PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA MELALUI PENGHASILAN ALAT WIZ PADA ENJIN KENDERAAN.
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya WAN ISZHAM BIN WAN ISHAK (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
Pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
Institusi pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : 90 B KG TIAK, 09200 DR. MUHAMMAD SUKRI BIN SAUD
KUPANG, BALING KEDAH DARULAMAN. Nama penyelia
Tarikh: ___________________ Tarikh: _____________________
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Tesis
dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana
Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan :
Nama Penyelia :
Tarikh : 2 MEI 2008
i
SISTEM PENAMBAHAN TEKANAN UDARA MELALUI PENGHASILAN
ALAT WIZ PADA ENJIN KENDERAAN
WAN ISZHAM BIN WAN ISHAK
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2008
ii
“Saya akui kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : WAN ISZHAM BIN WAN ISHAK
Tarikh : 2 MEI 2008
iii
DEDIKASI
Kampungku,
Kau jauh menghilang rupa
Meninggalkan jejak-jejak nostalgia
Memberi erti yang sejati
Bagaimana insane perlu berbudi
Nun menghijau gunung nan rimba
Nun menguning bijian padi
Menggamit ciak-ciak galak menari
Membawa padi jauh keseberang.
Kampungku,
Sejenak ku terkenang
Nostalgia menyerkap keli dan haruan
Bagaimana memukat puyuh di hutan
Aku berlari-lari di batas-batas bendang
Menarik benang laying-layang
Yang kadang-kadang
Tersungkur ke lumpur hitam
Aku tidak jemu
Melihat kedua orang tua
Menyemai benih-benih padi
Di tanah-tanah sawah yang bertuah
Kau ku ingat sentiasa.
Kampungku,
iv
Kini kau berjauhan jasadku kesepian
Aku di selatan yang kadang-kadang
Lupa pada daratan
Kau di utara yang sentiasa menggamit rasa
Hatiku terus melambai
Bak pohon nyior yang teguh pendiriannya.
Kita dari sebuah kampung,
Kampung mengajar kita erti penderitaan
Kampung mengenalkan kita tentang kebahagiaan
Kampung memberikan kita kejayaan
Kampung mengajar kita berbudi
Kampung mengenalkan kita jati diri
Kita sayangkan kampung selama-lamanya.
Ku tujukan puisi istimewa ciptaanku ini hanya untuk :
Ibu bapaku, Isteri tersayang, kakak dan adik-adik yang aku sayang sepanjang
waktu.
Buat adik-adik, jadikan kejayaan abang sebagai penyuntik semangat
untuk berjaya pada masa hadapan.
v
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji
Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan
sahabatnya. Dengan Taufik Dan HidayahNya dapatlah pereka menyempurnakan
kajian ini.
Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Dr. Muhammad Sukri Bin
Saud selaku penyelia projek ini di atas komitmen, kesabaran , bimbingan dan nasihat
yang dihulurkan kepada saya dalam melaksanakan projek ini. Beliau adalah seorang
yang profesional terhadap tugasnya.
Penghargaan dan terima kasih juga kepada En Zainal Abidin Bin Tukiman
selaku pembantu pensyarah yang banyak membantu memberi pendapat serta
cadangan dan berkongsi idea untuk menjalankan projek rekacipta ini. Tidak
ketinggalan juga ucapan ribuan terima kasih kepada Mohamad Rizal Bin Mohamad
Jais, Muhammad Hafizu Bin Husin, Asadul Khair Bin Rosman dan Jesmin Bt Abd
Wahad di atas kerjasama dalam membantu menyempurnakan pengujian bagi
menjayakan projek ini. Seterusnya kepada rakan-rakan di atas bantuan , dorongan
dan tunjuk ajar , sumbangan idea dan pendapat dalam menjayakan projek ini.
Terima kasih.
vi
ABSTRAK
Penyelidikan ini merupakan satu kajian alat rekacipta iaitu wiz merupakan
sistem penambahan tekanan udara yang dicipta oleh pereka khas untuk enjin
kenderaan. Objektif kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan alat wiz pada enjin
kenderaan dapat meningkatkan kuasa kuda kenderaan, dapat membantu sistem brek
berfungsi dengan lebih efektif serta dapat mengurangkan penggunaan bahan api
ketika enjin dihidupkan. Untuk mengetahui kefungsian alat yang direka, pereka
menjalankan pengujian di bengkel automotif di N 26 Universiti Teknologi Malaysia,
manakala pengujian dynojet dynamometer ini dijalankan di bengkel automotif N 1
Racing, 68, jln PJS 11/7, Bandar Sunway,46150 Bandar Sunway Selangor, pengujian
casis dynamometer bagi sistem brek dijalankan di PUSPAKOM, Lot 219, Taman
Perindustrian Terbrau 3, 81100 Johor Bharu, Johor serta pengujian penggunaan
bahan api dijalankan di lebuhraya utara - selatan. Empat buah kenderaan yang dipilih
dijadikan sampel kajian ini. Analisis data dibuat berdasarkan kuasa kuda, peratusan,
per juta (ppm) dan dalam unit liter. Hasil daripada penganalisisan data, didapati hasil
peningkatan karbon monoksida 0.55 % (2.72 % - 3.27 %), pengurangan hidrokarbon
37 ppm (330 ppm – 293 ppm) serta pengurangan oksigen 0.14 % (1.26 % - 1.12 %).
