UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: TAHAP KOGNITIF PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH DI DALAM DAERAH KLUANG JOHOR BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM DALAM MATA PELAJARAN SAINS
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya: MOHD ZAWAWI BIN MOHD RAZALI
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian
tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh,
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: 180 FELDA LEPAR UTARA 4, PM DR SETH SULAIMAN 26400 BANDAR JENGKA, PAHANG DARUL MAKMUR Tarikh :_____ ___ Tarikh:________ __
√
_______________ 30 April 2008 ______________ 30 April 2008
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains serta Pendidikan (Sains)”
Tandatangan : Nama Penyelia : PM DR SETH SULAIMAN Tarikh : 30 APRIL 2008
TAHAP KOGNITIF PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH
MENENGAH DI DALAM DAERAH KLUANG JOHOR BERDASARKAN
TAKSONOMI BLOOM DALAM MATA PELAJARAN SAINS
MOHD ZAWAWI BIN MOHD RAZALI
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2008
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ................................................................
Nama Penyelidik : MOHD ZAWAWI BIN MOHD RAZALI
Tarikh : ………30 April 2008………………………………….
iii
DEDIKASI
Buat ayah dan ibu yang dikasihi dan dihormati:
Mohd Razali bin Dollah
Zainin binti Md Nor
Juga kepada insan yang dicintai dan menjadi sumber inspirasi:
Norhasliza binti Mohd Doom
Putera sulungku:
Zaim Zahirulhaq
Terima kasih di atas sokongan kalian selama ini.
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, dapat juga saya
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Dikesempatan ini, jutaan terima kasih diucapkan kepada Profesor Madya Dr.
Seth Sulaiman selaku penyelia Projej Sarjana Muda ini. Bimbingan dan nasihat yang
beliau berikan telah banyak membantu dalam menjalankan dan menyiapkan Projek
Sarjana Muda ini.
Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada rakan-rakan sekelas dalam
membantu menjayakan kajain ini. Selain itu juga jutaan terima kasih kepada:
1. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Anis Bendahara,
Kluang, Johor.
2. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil,
Kluang, Johor.
3. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Kluang,
Kluang, Johor
Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat, segala jasa yang diberi amat
dihargai.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kognitif pelajar pada aras
pengetahuan, aras kefahaman dan aras aplikasi berdasarkan Taksonomi Bloom bagi
pelajar Tingkatan Empat di sekolah menengah di dalam Daerah Kluang Johor. Soal
selidik yang mengandungi 30 soalan objektif digunakan untuk mengumpul data
yang diedarkan secara rawak kepada 102 orang pelajar Tingkatan Empat di tiga
buah sekolah menengah di dalam Daerah Kluang, Johor. Darjah kebolehpercayaan
alpha Croncbach bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah α=0.74 .
Statistik yang digunakan adalah min, sisihan piawai, markat maksimum dan markat
minimum, peratusan, ujian-t dan ANOVA satu hala. Dapatan kajian ini
menunjukkan tahap kognitif pelajar pada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi
berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat
hubungan yang signifikan dalam tahap kognitif antara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan. Sebaliknya tahap kognitif pelajar berhubung kait dengan faktor etnik
seseorang pelajar.
vi
ABSTRACT
The aim of this research is to measure cognitive level of the student at
knowledge, comprehension and application stage based on Taxonomy Bloom for
student Form Four in secondary school in Kluang, Johor. This questionnaire
contains 30 objective questions used to gather data and which was distributed to 102
random selected student Form Four in three secondary school in Kluang, Johor. The
alpha Croncbach for this instrument was α=0.74. The statistically method utilized
were mean, standard deviation, maximum and minimum score, percentage, t-test
and one way ANOVA. The result indicated that cognitive level of the student at
knowledge, comprehension and application stage at medium level. Result also
showed that there was no significant cognitive level difference between the male and
female students. On the other hand, the cognitive level is associated with ethnic
factor.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 5
1.7 Batasan Kajian 6
1.8 Definisi Secara operasi 7
1.8.1 Tahap 7
1.8.2 Kognitif 7
viii
1.8.3 Taksonomi 7
1.8.4 Sains 7
1.8.5 Pengetahuan 8
1.8.6 Kefahaman 8
1.8.7 Aplikasi 8
1.9 Rumusan 9
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan 10
2.2 Taksonomi Bloom 11
2.2.1 Aras Pengetahuan 12
2.2.2 Aras Kefahaman 14
2.2.3 Aras Aplikasi 15
2.3 Kemahiran Berfikir 15
2.4 Kajian - Kajian 16
2.5 Rumusan 18
3 METODOLOGI
3.1 Pendahuluan 19
3.2 Reka Bentuk Kajian 20
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 20
3.4 Instrumen Kajian 21
3.5 Prosedur Mengumpul Maklumat 22
3.6 Kajian Rintis 25
3.7 Kaedah Penganalisaan Data 25
3.8 Rumusan 27
4 ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 28
ix
4.2 Analisis Taburan Responden 29
4.3 Tahap Kognitif Pada Aras Pengetahuan 30
4.4 Tahap Kognitif Pada Aras Kefahaman 30
4.5 Tahap Kognitif Pada Aras Aplikasi 31
4.6 Hubungan Antara Tahap Kognitif Pada Aras
