INSTITUT PERGURUAN GURUKAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA
PENGENALAN PDKalah satu kaedah pemulihan yang diterima pakai oleh WHO dan juga
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia ialah kaedah Pemulihan Dalam
Komuniti (PDK) berasaskan terjemahan asalnya Community Based
Rehabilitation System (CBR). Kaedah PDK ini telah dipelopori oleh tiga pakar
perubatan dan juga physiotherapist WHO yang terdiri daripada E. Helandar, P.
Mendis dan G. Nelson yang telah menghasilkan sebuah manual yang pada
peringkat drafnya setebal hampir 300 muka.
SJabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam
penyediaan manual tersebut ini apabila pada tahun 1983 Malaysia telah diwakili oleh
seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat dan seorang Pegawai Perubatan untuk
meneliti draf manual berkenaan dan seterusnya memberikan peluang menilai dan
mengubahsuaikan pelaksanaan kaedah ini di suatu Mesyuarat Kumpulan Pakar
(Expert Group Meeting) anjuran WHO di Manila.
Hasilnya ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama Jabatan
Kesihatan Negeri Terengganu khususnya, menjalankan satu projek perintis PDK di
Batu Rakit berasaskan hasil kajian ke atas profile orang kurang upaya yang terdapat
di Mukim Batu Rakit. Kajian itu dijalankan dengan kerjasama semua peringkat
penduduk dan Jabatan Kerajaan di mukim tersebut dan melibatkan penduduk
daripada sembilan buah kampung sejumlah 17,149 orang. Hasil kajian menunjukkan
sejumlah 275 orang kurang upaya dikenalpasti dan merupakan 1.65% daripada
penduduk mukim berkenaan.
Hasil daripada kajian tersebut telah meyakinkan Jabatan untuk dengan
ramainya melancarkan program PDK pada tahun 1984 oleh YB. Menteri Kebajikan
Masyarakat ketika itu. Pada peringkat awal pelancaran, Batu Rakit telah dikenalpasti
memandangkan mukim tersebut mempunyai faktor-faktor yang sesuai untuk kajian
dan juga disebabkan insiden kurang upayaan yang ramai di Daerah Kuala
Terengganu ketika itu. PDK ketika di peringkat pelaksanaan awalnya hanya
melibatkan seramai 55 kes orang kurang upaya kini telah meningkat
perkembangannya dengan berlipat kali ganda dan melambangkan satu kaedah
pemulihan orang kurang upaya di negara ini.
Pemulihan Dalam KomunitiPKU 3112
INSTITUT PERGURUAN GURUKAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA
OBJEKTIF PDKDalam memberi pemulihan kepada pelatih, PDK telah menetapkan beberapa
objektif dimana mengalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab
masyarakat tempatan dalam program pemulihan OKU. Mengembleng sumber
tempatan untuk pemulihan OKU. Mengalakkan penggunaan cara yang mudah dan
teknik yang diterima, murah dan efektif dan sesuai dengan keadaan setempat.
Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi
perkhidmatan. Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk
diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU. Antara
aktiviti yang dijalankan oleh PDK seperti memberi kemahiran motor kasar,
Kemahiran motor halus, perkembangan sosial, perkembangan bahasa, pengurusan
diri sendiri, pra-menulis, membaca, mengira dan melukis, kreativiti - permainan,
rekreasi dan lain-lain, latihan Vokasional, terapi muzik, sukan dan rekreasi.
KONSEP PDK ‘One Stop Centre’PDK “One Stop Centre” sebagai “Focal Point” kerana ianya satu program
yang menggunakan pendekatan integrasi komuniti di setiap daerah dan negeri.
Melalui PDK “One Stop Centre”, perkhidmatan kepada OKU akan disediakan
di satu tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat setempat mendapatkan
maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian.
Peranan PDK “One Stop Centre”:
Pusat Intervensi Awal OKU.
Pusat Sumber maklumat OKU.
Pusat Rujukan OKU.
Pusat Pendaftaran OKU.
Pusat Advokasi.
PROGRAM PDKProgram Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berteraskan kepada 3 model iaitu Home
Based, Center Based dan Center Home based.
