Laporan BIG Hari Kedua ( 11 April 2014 )
Seawal pukul 5 : 30 pagi, sesi Moral telah dijalankan oleh pensyarah En.
Yu Chee Han. Kami disuruh untuk berdoa mengikut ajaran agama masing –
masing. Selepas berdoa, En Yu telah mengadakan aktiviti bersama kami. Dia
telah menyuruh kami untuk menyenaraikan kelebihan dan kelemahan masing –
masing. Selepas itu, beberapa orang pelatih telah disuruh untuk berkongsi apa
yang telah dicatat oleh mereka. Semasa aktiviti tersebut dijalankan, Encik Yu
turut memberikan nasihat kepada kami. Beliau telah menyatakan bahawa
seseorang individu haruslah menerima kelebihan dan kelemahan orang di
sekelilingnya serta memperbaiki kelemahan diri masing – masing.
Selepas sesi Moral dengan Encik Yu iaitu pada pukul 6 : 30 pagi, aktiviti
yang dijalankan ialah nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak, lagu IPGM
dan lagu Guru Malaysia. Seterusnya, kami membuat senam robik.
Setelah aktiviti nyanyian dan senam robik dijalankan, aktiviti “ Power Walk
” telah dijalankan. Kami berjalan menaiki bukit. Perjalanan menaiki bukit
mengambil masa lebih kurang 15 minit. Sesi tangkap gambar telah dilakukan di
atas bukit.
Selepas itu, kami berjalan balik ke Pangkor Village Resort dan bersarapan
pagi yang disediakan oleh unit N3. Pada pukul 8 pagi selepas semua pelatih
mengambil sarapan, kami berkumpul di depan Astaka. Encik Krishna telah
memberikan taklimat aktiviti kembara yang akan dijalankan pada hari tersebut.
Kami diberikan gambar-gambar yang dihantar pada awal pagi ini melalui
penggunaan Whatsapp sebagai panduan laluan, Sebelum aktiviti kembara
dijalankan, pemeriksaan barang dijalankan bersama dengan tutor masing-
masing supaya kami tidak membawa barang larangan sepanjang kembara ini.
Bahan-bahan yang disediakan kepada kami ialah 7 biji telur, 5 bungkus mi
segera, 3 batang mancis dan bekas untuk memasak mee tersebut. Kami
bertolak pada pukul 8: 47 pagi.
Kembara ini telah dibahagikan kepada 5 stesen dan setiap stesen mempunyai aktiviti yang berlainan.
Stesen 1 :
En Zulkiply memberikan sehelai kertas A4 kepada kami dan menyuruh
kami mencari jalan untuk memastikan semua orang dari N1 dapat berada dalam
kertas tersebut. Akhirnya, kami berjaya.
Stesen 2 :
Sifu Taj menyuruh kami membuat persembahan yang boleh membuatnya
ketawa. Walaupun persembahan kami kurang memuaskan, tetapi kami telah pun
mencuba sedaya upaya untuk mempersembahkan yang terbaik.
Stesen 3 :
En Yusri menyuruh kami mencari arah angin dengan menggunakan
sebatang kayu dan matahari. Oleh sebab banyak kumpulan yang tidak berupaya
menjawab soalan ini dengan betul, En Yusri telah memberikan penjelasan
kepada kami.
Selepas stesen 3, destinasi yang seterusnya ialah Masjid Sungai Pinang.
Di situ, En Krishna telah memberikan panduan baru kepada kami. Kami mula
bertolak ke destinasi baru iaitu Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Perak
selepas diberi taklimat.
Stesen 4 :
Di sini, kami diminta untuk memasak mi segera yang kami bawa dari
Pangkor Village Resort dengan menggunakan kayu – kayu api yang dikutip di
sekeliling pantai untuk membuat unggun api. Kami berjaya menggunakan bahan
– bahan yang terhad untuk memasakkan mi tersebut.
Stesen 5 :
Aktiviti pertolongan cemas telah dijalankan. Kami diberitahu jenis – jenis
kecederaan dan disuruh untuk memberi pertolongan cemas serta membawa
mangsa tersebut dengan cara usungan yang sesuai. Rakan kami, Chai Pei Wen
telah dipilih untuk menjadi mangsa tersebut kerana dia berbadan kecil.
Walaupun terdapat kesalahan kecil, tetapi dengan semangat kerjasama kami
telah berjaya melaksanakan tugasan ini.
