereka akan nampak seperti

lelaki dan tidak feminine. Aktiviti fizikal bukan satu ancaman kepada kewanitaan

atau feminine tetapi harus menjadi sebahagian proses perkembangannya.

3.1.5 Konflik psikologi

Disebabkan banyak tanggapan negatif ke atas wanita yang bersukan maka

timbullah konflik psikologi ke atas wanita. Walau bagaimanapun Snyder dan

Kivlin (1975) telah membuktikan bahawa ahli gimnastik mempunyai

kesejahteraan psikologi yang baik. Kane dan Callaghan (1965) dalam kajiannya

menyatakan bahawa personaliti pemain ternama tenis wanita mempunyai tahap

yang baik dalam kestabilan emosi, kekuatan ego dan mempunyai tahap

kekecewaan yang rendah. Seterusnya tiada terbukti berlakunya kehilangan

“feminine traits”.

3.1.6 Konflik Fisiologikal

Pengetahuan berkaitan fisiologi wanita bersukan telah benyak dibuat kajian.

Namun terdapat prejudis dan pemikiran yang tidak sainstifik terhadap wanita

yang bersukan. Kerap kali dikatakan sukan untuk “tomboys” dan mereka yang

terlibat dalam sukan secara aktif akan menanggung risiko terhadap kewanitaan

mereka. Bersukan boleh memberi kesan buruk ke atas sistem reproduktif

wanita dan mengubah penampilan wanita menjadikan susuk tubuh badan

mereka lebih masculine. Kerap dikatakan wanita akan menghadapi kesukaran

untuk mengandung secara normal jika terlalu aktif bersukan.

Robinson (1973) dalam kajiannya telah menyangkal tohmahan ini. Wanita tidak

sepatutnya ditakut-takutkan dengan tanggapan yang aktiviti fizikal akan

menjadikan mereka masculine. Aktiviti fizikal bukan satu ancaman terhadap

kewanitaan mereka tetapi merupakan sebahagian daripada pertumbuhan

mereka.

Page 6: 223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

59

3.2 Sukan dan media massa

Media massa merupakan salah satu medium yang berperanan sebagai alat

penyebaran maklumat yang berkesan dan menyemarakkan dunia sukan

Kejohanan atau pertandingan sukan menuntut penganjur dan organisasi sukan

terlibat membangunkan produk, acara dan menentukan harga untuk

menyaksikan sesuatu kejohanan. Usaha ini bertujuan untuk menarik minat dan

menyampaikan kepada penonton sukan. Kejayaan sesuatu kejohanan sukan

juga sangat bergantung kepada aktiviti publisiti, promosi, penajaan dan juga

penyiarannya. Dalam hal ini, media massa memainkan peranan yang sangat

penting terhadap sukan.

Media massa memberi pelbagai perkhidmatan yang penting kepada sukan.

Antaranya ialah media massa merupakan sumber pendapatan kepada sukan

iaitu melalui pembelian hak penyiaran program sukan. Media massa juga

berperanan memberi kesempatan kepada masyarakat dunia untuk

menyaksikan program sukan. Imej sukan terhadap masyarakat dunia

dipersembahkan oleh media massa.

Dengan kemajuan teknologi, kini komunikasi sukan dengan pelanggannya iaitu

peminat dan penonton sukan lebih canggih diguna pakai. Peralatan elektronik

moden ini telah membuatkan badan sukan memperoleh penampilan awam

yang baik melalui peranan media massa yang menyiar, mempromosi aktiviti

sukan diseluruh dunia.

Kerana pendedahan yang kurang professional dan mirip kepada sensasi oleh

media massa, khasnya televisyen, para atlet mudah dieksploitasi oleh

kemasyhuran, glamour, sanjungan dan kekayaan. Peranan media massa,

khasnya televisyen adalah penting untuk memberikan galakan kepada para

atlet atau ahli sukan dan untuk menjana penajaan dan pengiklanan. Malangnya

liputan yang terlalu mengutamakan aspek-aspek sensasi seperti kisah peribadi,

gaya hidup dan pendapatan ahli sukan kerap menimbulkan kesan negatif.

