Majlis PelancaranMinggu Keselamatan Jalan Raya
Sempena Hari Memperingati Mangsa-MangsaLalu Lintas Jalan Raya
Sedunia Tahun 2018
23 RABIULAWAL 1440/1 DISEMBER 2018
“HADIAH TERBAIK UNTUK KELUARGAADALAH APABILA AWDA SAMPAIKE RUMAH DENGAN SELAMAT”
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna bintiAl-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien,
D.K.M.B., D.K., P.H.B.S.
Ambassador-at-Large, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri,selaku Penaung Diraja Majlis Kebangsaan
Keselamatan Jalan Raya (MKKJR)
Diadakan pada hari minggu ketiga bulan November setiap tahun bagi memperingati mangsa-mangsa lalu lintas jalan raya dan keluarga
mereka seluruh dunia.
Inisiatif ini mendapat pengiktirafan dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sejak tahun 2005.
Tema bagi tahun 2018 “Roads Have Stories” (Jalan Raya Mempunyai Cerita) yang berkaitan dengan teras kedua “Decade of Action for Road Safety 2011-2020:
Safer Roads and Mobility” (Jalan Raya & Mobiliti yang lebih selamat).
HARI MEMPERINGATIMANGSA-MANGSA LALU
LINTAS JALAN RAYA SEDUNIA
Tema ini menggambarkan jalan raya bukan sahaja sebagai pemudahcarapergerakan manusia tetapi juga mempunyai pelbagai cerita dan kisah
disebaliknya yang patut diingati serta dijadikan teladan oleh semua pengguna.
01
02 03
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana atas izin dan kurniaNya jua, kita dapat mengadakan Minggu Keselamatan Jalan Raya sempena Hari Memperingati Mangsa-mangsa Lalu Lintas Jalan Raya Sedunia 2018.
Saya mengucapkan syabas kepadaKementerian Perhubungan, khususnya Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) atas kerjasama kukuh yang dijalinkan dengan pelbagai pihak-pihak yang berkepentingan bagi mengadakan Minggu Keselamatan Jalan Raya ini. Insya Allah, mudah-mudahan segala usaha dan kesepakatan ini mendapat keberkatan dan ganjaran pahala yang setimpal dari Allah Subhanahu Wata’ala.
Hari Memperingati Mangsa-mangsa Lalu Lintas Jalan Raya Sedunia adalah inisiatif antarabangsa yang disambut pada setiap hari Ahad di minggu ketiga bulan November setiap tahun. Inisiatif ini bertujuan untuk memperingati mangsa-mangsa lalu lintas jalan raya serta keluarga mereka yang turut terkesan akibat kemalangan jalan raya. Selain itu, inisiatif ini juga memberikan peluang untuk menggariskan peranan pelbagai pihak yang terlibat, seperti perkhidmatan perubatan dan kecemasan, penyelamat, sektor swasta, penyelidik dan akademia, serta masyarakat secara umumnya, dalam menangani kesan dan akibat dari kemalanganjalan raya.
Pada tahun ini, sambutan Hari Memperingati Mangsa-mangsa Lalu Lintas Jalan Raya Sedunia
membawa tema “Roads Have Stories” atau Jalan Raya Mempunyai Cerita. Dari tema ini, dapat difahamkan bahawa jalan raya membawa pelbagai cerita, yang ada kalanya menyedihkan, tetapi perlu untuk kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya. Dari pelbagai cerita ini juga, usaha dan langkah pembaikan perlu terus dikenalpasti dan dilaksanakan bersama.
Sehubungan itu, berbeza dari tahun-tahun sebelum ini, selain daripada acara-acara keugamaan diadakan di seluruh negara, sambutan pada tahun 2018 akan merangkumi pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Kerjasama padu dari pihak Kerajaan, sektor swasta dan institusi pendidikan ini menggambarkan pendekatan ‘Whole of Nation’ dalam mengongsikan inisiatif masing-masing untuk sama-sama menjana kesedaran yang meluas mengenai keselamatan jalan raya. Aktiviti-aktiviti yang dirancang ini, Insya Allah, akan dilaksanakan secara berterusan dari masa ke semasa.
