REKA CIPTA: ALAT TEKAN TUBI DWI-SENSOR
CHEE LEE MING
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/17)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***
JUDUL : REKA CIPTA: ALAT TEKAN TUBI DWI-SENSOR
SESI PENGAJIAN : 2005/2006
Saya : CHEE LEE MING ____ ______ _ (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis *(PSM/Sarjana/Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Nama Penyelia: Alamat Tetap : 56, LORONG MAHSURI 7, DR. MOHAD ANIZU BIN MOHD NOR BAYAN BARU 11950 PULAU PINANG. Tarikh : 5 APRIL 2006 Tarikh : 5 APRIL 2006
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
*** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda.
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”.
Tandatangan : ....................................................
Nama Penyelia : DR. MOHAD ANIZU BIN MOHD NOR
Tarikh : APRIL 2006
REKA CIPTA: ALAT TEKAN TUBI DWI-SENSOR
CHEE LEE MING
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
ii
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains Sukan)
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ....................................................
Nama Penulis : CHEE LEE MING
Tarikh : APRIL 2006
iv
DEDIKASI
Buat Papa dan Mama yang disayangi dan diingati selalu.
Segala jasa, sokongan dan pengorbananmu selama ini tidak pernah dilupakan.
Anakmu ini sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagiaanmu di dunia dan akhirat.
v
PENGHARGAAN
Bersyukur yang tidak terhingga kerana dengan limpah kurnia dan rahmat Tuhan,
maka selesai jua saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.
Rakaman setinggi-tinggi penghargaan buat penyelia projek ini, iaitu Dr. Mohad
Anizu Bin Mohd. Nor yang telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang
tempoh saya menyiapkan laporan projek ini. Berkat sokongan dari beliau maka segala
masalah dapat diatasi.
Ucapan terima kasih buat Encik Arief Ruhullah b. A. Harris yang banyak
membantu dalam penciptaan alat, kerjasama yang diberikan sungguh bermakna.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah Sains Sukan, Fakulti Pendidikan di
atas segala nasihat dan bimbingan yang diberikan sepanjang projek ini dilaksanakan.
Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas segala budi dan jasa yang diberikan.
Ribuan terima kasih juga dituju khas kepada keluarga yang disayangi di atas
sokongan dan galakkan yang tidak berbelah bagi. Dengan adanya semangat yang
diberikan, dapatlah saya menyempurnakan projek ini dengan jayanya.
Buat rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi sekalian, terima kasih di atas
sokongan dan tunjuk ajar anda semua.
Ribuan terima kasih semua.
vi
ABSTRAK
Tekan tubi merupakan satu latihan yang digunakan untuk menguatkan otot
bahagian atas badan. Kajian ini merupakan satu projek mereka cipta Alat Tekan Tubi
Dwi-Sensor untuk Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Objektif utama
kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan Alat Tekan Tubi Dwi-Sensor untuk
mengesan sama ada badan berada dalam keadaan lurus semasa melakukan tekan tubi
serta mengenal pasti sama ada alat yang dicipta adalah lebih baik daripada alat tekan
tubi yang sedia ada. Dua sensor ditempatkan di titik-titik penting, iaitu di leher dan
pinggul untuk mengesan kesalahan semasa melakukan tekan tubi. Bilangan lakuan
tekan tubi yang sah dan skor akan dipaparkan pada komputer. Seramai 10 pelajar tahun
5 Sains Sukan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor (5 subjek lelaki dan 5
subjek perempuan) dipilih untuk menjalani ujian tekan tubi dengan dan tanpa
menggunakan alat tekan tubi yang telah direka cipta oleh penyelidik dalam masa satu
minit. Perbezaan kekerapan lakuan tekan tubi dicatatkan di dalam borang skor untuk
meninjau keberkesanan alat berbanding dengan tanpa menggunakan sebarang alat.
