id7258968 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com
i
PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI MATAPELAJARAN MATEMATIK KBSM
TINGKATAN EMPAT BERTAJUK BULATAN III
NOREZHAR RAHIMI BIN AZIZ
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
( Matematik )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
id7268953 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com
ii
iii
DEDIKASI
Untuk abah dan emak tercinta:
Aziz Bin Omar dan Rahimah Binti Arsad
Doa, jasa dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku
Terima kasih abah dan emak
Untuk keluarga tersayang:
Noor Azlina
Noor Asyikin
Noramirul
Nur Ummi Haziqah
Sekalung budi buat penyelia:
Encik Juhazren Bin Haji Junaidi yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan
sepanjang melaksanakan Projek Sarjana Muda ini.
Tidak lupa juga semua keluarga, sanak saudara dan rakan taulan.
Segala jasa, doa dan sokongan kalian akan dikenang selamanya.
iv
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, selawat dan
salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarganya dan para sahabat.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S. W. T. kerana dengan izinNya saya telah
berjaya menyempurnakan projek pembangunan laman web pembelajaran ini bagi
memenuhi syarat untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta
Pendidikan (Matematik), di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
Johor.
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
jutaan terima kasih kepada Encik Juhazren Bin Haji Junaidi, selaku penyelia projek
sarjana muda saya yang telah banyak berusaha untuk membimbing, memberi tunjuk ajar
dan memberi sokongan padu kepada saya sehingga projek ini dapat disiapkan dengan
jayanya.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada emak dan abah serta keluarga
tersayang di atas pengorbanan, sokongan dan dorongan yang diberikan selama ini. Di
sini juga saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada rakan-
rakan seperjuangan yang telah banyak menghulurkan bantuan dan menyumbangkan
pendapat. Tidak lupa kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam projek pembangunan laman web ini, ribuan terima kasih saya ucapkan.
v
ABSTRAK
Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk membangunkan sebuah laman web
dengan menggunakan teori pembelajaran konstruktivisme. Laman web ini merangkumi
topik Circle III bagi tingkatan empat mengikut sukatan matapelajaran Matematik
KBSM. Elemen-elemen multimedia yang bersesuaian seperti teks, grafik dan animasi
diimplementasikan untuk menarik minat dan meningkatkan keberkesanan proses
pembelajaran. Proses pembangunan laman web adalah berpandukan kepada model reka
bentuk ADDIE. Teori konstruktivisme dan strategi pengajaran tutorial digunakan dalam
penyampaian isi kandungan laman web ini, manakala Bahasa Inggeris digunakan
sebagai bahasa penyampaian. Microsoft Front Page 2003 digunakan sebagai perisian
utama pembangunan dan Macromedia Flash MX2004 serta Adobe Photoshop CS2
digunakan sebagai perisian sokongan. Diharapkan laman web yang dibangunkan ini
dapat membantu meningkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
di kalangan guru dan pelajar.
vi
ABSTRACT
The purpose of this project is to develop a website using constructivism learning
theory. This website comprises the topic Circle III for form four according to the
Mathematic KBSM syllabus. The implementation of suitable multimedia elements such
as text, graphic and animation is to attract enthusiasm and to increase the effectiveness
of learning process. Constructivism theory and tutorial learning strategy was applied to
deliver the content in this website, whereas the content was delivered in English. The
website was developed using Microsoft Front Page 2003 software and supported by
other software such as Macromedia Flash MX2004 and Adobe Photoshop CS2.
