ISI KANDUNGANBILISI KANDUNGANCATATAN
1BIODATA PELAJAR2
2.2.0 PENGENALAN 3
33.0 TUGASAN 1:
Esei Konsep dan prinsip Seni dalam Pendidikan
4-13
4 4.0 Tugasan 2
4.1 story board4.2 VCD video
14-1819
6REFLEKSI KESELURUHAN INDIVIDU
20-21
7RUJUKAN
22
NAMA PENUH : SITI MASTURA BINTI GHANINAMA PANGGILAN : MAS NO KAD
PENGENALAN : 790502-03-5836UMUR : 35 TAHUNTARIKH LAHIR : 2 MEI
1979TEMPAT LAHIR :HOSPITAL BESAR KOTA BAHARU KELANTANANAK KE :KE
DUASTATUS : BERKAHWINBIL ANAK : 4 ORANG ( 3 PEREMPUAN 1
LELAKI)ALAMAT TEMPAT TINGGAL :NO 10, JALAN 2 TAMAN BERLIAN , 71600
KUALA KLAWANG NEGERI SEMBILAN.MENGAJAR DI:SEKOLAH KEBANGSAAN UNDANG
JELEBUNO TELEFON :019-6992579PENGALAMAN MENJADI GURU : 14
TAHUNSUBJEK YANG DI AJAR : MATEMATIK DAN PJK
1.0 PengenalanMengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni
didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan, muzik dan lain-lain )
yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang
indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan
sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta
pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang
mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu
yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi.
Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu
produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.Menurut
Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalah
penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan
kesenangan estetik ( Art is Expression ).Kesenangan estetik di sini
adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh
penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan,
kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini.
Pandangan daripada sudut agama,Imam Muslim melalui penulisan
kitabnya, Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik
dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang
mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam
erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk
ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun
pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan
manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang
dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya akan
menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak
mampu menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri
mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu
sendiri.
2.0 Pengenalan Konsep Seni Dalam Pendidkan Seni dalam pendidikan
memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui
peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya
ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan
pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif,inovatif, inventif dan
mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang
terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu
pembentukan insan yang holistik.Terdapat beberapa tokoh yang member
pandangan yang menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan memberi
manfaat dari segi jangka panjang. Berikut merupakan pandangan
daripada tokoh-tokoh . Seni dalam Pendidikan meliputi pengetahuan
asas dalam Seni Visual yang menggantikan nama Pendidikan Seni yang
terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam
hubungan seni visual di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih
menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada
seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni
mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi
peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian,
memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan
alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di
sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan
aktif. Teori konstruktivisme - kanak-kanak membina pengetahuan
secara aktif. Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah
untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan
kreatif. Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner
terdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan.
Pengabungan kesuburan dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan
minda kanak-kanak dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih
menyeluruh. Howard Gardener (1983) pendekatan yang berintegrasi
terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran
murid kepada yang lebih kreatif.Hermann (1991) didalam Quadrant
Concept yang menkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan
bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang
individu.Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang
bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk
pendidkan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai penidikan
kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan
seperti kemahiran muzik,kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan
intutif,personal dan intrapersonal,praktik dan estetika, holistic
dan analitik,emosional dan fizikal dan intelektual. Leonardo da
Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan.
Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis.
Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk
keunggulan diri dalam kehidupan.Seni Dalam Pendidikan akan
menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid di sekolah
menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru itu sendiri
untuk memahami diri sendiri. Kemudian ia juga membantu perkembangan
intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. Selain itu ia
juga memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif,
peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan
professional. Kemudian ia juga membantu perkembangan insane secara
seimbang dan menyeluruhPendidikan Seni Visual memainkan peranan
memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi
dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk
dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan
idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu
murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita
rasanya sendiri.
