UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN
HUBUNGAN ETNIK UHS 1152 (2009)
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
Ahli kumpulan:
Mohd Zulfadly bin Othman AP 060110 870309-12-5063
Muhamad Afzamiman bin Aripin AP 060112 871114-04-5041
Wan Zulkhairi bin Zakaria AP 060290 870203-03-5035
Zulhilmi bin Harman AP 060304 871008-08-6413
Akhmal Annas bin Hasmori AP 060008 870107-23-5467
Ismail Sabri bin Norihan AP 060559 870410-10-5251
Pensyarah : Pn. Hamidah bte Abd Rahman (K)
KANDUNGAN
Penghargaan
Objektif
1.0 PENGENALAN
1.1 Islam dan Perlembagaan
2.0 KONSEP PERLEMBAGAAN
2.1 Konsep Umum.
2.2 Jenis-jenis Perlembagaan
3.0 SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
3.1 Malayan Union
3.2 Persekutuan Tanah Melayu
3.3 Sistem Ahli
3.4 Rundingan London
3.5 Suruhanjaya Reid
4.0 STRUKTUR DAN KANDUNGAN UMUM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
4.1 Pengenalan Umum
4.2 Ciri-ciri Perlembagaan Malaysia
4.3 Struktur dan Kandungan Perlembagaan Malaysia
5.0 UNSUR-UNSUR TRADISI PERLEMBAGAAN DAN KONTRAK SOSIAL
5.1 Bahasa Melayu
5.1.1 Rasional Perkara 152
5.2 Agama Islam
5.2.1 Rasional Perkara 3
5.3 Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
5.4 Rasional Perkara 153
5.4.1 Perkhidmatan Awam
5.4.2 Ekonomi
5.4.3 Pendidikan
6.0 KESIMPULAN
Apendiks
Bibilografi
PENGHARGAAN Alhamdulillah,
Bersyukur kami kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin dan hidayah petunjuk dariNya
dapat juga kami menyiapkan tugasan yang diberikan ini dalam tempoh yang telah
ditetapkan.
Tidak lupa juga kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami,
Puan Hamidah Bte Abdul Rahman yang telah banyak bertungkus lumus untuk
memberikan tunjuk ajar serta teguran dan kritikan yang membina kepada kami dalam
usaha kami untuk menghasilkan kerja yang berkualiti di samping menepati criteria yang
telah ditetapkan.
Sepanjang kami menyiapkan laporan ini, kami juga ingin menyampaikan setinggi-tinggi
penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan kami yang telah banyak membantu serta
memberikan idea-idea yang bernas kepada kami. Jasa baik dan keikhlasan mereka amat
saya hargai.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberikan semangat
dan dorongan serta doa yang tidak putus-putus untuk memudahkan kami menjalani
kehidupan gaya universiti yang semakin hari semakin mencabar ini.
Akhir kata, sekali lagi kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang
terlibat dalam proses untuk kami menyiapkan tugasan yang sangat mencabar ini. Sekian,
Wassalam.
OBJEKTIF
1. Untuk memenuhi dan menepati keperluan yang telah ditetapkan dalam kursus ini.
2. Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang Perlembagaan Negara dalam
konteks Hubungan Etnik.
3. Untuk meransang minda pembaca dalam menghayati matlamat dan objektif sesuatu
perlembagaan itu diwujudkan.
4. Untuk membentuk generasi muda yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani, serta yang produktif dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan
Negara.
5. Untuk mengukuhkan hubungan di antara pelbagai etnik di Negara dengan memahami
dengan lebih mendalam tentang latar belakang sejarah Perlembagaan Negara.
1.0 PENGENALAN
Malaysia sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan terdiri daripada
pelbagai kaum, begitu beriltizam ke arah mewujudkan sebuah negara yang harmoni
mempunyai semangat perpaduan yang mantap dan ikatan integrasi yang erat antara kaum
dan wilayah. Ini penting bagi menjamin kelangsungan negara Malaysia sebagai sesebuah
Negara yang berbilang kaum dan mempunyai wilayah yang terpisah dengan negeri-
negeri.
Perkara-perkara yang dianggap mengutungkan orang Melayu dalam
Perlembagaan Malaysia diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi kelebihan
kepada kaum bukan bumiputera. Perkara yang menetapkan Islam sebagai agama bagi
persekutuan dimbangi dengan peruntukan kebebasan bagi setiaprakyat untuk menganut
dan mengamalkan apa-apa agama dalam suasana aman dan harmoni. Kerajaan juga telah
menetapkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak
diimbangi dengan memperuntukkan bahawa kerajaan tidak boleh melucut, menarik balik
atau menyebabkan hak kaum lain terhakis.
1.1 Islam dan Perlembagaan
Kududukan Islam di Malaysia sebagai agama rasmi menjadikan aspek hukum dan
peraturan Islam menjadi sesuatu yang penting dalam perangkaan Perlembagaan Malaysia.
Namun, disebabkan kepelbagaian bangsa dan etnik, perlembagaan Malaysia telah digubal
supaya sesuai dan praktikal diperuntukkan kepada setiap anggota masyarakat Malaysia.
Perkara ini meyebabkan tidak semua hukum dan peraturan Islam dipraktikkan dalam
Perlembagaan Malaysia.
Terlebih dahulu, secara umumnya, Perlembagaan Islam perlulah mempunyai
empat unsur utama yang menjadi sumber rujukan iaitu al-Quran, as-Sunnah, amalan
Khulafah al-Rasyidin dan pendapat golongan mujtahid (menurut al Maududi). Antara
contoh perlembagaan yang bertunjangkan Islam yang terbaik ialah Perlembagaan
Madinah yang diasaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W pada tahun 622M. Dalam
Perlembagaan Madinah, Nabi Muhammad telah merangka satu sahifa atau perlembagaan
yang terdiri daripada 47 fasal yang meliputi segala keperluan negara Islam.
Walaupun penduduk Madinah terdiri daripada golongan orang Yahudi yang
bukan beragama Islam, namun perlembagaan ini telah meletakkan Allah dan Rasul
sebagai rujukan utama dalam semua perkara. Hasilnya, Perlembagaan Madinah yang
merupakan perlembagaan bertulis pertama dunia telah membuktikan bahawa satu
persekutuan orang Islam dan bukan Islam mampu dibentuk dengan sempurna melalui
tujuan-tujuan dan kepentingan politik bersama.
2.0 KONSEP PERLEMBAGAAN
2.1 Konsep Secara Umum
Perlembagaan sesebuah organisasi atau negara menjelaskan bentuknya,
strukturnya, aktiviti-aktivitinya, sifat-sifatnya dan peraturan-peraturannya yang utama.
Perkataan ini berasal dari perkataan Latin “constitutio” yang bermaksud undang-undang
penting, yang biasanya dikeluarkan oleh seorang Maharaja, dan digunakan secara meluas
dalam penggubalan undang-undang berkanun iaitu keputusan relevan untuk ketua agama
iaitu Paus.1
Manakala makna lain perlembagaan mengikut terma Latin pula “ultra vires”
merujuk kepada segala aktiviti yang terkeluar dari skop aktiviti yang dibenarkan oleh
perlembagaan organisasi tersebut. Contohnya, sebuah kesatuan pelajar mungkin ditegah
dari terlibat dengan aktiviti yang tidak berkaitan dengan hal ehwal pelajar. Sekiranya
kesatuan ini masih melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak berkaitan dengan pelajar,
aktivitinya boleh dianggap sebagai 'ultra vires'. Satu contoh lagi ialah undang-undang
negeri. Jika perlembagaan negara menetapkan bahawa kerajaan negeri tidak berkuasa
atas hal-hal perbankan, sebarang undang-undang negeri yang melibatkan bank boleh
dianggap sebagai termansuh atau "ultra vires" oleh Mahkamah Persekutuan atau
Mahkamah Perlembagaan.
Secara umum, perlembagaan merupakan dasar atau formula yang menyatakan
bagaimana kuasa-kuasa awam di sesebuah negara dipertanggungjawabkan. Dari sudut
yang lain perlembagaan juga boleh dikatakan sebagai prinsip-prinsip asas yang
merangkumi nilai-nilai yang utama bagi sesebuah negara dan masyarakat. Perlembagaan
yang merupakan tulang belakang biasanya muncul serentak dengan pembentukan
sesebuah negara. Menurut Abdul Aziz Bari, perkara ini berpunca daripada pengalaman
pahit; sesuatu yang cuba dielakkan dalam rejim baru yang hendak dibentuk melalui
1 http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan
perlembagaan itu (Abdul Aziz 2001:3). Perkara inilah yang berlaku Perancis selepas
revolusi pada tahun 1789, perang kemerdekaan di Amerika Syarikat pada tahun 1776
atau kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Bagi sesebuah negara
yang berdaulat, perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dan setiap orang perlu
mematuhi keluhurannya. Kewujudannya adalah sebagai panduan mengatur dan
menyelaras pemerintahan di samping berperanan sebagai panduan atau rujukan kepada
pementukan undang-undang sesebuah negara.
Secara ringkasnya, maksud dan konsep perlembagaan adalah sesuatu yang relatif
mengikut bangsa dan negara kerana dasar-dasar penjajah dan proses-proses untuk setiap
negara mencapai kemerdekaan adalah berbeza. Sebagai buktiya, sejarah ada
menunjukkan bahawa kemunculan perlembagaan seiring dengan kebangkitan rakyat. Ini
dapat dilihat seperti yang pernah berlaku di Perancis, Amerika Syarikat atau negara-
negara yang dahulunya pernah dijajah seperti India dan Indonesia. Terdapat juga
keadaan-keadaan yang menyebabkan persepsi atau tanggapan terhadap konsep
perlembagaan berubah seperti apabila kemunculan perlembagaan tersebut tidak didorong
oleh demokrasi atau dikanunkan oleh seseorang berfahaman feudal atau diktator (Abdul
Aziz 2001:6)
2.2 Jenis-jenis Perlembagaan
Secara amnya, perlembagan boleh dikategorikan kepada dua iaitu perlembagaan
bertulis dan perlembagaan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis merupakan
perlembagaan yang terkumpul atau dikanunkan dalam sesebuah dokumen. Kebanyakan
negara-negara di dunia pada masa kini mempunyai perlembagaan dalam bentuk bertulis
iaitu terkandung dalam satu dokumen yang khusus. Hanya United Kingdom, Israel dan
New Zealand yang mempunyai perlembagaan yang tidak bertulis (Abdul Aziz 5:2001).
Manakala perlembagaan tidak bertulis pula adalah perlembagaan yang tidak
dikanunkan dalam dokumen. Biasanya perlembagaan yang tidak bertulis melibatkan
perkara-perkara yang tidak memerlukan penjelasan yang terperinci. Sebagai contoh, di
Malaysia kebanyakan hukum-hukum Islam tidak diperincikan di dalam perlembagaan
kerana kesemua hukum dan peraturan Islam telah lengkap dinyatakan di dalam Al Quran.
Contoh lain adalah seperti dalam Perlembagaan United Kingdom di mana prinsip-
prinsipnya bertaburan dalam Akta Parlimen, piagam, konvensyen, adat dan amalan
perlembagaan.
Jika dilihat daripada sudut yang lain, perlembagaan bertulis juga mengandungi
unsur-unsur tidak bertulis. Sebagai contoh, dalam Perlembagaan Persekutuan, walaupun
ada menyatakan pembentukan Kabinet, tetapi Perlemagaan tidak menyebut secara
terperinci setiap aspek tugas setiap tugas dan kuasa para negeri.