Hopefully this website will help to increase the effectiveness in teaching and learning
process among the teacher and student.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PERAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Projek 5
1.5 Persoalan Projek 6
1.6 Rasional Pemilihan Laman Web Sebagai
Media Pengajaran
6
1.6.1 Mudah Diakses 6
1.6.2 Memudahkan Pengubahsuaian Dan
Penambahbaikan
7
viii
1.6.3 Kos Pembangunan Yang Lebih
Rendah
7
1.6.4 Jaringan Komunikasi Antara
Pengguna
7
1.7 Kepentingan Projek 7
1.7.1 Kementerian Pelajaran Malaysia 8
1.7.2 Pelajar 8
1.7.3 Guru 8
1.7.4 Ibu Bapa 9
1.8 Batasan Projek 9
1.9 Definisi Istilah 9
1.9.1 KBSM 10
1.9.2 Konstruktivisme 10
1.9.3 Laman Web 10
1.9.4 Matematik 10
1.9.5 Multimedia 11
1.9.6 Pembelajaran Berasaskan Web 11
1.9.7 Sekolah Bestari 12
1.10 Penutup 12
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Komputer Dan Teknologi Dalam
Pendidikan
13
2.2.1 Multimedia Dalam Pendidikan 15
2.2.1.1 Elemen-elemen
Multimedia
16
a Teks 16
b Grafik 16
c Video 17
d Animasi 17
ix
e Audio 17
f Hipermedia 17
2.2.2 Pembelajaran Melalui Web 18
2.3 Teori Dan Pendekatan Pembelajaran 18
2.3.1 Teori Pembelajaran Dan Pendekatan
Konstruktivisme
19
2.3.2 Pendekatan Masteri 20
2.4 Strategi Pengajaran 21
2.4.1 Strategi Pengajaran Tutorial 21
2.4.2 Strategi Pengajaran Penyelesaian
Masalah
22
2.5 Model Reka Bentuk (Model ADDIE) 23
2.5.1 Fasa Analisis (Analyze) 24
2.5.2 Fasa Reka Bentuk (Design) 24
2.5.3 Fasa Pembangunan (Development) 24
2.5.4 Fasa Perlaksanaan (Implementation) 25
2.5.5 Fasa Penilaian (Evaluation) 25
2.6 Masalah Dalam Pembelajaran Matematik 25
2.7 Penutup 26
BAB 3 REKA BENTUK LAMAN WEB
3.1 Pengenalan 27
3.2 Proses Pembangunan Laman Web 28
3.3 Model ADDIE 28
3.3.1 Fasa 1: Analisis 29
3.3.1.1 Analisis Pengguna 30
3.3.1.2 Analisis Pembangunan 31
a Analisis Keperluan
Perkakasan
31
b Analisis Keperluan
Perisian
32
x
3.3.2 Fasa 2: Reka Bentuk 33
3.3.2.1 Reka Bentuk Hipermedia
dan Hiperteks
34
3.3.2.2 Reka Bentuk Antara Muka 34
3.3.2.3 Carta Alir 35
3.3.3 Fasa 3: Pembangunan 38
3.3.4 Fasa 4: Perlaksanaan 39
3.3.5 Fasa 5: Penilaian 39
3.4 Rasional Pemilihan Model ADDIE 40
3.5 Penutup 40
BAB 4 PEMBANGUNAN LAMAN WEB
4.1 Pengenalan 41
4.2 Struktur Asas Laman Web 41
4.2.1 Paparan Menu Utama (Home) 42
4.2.2 Paparan Nota (Notes) 44
4.2.2.1 Paparan Nota Subtopik 45
4.2.2.2 Paparan Nota Sub-subtopik 46
4.2.3 Paparan Latihan (Exercises) 47
4.2.3.1 Paparan Latihan Subtopik 48
4.2.3.2 Paparan Latihan Sub-
subtopik
49
4.2.3.3 Paparan Soalan 50
4.2.4 Paparan Penilaian (Try It!) 51
4.2.4.1 Paparan Kuiz 1 (Quiz 1) 52
4.2.4.2 Paparan Kuiz 2 (Quiz 2) 53
4.2.4.3 Paparan Markah (Mark
Form)
55
4.2.5 Paparan Santai (Have Fun!) 55
4.2.5.1 Paparan Teka Silangkata
(Crossword)
56
xi
4.2.5.2 Paparan Permainan (Circle
III World)
57
4.2.6 Paparan Glosari (Glossary) 58
4.2.7 Paparan Kredit (Credit) 59
4.2.8 Paparan Peta Laman (Site Map) 60
4.3 Penutup 61
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 62
5.2 Perbincangan 62
5.3 Masalah-masalah Yang Dihadapi Semasa
Pembangunan Laman Web
64
5.3.1 Pemilihan Strategi 64
5.3.2 Penyampaian Isi Pelajaran 65
5.3.3 Penghasilan Reka Bentuk 65
5.3.4 Pengintegrasian Elemen Multimedia 66
5.4 Kekuatan dan Kelemahan Laman Web 66
5.4.1 Kekuatan Laman Web 66
5.4.2 Kelemahan Laman Web 67
5.5 Cadangan 68
5.5.1 Pengaplikasian Pelbagai Strategi
Pengajaran
69
5.5.2 Pengintegrasian Elemen Multimedia
Audio dan Video
69
5.5.3 Penggunaan Pangkalan Data 69
5.6 Kesimpulan 70
5.7 Penutup 70
RUJUKAN 71
xii
LAMPIRAN 74
A Carta Alir
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Model ADDIE daripada Rossett (1987) 23
3.1 Model ADDIE 29
3.2 Carta Alir I 36
3.3 Carta Alir II 36
