1EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk
dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Tugasan Seni Dalam Pendidikan ini telah berjaya disiapkan
dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya. Selawat dan salam ke
atas junjungan Nabi besar kita Muhammad s.a.w dan kepada ahli keluarganya.
Seinfiniti penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
En.Hamdan bin Mahfoh selaku pensyarah kursus ini yang terlalu banyak membantu,
membimbing dan juga sebagai pemudahcara sepanjang proses saya menyiapkan tugasan ini.
Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, tidak mungkin saya akan dapat
menyiapkan tugasan ini dengan baik.
Tidak lupa juga saya merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan dan ahli
keluarga yang banyak memberi sokongan dan dorongan di samping menyumbangkan idea-idea
yang bernas . Terima kasih sekalung budi.
Dewa sakti melayang ke Daik
Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa
1 | P a g e
2EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
ISI KANDUNGAN Muka surat
1.0 Pengenalan 3 - 4
2.0 Aspek kepelbagaian sosio budaya etnik Bajau
2.1 Asal usul etnik Bajau 4 - 6
2.2 Nilai dan Kepercayaan 7 - 8
2.3 Kematian 9 – 10
2.4 Perkahwinan 10 – 11
2.5 Kebudayaan dan Kesenian 12
3.0 Implikasi kepelbagaian budaya
3.1 Implikasi terhadap sekolah 14 – 15
3.2 Implikasi terhadap guru 15 – 18
3.3 Implikasi terhadap murid 18 – 20
4.0 Cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran
untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang
mesra budaya 20 – 23
5.0 Kesimpulan 23
6.0 Refleksi 23 – 24
7.0 Rujukan 24 - 25
2 | P a g e
3EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
1.0 PENGENALAN
Malaysia merupakan Negara yang sangat unik kerana terdiri daripada penduduk
berbilang kaum dan etnik daripada pelbagai budaya.Menurut laporan yang telah
dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia,banci penduduk di Malaysia sehingga
2010 ialah seramai 28.3 juta yang merangkumi 91.8 peratus warganegara dan 8.2
peratus bukan warganegara.Warganegara Malaysia terdiri darpada kumpulan etnik
Bumiputera (67.4%),Cina (24.6%),India (7.3%) dan lain-lain (0.7%).Dalam kalangan
warganegara Malaysia,Melayu merupakan kumpulan etnik utama di Semenanjung
Malaysia iaitu 63.1 peratus.Iban mencatatkan 30.3 peratus daripada jumlah
keseluruhan warganegara di Sarawak,manakala Kadazan/Dusun merekodkan
sebanyak 24.5 peratus di Sabah.Dari segi agama,Islam merupakan agama yang paling
meluas dianuti di Malaysia dengan perkadaran 61.3 peratus dengan diikuti dengan
agama Buddha (19.8%),Kristian (9,2%) dan Hindu (6.3%).Justeru itu,kita patut
bersyukur kerana kita masih boleh hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.
Kamus Dewan (2007),mendefinasikan budaya sebagai kemajuan fikiran,akal
budi atau cara berfikir,berkelakuan dan sebagainya.Tegasnya,budaya boleh
didefinasikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan
meliputi sistem sosial,susunan organisasi ekonomi,politik,agama,kepercayaan,adat
resam,sikap dan nilai.
Selain itu.budaya menggambarkan cara hidup,nilai.kepercayaan dan sikap
(Yahya,Aziah dan Yaakob,2007).Sagor et al,(1994) dalam Yahya (2007),menjelaskan
bahawa budaya sebagai sistem sosial yang diintegrasikan oleh nilai-nilai,kepercayaan,
dan peraturan tingkah laku.Beliau juga menjelaskan bahawa budaya ialah kajian
tentang tingkah laku manusia dalam satu kumpulan yang berbeza mengikut
masyarakat,kumpulan etnik,suku dan sub budaya yang lain.
Untuk tujuan kerja kursus ini,saya telah memilih etnik yang terdapat di Sabah
iaitu etnik Bajau .
3 | P a g e
4EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
MASYARAKAT BAJAU
Masyarakat Bajau merupakan masyarakat pribumi Sabah dan dari segi populasinya
adalah kedua terbesar selepas kaum Kadazan. Terdapat pelbagai suku kaum dalam
kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan
masyarakat Bajau mendiami kawasan Samporna dan Kota Belud.
ASAL USUL ETNIK BAJAU
Ada pendapat mengatakan bahawa Bajau berasal dari Johor. Ada juga yang
mengatakan Bajau berasal dari Kepulauan Riau-Lingga di Indonesia dan ada pula yang
mengatakan etnik ini berasal dari kepulauan Maluku.
Hakikatnya, baik di Selatan Filipina, Borneo Utara, Johor, Riau-Lingga atau
Maluku, kawasan-kawasan tersebut adalah dalam lingkungan Nusantara. Kajian awal
oleh Badan Galak Pusaka (2000) mengenai asal-usul bangsa Bajau mendapati bahawa
bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro yang mula bergerak dari Yunan
menuju arah selatan (Asia Tenggara) pada kira-kira 1500 tahun Sebelum Masehi iaitu
3500 tahun yang lalu, yang kemudian tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan
Lautan Pasifik1. Oleh sebab bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro, maka
mereka adalah Melayu tulen.
Bangsa Bajau atau Samah dapat dibahagikan kepada dua kelompok utama iaitu
Pala’u (Bajau Laut) dan Samah (Bajau Darat). Sehingga tahun 1950-an, Pala’u tinggal
di dalam lepa yang bergerak bebas di sekitar laut Sulawesi; mereka hanya mendarat di
tepian pantai atau pesisiran sama ada di jajaran pulau atau tanah besar, untuk
mendapatkan keperluan seperti ubi kayu, air atau untuk membaiki lepa mereka. Mereka
juga bukan penganut agama Islam. Justeru itu, terdapat dalam kalangan orang-orang
Samah yang tidak mengakui Pala’u sebagai Bajau oleh sebab kesuluruhan Samah
adalah beragama Islam.