Page 7: 223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

60

3.2.1 Fungsi media massa

Media massa mempunyai fungsinya tersendiri biar apa pun penafsiran yang

diberikan terhadap media. Lazimnya setiap media ini mempunyai sasaran

khalayaknya yang tersendiri dan oleh itu fungsi yang dimainkan oleh media

massa agak berbeza malah kadang kala ada yang melihatnya dari perpektif

yang negatif. Umumnya para sarjana komunikasi bersetuju bahawa media

massa mempunyai empat peranan utama iaitu pemerhati, penafsir,

penghubung dan penghibur

i. Fungsi pemerhati

Peranan media massa sebagai “pemerhati” boleh ditafsirkan sebagai media

massa bertugas sebagai pemerhati yang mengawasi sebarang peristiwa yang

berlaku disekitar kita. Melalui pemerhatian tersebut media akan melaporkan

kepada audien melalui berita atau maklumat yang signifikan dan berkesan

kepada masyarakat.

Fungsi amaran

Media massa amat peka dan sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling

sepertri ancaman bahaya, perubahan cuaca dan sebagainya yang

kemudiannya memberi amaran kepada audien agar bersiap sedia secara fizikal

dan spiritual. Contohnya mengenai ancaman H1N1, Malaysia belum diserang

oleh wabak ini tetapi media telah memberikan amaran awal kepada audien,

oleh itu audien dapat bersiap sedia bagi mengelakkan pandemik ini.Audien

tidak perlu lagi ke sana-sini untuk mendapatkan maklumat mengenai pandemik

ini kerana media telah menyebarkan maklumat tentang langkah-langkah

persediaan.

Fungsi instrumental

Media massa sebagai fungsi instrumental ini membantu audien memperoleh

maklumat seperti harga barangan sukan, fesyen pakaian sukan, produk sukan

yang baru dan sebagainya. Peranan ini bukan hanya dikhususkan kepada

media berbentuk berita sahaja, penerbitan ringkas dan kandungan media yang

Page 8: 223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

61

bertujuan menghibur seperti majalah juga memainkan peranan penting dalam

fungsi instrumental ini.

ii. Fungsi Pentafsir

Media massa bukan hanya membekalkan fakta dan data tertentu sahaja. Media

massa juga memberikan maklumat tentang matlamat, maksud dan kesigniifikan

sesuatu peristiwa sukan. Fungsi pentafsir media massa ini amat berkait rapat

dengan fungsi pemerhati “Gatekeepers”. Media akan menentukan mana berita

yang penting yang akan disiarkan menurut kepentingan dan keutamaannya.

Berdasarkan bahan berita yang disiarkan, audien memperoleh pelbagai

pandangan yang boleh dinilai sendiri oleh mereka. Interpretasi maklumat juga

boloeh didapati di halaman editorial. Interpretasi, komen dan pendapat

disediakan agar audien memperoleh perspektif mendalam mengenai sesuatu

pemberitaan.

iii. Fungsi Penghubung

Media massa berkebolehan menggabungkan elemen yang berbeza di dalam

masyarakat. Contohnya, pengiklanan berusaha menggabungkan keperluan

pembeli dengan produk penjual. Fungsi menyampaikan mesej kepada audien

merupakan peranan yang dijalankan oleh media. Maka dengan itu, media

massa menjadi penghubung masyarakat dengan masyarakat dan sebagainya.

Dalam perkembangan dunia teknologi maklumat ini, segala maklumat

mengenai perkembangan sukan dapat diakses dihujung jari sahaja. Media

massa menjadi wahana dan platform untuk berhubungan antara satu sama lain.

Kemudahan seperti laman web dapat menghubungkan para peminat sukan

dengan atlet, jurulatih dan juga badan-badan sukan. Fungsi menghubungkan ini

juga memperlihatkan peranan media massa menyediakan akses kepada audien

dengan sukan.

