8/8/2019 pemakanan 2
1/81
PENGETAHUAN TENTANG PEMAKANANDAN AMALAN PEMAKANAN
DI KALANGAN PELAJARSEKOLAH MENENGAH
MOHD. FADZLI BIN NURUDDIN
IJAZAH SARJANAMUDA PENDIDIKAN SAINS SUKANJABATAN SAINS SUKANFAKULTI SAINS SUKAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS2005
8/8/2019 pemakanan 2
2/81
PENGETAHUAN TENTANG PEMAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN
DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
Oleh
MOHD. FADZLI BIN NURUDDIN
Pensyarah Penasihat
En. Yusri Bin Yakub
Latihan Ilmiah Yang Dikemukakan Sebagai MemenuhiSyarat Ketetapan Kursus KSS 4103 Latihan Ilmiah di Jabatan Sains Sukan
Fakulti Sains SukanUniversiti Pendidikan Sultan IdrisApril 2005
8/8/2019 pemakanan 2
3/81
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa penulisan ini adalah hasil karya saya sendirikecuali nukilan dan ringkasan-ringkasan yang setiap
satunya telah dijelaskan sumber rujukannya.
.(MOHD. FADZLI BIN NURUDDIN)
APRIL 2005
8/8/2019 pemakanan 2
4/81
PENGESAHAN
Penulisan ilmiah ini telah diterima dan diluluskan untuk memenuhi syaratKursus KSS 4103 Latihan Ilmiah bagi memperolehi
Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains SukanFakulti Sains Sukan
Universiti Pendidikan Sultan IdrisTanjong Malim, Perak .
..(EN. YUSRI BIN YAKUB)
PenyeliaKursus KSS 4103 Latihan Ilmiah
8/8/2019 pemakanan 2
5/81
PENGESAHAN
Penulisan ilmiah ini telah diterima dan diluluskan untuk memenuhi syaratKursus KSS 4103 Latihan Ilmiah bagi memperolehi
Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains SukanFakulti Sains Sukan
Universiti Pendidikan Sultan IdrisTanjong Malim, Perak.
..(DR. ONG KUAN BOON)
PenyelarasKursus KSS 4103 Latihan Ilmiah
8/8/2019 pemakanan 2
6/81
v
Dedikasi.
Limpahan kasih buat opah, adik, abah
Jasa kalian tidak dapat dibalas hingga ke akhir hayat setia menanti, diri ini mnggapai segunung kejaya an
Teristimewa buat insan tersayang,Saliza Bt Abd. Aziz,
Sentiasa menahan jerih dan perih
Menjadi sumber inspirasi
Dan sentiasa memahami pengorbanan
selama kita di menara gading
Adakalanya dalam kesungguhan Meniti sebuah pengharapan
Kita sering tercari erti
Mencabar dan dicabar Mengejar dan dikejar
Menyalah dan dipersalah Mengguna dan diperguna
Berpuncakkah gunung Tercapaikah impian andai
Yang dikejar tak dapat Yang dikendong berciciran
Diperdengarkan hati Digenggam bara biar jadi abu
Tiada yang bakal merubah Jika diri tidak berubah
Tidakku mungkiri janji termetri
Harapan Keluargatercinta
Takkan kubiar berkarat di hati
8/8/2019 pemakanan 2
7/81
vi
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, di sini
penyelidik ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada pensyarah penasihat, En. Yusri Bin Yakub yang telah banyak
mengorbankan masa dan tenaga dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan, idea
serta cadangan-cadangan yang tidak ternilai kepada penyelidik dalam
menyiapkan kajian ini. Sikap beliau yang mesra pelajar sangat dihormati dan
dikagumi dan meyakinkan penyelidik dalam menyiapkan kajian ini. Buat
keluarga tecinta, penyelidik mengucapkan setinggi penghargaan kerana sabar
dan tenang dengan karenah penyelidik. Kepada insan yang disayangi, Saliza
bt Abdul Aziz, terima kasih kerana banyak membantu dari segi masa, tenaga
dan wang ringgit serta banyak menjana idea-idea baru dalam penghasilan
kajian ini.
Tidak lupa kepada Pengetua dan Penolong Kanan sesi petang Sekolah
Menengah Kebangsaan Padang Tembak kerana memberi peluang kepada
penyelidik untuk membuat kajian di sekolah beliau. Akhir sekali kepada rakan-
rakan seperjuangan phoenix, terima kasih kerana banyak memberi kerjasama
yang tidak berbelah bahagi. Semoga jasa kalian semua mendapat keberkatan
Allah S.W.T.Mohd. Fadzli Bin NuruddinD20012009111Program Pendidikan Sains Sukan.
8/8/2019 pemakanan 2
8/81
vii
JADUAL KANDUNGAN
Muka Surat
DEDIKASI . . . . . . . . . v
PENGHARGAAN . . . . . . . . vi SENARAI JADUAL . . . . . . . . ixABSTRAK . . . . . . . . . x
BAB
l PENDAHULUAN . . . . . . . 1
Pengenalan . . . . . . . 1Pernyataan Masalah . . . . . 5Objektif Kajian . . . . . . 8Persoalan Kajian . . . . . . 9Kepentingan Kajian . . . . . 9Limitasi Kajian . . . . . . 10Definisi Operasional . . . . . . 10
ll SOROTAN LITERATUR . . . . . . 13
Pengenalan . . . . . . . 13Literatur . . . . . . . 14
III METODOLOGI KAJIAN . . . . . . 24
Pengenalan . . . . . . 24Rekabentuk Kajian . . . . . . 24Populasi Kajian . . . . . . 25Sampel Kajian . . . . . . 25Instrumen Kajian . . . . . . 26Prosedur Kajian . . . . . . 28Analisis Data . . . . . . 29
IV ANALISIS DATA . . . . . . . 30
V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN . . 47
8/8/2019 pemakanan 2
9/81
viii
RUJUKAN . . . . . . . . . 55
LAMPIRAN
A Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia . 57B Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur . . . . 58C Surat Pengesahan Pelajar . . . . . 59D Borang Soal Selidik . . . . . . 60
8/8/2019 pemakanan 2
10/81
ix
SENARAI JADUAL
Jadual Muka Surat
1 Analisis Latar Belakang Pelajar SekolahMenengah Kebangsaan Padang Tembak . . . 31
2 Kumpulan Etnik Pelajar . . . . 31
3 Umur Pelajar . . . . 32
4 Pengalaman Mengikuti Kursus atau CeramahTentang Pemakanan . . . . . . 32
5 Jenis Pekerjaan Ibu Bapa / Penjaga . . . . 33
6 Amalan Pemakanan yang Sihat dan Tidak Sihatdi Kalangan Pelajar Sekolah Menengah KebangsaanPadang Tembak . . . . . . . 34
7 Hasil Dapatan Soal selidik tentang Amalan PemakananSihat dan Tidak Sihat di Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Padang Tembak . . . 368 Hasil dapatan Borang Soal Selidik Tentang Tahap
Pengetahuan soalan 1 hingga 20 . . . . 37
9 Hasil Dapatan Borang Soal Selidik Tentang TahapPengetahuan Soalan 1 Hingga 20 Untuk JawapanYang Betul dan Salah . . . . . . 42
10 Hasil dapatan soal selidik tentang sumber-sumberpengetahuan soalan 1 hingga soalan 5 . . . . 45
8/8/2019 pemakanan 2
11/81
x
Abstrak Latihan Ilmiah yang
dikemukakan kepada Jabatan Sains Sukan,Fakulti Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idrissebagai memenuhi keperluan kursus KSS 4093 Latihan Ilmiah
PENGETAHUAN TENTANG PEMAKANAN DAN AMALAN PEMAKANANDI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
Oleh
MOHD. FADZLI BIN NURUDDIN
APRIL 2005
Pensyarah Penasihat : En. Yusri Bin Yakub
Jabatan : Jabatan Sains Sukan
Fakulti : Sains SukanUniversiti Pendidikan Sultan Idris.
Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui tahap pengetahuan tentang
pemakanan dan amalan pemakanan di kalangan pelajar sekolah menengah.
Ujian telah dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tembak,
Kuala Lumpur. Seramai 40 orang pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 telah
dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen yang digunakan di dalam ujian ini
ialah soal selidik yang mengandungi empat bahagian utama iaitu latar
belakang responden, amalan pemakanan sihat responden, tahap
pengetahuan responden tentang pemakanan dan sumber-sumber yang
mempengaruhi tahap pengetahuan amalan pemakanan responden.
8/8/2019 pemakanan 2
12/81
BAB I
PENDAHULUAN
Pengenalan.
Antara faktor yang mempengaruhi pembinaan kesihatan seseorang
adalah amalan pemakanannya. Ini kerana makanan merupakan sumber penting
yang diperlukan oleh tubuh badan. Bagi manusia makanan adalah satu
keperluan untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan serta
pembentukan keseluruhan kesihatan individu. Ini kerana tuntutan tubuh badan
yang memerlukan nutrien-nutrien tertentu bagi meningkatkan fungsi fisiologi dan
biomekanikal tubuh bagi menjana tenaga untuk kecergasan diri.
Pada masa kini terdapat banyak penyakit yang menyerang manusia
berpunca daripada pengambilan makanan yang tidak teratur serta kandungan
makanan itu sendiri yang tidak menepati tahap yang diperlukan untuk kesihatan
yang baik. Amalan pemakanan yang salah serta pengambilan yang tidak teratur
dari segi kandungan nutriennya akan lebih meningkatkan dan mempelbagaikan
lagi penyakit-penyakit kronik seperti penyakit koronori jantung, diabetes, tekanan
darah tinggi, osteoporosis, obesiti dan pelbagai jenis kenser. Masalah ini tidak
8/8/2019 pemakanan 2
13/81
2
terkecuali bagi individu atau remaja yang mempunyai pelbagai latar belakang
aktiviti.
Alam remaja merupakan satu tempoh paling mencabar dalam
perkembangan manusia kerana ia adalah peringkat penglibatan aktif dalam
aktiviti jasmani dan sosial disertai dengan kesedaran tentang perubahan yang
berlaku pada tubuh badan. Antara perubahan yang berlaku pada peringkat ini
ialah tingkahlaku, pergaulan dengan rakan-rakan sebaya dan tekanan-tekanan
yang diterima dalam hidup. Oleh yang demikian, pengambilan pemakanan yang
seimbang adalah satu keperluan bagi remaja-remaja yang sedang mengalami
proses ini. Ia adalah untuk menjamin dalam keberkesanan melakukan aktiviti
tersebut.
