C
Instrumen Penilaian Zainal Ariff bin Mat
1.Kemahiran Berbahasa :
3.Contoh Instrumen Pengujian dan Penilaian :
3.1Mengenal Pasti : Mengenal pasti bunyi-bunyi fonem berdasarkan perkataan-perkataan berpasangan minimal. Prosedur :
beberapa pasangan berbentuk pasangan minimal ditulis pada papan tulis/kad manila/kertas A4 dan diedarkan;
Guru menyebut murid menanda.
3.2Ujian imlak atau rencana :
Amat sesuai untuk menguji kemahiran mendengar.
Dilakukan hanya setelah murid-murid menguasai kemahiran menulis secara mekanis.
Prosedur :
Guru membaca suatu petikan yang pendek atau sederhana panjang bersesuaian dengan tahap murid;
Membaca secara kuat tetapi perlahan mengikut patah-patah perkataan;
Bacaan dengan sebutan dan intonasi yang betul; Murid-murid diminta menulis setiap perkataan yang dibaca guru berdasarkan petikan tersebut;
Menggunakan sistem ejaan dan tanda-tanda bacaan yang betul.
Setelah siap, guru membaca petikan secara lancar dan murid menyemak.
3.3Bertutur/Bercerita berdasarkan gambar : Murid bertutur atau bercerita berdasarkan gambar atau objek yang disediakan guru.
Prosedur :
Guru mempamerkan gambar bersiri atau beberapa objek di hadapan kelas;
Murid memerhati dan berfikir/menilai.
Murid menyatakan sesuatu berdasarkan gambar bersiri atau objek yang dilihat.
Guru boleh mengemukakan beberapa soalan untuk membantu murid.
3.4Ujian Kloz : Instrumen yang sesuai digunakan untuk menguji pemahaman bacaan.
Dapat mengasah kemahiran membaca, memaham dan berfikir.
Murid diminta mengisi tempat kosong dalam satu keratan bacaan.
Pastikan ayat yang pertama dalam petikan tersebut tidak dikosongkan.
Prosedur :
Guru mengedar lembaran kerja ujian kloz;
Murid melihat dan membaca secara keseluruhan.
Murid akan cuba mengisi tempat kosong tersebut dengan perkataan yang paling sesuai berdasarkan maksud keseluruhan teks.
Boleh juga digunakan untuk menguji pemahaman mendengar.
3.5Ujian Diagnostik : Untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan murid.
Bertujuan mengesan kemahiran berbahasa yang sudah atau belum dikuasai murid.
TIDAK bertujuan untuk memberi skor atau markah.
TIDAK juga bertujuan untuk memberi gred atau kedudukan kepada murid.
Hasilan aktiviti :
Murid yang belum menguasai kemahiran boleh menjalani aktiviti pemulihan;
Murid yang sudah menguasai kemahiran hanyalah sebagai aktiviti pengayaan.
3.6Membuat ringkasan / Meringkaskan karangan : Teknik untuk menilai kefahaman bacaan murid.
Guru perlu menyediakan suatu petikan yang sesuai.
Petikan tidak perlu panjang.
Tahap permulaan, sekitar 20 hingga 30 patah perkataan.
Kemudian dipertingatkan jumlah perkataan.
Murid perlu membaca petikan dan memahami secara mendalam maklumat yang terkandung.
Murid perlu tahu memilih / mengasingkan antara isi penting dan isi sampingan.
Digalakkan penggunaan peta minda atau borang pengurusan grafik lain yang bersesuaian.
3.7Tugasan : Teknik untuk menilai kemahiran menulis.
Boleh dikelaskan mengikut bahan isi yang diberi.
Berdasarkan sejauh manakah persediaan dan bimbingan yang diberi kepada murid.
Jenis tugasan :
tugasan bebas :
diberi satu tajuk dan dikehendaki menulis tanpa sebarang bimbingan.
tugasan berpandu :
diberi rangsangan dalam bentuk graf, jadual, gambar, peta minda untuk ditulis.
bimbingan diberi dalam bentuk mencari isi karangan.
tugasan berdasarkan pengalaman.
diberi peluang untuk mendapat bahan dan kemahiran melalui pengalaman;
kemudian diberi tugasan sebenar untuk dilaksanakan.
3.8Mimos : Satu aktiviti drama, pemaparan idea atau cerita melalui perlakuan atau lakonan, pergerakan badan dan mimik muka tanpa tutur kata.
Istilah lain lakonan bisu atau pantomin.
Bertujuan untuk melatih murid :
memahami serta menggambarkan maksud dan perasaan melalui penggunaan unsur-unsur bukan lingusitik seperti mimik muka, gerak tangan, kepala, badan dan sebagainya.
membuat pengamatan dan menaakul sesuatu gerak laku yang dilakukan / dilakonkan.
memindahkan idea dan perasaan melalui perlakuan tanpa tutur kata.
Kebaikan :
dapat mengembangkan daya kreatif dan imaginatif;
mewujudkan rasa kemesraan dan sikap kerjasama;
galakan kepada murid yang bermasalah untuk terlibat.
Contoh bahan :
ungkapan;
peribahasa;
satu kisah pendek;
bahagian-bahagian cerita;
petikan puisi;
cerita panjang yang lengkap.
