Top Banner
(TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: KG, BUKIT BATU 27030 DAMAK, JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR. Tarikh: 24 April 2009. Disahkan oleh (TANDATANGAN PENYELIA) PN. HANIM BINTI SULAIMAN Tarikh: 24 April 2009. U U U N N N I I I V V V E E E R R R S S S I I I T T T I I I T T T E E E K K K N N N O O O L L L O O O G G G I I I M M M A A A L L L A A A Y Y Y S S S I I I A A A B B B O O O R R R A A A N N N G G G P P P E E E N N N G G G E E E S S S A A A H H H A A A N N N S S S T T T A A A T T T U U U S S S T T T E E E S S S I II S S S J J J U U U D D D U U U L L L : PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERPANDUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PECAHAN TINGKATAN SATU BERDASARKAN MODEL PEMBELAJARAN ASSURE S S S E E E S S S I I I P P P E E E N N N G G G A A A J J J I I I A A A N N N : : : 2008/2009 Saya HAIRULNIZA BIN ZAKARIA 780903115301 BP060037 Mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan () SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD PSZ 19:16 (Pind. 1/97) Catatan: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
22

BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). PENGESAHAN PENYELIA “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

Mar 13, 2019

Download

Documents

vanliem
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). PENGESAHAN PENYELIA “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap: KG, BUKIT BATU 27030 DAMAK, JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR.

Tarikh: 24 April 2009.

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENYELIA)

PN. HANIM BINTI SULAIMAN

Tarikh: 24 April 2009.

UUUNNNIIIVVVEEERRRSSSIIITTTIII TTTEEEKKKNNNOOOLLLOOOGGGIII MMMAAALLLAAAYYYSSSIIIAAA

BBBOOORRRAAANNNGGG PPPEEENNNGGGEEESSSAAAHHHAAANNN SSSTTTAAATTTUUUSSS TTTEEESSSIIISSS

JJJUUUDDDUUULLL: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERPANDUKAN

KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PECAHAN TINGKATAN SATU BERDASARKAN MODEL PEMBELAJARAN ASSURE

SSSEEESSSIII PPPEEENNNGGGAAAJJJIIIAAANNN::: 2008/2009

Saya HAIRULNIZA BIN ZAKARIA

780903115301 BP060037

Mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√)

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

Catatan: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). PENGESAHAN PENYELIA “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada

pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti

untuk tujuan Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan

Komputer Serta Pendidikan (Matematik)”.

Tandatangan : ..................................................

Nama Penyelia : PN. HANIM BINTI SULAIMAN

Tarikh : 24 APRIL 2009.

Page 3: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). PENGESAHAN PENYELIA “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERPANDUKAN

KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PECAHAN TINGKATAN SATU

BERDASARKAN MODEL PEMBELAJARAN ASSURE

HAIRULNIZA ZAKARIA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)

FAKULTIF PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2009

Page 4: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). PENGESAHAN PENYELIA “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ii  

 

 

 

 

 

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan  

yang tiap‐tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.” 

 

 

 

 

Tandatangan    :  ………………… 

Nama Penulis    :  HAIRULNIZA BIN ZAKARIA 

Tarikh      :  24 APRIL 2008 

 

 

 

 

Page 5: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). PENGESAHAN PENYELIA “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

iii  

DEDIKASI

Teristimewa kepada insan yang disayangi dan dicintai

Abah : Zakaria Osman

kerana sentiasa memberikan dorongan dan galakkan dalam meneruskan pengajian di

UTM. Pengorbanan dan doa abah sentiasa menjadi pendorong kepada diri ini untuk

meneruskan pengajian.

Ucapan teristimewa juga kepada semua ahli keluarga yang banyak memberikan

dorongan kepada diri ini untuk meneruskan perjuangan.

Along : Rosliza Zakaria

Angah : Hamiza Zakaria

Ateh : Shahrilza Zakaria

Kejayaan ini adalah kejayaan bersama kita semua.

Page 6: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). PENGESAHAN PENYELIA “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

iv  

PENGHARGAAN

Assalamualaikum,

Dalam menyiapkan projek sarjana muda (PSM) ini banyak pihak yang telah

terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di sini ingin saya merakamkan

ucapan terima kasih kepada semua pihak terlibat.