3.0 SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Perlembagaan Malaysia mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Perlembagaan
Malaysia banyak dipengaruhi oleh siri sejarah Malaysia di mana banyak liku dan cabaran
terpaksa dihadapi oleh pejuang dan pemimpin terdahulu. Merujuk pada fakta sejarah,
selama 446 tahun, golongan penjajah yang silih berganti seperti Portugis, Belanda dan
Inggeris serta Siam dan Jepun pernah menjadikan negeri- negeri Melayu sebagai tanah
jajahan mereka. Keadaan ini membawa kepada kebangkitan orang Melayu yang bangkit
menentang penjajah dan bersatu untuk membebaskan negeri-negeri Melayu dari
cengkaman kuasa penjajah. Nama-nama seperti Dato’ Maharaja Lela, Dol Said, Mat
Kilau, Tok Gajah, dan lain-lain lagi merupakan nama yang tidak asing lagi dalam
perjuangan berdarah menentang penjajah.
Kebangkitan orang Melayu dalam menentang penjajahan turut digerakkan
melalui semangat kebangsaan. Pada awal abad ke 20, muncul intelek-intelek Melayu
yang menyedari betapa perjuangan menuntut kemerdekaan bukan hanya melalui senjata
tetapi boleh juga dilakukan melalui rundingan. Pada waktu tersebut, pertubuhan-
pertubuhan seperti Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Selangor, Kesatuan
Melayu Muda dan media massa seperti Utusan Melayu, Majlis adalah medium bagi
gerakan menentang penjajah. Tokoh-tokoh intelektual Melayu seperti Mohamad Eunos,
Ibrahim Haji Yaakob, Ahmad Boestamam, dan ramai lagi mendapat inspirasi daripada
gerakan kemerdekaan luar negeri, bangkit untuk menyedarkan orang Melayu agar bangun
menuntut kemerdekaan daripada penjajah.
Apabila Jepun menyerah kalah kepada Inggeris pada tahun 1945, perjuangan
menuntut kemerdekaan ini semakin membara di kalangan orang Melayu. Dalam tempoh
peralihan kuasa, Parti Komunis Malaya (PKM) telah menimbulkan kekacauan dan huru-
hara selama 14 hari. Dalam situasi tersebut, belaku pergaduhan di antara orang Melayu
dan PKM yang majoriti dianggotai oleh orang Cina. Keadaan itu menyebabkan Inggeris
memperkenalkan Pentadbiran Tentera British (British Military Administration-BMA) dan
seterusnya digantikan dengan Malayan Union (MU).
3.1 Malayan Union
Penubuhan Malayan Union telah diluluskan oleh Parlimen British pada 10
Oktober 1945 di mana Sir Harold MacMichael telah dilantik sebagai wakil kerajaan
British untuk mendapatkan tandatangan daripada Raja-Raja Melayu.
Sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan ialah;
1. Persediaan membentuk kerajaan sendiri.
2. Melahirkan pentadbiran yang licin.
3. Mengawal kuasa politik orang Melayu.
4. Menjimatkan kos pentadbiran melalui penyatuan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu, Negeri-Negeri Selat, dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
5. Membentuk bangsa Malayan Union.
Selepas Perang Dunia Kedua, Inggeris cuba memaksakan penubuhan gagasan
Malayan Union ke atas neger-negeri Melayu. Segala mekanisme undang-undang
berhubung dengan gagasan yang dikemukakan pada 1946 ini telah pun disempurnakan.
Di bawah gagasan ini Tanah Melayu akan diperintah oleh seorang Gabenor yang
bertanggungjawab terus ke Pejabat Tanah Jajahan di London.Abdul Aziz Bari.15:2001)
Ciri-ciri Malayan Union yang ingin diperkenalkan oleh British ialah;
1. Semua Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu, dan Negeri-Negeri Selat disatukan di bawah pemerintahan
Gabenor British. Gabenor British dibantu oleh Majlis Eksekutif, Majlis
Undangan, dan Majlis Raja-Raja Melayu.
2. Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.
3. Raja-Raja Melayu hilang kedaulatan kerana hanya berkuasa dan bersuara
dalam soal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.
4. Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas kerakyatan
Malayan Union
Jus soli merujuk pada kelayakan menjadi rakyat Malayan Union
kepada sesiapa yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura.
Mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas dan telah bermastautin
selama 10 hingga 15 tahun akan diberikan kerakyatan.
Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun yang merupakan anak
warganegara di atas, turut di beri kerakyatan.
Semua rakyat British daripada tanah jajahan takluknya boleh menjadi
rakyat Malayan Union.
Cadangan untuk memperkenalkan Malayan Union oleh Inggeris mendapat
pelbagai reaksi penduduk Tanah Melayu terutamanya orang Melayu. Malayan Union
mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu atas beberapa faktor-faktor iaitu;
1. Kuasa Raja-Raja Melayu jelas terhakis dalam urusan pentadbiran negeri dan
hanya berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu dan mengetuai
Majlis Penasihat Melayu.
2. Singapura diasingkan dari Malayan Union dan ia kekal sebagai tanah jajahan
Inggeris.
3. Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli iaitu penduduk asing yang
bermastautin lebih 10 tahun dan lahir selepas Malayan Union, menjadi
warganegara.
4. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk
peribumi tidak memiliki sebarang keistimewaan.
5. Orang Melayu membantah tindakan Sir Harold MacMichael yang memaksa dan
mengugutRaja-Raja Melayu bahawa baginda akan diturunkan daripada takhta
sekiranya enggan menerima Malayan Union.
Dengan gagasan itu, Raja-Raja Melayu tidak lagi mempunyai kedaulatan dan
orang-orang bukan Melayu akan diberi taraf yang sama dengan kaum peribumi. Inilah
yang membangkitkan tentangan di kalangan orang-orang Melayu(Abdul Aziz Bari.
15:2001).
Walaupun mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu, British tetap
mengisytiharkan Malayan Union pada 11 April 1946 dengan Sir Edward Gent dilantik
sebagai Gabenor yang pertama. Orang Melayu bertindak memulaukan majlis
pengisytiharan tersebut dan memaksa British membatalkan penubuhan Malayan Union
dan menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu.
3.2 Persekutuan Tanah Melayu
Susulan penentangan hebat dan berterusan daripada orang Melayu mengenai
Malayan Union, British bertindak membubarkan Malayan Union. British amat
memerlukan sokongan orang Melayu dalam penubuhan Malayan Union tetapi sebaliknya
yang berlaku. Seterusnya, British menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada bulan Julai 1946
yang terdiri daripada 4 wakil Raja-Raja Melayu, 2 wakil UMNO, dan 6 pegawai British.
Jawatankuasa ini dipertanggungjawabkan merangka satu bentuk perlembagaan yang
dapat diterima oleh orang Melayu. British juga menubuhkan Jawatankuasa Perundingan
pada bulan Disember 1947 yang terdiri daripada orang Cina, India dan Eropah.
Jawatankuasa ini bertanggungjawab mendapatkan pandangan orang bukan Melayu
mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Setelah semua proses dijalankan melalui jawatankuasa yang ditubuhkan , suatu
perjanjian antara Raja-Raja Melayu dan British diadakan di King’s House, Kuala
Lumpur pada 21 Januari 1948. Perjanjian ini dinamakan Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu 1948. Dalam perjanjian itu, tarikh 1 Februari 1948 dipilih sebagai tarikh
Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan secara rasmi. Ciri-ciri utama Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948 ialah;
1. Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri. Manakala
Singapura kekal sebagai tanah jajahan berasingan.
2. Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan
dibantu Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan
Persekutuan.
3. Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli iaitu 7 ahli rasmi, 7
ahli tidak rasmi, dan 3 ahli ex-officio.
4. Pesuruhjaya Tinggi bertindak sebagai pengerusi Majlis Undangan Persekutuan
yang terdiri daripada 14 ahli rasmi, 9 orang Yang Dipertua Majlis Undangan
Negeri, 2 wakil dari Majlis Mesyuarat Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dan 50
ahli tidak rasmi yang mewakili kaum masing-masing.
5. Raja-Raja Melayu diberi semula hak dan kuasa memerintah tetapi perlu mendapat
nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri.
6. Syarat kewarganegaraan diperketatkan.
Seseorang pemohon mestilah lahir di Tanah Melayu dan telah
bermastautin selama 8 hingga 12 tahun.
Seseorang pemohon asing mestilah pemastautin selama 15 tahun.
Umur minimum bagi kedua-dua situasi adalah 18 tahun dan mempunyai
pengetahuan Bahasa Melayu yang baik.
7. Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bumiputera dan mempunyai
perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
3.3 Sistem Ahli
Pada tahun 1951, Sistem ahli diperkenalkan untuk melatih penduduk tempatan
dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu serta mendapatkan pengalaman
memerintah secara demokrasi. Menerusi Sistem Ahli, British melantik beberapa
warganegara Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Kerja
Persekutuan yang diberi taraf menteri. 9 orang warga tempatan dilantik menjadi Ahli
dalam majlis ini iaitu :
Disamping memperkenalkan Sistem Ahli, beberapa siri pilihan raya turut
diadakan. Dimulai dengan pilihan raya pertama pada 1 Disember 1951 bagi memilih
wakil-wakil dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Pilihan raya yang julung-julung
kali diadakan telah dimenangi oleh Parti Perikatan yang terbentuk hasil permuafakatan
antara UMNO dan MCA dengan memenangi ke semua 9 kerusi yang dipertandingkan.
Seterusnya, pada bulan Februari, pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
diadakan dengan mempertandingkan 12 kerusi. Sekali lagi lagi Parti Perikatan
memperolehi kemenangan dalam pilihan raya ini dengan memenangi 9 kerusi manakala
selebihnya dikuasai oleh IMP dan calon Bebas.
Bil. Nama Ahli Portfolio
1 Dato ’ Onn Bin Jaafar Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri
2 O.A. Spencer Ahli Ekonomi
3 Tunku Yaakob Ibni Sultan Abdul Hamid Ahli Pertanian dan Perhutanan
4 Dr. Lee Tiang Keng Ahli Kesihatan
5 Dato ’ E.E.C. Thuraisingam Ahli Pelajaran
6 J.D. Hodgkinson Ahli Perindustrian dan Hubungan Sosial
7 J.D. Mead Ahli Perumahan dan Kerja Raya
8 Dato’ Mahmud Mat Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan
Melalui siri pilihan raya yang diadakan, jelas dapat memberi banyak pengalaman
kepada rakyat dan pemimpin dalam mentadbir negara melalui proses demokrasi.
Parti Perikatan pada tahun 1953, telah mencadangkan kepada British agar
diadakan pilihan raya untuk seluruh Tanah Melayu bagi memilih dan mengisi kerusi
Majlis Undangan Persekutuan. Pilihan raya tersebut berlangsung pada tahun 1955 di
mana Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC telah meletakkan
calon di semua 52 kerusi yang dipertandingkan manakala parti-parti lain yang turut
bertanding adalah Parti Negara, Parti Islam Se-Malaya, dan lain-lain.
Apabila keputusan Pilihan Raya 1955 diumumkan, Parti Perikatan mendapat
kemenangan besar dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi di mana 1 kerusi dimenangi
PAS iaitu di Kerian, Perak. Pilihan Raya 1955 menunjukkan Parti Perikatan semakin
mendapat tempat di hati rakyat tidak kira Melayu mahupun bukan Melayu. Pilihan Raya
ini juga merupakan perintis kepada usaha-usaha mendapatkan kemerdekaan daripada
British.
