PENDAHULUAN
Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan
prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan
penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan
untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan
sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964)
berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan
matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan
mental dan sosial.
Tunjang Kecergasan memfokuskan kepada komponen kecergasan berasaskan
kesihatan dan perlakuan motor. Guru yang mempunyai ilmu konten dalam tunjang ini
perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam aspek daya tahan kardiovaskular,
daya tahan otot, kekuatan, kelenturan dan komposisi badan bagi komponen kecergasan
berasaskan kesihatan. Bagi komponen kecergasan berlandaskan perlakuan motor, guru
perlu menguasai ilmu konten dan kecekapan kemahiran dalam aspek koordinasi,
imbangan, ketangkasan, kuasa, masa tindak balas dan kepantasan.
Tunjang kedua iaitu Kemahiran adalah aktiviti-aktiviti belajar yang melibatkan
pelajar melakukan pergerakan lakuan motor asas seperti kemahiran-kemahiran dalam
permainan sukan, olahraga, gimnastik, pendidikan pergerakan, pergerakan kreatif dan
rekreasi. Guru perlu mempunyai pengetahuan yang lengkap dan cekap dalam
melaksanakan kemahiran-kemahiran dalam permainan sukan, olahraga, gimnastik,
pendidikan pergerakan, pergerakan kreatif dan rekreasi.
Tunjang Kesukanan menumpukan kepada pendidikan dan amalan pelajar
berkaitan aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu dalam pendidikan
jasmani dan sukan. Bagi tunjang ini, guru perlu mempunyai ilmu konten yang dapat
mengaitkan tunjang tersebut dengan bidang lain seperti perubatan, pentadbiran, ekonomi,
agama dan politik.
1 |
DEFINISI KONSEP
Manupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan
alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran
manipulasi alat hendaklah di bina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah.
Kemahiran ini memerlukan penggunaan angota badan untuk mengawal, megawasi atau
menangani sesuatu objek.
Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu
dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alat dapat
meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan- mata, kaki mata dan lain-lain.
Pergerakan kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama
dan daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi.
Dengan kata lain pergerakan kreatif bermaksud suatu tafsiran idea, perasaan atau
tanggapan deria yang dapat dilahirkan secara simbolik melakukan pergerakan.
Pergerakan kreatif boleh dilakukan sama ada secara bersendirian, berpasangan atau
berkumpulan. Sekiranya pergerakan itu dihayati dengan mood dan perasaan yang
berkaitan, pergerakan tersebut menjadi lebih bermakna. Penyelesaian masalah dalam
pergerakan kreatif bukan berunsurkan pertandingan. Setiap pergerakan yang ditonjolkan
adalah mengikut interpretasi dan penilaian kendiri.
HURAIAN MANIPULASI ALATAN & KEPENTINGAN
Perkembangan kemahiran manipulatif kanak-kanak membolehkan kanak-kanak
melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti yang bermakna dengan sesuatu objek. Contohnya
kanak-kanak diminta menangkap dan melontar bola yang pelbagai saiz dan bentuk seperti
bola sepak, bola takraw, bola baling, bola tampar, bola ragbi dan bola tenis. Ini semua
tidak lain adalah untuk memperkayakan perkembangan kognitif dan psikomotor iaitu
motor kasar dan motor halus kanak-kanak berkenaan. Kanak-kanak akan
2 |
mengembangkan kebolehan manipulatif sesuatu objek dengan meningkatkan tahap
kesukaran seperti menggunakan jari untuk memusingkan objek, menarik benang,
menyelak buku atau melakarkan gambar dengan menggunakan pensil krayon. Pada
peringkat ini juga kita akan melihat sama ada tangan kanan atau kanan kiri yang dominan
dalam pergerakan manipulatif kanak-kanak.
Kemahiran manipulatif melibatkan gerakan loko-motor dan bukan loko-motor.
Gerakan bukan loko-motor adalah gerakan setempat seperti membongkak, merengang
dan memusingkan badan. Manakala gerakan loko-motor adalah pergerakan yang
melibatkan pergerakan badan pada pelbagai arah seperti berlari, melompat dan memanjat.
Oleh itu, gerakan manipulatif motor kasar melibatkan aktiviti yang menggunakan otot
besar. Contohnya penggunaan tangan atau kaki untuk berhubung dengan objek.