Sebanyak 10 set soal selidik diedarkan kepada subjek tersebut untuk mengetahui
pandangan mereka setelah menggunakan Alat Tekan Tubi Dwi-Sensor. Data-data yang
diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel dan dibincangkan
secara deskriptif. Hasil daripada penganalisaan data didapati bahawa alat ini berkesan
dalam menguji kekuatan otot bahagian atas badan dan telah mendapat sambutan positif
daripada kebanyakan responden. Cadangan penyelidik agar menaikkan taraf tempat
meletak sensor kepada tripod aluminium. Sebagai kesimpulannya, penggunaan sensor
dalam alat tekan tubi adalah sangat berkesan untuk memastikan lakuan tekan tubi yang
betul dilakukan dan Alat Tekan Tubi Dwi-Sensor boleh diubahsuaikan lagi untuk
memantapkan lagi mutu hasil penyelidikan pada masa yang akan datang.
vii
ABSTRACT
Push-up is an exercise to strengthen the upper body. This research was a project
to invent the Dual-Sensor Push-up Equipment for the National Physical Fitness Test
(UKJK). The main objective of this research was to find out the effectiveness of the
equipment to detect the body position while doing push-up and also to find out whether
the invented equipment was better than the present equipment. Two sensors were placed
at the important points which were at the neck and the hip to trace the faults done during
push-up. The amount of correct push-up done was shown on the computer screen.
Ten fifth year undergraduates in Sports Science, University Technology Malaysia (5
male subjects and 5 female subjects) were chosen to perform push-up test with and
without using the Dual-Sensor Push-up Equipment within one minute. Differences in
the push-ups done were then written in the score sheet to reveal the effectiveness of the
equipment compared to without using any equipment. Ten sets of questionnaires were
given to find out the subject’s perception towards the equipment. Data were collected
and analysed using the Microsoft Excel and the results were discussed descriptively.
The results from the analysed data showed that this equipment was able to test one’s
upper body strength effectively and received positive feedback from most of the
respondents. Researcher had suggested upgrading the sensor stand to an aluminium
tripod to enhance the quality of the future researches. As a conclusion, the uses of
sensors in the push-up equipment are very useful to make sure the right push-up have
done and the Dual-Sensor Push-up Equipment can be modified to improve the qualities
of the research in the future.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PERNYATAAN TUJUAN TESIS ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 6
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalanan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 11
ix
1.7 Batasan Kajian 12
1.8 Definisi Istilah 12
1.9 Penutup 13
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Teori Reka Cipta 14
2.3 Kaedah Reka Cipta 17
2.4 Kajian Mengenai Kekuatan Otot 19
2.5 Penutup 21
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 22
3.2 Reka Bentuk Kajian 22
3.3 Subjek Kajian 23
3.4 Tempat Kajian 24
3.5 Instrumen Kajian 24
3.6 Prosedur Kajian 30
3.7 Kaedah Pengumpulan Data 33
3.8 Kaedah Penganalisisan Data 33
3.9 Penutup 34
x
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 35
4.2 Analisis Data Ujian Tekan Tubi 36
4.3 Analisis Data Soal Selidik 38
4.4 Persepsi Responden Terhadap Alat
Tekan Tubi Dwi-Sensor 43
4.5 Penutup 58
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 59
5.2 Ringkasan Kajian 59
5.3 Perbincangan 60
5.4 Masalah Yang Dihadapi 63
5.5 Cadangan 64
5.6 Penutup 66
BIBLIOGRAFI 67
LAMPIRAN 68-73
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
4.1 Data Ujian Tekan Tubi bagi Subjek Lelaki 36
4.2 Data Ujian Tekan Tubi bagi Subjek Perempuan 37
4.3 Umur Responden 38
4.4 Kategori “Saya Sukakan Alat Tekan Tubi Ini” 43
4.5 Kategori “Alat Ini Selamat Untuk Digunakan” 44
4.6 Kategori “Alat Ini Mudah Dialihkan” 44
4.7 Kategori “Alat Ini Menjimatkan Ruang Dan Mudah Disimpan” 45
4.8 Kategori “Alat Ini Boleh Membantu Saya Untuk Menguji
Kekuatan Otot Bahagian Atas Badan Saya” 46
4.9 Kategori “Alat Ini Boleh Membantu Saya Untuk
Meningkatkan Kekuatan Otot Bahagian Atas Badan Saya” 47