Sebuah kabinet yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai
Ketua Menteri telah dibentuk selepas Pilihan Raya yang pertama pada tahun 1955.
Perkembangan ini menyediakan satu bentuk perwakilan bagi rakyat Malaya dalam
rundingan-rundingan kemerdekaan selepas itu.(Abdul Aziz Bari.16:2001)
3.4 Rundingan London
Kesepakatan antara kaum di Tanah Melayu terpampang jelas semasa rundingan
kemerdekaan ke London. Satu rombongan yang terdiri daripada lapan orang wakil yang
telah dipersetujui berangkat ke London pada bulan Februari 1956. Rombongan ini terdiri
daripada wakil-wakil Raja Melayu dan wakil perikatan. Tunku Abdul Rahman telah
mengetuai rombongan yang disertai oleh Dr. Ismail Abdul Rahman, Dato’ Abdul Razak
Hussein dan Kolonel H.S Lee, iaitu wakil-wakil daripada Perikatan.
Wakil-wakil Sultan pula terdiri daripada, Dato’ Panglima Bukit Gantang(Ketua),
Dato’ Nik Ahmed Kamil, En Abdul Aziz Majid dan Dato’ Mohd Seth. Setiausaha Tanah
jajahan British iaitu Lord Lennox-Boyd, mempengerusikan rundingan ini.
Perundigan ini memakan masa selama tiga minggu iaitu antara 18 Januari hingga 8
Febuari 1956. Hasil daripada perundingan tersebut, Perjanjian London telah
ditandatangani pada 8 Februari 1956. Dalam Perjanjian ini sebuah suruhanjaya bebas
telah dibentuk untuk mengkaji perlembagaan.
Berikut adalah persetujuan-persetujuan lain yang telah dicapai:
1. Kemerdekaan Tanah Melayu diletakkan pada 31 Ogos 1957
2. Tanah melayu berada dalam lingkungan Komenwel dan menjalankan
pemerintahan secara demokrasi.
3. British mendapat hak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu.
4. Jawatan Setiausaha Kewangan dan Pengarah Gerakan akan diganti dengan
Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan dan dipegang oleh rakyat tempatan.
Pakatan Murni ini telah mendapat sokongan pelbagai kaum pada peringkat akar
umbi. Mereka telah bekerjasama membentuk permuafakatan politik Persekutuan Tanah
Melayu. Kerjasama ini amat penting dalam usaha untuk menangani tuntutan
kemerdekaan.
Tanah Melayu berusaha menyediakan diri untuk pemerintahan sendiri setelah
pengisytiharan perlembagaan Persekutuan pada 1 Februari 1948. Bertitik tolak daripada
perlembagaan yang digubal daripada persepakatan inilah juga terbentuknya
Perlembagaan Malaysia sekarang.
3.5 Suruhanjaya Reid
Hasil daripada persidangan perlembagaan yang telah diadakan di London selama
3 minggu, satu suruhanjaya dinamakan Suruhanjaya Reid dibentuk untuk menggubal
perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang bebas dan merdeka. Suruhanjaya ini
diketuai oleh Lord Reid (Hakim British), Sir Ivor Jennings (England), Sir William
McKell (Australia), B. Malik (India), dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). Beberapa isu
menjadi panduan suruhanjaya ini, antaranya termasuklah pembentukan sebuah kerajaan
persekutuan yang kuat dan pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang
tertentu. Suruhanjaya ini juga mengambil kira isu kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak
keistimewaan orang Melayu. Pewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu juga
diberi perhatian. ( Ramlah Adam, Abdul Hakim Samuri...126:2005)
Suruhanjaya ini telah menerima 131 memorandum daripada pelbagai pihak
seperti Raja-Raja Melayu, parti-parti politik, orang ramai,dan individu-individu. Justeru
itu, perlembagaan ini menjadi kukuh dan praktikal serta dihormati kerana telah mendapat
persetujuan dan pandangan semua rakyat Malaysia. Persetujuan dan pandangan orang
Melayu dan bukan Melayu mengenai perkara-perkara dalam perlembagaan ini dikatakan
sebagai kontrak sosial.
Setelah laporan itu disiapkan pada awal tahun 1957ia telah dikemukakan
kepada Kerajaan British dan juga raja-raja. Ini diikuti oleh siri-siri mesyuarat di London
dan Kuala Lumpur bagi membincangkan isi laporan tersebut. Ini semua menghasilkan
Kertas Putih yang merupakan syor tambahan yang sebahagian besarnya merupakan hasil
semakan terhadap syor-syor yang dikemukakan Suruhanjaya Reid. (Abdul Aziz
Bari.17:2001)
Akhirnya pada 31 Ogos 1957, draf Perlembagaan Malaysia telah diterima dan
disytiharkan sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Perlembagaan ini
sekali lagi diperbaharui apabila Singapura, Sabah, dan Sarawak bergabung dengan
Persekutuan Tanah Melayu dan membentuk Malaysia pada 16 September 1963.
4.0 STRUKTUR DAN KANDUNGAN UMUM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
4.1 Pengenalan Umum
Perlembagaan Malaysia yang telah mula digubal pada tahun 1957 telah
mengalami pelbagai perubahan dan penambahan dari segi struktur dan prinsip-
prinsipnya. Kini, perlembagaan Malaysia telah menjadi sebuah perlembagan yang begitu
lengkap dan sempurna kerana telah berjaya membentuk sebuah masyarakat yang makmur
walaupun terdiri daripada pelbagai agama, budaya dan bangsa.
Jika dilihat dengan teliti, Perlembagaan Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah
untuk digubal kerana setiap prinsip yang dibuat perlu dilihat dari pelbagai aspek
terutamnya yang melibatkan hubungan etnik di Malaysia. Hal ini menjadikan
Perlembagaan Malaysia sesuatu yang unik jika dibandingkan dengan perlembagaan
negara-negara lain kerana mampu mencapai persepakatan dari pelbagai kaum di
Malaysia.
4.2 Ciri-ciri Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia mempunyai keistimewaannya sendiri terutamanya kepada
cirri-ciri tradisi atau mungkin lebih tepat lagi sifat-sifat peribumi atau asli perlembagaan
tersebut. Perkara ini termasuklah institusi beraja, agama Islam, kedudukan bahasa
Melayu dan hak-hak istimewa orang Melayu.
Perlembagaan Malaysia juga merupakan perlembagaan yang rigid iaitu
penggubalannya melibatkan rakyat negara dan tidak tertumpu kepada kuasa eksklusif
parlimen sahaja. Hal ini merupakan aspek yang penting kerana ia menujukkan bahawa
rakyat bersetuju dengan menggubalan Perlembagaan Malaysia dan seterusnya dapat
menghasilkan peruntukan yang sesuai diguna untuk semua etnik di Malaysia. Perkara ini
menyebabkan Perlembagaan Malaysia bersifat tempatan dan bukannya sesuatu yang
dicedok bulat-bulat daripada penjajah British.
Perangkaan Perlembagaan Malaysia yang berdasarkan sejarah dan kehendak
negara ini menjadikan ia bersifat federalisme (Abdul Aziz Bari 27:2001). Jika
dibandingkan dengan susunan-susunan negara federal yang lain, perlembagaan mereka
kebanyakannya digubal oleh kerajaan dan berdasarkan keperluan hidup mereka pada
masa kini. Sifat federalisme dalam perlambagaan nigara ini menyebabkan ia bersesuaian
dengan budaya dan cara hidup masyarakat Malaysia.
Perlembagaan Malaysia juga boleh dijeniskan dalam kategori Perlembagaan
Westminister kerana susunan bentuk kerajaannya biasanya didapati di Negara-negara
yang mengamalkan demokrasi berparlimen seperti Britain (Abdul Aziz Bari 32:2001).
Dari sudut yang lain pula, Perlembagaan Malaysia boleh dikelaskan sebagai
perlembagaan beraja kerana negara Malaysia mengamalkan prinsip monarki, iaitu
pemerintahan beraja. Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja dan Yang dipertua Negeri
mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing.
4.3 Kandungan Perlembagaan Malaysia
Secara kasarnya, Perlembagaan Malaysia terdiri daripada dua bahagian utama
iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Perlembagaan Persekutuan
merupakan dokumen utama Perlembagaan Malaysia dan sebahagian besar dasar-dasar
pentadbiran negara terkandung di dalamnya. Manakala dasar-dasar asas bagi setiap
negeri terkandung di dalam Perlembagaan Negeri.
Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Persekutuan terdiri daripada 199 peruntukan (tidak termasuk 28
peruntukan yang telah dimansuhkan) dan 13 Jadual yang memperincikan sebahagian
daripada 199 peruntukan tersebut. Peruntukan yang berjumlah 199 tersebut terbahagi
kepada 15 bahagian.
Bahagian Satu mengandungi peruntukan tentang nama persekutuan, agama Islam
dan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi persekutuan.
Bahagian Kedua dinamakan Kebebasan Asasi yang merangkumi peruntukan-
peruntukan yang boleh disifatkan sebagai perlindungan-perlindungan kepada hak-hak
asasi.
Bahagian tiga terdiri daripada peruntukan-peruntukan tentang kewarganegaraan.
Bahagian ii memperincikan bagaimana kewarganegaraan diperolehi dan ditamatkan.
Bahagian Empat diberi tajuk ”Persekutuan” dan di bawah bahagian ini terdapat
peruntukan-peruntukan mengenai Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara, Majlis
Raja-Raja, Eksekutif, Parlimen dan acara perundangannyaserta keupayaan perundangan
persekutuan.
Bahagian Lima mengandungi peruntukan-peruntukan tentang negeri-negeri dalam
persekutuan.
Bahagian Enam memperuntukkan hal-hal mengenai perhbungan antara
persekutuan dengan negeri-negeri.
Bahagian Tujuh memperihalkan soal-soal kewangan persekutuan.
Bahagian Lapan mengumpulkan peruntukan-peruntukan mengenai pilihan raya.
Bahagian Sembilan pula menghuraikan hal-hal berhubung dangan kehakman.
Bahagian Sepulah adalah mengenai perkhidmatan awam manakala Bahagian
Sebelas adalah mengenai kuasa-kuasa khas bagi menangani anasir-anasir sudversif dan
darurat.
Bahagian Kedua Belas, mengandungi beberapa peruntukan am dan pelbagai.
Kedudukan Sabah dan Sarawak agak jelas lebih istimewa kerana negeri-negeri ini
mempunyai bahagian khas, di bawah Bahagian 12A, yang dinamakan peruntukan-
peruntukan tambahan bagi dua buah negeri tersebut.
Bahagian Tiga Belas mengandungi apa yang dipanggil peruntukan-peruntukan
sementara dan tambahan.
Bahagian Empat Belas mengandungi peruntukan-peruntukan tentang kedaulatan
raja-raja.
Bahagian Lima Belas pula mengandungi peruntukan-peruntukan mengenai
prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja.
Peruntukan-peruntukan yang telah digubal adalah tertakluk kepada banyak
sekatan kerana tiada hak yang mutlak. Perkara ini menyebabkan hak-hak seperti
kebebasan bercakap, berhimpun telah dihurai antaranya dalam konteks:
a) Akta Hasutan 1948,
b) Akta Polis 1967,
c) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan,
d) Akta Rahsia Rasmi 1972
e) Akta Universiti dan Klej Universiti 1971,
f) Akta Pertubuhan 1966
g) Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Abdul Aziz Bari 30:2001)
5.0 UNSUR-UNSUR TRADISI PERLEMBAGAAN DAN KONTRAK SOSIAL
5.1.0 Bahasa Melayu
Merujuk kepada Kamus Dewan, ‘bahasa’ ditakrifkan sebagai;
1.Sistem perhubungan yang menggunakan kata-kata lisan atau tulisan.