Pengetahuan, Kefahaman Dan Aplikasi Dengan Jantina 32
4.7 Hubungan Antara Faktor Etnik Dengan Tahap Kognitif
Pada Aras Pengetahuan, Kefahaman Dan Aplikasi 33
4.8 Rumusan 35
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 36
5.2 Ringkasan Kajian 37
5.3 Perbincangan 38
5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 38
5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 39
5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 40
5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 41
5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 5 42
5.4 Kesimpulan 43
5.5 Implikasi 44
5.6 Cadangan 45
5.6.1 Pelajar 45
5.6.2 Guru Dan Pihak Pengurusan Sekolah 45
5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 46
5.8 Rumusan 47
RUJUKAN 48
LAMPIRAN 52
xi
SENARAI JADUAL JADUAL MUKA SURAT 3.1 Taburan Responden Mengikut Sekolah 22 3.2 Tahap Kognitif Dan Bilangan Item 26
3.3 Pembahagian Setiap Tahap Kognitif Kepada Lima
Tahap Pencapaian Berdasarkan Peratus Min Yang
Diperolehi 26
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 29
4.2 Taburan Responden Mengikut Etnik 29
4.3 Analisis Deskriptif Tahap Kognitif Berdasarkan Taksonomi
Bloom Pada Aras Pengetahuan 30
4.4 Analisis Deskriptif Tahap Kognitif Berdasarkan Taksonomi
Bloom Pada Aras Kefahaman 31
4.5 Analisis Deskriptif Tahap Kognitif Berdasarkan Taksonomi
Bloom Pada Aras Aplikasi 31
4.6 Ujian t 32
4.7 Analisis Anova Satu Hala 33
4.8 Tukey HSD 34
xii
SENARAI RAJAH RAJAH MUKA SURAT 3.1 Tatacara Kajian 24
xiii
SENARAI SINGKATAN
JPN Jabatan Pelajaran Negeri
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
KPSB Kemahiran Proses Sains Bersepadu
PEKA Pentaksiran Kerja Amali
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
SAJ Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil
SMKTSK Sekolah Menengah Taman Sri Kluang
SP Sisihan Piawai
STAB Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Anis Bendahara
SPSS Statistical Package For Sosial Science
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
1 Lampiran A Ujian Pencapaian 52
2 Lampiran B Jawapan Ujian Pencapaian 65
3 Lampiran C Surat Pengesahan Status Pelajar 66
4 Lampiran D Surat Kebenaran Dari Kementerian
Pelajaran Malaysia Bagi Menjalankan
Kajian Di Sekolah 67
5 Lampiran E Surat Kebenaran Dari Jabatan Pelajaran
Negeri Johor 69
BAB 1
PENGENALAN 1.1 Pendahuluan
Sains merupakan tunjang utama dalam membentuk sebuah negara maju
bertepatan dengan aspirasi negara untuk mencapai Wawasan 2020. Sejajar dengan
cabaran strategi Wawasan 2020 yang berhasrat untuk mewujudkan masyarakat
saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan
memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga
penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Kementerian
Pendidikan Malaysia di bawah Jawatankuasa Sains diberi tanggunjawab bagi
merealisasikan aspirasi Wawasan 2020 dalam menentukan dasar pendidikan sains di
sekolah.
Dalam Falsafah Pendidikan Sains Negara dan Pernyataan Misi Pendidikan
Sains jelas menunjukkan bahawa negara ingin melahirkan individu dan masyarakat
yang membudayakan sains dan teknologi. Pendidikan sains menjadi teras untuk
mewujudkan masyarakat yang celik sains dan teknologi.
Kurikulum sains dan matematik bertujuan melahirkan warga yang
mempunyai pengetahuan asas dan kemahiran dalam bidang sains, matematik dan
teknologi dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan
sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dan penilaian dalam
kehidupan seharian. Kementerian mensasarkan objektif bagi kurikulum sains
2
dan matematik bagi menentukan halatuju kurikulum yang digubal bagi melahirkan
insan yang seimbang dalam semua aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Objektif ini merangkumi aspek kognitif, aspek psikomotor dan aspek afektif.
Jelas dapat dilihat daripada intipati kurikulum dan objektif mata pelajaran
sains bertujuan melahirkan generasi yang dapat menampilkan potensi diri bagi
mewujudkan sebuah negara yang mempunyai daya saing di peringkat global. Abu
Hassan dan Meor Ibrahim (2006) menyatakan dalam kurikulum sains dan matematik
yang baru, proses pemerolehan pengetahuan dan penguasaan kemahiran
dilaksanakan secara bersepadu, dengan memanfaatkan kecerdasan pelbagai pelajar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sains terdiri daripada proses, hasil dan sikap. Sains sebagai proses menitik-
beratkan kemahiran iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif bagi
memperolehi pengetahuan dalam sains. Fakta, konsep, prinsip, hukum dan teori
adalah hasil dan produk dalam sains itu sendiri. Manakala sains sebagai sikap
menekankan kepada perkembangan emosi dan intelektual.
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan peperiksaan menyebabkan ramai
pendidik tidak menggunakan kaedah yang bersesuaian bagi mata pelajaran sains
menyebabkan prinsip sains terabai. Fauziah (2000), sistem persekolahan masa kini
mementingkan aspek markah dan gred pencapaian dalam peperiksaan sahaja. Oleh
itu tahap pengetahuan pelajar sewajarnya berada pada aras yang betul dalam
memahami konsep dan fakta isi pelajaran yang dinilai oleh guru. Menurut Mahzan
(1994), bahawa sesetengah guru sains mengajar subjek sains tersebut seolah-olah
memberi syarahan tanpa memberi kesempatan kepada pelajar untuk meninjau dengan
lebih lanjut dan membuat penemuan.