Menurut Anderson (1991), remaja pada masa kini adalah lebih
berpengetahuan berbanding dengan sepuluh tahun yang lalu. Para remaja pada
masa kini lebih berpengetahuan tentang makanan yang sihat dan makanan yang
disyorkan berdasarkan kepada kandungan lemak, gula dan garam yang rendah.
Tetapi malangnya, aliran pemilihan makanan di kalangan remaja tidak
sepenuhnya mengambarkan penambahan pengetahuan yang mereka perolehi.
Ini bermakna mereka tidak mengaplikasikan maklumat pemakanan yang
diperolehi daripada media massa ke dalam pemilihan sajian makanan mereka.
8/8/2019 pemakanan 2
14/81
3
Menurut Krause, M.V dan Mahan, L.K (1993), pada usia remaja,
kebebasan individu semakin meningkat serta penglibatan yang bertambah dalam
kehidupan sosial dan jadual seharian yang biasanya sibuk, mempengaruhi tabiatatau sikap pemakanan mereka. Kesuntukan masa menyebabkan mereka
seringkali mengambil makanan di luar dan memakan dengan kadar cepat.
Mereka mula membeli makanan kesukaan mereka sendiri tanpa memikirkan
kesan pemakanan tersebut.
Menurut Mangham dan Vickey (1981), pemakanan adalah faktor yang
penting untuk kesejahteraan seseorang. Perkembangan fizikal dan mental yang
berterusan memerlukan pemakanan yang baik dan mencukupi bagi keperluan
hariannya.
Menurut White (1982), amalan pemakanan yang baik adalah apabila
seseorang itu telah mengambil makanan yang memenuhi keperluan dari segi
jumlah dan jenis nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan iaitu untuk
mendapatkan tenaga, membina dan membaiki tisu-tisu dalam badan dan dapat
mengawal penyakit.
Jelliffe (1989), berpendapat bahawa pengambilan nutrien yang tidak
mencukupi oleh seseorang itu dipengaruhi oleh kurangnya faktor pengetahuan
tentang pemakanan, kemiskinan hidup, keadaan struktur sesebuah keluarga,
8/8/2019 pemakanan 2
15/81
4
kepercayaan tradisional dan faktor persekitaran seperti tempat tinggal yang tidak
selesa dan kotor.
Keadaan badan yang sihat banyak bergantung kepada sikap pemakanan
yang baik dan seimbang. Namun begitu kebanyakan daripada ahli masyarakat
hari ini sering lupa tentang betapa pentingnya penyediaan makanan yang
disesuaikan dengan keperluan badan masing-masing.
Dalam pelajaran Pendidikan Kesihatan di sekolah, kurikulum pendidikan
kesihatan digubal dengan hasrat untuk memenuhi keperluan pertumbuhan
perkembangan individu bagi membentuk masyarakat sihat yang mengamalkan
gaya hidup sihat. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran
iaitu Kesihatan Diri dan Kerjaya, Gaya Hidup Sihat dan Kebersihan dan
Keselamatan Persekitaran.
Berdasarkan sukatan pelajaran tersebut, di dalam tunjang pembelajaran 2
iaitu Gaya Hidup Sihat, pelajar tingkatan satu telah didedahkan tentang aspek-
aspek pemakanan. Pada peringkat ini, ia lebih menjurus kepada piramid
makanan yang terdiri daripada empat aras iaitu aras satu terdiri daripada
pelbagai makanan yang mengandungi banyak karbohidrat. Manakala aras dua
pula mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. Aras tiga pula terdiri
daripada makanan daripada ternakan. Aras empat mengandungi lemak, gula
dan minyak. Di antara objektif yang diharapkan pelajar tingkatan 1 perolehi
8/8/2019 pemakanan 2
16/81
5
setelah mempelajari tajuk pemakanan, akan dapat mengetahui, memahami dan
menyatakan maksud piramid dan makanan, menyenaraikan kepentingan piramid
makanan dan juga dapat mengenalpasti jenis-jenis makanan dalam asas 3 danaras 4 piramid makanan serta fungsi makanan tersebut kepada tubuh.
Pelajar tingkatan 2 pula mempelajari tajuk pemakanan tetapi lebih
menumpukan kepada nutrien dan fungsinya. Di antara objektifnya ialah pelajar
dapat menerangkan contoh-contoh makanan setempat yang seimbang dan
serasi bagi kegiatan seharian, menghuraikan fungsi-fungsi nutrien makanan,
menerangkan penyakit-penyakit dan defisiensi yang disebabkan oleh kekurangan
atau kelebihan nutrien dalam diet seharian, menerangkan tabiat makan yang
betul dan menerangkan langkah-langkah kebersihan dalam penyediaan dan
hidangan. Hamidah, Abd. Malik dan Abd. Aziz (1989)
Penyataan Masalah.
Peringkat remaja merupakan perubahan masa daripada kanak-kanak ke
alam remaja yang kebanyakannya menghadapi pelbagai masalah dan tekanan.
Ini akan mengakibatkan berlakunya kekurangan dalam pengambilan nutrien.
Pengambilan nutrien yang tidak mencukupi akan menyebabkan berlaku pelbagai
masalah kesihatan. Sebahagian besar masalah yang dihadapi oleh remaja ini
adalah disebabkan oleh pengetahuan yang terhad tentang asas pemakanan.
8/8/2019 pemakanan 2
17/81
6
Kita sering dipaparkan dengan permasalahan dikalangan pelajar yang
berkaitan dengan permasalahan makanan seperti aneroksia, bulimia dan obesiti,
terutamanya di kalangan pelajar wanita. Permasalahan ini berkait rapat denganfaktor yang mempengaruhi pengambilan makanan oleh pelajar tersebut. Di
antara pengaruh yang menentukan pengambilan makanan sehingga menjadi
tabiat pelajar meliputi suasana keluarga, media, teman sebaya dan sebagainya.
Keluarga merupakan pengaruh utama dalam perkembangan tabiat pemakanan
seseorang individu. Ini bermakna suasana persekitaran makanan dan masa
makan yang diamalkan oleh keluarga individu tersebut mempengaruhi tabiat
pengambilan pemakanan. Tambahan pula pengetahuan yang cetek di kalangan
ibu bapa tentang pemakanan yang seimbang menyebabkan keluarga itu
menyediakan hidangan mengikut selera mereka tanpa mengira pengambilan
nutrien yang baik untuk anak mereka.
Faktor sosioekonomi keluarga juga turut mempengaruhi corak
pengambilan pemakanan pelajar, bagi keluarga yang mempunyai pendapatan
yang rendah kebiasaannya mengamalkan corak pemakanan yang kurang berzat
disebabkan sumber kewangan yang terhad. Tambahan pula jumlah bilangan
anak ramai yang terpaksa ditanggung oleh ibubapa. Keadaan ini berbeza dengan
keluarga yang mempunyai pendapatan yang agak tinggi, ia membolehkan
keluarga tersebut untuk menghidangkan makanan yang sedap, berkualiti (berzat)
dan seimbang kerana mereka mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.
8/8/2019 pemakanan 2
18/81
7
Pihak media turut mempengaruhi corak pengambilan pemakanan
seseorang pelajar. Kecenderungan stesen-stesen televisyen yang rata-rata
mengeluarkan hampir setengah daripada semua iklan adalah mengenaimakanan. Iklan makanan untuk kanak-kanak ini mengandungi mutu pemakanan
yang lebih rendah berbanding dengan makanan yang diiklankan untuk orang
dewasa. Melalui iklan ini tidak mustahil boleh mempengaruhi corak pengambilan
makanan dikalangan remaja seterusnya ia boleh mengakibatkan pengambilan
makanan yang salah dikalangan remaja tersebut disebabkan kurangnya
pengetahuan pemakanan yang baik.
Perhubungan sosial di kalangan rakan-rakan sebaya turut
menyumbangkan kepada faktor pengambilan pemakanan dikalangan remaja
masa kini. Rakan sebaya lebih mempengaruhi mereka dan ini termasuk sikap
dan pemilihan makanan. Hal ini dapat dilihat apabila ada dikalangan individu
yang menolak sesuatu makanan yang berzat dengan tiba-tiba kemudian meminta
suatu makanan yang digemari mengikut selera dirinya dan teman-teman tanpa
mengira khasiatnya.
Oleh yang demikian, aspek pengetahuan tentang amalan pemakanan
amat penting bagi individu khususnya bagi remaja kerana ia merupakan
pemangkin kepada kesihatan diri remaja tersebut, seterusnya akan
mempengaruhi pembelajaran mereka di dalam kelas. Tanpa amalan pemakanan
yang betul, ia boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada remaja tersebut
8/8/2019 pemakanan 2
19/81
8
seperti penyakit dan ketidakseimbangan berat badan, seterusnya boleh
menghalang pergerakan tubuh badan untuk melakukan aktiviti harian. Oleh
kerana masalah-masalah yang dihadapi oleh remaja mengenai pemakanan,kajian ini dilakukan untuk mengetahui adakah faktor pengetahuan tentang
pemakanan mempengaruhi amalan pemakanan remaja tersebut. Kajian ini
dilakukan keatas pelajar tingkatan 1 dan 2 yang terdiri daripada pelajar lelaki dan
perempuan yang menetap di kawasan bandar dan pinggir bandar di Sekolah
Menengah Kebangsaan Padang Tembak, Kuala Lumpur.
Objektif Kajian.
Kajian ini dilakukan untuk mengetahui sejauhmanakah pengetahuan tentang
pemakanan mempengaruhi amalan pemakanan pelajar. Objektif kajian ini adalah
seperti berikut :
1. Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar mengenai pemakanan yang
baik dan seimbang.
2. Meninjau amalan pemakanan di kalangan pelajar.
3. Mengenalpasti sumber-sumber pengetahuan tentang makanan dan
pemakanan di kalangan pelajar.
8/8/2019 pemakanan 2
20/81
9
Persoalan Kajian.
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti dan menjawab beberapa persoalanberkaitan tentang amalan pemakanan yang diamalkan sebelum ini. Di antara
persoalan kajian yang dinyatakan adalah seperti berikut:
1. Adakah pelajar mengamalkan amalan pemakanan yang sihat?
2. Sejauhmanakah tahap pengetahuan pelajar mengenai amalan
pemakanan yang baik dan memenuhi keperluan nutrien harian?
3. Apakah sumber-sumber yang mempengaruhi pengetahuan tentang
amalan pemakanan remaja dan pelajar?
Kepentingan Kajian.
Kajian ini diharap dapat memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat
terutamanya kepada golongan remaja mengenai amalan pemakanan yang baik.