Aktiviti Home Based merupakan program pemulihan yang dijalankan di
rumah Orang Kelainan Upaya (OKU) yang tidak dapat hadir ke pusat pemulihan
dalam komuniti (PDK) kerana kecacatan yang dialaminya ataupun bermasalah
dalam pengangkutan. Jurulatih Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) akan ke rumah
Pemulihan Dalam KomunitiPKU 3112
INSTITUT PERGURUAN GURUKAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA
pelatih PDK untuk menjalankan latihan pemulihan. Aktiviti ini juga merupakan salah
satu aspek penilaian dalam program PDK selain ianya adalah salah satu lawatan
pekerja PDK ke rumah pelatih yang tidak dapat hadir ke pusat. Aktiviti Home Based
dijalankan oleh pihak pentadbiran PDK di samping melibatkan diri peserta dalam
membantu ibu bapa melakukan aktiviti yang berkaitan bersama anak mereka /
pelatih PDK semasa berada di rumah.
Aktiviti Center Based merupakan program pemulihan yang dijalankan
terhadap pelatih PDK untuk menjalankan latihan pemulihan selama empat jam
sehari bertempat di pemulihan dalam komuniti (PDK). Pelatih atau OKU akan datang
ke pusat PDK bagi menjalani program pemulihan. Aktiviti Center Based
dilaksanakan dari hari isnin hingga khamis, ini kerana pada hari jumaat petugas dari
PDK akan melaksanakan aktiviti home based. Contoh aktiviti yang dilakukan
semasa pelatih berada di Center Based seperti kemahiran motor kasar, kemahiran
motor halus, perkembangan sosial, perkembangan bahasa, pengurusan diri sendiri,
pra-menulis, membaca, mengira dan melukis, kreativiti–permainan, latihan
vokasional, terapi muzik, sukan dan rekreasi
Aktiviti Center Home Based merupaka satu program pemulihan yang
dijalankan di pusat PDK selama empat hari di dalam tempoh empat jam dalam
tempoh seminggu, terdapat satu hari selama empat jam dikhaskan untuk ke rumah
OKU. Perkara ini membolehkan perkembangan OKU dilihat setelah menjalani
pemulihan. Contoh program Center Home Based
LAPORAN KESELURUHANPada semester ini, kami pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) opsyen
Pendidikan Khas dikehendaki melaksanakan Program Khidmat Siswa di sebuah
Pusat latihan Dalam Komuniti (PDK) bagi melengkapkan syarat mendapat Ijazah
pada semesta enam (6) ini.
Setelah pelantikan dan mesyuarat daripada ahli jawatankuasa induk
dijalankan selain perbincangan bersama pensyarah, terdapat beberapa PDK di
Negeri Melaka disenaraikan mengikut daerah (PDK Daerah Alor Gajah dan PDK
Daerah Merlimau) dan kumpulan kami terdiri dari 14 orang (5 orang guru lelaki dan 9
orang guru perempuan) telah memilih PDK Nur Shahirah, Merlimau, Melaka.
Pemilihan ini adalah berdasarkan beberapa faktor seperti masalah pengangkutan
selain jarak PDK tersebut yang berhampiran dengan Institut Pendidikan Guru
Pemulihan Dalam KomunitiPKU 3112
INSTITUT PERGURUAN GURUKAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA
Kampus Perempuan Melayu sendiri bagi memudahkan penyeliaan daripada pihak
pensyarah dilakukan.
Selain jawatakuasa induk, kelas kami membentuk lagi beberapa
jawatankuasa kecil bagi memudahkan pembahagian tugas dan perancangan aktivtiti
di PDK Nur Shahirah. Saya merupakan pengerusi bagi jawatankuasa induk
kumpulan ini yang bertanggungjawab terhadap mempengerusikan semua mesyuarat
dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat, bertanggungjawab
mengawal selia dan menyelaras kerja-kerja jawatankuasa supaya sentiasa menuju
matlamat yang ditetapkan serta, menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Penasihat dari masa ke semasa.
Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan mengikut hari dan aktiviti ini
dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu aktiviti akademik, home base dan
keceriaan. Aktiviti yang dirancang ini mengikut tahap perkembangan pelatih dari segi
fizikal dan mental serta kebolehan mereka untuk menjalankan aktiviti. Justeru,
segala aktiviti yang dirancang adalah seperti dibawah.