Ucapan terima kasih dan syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah

dan kurnianya alhamdullilah dapat juga saya menyiapkan PSM ini. Tanpa kekuatan

yang diberikan oleh Nya nescaya tidak akan terhasillah ada yang ada ini.

Ucapan terima kasih terutama kepada penyelia PSM saya iaitu Pn. Hanim Bt.

Sulaiman kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya dalam

menyiapkan PSM ini. Tanpa bimbingan dari puan sudah tentulah PSM ini tidak

mampu disiapkan.

Akhir sekali ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberikan

komen dan pandangan dalam pembangunan CD-Rom ini.

Page 7: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). PENGESAHAN PENYELIA “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

v  

ABSTRAK

Projek ini bertujuan untuk menghasilkan satu perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu bagi tajuk Pecahan menggunakan pendekatan tutorial. PBK ini bersifat mesra pengguna dan interaktif dimana maklumbalas akan diberikan serta merta kepada pengguna. Rekabentuk perisian ini dibangunkan bertujuan memudahkan pemahaman dan menarik minat pengguna. Proses pembangunan perisian PBK ini mengambil model ASSURE sebagai panduan. Model ini mengandungi enam fasa utama iaitu fasa analisis, fasa menentukan objektif, fasa memilih kaedah, media dan bahan, menggunakan media dan bahan, fasa penglibatan pelajar dan fasa penilaian dan pengubahsuaian. Perisian PBK ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.0 sebagai perisian utama dengan disokong oleh perisian-perisian lain seperti Macromedia Flash 8, Adobe Photoshop CS2 dan QuickTime 5. Diharapkan perisian ini dapat membantu pelajar menguasai konsep dan kemahiran pecahan dengan baik.

Page 8: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). PENGESAHAN PENYELIA “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

vi  

ABSTRACT

The purpose of this project is to develop Computer Assisted Learning (CAL) software for Mathematics Form 1 for a Topic fraction by using the tutorial approach. This CAL program is user friendly and very interactive whereby the feedback will be given instantly to the users. This software is developed to improve understanding and attract the users’ interest. The development of this software (CAL) uses the ASSURE Model as guidance. This model consists of six phases that is analysis phase, objective decision phase, situation selection phase, media and product, using media and product, the student involvement phase and evaluation and modification. This CAL software also uses Macromedia Authoware 7.0 as the main software and supported by other software such as Macromedia Flash 8, Adobe Photoshop CS2 and QuickTime 5. It is hope that this software will be able assist students to master the skills and understand the concept of fraction effectively.

Page 9: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). PENGESAHAN PENYELIA “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

vii  

  

KANDUNGAN

     BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

    

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Rasional Pemilihan Tajuk 6

1.5 Objektif Projek 6

1.6 Objektif Perisian 7

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 7

Page 10: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). PENGESAHAN PENYELIA “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

viii  

1.8.1 Pecahan 8

1.8.2 Pembangunan Perisian 8

1.8.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 8

1.8.4 Tutorial 9

1.9 Rumusan 9

2 SOROTAN PENULIS

2.1 Pendahuluan 10

2.2 Pengenalan 10

2.3 Sejarah PPBK 12

2.4 Sejarah Perkembangan PPBK Di Malaysia 12

2.5 Definisi Pembelajaran Berbantukan Komputer 14

2.6 Pengertian Multimedia 16

2.6.1 Teks 17

2.6.2 Grafik 18

2.6.3 Animasi 19

2.4.4 Audio 19

2.4.5 Video 20

2.7 Model ASSURE 21

2.7.1 Analyze Learner (Menganalisis Pelajar) 21

2.7.2 State Objective (Menyatakan Objektif) 22

2.7.3 Select Method, Media and Material

(Memilih Kaedah, Media Dan Bahan 23

2.7.4 Utilize Media and Materials (Menggunakan

Bahan dan Media) 24

2.7.5 Require Learner’s Participations (Memerlukan

Penglibatan Pelajar) 25

2.7.6 Evaluations and Revise (Melakukan Penilaian

dan Pengubahsuaian) 25

2.8 Rekabentuk Informasi 26

Page 11: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). PENGESAHAN PENYELIA “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ix  

