SMK TINGGI KAJANGSEKOLAH PUSAT TINGKATAN ENAM
PENYELIDIKAN DAN KOLOKIUM
SEKTOR PERTANIAN DALAM PEMBANGUNAN NEGARA:
BIDANG AKUAKULTUR
Sinopsis1. Akuakultur ialah proses menternak spesies hidupan (haiwan dan tumbuhan) air tawar, air payau atau air masin di dalam persekitaran yang terkawal.
2. Merangkumi segala aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran produk hidupan air.
3. Matlamat utama akuakultur ialah: meningkatkan kualiti dan kuantiti ternakan. menggunakan sumber tanah dan perairan yang sedia ada dengan sepenuhnya.
4. Kawasan-kawasan yang boleh dimajukan ialah tasik, bekas lombong, empangan, kolam, konkrit, muara sungai dan laut serta akuarium.
5. Antara spesies yang boleh dijalankan akuakultur ialah Tilapia, Keli, Baung, Palin, Temoleh, Jelawat, Lampam, Karp, Haruan, Udang Galah dan Ikan Hiasan untuk perairan air tawar dan Kerapu, Siakap, Jenanak, Udang Harimau, Tiram dan Siput Sudu untuk perairan air payau dan laut.
PENGENALAN
Kenaikan harga minyak telah
menyebabkan kenaikan harga kos pengeluaran
pertanian yang telah membebankan petani,
penternak, dan pengusaha akuakultur. Jemaah
Menteri pada 16 April 2008,telah meluluskan
cadangan Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani mengenai pemberian insentif
pengeluaran dengan tujuan untuk meringankan
bebanan petani/penternak berikutan dengan
kenaikan kos pengeluaran dan menggalakan
peningkatan pengeluaran.
Kadar insentif yang diberikan bagi
buah-buahan ialah sebanyak RM78/tan metrik dan
bagi sayur-sayuran pula adalah sebanyak RM
81/tan metrik.
Visi:
Meningkatkan pengeluaran dan imbangan dagangan
perikanan negara ke arah mewujudkan kumpulan
sasar yang maju menjelang tahun 2010.
Misi:
Mengurus dan membangunkan sektor perikanan
negara secara mapan,dinamik dan berdaya saing
berasaskan maklumat siantifik dan perkhidmatan
berkualiti .
Definisi Konsep
1.Program Zon Industri Akuakultur [ZIA] merupakan program
pengezonan kawasan tanah dan perairan yang
dikenalpasti sesuai untuk dibangunkan dengan projek
akualkultur berskala komersial sebagai salah satu strategi
untuk meningkatkan pengeluaran ikan,udang dan kerang-
kerangan yang ditetapkan di bawah Dasar Pertanian
Negara ke Tiga [DPN3].
2.ZIA adalah kawasan yang mendapat kelulusan dari
Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan [MMK].
Objektif Mewujudkan ZIA1.Memudahkan kerajaan menyediakan khidmat sokongan dengan lebih cekap dan
berkesan.
2.Mengurangkan kos pembangunan dan pengurusan melalui penyediaan dan penggunaan kemudahan infrastruktur secara berpusat.
3.Pelaksanaan projek akuakultur berskala besar dijangka dapat menerapkan unsur-unsur komersial, mengurangkan kos, meningkatkan daya saing dan memudahkan proses pemindahan teknologi baru.
4.Boleh menjadi pemangkin kepada pertumbuhan cergas aktiviti hiliran seperti hiliran seperti pengeluaran produk dengan nilai tambah (value-added) dan “agro-tourism”.
5.Menyokong langkah mewujudkan pelan pembangunan bersepadu di sesuatu kawasan/daerah.
6.Mewujudkan kawasan kekal Zon Industri Akuakultur.
7.Meningkatkan pengeluaran ikan selari dengan matlamat Pelan Imbangan Dagangan (BoT).
8.Meningkatkan pendapatan bersih pengusaha akuakultur kepada sekurang-kurangnya RM3000/bulan.
Pembahagian Kawasan Zon Industri Akuakultur bagi High Impact Project (HIP)
cadangan
Menggiatkan pertanian secara kontan dan komersil untuk memenuhipermintaan yang semakin meningkat dengan mengurangkanimport dan menambahkan eksport.
Menggiatkan penyelidikan dan pembangunanbagi mewujudkan sumber pertumbuhanbaru.
Pengurusan pertanianyang efisyen.
Memberi bimbingan dan latihan kepada para petani.
Memperlengkapkan kemudahan infrastrukturdan pemasaran hasil pertanian.
RumusanKesimpulannya, usaha mentransformasikan sektor
pertanian supaya menjadi lebih moden, dinamik dan
berdayasaing mesti diteruskan. Ini penting
memandangkan pasaran global akan mengalami
liberalisasi perlagangan akibat perlaksanaan AFTA
dan rundingan WTO. Hasil pengeluaran pertanian
perlu mempunyai kecekapan kos dan berkualiti
supaya dapat bersaing dengan keluaran daripada
negara-negara pengeluar yang lain. Sektor pertanian
yang lebih moden, dinamik dan berdayasaing akan
menjamin petani, penternak dan nelayan
mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi dan
stabil.