2.Tingkah laku yang baik dan sopan santun
Bahasa Melayu pula merupakan bahasa rasmi yang dipertuturkan oleh masyarakat
di Malaysia pada hari ini. Hakikatnya ia telah digunakan di Kepulauan Melayu sejak abad
ke-7. Terdapat lebih 200 bahasa di Kepulauan Melayu pada waktu itu. Namun,
penggunaan Bahasa Melayu pada waktu itu amat meluas kerana mudah dipertuturkan.
Maka ia menjadi lingua franca.
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyebut Bahasa Melayu adalah bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Perlu diingat bahawa pada waktu perlembagaan
digubal, istilah "Malaysia" belum wujud. Pada tahun 1970 pula, Dasar Pelajaran
Kebangsaan dilaksanakan dan Bahasa Melayu dikenali sebagai Bahasa Malaysia.
Walaubagaimanapun dalam Perkara 152, bahasa-bahasa lain adalah dilindungi
dan seterusnya memperuntukan bahawa tiada sesiapapun boleh dilarang atau ditahan
daripada menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-
apa bahasa lain.Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran
bahasa lain dalam persekutuan2.
2 Sumber: Modul Pengajaran dan pembelajaran Hubungan Etnik.ms 37
Kedudukan dan taraf Bahasa Kebangsaan turut dimuatkan dalam:
a) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
b) Akta Pendidikan (asalnya Akta Pelajaran 1961)3
Seperti yang kita sedia maklum bahasa melayu telah cuba diangkat ketahap yang
tinggi dalam perlembagaan dan dijadikan bahasa bersama untuk dikongsi oleh seluruh
rakyat malaysia. Bahasa melayu itu sendiri telah dikenali sebagai Bahasa Malaysia
sehinggakan generasi kaum lain yang lahir pada tahun 70-an, 80-an dan 90-an terbukti
fasih dan menganggap Bahasa Malaysia sebagai bahasa milik bersama setiap rakyat
Malaysia. Meskipun begitu, mereka sedar bahawa Bahasa Malaysia adalah Bahasa
Melayu dan warisan bangsa Melayu yang unggul kerana ’bahasa jiwa bangsa’. Ironinya
pada hari ini, segolongan orang Melayu sendiri telah merosakkan jiwa bangsanya sendiri.
Sebagai contoh, ”husband I drebar mini bus”. Sememangnya perlembagaan
membebaskan masyarakat untuk bertutur dalam bahasa selain bahasa rasmi negara, tetapi
ayat ini ternyata bukan milik bahasa Melayu hatta bahasa Inggeris sekalipun.4
3 Sumber: http://www.geocities.com/uthayasb2001/bahaza.htm.(03/03/2007.08.30am) 4 Sumber: http://www.geocities.com/uthayasb2001/bahaza.htm.(03/03/2007.08.30am)
5.1.1 Rasional Perkara 152
Bahasa Melayu
Biasanya bahasa rasmi dipilih daripada salah satu bahasa anak negeri dan ada
kalanya dipilih daripada bahasa bekas penjajah. Bagi negara yang mempunyai bahasa
yang maju, bahasa yang banyak laras bahasanya akan diangkat menjadi bahasa rasmi.5
Medium perpaduan
Dalam Perkara 152, Bahasa Melayu telah diangkat menjadi bahasa kebangsaan dalam
Perlembagaan Malaysia. Ini adalah sangat penting dan mustahak dalam menyatupadukan
penduduk Semasa perlembagaaan sedang dirangka, pemimpin-pemimpin kita telah
memutuskan bahawa sebuah negeri Asia yang merdeka tidak dapat terus menggunakan
bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi jika ia hendak menyatupadukan
penduduknya.6Seperti yang kita sedia maklum, Tanah Melayu mula diduduki oleh orang
China dan India semasa zaman penjajahan Inggeris.Kemasukan mereka secara beramai-
ramai adalah sebagai buruh. Impak daripada perkara tersebut, masyarakat di sini menjadi
masyarakat yang pelbagai.
Bahasa Ilmu dan difahami
Secara kolektifnya, bangsa-bangsa selain Melayu ini telah mengalami sedikit sebanyak
akomodasi atau penyesuaian terutama sekali dalam perhubungan seharian. Mereka sudah
mula memahami dan ada yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Jika dibandingkan
dengan masyarakat Melayu, mereka tidak menguasai bahasa Cina dan India. Bahasa
Melayu juga menjadi bahasa rasmi kerana bahasa ini dapat digunakan sebagai bahasa
ilmu dan dapat difahami umum7. Maka adalah rasional untuk bahasa Melayu di jadikan
bahasa rasmi negara.
5 Sumber: Bahasa rasmi - Wikipedia.htm 6 Sumber: Kewarganegaraan dan Hak Asasi. Mohd Salleh Abbas.1988. Dewan Bahasa dan Pustaka. Selangor.ms 441 7 Sumber: Bahasa rasmi - Wikipedia.htm
Pernah menjadi ”Lingua franca”
Bahasa Melayu juga pernah diangkat pada suatu ketika dahulu sebagai lingua franca di
Nusantara sejak berabad-abad lamanya terutama sekali dari segi perdagangan.Ianya
merupakan bahasa yang mudah dipelajari dan bersifat tekal dari segi istilah dan sebutan
berbanding bahasa lain. William Marsdan telah memperkatakan mengenai Bahasa
Melayu yang bermaksud:
” Bahasa Melayu yang dianggap berasal dari Semenanjung Tanah Melayu dan telah
berkembang melalui kepulauan timur dan menjadi Lingua franca di dunia bahagian
tersebut, dituturkan di mana-mana di sepanjang pantai Sumatera dan digunakan tanpa
campuran apa-apa di negara Kepulauan Minangkabau dan tanah jajahannya dan di
fahami kesetiap bahagian pulau.”8
Berdasarkan hujah-hujah diatas, adalah wajar bahasa Melayu dimartabatkan sebagai
bahasa rasmi dalam Perlembagaan negara.
Bahasa yang mudah dan bersifat kolektif
Jika kita menelusuri semula perjalanan sejarah, pada zaman sebaik sahaja sebelum
Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu telah digunakan secara eksklusif bagi tujuan-tujuan
rasmi di kelima-lima buah Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Malahan di bekas Negeri-
Negeri Melayu Bersekutupun, bahasa Melayu telah digunakan secara meluas bagi tujuan-
tujuan rasmi seperti mesyuarat, surat-menyurat, perundangan dan kehakiman yang mana
terdiri daripada pelbagai bangsa.Adalah lebih mudah dan murah lagi untuk mengajar
kakitangan Asia berpangkat rendah bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Melayu
sebagai bahasa sepunya daripada mengajar bahasa lain9.
8 Sumber: Modul Pengajaran dan pembelajaran Hubungan Etnik.ms 37 9 Sumber: Mengenal Perlembagaan Malaysia.Tun Mohamed Suffian Hashim.1984. DBP.KL. ms.440
Begitu juga dengan pegawai-pegawai Eropah yang memegang lebih 95% jawatan
kumpulan 1 perlu mempelajari bahasa melayu, mengambil ujian dan dikehendaki lulus,
barulah boleh ditempatkan di Tanah Melayu pada ketika itu. Ada diantara mereka yang
telah menjadi sarjana bahasa Melayu di peringkat Antarabangsa. Namun, selepas perang
kebanyakan pegawai yang diambil dari angkatan tentera adalah secara tergesa-gesa
menyebabkan bahasa Inggeris di gunakan secara meluas semula dalam urusan-urusan
rasmi. Tuntasnya disini, apa yang ingin ditegaskan ialah bahasa melayu itu adalah bahasa
yang memang boleh diterima pakai secara menyeluruh menyebabkan ia rasional
dijadikan bahasa rasmi negara.10
Dipersetujui
Tan Siew Sin iaitu seorang yang berbangsa Cina dalam Majlis Perundangan Persekutuan,
10 Julai 1957 telah mengiktiraf perkara ini. Antara lain berbunyi:
”Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan yang besar kebudayaan dan bahasa
mereka. Biar saya nyatakan, sebagai contoh, Perlembagaan Reid sebagaimana rangka
awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan mengembangkan bahasa Cina
dan Tamil ataupun bahasa-bahasa lain. Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu
bahawa perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan
perrkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalakkan dan dipelihara,
mereka bersetuju. Saya sebutkan kejadian ini untuk menunjukkan kepada mereka diluar
bulatan bahawa pemimpin Melayu pada asasnya adil dan berpandangan luas”11
Di sini jelas sekali bahawa bangsa-bangsa lain amat selesa dengan peruntukan
undang-undang yang menyatakan bahasa Melayu sebagai agama rasmi kerana mereka
turut diberi kebebasan menggunakan bahasa masing-masing.
10 Sumber: Mengenal Perlembagaan Malaysia.Tun Mohamed Suffian Hashim.1984. DBP.KL. ms.441 11 Sumber: Modul Pengajaran dan pembelajaran Hubungan Etnik.ms 38
5.2.0 Agama Islam
Definisi agama dalam perundangan Malaysia12
Istilah agama merujuk kepada hubungan pandangan seseorang kepada
penciptanya, dan tanggungjawab yang dikenakan keatas mereka sebagai
penghormatan tertinggi untuk penciptanya serta juga penurutan
kehendaknya”...
Sejarah kedatangan Agama Islam ke Malaysia
Agama Islam bermula di semenanjung Tanah Arab dan berkembang keserata
dunia sehingga ke Tanah Melayu. Terdapat pelbagai teori yang mengatakan bagaimana
penyebaran Islam ke Asia Tenggara termasuk ke Tanah Melayu. Islam telah diterima
baik oleh Kesultanan Melayu Melaka yang bermula sejak zaman pemerintahan
Parameswara lagi. Penerimaan Islam oleh pemerintah menyebabkan rakyat jelata turut
menerima Islam sebagai pegangan hidup mereka. Islam seterusnya berkembang pesat
melalui pelbagai cara seperti perkahwinan siasah (perkahwinan diraja), perkahwinan
rakyat jelata dengan pedangang dan melaui perdagangan13
Kedudukan Agama Islam dalam perlembagaan dan perundangan
Agama Islam telah dinobatkan menjadi agama rasmi dalam perlembagaan
Malaysia dan ini secara jelas dan nyata telah tercatat dalam perlembagaan malaysia iaitu
dalam Perkara 3 (1) yang menyatakan bahawa agama Islam merupakan agama rasmi
perlembagaan14
Walaubagaimanapun, Agama Islam sebenarnya tidak memainkan peranan penting
dalam perlembagaan Malaysia. Ini jelas jika diperhatikan dalam sistem perundangan
malaysia, para hakim masih lagi terikat dengan perundangan civil (awam)15
Sehinnga hari ini, undang-undang Islam yang diguna pakai dalam sisitem perundangan
malaysia hanyalah undang-undang mengenai keluarga dan warisan dan penggunaanya
12 Perkembangan undang-undang perlembagaan persekutuan (1999; 103) 13 Lihat buku teks sejarah tingkatan 4 (2004; 180,181) 14 Mengenal perlembagaan Malaysia (1984; 343) 15 Perkembangan undang-undang perlembagaan persekutuan (1999; 105)
amatlah terbatas iaitu kepada orang-orang yang beragama Islam sahaja. Sistem ini jelas
mengenepikan perundangan Islam apabila segala hal dan urusan yang tidak melibatkan
hal keluarga dan warisan bagi orang beragama Islam, ianya akan diadili mengikut
perundangan civil. Secara ringkanya, Islam dan perundangannya hanya meliputi ruang
lingkup yang sempit dan terbatas iaitu dalam hal-hal seperti perkahwinan, perceraian dan
warisan bagi orang-orang islam sahaja.16
Walaupun terdapat mahkamah syariah yang menjalankan perundangan islam,
tetapi bidang kuasa yang diberikan kepada mahkamah syariah adalah amat kecil dan
terbatas. Mahkamah syariah hanya mempunyai bidang kuasa berhubung kesalahan seperti
yang diberikan peruntukan oleh undang-undang persekutuan. Contoh akta mahkamah
syariah pindaan 1984, mahkamah syariah dibenarkan untuk menjatuhkan hukuman atas
apa-apa kesalahan dengan hukuman sehingga 3 tahun penjara tau apa-apa denda sehingga
RM 5000 atau sebat enam rotan atau gabungan kedua-dua hukuman itu. Jika
dibandingkan bidang kuasa mahkamah syariah dengan bidang kuasa mahkamah civil
(awam), kedudukan mahkamah syariah sekarang boleh dikatakan belum lagi mencapai
status mahkamah seperti yang sepatut dipegang oleh sebuah institusi pengadilan Islam di
sebuah negara yang dikatakan sebagai sebuah negara Islam.