Page 9: 223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

62

iv. Penghibur

Kebanyakan pihak melihat peranan media massa sebagai fungsi menghibur

semata-mata. Contohnya program televisyen bertujuan untuk memberi hiburan

kepada audien. Fungsi ini ditakrifkan sebagai “media massa berfungsi sebagai

penghibur kepada audien melalui program-program hiburan sama ada

bermaklumat mahupun sekadar hiburan sahaja.

Kesimpulannya media massa sememangnya mempunyai peranan yang penting

dalam industri sukan hari ini. Cuma sedikit kebimbangan dengan kewujudan

media massa yang lebih mengutamakan isu-isu sensasi atau gossip daripada

maklumat-maklumat yang bermanfaat kepada audien.

3.3 Politik dan sukan

Politik ialah alat untuk menunjukkan kuasa seperti kuasa pengurusan pasukan

atau persatuan sukan, kuasa hirearki dan pengurusan dan pentadbiran sukan.

Politik sememangnya wujud seiring dan bergerak secara timbal-balik dengan

sukan. Politik wujud dalam kebanyakan aktiviti proses dan perkembangan

sukan. Politik berlaku dalam proses pemilihan atlit atau pemain, jurulatih dan

juga pegawai sukan. Politik wujud dalam pertandingan atau kejohanan, politik

juga wujud dalam kelab sukan. Malahan ada kalanya politik berperanan dalam

memastikan kenaikan dan kejatuhan sesuatu pasukan atau pemimpinnya.

Tidak keterlaluan juga dikatakan bahawa melalui sukan juga karier politik

seseorang tokoh boleh dijulang atau dijatuhkan.

Kuatnya pengaruh sukan terhadap politik sehingga memberi impak ke atas

nasib ahli politik. Oleh sebab itu, tidak hairanlah ada negara dan kerajaan yang

bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam sukan. Melalui sukan, pengaruh

politik dapat diserapkan dengan berkesan. Banyak teori yang mengaitkan sukan

dengan politik. Kejayaan sukan sesebuah negara di peringkat antarabangsa

juga kadang-kadang dikaitkan dengan kemantapan dan kestabilan politik

negara tersebut.

Page 10: 223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

63

Umum telah mengetahui bahawa, sesebuah badan atau persatuan sukan yang

aktif memang memerlukan bantuan dari segi kewangan. Dengan adanya

bantuan kewangan daripada ahli politik, maka sumber kewangan badan atau

persatuan sukan tersebut sedikit sebanyak dapat ditingkatkan. Selain itu, badan

sukan tersebut juga boleh menggunakan nama atau pengaruh ahli politik untuk

mendapatkan penaja-penaja yang dapat memberi sumbangan dari segi

kewangan.

Secara tidak langsung, dengan adanya sumber kewangan, maka badan sukan

tersebut dapat menjalankan segala aktiviti dan program yang telah

dirancangkan seperti program latihan atlet, program pembangunan sukan,

program kejurulatihan dan sebagainya. .

3.3.1 Kesan positif penglibatan ahli politik dalam sukan

Politik dalam sukan juga memberi impak yang positif terhadap sukan.

Antaranya politik dalam sukan dapat membina semangat setiakawan,

contohnya peringkat serantau sukan SEA dan sukan Asia Selatan. Politik

dalam sukan juga membina kerjasama antarabangsa seperti sukan Olimpik,

sukan Komanwel dan sukan Asia. Apabila terdapatnya sesuatu pertandingan

atau kejohanan sukan, ahli-ahli politik dapat menjalinkan persahabatan dan

juga kerjasama dengan negara lain. Perhubungan yang baik antara negara

akan dapat membantu badan sukan dalam sesuatu negara itu mendapat

pelbagai maklumat untuk mempertingkatkan prestasi sesebuah badan sukan

dan sebagainya.