4.10 Kategori “Alat Ini Sesuai Untuk Kegunaan Saya” 48
4.11 Kategori “Alat Ini Sesuai Digunakan Di Makmal
Kecergasan UTM, Gym, Sekolah” 49
4.12 Kategori “Alat Ini Akan Mendapat Sambutan yang Baik
Daripada Pihak Sekolah” 50
4.13 Kategori “Alat Ini Sesuai Digunakan Di Sekolah Sebagai
Alat Pengukuran Untuk Ujian Tekan Tubi Dalam UKJK” 50
4.14 Kategori “Ujian Tekan Tubi Dengan Menggunakan Alat Ini
Adalah Lebih Baik Daripada Ujian Tanpa Menggunakan Alat” 51
xii
4.15 Kategori “Alat Ini Adalah Lebih Baik Daripada Alat Tekan
Tubi yang lain” 52
4.16 Kategori “Alat Ini Memberikan Bacaan Yang Tepat” 53
4.17 Kategori “Penggunaan 2 Sensor Dalam Alat Ini Dapat
Memberikan Bacaan Yang Lebih Tepat Berbanding Dengan
Alat Tekan Tubi Lain Yang Menggunakan Hanya 1 Sensor” 54
4.18 Kategori “Penipuan” Tidak Akan Berlaku Sekiranya Alat Ini
Digunakan Untuk Membuat Kiraan Tekan Tubi” 55
4.19 Kategori “Perisian Komputer Di Dalam Alat Ini Adalah
Menarik” 56
4.20 Kategori “Perisian Komputer Di Dalam Alat Ini Mudah
Digunakan” 56
4.21 Kategori “Alat Ini Boleh Diperbaiki Lagi” 57
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1 Rajah menunjukkan (a) alat pemegang sensor,
(b) kotak pengawal, (c) kotak transmitter dan
(d) kotak penerima 29
3.2 Rajah menunjukkan litar komponen elektronik 30
4.1 Jantina responden 39
4.2 Bangsa responden 40
4.3 Bidang sukan yang diceburi 41
4.4 Kekerapan responden menggunakan peralatan gym dalam
seminggu 42
xiv
SENARAI GAMBAR
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1 Gambar menunjukkan perkakasan Alat Tekan Tubi
Dwi-Sensor 28
4.1 Gambar menunjukkan subjek melakukan ujian tekan
tubi dengan menggunakan Alat Tekan Tubi Dwi-Sensor 38
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Senarai Bahan Dan Kos Pembuatan 74
B Borang Skor Ujian Tekan Tubi 75
C Borang Soal Selidik 76
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan pesat dan kemajuan dalam bidang sukan pada era ini menjadikan
sukan sebagai sebuah institusi sosial yang memainkan peranan yang besar kepada
masyarakat dan negara seperti institusi-institusi sosial yang lain. Berikutan dengan
kelahiran beberapa atlit bertaraf dunia dari Malaysia seperti ratu skuasy Nicol Ann
David, pemain badminton Lee Chong Wei, perenang Lim Keng Liat dan pelumba
basikal Josiah Ng telah membuktikan bahawa Malaysia boleh memberi persaingan
dengan atlit-atlit handalan dan mendapat pengiktirafan dari luar negara. Tetapi
pernahkah anda berfikir apakah yang mendorong kepada kejayaan mereka? Memang
tidak dapat dinafikan bahawa sokongan daripada keluarga dan juga semangat yang tekal
untuk menang menjadi faktor terpenting dalam kejayaan mereka. Namun begitu,
kecergasan fizikal juga memainkan peranan penting kerana dengan adanya komponen
tersebut, seseorang atlit dapat beraksi dengan cemerlang dari bermulanya sesuatu
pertandingan dan mampu bertahan sehingga ke penghabisan. Kecergasan fizikal adalah
kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti harian tanpa merasa letih serta
masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan.
2
Setiap orang boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap
maksima. Untuk mencapai ke tahap kecergasan ini seseorang harus baik dalam setiap
komponen kecergasan. Menurut Wee Eng Hoe (1996), kecergasan fizikal boleh
dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kecergasan fizikal yang berasaskan kesihatan
dan kecergasan fizikal yang berasaskan perlakuan motor. Terdapat lima aspek dalam
komponen kecergasan fizikal yang berasaskan kesihatan iaitu daya tahan kardiovaskular,
kekuatan otot, daya tahan otot, komposisi tubuh badan dan kelenturan manakala
kecergasan fizikal yang berasaskan perlakuan motor pula merangkumi koordinasi,
ketangkasan, kuasa, imbangan, masa tindak balas dan kelajuan.
Menurut Falls (1980) pula, kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek
yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi
seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik
(kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-bagai
penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi
dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan
dengan lebih bertenaga, daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya.
