Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat melaksanakan kerja- kerja yang telah dirancang dalam keadaan aman dan sejahtera. Pembaca yang dihormati sekalian, Selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menggantikan Hari Kualiti kepada Hari Inovasi dan inisiatif Anugerah Inovasi, sukacita saya memaklumkan bahawa mulai tahun 2011, Jabatan Perikanan Malaysia akan memperkenalkan Anugerah Inovasi bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada Bahagian, Pejabat Perikanan Negeri dan Pusat- pusat Penyelidikan dalam melaksanakan inovasi yang terbaik untuk organisasi masing-masing. Dalam hubungan ini, Jabatan Perikanan sedang memperincikan kategori serta syarat bagi Anugerah Inovasi ini sebelum dilaksanakan sepenuhnya. Format yang akan dilaksanakan adalah selaras dengan struktur yang diguna pakai di peringkat kebangsaan yang diurus oleh MAMPU. Hari Inovasi Perkhidmatan Awam ini dilaksanakan bagi menandakan kepentingan budaya inovasi dalam mendukung agenda transformasi sektor awam. Dalam konteks perkhidmatan awam, inovasi boleh ditafsirkan sebagai cetusan idea-idea kreatif yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan. Idea-idea tersebut boleh diperolehi dari dalam dan luar atau melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai idea baharu atau diadaptasi untuk diguna pakai mengikut keperluan jabatan/agensi. Inovasi yang dihasilkan hendaklah berupaya menambah nilai output semasa serta membawa transformasi dan perubahan kepada amalan sedia ada. Inovasi boleh berbentuk produk, perkhidmatan, prosedur atau teknologi. Pembaca yang dihormati sekalian, Pelbagai program dan transformasi Kerajaan telah mula dilancar dan dilaksanakan bagi memastikan negara lebih berdaya saing dalam tempoh Rancangan Pembangunan Ekonomi yang akan datang. Walau bagaimanapun, kita harus sentiasa ingat bahawa tanpa pelaksanaan yang cekap dan peningkatan penyampaian perkhidmatan oleh penjawat awam, semua program dan inisiatif tersebut tidak mungkin mencapai kejayaan. Justeru itu, untuk memastikan negara dapat membuat anjakan daripada ekonomi berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi, penjawat awam seperti kita harus bersedia untuk melakukan transformasi dari segi minda dan budaya kerja untuk turut bergerak seiring dengan hasrat kerajaan. Kepimpinan tertinggi kerajaan semasa Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-11 telah menggariskan empat nilai asas pelengkap kepada empat tiang utama pentadbiran Kerajaan. Empat nilai asas pelengkap tersebut ialah: (i) Membudayakan kreativiti dan inovasi; (ii) Mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan; (iii) Nilai untuk wang (Value for money); dan (iv) Nilai integriti. Pembaca yang dihormati sekalian, Bagi memastikan perkhidmatan awam sentiasa kompetitif, penjawat awam perlu melaksanakan tugas-tugas dengan berorientasikan “Outcome”, dan bukan sekadar “Output”. Dalam hubungan ini, impak atau hasil kerja merupakan sasaran utama. Justeru, saya ingin mengajak semua pegawai dan kakitangan Jabatan Perikanan untuk turut serta secara gigih dalam usaha transformasi pentadbiran awam dengan meningkatkan produktiviti kerja, memiliki minda berinovasi dalam melaksanakan tugas serta meningkatkan integriti dalam semua aspek. Kita harus bersedia berfikir di luar kotak kebiasaan bagi melakukan perubahan dan anjakan seterusnya, terutama dalam persekitaran ekonomi berasas pengetahuan yang amat kompetitif, sukar diramal dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang sentiasa berubah. Akhir sekali, saya ingin menarik perhatian semua supaya memberi fokus kepada pencapaian Penunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan serta bekerjasama membekalkan input kepada proses penilaian dan penarafan prestasi perkhidmatan awam terutamanya penarafan bintang (Star Rating), menubuhkan dan mengaktifkan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Budaya Kerja Berprestasi Tinggi (BKBT), ISO dan sebagainya. Program-program seperti ini amat penting dalam menilai dan mengukur prestasi pengurusan serta penyampaian perkhidmatan organisasi, menggalakkan persaingan sihat antara agensi-agensi sektor awam dan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan awam. Sekian, wassalam dan terima kasih. (DATO’ AHAMAD SABKI BIN MAHMOOD) Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia Putrajaya Disember 2010 http://www.dof.gov.my Amanat Ketua Pengarah Perikanan Amanat Ketua Pengarah Perikanan 1
6
Embed
Amanat Ketua Pengarah Perikanan - dof.gov.my filememaklumkan bahawa mulai tahun 2011, Jabatan Perikanan Malaysia akan memperkenalkan Anugerah Inovasi bagi memberi pengiktirafan dan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,
salam sejahtera
dan salam 1 Malaysia.
Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah
kurnia-Nya kita dapat melaksanakan kerja-
kerja yang telah dirancang dalam keadaan
aman dan sejahtera.
Pembaca yang dihormati sekalian,
Selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menggantikan Hari Kualiti
kepada Hari Inovasi dan inisiatif Anugerah Inovasi, sukacita saya
memaklumkan bahawa mulai tahun 2011, Jabatan Perikanan Malaysia
akan memperkenalkan Anugerah Inovasi bagi memberi pengiktirafan dan
penghargaan kepada Bahagian, Pejabat Perikanan Negeri dan Pusat-
pusat Penyelidikan dalam melaksanakan inovasi yang terbaik untuk
organisasi masing-masing. Dalam hubungan ini, Jabatan Perikanan
sedang memperincikan kategori serta syarat bagi Anugerah Inovasi ini
sebelum dilaksanakan sepenuhnya. Format yang akan dilaksanakan
adalah selaras dengan struktur yang diguna pakai di peringkat
kebangsaan yang diurus oleh MAMPU.
Hari Inovasi Perkhidmatan Awam ini dilaksanakan bagi menandakan
kepentingan budaya inovasi dalam mendukung agenda transformasi
sektor awam. Dalam konteks perkhidmatan awam, inovasi boleh
ditafsirkan sebagai cetusan idea-idea kreatif yang dapat meningkatkan
kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan. Idea-idea tersebut
boleh diperolehi dari dalam dan luar atau melalui penyelidikan dan
pembangunan (R&D) sebagai idea baharu atau diadaptasi untuk diguna
pakai mengikut keperluan jabatan/agensi. Inovasi yang dihasilkan
hendaklah berupaya menambah nilai output semasa serta membawa
transformasi dan perubahan kepada amalan sedia ada. Inovasi boleh
berbentuk produk, perkhidmatan, prosedur atau teknologi.
Pembaca yang dihormati sekalian,
Pelbagai program dan transformasi Kerajaan telah mula dilancar dan
dilaksanakan bagi memastikan negara lebih berdaya saing dalam tempoh
Rancangan Pembangunan Ekonomi yang akan datang. Walau
bagaimanapun, kita harus sentiasa ingat bahawa tanpa pelaksanaan yang
cekap dan peningkatan penyampaian perkhidmatan oleh penjawat awam,
semua program dan inisiatif tersebut tidak mungkin mencapai kejayaan.
Justeru itu, untuk memastikan negara dapat membuat anjakan daripada
ekonomi berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan
tinggi, penjawat awam seperti kita harus bersedia untuk melakukan
transformasi dari segi minda dan budaya kerja untuk turut bergerak seiring
dengan hasrat kerajaan. Kepimpinan tertinggi kerajaan semasa Majlis
Perdana Perkhidmatan Awam Ke-11 telah menggariskan empat nilai asas
pelengkap kepada empat tiang utama pentadbiran Kerajaan. Empat nilai
asas pelengkap tersebut ialah: (i) Membudayakan kreativiti dan inovasi; (ii)
Mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan; (iii) Nilai
untuk wang (Value for money); dan (iv) Nilai integriti.