Bagi kemahiran manipulatif, kanak-kanak akan mengembangkan kemahiran
motor mereka, koordinasi mata tangan, meningkatkan daya tumpuan, menambah persepsi
visual, dan dapat mengukuhkan konsep saiz, bentuk, warna dan corak. Contohnya
kebolehan mengawal otot kecil badan biasanya di kaitkan dengan kebolehan koordinasi
bagi tindakan mata dan tangan bersama dalam menghasilkan gerakan manipulatif yang
tepat.
Manipulatif adalah berkaitan hubungan dengan objek sama ada mengenakan
tindakan atau menerima gerak balas darinya. Oleh itu anggota kaki dan tangan
merupakan anggota yang paling kerap digunakan dalam kemahiran manipulatif.
Penggunaan tangan dalam kemahiran manipulatif dapat dilihat misalnya dalam aktiviti
menulis, mewarna atau memegang objek. Contohnya kanak-kanak dapat memegang
pensil dengan kemas. Kanak-kanak juga dapat mengenakan tekanan yang sesuai semasa
menulis. Seterusnya dengan kemahiran mengenggam dan mengenakan tekanan tersebut
kanak-kanak dapat menulis dengan lebih cantik dan cepat. Kemahiran memegang objek
ini juga boleh dikembangkan kepada gerakan lain dalam mengendalikan objek di dalam
kelas. Penggunan motor kasar pula dapat dilihat misalnya semasa kanak-kanak terlibat
dengan aktiviti yang melibatkan penggunaan bola. Bola ini bertindak sebagai objek untuk
3 |
meningkatkan kemahiran manipulatif kanak-kanak tersebut. Melalui penggunaan bola
kanak-kanak boleh melontar, menangkap, menendang, mengawal, mengolekkan,
melantunkan, atau melompat melepasi bola tersebut. Aktiviti gerakan dan kemahiran
manipulatif juga boleh meningkatkan tahap kecerdasan dan kesihatan kanak-kanak.
Contohnya kanak-kanak berlari sambil melantunkan bola di lantai atau berlari sambil
bermain tali skipping. Aktiviti seperti ini akan mengembangkan fungsi dan aktiviti
jantung dan paru-paru mereka.
Dengan itu, bagi meningkatkan kemahiran manipulatif kanak-kanak ini, guru
seharusnya membuat perancangan ruang yang baik dalam menggunakan sumber yang
sedia ada di sekolah. Guru harus mengenal pasti tempat yang sesuai dan boleh digunakan
untuk melatih kemahiran manipulatif. Contohnya gelanggang tenis, gelenggang
badminton atau di padang bola. Perancangan dan strategi ini penting agar kita dapat
menggunakan ruang yang ada dengan sebaiknya. Guru juga seharusnya mengenal pasti
dan menggunakan alatan sukan untuk menggalakkan penglibatan kemahiran manipulatif
kanak-kanak.
BENTUK PERGERAKAN MANIPULATIF ALATAN
Manipulatif alatan mempunyai pergerakan-pergerakan yang boleh dilakukkan
oleh kanak-kanak bagi meningkatkan lagi kemahiran motor kasar dan motor halus
seseorang kanak-kanak itu. Antara bentuk-bentuk pergerakannya adalah menyambut,
memukul, dan membaling. Di bawah pergerakan membaling ini terdapat 2 subtopik
bentuk gerakan balingan iaitu gerakan balingan bawah paras bahu dan balingan atas
bahu.
MEMBALING DAN MELAMBUNG BOLA
Pergerakan membaling terdiri daripada dua bentuk gerakan iaitu gerakan balingan
bawah aras bahu dan gerakan balingan atas paras bahu. Bentuk gerakan balingan bawah
4 |
aras bahu dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan bagi kanak-kanak
yang tidak mahir lagi dan bagi yang telah mahir balingan bolehlah dilakukan dengan
sebelah tangan sahaja menggunakan sebiji bola kecil. Pergerakan ini memerlukan cara
balingannya yang tersendiri iaitu pembaling berdiri dengan merapatkan kaki menghadap
sasaran, tangan kanan diluruskan ke bawah dan ke belakang. Pada masa yang sama,
badan berpusing sedikit ke kanan dan berat badan disokong oleh kaki kanan. Seterusnya
tangan dihayun pantas ke hadapan dan pada masa yang sama kaki kiri melangkah ke
hadapan serta bola dilepaskan apabila bola berada pada sudut tepat bersetentangan
dengan sasaran. Di samping itu, tangan kiri menghayun ke belakang untuk menyokong
imbangan badan.