Aktiviti kembara ini telah mengambil masa lebih kurang 6 jam. Selepas
makan tengahari, kami mengadakan sesi Pembinaan Jati Diri dengan SifuTaj.
Kami disuruh menyediakan 2 botol air. Satu diisi dengan air manakala satu lagi
merupakan botol kosong. Pelatih dikehendaki untuk menuangkan air ke botol
kosong dengan menggunakan tali. Kumpulan yang mempunyai jumlah air yang
banyak dikira sebagai pemenang.
Selepas itu, kelas kami bertanggungjawab untuk menyediakan minum
petang. Selepas minum petang, kami telah mengadakan sesi refleksi terhadap
aktiviti kembara hari ini dengan En Krishna. Setiap kelas dikehendaki
menghantar wakil untuk memberi refleksi. Beliau turut memberi beberapa nasihat
serta rumusan sebagai penamatan aktiviti kembara.
Setelah makan malam, sesi moral telah diadakan dengan Pn Tan dan
Miss Ooi. Mereka telah memberi beberapa peringatan tentang aktiviti air yang
akan dijalankan pada keesokan hari. Seterusnya, kami diberi beberapa helaian
surat khabar untuk mencipta baju kepada model kumpulan masing – masing.
Pada pukul 11 malam, En Radzi telah memberikan taklimat berkenaan
aktiviti air dan malam kebudayaan. Beliau telah mengagihkan tugasan kepada
AJK – AJK yang berkenaan. Beberapa orang rakan sekelas kami telah
ditugaskan untuk menjaga malam mengikut jadual yang telah ditetapkan. Oleh
sebab hujan lebat pada larut malam, kami terpaksa pindah ke dalam dewan.
Laporan BIG Hari Ketiga ( 12 April 2014 )
Seawal pukul 5 : 30 pagi, kami berkumpul di Astaka untuk menjalankan
sesi moral bersama En Sharifuddin. Kami telah dikehendaki untuk menjawab
soalan – soalan yang telah diberi oleh En Amir. Selepas itu, aktiviti yang
dijalankan ialah nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak, lagu IPG M dan
lagu Guru Malaysia. Seterusnya, kami membuat senam robik.
Setelah bersarapan pagi, kami mula bersiap sedia untuk menjalankan
aktiviti air. Sebelum masuk ke dalam air, En Zulkiply telah memberikan taklimat
tentang keselamatan semasa berada dalam air. Beliau turut mengajar kami
tentang cara pemakaian jaket keselamatan yang betul.
Selepas itu, Encik Yusri menyediakan beberapa aktiviti air kepada kami
untuk membina keyakinan diri dalam air. Beliau turut mengajar kami pertolongan
kecemasan semasa dalam air.
Selepas berehat untuk minum pagi, kami telah dibawa ke jarak 100 meter
dari tepi pantai dan kami dikehendaki untuk berenang balik.
Kelas kami, N1 telah ditugaskan untuk menyediakan makan tengah hari.
Selepas makan tengahari, kami balik ke dewan. Aktiviti yang dijalankan ialah “
Fashion Show ”. Para pelatih harus mempersembahkan baju – baju yang dicipta
oleh kumpulan masing – masing. Kumpulan 7 merupakan pemenang. Baju yang
dicipta oleh mereka ialah baju yang dipakai oleh Tarzan.
Seterusnya, kami mula membuat persiapan untuk Malam Kebudayaan.
Sebelum Malam Kebudayaan bermula, kami disajikan dengan barbeku
sebagai makan malam yang disediakan oleh unit N3.
Malam Kebudayaan bermula tepat pada pukul 9 malam. Pelbagai
persembahan telah disediakan oleh unit masing – masing dan berjalankan
dengan lancar. Tema bagi unit N1 ialah patriotik, N2 ialah perpaduan, N3 ialah
alam sekitar, N4 ialah BIG dan N5 ialah pendidikan.
Malam Kebudayaan ini telah ditamatkan dengan persembahan guitar
daripada pensyarah – pensyarah.
Selepas itu, kami pergi minum malam. Kebetulan keesokan hari
merupakan hari jadi En Johnson. Kami telah meraikan hari jadi beliau di dalam
dewan. Pelatih – pelatih unit N4 telah menyediakan sebiji kek untuk En Johnson.
Kami semua rehat di dalam dewan kerana hujan lebat.