Shahbuddin (2003), pengenalan kurikulum bersepadu memerlukan guru-guru
yang lebih bijak mentafsir dan merancang isi kandungan kurikulum yang hendak
3
diaplikasikan di dalam bilik darjah. Daya kreativiti guru sangat perlu supaya dapat
merancang sesi pengajaran dan pembelajaran yang dapat memenuhi objektif iaitu
melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kebolehan intelek yang baik,
berkeyakinan diri yang tinggi supaya mampu mengawal emosi sendiri dan orang lain
serta berakhlak mulia
Taksonomi menyediakan garis panduan yang boleh digunakan untuk
melihat perkembangan kemahiran daripada yang mudah kepada yang lebih sukar
Rockey (1983). Bloom et.al (1956) dan Krathwohl et.al (1964) menerangkan bahawa
domain kognitif mempunyai enam aras pengelasan pembelajaran. Ia dimulakan
dengan tahap kesukaran yang paling mudah ke tahap kesukaran yang paling tinggi. Ia
itu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Daripada Abu Hassan et.al (2000), Taksonomi Bloom yang asalnya
mengandungi enam aras kebolehan kognitif yang berbeza yang berheiraki di mana
aras yang lebih tinggi mencakupi aras yang lebih rendah. Namun demikian, dalam
banyak peperiksaan sains cuma tiga aras kognitif yang tinggi iaitu analisis, sintesis
dan penilaian di gabung. Ini menunjukkan bahawa aras pengetahuan, kefahaman dan
aplikasi kurang diterapkan dalam peperiksaan sains menyebabkan pendidik tidak
dapat gambaran jelas mengenai tiga tahap kognitif aras yang lebih rendah.
Kebanyakan guru akan memberi perhatian kepada pencapaian objektif aras tinggi
(Kamarudin et.al ,2003).
Menurut Gan See Chin (2003) guru haruslah berusaha meneroka kesilapan-
kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam gerakbalas mereka terhadap
soalan-soalan pengetahuan, kefahaman, aplikasi dan analisis. Khadijah Rohani
(1982) menyebut dalam pengajaran, pengelasan soalan-soalan seperti yang
diketengahkan oleh Bloom perlu diberi penekanan. Menurut Noor Rohana (2004)
oleh sebab inilah klasifikasi aras kognitif soalan perlu diberi perhatian dan
penekanan serius oleh pendidik dalam mengimplimentasikan pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Guru seharusnya menggunakan soalan yang pelbagai
aras kognitif bagi menggerakkan pelajar ke arah menguasai kemahiran berfikir pada
kepelbagaian aras tersebut. Soalan yang dibina dan dikemukakan wajar didasarkan
4
kepada klasifikasi hierarki aras kognitif soalan bagi menjamin penggunaan
kepelbagaian aras penyoalan ke arah memantapkan pemikiran pelajar.
1.3 Penyataan Masalah
Berdasarkan daripada kajian-kajian yang telah dibincangkan adalah wajar
penilaian tahap kognitif ini terus dikaji di pelbagai jenis sekolah dan aliran.
Penyelidik ingin mengkaji tahap kognitif pelajar tingkatan empat di sekolah
menengah di dalam daerah Kluang Johor berdasarkan Taksonomi Bloom (1956) bagi
matapelajaran sains badasarkan tahap domain kognitif objektif di dalam Taksonomi
Bloom iaitu pada aras pengetahuan, kefahaman dan analisis.
Selain itu penyelidik ingin mengenalpasti perbezaan tahap kogitif yang wujud
di kalangan pelajar lelaki dan perempuan dalam mata pelajaran sains.
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan adalah bertujuan:
i. Bagi mengukur tahap kognitif pelajar tingkatan empat sekolah
menengah di daerah Kluang Johor pada aras pengetahuan.
ii. Bagi mengukur tahap kognitif pelajar tingkatan empat sekolah
menengah di daerah Kluang Johor pada aras kefahaman.
iii. Bagi mengukur tahap kognitif pelajar tingkatan empat sekolah
menengah di daerah Kluang Johor pada aras aplikasi.
iv. Menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan
tahap kognitif pada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi
berdasarkan Taksonomi Bloom merentasi jantina.
5
v. Menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan
tahap kognitif pada aras pengetahuan, kefahaman, dan aplikasi
berdasarkan Taksonomi Bloom merentasi etnik.
1.5 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini, persoalan yang hendak diselidiki ialah:
i. Apakah tahap kognitif pada aras pengetahuan bagi pelajar
tingkatan empat sekolah menengah daerah Kluang Johor?.
ii. Apakah tahap kognitif pada aras kefahaman bagi pelajar
tingkatan empat sekolah menengah daerah Kluang Johor?.
iii. Apakah tahap kognitif pada aras aplikasi bagi pelajar tingkatan
empat sekolah menengah daerah Kluang Johor?.
iv. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap
kognitif pada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi
mengikut jantina?.
v. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap
kognitif pada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi
mengikut etnik?.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini bertujuan mengukur tahap kognitif pelajar berdasarkan
Taksonomi Bloom bagi matapelajaran sains tingkatan empat. Keputusan yang
diperolehi daripada responden akan menentukan tahap kognitif pelajar berdasarkan
aras-aras Taksoomi Bloom. Dapatan kajian ini memberi gambaran jelas tahap
kognitif pelajar pada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi bagi matapelajaran
sains. Dapatan kajian ini dapat membantu dan memberi panduan kepada guru-guru
6
sains dalam menentukan sama ada satu daripada objektif pengajaran dan
pembelajaran tercapai. Selain itu juga dapat memberi panduan kepada guru-guru
sains dalam membentuk soalan-soalan bagi pengujian pada tiga aras kognitif yang
dikaji.
Kajian ini juga dapat membantu pihak sekolah dalam merencanakan aktiviti
sekolah bagi membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi dalam akedemik
terutamanya dalam matapelajaran sains.
Sebagai maklumat tambahan kepada JPN untuk menyusun strategi bagi
menyediakan kursus yang bersesuaian dalam meningkatkan profesionalisme guru-
guru sains khasnya dalam pembangunan aras kognitif pelajar.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini mengambil sampel di kalangan pelajar tingkatan empat yang
mengikuti mata pelajaran sains. Soalan kajian tertumpu kepada tajuk scientific
Investigation dan Body Coordination. Ini mengambil kira perancangan sukatan bagi
mata pelajaran sains dan besesuaian dengan masa pengedaran soalan kepada
responden.