Manakala peningkatan kuasa kuda 1.93 kk (124.92 kk – 126.85 kk) kuasa maksimum
dan 2.88 kk (135.97 kk – 138.85 kk) maksimum kuasa kilas diikuti dengan
peningkatan cengkaman pada sistem brek kenderaan sebanyak 0.52 % (51,25 % -
51.5 %) dan pengurangan penggunaan bahan api sebanyak 0.016 liter (0.077 liter -
0.061 liter). Hasil analisis mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam
pengujian ini telah membuktikan keberkesanan rekacipta alat “ wiz “ ini.
vii
ABSTRACT
This is a research of an invented tool name wiz which is an air compressor
addition system designed by special designer for vehicles engine. The objectives are
to see the effectiveness of wiz to increase the horse power of transport, to help the
brake system to be functioning effectively and also to reduce the used of fuel when
the engine is started. In order to make sure that the product is functioning well, the
designer has undergo some testing at an automotive workshop of N 26 University
Technology Malaysia, whilst the dynojet dynamometer testing is being done at
automotive workshop of N 1 Racing, 68 jln PJS 11/7, Bandar Sunway, 46150 Bandar
Sunway Selangor, and chasis dynamometer for brake system testing at PUSPAKOM,
Lot 219, Taman Perindustrian Terbrau 3, 81100 Johor Bharu, Johor. The fuel
consumptions testing is being done at Lebuhraya Utara-Selatan. Four vehicles are
selected to be the sample in this research. Analysis of data is being made according
to the horse power, percentage per million (ppm) and in litre unit. From the analysis,
there is 0.55% (2.72% - 3.27%) increase of carbon monocside, 37 ppm (330 ppm –
293 ppm) reduction of hydrocarbon and 0.14% (1.26% - 1.12%) oxygen reduction.
An increasing of horse power about 1.93 hp (124.92 hp – 126.85 hp) maximum
power and 2.88 hp (135.97 hp – 138.85 hp) maximum torque followed by a better
grip for the brake system which is about 0.52 % (51,25 % - 51.5 %) and a reduction
of 0.016 (0.077 litre - 0.061 litre) litre fuel consumptions.The result founds that there
are significantly different in the testing and shows the effectiveness of wiz.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN TESIS
PENGESAHAN PEMBIMBING
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI GRAF xvii
SENARAI CARTA xviii
SENARAI SINGKATAN xix
SENARAI LAMPIRAN xx
BAB I PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan Am 1
1.2 Latar belakang masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Matlamat Kajian 7
1.6 Objektif Kajian 7
ix
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.8 Skop Kajian 8
1.9 Definisi/Istilah 9
1.9.1 Sistem 9
1.9.2 Penambahan 10
1.9.3 Tekanan 10
1.9.4 Udara 10
1.9.5 Wiz 11
1.9.5 Paip Besi Tahan Karat 11
1.9.6 Soket Besi Tahan Karat 11
1.9.7 Hos Getah/Salur Getah 12
1.9.8 Penyambung ‘T’ 12
1.9.9 Peyambung ’Y’ 13
1.9.10 Kepingan besi Tahan Karat 13
1.9.11 Pengikat besi 13
1.9.12 Kelip 14
1.9.13 Skru dan Nat 14
1.10 Kesimpulan 15
BAB II SOROTAN PENULIS 16
2.1 Pengenalan 16
2.2 Reka Bentuk Produk 20
2.3 Asas Perjalanan Sesebuah Enjin Kenderaan 22
2.3.1 Sistem Asas perjalanan enjin 22
2.3.1.1 Enjin Petrol Empat Lejang 23
2.3.1.2 Lejang masukan 23
2.3.1.3 Lejang Mampatan 24
2.3.1.4 Lejang Kuasa 24
2.3.1.5 Lejang Ekzos 24
2.3.2 Sistem pengambilan udara pada enjin kereta 25
2.3.2.1 Sistem pengambilan Udara 25
2.3.2.2 Salur kerja pengambilan udara 26
2.3.2.3 Pancarongga pengambilan 28
2.3.3 Sistem bahan api dan udara 33
x
2.3.4 Sistem brek 35
2.4 Kesimpulan 37
BAB III METODOLOGI KAJIAN 38
3.1 Pengenalan 38
3.2 Pengumpulan maklumat dan data 39
3.2.1 Pemerhatian 39
3.2.2 Pengalaman sendiri 39
3.2.3 Temu bual 40
3.2.4 Pengujian 40
3.3 Analisis masalah 41
3.4 Membuat keputusan 41
3.5 Pemilihan idea baru 42
3.6 Lakaran projek 42
3.6.1 Sketsa / Lakaran 43
3.6.2 Lukisan Kerja 43
3.7 Pemilihan reka bentuk 44
3.7.1 Model 44
3.7.2 Perancangan pembinaan model atau prototaip 45
3.8 Kos projek 47
3.8.1 Kos bahan 48
3.8.2 Kos upah 48
3.8.3 Kos sampingan 48
3.9 Kos pengeluaran 48
3.9.1 Kos bahan mentah 49
3.9.2 Kos upah 49