PERJUMPAAN PERTAMA BERSAMA GURU DAN PENYELIA PDK NUR SHAHIRAH, 4 APRIL 2014 (JUMAAT)
Mesyuarat awal dilaksanakan, dimana kami mengadakan perbincangan awal
bersama guru serta penyelia PDK Nur Shahirah bagi melaksanakan Program
Khidmat Siswa Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. Semasa mesyuarat dilaksanakan,
kami menerangkan kepada pihak PDK Nur Shahirah akan aktiviti yang akan kami
laksanakan.
Dalam perjumpaan tersebut, pihak PDK Nur Shahirah meminta kami menaik
taraf ruang dapur selain aktiviti keceriaan yang telah dirancang dan kami bersetuju
untuk menambah aktiviti tersebut dalam tugasan keceriaan.
Dalam perjumpaan tersebut, perkara berkaitan majlis penutup di bincangkan
dan berlaku perubahan tarikh. Dimana majlis penutup sepatutnya dilaksanakan pada
hari Jumaat diubah kepada hari Khamis, ini kerana pada hari Jumaat pelatih tidak
datang ke PDK Nur Shahirah dimana jadual asal PDK Nur Shahirah merupakan
aktiviti Home Base. Menurut perancangan asal kumpulan, kami akan melaksanakan
aktiviti Home Base pada hari Khamis dan majlis penutup akan diadakan pada hari
Jumaat.
Pemulihan Dalam KomunitiPKU 3112
INSTITUT PERGURUAN GURUKAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA
HARI PERTAMA, 8 APRIL 2013 (SELASA)Senaman Pagi
Aktiviti senaman pagi dimulakan dengan rutin kepada para pelatih di PDK Nur
Shahirah dimana ia bertujuan merangsang perkembangan psikomotor mereka yang
lemah dan diikuti aktiviti nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa.
Selepas aktiviti senaman yang dikendalikan oleh guru PDK Nur Shahirah,
kami melakukan aktiviti pemerhatian dimana kami mendokumentasikan akan proses
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di PDK Nur Shahirah yang
dikendalikan oleh guru PDK Nur Shahirah serta memberikan cadangan aktiviti lain
yang dapat membantu PDK Nur Shahirah melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan.
Keceriaan
Berkenaan soal keceriaan di PDK Nur Shahirah. Kami merancang aktiviti
untuk menaik taraf taman di PDK Nur Shahirah supaya lebih cantik dan menarik.
Antara aktiviti keceriaan yang dilakukan termasuklah membuat keceriaan pada pintu
hadapan bangunan, menaik taraf taman dan kolam ikan serta menaik taraf ruang
dapur PDK Nur Shahirah.
Pada hari pertama aktiviti keceriaan, kami memberikan penumpuan pada
ruang dapur dan pintu hadapan bangunan dimana kerja-kerja menanggalkan kesan
cat lama perlu dilakukan sebelum aktiviti mengecat dilakukan.
HARI KEDUA, 9 APRIL 2013 (RABU)Senaman Pagi
Aktiviti senaman pagi merupakan rutin kepada para pelatih di PDK Nur
Shahirah. Antara aktiviti senaman yang dijalankan termasuklah aktiviti regangan
sendi, senamrobik, tarian poco-poco serta tarian ‘chicken dance’. Kemudian, pelatih
akan menyayikan lagu Negaraku dan membaca doa beramai-ramai. Aktiviti ini
dikendalikan oleh guru-guru Program Pensiswazahan Guru
Pada hari kedua, selepas aktiviti senaman kami guru-guru PPG seramai 14
orang terpaksa berpecah kepada 2 kumpulan bagi melaksanakan aktiviti akademik
dan keceriaan.
Pemulihan Dalam KomunitiPKU 3112
INSTITUT PERGURUAN GURUKAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA
Aktiviti Akademik
Program Eksplorasi Ilmu
Bagi aktiviti akademik, program lawatan sambil belajar ke supermarket Gaint,
Muar dilaksanakan. Aktiviti ini melibatkan 7 orang guru PPG (2 orang guru lelaki dan
5 orang guru perempuan), 11 orang pelatih, 4 orang guru PDK dan penyelian PDK
Nur Syahirah. Pergerakan bagi program lawatan sambil belajar ke supermarket
Gaint, Muar menggunakan kenderaan guru-guru PPG.