Peranan institusi Di Raja
Institusi kerajaan tidak mempunyai kuasa dalam bidang pemerintahan semenjak campur
tangan British dalam pemerintahan di tanah melayu melalui penubuhan Malayan Union
ataupun Persekutuan Malaya. Raja-raja melayu akan menjadi ahli dalam MajlisRaja-Raja
Melayu dan hanya membincangkan hal ehwal agama sahaja dan bertindak sebagai
penasihat kepada gabenor17. Jika diperhatikan secara terperinci, sebenarnya tugas sebagai
penasihat kepada gabenor boleh disifatkan sebagai hanyalah sebagai boneka yang tidak
mempunyai apa-apa kesan dalam pentadbiran di tanah melayu.
Mengikut perlembagaan Malaysia kini, tugas Yang di-Pertuan Agong adalah sebagai
ketua Agama Islam bagi negeri baginda sendiri dan ketua agama bagi negeri-negeri yang
tidak mempunyai raja iaitu Melaka, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan termasuk
16 Perkembangan undang-undang perlembagaan persekutuan (1999; 109) 17 Lihat buku teks sejarah tingkatan 5 (2003;97)
Sabah dan Sarawak. Tugas Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua Agama Islam di
Melaka, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak disebut dalam Perkara
3(3)18
Walaubagaimanapun tugas sebagai ketua agama bagi negeri-negeri yang lain
adalah dibawah bidang kuasa raja di negeri masing-masing bukannya di bawah
tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong . Raja-raja melayu disetiap negeri mempunyai
kedudukan yang sama dengan Yang di-Pertuan Agong cuma yang sedikit
membezakannya adalah tugas Yang di-Pertuan Agong adalah meliputi negeri-negeri yang
tidak beraja termasuk Sabah dan Sarawak manakala tugas raja di negeri masing-masing
adalah terhad kepada negeri mereka sendiri.
Isu murtad dalam perlembagaan Malaysia
Definisi murtad
1. Orang yang keluar daripada Agama Islam sama ada melalui perbuatan,
perkataan atau niat19
2. Tidak beriman (percaya agama) lagi, keluar agama20
Undang-undang Malaysia mengenai murtad
Jika diperhatikan dalam perlembagaan Malaysia, tidak ada undang-undang khusus
yang menyentuh secara terperinci mengenai hal ehwal murtad dikalangan orang Islam
khususnya kaum Melayu. Perkara ini amat menghairankan memandangkan Malaysia
telah dikenali seantero dunia dengan jolokan nama negara Islam membangun. Malahan,
Malaysia telah dijadikan sebagai model untuk pembangunan negara Islam lain yang mana
bagi mereka Malaysia adalah lengkap dan sempurna dalam mengamalkan Islam sebagai
teras kepada perlembagaan negara.
18 Perkara 3(3) memperuntukkan bahawa perlembagaan bagi negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memeberi kedudukan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di negeri-negei itu. 19 Dewan Bahasa dan Pustaka (1994;910) 20 Kamus Za’ba (2000;786)
Adalah tidak adil jika hal mengenai undang-undang murtad yang belum lagi
terdapat dalam perlembagaan Malaysia ini ditanggung sepenuhnya oleh pemimpin
terdahulu iaitu pada mula-mula pembentukan undang-undang dan perlembagaan Tanah
Malayu lagi. Hal ini mungkin terlepas pandang oleh para pemimpin terdahulu
memandangkan mereka mempunyai tugas berat iaitu untuk menggubal undang-undang
dan perlembagaan yang bermula daripada kertas kosong kepada perkara-perkara yang
rumit dan kompleks dalam perlembagaan negara. Justeru itu adalah menjadi
tanggungjawab bagi golongan pemimpin yang menggantikan golongan pemimpin
pioneer itu untuk menilai dan menimbang semula undang-undang dan perlembagaan
yang ada supaya ianya selaras dengan kesesuaian keadaan masyarakat Malaysia semasa.
Walaubagaimanapun, kejadian ‘terlepas pandang‘ oleh pemimpin terdahulu yang
menyebabkan ketiadaan undang-undang yang khusus untuk gejala murtad adalah
mungkin bersebab. Antara yang difikirkan menjadi sebab ialah orang Melayu pada masa
awal penubuhan Malaysia adalah sangat berpegang kepada ajaran Islam. Menurut buku
Kenegaraan Malaysia karangan pensyarah-pensyarah Universiti Teknologi Malaysia:
Ajaran Islam menjadi teras kepada kehidupan mereka dan adalah menjadi
satu penghinaan kepada mereka sekiranya ahli keluarga mereka tidak
mempunyai ilmu agama yang mencukupi.21
Hal yang melibatkan Agama Islam adalah sama sekali tidak boleh
dikompromikan oleh mereka. Ini menyebabkan pegangan orang Melayu pada masa itu
adalah mantap dan tinggi dan tidak berlakunya hal murtad.
21 Kenegaraan Malaysia (cetakan awal edisi kedua; 39)
Peranan pemimpin dalam menangani kejadian murtad
Pemimpin perlu memainkan peranan dalam mengani isu murtad yang dikatakan
semakin berleluasa kebelakangan ini. Peranan pemimpin bukan sekadar menjadi
pemerhati sahaja, mereka juga perlu berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang pendapat
dan fikiran. Seperti mana kata-kata Tun Mohamed Sufian yang mana bagi kami
menampakkan Agama Islam hanyalah sebagai suatu ‘alat’ sahaja iaitu:
“tujuan Agama Islam (menjadi agama persekutuan) dimasukkan pada
awalnya adalah semata-mata untuk upacara misalnya untuk
membolehkan doa dibaca di upacara rasmi, seperti pertabalan Yang Di-
Pertuan Agong dan Hari kemerdekaan” 22
Harus diingatkan disini bahawa pandangan pemimpin amat mempengaruhi
pemikiran rakyatnya. Jika pemimpin hanya sekadar mengatakan Agama Islam hanyalah
digunakan untuk majlis-majlis tertentu dan tidak menjadsi teras kepada pemeimpinan,
rakyat akan mengatakan adalah tidak mengapa untuk tidak mengamalkan Agama Islam.
Jadi, mereka bebas untuk menukar agama dan pegangan mereka lebih-lebih lagi apabila
terdapat pihak yang menjadi ‘dalang’ untuk menukarkan agama dan pegangan mereka.
Dalang disini merujuk kepada pergerakan mubaligh-mubaligh agama lain yang cuba
untuk mempengaruhi orang yang menganut Agama Islam untuk menganuti agama
mereka. Jika kita lihat dalam perlembagaan Malaysia, memang terdapat undang-undang
yang menghalang pergerakan yang sedemikian untuk menjalankan kegiatan seperti itu.
Contoh dalam hal yang berkaitan dalam pergerakan pengembagan iktikad lain dalam
Agama Islam iaitu perkara 11(4):
22 Perkembangan undang-undang perlembagaan persekutuan (1999; 104)
“ memperuntukkan bahawa undang-undang negeri, dan bagi Wilayah
Persekutuan undang-undang persekutuan, boleh mengawal atau menyekat
pegembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama dikalangan
orang-orang beragama Agama Islam . Ini termasuk pengembangan
iktikad atau kepercayaan agama sekalip[un, dan oleh yang demikian
undang-undang negeri adalah berkuasa memperuntukkan yang
demikian..” 23
Tetapi jika dilihat pada realiti keadaan di Malaysia masa kini, undang-undang tersebut
tidak begitu ketat dijalan kan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam menjaga
kebajikan Agama Islam di negara ini.
Pelaksanaan undang-undang Islam secara tidak tegas dan sekadar mengambil
nama sebagai Negara Islam sahaja membolehkan sesetengah pihak untuk mempersoalkan
kedudukan Agama Islam. Lihat sahaja tututan yang dibuat oleh Malaysian Consultative
Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis
Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui
memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001 untuk menubuhkan
Interfaith Commission (IFC)24; yang mana antara tututan mereka ialah orang-orang Islam
yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai
pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang
bukan Islam. Tuntutan ini dengan jelas telah mengecilkan undang-undang menegnai hak
orang Islam. Kejadian ini tidak seharusnya berlaku sekiranya perudangan dan
perlembagaan Malaysia amat menjaga kebajikan Agama Islam dan melaksanakan
undang-undang untuk memelihara Agama Islam secara tegas dan konsisten.
Kejadian murtad dan isu yang mempersoalkan kedudukan Agama Islam di negara
ini bukan lagi berada di tahap yang sekadar boleh diselesaikan dengan hanya menghalang
pihak media membuat liputan mengenainya untuk mengelakkan rakyat daripada
mengetahuinya. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan Agama
Islam di Malaysia terutamanya pihak kerajaan seharusnya memainkan peranan mereka
23 Mengenal perlembagaan Malaysia (1984;346) 24 Malaysia Today; Surat bantahan penubuhan IFC
secepat mungkin contohnya dengan menggubal dan melaksanakan undang-undang yang
melindungi hak Agama Islam secara keseluruhan dan tegas. Berhentilah menggunakan
sikap tunggu dan lihat sehingga akhirnya ‘Nasi menjadi bubur’ dimana islam tidak dapat
ditegakkan lagi melalui perundangan Malaysia
5.2.1 Rasional Perkara 3 -Agama Islam
Dalam Perlembagaan Malaysia, agama Islam telah diletakkan sebagai agama
rasmi Persekutuan. Walaubagaimanapun agama lain diberikan hak untuk diamalkan. Ini
sangat penting dalam mewujudkan perpaduan dikalangan rakyat yang pelbagai bangsa. Ia
merupakan unsur tradisi berdasarkan perkembangan sejarah konsep pemerintahan beraja.