3.9.3 Kos sampingan 50
3.9.4 Kos pengeluaran seunit 50
3.10 Pembinaan model atau prototaip 50
3.11 Prosedur kerja menghasilkan projek 52
3.12 Proses penghasilan projek 53
3.13 Pengujian dan penilaian model berfungsi atau
prototaip 55
3.13.1 Ujian makmal 56
3.13.2 Ujian parameter 56
xi
3.14 Kesimpulan 56
BAB IV PENGUJIAN DAN ANALISIS DATA 58
4.1 Pengenalan 58
4.2 Pengujian Proses Pembakaran Pada enjin Kenderaan 59
4.2.1 Dapatan Analisis Proses Pembakaran Pada 60
Enjin Kenderaan
4.3 Pengujian Peningkatan Kuasa Kuda Pada 62
Enjin Kenderaan
4.3.1 Dapatan Analisis Pengujian Peningkatan 63
Kuasa Kuda Pada Enjin Kenderaan
4.4 Pengujian Sistem Brek Kenderaan 66
4.4.1 Dapatan Analisis Pengujian Sistem Brek 67
4.5 Pengujian Penggunaan Bahan Api 68
4.5.1 Dapatan Analisis Pengujian 68
Penggunaan Bahan Api
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 72
5.1 Pengenalan 72
5.2 Perbincangan Kajian 72
5.2.1 Proses pembakaran pada enjin kenderaan 73
5.2.2 Peningkatan kuasa kuda pada enjin kenderaan 74
5.2.3 Sistem brek kenderaan 76
5.2.4 Penggunaan bahan api 78
5.3 Rumusan 79
5.4 Cadangan 81
5.5 Kesimpulan 82
BIBLIOGRAFI 83
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL
TAJUK MUKA
SURAT
3.9.1 Menunjukkan kos bahan bagi menghasilkan
alat Wiz. 49
3.11.1 Prosedur kerja menghasilkan projek. 52
3.13.1 Proses penghasilan projek. 53
4.2.1 Tahap Pemancaran Sesebuah Kenderaan
(sumber dari puspakom, 1996). 59
4.2.1.1 Analisis proses pembakaran sebelum dan
selepas pemasangan alat Wiz pada enjin
kenderaan. 60
4.3.1.1 Analisis pengujian peningkatan kuasa kuda
sebelum dan selepas pemasangan alat Wiz
pada enjin kenderaan. 63
4.4.1 Piawaian sistem brek sesebuah kenderaan
(sumber dari puspakom, 1996). 66
xiii
4.4.1.1 Analisis pengujian sistem brek sebelum dan
selepas pemasangan alat Wiz pada kenderaan. 67
4.5.1.1 Analisis pengujian pengunaan bahan api
sebelum dan selepas pemasangan alat Wiz
pada enjin kenderaan. 69
xiv
SENARAI RAJAH
NO.
RAJAH
TAJUK MUKA
SURAT
2.3.1 Menunjukkan asas perjalanan enjin empat lejang
(Dipetik daripada enjin kereta: Rosli Hussin,
1996). 23
2.3.2 Sistem pengambilan udara dalam enjin suntikan
bahan api (Dipetik daripada Automotif
Mekanikal: Jamil Hashim, 2007). 26
2.3.3 Sistem aruhan udara untuk enjin yang dilengkapi
dengan karburetor (Dipetik daripada Automotif
Mekanikal: Jamil Hashim, 20007). 27
2.3.4 Pasangan pembersih udara atau dalam salur kerja
ke pasangan badan (Dipetik daripada Teknologi
Automotif: Mohd Bahaman Mohd Rajuli, 2006) 27
2.3.5 Enjin sebaris mempunyai dua pancarongga di sisi
enjin (Dipetik daripada Masalah dan Cara
Menyenggara Kereta: Joseph Beron, 2003). 28
2.3.6 Enjin enam selinder dengan pancarongga
xv
pengambilan kembar siam (Dipetik daripada
Teknologi Automotif: Mohd Bahaman Mohd
Rajuli, 2006). 29
2.3.7 Pancarongga pengambilan enjin V6 dengan
peralatan tambah pengambilan dan deria (Dipetik
daripada Teknologi Automotif: Mohd Bahaman
Mohd Rajuli, 2006). 31
2.3.8 Pancarongga pengambilan panjang boleh ubah
(Dipetik daripada Teknologi Automotif: Mohd
Bahaman Mohd Rajuli, 2006). 32
2.3.9 Pancarongga pengambilan V8 dengan laluan
besar (Dipetik daripada Teknologi Automotif:
Mohd Bahaman Mohd Rajuli, 2006). 33
2.3.10 Menunjukkan sistem bahan api dan udara
(Dipetik daripada Pembakaran Semburan Bahan
Api Cecair: Alan Williams, 1998). 34
2.3.11 Menunjukkan sistem brek (Dipetik daripada Enjin
Kereta: Rusli Hussin, 1996). 35
2.3.12 Contoh sistem brek antikekunci (Dipetik daripada
Teknologi Automotif: Mohd Bahaman Mohd
Rajuli, 2006). 36
3.12.1 Menunjukkan projek yang telah siap dihasilkan. 54
3.13.1 Menunjukkan alat yang di pasang pada enjin
kenderaan bagi tujuan pengujian. 55
xvi
4.2.1 Pengujian proses pembakaran (a) dan (b) pada
sebuah kenderaan model iswara 1.3. 60
4.3.1 Kereta wira yang diuji dengan menggunakan
dynojet dynamometer untuk mengetahui prestasi
kuasa kuda. 63
4.5.1 Pengujian penggunaan bahan api yang dijalankan
pada sebuah kenderaan model wira 1.5 auto
sebelum dan selepas pemasangan alat yang
dicipta. 69
xvii
SENARAI GRAF
NO.