Antara kepentingan kajian ini adalah :
1. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya amalan
pemakanan yang sihat.
2. Membantu guru merangka program peningkatan pengetahuan tentang
amalan pemakanan yang baik.
8/8/2019 pemakanan 2
21/81
10
3. Memberi input dan penerangan kepada ibu bapa tentang kepentingan
amalan pemakanan yang baik dalam peningkatan prestasi pembelajaran
anak mereka.
Limitasi Kajian.
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauhmanakah tahap pengetahuan
amalan pemakanan pelajar sekolah dan remaja. Responden kajian ini terdiri
daripada 40 orang pelajar tingkatan 1 dan 2, Sekolah Menengah Kebangsaan
Padang Tembak , Kuala Lumpur. Responden dipilih secara rawak merangkumi
pelajar pelbagai aras pengetahuan di sekolah berkenaan. Responden akan diberi
soal selidik. Soal selidik ini mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan
pengetahuan tentang pemakanan terhadap amalan pelajar sekolah berkenaan.
Definisi Operasional.
Makanan.
Sebarang benda pejal atau cecair yang dioksidakan dan memberikan tenaga
haba kepada tubuh untuk bergerak, membuat kerja-kerja, juga untuk aktiviti-
aktiviti yang lain seperti tumbesaran, membaiki tisu-tisu bdan dan mengatur
proses-proses yang terlibat dalam tumbesaran dan pembaikan. Makanan juga
menolong membina ketahanan tubuh terhadap penyakit dan jangkitan.
8/8/2019 pemakanan 2
22/81
11
Pemakanan.
Kajian tentang semua proses tumbesaran, pemeliharaan dan membaikikehidupan bahan yang bergantung kepada pengambilan makanan.
Amalan Pemakanan.
Kebiasaan yang selalu dilakukan oleh seseorang individu terhadap pemilihan dan
penggunaan suatu jenis bahan makanan menurut kebudayaan masyarakatnya.
Pengetahuan Pemakanan.
Pengetahuan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pemakanan dari
segi zat makanan, fungsi dan kepentingannya. Sumber zat makanan dan
keperluan zat-zat makanan oleh individu, konsep makanan seimbang dan
penyakit akibat kekurangan zat makanan tertentu.
Diet Seimbang.
Diet yang boleh membekalkan nutrien yang mencukupi mengikut umur, jantina
dan keadaan fizikal untuk memenuhi keperluan tumbersaran dan memelihara
kesihatan.
8/8/2019 pemakanan 2
23/81
12
Lebihan Zat Makanan.
Badan menerima jumlah zat makanan dalam kadar yang berlebihan pada suatu jangka masa yang lama.
Kekurangan Zat Makanan.
Badan menerima jumlah zat makanan dalam kadar yang tidak mencukupi pada
suatu jangka masa yang lama.
8/8/2019 pemakanan 2
24/81
BAB II
SOROTAN LITERATUR
Pengenalan.
Pemakanan mempunyai hubungan dengan kesejahteraan tubuh badan
manusia. Sejak di dalam kandungan ibu lagi pemakanan memainkan peranan
penting di dalam mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan manusia pada
keseluruhannya. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi mungkin kerana
kurangnya pengetahuan tentang amalan pemakanan akan menyebabakan
kesihatan terganggu dan mudah diserang penyakit. Masyarakat yang sihat
adalah bergantung kepada amalan pemakanan individu yang dapat memenuhi
keperluan seharian. Pemakanan amat penting dalam melahirkan keharmonian
hidup bermasyarakat. Justeru itu aspek amalan pemakanan perlulah diambil
berat oleh setiap individu terutamanya golongan remaja bagi menjamin
kesejahteraan hidup mereka.
Semasa kemuncak tumbesaran, remaja perlulah mengambil makanan
dengan lebih kerap dan dalam kuantiti yang banyak untuk mendapatkan tenaga
yang lebih. Ini amat penting supaya mereka berupaya untuk menggunakannya
bagi memenuhi keperluan dalam melakukan aktiviti harian. Walaubagaimanapun,
remaja perlulah berhati-hati dalam menentukan jumlah dan kekerapan
8/8/2019 pemakanan 2
25/81
14
pengambilan makanan supaya tidak berlebihan yang boleh mendatangkan
kemudaratan kepada sistem tubuh badan.
Literatur.
Menurut Bill (2002), kajian menunjukkan pengetahuan tentang diet yang
seimbang dapat mencegah penyakit dan dapat meningkatkan kasihatan diri. Ia
perlulah diterapkan pada peringkat awal kanak-kanak dan berterusan sehinggaperingkat remaja dan dewasa. Subar (1992) di dalam Bill (2002) menyatakan
pelajar yang mengamalkan diet yang seimbang mempunyai sedikit atau kurang
masalah kesihatan. Manakala menurut Reynolds, Hinton, Shewchuck dan Hickey
(1999) di dalam Bill (2002), melaporkan kanak-kanak yang mempunyai tahap
pengetahuan yang tinggi tentang pemakanan akan lebih cenderung mengambil
hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Phuah (2003) berpendapat, para remaja mempunyai keperluan
pemakanan yang lebih dalam pelbagai bidang. Peringkat remaja adalah
peringkat di mana aktiviti-aktiviti jasmani, hayat, emosi, sosial, ubah suai dan
tekanan pada taraf tertinggi dan disertai oleh kesedaran tentang perubahan
tubuh berlaku. Apabila lelaki dan perempuan mencapai peringkat ini keperluan
tenaga dan zat-zat makanan mereka meningkat dengan cepat. Remaja
perempuan memerlukan 2200 hingga 2500 kalori tenaga sehari. Sementara itu
remaja lelaki pula memerlukan 3000 hingga 3400 kalori tenaga sehari. Remaja
8/8/2019 pemakanan 2
26/81
15
pada peringkat sedang membesar dan matang ini banyak menghabiskan masa
mereka di luar rumah seperti mengerjakan aktiviti-aktiviti sekolah, kerja rumah,
aktiviti sosial. Dari itu mereka memerlukan keperluan kalori yang berlebihanuntuk menjaga keadaan jasmani mereka. Remaja perempuan memerlukan kadar
kalori yang lebih rendah kerana mereka kurang aktif berbanding pelajar lelaki.
Tabiat pemakanan yang baik dan seimbang amat penting untuk
kesihatan. Setiap makanan yang dimakan akan membekalkan tenaga yang
diperlukan untuk hidup. Walaubagaimanapun, ramai di antara kita tidak
mengamalkan pemakanan yang seimbang. Keadaan ini akan menyebabkan
seseorang itu kurang mendapat zat yang diperlukan oleh tubuh. Kekurangan zat
makanan dalam tubuh akan menyebabkan seseorang cepat berasa lemah dan
mudah diserang penyakit.
Kita akan mudah mendapat penyakit sekiranya tidak bijak dalam memilih
atau mengambil makanan yang berlebihan untuk keperluan tubuh. Pengambilan
makanan secara berlebihan dan tidak menepati keperluan nutriennya akan
mendatangkan kesan yang buruk kepada perkembangan fizikal dan mental
setiap individu. Biasanya kesan buruk ini akan diperolehi manusia di dalam satu
tempoh masa yang agak panjang. Menurut Krause dan Mohan (1998), akibat
pengambilan makanan yang tidak baik, seseorang remaja akan menghadapi
risiko penyakit jantung, bulimia, obesiti dan masalah tingkahlaku. Penyakit
bulimia yang teruk boleh mengganggu proses hidup kita seharian. Pengambilan
8/8/2019 pemakanan 2
27/81
16
nutrien yang cukup dan seimbang pada peringkat remaja adalah amat penting
bagi memastikan kesihatan mereka terjaga.
Amalan pemakanan yang baik amat penting bagi perkembangan tubuh
badan, fungsi tubuh, pembiakan dan pertumbuhan yang normal. Tenaga
diperlukan bagi menjalankan aktiviti harian, kecekapan melakukan pekerjaan,
keupayaan pemulihan kecederaan tubuh badan. Bagi mendapatkan keseluruhan
tuntutan yang dikehendaki oleh tubuh badan, ia memerlukan pengetahuan dan
pemilihan pemakanan yang sempurna.
Jelliffe (1989) berpendapat bahawa salah satu faktor yang mempengaruhi
pengambilan makanan yang tidak sempurna adalah kerana kurangnya
pengetahuan golongan remaja tentang cara pemakanan yang baik selaras
dengan keperluan hariannya. Ini akan menyebabkan remaja keliru dalam
menentukan jenis dan jumlah makanan mereka perlukan. Oleh itu, remaja
memerlukan pengetahuan tentang amalan pemakanan untuk kesejahteraan
hidup. Pemakanan amat penting bagi menjamin remaja mendapat makanan yang
cukup sesuai dengan keperluan nutrien seharian mereka.
Stare dan William (1990) pula berpendapat pengetahuan tentang
pemakanan merupakan asas untuk perancangan makanan. Mereka yang
mempunyai pengetahuan makanan yang baik akan menitik beratkan tentang
pemilihan dan pengambilan jenis-jenis makanan. Pengetahuan asas pemakanan
8/8/2019 pemakanan 2
28/81
17
menjelaskan mengapa nutrien diperlukan dan dimana ia diperlukan dalam
bekalan makanan. Oleh itu, pelajar yang mempunyai pengetahuan pemakanan
yang tinggi biasanya mempunyai amalan pemakanan yang baik.
Rao (1986) juga berpendapat, semakin baik pengetahuan seseorang
tentang pemakanan, semakin baiklah pula pengambilan makanannya dan
mencapai keperluan yang disyorkan. Amalan pemakanan secara tidak teratur
akan mengakibatkan remaja mudah mengidap penyakit yang merbahaya.
Seseorang pelajar sepatutnya mengambil tahu tentang pemakanan mereka
untuk memperbaiki taraf kesihatan dan keselesaan belajar serta dapat
melakukan pelbagai aktiviti di sekolah dengan baik dan sempurna.
Ever (1987), telah menjalankan kajian ke atas pelajar-pelajar wanita yang
terdiri daripada penari-penari di Universiti Iowa. Tujuan kajian tersebut ialah
untuk mengukur dan menilai perkaitan di antara pengambilan makanan dengan
simptom penyakit aneroksia nervosa. Kumpulan kawalan adalah terdiri daripada
pelajar-pelajar wanita penari dan bukan penari universiti tersebut. Simptom
penyakit tersebut ditentukan melalui penggunaan soal selidik Eating Attitudes
Test (EAT). Didapati peratusan di kalangan kedua-dua kumpulan pelajar yang
dikaji adalah sangat rendah. Keputusan menunjukkan bahawa kedua-dua
kumpulan tersebut adalah terdedah kepada simptom penyakit aneroksia nervosa
akibat pengambilan makanan yang kurang.