4 | P a g e
5EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
Daripada segi bahasa dan pertuturan, bahasa Bajau mempunyai lebih daripada
20 subdialek. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka menunjukkan terdapat sekurang-
kurangnya 26 subdialek bahasa Bajau.
Kaum Bajau merupakan kaum bumiputra kedua terbesar di negeri Sabah. Kaum
Bajau kebanyakannya beragama Islam dan berasal dari dua kumpulan etnik yang tidak
jauh bezanya iaitu Bajau di pantai Timur dan juga Bajau di pantai Barat. Mereka ini
merupakan antara pelaut terkenal pada zaman dahulu sebelum kedatangan penjajah di
Sabah. Kaum Bajau didapati mempunyai kemahiran membina sampan atau kapal yang
sederhana saiznya dalam beberapa catatan sejarah.
Kaum Bajau dahulunya juga adalah pelaut yang mahir iaitu kegiatan utamanya ialah
pelanunan serta penangkapan ikan. Orang-orang Bajau juga mempunyai kemahiran
menunggang kuda dan ini menjadikan mereka antara kaum yang paling berjaya di
Sabah. Kemahiran mereka ini menjadikan mereka terkenal di negeri Sabah dan diberi
gelaran "Koboi Timur" atau "Koboi Sabah". Semasa dalam majlis tertentu seperti pesta
dan hari perayaan, penunggang kuda kaum Bajau ini sering kelihatan dalam pakaian
berwarna-warni malah kuda mereka juga dipakaikan kain seperti penunggang juga
Orang Bajau yang berada di sebelah pantai Barat Sabah kebanyakkannya
menetap dari bahagian Kota Kinabalu sehingga ke Kota Belud. Bagi kaum Bajau yang
berada di bahagian pantai Timur Sabah , mereka masih mengamalkan kehidupan
tradisional seperti kegiatan menangkap ikan dan kaum Bajau di sini digelar Bajau Laut.
Walaubagaimanapun orang-orang Bajau di bahagian Timur Sabah ini kebanyakkannya
5 | P a g e
6EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
telah menetap di darat atau di perkampungan tepian pantai. Segelintir daripada mereka
masih lagi tinggal dalam perahu yang merantau ke sana-sini iaitu Lepa. Kaum wanita
Bajau juga terkenal dengan tenunan kain mereka iaitu Dastar yang disulam dengan
kain berwarna merah, kuning, hijau, oren, emas dan putih.
Di Sabah, 6 bahasa Bajau digunakan dan semuanya berasal daripada keluarga
Sama-Bajau. Pengguna bahasa ini termasuklah pendatang-pendatang daripada negara
jiran. Bagi kaum Bajau daripada bahagian pantai Timur Sabah, bahasa mereka
dipinjam daripada Suluk iaitu bahasa perdagangan di Laut Sulu. Kaum Bajau pantai
Barat Sabah pula mengadaptasikan bahasa mereka daripada bahasa Melayu. Kaum
Bajau bahagian ini telah bekerjasama dengan kaum Kadazan dusun dari segi akitviti
ekonomi, perdagangan, perhubungan sosial serta kebudayaan.
Orang Bajau dikatakan telah menggunakan sistem Barter dalam aktiviti ekonomi
mereka iaitu menukar ganti hasil tangkapan ikan mereka dengan beras orang Kadazan.
Bukan itu sahaja, pengaruh kebudayaan daripada kedua-dua kaum ini juga dapat dilhat
dari segi kesenian material, muzik dan juga rekabentuk bangunan.
6 | P a g e
7EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
NILAI DAN KEPERCAYAAN
1 Kelahiran
Sewaktu mengandung
Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat Bajau ketika seseorang
wanita itu mengandung, antaranya ialah berpantang, menempah bidan, menyediakan
kelapa tua sebagai tanda kelahiran dan melenggang perut.
Berpantang
Untuk mengelakkan bahaya sewaktu mengandung, wanita tersebut perlu menjalani
beberapa pantang larang tertentu. Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan dirinya
serta kandungan, di samping memudahkan proses kelahiran kelak. Antara pantang
larang tersebut termasuklah iaitu wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana
dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk halus.
Menempah bidan
Dalam masyarakat Bajau, bidan dikenali sebagai pengulin atau pandai. Setelah tujuh
bulan hamil, wanita berkenaan akan menempah bidan dan satu majlis doa selamat
akan diuruskan oleh bidan tersebut dan mulai hari itu hingga hari ke-44 selepas
kelahiran bayi, secara rasminya bidan bertanggungjawab menjaga wanita hamil
tersebut.
Tanda Kelahiran
Apabila sudah genap tujuh bulan mengandung, suatu tanda kelahiran akan disediakan
iaitu sebiji kelapa tua yang baru tumbuh tunasnya dibalut dengan kain putih dan
diletakkan ke dalam sebuah pasu tembaga. Kemudian pasu tembaga beserta
kandungannya sekali diletakkan di atas talam yang telah diisikan segantang
padi.Sebaik sahaja bayi dilahirkan, kelapa tua itu akan ditanam bersama-sama tembuni
si ibu sebagai tanda kelahiran bayi yang berkenaan.
Melenggang perut
Selain daripada pantang larang dan adat-adat seperti di atas, wanita Bajau juga perlu
melalui upacara melenggang perut atau dikenali sebagai maglenggang dalam kalangan
7 | P a g e
8EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
masyarakat Bajau. Upacara ini diadakan hanya jika seseorang wanita itu mengandung
anak pertama dan upacara dijalankan ketika kandungan berusia tujuh bulan.
Semasa Bersalin
Apabila sudah tiba masanya, bidan akan segera dipanggil dan beberapa peralatan
tertentu disediakan. Adakalanya di bawah rumah tersebut, duri dan benda-benda tajam
seperti besi atau parang diletakkan untuk mengelakkan atau menjauhkan gangguan
makhluk halus terhadap si ibu dan bayi. Di samping itu, terdapat beberapa adat lain
yang dilakukan semasa menyambut kelahiran bayi tersebut iaitu adat potong tali pusat,
azan, dan menanam tembuni.