Dalam melaksanakan aktiviti akademik ini, pelatih dibekalkan dengan gambar
barang yang perlu dibeli serta wang sebanyak RM15.00 seorang. Aktiviti ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya dan semua warga PDK Nur Shahirah seronok dalam
melaksanakan aktiviti tersebut disamping dapat melatih pelatih mengenal dan
menggunakan wang. Selain itu, aktiviti ini dapat memberikan pengalaman baru bagi
pelatih PDK Nur Shahirah dimana mereka dapat berinteraksi dengan masyarakat
disamping mencapai objektif PDK itu sendiri secara tidak langsung.
Keceriaan
Bagi aktiviti keceriaan, dimana guru PPG seramai 7 orang (3 orang guru lelaki
dan 4 orang guru perempuan) memulakan aktiviti mengecat ruang dapur PDK
Nursyahirah. Ini kerana, dalam melaksanakan aktiviti mengecat ruang dapur dikuatiri
ada pelatih yang alah dengan bau cat disamping ketidak selesaan untuk pelatih
untuk melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
HARI KETIGA, 10 APRIL 2013 (KHAMIS)Acara Penutup Program Khidmat Siswa PDK
Upacara penutup ini dimulakan dengan kehadiran Pengerusi PDK Nur
Shahirah, Tn Hj Abdullah bin Ahmad pada jam 9.00 pagi. Kami telah membahagikan
kepada tugas masing-masing iaitu Cikgu Nur Suriya binti Mad Jabil sebagai
pengacara majlis, saya Cikgu Mohd Zaidi Bin Isa dan Cikgu Mohd Mustaqim Bin
Abdul Manaf sebagai penyambut tetamu bersama guru PDK, Cikgu Mohd Yadillah
Bin Zakaria pembaca doa, manakala yang lain menguruskan katering dan
kelancaran majlis. Pada asalnya Pegawai Adat Sungai Renggi, Merlimau, Melaka
(Tok Sidang) akan merasmikan majlis penutup ini namun beliau terpaksa
membatalkan rancangan pada pagi hari itu kerana terdapat kesulitan yang tidak
Pemulihan Dalam KomunitiPKU 3112
INSTITUT PERGURUAN GURUKAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA
dapat dielakkan maka kami terpaksa mengubah rancangan iaitu dengan menjadikan
Pengerusi PDK sebagai tetamu kehormat. Selain dari itu, pensyarah penyelia kami
tidak dapat hadir kerana terlibat dengan kursus yang perlu dihadiri. Pengerusi,
Penyeila PDK dan Pengerusi Program Khidmat Siswa duduk dikerusi khas di dalam
PDK.
Kami meneruskan majlis dengan ucapan dari saya selaku Pengerusi Program
dan disusuli oleh ucapan Pengerusi PDK. Upaca perasmian diteruskan dengan
penyampaian cenderahati sebagai simbolik penamat bagi program bakti siswa kami.
Sebanyak 3 hemper telah disediakan iaitu satu untuk PDK, satu untuk tetamu dan
satu untuk guru pelatih PDK. Kemudian kami menjamu selera dengan katering yang
telah ditempah khas. Tepat pada jam 11.30 pagi majlis bersurai dan kami
menyambung tugasan bahagian keceriaan setelah mengemas semula PDK seperti
asal.
Keceriaan
Sebahagian dari kami memulakan aktiviti mengecat bahagian pintu pagar
PDK Nursyahirah dan sebahagian dari kami membuat persediaan untuk membina
taman terapi terapeutik.