Pembaca yang dihormati sekalian,
Bagi memastikan perkhidmatan awam sentiasa kompetitif, penjawat
awam perlu melaksanakan tugas-tugas dengan berorientasikan
“Outcome”, dan bukan sekadar “Output”. Dalam hubungan ini, impak atau
hasil kerja merupakan sasaran utama. Justeru, saya ingin mengajak
semua pegawai dan kakitangan Jabatan Perikanan untuk turut serta
secara gigih dalam usaha transformasi pentadbiran awam dengan
meningkatkan produktiviti kerja, memiliki minda berinovasi dalam
melaksanakan tugas serta meningkatkan integriti dalam semua aspek.
Kita harus bersedia berfikir di luar kotak kebiasaan bagi melakukan
perubahan dan anjakan seterusnya, terutama dalam persekitaran ekonomi
berasas pengetahuan yang amat kompetitif, sukar diramal dan
dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang sentiasa berubah.
Akhir sekali, saya ingin menarik perhatian semua supaya memberi fokus
kepada pencapaian Penunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan
serta bekerjasama membekalkan input kepada proses penilaian dan
penarafan prestasi perkhidmatan awam terutamanya penarafan bintang
(Star Rating), menubuhkan dan mengaktifkan Kumpulan Inovatif dan
Kreatif (KIK), Budaya Kerja Berprestasi Tinggi (BKBT), ISO dan
sebagainya. Program-program seperti ini amat penting dalam menilai dan
mengukur prestasi pengurusan serta penyampaian perkhidmatan
organisasi, menggalakkan persaingan sihat antara agensi-agensi sektor
awam dan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.
Sekian, wassalam dan terima kasih.
(DATO’ AHAMAD SABKI BIN MAHMOOD)
Ketua Pengarah,
Jabatan Perikanan Malaysia
Putrajaya
Disember 2010http://www.dof.gov.my
Amanat Ketua Pengarah PerikananAmanat Ketua Pengarah Perikanan
1
2
11 Oktober 2010Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama (MOU) diadakan sempena
Pelancaran Lunak (Soft Launch) Aquafair Malaysia 2010 yang dirasmikan
oleh Y.B. Dato’ Wira Mohd Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri Pertanian
dan Industri Asas Tani Malaysia di Kuala Lumpur.
31 Oktober 2010Y.B. Datuk Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani bersama juara pertandingan memancing
sempena Program Sehari Di Ban Canal, Tanjung Karang,
Selangor.
5 November 2010Y.H. Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua
Pengarah, Jabatan Perikanan merasmikan Pertandingan
Ikan Hiasan (Aqua Matrix) di Ipoh, Perak.
27 Oktober 2010Seminar Teknikal dan Perdagangan
Antarabangsa Mengenai Tilapia (TILAPIA2010) telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’
Wira Mohd Johari Bin Baharum, Timbalan
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Malaysia di Kuala Lumpur.
18 Oktober 2010Majlis Perasmian Persidangan Perdagangan “Global Outlook forAquaculture Leadership (GOAL) 2010” dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Wira
Mohd Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri
Asas Tani Malaysia di Kuala Lumpur.
12 Oktober 2010Y.H. Dato’ Ahamad Sabki
Bin Mahmood, Ketua
Pengarah, Jabatan
Perikanan Malaysia
melawat pameran selepas
merasmikan Hari Inovasi
Pusat Penyelidikan
Perikanan (FRI) Tanjung
Demong, Besut,
Terengganu.
6 November 2010Y.H. Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah,
Jabatan Perikanan melancarkan buku Prospektus
Tambahan Projek Berimpak Besar – Zon Industri
Akuakultur Negeri Perak sempena Seminar Pelaburan
Akuakultur Negeri Perak di Lumut.
6 November 2010Y.H. Dato’ Ahamad Sabki Bin
Mahmood, Ketua Pengarah, Jabatan
Perikanan Malaysia menyampaikan
cenderahati kepada peserta sempena
Majlis Penutup “Malaysian TechnicalCooperation Programme 2010” di
Kuala Lumpur.13 November 2010Perasmian Program Pelepasan Anak Penyu Serentak Terbanyak Di Malaysia oleh
Y.B. Datuk Hj. Za’abar Bin Dato’ Hj. Mohd Adib, Ahli Dewan Undangan Negeri
Rantau Abang & Exco Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri
Terengganu di Rantau Abang, Dungun, Terengganu.