Dalam penyelidikan ini, penyelidik tidak dapat mejalankan penyelidikan bagi
semua sekolah daerah di Johor disebabkan faktor jarak dan masa yang terhad. Daerah
Kluang dipilih berdasarkan kesesuaian dan kepelbagaian latar belakang pengalaman,
sosio ekonomi, tahap pencapaian dan jantina responden.
7
1.8 Definisi Secara Operasi
Di dalam kajian ini, terdapat beberapa istilah yang membawa pengertian bagi
menjelaskan lagi kajian yang akan dilakukan ini:
1.8.1 Tahap
Kamus dewan(1996), tahap membawa maksud ukuran yang digunakan
dalam menilai sesuatu yang diperlukan.
1.8.2 Kognitif
Kamus dewan(1996), sebagai segala perkara yang berkaitan dengan proses
pembelajaran dan pemerolehan pengetahuan.
1.8.3 Taksonomi
Kajian tentang prinsip, peraturan dan amalan dalam pengelasan organisma
hidup berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu.
1.8.4 Sains
Kamus dewan(1996), sebagai ilmu pengetahuan(sistemetik) yang boleh di uji
atau di bukti kebenarannya. Ia merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang
berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata.
Dari segi bahasa sains boleh di definasikan merangkumi cabang ilmu
pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen untuk membuat rumusan
8
idea, penerangan dan pemahaman terhadap fenomena alam semulajadi (Kamus
Oxford, 1983).
1.8.5 Pengetahuan
Sebagai peringkat mengingat bahan-bahan yang telah dipelajari dan dikuasai.
Melibatkan aktiviti mengingat kembali bahan-bahan daripada pelbagai fakta yang
spesifik sehingga kepada perbuatan mengingat semula teori-teori yang lengkap.
1.8.6 Kefahaman
Kebolehan menggarap maksud bahan-bahan tertentu. Boleh diperlihatkan
dengan menterjemah bahan-bahan daripada satu bentuk yang lain.
1.8.7 Aplikasi
Kebolehan menggunakan bahan-bahan yang dipelajari dalam satu situasi
baru dan konkrit.
9
1.9 Rumusan
Bab ini merupakan bab pengenalan kepada maklumat asas untuk kajian yang
dijalankan. Penerangan secara umum dan khusus telah dinyatakan bagi memastikan
objektif kajian penyelidik dapat dilaksanakan serta tidak menyimpang tujuan asal
kajian. Antara yang dibincangkan dalam bab ini adalah berkaitan dengan latar
belakang masalah, penyataan masalah,persoalan kajian, objektif kajian, batasan
kajian da kepentingan kajian.
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan
Abdul Aziz Abdul Talib (1993) menjelaskan bahawa taksonomi
pembelajaran kognitif digunakan oleh para guru bagi memilih dan mengatur objektif
pengajaran dan pembelajaran dalam sukatan mata pelajaran contohnya sains,
matematik, geografi, sejarah dan seumpamanya. Taksonomi tersebut juga digunakan
oleh para pengkaji bagi menguji dan juga mengukur keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah, maktab dan universiti.
Taksonomi Bloom tidak terhad kepada pembelajaran melalui proses pembacaan
semata-mata, malah ia boleh diperluaskan untuk menguasai pelbagai perkara dalam
pelbagai bidang ilmu.
11
2.2 Taksonomi Bloom
Dalam mengubal soalan, taksonomi menjadi intipati utama yang perlu di
diterapkan dan diuji dalam melihat tahap pencapaian pelajar. Taksonomi juga
menjadi asas bagi tujuan penulisan buku teks, penulisan objektif pengajaran, latihan
dalam kelas atau soalan peperiksaan peringkat dalaman iaitu bagi peringkat sekolah.
Taksonomi digunakan secara meluas dalam menentukan objektif pengajaran dan
pembelajaran. Objektif yang ditentukan perlulah meliputi pelbagai aspek dan nilai.
Nilai-nilai murni yang hendak diterapkan dalam KBSM merupakan sumber utama
untuk membantu guru menulis kenyataan objektif dalam keempat-empat bidang iaitu
objektif tingkahlaku, kognitif, efektif, psikomotor dan rohaniah (Sulaiman Ngah,
1997).
Pengubahsuaian taksonomi ini juga telah dibuat bagi menyesuaikannya
dengan keperluan mata pelajaran (Mahzan, 1994). Domain kognitif merujuk kepada
pemikiran dan daya intelek. Ia memberi penekanan kepada perkembangan otak dan
minda manusia. Domain kognitif adalah kebolehan berfikir berlandaskan kebolehan
menggunakan otak. Bloom mengkategorikan domain kognitif kepada enam aras iaitu
aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Manakala aras pemikiran yang diketengahkan oleh Bloom boleh dibahagikan
kepada dua kategori penting pada aras rendah dan aras tinggi. Pemikiran aras rendah
adalah terdiri dari aras pengetahuan dan kefahaman. Sementara pemikiran aras
tinggi, menurut Bloom adalah bermula dari aras aplikasi membawa kepada aras
penilaian. Pemikiran aras rendah adalah dikatakan tidak bagitu baik untuk menaja
pemikiran kritis dan kreatif. Menurut Bloom, pemikiran kritis dan kreatif hanya
boleh diperbaiki melalui latihan berfikir yang melibatkan aras tinggi iaitu aras
aplikasi sehingga aras penilaian.
