04/18/23 1
Pembakuan Ejaan
04/18/23 2
Penulisan Kata Dasar
Ditulis sebagai satu perkataan – penulisannya dipisahkan. Cth.
Saya datang awal pada pagi ini. Saya yakin mendapat markah yang baik. Semua orang rasa gembira hari ini.
04/18/23 3
Penulisan Kata Terbitan
Kata terbitan atau kata turunan ialah kata berimbuhan (awalan, akhiran, sisipan) atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk yang lain.
anti + karat = antikarat maha + raja = maharaja dwi + bahasa = dwibahasa tata + bahasa = tatabahasa
04/18/23 4
Bentuk Awalan Terpisah
1. Awalan maha ditulis terpisah daripadakata dasar yang bermula dengan huruf besar yang merujuk kata ganti nama Tuhan atau nama khas lain.
Maha Mengetahui Allah Yang Maha Esa Duli Yang Maha Mulia
04/18/23 5
2. Bentuk terikat seperti anti, pro dan kontra ditulis terpisah sebagai kata bebas.
Bersikap anti Pro dan kontra
3. Tanda (-)digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas dengan huruf besar. Contoh:
se- Asia Tenggara se- Malaysia Se-Nusantara
04/18/23 6
Kata Terbitan berimbuhan -an,-ah,-at,-i, -iah, -in, -isme, -kan,-man,-nita/-
ita, -wan. Penulisan diserangkaikan.
-isme + sosial = sosialisme -man + budi = budiman -wan + harta = hartawan
04/18/23 7
Kata Terbitan Berapitan
Ditulis serangkai ber… an + gantung = bergantungan di …i + iring = diiringi memper…kan + hamba = memperhambakan
04/18/23 8
Kata terbitan Yang Bersisipan
Penulisan serangkai -el- + tunjuk = telunjuk -em- + kuning = kemuning -in- + sambung = sinambung -er- + kuping = keruping
04/18/23 9
Penulisan Kata Sendi Nama Kata SN di- dan ke- ditulis terpisah. Empat jenis kata yang lazim selepas KSN di-
dan ke-. KSN ditulis terpisah untuk arah atau
kedudukan KN yang ada selepasnya KSN di- & ke- ditulis terpisah daripada kata
umum selepasnya. KSN terpisah untuk kata nama bilangan KSN terpisah untuk nama tempat atau nama
khas.
04/18/23 10
Penulisan Kata Ganti Singkat
Kau, ku, mu, nya Kata ganti kau dan ku sebagai awalan penanda
pasif ditulis serangkai. Kaulihat kuamati Kudengar
KG singkat ku, mu dan nya ditulis serangkai. Ku,mu dan nya berfungsi sebagai ganti nama tuhan
menggunakan tanda sempang. Kepada-Ku
Ya, Tuhan ku,tunjukanlah hamba-Mu jalan yang benar
04/18/23 11
Penulisan Partikel
-lah,-tah,-kah dan pun -lah,-tah-kah dan –tah yang menggunakan
tanda sempang dalam ejaan rumi lama ditulis serangkai.
ada-lah = adalah bantu-lah = bantulah siapa-kah = siapakah
04/18/23 12
Penulisan Partikel pun
Terpisah – berfungsi sebagai kata tugas yang bererti ‘juga’.
Pakaiannya pun tidak terurus
Serangkai (13 pun) adapun - ataupun - andaipun bagaimanapun -biarpun - kalaupun kalaupun - kendatipun - lagipun mahupun -meskipun - sekalipun sungguhpun - walaupun
04/18/23 13
Penulisan Kata Ganda
Kata ganda ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tanda sempang (-).
Kata ulang yang ditulis menggunakan tanda sempang, termasuklah : kata ulang semu (labi-labi), kata ulang jamak (pelajar-pelajar), kata ulang berentak (bengkang-bengkok) kata ulang berimbuhan (karang-mengarang)
04/18/23 14
Penulisan Gabungan Kata
Tiga gabungan kata yang ditulis terpisah. a. Kata bebas yang membentuk rangkai
kata umum termasuk rangkai kata istilah khusus dan kata majmuk. air hujan meja tulis penyataan bersama
04/18/23 15
b.Gabungan kata yang dihasilkan daripada rangkai kata setara ditulis terpisah (ibu bapa, tunjuk ajar, tua muda)
c. Gabungan kata yang merupakan simpulan bahasa ditulis terpisah.(keras hati, makan hati, tangkai jering)
04/18/23 16
Kata ulang bagi gabungan kata yang ditulis terpisah dibentuk dengan hanya mengulangi kata nama yang diterangkan iaitu kata nama pertama bukan seluruh kata.
Balai raya = balai-balai raya Guru besar = guru-guru besar Kipas angin = kipas-kipas angin
04/18/23 17
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER
TARIKH : 15 OGOS 2008 MASA : 8. 15 MALAM TEMPAT : DKAP C1 (KUMPULAN 1) BENTUK SOALAN : OBJEKTIF MASA MENJAWAB : (1 ¼ JAM)
04/18/23 18
Penentuan Gabungan Kata
Rangkai kata yang ditulis terpisah yang menerima imbuhan apitan ditulis serangkai. anak tiri = menganaktirikan campur aduk = mencampuradukkan
Kata mantap yang ditulis serangkai. Antaranya Antarabangsa, pesuruhjaya, bumiputera, setiausaha,
jawatankuasa, sukarela, kakitangan, suruhanjaya, kerjasama, tandatangan, warganegara, matahari, tanggungjawab, olahraga.
04/18/23 19
Pengulangan gabungan kata yang ditulis serangkai Jawatankuasa = jawatankuasa-jawatankuasa. Suruhanjaya = suruhanjaya-suruhanjaya
Gabungan kata yang ditulis serangkai menjadi dasar untuk membentuk kata terbitan. Setiausaha = kesetiausahaan Warganegara = kewarganegaraan
04/18/23 20
Tanda Sempang (-) Menulis semua jenis kata ulang Memisahkan suku kata yang tercerai oleh
penggantian baris. ... berusaha untuk memper-
baiki keadaan.
Memperjelas ungkapan Ber-evolusi dengan ber-revolusi
Merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada kata yang sama.
anti-Amerika, hamba-Nya
04/18/23 21
Merangkaikan ke dengan angka bagi penulisan nombor. ke-13 (ketiga belas) ke-250 (kedua ratus lima puluh) ke-1,000,000 (kesejuta)
Angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran –an Tahun 60-an (tahun enam puluhan)
Hubungan antara kata pada rangkai kata setara tertentu atau rangkai kata istilah Alat pandang-dengar
04/18/23 22
Sekian, terima kasih