3
24 November 2010Majlis Pelancaran Logo Kelulusan
Untuk Mengeksport Ikan dan
Hasilan Ikan Ke Kesatuan Eropah
oleh Y.B. Datuk Seri Noh Bin Hj.
Omar, Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani Malaysia
bersama Y.B. Dato’ Sri Liow Tiong
Lai, Menteri Kesihatan Malaysia di
Kompleks LKIM, Kuantan,
Pahang.
25 November 2010Y.B. Datuk Seri Noh Bin Hj.
Omar, Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani melawat
pameran sempena perasmian
Pameran dan Persidangan
Antarabangsa Industri Ikan
Hiasan dan Akuatik Malaysia
(Aquafair 2010)
di Kuala Lumpur.
14 November 2010Juara Pertandingan Memancing Sempena Pra MAHA/HPPNK
2010 menerima wang tunai RM10,000 berserta hamper
daripada Encik Salehan Bin Lamin, Pengarah Bahagian
Pengurusan Maklumat Perikanan di Taman Ekspo Pertanian
Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor.
26 November 2010Y.A.B. Dato’ Seri Mohd. Najib Bin Tun Hj. Abd. Razak, Perdana Menteri
Malaysia menyampaikan trofi kepada Usahawan Ikan Air Payau Jaya sempena
Majlis Perasmian Pameran Antarabangsa Malaysian Agriculture, Horticultureand Agro-Tourism Show (MAHA) dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan
Peringkat Kebangsaan 2010 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS),Serdang, Selangor.
5 Disember 2010Y.B. Datuk Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan hadiah kepada
juara Cabaran Memancing MAHA 2010 sempena Pameran
MAHA International/HPPNK yang diadakan di Laman
Perikanan, MAEPS, Serdang, Selangor
8 Disember 2010Y.B. Dato’ Wira Mohd Johari Bin
Baharum, Timbalan Menteri Pertanian
dan Industri Asas Tani menyampaikan
cenderahati kepada peserta “Seminaron Monitoring, Control and Surveillance(MCS) Network & Fishery Resourcesand Management Under Sub RegionalGroup of Southern Area of South ChinaSea (SESCS) and Sulu-Sulawesi Seas(SSS)” di Melaka.
14 Disember 2010The International Conference on Underwater Acoustics for SustainableFisheries in Asia (AFAS 2010) bertemakan “Innovation in AcousticScience and Technology for Food Security” telah dirasmikan oleh Y.H.
Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan
Malaysia di Pulau Pinang.
15 Disember2010
Tuna DevelopmentBusiness Centre (TDBC)
telah dirasmikan oleh Y.H.
Dato’ Ahamad Sabki Bin
Mahmood, Ketua
Pengarah, Jabatan
Perikanan Malaysia di Batu
Maung, Pulau Pinang.
16 Disember 2010Simposium Pembangunan
Industri Tuna 2010
bertemakan “Transformasi
Industri Menjana Usahawan
Jati” telah dirasmikan oleh
Y.H. Dato’ Ahamad Sabki Bin
Mahmood, Ketua Pengarah,
Jabatan Perikanan Malaysia
di Pulau Pinang.
i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2010
Tajuk: Pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan
Tujuan: Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan
mengenai pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
Tarikh: 30 November 2010
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
ii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2010
Tajuk: Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam
Tujuan: Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan
kelayakan dan kaedah pelaksanaan peraturan mengenai
kemudahan Cuti Bersalin bagi pegawai Perkhidmatan Awam
Persekutuan.
Tarikh: 2 Disember 2010
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
iii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2010
Tajuk: Pencapaian Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaan Dalam
Perkhidmatan Awam Kepada Orang Kurang Upaya
Tujuan: Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan dasar
satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam
kepada Orang Kurang Upaya dan langkah-langkah affirmative
yang perlu diambil oleh suruhanjaya, kementerian serta agensi
di bawah kementerian bagi mempercepat pencapaian dasar
tersebut.
Tarikh: 15 Disember 2010
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
iv) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2010