1
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM
DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
GUAMAN SIVIL NO.: BA-22NCVC-400-07/2016
ANTARA
1) LORDOMERY A/P MARIAPPAN
(NO.K/P: 541115-08-6142)
2) PELOMENO A/P MARIAPPAN
(NO.K/P: 571028-10-5154)
3) RAJINA A/P MARIAPPAN
(NO.K/P: 601207-10-5744)
4) MARIA A/P MARIAPPAN
(NO.K/P: 620712-10-6776) …PLAINTIF-PLAINTIF
DAN
1) YOGESWARY A/P KRISHNAN (NO.K/P: 611112-08-6092)
[Disaman sebagai Pentadbir Harta Pusaka Anthoneysamy a/l Mariappan]
2) YOGESWARY A/P KRISHNAN
(NO.K/P: 611112-08-6092)
3) MARIDAS A/L ANTHONEYSAMY
(NO.K/P: 830609-08-6231)
4) MICHEAL A/L ANTHONEYSAMY
(NO.K/P: 861004-43-6077)
5) THERESA A/P ANTHONEYSAMY
(NO.K/P: 841107-10-5758) …DEFENDAN-DEFENDAN
2
PENGENALAN
1] Plaintif-Plaintif adalah anak kepada mendiang Mariappan A/L
Karupathevan manakala Defendan Pertama adalah Pentadbir Harta
Pesaka mendiang Anthoneysamy A/L Mariappan, Defendan Kedua ialah
isteri kepada mendiang Anthoneysamy dan Defendan-Defendan Ketiga,
Keempat dan Kelima adalah anak kepada mendiang Anthoneysamy dan
Defendan Kedua. Mendiang Anthoneysamy merupakan abang kepada
Plaintif-Plaintif dalam tindakan ini.
Fakta
2] Mendiang Mariappan mempunyai sebidang tanah No. Hakmilik 7110,
Lot No. 4696, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat, Negeri
Selangor (“hartanah tersebut”). Beliau meninggal dunia pada 20.5.1988
tanpa meninggalkan wasiat. Mendiang mempunyai lapan orang anak iaitu
–
(a) Mathalamari (mendiang);
(b) Jaccob (mendiang);
(c) Lordomery – Plaintif Pertama;
(d) Anthoneysamy (mendiang);
3
(e) Pelomeno – Plaintif Kedua;
(f) Mosess (mendiang);
(g) Rajina – Plaintif Ketiga; dan
(h) Maria – Marippan – Plainitf Keempat.
3] Sekitar tahun 2012 Plaintif-Plaintif dan mendiang Mathalamari telah
menyedari bahawa mereka telah kehilangan hak mereka ke atas hartanah
tersebut di mana saudara lelaki mereka mendiang Anthoneysamy telah
didapati memegang 6/8 bahagian dan dua lagi saudara lelaki mereka
mendiang Jaccob dan mendiang Mosess masing-masing memegang 1/8
bahagian.
4] Berikutan itu mereka telah berjumpa dengan balu kepada mendiang
Anthoneysamy iaitu Defendan Kedua untuk mendapatkan kembali hak
mereka tetapi gagal. Pada masa yang sama Defendan Kedua setelah
mendapat kuasa mentadbir pesaka Anthoneysamy, telah memindah milik
sebanyak 3/16 bahagian masing-masing kepada dirinya sendiri dan tiga
orang anaknya iaitu Defendan Ketiga, Keempat dan Kelima.
5] Pada 30.11.2012 Defendan-Defendan telah menjual kesemua
bahagian mereka kepada pihak ketiga. Berikutan itu hanya bahagian
Jaccob dan Mosess masing-masing 1/8 bahagian yang masih kekal.
Bahagian-bahagian Plainitf-Plaintif dan seorang lagi saudara perempuan
4
mereka bernama Mathalamari telah dijual oleh Defendan-Defendan kepada
pihak ketiga.
Tuntutan Plaintiff
6] Di dalam tindakan ini Plaintiff-Plaintiff menuntut –
6.1 Satu Deklarasi bahawa Perintah Pembahagian bertarikh
15.11.1989 yang memberikan 6/8 bahagian kepada
Anthoneysamy A/L Mariappan adalah tidak sah dan dibatalkan;
dan/atau
6.2 Satu perintah bahawa Plaintif-Plaintif selaku waris yang sah
Simati berhak ke atas bahagian Plaintif-Plaintif dalam Hartanah
tersebut dan Hartanah tersebut yang telah didaftarkan di atas
nama Anthoneysamy A/L Mariappan sebanyak 6/8 bahagian
kini ditukar dan dibahagikan seperti berikut:
Nama Waris-Waris Simati Bahagian
i. Mathalamari A/P Mariappan (No. K/P: 500108-08-5992)
1/8
ii. Lordomery A/P Mariappan (No.K/P: 541115-08-6142)
1/8
iii. Pelomeno A/P Mariappan (No.K/P: 571028-10-5154)
1/8
iv. Rajina A/P Mariappan
(No.K/P: 601207-10-5744)
1/8
v. Maria A/P Mariappan
(No.K/P: 620712-10-6776)
1/8
5
vi. Anthoneysamy A/L Mariappan
(No.K/P: 560418-08-5829)
1/8
6.3 Satu perintah bahawa Pentadbir Hakmilik Tanah Daerah Kuala
Langat membatalkan pendaftaran nama Simati Pertama
sebagai pemilik kepada 6/8 bahagian dan nama Plaintif-Plaintif
dimasukkan ke dalam Hartanah tersebut mengikut bahagian
yang disebutkan di perenggan (b) di atas dalam tempoh empat
belas (14) hari dari tarikh perintah ini; dan
6.4 Satu perintah bahawa Defendan-Defendan membayar satu
jumlah sebanyak RM100,000.00 atas gantirugi bagi kesusahan,
kehilangan pendapatan dan kerugian Plaintif-Plaintif dalam
menikmati hak-hak Plaintif-Plaintif di dalam Hartanah tesebut
selama ini; dan
6.5 Secara alternatif, Defendan-Defendan membayar sejumlah
RM88,440 kepada setiap seorang Plaintif dan jumlah yang
sama dibayar kepada Pentadbir Harta Pusaka Mathalamari A/P
Mariappan; dan
6.6 Kos tindakan ini dan kos guaman ini akan ditanggung oleh
Defendan-Defendan; dan
6.7 Apa-apa perintah lanjutan atau perintah lain atau arahan untuk
diberikan seperti yang difikirkan adil oleh Mahkamah yang
Mulia ini.
6
Kes Plaintif
7] Plaintif telah mengemukakan sebanyak enam saksi terdiri daripada
peguam (PW1) yang mengendalikan penjualan sebahagian hartanah
tersebut kepada pihak ketiga pada 30.11.2012, anak kepada mendiang
Mosess (PW2), Plaintif Pertama (PW3), Plaintif Kedua (PW5), Plaintif
Ketiga (PW4) dan Plainitf Keempat (PW6).
8] Menurut PW1, beliau telah mengendalikan transaksi jualan hartanah
bahagian milik Defendan Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima kepada
pihak ketiga dengan harga RM530,640.00 pada 20.11.2012 dan
pindahmilik telah dilakukan.
9] PW2 telah memberi keterangan bahawa dalam sekitar tahun 2012
Defendan Kedua bersama-sama tiga anaknya datang berjumpa beliau
dengan membawa beberapa dokumen untuk ditandatangani. PW2 telah
melihat dokumen-dokumen tersebut dan mendapati bapa saudaranya
mendiang Anthoneysamy memiliki 6/8 hartanah tersebut manakala
mendiang bapanya dan bapa saudaranya Jaccob masing-masing
mempunyai 1/8 bahagian. Nama-nama ibu saudaranya sudah tiada dan
beliau tanya kepada Defendan Kedua bagaimana nama-nama ibu
saudaranya tiada sebagai pemilik. Menurut PW2 Defendan Kedua
memberitahunya bahawa beliau akan menguruskan perkara itu. PW2
enggan menurunkan tandatangannya seperti yang diminta oleh Defendan
Kedua.