Dalam kesempatan ini, saya berbesar hati ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Duta-duta MKKJR atas komitmen dalam mengangkat kepentingan keselamatan jalan raya. Begitu juga kepada syarikat-syarikat yang sentiasa memberi sokongan melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat mereka dan institusi pendidikan yang turut memainkan peranan penting dalam menjana kefahaman yang mendalam mengenai keselamatan jalan raya.
Saya penuh yakin dengan penglibatan dan peranan yang bersepadu ini, kita akan dapat menanamkan amalan pemanduan yang berhemah danbertanggungjawab dikalangan pengguna, dan seterusnya menjadikan jalan raya di Negara Brunei Darussalam lebih selamat.
Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekapur Sirih
Yang BerhormatDato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin PehinOrang Kaya Seri SetiaDato Paduka Haji Mohammad YusofMenteri PerhubunganSelaku Pengerusi MKKJR
Keberangkatan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri
Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul
Khairi Waddien, Ambassador-at-Large, Kementerian Hal Ehwal Luar
Negeri, selaku Penaung Diraja MKKJR
Bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat
Sembah Alu-aluan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul
Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad
Yusof, Menteri Perhubungan selaku Pengerusi MKKJR
Sabda Pelancaran Minggu Keselamatan Jalan Raya oleh Yang Teramat
Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum
Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Ambassador-at-
Large, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, selaku Penaung Diraja MKKJR
Pelancaran Minggu Keselamatan Jalan Raya
Penyampaian Anugerah Penghargaan Kepada Penyumbang Utama
Program Keselamatan Jalan Raya 2018
Keberangkatan Menyaksikan Pameran Keselamatan Jalan Raya
Santap / Jamuan Ringan
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti
Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,
Ambassador-at-Large, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, selaku
Penaung Diraja MKKJR dijunjung bergambar ramai bersama Ahli-ahli
MKKJR 2018
Berangkat Meninggalkan Majlis
9:30 Pagi
Aturcara Majlis
AHLI-AHLI
Yang Berhormat Awang Iswandy
bin Ahmad(Ahli MajlisMesyuarat
Negara)
PengarahPengangkutan
Darat(JPD)
Wakil TetapPejabat Peguam
Negara(AGC)
PengarahUrusan
Syarikat MinyakBrunei Shell
Sdn Bhd (BSP)
PengerusiPersatuanPeniaga
Automobil Brunei(BATA)
PengerusiPersatuan
Peniaga Insurans& Takaful Brunei
(BITA)
PengarahCentre forTransportResearch
(CfTR), UniversitiTeknologi Brunei
(UTB)
SetiausahaTetap
(Media & Kabinet)Jabatan Perdana
Menteri(JPM)
SetiausahaTetap
KementerianHal Ehwal Dalam
Negeri(MOHA)
SetiausahaTetap
Kementerian Kesihatan
(MOH)
SetiausahaTetap
Kementerian Pendidikan
(MOE)
SetiausahaTetap
KementerianPembangunan
(MOD)
KUMPULAN TINDAKAN (ACTION GROUP)MAJLIS KEBANGSAAN
KESELAMATAN JALAN RAYA 2018
Bil. Kumpulan Tindakan Ketua Ahli-Ahli
Media &Pemberigaan1
SUT JPM &SUT MINCOM
(Bersama)
Ahli MMN, MOE, MOHA,MOH, BITA, BATA,
BSP, JPD, RTB
Teknikal &Infrastruktur2
SUT MOD (Ketua)& TSUT MINCOM
(Timbalan)
JKR, JPD, Jabatan Bomba danPenyelamat, BATA,
Pengerusi KejuruteraanPUJA, CfTR UTB, BSP
Undang-Undang &Penguatkuasaan
3
PesuruhjayaPolis (Ketua) &Pengarah JPD
(Timbalan)
AGC, MinCom, KetuaPenguatkuasa JPD,Pengarah JSKLL,
Pengarah Imigresen danPendaftaran, Pengawal
kastam dan Eksais
Penyelidikan &Perkembangan4
SUT MOE (Ketua) &Pengarah CfTR UTB
(Timbalan)
MinCom, JPD, UBD,JKR, Politeknik
Brunei, BSP, BITA &Rangkaian Rakan LuarNegara contoh: MIROS
04 05
Struktur Organisasi
PENAUNGYang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti
Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien
URUSETIA (MINCOM & JPD)
SETIAUSAHATimbalan Setiausaha TetapKementerian Perhubungan
TIMBALAN PENGERUSI IISetiausaha Tetap
Kementerian Perhubungan
TIMBALAN PENGERUSI IPesuruhjaya
Polis Diraja Brunei
PENGERUSIYang Berhormat
Menteri Perhubungan
06 07
TERMA RUJUKAN (TOR) MAJLIS KEBANGSAAN
KESELAMATAN JALAN RAYA 2018
Menyembahkan cadangan dan sokongan dasar-dasar &strategi-strategi menangani isu-isu keselamatan jalan raya Negarademi mempertingkatkan lagi tahap keselamatan jalan raya.