Menyentuh mengenai komponen-komponen di atas, kekuatan otot merupakan
salah satu daripada fungsi penting dalam sukan. Kekuatan otot ialah kebolehan atau
kapasiti otot-otot atau kumpulan otot untuk menggunakan daya maksimum bagi
mengatasi rintangan pada suatu masa tertentu melalui julat pergerakan maksimum
(Prentice, 1994). Otot-otot yang paling kerap digunakan dalam setiap sukan ialah otot
yang berada di bahagian tangan, kaki, perut dan belakang badan.
Dalam pelbagai sukan, kobolehan dan kecekapan kekuatan otot tangan
merupakan aset yang sangat penting yang perlu dikuasai oleh ahli-ahli sukan
terutamanya dalam permainan raket seperti badminton, skuasy dan tenis. Sebagai
contoh, dalam permainan badminton, seseorang pemain perlu melakukan smesy untuk
mematikan bulu tangkis di gelanggang pihak lawan. Dalam sukan meninju pula,
3
seorang peninju perlu melepaskan tumbukan bertalu-talu dengan kuasa penuh ke atas
pihak lawan untuk menang.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kekuatan
otot. Antaranya ialah latihan beratan (weight training), tekan tubi (push-up), bangun
duduk tubi (sit-up), melenturkan badan (back-arch) dan mencangkung (two-leg squat).
Salah satu aktiviti yang boleh meningkatkan kekuatan otot tangan ialah dengan
melakukan tekan tubi. Tekan tubi ialah kemahiran membengkokkan siku di atas lantai
dengan badan berkedudukan lurus dan naik semula secara berterusan untuk menguatkan
otot-otot di bahagian atas badan terutamanya otot pektoralis major dan minor, trisep dan
deltoid. Latihan tekan tubi adalah salah satu latihan kekuatan otot yang asas dan telah
lama dipraktikkan. Sering kali kita dapat melihat latihan tekan tubi dilakukan dalam
latihan ketenteraan dan latihan sukan sebagai latihan untuk menguatkan otot tangan dan
juga sebagai alat pengukuran kepada kekuatan tangan.
Memandangkan negara kita sedang giat menuju ke arah melahirkan atlit yang
bertaraf antarabangsa, satu ujian yang mantap dan sempurna telah diwujudkan oleh
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan iaitu satu program untuk menguji tahap
kecergasan individu - Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Antara ujian-
ujian yang terkandung di dalam Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan ialah tekan tubi,
bangkit tubi, lari ulang-alik (4x10m), lompat jauh berdiri, duduk dan jangkau, dan lari
2.4km. Tujuan ujian ini adalah untuk mengekalkan sikap yang positif terhadap
kecergasan fizikal di samping memberi cara-cara mengukur kecergasan sendiri. Semoga
dengan adanya cara-cara mengukur komponen-komponen kecergasan, minat terhadap
kecergasan untuk kesihatan diri yang optima akan dapat dikekalkan.
Terdapat beberapa sebab untuk mengukur kekuatan otot dan latihan ketahanan.
Kekuatan adalah sangat penting dalam kebanyakkan sukan berprestasi tinggi dan juga
dapat menjamin kesihatan yang baik. Otot yang kuat membantu melindungi sendi-sendi,
menjadikannya pengurangan kecenderungan kepada terseliuh, ketegangan otot dan
4
kecederaan lain. Kekuatan adalah perlu untuk postur yang baik. Masalah postur seperti
kelendutan otot abdominal, bahu yang bulat, dan kesakitan di bahagian bawah belakang
badan boleh dielakkan sekiranya kekuatan dikekalkan. Tambahan pula, kekuatan akan
membolehkan anda untuk melakukan tugas harian dengan lebih efisyen dan untuk
mengalami kepuasan daripada penglibatan diri dalam aktiviti kesenggangan.
Bagi mencapai matlamat menguasai kemahiran untuk melakukan tekan tubi,
sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi sekolah menengah telah
digubal dengan menyediakan butiran kemahiran tekan tubi. Pelajar diharap dapat
menguasai kemahiran tekan tubi dalam jangka masa 5 tahun berada di sekolah. Menurut
Wall (1990), pelajar peringkat umur 13-15 tahun sudah dikatakan mempunyai
koordinasi mata dan tangan, mata dan kaki yang baik dan dapat melakukan aktiviti tekan
tubi dengan baik. Oleh itu, guru memainkan peranan penting terhadap pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani kepada pelajar sekolah menengah dengan
mengukuhkan kemahiran asas pelajar termasuk tekan tubi. Di peringkat ini, pelajar
diberi penekanan kepada cara penguasaan kemahiran tekan tubi yang betul dan
hubungannya dengan kemahiran sukan.