Bloom dalam kajiannya berhubung dengan objektif pengajaran yang
dijalankan di Amerika Syarikat mendapati bahawa guru-guru amat gemar
menggunakan soalan-soalan dan aktiviti-aktiviti pengajaran beraras rendah. Jika
amalan ini tidak diubah, besar kemungkinan pelajar-pelajar akan menjadi pasif dan
12
tidak kritikal atau kreatif. Alsagoff (1988), pengajaran guru dan pembelajaran murid
haruslah ditekankan diperingkat kognitif yang lebih tinggi daripada peringkat
pengetahuan dan kefahaman. Pembelajaran dan kebolehan domain kognitif yang
lebih tinggi seperti aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian adalah lebih kekal, lebih
bermakna dan memberi manfaat.
Beyer (1992), dalam model berfikirnya yang dikenali sebagai ‘Functional
Thinking’, domain kognitif merangkumi beberapa kebolehan yang terdiri daripada,
membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan menjana konsep sebagai aras yang
tertinggi. Ini diikuti oleh pemikiran kritis, dan pemikiran kreatif pada tahap sedikit
rendah dari yang pertama. Tahap seterusnya adalah terdiri dari kebolehan memproses
dan pentakulan dan tahap yang terendah sekali adalah terdiri dari kebolehan
mengingat dan menyimpan fakta.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, pelbagai usaha
untuk mengembangkan keupayaan minda pelajar daripada aras yang lebih rendah
kepada aras yang lebih tinggi. Kaedah mengkelasifikasi aras keupayaan minda ini
telah dibina oleh Englehart, Hill, Furst, Bloom, dan Krathwohl (1956). Mereka
berpendapat bahawa tahap kognitif boleh dikategorikan kepada enam kelas, iaitu
aras pengetahuan yang bermula di peringkat rendah, pemahaman, aplikasi, analisis,
sintesis dan peringkat yang lebih tinggi iaitu aras penilaian.
2.2.1 Aras Pengetahuan
Bloom (1989) mendefinasikanpengetahuan adalah termasuk tingkahlaku dan
situasi ujian yang menekankan cara-cara mengingat semula idea-idea , bahan-bahan
dan fenomena. Tingkahlaku yang dijangka daripada pelajar di dalam situasi
mengingat semula adalah sangat berupa dengan tingkahlaku yang dijangkakan ada
padanya semasa situasi pembelajaran yang asal.
Mok (1992) pengetahuan ialah aras yang paling bawah dan paling mudah
dikuasai. Aras ini mengandungi tiga kategori iaitu :-
13
i). Pengetahuan perkara-perkara yang khusus.
Proses mengingat semula perkara khusus yang telah dipelajari
seperti pengetahuan terminalogi (simbol, istilah dan definasi ).
Pengetahuan fakta-fakta khusus seperti mengetahui nama,
tempat, bahan, ciri-ciri benda, tarikh dan kejadian.
ii). Pengetahuan cara atau kaedah menguruskan perkara khusus.
Memerlukan cara-cara mengurus, mengkaji, mempertimbangkan
dan mengkritik. Ia merangkumi 3 kategori iaitu pengetahuan
keadaan lazim, pengetahuan aliran dan turutan pengetahuan
pengelasan dari kategori, pengetahuan kriteria dan pengetahuan
metadologi.
ii). Pengetahuan tentang perkara universal dan abstrak dalam suatu bidang.
Aras pengetahuan ini berkait dengan skema atau corak yang
digunakan untuk mengorganisasikan sesuatu fenomena atau
idea, struktur, teori dan generalisasi
Salamonis (1970), telah menunjukkan kepentingan tiga bentuk pengetahuan
iaitu pengetahuan mata pelajaran, pengetahuan teori pendidikan dan pengetahuan
kemahiran mengajar untuk mewujudkan situasi pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Hal ini disokong oleh Parkay dan hard Castle (1990), di mana guru-guru
perlu mahir dan berkebolehan dalam ketiga-tiga bentuk pengetahuan tersebut.
Salamonis (1978), menambah bahawa selain daripada ketiga-tiga bentuk
pengetahuan tersebut, aspek lain turut mempengaruhi perlaksanaan pengajaran dan
pembelajaran iaitu pengetahuan tentang mata pelajaran, teknik mengajar dan teori
pembelajaran. Selain itu faktor-faktor lain yang mempengaruhi pengajaran dan
pembelajaran adalah faktor bahan, peralatan, kemudahan, rakan sekerja, sumber-
sumber komuniti dan ibubapa.
14
2.2.2 Aras Kefahaman
Aras kefahaman boleh didefinasikan sebagai kebolehan memberi penjelasan
atau makna kepada sesuatu perkara. Aras kefahaman ini lebih tinggi sedikit dari aras
pengetahuan. Ia bukan sahaja memerlukan pelajar mengingat kembali fakta-fakta
pengetahuan tetapi juga memerlukan kebolehan menerangkan atau memberi makna
kepada fakta tesebut (Mok, 1992). Bloom (1956) telah membahagi aras kefahaman
ini kepada tiga jenis tingkahlaku.
i). penterjemahan
Dimana seseorang individu boleh memindahkan satu maklumat
ke dalam bentuk lain seperti menyatakan semula sesuatu
masalah dengan perkataan sendiri atau menterjemahkan isi
daripada maklumat lain.
ii). interprestasi
Kebolehan memberi tafsiran atau makna mengenai sesuatu
maklumat, misalnya erti perkataan, mentafsir sesuatu
gambarajah statistik atau memberi penjelasan tentang maklumat
yang diterima.
ii). ekstrapolasi
Membuat anggaran-anggaran atau ramalan berdasarkan
pemahaman tentang aliran kecenderungan atau keadaan yang
dihuraikan dalam komunikasi. Ia juga melibatkan penghasilan
inferen-inferen berhubung dengan implikasi sebab atau akibat,
urutan dan kesan sejajar dengan keadaan yang terdapat dalam
komunikasi.