3.3.2 Kesan negatif penglibatan ahli politik dalam sukan

Sukan sejak dahulu dan hingga kini tidak dapat lari daripada belenggu

percaturan politik. Umpamanya persengketaan antara Athens dan Sparta

sebelum masihi dahulu masih terus berlaku hingga hari ini, contohnya Olimpik

di Moscow pada 1980 dan Olimpik Los Angeles pada 1984 yang menyaksikan

peristiwa memboikot penyertaaan ke sukan Olimpik oleh beberapa negara

Page 11: 223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

64

tertentu. Hal ini berlaku kerana blok kapitalis dan blok komunis sangat

menyedarikan musuh mereka di arena politik dunia juga adalah musuh di

gelanggang sukan. Persoalan prestij menjadi perkara penting dan sukan

dijadikan medan untuk menunjukkan kekuatan politik dan menyampaikan mesej

politik masing-masing.

Seterusnya sukan juga dipolitikkan apabila jutaan malah berbilion dollar

ditaburkan untuk mendapat hak eksklusif oleh penaja koporat. Hal ni

menyebabkan berlakunya perlanggaran etika dengan berleluasa oleh

Jawatankuasa Badan Sukan dunia demi mengejar keuntungan, antaranya

melalui pelancongan, pembinaan dan pengangkutan. Seterusnya membuka

ruang kepada badan sukan dunia mendapatkan imbuhan daripada pihak yang

berlumba menjadi pengajur temasya sukan. Umpamanya IOC sebagai sebuah

organisasi yang memiliki kuasa yang sangat luas dalam menentukan negara

mana yang menganjur dan peraturan lain kejohanan telah dibeli undi OIC,

dimana jutaan dollart dibelanjakan pihak korporat untuk membeli “hadiah”

kepada anggota badan induk itu.

Isu ini hangat diperkatakan selepas skandal sekitar Olimpik di Sidney pada

tahun 2000 dan sekitar pemilihan Salt Lake City sebagai penganjur Olimpik

musim sejuk 2002. Seorang pegawai Jawatankuasa Olimpik Australia

mendedahkan perbelanjaan membeli undi untuk mendapatkan hak menganjur

Olimpik di Sidney dengan bantuan kerajaan Australia mencapai AS $ 1 juta

untuk membeli pelbagai jenis hadiah kepada ahli-ahli OIC, tidak termasuk

belanja lain untuk memenangi hak penganjuran.

Rasa kesal terhadap politik wang yang sangat berleluasa ini pernah diluahkan

oleh seorang atlet Kanada, Kaliya Young yang mengambil keputusan untuk

tidak menyertai Olimpik selepas melihat apa yang berlaku pada kejohanan

sukan tersebut. Persembahan kompetitif atlet bukan hanya untuk menjadi

sebahagian satu komuniti global yang bertanding dengan semangat kesukanan,

persahabatan dan kesepakatan dunia, tetapi hanya akan diperalatkan oleh

syarikat korporat demi kepentingan komersial mereka. Semangat sukan telah

dihakis apabila temasya sukan menjadi platform syarikat multinasional seperti

Coke, Mc Donald‟s dan lain-lain syarikat mempromosikan produk tidak sihat

Page 12: 223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

65

mereka kepada dunia dengan para atlit menjadi alat promosi mereka.

Sekurang-kurangnya sejak Olimpik di Los Angeles pada 1984 yang

menyaksikan peningkatan perbelanjaan dan berleluasanya tajaan korporat,

skandal, korupsi, diskriminasi dan penindasan menjadi trend pesta sukan. Hal

ini dapat disaksikan iklan Visa – kad rasmi sukan Olimpik. Media massa

memaparkan segala-galanya mengenai sukan kini yang dikuasai oleh jenama-

jenama korporat. Manakala belanja besar sehingga berbilion dollar dikeluarkan

penganjur untuk menganjurkan temasya sukan seolah-olah memperlihatkan

politik sentiasa menjadi elemen penting dalam sukan.