2.8.1 Dapatkan Perhatian Pelajar (Gaint Attentions) 26

2.8.2 Pemberitahuan Objektif Pelajaran Kepada

Pelajar (Inform Learner of Objective) 26

2.8.3 Memperolehi Kembali Pembelajaran Lampau

(Stimulate Recall of Prior Learning) 26

2.8.4 Persembahan Ransangan (Present the Content) 27

2.8.5 Membekalkan Bantuan Kepada Pelajar

(Provide Learner Guidance) 27

2.8.6 Menghasilkan Tindakbalas (Elicit

Performance (Practice)) 27

2.8.7 Pemberian Tindakbalas (Provide Feedback) 27

2.8.8 Penilaian Pencapaian (Access Perfomance) 28

2.8.9 Generalisasi (Enhance Retention And

Transfer To The Job) 28

2.9 Teori Pembelajaran 28

2.9.1 Teori Pelaziman Skinner 28

2.9.1.1 Pengukuhan Positif 29

2.9.1.2 Tiada Pengukuhan 29

2.9.1.3 Pengukuhan Negatif 30

3 METADOLOGI PEMBANGUNAN PERISIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran 31

3.2.1 Fasa Analisis 32

3.2.2 Menentukan Objektif 32

3.2.3 Memilih Kaedah, Media dan Bahan 33

3.2.4.1 Peralatan Komputer Yang Akan

Digunakan 33

3.2.4.2 Perisian-perisian Yang Akan Digunakan 33

3.2.4 Menggunakan Media dan Bahan 34

3.2.5 Penglibatan Pelajar 34

Page 12: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). PENGESAHAN PENYELIA “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

x  

3.2.6 Penilaian dan Pengubahsuaian 34

3.3 Rekabentuk Perisian 35

3.3.1 Menentukan Cara Pelaksanaan 35

3.3.1.1 Reka Bentuk Skrin 36

3.3.1.2 Paparan Antara Muka 36

3.4 Carta Alir Reka Bentuk Perisian 36

3.4.1 Montaj dan Pengesahan Pengguna 36

3.4.2 Peringkat Permulaan 37

3.4.3 Peringkat Kandungan 37

3.5 Rumusan 39

4 HASIL REKA BENTUK

4.1 Pengenalan 40

4.2 Pempakejan, Pengurusan Fail dan Penyebaran Perisian 40

4.3 Komponen Utama dalam Perisian PBK 41

4.3.1 Permulaan Perisian 41

4.3.2 Sign In 42

4.3.3 Main Menu 43

4.3.4 Objective 44

4.3.5 Content 44

4.3.5.1 Multiplication 45

4.3.6 Glossary 46

4.3.7 Test 47

4.3.8 Exit 48

4.4 Ciri-ciri Multimedia dalam Perisian 49

4.4.1 Teks 49

4.4.2 Grafik 49

4.4.3 Animasi 50

Page 13: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). PENGESAHAN PENYELIA “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

xi  

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 51

5.2 Perbincangan 51

5.3 Masalah-masalah yang Dihadapi Semasa

Pembangunan Perisian 52

5.3.1 Kekurangan Kepakaran 52

5.3.2 Kesuntukan Masa 53

5.4 Kelebihan Perisian 53

5.5 Kelemahan Perisian 54

5.6 Cadangan 55

5.7 Penutup 56

RUJUKAN 57

Page 14: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). PENGESAHAN PENYELIA “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

xii  

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Carta Alir 38

4.1 Paparan Montaj 41

4.2 Paparan Sign In 42

4.3 Pengesahan 42

4.4 Main Menu 43

4.5 Objective 44

4.6 Isi Kandungan 44

4.7 Multiplication 45

4.8 Quiz 46

4.9 Glossary 46

4.10 Arahan Test 47

4.11 Soalan Test 47

4.12 Skor dan Semakan Jawapan 48

4.13 Paparan Exit 48

Page 15: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). PENGESAHAN PENYELIA “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

xiii  

SENARAI SINGKATAN

BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan

CAI - Computer Assisted Instruction

CAL - Computer Assisted Learning

CATS - Computer Assisted Tutorial System

CBI - Computer Based Instruction

CBL - Computer Based Learning

CBT - Latihan Berasaskan Komputer

CIE - Computer In Educations

CMI - Computer Managed Instruction

IBM - International Business Machine

ICT - Teknologi Maklumat

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

MCCE - Malaysian Council for Computer in Education

MSC - Multimedia Super Coridor

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

PPBK - Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

USM - Universiti Sains Malaysia

Page 16: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). PENGESAHAN PENYELIA “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia sebuah negara yang sedang pesat membangun menuju sebuah

negara maju, dengan pelancaran MSC (Multimedia Super Coridor). Idea ini telah

diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia ke empat Tun Dr Mahathir Bin