3.4 Carta Alir III 37
3.5 Carta Alir IV 37
3.6 Carta Alir V 38
4.1 Paparan Menu Utama (Home) 43
4.2 Paparan Menu Utama (Home) 43
4.3 Paparan Nota (Notes) 44
4.4 Paparan Nota Subtopik 45
4.5 Paparan Nota Sub-subtopik 46
4.6 Paparan Nota Sub-subtopik (Solution) 47
4.7 Paparan Latihan (Exercises) 48
4.8 Paparan Latihan Subtopik 49
4.9 Paparan Latihan Sub-subtopik 50
4.10 Paparan Soalan 51
4.11 Paparan Penilain (Try It!) 52
4.12 Paparan Kuiz 1 (Quiz 1) 53
4.13 Paparan Kuiz 2 (Quiz 2) 54
4.14 Paparan Kuiz 2 (Quiz 2) 54
4.15 Paparan Markah (Mark Form) 55
4.16 Paparan Santai (Have Fun!) 56
xiv
4.17 Paparan Teka Silangkata (Crossword) 57
4.18 Paparan Permainan (Circle III World) 58
4.19 Paparan Glosari (Glossary) 59
4.20 Paparan Kredit (Contact Me) 60
4.21 Paparan Peta Laman (Site Map) 61
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Carta alir 74
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Penggunaan komputer dalam dunia pendidikan bermula dengan penciptaan
mikro komputer pada awal tahun 70-an di mana ia telah memberi kesan yang mendalam
kepada penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim,
Mazenah & Rose Alinda, 1996) dalam Wan Mohd Shukri (2002).
Menyedari kepentingan teknologi ini maka langkah kerajaan untuk
menggabungkan aspek-aspek teknologi ke dalam kurikulum sekolah dianggap sebagai
satu usaha yang komited ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif
terhadap perkembangan teknologi di samping mewujudkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih efektif dan bersifat globalisasi. Peruntukan sebanyak RM 2.3
bilion yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) akan
digunakan untuk membiayai inisiatif ICT di sekolah. Ini menunjukkan bahawa negara
sangat memandang berat penggunaan ICT dalam bidang pendidikan. Antara lima
inisiatif yang digariskan dalam RMK-9 ialah projek rintis Sekolah Bestari, pengajaran
dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris, projek makmal
komputer sekolah, projek jalur lebar School Net dan teknologi media (Berita Harian ; 25
Julai 2006).
id7321875 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com
2
Pelbagai pendekatan, model dan perspektif yang sesuai perlu digunakan untuk
membuat reformasi dalam bidang pendidikan agar menjadi lebih bermakna dan
menyeronokkan kepada pelajar dan juga guru. Ekoran daripada ini, Sekolah Bestari telah
ditubuhkan pada tahun 1999. Kemunculan Sekolah Bestari di Malaysia telah
menyebabkan perubahan dalam pendekatan guru dan pelajar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (Baharuddin, Rio Sumarni dan Manimegalai, 2001).
Perkembangan sistem pendidikan pada zaman kini telah menjurus kepada
kecanggihan dan kewibawaan teknologi maklumat. Sehubungan dengan itu, penggunaan
komputer dalam pendidikan merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat
berteknologi selaras dengan hasrat wawasan 2020 serta perkembangan ICT kini.
Komputer dalam pendidikan membolehkan pelajar sekolah menguasai pengetahuan dan
kemahiran asas supaya mereka boleh menggunakan kemudahan ini untuk pembelajaran
dan persediaan menghadapi cabaran masyarakat yang berasaskan teknologi komunikasi
dan maklumat (ICT) (Utusan Malaysia, 3 Mei 2003).
Menurut Halimah (1999) teknologi multimedia menjadi menarik kerana
teknologi ini dapat memberikan kesan yang berlainan daripada kaedah biasa semasa
proses persembahan. Teknologi ini dijangka akan mengubah kaedah pendidik mengajar
dan cara murid belajar pada masa hadapan. Proses P&P berasaskan komputer akan
menjadi lebih berkesan dengan kewujudan teknologi multimedia kerana pendidik boleh
mempelbagaikan persembahan mereka selain bergantung kepada penggunaan buku teks.