Pelajar masa kini mempunyai perbezaan kebolehan dalam penguasaan kemahiran
tekan tubi. Kadar pertumbuhan dan perkembangan saiz badan serta kekuatan otot
dengan umur semakin meningkat dengan kadar yang cepat. Pelajar di peringkat ini
dapat berlari, melompat, memukul bola, membaling dan menangkap bola dengan baik.
Walau bagaimanapun, dalam aktiviti yang melibatkan aspek kelembutan, kumpulan
pelajar perempuan mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding daripada pelajar
lelaki (Corbin, 1980).
Sebenarnya, pelajar di peringkat umur 10-12 tahun sudah boleh menguasai dan
menggunakan kemahiran tekan tubi dengan baik di dalam aktiviti Pendidikan Jasmani.
Di peringkat tersebut pelajar sudah bersedia untuk memilih jenis permainan yang
diminati dan dapat menguasai kemahiran tekan tubi yang spesifik (Grineski, 1992).
5
Pelajar di peringkat ini sudah boleh menguasai kemahiran tekan tubi yang telah
dipelajari melalui proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Mereka
telah bersedia untuk melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani yang lebih kompleks dan
bersifat pertandingan (Graham, 1987).
Kebolehan menguasai kemahiran kemahiran tekan tubi yang baik memberi
kelebihan kepada pelajar untuk memilih jenis sukan yang digemari. Pemilihan
seumpama ini dapat memberi kepuasan dan keseronokan bermain dalam semua jenis
sukan dan permainan. Untuk menguasai kemahiran tersebut, maka mata pelajaran
Pendidikan Jasmani haruslah diajar dengan mengambil kira aspek domain kognitif,
afektif dan psikomotor. Kejayaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani bergantung
kepada tenaga pengajarnya. Pihak sekolah harus memastikan semua guru mendapat
pendedahan dalam teknik pengajaran Pendidikan Jasmani. Keupayaan guru mengajar
itu penting untuk menjayakan pengajaran. Oleh itu, pemilihan guru yang benar-benar
berpengetahuan tentang kemahiran tekan tubi bagi mengajar mata pelajaran Pendidikan
Jasmani amat diperlukan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991). Sekiranya guru
tidak berkelayakan, maka ini akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran
pelajar. Kesan daripada fenomena ini, pelajar tidak akan dapat menguasai kemahiran
tekan tubi dengan baik.
Sumbangan mata pelajaran ini bertindak secara menyeluruh terhadap pendidikan
yang meliputi domain psikomotor, kognitif dan efektif. Untuk menentukan pencapaian
objektif pengajaran, maka mata pelajaran Pendidikan Jasmani memerlukan suatu alat
pengukuran dan pengujian yang sistematik, mantap dan sesuai digunakan untuk tujuan
menilai prestasi kemahiran tekan tubi pelajar sekolah menengah.
6
1.2 Latar Belakang Masalah Melalui pelbagai penyelidikan dan kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik,
didapati bahawa prestasi sukan kebanyakkan atlit sekarang adalah jauh lebih baik jika
dibandingkan dengan prestasi sebelum ini. Sebenarnya, apakah punca-punca yang
mendorong kepada tahap peningkatan yang begitu baik?
Pelbagai faktor peningkatan prestasi sukan telah pun dikenal pasti oleh para
saintis sukan dan antaranya adalah keturunan seseorang atlit, cara program latihan yang
lebih moden dan sistematik serta latihan yang berasaskan prinsip serta pengetahuan sains
sukan. Di samping itu, cara pemakanan yang terancang dan terkawal, serta peralatan
sukan yang semakin canggih dan direka cipta khas untuk membolehkan seseorang atlit
melakukan latihan mereka tanpa mengira waktu dan cuaca.
Pelbagai mesin dan kemudahan yang semakin canggih dan moden seperti alat
“motion analysis”, “electromyography”, “whole body reaction measuring equipment”,
“time measurement device”, “dynamometer”, “three-dimentional movement analysis
system” dan “sprirometer” yang berasaskan teknologi biomekanik telah berjaya
memberi banyak pengetahuan penting tentang sistem lokomotor manusia bagi tujuan
memudahkan perjalanan latihan-latihan dengan pendekatan yang bersistematik dan
meningkatkan prestasi atlit ke tahap yang maksima pada masa yang sama.
