1 EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN PENGHARGAAN Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Tugasan Seni Dalam Pendidikan ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi besar kita Muhammad s.a.w dan kepada ahli keluarganya. Seinfiniti penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En.Hamdan bin Mahfoh selaku pensyarah kursus ini yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudahcara sepanjang proses saya menyiapkan tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, tidak mungkin saya akan dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik. Tidak lupa juga saya merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan dorongan di samping menyumbangkan idea-idea yang bernas . Terima kasih sekalung budi. Dewa sakti melayang ke Daik Hendak mencari Dewa Jaruga Kalau ada budi yang baik 1 | Page
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk
dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Tugasan Seni Dalam Pendidikan ini telah berjaya disiapkan
dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya. Selawat dan salam ke
atas junjungan Nabi besar kita Muhammad s.a.w dan kepada ahli keluarganya.
Seinfiniti penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
En.Hamdan bin Mahfoh selaku pensyarah kursus ini yang terlalu banyak membantu,
membimbing dan juga sebagai pemudahcara sepanjang proses saya menyiapkan tugasan ini.
Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, tidak mungkin saya akan dapat
menyiapkan tugasan ini dengan baik.
Tidak lupa juga saya merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan dan ahli
keluarga yang banyak memberi sokongan dan dorongan di samping menyumbangkan idea-idea
yang bernas . Terima kasih sekalung budi.
Dewa sakti melayang ke Daik
Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa
1 | P a g e
2EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
ISI KANDUNGAN Muka surat
1.0 Pengenalan 3 - 4
2.0 Aspek kepelbagaian sosio budaya etnik Bajau
2.1 Asal usul etnik Bajau 4 - 6
2.2 Nilai dan Kepercayaan 7 - 8
2.3 Kematian 9 – 10
2.4 Perkahwinan 10 – 11
2.5 Kebudayaan dan Kesenian 12
3.0 Implikasi kepelbagaian budaya
3.1 Implikasi terhadap sekolah 14 – 15
3.2 Implikasi terhadap guru 15 – 18
3.3 Implikasi terhadap murid 18 – 20
4.0 Cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran
untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang
mesra budaya 20 – 23
5.0 Kesimpulan 23
6.0 Refleksi 23 – 24
7.0 Rujukan 24 - 25
2 | P a g e
3EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
1.0 PENGENALAN
Malaysia merupakan Negara yang sangat unik kerana terdiri daripada penduduk
berbilang kaum dan etnik daripada pelbagai budaya.Menurut laporan yang telah
dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia,banci penduduk di Malaysia sehingga
2010 ialah seramai 28.3 juta yang merangkumi 91.8 peratus warganegara dan 8.2
peratus bukan warganegara.Warganegara Malaysia terdiri darpada kumpulan etnik
Bumiputera (67.4%),Cina (24.6%),India (7.3%) dan lain-lain (0.7%).Dalam kalangan
warganegara Malaysia,Melayu merupakan kumpulan etnik utama di Semenanjung
Malaysia iaitu 63.1 peratus.Iban mencatatkan 30.3 peratus daripada jumlah
keseluruhan warganegara di Sarawak,manakala Kadazan/Dusun merekodkan
sebanyak 24.5 peratus di Sabah.Dari segi agama,Islam merupakan agama yang paling
meluas dianuti di Malaysia dengan perkadaran 61.3 peratus dengan diikuti dengan
agama Buddha (19.8%),Kristian (9,2%) dan Hindu (6.3%).Justeru itu,kita patut
bersyukur kerana kita masih boleh hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.
Kamus Dewan (2007),mendefinasikan budaya sebagai kemajuan fikiran,akal
budi atau cara berfikir,berkelakuan dan sebagainya.Tegasnya,budaya boleh
didefinasikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan
meliputi sistem sosial,susunan organisasi ekonomi,politik,agama,kepercayaan,adat
resam,sikap dan nilai.
Selain itu.budaya menggambarkan cara hidup,nilai.kepercayaan dan sikap
(Yahya,Aziah dan Yaakob,2007).Sagor et al,(1994) dalam Yahya (2007),menjelaskan
bahawa budaya sebagai sistem sosial yang diintegrasikan oleh nilai-nilai,kepercayaan,
dan peraturan tingkah laku.Beliau juga menjelaskan bahawa budaya ialah kajian
tentang tingkah laku manusia dalam satu kumpulan yang berbeza mengikut
masyarakat,kumpulan etnik,suku dan sub budaya yang lain.