Bentuk pergerakan membaling yang kedua ialah gerakan balingan atas paras
bahu. Aktiviti balingan ini memerlukan cara yang betul bagi menjalankannya, tidak
kiralah dengan menggunakan bola atau alatan lain. Antara caranya, pembaling yang
menggunakan tangan kanan mestilah berdiri dalam kedudukan kaki kiri ke hadapan dan
sisi kiri menghala ke sasaran. Jejari menggengam bola dan tangan pembaling dihayun ke
belakang sehingga kedudukannya menjadi sudut tegak dengan badan dan bola berada
pada kedudukan di belakang telinga serta pergelengan tangan dikunci. Kemudian bawa
tangan yang mengengam bola ke arah hadapan dengan siku mendahului dan bola
dilepaskan pada paras bahu. Seterusnya keseluruhan tangan dilajakkan menghala ke arah
sasaran dengan melangkahkan kaki kanan untuk membaiki imbangan.
Kesemua pergerakan manipulatif ini melibatkan penggunaan motor kasar dan
motor halus. Penggunaan motor halus melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada
tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki dan lidah. Keadaan ini dapat
dilihat di mana mata akan mengesan rangsangan dan merangsang perkembangan motor
halus kerana kanak-kanak perlu menggunakan otot tangan dan jari. Penggunaan motor
kasar pula melibatkan pergerakan yang besar seperti gerakan anggota tangan, lengan,
kaki atau keseluruhan bahagian badan. Penggunaan motor kasar dapat dilihat misalnya,
semasa kanak-kanak terlibat dengan aktiviti yang melibatkan penggunaan bola. Bola
5 |
inilah yang bertindak sebagai objek untuk meningkatkan kemahiran manipulatif kanak-
kanak tersebut. Oleh itu, kesemua bentuk pergerakan manipulatif alatan ini memerlukan
pengawalan keseimbangan dan koordinasi yang lebih sistematik dengan organ deria yang
lain seperti mata dan sentuhan bagi meningkatkan lagi perkembangan motor kasar dan
motor halus kanak-kanak.
Berikut adalah gambarajah contoh aktiviti membaling dan melambung bola:
6 |
• Melambung sebiji bola ke udara dan menyambut semula
• Melambung bola setinggi yang boleh dan menyambut semula
• Melambung bola serendah yang boleh dan menyambut semula
• Meleretkan bola ke dinding dan menahan semula
• Meleretkan bola kesasaran
KESAN PERGERAKAN MANIPULATIF
Kesan Positif
Kesan positif daripada pergerakan ini ialah di mana kanak-kanak mampu untuk
melakukan aktiviti harian mereka sendiri seperti memegang sudu dengan
betul,menggunakan gunting dengan cara yang betul dan sebagainya.
Selain dari itu, kanak-kanak juga mampu meningkatkan kebolehan mereka dalam
koordinasi mata di mana melalui aktiviti yang di jalankan iaitu dikenali sebagai
‘dexterity’. Kanak-kanak yang dilatih sejak dari kecil lagi, mampu atau berupaya
melakukan aktiviti pergerakan manipulatif ini dengan baik sekiranya guru-guru melatih
cara pergerakan manipulatif dengan betul dan ini perlu dilakukan secara berterusan
sehingga mereka dapat menguasai pergerakan manipulatif ini. Daripada pergerakan ini
juga, kanak-kanak mampu memperkembangkan motor halus dalam pengawalan pensil
dengan menulis dengan betul dan gengaman jari tangan dengan betul.
Seperti yang telah kita ketahui, kemahiran motor kasar ini melibatkan pergerakan
yang besar seperti gerakan anggota tangan, kaki dan keseluruhan badan. Oleh itu, tenaga
yang diperlukan juga adalah besar. Setelah kanak-kanak mempelajari pergerakan ini,
kanak-kanak mampu meningkatkan kemahiran mereka seperti berjalan, mengimbangkan
badan dengan berdiri sebelah kaki, berjengket beberapa langkah, melompat dengan
kedua-dua belah kaki, meloncat berterusan selama 1 minit, berlari ke arah yang
7 |
ditentukan, naik dan turun tangga, mengimbangkan badan secara perlahan dan
sebagainya.