15
2.2.3 Aras Aplikasi
Kebolehan menggunakan kaedah, prinsip hukum atau teori dalam sesuatu
situasi baru untuk mencapai aras ini. Ia memerlukan kebolehan dalam aras yang lebih
rendah iaitu memperoleh pengetahuan serta kefahaman terhadap kaedah, prinsip,
hukum dan teori (Mok, 1992).
Bloom (1956) menyatakan aplikasi dalam pengelasan ini adalah dengan cara
menggunakan sesuatu yang memerlukan kefahaman tentang kaedah, teori, prinsip
atau pengabstrakan yang digunakan. Rajah 2.2 menyenaraikan proses-proses kognitif
yang berkaitan dengan Taksonomi Bloom.
2.3 Kemahiran Berfikir
Proses yang melibatkan pengolahan mental tertentu yang bertindak dalam
minda seseorang dengan tujuan menyelesaikan masalah atau membuat keputusan
adalah boleh dikaitkan dengan pemikiran. Operasi-operasi mental inilah yang
dikatakan kemahiran berfikir yang bertindak balas ke atas maklumat yang diterima
melalui deria-deria individu. Mohd Azhar (2001) mentakrifkan pemikiran sebagai
satu usaha menghubungkaitkan idea melalui penyusunan secara teratur. Ia
melibatkan usaha membuat kesimpulan, menemui hubungan-hubungan tersembunyi,
menstruktur kembali konsep dan idea dan mengatur idea-idea ke arah suatu susunan
bagi mendapatkan pengertian baru daripada maklumat yang sedia ada.
Berfikir melibatkan proses pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku
dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah
(Mayer, 1977). Fraekel (1980), menyatakan bahawa semasa menyelesaikan masalah,
manusia akan berfikir dengan cara menyusun kembali segala idea, pengalaman dan
maklumat yang berkaitan ke dalam bentuk tertentu. Bayer (1991), melalui proses
berfikir, manusia akan membentuk konsep baru, memberi sebab (misalnya mengenai
sesuatu fenomena) atau membuat pertimbangan seterusnya membuat keputusan.
16
Ghazali (1998) Kemahiran berfikir adalah berkait rapat dengan kebolehan
seseorang insan menggunakan kedua-dua domain kognitif dan afektif dalam usaha
untuk mendapatkan atau memberikan informasi, menyelesaikan masalah atau
membuat keputusan. Dalam lain perkataan, kemahiran berfikir adalah kemahiran
seseorang menggunakan otak dan hatinya sebagai landasan kepada keyakinan atau
tindakan.
Kemahiran berfikir adalah manifestasi pemikiran reflektif ia termasuklah
penangguhan penilaian, mengekalkan pemikiran skeptik yang sihat, dan
mengamalkan pemikiran terbuka (Dewey, 1910). Kemahiran berfikir adalah
sesuatu yang menjurus ke arah yang bercapah. Ia membolehkan penyelesaian
masalah yang berbeza dan menghala kepada penyelesaian yang berbagai, di mana
lebih dari satu penyelesaian atau jawapan adalah boleh diterima (Guilford, 1959).
Moore dan Parker (1986) pula menyatakan bahawa kemahiran berfikir
adalah keyakinan berlandaskan tindakan yang cermat dan disengajakan samada
dalam menerima, menolak, atau menangguhkan satu-satu keputusan berhubung
dengan satu-satu dakwaan.
2.4 Kajian-Kajian
Kajian yang dijalankan oleh Gan See Chin (2004) adalah bertujuan
untuk melihat tahap kognitif pelajar dalam mata pelajaran fizik bagi sekolah-sekolah
di sekitar Johor Bahru berdasarkan empat aras domain kognitif Bloom iaitu
pengetahuan, kefahaman, aplikasi dan analisis. Dapatan kajian beliau mendapati
bahawa pada aras pengetahuan, aras kefahaman, dan aras analisis berada pada tahap
sederhana. Tahap kognitif pelajar adalah berada pada tahap sederhana bagi aras
aplikasi. Kajian beliau juga menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan antara
min pelajar lelaki dan min pelajar perempuan hanya pada aras analisis. Manakala
pada aras kognitif yang lain tiada perbezaan yang signifikan di antara jantina.
17
Kajian Kamalularifin Subari (2000) adalah bertujuan untuk melihat tahap
kognitif pelajar dalam tajuk asas keelektikkan berdasarkan tiga aras domain kognitif
Bloom iaitu aras pengetahuan, aras kefahaman dan aplikasi. Dapatan kajian beliau
menunjukkan pada aras pengetahuan dan aplikasi adalah berada pada tahap rendah.
Bagi aras kefahaman menunjukkan adalah tahap sederhana. Dapatan kajian beliau
juaga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan pada aras pengetahuan dan aras
kefahaman dengan pencapaian matematik dalam PMR. Manakala wujud perbezaan
yang signifikan antara aras aplikasi pelajar dengan pencapaian matematik dalam
PMR.
Kajian Fauziah Mohd (2000) juga bertujuan untuk mengkaji aras
pengetahuan, aras kefahaman dan aras aplikasi pelajar dalam mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam. Hasil kajian beliau menunjukan tahap aplikasi yang
tinggi berbanding dengan tahap pengetahuan di kalangan pelajar yang mengambil
mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam.
Kajian ini pula cuba menentukan tahap kognitif pelajar pada tiga peringkat
Taksonomi Bloom iaitu pada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi dikalangan
pelajar bagi mata pelajaran sains tingkatan empat di sekolah menengah di daerah
Kluang Johor. Seterusnya pengkaji juga ingin menentukan sama ada terdapat
perbezaan yang signifikan merentasi jantina dalam tahap-tahap kognitif yang dikaji.
18
2.5 Rumusan
Dalam bab ini penyelidik telah membincangkan tentang hasil-hasil kajian
lepas yang pernah dijalankan bekaitan dengan tahap kognitif dan kemahiran berfikir.
