Adaptasi Antarabudaya: Penghijrahan Pelajar Malaysia ke Indonesia. Disediakan untuk Seminar MENTION 2009
Adaptasi Antarabudaya: Penghijrahan Pelajar Malaysia ke Indonesia
Melly Ridaryanthi
Pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600, Bangi, Selangor
ABSTRAK
Fenomena penghijrahan pelajar ke luar negara semakin marak seiring perkembangan pelbagai
aspek kehidupan pada era globalisasi. Peningkatan jumlah penduduk yang pantas serta
berkembangnya varian jenis penyakit memberikan kesan perlunya jumlah tenaga pakar
kesihatan yang lebih banyak. Keadaan ini memberikan kesempatan sekaligus cabaran kepada
belia untuk meneruskan pengajian dalam bidang kesihatan. Kajian ini menyoroti pengalaman
pelajar dengan latar budaya kolektivisme yang berhijrah ke negara dengan budaya tamu sama.
Kajian ini bertujuan untuk mengesan pengalaman dan pola adaptasi pelajar yang berhijrah
selama lebih kurang lima tahun. Temubual kumpulan fokus dijalankan untuk memperoleh
maklumat yang terperinci dari informan yang melanjutkan pengajian di Fakulti Perubatan,
Pergigian dan Farmasi Universitas Padjadjran, Indonesia. Dapatan kajian menunjukkan
wujudnya cabaran-cabaran berupa kejutan budaya selama penghijrahan serta pola adaptasi
Lekuk-U dapat dikesan.
Adaptasi Antarabudaya: Penghijrahan Pelajar Malaysia ke Indonesia. Disediakan untuk Seminar MENTION 2009
Adaptasi Antarabudaya: Penghijrahan Pelajar Malaysia ke Indonesia
Melly Ridaryanthi
Pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak
Peningkatan jumlah penduduk yang pantas serta berkembangnya varian jenis penyakit
memberikan kesan perlunya jumlah tenaga pakar kesihatan yang lebih banyak. Keadaan ini
memberikan kesempatan sekaligus cabaran kepada kalangan pelajar untuk meneruskan
pengajian dalam bidang kesihatan. Peluang kerja yang menjanjikan memberikan kesan
banyaknya pelajar yang menuntut ilmu dalam bidang kesihatan dan bahkan sehingga
merentasi sempadan. Fenomena penghijrahan pelajar ke luar negara semakin marak seiring
perkembangan pelbagai aspek kehidupan pada era globalisasi. Kajian ini menyoroti
pengalaman pelajar dengan latar budaya kolektivisme yang berhijrah ke negara dengan
budaya tamu sama. Kajian ini bertujuan untuk mengesan pengalaman dan pola adaptasi
pelajar yang berhijrah selama lebih kurang lima tahun. Temubual kumpulan fokus dijalankan
untuk memperoleh maklumat yang terperinci dari informan yang melanjutkan pengajian di
Fakulti Perubatan, Pergigian dan Farmasi Universitas Padjadjran, Indonesia. Dapatan kajian
menunjukkan wujudnya cabaran-cabaran berupa kejutan budaya selama penghijrahan serta
pola adaptasi Lekuk-U dapat dikesan.
Kata kunci: penghijrahan, adaptasi antarabudaya, komunikasi antarabudaya.
Pengenalan
Angka jumlah pesakit di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun sejalan dengan
pertumbuhan jumlah penduduk, sebagai contoh adalah seperti yang dikatakan oleh Menteri
Kesihatan Malaysia meningkatnya jumlah pengidap penyakit buah pinggang setiap tahunnya
dan diperkirakan akan mencapai angka 20,000 pesakit menjelang tahun 2010 (Blog Rasmi
Kementerian Kesihatan Malaysia 2009). Bukan hanya itu, berkembangnya pelbagai varian
penyakit baru di dunia telah menjadi satu pemerhatian khusus di mata dunia seperti avian flu
dan swine flu yang telah banyak memakan korban. Hal-hal tersebut memberikan kesan ke atas
keperluan sejumlah doktor di hospital-hospital kerajaan dan swasta.
Dinyatakan lagi oleh Menteri Kesihatan bahawa negara pada masa ini hanya mampu
memenuhi kapasiti 53 peratus doktor di hospital (Bernama 2009), oleh kerana itu peluang
pekerjaan dalam bidang kesihatan di Malaysia masih sangat tinggi. Kesan peluang kerja yang
ada memberikan angin segar bagi pelajar untuk melanjutkan pengajian mereka ke tahap
pengajian tinggi dalam bidang kesihatan, namun tempat yang disediakan oleh institusi
pengajian tinggi awam sangat terhad ntuk jurusan perubatan, sementara jumlah pelajar yang
berminat melebihi kuota tersebut (Thestaronline 2006). Oleh sebab itu, kerajaan memberikan
kesempatan kepata pelajar-pelajar untuk melanjutkan pengajian mereka dalam bidang
kesihatan di institusi pengajian tinggi luar negara.
Adaptasi Antarabudaya: Penghijrahan Pelajar Malaysia ke Indonesia. Disediakan untuk Seminar MENTION 2009
Penghijrahan seseorang, khasnya bagi pelajar, ke luar negara bukan hanya menjadi suatu
pengalaman yang membuat para penghijrahnya merasa teruja namun sekaligus mencabar
dalam masa yang bersamaan. Wujudnya stereotaip dan prasangka terhadap budaya tamunya
menjadi sesuatu yang tidak dapat dielakkan bagi seseorang ketika mereka akan berhijrah.