Terdapat sesetengah ahli politik yang gemar memegang pelbagai jawatan

dalam persatuan atau badan sukan. Hal ini kerana mereka tahu jawatan-

jawatan tersebut sudah tentu dapat mempopularkan mereka selain dapat

membantu mereka ketika pemilihan atau pilihanraya. Penglibatan ahli politik

dalam menerajui sesuatu persatuan atau badan sukan kemungkinan akan

terjejas kerana para pemimpin ini juga sibuk dengan urusan pentadbiran

kerajaan dan politik. Malahan terdapat juga sesetengah persatuan atau badan

sukan terjejas kerana urusan politik dicampuradukkan dengan urusan

persatuan atau badan sukan. Akhirnya kedua-dua jawatan iaitu jawatan

kerajaan dan persatuan sukan terabai oleh kerana kesibukan dan kurangnya

tumpuan.

Kegiatan sukan yang terlalu kerap dilanda kemelut politik, sama ada politik

persatuan atau campur tangan ahli politik. Sukan yang terlalu bergantung

kepada naungan dan bantuan kewangan daripada kerajaan. Seterusnya

terdapat pemimpin dalam persatuan dan badan sukan yang kurang arif dalam

menyelesaikan masalah politik dalaman telah membuka ruang kepada kerajaan

dan ahli politik masuk campur dalam pentadbiran dan urusan persatuan atau

badan sukan.

Terdapat banyak persatuan sukan yang berasakan bahawa dengan menjadikan

ahli politik sebagai pemimpin, persatuan sukan boleh mengumpul dana dengan

senang dan boleh mendapat pengaruh dalam pelbagai bidang. Hal ini

menyebabkan lebih ramai orang menyertai persatuan sukan kerana lebih

Page 13: 223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

66

berminat untuk mendekati pemimpin politik berbanding yang betul-betul komited

untuk bekerja bagi persatuan sukan.

3.4 Insentif dan atlet

Bagi mengiktiraf sumbangan para atlet, jurulatih serta pegawai sukan, pelbagai

insentif dan skim kebajikan telah diperkenalkan. Sebagai menghargai

sumbangan mereka dalam pertandingan di pelbagai peringkat dalam mahupun

luar negara, Skim Hadiah Kemenangan Sukan, Skim Hadiah Kemenangan Atlet

Remaja, Skim Galakkan Jurulatih Kebangsaan dan Skim Kecemerlangan

Pengurusan Pasukan telah dijalankan oleh pihak kerajaan.

Insentif-insentif ini boleh berbentuk biasiswa, penganugerahan, cuti, elaun

sara hidup, perlindungan insuran, perbelanjaan untuk latihan dan yuran

pendidikan. Selain tiu insentif untuk kemasukan atlit ke pusat pengajian tinggi,

adalah berdasarkan syarat akademik yang minimum dalam disiplin yang

dipohon. Di samping itu insentif pengurangan beberapa cukai dan eksais ke

atas peralatan sukanhendaklah dijalankan supaya lebih ramai orang mampu

memperoleh barangan sukan pada harga yang murah.

Sejak 2005, kerajaan memberikan imbuhan tetap bulan kepada pemenang

pingat olimpik sama ada pingat emasa, perak atau gangsa. Imbuhan ini untuk

sepanjang hayat bermula dari tarikh atlit memenangi pingat dikejohanan

tersebut. Selain ganjaran kewangan, pengorbanan atlit turut diikhtiraf dalam

bentuk darjah kebesaran dan pemberian rumah atau tanah. Misalnya pasukan

badminton negara yang menjuarai Piala Thomas pada 1992 telah dikurniakan

sebidang tanah setiap seorang daripada mereka

Karier ahli sukan yang semakin singkat akibat daripada persaingan sengit

menyebabkan atlet berusaha memburu wang ganjaran atau insentif ini. Jika

wang menjadi motif utama maka semangat kesukanan, jati diri akan luntur.