GRAF
TAJUK MUKA
SURAT
1.2.1 Menunjukkan kadar tahunan harga petrol di
Malaysia (sumber dari internet:
_http//www.fuelsaver2u.com/default.asp). 3
4.3.1.1 Menunjukkan analisis pengujian dynojet
dynamometer sebelum dan selepas pemasangan
alat Wiz bagi memperlihatkan peningkatan
kuasa kuda serta menunjukkan nisbah campuran
udara dan bahan api 65
xviii
SENARAI CARTA
NO. CARTA TAJUK MUKA
SURAT
3.10.1 Pembinaan prototaip dijalankan mengikut
carta aliran kerja. 51
xix
SENARAI SINGKATAN
ABS - Sistem brek antikekunci
CC - Anjakan enjin
CO - Karbon monoksida
CO² - Karbon dioksida
EGR - Sistem edaran semula gas ekzos
HC - Hidrokarbon
IAFM - Integrated air feul module technology
KK - Kuasa kuda
KM/J - Kilometer per jam
KM - Kilometer
L - Liter
MAP - Penderia tekanan mutlak pancarongga
O² - Oksigen
PBE - Pancitan bahan api elektronik
PCM - Modul kawalan rangkaian kuasa
PMT - Preventive maintenance technology
PSM - Putaran seminit
PUSPAKOM - Pusat pemeriksaan kenderaan berkomputer
PPM - Bahagian per juta (percentage per million)
xx
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA
SURAT
A Lukisan kerja 85 – 90
B Pengujian proses pembakaran enjin 91 – 92
C Pengujian peningkatan kuasa kuda 93
D Laporan pemeriksaan kenderaan untuk
sistem brek kenderaan
94 – 95
E Pengujian penggunaan bahan api 96 – 97
F Surat akuan pelajar daripada Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
98
1
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pengenalan Am
Sejak kenderaan direka pada penghujung abad ke 18, pelbagai perubahan
teknologi telah dilakukan bagi memastikan kenderaan dapat beroperasi dengan lebih
cekap, enjin lebih berkuasa dan mempunyai kelajuan yang maksimum. Teknologi
kejuruteraan automotif kian berubah kepada yang lebih canggih sejajar dengan
peredaran masa. Pada awalnya sebuah kenderaan hanya dapat bergerak dengan kuasa
yang terhad tetapi setelah beberapa tahun kemudiannya, saiz serta keupayaan enjin
kian bertambah untuk memberi kepuasan dan keselesaan kepada pengguna
kenderaan.
Enjin yang dulunya dipasangkan dengan karburetor kini diubah kepada enjin
yang menggunakan teknologi baru iaitu sistem pancitan bahan api elektronik (PBE).
Menurut Jamil Hashim (2007) sistem ini menggunakan meter aliran udara atau
pendikit yang beroperasi melalui penderia elektronik dan mikrokomputer. Fungsinya
adalah untuk memastikan enjin beroperasi dengan penggunaan bahan api yang lebih
ekonomi dan kuasa pecutan yang optimum. Jumlah penggunaan injap masuk yang
pada awalnya hanya menggunakan satu injap masing-masing untuk saluran masuk
2
dan saluran ekzos kini ditambahkan kepada dua atau tiga injap masuk pada setiap
selinder.
Sesetengah kenderaan, pada selinder tersebut dipasangkan juga pengecas
turbo semata-mata untuk menambahkan lagi kuasa sedutan angin masuk dan
mempercepatkan pembakaran di dalam kebuk pembakaran enjin dan meningkatkan
lagi kuasa pecutan kenderaan. Menurut Jamil Hashim (2007) teknologi kejuruteraan
automobil yang terkini yang digunakan pada enjin yang baru memasuki pasaran
dunia ialah teknologi sistem pencucuhan tanpa pengagih (Distributorless Ignition-
System) atau lebih dkenali sebagai D.I.S). Pengagih digantikan dengan gegelung
voltan tinggi. Sistem ini mempunyai kelebihan mengeluarkan voltan percikan api
yang jauh lebih tinggi daripada biasa.
Berikutan industri automotif kian berkembang mengikut peredaran masa dan
semakin banyak jenis rekaan dicapai di bahagian dalam kenderaan ataupun pada
enjin untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan supaya perjalanan dapat
dinikmati sepenuhnya oleh pemilik, pemandu mahupun penumpang kenderaan. Oleh
yang demikian, pengguna perlu sentiasa peka terhadap perkembangan teknologi
automotif pada masa kini.
Perkembangan teknologi dibidang industri automotif menunjukkan negara
kini sudah menjelang ke arah kemajuan yang sejajar dengan negara-negara yang
maju. Hari ini negara Malaysia telah membuktikan bahawa teknologi automotif telah
maju mengikut teknologi terkini apabila mengeluarkan proton saga baru yang
mempunyai sistem Integrated Air Fuel Module (IAFM) technology iaitu dapat
menjimatkan penggunaan bahan api. Teknologi yang dihasilkan ini memberikan satu
gambaran bahawa negara Malaysia dapat membuktikan bahawa teknologi yang
digunakannya semakin canggih mengikut perkembangan dunia.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Dengan semakin bertambahnya kenderaan di jalan raya setiap hari
menggambarkan kenderaan merupakan salah satu keperluan bagi setiap pengguna.
