PENGENALAN Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Seni itu indah dan halus. Perkataan seni itu sendiri terlalu luas untuk ditafsirkan. Di dalam pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Untuk memastikan sesuatu pengajaran mempunyai impak yang positif keatas seseorang individu, seni yang disematkan haruslah kreatif dan dapat memberi kesan dalam jangka masa yang panjang. Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran “ seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana . (Pahlawi Web Al. ” Mei 2007). Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Di dalam komponen Pendidikan Seni Visual, warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual. Elemen yang seterusnya ialah irama muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi kenderaan, bunyi haiwan, bunyi hujan, bunyi bayi menangis dan pelbagai lagi. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan pergerakan. 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PENGENALAN
Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni bukan sahaja
diaplikasikan dalam satu bidang tetapi seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Seni itu
indah dan halus. Perkataan seni itu sendiri terlalu luas untuk ditafsirkan. Di dalam
pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik
dan kreatif. Untuk memastikan sesuatu pengajaran mempunyai impak yang positif keatas
seseorang individu, seni yang disematkan haruslah kreatif dan dapat memberi kesan dalam
jangka masa yang panjang. “Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran
seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana”. (Pahlawi Web Al. Mei 2007).
Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran
logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh
ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta.
Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan
tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga
seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan
melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada
interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Di dalam komponen Pendidikan Seni
Visual, warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan
akan menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak
menarik. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah
kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual.
Elemen yang seterusnya ialah irama muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak
yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar
muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk
mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya
akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi kenderaan, bunyi haiwan, bunyi hujan,
bunyi bayi menangis dan pelbagai lagi. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling
kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa. Dalam pendidikan seni,
irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata
yang mewujudkan pergerakan.
1
Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama
sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari,
melukis corak dan sebagainya. Kanak-kanak seawal satu tahun sudah boleh
menggoyangkan badan apabila mendengar muzik. Ini membuktikan yang sebenarnya irama
dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang
dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar
dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran irama dalam aktiviti yang
dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti
dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok
melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik.
Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education
menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu
cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan menggunakan
kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami
dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual.
Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada
perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan
pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang
mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka
lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menguruskan
sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.
Kesimpulannya, guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam
pengajaran supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.
2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Kelas : Tahun 5 Bakawali
Masa : 10.40 – 11.40 pagi (60 minit)
Bilangan Murid : 30 orang
Mata Pelajaran : Sains
Tema : Rantai makanan
Liputan Kurikulum :
Mengetauhi jenis tumbuhan dan haiwan yang terlibat dengan rantai makanan.
Memperkenalkan istilah pengeluar, pengguna pertama (primer), pengguna kedua (sekunder)
dan pengguna ketiga (tertiar).
Memperkenalkan simbol ‘’ yang bermaksud dimakan oleh.
Membentuk rantai makanan.
Hasil Pembelajaran :
Memahami Rantai Makanan sebagai hubungan makanan antara hidupan.
Ojektif Pengajaran : Di akhir pengajaran murid dapat :
1. Membina sekurang-kurangnya tiga rantai makanan.
2. Melakukan pergerakan dan menyanyi lagu ‘burung bangau’ dengan baik.
3. Menyanyikan lirik lagu yang dibuat dengan menggunakan rentak ‘burung bangau”
4. Menghasilkan origami burung bangau dengan bimbingan video dan guru.
5. Menghargai rukun alam bahawa sesuatu yang hidup boleh menjadi makanan kepada
benda hidup yang lain.
Pengetahuan sedia ada :
Murid tahu bahawa tumbuhan hijau boleh membina makanannya sendiri.
3
Murid tahu tabiat makan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor.
Bahan bantu mengajar :
Sebuah komputer, Cd Pengajaran, origami burung yang telah siap, kertas warna.
Persediaan guru :
Persembahan Perisian Pembelajaran yang menunjukkan perkaitan rangkaian makanan.