8/8/2019 pemakanan 2
29/81
18
Menurut Oaks (1987), buku teks sekolah merupakan sumber atau
maklumat kepada pelajar tentang pemakanan. Satu penilaian terhadap
pengetahuan remaja megenai penyakit sebelum pendedahan buku teksmenunjukkan skor pengetahuan mereka adalah rendah. Manakala menurut
Douglas dan Douglas (1984), dalam kajiannya terhadap 943 orang pelajar lelaki
dan wanita dari 10 buah sekolah tinggi di Connecticut. Mereka mendapati
bahawa mata pelajaran Sains Am dan Ekonomi Rumah Tangga adalah sumber
utama pengetahuan pemakanan di sekolah, manakala ibu bapa dan majalah
adalah sumber utama di luar sekolah.
Menurut Syed Mahadzir ( 2004 ), amalan pemakanan di kalangan kanak-
kanak dan remaja perlu dipantau dan dijaga kerana tabiat pemakanan mereka
mudah dipengaruhi oleh iklan-iklan televisyen dan media lain. Ini akan
menimbulkan masalah hiperaktif dan obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja
yang mungkin disebabkan oleh terlalu banyak makan makanan sampingan
segera yang terlalu tinggi kandungan logam, perisa dan pengawet. Ibu bapa
perlu mengawasi tabiat pemakanan anak-anak mereka. Ilmu tentang pemakanan
sihat tentang pemakanan sihat boleh diperolehi melalui sumber-sumber yang
begitu banyak di dalam negara kita sama ada melalui media elektronik, bahan
bercetak seperti majalah dan buku dan juga melalui perbincangan dalam forum
bengkel dan seminar
8/8/2019 pemakanan 2
30/81
19
Pengetahuan yang tidak formal pada asasnya boleh didapati daripada ibu
bapa, keluarga dan masyarakat sekeliling. Kajian Hadijah (1986), mendapati
bahawa sumber pengetahuan pemakanan yang ke dua ialah daripada ibu bapadan adik beradik. Oleh yang demikian, ibu bapa perlulah mempunyai
pengetahuan yang cukup tentang pemakanan supaya dapat menyediakan
makanan yang seimbang untuk meningkatkan taraf pemakanan dan kesihatan
keluarga. Selain itu, pelajar juga mendapat maklumat tentang pemakanan
melalui media massa dan media elektronik.
Terdapat lima jenis nutrien utama dalam makanan iaitu karbohidrat,
protein, lemak, vitamin dan mineral. Bagaimanapun lima juzuk makanan ini perlu
ditambah dengan fiber (serat) dan air untuk menyeimbangkan fungsi fisiologi
tubuh badan manusia. Kita perlu mempelbagaikan pengambilan makanan untuk
keseimbangan yang menyihatkan tubuh badan kita.
Karbohidrat.
Karbohidrat ialah satu daripada tiga sumber utama tenaga dalam diet. Ia
biasanya dikenali sebagai kanji dan gula. Sebahagian besar makanan seharian
kita adalah dalam bentuk karbohidrat. Diet 2400 kilokalori (kkal) yang biasa
diambil oleh seorang dewasa mengandungi 60 peratus karbohidrat (1440 kkal),
iaitu sebanyak 360g. Negara-negara di Asia, nasi, gula dan ubi adalah makanan
yang tinggi karbohidratnya. Karbohidrat boleh didapati dalam bentuk ringkas dan
8/8/2019 pemakanan 2
31/81
20
kompleks. Dalam karbohidrat ringkas, atom karbon dan molekul airnya adalah
sama banyak. Bagi karbohidrat kompleks, ia terdiri daripada 2 karbohidrat
ringkas yang kandungan kesetaraan airnya ialah 11 bagi setiap 12 atom karbon.
Protein.
Protein adalah satu bahan yang kompleks yang terdapat pada semua organisme
hidup. Ia mempunyai nilai pemakanan yang tinggi dan terlibat secara terus dalam
proses kimia yang diperlukan untuk kehidupan sempurna. Semua protein
mengandungi unsur karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen. Unsur-unsur lain
termasuk fosforus, sulfuer dan besi. Fungsi asas protein ialah bahan untuk
tumbesaran untuk memperbaiki sel-sel rosak, memberi tenaga dan selebihnya
disimpan.
Lemak.
Lemak mengandungi unsur karbon, hidrogen dan oksigen. Lemak adalah sejenis
makanan bahan pembakar, tetapi kepekatannya lebih daripada karbohidrat.
Lemak dan minyak di dalam diet terdiri daripada gliserol atau gliserin yang
bercantum dengan asid lemak. Satu gram lemak membekal 9 kalori tenaga.
Lemak terbahagi kepada lemak haiwan dan lemak sayur-sayuran. Lemak yang
didapati daripada haiwan mengandungi vitamin yang larut dalam lemak
terutamanya vitamin A dan D. Kandungan kolesterolnya yang tinggi boleh
8/8/2019 pemakanan 2
32/81
21
menyebabkan penyakit jantung. Contoh lemak haiwan termasuklah mentega,
daging berlemak dan ikan, kuning telur, keju berkrim dan susu tulen. Manakala
lemak sayur-sayuran mengandungi aras lemak tak tepu yang tinggi yangmengurangkan paras kolesterol darah, tetapi jenis ini kurang kandungan vitamin.
Vitamin.
Vitamin merupakan satu kumpulan kompleks organik yang diperlukan dalam
kuantiti yang sedikit daripada diet, iaitu sama ada dalam unit miligram atau
mikrogram. Vitamin perlu untuk tindak balas metabolisme yang spesifik antara
sel dan perlu untuk pertumbuhan yang normal serta mengekalkan kesihatan dan
sebagai pelindung untuk mencegah pelbagai jenis penyakit. Kebanyakannya
bertindak sebagai koenzim atau satu kumpulan prostetik enzim yang
bertanggungjawab untuk meningkatkan sesuatu tindak balas kimia yang perlu.
Selalunya vitamin dikenali sebagai faktor makanan perlu kerana walaupun tidak
menyumbangkan kalori ataupun jisim kepada tubuh tetapi ia amat penting.
Terdapat dua jenis vitamin yang diperlukan dalam badan iaitu:
i) Vitamin larut lemak (vitamin A,D,E dan K)
ii) Vitamin larut air (vitamin B kompleks dan C)
Fungsi vitamin ini ialah memelihara penglihatan, memelihara kesihatan kulit,
pembentukan gigi dan tulang, pembekuan darah dan menyihatkan tulang.
Sumber makanan yang mengandubgi vitamin termasuklah daging, ikan, sayur-
sayuran, ikan bilis, bijirin, hati dan minyak masak.
8/8/2019 pemakanan 2
33/81
22
Mineral.
Mineral boleh didefinisikan sebagai kimia hablur bukan organik dan hemogen.Secara keseluruhan 4 hingga 5 peratus daripada berat badan manusia adalah
dalam bentuk mineral. Mineral yang didapati dalam tubuh dan makanan adalah
dalam bentuk ion. Mineral dianggap perlu apabila mineral berkenaan mesti diberi
dalam diet dan juga untuk menjalankan fungsi penting untuk kehidupan,
pertumbuhan dan pembiakan. Apabila mineral kurang ia boleh menyebabkan
kegagalan fungsi sel dan fisiologi. Terdapat banyak jenis mineral yang didapati
dalam sumber makanan, tetapi Cuma 16 yang dianggap perlu dalam pemakanan
manusia. Mineral terbahagi kepada dua kumpulan:
Mineral makro: Mineral yang terdapat di dalam badan melebihi daripada 10 gram.
i) Kalsium
ii) Magnesium
iii) Kalium
iv) Sulfur
v) Fosforus
vi) Natrium
Mineral mikro: Mineral yang terdapat di dalam badan kurang daripada 10 gram.
i) Kromium
ii) Kobalt
8/8/2019 pemakanan 2
34/81
23
iii) Kuprum
iv) Ferum
v) Zink
Air.
Air ialah nutrien yang selalu diketepikan walaupun air merupakan satu komponen
yang paling banyak di dalam tubuh manusia, iaitu 50 peratus daripada berat
badan orang dewasa dan 70 peratus bagi bayi yang baru dilahirkan. Bahagian
tubuh yang mengandungi kepekatan air paling tinggi adalah pada sel metabolik
aktif di otot dan visera. Sel rangka pula mempunyai kepekatan yang paling
rendah. Manusia tidak boleh berfungsi jika tiada air di dalam tubuhnya. Dalam
cuaca yang sederhana, orang dewasa dikatakan boleh hidup sehingga 10 hari
tanpa air manakala kanak-kanak hanya setakat 5 hari. Sebaliknya, seseorang
boleh hidup selama beberapa minggu tanpa makanan. Jumlah air dalam tubuh,
iaitu dari segi peratus berat badan, menurun dengan peningkatan umur dan
kandungan lemak tubuh. Secara purata, didapati lelaki dewasa mengandungi
lebih kurang 60 peratus air daripada berat badanberbanding denagn 50 hingga
55 peratus pada perempuan dewasa. Kaum perempuan kurang mengndungi air
kerana ia mempunyai peratus lemak tubuh yang tinggi. Apabila umur sudah
sampai pada peringkat tua kandungan air akan menurun pada lebih kurang 50
peratus daripada berat badan.
8/8/2019 pemakanan 2
35/81
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
Pengenalan.
Dalam bab ini pengkaji membincangkan tatacara tinjauan yang dijalankan iaitu
meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan membentuk tinjauan, populasi,
kajian, sampel kajian, instrumen kajian, cara pengumpulan data dan cara
menganalisis data.
Reka Bentuk Kajian .
Sulaiman (2003), menyatakan bahawa rekabentuk kajian ialah perancangan
yang menentukan cara penyelidikan dijalankan untuk menemukan jawapan
kepada permasalahan, strategi dan perkaitan sebab-akibat. Rekabentuk juga
akan menetapkan unit analisis, populasi, persampelan, pembolehubah, cara
pengukuran, pengumpulan dan penganalisa data. Kajian yang dilakukan adalah
penyelidikan deskriptif berbentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik atau
tinjauan. Menurut Majid Konting (1990), kajian jenis deskriptif ini merupakan satu
penyelidikan yang bermatlamat untuk menerokai satu bidang yang masih belum
atau kurang dikaji dan diketahui. Pengkaji memilih kaedah ini kerana ia
melibatkan pengumpulan data dalam satu masa tertentu.
