Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,
salam sejahtera
dan salam 1 Malaysia.
Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah
kurnia-Nya kita dapat melaksanakan kerja-
kerja yang telah dirancang dalam keadaan
aman dan sejahtera.
Pembaca yang dihormati sekalian,
Selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menggantikan Hari Kualiti
kepada Hari Inovasi dan inisiatif Anugerah Inovasi, sukacita saya
memaklumkan bahawa mulai tahun 2011, Jabatan Perikanan Malaysia
akan memperkenalkan Anugerah Inovasi bagi memberi pengiktirafan dan
penghargaan kepada Bahagian, Pejabat Perikanan Negeri dan Pusat-
pusat Penyelidikan dalam melaksanakan inovasi yang terbaik untuk
organisasi masing-masing. Dalam hubungan ini, Jabatan Perikanan
sedang memperincikan kategori serta syarat bagi Anugerah Inovasi ini
sebelum dilaksanakan sepenuhnya. Format yang akan dilaksanakan
adalah selaras dengan struktur yang diguna pakai di peringkat
kebangsaan yang diurus oleh MAMPU.
Hari Inovasi Perkhidmatan Awam ini dilaksanakan bagi menandakan
kepentingan budaya inovasi dalam mendukung agenda transformasi
sektor awam. Dalam konteks perkhidmatan awam, inovasi boleh
ditafsirkan sebagai cetusan idea-idea kreatif yang dapat meningkatkan
kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan. Idea-idea tersebut
boleh diperolehi dari dalam dan luar atau melalui penyelidikan dan
pembangunan (R&D) sebagai idea baharu atau diadaptasi untuk diguna
pakai mengikut keperluan jabatan/agensi. Inovasi yang dihasilkan
hendaklah berupaya menambah nilai output semasa serta membawa
transformasi dan perubahan kepada amalan sedia ada. Inovasi boleh
berbentuk produk, perkhidmatan, prosedur atau teknologi.
Pembaca yang dihormati sekalian,
Pelbagai program dan transformasi Kerajaan telah mula dilancar dan
dilaksanakan bagi memastikan negara lebih berdaya saing dalam tempoh
Rancangan Pembangunan Ekonomi yang akan datang. Walau
bagaimanapun, kita harus sentiasa ingat bahawa tanpa pelaksanaan yang
cekap dan peningkatan penyampaian perkhidmatan oleh penjawat awam,
semua program dan inisiatif tersebut tidak mungkin mencapai kejayaan.
Justeru itu, untuk memastikan negara dapat membuat anjakan daripada
ekonomi berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan
tinggi, penjawat awam seperti kita harus bersedia untuk melakukan
transformasi dari segi minda dan budaya kerja untuk turut bergerak seiring
dengan hasrat kerajaan. Kepimpinan tertinggi kerajaan semasa Majlis
Perdana Perkhidmatan Awam Ke-11 telah menggariskan empat nilai asas
pelengkap kepada empat tiang utama pentadbiran Kerajaan. Empat nilai
asas pelengkap tersebut ialah: (i) Membudayakan kreativiti dan inovasi; (ii)
Mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan; (iii) Nilai
untuk wang (Value for money); dan (iv) Nilai integriti.
Pembaca yang dihormati sekalian,
Bagi memastikan perkhidmatan awam sentiasa kompetitif, penjawat
awam perlu melaksanakan tugas-tugas dengan berorientasikan
“Outcome”, dan bukan sekadar “Output”. Dalam hubungan ini, impak atau
hasil kerja merupakan sasaran utama. Justeru, saya ingin mengajak
semua pegawai dan kakitangan Jabatan Perikanan untuk turut serta
secara gigih dalam usaha transformasi pentadbiran awam dengan
meningkatkan produktiviti kerja, memiliki minda berinovasi dalam
melaksanakan tugas serta meningkatkan integriti dalam semua aspek.
Kita harus bersedia berfikir di luar kotak kebiasaan bagi melakukan
perubahan dan anjakan seterusnya, terutama dalam persekitaran ekonomi
berasas pengetahuan yang amat kompetitif, sukar diramal dan
dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang sentiasa berubah.