Menanam Tembuni
Pada hari kelahiran itu juga, tembuni ibu dicuci, dibungkus dengan kain putih dan
diletakkan ke dalam tempurung. Tempurung itu pula akan ditanam bersama-sama
kelapa tua yang telah disediakan di suatu tempat berdekatan dengan rumah si ibu
untuk menandakan kelahiran anaknya
Berpantang
Terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seseorang wanita yang
baru lepas bersalin. Antaranya ialah si ibu tidak boleh makan sembarangan makanan.
Selain bubur atau nasi tanpa lauk, si ibu perlu mengambil ubat yang dibuat daripada
tumbuh-tumbuhan.
Naik Buai
Oleh sebab kelahiran anak pertama dianggap sebagai peristiwa istimewa, maka ibu
bapa akan mengadakan kenduri tambahan. Selain kenduri, ada kalanya pada hari yang
sama diadakan juga upacara naik buai atau dipanggil pesakat nirundangan dalam
kalangan masyarakat Bajau.Bayi berkenaan akan dinaikkan ke dalam buaiannya buat
pertama kali.
8 | P a g e
9EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
Berkhatan
Sebagai orang Islam, anak-anak lelaki dan perempuan akan dikhatankan apabila sudah
cukup umur. Lazimnya anak perempuan akan dikhatankan ketika berumur lima tahun
sementara anak lelaki pula dikhatankan ketika berumur 12 dan 15 tahun.
KEMATIAN
Antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Islam yang lain memang tidak
banyak perbezaan dari segi menguruskan pengebumian kerana mereka sama-sama
mengikuti peraturan agama Islam walaupun terdapat sedikit sebanyak pengaruh adat
tempatan.. Upacara kematian mereka dilakukan secara teliti bersandarkan keperluan
agama dan adat kerana melalui upacara inilah si mati dipercayai dapat menyesuaikan
diri dengan keadaan hidup baru di akhirat.
Selepas Kematian
Apabila seseorang itu meninggal dunia, doa akan dibaca dan mayatnya akan ditutup
dengan kain. Pada masa itu, tawak-tawak patai atau pukulan gong akan dibunyikan
sebagai tanda seseorang itu telah meninggal dunia. Mengikut adat bajau, mereka mesti
menangisi kematian tersebut kerana ia melambangkan kesedihan mereka. Seterusnya
mayat tersebut akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan agama Islam, seperti
dimandi, dikafan dan disembahyangkan.
Adat mengawal kubur
Masyarakat Bajau yang asalnya berfahaman animisme, kini telah banyak memeluk
agama Islam. Namun demikian, beberapa adat, budaya dan kepercayaan masih
dipegang kuat kerana telah diamalkan turun temurun. Adat paling menarik dalam
budaya masyarakat Bajau ialah adat mengawal kubur. Kawalan kubur selama tujuh
hari dimestikan kerana masyarakat Bajau percaya mayat akan didatangi balan-balan
dalam tempoh tersebut.Masyarakat Bajau percaya “Balan-balan” merupakan sejenis
lembaga yang berasal daripada manusia.
9 | P a g e
10EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
PERKAHWINAN
Merisik
Adatnya tidak banyak bezanya daripada adat masyarakat Melayu. Sebelum
perkahwinan berlangsung, upacara merisik terlebih dahulu dilakukan terhadap gadis
yang menjadi calon
Meminang
Upacara meminang dilakukan dalam satu majlis yang dinamakan seruan. Dalam majlis
itu, pihak lelaki membawa sebentuk cincin, sepersalinan pakaian dan wang tunai
sebanyak RM100.00 sebagai pengikat tali pertunangan. Masa pertunangan biasanya
berlangsung selama setahun untuk membolehkan pihak lelaki membuat persediaan..
Pihak keluarga perempuan menentukan jumlah kerbau yang akan dihadiahkan untuk
majlis perkahwinan. Tujuh ekor bagi keluarga yang berada, tiga ekor bagi keluarga
yang sederhana dan seekor bagi keluarga biasa
10 | P a g e
11EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
MAJLIS PERKAHWINAN
Pengantin Bajau
Majlis perkahwinan dibuat sebelum hari perkahwinan. Keluarga yang berada
mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya, tiga hari bagi keluarga sederhana dan
sehari bagi keluarga miskin.. Majlis ini mungkin berlangsung hingga larut malam,
kemudian diikuti dengan tarian tradisional yang dikenal sebagai limbai.
KEBUDAYAAN DAN KESENIAN
a.TARIAN
Tahukah anda, tarian Limbai adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau.
Tarian Limbai digerakkan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak
ke rumah pengantin perempuan. Sebaik saja rombongan pengantin sampai,
11 | P a g e
12EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di depan
pengantin.
Ia adalah upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah
untuk melakukan istiadat ijab kabul yakni pernikahan. Irama dan bahasa tarian
mengiringi anggota rombongan pengantin naik ke rumah. Penari melambaikan
selendang mereka sebagai simbol mengundang dan mengucapkan selamat
datang.
Limbai ialah tarian suku kaum Bajau yang menetap di daerah Kota Belud di
bahagian pantai Barat Sabah. Ia juga sering dipersembahkan pada majlis
keramaian tertentu dalam masyarakat berkenaan. Tarian ini dipersembahkan tiga
hingga empat pasangan penari dan bercirikan gerakan lenggokan tangan penari
yang lemah-lembut.