Kesepakatan
Jika kita menelusuri semula sejarah kewujudan perkara 3 ini, didapati pada awalnya
Suruhanjaya Reid cuba untuk menolak cadangan memasukkan peruntukan mengenai
’Islam is the religion of the Federation’ ini. Dalam laporan mereka diperenggan 169
antara lain bermaksud;
"Kami telah menimbangkan soal sama ada perlu diadakan kenyataan dalam
Perlembagaan yang bermaksud Islam hendaklah menjadi ugama Negara. Telah
dipersetujui oleh semua pihak bahawa jika mana-mana peruntukan seperti itu
dimasukkan dalam Perlembagaan hendaklah dijelaskan bahawa ia tidak sekali-kali
menjejas hak-hak sivil orang-orang bukan Islam. Dalam memorandum yang
dikemukakan oleh Perikatan telah disebut agama Persekutuan hendaklah Islam.
Peruntukan prinsip ini tidak akan mengenakan apa-apa hilang upaya keatas rakyat
bukan Islam menganuti dan mengamalkan ugama mereka sendiri dan
tidak membayangkan bahawa negara bukan negara sekular. Tidak terdapat apa-apa
dalam draf Perlembagaan itu yang menyentuh penerusan keadaan dalam negeri-negeri
mengenai periktirafan Islam atau yang menghalang pengiktirafan Islam dalam
Persekutuan melalui perundangan atau cara-cara lain dalam apa-apa keadaan yang
tidak memudharatkan hak-hak sivil individu bukan Islam. Majoriti kami berpendapat ada
paling baik meninggalkan perkara itu atas dasar itu, memandang kepada kenyataan
bahawa peguam bagi Raja-raja telah berkata kepada kami "
Walaubagaimanapun, Hakim Abdul Hamid dari Pakistan iaitu salah seorang ahli
jawatankuasa telah mengemukakan kenyataan bahawa cadangan daripada Parti Perikatan
itu adalah sebulat suara. Maka dengan itu ia adalah wajar untuk diterima dan digubal
dalam Perlembagaan. 25Jika kita mengimbau kembali kepada sejarah, Parti Perikatan
terdiri daripada pelbagai bangsa. Kesepakatan daripada pelbagai etnik ini dalam
menentukan tentang agama rasmi Persekutuan di Malaysia membuktikan bahawa ianya
amat rasional diwujudkan.
Faktor Sejarah Kedatangan Islam
Agama Islam juga rasional untuk dijadikan Agama Persekutuan atas dasar sejarah
kedatangannya ke Tanah Melayu. Menurut sejarah, Islam telah mula bertapak di Tanah
Melayu sejak abad ke 9 dan 10 Masihi. Agama Islam itu sendiri telah menjadi pegangan
orang Melayu sejak 500 tahun yang lalu. Kedatangannya ke Tanah Melayu dikatakan dari
Arab, India, China dan Champa26. Bertitik tolak daripada pengislaman Parameswara iaitu
pemerintah Kesultanan Melaka, Islam terus tersebar secara meluas sehinggalah sekarang
di kalangan orang Melayu27.Oleh itu adalah tidak wajar bagi kaum-kaum lain di Malaysia
untuk mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Semasa
pendudukan Inggeris Di Tanah Melayupun Agama Islam tidak diganggu gugat secara
meluas. Malah raja-raja Melayu juga di berikan kuasa untuk menguruskan hal-hal
berkaitan Agam Islam28.
25 Sumber: Wikipedia.Artikel 2 Bahagian Undang-Undang.htm 26 Sumber: Tamadun Islam Dan Asia.Zulkiflee Haron.2005. . UTM. Malaysia. ms. 71 27 Sumber: Hubungan Etnik Di Malaysia.Mansor Mohd Nor.2006.Person Malaysia 28 Sumber: Modul Pengajaran dan pembelajaran Hubungan Etnik.
Ketuanan dan Keislaman Melayu
Telah diakui oleh seluruh masyarakat Malaysia atau Tanah Malayu ketika zaman
dahulu bahawa orang Melayu mempunyai ketuanannya di Tanah Melayu. Sejarah
wujudnya masyarakat melayu adalah sangat rumit untuk dirungkaikan disini. Ini kerana
wujudnya masyarakat melayu di semananjung mempunyai pertalian sejarah yang amat
panjang dan bersambung-sambung. Ianya bermula dengan kedatangan negrito, kemudian
proto malay, kemudian deutro malay yang mana terdiri daripada pelbagai kategori ras
manusia. Golongan ini kemudiannya bergabung dengan orang Indonesia dan berubah
sehinggalah melayu yang ada pada hari ini29.Dalam Undang-undang dan Perlembagaan,
Perkara 160 menakrifkan Melayu sebagai :
”Seseorang yang beragama Islam , lazim bercakap
bahasa Melayu menurut adat istiadat Melayu.”
(Perlembagaan Persekutuan;1995, perkara 160:7)30
Memandangkan kebanyakan orang Melayu beragama Islam dan mempunyai
ketuanan di Tanah Melayu, maka adalah wajar untuk menjadikan Islam sebagai agama
rasmi dalam Perlembagaan.
Dalam Perkara 3, ada juga mengusulkan fasal yang menyebut;
”Tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman
dan damai dimana-mana bahagian persekutuan”
(Perlembagaan Persekutuan;1995, perkara3(1))
Walaupun agama Islam menjadi agama rasmi, bagi mewujudkan keadaan aman dan
damai serta keadilan dalam masyarakat pelbagai bangsa agama lain masih bebas untuk
diamalkan.31
29 Sumber: Nota Tamadun Islam dan Asia Tenggara.Islam Dalam Tamadun Melayu 30 Sumber: Hubungan Etnik Di Malaysia.Mansor Mohd Nor.2006.Person Malaysia. ms 128 31 Sumber: Hubungan Etnik Di Malaysia.Mansor Mohd Nor.2006.Person Malaysia. ms 129
Islam Agama Universal
Seperti mana dalam perjanjian-perjanjian dengan orang Inggeris antaranya
Perlembagaan Malayan Union 1946, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu1948 dan lain-
lain, adat istiadat orang Melayu dan agama Islam tidak disentuh oleh Inggeris. Malah
Undang-undang Islam turut diperkenalkan dan diiktiraf sebelum kedatangan Inggeris
lagi. Rasional perkara diatas menunjukkan agama Islam itu telah diterima sebagai agama
Persekutuan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah dizaman penjajahan
Inggeris. Ia merupakan agama yang universal iaitu praktikal, mudah dan ideal serta tak
lapuk dek zaman32. Keunikan agama Islam itu sendiri lebih menjadikan ia rasional
sebagai agama rasmi negara.
32 Sumber: Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Zulkiflee Haron.2005. UTM. Malaysia. ms. 65
5.3.0 Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
Mengikut perkara 160(2), orang melayu ditakrifkan sebagai seseorang yang
menganut agama Islam, yang lazimnya bertutur bahasa Melayu, yang mengamalkan adat-
istiadat Melayu dan:
1. Lahir sebelum hari Merdeka, di persekutuan atau di Singapura atau ibu bapanya
lahir dipersekutuan atau di Singapura atau,
2. Dia adalah berketurunan daripada seseorang yang disebutkan ini.
Manakala takrifan bagi bumiputera Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan pula
adalah mengikut fasal (6), perkara 161 A sebagai maksud:
1. Mengenai Sarawak, seorang warganegara dan dia adalah seorang dari mana-mana
kaum asli Sarawak iaitu Bukitan, Bisayah, Dusun Dayak laut, Dayak Darat,
Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah (termasuk Sabup dan Sipeng), Kajang
(termasuk Sekapan, Kejaman, Lahanan, Punan, Tanjong dan Kanowit), Lugat,
Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penen, Sian, Tagal, Tabun, dan Ukit; atau dia
adalah berketurunan campuran yang berasal secara ekslusifnya dari kaum
tersebut; dan
2. Mengenai sabah, seorang warganegara dan dia adalah anak atau cucu kepada
seorang dari suatu kaum asli sabah, dan dia telah dilahrkan di Sabah (sama ada
pada atau selepas Hari Malaysia ataupun tidak, atau bapanya pada masa
kelahirannya berdomisil di sabah.
Kedudukan dan hak istimewa orang melayu dan bumiputera dijaga dan dijamin oleh
Yang di-Pertuan Agong melalui Perkara 153 yang menyentuh hak istimewa orang
melayu dan bumiputera dalam hal-hal yang berkaitan dengan perkhidmatan awam seperti
jawatan dalam perkhidmatan awam, ekonomi iaitu mengenai pemberian permit dan lesen
serta pengurniaan skim amanah saham bumiputera dan pendidikan. Walaupun kaum
orang melayu dan bumiputera diberikan keistimewaan tetapi peruntukan bahawa
kepentingan-kepentingan yang sah kaum-kaum lain tetap dilindungi supaya apabila
sesuatu diberi kepada orang melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak t6idak
melanggar hak dan milik kaum lain.33
33 Mengenal perlembagaan Malaysia (1984; 403)
5.4.0 Rasional perkara 153
5.4.1 Perkhidmatan Awam
Petikan Perkara 153 (3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan,
mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara
Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa,
dansiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain,
memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana
Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa
yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa
atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan
Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan
sewajarnya.34
Kebanyakan bumiputra semasa zaman penjajah tidak diberi pendidikan yang
sewajarnya. Disebabkan masalah ini, bumiputra negara kita sekadar bekerja untuk
menyara diri dan keluarga semata-mata. Manakala dari segi kepakaran atau kemahiran
yang ada tidak pernah berkembang. Akibat dari permasalahan ini golongan bumiputra
sangat kurang bekerja dalam sektor perkhidmatan awam negara kita. Keadaan ini
berlarutan sehingga kini. Oleh itu, perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-
mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam
adalah wajar sebagai langkah menyeimbangkan bilangan bumiputra dengan bukan
bumiputa.
34 http:// f/perkara153-Ma.htm
Jadual 1: Pegawai Bahagian 1 dalam Perkhidmatan Kerajaan Pada 1 Nov 1968
Pecahan Orang Melayu dan Bukan Melayu.
Sumber: Tun Mohamed Suffian (1984:413) 35
35 Tun Mohamed Suffian bin Hashim. Mengenal Perlembagaan Malaysia. Dewan bahasa dan Pustaka. (hlm 413)
Jadual 2: Pekerjaan Mengikut Keturunan Bangsa (Bahagian I,II,III dan Kumpulan
Perusahaan dan Buruh Kasar) di Jabatan-Jabatan Kerajaan Persekutuan yang
Terpilih Pada 2 April 1969.
Sumber: Tun Mohamed Suffian (1984:415)36
36 Tun Mohamed Suffian bin Hashim. Mengenal Perlembagaan Malaysia. Dewan bahasa dan Pustaka. (hlm 415)
5.4.2 Ekonomi
Dari petikan Perkara 153 (6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang
sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan
atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah
undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am
kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu
dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk
memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang
Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana
yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu
hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.37
Perkara ini diwartakan dalam Perlembagaan Malaysia bertujuan mencapai
keseimbangan ekonomi antara etnik dan antara wilayah di negara kita. Bagi mencapai
hasrat ini kadar pertumbuhan ekonomi Bumiputera mestilah lebih tinggi daripada kadar
yang dicapai oleh golongan bukan Bumiputera.