Akhir sekali, saya ingin menarik perhatian semua supaya memberi fokus
kepada pencapaian Penunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan
serta bekerjasama membekalkan input kepada proses penilaian dan
penarafan prestasi perkhidmatan awam terutamanya penarafan bintang
(Star Rating), menubuhkan dan mengaktifkan Kumpulan Inovatif dan
Kreatif (KIK), Budaya Kerja Berprestasi Tinggi (BKBT), ISO dan
sebagainya. Program-program seperti ini amat penting dalam menilai dan
mengukur prestasi pengurusan serta penyampaian perkhidmatan
organisasi, menggalakkan persaingan sihat antara agensi-agensi sektor
awam dan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.
Sekian, wassalam dan terima kasih.
(DATO’ AHAMAD SABKI BIN MAHMOOD)
Ketua Pengarah,
Jabatan Perikanan Malaysia
Putrajaya
Disember 2010http://www.dof.gov.my
Amanat Ketua Pengarah PerikananAmanat Ketua Pengarah Perikanan
1
2
11 Oktober 2010Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama (MOU) diadakan sempena
Pelancaran Lunak (Soft Launch) Aquafair Malaysia 2010 yang dirasmikan
oleh Y.B. Dato’ Wira Mohd Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri Pertanian
dan Industri Asas Tani Malaysia di Kuala Lumpur.
31 Oktober 2010Y.B. Datuk Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani bersama juara pertandingan memancing
sempena Program Sehari Di Ban Canal, Tanjung Karang,
Selangor.
5 November 2010Y.H. Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua
Pengarah, Jabatan Perikanan merasmikan Pertandingan
Ikan Hiasan (Aqua Matrix) di Ipoh, Perak.
27 Oktober 2010Seminar Teknikal dan Perdagangan
Antarabangsa Mengenai Tilapia (TILAPIA2010) telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’
Wira Mohd Johari Bin Baharum, Timbalan
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Malaysia di Kuala Lumpur.
18 Oktober 2010Majlis Perasmian Persidangan Perdagangan “Global Outlook forAquaculture Leadership (GOAL) 2010” dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Wira
Mohd Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri
Asas Tani Malaysia di Kuala Lumpur.
12 Oktober 2010Y.H. Dato’ Ahamad Sabki
Bin Mahmood, Ketua
Pengarah, Jabatan
Perikanan Malaysia
melawat pameran selepas
merasmikan Hari Inovasi
Pusat Penyelidikan
Perikanan (FRI) Tanjung
Demong, Besut,
Terengganu.
6 November 2010Y.H. Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah,
Jabatan Perikanan melancarkan buku Prospektus
Tambahan Projek Berimpak Besar – Zon Industri
Akuakultur Negeri Perak sempena Seminar Pelaburan
Akuakultur Negeri Perak di Lumut.
6 November 2010Y.H. Dato’ Ahamad Sabki Bin
Mahmood, Ketua Pengarah, Jabatan
Perikanan Malaysia menyampaikan
cenderahati kepada peserta sempena
Majlis Penutup “Malaysian TechnicalCooperation Programme 2010” di
Kuala Lumpur.13 November 2010Perasmian Program Pelepasan Anak Penyu Serentak Terbanyak Di Malaysia oleh
Y.B. Datuk Hj. Za’abar Bin Dato’ Hj. Mohd Adib, Ahli Dewan Undangan Negeri
Rantau Abang & Exco Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri
Terengganu di Rantau Abang, Dungun, Terengganu.
3
24 November 2010Majlis Pelancaran Logo Kelulusan
Untuk Mengeksport Ikan dan
Hasilan Ikan Ke Kesatuan Eropah
oleh Y.B. Datuk Seri Noh Bin Hj.
Omar, Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani Malaysia
bersama Y.B. Dato’ Sri Liow Tiong
Lai, Menteri Kesihatan Malaysia di
Kompleks LKIM, Kuantan,
Pahang.
25 November 2010Y.B. Datuk Seri Noh Bin Hj.
Omar, Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani melawat
pameran sempena perasmian
Pameran dan Persidangan
Antarabangsa Industri Ikan
Hiasan dan Akuatik Malaysia
(Aquafair 2010)
di Kuala Lumpur.
14 November 2010Juara Pertandingan Memancing Sempena Pra MAHA/HPPNK
2010 menerima wang tunai RM10,000 berserta hamper
daripada Encik Salehan Bin Lamin, Pengarah Bahagian
Pengurusan Maklumat Perikanan di Taman Ekspo Pertanian
Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor.