Seperti yang sedia maklum, alat senaman di pasaran sekarang telah melimpahi
bidang sukan dengan pelbagai jenama dan keluaran. Kesemua peralatan ini
sememangnya mahal dan sudah tentunya sesebuah sekolah tidak mampu untuk
membelinya. Dengan itu, penyelidik telah cuba untuk mencari pendekatan baru dengan
menerokai bidang reka bentuk peralatan sukan dan mereka cipta satu alat yang berupaya
untuk menguji serta meningkatkan prestasi atlit dari segi kekuatan otot.
7
Telah menjadi lumrah kehidupan, pelajar ingin mengetahui tentang pertumbuhan
fizikal dan tahap pencapaian kekuatan mereka berkaitan dengan aspek prestasi
(Siedentop, 1986). Setakat ini, mata pelajaran Pendidikan Jasmani sekolah menengah di
Malaysia tidak mempunyai alat pengukuran dan penilaian yang tekal dan sesuai
digunakan untuk semua sekolah menengah. Kemahiran tekan tubi tidak boleh dinilai
berdasarkan pemerhatian sahaja dan memberi markah mengikut skala abjad yang
berlandaskan kepada penilaian subjektif secara global semata-mata. Pada hakikatnya,
penilaian prestasi kemahiran tekan tubi boleh dinilai dengan objektif dan berkesan
melalui proses pengukuran dan penilaian perubahan tingkah laku yang mantap (Wuest,
1991).
Mengikut Petray, Blazer dan Leads (1989), penilaian adalah sebagai sebahagian
daripada proses pengajaran dan pembelajaran serta tujuan untuk mendapatkan data yang
boleh digunakan oleh guru bagi menilai status pencapaian kemahiran tekan tubi pelajar.
Konsep pendidikan sekolah menengah menjelaskan bahawa aktiviti penilaian hendaklah
disepadukan dengan aktiviti di dalam bilik darjah. Penilaian itu sendiri mempunyai
peranan untuk membantu pelajar dan guru untuk meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992).
Prestasi kemahiran tekan tubi dapat dinilai setelah objektif tersebut dinyatakan
dengan jelas. Tanpa alat pengukuran dan penilaian yang mantap adalah sukar bagi guru
Pendidikan Jasmani untuk menentukan kejayaan dan peningkatan sesuatu mata pelajaran
Pendidikan Jasmani di sekolah menengah. Rekod pencapaian pelajar yang diperolehi
sangat berguna sebagai panduan kepada guru dalam menilai prestasi kemahiran tekan
tubi. Di samping itu, dijadikan maklumbalas kepada guru, pelajar dan ibu bapa untuk
memperbaiki, mengekalkan dan meningkatkan prestasi pelajar dalam kemahiran tekan
tubi mereka (Cooper, 1984).
Namun begitu, masih terdapat ramai pelajar yang tidak sedar bahawa kedudukan
badan haruslah lurus apabila melakukan aktiviti tekan tubi. Ramai pelajar yang kerap
8
melakukan kesalahan semasa melakukan tekan tubi, akan tetapi mereka masih mengira
kekerapan melakukan tekan tubi tanpa mengambil kira sama ada perlakuan tekan tubi itu
adalah betul atau tidak. Antara kesalahan yang sering pelajar lakukan semasa
melakukan tekan tubi ialah kedudukan badan yang tidak lurus sepanjang melakukan
tekan tubi, badan tidak cukup direndahkan, belakang badan dilenturkan menyebabkan
perut berada di kedudukan yang lebih rendah daripada dada, tidak berhenti apabila siku
telah dibengkokkan sehingga sudut 90o dan kepala tidak selari dengan badan.
Kecederaan boleh berlaku sekiranya seseorang melakukan tekan tubi dengan salah.
Menurut Walter (2000), adalah penting untuk tidak melenturkan badan ke belakang dan
juga tidak menegangkan atau memberi stress kepada leher semasa melakukan tekan tubi.