Kajian-kajian yang dibincangkan adalah berdasarkan kajian dalam dan luar negeri
yang berkaitan dengan tujuan kajian ini.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
Setelah mengenalpasti masalah serta menjalankan tinjauan terhadap
sorotan penulisan, penyelidik akan memberi tumpuan seterusnya dalam bab ini
kepada perkara yang berhubung dengan perancangan dan pengelolaan kajian dengan
memberi perhatian terhadap sampel yang dipilih, instrumen yang digunakan,
tatacara yang akan dijalankan dan seterusnya pengumpulan dan analisis data.
20
3.2 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini adalah merupakan satu tinjauan yang berbentuk
deskriptif bagi mengukur tahap kognitif pelajar tingkatan empat di Daerah Kluang
Johor. Tinjauan berbentuk deskriptif dipilih adalah kerana penyelidikan deskriptif
itu sebenarnya bertujuan bagi mengkaji dan menghuraikan individu, kumpulan,
situasi dan keadaan yang menarik kepada penyelidikan (Cates W.M dalam Suria
Affandy, 2002). Penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat
untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku.
Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan data kuantitatif yang
menunjukkan prestasi pencapaian pelajar dalam mengukur tahap kognitif
berdasarkan Taksonomi Bloom dan sama ada faktor jantina yang membezakan tahap
kognitif di kalangan pelajar tingkatan empat. Selain itu juga untuk menentukan
hubungan antara faktor etnik yang membezakan tahap kognitif pelajar.
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian
Dalam kajian ini , populasi terdiri daripada pelajar tingkatan empat
yang mengikuti mata pelajaran Sains Tingkatan Empat di tiga buah sekolah
menengah di dalam Daerah Kluang, Johor. Pemilihan sampel ini dibuat mengikut
kaedah persampelan rawak kelompok. Prosedur persampelan ini adalah difikirkan
sesuai kerana ia dapat mewakili populasi pelajar di sekolah berkenaan.
Tiga buah sekolah menengah yang dipilih sebagai populasi kajian adalah
seperti yang disenaraikan di bawah:
i) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Anis Bendahara,
Kluang
ii) Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil, Kluang
iii) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Kluang, Kluang
21
Kajian ini melibatkan seramai 102 orang pelajar sebagai sampel kajian. Jadual 3.1
menunjukkan taburan responden mengikut sekolah.
Jadual 3.1 : Taburan Responden Mengikut Sekolah
Jantina BIL
Sekolah Lelaki Perempuan
Jumlah
1 Sekolah Menengah
Kebangsaan Tengku Anis
Bendahara
10 20 30
2 Sekolah Menengah
Kebangsaan Sultan Abdul
Jalil
11 27 38
3 Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Sri
Kluang
11 23 34
JUMLAH 32 70 102
3.4 Instrumen Kajian
Instrumen kajian merupakan satu set ujian yang mengandungi 30 soalan
objektif mata pelajaran sains tingkatan empat bagi tajuk ‘Scientific Investigation’
dan ‘Body Coordination’. Soalan-soalan yang dibina hanyalah berdasarkan kepada
tiga kompenan aras rendah tahap kognitif Taksonomi Bloom (1956) iaitu tahap
pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Pengsahihan item dilakukan bersama dengan
penyelia bagi membentuk soalan yang merangkumi ketiga-tiga tahap kognitif
Taksonomi Bloom. Dalam set ujian yang diedarkan penyelidik menggunakan
soalan-soalan yang merangkumi sukatan mata pelajaran Sains Tingkatan Empat
KBSM.
22
Dua bahagian disediakan dalam instrumen ini iaitu Bahagian A dan
Bahagian B. Bahagian A bertujuan untuk memperolehi maklumat latar belakang
responden dan Bahagian B pula mengandungi 30 soalan objektif yang merangkumi
tahap kognitif Taksonomi Bloom.
Jadual 3.2 menunjukkan tahap kognitif Taksonomi Bloom yang hendak
dikaji, bilangan item bagi setiap tahap kognitif yang hendak diukur dan nombor-
nombor soalan yang dikelaskan berdasarkan setiap tahap kognitif tersebut.
Jadual 3.2 : Tahap Kognitif Dan Bilangan Item
TAHAP
KOGNITIF
BILANGAN NOMBOR SOALAN
Pengetahuan 10 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10
Kefahaman 10 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20
Aplikasi 10 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30
Bagi setiap item di atas, satu skor diberikan bagi setiap soalan yang dijawab
dengan betul. Jumlah skor pelajar bagi ke semua 30 soalan itu ditukarkan ke dalam
bentuk 100% bagi bertujuan memudahkan menganalisa data. Selain itu, skor
responden bagi setiap tahap kognitif di atas juga dikira secara berasingan. Kaedah
yang sama digunakan iaitu satu skor diberikan bagi setiap soalan yang dijawab
dengan betul dan ditukarkan ke dalam bentuk 100%.
3.5 Prosedur Mengumpul Maklumat
Bagi menjalankan kajian di sekolah menengah di Daerah Kluang, Johor,
penyelidik telah memohon surat akaun diri dan kebenaran daripada Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia bagi tujuan untuk pengenalan diri
semasa menjalankan kajian dan menemui responden, surat kebenaran daripada
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan (EPRD), Kementerian Pendidikan
23
Malaysia (KPM) melalui Fakulti Pendidikan. Penyelidik memperolehi kebenaran
menggunakan sampel kajian di sekolah negeri Johor daripada Bahagian pendaftar
sekolah Johor dan Pengarah Pendidikan Negeri Johor.
Sebelum menjalankan kajian dan menemui responden, penyelidik telah
mengemukan surat kebenaran kepada pengetua sekolah dan memohon kebenaran
daripada pengetua sekolah untuk menemui responden bagi tujuan penyelidikan.