26 November 2010Y.A.B. Dato’ Seri Mohd. Najib Bin Tun Hj. Abd. Razak, Perdana Menteri
Malaysia menyampaikan trofi kepada Usahawan Ikan Air Payau Jaya sempena
Majlis Perasmian Pameran Antarabangsa Malaysian Agriculture, Horticultureand Agro-Tourism Show (MAHA) dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan
Peringkat Kebangsaan 2010 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS),Serdang, Selangor.
5 Disember 2010Y.B. Datuk Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan hadiah kepada
juara Cabaran Memancing MAHA 2010 sempena Pameran
MAHA International/HPPNK yang diadakan di Laman
Perikanan, MAEPS, Serdang, Selangor
8 Disember 2010Y.B. Dato’ Wira Mohd Johari Bin
Baharum, Timbalan Menteri Pertanian
dan Industri Asas Tani menyampaikan
cenderahati kepada peserta “Seminaron Monitoring, Control and Surveillance(MCS) Network & Fishery Resourcesand Management Under Sub RegionalGroup of Southern Area of South ChinaSea (SESCS) and Sulu-Sulawesi Seas(SSS)” di Melaka.
14 Disember 2010The International Conference on Underwater Acoustics for SustainableFisheries in Asia (AFAS 2010) bertemakan “Innovation in AcousticScience and Technology for Food Security” telah dirasmikan oleh Y.H.
Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan
Malaysia di Pulau Pinang.
15 Disember2010
Tuna DevelopmentBusiness Centre (TDBC)
telah dirasmikan oleh Y.H.
Dato’ Ahamad Sabki Bin
Mahmood, Ketua
Pengarah, Jabatan
Perikanan Malaysia di Batu
Maung, Pulau Pinang.
16 Disember 2010Simposium Pembangunan
Industri Tuna 2010
bertemakan “Transformasi
Industri Menjana Usahawan
Jati” telah dirasmikan oleh
Y.H. Dato’ Ahamad Sabki Bin
Mahmood, Ketua Pengarah,
Jabatan Perikanan Malaysia
di Pulau Pinang.
i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2010
Tajuk: Pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan
Tujuan: Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan
mengenai pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
Tarikh: 30 November 2010
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
ii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2010
Tajuk: Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam
Tujuan: Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan
kelayakan dan kaedah pelaksanaan peraturan mengenai
kemudahan Cuti Bersalin bagi pegawai Perkhidmatan Awam
Persekutuan.
Tarikh: 2 Disember 2010
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
iii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2010
Tajuk: Pencapaian Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam Kepada Orang Kurang Upaya
Tujuan: Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan dasar
satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam
kepada Orang Kurang Upaya dan langkah-langkah affirmative
yang perlu diambil oleh suruhanjaya, kementerian serta agensi
di bawah kementerian bagi mempercepat pencapaian dasar
tersebut.
Tarikh: 15 Disember 2010
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
iv) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2010
Tajuk: Pelaksanaan Submodul Pengurusan Perhubungan Majikan
Pekerja – Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Aplikasi HRMIS.
Tujuan: Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memberikan
panduan dan penjelasan mengenai tindakan yang perlu diambil
bagi melaksanakan aplikasi Sistem Maklumat Pengurusan
Sumber Manusia (HRMIS) Submodul Pengurusan Perhubungan
Majikan Pekerja-MBJ mengikut Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 12 Tahun 2005.
Tarikh: 4 Oktober 2010
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
v) Surat Edaran JPA (30 September 2010)
Tajuk: Pendedahan kepada Pegawai yang Mempunyai Kelulusan di
Peringkat Doktor Falsafah dalam Mesyuarat Pengurusan
Tertinggi di Kementerian dan Jabatan.
Tujuan: Surat Edaran ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa semua
Ketua Jabatan, supaya pegawai muda yang mempunyai
kelulusan di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dan berpotensi,
diberikan keutamaan pendedahan lebih awal dalam bidang
pengurusan dan perancangan di peringkat
Kementerian/Jabatan.
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
Dari JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)
Dari JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)
vi) Surat Edaran JPA (30 September 2010)
Tajuk: Pemanjangan Pemberian Pindahan dan Elaun/Bayaran
Kepada Waris Pegawai Yang Meninggal Dunia Dalam
Perkhidmatan.