Justeru atlit perlu ditanam dengan semangat cintakan negara sejak di awal

pembabitan dalam bidang sukan dan semangat cintakan sukan itu sendiri dan

matlamat utama bergelar atlit ialah untuk meraih kejayaan sekaligus

Page 14: 223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

67

mengharumkan nama negara.

Kerajaan sudah menghargai sumbangan dan pengorbanan atlet yang

mengharumkan nama negara di persada dunia, kini tiba masanya para atlet

yang bersaing menunjukkan kemampuan masing-masing dalam menamatkan

kemarau kilauan pingat emas Olimpik untuk negara

3.5 Perjudian dan sukan

Perjudian bermaksud permainan dengan menggunakan wang dan lain-lain

sebagai taruhan. Perjudian juga didefinisikan sebagai memperjudikan,

mempertaruhkan, mempertarungkan dan menggadaikan yang melibatkan

pertaruhan. Menurut kamu pelajar (1997), perjudian ialah perbuatan atau hal

menjudikan dengan bertaruhkan wang.

Menurut kamu Bahasa Melayu Utusan (1995), perjudian bermaksud

menggunakan wang atau sebagainya untuk dijadikan taruhan dalam permainan

judi, mempertarungkan dan menggadaikan. Perjudian ialah perihal berjudi iaitu

permainan dengan menggunakan wang atau barang-barang berharga sebagai

taruhan

3.5.1 Mengapa wujudnya perjudian dalam sukan

Wujudnya unsur perjudian dalam sukan disebabkan beberapa faktor

antaranya :-

i. Faktor kewangan

ii. Hiburan

iii. Bookie (individu atau organisasi yang menjadi dalang dalam

menguruskan perjudian dalam sukan)

Page 15: 223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

68

3.5.2 Jenis perjudian dalam sukan

i. Menentukan dan mengatur perlawanan

Sebelum pertandingan atau perlawanan bermula keputusan perlawanan sudah

ditentukan

Sogokan akan diberikan kepada atlet atau pegawai perlawanan untuk mengatur

keputusan pertandingan atau perlawanan

Bertaruh keputusan pertandingan

Peminat sukan akan bertaruh untuk sesuatu pertandingan atau perlawanan

contohnya bola sepak – keputusan perlawanan ialah jumlah jaringan gol

3.5.3 Kesan perjudian dalam sukan

Mencemarkan imej sukan Negara

Isu perjudian dan juga rasuah dalam sukan yang tersebar melalui media massa

akan menyebabkan imej sukan Negara tercemar di mata dunia

Mutu sukan merosot

Perjudian dan rasuah menyebabkan atlet tidak mempamerkan prestasi

sebenar. Sekiranya sikap ini berterusan, prestasi atlet tersebut akan menurun

dan akan menjejaskan mutu sukan negara.

Kepercayaan peminat atau penonton sukan terjejas

Peminat dan penonton akan berasa tertipu dengan setiap keputusan

perlawanan atau pertandingan. Mereka tidak akan menyokong atlet atau

pasukan yang terlibat dengan perjudian dan rasuah

Menjejaskan hubungan dalam pasukan

Atlet yang terlibat dengan perjuaian dan rasuah akan disisih oleh rakan-rakan

Page 16: 223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

69

sepasukan yang lain. Rakan-karan sepasukan akan berasa kecewa dan

menyebabkan prestasi pasukan akan merosot

3.5.4 Cara mengatasi perjudian dan rasuah dalam sukan

Jika terbukti ahli sukan terbabit perjudian dan rasuah, tindakan tegas perlu

dikenakan dengan segera termasuk mengheret mereka ke muka pengadilan.

Mereka perlu diberi pengajaran setimpal dengan kerakusan mengambil hasil

perjudian dan rasuah demi menjaga semangat kesukanan.