Kesan Negatif
Kesan negatif daripada pergerakan ini ialah kanak-kanak mungkin akan
mengalami trauma hasil daripada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.Ini adalah kerana
kanak-kanak yang mengalami kecederaan ketika ketika melakukan aktiviti pergerakan
manipulatif ini akan berasa diri mereka tidak selamat sekiranya mereka melakukan
aktiviti tersebut untuk kedua kali atau untuk yang seterusnya.Sebagai contoh,Ali terjatuh
ketika dalam aktiviti berlari dan menyebabkan kaki kanannya terseliuh.Daripada
peristiwa tersebut,Ali berasa takut dan trauma untuk melakukan aktiviti tersebut untuk
hari yang akan datang kerana takut akan peristiwa tersebut akan menimpa dirinya lagi.
Kesan yang kedua ialah timbul perasaan tidak yakin pada diri sendiri.Daripada
perasaan trauma yang di jelaskan tadi,maka timbulah pula perasaan tidak yakin pada diri
sendiri.Kanak-kanak akan berasa tidak yakin pada diri mereka lantaran daripada perasaan
trauma yang di alami mereka.Sebagai contoh,Ali sudah tidak yakin pada dirinya kerana
dia tidak berani melakukan aktiviti seperti berlari.Selain daripada itu,kanak-kanak juga
terdedah dengan risiko bahaya dalam melakukan aktiviti pergerakan manipulatif
ini.Mereka terdedah kepada risiko seperti kecederaan, kebimbangan,perasaan takut dan
sebagainya.
KESIMPULAN
Pergerakan Manipulatif sangat penting untuk perkembangan kanak-kanak.
Kemahiran motor pada amnya melibatkan hubungan antara otak, sistem saraf dan otot
yang bekerja secara bersama. Penguasaan kemahiran motor sama ada motor halus, kasar
dan manipulatif ini amat penting dalam pergerakan asas untuk membolehkan murid
melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan aktiviti pembelajaran dengan penuh yakin.
Pergerakan Manipulatif ini melibatkan penggunaan motor kasar dan motor halus.
Penggunaan motor halus melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan
8 |
tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki dan lidah. Keadaan ini dapat dilihat di mana mata
akan mengesan rangsangan dan merangsang perkembangan motor halus kerana kanak-
kanak perlu menggunakan otot tangan dan jari. Penggunaan motor kasar pula melibatkan
pergerakan yang besar seperti gerakan anggota tangan, lengan, kaki atau keseluruhan
bahagian badan. Penggunaan motor kasar dapat dilihat misalnya, semasa kanak-kanak
terlibat dengan aktiviti yang melibatkan penggunaan bola. Oleh itu, kesemua bentuk
pergerakan manipulatif alatan ini memerlukan pengawalan keseimbangan dan koordinasi
yang lebih sistematik dengan organ deria yang lain seperti mata dan sentuhan bagi
meningkatkan lagi perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak.
PERGERAKAN KREATIF
Pergerakan kreatif bermaksud pergerakan yang dilakukan secara simbolik.
Pergerakan Kreatif dihasilkan daripada idea, perasaan serta tanggapan deria untuk
menterjemahkan sesuatu situasi atau rangsangan yang diberi. Sebagai contoh, pokok
pisang yang ditiup angin boleh ditunjukkan secara simbolik dengan mengangkat kedua-
dua belah tangan sambil digoyang ke kiri dan ke kanan secara lemah lembut. Pengalaman
dalam melakukan pergerakan kreatif akan memberi peluang memperkembangkan
kesedaran dan kefahaman tentang konsep pergerakan.
Pergerakan kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama
dan daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi.
Dengan kata lain pergerakan kreatif bermaksud suatu tafsiran idea, perasaan atau
tanggapan deria yang dapat dilahirkan secara simbolik melakukan pergerakan.
Pergerakan kreatif boleh dilakukan sama ada secara bersendirian, berpasangan atau
berkumpulan. Sekiranya pergerakan itu dihayati dengan mood dan perasaan yang
berkaitan, pergerakan tersebut menjadi lebih bermakna. Penyelesaian masalah dalam
pergerakan kreatif bukan berunsurkan pertandingan. Setiap pergerakan yang ditonjolkan
adalah mengikut interpretasi dan penilaian kendiri.