Tujuan: Surat Edaran ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa
kerajaan bersetuju memanjangkan peruntukan di bawah
Perintah Am 38 Bab B tersebut kepada waris pegawai yang
meninggal dunia dalam perkhidmatan.
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
vii) Surat Edaran JPA (11 Oktober 2010)
Tajuk: Urusan Pemangkuan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 ke
Gred N32 Perkhidmatan Gunasama Persekutuan.
Tujuan: Surat Edaran ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa semua
Ketua Jabatan menyerahkan borang permohonan pemangkuan
daripada pegawai-pegawai yang layak dipertimbangkan untuk
pemangkuan bagi jawatan berkenaan.
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
viii) Surat Edaran JPA (18 Oktober 2010)
Tajuk: Urusan Kenaikan Pangkat Secara Khas Untuk Penyandang
(KUP) di Badan Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa
Tempatan.
Tujuan: Surat Edaran ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua
Ketua Jabatan perlu mendapat kelulusan daripada pihak JPA
terlebih dahulu sebelum melaksanakan urusan kenaikan
pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP) kepada
Kumpulan Sokongan yang berkhidmat melebihi 15 tahun di
bawah agensi masing-masing.
.
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
ix) Surat Edaran JPA (30 November 2010)
Tajuk: Pemanjangan Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan
Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berkhidmat Di
Luar Negara.
Tujuan: Surat Edaran ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa
kerajaan telah bersetuju memanjangkan kemudahan
perlindungan insurans kesihatan kepada pegawai
Perkhidmatan Awam yang berkhidmat di luar negara.
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
x) Surat Edaran JPA (2 Disember 2010)
Tajuk: Kit Pengenalan Perkhidmatan Awam Kepada Pegawai Baharu.
Tujuan: Surat Edaran ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa
kerajaan menerusi Pelan Inisiatif Transformasi komited untuk
membawa pembaharuan termasuk dalam sektor awam supaya
penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat menjadi
lebih cekap, pantas dan berkesan. Selari dengan hasrat itu,
kerajaan telah bersetuju supaya Kit Pengenalan Perkhidmatan
Awam yang disediakan ini diedarkan kepada semua pegawai
yang baharu dilantik dalam perkhidmatan awam.
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
(bersambung ke muka surat 5 )
4
xi) Surat Edaran JPA (15 Disember 2010)
Tajuk: Pelaksanaan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Pegawai
Awam Secara Atas Talian.
Tujuan: Surat Edaran ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa bagi
memastikan semua pegawai awam dapat melaksanakan
Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) secara atas talian
dan seterusnya meningkatkan keberkesanannya, Jabatan
Perkhidmatan Awam telah menyediakan beberapa alternatif
kaedah pelaksanaan LNPT seperti berikut:
i. Submodul LNPT-HRMIS melalui rangkaian EG*Net;
ii. Submodul LNPT-HRMIS melalui Internet;
iii. Sistem LNPT Online ; dan
iv. Muat turun borang LNPT.
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
i) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2010
Tajuk: Bantuan Mengurus Jenazah dan Bayaran Pengangkutan
Jenazah Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam.
Tujuan: Pekeliling Perbendaharaan ini bertujuan untuk
memaklumkan peraturan berhubung bantuan mengurus
jenazah dan bayaran pengangkutan jenazah pegawai
Perkhidmatan Awam.
Tarikh: 4 November 2010
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:
http://www.treasury.gov.my
ii) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2010
Tajuk: Sistem Panel Bagi Perolehan Lampu Jalan, Lampu Hiasan,
Lampu Luar Bangunan dan Aksesori Berkaitan Bagi Projek-
Projek Kerajaan.
Tujuan: Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini bertujuan
memaklumkan mengenai Sistem Panel Bagi Perolehan
Lampu Jalan, Lampu Hiasan, Lampu Luar Bangunan dan
Aksesori Berkaitan Bagi Projek-Projek Kerajaan.
Tarikh: 12 Oktober 2010
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:
http://www.treasury.gov.my
DariPerbendaharaan
DariPerbendaharaan
(sambungan dari muka surat 4)iii) Surat Pekeliling Perbendaharaan
Tajuk: Kemudahan Tuntutan Pembayaran Kad Hijau (Green Card)
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Untuk
Penjawat Awam yang Bertugas Di Tapak Binaan.