Dengan adanya kenderaan, pengguna dapat bergerak serta dapat menjalankan tugas
dengan lebih cepat. Menurut Joseph Beron (2003) kenderaan merupakan satu
keperluan untuk manusia meneruskan aktiviti harian terutamanya untuk bergerak dari
satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Bagaimanapun, sebagai pengguna
kenderaan sama ada pemandu atau penumpang, perlu peka akan perkembangan
teknologi automotif masa kini.
Walaupun perkembangan teknologi automotif terkini semakin canggih akan
tetapi kenaikan harga bahan api yang sentiasa naik dari tahun ke tahun membuatkan
ramai pengguna kenderaan mengambil berat tentang penggunaan bahan api untuk
kenderaan mereka. Masing-masing mula berkira tentang kadar penggunaan bahan api
untuk kenderaan mereka. Menurut Zikri Fuad Pengarah Eksekutif yang dipetik dari
Harian Metro 2 Disember 2006 berkata peningkatan harga bahan api di pasaran
menyebabkan pengguna sentiasa mencari inisiatif memastikan perbelanjaan dapat
dijimatkan. Oleh itu, teknologi untuk menghasilkan produk yang dapat menjimatkan
penggunaan bahan api serta peningkatan kuasa pecutan amat menggalakkan sama
ada di dalam dan luar negara bagi membantu masalah pengguna pada hari ini.
Graf palang 1.2.1 : Menunjukkan kadar tahunan harga petrol di Malaysia (sumber
dari internet: http://www.fuelsaver2u.com/default.asp).
4
Graf palang 1.2.1 menunjukkan kadar tahunan harga petrol di Malaysia yang
meningkat dari tahun ke tahun. Seawal tahun 1990 harga bahan api ialah sebanyak
RM 0.90 sen bagi setiap liter. Manakala pada tahun 1991 hingga 1999 peningkatan
harga bahan api meningkat sebanyak RM 0.30 sen iaitu dari RM 0.90 sen hingga RM
1.20 sen bagi setiap liter. Pada tahun 2000 hingga 2001 harga bahan api meningkat
sebanyak RM 0.20 sen bagi setiap liter. Peningkatan ini menunjukkan harga bahan
api pada tahun 2000 hingga 2001 ialah sebanyak RM 1.40 sen seliter. Diikuti pula
pada tahun 2002 harga bahan api meningkat sebanyak RM 0.10 sen iaitu dari RM
1.40 sen mencecah RM 1.50 sen seliter. Manakala pada tahun 2003 hingga 2004
kadar harga bahan api semakin meningkat dari RM 1.50 sen hingga RM 1.60 sen
seliter. Pada tahun 2005 kenaikan harga bahan api meningkat kepada RM 1.70 sen
seliter. Berikutan pada tahun 2006 hingga 2007 kenaikan harga bahan api mencecah
hampir RM 2.00 seliter iaitu RM 1.90 sen seliter.
Dengan kenaikan harga bahan api dari tahun ke tahun menyebabkan
pengguna kini mencari inisiatif untuk menggunakan apa jua teknologi yang boleh
menjimatkan penggunaan bahan api bagi kenderaan mereka. Ini kerana kenderaan
merupakan satu keperluan untuk pengguna menjalankan aktiviti harian mereka.
Apatah lagi memandangkan kos sara hidup sekarang semakin meningkat
menyebabkan pengguna menanggung pelbagai masalah untuk menampung
kehidupan mereka. Selain itu juga, pengguna kenderaan sering merungut kenderaan
mereka menggunakan bahan api yang banyak ketika memandu serta tahap kuasa
kenderaan mereka tidak memuaskan ketika hendak memotong kenderaan lain.
Berasaskan pengalaman sendiri juga, ia membuktikan masalah yang dihadapi oleh
pengguna kenderaan sama seperti yang difikirkan.
Walaupun demikian, pereka kenderaan membina kenderaan yang dapat
menjimatkan penggunaan bahan api, lebih selesa, lebih fleksibel dan lebih tahan
lama. Oleh itu, dalam tahun-tahun kebelakangan ini syarikat-syarikat besar di dunia
permotoran telah mengeluarkan pelbagai teknologi yang dapat menjimatkan
penggunaan bahan api disamping memberi kuasa pecutan yang maksimum pada
kenderaan. Sebagai contoh syarikat Chemplex Automotive Group, Inc. dari negara
Amerika Syarikat yang menghasilkan Dyno - Tab Power Booster yang berbentuk
tablet dicampurkan ke dalam tangki bahan api kenderaan bagi meningkatkan kuasa
5
pecutan disamping menjimatkan penggunaan bahan api kenderaan. Begitu juga,
syarikat H2OIL Corporation yang menggunakan teknologi NANO yang dihasilkan
oleh negara Amerika Syarikat yang berkaitan dengan peningkatan kuasa pecutan dan
penjimatan bahan api iaitu FuelSaver2u Enhancer (FSE) yang merupakan sejenis
minyak yang boleh membantu perjalanan enjin lebih lancar.