Wujudnya pra-anggapan dalam pelbagai aspek-aspek kehidupan dijadikan sebagai satu
langkah persediaan diri ketika akan berhijrah. Perbezaan norma dan kebiasaan dalam
kehidupan keseharian memberikan kesan ke atas pengalaman yang mencabar ketika mereka
menetap di budaya tamunya.
Penghijrahan Pelajar Malaysia ke Luar Negara
Pelajar dari sesebuah negara yang meneruskan pengajian di luar negara juga dikategorikan
sebagai penghijrah (Begley 2001). Pelajar melakukan penghijrahan ke luar negara untuk
memanfaatkan kesempatan mendapatkan pendidikan yang lebih baik. Tempoh masa seorang
pelajar berhijrah adalah bergantung pada tahap pendidikan yang diambilnya. Masa tinggalnya
akan bergantung pada tempoh kebenaran Visa untuk menetap di negara tersebut.
Penghantaran pelajar ke luar negara merupakan satu aktiviti yang sangat pesat
perkembangannya baik dilakukan oleh perseorangan mahupun oleh kerajaan. Ini merupakan
satu bentuk penghijrahan baru secara besar-besaran untuk tujuan pendidikan. Menurut Vision
2020: Forecasting International Student Mobility, pada tahun 2000 an terdapat kira-kira 1.8
juta pelajar antarabangsa yang mengikuti ujian kemasukan di institusi untuk memohon belajar
di 144 Negara di dunia. Angka tersebut semakin meningkat pada tahun-tahun berikutnya
(study abroad-a global phenomenon 2008).
Penghantaran pelajar ke luar negara yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan swasta
untuk meneruskan pengajian dalam pelbagai bidang kajian sudah berlangsung sejak lama.
Diantara negara-negara yang banyak menjadi pilihan pelajar adalah seperti Rusia, Britain,
Eropah dan Amerika Syarikat. Namun penghantaran pelajar ini mendapatkan cabaran ketika
krisis ekonomi melanda dunia pada sekitar bulan Jun 1997 dan ia memberikan kesan ke atas
kehidupan ekonomi dalam negara, apatah lagi bagi mereka yang tinggal di luar negara.
Krisis yang berkepanjangan tidak menurunkan minat pelajar untuk tetap menuntut
ilmu ke luar negara, bahkan pihak kerajaan sebagai salah satu agen penghantaran pelajar
mencuba mencari alternatif negara tujuan bagi pelajar-pelajar tersebut. Negara-negara wilayah
Asia Tenggara menjadi pilihan ketika ilmu pengetahuan semakin berkembang di seluruh
penjuru Asia dan disokong oleh keadaan ekonomi yang lebih bersahabat. Negara-negara
seperti Indonesia, Filipina, Singapura dan beberapa lainnya berada dalam senarai paling atas
sebagai negara-negara tujuan pelajar.
Alasan penghantaran pelajar ke negara-negara di Asia ini adalah selain mutu
pendidikan yang tidak kalah dengan negara Barat, namun juga mengingat kos yang diperlukan
adalah lebih rendah. Berdasarkan pada data yang diperolehi dari Bahagian Hal Ehwal dan
Pembangunan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2008), tercatat sebanyak tiga
negara di wilayah Asia Tenggara yang menjadi negara tujuan penghantaran pelajar Malaysia
di peringkat pengajian tinggi. Indonesia menjadi negara yang paling diminati dengan jumlah
pelajar yang dihantar sebanyak 5,735 pada tahun 2008.
Penghijrahan pelajar ke luar negara dianggap sebagai salah satu cara bagi untuk dapat
memperkaya ilmu pengetahuan serta pengalaman mereka. Selain daripada itu, kesempatan
untuk melakukan perjalanan ke pelbagai tempat serta kepekaan ke atas isu-isu global dan
kepelbagaian budaya menjadi nilai tambah dalam penghijrahan mereka (Langley 2005). Oleh
kerana itu, penghijrahan yang bersifat akademik tidak hanya memberikan nilai pada tingkat
ilmu pengetahuan seseorang pelajar sahaja namun pada peningkatan kendiri mereka.
Adaptasi Antarabudaya: Penghijrahan Pelajar Malaysia ke Indonesia. Disediakan untuk Seminar MENTION 2009
Adaptasi Antarabudaya
Penghijrahan yang berlaku dapat dikaji dari sudut pandang ilmu Komunikasi Antarabudaya,
salah satunya dengan memusatkan kajian pada bidang Adaptasi Antarabudaya. Banyak kajian
pada bidang biasa dihubungkaitkan dengan dimensi budaya kolektivisme dan individualisme
yang dikemukakan oleh Hofstede (1984). Selain daripada itu, perbezaan konteks budaya
tinggi dan rendah yang dikemukakan oleh Hall (1976) sentiasa diambil kira dalam kajian
Komunikasi Antarabudaya.
Pandangan Hall dan Hofstede tidak dapat dipisahkan dalam kajian Adaptasi
Antarabudaya. Wujudnya pandangan bahawa negara dunia timur berkonteks rendah dan
berdimensi kolektivisme, sementara negara dunia barat adalah sebaliknya iaitu cenderung
berkonteks budaya tinggi dengan dimensi budaya individualisme menjadi faktor yang
menentukan suatu proses adaptasi. Pandangan tersebut memberikan gambaran bahawa jika
dua budaya yang berbeza melakukan interaksi, maka akan wujud permasalahan kerana unsur-
unsur budaya yang dimilikinya adalah berbeza. Hal inilah yang menjadi asas berlakunya
adaptasi dalam sesebuah penghijrahan.
