Syair Pesanan Ayahanda
Dengarkan tuan ayahanda berperi,Kepada anakanda muda bestari,
Jika benar kepada diri,Nasihat kebajikan ayahanda beri.
Ayuhai anakanda muda remaja,Jika anakanda mengerjakan raja,
Hati yang betul hendaklah disahaja,Serta rajin pada bekerja.
Menjalankan kerja janganlah malas,Zahir dan batin janganlah culas,Jernihkan hati hendaklah ikhlas,
Seperti air di dalam gelas.
Jika anakanda jadi besar,Tutur dan kata janganlah kasar,Janganlah seperti orang sasar,Banyak orang menaruh gusar.
Tutur yang manis anakanda tuturkan,Perangai yang lembut anakanda lakukan,
Hati yang sabar anakanda tetapkan,Perasaan orang anakanda fikirkan.
Kesukaan orang anakanda cari,Supaya hatinya jangan lari,
Masyhurlah anakanda dalam negeri,Sebab kelakuan bijak bestari.
Nasihat ayahanda anakanda fikirkan,Keliru syaitan anakanda jagakan,
Orang berakal anakanda hampirkan,Orang jahat anakanda jauhkan.
Setengah orang fikir keliru,Tidak mengikut pelajaran guru,
Tutur dan kata haru biru,Kelakuan seperti anjing pemburu.
Tingkah dan laku tidak kelulu,Perkataan kasar keluar selalu,
Tidak memikirkan orang empunya malu,Bencilah orang hilir dan hulu.
Itulah orang akalnya kurang,Menyangka dirinya pandai seorang,
Takbur tidak membilang orang,Dengan manusia selalu berperang.
BERSILA DI ATAS TIKAR MERDEKA
TELAH DI PILIH DARIPADA POHON MENGKUANG TERBAIKDI TANAH GEMBUR BERLEMBAH SUBUR MAKMUR INITELAH DIPILIH DARIPADA DAUN TUA TERBAIK-SEGAR DAN LEBARDICANTAS DAN DIHIMPUN DARIPADA TIGA POHON TERBAIKDIJEMUR DI BAWAH TERIK MENTARI NAMUN TETAP KUKUH IADILAYAT MENJADI JALUR JEMALUR NAMUN TETAP LIAT IADIRENDAM DENGAN TIGA RUPA WARNA SEMAKIN CANTIKDI JEMUR LAGI DAN DI LURUT BERKALI – KALI SEMAKIN LEMBUT IA
TELAH DI PILIH DARIPADA PENGANYAM TIKAR TERMAHIRDIATAS BUMI INDAH AMAN MAKMUR INIHALUS JEMARI MENYUSUN DAN MENYILANG JALURANMENGANYAM PETAK – PETAK WARNA DENGAN AKAL SENITIDAK MUDAH SEPERTI YANG KITA SANGKAKANJALURAN HARUS TEPAT MENYISIP ATAS BAWAHHATI PERLU TABAH MENGHADAPI WAKTU SABARDARI LUAS SEINCI DI JADIKAN LEBAR SEJENGKALDARI SEJENGKAL DIJADIKAN SEHASTA DEPADARI SEHASTA DEPA DIJADIKAN SEHAMPARAN SUDAHBEGITU PAYAH SEBENARNYA MENYIAPKAN TIKAR KERAMAT INIBEGITU CANTIK PULA SIAPNYA MEMAPARKAN DIRISIAPA MELIHAT MENJADI TERPEGUN AMAT AKAN CORAKNYASIAPA MENYENTUH BERASA HALUS AMAT AKAN SENI DIRINYA
INILAH TIKAR MERDEKA TERPILIH BINAAN GENERASI LALUJANGAN SEKALI – KALI GADAIKAN IA KEPADA PENJAJAHJANGAN SEKALI – KALI HAMPARKAN IA KEPADA PEMBELOT BANGSAJANGAN SEKALI – KALI MELETAKKAN NILAI HARGANYA KEPADA SESIAPAKERANA TIKAR INI HANYA UNTUK PEJUANG TERBILANGKERANA TIKAR INI HANYA UNTUK RAKYAT BERHATI WAJAKERANA TIKAR TIADA TERNILAI UNTUK DI TUKAR GANTI
HANYA KEPADAMU KAMI BERSETIA DAN BERSUMPAHHANYA KEPADAMU KASIH KAMI TUMPAH MELIMPAHKAMILAH INSAN PALING BERTUAH MENDUDUKI TIKAR MERDEKA INIBERSILA DAN BERZIKIR HAYAT MENYUSUN SEJARAH BANGSA..