HARI KEEMPAT, 11 APRIL 2013 (JUMAAT)Home-Based
Pada hari keempat, kumpulan kami terdiri dari 7 orang guru PPG (2 orang
guru lelaki dan 5 orang guru perempuan) bersama 3 orang guru serta penyelia PDK
Nurshahirah telah menyertai aktiviti ‘Home-based’ di kawasan sekitar. Aktiviti ini
merupakan aktiviti oleh pihak PDK yang akan bergerak dari rumah ke rumah untuk
membantu pelatih yang menghadapi kesukaran untuk ke PDK. Kami telah pergi ke
sebuah rumah dimana kebanyakan pelatih mempunyai menghidap masalah
Cerebral Palsy. Tujuan aktiviti ini adalah memudahkan pelatih dan keluarga yang
rata-rata datangnya dari latarbelakang keluarga susah dan mempunyai masalah
pengangkutan. Antara aktiviti dilakukan adalah dengan memberikan khidmat nasihat
dan panduan kepada keluarga atau waris untuk menguruskan pelatih selain
melakukan aktiviti susulan di rumah. Selain itu, pihak PDK turut melakukan aktiviti
fisioterapi kepada pelatih-pelatih
Pemulihan Dalam KomunitiPKU 3112
INSTITUT PERGURUAN GURUKAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA
Keceriaan
Sebahagian dari kami membuat keceriaan pada pintu hadapan bangunan dan
menaik taraf taman sedia ada kepada taman terapi terapeutik.
KESIMPULANSecara kesimpulannya, program khidamat masyarakat yang dijalanakan di
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) ini sangat sesuai sekali disertai oleh bakal-
bakal guru dan juga guru Pendidikan Khas. Peluang ini memberi manfaat kepada
saya sendiri dari segi mendekati dan mengenali golongan orang kelainan upaya
(OKU) dan petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan saya percaya
rakan-rakan guru yang lain juga merasakannya seperti itu.
Pengalaman empat hari bersama mereka banyak mengajar saya. Hal ini
membuka mata saya sendiri bagaimana pelatih-pelatih OKU ini memerlukan
perhatian, kasih sayang, dan dorongan. Ilmu pengetahuan yang mencurah-curah
juga telah dapat dipelajari melalui petugas-petugas PDK yang sentiasa berkongsi
ilmu dan sentiasa berkongsi info-info mengenai pelatih-pelatih OKU ini.
Kesungguhan dan kesabaran yang ditunjukkan oleh mereka untuk menguruskan
pelatih-pelatih OKU memperlihatkan keprihatinan meraka terhadap golongan OKU.
Sehubungan itu, program ini perlu diteruskan dan usaha untuk membolehkan
golongan OKU perlu dipergiatkan lagi supaya mereka mendapat hak yang sama
yang diberikan-Nya kepada kita sebagai khalifah di muka bumi ini.
REFLEKSI KENDIRI PROGRAM KHIDMAT SISWA PDKBersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikut program
khidmat masyarakat Pemulihan Dalam Komuniti yang telah dilaksanakan di PDK Nur
Shahirah pada 8 April hingga 11 April 2014 yang lepas. Sebenarnya saya sentiasa
menanti-nantikan program khidmat siswa ini sepanjang semester ini, selepas saya
mengikuti program khidmat siswa, saya percaya bahawa ia akan memberikan satu
pengalaman yang luar biasa, baru dan mendalam bagi saya. Saya berasa begitu
bersyukur dan sangat gembira selepas menjalankan program khidmat siswa ini.
Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi
daripada aktiviti ini.
Pemulihan Dalam KomunitiPKU 3112
INSTITUT PERGURUAN GURUKAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA
Kerjasama yang diberikan oleh Pengerusi PDK Nur Shahirah, Tn Hj Abdullah bin
Ahmad, Penyelia PDK Nur Shahirah, Pn Zainab binti Taib serta warga PDK Nur
Shahirah amat kami hargai. Senyumannya yang sentiasa terukir dan keramahan
mereka melayan karenah insan istimewa di PDK sememangnya harus mendapat
pujian. Malahan kesediaanya menerima ‘rombongan’ seramai 14 orang guru yang
bakal mendapat segulung ijazah kami dahlui dengan ucapan terima kasih.