Memberigakan dan mendidik mengenai segala aspek hal ehwal keselamatan jalan raya melalui media massa dengan usahasamaagensi-agensi termasuk sektor swasta, NGOs dan masyarakatakar umbi;
TUJUAN
Mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di peringkat negarakhusus bagi kadar kehilangan nyawa dan kecederaan.
Meningkatkan tahap kesedaran dan kepekaan dikalangan pemandu danpengguna jalan raya yang lain dengan mengutamakan pemanduan danpergerakan yang selamat dan berhemah.
MATLAMAT
1
2
1
2
Senarai Penyumbang
Senarai Penyumbang KepadaProgram Keselamatan Jalan Raya
Aewon Brunei Sdn Bhd
Automagination Sdn Bhd
Boustead Sdn Bhd
Brunei Automobile Traders Association (BATA)
Brunei Gas Carriers Sdn Bhd
Brunei Insurance Traders Association (BITA)
Brunei LNG Sdn Bhd
Brunei Shell Petroleum Co Sdn Bhd (BSP)
Brunei Shell Marketing Co Sdn Bhd (BSM)
Cityneon Displays and Construction Sdn Bhd
Darussalam Holdings Sdn Bhd
D’Sunlit Sdn Bhd
Makan Ceria (McDonalds) Sdn Bhd
Megamas Training Sdn Bhd
NBT Sdn Bhd
Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB)
Persatuan Basikal Brunei Darussalam
Persatuan Bulan Sabit Brunei Darussalam
Persatuan PEMODA
Syarikat Schlumberger Brunei
Penghargaan
08
NOTA
Pengerusi dan Ahli-Ahli JawatankuasaMajlis Pelancaran Minggu Keselamatan Jalan Raya
Sempena Hari Memperingati Mangsa-Mangsa Lalulintas Jalan Raya 2018
Dengan hati yang tulus ikhlasSukacita merakamkan Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih
Setinggi-tingginya kepada
Jawatankuasa Kerja
Jawatankuasa Kecil
Ahli-ahli Urusetia
Penaja-Penaja
Serta
Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
Dalam menjayakan Majlis Pelancaran Minggu Keselamatan Jalan Raya 2018
Semoga segala bentuk sumbangan yang diberikan berupa buah fikiran, tenaga,wang ringgit serta sokongan dan dukungan padu semua pihak ke arah kejayaanMajlis Pelancaran Minggu Keselamatan Jalan Raya 2018 akan menerima balasan
dan ganjaran yang setimpal daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda dalam sebuah hadith:
Maksudnya:“Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu,
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda: membuang perkara-perkarayang menyakitkan dari atas jalan raya adalah sedekah.”
Marilah kita sama-sama mendoakan agar Majlis ini akan terus berjaya dalammewujudkan pengguna-pengguna jalan raya yang lebih berhemah, bertolak ansur,
bertimbang rasa semasa memandu, sentiasa berwaspada, bersifat sabar pada setiap masa dan menjadikan negara ini sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat dan
nikmat, keamanan, keselamatan dan kemakmuran sepanjang zaman.
NOTANOTA