~ Adam Mohd Noor
MERDEKA
Merdeka!,Merdeka!,Merdeka!
ungkapan laungan pasti bulan ogos,berkobar-kobar membakar rakus suasana jiwa,dengan limpahan darah dan airmata,bergelut resah derita memaut bangsa,memori ngeri menggengam sebuah erti merdeka,dukacita,kini mengganti pesta sakan nyanyi-nyanian,dentum bunga api yang menghangitkan udara,
Merdeka!,Merdeka!,Merdeka!
jeritan ini yang bertempik megah oleh bangsa,tetapi ingat,bukan semua,pekik ini langsung tidak mengendong makna,buat insan yang masih menderita papa kedana,yang masih menghulur tangan mengubati sengsara,yang masih menjadi watak utama dalm rancangan ‘bersamamu’.
Merdeka!,Merdeka!,Merdeka!
jauh sudah bangsaku mengembara,dari seremban ke putrajaya hinggalah ke angkasa,jalur gemilang berkibar sasa,bertanya pula seorang hamba,bagaimana pula dengan bahasa,tambah bermadah pula,bahasa jiwa bangsa,adakah bahasa juga sudah jauh mengembara,atau masih terperuk dalam kamus dewan pustaka,atau hanya memakai baju ibunda,jawab lagi sorang hamba,bahasa ku hina,kau tidak boleh maju jika menggunakanya,alangkah malangnya,kata-kata seorang peludah bangsa,
Sajak Pertemuan Seputih Hati
Buat kesekian kalinyakami hulurkan salam
ucap bahagia menyambut ketibaanjejakilah damai permai
tanah bumi bertuahhiruplah nyaman segar udara di sini
angin mesra dari daerah saujanahamparan sawah padi terbentang
Pertemuan ini menjalinsegugus mesra antara kita
madah terbit dari nurani murnibiar jadi pedoman dan ikutan
generasi masa depan menghargaitinta dan bicara kalian
terpahat kekal di minda dan jiwabetapa tingginya nilai khazanah bangsa
tidak mungkin terjual selamanya,jangan sesekali dibiarkan kering
menjadi debu ditiup angin songsangatau dibiarkan menjadi sampah
mudah terbakar menjadi abu
Pertemuan ini jangan jadi penamatmenoktahkan perjuangan keramat
jangan dipadam api perjuangannyalakan obor semangatteruskan hingga kiamat
Setelah sekian lama dirintis denai inikini menjadi laluan terbentang
mana mungkin diizinkan petualangmenanam lalang menutup pandang,bersiaplah dengan sabit dan parang
tebaslah segala lalang liardan onak duri berbisa
jangan kita jadi penderhakamembiarkan laluan ini ditimbus
menyekat perjalanan anak bangsa
Berbicaralah dengan seputih hatimerungkai kusut
dari simpul-simpul kelabubentangkan helaian sutera terindah
untuk dilukis dengan warna kedamaianlambang sepakat suara sejagat
(Sajak ini dideklamasikan oleh YAB Dato’ Seri Mahdzir Khalid pada Malam Puisi Nusantara pada 28 Julai 2007 di Dewan Wawasan Jitra)
SEBUAH KAMPUNG(Kepada warga dunia, cintailah kedamaian ini)
Sebuah kampungsebatang jalan raya
dan akulengkap sebuah senario
bernama nostalgiatapi untuk apa?