Pengalaman dalam tahun-tahun 1970 hingga 1987 menunjukkan bahawa
golongan Bumiputera telah dapat meningkatkan pendapatan benar median isi rumah
pada kadar 4.8 peratus setahun, berbanding dengan 3.1 peratus bagi kaum Cina dan 3.6
peratus bagi kaum India. Pada tempoh yan gsama KDNK per kapita tumbuh pada kadar
kira-kira 4.0 peratus setahun. Adalah munasabah jika matlamat menyamakan
menyamakan pendapatan median antara kaum dicapai dalam masa 25 tahun, iaitu
sehingga tahun 2015 (jangka masa ini adalah semata-mata sebagai panduan sahaja dan
sebarang dasar tidak perlu terikat kepadanya secara mutlak). Untuk mencapai tujuan ini
(jika pertumbuhan pendapatan median isi rumah golongan bukan Bumiputera diandari
kekal pada kadar 3.1 peratus setahun) pendapatan median isi rumah golongan
Bumiputera mestilah tumbuh pada kadar 5.0 peratus setahun. Gambaran ini boleh
37 http:// f/perkara153-Ma.htm
dilihat pada Geraf 1 yan gmenunjukkan trend dan unjuran pendapatan isi rumah median
bagi kaum Melayu (mewakili Bumiputera) dan Cina (mewakili bukan Bumiputera denga
kedudukan kaum India sebenarnya terletak antara Melayu dan Cina). Kadar
pertumbuhan purata ekonomi negara per kapita yang diperlukan adalah sekurang-
kurangnya 4.5 peratus setahun. Dengan jangkaan KDNK per kapita akan tumbuh pada
kadar 5.0 peratus setahun dalam tempoh 1987 – 2015, iaitu satu senario yang lebih
optimistik, matlamat penyamaan pendapatan median per kapita antara Bumiputera dan
bukan Bumiputera akan tercapai jika pendapatan isi rumah median Bumiputera dapat
tumbuh pada kadar 5.5 setahun berbanding dengan bukan Bumiputera 3.5 peratus
setahun.38
Daripada pengalaman ini adalah releven Perkara 153 (6) diwartakan dalam
perlembagaan negara.
Selain dari itu, dasar yang dibawa oleh penjajah ke negara ini menyebabkan
kehidupan orang Melayu mundur. Mereka telah mendoktrinkan fikiran orang Melayu
dengan menanamkan pemikiran bahawa orang Melayu adalah tidak bertamadun dan
mundur. Keadaan ini telah bertambah kritikal apabila orang Melayu tidak diberi
pendidikan dan peluang untuk memejukan diri.
Pada awal dekat 1900-an, struktur sosio ekonomi Tanah Melayu memperlihatkan
pemisahan yang ketara dari segi kependudukannya. Masyarakat Melayu sudah semacam
terbiar di kawasan jauh dari pusat pembangunan, manakala orang India di ladang-
ladang getah dan orang Cina di kawasan lombong dan bandar.39
38 http://faculty.unitarklj1.edu.my/homepage/coursewareweb/beb2213/lesson14/note4.htm 39 R. Emerson, Malaysia, halaman 185, Za’ba & Melayu.
Lantaran dari ketidakadilan ini, kini orang Melayu perlu bantuan untuk menyaingi
bangsa lain. Maka adalah releven Perkara 153 (6) diwartakan dalam perlembagaan
negara.
Agama Islam mementigkan aspek ekonomi dalam kehidupan seharian.
Sehubungan dengan itu, adalah wajar sekiranya kerajaan ingin membantu bumiputra
dalam usaha memajukan ekonomi mereka. Perkara ini telah ditunjukkan semasa zaman
junjungan besar kita Rasulullah S.A.W.
Hakikat ini telah ditukjukkan dalam oleh Rasulullah s.a.w ketika hijrahnya ke Madinah.
Baginda telah menjadikan madinah sebagai tempat tumpuan perdagangan di
Semenaanjung Tanah Arab. Hal ini terbukti apabila salah seorang sahabat nabi yang
bernama Abdulrahman bin ‘Auf apabila selesi majlis ikatan persaudarannya dengan
Saad bin Al-Ansari, beliau menolak untuk menerima pemberian separuh daripada harta
benda saudarnya. Malah beliau meminta ditununjukkan kepadanya pasar yang
dengannya beliau boleh berniaga. Beliau kemudiannya menjalankan perniagaan dan
mendapat keuntungan yang lumayan hasil dari usahabya itu.40
Agama Islam turut menegaskan sentiasa membantu golongan miskin dan
berkongsi kekayaan. Dalam Islam bantuan yang diberikan dan berkongsi kekayaan
adalah dalam bentuk mengeluarkan zakat..
Dalil zakat Maksudnya: “Ambillah (sebahagian) dari mereka menjadi sedekah (zakat),
supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka
(dari akhlak buruk); dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhnya doa-doa
itumenjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi
Maha Mengetahui.” (Surah At-Taubah ayat 103).
40 ‘afif Abd al-Fattah Tabbarah (1985), Ma’a al-Anbiya’fi al-Qur’an al-Karim, Dar al-‘ilm lil Malayin, Beirut, hlm 372
Dalil riba Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan
riba’ yang berganda-ganda dan takutlah kamu kepada Allah s.w.t mudah-mudahan kamu
mendapat kemenangan.”(Surah Ali Imran – Ayat 130).
Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan
perempuan, sebahagian mereka menolong sebahagian yang lain. Mereka menyruh
(berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat,
menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh
Allah. Sungguh Allah Mahabijaksana, Mahaperkasa.”(Surah At-Taubah ayat 71)
Kebetulan golongan yang miskin ini rata-rata terdiri daripada bumiputra. Sehubungan
dengan itu, wajarlah perkata 153 (6) ini dimasukkan dalam perlembagaan negara kita.
Dalam masa yang sama kerajaan telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru
(DEB). Matlamat utama dasar ini adalah sebagai langkah yang diambil bagi
merialisasiakan matlamat utama Perkara 153 (6). Namun ada diantara penduduk negara
kita yang menyalah ertikan maksud dasar ini. Perkara ini tidak boleh dianggap perkara
enteng. Sekiranya perkara seperti ini tidak diberi penekaan, adalah tidak mustahil tragedi
13 May berulang lagi.
Dengan tiadanya suatu program yang dapat menjelaskan konsep dan skop keadilan
sosial dalam suatu kerangka nasionalisme Malaysia yang jati, maka penafsiran subjektif
yan gantagonistik sifatnya, tentu sahaja berkeupayaan mencetuskan konflik dan
mewujudkan hambatan-hambatan terhadap pencapaian matlamat pembangunan negara
dan pembentukan bangsa yang utuh.41
41 dan 6 http://faculty.unitarklj1.edu.my/homepage/coursewareweb/beb2213/lesson14/note4.htm
Dasar ekonomi selepas 1990.
Mencapai pembangunan ekonomi dan sosial secara menyeluruh dan meluas dengan
mengambil kira keseimbangan ekonomi antara etnik dan wilayah. Kedua, selari dengan
tujuan pertama, usaha mengurangkan kemiskinan perlu diteruskan. Penerusan ini tidak
semata-mata terhad kepada usaha mengatasi "kemiskinan mutlak" (mereka yang berada
di bawah garis kemiskinan) tetapi mestilah juga menumpukan kepada pengurangan
perbezaan "kemiskinan relatif".42
Dari kenyataan ini sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya tidak mempertikaikan
perkara yang telah dipersetujui dalam kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh
pemimpin terdahulu negara kita. Tanpa usaha dan pengorbanan mereka adalah tidak
mustahil negara kita masih dibawah kuasa penjajah.
Namun pada masa kini, segala usaha dan kelebihan ini tidak dimanfaatkan
sepenuhnya oleh bumiputra negara kita. Sebagai contoh, ada diantara kontraktor
bumiputra telah mengali babakan permit dan lesen perniagaan yang dikeluarkan khusus
untuk bumiputra. Mereka telah menyewakan permit atau lessen ini kepada bukan
bumiputra. Akhirnya segala keuntungan dikaut oleh bukan bumiputra, sedangkan
bumiputra berkenaan masih di takuk lama. Permasalahan ini pernah dibangkitkan oleh
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).
Beliau mengulas laporan Bahagian Pembangunan Usahawan, Kementerian Kerja Raya
baru-baru ini yang mendapati 85.37 peratus projek diperuntukkan kepada Bumiputera
‘dialibabakan’.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang kecewa dengan hasil kajian
menyifatkan ia bukan saja menggagalkan hasrat kerajaan memaju dan memperkasa
kontraktor Bumiputera, malah menjejaskan usaha negara mencapai kemajuan dan
kestabilan dalam jangka panjang.43
Hasil laporan ini sangat menecewakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi dan menyifatkan ia bukan saja menggagalkan hasrat kerajaan memaju
dan memperkasa kontraktor Bumiputera, malah menjejaskan usaha negara mencapai
kemajuan dan kestabilan dalam jangka panjang.
43 http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Section/nasional_html
5.4.3 Pendidikan.
Pemimipin-pemimpin yang merangka perlembagaan selepas pilihanraya 196944
berasa yakin bahawa demi kepentingan harmoni dan perpaduan Negara, kaum
bumiputera negeri ini iaitu melayu tidak boleh dibiarkan ketinggalan jauh dalam bidang
pendidikan Negara. Kaum bumiputera bermaksud orang-orang melayu45 yang tinggal di
dalam Negara ini. Pemimpin-pemimpin pada masa itu juga menyedari bahawa masa
depan Negara kita bergantung kepada pelajaran atau pendidikan yang diberikan kepada
kaum bumiputera. Oleh sebab itu, tempat-tempat pelajaran yang sempurna dan cukup
pelajaran di dalamnya46 harus diberikan kepada kaum bumiputera supaya mereka boleh
bersaing untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum lain di
Negara ini khususnya di dalam bidang pendidikan.
Perkara 153 fasal 247 memperuntukkan tentang tanggungjawab Yang di-Pertuan
Agong dalam melindungi kedudukan masyarakat bumiputera iaitu masyarakat melayu.
Sejak Hari Malaysia, masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak boleh menentukan
hak keistimewaan mereka kepada bantuan-bantuan sama ada dari bentuk kewangan atau
latihan yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan. Contohnya ialah pemberian
pinjaman PTPTN kepada kesemua penuntut untuk membiayai kos pendidikan mereka.
Melalui PTPTN ini juga, semua penuntut tidak kira apa pun bangsa mereka akan
menerima bantuan pinjaman ini. Hal ini sedikit sebanyak telah menunjukkan semangat
toleransi antara kaum yang telah ditunjukkan oleh masyarakat bumiputera walaupun pada
dasarnya hak biasiswa48 kepada pelajar bumiputera itu sudah termaktub di dalam
perlembagaan.
44 Mengenal Perlembagaan Malaysia (1984;436) 45 Mengenal Perlembagaan Malaysia (1984;429) 46 Za’ba dan Melayu (1998;100) 47 Mengenal Perlembagaan Malaysia (1984;429) 48 Modul Pengajaran&Pembelajaran Hubungan Etnik (2006;34)
Fasal 349 pula memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai
kuasa untuk memberikan arahan kepada mana-mana pihak berkuasa yang terlibat dalam
proses pemberian bantuan dan sebagainya itu supaya sentiasa mematuhi arahan-arahan
yang telah diberikan itu. Namun yang demikian, Yang di-Pertuan Agong tidak
mempunyai hak untuk memberhentikan apa-apa bantuan yang telah diberikan sama ada
dalam bentuk kewangan ataupun latihan yang telah diterima oleh mana-mana individu50.
Yang di-Pertuan Agong juga bertanggungjawab untuk memberi keutamaan kepada
masyarakat bumiputera sama ada yang berada di semenanjung atau di Sabah dan Sarawak
dalam memberikan bantuan kemudahan pelajaran di sekolah.