8/8/2019 pemakanan 2
36/81
25
Populasi Kajian.
Kajian ini dilakukan di Sekolah menengah di Kuala Lumpur. Populasi kajian
adalah terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar-pelajar ini
berjumlah 40 orang yang terdiri daripada pelajar Melayu, yang tinggal di
kawasan bandar dan pinggir bandar yang melibatkan perbezaan status tahap
pengetahuan tentang pemakanan.
Sampel Kajian.
Sampel kajian ini terdiri pelajar lelaki dan perempuan Sekolah Menengah
Kebangsaan Padang Tembak, Kuala Lumpur yang tinggal di kawasan pinggir
bandar dan bandar. Jumlah subjek yang dipilih adalah seramai 40 orang
dikalangan pelajar tingkatan 1 dan 2 pelajar ini dipilih kerana pengkaji ingin
melihat amalan pemakanan pelajar yang mempunyai tahap pengetahuan yang
berbeza. Sampel yang dipilih perlulah ikhlas dan jujur mengikut ketika menjawab
soal selidik yang diberikan. Sampel kajian ini dipilih secara rawak dan telah
mendapat kerjasama yang sepatutnya bagi mempercepatkan proses mendapat
maklumat. Segala maklumat telah berjaya dikumpulkan akan dianalisis mengikut
prosedur yang telah ditetapkan.
8/8/2019 pemakanan 2
37/81
26
Instrumen Kajian.
Menurut Majid Konting (1990), soal selidik adalah satu instrumen yang lazimdigunakan dalam kajian berbentuk tinjauan. Kelebihan instrumen ini adalah
responden hanya memerlukan masa yang singkat untuk menjawab soal selidik.
Kaedah ini juga mudah mendapat kerjasama daripada responden. Responden
bebas memilih dan menyatakan pendapat serta menilai mengikut kehendak
masing-masing berdasarkan soalan soal selidik. Selain itu, ia dapat menjimatkan
masa penyelidik dan responden. Manakala Burn (1990), menyatakan bahawa
data yang diperolehi menjadi tepat kerana responden lebih berani untuk memberi
tindakbalas terhadap aspek yang dikaji tanpa gangguan. Soal selidik adalah
diambil daripada sumber Ahmad Asmawi (2002), yang mengkaji tentang Faktor
Pengetahuan Tentang Pemakanan dan Amalan Pemakanan Pelajar. Pengkaji
telah mengubahsuai soal selidik ini agar bertepatan dengan ujian yang bakal
dijalankan dan seterusnya melakukan kajian rintis. Penyelidik telah memperolehi
kebolehpercayaan r:0.72. Satu set borang soal selidik telah disediakan yang
mengandungi 4 bahagian utama :-
Bahagian yang pertama mengandungi soalan berbentuk latar belakang
responden. Ia termasuklah jantina, umur, bangsa, pengalaman tentang
pemakanan, pekerjaan ibu bapa dan penjaga dan pendapatan mereka.
8/8/2019 pemakanan 2
38/81
27
Bahagian kedua pula mengandungi soalansoalan yang menilai
sejauhmanakah responden mengamalkan amalan pemakanan yang sihat dan
sempurna. Soalan-soalan adalah berkaitan tentang corak pengambilan makananresponden terhadap amalan pemakanan yang sihat.
Bahagian ketiga pula mengandungi soalan-soalan yang menilai tahap
pengetahuan responden tentang pemakanan. Soalan yang disediakan meliputi
jenis makanan yang diperlukan, kepentingan dan fungsi pengambilannya.
Bahagian ini juga mengandungi soalan-soalan dari aspek penyediaan, pembelian
dan pengambilan makanan oleh responden. Persoalan ini menuntut kejujuran
responden dalam menjawab soalan. Bahagian ini akan menentukan sejauhmana
tahap pengetahuan responden terhadap makanan dan pemakanan.
Bahagian keempat pula mempunyai soalan-soalan yang mampu
mengumpulkan maklumat tentang sumber-sumber yang mempengaruhi tahap
pengetahuan amalan pemakanan responden. Ia meliputi sumber-sumber dari ibu
bapa, buku bacaan, pengajaran guru, pengiklanan melaui media massa dan
pengaruh rakan sebaya. Soalan ini bertujuan untuk menilai sejauhmanakah
sumber-sumber tersebut berjaya mempengaruhi responden untuk membeli
makanan.
8/8/2019 pemakanan 2
39/81
28
Prosedur Kajian.
Pengkaji telah merancang setiap langkah awal ke arah menjayakan penyelidikanini. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut :
Langkah 1 : Prosedur memohon kebenaran
i) Mendapatkan surat kebenaran menjalankan kajian daripada
Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia.
ii) Memohon kebenaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia
dan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
iii) Memohon kebenaran Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Padang Tembak untuk dijalankan kajian.
iv) Urusan temujanji dengan pengetua sekolah berkenaan.
Langkah 2 : Prosedur Persampelan
i) Populasi pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 dikenalpasti.
ii) Jumlah subjek yang dikehendaki adalah seramai 40 orang
yang terdiri daripada 4 buah kelas, dan 20 orang dari
tingkatan 1 dan 20 orang dari tingkatan 2.
iii) Subjek yang dipilih adalah dari kaum iaitu Melayu sahaja.
Langkah 3 : Peringkat Ujian.
i) Subjek diberi taklimat serta arahan tentang tujuan dan
kepentingan kajian oleh penyelidik dan guru.
8/8/2019 pemakanan 2
40/81
29
ii) Subjek menjawab soal selidik yang mengandungi biodata diri
dan penyataan soalan selama 20 minit.
iii) Subjek tidak dibenarkan berbincang antara satu sama lain.
Analisa Data
Data akan dikumpulkan daripada soal selidik yang telah dijalankan. Semasa ujian
ini dijalankan, responden tidak dibenarkan berbincang antara satu sama lain.
Semua data yang diperolehi diproses menggunakan SPSS. Keputusan dari
jawapan soal selidik yang telah diproses dianalisa dan ditaksirkan dalam Bab 4.
8/8/2019 pemakanan 2
41/81
BAB IV
ANALISA DATA
Pengenalan
Dalam bab ini akan diterangkan tentang analisa data yang telah diperolehi dari
soal selidik yang telah dijalankan keatas 40 orang responden yang terdiri
daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tembak
tingkatan satu dan dua. Bab ini mengandungi tiga bahagian yang melaporkan
analisa data dari soal selidik.
Latar Belakang Demografik Responden.
Bahagian ini akan menerangkan beberapa pembahagian mengenai latar
belakang responden iaitu jantina, umur, bangsa, pengalaman tentang
pemakanan dan pekerjaan ibu bapa dan penjaga. Bahagian ini juga meliputi
soalan yang berkaitan dengan amalan pemakanan pelajar, tahap pengetahuan
pelajar dan sumber pengetahuan tentang pemakanan.
8/8/2019 pemakanan 2
42/81
31
Jadual 1: Analisis Latar Belakang Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Padang Tembak .
Jantina Bilangan Peratusan
Lelaki 25 62.5Perempuan 15 37.5
Jumlah 40 100
Jadual 1 menunjukkan analisis statistik mengikut jantina. Daripada 40
orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tembak, 25 orang
(62.5%) adalah pelajar lelaki dan 15 orang (37.5%) adalah pelajar perempuan.
Jadual 2 : Kumpulan Etnik Pelajar
Bangsa Bilangan Peratusan
Melayu 40 100
Cina 0 0
India 0 0
Lain-Lain
0 0Jumlah 40 100
Jadual 2 menunjukkan pelajar terdiri daripada satu bangsa sahaja iaitu
bangsa Melayu seramai 40 orang (100%). Tiada bangsa-bangsa lain yang
menduduki kelas-kelas yang dipilih oleh penyelidik untuk dijadikan responden.
8/8/2019 pemakanan 2
43/81
32
Jadual 3 : Umur Pelajar
Peringkat Umur Bilangan Peratusan
12 Tahun 0 0
13 Tahun 20 50
14 Tahun 20 50
15 Tahun 0 0
Jumlah 40 100
Jadual 3 menunjukkan pecahan umur pelajar, 20 orang (50%) berumur 13
tahun dan 20 orang (50%) berumur 14. Tiada pelajar yang berumur 12 dan 15
tahun.
Jadual 4 : Pengalaman Mengikuti Kursus atau Ceramah Tentang
Pemakanan
Penyataan Bilangan Peratusan
Pernah 12 30
Tidak Pernah 38 70
Jumlah 40 100
Jadual 4 menunjukkan analisis data analisis statistik kursus pemakanan
dan ceramah yang pernah diikuti oleh pelajar. Seramai 12 orang (30%) pernah
mengikuti kursus atau ceramah tentang pemakanan, manakala 38 orang (70%)
tidak pernah mengikuti mana-mana kursus atau ceramah tentang pemakanan.
8/8/2019 pemakanan 2
44/81
33
Jadual 5 : Jenis Pekerjaan Ibu Bapa / Penjaga Pelajar.
Jenis Pekerjaan Bilangan Peratusan
Kerajaan
22 55Swasta 4 10
Sendiri 11 27.5
Tidak Bekerja 3 7.5
Jumlah 40 100
Jadual 5 menunjukkan analisis statistik jenis pekerjaan ibu bapa dan
penjaga pelajar. Seramai 22 orang (55%) ibu bapa atau penjaga pelajar bekerja
di jabatan kerajaan, seramai 4 orang (10%) bekerja dalam sektor swasta,
seramai 11 orang (27.5%) bekerja sendiri, manakala jumlah ibu bapa atau
penjaga yang tidak bekerja adalah seramai 3 orang (7.5%).
8/8/2019 pemakanan 2
45/81
34
Jadual 6: Amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Padang Tembak.
Bil Kenyataan ResponJawapan Ya
% ResponJawapan
Tidak
%
1. Utamakan zat dalammakanan sebelumdimakan.
36 90 4 10
2. Mengambil makananseperti jeruk danasam.
2 95 38 5
3. Pilih hanya makananyang mengandungipewarna ataupengawet.
2 95 38 5
4. Makan sukurang-kurangnya 3 kalisehari.
34 85 6 15
5. Ada sukurang-kurangnya satu jenissayur dalam tiaphidangan.
34 85 6 15
6. Bersarapan walaupunhanya dengansekeping roti danminuman panassahaja.
33 82.5 7 17.5
7. Makan mengikut masawalaupun tidak lapar.
30 75 10 25
8. Pastikan makananyang dimakanmengandungi semuanutrient pyramidmakanan.
34 85 6 15
9. Makan mengikut sukahati.
10 25 30 75
10. Lebih gemarmemakan snekberbanding nasi.
2 5 38 95
Jumlah
Min
217
21.7
722.5
72.25
183
18.3
277.5
27.75
8/8/2019 pemakanan 2
46/81
35
Berdasarkan jadual 6, respon bagi soalan satu bagi jawapan ya adalah
sebanyak 36 orang (90%) dan untuk jawapan tidak berjumlah 4 orang (10%).