MAKANAN TRADISI
Masyarakat Bajau juga terdapat kebudayaan mereka yang tersendiri,seperti makanan
tradisional,tarian dan sebagainya.Dari segi makanan,terdapat pelbagai jenis
makanan.Antaranya ialah kima,putu,dan Tompe atau tinompeh.Makanan tradisional
kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesies,antaranya
lapiran,kima bohe dan sollot-sollot iaitu bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah
permukaan batu.Kima di jadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau.Kima ini
boleh dimakan mentah-mentah setelah dihiris atau di potong kecil-kecil dan dicampur
12 | P a g e
13EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
dengan air limau dan lada serta rempah ratus yang lain mengikut selera seseorang.Ia
juga boleh dimakan bersama sayur.Selain itu,makanan tradisional putu pula adalah
makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak
secara stim.Manakala makanan tradisional Tompe atau Tinompeh juga ialah makanan
yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya.Pati ubi itu kemudiannya
digoreng tanpa minyak di dalam kuali,sehingga warna kekuning-kuningan.
PAKAIAN TRADISIONAL
Bagi pakaian tradisional suku Kaum Bajau.Berdasarkan gambar, wanita menggayakan
blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan
perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau menggayakan baju potongan Cekak Musang,
seluar, samping dan destar.Manakala,Pasangan suku kaum Bajau menggayakan
pakaian adat perkahwinan dan kebesaran. Pakaian lelaki dari kain satin berhias renda
dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan mandapun dan tali
pinggang.
13 | P a g e
14EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
IMPLIKASI DALAM PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA
IMPLIKASI TERHADAP SEKOLAH
Sekolah adalah tempat terbaik untuk menyemai semangat toleransi, perpaduan
nasional dan persefahaman murid pelbagai agama dan bangsa di negara kita. Menurut
Najeemah (2006), sekolah perlu perihatin dengan keperluan masyarakat pelbagai
budaya dan menggambarkan kepelbagaiannya melalui struktur organisasi. Oleh itu,
pendidikan pelbagai budaya mesti menjadi sebahagian daripada program pendidikan
dan sebahagian daripada falsafah pendidikan, meliputi daya usaha pendidikan.
Menurut Abdullah (2005), pihak sekolah perlulah merancang dan melaksanakan
pelbagai program dan aktiviti ke arah memupuk perpaduan kaum dengan melibatkan
murid daripada pelbagai kaum bagi member peluang kepada mereka untuk mengenali
dan memahami budaya antara satu sama lain. Beliau menambah, melalui pemahaman
tentang budaya etnik lain adalah diharapkan satu situasi asimilasi dan toleransi boleh
diwujudkan supaya ruang untuk perpaduan lebih terbuka luas.
Antara program yang boleh dijalankan ialah acara mengibarkan Jalur Gemilang,
mengadakan pertandingan fotografi dan melukis sempena bulan kemerdekaan. Selain
itu, pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti yang memfokuskan kepada pengenalan
tokoh-tokoh dan pemimpin negara daripada pelbagai kaum serta mengetahui tempat-
tempat bersejarah Negara.
Seterusnya, pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai program yang menjurus
kepada penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kelab Rukun Negara perlu ditubuh
dan diaktifkan bagi mengendalikan pelbagai program berkaitan aktiviti patriotik seperti
Bulan Kemerdekaan.
Selain itu, sekolah perlu menganjurkan pertandingan reka cipta yang
berunsurkan budaya pelbagai kaum seperti reka cipta tanglung, wau, kaligrafi, khat dan
sebagainya bagi memupuk integrasi antara kaum.
14 | P a g e
15EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
IMPLIKASI TERHADAP GURU
Pertama, guru perlulah memberi layanan yang sama rata kepada semua murid.
Seperti yang kita sedia maklum, setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain.
Menurut Papalia (2001), manusia berbeza dari segi jantina, ketinggian, berat, dan
bentuk tubuh badan; dalam hal-hal lain seperti kesihatan dan tahap tenaga; dan ciri-ciri
personaliti serta reaksi emosi. Menurut Mahani Razali, Ramlah Jantan & Shahabuddin
Hashim (2006), perbezaan individu merujuk kepada variasi atau ketidaksamaan individu
daripada norma kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah
laku, sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat dalam kalangan individu
dalam sesuatu kumpulan.
Menurut Mahani (2006), dalam konteks Negara Malaysia, perbezaan individu
memang menjadi suatu perkara yang jelas. Rakyat Malaysia terdiri daripada beberapa
kaum yang utama seperti Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum yang lain seperti
Iban, Kadazan, Bidayuh dan lain-lain. Setiap kaum pula terdiri daripada kumpulan etnik
yang tersendiri. Perkembangan ini menunjukkan guru-guru perlu memahami perbezaan
individu dalam pendidikan.
Menurut Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abdul Aziz, Abdul Rashid
Mohamed (2007), guru perlu memberi perhatian kepada perbezaan murid. Guru perlu
memahami perbezaan murid secara individu dalam kelasnya. Ini dapat dikesan dengan
memahami pola perkembangan dan sifat perseorangan murid, kemudian baru guru
dapat menentukan bahan yang akan diajar serta memilih cara yang sesuai bagi
mempertingkatkan kualiti pembelajaran. Dengan memberi perhatian kepada perbezaan
individu murid, guru akan berjaya membimbing pelajar membina rasa yakin kepada
pelajaran dan rasa selamat di sekolah.
Bagi memastikan layanan yang diberikan adalah adil, guru juga perlu
menggunakan pelbagai teknik dan kaedah bagi memberi kepuasan kepada murid
supaya tidak ada seorang pun murid dalam kelas dikebelakangkan. Semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran, guru tidak boleh mengelompok murid mengikut kaum
15 | P a g e
16EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
mereka tertentu sahaja. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan kaedah
pembelajaran koperatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Noriati,
Boon Pong Ying, Sharifah dan Zuraidah (2011), melalui kaedah pembelajaran koperatif,
murid dibahagikan kepada kumpulan yang daripada pelbagai latar belakang, etnik, taraf
sosial dan pencapaian. Jadi, mereka dapat saling belajar dan mengenali budaya secara
tidak langsung serta dapat mewujudkan sifat kerjasama dan toleransi yang diperlukan
dalam masyarakat majmuk.
Selain itu, guru juga perlu mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid.