Penyelidik juga memohon kerjasama daripada guru mata pelajaran sains tingkatan
empat semasa sesi pengedaran dan pengumpulan set soalan. Penyelidik juga
memperolehi kebenaran dari pihak sekolah untuk mentadbir ujian. Satu set ujian
yang mengandungi 30 soalan objektif diedarkan kepada responden dan 45 minit
diberikan kepada responden bagi menjawab 30 soalan. Seterusnya soalan telah
dijawab itu dikumpul bagi tujuan analisis. Rajah 3.1 menunjukkan carta alir tentang
tatacara kajian.
24
Kebenaran daripada Pengarah Pelajaran
Negeri Johor
Kebenaran daripada KPM
Kebenaran daripada pengetua sekolah
Analisis data
Hasil Kajian
Kajian dijalankan
Rajah 3.1: Tatacara kajian
25
3.6 Kajian Rintis
Satu kajian rintis telah dijalankan di sebuah sekolah di Daerah Kluang,
Johor bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan soalan tersebut. Seramai 20
orang pelajar telah dipilih untuk dijadikan responden bagi kajian rintis ini.
Dengan bantuan analisis korelasi yang dijalankan dengan menggunakan
perisian ‘Statistical Package for Social Science’ ( SPSS 12.0 ). Sekiranya nilai pekali
tersebut melebihi 0.6, maka bolehlah diangggap instrument yang digunakan di
dalam kajian ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi (Mohd. Salleh Abu,
2001). Dalam kajian rintis ini, pekali korelasi yang diperolehi ialah 0.74. maka dapat
disimpulkan bahawa set soalan soalan ujian ini mempunyai kebolehpercayaan yang
tinggi dan soalan ini boleh boleh diterima guna.
Kajian rintis ini dijalankan adalah bagi mengesan masalah-masalah yang
mungkin timbul semasa menjalankan kajian sebenar. Ia dijalankan untuk
memastikan keberkesanan soal selidik dan mengganggar masa yang sesuai
diperuntukan dalam kajian sebenar.
3.7 Kaedah Penganalisaan Data
Data-data yang dikumpul dan diperolehi akan dianalisa dengan
menggunakkan perisian ‘Statistical Package for Social Science’ ( SPSS 12.0 ).
Penyelidik akan memberi satu skor bagi setiap soalan objektif yang dijawab dengan
betul oleh responden. Penyelidik akan menjumlahkan kesemua skor yang diperolehi
oleh responden daripada 30 soalan berdasarkan soalan yang dijawab dengan betul
dan menukarkan jumlah skor yang diperolehi tersebut kedalam bentuk 100%.
Jumlah skor ditukarkan kepada bentuk 100% bagi tujuan memudahkan analisis iaitu
untuk menukarkan maklumat data yang diperolehi ke dalam bentuk min, sisihan
piawai, markat maksimum dan markat minimum bagi tiga tahap kognitif Taksonomi
Bloom.
26
Penyelidik telah membahagikan setiap tahap kognitif kepada lima tahap
penguasaan iaitu cemerlang, baik, sederhana, lemah dan sangat lemah. Tahap
penguasaan ini berdasarkan pembahagian sela markah yang digunakan dalam sistem
markah atau penggredan di sekolah bagi Daerah Kluang. Melalui SPSS penyelidik
memperolehi bilangan responden bagi kelima-lima tahap penguasaan yang berlainan
untuk menukarkan bilangan responden kedalam bentuk peratusan. Berikut
merupakan jadual yang menunjukkan tahap pengguasan berdasarkan min peratus.
Jadual 3.3: Pembahagian Setiap Tahap Kognitif Kepada Lima Tahap Pencapaian
Berdasarkan Peratus Min Yang Diperolehi
TAHAP PENGUASAAN MIN PERATUS PENCAPAIAN
Cemerlang 80 %-100%
Baik 60%-79%
Sederhana 40%-59%
Lemah 20%-39%
Sangat lemah 0%-19%
Dalam kajian ini penyelidik membuat perbandingan bagi tahap penguasaan
dalam tahap kognitif Taksonomi Bloom mengikut jantina responden. Daripada
perbandingan ini dapat dilihat sama ada wujud perbezaan yang signifikan terhadap
penguasaan berdasarkan tahap kognitif Taksonomi Bloom di kalangan responden
mengikut jantina iaitu lelaki dan perempuan. Ujian-t (ujian parametric) iaitu
Independent Samples T-Test digunakan bagi menguji perbezaan tersebut. Signifikan
yang digunakan adalah pada aras 0.05. penyelidik merekodkan hasil analisis ke
dalam bentuk min, sisihan piawai, ujian-t, p iaitu kebarangkalian (sig. 2 tailed) yang
menunjukkan analisis ujian-t bagi perbezaan tahap kognitif berdasarkan Taksonomi
Bloom mengikut jantina.
Penyelidik juga mengguanakan kaedah ANOVA satu hala dengan
perbandingan POST - HOC. Dalam varian satu hala hanya terdapat satu punca
perbezaan sahaja. Analisis ini digunakan untuk membuat perbandingan min bagi
27
pemboleh ubah yang melibatkan lebih daripada dua kumpulan sampel. Daripada
analisis ini akan dapat menunjukkan hubungan antara tahap kognitif pelajar
merentasi faktor etnik.
3.8 Rumusan
Dalam bab ini penyelidik menghuraikan secara terperinci tentang perkara-
perkara yang berkaiatan dengan kaedah dan teknik yang telah dijalankan dalam
sepanjang kajian ini. Tahap kognitif pelajar dapat diukur dengan menggunakan
min.Ujian-t pula akan digunakan untuk menentukan perbezaan jantina dengan tahap
kognitif pelajar. Hubungan tahap pengetahuan dengan faktor etnik akan ditentukan
menggunakan ANOVA satu hala.