7
10] Sehubungan itu PW2 telah memaklumkan kepada ibu saudaranya
iaitu PW3. PW3 menyatakan bahawa beliau dan saudara-saudara
perempuan yang lain bermaksud menyerahkan hak mereka untuk dijaga
oleh mendiang Anthoneysamy dan bukannya melepaskan hak mereka.
Kemudian PW2 dan PW3 telah pergi ke pejabat tanah untuk buat carian
dan dapati benar bahawa Plaintif-Plaintif dan Mathalamari sudah tidak
memiliki apa-apa ke atas hartanah tersebut (Ikatan A ms 6-8). Menurut
PW2 satu kaveat dimasukkan oleh PW4 tetapi kemudiannya telah
dibatalkan. Berikutan itu PW3 pula masukkan satu kaveat selepas
membuat satu laporan polis. Kaveat ini juga telah dibatalkan.
11] PW2 kemudiannya pergi ke pejabat tanah sekali lagi untuk membuat
carian pada 3.12.2013 dan dapati sebahagian hartanah tersebut telah
dijual kepada pihak ketiga (Ikatan A ms 14-17). Sehubungan dengan itu
PW3 telah membuat laporan polis. PW2 juga menambah bahawa sewaktu
beliau bersama mendiang bapanya ke rumah Defendan Kedua di Bidor,
bapanya bertanyakan mengenai bahagian ibu-ibu saudaranya dan
Defendan Kedua menyatakan bahawa beliau akan menyerahkan kembali
hak-hak tersebut.
12] Kemudian sekitar tahun 2012/2013 PW2 menyatakan kenalan
Defendan Kedua ada datang menemuinya untuk mendapatkan
persetujuannya supaya menjualkan bahagian mendiang bapanya. Tetapi
PW2 enggan menjualnya.
13] PW3 memberi keterangan bahawa beliau, PW4, PW5 dan PW6 serta
kakak mereka mendiang Mathalamari dan saudara-saudara lelaki beliau
8
iaitu Anthoneysamy, Jaccob dan Mosess masing-masing mempunyai 1/8
bahagian ke atas hartanah peninggalan bapa mereka. Beliau
mengesahkan bahawa PW2 memaklumkan beliau berkaitan pertemuan di
antara PW2 dengan Defendan Kedua dan kemudian beliau dan PW2 telah
membuat carian di pejabat tanah pada tahun 2012. Carian tersebut
menunjukkan bahagian beliau dan saudara-saudara perempuannya telah
dijadikan bahagian atau hak Anthoneysamy ketika satu bicara kuasa
pesaka mendiang Mariappan diadakan pada 15.11.1989.
14] Menurut PW3 beliau tidak berniat melepaskan bahagiannya kepada
Anthoneysamy dan hanya bersetuju melantik Anthoneysamy sebagai
penjaga. Semasa perbicaraan kuasa PW3 memberitahu mahkamah
bahawa Anthoneysamy menyatakan bahawa beliau akan menjadi penjaga
bahagian saudara-saudara perempuannya dan apabila nama dipanggil
PW3 dan lain-lain hanya perlu mengangkat tangan sebagai tanda
persetujuan.
15] PW3 menyatakan beliau tidak pernah ke sekolah dan bekerja
sebagai buruh ladang dan hanya boleh bertutur dan faham bahasa Melayu
pasar sedikit-sedikit. Beliau menyatakan bahawa beliau tidak faham apa
yang berlaku dan hanya menurut arahan Anthoneysamy sahaja ketika
perbicaraan kuasa tersebut.
16] Menurut PW3 lagi sekitar tahun 1995 sewaktu perayaan Ponggal
mereka adik beradik ada berkumpul di rumah PW6. Ketika itu
Anthoneysamy menyuarakan hasratnya untuk menjual hartanah itu tetapi
PW3 dan saudara-saudara perempuan beliau membantah. Akhirnya
9
kesemua bersetuju untuk mengerjakan hartanah tersebut dan tidak
menjualnya. Menurut PW3 ketika itu bagi menyakinkan bahawa hartanah
tersebut tidak akan dijual Anthoneysamy telah menyerahkan suratan
hakmilik hartanah tersebut kepada PW6 melalui Defendan Kedua.
17] PW3 seterusnya memberi keterangan bahawa beliau bersama-sama
PW4, PW5, PW6 dan kakak mereka Mathalamari telah bersekemuka
dengan Defendan Kedua dan Defendan Kedua bersetuju untuk
memindahkan semula hak-hak mereka. Namun tiada tindakan diambil oleh
Defendan Kedua sebaliknya Defendan Kedua telah membuat laporan polis
bahawa suratan hakmilik hartanah tersebut telah hilang dan berjaya
memperoleh suratan hakmilik gantian. Ini menyebabkan PW4
memasukkan kaveat dan kemudiannya PW3 juga memasukkan kaveat.
Kedua-dua kaveat mereka dipotong atas sebab-sebab yang tidak mereka
ketahui melainkan PW3 memberitahu ada wakil daripada pejabat tanah
meminta dia menandatangani beberapa borang yang dia tidak tahu.
18] PW3 selanjutnya menyatakan bahawa satu penghakiman
persetujuan telah diperolehi melalui Guaman Sivil 22NCVC-160-04-2014 di
mana pada 25.8.2014 Mahkamah Tinggi memerintahkan satu siasatan
semula dilakukan ke atas Perintah Pembahagian Kuasa bertarikh
15.11.1989 (Ikatan A ms 47-48). Menurutnya lagi pihak pejabat tanah
kemudiannya meminta suratan hakmilik baru dikemukakan dan
menangguhkan perbicaraan dan memandangkan perbicaraan tidak dibuat
akhirnya peguam mereka memohon untuk membatalkan penghakiman
persetujuan tersebut dan memulakan tindakan ini (Ikatan A ms 68).
10
19] PW4, PW5 dan PW6 memberikan keterangan yang sama dengan
PW3. PW6 mengesahkan bahawa suratan hakmilik asal berada di dalam
milikannya selepas diserahkan kepadanya pada perjumpaan semasa
perayaan Ponggal.
20] Mereka menyatakan Anthoneysamy telah melakukan representasi
salah ke atas mereka menyebabkan memberi persetujuan agar beliau
dilantik sebagai penjaga dan mengaburi mata mereka dengan memberikan
suratan hakmilik asal kepada PW6 walaupun ketika itu bahagian mereka
sudah dipindahkan kepadanya. Manakala terhadap Defendan Kedua
mereka mengatakan Defendan Kedua sendiri sedar bahawa suratan
hakmilik berada dengan PW6 tetapi telah membuat laporan polis
berkenaan kehilangan suratan hakmilik berkenaan. Defendan Kedua juga
dikatakan berjanji untuk memindahkan semula bahagian mereka tetapi
sebaliknya menjual bahagian mereka yang telah dipindah milik kepada
Anthoneysamy kepada pihak ketiga.
Kes Defendan
21] Defendan memanggil dua saksi iaitu Defendan Kedua (DW1) dan
Defendan Ketiga (DW2). DW1 memberi keterangan bahawa beliau hanya
mengetahui mendiang suaminya Anthoneysamy salah seorang pemilik
berdaftar hartanah berkenaan beberapa tahun sebelum suaminya
meninggal dunia. Beliau tidak mengetahui apa yang berlaku semasa
perbicaraan kuasa pada tahun 1989 dan Plaintif-Plaintif tidak pernah
memberitahunya selepas kematian suaminya bahawa mereka mempunyai
11
kepentingan ke atas hartanah tersebut. Apa yang beliau tahu mendiang
suaminya, Mosess dan Jaccob yang mengerjakan hartanah itu. Beliau juga
tidak tahu mengenai sama ada suaminya merupakan penjaga bagi pihak
Plaintif-Plaintif dan Mathalamari.
22] DW1 menafikan terdapatnya apa-apa perbincangan dengan Plaintif-
Plaintif berkenaan isu penjaga atau mengembalikan bahagian-bahagian
mereka. Beliau mengaku selepas mendapat kuasa mentadbir beliau telah
memindah milik bahagian mendiang suaminya kepada beliau dan ketiga-
tiga anak beliau dan seterusnya menjual bahagian-bahagian tersebut
kepada pihak ketiga.