Petikan Harian Metro 2 Disember 2006 mengenai penjimat minyak
Neomagnet yang menggunakan ZFAS Technology, pengeluar produk jimat minyak
yang dikeluarkan hasil gabungan teknologi Eropah dan Jepun. Ia menggunakan
magnet Neodymium (NdfEB) yang dipasang pada hos bahan api bagi membantu
pemecahan molekul hidrokarbon (bahan api) yang lebih cekap dan efektif bagi
membantu mengurangkan penggunaan bahan api serta meningkatkan kuasa enjin.
Menurut Alan Williams (1998) semua kenderaan setelah melalui jarak
perjalanan akan mengalami pembentukkan karbon di dalam saluran bahan api,
combustion chamber, injap, piston, selinder dan sebagainya. Oleh itu, Dcarbo dengan
teknologi dari jerman akan bertindak sebagai pencuci karbon yang efektif.
Pembersihan karbon akan mengoptimumkan prestasi enjin dan enjin tersebut akan
berada dalam keadaan seperti baru. Teknologi baru ini dikenali sebagai Preventive
Maintenance Technology (PMT).
Walaupun produk yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat besar dari luar
negara menunjukkan teknologi mereka mampu menjimatkan penggunaan bahan api
dan memberi peningkatan kuasa pecutan pada kenderaan akan tetapi produk yang
dihasilkan akan habis setiap kali digunakan. Oleh itu, pengguna terpaksa
membelanjakan wang setiap masa sekiranya inginkan penjimatan bahan api dan
peningkatan kuasa pecutan pada kenderaan.
Dengan ini diharapkan sistem penambahan tekanan udara melalui
penghasilan alat Wiz pada enjin kenderaan dapat membantu masalah pengguna pada
masa kini dengan hanya berbelanja sekali dapat memberi peningkatan kuasa pecutan
pada enjin kenderaan, penjimatan penggunaan bahan api serta membantu sistem brek
dengan lebih efektif.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan pada latar belakang masalah yang tertera di atas, jelas
menunjukkan bahawa pengguna masih lagi menghadapi masalah dengan kenaikan
harga bahan api yang semakin meningkat dari semasa ke semasa yang menyebabkan
perbelanjaan penggunaan bahan api pada kenderaan semakin membebankan.
Walaupun pengguna terdedah dengan pelbagai produk yang boleh menjimatkan
penggunaan bahan api pada enjin kenderaan mereka, akan tetapi pengguna terpaksa
membelanjakan wang berulang kali untuk mendapatkan produk sekiranya habis
digunakan. Oleh itu, penyelidik mencipta Wiz yang direka mempunyai ciri-ciri
tersendiri serta selamat digunakan oleh pengguna kenderaan bagi mengatasi masalah
pengguna pada masa kini.
1.4 Persoalan Kajian
Secara amnya, persoalan kajian ini melibatkan sistem penambahan tekanan
udara melalui penghasilan alat Wiz pada enjin kenderaan boleh membantu
mempercepatkan pembakaran, meningkatkan kuasa pecutan, sistem brek lebih efektif
disamping mengurangkan penggunaan bahan api. Persoalan khusus kajian ini
menjurus kepada aspek-aspek berikut :
1.4.1 Adakah dengan menggunakan alat Wiz pada enjin kenderaan dapat
meningkatkan kuasa kuda kenderaan ?
1.4.2 Adakah dengan menggunakan alat Wiz pada enjin kenderaan dapat
membantu sistem brek berfungsi dengan lebih efektif?
1.4.3 Adakah dengan menggunakan alat Wiz pada enjin kenderaan dapat
mengurangkan penggunaan bahan api ketika enjin dihidupkan?
7
1.5 Matlamat Kajian
Secara umumnya, kajian ini adalah bertujuan untuk membangunkan dengan
menghasilkan satu produk Wiz berkonsepkan sistem penambahan tekanan udara
pada enjin kenderaan dapat membantu mempercepatkan pembakaran , menambah
kuasa kuda, membantu sistem brek berfungsi dengan lebih efektif dan disamping
mengurangkan penggunaan bahan api setanding dengan dunia permotoran.
1.6 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut iaitu :
1.6.1 Membangun dan mengkaji sistem penambahan tekanan udara Wiz pada enjin
kenderaan dapat meningkatkan kuasa kuda kenderaan.
1.6.2 Membangun dan mengkaji sistem penambahan tekanan udara Wiz pada enjin
kenderaan dapat membantu sistem brek berfungsi dengan lebih efektif.
1.6.3 Membangun dan mengkaji sistem penambahan tekanan udara Wiz pada enjin
kenderaan dapat mengurangkan penggunaan bahan api ketika enjin
dihidupkan.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian yang dilaksanakan ini akan dapat mengenalpasti adakah dengan
menggunakan alat Wiz pada enjin kenderaan dapat membantu mempercepatkan
pembakaran, menambahkan kuasa kuda pada enjin kenderaan, membantu sistem brek
8
berfungsi dengan lebih efektif disamping mengurangkan penggunaan bahan api
ketika enjin dihidupkan.
Kajian ini juga, dapat mengetahui dengan menggunakan alat Wiz, enjin
kenderaan dapat beroperasi ketika enjin kenderaan dihidupkan. Udara yang
ditambahkan adalah berdasarkan saiz alat Wiz. Alat ini disambungkan pada hos pam
induk brek iaitu pada penggalak brek kuasa dan disambung pada hos masuk ke
pancarongga pengambilan udara.