Mohammad pada 27 Ogos 1995. Ia merupakan suatu projek teknologi maklumat

(ICT) yang sangat penting kepada negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara

yang mampu berdaya saing dengan negara-negara maju di dunia khususnya

kumpulan 8 (G8). Projek ini juga telah menjadikan dunia tanpa sempadan serta

meningkatkan taraf ekonomi negara, taraf pendidikan rakyat, peningkatan kajian dan

pembangunan (R&D) sains dan teknologi, peningkatan perdagangan antarabangsa

dan pentadbiran kerajaan elektronik, cekap, bersistem dan efisyen.

Di bawah MSC, terdapat 7 cabaran utama telah diperkenalkan dan salah

satunya adalah untuk meningkatkan sistem pendidikan negara dengan

memperkenalkan ICT sebagai satu komponen dalam persekitaran dan pembelajaran.

Impak dari MSC ini, Program Sekolah Bestari telah dilaksanakan pada bulan Julai

1997. Sekolah-sekolah ini telah dibekalkan dengan pelbagai kemudahan ICT seperti

komputer, projector LCD dan juga CD-Rom interaktif bagi membantu guru-guru

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Suasana pembelajaran pada masa kini

telah banyak mengalami perubahan berbanding dengan suasana pembelajaran lama.

Pelbagai kaedah dan pendekatan moden telah diperkenalkan selaras dengan

perubahan arus globalisasi dunia. Kepesatan arus pembangunan khususnya ICT

Page 17: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). PENGESAHAN PENYELIA “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

2

telah menjadikan pengajaran pada masa kini bertambah mencabar dan menarik.

Justeru itu, satu perubahan dalam kurikulum perlulah dilakukan oleh KPM.

Menyedari akan kepentingan teknologi ini, kerajaan telah memikirkan satu

kurikulum yang akan berupaya menyediakan pelajar untuk perkembangan teknologi

pada masa kini dan akan datang (Mohd Najib, 1997). Justeru itu, Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) telah menubuhkan Bahagian Teknologi Maklumat (BTP)

khusus untuk membina perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK).

Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia bekerja. Teknologi dapat

mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru dalam pengajaran dan

meningkatkan lagi pemahaman murid dalam sesuatu konsep. Mohd Zaliman dan

Manjit (2001), menyatakan teknologi multimedia kian diiktiraf sebagai alat bantuan

pengajaran yang sesuai dalam membantu para pendidik untuk mendalami dan

mendasari cabaran dunia pendidikan era baru. Pendekatan pengajaran dan

pembelajaran teknologi maklumat di sekolah perlu digubah kepada pemikiran

penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan

kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara

sogokan nota-nota seharusnya di kikis dari pemikiran pendidik tetapi diubah dengan

membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.

Teknik pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan

perkembangan teknologi masa kini. Pengajaran dan pembelajaran secara tradisional

lebih menekankan kepada pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru perlu

diubah kepada pembelajaran berpusatkan pelajar dimana pelajar berpeluang

melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Konsep pembelajaran berbantukan komputer PBK semakin dominan dalam

dunia pendidikan masa kini. Pendekatan PBK ini lebih menyokong pengajaran

secara inkuiri penemuan, terarah kendiri dan pelajar membina sendiri pengetahuan

dengan bimbingan guru. Pendekatan ini secara tidak langsung dapat membentuk

kreativiti pelajar serta mewujudkan iklim pembelajaran yang menarik dan

menyeronokkan.

Page 18: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). PENGESAHAN PENYELIA “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Penggunaan ICT telah memberi impak yang besar di dalam pembangunan

negara. Selaras dengan itu, dunia pendidikan juga telah menerima tempias dari

ledakan teknologi ini. Guru selaku pendokong agen perubahan dalam pendidikan

perlulah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menerima arus perubahan ini.