Sekiranya seseorang terlalu menegangkan lehernya, besar kemungkinan stress pada
ligamen di vertebrata servikal dan cakeranya (cervical vertebrae and disks) berlaku. Jika
seseorang melenturkan badannya pula, vertebrata lumbar atau cakeranya (lumbar
vertebrae or disks) akan mendapat stress. Mana-mana kesalahan di atas boleh
menyebabkan masalah leher atau belakang badan yang kronik.
Oleh yang demikian, satu jalan penyelesaian harus dicari untuk menyelesaikan
masalah ini supaya tidak berlaku kecederaan, penipuan atau ketidakadilan. Satu alat
pengukuran harus dicipta untuk mengira jumlah kekerapan seseorang pelajar dapat
melakukan tekan tubi dalam masa satu minit.
1.3 Penyataan Masalah Kekurangan peralatan sukan yang canggih untuk mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan untuk menjalankan ujian kecergasan fizikal amat menyusahkan
guru yang mengajar mata pelajaran ini. Ini kerana guru tidak dapat menumpukan
perhatian ke atas kesemua pelajarnya dengan sempurna semasa melakukan pengujian.
Pelajar-pelajar terpaksa menunggu giliran mereka untuk menjalani latihan dengan
menggunakan peralatan tersebut. Oleh kerana para pelajar perlu menunggu giliran
9
mereka maka secara tidak langsung wujudnya pelajar-pelajar menjadi kurang berminat
untuk mengikuti kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan menyebabkan para guru
tidak dapat menguji tahap kecergasan pelajar dengan sempurna. Sebagai langkah
penyelesaian, guru hanya menyuruh pelajarnya melakukan ujian kecergasan secara
beramai-ramai secara sekaligus. Ini menyebabkan ramai pelajar yang menipu atau
melakukan ujian ini tanpa menyedari kesalahan yang dilakukannya.
Untuk mengatasi masalah di atas, satu alat pengukur yang menggunakan sensor
harus dicipta. Penggunaan sensor dalam alat tekan tubi dapat membantu guru, jurulatih
ataupun pelajar itu sendiri untuk mengesan sama ada badan berada dalam keadaan lurus
semasa melakukan tekan tubi. Cara yang betul semasa melakukan tekan tubi ialah titik-
titik penting iaitu leher dan pinggul haruslah bergerak dalam keadaan lurus semasa turun
dan naik. Sehingga kini, hanya terdapat beberapa alat tekan tubi yang menggunakan
hanya satu sensor yang mengarah ke arah kepala untuk mengira kekerapan tekan tubi.
Kelemahannya ialah ia tidak dapat mengesan sama ada pengguna melakukan kesalahan
semasa melakukan tekan tubi. Oleh itu, sebanyak 2 sensor akan ditempatkan di titik-
titik penting itu untuk mengesan kesalahan semasa melakukan tekan tubi. Apabila tubuh
pelajar menyentuh atau memotong garisan sensor, perkataan “ON” akan bertukar
menjadi “OFF” akan dipaparkan di skrin komputer untuk menunjukkan kedudukan
pelajar semasa melakukan tekan tubi. Dengan cara ini, apabila badan bergerak secara
lurus semasa melakukan tekan tubi, kedua-dua sensor akan memaparkan perkataan
“OFF” secara serentak dan seterusnya satu lakuan tekan tubi yang sah akan dipaparkan
pada komputer. Secara tidak langsung, alat tekan tubi yang diberi nama Alat Tekan
Tubi Dwi-Sensor yang berbantukan sensor infrared ini dapat dijadikan sebagai alat
pembetulan tekan tubi (push-up corrector).
10
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
1.4.1 Mengkaji keberkesanan Alat Tekan Tubi Dwi-Sensor yang telah direka cipta oleh penyelidik.
1.4.2 Mendapatkan maklum balas mengenai Alat Tekan Tubi Dwi-Sensor daripada
pengguna yang telah mengetahui, melihat, meneliti serta menggunakan alat tekan tubi yang telah direka cipta.
1.4.3 Mengenal pasti sama ada alat ini dapat membantu guru-guru, jurulatih serta
pelajar itu sendiri atau tidak. 1.4.4 Mengenal pasti sama ada alat yang dicipta adalah lebih baik daripada alat tekan
tubi yang sedia ada. 1.5 Persoalan Kajian 1.5.1 Adakah Alat Tekan Tubi Dwi-Sensor yang telah direka cipta oleh penyelidik ini
mempunyai keberkesanan yang tinggi? 1.5.2 Bolehkah alat tekan tubi ini mendapat maklum balas daripada pengguna yang
mengetahui, meneliti serta cuba untuk menggunakan alat ini? 1.5.3 Adakah Alat Tekan Tubi Dwi-Sensor yang telah direka bentuk ini dapat
membantu guru-guru, jurulatih serta pelajar itu sendiri dalam latihan menguatkan tangan pelajar dan atlit?
