WADAH MAKLUMAT KESIHATAN ANDA INFO SIHAT Oleh : Tn Hj Rosnani Ab. Hamid Sebagai pengguna kita harus prihatin dengan memperuntukan sedikit masa untuk meneliti label-label bungkusan makanan yang dibeli. Bersifat bijak membantu kita daripada menjadi mangsa penipuan, terbeli makanan yang mengandugi bahan yang bertentang dengan nilai agama dan kepercayaan atau membeli makanan yang mengandungi fakta nutrisi makanan yang tidak tepat. Pelabelan makanan begitu penting dalam membendung gejala obesiti atau penyakit yang dikaitkan dengan amalan pemakanan. Di Negara kita, perundangan yang mengawal kehendak-kehendak pelabelan makanan yang dikilang, dibungkus atau dijual adalah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Kehendak-kehendak wajib pelabelan yang diperlukan di setiap bungkusan makanan adalah antara lain- 1. SEBUTAN SEBENAR MAKANAN – sebutan kandungan makanan hendaklah tidak mengelirukan; 2. BAHAN YANG DILARANG - Makanan yang dibungkus hendaklah tidak mengandungi apa-apa bahan yang dilarang oleh perundangan, contoh logam berat, pemanis tidak berkhasiat dsbnya; 3. BAHASA YANG DIGUNAKAN - Jika makanan dikilang, disediakan dan dibungkus di Malaysia pelabelan hendaklah dalam bahasa Malaysia atau jika makanan di import hendaklah dalam bahasa Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris atau terjemahan bahasa apa-apa bahasa lain; 4. SEBUTAN SEBENAR MAKANAN – hendaklah berdasarkan bahan utama makanan tersebut dan jika terdapat campuran, maka perkataan “Campuran” hendaklah dinyatakan; 5. KANDUNGAN BABI DAN LEMBU - Jika terkandung di dalamnya daging lembu atau babi, atau apa-apa bahan darinya, atau alkohol, maka perlunya dibuat pernyataan “MENGANDUNGI BABI” atau “MENGANDUNGI DAGING LEMBU”, atau “MENGANDUNGI ALKOHOL”; 6. BERAT BERSIH - Pernyataan berat bersih / isipadu bersih sesuatu makanan; 7. ALAMAT - setiap bungkusan makanan wajib mempunyai alamat lengkap perniagaan pengilang, pembungkus, agen atau pengimport; 8. TARIKH LUPUT – pernyataan tarikh luput hendaklah dinyatakan bagi makanan tertentu; 9. FAKTA NUTRISI - pernytaan fakta nutrisi makanan hendaklah dinyatakan bagi makanan tertentu; Sebagai pengguna yang bertanggungjawab, jika kita menemui makanan yang terdapat di pasaran yang tidak mematuhi perundangan, kita boleh melaporkan mengenai ketidak kepatuhan ini kepada Pegawai Kesihatan Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran atau terus kepada Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementeran Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Di bawah seksyen 16, Akta Makanan 1983, mana-mana orang yang jika disabitkan kesalahan di bawah mana-mana peraturan kerana gagal mematuhi apa-apa peruntukan pelabelan yang ada, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi 3 tahun atau denda atau kedua-dua sekali. SIDANG REDAKSI PENASIHAT : DATO’ HALIMI ABD MANAF Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan EN. TAN LAI SENG Timb. Ketua Pengarah (T) Jabatan Kerajaan Tempatan PENYELARAS : DR. HASNAH BIBON TN. HJ. SUHAILI SIRUN TN. HJ. ROSNANI AB HAMID EN. PETER NGALANG KETUA EDITOR : EN. SAHHIR KUNJU ABD. KARIM EDITOR : EN. KAMARUZAMAN KHAN EN. RAJENDRAN KOBALU EN. MOHAMAD RIDZUAN EN. MOHAMAD FAZLY ZAINAL EN. SOMASUNDRAM VETHIAH TN. HJ. ABD HAMID OSMAN CIK KAYRUL HIDAYAH MANSOR CIK NADYA SURIA MOHD SALLEH SEKRETARIAT ; EN. M.HARAWI HARUN PN. NAJUAH ABDUL HALIM PN. NURUL AISHAH MOHD TAIB EN. MOHD SHAHARUDIN DAUD PN. HASNILMILA OSMAN DITERBITKAN OLEH : BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN JABATAN KERAJAAN TEMPATAN Aras 26, 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya 03-88913374 [email protected] BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN JABATAN KERAJAAN TEMPATAN TOPIK BULAN INI EDISI : JULAI 2013 BERHATI-HATI : BACA LABEL SEBELUM BELI …….