Guru perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi

menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan

pendekatan konvesional.

Matematik KBSM merupakan pendidikan matematik yang telah dirancang

bersesuaian mengikut tahap usia pelajar. Menurut dapatan kajian Siti Zuraida

(2007), tentang masalah dan salah konsep pelajar tingkatan dua dalam menyelesaikan

soalan pecahan, masih terdapat sebilangan pelajar yang masih lemah penguasaan

konsep yang asas. Antaranya ialah pelajar tidak mempermudahkan pecahan kepada

bentuk terkecil, kesalahan semasa menukarkan nombor bulat kepada nombor

bercampur, kesilapan pengiraan, dan kesalahan melakukan operasi penambahan,

penolakan, pembahagian dan pendaraban. Jadi, oleh kerana konsep matematik

adalah saling berkait secara berhirarki maka kelemahan memahami konsep-konsep

pecahan di tingkatan satu mengakibatkan pelajar sukar untuk memahami konsep-

konsep pecahan di tingkatan yang lebih tinggi.

Pelajar yang lemah biasanya sukar memahami konsep dan kurang menguasai

kemahiran matematik, menyebabkan mereka tidak boleh menyelesaikan masalah

matematik dengan baik. Disebabkan oleh kurang memahami konsep, pelajar-pelajar

ini sering menghadapi masalah dalam topik pecahan, mereka ini sering melakukan

kesilapan-kesilapan dalam menyelesaikan soalan matematik pecahan. Kesilapan

yang biasa ialah kesilapan menentukan rumus yang sesuai dan kesilapan semasa

membuat pengiraan.

Guru-guru masih cenderung menggunakan alat teknologi pengajaran

matematik yang konvensional daripada yang moden kerana alat konvensional adalah

Page 19: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). PENGESAHAN PENYELIA “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

4

biasa bagi mereka dan tidak begitu sukar untuk digunakan (Bhasah et al., 2005). Ini

menyebabkan pelajar semakin kurang minat dalam mempelajari matematik akibat

daripada kaedah yang digunakan oleh guru ketika mengajar matematik tidak sesuai

atau isi kandungan matematik itu sendiri yang terlalu sukar untuk difahami. Salah

satu sebab kegagalan dalam pencapaian matematik adalah penggunaan bahan

pengajaran yang tidak sesuai dengan keperluan pelajar.

Bahan pengajaran pembelajaran berunsur multimedia interaktif mampu

bertindak sebagai suatu alat kognitif untuk mencetuskan proses pembelajaran,

pemikiran kritis dan kreatif, penyelesaian masalah dan pembelajaran. Selain

daripada itu, multimedia interaktif melibatkan pelbagai unsur, antaranya unsur

interaktif dan unsur sebenar (authentic) yang memberi fleksibiliti kepada sesuatu

program multimedia. Justeru itu, penggunaan medium pembelajaran yang menarik

sememangnya dapat membantu menyelesaikan masalah pelajar-pelajar dalam

memupuk minat dalam subjek matematik. Pembangunan perisian ini juga dapat

membekalkan pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan menghiburkan dengan

adanya unsur-unsur multimedia serta mempunyai interaktiviti yang tinggi.

Pengajaran berasaskan tutorial boleh membantu pelajar dalam memahani

konsep pecahan yang sebenar. Pelajar akan dibawa dengan pelbagai contoh dalam

kehidupan dan akan diterangkan oleh gambarajah dengan bantuan dari perisian

multimedia. Pendekatan ini adalah salah satu cabang dari pembelajaran

behaviorisme yang dipelepori oleh pakar psikologi yang awal. Didalam perisian

tutorial pelajar akan diminta untuk menyelesaikan masalah yang diberikan dan

ransangan terhadap tindakbalas akan diberikan. Ianya akan meningkatkan motivasi

pelajar dan memudahkan pemahaman pelajar dalam menguasai konsep asas pecahan.

Oleh itu, penggunaan multimedia dalam pengajaran tutorial boleh

memberikan pelajar lebih keseronokan untuk meneroka dan mempelajari konsep

pecahan. Ini secara tidak langsung, boleh mengukuhkan konsep serta pemahaman

pelajar bagi matapelajaran matematik tingkatan satu bertajuk pecahan.