9 |
Terdapat empat unsur utama dalam pergerakan kreatif Kesemua unsur yang
dinyatakan ini akan dapat membantu pelakunya untuk berkomunikasi. Empat unsur
tersebut itu ialah:
1. Tubuh badan
2. Ruang
3. Masa dan
4. Daya
10 SEKUEN LAKUAN PERGERAKAN KREATIF
BERJALAN
Di antara aktiviti berjalan yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:• Jalan berundur dan kemudian ke hadapan• Berjalan dengan melakunkan gaya robot atau
askar permainan berjalan• Berjalan dengan melakunkan gaya gergasi
berjalan• Berjalan dengan melakunkan gaya cara gorila
berjalan• Berjalan dengan melakunkan gaya meredah
semak• Berjalan dengan melakunkan gaya gajah berjalan• Berjalan dengan melakunkan gaya anjing cedera
di kaki berjalan• Berjalan dengan melakunkan gaya patung
berjalan• Berjalan bebas dengan gaya dan langkah yang
betul• Berjalan dengan melakunkan gaya model berjalan• Berjalan dalam bentuk zig-zag ke hadapan dan
belakang atau ke kiri dan kekanan• Berjalan tonjet• Berjalan dengan mengangkat lutut tinggi• Berjalan dengan melakunkan gaya berkawat
seorang askar• Berjalan perlahan dengan langkah besar dan
10 |
kemudian beransur melangkah kecil• Berjalan pantas dengan langkah besar dan
kemudian beransur melangkah kecil• Berjalan naik tangga• Berjalan menuruni tangga• Berjalan melangkah longkang• Berjalan meniti titi
BERLARI
Di antara aktiviti berlari yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:• Berlari setempat dengan ayunan tangan yang
lurus• Berlari dengan pelahan serta lutut diangkat tinggi• Berlari pantas dan beransur-ansur pelahan• Berlari dan berhenti apabila syarat diberikan dan
berhenti apabila isyarat diberikan dan berlari semula
• Berlari ke hadapan serta berundur kesisi• Berlari mengikut seorang ketua• Berlari dengan pelbagai kelajuan berdasarkan
arahan• Berlari mengikut arah zig-zag• Lari beberapa langkah dan kemudian melompat• Berlari dengan gaya seperti pelari lari pecut• Berlari dengan gaya seperti pelari jarak sedehana• Berlari dengan gaya seperti pelari jarak jauh
MELOMPAT
Di antara aktiviti melompat yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:• Melompat seperti rusa melompat pagar• Melompat tali atau garisan di atas lantai• Melompat halangan yang ditinggikan sedikit dari
paras lantai• Melompat setempat penekanan kepada ketinggian
lompatan• Melompat tinggi dan rendah berubah-ubah
mengikut arahan• Melompat dengan mencapai berbagai benda• Melompat sampil bergerak kehadapan• Melompat ke dalam dan keluar gelung rotan
11 |
• Melompat setempat• Melompat melakonkan serta meniru cara
kanggaru melompat• Melompat melakonkan serta meniru cara katak
melompat• Melompat menyeberang dua utas tali yang
menyerupai anak sungai• Melompat sambil mengubah arah lompatan
MELOMPAT KETINGTING
Di antara aktiviti melompat ketinting yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:• Melompat ketingting setempat tegak diatas
sebelah kaki selama empat kiraan• Melompat ketingting dan pusing badan kekiri dan
kekanan• Melompat ketingting berarah kehadapan-
kebelakang dan kekiri-kekanan mengikut isyarat• Melompat ketingting meliputi pelbagai jarak• Melompat ketingting dengan melintas tali, pundi
kacang atau garisan
LARI SISI
Minta pelajar lakukan aktiviti-aktiviti dibawah berdasarkan arahan dalam bentuk tiupan wisel atau irama muzik:• Lari sisi ke kiri dan ke kanan• Lari sisi perlahan-pelahan dengan langkah yang
rendah• Lari sisi dengan badan dinaikkan• Lari sisi kemudian galop• Lari sisi sambil berpegang tangan dengan
pasangan• Galop tanpa menyentuh sesiapa• Galop dengan laju kemudian perlahankan
kelajuan
SKIP
Di antara aktiviti skip yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
12 |
• Skip ke hadapan• Skip mengikut satu bulatan• Skip dengan membuat pola tertentu• Skip tinggi dan rendah mengikut isyarat• Skip secara berpasangan• Tunjukkan skip yang tenang dan menyeronokan• Skip setinggi yang boleh• Skip serendah yang boleh• Skip menuju kearah tertentu• Skip setempat
MERANGKAK