1.8 Skop Kajian
Bagi mencipta alat Wiz, pereka mengambil beberapa buah kenderaan untuk
diuji kaji. Kajian ini dijalankan di bengkel automotif dengan melakukan pengujian
analisis ekzos, pengujian dynojet dynamometer, casis dynamometer serta pengujian
memandu kenderaan untuk menentukan keberkesanan alat Wiz bagi penggunaan
bahan api.
Berdasarkan kepada tajuk yang dipilih, skop akan lebih menjurus kepada
analisis mengenai sistem penambahan tekanan udara melalui penghasilan alat Wiz
pada enjin kenderaan yang dapat meningkatkan kuasa kuda, membantu sistem brek
lebih efektif dan disamping mengurangkan penggunaan bahan api ketika enjin
dihidupkan.
9
1.9 Definisi/Istilah
Dalam merekacipta sistem penambahan tekanan udara melalui penghasilan
alat Wiz pada enjin kenderaan, pereka telah menggunakan beberapa istilah seperti di
bawah.
1.9.1 Sistem
Menurut Kamus Dewan (1993) sistem mekanik yang membenarkan proses
lesapan berlaku. Manakala menurut Kamus Fizik Mekanik (1989) sistem yang
apabila kerja dilakukan untuk memindahkan zarah-zarah dari satu konfigurasi ke
konfigurasi yang lain hanya bersandar pada konfigurasi asal dan konfigurasi akhir
zarah-zarah itu.
Dalam penghasilan alat Wiz, pereka menggunakan perkataan sistem adalah
bertujuan untuk menggambarkan sesuatu aliran yang menunjukkan pemprosesan
yang dilalui untuk mencapai sesuatu matlamat. Menurut Mohd Gomenan Bin Su
(1989) sistem merupakan satu kumpulan jisim di dalam satu lingkungan sempadan
atau satu kawasan di ruang angkasa yang mempunyai jisim diasingkan dari
sekeliling.
10
1.9.2 Penambahan
Penambahan menggambarkan tindakan menokokan satu kuantiti udara pada
satu kuantiti bagi memberikan hasil jumlahnya bertambah daripada jumlah yang
sedia ada (Kamus Dewan, 1993). Penambahan yang dimaksudkan oleh pereka dalam
menghasilkan alat Wiz ialah membekalkan udara pada enjin kenderaan
1.9.3 Tekanan
Hassan Bin Asran (1989) tekanan adalah menunjukkan satu proses
pengambilan udara atmosfera yang dimampatkan di dalam enjin kenderaan agar
enjin dapat beroperasi apabila enjin kenderaan dihidupkan. Manakala menurut
Kamus Fizik Mekanik (1989) tekanan atmosfera yang disebabkan oleh berat udara
pada mana-mana titik di permukaan bumi.
1.9.4 Udara
Udara ialah salah satu hal yang akan diselidiki yang mana udara tersebut
selalu berada sekeliling dan tidak dapat dilihat. Akan ketahui bahawa udara adalah
faktor utama yang berhubung dengan operasi enjin kenderaan (E.Karyanto, 1989).
Udara yang dimaksudkan oleh pereka di sini ialah campuran berbagai-bagai gas di
atmosfera yang disedut oleh karburetor atau pemancit bahan api masuk ke dalam
enjin kenderaan bagi melengkapkan pembakaran di dalam kebuk pembakaran enjin
kenderaan.
11
1.9.5 Wiz
Wiz adalah merupakan nama yang diberi untuk alat yang dicipta khas
berbentuk selinder bagi membekalkan kuantiti udara yang ditambahkan pada enjin
kenderaan.
1.9.5 Paip Besi Tahan Karat
Menurut Zainal Abidin Ahmad (1999) paip besi tahan karat merupakan aloi
rendah dengan kandungan kromium yang tinggi iaitu tidak kurang daripada 10.5 %.
Sifatnya merintangi karat atau kakisan itu wujud disebabkan berlakunya lapisan
oksida kromium di permukaan logam. Paip besi yang dimaksudkan oleh pereka ialah
paip yang mempunyai ketahanan daripada berkarat yang digunakan untuk
membekalkan udara pada pada enjin kenderaan melalui penghasilan alat Wiz.
1.9.6 Soket Besi Tahan Karat
Menurut Kamus Dewan, Edisi Baru (1997) soket ialah lubang pada sesuatu
bahagian alat tempat melekat sesuatu. Manakala menurut Zainal Abidin Ahmad
(1999) paip besi tahan karat merupakan aloi rendah dengan kandungan kromium
yang tinggi iaitu tidak kurang daripada 10.5 %. Sifatnya merintangi karat atau
kakisan itu wujud disebabkan berlakunya lapisan oksida kromium di permukaan
logam. Pereka menggunakan soket ini adalah untuk menghubungkan di antara paip
besi dengan hos getah agar dapat memberi laluan udara yang hendak dibekalkan.