Page 20: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). PENGESAHAN PENYELIA “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

5

1.3 Penyataan Masalah

Dalam proses berkomunikasi, guru tidak boleh menganggap bahawa tindakan

mengajar dengan cara syarahan dan tunjukcara (demonstrasi) akan mengakibatkan

pembelajaran murid (Nik Aziz, 1989). Banyak kajian yang melaporkan bahawa

kaedah pengajaran yang diamalkan oleh kebanyakan guru ialah kaedah chalk and

talk dan kebanyakan pelajar juga lebih berminat kepada ‘expository learning’ (Mohd

Najib dan Mohd Yusuf, 1995). Akibat dari kesalahan ini menyebabkan ramai pelajar

tidak dapat menguasai matematik kerana ianya dianggap susah dan tidak

menyeronokan. Menurut Liew, Su Tim dan Wan Muhammad Saridan (1989),

terdapat beberapa faktor kesukaran dalam pembelajaran matematik iaitu pelajar tidak

dapat menguasai pengetahunan asas, konsep nombor, manipulasi algebra, membuat

model dan kebolehan am.

Penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran pada

masa sekarang merupakan suatu kaedah atau alternatif baru bagi menggantikan

kaedah pengajaran secara tradisional. Guru bukan lagi menjadi penyampai ilmu

yang aktif dan murid menjadi pendengar yang pasif sebaliknya tugas guru pada masa

sekarang adalah sebagai pemudahcara. Tugas mengajar telah diambil alih oleh

komputer, dengan penggunaan CD-Rom interaktif.

Menurut Emenalo (1994) dalam Manisah at el. (1995)

‘Effective teaching results in effective learning. And effective learning

is a byproduct of the active participation of the learner in the teaching

and learning processes’

Oleh itu, satu pendekatan yang lebih efektif dan berkesan perlu dalam

pengajaran, pengajaran secara tradisional tidak lagi sesuai. Sebaliknya pengajaran

menggunakan CD-Rom di lihat amat perlu kerana ianya membolehkan pelajar

belajar sendiri pada bila masa dan dimana jua tanpa kehadiran seorang guru.

Page 21: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). PENGESAHAN PENYELIA “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

6

1.4 Rasional Pemilihan Tajuk

Dalam sukatan matapelajaran matematik KBSM, pecahan merupakan salah

satu daripada tajuk penting yang sering mendatangkan masalah kepada pelajar

memahami konsepnya secara konktrit.

Menurut Jayaseelan (1999), pemahaman yang kukuh dalam perbendaharaan

kata seperti ‘penyebut’ , ‘pecahan setara’ , ‘pecahan tak wajar’, ‘nombor bercampur’

dan konsep gandaan sepunya terkecil masih tidak terdapat di kalangan subjek kajian.

Masalah ini amat ketara dalam penambahan, penolokan, pendaraban dan

pembahagian pecahan. Pelajar tidak memahami konsep menyamakan penyebut bagi

penambahan dan penolakan, manakala bagi pendaraban dan pembahagian biasanya

pelajar tidak memahami konsep pembahagian adalah songsangan dari pendaraban.

Oleh itu, perisian ini dibina dengan tujuan mampu membantu pelajar

memahami konsep penambahan, penolakan, pendaran dan pembahagian pecahan.

Selain itu, perisian ini juga membolehkan pelajar membuat ulangkaji dan membuat

latihan. Di samping itu, penggunaan grafik yang menarik, diharap dapat

menimbulkan minat dan memberikan pemahaman kepada pelajar dalam menguasai

tajuk pecahan.

1.5 Objektif Projek

Membina satu perisian dalam bentuk CD-ROM bagi topik Pecahan Tingkatan

Satu (KBSM) menggunakan pendekatan modal ASSURE dan teori tingkahlaku.

Page 22: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN … · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). PENGESAHAN PENYELIA “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

7

1.6 Objektif Perisian

Melalui perisian ini diharapkan para pelajar dapat:

i. Memahami konsep penambahan dan penolakan pecahan

ii. Memahami konsep pendaraban dan pembahagian pecahan bagi

menyelesaikan masalah.

iii. Menyelesaikan masalah operasi bergabung bagi tambah, tolak, darab dan

bahagi.