Soalan 2 pula, menunjukkan seramai 2 orang (95%) memberi jawapan ya danuntuk jawapan tidak seramai 38 orang (5%). Bagi soalan 3, jawapan ya bagi
soalan ini ialah sebanyak 2 orang (95%) dan untuk jawapan tidak sebanyak 38
orang (5%). Soalan 4 pula, menunjukkan seramai 34 orang (85%) memberi
jawapan ya dan 6 orang (15%) memberi jawapan tidak. Soalan 5 pula, seramai
34 orang (85%) memberi jawapan ya dan seramai 6 orang (15%) memberi
jawapan tidak. Soalan 6 pula menunjukkan seramai 33 orang (82.5%) memberi
jawapan ya dan untuk jawapan tidak seramai 7 orang (17.5%) yang memberi
jawapan tidak. Manakala bagi soalan 7 seramai 30 orang (75%) menjawap ya
dan 10 orang (15%) menjawap tidak. Soalan 8 pula, seramai 34 orang (85%)
menjawap ya dan 6 orang (15%) menjawap tidak. Bagi soalan 9, seramai 10
orang (15%) menjawap ya dan 30 orang (75%). Bagi soalan terakhir iaitu soalan
10, seramai 2 orang (5%) menjawap ya dan seramai 38 orang (95%) memberi
jawapan tidak.
8/8/2019 pemakanan 2
47/81
36
Jadual 7 : Hasil Dapatan Borang Soal Selidik Tentang Amalan Pemakanan
Sihat dan Tidak Sihat di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Padang Tembak.
Bil Penyataan Jumlah %1. Amalan pemakanan sihat di kalangan pelajar 345 86.252. Amalan pemakanan tidak sihat di kalangan pelajar 65 16.25
Berdasarkan jadual 7, jawapan positif untuk soalan amalan pemakanan
yang sihat adalah sebanyak 345 atau 86.25% dan hanya 65 atau 16.25% yang
memberi jawapan sebaliknya iaitu mengamalkan amalan pemakanan yang tidak
sihat.
8/8/2019 pemakanan 2
48/81
37
Jadual 8 : Hasil Dapatan Borang Soal Selidik Tentang Tahap Pengetahuan
Soalan 1 hingga Soalan 20.
Bil Soalan Respon
Jawapan Ya
Peratus Respon
JawapanTidak
Peratus
1. Makanan sepertinasi, mee, roti ataumakanan darigandum bolehmenyebabkanmasalah kegemukan.
8 20 32 80
2. Protein, karbohidratdan lemakmerupakan 3 zat
makanan utamayang membekalkantenaga.
33 82.5 7 17.5
3. Buah-buahan sepertilimau, epal dananggur mengandungilebih banyak zatmakanan daripadabuah-buahantempatan.
19 47.5 21 52.5
4. Pizza, burger dan
sosaj adalahmakanan yangberzat dan sangatbaik untuk kesihatan.
2 5 38 95
5. Pengambilanmakanan sepertidaging, ikan, telurdan kekacang perludiambil sekurang-kurangnya sekalidalam sehari.
29 72.5 11 27.5
6.Lemak dari haiwanadalah lebih baikdaripada lemak darisayuran kerana iadapat mengelakkanberlakunya masalahkesihatan.
4 10 36 90
8/8/2019 pemakanan 2
49/81
38
7. Daging ayam tanpakulitnyamengandungi lebihbanyak lemak
berbanding denganayam yang berkulit.
5 12.5 35 87.5
8. Daging, telur, ayamdan ikan adalahcontoh makananyang kaya denganprotein.
29 72.5 11 27.5
9. Semua lemak dalamtubuh badan adalahtidak berguna.
8 20 32 80
10. Makanan berebus
adalah lebih baikdaripada makananbergoreng untukmenjaga kesihatan
jantung
36 90 4 10
11. Pengambilanmakanan manis yangberlebihan seperticoklat, kek, dan gula-gula bolehmenjejaskan
kesihatan kita.
36 90 4 10
12. Susu rendah lemakadalah lebih baikdaripada susu penuhlemak untuk menjagakesihatan kita.
38 95 2 5
13. Kacang soya adalahsumber makanantambahan yang kayadengan protein
35 87.5 5 12.5
14 Telur adalah sumber
protein yang utama.
21 52.5 19 47.5
15. Susu adalah salahsatu sumber utamazat kalsium.
38 95 2 5
16. Air tidak mengandungizat makanan tetapisangat perlu untuk kesihatan badan
37 92.5 3 7.5
8/8/2019 pemakanan 2
50/81
39
17. Pengambilan jusbuah-buahan adalahsangat baik untukkesihatan kerana
kandungan gula didalamnya tidakterlalu pekat.
34 85 6 15
18. Cara yang baik untukmakan ialah denganmengambil makananmengikut pyramidmakanan
38 95 2 5
19. Dalam piramidmakanan, kumpulanmakanan berlemak
dan lebih gula perludiambil dalamkuantiti yang banyak
3 7.5 37 92.5
20. Dalam piramidmakanan, kumpulanmakananberkarbohidrat perludiambil dengan
jumlah yang banyak
20 50 20 50
Jumlah
Min
473
23.65
1182.5
59.125
327
16.35
817.5
40.875
Berdasarkan jadual 8, respon jawapan bagi soalan satu bagi jawapan ya
adalah sebanyak 8 orang (20%) dan untuk jawapan tidak berjumlah 32 orang
(80%). Soalan 2 pula menunjukkan 33 orang (82.5%) untuk jawapan ya dan
untuk jawapan tidak 7 orang (17.5%). Bagi soalan 3, jawapan ya bagi soalan ini
ialah seramai 19 orang (47.5%) dan untuk jawapan tidak seramai 21 orang
(52.5%). Soalan 4 pula menunjukkan seramai 2 orang (5%) untuk jawapan ya
dan seramai 38 orang (95%) untuk jawapan tidak. Soalan 5, bagi jawapan ya
ialah seramai 29 orang (72.5%) dan untuk jawapan tidak seramai 11 orang
8/8/2019 pemakanan 2
51/81
40
(27.5%). Soalan 6 pula menunjukkan seramai 4 orang (10%) yang menjawab ya
dan untuk jawapan tidak seramai 36 orang (90%). Manakala bagi soalan 7
seramai 5 orang (12.5%) menjawab ya dan seramai 35 orang (87.5%) menjawabtidak. Bagi soalan 8, seramai 29 orang (72.5%) menjawab ya dan 11 orang
(27.5%) menjawab tidak. Bagi soalan 9, seramai 8 orang (20%) yang memberi
jawapan ya dan sebaliknya seramai 32 orang (80%) sahaja yang memberi
jawapan tidak untuk soalan ini.
Soalan 10 pula, seramai 36 orang (90%) menjawab ya dan sebaliknya
adalah seramai 4 orang (10%) yang memberi jawapan tidak. Bagi soalan 11,
seramai 36 orang (90%) menjawab ya dan selebihnya iaitu 4 orang (10%)
menjawab tidak. Soalan 12, seramai 38 orang (95%) memberi jawapan ya dan
selebihnya iaitu 2 orang (5%) memberi jawapan tidak. Soalan 13 pula seramai 35
orang (87.5%) memberi jawapan ya dan 5 orang (12.5%) memberi jawapan tidak.
Soalan 14 pula, seramai 21 orang (52.5%) memberi jawapan ya dan 19 orang
(47.5%) memberi jawapan tidak.
Bagi soalan 15, seramai 38 orang (95%) memberi jawapan ya dan
seramai 2 orang (5%) memberi jawapan tidak. Bagi soalan 16 pula, seramai 37
orang (92.5%) memberi jawapan ya dan seramai 3 orang (7.5%) memberi
jawapan tidak. Bagi soalan 17, seramai 34 orang (85%) memberi jawapan ya dan
seramai 6 orang (15%) memberi jawapan tidak. Soalan 18 pula, seramai 38
orang (95%) memberi jawapan ya dan 2 orang (5%) memberi jawapan tidak.
8/8/2019 pemakanan 2
52/81
41
Soalan 19 pula seramai 3 orang (7.5%) memberi jawapan ya dan seramai 37
orang (92.5%) memberi jawapan tidak. Soalan yang terakhir iaitu soalan 20,
menunjukkan keputusan yang sama banyak iaitu 20 orang (50%) memberi jawapan ya dan seramai 20 orang (50%) juga memberi jawapan tidak.
8/8/2019 pemakanan 2
53/81
42
Jadual 9 : Hasil Dapatan Borang Soal Selidik Tentang Tahap Pengetahuan
Soalan 1 Hingga Soalan 20 Untuk Jawapan Yang Betul dan
Salah.
SubjekJawapan Betul % Jawapan Salah %
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
1314
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
18
19
17
18
19
18
14
20
18
16
18
16
1317
14
19
17
17
18
13
18
16
15
17
15
90
95
85
90
95
90
70
100
90
80
90
80
6585
70
95
85
85
90
65
90
80
75
85
75
2
1
3
2
1
2
6
0
2
4
2
4
73
6
1
3
3
2
7
2
4
5
3
5
10
5
15
10
5
10
30
0
10
20
10
20
3515
30
5
15
15
10
35
10
20
25
15
25
8/8/2019 pemakanan 2
54/81
43
26
27
28
2930
31
32
33
34
35
3637
38
39
40
14
15
18
1818
15
18
18
20
19
1716
16
5
9
70
75
90
9090
75
90
90
100
95
8580
80
25
45
6
5
2
22
5
2
2
0
1
34
4
15
11
30
25
10
1010
25
10
10
0
5
1520
20
75
55
JUMLAH656 3280 144 720
PERATUS 82 18MIN 16.4 82 3.6 18
Jadual 9 menunjukkan jumlah keseluruhan jawapan yang diberi untuk
tahap pengetahuan dan daripada analisa, pelajar yang menjawab jawapan betul
adalah sebanyak 656 iaitu 82 peratus. Ia adalah hampir 3 kali ganda berbanding
subjek yang memberi jawapan tidak betul iaitu sebanyak 144 , 18 peratus
daripada keseluruhan soalan tahap pengetahuan. Daripada jadual juga telah
menunjukkan bahawa subjek ke-8 dan subjek ke-34 merupakan subjek yang
mendapat skor terbanyak iaitu 20/20 ataupun 100 peratus betul. Manakala
8/8/2019 pemakanan 2
55/81
44
subjek yang mendapat skor terendah ialah subjek ke 39 iaitu 5/20 ataupun 25
peratus. Ini menunjukkan bahawa subjek berkenaan mempunyai tahap
pengetahuan pemakanan yang rendah.