Seiring dengan perubahan teknologi yang pesat ini, para pelajar perlu diberikan
pelbagai pengalaman berkaitan budaya, sejarah dan evolusi saintifik mengenai
matematik supaya mereka menghargai peranan matematik dalam perkembangan
masyarakat yang berorientasikan teknologi. Pendekatan pengajaran yang menumpukan
kepada penyelesaian masalah perlu menjadi fokus supaya pelajar dapat meneroka,
mencipta dan menyesuaikan kefahaman mereka ke dalam keadaan yang berubah, dan
serta secara aktif mencipta pengetahuan baru di dalam hidup mereka.
3
Dalam konteks pendidikan matematik, proses pengajaran dan pembelajaran
matematik yang lebih berkesan dan efektif dapat diwujudkan dengan memberi
penekanan terhadap beberapa konsep iaitu dengan menitikberatkan konsep kelas
matematik sebagai proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan
konsep pengajaran dan pembelajaran yang bukan lagi berpusatkan kepada guru tetapi
lebih berpusatkan kepada pelajar (Esah, 2003). Oleh itu dalam proses pendidikan
matematik, para pelajar perlu dibentuk dan diajar cara bertindak dan berfikir secara
tersendiri. Secara ringkas, pendidikan matematik perlu memberi perhatian kepada proses
menjalankan aktiviti yang berorientasikan matlamat yang jelas dan proses membuat
refleksi yang bermakna.
Terdapat pelbagai media boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
tetapi penggunaan media yang baik dan menarik merupakan sebahagian daripada
keperluan untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan adalah
berkesan (Zaidatun, 2001). Di dalam matapelajaran matematik, penggunaan teknologi
akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna. Penggunaan
elemen-elemen multimedia seperti audio, video, animasi, grafik dan teks di dalam
pengajaran mampu menarik minat pelajar-pelajar untuk terus memberikan tumpuan
terhadap kandungan pelajaran. Penggunaan elemen-elemen multimedia ini akan
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran matematik lebih menarik, berkesan dan
interaktif.
1.2 Latar Belakang Masalah
Matematik merupakan salah satu tajuk yang penting di peringkat menengah
rendah mahupun menengah atas. Walau bagaimanapun, ciri matematik yang bersifat
abstrak menyebabkannya menjadi salah satu mata pelajaran yang kurang digemari dan
sukar difahami oleh pelajar (Catherine Kho Ching Yuen, 1997).
4
Ciri matematik yang kebanyakannya mempunyai konsep yang saling berkait
secara berhierarki, di mana pemahaman sesuatu konsep adalah bersandar kepada
pemahaman konsep-konsep sokongan yang lain adalah antara punca pelajar menghadapi
masalah kesukaran memahami matematik (Maznah, 2000). Selain itu, di dalam setiap
konsep terkandung prinsip, hukum, pola, hubungan dan sebagainya. Untuk
menyelesaikan masalah matematik, pelajar perlu menguasai kemahiran tertentu
berhubung dengan konsep atau kombinasi beberapa konsep.
Menurut Maznah (2000) lagi, pelajar yang lemah biasanya sukar memahami
konsep dan kurang menguasai kemahiran matematik, menyebabkan mereka tidak boleh
menyelesaikan masalah matematik dengan baik. Mereka ini juga sering melakukan
kesilapan kerana kurang memahami konsep walaupun pada peringkat asas, selain
daripada kesilapan menentukan rumus yang sesuai dan kesilapan dalam pengiraan.
Kelemahan dalam memahami konsep matematik dan lemah dalam menangani
operasi asas menyebabkan pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah
matematik dengan tepat. Selain itu, kekurangan latihan dan ketidak upayaan untuk
mengingati prinsip dan hukum menyebabkan pelajar yang lemah tidak dapat menguasai
matapelajaran ini dengan baik.