Dalam penghijrahan pelajar, mereka akan mengalami pelbagai cabaran selama berada
pada budaya tamu. Cabaran yang berpunca pada wujudnya perbezaan norma dan budaya tamu
dengan budaya asal penghijrah akan mewujudkan perasaan tertekan, tidak selesa bahkan
perasaan marah dan sedih (Nicholson 2001). Penghijrahan mencetuskan pelbagai pengalaman
dari setiap fasa hidupnya. Persediaan sebelum melakukan penghijrahan menjadikan
penghijrah berasa teruja, tetapi perasaan itu akan berkurang pada saat mereka sudah mulai
menemukan banyak perbezaan pada budaya tamu.
Pengalaman berhijrah dalam jangka masa tertentu memberikan satu proses
pembelajaran ke atasa budaya tempatan tanpa atau dengan disedari oleh penghijrah. Secara
berangsur-angsur penghijrah akan menemukan titik keselesaan dalam penghijrahan ketika
pembudayaan sudah dicapai. Jika dilihat naik turunnya perasaan dan pengalaman penghijrah
ketika akan berhijrah sehingga masa penghijrahannya, maka serentetan pengalaman itu akan
menyerupai bentuk lekuk-U, seperti pola adaptasi yang dikemukakan oleh Lysgaard (1955).
Adaptasi seseorang dapat dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kemiripan budaya
asal dengan budaya tamu yang boleh menyamaratakan atau bahkan mungkin dapat
menyebabkan adaptasi pada penghijrahan seseorang semakin jauh dari sempurna (Young
1988a). Selain daripada itu, faktor peribadi seseorang juga amat menentukan adaptasi yang
akan dilaluinya iaitu merangkumi peringkat psikologi diri penghijrah dalam memberikan
maklum balas kepada persekitaran barunya. Secara amnya dapat dikatakan bahawa adaptasi
antarabudaya seseorang berlaku dalam satu skop besar iaitu komunikasi. Komunikasi
melibatkan interaksi individu dengan persekitarannya. Komunikasi seseorang akan
merangkumi dua komponen iaitu komunikasi peribadi dan komunikasi sosial yang kedua-
duanya mempengaruhi berjalannya proses adaptasi mereka (Gudykunst & Young 1997).
Jika dikaitkan fenomena penghijrahan pelajar dengan pandangan Hofstede dan Hall
mengenai latar belakang budaya, dapat dikatakan secara teoretikal bahawa akan wujud
cabaran pada pertembungan dua budaya berbeza dalam sesebuah pengalaman penghijrahan.
Jika merujuk pada pandangan kedua sarjana tersebut, boleh dikatakan bahawa Malaysia dan
Indonesia memiliki latar dimensi dan konteks budaya yang sama, namun pada kenyataannya
cabaran selama berhijrah tetap wujud dalam pengalaman adaptasi pelajar. Hal inilah yang
menjadi pertanyaan besar dalam kajian adaptasi antarabudaya pelajar Malaysia di Indonesia;
mengapa cabaran-cabaran wujud dalam proses penyesuaian diri mereka. Kajian ini bertujuan
untuk mengesan pola adaptasi pelajar Malaysia yang berhijrah.
Adaptasi Antarabudaya: Penghijrahan Pelajar Malaysia ke Indonesia. Disediakan untuk Seminar MENTION 2009
Kerangka Teori
Dalam pelaksanaan kajian, teori Adaptasi Silangbudaya yang dikemukakan oleh Young Yun
Kim (1988b) digunakan sebagai landasan. Kajian dilaksanakan dengan menggunakan
pendekatan kumpulan (Group Level Approach). Pendekatan ini dipergunakan untuk
mengetengahkan konsep pembudayaan dan asimilasi yang dialami pelajar-pelajar selama
masa penghijrahannya.
Model Proses Adaptasi Silangbudaya digunakan sebagai alat bantu analisis
pengalaman adaptasi pelajar. Rasa tertekan pada masa awal penghijrahan digambarkan
dengan lekuk yang melemah turun, namun beranjak meningkat dan semakin berkembang
ketika pembudayaan sudah tercapai, seperti yang ditujukkan pada rajah berikut ini:
Rajah 1. Stress-adaptation-growth dynamics of adaptative transformation (Young 1988)
Transformasi perkembangan proses adaptasi yang berlaku bergerak seiring dengan
pengalaman yang terjadi. Komunikasi peribadi dan komunikasi sosial seseorang penghijrah
berperanan penting dalam proses adaptasi tersebut. Pengalaman komunikasi dengan
persekitaran serta penggunaan media sebagai jejaring sosial amat membantu proses
pemahaman budaya tamu (Gudykunst & Young 1997).
Teori Adaptasi Silangbudaya ini diterpakan untuk mendapatkan pemahaman dan
ramalan ke atas adaptasi antarabudaya seseorang penghijrah. Teori ini dibangun untuk dapat
mendasari kajian ke atas pemahaman berlangsungnya proses pembudayaan yang terjadi di
kalangan penghijrah. Teori ini dapat membantu menjelaskan bagaimana seseorang mengalami
perubahan melalui komunikasi yang dijalankan secara berterusan dalam persekitaran budaya
tamunya (Young 1988b).
Kaedah
Kajian dilakukan dengan melaksanakan enam temubual kumpulan fokus sebagai alat
pengumpulan data. Tujuan menggunakan kaedah ini adalah untuk menerokai serta memahami
dengan lebih terperinci kajian yang melibatkan hubungan sosial dalam masyarakat (Neuman
2003). Pertimbangan pemilihan kaedah ini adalah kerana kajian ini melibatkan pemahaman
perilaku dan pengalaman peserta temubual mengikut perspektif masing-masing. Penggunaan
metod ini membantu penyelidik membuat urutan kejadian atau sesebuah fasa kehidupan
berdasarkan urutan pengemukaan jawapan, mimik muka, pemberian penekanan terhadap
sesuatu hal, pengulangan ataupun adanya penjelasan yang panjang untuk menjelaskan suatu
jawapan (Pawito 2007).