Tujuan: Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuan
memaklumkan bahawa Perbendaharaan bersetuju supaya
anggota Perkhidmatan Awam yang menjalankan tugas
rasmi di tapak binaan dibenarkan untuk membuat tuntutan
bayaran balik yuran keahlian Kad Hijau (Green Card) CIDB
tertakluk kepada syarat-syarat di nyatakan.
Tarikh: 12 Oktober 2010
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:
http://www.treasury.gov.my
iv) Surat Pekeliling Perbendaharaan
Tajuk: Program Latihan Mengenai Kesedaran Terhadap
Pencegahan Fraud Dalam Sektor Awam.
Tujuan: Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuan
memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan dengan
kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) akan
melaksanakan satu Program Latihan Mengenai Kesedaran
Terhadap Pencegahan Fraud Dalam Sektor Awam untuk
meningkatkan pemahaman dan kesedaran Agensi
Kerajaan mengenai Fraud dan langkah-langkah
pencegahan.
Tarikh: 11 Oktober 2010
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:
http://www.treasury.gov.my
v) Surat Arahan Perbendaharaan
Tajuk: Pemansuhan Kontrak Sistem Panel Bagi Item Beg Kepada
Semua Agensi Kerajaan Di Semenanjung Malaysia.
Tujuan: Surat Arahan Perbendaharaan (SAP) ini bertujuan
memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah
menyemak semula kaedah perolehan bagi item beg
mesyuarat/seminar yang dilaksanakan secara Kontrak
Sistem Panel. Selaras dengan matlamat kerajaan bagi
meningkatkan daya saing, perolehan yang telus
berlandaskan prinsip-prinsip perolehan serta harga yang
kompetitif, Kementerian Kewangan telah memutuskan
supaya item berkenaan dikeluarkan dari Kontrak Sistem
Panel mulai 1 November 2010.
Tarikh: 25 November 2010
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:
http://www.treasury.gov.my
5
British fisherman grapples with
ferocious 'giant piranha'... which has
been known to eat crocodiles
British angler Jeremy Wade looks understandably anxious
as he grapples with this ferocious-looking 'giant piranha'.
The 52-year-old caught the aptly-named goliath tigerfish
during a fishing expedition up the Congo River in Africa.
The brave fisherman was forced to hold the fish at arms-
length for fear of being bitten by its razor-sharp teeth while
posing with it for the camera.
The goliath tigerfish is one of the most fearsome freshwater
fish in the world and said to be a much bigger and deadlier
version of the piranha. The giant fish has 32 teeth that are
of similar size to those of a great white shark and has been
known to attack humans and even crocodiles. It has only
ever been caught by a handful of fishermen due to the
danger it poses and the fact its habitat is notoriously hard
to reach.
Wade, the host of ITV's River Monsters show, said he took
extra care when reeling in this specimen, which weighed
more than 100lbs and was 5ft long. The TV programme
looks into mythical reports from around the world of
humans being attacked by unknown monsters from the
deep before the British host sets out to find and catch the
suspect.
TIGERFISHTahukah Anda ?Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?Commenting on the goliath tigerfish, Wade said: 'This fish
is no tench. It is, for all intents and purposes, a giant
piranha. It is quite a beast.
'The teeth on it are incredibly sharp and are about the same
length as a great white shark.
'It also has an extremely powerful bite and has been known
to consume prey the same size as itself, attack people and
take pieces out of crocodiles.
'It is thought that these fish attack in a reflex response to a
sudden movement or splash.
'It is very rare to catch one, especially by an outsider
because they are found in such a remote and difficult
location to get to. There are no guides or lodges on that
part of the Congo River.'
Wade revealed he used a sizable catfish as bait for the
tigerfish and a 200lbs rod and line. He said he also took
care to stand back from it until it was safely in his landing
net.
'It is a very dangerous fish to handle. If you aren't careful it
could easily take your finger off or worse,' he added.
Wade, who spent eight days trying to land the fish, said he
returned it to the river soon afterwards.
Careful: Jeremy Wade bravely poses with the 5ft long goliathtigerfish caught during an expedition up the River Congo inAfrica.
Open wide: The ferocious 'giant piranha' was caught during thefiliming of ITV's River Monsters.
Wade spent eight days trying to land the fish and said he returned it to the river soon afterwards.
6