Kelas sosial merupakan perbezaan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat
dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, dan pekerjaan. Menurut
Noriati (2011), kelas sosial wujud hasil daripada taraf pendidikan dan taraf
sosioekonomi keluarga. Jadi, murid perlu dilayan sama rata tanpa mengira sama ada
mereka dari kelas atasan atau bawahan. Perbezaan kelas sosial yang wujud perlu
ditangani supaya tidak ada murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini menjamin semua murid akan
berpeluang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam
kelas. Kebijaksaan guru mengendalikan perbezaan kelas sosial murid akan
mewujudkan pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam sesuatu masyarakat.
Dengan cara ini satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan
pembelajaran akan menjadi menyeronokkan.
Seterusnya, guru harus berusaha untuk menolong murid memahami dan
membentuk nilai, sikap serta tingkah laku yang sesuai.Dalam membentuk nilai murid,
guru perlu sentiasa menerapkan nilai-nilai dalam semua mata pelajaran yang diajar.
Inilah yang dikatakan ‘nilai merentas kurikulum’. Pada tahun 2005, Kementerian
Pelajaran telah menerbitkan buku panduan pengajaran dan pembelajaran nilai
merentas kurikulum KBSR dan KBSM bagi membantu guru-guru melaksanakan
penerapan nlai murni dalam pengajaran dengan lebih efektif (Mohd Najib, 2007). Hal ini
menunjukkan betapa Kementerian Pelajaran begitu serius membantu guru untuk
menerapkan nilai merentas kurikulum dalam pengajaran.
16 | P a g e
17EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
Penerapan nilai ini juga sangat penting bagi seseorang guru bagi merialisasikan
hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sebagai
seorang guru, kita perlulah memahami dan menghayati FPK sedalam - dalamnya
kerana FPK merupakan tunjang utama kepada sistem pendidikan di Malaysia.
Daripada FPK tersebut, jelaslah bahawa tugas guru bukan sahaja memberi input
semata - mata malah mendidik murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani
dan emosi. Sekiranya nilai - nilai telah tertanam dalam kalangan murid, maka gejala
sosial yang berlaku dalam masyarakat dapat dikurangkan. Selain itu, dengan
penerapan nilai ini, budaya hormat-menghormati, sayang - menyayangi, bertolak ansur
dan sebagainya antara kaum dapat diamalkan.
Di samping itu, guru perlulah bijak memilih bahan sumber untuk digunakan
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan sumber yang sesuai
dapat mengelakkan seseorang guru menyentuh sensitiviti sesuatu kaum. Menurut
Noriati (2011), guru hendaklah mengelakkan daripada menggunakan unsur - unsur
negatif dan sensitif bagi mana-mana etnik. Jadi, guru perlu sentiasa mendapatkan
maklumat yang tepat tentang budaya sesuatu etnik. Sebagai contoh, guru perlulah
menghormati adat resam dan kepercayaan murid-murid. Jadi, guru tidak boleh
menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid.
Seterusnya, guru mesti menggunakan bahasa yang sesuai yang tidak menyentuh unsur
sensitif dari aspek gender, etnik dan kepercayaan murid kerana boleh membawa
kepada salah faham antara guru dan murid. (Noriati, 2011).
Selain itu, guru perlu sentiasa mengingatkan dan menegaskan kepada murid
supaya sentiasa menggunakan bahasa yang standard iaitu bahasa Melayu semasa
berkomunikasi. Penggunaan bahasa yang Standard akan memberi peluang sama rata
kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Jadi, interaksi
antara murid pelbagai kaum akan terbuka luas dan secara tidak langsung dapat
memupuk nilai perpaduan dalam kalangan murid.
17 | P a g e
18EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
IMPLIKASI TERHADAP MURID
Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran dan seharusnya
berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap prejudis terhadap
rakan bangsa lain. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan terbaik
supaya tidak terdapat perbezaan antara individu atau kumpulan murid dengan yang
lain.
Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti oleh murid tidak harus
dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling
percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosiaisasi antara kaum tanpa
mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri
murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan
dalam masyarakat majmuk di negara kita.
Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid-murid semasa
berada di sekolah terutamanya semasa berlangsungnya pembelajaran. Unsur-unsur
dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, dan murid harus sentiasa berinteraksi
dengan menggunakan bahasa yang betul. Laras bahasa yang tepat akan membantu
murid berkomunikasi dengan lancar.
Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang
berlainan jantina mengikut batas-batas yang sepatutnya. Mereka juga perlu diberikan
kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina dan saling
menghormati antara satu sama lain.
Kemahiran juga berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah
pembentukan budaya penyayang. Komunikasi berkesan dapat dicapai melalui cara
bertutur, pengunaan bahasa badan, penulisan, juga melalui pengunaan alat-alat
tertentu seperti komputer, telefon dan sebagainya.
Murid biasanya akan terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan
teladan sebagai seorang profesional. Oleh itu guru mesti membentuk program-program
18 | P a g e
19EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
yang bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi
mengurangkan segala tingkahlaku negatif.
Murid biasanya suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan,
menyentuh emosi, disamping meningkat kecergasan mental, kreatif dan ininovatif dan
bermatlamat. Guru diperlukan membentuk budaya bilik darjah yang dinamis,
mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra sesama murid dan murid
dengan guru.
Murid yang sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan
sebaya, tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah, yang dibaluti
perasaan kasih saying dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembangkan
potensi diri mereka kea rah pembentukan modal insane yang berkualiti.
Tindakan murid boleh dibuat jangkaan oleh guru. Guru boleh dapat
mengurangkan kadar ponteng dan masalah disiplin melalui pendekatan pengurusan
bilik darjah yang berkesan. Kadar bilangan murid yang terlalu ramai dan tidak seimbang
bukanlah ukuran subjektif bahawa kelas itu tidak dapat dibangunkan. Kecekapan yang
ditunjukkan oleh bakal guru menghasilkan sebuah bilik darjah yang dapat
ditransformasikan menjadi sebuah rumah yang menepati slogan ‘bilik darjahku,
rumahku’.
