Amalan MuafakatLAKONKAN DIALOG
OLEH: NOR HALINA ONG LI CHOO
PENCERITAPada suatu hari, anai-anai berkumpuldi bawah pohonsaga.
“Kawan-kawan, marilah kita membuat sarang di sini. Tempat
ini sesuai untuk kita tinggal”, kata anai-anai yang pertama.
“Marilah kita buat sarang yang lebih besar”, kata anai-anai yang kedua.
“Saya rasa sarang itu tidak perlu besar
sangat. Haiwan lain pun hendak tinggal di sini”, kata anai-anai
yang ketiga pula.
PENCERITATidak lama kemudian,semut merah dansemut hitam pundatang
“Wahai anai-anai, kami hendak
membuat rumah di sini”, kata semut
merah.
“Kami pun hendak membuat rumah di sini”, kata semut
hitam pula.
“Wahai sahabatku, kamu boleh membina rumah di
sini! Namun, kami berharap agar kamu mengamalkan sikap bertolak ansur agar
hidup kita harmoni”, nasihat anai-anai kepada semut hitam dan semut merah
PENCERITAMereka pun bersetuju lalu
mengorek lubang dan
menimbunkan tanah sehingga
menjadikan busut semut merah
lebih besar
“Wah, besar sungguh kediaman kamu! Sarang kami kecil sahaja, sedangkan rakyat kami paling banyak. Kami tidak dapat mengorek lebih dalam kerana ada batu besar di dalam tanah”, kata semut hitam dengan nada tidak puas hati.
PENCERITAPertengkaran mula berlaku. Tidak
lama kemudian, anai-anai pun
datang untuk meleraikan
pertengkaran itu.
“Wahai sahabatku, janganlah kalian
bergaduh. Apa kata, semut merah
memberikan sedikit kawasan sarangnya
kepada semut hitam”, cadang anai-anai..
PENCERITASemut merah pun berfikir sekejap
sambil berjalan mundar-mandir.
Akhirnya, …….
“Baiklah, anai-anai, saya setuju dengan
cadangan itu ”kata semut merah,
PENCERITAAkhirnya mereka bermaafan,
berjabat tangan dan berpelukan.
Kini, mereka sedar bahawa
‘Amalan Muafakat’ dan semangat
bekerjasama perlu diamalkan.