Untuk tujuan kerja kursus ini,saya telah memilih etnik yang terdapat di Sabah
iaitu etnik Bajau .
3 | P a g e
4EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
MASYARAKAT BAJAU
Masyarakat Bajau merupakan masyarakat pribumi Sabah dan dari segi populasinya
adalah kedua terbesar selepas kaum Kadazan. Terdapat pelbagai suku kaum dalam
kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan
masyarakat Bajau mendiami kawasan Samporna dan Kota Belud.
ASAL USUL ETNIK BAJAU
Ada pendapat mengatakan bahawa Bajau berasal dari Johor. Ada juga yang
mengatakan Bajau berasal dari Kepulauan Riau-Lingga di Indonesia dan ada pula yang
mengatakan etnik ini berasal dari kepulauan Maluku.
Hakikatnya, baik di Selatan Filipina, Borneo Utara, Johor, Riau-Lingga atau
Maluku, kawasan-kawasan tersebut adalah dalam lingkungan Nusantara. Kajian awal
oleh Badan Galak Pusaka (2000) mengenai asal-usul bangsa Bajau mendapati bahawa
bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro yang mula bergerak dari Yunan
menuju arah selatan (Asia Tenggara) pada kira-kira 1500 tahun Sebelum Masehi iaitu
3500 tahun yang lalu, yang kemudian tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan
Lautan Pasifik1. Oleh sebab bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro, maka
mereka adalah Melayu tulen.
Bangsa Bajau atau Samah dapat dibahagikan kepada dua kelompok utama iaitu
Pala’u (Bajau Laut) dan Samah (Bajau Darat). Sehingga tahun 1950-an, Pala’u tinggal
di dalam lepa yang bergerak bebas di sekitar laut Sulawesi; mereka hanya mendarat di
tepian pantai atau pesisiran sama ada di jajaran pulau atau tanah besar, untuk
mendapatkan keperluan seperti ubi kayu, air atau untuk membaiki lepa mereka. Mereka
juga bukan penganut agama Islam. Justeru itu, terdapat dalam kalangan orang-orang
Samah yang tidak mengakui Pala’u sebagai Bajau oleh sebab kesuluruhan Samah
adalah beragama Islam.
4 | P a g e
5EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
Daripada segi bahasa dan pertuturan, bahasa Bajau mempunyai lebih daripada
20 subdialek. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka menunjukkan terdapat sekurang-
kurangnya 26 subdialek bahasa Bajau.
Kaum Bajau merupakan kaum bumiputra kedua terbesar di negeri Sabah. Kaum
Bajau kebanyakannya beragama Islam dan berasal dari dua kumpulan etnik yang tidak
jauh bezanya iaitu Bajau di pantai Timur dan juga Bajau di pantai Barat. Mereka ini
merupakan antara pelaut terkenal pada zaman dahulu sebelum kedatangan penjajah di
Sabah. Kaum Bajau didapati mempunyai kemahiran membina sampan atau kapal yang
sederhana saiznya dalam beberapa catatan sejarah.
Kaum Bajau dahulunya juga adalah pelaut yang mahir iaitu kegiatan utamanya ialah
pelanunan serta penangkapan ikan. Orang-orang Bajau juga mempunyai kemahiran
menunggang kuda dan ini menjadikan mereka antara kaum yang paling berjaya di
Sabah. Kemahiran mereka ini menjadikan mereka terkenal di negeri Sabah dan diberi
gelaran "Koboi Timur" atau "Koboi Sabah". Semasa dalam majlis tertentu seperti pesta
dan hari perayaan, penunggang kuda kaum Bajau ini sering kelihatan dalam pakaian
berwarna-warni malah kuda mereka juga dipakaikan kain seperti penunggang juga
Orang Bajau yang berada di sebelah pantai Barat Sabah kebanyakkannya
menetap dari bahagian Kota Kinabalu sehingga ke Kota Belud. Bagi kaum Bajau yang
berada di bahagian pantai Timur Sabah , mereka masih mengamalkan kehidupan
tradisional seperti kegiatan menangkap ikan dan kaum Bajau di sini digelar Bajau Laut.