23] DW2 memberitahu mahkamah bahawa ibu-ibu saudaranya tidak
pernah datang berbincang mengenai hartanah tersebut dan ibunya tidak
pernah pada bila-bila masa berjanji untuk mengembalikan semula
bahagian-bahagian Plaintif-Plaintif.
Lampiran 29
24] Perbicaraan telah bermula pada 28.11.2016 dan selepas PW2 tamat
memberi keterangan dan sebelum PW3 memulakan keterangannya, pihak
Defendan-Defendan telah membuat permohonan melalui Lampiran 29
untuk meminda pernyataan pembelaan untuk menambahkan pembelaan
seperti berikut:
12
24.1 Plaintif-Plaintif berlengah-lengah (laches) mengambil tindakan
ini sedangkan mereka sedar bahawa suratan hakmilik berada
di dalam simpanan Plaintif Keempat; dan
24.2 meminda perenggan 22 pernyataan pembelaan dan
memplidkan bahawa Defendan-Defendan tidak mempunyai
pengetahuan mengenai perbincangan keluarga di mana
persetujuan dicapai untuk tidak menjual hartanah tersebut;
bahawa mendiang Anthoneysamy sebagai penjaga kepada
hakmilik bahagian Plaintif-Plaintif; dan suratan hakmilik telah
diberikan kepada Plaintif Keempat.
25] Pihak-pihak telah berhujah pada 16.1.2017 dan pada 18.1.2017 saya
memutuskan untuk menolak Lampiran 29.
26] Perenggan 16.3 pernyataan tuntutan berbunyi seperti berikut:
“16.3 Bahawa pada atau sekitar awal tahun 1995 Simati Pertama bersama
dengan kesemua waris Simati bersama isteri dan suami termasuk
Defendan Kedua telah mengadakan satu perbincangan keluarga di mana
Defendan Kedua pada masa itu telah mempunyai penuh bahawa Simati
Pertama merupakan penjaga (guardian) kepada hakmilik bahagian
Plaintif-Plaintif dalam Hartanah tersebut dan dalam perbincangan tersebut
kesemua waris-waris Simati telah bersetuju untuk tidak menjual Hartanah
tersebut dan bahawa mereka berniat akan meneroka Hartanah tersebut
dan pada kemudian hari memajukan Hartanah tersebut. Di atas
persetujuan kesemua pihak dan di hadapan kesemua pihak ahli keluarga,
13
Defendan Kedua telah memberikan geran asal Hartanah kepada Plaintif
Keempat untuk disimpan olehnya.”.
Di dalam pernyataan pembelaan perenggan asal 22 Defendan-Defendan
menyatakan seperti berikut:
“22. Perenggan 16.3 dan perenggan 17 Pernyataan Tuntutan adalah diakui.”.
Ini jelas menunjukkan Defendan Kedua mengakui bahawa:
(a) beliau mengetahui mendiang suaminya Anthoneysamy hanya
penjaga ke atas bahagian-bahagian Plaintif-Plaintif dan
Mathalamari dalam hartanah tersebut;
(b) hartanah tersebut tidak akan dijual; dan
(c) beliau memberikan suratan hakmilik hartanah tersebut kepada
Plaintif Keempat (PW6).
27] Pindaan yang dipohon berbunyi seperti berikut (menomborkan
perenggan 22 kepada 21):
“21. Perenggan 16.3 adalah dinafikan dan Plaintif-Plaintif diletakkan di atas
beban bukti yang kukuh manakala Perenggan 17 Pernyataan Tuntutan
adalah diakui.”.
14
28] Alasan-alasan permohonan adalah –
28.1 Dalam perenggan 13 pernyataan pembelaan Defendan-
Defendan telahpun menafikan perenggan 16.3 dan
permohonan ini untuk menyelaraskan pernyataan pembelaan;
28.2 Permohonan ini tidak memprejudiskan Plaintif-Plaintif dan
boleh dibuat pada bila-bila masa serta tidak menukar sifat kes;
28.3 Plaintif-Plaintif masih belum di soal balas; dan
28.4 Perenggan 22 ialah satu kesilapan.
29] Peguam Plaintif yang terpelajar membantah permohonan ini kerana
permohonan ini dibuat selepas Defendan-Defendan mendengar
keterangan atas alasan:
29.1 Kenyataan saksi Defendan Kedua yang difailkan mengatakan –
“Saya tidak pernah berikan geran asal kepada sesiapa kerana itu
tidak berlaku dan geran itu tidak ada pada milikan saya pada masa
itu.”;
29.2 Kenyataan ini jelas bertentangan dengan perenggan 22
sebelum permohonan pindaan dibuat;
15
29.3 Permohonan ini lewat dibuat;
29.4 Tiada alasan dinyatakan di dalam afidavit sokongan.
30] Setelah mempertimbangkan hujahan-hujahan yang dikemukakan,
saya berpendapat jika dibenarkan pindaan ini sifat kes akan bertukar
daripada satu pengakuan kepada satu penafian dan alasan yang diberikan
dalam afidavit sokongan Defendan Kedua ialah:
“Perenggan 22 Pembelaan juga harus dipinda memandangkan saya tidak
mempunyai pengetahuan tentang pernyataan pernyataan di dalam perenggan
16.3 Pernyataan Tuntutan Plaintif.”.
Ini tidak menepati apa yang dinyatakan di dalam kes Mahkamah
Persekutuan di dalam Hong Leong Finance Bhd v Low Thiam Hoe and
another appeal [2016] 1 MLJ 301 di mana alasan yang kukuh perlu
diberikan bagi menjustifikasikan permohonan untuk meminda pliding. Oleh
yang demikian Lampiran 29 ditolak.
31] Berikutan ini apabila Defendan Kedua (DW1) memulakan keterangan
beliau, beliau telah memohon untuk membetulkan jawapan kepada soalan
20 di dalam kenyataan saksinya (WSDW1) yang asalnya seperti berikut:
“Soalan 20: Adakah awak telah memberikan geran asal hartanah
tersebut kepada Maria, Plaintif Keempat, untuk disimpan
beliau?
16
Jawapan: Saya tidak pernah berikan geran asal kepada sesiapa
kerana insiden itu tidak berlaku dan geran itu tidak ada di
dalam milikan saya pada masa itu.”.
Jawapan pindaan berbunyi:
“Jawapan: Suami saya telah minta saya serahkan satu sampul surat
kepada Maria. Saya tidak tahu apa yang ada dalam sampul
surat itu. Saya telah serahkan sampul surat tersebut kepada
Maria.”.
Pindaan ini dibenarkan.
Isu dan analisa
Sama ada Defendan Kedua sedar bahawa mendiang Anthoneysamy hanya
merupakan penjaga bagi bahagian/hak Plaintif-Plaintif dan Mathalamari.
32] SD1 di dalam keterangannya mengaku beliau diarah menyerahkan
satu sampul surat kepada Plaintif Keempat sewaktu pertemuan keluarga
tersebut dan tetapi menyatakan bahawa beliau tidak tahu kandungan
sampul surat itu. Memandangkan pengakuan Defendan-Defendan di dalam
perenggan 22 pernyataan pembelaan mereka maka saya berpendapat
Defendan-Defendan tidak boleh menafikan pengetahuan tersebut. Oleh
yang demikian saya memutuskan bahawa Defendan-Defendan khususnya
Defendan Kedua tahu dan sedar akan –
17
32.1 keputusan agar hartanah tersebut tidak akan dijual;
32.2 mendiang Anthoneysamy adalah penjaga bahagian/hak
Plaintif-Plaintif dan Mathalamari; dan
32.3 beliau telah menyerahkan suratan hakmilik hartanah berkenaan
kepada Plaintif Keempat.
33] Namun demikian ini belum lagi cukup bagi memutuskan sama ada
Plaintif-Plaintif boleh berjaya dalam tuntutan mereka kerana pertemuan
keluarga ini berlaku dalam tahun 1995 sedangkan bicara kuasa pesaka
telah berlaku dalam tahun 1989 di mana Plaintif-Plaintif dan Mathalamari
dikatakan telah menyerahkan bahagian mereka kepada Anthoneysamy.
Sama ada satu deklarasi boleh dibuat
34] Plaintif-Plaintif memohon untuk satu deklarasi bahawa Plaintif-Plaintif
perbicaraan kuasa pada 15.11.1989 dibatalkan. Peguam Plaintif yang
terpelajar berhujah bahawa Mahkamah mempunyai bidangkuasa untuk
memberikan deklarasi berkenaan dengan merujuk kepada Aturan 15
kaedah 16 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan kes-kes Ungku
Sulaiman Bin Abd Majid & Anor v Director of Lands and Mines & Anor
[2001] 6 MLJ 75 dan Gouriet v Union of Post Office Workers [1978] AC
435.
18
35] Manakala peguam Defendan yang terpelajar berhujah
memandangkan Plaintif menerima nota bicara bertarikh 15.11.1989
sebagai dokumen Ikatan Bahagian A maka kandungannya tidak boleh
dipertikaikan. Dalam ertikata lain mereka telah menyerahkan hak mereka
kepada Anthoneysamy. Beliau merujuk kepada kes Yeo Ing King v
Melawangi Sdn Bhd [2016] 5 MLJ 631 bagi menyokong hujah ini.
36] Tiada mana-mana rujukan atau hujahan oleh kedua-dua pihak
menyentuh seksyen 29 Akta (Pembahagian) Pesaka Kecil Act 1955 yang
memperuntukkan rayuan ke Mahkamah Tinggi jika tidak berpuashati
dengan keputusan Pemungut. Jelas bagi Plaintif-Plaintif yang merekalah
pihak yang terkilan dengan keputusan Pemungut namun mereka ketika itu
beranggapan keputusan Pemungut tidak mendatangkan apa-apa isu
sehinggalah apabila SD2 berjumpa dengan PW2. Jika berdasarkan
seksyen 29 adalah jelas Plaintif-Plaintif telah terlalu lewat untuk
memfailkan rayuan.
37] Walau bagaimanapun sepertimana yang disebut sebelum ini kedua-
dua pihak telah mendapatkan penghakiman persetujuan daripada
Mahkamah Tinggi untuk Pemungut mendengar semula perbicaraan kuasa
tersebut namun setelah menunggu lama akan tarikh pendengaran pihak
Plaintif telah memohon Mahkamah Tinggi untuk membatalkan
penghakiman persetujuan berkenaan dan memfailkan tindakan ini.
38] Pihak Defendan pula tidak mengemukakan apa-apa bantahan awal
terhadap tuntutan deklarasi oleh Plaintif-Plaintif. Oleh yang demikian
perbicaraan ini telah diteruskan. Memandangkan isu bidangkuasa
19
Mahkamah ini ada disentuh maka saya merasakan saya perlu menyatakan
pendapat saya berkaitan isu bidangkuasa.
39] Di dalam kes Ahmad bin Abdul Majeed v Habibah bte Abdul
Majeed & Anor [2007] 3 MLJ 418 satu bantahan awal telah dibangkitkan
semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi di mana hakim yang arif
memutuskan Mahkamah Tinggi tiada bidangkuasa untuk mengenepikan
perintah pembahagian harta pesaka. Mahkamah Rayuan telah
membenarkan rayuan plaintif dan memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi
boleh memberi deklarasi. Alasan-alasan yang diberikan oleh Mokhtar Sidin
HMR di ms 429-430 ialah seperti berikut:
“[20] Di dalam rayuan ini saya berpendapat bahawa peruntukan s 29 Akta
tersebut tidak terpakai. Pertama, plaintif bukanlah suatu pihak yang telah
dinamakan oleh defendan semasa defendan membuat permohonan untuk
pembahagian harta pesaka si mati sungguhpun defendan tahu bahawa plaintif
adalah waris yang paling berhak ke atas harta pesaka si mati. Ini bukanlah satu
kesilapan tetapi satu perbuatan yang sengaja dilakukan oleh defendan untuk
mengenepikan hak plaintif sebagai seorang waris. Apabila defendan
menamakan abang si mati sebagai waris dan bukannya plaintif (anak lelaki si
mati), ini pada pendapat saya adalah satu perbuatan penipuan (fraud) yang
sengaja dilakukan oleh defendan untuk mengenepikan hak plaintif ke atas harta
pesaka si mati. Pada pendapat saya, mengikut hukum syarak apabila si mati
meninggalkan seorang anak lelaki maka abang atau adik lelaki si mati tidak
mempunyai apa-apa hak ke atas harta pesaka si mati. Di dalam kes ini, bukan
sahaja defendan telah melakukan penipuan tetapi juga abang si mati yang telah
membuat pengakuan yang si mati tidak mempunyai anak lelaki dan dia adalah
pewaris dan seterusnya dia melepasnya sebagai pewaris. Pentadbir Tanah telah
memberikan perintah berasaskan dokumen-dokumen yang palsu itu. Dengan itu,
20
perintah yang dibuat berasaskan surat-surat palsu tersebut adalah tidak sah dan
terbatal.
[21] Keduanya, apabila defendan memohon untuk membuat pembahagian
harta si mati mereka tidak ada memberitahu plaintif. Defendan tidak menafikan
perkara ini tetapi cuba mencari alasan bahawa plaintif telah mendapat
pembahagian harta pesaka arwah bapa mereka. Pada pendapat saya, itu
bukanlah satu alasan yang kukuh. Plaintif sememangnya berhak ke atas harta
pesaka itu bersama-sama dengan ibunya (si mati). Walau apapun, alasan yang
telah diberikan oleh responden, ia bukanlah satu sebab untuk tidak memberitahu
plaintif ke atas permohonan pembahagian harta pesaka si mati. Ini juga pada
pendapat saya satu sebab mengapa perintah pembahagian oleh Pentadbir
Tanah adalah tidak sah dan terbatal.
[22] Ketiga, plaintif tidak tahu-menahu langsung berkenaan permohonan dan
pembahagian harta pesaka si mati, sehinggalah beberapa tahun kemudian.
Dari keterangan yang ada, defendan sendiri telah menyembunyikan semua itu
dari pengetahuan plaintif. Apabila plaintif mendapat tahu bahawa pembahagian
harta pesaka tersebut telah dibuat beberapa tahun kemudian, tarikh untuk
membuat rayuan telah luput. Plaintif hanya boleh memohon untuk mengenepikan
perintah dan ini telah dilakukan oleh plaintif dengan secepat mungkin apabila
mengetahui berkenaan perintah tersebut. Mengikut peruntukan s 29 Akta
tersebut had memfailkan rayuan adalah satu bulan selepas Perintah diberikan
iaitu mengikut peruntukan di dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980.
[23] Keempat, semasa perbicaraan pembahagian harta pesaka si mati
dijalankan di Pejabat Pentadbir Tanah, plaintif bukan sahaja tidak hadir tetapi
yang paling jelas ia tidak diberitahu langsung berkenaan perbicaraan tersebut.
Dengan itu, saya berpendapat s 29 Akta tersebut tidak terpakai ke atas plaintif di
dalam kes ini.”.
21
40] Saya berpendapat alasan-alasan yang diberikan oleh Mahkamah
Rayuan ini tidaklah ‘exhaustive’ dan andainya terdapat apa-apa alasan lain
yang munasabah maka suatu deklarasi boleh diberi di bawah Aturan 15
kaedah 16 di mana di dalam penghakiman yang sama Mokhtar Sidin HMR
membuat rujukan seperti berikut di ms 430:
[26] Setelah meneliti fakta-fakta yang terdapat di dalam afidavit-afidavit yang
telah difailkan, penghujahan-penghujahan dan autoriti-autoriti yang telah
dikemukakan, saya berpendapat plaintif tidak mempunyai apa-apa remedi lain
dan dengan itu berhak memohon perisytiharan dan perintah untuk
mengenepikan Perintah yang telah diberikan oleh Pentadbir Tanah sebagaimana
yang dinyatakan oleh Mohamed Azmi HMA (beliau ketika itu) di dalam kes
Development & Commercial Bank Bhd v Land Administrator, Wilayah
Persekutuan & Anor [1991] 2 MLJ 180. Di dalam kes itu, pemilik berdaftar
hartanah berkenaan telah memberi gadaian pihak ketiga kepada bank perayu
sebagai cagaran untuk meminjam wang bagi syarikatnya. Hampir empat tahun
selepas gadaian itu didaftar, responden pertama, di atas permintaan Jabatan
Hasil Dalam Negeri telah memasukkan Kaveat Pendaftar ke atas hartanah yang
sama. Responden pertama telah memberitahu berkenaan pendaftaran kaveat
tersebut kepada Jabatan Hasil Dalam Negeri dan pemilik hartanah berkenaan
tetapi tidak memberitahu perayu sebagai pemegang gadaian. Perayu telah
mengambil tindakan halang tebus ke atas hartanah berkenaan untuk
mendapatkan balik hutang yang belum dijelaskan. Peguamcara pemilik berdaftar
hartanah berkenaan telah membuat permohonan untuk menyingkirkan kaveat itu
tetapi permohonan itu ditolak. Perayu kemudian memohon perisytiharan di
bawah Akta Relief Spesifik 1950 s 41 and Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi
1980 A 15 k 16 untuk menentukan hak sebetulnya pihak-pihak berkenaan untuk
memutuskan keutamaan masing-masing. Perayu juga memohon perintah
sampingan di bawah s 417 Kanun Tanah Negara untuk memberi kesan kepada
penghakiman perisytiharan itu. Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan
22
perayu dan di atas penolakan tersebut, perayu telah merayu kepada Mahkamah
Agong. Mahkamah Agong telah memutuskan, antara lain, bahawa perayu tidak
mempunyai apa-apa remedi yang lain dan dengan itu berhak untuk membuat
permohonan untuk mendapatkan perintah perisytiharan dan perintah sampingan
untuk mengenepikan kaveat pendaftar di bawah s 417 Kanun Tanah Negara. Di
ms 185, YA Mohamed Azmi telah menyatakan seperti berikut:
Having regard to the circumstances of this appeal, we are of the view that this is
a proper case where the learned trial judge ought to have exercised his
discretion to grant a declaration as to the substantive right of the appellant
chargee to priority over the Inland Revenue, particularly in the absence of any
dispute that there would not eventually be surplus of any proceeds of sale of the
land to be handed over to the Inland Revenue after the chargee's priority to
payment has been satisfied under s 268 of the Code. In our view, the learned
judge was in error when he assumed that it would be futile to grant the
declaration sought.
…
… It is of course true that the power to grant a declaratory judgment must be
exercised with great care and jealousy, but at the same time its usefulness must
not be underrated in appropriate cases. Thus in Ibeneweka v Egbuna at p 224,
Lord Radcliffe in giving the decision of the Privy Council said:
Under O 25 r 5, the power of the court to make a declaration, where it is a
question of defining the rights of two parties, is almost unlimited; I might
say only limited by its own discretion. The discretion should, of course, be
exercised judicially, but it seems to me that the discretion is very wide.
This passage was quoted with approval by Lee Hun Hoe CJ in the Federal Court
in Datuk Syed Kechik v Government of Malaysia at p 107, and in the same case
the learned Chief Justice also said at p 107:
23
The basis of the jurisdiction is O 25 r 5 of the Rules of the Supreme
Court. The prevailing view seems to be that the court's jurisdiction to
make a declaratory order is unlimited subject only to its own discretion.
and
A declaratory order will eliminate anxiety of having to live under a cloud of
fear. In granting a declaration the court has to consider the utility of the
declaration claimed and the usefulness of the declaration on the one
hand as against the inconvenience and embarrassment that may result
on the other hand. As to the determination of future right its importance
for certain purposes is not in doubt, particularly when a mere declaration
is usually the only remedy…
In the same case, the learned Chief Justice also said at p 108:
In Ruislip-Northwood UDC v Lee plaintiff sought the ruling out of the court
on a definite, concrete and existing dispute. The fact that the declaration
was sought before the statutory powers were exercised was not a
consideration weighing against the grant of that declaration. Nowadays,
the courts seldom refuse to make orders on grounds that it is premature
to consider the question. As Greer LJ pointed out that it had been for
years the practice to know and determine claims for declaration of rights
where there was a real and not a factitious or academic question involved
in order that the parties might know what course to take without running
the risk of finding themselves liable to damages. Indeed, few consider
that a court should make it possible to settle real disputes immediately
they arise, so that the parties may act with certainty and not be under the
threat of legal uncertainty and should be able to discount the future.
[27] Di dalam kes yang dinyatakan di atas, tidak terdapat apa-apa penipuan
seperti fraud. Yang terdapat ialah Pentadbir Tanah tidak ada memberitahu
perayu sebagai pemegang gadaian berkenaan dengan kaveat pendaftar
tersebut. Oleh kerana perayu tidak ada mempunyai remedi selain daripada
24
remedi perisytiharan, maka perayu berhak mendapat perintah perisytiharan. Di
dalam rayuan ini sekarang, defendan bukan sahaja tidak memberitahu plaintif
tetapi juga melakukan penipuan (fraud) untuk menyingkir hak-hak plaintif. Plaintif
tidak mempunyai apa-apa remedi selain daripada memohon untuk mendapatkan
perisytiharan sebagaimana dipohonnya. Saya berpendapat plaintif berhak untuk
membuat permohonan yang dibuatnya. YA Hakim tidak sepatutnya menolak dan
membatalkan permohonan plaintif.”.
41] Oleh yang demikian berdasarkan nas kes di atas saya memutuskan
bahawa Mahkamah ini mempunyai bidangkuasa untuk membuat deklarasi
yang dipohon oleh Plaintif-Plaintif dalam tindakan ini.
Perintah pembahagian bertarikh 15.11.1989
42] Pada 15.11.1989 satu perbicaraan di hadapan Pentadbir Tanah
Daerah Hulu Langat telah dijalankan di mana antara lainnya, harta
peninggalan mendiang Mariappan iaitu hartanah tersebut telah
dibahagikan kepada Anthoneysamy A/L Mariappan sebanyak 6/8
bahagian; Jaccob A/L Mariappan dan Mosess A/L Mariappan masing-
masingnya 1/8 bahagian. Plaintif-Plaintif dan seorang lagi saudara
perempuan mereka Mathalamari dikatakan telah menyerah bahagian
mereka kepada Anthoneysamy.
43] Ini boleh dilihat dalam nota keterangan bicara kuasa yang diadakan
pada 15.11.1989 di Ikatan A ms 42-46 di mana kesemua Plaintif dan
Mathalamari melepaskan hak mereka ke atas hartanah tersebut kepada
Anthoneysamy. Catitan nota bicara menyatakan:
25
“Kenyataan: 1. Anthoneysamy A/L Mariappan belum meninggal. Dalam Bahasa
Melayu..Saya tinggal di Rumah Murah Seri Chedding.
…. Anak tiri memang tiada. Anak angkat tiada. Simati ada tanah 1 sahaja. Hutang-hutang tiada. Dahulu simati kerja. Tiada jual, tiada gadai. Wasiat tiada. Tanah simati hendak serah nama saya. Wang pun belom masuk nama saya.
2. Mathalamari (P) baca dalam Bahasa Melayu saya tinggal di Sg. Manggis.
Mariappan bapak saya. Tanah bapak saya tidak mohon, bagi adik saya Anthoneysamy. Wang-wang bagi Anthoneysamy.
3. Jaccob (L) belum meninggal dalam Bahasa Melayu saya tinggal di Bukit
Chedding. Tanah saya mohon ikut undang 1/8. Wang pun mohon 1/8 $344.53.
4. Lordomery (P) belum meninggal. Dalam Bahasa Melayu saya tinggal di
Banting PKNS. Tanah tidak mahu bagi Anthoneysamy. Wang bagi Anthoneysamy.
5. Pelomena (P) belum meninggal. Dalam Bahasa Melayu saya tinggal di
Estate Bukit Chedding. Tanah tidak mahu. Wang tidak mahu, bagi abang nama Anthoneysamy.
6. Mosess (L) belum meninggal. Dalam Bahasa Melayu tinggal di Bukit
Chedding Estate. Tanah saya mahu 1/8. Wang tidak mahu. 7. Rajina (P) belum meninggal. Dalam Bahasa Melayu tinggal di Cameron
Highlands. Petik teh. Tanah bapak tidak mahu, wang tidak mahu bagi abang nama Anthoneysamy.
8. Maria belum meninggal. Tinggal di Bukit Chedding. Tanah tidak mahu,
wang tidak mahu, bagi abang nama Anthoneysamy. Kesimpulan. Tanah simati diberikan seperti berikut:- 1. Anthoneysamy 6/8 2. Jaccob 1/8
26
3. Mosess 1/8 Harta Alih 1. Anthoneysamy 7/8 2. Jaccob 1/8
T.T 15/11/89”.
44] Plaintif-Plaintif mempertikaikan keputusan pembahagian pesaka ini.
Mereka mengatakan mereka hanya melantik Anthoneysamy sebagai
penjaga dan bukannya melepaskan bahagian mereka kepadanya. Mereka
akur bahawa saudara-saudara lelaki mereka yang mengerjakan hartanah
ini dan mereka diberikan hasil daripada hartanah tersebut. Menurut mereka
Anthoneysamy memberitahu mereka bahawa mereka hanya perlu
mengangkat tangan apabila nama mereka disebut bagi memberi
persetujuan untuk melantik Anthoneysamy sebagai penjaga. Mereka tidak
tahu sebenarnya perbuatan tersebut memberi persetujuan bagi
melepaskan hak mereka kepada Anthoneysamy.
45] Mosess dan Jaccob juga telah meninggal dunia dan pegawai yang
mengendalikan bicara kuasa ini tidak diketahui siapa. Namun, berdasarkan
pernyataan pembelaan Defendan-Defendan sepertimana yang saya
nyatakan di awal penghakiman ini berkaitan dengan Lampiran 29 dan apa
yang akan saya bincangkan selanjutnya, ketiadaan mereka tidak
menjejaskan tuntutan oleh Plaintif-Plaintif bagi menunjukkan niat Plaintif-
Plaintif.
27
46] Dalam hal ini keterangan PW2 Sameesha Praba adalah penting.
Beliau didatangi oleh DW1 untuk mendapatkan tandatangan untuk
memecah bahagian hartanah tersebut dan setelah melihat dokumen yang
dibawa oleh DW1 beliau mendapati kesemua ibu saudara beliau tidak
mempunyai apa-apa bahagian di dalam hartanah tersebut. Tindakan awal
beliau ialah memaklumkan kepada PW3 dan untuk mendapatkan kepastian
beliau bersama PW3 telah pergi ke pejabat tanah untuk membuat carian
dan mendapatkan kepastian dan mendapati bukan sahaja nama-nama
anak-anak perempuan mendiang Mariappan tiada sebagai pemilik malah
sebahagian besar hartanah tersebut telah dijual kepada pihak ketiga.
47] PW4 telah memasukkan kaveat ke atas hartanah berkenaan pada
6.3.2013 (Ikatan A ms 16) setelah dinasihati oleh pegawai di pejabat tanah
Kuala Langat dan membuat laporan polis (Ikatan B ms 8 – P5) pada
5.3.2013. Setelah kaveat oleh PW4 dipotong, PW3 pula memasukkan
kaveat atas nasihat pegawai pejabat tanah yang sama pada 19.4.2013
yang juga kemudian dipotong. PW3 juga membuat laporan polis pada
12.12.2013 (Ikatan B ms 14 – P1).
48] Persoalan seterusnya ialah sama ada seksyen 12(1) Akta
(Pembahagian) Harta Pesaka Kecil 1955 yang mengkehendaki Pemungut
merakamkan keterangan semasa perbicaraan pesaka maka nota bicara
tersebut akan tertakluk kepada seksyen 91 Akta Keterangan. Berikutan itu
seksyen 92 Akta Keterangan akan terpakai bagi menghalang keterangan
yang dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif untuk menunjukkan keterangan
nota bicara kuasa itu tidak mencerminkan niat sebenar mereka melainkan
keterangan mereka boleh diterima di bawah ‘proviso’ yang diperuntukkan.
28
49] Peguam Defendan yang terpelajar menghujahkan kedua-kedua
peruntukan Akta Keterangan 1950 ini terpakai dan keterangan Plaintif-
Plaintif tidak boleh diterima oleh Mahkamah.
50] Dalam kes Sri Kelangkota-Rakan Engineering JV Sdn Bhd & Ors
v Arab Malaysian Prima Realty Sdn Bhd & Ors [2001] 1 MLRA 16
Gopal Sri Ram HMR (ketika itu) menyatakan seperti berikut:
“That brings me to the question of admissibility. In my judgment, s 92 of the Act
had nothing whatever to do with this case. The judge was in error when he
thought that it did. The appellants were not seeking to admit evidence to
contradict the terms of the agreements that had been entered into. They wanted
the court to see the real transaction behind the facade of the agreements. That
this is permissible is settled by high authority. I will not go through all the cases
here. Suffice that I mention just one.
In Gangabai v Chhabubai AIR 1982 SC 20 at p 23, the Supreme Court of India
rendered the following exposition on s 92 of the Indian Evidence Act, upon which
our statute is based:
“… It is clear to us that the bar imposed by sub-section (1) of section 92 applies
only when a party seeks to rely upon the document embodying the terms of the
transaction. In that event, the law declares that the nature and intent of the
transaction must be gathered from the terms of the document itself and no
evidence of any oral agreement or statement can be admitted as between the
parties to such document for the purpose of contradicting or modifying its terms.
The sub-section is not attracted when the case of a party is that the transaction
recorded in the document was never intended to be acted upon at all between
the parties and that the document is a sham. Such a question arises when the
29
party asserts that there was a different transaction altogether and what is
recorded in the document was intended to be of no consequence whatever. For
that purpose oral evidence is admissible to show that the document executed
was never intended to operate as an agreement but that some other agreement
altogether, not recorded in the document, was entered into between the parties:
Tyagaraja Mudaliyar v. Vedathanni AIR [1936] PC 70. (emphasis added.)
51] Oleh itu jelas di sini seksyen 91 dan 92 Akta Keterangan tidak
terpakai dan keterangan Plaintif-Plaintif boleh diterima masuk. Dengan
demikian saya perlu meneliti dan pertimbangkan sama ada keterangan
mereka jelas menunjukkan niat sebenar mereka apabila mereka diminta
mengangkat tangan sewaktu bicara kuasa pada 15.11.1989 dan sama ada
berlaku frod atau representasi salah ketika itu.
52] Tindakan membuat carian, membuat laporan polis dan memasukkan
kaveat atas nasihat pegawai pejabat tanah Kuala Langat dan fakta
perjumpaan keluarga pada hari perayaan Ponggal serta suratan hakmilik
asal berada dalam milikan PW6 berdepan dengan fakta bahawa bahagian
mereka telah dipindahkan serta dijual jelas menunjukkan kebimbangan
yang ketara di pihak Plaintif-Plaintif dan konsisten dengan niat sebenar
mereka. Tidak dinafikan mereka mengaku menyerahkan bahagian mereka
tetapi dengan tujuan melantik Anthoneysamy sebagai penjaga.
53] PW3, PW4, PW5 dan PW6 memberi keterangan bahawa mereka
tinggal di ladang dan tidak bersekolah dan mereka cuma faham bahasa
Melayu pasar. Mereka bekerja di ladang melainkan PW4 bekerja sebagai
pencuci di sebuah syarikat swasta. Hasil penilitian saya sewaktu mereka
30
memberi keterangan saya yakin bahawa mereka tidak berpelajaran malah
jurubahasa juga mempunyai masalah dalam memahami dan memberi
terjemahan bagi keterangan mereka. Tidak ada penterjemah bahasa Tamil
digunakan semasa bicara pesaka dijalankan. Jelas kepada saya bahawa
tahap pemikiran mereka adalah rendah dan kurang berpengetahuan. Bagi
saya tiada alasan untuk tidak mempercayai mereka apabila mereka
mengatakan mereka hanya bersetuju untuk melantik saudara lelaki mereka
mendiang Anthoneysamy sebagai penjaga bahagian mereka di dalam
hartanah berkenaan dan bukan melepaskan hak mereka.
54] DW1 mempertikaikan bahawa dia ada berjumpa PW2 mengenai
hartanah ini. Sukar bagi saya menerima penafiannya kerana tiada
keterangan lain yang boleh menunjukkan bagaimana Plaintif-Plaintif boleh
mendapatkan maklumat mengenai kehilangan hak mereka melainkan
daripada apa yang dimaklumkan oleh PW2. Tiada keperluan bagi PW2 dan
PW3 pergi membuat carian jika mereka tidak mengesyaki apa-apa lebih-
lebih lagi PW3 tahu suratan hakmilik berada dengan PW6. Oleh yang
demikian saya percaya bahawa DW1 memang ada berjumpa dengan PW2
untuk memecah bahagi hartanah tersebut.
55] Permohonan dan perintah persetujuan yang diperolehi melalui
Guaman Sivil 22NCVC-160-04-2014 di mana pada 25.8.2014 bagi saya
tidak boleh diketepikan begitu sahaja walaupun ia telah dibatalkan.
Pembatalan perintah tersebut kerana pejabat Pemungut gagal menetapkan
tarikh perbicaraan semula. Bagi saya apabila Defendan-Defendan setuju
untuk dibicarakan semula ini menunjukkan mereka akur bahawa niat
sebenar Plaintif-Plaintif dan Mathalamari semasa mengangkat tangan
31
sewaktu perbicaraan pada 15.11.1989 bukanlah bertujuan untuk
menyerahkan dan melepaskan hak atau bahagian mereka kepada
Anthoneysamy.
56] Berdasarkan alasan-alasan di atas saya memutuskan dan memberi
deklarasi bahawa prosiding bicara kuasa pada 15.11.1989 itu terbatal.
Sama ada mendiang Anthoneysamy melakukan representasi salah
57] Peguam Plaintif yang terpelajar menghujahkan keterangan
menunjukkan Anthoneysamy memberitahu Plaintif-Plaintif dan Mathalamari
bahawa beliau akan jadi penjaga hak mereka dan mereka hanya perlu
mengangkat tangan apabila nama mereka dipanggil oleh Pemungut.
Mereka percaya akan apa yang dinyatakan oleh Anthoneysamy dan telah
mengikut arahan beliau dan Anthoneysamy sebenarnya tahu bahawa apa
yang akan berlaku apabila Plaintif-Plaintif dan Mathalamari memberi
persetujuan akan mengakibatkan hak mereka terlepas kepada beliau. Oleh
yang demikian berpandukan kepada kes Panatron Pte Ltd & Anor v Lee
Cheow Lee & Anor [2001] 3 SLR 405 dan Darshan Singh Hullan & Anor
v Rangasamy A/L Kailasam & Anor [2013] 2 MLJ 51 elemen-elemen
frod dan representasi salah telah terbukti.
58] Saya telah mempertimbangkan keterangan Plaintif-Plaintif dan
persoalannya yang timbul –
58.1 mengapa mendiang Anthoneysamy menyerahkan suratan
hakmilik hartanah itu kepada Plaintif Keempat sedangkan
32
beliau tahu Plaintif-Plaintif dan Mathalamari tidak lagi
mempunyai hak ke atas hartanah tersebut kerana bahagian
mereka telah diserah dan dilepaskan kepada beliau?
58.2 adakah benar itu bertujuan untuk mengaburi mata Plaintif-
Plaintif dan Mathalamari?
58.2 apakah hak Plaintif-Plaintif dan Mathalamari untuk menghalang
beliau daripada menjual hartanah tersebut kerana pada ketika
itu 6/8 bahagian hartanah itu telah menjadi milik beliau? Malah
tidak perlu bagi Anthoneysamy membuat cadangan untuk
menjual hartanah tersebut kepada Plaintif-Plaintif dan
Mathalamari.
59] Malangnya Anthoneysamy, Jaccob dan Mosess telah meninggal
dunia dan Pemungut yang membicarakan juga tidak ada. Saya percaya
mereka lebih tahu apa yang berlaku pada 15.11.1989. Bagi saya amatlah
sukar untuk mengatakan bahawa mendiang Anthoneysamy melakukan
penyelewengan atau menipu saudara-saudara perempuannya kerana
tindakannya itu bercanggah dengan perbuatannya menyerahkan suratan
hakmilik hartanah tersebut kepada Maria.
60] Berdasarkan percanggahan perbuatan mendiang Anthoneysamy
yang saya sebut tadi dan melihat kepada keseluruhan keterangan yang
dikemukakan saya percaya dan berpendapat bahawa:
33
60.1 Plaintif-Plaintif telah menyerahkan hak mereka kepada
mendiang Anthoneysamy namun demikian adalah jelas bagi
saya mereka berniat melantik Anthoneysamy sebagai penjaga
hak mereka;
60.2 Berdasarkan itulah Anthoneysamy boleh menyerahkan suratan
hakmilik hartanah tersebut kepada Plaintif Keempat kerana
beliau sedar hartanah itu bukan kepunyaannya melainkan
bahagian beliau sahaja bersamaan dengan 1/8 sebagaimana
Mosses dan Jaccob; dan
60.3 Oleh yang demikian saya memutuskan Anthoneysamy sedar
beliau adalah penjaga bagi bahagian-bahagian saudara-
saudara perempuannya dalam hartanah tersebut.
Sama ada Defendan Kedua telah melakukan frod
61] DW1 mengatakan menafikan adanya perbincangan berkenaan
hartanah tersebut semasa pertemuan keluarga tahun 1995. Beliau juga
menafikan pertemuan dengan PW2 dan beliau tiada berbincang dan
berjanji akan memindahkan semula bahagian-bahagian Plaintif-Plaintif dan
Mathalamari. Selanjutnya beliau menafikan apa-apa pengetahuan
mengenai mendiang suaminya penjaga ke atas bahagian Plaintif-Plaintif
dan Mathalamari.
62] Keterangannya bercanggah dengan pernyataan pembelaannya di
antaranya seperti berikut:
34
62.1 Dalam keterangannya beliau menafikan sebarang pengetahuan
mengenai perbicaraan pesaka pada 15.1.1989 tetapi di
perenggan 7 pernyataan pembelaan beliau memberi gambaran
sebaliknya dan apabila ditanya mengenai kandungan
perenggan 7 beliau berkata beliau tidak setuju dengan
perenggan tersebut; dan
62.2 Beliau juga menafikan pengetahuannya mengenai perenggan
10 pernyataan pembelaannya yang menyatakan Plaintif-Plaintif
telah ‘renounce’ hak mereka;
63] DW1 mengatakan beliau hanya tahu Plaintif-Plaintif dan Mathalamari
telah lepaskan hak mereka apabila beliau melihat satu surat (nota bicara
pesaka Ikatan A ms 44) di pejabat tanah dalam tahun 2013. Keterangan ini
bercanggah dengan fakta yang beliau telah memperoleh suratan hakmilik
gantian dan menjual bahagian beliau dan Defendan-Defendan lain pada
30.11.2012. Mustahil jika ketika menjual bahagian-bahagian tersebut beliau
tidak menyedari nama-nama Plaintif-Plaintif dan Mathalamari tidak ada di
dalam suratan hakmilik itu.
64] Seperkara lagi beliau menyatakan tiada perbincangan mengenai
hartanah berkenaan dan tidak tahu mengenai keputusan untuk tidak
menjual hartanah itu tetapi pada masa yang sama beliau juga menyatakan
bahawa semasa perbincangan dalam tahun 1995 beliau bersama-sama
suaminya dan hanya meninggalkan suaminya untuk ke bahagian belakang
35
rumah setelah menyerah sampul surat kepada Plaintif Keempat. Oleh itu
sukar bagi Mahkamah menerima keterangan bahawa beliau tidak tahu apa
yang dibincangkan kerana hanya selepas perbincangan dan persetujuan
untuk tidak menjual hartanah itu dicapai barulah DW1 diminta
menyerahkan suratan hakmilik hartanah itu.
65] Percanggahan-percanggahan yang saya rujuk adalah material
kepada pembelaan Defendan-Defendan dan keterangan DW2 yang
menyatakan beliau hanya mengikut arahan ibunya dan setuju dengan
percanggahan pendirian mereka dengan pernyataan pembelaan mereka
sendiri menjejaskan kredibiliti mereka.
66] Di dalam kes Francis Antonysamy v PP [2005] 1 MLRA 230 di ms
235 Paul Augustine HMP menyatakan seperti berikut:
“Corroborative evidence is only admissible to support testimony that has already
been given. It is not admissible to supplement such testimony. In Yap Ee Kong &
Anor v. PP [1980] 1 MLRA 48 ; [1981] 1 MLJ 144 this court adopted Director or
Public Prosecution v. Hester [1973] AC 296 where it was held that the purpose of
corroboration is not to give validity or credence to evidence which is deficient or
suspect or incredible but only to confirm and support that which as evidence is
sufficient and satisfactory and credible. It was further held that if the evidence to
be corroborated is found to be uninspiring and unacceptable then corroboration
would be futile and unnecessary.”.
Oleh yang demikian bagi saya keterangan DW2 tidak dapat membantu
atau menyokong keterangan DW1.
36
67] Peguam Plaintif yang terpelajar menghujahkan Defendan Kedua
telah melakukan frod di mana elemen-elemen di dalam kes Panatron
(supra) telah dipenuhi. Yong Pung How CJ di ms 410 menyatakan,
“Basically there are the following essential elements. First, there must be a
representation of fact made by words or conduct. Second, the representation
must be made with the intention that it should be acted upon by the plaintiff, or by
a class of persons which includes the plaintiff. Third, it must be proved that the
plaintiff had acted upon the false statement. Fourth, it must be proved that the
plaintiff suffered damage by so doing. Fifth, the representation must be made
with knowledge that it is false; it must be wilfully false, or at least made in the
absence of any genuine belief that it is true.”.
68] Pada pendapat saya jika adanya berlaku elemen-elemen ini ianya
lebih terpakai dalam situasi di antara Plaintif-Plaintif dan Mathalamari
dengan mendiang Anthoneysamy di mana akibat daripada representasi
oleh Anthoneysamy, Plaintif-Plaintif dan Mathalamari telah bertindak
dengan mengangkat tangan memberi persetujuan melepaskan hak
mereka. Tetapi sepertimana yang telah saya jelaskan sukar bagi saya
untuk memutuskan Anthoneysamy melakukan penyelewengan atau
penipuan.
69] Bagi saya perbuatan Defendan Kedua tidak terjumlah kepada
penipuan (deceit) tetapi mempunyai unsur ‘conversion’ yang tidak diplidkan
oleh Plaintif-Plaintif.
Sama ada terdapat kelengahan bertindak di pihak Plaintif-Plaintif
37
70] Peguam Defendan yang terpelajar menghujahkan Plaintif-Plaintif
gagal bertindak dalam waktu yang munasabah untuk mendapatkan hak
mereka kembali. Tindakan mereka hanya diambil selepas lebih kurang 30
tahun setelah mengetahui bahagian mereka telah berpindah kepada
Anthoneysamy dan bahagian tersebut telahpun dijual oleh Defendan-
Defendan. Beliau merujuk kepada kes Mastika Lagenda Sdn Bhd v
Kumpulan Darul Ehsan Berhad [2015] 1 LNS 1469 di peringkat
Mahkamah Rayuan.
71] Peguam Plaintif yang terpelajar membalas hujahan dengan
mengatakan bahawa Plaintif-Plaintif hanya tahu berkenaan kehilangan hak
mereka dalam tahun 2012 dan mereka telah mengadakan perbincangan
dengan Defendan Kedua. Tindakan pertama diambil pada tahun 2014
setelah mendapati Defendan Kedua tidak mengembalikan bahagian
mereka dan menjual bahagian tersebut kepada pihak ketiga. Oleh itu
doktrin kelewatan tidak terpakai di dalam kes ini. Selanjutnya beliau
berhujah bahawa isu ini tidak diplidkan dan oleh itu berpandukan kepada
kes Samuel Naik Siang Ting v Public Bank Bhd [2015] 6 MLJ 1 isu ini
tidak boleh ditimbulkan.
72] Defendan telah cuba membawa isu ini di dalam pembelaan mereka
melalui Lampiran 29 tetapi saya telah menolak permohonan ini pada
18.1.2017 atas alasan yang saya telah nyatakan di awal penghakiman ini.
Oleh itu saya memutuskan bahawa isu kelengahan ini tidak boleh
dipertimbangkan.
38
Sama ada mendiang Anthoneysamy adalah pemegang amanah bagi pihak
Plaintif-Plaintif dan Mathalamari dalam hartanah tersebut
73] Saya telah membuat dapatan sebelum ini bahawa Plaintif-Plaintif dan
Mathalamari hanya berniat melantik mendiang Anthoneysamy sebagai
penjaga dan tidak berhajat untuk menyerah dan melepaskan hak atau
bahagian mereka. Ini berdasarkan keterangan PW2 tentang jawapan DW1
kepada beliau bahawa beliau akan menguruskan bahagian-bahagian
Plaintif-Plaintif dan Mathalamari serta keterangan Plaintif-Plaintif mengenai
pertanyaan yang diajukan kepada DW1 mengenai hak mereka serta
pernyataan pembelaan Defendan-Defendan yang mengakui mendiang
Anthoneysamy sebagai penjaga. Saya tiada keraguan bahawa DW1 tahu
bahawa mendiang Anthoneysamy adalah penjaga kepada bahagian-
bahagian saudara-saudara perempuannya dalam hartanah tersebut.
74] Di dalam kes ESPL (M) Sdn Bhd v Radio Engineering Sdn Bhd
[2004] 4 CLJ 674 di ms 684 Mahkamah Rayuan menyatakan,
“It is settled that no particular form of words is necessary to create an express
trust.”.
75] Di dalam kes Wan Naimah v Wan Mohamad Nawawai [1974] 1
MLJ 41 Suffian KHN menyatakan,
“The law is that a declaration of trust may be made quite informally, provided that
the words used are clear and unequivocal. As was stated by Romilly MR in Grant
v Grant, words declaring a trust ‘need not be in writing … They must be clear,
39
unequivocal and irrevocable, but it is not necessary to use any technical words, it
is not necessary to say, ‘I hold the property in trust for you’, nor is it necessary to
say, ‘I hold the same for your separate use’. Any words that the donor means at
the time he speaks, to divest himself of all beneficial interest in the property are,
in my opinion, sufficient for the purpose of creating the trust. I think that it is also
sufficient for the purpose of shewing that the trust has been created, if he
afterwards states that he has so created the trust, though there was no witness
except the done present at the time the trust was created.”.
76] Berpandukan nas-nas yang dirujuk ini saya dapati Plaintif-Plaintif
berjaya membuktikan ketiga-tiga elemen iaitu “(a) certainty of words; (b)
certainty of subject; dan (c) certainty of object” bagi kewujudan suatu
amanah terdapat di dalam kes ini dan ianya tidak perlu dalam bentuk
bertulis.
Keputusan
77] Sehubungan itu saya membenarkan tuntutan Plaintiff dengan kos.
Memandangkan 6/8 bahagian hartanah tersebut telah dijual, maka saya
membuat perintah seperti berikut:
(a) Plaintif-Plaintif dan waris/pesaka Mathalamari berhak kepada
1/8 bahagian setiap seorang. Oleh itu Defendan-Defendan
hendaklah membayar RM88,440.00 kepada kelima-lima
mereka iaitu 5/8 bahagian hartanah tersebut.
40
(b) Bagi gantirugi am, Plaintif hendak memfailkan permohonan
untuk ditaksirkan oleh hakim.
(c) Kos sebanyak RM15,000.00 tertakluk kepada alokatur.
(DATO’ SRI TUN ABD MAJID BIN DATO’ HAJI TUN HAMZAH) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya
Shah Alam
Tarikh: 14 FEBRUARI 2018
41
Peguamcara:- Pihak Perayu :
TETUAN S. P. CRAIS & ASSOCIATES
Advocates & Solicitors
No. 36 A, Jalan Dato’ Hamzah,
41000 Klang
SELANGOR
Ruj : SPC/LIT/YOGESWARY(2)/2016
Tel : 03-3372 2904
Fax : 03-3372 2904
For the Respondents : Renuka Devi A/P Krishnasamy, Atifah Binti
Muhammad.
TETUAN V. SAMY & CO.
Advocates & Solicitors
No. 22 Jalan Bagor,
Taman Petaling
41200 Klang
SELANGOR
Ruj : VS/CIV/4038/05/16
Tel : 03-3374 4633/44
Faks : 03-3371 9901