Pertanyaan inisering aku tanya di sini
kepada diritapi ….
Sudah ke utara, selatantimur dan barat tapitidak juga kutemui
pemutus kataantara hitam dan putih
melainkan merah belakahampa.
Esok,akan kuterus pencarian inijika kaulihat aku di jalanan
khabarkan kepada semua orangTuhan itu satu.
SABRI HASHIM
Senyuman...
Senyuman tanpa suaraHanya pencetus rasa
Senyuman manis tanpa bicaraNamun tersingkap seribu makna
Senyumlah kerana yang Maha EsaTulus ikhlas tanpa prasangka
Tanda ukhwah buat semua manusiaSenyuman itu penawar segala duka
Pada hati yang sedang laraBagi insan yang sedang bermuram durja
Senyuman itu hadir lagiManis dan berseri
Beraja di hati bertahta di sanubariMekar menghiasi taman hati
Senyuman adalah gambaran lukisan hatiDari bahasa hati yang sukar dimengerti
Hati pula taliannya langsung kepada IllahiLantas ku panjatkan kesyukuran padaMu Ilahi
Kerna aku masih bisa tersenyum lagiWalaupun duka masih bersarang di hati
Biarlah duka itu berarak pergiMaka senyumlah wahai diri
Bersama kuntuman senyuman dari hatiKerna senyuman itu adalah pemanis diri
Yang bisa melenyapkan kegusaran yang terbuku di sudut sanubari...
~ Cinta abadi ~Cinta kepada bunga...
bunga akan layu cinta kepada kumbang...
kumbang akan melarikan diri cinta kepada insan...
insan akan menghancurkan hati
Maka...cintailah ALLAH
kepadaNya cinta yang hakikisebelum kau mencintai makluk
cintailah Khaliqmu
Rabiatul Adawiyah dan Imam Ghazalidengan cinta mereka yang abadi
hanya pada Ilahi cinta insani tiada diperduli
kerana cinta ALLAH cinta nan abadi
Cinta yang kekal abadi... adalah cinta kepada pencipta manusia itu sendiri...
CERMIN
Siapa itu disanaitukah aku
aku memandang akukehitaman rupakupunca segala dosa
kerana bakti pada nodatapi aku mahu begini
merendahkan martabatkuengkau melihat aku
sama seperti melihat dirimu.
Siapa itu disituitukah engkau
cahaya yang berkilaumenyinari seri wajahmupunca segala makrifat
kerana bakti pada hakikattapi engkau mahu begitumengatasi batas fanaqmu
engkau melihat akusama seperti melihat dirimu.
Engkau Istimewa
Ku kagum dengan… Ketabahan mu Kesabaran mu
Kekuatan semangat mu Keredhaan mu
Lihat betapa indahnya diri muDengan belaian kasih sayang mu
Dengan semangat yang kentalDengan perasaan yang tenang Menghadapi segala rintangan
Engkau istimewaKeistimewaan susah diketemui
Engkau handal Handal menghadapi segalanya
Engkau satu dalam seribuEngkau insan yang mulia
Insan yang diuji Insan yang sentiasa di dalam perhatian Allah
Dan sentiasa dirahmatiNya Engkau istimewa
Kekalkanlah keistimewaan mu Kerana ia sesuatu yang sangat berharga
Yang tiada tandingannyaIa adalah hanya milik mu
Ku kagum dengan Keistimewaan mu.
~ Selembar puisi untukmu ibu ~
Betapa besar jasamuBetapa besar pengorbananmuBetapa besar kasihmu padaku
Betapa aku senang melihat senyumanmuBetapa aku menyayangimu
Betapa bersyukur aku menjadi anakmu
Masa hidupku menjadi bahagia bersamamu ibuEngkaulah intan permata hatiku
Kelak aku akan membalas jasamu Sekuntum bunga ku berikan kepadamu
Sebagai tanda sayang ku padamuSelamat Hari Ibu
Dari anakmu..