Mungkin terdapat beberapa orang murid yang nakal di dalam setiap kelas,
namun harus diingat bahawa bukan murid menjadi punca permasalahan. Kemahiran
mengawal kelas sebaik sahaja guru memasuki kelas merupa titik noktah penting dalam
pengajaran dan pembelajaran. Murid –murid yang menimbulkan punca permasalahan
harus dikenalpasti, supaya murid lain tidak menjadi ‘pak turut’. Guru mesti mencuba
membantu menyelesaikan punca permasalahan dan meneruskan aktiviti pengajaran
dengan banyak berinteraksi dengan murid sehingga ia merasakan dirinya mendapat
perhatian dan dihargai sehingga ia merasakan mendapat perhatian dan dihargai bukan
kerana dirinya tetapi kerana tingkahlakunya yang disenangi guru.
Ketegasan terhadap disiplin murid perlu dilakukan dengan cara dan pendekatan
berhemah yang menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan mendera tetapi
19 | P a g e
20EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
lebih kepada pengajaran. Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan untuk membentuk
perangai murid memang mengambil masa yang lama.
Murid harus diterapkan supaya membiasakan diri datang ke bilik darjah tepat
pada masanya.
CADANGAN KE ARAH MEWUJUDKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG
MESRA BUDAYA
1. Menyusun kumpulan murid- murid yang berbilang kaum.
Jika di dalam sesebuah kelas itu terdapat murid yang berbilang kaum, maka
murid- murid tersebut sewajarnya dikumpulkan dalam kumpulan yang pelbagai kaum..
Dengan mencampuradukkan murid- murid yang berbilang kaum ini, murid- murid ini
akan boleh berkomunikasi dan berinteraksi sesama mereka. Hal ini boleh mewujudkan
suasana mesra antara mereka. Apabila pelbagai bangsa ini berinteraksi, pasti mereka
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. Ini akan dapat
mengelakkan salah faham antara murid- murid dan menambahkan lagi kemahiran
berbahasa Melayu dalam kalangan murid yang tidak berbangsa Melayu.
Selain itu murid- murid yang berbilang kaum ini boleh bekerjasama antara satu
sama. Kerjasama ini boleh membentuk kesepaduan antara mereka dan juga dapat
membentuk budaya satu Malaysia. Melalui kerjasama ini, proses penerimaan akan
berlaku antara pelbagai budaya. Hal ini membawa makna walaupun murid- murid ini
berbeza bangsa dan agama, masing- masing boleh menerima dan menghormati
budaya rakan- rakan lain.
2. Mewujudkan ruang fizikal dan peralatan serta kemudahan yang dapat memberi
keselesaan, kegembiraan, dan memberi kesan positif kepada hasil pembelajaran murid.
Untuk membina persekitaran P&P yang mesra budaya, keselesaan,
kegembiraan serta hasil pembelajaran murid perlu dititikberatkan. Ruang fizikal boleh
20 | P a g e
21EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
menjadi salah satu daya penarik dalam sesebuah bilik darjah. Contohnya ruang
bacaan, sudut informasi, ruang hasil kerja murid dan sebagainya. Dengan wujudnya
ruangan- ruangan seperti ini, guru boleh memupuk budaya positif seperti budaya
cintakan ilmu dan budaya membaca. Selain itu, dengan mewujudkan ruang hasil kerja
murid, guru boleh meningkatkan motivasi murid untuk belajar, mencuba sesuatu yang
baru dan memperkembangkan bakat yang dimiliki.
Selain itu, guru juga boleh mewujudkan peralatan yang dapat menarik minat
murid untuk meneruskan sesi pembelajaran. Peralatan yang dimaksudkan di sini
merujuk kepada alat bantu mengajar. Alat bantu mengajar yang bukan sahaja menarik
tetapi juga sesuai dengan topik pembelajaran pasti akan mendorong murid untuk
memberi tumpuan semasa guru mengajar. Contohnya, dengan menggunakan diorama
semasa mengajar topik habitat haiwan dalam subjek sains, murid akan lebih tertarik
dan sekaligus membina kefahaman yang lebih tinggi tentang topik berkenaan. Daya
tarikan sesungguhnya sangat berkesan dalam membina memori jangka masa panjang.
Oleh yang demikian, murid dapat mengingat isi pembelajaran dengan lebih baik.
3. Mewujudkan peraturan bersama yang dijadikan budaya.
Persekitaran P&P yang mesra budaya juga mengambil kira unsur peraturan
yang perlu diaplikasikan oleh murid. Peraturan yang dibuat oleh guru dan dilaksanakan
oleh murid secara berterusan lama- kelamaan akan menjadi budaya. Sebagai contoh,
guru mewujudkan peraturan bahawa murid mesti memberi salam kepada guru apabila
guru masuk ke kelas dan bersalaman dengan guru apabila tamat sesi persekolahan.
Peraturan ini kemudiannya akan dijadikan budaya oleh murid- murid apabila mereka
sudah sebati dengan peraturan ini. Mereka akan melakukannya walaupun tanpa
disuruh berbuat demikian. Budaya seperti ini merupakan satu budaya yang mulia
kerana ada nilai menghormati guru di situ. Apabila guru dihormati, maka pelajaran akan
lebih berkat lagi.
21 | P a g e
22EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
4. Mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya.
Proses P&P bukan sahaja berlaku di dalam bilik darjah tetapi juga boleh berlaku
di luar bilik darjah seperti di padang dan perpustakaan. Oleh itu, fokus untuk
mewujudkan persekitaran P&P mesra budaya bukan hanya tertumpu di dalam bilik
darjah. Guru boleh mewujudkan suasana mesra budaya itu melalui amalan pedagogi.
Untuk mewujudkan suasana P&P yang mesra budaya, salah satu caranya ialah dengan
mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya kaum yang berkaitan. Dalam konteks ini,
budaya yang dimaksudkan ialah budaya kaum- kaum yang pelbagai.