Adaptasi Antarabudaya: Penghijrahan Pelajar Malaysia ke Indonesia. Disediakan untuk Seminar MENTION 2009
29 orang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di Kelas Internasional
Universitas Padjadjaran, Indonesia diambil sebagai subjek kajian dengan kepelbagaian jantina
dan etnik diambil kira sebagai karakteristik penentu. Informan dalam temubual dibahagikan
ke dalam dua kumpulan besar; penghijrah awal yang diwakili oleh pelajar tahun satu dan
penghijrah berpengalaman yang diwakili oleh pelajar tahun akhir.
Temubual dijalankan secara tidak berstruktur dengan memberikan sejumlah
pertanyaan kepada subjek yang dikembangkan dari soalan tema. Tema dalam temubual
dibentuk daripada kajian literatur dan didasarkan pada pertanyaan kajian. Data yang diperoleh
ditapis melalui tiga tahapan borang kodan untuk mendapatkan inti perbincangan. Data yang
telah ditapis diinterpretasi dan dianalisis dengan berpandukan soalan tema yang telah
dibentuk.
Keputusan Kajian
Soalan yang ditanyakan kepada informan merangkumi tiga persoalan kajian (1) persediaan
prapenghijrahan, (2) jenis-jenis kejutan budaya dan (3) gaya hidup seharian. Pada bahagian
ini, subjek kajian akan disebut sebagai informan.
(i) Penghijrah awal
Masih singkatnya masa penghijrahan pada fasa ini, sekitar enam bulan, memberikan jawapan
ke atas soalan-soalan yang berkenaan dengan pengalaman masa persediaan sehingga awal
kedatangan ke budaya tamu. Motivasi seorang informan untuk berhijrah adalah dipengaruhi
oleh faktor dari dalam diri sendiri dan keluarga juga pihak lainnya seperti penaja kewangan.
Tidak jarang minat informan tidak sesuai dengan jenis pengajian yang mereka ambil kerana
adanya dorongan daripada keluarga.
Penaja kewangan yang memberikan pilihan jenis pendidikan yang terhad juga
mempengaruhi keputusan informan untuk berhijrah. Dari latar belakang motivasi
penghijrahan, tidak jarang bapa ibu yang berperanan dalam persediaan sebelum informan
berhijrah. Secara amnya persediaan yang dilakukan sebelum penghijrahan adalah bersifat
material sahaja seperti baju, makanan dan buku-buku. Sementara persediaan pada diri masing-
masing informan
Persediaan yang terhad dari masing-masing informan memberi kesan ke atas
kepelbagaian cabaran yang diperoleh. Kejutan budaya wujud dalam kehidupan seharian
seperti kejutan bahasa, makanan, sistem pendidikan dan norma seharian. Sebelum berhijrah,
mereka mengakui adanya anggapan bahawa Bahasa Indonesia mirip dengan Bahasa Melayu
Malaysia, namun mereka lupa bahawa ada Bahasa tempatan yang wujud dan ternyata menjadi
salah satu cabaran ketika informan mesti berinteraksi dengan masyarakat. Mereka bukan
hanya tidak faham dengan perkataan yang ada, namun juga terjadi kesalah fahaman dalam
penggunaan beberapa kata dalam perbincangan sehari-hari.
Beberapa dari informan yang beretnik Cina memilih untuk tetap berkomunikasi
dengan informan dari negaranya sahaja. Penggunaan Bahasa Inggeris lebih dipilih berbanding
menggunakan bahasa Melayu Malaysia apatah lagi mempelajari bahasa tempatan. Informan
beretnik India pula cenderung masuk dalam kumpulan yang telah dibentuk oleh kakak tingkat
mereka. Ketika pertama kali datang, mereka sudah mendapatkan senarai kegiatan yang akan
dilaksanakan sempena penyambutan mereka.
Jenis makanan yang berbeza juga menyebabkan mereka hingga tidak boleh memakan
makanan yang tersedia. Banyak daripada informan yang merasa teruja kali pertama mereka
Adaptasi Antarabudaya: Penghijrahan Pelajar Malaysia ke Indonesia. Disediakan untuk Seminar MENTION 2009
tiba sehingga mereka mencuba pelbagai makanan yang tersedia. Banyak daripada mereka
yang mengidap penyakit kerana pemakanan mereka yang tidak terjaga. Cabaran lainnya
dirasakan oleh informan yang memakan jenis makanan vegetarian, mereka mengalami
kesukaran untuk menemukan jenis makanan seperti itu. Beberapa daripada informan mengaku
mengalami penurunan berat badan bahkan sehingga 10 kg pada bulan-bulan pertama
penghijrahan.
Perbezaan sistem pelajaran antara sekolah mereka di negara asalnya dengan sistem
pelajaran di negara tamu menjadi cabaran tersendiri. Penggunaan bahasa yang tidak
sepenuhnya Bahasa Inggeris, penjadualan perkuliahan yang padat, tutorial dan latihan
kemahiran di dalam makmal memaksa mereka untuk belajar lebih giat berbanding yang biasa
mereka lakukan. Ada beberapa daripada informan mengatakan sangat takut terhadap ujian-
ujian pada akhir semester kerana berbentuk ujian lisan. Tidak jarang mereka mengorbankan
waktu istirahat dan mempergunakannya untuk belajar lebih.
Meskipun informan mengalami pelbagai cabaran pada masa penghijrahan awalnya,
namun tidak semua jangkaan yang mereka bayangkan wujud. Rasa teruja satu demi satu
dipatahkan oleh kehampaan yang ada. Jarak tempat belajar yang jauh dan kawasan tempat
tinggal yang dirasa kurang selesa mematahkan jangkaan mereka yang berharap akan tinggal di
tengah-tengah bandar besar. Perasaan ingin kembali ke negara sendiri sempat mewarnai masa
awal kedatangan mereka.