Jadikan kesilapan mereka sebagai pengajaran kepada pihak lain yang mungkin

sedang menimbang tawaran lumayan daripada “bookie” . Tindakan proaktif

perlu dijalankan oleh semua pihak. Pendidikan mengenai kesan buruk amalan

perjudian dan rasuah perlu dibenteras secara serius kepada semua ahli sukan

dan pentadbiran sukan. Matlamat dan aspirasi sebenar yang harus dimiliki

apabila menyertai sukan harus disemai dalam kalangan ahli sukan secara

berterusan. Buka platform yang luas untuk para ahli sukan untuk melaporkan

sebarang usaha pihak luar yang cuba memancing ahli sukan untuk terjebak

dalam gejala perjudian dan rasuah sukan ini.

Antara langkah yang boleh diambil ialah :-

Menghayatikan dan mengamalkan nilai moral dan etika dalam sukan

Para ahli sukan perlu menghayati dan mengamalkan prinsip dan nilai moral dan

etika. Amalan ini akan memberikan kesedaran kepada mereka tentang

tanggungjawab kepada agama, negara dan bangsa

Memberi penerangan kesan buruk perjudian dan rasuah dalam sukan

Media massa berperanan menerangkan kesan buruk perjudian dan rasuah.

Para peminat dan penonton sukan akan menyedari kesan negatif gejala

perjudian dan rasuah terhadap mutu dan imej sukan negara.

Page 17: 223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

70

Penglibatan dalam ceramah agama dan kursus motivasi

Mereka yang terlibat dalam sukan perlu mengikuti ceramah agama dan kursus

motivasi. Usaha ini akan meningkatkan kesedaran, keinsafan dan semangat

kerja berpasukan. Di samping itu, mereka juga perlu diberi insentif agar dapat

meningkatkan semangat mereka.

Peranan kelab penyokong dan penonton

Kelab-kelab penyokong berperanan menganjurkan kempen anti perjudian dan

rasuah kepada para ahlinya dan peminat sukan. Kempen ini berperanan untuk

menyeru peminat sukan agar membenci dan membenteras gejala perjudian dan

rasuah.

Kebajikan atlet dijaga dengan baik

Kebajikan ahli sukan perlu dijaga, soal gaji dan elaun mereka semestinya

dilunaskan mengikiut jadual. Begitu juga dengan pemberian insentif perlu tepat

dan mengikut jadual pembayaran.

Tindakan tegas pihak berkuasa dan badan sukan

Pihak berkuasa dan badan sukan perlu bertindak tegas tanpa memilih bulu

dalam isu perjudian dan rasuah sukan ini. Dengan itu atlet dan semua yang

terlibat dalam sukan tidak berani terjebak dalam perjudian dan perjudian dan

rasuah sukan .

Page 18: 223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

71

3.6 Cabaran sukan negara membangun masa kini

Pembangunan sukan negara semakin mendapat perhatian serius daripada

pihak kerajaan. Hasilnya tertubuhlah Jawatankuasa Kabinet mengenai

pembangunan sukan yang bermatlamat untuk memartabatkan mutu sukan

negara agar mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Antara matlamat utama jawatankuasa ini ialah fokus utama untuk melahirkan

lebih ramai atlit muda yang berkualiti di peringkat sekolah melalui proses

pengajaran dan pembelajaran Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani yang

bersepadu. Menggalakkan pengambilan pelajar cemerlang sukan melalui

perancangan penubuhan program matrikulasi dan pra-universiti bersama

Sekolah Sukan Malaysia dengan mewujudkan syarat kemasukan khas kepada

atlit negara dan menggalakkan pelaksanaan kajian sainstifk Sains Sukan demi

membantu mempertingkatkan pengetahuan dan prestasi sukan dalam kalangan

pelajar.

Antara fokus yang dikenalpasti ialah pembangunan sukan secara bersepadu di

peringkat sekolah melalui program melahirkan lebih ramai guru Pendidikan

Jasmani dan Sains Sukan di sekolah.