8/8/2019 pemakanan 2
56/81
45
Jadual 10 : Hasil Dapatan Soal Selidik Tentang Sumber-Sumber
Pengetahuan Soalan 1 hingga Soalan 5
Bil. Soalan ResponJawapan Ya
% ResponJawapan
Tidak
%
1. Anda ada membacabuku atau majalahyang berkaitandengan makanandan amalanpemakanan sewaktudi sekolah atau di
rumah.
38 95 2 5
2. Anda memberitumpuan ketika gurumenerangkanperkara yangberkaitan denganpemakanaan
34 85 6 15
3. Iklan melalui mediamassa dapatmenambahpengetahuan anda
tentang amalanpemakanan yangbaik.
37 92.5 3 7.5
4. Ibu bapa andasering memberikanpenerangan tentangamalan pemakanansewaktu di rumah
25 62.5 15 37.5
5. Anda selaluberbincang tentang
amalan pemakanananda bersamarakan-rakan anda
17 42.5 23 57.5
Jumlah
Min
151
30.2
377.5
75.5
49
9.8
122.5
24.5
8/8/2019 pemakanan 2
57/81
46
Berdasarkan jadual 10, dapatan bagi soalan 1 pada bahagian 3
menunjukkan bilangan yang memberi jawapan ya adalah sebanyak 38 orang dan
bagi jawapan tidak adalah sebanyak 2 orang. Bagi soalan 2, jumlah yangmemberi jawapan ya adalah sebanyak 34 orang dan hanya 6 orang yang
memberi jawapan tidak. Soalan 3, seramai 37 orang telah memberi jawapan ya
dan hanya 3 orang responden yang memberi jawapan tidak. Manakala bagi
soalan 4, seramai 25 orang telah memberi jawapan ya dan seramai 15 orang
telah memberi jawapan tidak. Bagi soalan yang terakhir, seramai 17 orang telah
memberi jawapan ya dan seramai 23 orang pelajar telah memberi jawapan tidak.
Ini menunjukkan terdapat perbezaan antara setiap individu dalam mendapatkan
sumber pengetahuan tentang pemakanan.
8/8/2019 pemakanan 2
58/81
BAB V
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
Pengenalan
Pengetahuan pelajar tentang amalan pemakanan terutamanya
pemakanan seimbang banyak bergantung kepada sikap pelajar. Bagi mencapai
tahap kesihatan yang optima, seseorang pelajar memerlukan disiplin didalam
mengamalkan diet harian yang seimbang. Perbincangan yang dibuat di dalam
bab ini adalah tertumpu kepada keputusan yang diperolehi melalui soal selidik.
Kesimpulan tentang keseluruhan kajian ini akan dibentangkan dan
cadangan yang membina diperlukan untuk membaiki pelbagai aspek dalam
memberi impak yang baik kepada kajian-kajian yang akan datang. Terdapat tiga
bahagian yang akan dibincangkan dalam bab ini iaitu perbincangan, kesimpulan
dan cadangan.
8/8/2019 pemakanan 2
59/81
48
Perbincangan.
Amalan Pemakanan di Kalangan Pelajar.
Menurut Suriah (2004), amalan pemakanan ialah kebiasaan yang
dilakukan oleh seseorang individu terhadap pemilihan dan penggunaan sesuatu
jenis bahan makanan menurut kebudayaan masyarakatnya. Tabiat pemakanan
yang baik dan seimbang amat penting untuk kesihatan. Setiap makanan yang
dimakan akan membekalkan tenaga yang diperlukan untuk menjalani kehidupan
sehari-hari. Seseorang remaja akan mudah mendapat penyakit sekiranya tidak
bijak dalam membuat pemilihan terhadap pemakanan yang seimbang dan
memenuhi keperluan nutriennya. Pengambilan makanan secara berlebihan untuk
keperluan tubuh dan tidak memenuhi nutrien akan mendatangkan kesan yang
buruk kepada perkembangan fizikal dan intelektual pelajar terbabit.
Penyataan ini disokong oleh Krause dan Mohan (1998), akibat daripada
pengambilan pemakanan yang tidak baik, seseorang remaja akan menghadapi
risiko penyakit jantung, bulimia, obesiti dan masalah tingkahlaku. Kenyataan ini
juga disokong oleh Rao (1986), yang menyatakan amalan pemakanan secara
tidak teratur akan mengakibatkan remaja mudah mengidap penyakit merbahaya.
Seseorang pelajar sepatutnya mengambil tahu tentang pemakanan mereka
untuk memperbaiki taraf kesihatan dan keselesaan belajar serta dapat
melakukan pelbagai aktiviti di sekolah dengan baik dan sempurna. Manakala
menurut Syed Mahadzir (2004), amalan pemakanan di kalangan kanak-kanak
8/8/2019 pemakanan 2
60/81
49
dan remaja perlu dipantau dan dijaga kerana tabiat pemakanan mereka mudah
dipengaruhi oleh iklan-iklan televisyen dan media lain.
Hasil keputusan yang diperoleh oleh penyelidik di dalam jadual 7 di dalam
bab IV, menunjukkan hampir 86.25% peratus pelajar menjawap persoalan
tentang amalan pemakanan sihat berbanding hanya sebanyak 16.25%
menjawap persoalan pemakanan yang tidak sihat.
Berdasarkan pendapat pakar-pakar banyak menyatakan amalan
pemakanan merupakan faktor yang sangat penting bagi melahirkan individu yang
cemerlang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelektual dan sosial. Kesimpulan
yang boleh dibuat terhadap pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang
Tembak ialah mereka telah mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang
di dalam proses kehidupan mereka seharian
Tahap Pengetahuan Tentang Pemakanan.
Menurut Phuah (2003), pengetahuan pemakanan ialah pengetahuan
mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pemakanan dari segi zat
makanan, fungsi dan kepentingannya. Tahap pengetahuan yang baik dapat
membantu remaja dalam memilih atau mengambil pemakanan yang seimbang.
Pendapat ini disokong oleh Rao (1986), yang menyatakan bahawa semakin baik
pengetahuan seseorang tentang pemakanan, semakin baiklah pula pengambilan
makanannya dan mencapai keperluan yang disyorkan. Kenyataan ini juga
8/8/2019 pemakanan 2
61/81
50
disokong oleh Jelliffe (1989), yang menyatakan bahawa salah satu faktor yang
mempengaruhi pengambilan pemakanan yang tidak sempurna adalah kerana
kurangnya pengetahuan golongan remaja tentang cara pemakanan yang baikselaras dengan keperluan hariannya. Ini akan menyebabkan remaja keliru dalam
menentukan jenis dan jumlah makanan yang mereka perlukan. Manakala Stare
dan William (1990) pula berpendapat, pengetahuan tentang pemakanan
mrupakan asas untuk perancangan makanan. Mereka yang mempunyai
pengetahuan pemakanan yang baik akan menitik beratkan tentang pemilihan dan
pengambilan jenis-jenis makanan.
Berdasarkan dapatan yang diperolehi dari hasil analisis data di dalam bab
4, menunjukkan sebanyak 82 peratus pelajar telah menjawap dengan betul dan
selebihnya 18 peratus memberi jawapan yang salah. Berdasarkan jadual 9 di
dalam bab 4, menunjukkan seramai 2 orang pelajar telah menjawap dengan baik
dengan mendapat skor 20/20 ataupun 100%. Hanya terdapat 2 orang sahaja
yang mendapat skor yang rendah iaitu 5/20 (25%) dan 9/20 (45%). Bagi pelajar-
pelajar yang lain, keseluruhannya dapat mejawap dengan betul lebih daripada 10
soalan.
Kesimpulan yang boleh dibuat terhadap pelajar sekolah tersebut ialah
mereka mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi tentang pemakanan
seimbang dan berkualiti. Ini boleh dilihat di dalam hasil keputusan kajian di dalam
bab 4 dimana mereka telah menjawap soalan dengan begitu baik sekali. Ini juga
8/8/2019 pemakanan 2
62/81
51
secara tidak langsung telah mempengaruhi amalan pemakanan mereka di
rumah. Penyataan ini banyak disokong oleh pakar yang menyatakan semakin
tnggi pengetahuan tentang pemakanan, semakin baiklah amalan pemakanannya.
Sumber-Sumber Pengetahuan Tentang Pemakanan.
Sumber pengetahuan tentang pemakanan adalah penting untuk pelajar
memperolehi maklumat yang tepat tentang pemakanan yang baik dan seimbang.
Penggunaan sumber-sumber ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat
tentang pengetahuan pemakanan dikalangan responden yang terlibat. Antara
sumber-sumber yang telah ditetapkan oleh penyelidik ialah buku atau majalah,
guru, media massa, ibu bapa dan rakan sebaya. Hasil dapatan dari bab 4,
berdasarkan jadual 10, menunjukkan bahawa buku dan majalah adalah sumber
terpenting bagi pelajar mendapatkan pengetahuan tentang pemakanan
seimbang.
Pendapat ini disokong oleh Oaks (1987), buku teks sekolah merupakan
sumber atau maklumat kepada pelajar tentang pemakanan. Dalam sukatan
pelajaran Pendidikan Kesihatan di sekolah, tunjang 2 iaitu Gaya Hidup Sihat,
pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tembak telah
didedahkan tentang aspek-aspek pemakanan. Pada peringkat ini, pelajar diberi
penekanan agar memahami piramid makanan yang terdiri daripada empat aras
iaitu aras satu terdiri daripada pelbagai makanan yang mengandungi karbohidrat.
8/8/2019 pemakanan 2
63/81
52
Manakala aras dua pula mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran.
Aras tiga terdiri daipada makanan daripada ternakan dan aras empat
mengandungi lemak, gula dan minyak. Manakala pelajar tingkatan dua puladidedahkan kepada jenis-jenis nutrien dan fungsi-fungsinya.