Jenis aktiviti mimos :
mimos bersendirian/individu;
mimos berpasangan;
mimos berkumpulan.
Pelaksanaan aktiviti :
peringkat sebelum aktiviti;
peringkat pelaksanaan/semasa aktiviti;
peringkat selepas aktiviti.
Peringkat sebelum aktiviti :
Peringkat perancangan dan penyediaan perkara berikut:
jenis aktiviti;
objektif pembelajaran;
penggabungjalinan kemahiran;
penyerapan pengetahuan dan nilai;
penilaian;
pengukuhan dan pengayaan;
langkah dan aktiviti;
alat dan bahan.
Peringkat pelaksanaan aktiviti :
Guru sebagai pemudah cara (arahan dan panduan). Pengenalan pelajaran :
Jalankan set induksi.
Perkembangan langkah dan aktiviti :
Beri arahan pilih murid.
Baca kad arahan dan lakukan.
Murid lain memerhati dan mencatat.
Peringkat selepas aktiviti :
Guru menjalankan aktiviti susulan atau latihan yang berkaitan dengan aspek bahasa.
Antaranya :
Melaporkan bahan yang tercatat.
Berbincang tentang masalah dan keputusan laporan.
Berbincang tentang nilai-nilai.
Aktiviti soal jawab :
penontonpelakon penontonpenonton
gurupelajar Menceritakan apa yang telah mereka saksikan tadi.
Membina ayat seperti ayat tanya, ayat seru, ayat nafi.
Menulis dialog yang sesuai berdasarkan akitiviti mimos tadi.
Menulis karangan tentang masalah atau isi yang dibincangkan.
Membuat lakaran tertentu seperti rajah, pelan dan carta alir bagi memperjelas konsep berkenaan.
Contoh situasi satu :
Aktiviti:Meneka benda
Tujuan:Sebagai rangsangan atau motivasi
Cara:i.Pilih wakil murid sebagai pelakon.
ii. Minta wakil murid membayangkan dia terjumpa suatu benda dan kemudian mengambil benda itu.
iii. Murid lain akan cuba meneka benda itu.
iv. Mereka digalakkan mengemukakan beberapa soalan untuk mendapat kepastian.
v. Wakil murid tidak boleh menjawab dengan suara tetapi dengan aksi sahaja.
Contoh:
Pelajar A:Adakah benda itu berat?
Pelakon:(mengangguk kepala dan senyum)
Pelajar B:Adakah kamu memakai benda itu?
Pelakon:(menggelengkan kepala)
Pelajar C:Adakah benda itu berharga?
Pelakon:(menggelengkan kepala)
vi. Guru murid membuat refleksi.
Contoh situasi dua :
Aktiviti:Meneka situasi atau aksiTujuan:Sebagai rangsangan dan perpaduan kumpulanCara:i.Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada lima hingga tujuh orang.
ii. Kumpulan akan membuat satu barisan panjang di hadapan kelas. Hanya ketua kumpulan sahaja berdiri menghadap guru.iii. Guru akan menunjukkan sekeping gambar situasi atau membisikkan satu situasi kepada ketua kumpulan.
iv. Ketua kumpulan akan melakonkan situasi tersebut tanpa suara kepada rakannya di belakang dalam jangka masa sepuluh saat. Anggota kumpulan lain tidak dibenarkan melihat aksi tersebut.v. Anggota kedua pula akan melakonkan aksi yang sama kepada rakannya di belakang dan begitulah seterusnya.vi. Anggota kumpulan yang terakhir hanya memerhati dan meneka aksi sahaja.
Guru murid membuat refleksi.
Contoh situasi tiga :
Aktiviti:Nyanyian dan aksi
Tujuan:Sebagai motivasi dan kreativiti
Cara:i.Murid berpegangan tangan, berlari atau menari mengelilingi bulatan sambil menyanyi :
Here we go round the mulbery bush,
The mulbery bush, the mulbery bush,
Here we go round the mulbery bush,
On a cold and frosty morning.ii.Kemudian berhenti sambil melakukan aksi seolah-olah mereka sedang mencuci tangan/ muka, berus gigi sambil menyanyi :
This is the way we wash our hands,
We wash our hands, we wash our hands,
This is the way we wash our hands,
On a cold and frosty morning.iii.Diikuti aksi-aksi lain sambil menyanyi :
This is the way we clap our hands,
This is the way we cleen our shoes....
KLOZ
MENGISI BORANG KOSONG
OBJEKTIF :
Aneka Pilihan
Struktur
IMLAK
KEFAHAMAN
2. ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGUJI DAN MENILAI
(
hamba
hampa
bawang
pawang
gagak
kakak
tebu
debu
jari
dari
tali
tari
Kemahiran
Menulis
Kemahiran
Membaca
INSTRUMEN PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA
Kemahiran
Bertutur
KEMAHIRAN
BERBAHASA
Kemahiran
Mendengar
PENGURUSAN GRAFIK
ESEI / KARANGAN
DIAGNOSTIK
TEMURAMAH
RUBRIK
PERMAINAN BAHASA
MENYESUAI
DAN
MEMADAN
MENGENAL
PASTI
MIMOS
PENGAJARAN MAKRO / MIKRO
SURAT
KIRIMAN
ZAM/JPM/MPPP/05
Pentaksiran dan Penilaian
LS 16