Di tanah datar
Dalam kurun waktu yang tak begitu lamakau telah kembali dengan rupa yang berbeda
bukan seperti saat yang dulu...saat kita masih bersama
Perubahan ada padamu.....bukan seperti kesetiaanku
yang selalu menjaga cintaku yang hanya...untukmu
Cukuplah nafasku menanti kehadiranmusehingga yang kutunggu hanyalah mimpi
yang sebenarnya memang...hanyalah sebuah mimpi tentang dirimu
Kini aku berdiri di tanah ini....mengubur mimpi dan harapanku
tentang dirimu yang dulusebuah kelaluan yang semestinya.....
dari dulu kukubur dalam dalam
KARYA : NINDYA HERNADIE.
Gugurnya Kelopak Itu...
Tunas itu mula bercambah,Sekian lama tertanam di pelosok gentian,
Menjalar robek sinar mentar,Walau halangan datang menerpa.
Tunas itu mula berkembang,Kembangnya sekuntum mawar,Bagai si puteri bangkit beradu,Walau saingan menyerang tiba.
Si mawar mula mewangi,Semerbak harum menusuk kalbu,Ayuan merah kelopak menawan,
Lambaian hijau daunan menenang.
Lembut tubuh bersalut duri,Membangkit cemburu iri sang flora,
Menzahir gerun takut sang fauna,Hanya si kumbang gagah tiada gentar.
Ibu dikaulah mawar itu,Yang kupujai tiap waktu,Yang kurindui wajahmu,
Yang kukagumi ketabahanmu.
Cekal hati mendidik daku,Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,Tiada kelihatan setitip kemarahan.
Kini mawar itu kian layu,Perlahan dimamah arus usia,
Gugur sudah si ayu kelopaknya,Hilang sudah lambaian daunannya.
Segamit memori ku kenangi,Setulus kasih ku dambai,Potret wajahmu ku tatapi,
Sebuah kehilangan yang tiada ganti.
khas buat ibu tersayang..al-fatihah
Ibuku
IbuSetiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanyaKetika aku:
SedihGembiraGelisah
Naluri ibumuBagaikan sebati dalam diriku
Ketika aku sedihKaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakisPerasaan yang melunturkan
Semangatku
Ketika aku gembiraEngkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saatAku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia
Pabila gelisah menyelubungi jiwakuEngkau masih bersamakuMenolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkanPerjalanan hidupku
IbuSelagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimuMembelai dan menjagamu hingga ke hari tua
IbuAku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknyaNamun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangiInsan yang mulia ini
~Muhammad Syafiq~
Sajak Untuk Ibu
Siapalah daku tanpa dirimuWalaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewaKata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu disebalik kekatamu ituTerselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untukkebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan
Ibu….
Daku telah banyak berdosa kepadamuDapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantaiYang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecilDan menatap wajahku yang hina ini...
Sempena Hari IbuDaku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagiaDisamping keluarga tercinta...
~Sulaiman~
Aku Masih Ingat
Aku masih ingatdan akan terus ingatsehingga akhir hayat
dulu engkau banyak menderita
aku masih ingatdulu engkau banyak menangis
aku masih ingatdulu engkau banyak berkorban
apa saja
aku masih ingatdulu engkau berbalut ketabahan
membesarkan aku mengenal kemanusiaanaku masih ingat
dulu engkau berlantaikan semangatmengasuh aku menjadi insan beriman
aku masih ingatdulu engkau berdinding kegigihanmendidik aku menjadi anak soleh
aku masih ingatdulu engkau merumahkan setia
memelihara aku dengan kasih sayangmenjadi manusia berguna
aku masih ingat….aku masih ingat….
tak kan mudah aku lupakarena jasamu tak terbalas semuanya
karena tak terenang sepenuhnyadi laut budimu
ibu……..!!!!aku masih ingat
mengucapkan terima kasihdan akan terus ingat melafazkannya
sehingga akhir hayataku masih ingat
segala yang murni itu…
~Sepriadi~
Abadi Dalam Harum Nama
Guru pendidik muliasudah berabad lalubermandi keringat
meniti gigi harimendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denaimenabur bakti
tanpa mau dipeduli.