Bilangan pelajar kaum bumiputera yang menuntut di sekolah-sekolah pada masa
itu adalah rasional. Namun, disedari bahawa selepas peristiwa 13 Mei 1969, bilangan
pelajar-pelajar bumiputera yang berjaya menempatkan diri di pusat-pusat pengajian
tinggi yang terdapat pada masa itu adalah kurang rasional. Hal ini kerana, tidak ramai
diantara mereka yang mampu dari segi ekonomi untuk menyambung pelajaran sehinga ke
peringkat tersebut. Pada masa itu juga, cuma terdapat satu sahaja universiti di Negara ini
iaitu Universiti Malaya. Mengikut perlembagaan, sesebuah universiti diberikan kuasa
autonomi untuk menentukan siapa yang patut diterima masuk ke dalam universiti
tersebut. Namun yang demikian, mereka membuat keputusan semata-mata dengan
merujuk kepada keputusan peperiksaan sahaja tanpa menyedari impaknya kepada negara
kita Malaysia.
49 Mengenal Perlembagaan Malaysia (1984;429) 50 Mengenal Perlembagaan Malaysia (1984;430)
Bertitik tolak daripada itu, Majlis Gerakan Negara51 telah menubuhkan sebuah
jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Haji Abdul Majid bin Ismail.
Jawatankuasa ini ditubuhkan pada 14 Ogos 1969. Pada masa itu, Tan Sri Dr. Haji Abdul
Majid bin Ismail merupakan Pengarah Perancangan dan Penyelidikan di Kementerian
Kesihatan. Beliau juga merupakan seorang yang berpengalaman luas di dalam hal ehwal
sesebuah universiti. Jawatankuasa beliau akan melakukan penyelidikan di satu-satunya52
unversiti yang terdapat di negara pada masa itu iaitu Universiti Malaya.
Jadual di bawah53 menunujukkan antara maklumat yang diperolehi oleh
jawatankuasa ini. Didapati bahawa, dalam tahun 1959-60, daripada 332 orang jumlah
penuntut di unversiti tersebut, hanya 62 orang daripada mereka merupakan penuntut yang
berbangsa melayu. Lima tahun kemudian, keadaan ini juga tidak menunjukkan sebarang
perubahan di mana daripada 1736 orang penuntut, hanya 358 orang daripada mereka
merupakan penuntut yang berbangsa melayu.
Sumber : Jadual I dalam Laporan Ismail.54
51 Mengenal Perlembagaan Malaysia (1984;430) 52 Mengenal Perlembagaan Malaysia (1984;430) 53 Mengenal Perlembagaan Malaysia (1984;431) 54 Laporan Ismail (1971;31)
Apa yang lebih memeranjatkan lagi ialah, betapa kecilnya bilangan penuntut yang
berbangsa melayu yang berada di dalam fakulti sains. Jadual di bawah55 menunjukkan
bahawa dalam tempoh 1968-69, daripada jumlah keseluruhan penuntut yang berbangsa
melayu, hanya 5.44% daripada mereka merupakan pelajar daripada fakulti sains dengan
hanya 0.32% daripada mereka mempelajari ilmu kejuruteraan dan 5.12% lagi
mempelajari ilmu perubatan.
Sumber : Jadual IV dalam Laporan Ismail.56
Daripada maklumat-maklumat yang diperolehi ini, Jawatankuasa Ismail membuat
kesimpulan bahawa maklumat-maklumat yang diprolehi ini amatlah membimbangkan.
Justeru daripada itu, Jawatankuasa Ismail telah mengesyorkan dalam perenggan 89
supaya pihak uviversiti mengambil tindakan setakat mana yang boleh untuk memastikan
bahawa bilangan penuntut di universiti itu berjaya untuk mencerminkan keturunan
bangsa yang sebenar dalam negara ini iaitu bangsa melayu57.
55 Mengenal Perlembagaan Malaysia (1984;432) 56 Laporan Ismail (1971;38) 57 Mengenal Perlembagaan Malaysia (1984;434)
Momentum daripada laporan Jawatankuasa Ismail ini, isu ketidakseimbangan
kaum yang terdapat di universiti ini juga telah menarik perhatian dan seterusnya
dibincangkan oleh Majlis Perundingan Negara. Perkara ini telah telah dibincangkan
dengan begitu mendalam sehingga Majlis Perundingan Negara mengesyorkan agar
perlembagaan yang sedia ada pada masa itu dipinda untuk memberikan laluan kepada
kerajaan untuk menegeluarkan arahan agar pusat-pusat pengajian tinggi yang terdapat di
negara ini memberikan keutamaan kepada pelajar-pelajar bumiputera. Akhirnya, syor
yang amat penting sekali untuk masa depan orang melayu ini telah diterima oleh Majlis
Gerakan Negara dan Jemaah Menteri. Berikutan daripada itu, satu Kertas Putih, Ke Arah
Perpaduan Negara58 telah diterbitkan untuk menerangkan dengan lebih mendalam
tentang hal ini dan juga pindaan-pindaan perlembagaan lain yang telah dilakukan untuk
menjamin perpaduan ,keamanan, dan keharmonian di dalam negara ini.
Untuk melaksanakan syor ini, kerajaan telah terpaksa untuk meminda perkara
1259 yang telah menyatakan bahawa tidak boleh terdapat pembezaan terhadap mana-
mana warganegara dalam pentadbiran mana-mana pihak berkuasa pelajaran, dan
khususnya tentang kemasukan penuntut dan pelajar. Pindaan ini telah pun dikuatkuasakn
oleh Parlimen dalam persidangan pertamanya pada awal tahun 1971 selepas kemenangan
Parti Perikatan dalam pilihanraya 1961. Ia juga telah menambah satu lagi fasal baru
(no.8A) kepada perkara 153 iaitu fasal yang telah memberikan kuasa kepada Yang di-
Pertuan Agong untuk memberikan arahan kepada universiti-universiti supaya lebih
memberikan keutamaan kepada pelajar-pelajar bumiputera sama ada dari Semenanjung
atau dari Sabah dan Sarawak di dalam proses pengambilan pelajar baru di universiti
mereka. Perkara ini bukan sahaja meliputi pada peringkat universiti bahkan semua badan
pelajaran yang terdapat di antara peringkat sekolah menengah sehinggalah ke peringkat
universiti.
58 Mengenal Perlembagaan Malaysia (1984;435) 59 Mengenal Perlembagaan Malaysia (1984;435)
6.0 KESIMPULAN
Secara ringkasnya Perlembagaan Malaysia digubal bagi menyeimbangkan
kepelbagaian etnik di negara ini seperti bangsa Melayu, Cina, India, Bumiputra Sabah
dan Serawak dan sebagainya. Lipatan sejarah menunjukkan Perlembagaan diperangka
secara berperingkat dan begitu terperinci sebagai persediaan untuk pemerintahan sendiri.
Seperti yang kita sedia maklum, perlembagaan yang digubal merupakan taat setia antara
pelbagai kaum.Justeru itu adalah wajar bagi kita selaku warganegara yang bertuah ini
untuk membudayakan semangat perpaduan dan integrasi demi kesinambungan hidup
bersama.
Kita perlulah mempunyai semangat sedia berkorban dan bertoleransi seperti mana
yang telah ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin yang terdahulu. Sikap perkongsian
yang ditunjukkan perlulah dijadikan tauladan dalam melaksanakan setiap tindak tanduk
dalam hidup bermasyarakat. Palitan peristiwa hitam 13 Mei juga perlulah dijadikan
sempadan dengan tidak menyentuh isu-isu sensatif yang telah sedia dipersetujui sejak
dahulu lagi.
Perjuangan membentuk sebuah negara dan bangsa yang merdeka menuntut pengorbanan
yang besar. Langkah para pemimpin Persekutuan Tanah Melayu yang memilih
musyawarrah untuk membentuk sebuah negara atas persepakatan antara UMNO-MIC-
MCA merupakan toleransi yang sungguh unggul untuk dicontohi. Justeru itu, kita
perlulah menghormati hak masing-masing kerana telah setuju untuk hidup bersama.
Sama-sama lah kita hayati warisan peribahasa ini;
“Bulat air kerana pembentung, bulat suara kerana muafakat”
“Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung”
Bibliografi.
Aa
Abdul Aziz Bari (2001). Perlembagaan Malaysia:Asas-asas dan Masalah. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Afif Abd al-Fattah Tabbarah (1985), Ma’a al-Anbiya’fi al-Qur’an al-Karim, Dar al-‘ilm
lil Malayin, Beirut.
Ahmad Ibrahim et. al (1999). Perkembangan undang-undang perlembagaan
persekutuan. Percetakan Dewan Bahasa san Pustaka, Kuala Lumpur
Bb
Berita Harian: www.bharian.com.my/m/BHarian/Section/nasional_htm
Cc
Cik Khairiah (2006). Nota tamadun Islam dan Asia Tenggara – Islam dalam Tamadun
Melayu. Universiti Teknologi Malaysia.
Dd
Dewan Bahasa dan Pustaka (1994). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur
Dewan Bahasa dan Pustaka (2004). Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima. Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur
Dewan Bahasa dan Pustaka (2003). Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat. Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur
Ee
Ff
Gg
Geocities: www.geocities.com/uthayasb2001/bahaza.htm
Hh
Hilmi: Mengenal Perlembagaan Malaysia (1984;435)
Ii
Jj
Jawatankuasa Induk Kursus Titas dan Hubungan Etnik IPT dengan kerjasama Jabatan
Pengurusan IPT Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2006). Modul Pengajaran dan
Pembelajaran Hubungan Etnik.
Kk
Ll
Mm
Mansor Mohd Nor (2006). Hubungan Etnik di Malaysia. Pearson Malaysia.
Malaysia Today; Surat bantahan penubuhan IFC
Mohd Salleh Abbas,1988: Kewarganegaraan dan Hak Asasi. Dewan Bahasa dan
Pustaka, Selangor
Nn
Oo
Pp
Paima Atoma, Hamidah Ab. Rahman, Shahri Abd Majid (cetakan awal, edisi kedua).
Kenegaraan Malaysia . JPSM. Universiti Teknologi Malaysia. Johor Bahru.
Pustaka Antara (2000). Kamus Za’ba. Kuala lumpur
Rr
R. Emerson, Malaysia, halaman 185, Za’ba & Melayu.
Ss
Tt
Tun Mohamed Sufian Hashim (1984) Mengenal Perlembagaan Malaysia Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur
Uu
Vv
Ww
Wikipedia:Artikel 2 Bahagian Undang-Undang.htm
wikipedia.org/wiki/Perlembagaan
Wikipedia: Bahasa rasmi.htm
Xx
Yy
Zz
Zulkiflee Haron (2005). Tamadun Islam dan Asia. Universiti Teknologi Malaysia.
APENDIKS
Agama - kepercayaan kepada tuhan yang Maha Kuasa dan patuh kepada ajaran
dan perintah-Nya.
Akomodasi - Penyesuaian
Bahasa rasmi - Bahasa yang digunakan dalam pentadbiran kerajaan
Etnik - Sekumpulan manusia yang mempunyai persamaan dan menganggap
diri sama dengan anggota yang lain dari segi budaya, agama, bahasa
dan nilai hidup.
Intelek-intelek
Melayu - Golongan Melayu yang mempunyai pendidikan
Kebangsaan - Yang berkaitan dengan negara; nasional
Kedaulatan - Kekuasaan yang tertinggi
Lingua franca - bahasa perantaraan
Perlembagaan - Undang-undang dasar sesebuah negeri, negara, persatuan dll.
Sekular - Pemisahan antara hal dunia dan agama
Suruhanjaya
Bebas - Jawatankuasa yang dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan tugas
tertentu
Universal - menyeluruh. Meliputi semua.