Walau bagaimanapun, tidak semua jangkaan menjadi satu bentuk kekecewaan pada
penghijrahan. Beberapa hal yang tidak disangka-sangka malahan wujud dan memberikan
kesan yang luar biasa. Tempat tinggal yang selesa dan mewah membuat mereka merasa
seperti berada di rumah sendiri. Ditempatkannya pelajar antarabangsa dalam satu kawasan
memberikan kesan selesa kerana berada di persekitaran orang-orang setanah air. Masa awal
penghijrahan diakui sebagai masa yang berat bagi mereka. Tempat tinggal yang saling
berdekatan dengan rakan satu negara boleh membantu meringankan perasaan tersebut.
Selain tempat tinggal, nilai mata wang Indonesia yang lebih rendah menyebabkan
barangan dijual murah. Banyaknya pusat membeli belah memberikan kesan seronok dan
menjadi satu pusat penghilang rasa penat setelah satu minggu belajar dan beraktiviti.
Mengunjungi pusat membeli belah dan pusat hiburan menjadi kegiatan yang kerap dilakukan
setiap akhir pekan. Selain daripada itu, tempat pelancongan juga menjadi tujuan mereka pada
masa cuti semester.
Beberapa daripada informan yang memilih untuk tidak pulang ke tanah air kerana
masa cuti yang pendek, sebagai gantinya masa lapang itu dipergunakan untuk mengunjungi
kawasan bersejarah dan tempat-tempat menarik lainnya. Namun, banyak juga daripada
informan yang ada akan memutuskan pulang kampung sesingkat apapun masa cuti mereka.
Dari peserta temubual, informan perempuan lebih kerap pulang ke tanah air berbanding
informan lelaki. Masa cuti yang singkat sentiasa dimanfaatkan untuk melepas rindu dengan
keluarga dan kawan-kawan di negara sendiri. Dua sampai tiga hari merupakan hari-hari emas
bagi mereka untuk dapat merasakan hawa kampung halaman.
Kedekatan informan dengan kampung halaman sentiasa dijaga dengan kerapnya
mereka berkomunikasi dengan keluarga, kawan-kawan dan mencari tahu berita-berita dalam
negeri sendiri. Media internet sangat membantu mereka untuk dapat akses berita dan media ini
juga menawarkan kemudahan berkomunikasi dengan kos yang rendah. Minat informan
terhadap berita negeri sendiri tidak sebanding dengan minat mereka dengan berita tempatan.
Banyaknya interaksi dengan negara sendiri, walaupun hanya secara virtual, namun ia boleh
membantu mengatasi perasaan tidak selesa selama proses penyesuaian diri informan.
Adaptasi Antarabudaya: Penghijrahan Pelajar Malaysia ke Indonesia. Disediakan untuk Seminar MENTION 2009
(ii) Penghijrah berpengalaman
Pengalaman yang dialami informan tahun akhir pada masa awal penghijrahan mereka tidak
banyak berbeza dengan pelajar tahun satu (penghijrah awal). Motivasi dan pengalaman masa
awal mereka berhijrah pun lebih kurang sama. Mereka mengeluh mengenai jenis makanan
yang berbeza, cuaca yang terlampau sejuk, lokasi tempat belajar yang jauh dari pusat
keramaian, dan bahasa yang dipergunakan dipersekitaran menjadi cabaran pada masa awal
kedatangan mereka.
Faktor sosio-ekonomi dan latar belakang budaya menjadi pertimbangan penghijrah
ketika memutuskan untuk datang ke Indonesia. Banyaknya jumlah penduduk beragama Islam
di Provinsi Jawa Barat memberikan nilai positif bagi mereka untuk dapat sentiasa beribadah
dengan selesa selama penghijrahan. Ada beberapa ibu bapa yang mengambil berat masalah
pelaksanaan ibadah sebagai salah satu pertimbangan kerana ada beberapa kawasan di negara
tamunya memiliki jumlah penganut Islam yang lebih sedikit.
Pada pengalaman penghijrah berpengalaman, jumlah pelajar Malaysia pada masa
kedatangan mereka, sekira lima tahun lalu, tidaklah sebanyak sekarang. Selain daripada itu,
belum ada kelas yang khas disediakan bagi pelajar antarabangsa sehingga mereka mesti
masuk dalam kelas regular bersama dengan pelajar tempatan serta menggunakan Bahasa
Indonesia sebagai bahasa keseharian.
Selain daripada bahasa penghantar, sistem belajar-mengajar yang digunakan di fakulti
tempat mereka belajar berbeza dengan yang ada di negaranya. Pengalaman yang berbeza ini
memberikan kesan ke atas pengalaman penghijrahan mereka yang lebih berat berbanding
pengalaman penghijrah awal. Interaksi dengan pelajar dan penduduk tempatan yang lebih
lebih kerap membuat mereka harus dapat menyesuaikan diri lebih cepat.
Ketika masa pertama mereka menapakkan kaki di tempat penghijrahannya, belum ada
kawasan tempat tinggal bagi pelajar antarabangsa seperti sekarang. Para pelajar mesti mencari
tempat tinggal di luar kawasan kampus. Biasanya mereka dibantu oleh pihak kerajaan ataupun
ejen pendidikan yang menghantar mereka datang berhijrah. Namun, dari pengalaman seharian
informan diketahui bahawa polarisasi etnik masih lagi wujud.
Informan dengan etnik yang sama didapati masih lagi bergaul sesamanya serta
membentuk satu kumpulan dalam kehidupan seharian. Mereka cenderung akan tinggal dalam
kawasan yang berdekatan dan mencari kawan serumah yang berasal dari negaranya. Namun
ada juga informan yang lebih memilih untuk bergaul dengan pelajar tempatan berbanding
dengan pelajar dari negeri sendiri sehingga perkongsian maklumat dan pengalaman lebih
banyak terjadi.
Interaksi dengan penduduk tempatan juga memberikan pengalaman tersendiri bagi
informan. Penggunaan bahasa daerah tempatan menjadi satu kesukaran tersendiri apabila
mereka harus berinteraksi dengan masyarakat untuk melaksanakan tugasan perkuliahan.
Namun bantuan dari persekitaran memberikan sedikit keringanan terhadap beban yang dirasa
pada masa awal mereka berhijrah. Memahami norma-norma tempatan bukan hal yang mudah
namun juga bukan satu kesukaran yang bererti ketika dengan mudahnya komunikasi dapat
dijalankan.
Media didapati menjadi alat bantu proses adaptasi mereka. Internet dan akhbar
menjadi pilihan informan pada kumpulan ini untuk mendapatkan maklumat tempatan dan luar
negara. Kemudahan yang ditawarkan dalam media internet banyak dimanfaatkan. Situs
pertemanan, messenger dan lain sebagainya menjadi tren diantara mereka. Ketika memerlukan
sesuatu maklumat mengenai budaya tempatan, mereka hanya menekan butang dan
Adaptasi Antarabudaya: Penghijrahan Pelajar Malaysia ke Indonesia. Disediakan untuk Seminar MENTION 2009
mendapatkan semua yang mereka perlukan melalui laman internet. Selain daripada itu, media
ini juga mendekatkan jarak informan dengan negara asalnya dengan semakin mudahnya
berinteraksi dengan keluarga dan kawan-kawan di kampung halaman.
Diakui para informan bahawa tiga bulan pertama masa penghijrahan merupakan masa
tersukar bagi mereka. Banyak hal mesti dipelajari dalam masa yang singkat, dan dalam masa
bersamaan pula mereka mesti memulai pelbagai aktiviti pada peringkat universiti. Namun
cabaran-cabaran yang ada dirasa mulai berkurang ketika memasuki bulan keenam masa
penghijrahan mereka. Para informan mulai boleh menggunakan bahasa tempatan secara
sederhana, boleh dengan bebas memilih makanan yang sekarang telah menjadi kegemaran
serta rasa rindu terhadap kampung halaman mulai berkurangan.
Informan dalam kategori penghijrah berpengalaman ini telah melalui proses
pembudayaan yang berbeza-beza antara satu dengan yang lain. Pengalaman menetap di negara
tamu memberikan kesempatan bagi mereka untuk belajar dan sentiasa mengamalkan budaya
dan kebiasaan yang ada. Masa mereka berhijrah yang sudah memasuki tahun keenam
memberikan banyak pengalaman dan pelajaran kedalam hidup mereka.
Pengalaman ini memberikan kesan ke atas pengalaman ketika mereka kembali ke
negara asal. Pada masa bercuti di negara sendiri, mereka mendapati bahawa penyesuaian diri
semula dengan bahasa negara sendiri perlu dilakukan. Pemberian label panggilan kepada
orang mesti disesuaikan lagi, begitu juga kesediaan untuk memakan makanan sesuai dengan
rasa tempatan. Mereka mengakui bahawa tiga hari pertama kepulangan mereka ke negara asal
menjadi masa-masa bagi mereka untuk beradaptasi kembali dengan budayanya.
Perbincangan
Dalam hal jarak budaya dapat diandaikan bahawa ketika dua budaya yang berasal dari
dimensi dan konteks yang sama bertemu maka kecenderungan terjadinya kejutan budaya pada
pertembungan itu adalah kecil. Hal ini disebabkan minimumnya jarak antara kedua-dua
budaya dan diandaikan bahawa unsur di dalamnya adalah sama. Namun kajian kali ini
mendapati fakta yang sebaliknya bahawa penghijrah dari Malaysia yang merupakan negara
kolektivisme pada hakikatnya masih mengalami kejutan dalam penghijrahannya ke Indonesia
walaupun memiliki latar belakang budaya serupa.
Kajian yang dibangunkan dengan bantuan kerangka pemikiran Young (1988)
mengenai fenomena adaptasi dan bagaimana budaya seseorang dan persekitaran boleh
membantu seseorang dalam beradaptasi menunjukkan bahawa andaian di atas tidak selalu
benar. Melihat pada rajah stress-adaptation-growth dynamic of adaptive transformation yang
dikemukakannya membantu kajian ini untuk mengesan bahawa pengalaman keseharian
pelajar sentiasa mengalami peningkatan selama masa penghijrahan mereka. Naik turunnya
perasaan teruja dan tertekan sentiasa wujud ketika menemukan sesuatu hal baru yang tidak
dijangka sebelumnya.
Wujudnya rasa kecewa dan tertekan pada awal tempoh penghijrahan pelajar
menempatkan mereka pada posisi terendah pada tingkat pengalaman adaptasinya. Jangkaan
yang tidak wujud, kejutan budaya yang tidak dijangka sebelumnya dan jangkaan lain yang
tidak terpenuhi, belum lagi cabaran dalam berbahasa, bersikap, pemakanan dan termasuk
pendidikan, memberikan kesan pada rasa tertekan kepada sebahagian besar pelajar. Wujud
rasa tertekan yang meningkat setiap harinya disebabkan banyaknya cabaran-cabaran yang
bermunculan seperti makanan, bahasa dan bahkan hubungan sosial. Stereotaip terhadap
sesuatu budaya tidak dapat dielakkan ketika berada pada budaya tamu. Kecenderungan
membandingkan budaya yang ada dengan budaya sendiri dapat terjadi dalam kehidupan
seharian. Persediaan yang kurang memenuhi standar keperluan seorang penghijrah
Adaptasi Antarabudaya: Penghijrahan Pelajar Malaysia ke Indonesia. Disediakan untuk Seminar MENTION 2009
Merujuk pada pola adaptasi lekuk–U yang dikemukakan Lysgaard (1955), disokong
pula dengan transformasi adaptasi yang dikemukakan Young sebelumnya, didapati bahawa
pengalaman adaptasi pelajar Malaysia ini menyerupai lekuk-U tersebut. Pada awal
penghijrahan mereka merasa selesa dengan persekitarannya, namun semua jangkaan yang
semula pernah ada berkecai dengan adanya pelbagai hal yang tidak disangka-sangka.. Rajah di
bawah ini menggambarkan pola pengalaman adaptasi pelajar selama beberapa tahun berhijrah:
Rajah 2 Pola Adaptasi Lekuk-U (Lysgaard 1955)
Berdasarkan pada pandangan Lysgaard mengenai model pola adaptasinya, pengalaman yang
dirasakan penghijrah menurunkan keghairahan untuk dapat beradaptasi dan menghapuskan
jangkaan serta harapan yang sudah dibangun, begitu pula yang dialami pelajar pada kajian ini.
Hal ini mewujudkan satu kekerapan komunikasi yang tinggi dengan negara sendiri. Untuk
proses penyembuhan diri dari rasa kecewa, rindu dengan kampung halaman serta mengatasi
kegelisahan dalam penghijrahan, kekerapan pulang ke negara sendiri dapat membantu
informan secara psikologis.
Jika melihat adaptasi antarabudaya yang berlangsung pada pengalaman pelajar ini,
terlalu banyak waktu yang dibuang untuk pelaksanaan proses penyesuaian diri. Kekerapan
yang tinggi dalam berhubungan dengan budaya sendiri akan mengehadkan kekerapan
seseorang dalam berinteraksi dengan budaya tamu. Tidak banyak pelajaran yang boleh
diambil dan diamalkan selama tempoh penghijrahannya kerana selalu terdapat peluang untuk
seseorang itu kembali ke budaya asalnya. Oleh sebab itu, pembudayaan pada diri pelajar akan
berlaku sangat perlahan bahkan mungkin tidak akan terjadi pembudayaan sama sekali. Hal ini
juga memberi kesan ke atas rendahnya tingkat komunikasi sosial pelajar dengan masyarakat
sekitar.
Dengan peredaran masa dan berkembangnya pengetahuan mengenai negara
hijrahannya, semangat untuk belajar dan menyesuaikan diri semakin meningkat. Hal ini
memperlihatkan bahawa ketika lekuk mulai bergerak naik dari titik paling rendah. Pelajar
mulai menemui pola hidup yang dianggap selesa seperti memiliki kegiatan yang
menyenangkan untuk dilakukan dan menyertai kumpulan sendiri dalam bergaul,
kecenderungan pergaulan mereka adalah dengan rakan senegara.
Pergaulan pelajar yang sentiasa memilih berkumpulan dengan sesama pelajar
bermaksud untuk penemuan rasa selesa ketika bertemu dan berkongsi pelbagai hal dengan
Adaptasi Antarabudaya: Penghijrahan Pelajar Malaysia ke Indonesia. Disediakan untuk Seminar MENTION 2009
orang yang memiliki nasib yang, dianggap, sama, sehingga diharapkan boleh saling
memahami. Selain daripada itu, kecenderungan untuk hidup dalam lingkungan sendiri adalah
untuk meringankan dan mengurangi jumlah kejutan budaya yang mungkin terjadi, dengan
begitu, norma-norma budayanya masih dapat kekal diamalkan dalam kehidupan seharian.
Hubungan sosial pelajar terbentuk dengan kecenderungan berada dalam satu lingkungan
perkawanan, sesama pelajar.
Kajian ini juga mendapati bahawa polarisasi etnik masih terbentuk dalam
penghijrahan pelajar, secara khas. Bukan saja bergaul dengan kawan sesama penghijrah,
namun lebih kecil lagi yaitu dengan kawan dengan etnik yang sama. Kesukaran berbahasa
bagi kaum Cina dan kesukaran bergaul serta beradaptasi dengan makanan yang ada bagi kaum
India memberikan peluang pada mereka untuk cenderung bergaul dengan rakan sesama etnik.
Hal ini bernilai positif bagi mengurangi rasa kecewa dan tidak selesa, namun dari sesi lain,
keadaan ini akan memperlambat proses pembudayaan bagi seorang penghijrah. Kadar
hubungan sosial dengan masyarakat tempatan menjadi berkurang dengan sendirinya.
Jika dilihat secara keseluruhan, interaksi komunikasi peribadi hanya cenderung berada
pada satu lingkungan, sesama penghijrah. Komunikasi secara sosial dengan persekitaran dan
budaya tamu cenderung lambat. Namun, penggunaan media menjadi alternatif pemenuhan
keperluan komunikasi sosial pelajar. Hubungan sosial secara virtual dipertahankan dan
bahkan berkembang seiring berkembangnya teknologi.
Media memiliki peranan yang sangat bermakna dalam putaran maklumat berkenaan
dengan persediaan penghijrahan, seperti internet atau akhbar. Internet memudahkan seseorang
untuk mengetahui keadaan sesebuah kawasan di bahagian dunia lain manapun hanya dengan
sekali menekan butang. Namun tidak semua orang akan memanfaatkan media secara langsung
untuk mengumpulkan maklumat, hal ini mungkin disebabkan maklumat yang didapati dari
media hanya bersifat satu hala, tidak boleh memberi maklum balas ketika seseorang sedang
melayari internet.
Penggunaan media oleh pelajar memiliki kecenderungan untuk mengetahui lebih
banyak berita yang terjadi di negara sendiri serta mengabaikan apapun yang berlaku di
tempatnya berhijrah. Hal ini baik setidak-tidaknya membantu pelajar mengatasi rasa tertekan
dalam penghijrahan, namun dari aspek lain yang boleh dilihat adalah semakin sedikitnya
kemesraan pelajar dengan budaya tempatan. Keadaan ini akan juga melambatkan
pembudayaan dalam diri pelajar tersebut. Walau bagaimanapun, pembudayaan akan tetap ada
namun kadarnya adalah berbeza.
Dalam penghijrahan yang mengambil masa lebih kurang daripada lima tahun,
pembudayaan dan pembelajaran budaya tempatan tidak akan sepenuhnya wujud jika
penghayatan pelajar dengan budaya sendiri dan budaya tempatan adalah sama. Peluang untuk
lebih sering berinteraksi dengan budaya asalnya menjadi satu hambatan tersendiri bagi
mewujudkan pembudayaan yang mantap.
Keterbatasan Kajian
Seperti juga banyak kajian yang telah dilakukan, kajian ini hanya menyoroti pengalaman
pelajar selama masa penghijrahannya di negara tetangga. Skop kajian yang cenderung kecil
dikeranakan masa yang suntuk sehingga jumlah subjek dalam kajian menjadi terhad. Walau
bagaimanapun, keterbatasan ini boleh dikembangkan pada kajian mendatang dengan
penambahbaikan dengan penggunaan kaedah lainnya untuk dapat menjangka kemahiran
penghijrah dalam berkomunikasi dan beradaptasi.
Adaptasi Antarabudaya: Penghijrahan Pelajar Malaysia ke Indonesia. Disediakan untuk Seminar MENTION 2009
Rumusan
Dapatan kajian secara amnya menyokong bentuk model yang dikemukakan oleh para sarjana
berkenaan dengan pola komunikasi dan adaptasi penghijrah. Pengalaman yang naik dan turun
wujud pada pernyataan masing-masing informan dalam kajian. Pengaruh dari dalam diri dan
pihak luar, persekitaran, memberi cabaran tersendiri selama proses penyesuaian diri ini.
Penyesuaian diri terhadap persekitaran, makanan, bahasa, adat dan budaya dilakukan secara
sengaja yang disedari atau tanpa disedari. Adanya penambahan elemen budaya baru pada diri
seorang penghijrah merupakan kesan dari adanya proses adaptasi yang berlangsung selama
bertahun-tahun, hal ini wujud ketika mereka pulang ke negaranya. Persediaan seseorang
mempengaruhi pengalaman penghijrahan yang akan dirasakannya dengan wujudnya jangkaan
semasa akan berhijrah. Adaptasi yang berlangsung dengan mengikuti pola Lekuk-U wujud
pada kajian ini dengan hanya mengehadkan kajian selama tempoh penghijrahan pelajar sahaja.
Kehidupan berkelompok dalam bentuk polarisasi etnik pada penghijrah tetap wujud selama
tempoh penghijrahan. Dalam setiap penghijrahan diperlukan komunikasi yang dilakukan oleh
setiap pelakunya untuk dapat berinteraksi dengan persekitaran. Wujud adaptasi seseorang
tidak terlepas daripada komunikasi yang berlangsung untuk dapat “berdamai” dengan segala
perbezaan yang ada dalam setiap penghijrahan. Kajian ini mendapati bahawa dalam setiap
penghijrahan akan wujud kejutan budaya, tidak kira apapun latar belakang budayanya.
Adaptasi Antarabudaya: Penghijrahan Pelajar Malaysia ke Indonesia. Disediakan untuk Seminar MENTION 2009
Rujukan
Gudykunst, W. B & Young Yun Kim. 1997. Communicating With Strangers. Boston:
Mc.Graw-Hill.
Hall, E. T. 1976. Beyond culture. Garden City, New York: Anchor Press.
http://www.prn2.usm.my/mainsite/berita/2007/november07.html [6 September 2009]
http://blogmoh.moh.gov.my [6 September 2009]
http://www.bernama.com/bernama/ [6 September 2009]
http://www.thestar.com.my/ [20 Ogos 2008]
Hofstede, G. 1984. Culture’s Consequences International Differences in Work-related values.
United States of America: Sage Publication.
Langley, Crolyn. S & Breese, Jeffrey. R. 2005. Interacting sojourners: A study of students
studying abroad. The Social Science Journal. Elsevier, Inc.
Lysgaard, S. (1955). Adjustment in Foreign Society: Norwegian Fulbright grantees visiting
the United States. International Social Science Bulletin ,7, 45-51.
Neuman, L. W. 2003. Social research method qualitative and quantitative approaches.
Pearson education, inc.
Nicholson, M. W. Ed.D. 2001. Adaptation of Asian Students to American Culture. Indiana
University South Bend.
Pawito. 2007. Penelitian Komunikasi Kualitatif. LKiS. Yogyakarta.
Times Higher Education. http://www.timeshighereducation.co.uk/story [ January 2009]
Young, Y. K. 1998a. Communication and acculturation. Dlm. Samovar, L.A. & Porter, R.E.
(penyt.). Intercultural Communication: A reader. 344-354. Belmont, California:
Wadsworth, Inc.
Young, Y. K. 1988b. Communication and Cross-cultural Adaptation: an Integrative Theory.
England: Multilingual Matters Ltd.