Guru pendidik muliabukan untuk dipujaatau di dewa-dewa
siang dan malarnnyaadalah perjuangan juarela meluah bahagia
menelan duka nestapadengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.
Guru pendidik mulialaksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahteraabadi dalam harum nama.
Ismala
Bunga Sirih untuk Guru
Guru adalah Ibu pengasuh budimanguru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopakcinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahayamadunya berbunga penawar jiwa.
Guru adalah penyu pengasihlalu menabur bunga telurbaktinya segar mewangisepanjang pantal zaman.
Guru adalah lampu penyuluhpedoman kehidupan
guru adalah pendakwahlalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insanke jalan lurus ke padang luas.
Bunga sirih bunga pirtangterima kasih terima savang
budi bicara guru berjasakami sanjung tinggi.
J.M. Aziz
Dia Seorang Guru
Dia seorang guru tua sebuah sekolabterdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganiaran upahtidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerahsekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah
yang mengangkat harga diri dan maruahdengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrahdengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummahberlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibudia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadudia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktudiimbau berbunyi dilihat bertemu.
Ismail Haji Adnan1989
Guruku
Seperti lilinsewaktu waktu akan cair
gugur lalu membekusepi pun datang menutup pandang
tinggallah waktumengakhiri seJarah panjangnya.
Seperti engkausewaktu waktu penyuluh hidupku
betapa dalam kegelapan mayaengkau perkenalkan daku dengannya
suria dan bintang cakerawalasehingga seluruh jagatraya ini
tiba-tiba menjadi milikku.
Kehadiranmu adalah suatu fitrahlepas itu, engkau kutinggalkankukira engkau kesepian kini
mengakhiri sisa-sisa hidupmutanpa belaian kasih
ratusan anak-anakmuyang telah engkau berikan obor.
Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenanganseorang anak yang pernah engkau lukai
kini pencintamu paling setiasehingga ke akhir hayat.
Zam Ismail
Jasamu Dikenang
Segala bakti yang engkau curahkanmengajar mendidik anak bangsasegala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.
Engkau laksana pelita di malam gelitamemancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekalkasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asayang tak pernah meminta puji dan puja.
Jasamu tak akan luput dalam ingatan kamisepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi ertitiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaranpengatur hidup petunjuk kebahagiaan.
Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkanterkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restukepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa muliapembimbing petunjuk ke arah maju jaya.
Jujur dan ikhlas engkau berbaktidi kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaanhidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelamjasamu akan karra kenang sepanjang zaman.
Ahmad Sarju
Pelita Sebuah
Dengan sinar cahayadi malam gelita
kelip-kelip warnanyamenerangi kamar alam
sekian lama malammerantai kegelapan
akhlrnya kukenal siangberwajah suram
alangkah indahnya clumakuhhat di dalam terang.
Pelita sebuahmembawa cahaya ilmuhutan menjadi terang
gua malambercahaya api
lautan menjadi tenanggelombang clan karang
dapat direnangkujelajahl malamtanpa bimbang.
Ami Masra
Guru oh Guru
Berburu ke padang datar,Dapat rusa belang kaki;Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setiaTiap akar ilmu miliknyaPelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabatAlur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umatSeribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasaJika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negaraJika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicaraJika hari ini seorang penulis terkemukaJika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasaDengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnyaDi sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu TerengganuDia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desaSemakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, gurukuBudi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahatMenjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang