-
PENDAFTAR MAHKAMAH TINGGI MALAYA ARAS 2, lSTANA KEHAKIMAN
PRESINT 3 62506 PUTRAJAYA
Semua Pengarah Mahkamah Selun,Jh Semenanjung Malaysia
Telefon : 03-88803938 Faks : 03-88803954
Laman Web : http://www.kehakiman.gov.my
Ruj Tuan
Ruj. Kami (55) PMT/UU/4/3
Tarikh 29 Januari 2013
Semua Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah
Tinggi Malaya
Tuan/Puan,
ARAHAN AMALAN PENDAFTAR MAHKAMAH TINGGI MALAYA BIL. 1/2013
PROSIDING HALANG TEBUS DAN LELONGAN AWAM HARTA TAK ALIH DI
MAHKAMAH TINGGI MALAY A
Adalah dimaklumkan Yang Amat Arif Hakim Besar Malaya mengarahkan
bahawa amalan-amalan berikut hendaklah diikuti dalam pengendalian
prosiding halang tebus dan lelongan awam di Mahkamah Tinggi:-
A. PROSIDING HALANG TEBUS (KOO 24F ATAU KOO 24AF)
1. Soman Pemula (SP) bagi prosiding halang tebus di bawah
Seksyen 254 dan Seksyen 256 Kanun Tanah Negara 1965 dan di bawah
Aturan 83 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) hendaklah
difailkan di bawah Kod 24F atau 24AF. SP yang diterima hendaklah
direkodkan dan ditetapkan tarikh pendengaran dalam tempoh 1 bulan
dari tarikh ia difailkan.
1
rSifil 11.1 ·ata.l: 111 mj11kc111 /:ami apahila m •11jmrnh ·'
irut ini1
-
2. Bagi tujuan penyeragaman di semua Mahkamah, tarikh lelong
hendaklah ditetapkan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh
perintah jualan.
3. Fail prosiding halang tebus di bawah kod 24F atau 24AF
dianggap selesai don tutup setelah perintah jualan diberikan.
B. PROSIDING PELAKSANAAN HALANG TEBUS SECARA LELONGAN AWAM HARTA
TAK ALIH
1. Pemfailan
i) Notis Permohonan bagi pelaksanaan berkaitan prosiding halang
tebus di bawah Seksyen 254 don Seksyen 256 Kanun Tanah Negara 1965
hendaklah difailkan di bawah Kod 38.
ii) Notis Permohonan yang disokong oleh afidavit yang
melampirkan Laporan Penilaian asal hendaklah difailkan bersama
Perintah Jualan Bermeterai atau Perintah Jualan yang Diakui
Sah.
iii) Notis Permohonan hendaklah diproses don dikembalikan kepada
peguam Plaintif dalam tempoh duo (2) hari bekerja jika fi dibayar
secara tunai. Sekiranya bayaran fi dibuat secara eek atau wang
kiriman pos, Notis Permohonan hendaklah diproses dalam tempoh satu
(1) minggu dari tarikh penerimaan.
2. Tempoh pendengaran
i) Tarikh pendengaran bagi Notis Permohonan hendaklah ditetapkan
selewat-lewatnya empat (4) minggu dari tarikh pemfailan.
2
-
ii) Jika surat cara tidak teratur, tarikh baru yang diberikan
hendaklah tidak melebihi duo (2) minggu. Jika masih tidak teratur
selepas tempoh tersebut, Notis Permohonan akan dibatalkan don kos
ditanggung oleh Plaintiff. Waiau bagaimanapun, Mahkamah mempunyai
budi bicara untuk menetapkan tarikh pendengaran yang lebih panjang
sekiranya Defendan mempunyai alasan yang munasabah.
3. Perintah
i) Deraf perintah hendaklah dikemukakan kepada mahkamah pada
hari pendengaran serta dilu luskan don dikembalikan dalam tempoh
empat (4) hari bekerja.
ii) Perintah bersih hendaklah difailkan dalam tempoh tujuh (7)
hari bekerja dari tarikh deraf perintah dikembalikan.
iii) Perintah bersih yang telah dimeterai hendaklah dikembalikan
dalam tempoh empat (4) hari bekerja .
4. Penetapan Tarikh Lelong
i) Tarikh lelongan yang telah ditetapkan oleh YA Hakim semasa
perintah jualan hendaklah dikekalkan sekiranya belum luput.
ii) Bagi tarikh le longan yang telah luput, tarikh lelongan baru
hendaklah ditetapkan dalam tempoh empat (4) minggu dari tarikh
pendengaran Notis Permohonan. Waiau bagaimanapun, Mahkamah
mempunyai budi bicara untuk menetapkan tarikh le longan yang lebih
panjang sekiranya Defendan memohon tempoh masa untuk penyelesaian
hutang don tertakluk kepada persetujuan Plaintif.
iii) Jika lelongan gagal dijalankan pada tarikh yang telah
ditetapkan, tarikh le longan baru hendaklah ditetapkan
3
-
dalam tempoh empat (4) m1nggu dari tarikh pendengaran Notis
Permohonan.
5. Garis Panduan
Garis Panduan Pelaksanaan Halang Tebus Secora Lelongan Awam
Horta Tak Alih adalah seperti mono di LAMPIRAN A.
6. Tarikh Kuat Kuasa
Pekeliling ini adalah berkuat kuasa serta-merta.
7. Pembatalan
Pekeliling Pendaftar No. 1 /2011 bertarikh 25 Julai 2011 adalah
dengan ini dibatalkan.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Soya yang menurut perintah,
(DATO' CHE MO D RUZIMA BIN GHAZAL!} Pendaftar, Mahkamah Tinggi
Malaya, lstana Kehakiman, Putrajaya.
4
-
s.k.
l . Y AA Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan Malaysia
Putrajaya.
2. Y AA Hakim Sesar Malaya Mahkamah Persekutuan Malaysia
Putrajaya.
3. Y.Bhg Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
Putrajaya.
4. Ketua Sahagian Guaman Jabatan Peguam Negara Putrajaya
5. Pengerusi Majlis Peguam Malaysia
6. Ketua Sahagian Pentadbiran Kehakiman Mahkamah Persekutuan
Malaysia Putrajaya
7. Pengerusi Persatuan Pelelong-Pelelong Semenanjung
Malaysia
8. Pustakawan Mahkamah Persekutuan Malaysia Putrajaya
5
-
LAMPIRAN A
GARIS PANDUAN BAGI PELAKSANAAN HALANG TEBUS SECARA LELONGAN AWAM
HART A TAK ALIH
1. Pendaftaran Pelelong
i) Pelelong yang berminat untuk menjalankan lelongan di Mahkamah
hendaklah mendaftarkan diri di Mahkamah yang berkenaan. Permohonan
untuk pendaftaran adalah melalui borang seperti di Lampiran 1.
ii) Butiran pelelong seperti di Lampiran 1 hendaklah dari semasa
ke semasa dikemaskini dan dimaklumkan kepada Mahkamah sekiranya
terdapat sebarang perubahan. Mahkamah boleh menyenaraihitamkan
mana-mana pelelong yang gagal dihubungi akibat pertukaran
maklumat.
iii) Pelelong hendaklah hadir sendiri ke Mahkamah berkenaan bagi
tujuan pendaftaran dengan mengemukakan sesalinan lesen pelelong
yang diakui sah. Pendaftaran pada tahun semasa adalah sah untuk
tahun tersebut sahaja.
iv) Pendaftaran pelelong untuk tahun berikutnya adalah dibuka
pada setiap bulan Disember tahun semasa.
v) Tempoh sah pendaftaran pelelong di Mahkamah adalah tertakluk
kepada tempoh sah lesen pelelong yang dikeluarkan oleh pihak
berkuasa berkenaan.
vi) Mahkamah hendaklah menyerahkan sesalinan Perisytiharan dan
Syarat-Syarat Jualan kepada pelelong yang baru didaftarkan di
Mahkamah. Perisytiharan dan Syarat-Syarat Jualan adalah seperti di
Lampiran 2.
1
-
vii) Mahkamah hendaklah menyediakan Buku Senarai Daftar Pelelong
Mahkamah Tinggi Malaya seperti di Lampiran 3. Senarai nama pelelong
dalam daftar pelelong hendaklah disusun mengikut susunan tarikh
pendaftaran dan dibukukan sama ada secara manual atau disimpan
secara elektronik.
2. Pelantikan Pelelong
i) Pelelong hendaklah dilantik oleh Mahkamah mengikut giliran
berdasarkan susunan di dalam Buku Daftar Senarai Pelelong.
ii) Surat lantikan pelelong seperti di Lampiran 4 hendaklah
disediakan oleh Mahkamah dan hendaklah dihantar kepada pelelong
dalam tempoh empat (4) hari dari tarikh perintah Notis Permohonan
untuk memaklumkan tarikh lelongan, harga rizab dan arahan untuk
menyediakan draf Perisytiharan Jualan dan Syarat-Syarat Jualan.
Sesalinan surat tersebut hendaklah dihantar kepada peguam
Plaintif.
iii) Plaintif hendaklah menyerahkan semua dokumen yang
diperlukan oleh Pelelong untuk penyediaan Perisytiharan Jualan dan
Syarat-Syarat Jualan dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh surat
lantikan pelelong diterima.
iv) Pelelong hendaklah menyedia dan menyerahkan draf
Perisytiharan Jualan dan Syarat-Syarat Jualan kepada Mahkamah dalam
tempoh tujuh (7) hari dari tarikh surat lantikan diterima.
v) Mahkamah hendaklah menyemak, melulus dan mengembalikan draf
Perisytiharan Jualan dan Syarat-Syarat Jualan kepada pelelong dalam
tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh diterima.
2
-
vi) Perisytiharan Jualan dan Syarat-Syarat Jualan yang telah
diluluskan oleh Mahkamah hendaklah difailkan semula oleh pelelong
bersama-sama bayaran pemfailan. (Item 58 Lampiran B 1 Kaedah-Kaedah
Mahkamah 2012)
vii) Pelelong hendaklah memfailkan Affidavit Penyampaian sebelum
lelongan dijalankan bagi menunjukkan bukti penampalan dan
pengiklanan Perisytiharan Jualan dan Syarat-Syarat Jualan.
Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan lelongan
ditangguhkan.
viii) Jika lelongan tidak berjaya dijalankan, Plaintif hendaklah
memfailkan permohonan untuk melantik pelelong baru dan lantikan
pelelong adalah mengikut giliran.
ix) Mana-mana pelelong yang telah dilantik oleh Mahkamah tidak
dibenarkan menghantar wakil melainkan dengan kebenaran
Mahkamah.
x) Mahkamah boleh menyenaraihitamkan mana-mana pelelong yang
tidak hadir ke Mahkamah tanpa alasan yang munasabah.
xi) Surat tunjuk sebab boleh dikeluarkan kepada pelelong yang
tidak menjalankan tugas dengan sewajarnya. Pelelong akan
disenaraihitamkan jika gagal memberi penjelasan yang munasabah.
3. Penetapan Harga Rizab
i) Harga rizab hartanah yang terlibat dengan lelongan hendaklah
ditetapkan berdasarkan kepada Laporan Penilaian yang difailkan.
Tarikh penyediaan Laporan Penilaian yang difailkan tersebut
hendaklah tidak lebih daripada enam (6) bulan pada tarikh Notis
Permohonan difailkan.
3
-
ii) Jika terdapat dua Laporan Penilaian berbeza, Mahkamah
hendaklah menetapkan harga rizab setelah mendengar hujahan
kedua-dua pihak.
4. Bayaran Deposit dan Serahan Dokumen oleh Plaintif
i) Plaintif hendaklah membayar deposit bersamaan 3% daripada
harga rizab hartanah yang dilelong dalam bentuk Bank Drat dan
menyerahkan lkatan Gadaian/Geran Hak Milik Tanah kepada Mahkamah
sebelum lelongan dijalankan.
ii) Penerimaan pembayaran deposit dan lkatan Gadaian/Geran Hak
Milik Tanah hendaklah direkodkan. Deposit yang diterima hendaklah
dimasukkan ke dalam akaun amanah dan resit rasmi Kerajaan akan
dikeluarkan.
iii) Jika Plaintif gagal mematuhi para (i) di atas, Mahkamah
mempunyai budi bicara untuk menangguhkan lelongan.
5. Komisyen Mahkamah
i) Bayaran komisyen Mahkamah hendaklah ditolak daripada deposit
yang dirujuk di para 4 (i) dan dimasukkan ke dalam akaun hasil
kerajaan.
ii) Sekiranya deposit tidak mencukupi untuk menampung komisyen
Mahkamah, Plaintif hendaklah membayar baki komisyen tersebut dalam
tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan Penyata
Syerif.
iii) Plantif hendaklah menyedia dan menyerahkan Borang 160 Kanun
Tanah Negara 1965 kepada Mahkamah dan Defendan dalam tempoh tujuh
(7) hari dari tarikh lelongan.
4
-
iv) Mahkamah hendaklah mengembalikan lebihan deposit kepada
Plaintif dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan
Penyata Akaun daripada Plaintif melalui Borang 16Q Kanun Tanah
Negara 1965.
6. Senarai kausa
Senarai kausa harian bagi kes-kes Kod 38 hendaklah disediakan
seperti di Lampiran 5 dan ditampal di papan notis bilik lelong
mahkamah bagi rujukan pihak-pihak.
7. Bay a ran Deposit oleh Penawar
i) Penawar yang berminat untuk membuat tawaran pada hari
lelongan hendaklah hadir sendiri ke Mahkamah. Penawar hanya boleh
diwakili oleh ejen hartanah yang berlesen atau ahli keluarga
terdekat yang terdiri daripada suami, isteri , ibu , bapa, anak
atau adik-beradik kandung sahaja.
ii) Penawar hendaklah memasukkan deposit sebanyak 10% daripada
harga rizab dalam bentuk Bank Draf atas nama Plaintif dan
dikepilkan bersama kad pengenalan asal/salinan kad pengenalan yang
diakui sah dan surat wakil Uika berkaitan) ke dalam Peti Lelongan
yang disediakan. Mahkamah hendaklah menolak Bank Draf yang kurang
atau lebih daripada 10% harga rizab yang ditetapkan.
iii) Maklumat penuh penawar seperti :
a) Nama; b) No.kad pengenalan; c) Alamat terkini; dan d) No kes
pelaksanaan
hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut.
5
-
iv) Bagi penawaran oleh syarikat, maklumat penuh syarikat
seperti:
a) Nama Syarikat; b) No. Pendaftaran Syarikat; c) Alamat
Berdaftar Syarikat yang terkini ; dan d) Nokes pelaksanaan
hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut dan dikepilkan
bersama Borang 49 Akta Syarikat 1965, Memorandum dan Artikel
Syarikat serta Resolusi Pengarah yang ditandatangani oleh kesemua
pengarah.
v) Mahkamah hendaklah menolak Bank Draf yang gaga! mematuhi para
(ii), (iii) dan (iv) di atas.
vi) Bank Draf hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Lelongan yang
disediakan oleh Mahkamah sebelum jam 9.30 pagi. Penerimaan Bank
Draf selepas jam 9.30 pagi adalah tertakluk kepada budi bicara
mahkamah.
vii) Mahkamah hendaklah mencatatkan butir-butir mengenai penawar
seperti di para (iii) dan (iv) di atas di dalam Buku Daftar Penawar
seperti di Lampiran 6 dan hendaklah dibukukan secara manual atau
disimpan secara elektronik.
viii) Mahkamah hendaklah meletakkan tarikh penerimaan di
belakang setiap Bank Draf yang diterima dan Bank Draf tersebut
hanya boleh digunakan untuk satu lelongan sahaja.
ix) Kebenaran untuk permohonan menarik diri bagi penawar yang
telah memasukkan Bank Draf sebelum lelongan dijalankan adalah
tertakluk kepada budi bicara Mahkamah.
x) Bank Draf yang didepositkan di para (ii) di atas hendaklah
dikembalikan kepada penawar yang tidak berjaya, manakala Bank Draf
deposit bagi penawar yang berjaya pula hendaklah diserahkan kepada
Peguam Plantif selepas lelongan selesai.
6
-
8. Kelayakan Penawar
i) Had umur minimum penawar adalah cukup 18 tahun ketika
lelongan dijalankan.
ii) Kelayakan seseorang untuk menjadi penawar adalah tertakluk
kepada peruntukan undang-undang sedia ada yang berkuatkuasa di mana
hartanah yang terlibat dengan lelongan be rad a.
iii) Mana-mana warganegara atau syarikat asing tidak boleh
menjadi penawar bagi hartanah yang tertakluk kepada apa-apa syarat
sekatan di bawah mana-mana undang-undang kecuali dengan kelulusan
pihak berkuasa berkenaan.
9. Pegawai Mahkamah Sebagai Saksi Lelongan
Mana-mana pegawai Mahkamah yang ditugaskan untuk menyaksikan
proses lelongan hendaklah hadir dan mengawasi lelongan.
10. Lokasi Jualan Lelongan
Semua lelongan hendaklah dijalankan di dalam bilik lelong
Mahkamah atau di perkarangan Mahkamah.
11. Lelongan yang dijalankan di Luar Kawasan
i) Sekiranya hartanah yang terlibat dengan lelongan berada di
luar kawasan pentadbiran Mahkamah yang mengeluarkan perintah, satu
perintah untuk lelongan hendaklah diberikan supaya lelongan
dijalankan di tempat di mana hartanah tersebut berada.
7
-
ii) Pelantikan pelelong adalah berdasarkan kepada pelelong yang
memiliki lesen pelelong di tempat di mana lelongan akan
diadakan.
iii) Mahkamah yang mengeluarkan perintah hendaklah memaklumkan
kepada Mahkamah yang melaksanakan lelongan untuk menyelia lelongan
pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
iv) Deposit bersamaan 3% daripada harga rizab hartanah yang
dilelong dalam bentuk Bank Draf dan lkatan Gadaian/Geran Hak Milik
Tanah yang terlibat dengan lelongan hendaklah diserah oleh Plaintif
kepada Mahkamah yang mengeluarkan perintah jualan selewat-lewatnya
dua (2) minggu sebelum tarikh lelongan dijalankan.
v) Penawar hendaklah memasukkan deposit sebanyak 10% daripada
harga rizab dalam bentuk Bank Draf atas nama Plaintif kepada
Mahkamah yang melaksanakan lelongan.
vi) Bagi setiap lelongan yang berjaya, Mahkamah yang
melaksanakan lelongan hendaklah mengemukakan Minit Lelongan seperti
di Lampiran 7 dan juga Memorandum Jualan yang telah ditandatangani
kepada Mahkamah yang mengeluarkan perintah dalam tempoh tujuh (7)
hari dari tarikh lelongan dijalankan.
vii) Mahkamah yang melaksanakan lelongan juga hendaklah
mengembalikan Bank Draf yang didepositkan di para (v) di atas
kepada penawar yang tidak berjaya selepas lelongan selesai.
Manakala Bank Draf deposit bagi penawar yang berjaya pula hendaklah
diserahkan kepada Peguam Plantif.
8
-
viii) Bayaran komisyen pelelong adalah tertakluk kepada
peruntukan di bawah Enakmen Negeri di mana lelongan dijalankan.
ix) Tindakan lain berkaitan lelongan seperti pembayaran Bil
Pelelong, komisyen Mahkamah, urusan borang pindah milik dan
urusan-urusan lain yang berkaitan hendaklah dikendalikan oleh
Mahkamah yang mengeluarkan perintah.
x) Urusan lelongan di luar kawasan tidak melibatkan perpindahan
fail dari Mahkamah yang mengeluarkan perintah ke Mahkamah yang
melaksanakan lelongan.
12. Kehadiran Peguam Atau Wakil
Peguam Plaintif hendaklah menghadiri lelongan yang dijalankan.
Jika peguam yang berkenaan tidak dapat hadir beliau hendaklah
menghantar seorang wakil yang dibekalkan dengan surat pelantikan
wakil seperti di Lampiran 8.
13. Prosiding Semasa Lelongan
i) Minit Pegawai Mahkamah semasa menyaksikan proses lelongan
hendaklah dicatat di dalam Minit Lelongan seperti di Lampiran 7 dan
disimpan di dalam fail.
ii) Setiap kenaikan kadar bidaan hendaklah ditentukan oleh
Pegawai Mahkamah yang menyaksikan proses lelongan berdasarkan
kepada jumlah bilangan penawar dan nilai hartanah yang dilelong dan
kenaikan kadar bidaan tersebut hendaklah dicatatkan di dalam Minit
Lelongan di Lampiran 7.
iii) Sekiranya terdapat hanya seorang penawar sahaja, lelongan
hendaklah dimulakan pada harga rizab manakala jika terdapat lebih
daripada seorang penawar, lelongan hendaklah dimulakan pada harga
kenaikan.
9
-
iv) Mahkamah mempunyai budi bicara untuk mengurang atau
menaikkan jumlah bidaan yang telah dibuat semasa lelongan
dijalankan.
v) Maklumat penawar yang berjaya dan harga jualan hendaklah
dicatat di dalam Minit Lelongan seperti di Lampiran 7.
vi) Plaintif atau Peguam Plaintif hendaklah menyerahkan satu
perakuan bertulis penerimaan baki harga bel ian dan salinan resit
bayaran kepada Mahkamah dalam tempoh tujuh (7) hari selepas baki
harga belian diterima.
14. Penawar yang Berjaya
i) Penawar yang berjaya adalah penawar yang membuat bidaan
tertinggi apabila lelongan muktamad iaitu selepas ketukan tukul
atau bunyi loceng terakhir.
ii) Jika penawar yang telah mendaftar diri dan membayar deposit
gagal membuat sebarang bidaan semasa lelongan dijalankan yang
menyebabkan lelongan terpaksa ditangguhkan, penawar tersebut
bolehlah disenaraihitamkan dan dihalang daripada menjadi penawar
selama satu(1) tahun.
15. Memorandum Jualan
i) Memorandum Jualan seperti di Lampiran 9 hendaklah disediakan
oleh Pelelong dalam empat (4) salinan dan setem hasil bolehlah
dimatikan di Pejabat Hasil atau dimatikan sendiri oleh penawar yang
berjaya di hadapan Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar yang
menyaksikan lelongan.
ii) Memorandum Jualan hendaklah ditandatangani oleh penawar yang
berjaya, Plaintif atau Peguam Plaintif dan Pegawai Mahkamah yang
menyaksikan lelongan tersebut pada hari yang sama.
10
-
iii) Sesalinan Memorandum Jualan hendaklah diserahkan kepada
penawar yang berjaya, Plaintif atau Peguam Plaintif, Mahkamah dan
Pelelong.
16. Buku Daftar Lelongan
Buku Daftar Lelongan seperti di Lampi ran 10 hendaklah
diselenggarakan oleh Mahkamah bagi merekodkan kes-kes lelongan yang
berjaya dijalankan dan hendaklah dibukukan secara manual atau
disimpan secara elektronik.
17. Penangguhan Lelongan
i) Sesuatu lelongan tidak boleh ditangguhkan kecuali dalam
keadaan berikut:-
a) ketiadaan penawar; b) atas permohonan pihak Plaintif secara
bertulis; c) terdapat perintah penggantungan pelaksanaan; d) surat
cara tidak teratur; e) Defendan telah membayar hutang pada atau
sebelum
lelongan dijalankan; atau f) dalam apa-apa keadaan lain yang
dianggap munasabah
oleh pihak Mahkamah.
Alasan penangguhan lelongan seperti di para (i) (a),(b),(d) dan
(f) di atas hendaklah dicatatkan dalam Minit Lelongan seperti di
Lampiran 7.
ii) Bagi alasan penangguhan lelongan di para (i) (a),(b),(d) dan
(f) di atas, Peguam Plaintif hendaklah memfailkan Notis Permohonan
untuk memohon tarikh lelongan baru dalam tempoh enam (6) minggu
dari tarikh lelongan ditangguhkan.
iii) Jika Notis Permohonan tidak difailkan dalam tempoh seperti
yang dinyatakan di para (ii), dokumen-dokumen yang berkaitan
hendaklah dikembalikan kepada peguam Plaintif dalam
11
-
tempoh dua (2) minggu dari tarikh tamat tempoh tersebut dan fail
hendaklah ditutup.
18. Bil Pelelong
i) Bil Pelelong hendaklah diserahkan kepada Mahkamah dalam
tempoh satu (1) minggu dari tarikh lelongan dijalankan. Jika Bil
Pelelong tidak diserahkan dalam tempoh yang ditetapkan, pelelong
hendaklah mengemukakan alasan yang munasabah secara bertulis kepada
Mahkamah sebelum bil tersebut diluluskan.
ii) Bil Pelelong yang telah diproses hendaklah dikembalikan
kepada pelelong dalam tempoh empat (4) hari bekerja dari tarikh Bil
Pelelong diterima Mahkamah.
iii) Pelelong tidak layak untuk membuat sebarang tuntutan
sekiranya lelongan ditangguhkan atas kegagalan pelelong mematuhi
perintah atau arahan Mahkamah.
19. Tuntutan Bil Pelelong
Tuntutan Bil Pelelong hendaklah dibuat menggunakan Borang
seperti di Lampiran 11 dan tuntutan tersebut adalah tertakluk
kepada perkara-perkara berikut:-
i) Komisyen pelelong sama ada bagi lelongan yang berjaya ataupun
tidak berjaya dijalankan hendaklah dikira mengikut peruntukan di
bawah Enakmen Negeri di mana lelongan dijalankan.
ii) Sekiranya terdapat pembayaran Bil Pelelong secara pukal,
tuntutan Bil Pelelong seperti di para (i) di atas adalah tidak
terpakai.
12
-
iii) Plaintif hendaklah membuat pembayaran bagi tuntutan Bil
Pelelong dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh Bil Pelelong
diterima.
20. Penyata Syerif
Mahkamah hendaklah menyerahkan Penyata Syerif kepada peguam
dalam tempoh empat (4) hari bekerja dari tarikh lelongan berjaya
dijalankan.
21. Borang 16F
Borang 16F Kanun Tanah Negara 1965 yang dikeluarkan hendaklah
direkodkan dalam buku daftar seperti di Lampiran 12.
13
-
LAMPIRAN 1
PERMOHONAN UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI PELELONG
DI MAHKAMAH TINGGI MALAYA di... .................... .
Kepada :-
Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya, di ..
........................... .
TAHUN ............ .
Gambar (TERKINI)
1. Saya yang bertandatangan di bawah ini memohon didaftar
sebagai Pelelong di Mahkamah Tinggi Malaya di. ..
............................................ ..
2. Butir-butir berkenaan diri saya adalah seperti berikut :-
i. NAMA (DENGAN HURUF BESAR)
ii. NO. KAO PENGENALAN : ~~~~~~~~~~~~~~~~
iii. UMUR
iv. KEWARGANEGARAAN
v. NAMA & ALAMAT PERNIAGAAN (j ika ada): (SILA KEPILKAN
BERSAMA SALINAN SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT (ROC) BESERTA GAMBAR
PEJABAT)
vi. NO. TELEFON PEJABAT:
-
vii. NO. FAX PEJABAT
viii. NO. TELEFON BIMBIT :
ix. ALAMAT E-MAIL
x. NEGERl-NEGERI LAIN
YANG MENGELUARKAN
LES EN a)
b)
c)
SILA AMBIL PERHATIAN:
1) Pemohon hendaklah melampirka n dokumen-dokumen berikut :-
(a) Salinan yang diakui sah Lesen Pelelong bagi Negeri di mana
permohonan di buat.
(b) Sal inan yang diakui sah lesen pelelong di para (x) di
atas.
-
AKUANBERKANUNPEMOHON
Saya, .............................. ............... No. KIP
.................... . .. . .. . ....... .. . ...... . .. .... .
..
Alamat .. ..................................... . ......... .
....... ..... ... .. .. .. . . .. . .. ... . ..... ....... .
.......... ..
dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa:
1) Sa ya telah membaca kaedah-kaedah Pelelong dan akan patuh
kepada kaedah-kaedah
terse but.
2) Saya tidak pernah dihukum menjadi bankrap ataupun disabitkan
atas apa-apa kesalahan
jenayah dan juga tidak pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan
jenayah yang saya sedang
menjalani hukumannya atau dalam pengawasan.
3) Saya mengakui apa yang dinyatakan di Lampiran I adalah benar
belaka dan dokumen
yang di lampirkan adalah benar.
Saya membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang
tersebut di dalamnya adalah
benar, serta menurut Akta Akuan Berkanun, 1960. Diperbuat dengan
sebenar-benarnya diakui
oleh yang tersebut nama di atas iaitu:-
Di ............................................ .
Negeri ............. .. ........... .... ..... ... ..
)
)
)
Pada. ... . .. . . . ... .. . ....... .... ..... ... .......
)
Di hadapan saya,
(Tandatangan I Cap jari)
(Tandatangan Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret atau Pesuruhjaya
Sumpah)
-
LA1\1PIRAN 2
PERISYTIHARAN JUALAN
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAY A DI
.................................. .
PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO: 38 . .
................................ .
Dalam Perkara mengenai Seksyen 254 dan 256 Kanun Tanah Negara,
1965; Dan Dalam Perkara mengenai Aturan 83 Kaedah 1, Kaedah-Kaedah
Mahkamah 2012; Dan Dalam Perkara mengenai Gadaian yang bertarikh
..... .............................. yang telah didaftarkan pada
................. dibawah Perserahan No .......... ., Jilid
.............. dan Folio ................... ke atas tanah yang
dipegang di bawah Pegangan Hakmilik Geran No ... . .... .. .... Lot
..... ... ..... .. ..... . Mukim ............. . . dan Daerah
................. , Negeri .................. ..
DIANTARA
(NAMA PLAINTIF) PLAINTIF
DAN
(NAMA DEFENDAN) DEFENDAN
Menurut Perintah Mahkamah Tinggi Malaya di ............ mengenai
Perintah Jualan dan Notis Permohonan bertarikh pada ......... dan .
. ..... .. . masing-masing, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa
Timbalan Pendaftar I Peno long Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi
Malaya di .. .. . .. .. . dengan dibantu oleh Pelelong berdaftar
yang dilantik oleh Mahkamah
NOTA:
AKAN MENJUAL SECARA
LELONGAN AWAM
PADA: ............ hb ............. 2013 JAM: 10.30 pagi
DI MAHKAMAH TINGGI MALAY A DI. ............................
.
Bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik
secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa semua tan22ungan,
bebanan serta mengenal pasti dengan tepat hartanah tersebut sebelum
jualan lelongan dijalankan.
BUTIR-BUTIR HAKMILIK NOHAKMILIK NO. LOT
1
-
MUKIM DAN DAERAH NEGERI PEGANGAN KELUASAN TANAH CUKAI TAHUNAN
PEMILIK BERDAFT AR SYARATNYATA SEKAT AN KEPENTINGAN BEBANAN
LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH:-(Sila huraikan lokasi dan perihal
tanah)
HARGA RIZAB:-
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada satu harga rizab
sebanyak
(RM) .... . ...................... (harga dalam angka dan
perkataan) SAHAJA dan kepada Syarat-Syarat
Jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah
mendepositkan 10% daripada harga
rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif sebelum jam
9.30 pagi pada hari lelongan. Baki
wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada
Plaintif dalam tempoh seratus dua
puluh (120) hari dari tarikhjualan.
Untuk butir-butir selanjutnya, sila berhubung dengan :-
1) Nama pelelong
Syarikat Pelelong
Alamat
No. Telefon
No. Fax
No. Rujukan
2) Firma Guaman
Alamat
No. Tel
No. Fax
No. Rujukan
2
-
SYARAT-SYARAT JUALAN
1. 1. Penawar yang berminat untuk membuat tawaran pada hari
lelongan hendaklah hadir sendiri ke Mahkamah. Penawar hanya boleh
diwakili oleh ejen hartanah yang berlesen atau ahli keluarga yang
terdiri daripada suami, isteri, ibu , bapa, anak atau adik-beradik
kandung sahaja.
ii . Penawar yang ingin membuat tawaran adalah dikehendaki
mendaftar diri dan mendepositkan kepada Mahkamah satu jumlah wang
sebanyak 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf atas nama
Plaintif. Sekiranya didapati Bank Draf tersebut kurang atau
melebihi 10% daripada harga rizab yang ditetapkan, Bank Draf
tersebut akan ditolak oleh Mahkamah. Bank Draf hendaklah dimasukkan
sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan dan penerimaan Bank Draf
selepas jam 9.30 pagi adalah tertakluk kepada budi bicara
Mahkamah.
111. Penawar yang ingin membuat tawaran dikehendaki memasukkan
Bank Draf bersama kad pengenalan penawar yang asal atau salinan kad
pengenalan yang diakui sah dan surat wakil Uika berkaitan). Nama
penawar, nombor kad pengenalan , alamat terkini dan nombor kes
pelaksanaan hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Bagi
penawaran oleh syarikat, Borang 49 Akta Syarikat 1965, Memorandum
dan Artikel Syarikat serta Resolusi Pengarah yang ditandatangani
oleh kesemua pengarah hendaklah disertakan. Nama syarikat, nombor
pendaftaran syarikat, alamat berdaftar syarikat yang terkini dan
nombor kes pelaksanaan hendaklah ditulis di belakang Bank Draf
tersebut.
1v. Penawar yang telah memasukkan Bank Draf tidak boleh menarik
diri daripada lelongan kecuali dengan kebenaran Mahkamah.
v. Bank Draf yang dimasukkan akan dikembalikan kepada Penawar
yang tidak berjaya, manakala Bank Draf bagi penawar yang berjaya
pula akan diserahkan kepada Peguam Plantif selepas lelongan
selesai.
2. Penawar hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas. Kelayakan
penawar adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang sedia
ada.
3
-
3. Mana-mana Penawar yang ingin membuat bidaan bagi pihak orang
perseorangan, badan berkanun atau syarikat adalah dikehendaki
mengemukakan surat wakil kepada Mahkamah sebelum jam 9.30 pagi pada
hari lelongan. Surat wakil tersebut hendaklah mengesahkan penawar
telah diberi kuasa untuk membuat bidaan dan menandatangani semua
dokumen yang berkaitan.
4. Lelongan hendaklah dijalankan pada pukul 10.30 pagi melainkan
pada masa lain yang ditetapkan oleh Mahkamah.
5. Mana- mana warganegara asing atau syarikat asing tidak boleh
menjadi penawar bagi hartanah yang tertakluk kepada sekatan di
bawah mana-mana undang-undang kecuali dengan kelulusan pihak
berkuasa berkenaan.
6. Penawar adalah bertanggungjawab untuk mengenal pasti hartanah
dan memastikan butir-butir dan juga segala tanggungan dan bebanan
hartanah adalah betul dan tepat.
7. Plaintif yang dibenarkan menjadi penawar melalui perintah
Mahkamah boleh membuat bidaan semasa lelongan dan Plaintif juga
adalah tertakluk kepada Syarat-Syarat Jualan .
8. Jika penawar yang telah mendaftar diri dan membayar deposit
gagal membuat sebarang bidaan semasa lelongan dijalankan, penawar
tersebut bolehlah disenaraihitamkan dan dihalang daripada menjadi
penawar selama satu(1) tahun dan lelongan akan ditangguhkan.
9. Tawaran untuk bidaan hendaklah tidak kurang daripada harga
kenaikan yang ditetapkan oleh Mahkamah pada masa lelongan.
10. Lelongan adalah dianggap muktamad selepas ketukan tukul atau
bunyi loceng terakhir.
11. Plaintif hendaklah menyedia dan menyerahkan Borang 16Q Kanun
Tanah Negara 1965 kepada Mahkamah dan Defendan dalam tempoh tujuh
(7) hari dari tarikh lelongan.
12. Memorandum Jualan hendaklah disediakan oleh Pelelong dalam
empat (4) salinan dan hendaklah ditandatangani oleh penawar yang
berjaya, Plaintif atau Peguam Plaintif dan Pegawai Mahkamah
yang
4
-
menyaksikan proses lelongan tersebut pada hari yang sama dan
setem hasil bolehlah dimatikan di Pejabat Hasil atau dimatikan
sendiri oleh penawar yang berjaya di hadapan Timbalan
Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar yang menyaksikan lelongan.
13. Memorandum Jualan yang telah disempurnakan hendaklah
diserahkan kepada penawar yang berjaya, Plaintif atau Peguam
Plaintif, Mahkamah dan satu salinan adalah untuk simpanan
Pelelong.
14. Penawar yang berjaya hendaklah menandatangani Memorandum
Jualan dan membuat pembayaran baki harga belian dalam tempoh
seratus dua puluh(120) hari dari tarikh jualan. Kegagalan untuk
memenuhi kedua-dua syarat tersebut akan menyebabkan jualan lelongan
terbatal dan wang deposit 10% daripada harga rizab akan dirampas
oleh Mahkamah dan dibayar kepada Plaintif setelah ditolak segala
perbelanjaan lelongan tersebut.
15. Setelah Memorandum Jualan ditandatangani, hartanah tersebut
akan menjadi tanggungjawab penawar yang berjaya. Mahkamah atau
Plaintif tidak akan bertanggungan ke atas apa-apa kehilangan,
kerosakan atau kemusnahan hartanah tersebut.
16. Plaintif atau peguam Plaintif hendaklah menyerahkan kepada
Mahkamah dalam tempoh tujuh (7) hari selepas baki harga belian
diterima, satu Perakuan Bertulis penerimaan baki harga belian
beserta salinan resit bayaran.
17. Plaintif atau peguam Plaintif hendaklah dalam tempoh empat
belas (14) hari daripada penerimaan baki harga belian:
i) membayar semua bayaran yang tertunggak kepada Pihak Berkuasa
Negeri atau pemberi pajakan Uika gadaian yang berkenaan adalah
gadaian ke atas pajakan) dan semua bayaran-bayaran lain kepada
Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana pihak berkuasa tempatan;
ii) membayar semua perbelanjaan lain yang disahkan oleh
Pendaftar Mahkamah atau Pentadbir Tanah Uika ada), yang berkaitan
dengan pelaksanaan perintah jualan.
iii) memberi salinan-salinan resit untuk pembayaran
perbelanjaan-perbelanjaan di para (i) di atas kepada penawar yang
berjaya.
5
-
iv) memberi kepada penawar yang berjaya salinan yang diakui sah
perintah-perintah perletakhakkan Uika ada), Borang Penukaran Nama
dan Borang 13 Akta Syarikat Uika ada) dan dokumen-dokumen lain bagi
membolehkan penawar yang berjaya mendaftarkan Sijil Jualan dalam
Borang 16F Kanun Tanah Negara 1965 dengan Pejabat Tanah yang
berkenaan.
18. Plaintif atau peguam Plaintif hendaklah dalam tempoh tiga
puluh (30) hari dari tarikh penerimaan baki harga belian
menyerahkan kepada mahkamah suatu Penyata Akaun Penerimaan dan
Bayaran.
19. Mahkamah hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari
daripada tarikh penerimaan Perakuan Bertulis penerimaan baki harga
belian daripada Plaintif menyerahkan kepada Penawar yang berjaya
dokumen-dokumen berikut:-
i) Sijil Jualan dalam Borang 16F Kanun Tanah Negara 1965 yang
mana telah disediakan dan dilengkapkan terlebih dahulu oleh penawar
yang berjaya; dan
ii) Salinan asal dokumen lkatan Gadaian atau Geran Hak Milik
Tanah atau dokumen hak milik keluaran yang dicetak oleh komputer
atau salinan pendua pajakan mengikut mana yang berkenaan.
20. Jika terdapat lebihan baki harga belian setelah ditolak
jumlah yang terhutang oleh Defendan di atas gadaian tersebut dan
segala perbelanjaan lelongan, Plaintif hendaklah dalam tempoh empat
belas (14) hari dari tarikh penerimaan penuh baki harga belian
menyerahkan kepada Defendan lebihan baki harga belian tersebut.
21 . Hartanah yang berjaya dilelong adalah dipercayai dan akan
dianggap sebagai diperihalkan dengan betul dan dijual tertakluk
kepada semua ismen, kaveat, tenansi , tanggungan dan hak Uika ada)
yang wujud di atas atau terhadapnya yang timbul untuk mentakrif ia
masing-masing dan tiada kesilapan kenyataan yang salah atau
deskripsi yang salah akan membatalkan penjualan dan tiada bayaran
gantirugi yang akan di bu at.
22. Plaintif atau peguam Plaintif tidak akan bertanggungjawab
untuk mengemuka dan menyerahkan mil ikan kosong hartanah tersebut
kepada penawar yang berjaya.
6
-
23. Bagi tujuan pendaftaran Sijil Jualan dalam Borang 16F Kanun
Tanah Negara 1965, sebarang keperluan untuk memperolehi persetujuan
Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan sekatan-sekatan kepentingan
hartanah tersebut adalah tidak terpakai.
24. Jika berlaku apa-apa percanggahan, kenyataan salah atau
kesilapan yang terdapat di dalam terjemahan butir-butir dan
syarat-syarat jualan ke bahasa-bahasa lain, Syarat-Syarat Jualan
dalam versi Bahasa Melayu ad al ah terpakai.
7
-
SENARAI PELELONG BERDAFTAR BAGI TAHUN .................. .
1. NAMA PELELONG:
.........................................................................................
SYARIKAT DAN ALAMAT PELELONG:
Bil No. Kes Tarikh Tarikh Bil No. Kes Ta rikh Tarikh
·····························································
Perintah Lelongan Perintah Le long
................................. ............................ NP
NP Tel : ...................... Faks: ......... ..........
HP: ......... .....................
i)Tarikh pendaftaran sebagai Pelelong: ii)Tempoh luput lesen:
iii)Lesen Pelelong bagi negeri lain: iv)Tarikh luput lesen bagi
negeri lain:
2. NAMA PELELONG: ........................
...................................................................
SYARIKAT DAN ALAMAT PELELONG:
Bil No. Kes Tarikh Tarikh Bil No. Kes Tarikh Ta rikh
.............................................................
Perintah Lelongan Perintah Le long
............................................................. NP NP
Tel : ...................... Faks: ...................
HP: .............................. i)Tarikh pendaftaran sebagai
Pelelong: ii)Tempoh luput lesen: iii)Lesen Pelelong bagi negeri
lain: iv)Tarikh luput lesen bagi negeri lain:
-
LAMPIRAN 4
SURAT LANTIKAN PELELONG Ruj . Tuan: Ruj . Kami : ( Tarikh
)dim. A/ E:
(NAMA DAN ALAMAT PELELONG YANG DILANTIK)
Tuan/Puan,
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI .........
........................... . PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN :
ANTARA DAN
TARIKH PERINTAH NP HARGA RIZAB
: ........................................................ {Nama
Plaintif) :
........................................................ (Nama
Defendan)
Adalah dimaklumkan bahawa tuan/puan telah dilantik untuk
melelong harta kepunyaan Defendan yang tersebut pada jam 10.30 pagi
di Mahkamah Tinggi Malaya di _________ _
2. Tuan/puan dikehendaki untuk mengemukakan draf Perisytiharan
Jualan dan Syarat-syarat Jualan untuk kelulusan pihak Mahkamah
sebelum diiklankan dan ditampalkan dalam tempoh tujuh{ 7) hari dari
tarikh surat lantikan pelelong ini diterima. Perisytiharan Jualan
dan Syarat-syarat Jualan yang telah disemak dan diluluskan oleh
Mahkamah hendaklah difailkan semula sebelum diikl ankan dan
ditampal selaras dengan Perintah Mahkamah. Afidavit Penyampaian
hendaklah difailkan bagi mengesahkan mengenai penampalan dan
pengiklanan Perisyt iharan Jualan dan Syarat -sya rat Jualan terse
but.
4 . Sekiranya pihak tuan/puan menolak perlantikan ini, tuan/
puan hendaklah memakl umkan secara bertulis kepada pihak kami dalam
tempoh 4 hari dari t arikh surat lantikan pelelong ini dit erima
dengan menyertakan alasan penolakan tersebut.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
Tandatangan Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar {Nama
........................................... )
s.k : Plaintif/Peguam Plaintif:
PERHATIAN: a) Peguam Plaintif hendaklah menyerahkan semua
dokumen yang diperlukan oleh Pelelong unt uk penyediaan
Perisytiharan Jualan dan Syarat-Syarat Jualan dalam tempoh dua
(2) hari dari t arikh surat lantikan pelelong diterima. b) Peguam
Plaintif hendaklah sebelum lelongan dijalankan menyerahkan kepada
Mahkamah lkatan Gadaian/ Geran
Hakmilik Tanah dan juga deposit bersamaan 3% daripada harga
rizab hartanah yang di lelong di Mahkamah. Sekiranya gaga! berbuat
demikian, lelongan akan ditangguhkan.
c) Peguam Plaintif dikehendaki mengemukakan Penyata Hutang
defendan sehingga tarikh lelongan. d) Peguam Plaintif dikehendaki
hadir pada hari lelongan dan sekiranya Peguam Plaintif tidak dapat
hadir, Peguam
Plaintif hendaklah menghantar seorang wakil dengan menyertakan
surat perlantikan wakil.
-
LAMPIRAN 5
SENARAI KAUSA HARIAN
SENARAI LELONGAN AWAM DI MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI
............................. ..
PADA HARi : ..................... BERTARIKH:
.................... .
JAM: 10.30 PAGI
(PTUU/BAILIF BERTUGAS : .....................
................... )
BIL NO. KES FIRMA PEGUAM PELELONG HARGA RIZAB (NAMA &
ALAMAT)
1. 2.
3.
4.
5. 6. 7.
8. 9. 10.
-
LAMPIRAN 6
BUKU DAFTAR PENAWAR
No. Kes
Tarikh Lelongan
Nama Peguam
Nama Pelelong
BIL NAMA PENAWAR & ALAMAT TERKINI NAMA BANK& JUMLAH T.T.
PENERIMA
NO. KAD PENGENALAN/ PENAWAR/ ALAMAT NO. BANK DRAF DEPOSIT
(BAGI
NAMA& NO. BERDAFTAR PEMULANGAN PENDAFTARAN SYARIKAT SYARIKAT
SEMULA BANK
DRAF)
-
MINIT LELONGAN
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ..................... ..
PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO: ............
................................................. .
SAMAN PEMULA NO :
...............................................................
.
1. TARIKH LELONGAN
2. LELONGAN KALI KE
3. LELONGAN DIJALANKAN
4. LELONGAN DITANGGUHKAN
(ALASAN PENANGGUHAN)
5. TP/PKP BERTUGAS
6. BAILIF BERTUGAS
7. PEGUAM PLAINTIF
8. PELELONG
9. TARIKH PERINTAH
10. TARIKH WANG CAGARAN DIDEPOSIT
11. JUMLAH WANG CAGARAN DIDEPOSIT
12. TARIKH GERAN/GADAIAN DIDEPOSIT
13. BILANGAN PENAWAR
14. HARGA RIZAB
15. HARGA PERMULAAN
16. KADAR SETIAP KENAIKAN
17. HARGA JUALAN
18. PENAWAR YANG BERJAYA
19. NO KAO PENGENALAN
20. ALAMAT PENAWAR YANG BERJAYA
21. NAMA WAKIL (SEKIRANYA ADA)
22. NO. KAO PENGENALAN WAKIL
23. JUMLAH DEPOSIT 10% (BANK DRAF)
24. NOMBOR BANK DRAF
25. NAMA BANK YANG KELUARKAN BANK DRAF
26. BAKI HARGA BELIAN
27. TARIKH LUPUT BAYARAN BAKI HARGA BELIAN
TANDATANGAN BAILIF (NAMA BAILIF)
MAHKAMAH TINGGI MALAYA
di ............................ .
TANDATANGAN TP/PKP
(NAMA TP/PKP) MAHKAMAH TINGGI MALAYA di
........................... ..... .
LAMPIRAN 7
-
LAMPIRAN8
PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. 38 -------
ANTARA
PLAINTIF
DAN
DEFEND AN
SURAT PELANTIKAN W AKIL
Saya1 •••••••• . •••••• •••• •••• . •••••• •• •• . ••••••.• ••••
•• •• •••• •••• ••••••••• ••• ••• • •• ••••••••••••••• • •
•••••••••••
dari fi1ma2 .... . • ... •... . . . • .•.... ... . .. . . .
..•..•.... . .. . ..•..•.... . . . ••••.. . •. . •. ...
...•••.••.••• . •. • •••.•• .••
dengan ini melantik penama di bawah :
Nama
No. Kad Pengenalan
Alamat
Nombor Telefon
Peke1jaan
sebagai wakil saya untuk menghadiri lelongan yang akan diadakan
pada .................... ......... .
di Mahkamah Tinggi Malaya di .... . ................. . . ...
........... . .... berkaitan dengan kes
tersebut di atas.
Yang benar,
Tandatangan Peguam (Nama )
1 Nama peguam yang mengendalikan fail 2 Nama firma
-
LAMPIRAN9
MEMORANDUM JUALAN
Dalam jualan secara lelongan awam pada mengenai harta seperti
mana dalam butir-butir Perisytiharan Jualan (nama penawar yang
berjaya) (nombor kad pengenalan) telah diisytiharkan sebagai
pembeli harta tersebut dengan harga Ringgit Malaysia (RM ). Penawar
yang berjaya akan membayar baki harga belian dan menyempumakan
pembelian mengikut Syarat-Syarat Jualan. Timbalan
Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar dengan ini mengesahkan jualan
terse but dan mengakui penerimaan deposit 10 peratus oleh
Plaintif.
Harga belian
Wang deposit 10% yang dibayar
Baki harga belian
Tarikh luput bayaran baki harga belian:
Tandatangan Penawar yang Berjaya Nama Penawar yang Berjaya No.
Kad Pengenalan Alamat
Tandatangan Wakil Gika berkaitan) Nama Wakil No. Kad Pengenalan
Alamat
Tandatangan Plaintif/Peguam Plaintif : Nam a Plaintif/Peguam
Plaintif Alamat
Tandatangan TP/PKP Nama TP/PKP
---- --- --- ----
------------- -
-
LAMPIRAN 10
BUKU DAFT AR LE LONGAN
BIL NO. NAMA NO. ALAMAT TARIKH TARIKH HARGA HARGA DEPOSIT 10%
HARGA RIZAB BAKI HARGA BELIAN TARIKH KES PEMBELI KIP PEMBELI
LELONGAN LU PUT RIZAB JU ALAN PENERIMAAN
BAYARAN PENYATA BAKI TARIKH NO JUMLAH TARIKH NO JUMLAH AKA
UN
HARGA RESIT RESIT (S.26B(A)) BELIAN KTN
-
BORANG TUNTUTAN BIL PELELONG
(Kepala surat Firma Lelongan)
Kepada:
(Bank Pembayar)
Tuan,
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI------PERMOHONAN PELAKSANAAN NO:
A/E ------PLAINTIF: -----------------DEF: _________________ ~
Bil. Perkara
1. Bayaran Percetakan (resit dikemukakan)
2. Bayaran Penterjemahan (resit dikemukakan)
3. Afidavit Penyampaian
4. Kos penggunaan Sistem E-Filing (resit dikemukakan)
5. Kos Pengiklanan di akhbar (resit dikemukakan)
6. Pelbagai (resit dikemukakan- contoh: Toi, parking, fotostat
dan lain-lain)
7. Pelbagai (tanpa resit-contoh: telefon, faks dan
lain-lain)
Ruj Tuan:
Ruj Kami:
Tarikh:
No. resit Tuntutan
LAMPIRAN 11
Tuntutan Maksimum yang dibenarkan
RM 500.00
RM 150.00
RM 30.00
Kos sebenar
Kos sebenar
RM 350.00
RM 150.00
-
8. Kos Keselu ruhan Perja lanan*
Jarak Perjalanan (i) Pemeriksaan hartanah (km)
(i i) Mahkamah (km)
(ii i) Premis Hartanah (km)
(iv) Pej abat Peguam (km)
(v) Pej abat Tanah (km)
a. Jumlah j arak perjalanan (i) + (ii) + (iii) + (iv) + (v) = __
km
b. Kos Perjalanan : i. Jumlah 2km pertama (berapa ka li
perjalanan) x
RM 15.00 =RM ii. [ (a) - (2km x berapa kali perjalanan) ] x
RM 0.60 = RM
KOS KESELURUHAN PERJALANAN: b(i) + b(ii) = RM
9. Komisen Pelelong bagi hartanah pada harga j ualan RM
(Tertakluk kepada Enakmen Negeri berkait an)
JUMLAH BESAR RM
Disediaka n oleh, Diluluskan oleh
(NAMA PELELONG) (PEGAWAI MAHKAMAH)
-
* Skala Tuntutan Perjalanan
RM15.00 bagi 2 kilometer pertama dan RM0.60 bagi setiap
kilometer berikutnya untuk setiap perjalanan.
Perjalanan yang boleh dituntut:
i. Perjalanan pemeriksaan hartanah (sekali sahaja melainkan ada
alasan yang boleh diterima oleh Mahkamah).
ii. Perjalanan ke Mahkamah untuk pemfailan Perisytiharan Jualan
(PJ), pengambilan PJ,penampalan PJ di Mahkamah, pemfailan afidavit
penyampaian atau menjalankan lelongan.
iii. Perjalanan untuk penampalan dan pengedaran Perisytiharan
Jualan di premis hartanah (sekali sahaja melainkan ada alasan yang
boleh diterima oleh Mahkamah).
iv. Perjalanan ke pejabat peguam (sekali sahaja melainkan ada
alasan yang boleh diterima oleh Mahkamah).
v. Perjalanan ke Pejabat Tanah (sekali sahaja dan kemukakan
bukti carian).