5. Menggunakan kaedah belajar sambil bermain.
Kaedah main merupakan satu kaedah yang amat sinonim dalam P&P sekolah
rendah. Main merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat menarik
perhatian murid- murid. Ia juga adalah budaya bagi golongan kanak- kanak. Oleh itu,
apa kata kalau kita gunakan kaedah ini dalam P&P dan pada masa yang sama
menyelitkan unsur budaya pelbagai kaum? Bagaimana pula ia dilakukan? Dalam
budaya pelbagai kaum seperti kaum Melayu, Cina, India, Bajau, Iban dan sebagainya
pasti ada permainan tradisi. Permainan tradisi juga merupakan satu budaya.
Dengan menggunakan permainan tradisi sesuatu kaum dalam P&P, guru bukan
sahaja boleh mengajar topik yang perlu diajar tetapi pada masa yang sama boleh
menyerapkan ilmu pengetahuan tentang budaya sesuatu kaum itu kepada murid-
muridnya. Contoh yang paling mudah ialah dalam subjek Pendidikan Jasmani.
Permainan tradisional boleh digunakan dalam mengajar murid- murid tentang
pergerakan asas yang meliputi pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan
manipulasi alatan. Misalnya dalam permainan ketingting yang merupakan salah satu
permainan tradisi Melayu, murid boleh belajar tentang pergerakan lokomotor ketingting(
melompat dengan satu kaki) dan pergerakan bukan lokomotor iaitu imbangan badan.
Permainan masyarakat India seperti Kabaddi pula boleh digunakan untuk dijadikan
permainan kecil.
22 | P a g e
23EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
KESIMPULAN
Sebenarnya kepelbagaian etnik yang terdapat di Malaysia merupakan suatu
rahmat kepada negara ini.Kepelbagaian ini mewujudkan Malaysia yang unik pada mata
dunia dan menguji kepintaran para pemimpin negara untuk memupuk kepelbagaian itu
menjadi suatu ikon yang berharga di negara ini.Marilah kita sama-sama membajai
kepelbagaian ini dengan kuntum-kuntum perpaduan agar negara kita akan terus maju
dan mencapai matlamat negara.
23 | P a g e
24EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
REFLEKSI
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memberi peluang
dan kesempatan untuk saya menyiapkan tugasan ini.
Penerangan yang diberikan semasa interaksi pertama agak jelas tetapi saya
kurang faham kehendak soalan yang diutarakan untuk menulis esei ini. Saya sangat
keliru dengan kehendak tugasan pada waktu itu.Hal ini disebabkan subjek ini
merupakan subjek baru dan saya belum mengetahui tentang skop pembelajaran subjek
ini.Selepas pensyarah subjek ini menerangkan secara ringkas kehendak soalan
tugasan tersebut barulah saya memahami tugasan tersebut serba sedikit.Selepas
meneliti semula soalan beberapa kali dan berbincang dengan kawan-kawan sekuliah
dan masing-masing memberikan input yang menjurus kepada melaksanakan tugasan
tersebut dengan cemerlang barulah segala kekeliruan dapat saya atasi.
Perkara pertama yang saya lakukan ialah membuat pembacaan tentang tajuk
esei ini dalam buku, jurnal, artikel dalam internet dan sebagainya.Saya cuba memahami
kepelbagai budaya yang terdapat di dalam negara kita dan implikasinya kepada proses
pendidikan di Malaysia.Sesungguhnya kepelbagaian budaya memberikan impak yang
besar dan sistem pendidikan negara. Proses mengumpul maklumat ini berlaku
sepanjang masa sehingga saya menyiapkan tugasan ini. Hal ini demikian kerana saya
menulis esei sambil membuat rujukan pada masa yang sama.Di samping itu,saya juga
menghubungi rakan-rakan sekuliah untuk mendapatkan input tambahan dan saya juga
menyertai forum di facebook yang membincang topik ini.Aktiviti ini telah memudahkan
saya menyiapakan tugasan ini dengan jayanya..
Dari segi peruntukan masa bagi menyiapkan esei ini, secara jujur saya
mengatakan tidak cukup memandangkan banyak aktiviti yang perlu dilakukan pada
masa yang sama.Sebagai seorang guru yang mempunyai tanggungjawab yang bukan
kepalang penting di sekolah iaitu guru Bahasa Melayu Tahun 6,saya memang
berasakan seolah-olah saya tidak cukup masa untuk menyiapkan tugasan ini dengan
baik.Hal ini demikian kerana saya terlibat dengan kelas tambahan dan aktiviti-aktiviti
sekolah yang lain.Namun,masalah itu telah berjaya diatasi kerana saya telah
24 | P a g e
25EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
menggunakan pelbagai strategi dalam mengurus masa. Sebagai contoh, saya
mengambil lebih masa pada waktu malam untuk menulis esei ini.
Melalui penulisan esei ini, banyak input baru yang telah saya peroleh. Antaranya
ialah tentang etnik-etnik yang terdapat di Malaysia.Mengikut Wikipedia,di Malaysia
terdapat 64 etnik .Satu jumlah yang sangat besar.Namun secara umumnya,kita boleh
bahagikan etnik kepada 3 etnik yang besar iaitu Melayu,Cina dan India.Pelbagai etnik
pasti menuntut keprihatinan yang bukan sedikit untuk menyediakan pendidikan yang
sama rata dan adil kepada semua etnik.
Di samping itu, saya juga sempat mencari maklumat tentang statistik
demografi penduduk di Malaysia. Melalui dapatan ini, saya dapat mengetahui secara
terperinci bilangan penduduk di Malaysia berdasarkan kaum, agama dan sebagainya.
