Syair Pesanan Ayahanda Dengarkan tuan ayahanda berperi, Kepada anakanda muda bestari, Jika benar kepada diri, Nasihat kebajikan ayahanda beri. Ayuhai anakanda muda remaja, Jika anakanda mengerjakan raja, Hati yang betul hendaklah disahaja, Serta rajin pada bekerja. Menjalankan kerja janganlah malas, Zahir dan batin janganlah culas, Jernihkan hati hendaklah ikhlas, Seperti air di dalam gelas. Jika anakanda jadi besar, Tutur dan kata janganlah kasar, Janganlah seperti orang sasar, Banyak orang menaruh gusar. Tutur yang manis anakanda tuturkan, Perangai yang lembut anakanda lakukan, Hati yang sabar anakanda tetapkan, Perasaan orang anakanda fikirkan. Kesukaan orang anakanda cari, Supaya hatinya jangan lari, Masyhurlah anakanda dalam negeri, Sebab kelakuan bijak bestari. Nasihat ayahanda anakanda fikirkan, Keliru syaitan anakanda jagakan, Orang berakal anakanda hampirkan, Orang jahat anakanda jauhkan. Setengah orang fikir keliru, Tidak mengikut pelajaran guru, Tutur dan kata haru biru, Kelakuan seperti anjing pemburu. Tingkah dan laku tidak kelulu, Perkataan kasar keluar selalu,
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Syair Pesanan Ayahanda
Dengarkan tuan ayahanda berperi,Kepada anakanda muda bestari,
Jika benar kepada diri,Nasihat kebajikan ayahanda beri.
Ayuhai anakanda muda remaja,Jika anakanda mengerjakan raja,
Hati yang betul hendaklah disahaja,Serta rajin pada bekerja.
Menjalankan kerja janganlah malas,Zahir dan batin janganlah culas,Jernihkan hati hendaklah ikhlas,
Seperti air di dalam gelas.
Jika anakanda jadi besar,Tutur dan kata janganlah kasar,Janganlah seperti orang sasar,Banyak orang menaruh gusar.
Tutur yang manis anakanda tuturkan,Perangai yang lembut anakanda lakukan,
Hati yang sabar anakanda tetapkan,Perasaan orang anakanda fikirkan.
Kesukaan orang anakanda cari,Supaya hatinya jangan lari,
Masyhurlah anakanda dalam negeri,Sebab kelakuan bijak bestari.
TELAH DI PILIH DARIPADA POHON MENGKUANG TERBAIKDI TANAH GEMBUR BERLEMBAH SUBUR MAKMUR INITELAH DIPILIH DARIPADA DAUN TUA TERBAIK-SEGAR DAN LEBARDICANTAS DAN DIHIMPUN DARIPADA TIGA POHON TERBAIKDIJEMUR DI BAWAH TERIK MENTARI NAMUN TETAP KUKUH IADILAYAT MENJADI JALUR JEMALUR NAMUN TETAP LIAT IADIRENDAM DENGAN TIGA RUPA WARNA SEMAKIN CANTIKDI JEMUR LAGI DAN DI LURUT BERKALI – KALI SEMAKIN LEMBUT IA
TELAH DI PILIH DARIPADA PENGANYAM TIKAR TERMAHIRDIATAS BUMI INDAH AMAN MAKMUR INIHALUS JEMARI MENYUSUN DAN MENYILANG JALURANMENGANYAM PETAK – PETAK WARNA DENGAN AKAL SENITIDAK MUDAH SEPERTI YANG KITA SANGKAKANJALURAN HARUS TEPAT MENYISIP ATAS BAWAHHATI PERLU TABAH MENGHADAPI WAKTU SABARDARI LUAS SEINCI DI JADIKAN LEBAR SEJENGKALDARI SEJENGKAL DIJADIKAN SEHASTA DEPADARI SEHASTA DEPA DIJADIKAN SEHAMPARAN SUDAHBEGITU PAYAH SEBENARNYA MENYIAPKAN TIKAR KERAMAT INIBEGITU CANTIK PULA SIAPNYA MEMAPARKAN DIRISIAPA MELIHAT MENJADI TERPEGUN AMAT AKAN CORAKNYASIAPA MENYENTUH BERASA HALUS AMAT AKAN SENI DIRINYA
INILAH TIKAR MERDEKA TERPILIH BINAAN GENERASI LALUJANGAN SEKALI – KALI GADAIKAN IA KEPADA PENJAJAHJANGAN SEKALI – KALI HAMPARKAN IA KEPADA PEMBELOT BANGSAJANGAN SEKALI – KALI MELETAKKAN NILAI HARGANYA KEPADA SESIAPAKERANA TIKAR INI HANYA UNTUK PEJUANG TERBILANGKERANA TIKAR INI HANYA UNTUK RAKYAT BERHATI WAJAKERANA TIKAR TIADA TERNILAI UNTUK DI TUKAR GANTI
HANYA KEPADAMU KAMI BERSETIA DAN BERSUMPAHHANYA KEPADAMU KASIH KAMI TUMPAH MELIMPAHKAMILAH INSAN PALING BERTUAH MENDUDUKI TIKAR MERDEKA INIBERSILA DAN BERZIKIR HAYAT MENYUSUN SEJARAH BANGSA..
~ Adam Mohd Noor
MERDEKA
Merdeka!,Merdeka!,Merdeka!
ungkapan laungan pasti bulan ogos,berkobar-kobar membakar rakus suasana jiwa,dengan limpahan darah dan airmata,bergelut resah derita memaut bangsa,memori ngeri menggengam sebuah erti merdeka,dukacita,kini mengganti pesta sakan nyanyi-nyanian,dentum bunga api yang menghangitkan udara,
Merdeka!,Merdeka!,Merdeka!
jeritan ini yang bertempik megah oleh bangsa,tetapi ingat,bukan semua,pekik ini langsung tidak mengendong makna,buat insan yang masih menderita papa kedana,yang masih menghulur tangan mengubati sengsara,yang masih menjadi watak utama dalm rancangan ‘bersamamu’.
Merdeka!,Merdeka!,Merdeka!
jauh sudah bangsaku mengembara,dari seremban ke putrajaya hinggalah ke angkasa,jalur gemilang berkibar sasa,bertanya pula seorang hamba,bagaimana pula dengan bahasa,tambah bermadah pula,bahasa jiwa bangsa,adakah bahasa juga sudah jauh mengembara,atau masih terperuk dalam kamus dewan pustaka,atau hanya memakai baju ibunda,jawab lagi sorang hamba,bahasa ku hina,kau tidak boleh maju jika menggunakanya,alangkah malangnya,kata-kata seorang peludah bangsa,