Walaubagaimanapun orang-orang Bajau di bahagian Timur Sabah ini kebanyakkannya
5 | P a g e
6EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
telah menetap di darat atau di perkampungan tepian pantai. Segelintir daripada mereka
masih lagi tinggal dalam perahu yang merantau ke sana-sini iaitu Lepa. Kaum wanita
Bajau juga terkenal dengan tenunan kain mereka iaitu Dastar yang disulam dengan
kain berwarna merah, kuning, hijau, oren, emas dan putih.
Di Sabah, 6 bahasa Bajau digunakan dan semuanya berasal daripada keluarga
Sama-Bajau. Pengguna bahasa ini termasuklah pendatang-pendatang daripada negara
jiran. Bagi kaum Bajau daripada bahagian pantai Timur Sabah, bahasa mereka
dipinjam daripada Suluk iaitu bahasa perdagangan di Laut Sulu. Kaum Bajau pantai
Barat Sabah pula mengadaptasikan bahasa mereka daripada bahasa Melayu. Kaum
Bajau bahagian ini telah bekerjasama dengan kaum Kadazan dusun dari segi akitviti
ekonomi, perdagangan, perhubungan sosial serta kebudayaan.
Orang Bajau dikatakan telah menggunakan sistem Barter dalam aktiviti ekonomi
mereka iaitu menukar ganti hasil tangkapan ikan mereka dengan beras orang Kadazan.
Bukan itu sahaja, pengaruh kebudayaan daripada kedua-dua kaum ini juga dapat dilhat
dari segi kesenian material, muzik dan juga rekabentuk bangunan.
6 | P a g e
7EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
NILAI DAN KEPERCAYAAN
1 Kelahiran
Sewaktu mengandung
Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat Bajau ketika seseorang
wanita itu mengandung, antaranya ialah berpantang, menempah bidan, menyediakan
kelapa tua sebagai tanda kelahiran dan melenggang perut.
Berpantang
Untuk mengelakkan bahaya sewaktu mengandung, wanita tersebut perlu menjalani
beberapa pantang larang tertentu. Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan dirinya
serta kandungan, di samping memudahkan proses kelahiran kelak. Antara pantang
larang tersebut termasuklah iaitu wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana
dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk halus.
Menempah bidan
Dalam masyarakat Bajau, bidan dikenali sebagai pengulin atau pandai. Setelah tujuh
bulan hamil, wanita berkenaan akan menempah bidan dan satu majlis doa selamat
akan diuruskan oleh bidan tersebut dan mulai hari itu hingga hari ke-44 selepas
kelahiran bayi, secara rasminya bidan bertanggungjawab menjaga wanita hamil
tersebut.
Tanda Kelahiran
Apabila sudah genap tujuh bulan mengandung, suatu tanda kelahiran akan disediakan
iaitu sebiji kelapa tua yang baru tumbuh tunasnya dibalut dengan kain putih dan
diletakkan ke dalam sebuah pasu tembaga. Kemudian pasu tembaga beserta
kandungannya sekali diletakkan di atas talam yang telah diisikan segantang
padi.Sebaik sahaja bayi dilahirkan, kelapa tua itu akan ditanam bersama-sama tembuni
si ibu sebagai tanda kelahiran bayi yang berkenaan.
Melenggang perut
Selain daripada pantang larang dan adat-adat seperti di atas, wanita Bajau juga perlu
melalui upacara melenggang perut atau dikenali sebagai maglenggang dalam kalangan
7 | P a g e
8EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
masyarakat Bajau. Upacara ini diadakan hanya jika seseorang wanita itu mengandung
anak pertama dan upacara dijalankan ketika kandungan berusia tujuh bulan.
Semasa Bersalin
Apabila sudah tiba masanya, bidan akan segera dipanggil dan beberapa peralatan
tertentu disediakan. Adakalanya di bawah rumah tersebut, duri dan benda-benda tajam
seperti besi atau parang diletakkan untuk mengelakkan atau menjauhkan gangguan
makhluk halus terhadap si ibu dan bayi. Di samping itu, terdapat beberapa adat lain
yang dilakukan semasa menyambut kelahiran bayi tersebut iaitu adat potong tali pusat,
azan, dan menanam tembuni.