Diantara aktiviti merangkak yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:• Merangkak• Merangkak melalui pelbagai halangan• Merangkak melalui bawah sarang labah-labah• Merangkak secara berpasangan dengan kaki
pasangan diikat• Merangkak melalui tali
13 |
GULING HADAPAN
Cara guling hadapan seperti berikut;• Berdiri tegak tangan diluruskan ke atas ambil
nafas• Bengkokkan lutut tangan lurus ke hadapan sedia
untuk berguling• Naikkan pinggul dan rapatkan tangan dan dada ke
tilam kemudian guling• Guling ke hadapan dengan dibantu (Guru perlu
meminta pasangan pelajar yang membantu menyokong pinggul dan bahagian belakang pengguling. Oleh kerana aktiviti ini berisiko tinggi adalah dicadangkan kaedah tunjukcara digunakan)
• Kembali ke ke dudukan dekam dan luruskan kedua-dua tangan
GULING KE HADAPAN
Untuk membuat gulingan ke hadapan, ikut langkah di bawah.• Bersedia dengan tangan lurus ke atas• Bengkokkan lutut tapak tangan ke atas dan jari
menghala ke belakang• Sedia untuk berguling ke belakang dan letakkan
punggung di atas tilam• Tolak badan dengan tangan. Guling ke belakang
dengan dibantu (Guru perlu meminta pasangan pelajar membantu menyokong pinggul dan bahagian belakang pengguling. Oleh kerana aktiviti ini berisiko tinggi adalah dicadangkan kaedah tunjukcara digunakan)
• Mendekam dan berdiri semula
14 |
GULING SISI
NILAI YANG BOLEH DITANAMKAN DALAM PERGERAKAN KREATIF
Dalam pergerakan kreatif, banyak nilai-nilai positif yang boleh diterapkan agar
boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai yang perlu diperhati dan
ditegaskan, ialah:
Keyakinan diri dalam melakukan pergerakan.
Keseronokan dan kepuasan.
Kesyukuran
Kebebasan mencurahkan perasaan, idea dan emosi.
Menghormati orang lain.
Menyedari keperluan orang lain
Semangat cintakan keindahan alam sekitar
Bekerjasama.
baik hati
berhemah tinggi
kasih sayang
kebebasan
kejujuran
15 |
rasional
berkerjasama
berdikari
keadilan
keberanian
kebersihan fizikal dan mental
kerajinan
kesederhanaan
semangat bermasyarakat
PENUTUP
Dalam Program Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah, telah dinyatakan bahawa
kegiatan seperti pergerakan asas, pergerakan kreatif, asas gimnastik serta sukan dan
permainan adalah supaya penumpuan khas dapat diberikan kepada peringkat
perkembangan murid.
Pergerakan lokomotor dan manipulasi peralatan sangat penting kerana ia
merupakan asas untuk mencipta pergerakan yang lebih kompleks untuk tujuan sukan dan
kehidupan seharian. Sebab itulah pergerakan asas diterapkan kepada pelajar di sekolah
rendah supaya mereka dapat menguasai dan memahirkan diri dalam melakukan
pergerakan yang lebih kompleks.
Amali pergerakan asas memberikan impak dan kesan positif yang besar buat
semua murid paya memperoleh pengalaman dan pengetahuan yang betul dan tepat
mengenai pergerakan serta mampu dengan menggunakan kaedah yang betul dan selamat.
16 |
RUJUKAN
1. Ahmad Khair, Buku Panduan Khas Pendidikan Jasmani Tahun Tiga Kementerian
Pelajaran Malaysia, (1983), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.
2. David Porter, (2004), Winning Gymnastics For Gilrls, United States America,
Facts On File Inc.
3. Philip Pearson Msc, (1998), Safe And Effective Exercise, Ramsburry, Marlborough,
The Crowood Press.
4. Teng Boon Toong, (1989), Panduan Pengajaran Gimnastik Artistik, Subang Jaya,
Longman Malaysia Sdn. Bhd.
5. Wee Eng Hoe ( 2001 ), Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan. Shah
Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
6. Wee Eng Hoe ( 1994 ), Pengajaran Pendidikan Jasmani. Selangor: Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
7. Ramakrishnan, P. Y. (1998), Pendidikan Pergerakan Mudah. Shah Alam: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
8. David L. Gallahue, Frances Cleland Donnelly (2003) Developmental physical
education for all children. NewOrleans: Human Kinetics
9. Ellen Booth Church. (19920 Learning through play. New York: Scholastic Inc.
10. Victor Paul Dauer (1972) Essential movement experiences for preschool and
primary children. New York: Burgess Pub. Co.
17 |