1.3 Pernyataan masalah
Pengajaran secara tradisional iaitu pengajaran berasaskan buku teks masih lagi
menjadi sumber rujukan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi hampir
keseluruhan matapelajaran di sekolah, termasuk matapelajaran Matematik. Dalam
pengajaran secara tradisi, walaupun ia menjanjikan kejayaan yang tidak boleh
dipertikaikan namun demikian ia juga membawa bersamanya pelbagai masalah dan
kekangan (Jamalludin & Zaidatun, 2003). Dalam pengajaran tradisi, komunikasi sehala
banyak berlaku di mana seseorang guru memainkan tugas utama sebagai penyalur
5
maklumat manakala pelajar pula hanya perlu duduk, mendengar dan mencatatkan isi
penting yang diperlukan. Persembahan sebegini menyebabkan pelajar kurang berminat
dengan matapelajaran tersebut dan seterusnya mengkategorikan ia sebagai matapelajaran
yang sukar untuk difahami (Jamalludin & Zaidatun, 2003). Di samping itu, pengajaran
tradisi juga lebih banyak menggunakan konsep menghafal fakta-fakta yang diberikan
oleh guru (Jamalludin & Zaidatun, 2003). Penyediaan alat bantu mengajar bagi
pengajaran tradisi juga adalah terhad kepada bahan-bahan yang statik sifatnya
(Jamalludin & Zaidatun, 2003). Semua masalah tersebut secara tidak langsung
mengurangkan minat para pelajar terhadap sesuatu matapelajaran. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah, pelajar lebih banyak mendengar
guru menyampaikan isi pengajaran menyebabkan mereka menjadi kurang aktif, dan
menyebabkan mereka tidak meminati matapelajaran ini seterusnya mengkategorikan
Matematik sebagai matapelajaran yang sukar. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, terutamanya dalam matapelajaran matematik yang mementingkan konsep,
prinsip, hukum, teorem dan rumus, pelajar perlu mempelbagaikan bahan rujukan dan
tidak terhad kepada bahan yang bersifat statik sahaja supaya tidak mengalami masalah
untuk menguasai sesuatu konsep. Sebagai contoh, di dalam topik Circle III ini
kebanyakan pelajar sering keliru dalam menentukan definisi tangent, common tangent
dan sebagainya. Dengan adanya bahan rujukan yang pelbagai, pelajar akan dapat
mengukuhkan lagi kefahaman mengenai sesuatu konsep yang telah mereka pelajari di
sekolah.
1.4 Objektif Projek
a) Mereka bentuk dan membangunkan sebuah laman web bagi tajuk Circle
III Form 4 mengikut sukatan mata pelajaran Matematik KBSM dalam
Bahasa Inggeris.
6
b) Mengaplikasikan teori pembelajaran konstruktivisme dan strategi
pengajaran tutorial di dalam laman web yang direka bentuk dan
dibangunkan.
1.5 Persoalan Projek
a) Bagaimanakah laman web bertajuk Circle III Form 4 mengikut sukatan
mata pelajaran Matematik KBSM dalam Bahasa Inggeris dapat
dibangunkan?
b) Bagaimanakah teori pembelajaran konstruktivisme dan strategi
pengajaran tutorial akan diaplikasikan ke dalam laman web yang direka
bentuk dan dibangunkan?
1.6 Rasional Pemilihan Laman Web Sebagai Media Pengajaran
Antara rasional pemilihan laman web sebagai media pengajaran atau
penyampaian adalah kerana:
1.6.1 Mudah Diakses
Melalui laman web, pengajaran boleh diakses tanpa sekatan masa dan tempat
selagi ada internet. Ia juga boleh diakses oleh ibu bapa dan dan tidak terhad kepada
pelajar sasaran sahaja. Pengguna lain turut boleh mencapai maklumat yang diingini
tanpa sekatan.
7
1.6.2 Memudahkan Pengubahsuaian Dan Penambahbaikkan
Sebarang perubahan dalam kurikulum atau penambahan maklumat dapat
dilakukan dengan cepat dan tepat yang mampu memberikan maklumat terkini kepada
pelajar. Pembangun akan dapat melakukan pengubahsuaian secara terus pada web dan
boleh digunakan untuk suatu tempoh jangka masa panjang.
1.6.3 Kos Pembangunan Yang Lebih Rendah
Kos pembangunan laman web adalah lebih rendah berbanding dengan media
penyebaran lain seperti cd�rom. Ini memandangkan penyebaran laman web di internet
tidak dikenakan bayaran dan terdapat banyak tapak web yang percuma. Proses
pembaikan juga dapat dilakukan tanpa melibatkan sebarang kos.
1.6.4 Jaringan Komunikasi Antara Pengguna
Laman web memudahkan komunikasi secara online antara guru dengan pelajar
pada bila�bila masa yang ditetapkan guru dan juga komunikasi atau perbincangan
sesama pelajar sendiri tanpa perlu bersemuka.