Kesimpulannya, pemilihan sumber adalah amat penting untuk pelajar
memperolehi kesan yang positif terhadap amalan pemakanan. Berikutan dari
sumber pengetahuan yang diperolehi, para pelajar boleh mengaplikasikan
pengetahuan tersebut dalam kehidupan harian.
Kesimpulan.
Berdasarkan daripada dapatan kajian, boleh disimpulkan bahawa
kesedaran tentang amalan pemakanan yang baik boleh dipengaruhi oleh
pelbagai faktor iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. Kedua-dua faktor ini
adalah saling berkaitan dalam menentukan amalan pemakanan yang baik
dikalangan pelajar. Semakin tinggi tahap pendidikan, akan mempengaruhi tahap
pengetahuan pemakanan. Pendidikan yang diterima akan menentukan
kesedaran seseorang tentang amalan pemakanannya demi kesihatan dan
kesejahteraan diri serta keluarga.
Tahap pengetahuan pemakanan yang baik akan mendorong seseorang
pelajar itu mengamalkan pemakanan yang seimbang bersesuaian dengan
keperluan tenaga yang diperlukan. Pengetahuan pemakanan dan amalan
8/8/2019 pemakanan 2
64/81
53
pemakanan yang sempurna mampu membantu seseorang pelajar itu mencapai
tahap kesihatan yang optima dalam menjalani kahidupan hariannya.
Cadangan.
Beberapa cadangan berikut boleh dilaksanakan oleh pihak yang berkenaan
untuk meningkatkan lagi tahap pengetahuan tentang pemakanan di kalangan
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tembak, Kuala Lumpur serta
menggalakkan mereka mengamalkan dan mengaplikasikan pengetahuan yang
ada demi mendapat tahap kesihatan yang optima :
a) Memberi pendedahan kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Padang Tembak mengikuti kursus atau ceramah tentang pemakanan yang
sihat. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan pihak sekolah sendiri boleh
berusaha untuk mengelolakan kursus atau ceramah tersebut secara
berperingkat-peringkat.
b) Pihak sekolah juga harus berusaha untuk menyediakan sumber rujukan
khusus di dalam bidang pemakanan.
c) Pihak sekolah juga harus bekerjasama dengan pihak pengurusan
penyediaan makanan seperti pihak kantin sekolah dalam memberi
perkhidmatan penyediaan makanan yang seimbang dan berkhasiat untuk
pelajar di sekolah tersebut.
8/8/2019 pemakanan 2
65/81
54
Terdapat juga beberapa cadangan yang boleh dibuat untuk kajian yang
mempunyai kaitan langsung dengan kajian ini. Antaranya :
a) Membuat kajian melibatkan populasi yang lebih besar dan luas iaitu
melibatkan beberapa buah sekolah lagi.
b) Menjalankan kajian perbandingan pengetahuan tentang pemakanan
antara pelajar bandar dan pelajar luar bandar.
c) Mengkaji hubungan pengetahuan tentang pemakanan dengan amalan
pemakanan di kalangan pelajar dan guru.
Penyelidik berharap dapatan kajian dan cadangan yang diberikan dapat
memberi panduan kepada pelajar dan pihak yang berkenaan serta dapat menjadi
rujukan kepada penyelidik lain yang berminat dalam membuat kajian yang sama
dan dapat dilanjutkan bidang kajian ini.
8/8/2019 pemakanan 2
66/81
55
Rujukan.
Aishah Hamzah (1989). Teknologi dan Perkhidmatan Katering . Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Asmawi (2002). Faktor Pengetahuan tentang Pemakanan dan Sosioekonomi Terhadap Amalan Pemakanan di Kalangan Pelajar Bandar dan Luar Bandar Daerah Batang Padang. Tesis SarjanamudaPendidikan Sains Sukan: UPSI.
Anderson, J.B (1991). The Status of Adolescent Nutrition . Nutrition Today, 26 (2):7-10.
Aminudin Yusof, Anuar Din & Enson Din (2003). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Burn, R. (1990). Introduction to Research Method in Education . Melbourn :Chesshire.
Byer C.O & Shainberg, L.W (1995). Living Well: Health in Your Hand . New York:Harper Collin College.
Douglas P.D & Douglas J.G (1984). Nutrition Knowledge and Foot Practices of High School. Journal of The Amarican Dietic Association. 2, 120-128.
Ever, C.L. (1987). Dietary Intake and Symptoms Aneroxia Nervosa in Female University Dance. Journal of The American Dietic Association. 87(1),66-68.
Hadijah, B. (1986 ). Perbandingan Pola Pengambiln Makanan Pelajar Bandar dan Luar Bandar , Negeri Sembilan, Tesis Bacelor Pembangunan Manusia:UPM.
Hamidah Abd. Karim, Abd. Malik Jailani & Abd. Aziz Omar (1989). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
Tingkatan 2. Kuala Lumpur: Edusystem Sdn. Bhd.
Jelliffe (1989). Child Nutrition in Developing Countries . United State: GovernmentPrinting Office.
Mangham, D.B dan C.E Vickey (1981). Introducing Nutrition Education . Journalof School Health, 2, 110-112.
8/8/2019 pemakanan 2
67/81
56
Mohd. Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.
Karuse, M.V dan Mohan L.K. (1993 ). Makanan, Pemakanan dan Terapi Diet
(Terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Oaks, J.B. dan D.Harshe (1987). Cardiovascular Health Knowledge of Children
and School Personel in Lousiana Public School . Journal of School Health,1, 23-27.
Phuah Kooi Ean (2003). Pemakanan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.
Rao, M.(1986). Knowledge, Attitude and Practice Regarding Nutrition among Pragnant Women in Rural Dharwar. Karnatika, India, 6, 197-208.
Strare dan M.C. William (1990). Living Nutrtion . New York : Wiley.
Sulaiman Masri (2003). Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan ( Esei,Proposal, Tesis) . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Suriah Abdul Rahman (2004). Memahami Pemakanan : Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.
Syed Mahadzir (2004). Pemakanan dan Kesihatan : Selangor: Penerbitan PCTSdn. Bhd.
White, B.V (1982). Food and Your Future : Engle Wood Cliff : Prentice Hall.
8/8/2019 pemakanan 2
68/81
57
LAMPIRAN A
Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia
8/8/2019 pemakanan 2
69/81
8/8/2019 pemakanan 2
70/81
8/8/2019 pemakanan 2
71/81
58
LAMPIRAN B
Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
8/8/2019 pemakanan 2
72/81
8/8/2019 pemakanan 2
73/81
59
LAMPIRAN C
Surat Pengesahan Pelajar.
8/8/2019 pemakanan 2
74/81
8/8/2019 pemakanan 2
75/81
8/8/2019 pemakanan 2
76/81
8/8/2019 pemakanan 2
77/81
BAHAGIAN I
Arahan : Sila tanda ( ) dalam petak yang disediakan bagi kenyataan yangtepat tentang diri anda.
Maklumat latar belakang (Biodata diri)
1. Jantina : Lelaki
Perempuan
2. Umur : 12 tahun 15tahun
13 tahun
14 tahun
3. Bangsa : Melayu India
China Lain-lain
4. Pengalaman tentang pemakanan : Pernah mengikuti kursus / ceramahpemakanan
Ya Tidak
5. Pekerjaan ibu bapa / penjaga : Kerajaan
Swasta
Sendiri
Tidak bekerja
Lain-lain ____________________
8/8/2019 pemakanan 2
78/81
BAHAGIAN II
Tandakan ( ) pada ruang yang berkenaan.
BIL BUTIRANYA TIDAK
1. Utamakan zat dalam makanan sebelum dimakan.
2. Mengambil makanan seperti jeruk dan asam.
3. Pilih hanya makanan yang mengandungi pewarna
dan pengawet.
4. Makan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
5. Ada sekurang-kurangnya satu jenis sayur dalam
setiap hidangan.
6. Bersarapan walaupun hanya dengan sekeping roti
dan minuman panas.
7. Makan mengikut masa walaupun tidak lapar.
8. Pastikan makanan yang dimakan mengandungi
semua nutrient pyramid makanan.
9. Makan mengikut suka hati
10. Lebih gemar makan snek berbanding nasi.
8/8/2019 pemakanan 2
79/81
BAHAGIAN III
Tandakan ( ) pada ruang yang berkenaan.
BIL BUTIRAN YA TIDAK
1. Makanan seperti nasi, mee, roti atau makanan darigandum boleh menyebabkan masalah kegemukan.
2. Protein, karbohidrat dan lemak merupakan 3 zatmakanan utama yang membekalkan tenaga.
3. Buah-buahan seperti limau, epal dan anggur mengandungi lebih banyak zat makanan daripadabuah-buahan tempatan.
4. Pizza, burger dan sosaj adalah makanan yangberzat dan sangat baik untuk kesihatan.
5. Pengambilan makanan seperti daging, ikan, telur dan kekacang perlu diambil sekurang-kurangnyasekali dalam sehari.
6. Lemak dari haiwan adalah lebih baik daripada lemakdari sayuran kerana ia dapat mengelakkanberlakunya masalah kesihatan.
7. Daging ayam tanpa kulitnya mengandungi lebihbanyak lemak berbanding dengan ayam yangberkulit.
8. Daging, telur, ayam dan ikan adalah contohmakanan yang kaya dengan protein.
9. Semua lemak dalam tubuh badan adalah tidakberguna.10. Makanan berebus adalah lebih baik daripada
makanan bergoreng untuk menjaga kesihatan jantung.
11. Pengambilan makanan manis yang berlebihanseperti coklat, kek, dan gula-gula boleh menjejaskankesihatan kita.
12. Susu rendah lemak adalah lebih baik daripada susupenuh lemak untuk menjaga kesihatan kita.
13. Kacang soya adalah sumber makanan tambahanyang kaya dengan protein
14. Telur adalah sumber protein yang utama danberkualiti tinggi.
15. Susu adalah salah satu sumber utama zat kalsium.16. Air tidak mengandungi zat makanan tetapi sangat
perlu untuk kesihatan badan.17. Pengambilan jus buah-buahan adalah sangat baik
untuk kesihatan kerana kandungan gula di dalamnyatidak terlalu pekat.
8/8/2019 pemakanan 2
80/81
18. Cara yang baik untuk makan ialah denganmengambil makanan mengikut piramid makanan.
19. Dalam piramid makanan, kumpulan makananberlemak dan lebih gula perlu diambil dalam kuantitiyang banyak.
20. Dalam piramid makanan, kumpulan makananberkarbohidrat perlu diambil dengan jumlah yangbanyak.
8/8/2019 pemakanan 2
81/81