Menanam Tembuni
Pada hari kelahiran itu juga, tembuni ibu dicuci, dibungkus dengan kain putih dan
diletakkan ke dalam tempurung. Tempurung itu pula akan ditanam bersama-sama
kelapa tua yang telah disediakan di suatu tempat berdekatan dengan rumah si ibu
untuk menandakan kelahiran anaknya
Berpantang
Terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seseorang wanita yang
baru lepas bersalin. Antaranya ialah si ibu tidak boleh makan sembarangan makanan.
Selain bubur atau nasi tanpa lauk, si ibu perlu mengambil ubat yang dibuat daripada
tumbuh-tumbuhan.
Naik Buai
Oleh sebab kelahiran anak pertama dianggap sebagai peristiwa istimewa, maka ibu
bapa akan mengadakan kenduri tambahan. Selain kenduri, ada kalanya pada hari yang
sama diadakan juga upacara naik buai atau dipanggil pesakat nirundangan dalam
kalangan masyarakat Bajau.Bayi berkenaan akan dinaikkan ke dalam buaiannya buat
pertama kali.
8 | P a g e
9EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
Berkhatan
Sebagai orang Islam, anak-anak lelaki dan perempuan akan dikhatankan apabila sudah
cukup umur. Lazimnya anak perempuan akan dikhatankan ketika berumur lima tahun
sementara anak lelaki pula dikhatankan ketika berumur 12 dan 15 tahun.
KEMATIAN
Antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Islam yang lain memang tidak
banyak perbezaan dari segi menguruskan pengebumian kerana mereka sama-sama
mengikuti peraturan agama Islam walaupun terdapat sedikit sebanyak pengaruh adat
tempatan.. Upacara kematian mereka dilakukan secara teliti bersandarkan keperluan
agama dan adat kerana melalui upacara inilah si mati dipercayai dapat menyesuaikan
diri dengan keadaan hidup baru di akhirat.
Selepas Kematian
Apabila seseorang itu meninggal dunia, doa akan dibaca dan mayatnya akan ditutup
dengan kain. Pada masa itu, tawak-tawak patai atau pukulan gong akan dibunyikan
sebagai tanda seseorang itu telah meninggal dunia. Mengikut adat bajau, mereka mesti
menangisi kematian tersebut kerana ia melambangkan kesedihan mereka. Seterusnya
mayat tersebut akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan agama Islam, seperti
dimandi, dikafan dan disembahyangkan.
Adat mengawal kubur
Masyarakat Bajau yang asalnya berfahaman animisme, kini telah banyak memeluk
agama Islam. Namun demikian, beberapa adat, budaya dan kepercayaan masih
dipegang kuat kerana telah diamalkan turun temurun. Adat paling menarik dalam
budaya masyarakat Bajau ialah adat mengawal kubur. Kawalan kubur selama tujuh
hari dimestikan kerana masyarakat Bajau percaya mayat akan didatangi balan-balan
dalam tempoh tersebut.Masyarakat Bajau percaya “Balan-balan” merupakan sejenis
lembaga yang berasal daripada manusia.
9 | P a g e
10EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
PERKAHWINAN
Merisik
Adatnya tidak banyak bezanya daripada adat masyarakat Melayu. Sebelum
perkahwinan berlangsung, upacara merisik terlebih dahulu dilakukan terhadap gadis
yang menjadi calon
Meminang
Upacara meminang dilakukan dalam satu majlis yang dinamakan seruan. Dalam majlis
itu, pihak lelaki membawa sebentuk cincin, sepersalinan pakaian dan wang tunai
sebanyak RM100.00 sebagai pengikat tali pertunangan. Masa pertunangan biasanya
berlangsung selama setahun untuk membolehkan pihak lelaki membuat persediaan..
Pihak keluarga perempuan menentukan jumlah kerbau yang akan dihadiahkan untuk
majlis perkahwinan. Tujuh ekor bagi keluarga yang berada, tiga ekor bagi keluarga