1.5.4 Adakah alat yang dicipta oleh penyelidik adalah lebih baik daripada alat tekan
tubi yang sedia ada?
11
1.6 Kepentingan Kajian
Secara umumnya, kajian ini dijalankan bertujuan untuk membetulkan kedudukan
badan, membeza dan mengukur tahap kekuatan otot tangan dalam melakukan tekan tubi
bagi seseorang tidak kira pelajar sekolah ataupun pelajar-pelajar Sains Sukan di
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk
mengenal pasti perlakuan perbezaan kekuatan tangan di kalangan pelajar-pelajar Sains
Sukan.
Kajian ini juga dapat mempamerkan bahawa kejituan alat kecergasan yang ada
alat pengesan dan ia sesuai dijadikan satu rujukan kepada guru, jurulatih serta pelajar
sendiri. Secara langsung, guru, jurulatih serta pelajar dapat mengesan punca-punca
masalah yang menyebabkan terdapatnya perbezaan.
Selain itu, hasil kajian diharapkan dapat digunakan oleh guru-guru atau jurulatih
mengenai kepentingan aspek kekuatan otot terhadap bidang sukan yang diceburi oleh
atlit-atlit di bawah kawalannya. Dengan menggunakan pendekatan program latihan
yang tersusun, kemungkinan besar guru atau jurulatih tersebut dapat membantu atlit-
atlitnya dalam meningkatkan kekuatan otot mereka sekaligus meningkatkan prestasi
mereka bagi menghadapi pertandingan yang bakal disertai. Semoga alat yang direka
cipta ini boleh membetulkan kesalahan dalam tekan tubi serta meningkatkan kekuatan
otot tangan dan yakni meningkatkan prestasi pelajar sekolah, universiti mahupun atlit
negara.
12
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini adalah terbatas kepada 10 orang pelajar Sains Sukan dari tahun 5 di
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor untuk melakukan ujian tekan tubi dalam
satu minit dengan dan tanpa menggunakan alat tekan tubi yang direka cipta oleh
penyelidik. Selain daripada itu, subjek yang terdiri daripada 5 orang lelaki dan 5 orang
perempuan itu dikehendaki menjawab soal selidik yang disediakan oleh penyelidik.
Pengumpulan data akan diambil untuk mengkaji keberkesanan alat tekan tubi yang
direka cipta oleh penyelidik. Maka, kajian dan pengumpulan data hanya terdiri daripada
pelajar-pelajar Sains Sukan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor yang telah
melihat, mengetahui, meneliti dan juga menggunakan Alat Tekan Tubi Dwi-Sensor.
1.8 Definisi Istilah
Definisi bagi istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:
1.8.1 Reka Cipta Barang atau produk yang pertama kali dicipta. 1.8.2 Reka Bentuk Menurut Hosking dan Harris (1981), reka bentuk adalah proses yang
menggunakan unsur-unsur dalam sains, kejuruteraan, matematik, lukisan teknologi dan
prinsip saintifik dalam usaha menghasilkan pelan di mana kemudian membawa kepada
penyelesaian dan seterusnya kepada keperluan praktikal.
13
1.8.3 Tekan Tubi Sesuatu senaman di mana seseorang membengkokkan siku di atas lantai dengan
badan berkedudukan lurus dan naik semula secara berterusan untuk menguatkan otot-
otot di bahagian atas badan.
1.8.4 Alat Tekan Tubi Dwi-Sensor Satu alat yang berbantukan dua sensor infrared yang dibina khas untuk mengesan
sama ada badan berada dalam keadaan lurus serta mengurangkan risiko kecederaan
semasa melakukan tekan tubi.
1.9 Penutup Bab 1 telah membincangkan tentang latar belakang masalah, penyataan masalah,
objektif kajian, persoalanan kajian dan kepentingan serta batasan kajian. Bab 2 akan
melihat kepada sorotan kajian. Sorotan kajian adalah mengenai reka bentuk kajian dan
juga kajian berkaitan kekuatan otot-otot tangan.