Saya amat berpuas hati dengan setiap aktiviti yang dijalankan. Bermula
dengan aktiviti pemerhatian/dokumentasi/rakaman/kumpul maklumat berkaitan PDK,
Aktiviti Akademik Program Eksplorasi Ilmu ‘home-based’ dan disusuli dengan aktiviti
keceriaan semuanya telah berjalan dengan lancar dan berjaya sekali. Dalam aktiviti
keceriaan, kami telah bergerak dalam kumpulan dan berjaya menceriakan lagi
kawasan PDK Nur Shahirah. Kami telah belajar tentang aspek keceriaan dan
kebersihan yang juga dapat diterapkan dalam diri masing-masing. Apa yang
menarik, beberapa orang daripada ahli kumpulan kami telah dapat mempelajari
cara-cara membina taman terapi terapeutik buat kali pertama dan akan mereka
aplikasikan di sekolah masing-masing.
Bagi Aktiviti Akademik Program Eksplorasi Ilmu, ke supermarket Gaint, Muar
sememangnya merupakan satu pengalaman baru buat warga PDK Nur Shahirah
serta kami semua. Saya mendapat maklum balas yang amat baik daripada
Pengerusi PDK Nur Shahirah, Tn Hj Abdullah bin Ahmad, Penyelia PDK Nur
Shahirah, Pn Zainab binti Taib serta warga PDK Nur Shahirah dimana mereka amat
berpuas hati dan seronok dengan aktiviti akademik yang dilaksanakan.
Buat Insan istimewa di PDK Nur Shahirah, saya panjangkan doa agar mereka
dapat terus menempuh cabaran hidup walau pun kami hanya berkesempatan
bersama seorang pelajar melalui lawatan rumah atau aktiviti yang dipanggil ‘home-
based’ yang kami sertai pada hari terakhir. Walaupun menyedari kekurangan diri
namun semangat untuk terus hidup tetap ditunjukkan dan terus melangkah ke
hadapan bagi meneruskan kelangungan hidup mereka. Biar ada yang berat
melangkah, perlahan dalam pergerakan malahan mempunyai kemampuan minda
yang sangat lemah, itu bukanlah menjadikan alasan untuk mereka menyerah kalah.
Semangat inilah yang mengukirkan senyuman biar pun pahit untuk ditelan tetapi
meruntun mata hati bagi insan yang mengerti penderitaan mereka.
Akhir kata, segala ilmu dan pengalaman ini tidak dapat dibeli dengan wang
ringgit tetapi dapat dirasai dengan menjalankan program seumpama ini. Oleh itu,
Pemulihan Dalam KomunitiPKU 3112
INSTITUT PERGURUAN GURUKAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA
saya berharap agar program seperti ini tidak berakhir di sini sahaja dan lebih banyak
program seperti ini dijalankan pada masa akan datang. InsyaAllah, jika ada
kelapangan, saya pasti akan melibatkan diri dengan program yang dijalankan di
mana-mana Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) bagi membantu golongan
kurang upaya ini.
PERJUMPAAN PERTAMA BERSAMA GURU DAN PENYELIA PDK NUR SHAHIRAH, 4 APRIL 2014 (JUMAAT)
Pemulihan Dalam KomunitiPKU 3112
INSTITUT PERGURUAN GURUKAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA
HARI PERTAMA, 8 APRIL 2013 (SELASA)Aktiviti Senaman Pagi
Aktiviti Pemerhatian / Dokumentasi/ Rakaman/ Kumpul Maklumat
Aktiviti Keceriaan
Pemulihan Dalam KomunitiPKU 3112
INSTITUT PERGURUAN GURUKAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA
HARI KEDUA, 9 APRIL 2013 (RABU)Aktiviti Senaman
Aktiviti Akademik (Lawatan Ke Supermarket Gaint Muar)
Aktiviti Keceriaan
Pemulihan Dalam KomunitiPKU 3112
INSTITUT PERGURUAN GURUKAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA
HARI KETIGA, 10 APRIL 2013 (KHAMIS)Majlis Penutup
Aktiviti Keceriaan
Pemulihan Dalam KomunitiPKU 3112
INSTITUT PERGURUAN GURUKAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA
HARI KEEMPAT, 11 APRIL 2013 (JUMAAT)Aktiviti ‘Home Base’
3
Pemulihan Dalam KomunitiPKU 3112
INSTITUT PERGURUAN GURUKAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA
Aktiviti Keceriaan
Pemulihan Dalam KomunitiPKU 3112
INSTITUT PERGURUAN GURUKAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA
Pemulihan Dalam KomunitiPKU 3112