12
1.9.7 Hos Getah/Salur Getah
Iaitu hos yang diplih khas yang mempunyai daya ketahanan yang kuat
terhadap haba daripada enjin kenderaan. Menurut Kamus Dewan (1993) haba
merupakan kesan bahang yang dapat dirasai dari sesuatu benda yang panas. Hos
yang digunakan oleh pereka mempunyai dua lapisan dan terdapat satu lapisan jaring
di tengah di antara lapisan luar dan lapisan dalam hos. Tujuan hos ini digunakan
adalah untuk menyambungkan alat Wiz pada hos penggalak brek kuasa dan
pancarongga masukkan bagi membekalkan udara yang ditambah pada enjin
kenderaan.
1.9.8 Penyambung ‘T’
Menurut Hassan Bin Asran (1989) penyambungan merupakan satu proses
penyambungan dua atau lebih dari satu punca ke satu punca yang lain. Manakala
menurut Ibrahim Che Muda dan N. Ramudaram (1990) tembaga ialah bahan pengalir
haba dan pengalir elektrik yang terbaik. Tembaga lebih kuat daripada aluminium
kerana ia sangat mulur dan tidak mudah berkarat. Penyambung ‘T’ yang
dimaksudkan oleh pereka ialah penyambung yang diperbuat daripada tembaga untuk
disambung pada salur getah/hos bagi menyambungkan alat Wiz dengan bahagian
enjin kenderaan.
13
1.9.9 Penyambung ’Y’
Penyambung ‘Y’ yang diperbuat daripada tembaga disambung pada salur
getah/hos untuk menyambungkan alat Wiz dengan pancarongga pengambilan serta
penutup atas bahagian enjin kenderaan. Menurut Joseph Beron (2003) pancarongga
pengambilan direka bentuk untuk sistem suntikan bahan api atau karburetor yang
ditugaskan untuk mengangihkan udara bersih atau campuran udara dan bahan api
sekata mungkin ke setiap selinder enjin.
1.9.10 Kepingan Besi Tahan Karat
Kepingan besi dipotong bulat mengikut diameter paip yang bertujuan untuk
dijadikan penutup supaya udara dapat diperangkapkan di dalam alat Wiz yang
hendak dijadikan sebagai tempat membekalkan udara. Cantuman ini dikimpal
dengan menggunakan mesin TIG.
1.9.11 Pengikat Besi
Pengikat besi yang dimaksudkan oleh pereka ialah kepingan besi yang
digunakan untuk mengikat alat Wiz supaya memudahkan ia dipasang pada
kenderaan. Menurut Ibrahim Che Muda dan N. Ramudaram (1990) alat pengikat dan
pengunci merupakan alat yang digunakan untuk mengikat dua atau lebih bahagian
supaya ia lebih kukuh.
14
1.9.12 Klip
Menurut Kamus Dewan (1993) klip adalah alat daripada logam dan lain-lain
untuk mengepit sesuatu benda. Manakala menurut Ibrahim Che Muda dan N.
Ramadaram (1990) klip digolongkan sebagai pengikat bandungan. Menurutnya klip
terdapat dalam bentuk asas iaitu :
i. Klip lengkung luar.
ii. Klip lengkung dalam.
Kedua-dua klip ini dipasangkan pada alur di bahagian luar aci atau alur di
bahagian dalam lubang. Pereka menggunakan klip untuk mengikat hos pada
bahagian-bahagian yang disambung dari alat Wiz dengan bahagian enjin kenderaan.
1.9.13 Skru dan Nat
Pereka menggunakan skru dan nat untuk mengunci pengikat besi dengan Alat
Wiz bagi kedudukan tertentu supaya alat yang dipasang pada enjin kenderaan berada
dalam keadaan selamat dan tidak mengganggu komponen lain. Menurut Ibrahim Che
Muda dan N. Ramudaram (1990) skru dan nat merupakan alat yang digunakan untuk
mencantum dua atu lebih kepingan logam bagi membolehkan ia berfungsi. Manakala
menurut Kamus Dewan (1993) nat ialah gegelang besi yang bahagian dalamnya
berbenang dan dapat diputarkan pada skru atau pada bol.
15
1.10 Kesimpulan
Dalam merekacipta sesuatu produk atau sesuatu peralatan untuk enjin
kenderaan banyak perkara yang perlu diperhalusi agar alat yang dicipta dapat
berfungsi dengan baik serta dapat menarik minat pengguna dari segi reka bentuk
produk dan memberi keuntungan kepada pengeluar. Oleh itu, pereka hendaklah
berfikiran secara kreatif dan inovatif terhadap penghasilan sesuatu produk yang
hendak dihasilkan.
Melihat kepada permasalahan yang timbul pada hari ini, kenaikan harga
minyak menjadikan satu isu yang membebankan para pengguna yang menggunakan
kenderaan sebagai pengangkutan utama ke tempat kerja atau ke destinasi yang
hendak dituju. Oleh itu, sesuatu produk yang hendak dicipta adalah berlandaskan
kepada masalah yang timbul bagi memenuhi kehendak pengguna serta secara tidak
langsung memenuhi permintaan pasaran.
Berdasarkan daripada pengalaman dan pemerhatian pereka terhadap masalah
yang timbul yang membebankan pengguna dari semasa ke semasa maka masalah ini
dapat membantu pereka dalam merekacipta sesuatu alat yang boleh digunakan pada
enjin kenderaan bagi tujuan untuk memberi kepuasan ketika memandu kenderaan
serta dapat mengatasi masalah penggunaan bahan api.