3.6.1 Cabaran dalam akademik

Antara cabaran yang telah dan sedang dihadapi

i. Bilangan tenaga pengajar yang terhad

ii. Faktor kekurangan tenaga pengajar ini dibayangi dengan pertambahan pesat

bilangan program yang ditawarkan.

iii. Kekurangan kemudahan prasarana akademik

iv. Faktor prasarana akademik yang terhad ini serta factor kekurangan tenaga

pengajar boleh mengakibatkan kepadatan jadual kuliah pelajar yang

mungkin boleh mendatangkan kesan terhadap keselesaan belajar dalam

kalangan pelajar

Page 19: 223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

72

v. Jadual kuliah yang agak padat

vi. Faktor fokus kursus yang pelbagai mewujudkan kepadatan jadual kuliah

pelajar. Akibatnya pelajar hanya memiliki masa yang terhad untuk

mengulangkaji pelajaran dan bergiat aktif dalam bidang sukan

ii. vii. Kekurangan pelajar cemerlang sukan

viii. Ramai pelajar cemerlang tidak berminat untuk aktif dalam sukan kerana

pelbagai kekangan serti halangan keluarga, kerjaya dalam sukan, tumpuan

kepada akademik dan sebagainya

Antara cabaran lain dalam pembangun sukan ialah :-

i. Infrastruktur dan fisiliti

ii. Pemain kelas dunia (world class player)

iii. Pembangunan atlet

iv. Kebajikan atlit dan profesionalisme atlit, jurulatih, pegawai dan pemimpin

sukan

v. Pusat kecemerlangan atlit

vi. Kekurangan hubungan yang wujud antara persatuan sukan dengan

kerajaan. Perbincangan mengenai sukan jika adapun adalah terbatas

vii. Persatuan sukan menerima bantuan dan sokongan kewangan yang terhad

daripada kerajaan untuk kegiatan mereka

viii. Badan-badan sukan dan pihak kerajaan kurang peka terhadap keperluan

masing-masing

ix. Kurangnya kerjasama antara badan sukan dengan pihak kerajaan

Di sesetengah negara, persatuan sukan dan pihak kerajaan kurang arif

tentang hasrat dan pendirian masing-masing mengenai pengurusan sukan

Page 20: 223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

73

3.7 Penutup

Sukan tidak pernah sunyi daripada pelbagai isu seperi masalah penggunaan

dadah, perjudian dan rasuah, keganasan dan sebagainya. Perkara ni bukanlah

baru malah masalah ini telah. menghantui sukan sejak dahulu lagi. Sebagai

insan yang trelibat dalam bidang sukan sama ada sebagai atlit, jurulatih,

pegawai dan pemimpin sukan malah peminat sukan, seharusnya mematuhi nilai

dan etika kesukanan secara total.

Nilai dan etika telah menetapkan peraturan-peraturan tertentu. Jika para atlet,

jurulatih, pegawai sukan dan penonton mematuhi nilai dan etika ini, sudah tentu

isu ini tidak timbul. Penggunaan dadah memang tidak membawa sebarang

faedah kepada para atlet, sebaliknya memberi kesan buruk ke atas fisiologi

tubuh badan. Para atlet yang mencapai kejayaan dan kecemerlangan tanpa

dadah terlarang harus menjadi kebanggaan dan dihormati oleh masyarakat dan

negara.

Perjudian dan rasuah juga memberi kesan buruk dan boleh menjejaskan mutu

dan nama baik negara. Prestasi sebenar para atlet tidak dapat ditonjolkan

malah sukan akan dipandang serong dan hina oleh masyarakat.

Page 21: 223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

74

TUGASAN TERARAH

Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan

mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia

yang berkaitan isu-isu dalam sukan.

LAMAN WEB

Laman Web Kementerian Belia dan Sukan

Laman web Kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia

PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk „soft‟ dan „hard‟ copy.

Page 22: 223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

75

RUJUKAN

Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia

Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby Company

Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur.

Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma Production Sdn. Bhd.