Etnik Melayu merangkumi 55 peratus penduduk di Malaysia,Cina pula mewakili 25
peratus dan India pula 7 peratus dan yang selebihnya adalah terdiri daripada kelompok
peribumi kecil seperti Dayak,Bidayuh,Melanau dan Orang Ulu di
Sarawak.Kadazandusun, Murut, Bajau, Melayu Brunei di Sabah
Melalui tugasan ini,saya telah mendapat pelbagai faedah terutamanya mengenai
peranan guru dalam menangani kepelbagaian budaya yang terdapat di dalam
kelasnya.Guru sebagai insan yang telah diamanahkan untuk mendidik murid-murid
menjadi masyarakat madani berhadapan dengan cabaran yang besar dalam usaha
menangani kepelbagaian budaya ini.Jika seseorang guru gagal untuk menangani
cabaran ini maka pasti hasrat kerajaan untuk memupuk perpaduan kaum daripada akar
umbi akan menemui kegagalan.
Saya juga menyedari bahawa pihak kerajaan juga memainkan peranan yang
besar dalam usaha memupuk perpaduan pada peringkat sekolah.Kerajaan di bawah
Kementerian Pelajaran telah melaksanakan banyak program untuk memupuk
perpaduan ini antaranya program RIMUP,kegiatan kokurikulum dan melalui kurikulum
yang dilaksana di sekolah.Kerajaan telah menyalurkan peruntukan berjuta-juta ringgit
dalam memastikan segala program untuk perpaduan berjalan dengan lancar dan
berjaya mencapai objektif pelaksanaannya.Saya juga menyedari usaha murni pihak
25 | P a g e
26EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
kerajaan dalam pemupukan perpaduan ini adakalanya tidak mendapat sambutan yang
baik daripada khalayak.Hal ini mungkin disebabkan oleh pemahaman yang cetek
tentang rasional projek tersebut dilaksanakan ataupun oleh sebab politik demi
kepentingan segelintir masyarakat yang tidak ingin melihat perpaduan terus utuh di
Malaysia.Antara contoh kegagalan program kerajaan ialah Sekolah Wawasan.
Selain itu, saya juga sedar betapa pentingnya peranan guru dalam memupuk
perpaduan kaum di negara ini melalui penerapan nilai-nilai murni, menjadi contoh
teladan dan sebagainya.Guru sebagai orang yang paling dekat dengan murid selain ibu
bapa mereka mesti sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam amalan sehariannya
agar dapat menjadi cerminan kepada nilai murni kepada murid-murid.Murid akan
sentiasa melihat kepada guru mereka dalam mengamalkan sesuatu nilai murni.Namun
usaha daripada pihak guru sahaja tidak memadai andai ibu bapa dan masyarakat tidak
memberikan kerjasama dalam merealisasikan aspirasi negara.
Saya berpendapat,sebenarnya pihak yang paling penting dalam melakukan
perubahan ini ialah ibu bapa mereka.Ibu bapa merupakan orang yang paling
bertanggngjawab dalam melakukan perubahan kerana merekalah yang
bertanggngjawab mencorakkan anak-anak mereka.Jika semua ibu bapa bertekad untuk
menjadikan perpaduan kaum sebagai asas kepda pembinaan negara Malaysia yang
aman maka mereka mesti mengubah corak pemikiran mereka agar tidak menjurus
kepada survival etniknya sahaja.Mereka mesti melihat perpaduan ini dalam konteks
yang lebih luas yang melibatkan pembinaan negara bangsa yang dikagumi pada mata
dunia.
Saya amat berharap saya dan rakan-rakan guru yang lain akan dapat menjadi
seorang guru yang mampu mendokong aspirasi negara ini untuk mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu.Saya sedar,tanggungjawab kami bukan alang-alang
besarnya.Tanpa komitmen yang tinggi tidak mungkin saya akan dapat melahirkan
murid-murid yang mencintai negaranya lebih daripada mencintai etniknya sahaja.Saya
juga berharap agar segala usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan akan
membuahkan hasil yang diharapkan.Saya juga berharap agar masyarakat Malaysia
akan memberikan kerjasama yang tidak berbelah bagi kepada pihak kerajaan dalam
26 | P a g e
27EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
usaha menjadikan perpaduan sebagai asas kemajuan negara.Tiada kemajuan bakal
dicapai jika perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia masih rapuh.Kerapuhan
perpaduan menjurus kepada kehancuran negara.
Akhirnya,semoga impian kita untuk melihat rakyat Malaysia bernaung di bawah
payung 1 Malaysia yang aman,maju dan progresif akan menjadi kenyataan.
27 | P a g e
28EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
RUJUKAN
Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 (Banci 2010) (t.t). Laman Web Rasmi
Jabatan Perangkaan Malaysia : Sumber Statistik Rasmi Malaysia. Dicapai pada
15 Mac 2012 daripada http://www.statistics.gov.my
Kamus Dewan, Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Rancangan Malaysia Ke-9 – Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (2006-2010). Putrajaya
Mohd Najib A. Ghafar & Ali Harun (2007). Perbezaan antara Pengetahuan dan Amalan
Konsep KBSM di Kalangan Guru. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia 12 : 99-118
Mohd Shafie bin Haji Apdal (2008). Membina Bangsa Malaysia Jilid 4 Integrasi
Nasional. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Kementerian
Perpaduan, Kebudyaan, Kesenian dan Warisan.
Najeemah Md. Yusof (2007). Konsep Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A.
Majid, (2011). Siri Pendidikan Guru : Budaya dan Pembelajaran. Selangor :
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Perspektif Wawasan 2020 (t.t). Dicapai pada 10 Mac 2012 daripada
http://pmr.penerangan.gov.my
Salhah Abdullah (2009). Kecerdasan Pelbagai- Aplikasi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Kuala Lumpur : PTS Professional
Yahya bin Don, Aziah Ismail, Yaakob Daud (2007). Kepimpinan & pembangunan
pelajar sekolah di Malaysia. Selangor : PTS Professional
28 | P a g e
29EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
Muhyiddin Yassin (16 Mei 2011). Teks Ucapan Penuh Menteri Pelajaran Sempena Hari
Guru. Mstar Online. Dicapai pada 16 Mac 2012 daripada ://www.mstar.com.my/
29 | P a g e