Selain itu, Seni Dalam Pendidikan juga memasukan Muzik sebagai
unsur atau elemen penting yang perlu digarap bersama dalam
menzahirkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
menggembirakan. Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan
pelajar yang sukar untuk dipisahkan. Tanpa Muzik bererti dunia
pelajar adalah kosong. Selain itu, Muzik juga merupakan budaya
masyarakat. Pelajar sentiasa memberi respon kepada Muzik dan berasa
senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri apabila
mendengar muzik. Asas muzik iaitu irama dan ton juga menjadi amalan
pertuturan dan interaksi harian. Sifat cenderung kepada muzik yang
sedia ada pada pelajar mempunyai peranan tertentu dalam proses
perkembangan diri dari segi kualiti dan sahsiahnya.Peranan guru
ialah ke arah memperkembangkan sifat sifat yang merangkumi aspek
aspek emosi kreativiti, nilai estetik dan etika tertentu. Dengan
penglibatan pelajar secara aktif dalam kegiatan muzik akan dapat
membina pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi, mental dan
sosial pelajar itu sendiri. Selain itu, pengalaman muzik yang
menarik akan membantu meningkatkan minat pelajar terhadap mata
pelajaran lain. Pendidikan dalam apa jua bidang sekalipun haruslah
berbentuk pengalaman yang bermakna. Pendidikan juga haruslah
memberangsangkan dan menghasilkan kepuasan yang semerta serta
menimbulkan minat bagi mendapatkan pengetahuan seterusnya. Hal ini
boleh dicapai dengan menggunakan pergerakan sebagai media
pembelajaran. Pembelajaran melalui pergerakan bukanlah sesuatu yang
baharu. Pendidikan pergerakan adalah sesuatu kaedah pengajaran yang
ketara uniknya kerana pelajar sedang belajar untuk bergerak dan
mereka juga akan belajar sambil atau semasa bergerak. Melalui
pergerakan, pelajar itu bergerak, berfikir, dan merasai sesuatu
secara langsung. Pelajar akan dapat mempelajari tentang dirinya
sendiri.
Penekanan kepada pergerakan kini banyak tertumpu kepada potensi
nilai pendidikannya, potensi sumbangan terhadap perkembangan
kecerdasan dan potensinya sebagai pemangkin kemahiran dan tabii
sosial yang murni. Matlamat pendidikan pergerakan dalam konteks
persekolahan adalah untuk menyediakan pengalaman pengalaman
berkaitan bagi membantu pelajar dalam mencapai keupayaan sebagai
warga yang bertanggungjawab dan penyumbang aktif dalam
masyarakat.
Pendidikan pergerakan merupakan salah satu wacana yang
menyumbang ke arah perkembangan keseluruhan pelajar dalam bentuk
sikap dan sahsiah pelajar tentang keperluan keperluan sosial, emosi
dan estetik pelajar berdasarkan kepada holistik perkembangan kanak
kanak. Pendidikan pergerakan boleh diperhebatkan lagi
keberkesanannya dengan menjadikannya sebagai alat pendidikan yang
mendorong kepada kegiatan penerokaan, kreativiti, proses proses
berfikir dan penyelesaian masalah serta pengukuhan imej kendiri
yang utuh. Dalam hubungan ini matlamat dan prinsip pendidikan
pergerakan tidak akan menyimpang daripada landasan konsep
kanak-kanak.Belajar melalui pergerakan membolehkan perkembangan
yang menyeluruh diri kanak - kanak iaitu perkembangan fizikal dan
psikologi, kebolehan untuk belajar dan bergaul antara satu sama
lain. Perasaan terhadap diri sendiri dan perhubungan dengan
persekitarannya turut berkembang melalui pergerakan itu. Kurikulum
persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi
menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan
akan datang. Penyemakan kurikulum memenuhi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang berhasrat menyediakan peluang pendidikan berterusan
yang memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.
Penggubalan ini bertujuan untuk menyediakan warga Malaysia yang
mampu menghadapi cabaran pendidikan masa kini selaras dengan
perubahan globalisasi yang pesatMenurut Kenneth M.Lansing ( 1973 )
dalam bukunya Art, Artist dan Art Education menyatakan bahawa
aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu
cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan
menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain
itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai
Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam
mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan
pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan
pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan
sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam
sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh,bergerak dan
berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan.
Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid
untukmenguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta
emosi dengan lebih efektif dan proaktif Seni dalam pendidikan
adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang setiap
insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari
denganFalsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat
untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan
dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik
dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai
bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat
mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan
kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu
dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam
proses tersebut terutama di sekolah rendah. Di antara faedah dan
kepentingan seni kepada seorang pendidik seperti melahirkan guru
yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang berketrampilan dan
professional. Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman,
jurutera, anatomis dan saintis menyatakan bahawa dengan penghayatan
seni yang betul, ianya akan memotivasikan kita untuk menjadi
seorang guru yang kreatif, inovatif, peka,berpesonaliti yang
seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan
inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar
dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni
visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya
melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong
kanak-kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan
kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan
murid-murid tersebut. Ianya juga Membantu guru melaksanakan dengan
mudah proses pengajaran dan pembelajaran. Seni membantu para guru
dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual, muzik
dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam
alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan
proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran. Guru juga senang
mencapai objektif atau matlamat. Integrasi seni visual, muzik dan
pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu dalam mengimbangkan
perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept (1991) oleh
Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan
bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang
terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan
tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan
matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu guru juga
dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan
pembelajaran. Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983)
mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan tetapi
kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan linguistik dan
matematik sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini
menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum,
ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai
kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran. Oleh itu,
guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta
kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri
dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.
Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu.
Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan
pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni.
Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat
sentiasa ditegaskan
3.0 Implikasi Atau Kesan Positif Seni Visual sekolah rendah
disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni.
Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama.
Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan
rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf
tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan
menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi
menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga
selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan
murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi
perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan
mempelajari Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat
menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan
yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat
dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga
akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran,
kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan
seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau
dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam
kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid
pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik,
mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan
kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat
interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. Bidang
Seni Visual akan memberikan implikasi atau kesan yang positif dalam
pengajaran dan pembelajaran melalui organisasi pendidikan Seni
Visual yang disusun rapi melalui aspek yang dipentingkan. Antara
implikasi atau kesan yang diperolehi melalui bidang seni ini, ialah
Menajamkan Perkembangan Emosi dan Imaginasi melalui aspek
pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian
keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi
murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan
pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini
membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas
seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian
ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan
objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai
secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini
akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam
fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.
Berlaku pembelajaran secara tidak langsung dalam Bidang Seni Visual
menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam
mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan.
Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran
asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta
teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan,
murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan
objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia
memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid
juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam
penghasilan seni pada masa akan datang.Aplikasi dalam kehidupan
harian sebenar juga memainkan peranan penting dalam implikasi dari
Bidang Seni Visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek
pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan
kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam
kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni
melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh
dibuat dalam pelbagai cara. Melalui seni visual ini juga akan
menjadikan murid boleh mengaplikasikan kemahiran seni yang
dipelajari dalam kehidupan harian yang sebenar. Contohnya, cara
memberus warna boleh diaplikasikan dalam kerja kerja mengecat
peralatan kecil di rumah dan sebagainya Selain diberi pengalaman
membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk
nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam
persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan
memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan
kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang
sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan. Asas muzik iaitu
irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan
pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang
dan memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri.
Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik,
memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri
kanak-kanak. Bidang ini melihat perkembangan diri murid dari sudut
penghayatan estetik dalam seni muzik. Sesuai dengan statusnya dalam
struktur KBSR, matapelajaran ini memberi tumpuan kepada peranannya
memperkembangkan domain efektif murid khususnya dalam bidang
kesenian. .
4.0 Rumusan
Matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran
memerhati, kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk,
tekstur dan irama. Melalui aktiviti seni daya estetik kanak-kanak
dapat dipertingkatkan. Contohnya menggunakan lagu untuk
memperkenalkan tajuk Rama-rama. Semasa kanak-kanak menyanyikan
lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah sedang
terbang. Semua aktiviti seni dalam pendidikan yang dialami oleh
kanak kanak sangat berkesan dalam mempengaruhi kehidupan mereka
kerana melaluinya akan membolehkan kanak-kanak meluahkan keinginan
dan keperluan mereka. Lazimnya mereka dapat membina pengalaman baru
hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian dan
akan berasa seronok apabila dapat mencipta sesuatu yang baru. Untuk
meluahkan rasa hati, mereka akan mencipta sesuatu dengan
menggunakan kaedah dan cara tersendiri dalam pelbagai bentuk Secara
kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni
dalam pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi
membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan seni dalam
pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut
dapat merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping
dapat mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses P&P ini
berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang digunakan ini.
STORY BOARD PEGEMBALA BIRI-BIRI BERSAMA SERIGALA
STORY BOARD Tajuk : Pegembala Biri-biri Bersama Serigala Watak
yang dilakokan :
1. Pegembala biri-biri
2. Orang kampong
3. Biri-biri
4. Serigala
Scene Foto Audio /muzikSkrip Duration(min)
1. Pencerita mencerita kisah yang akan dilakonkan. Tiada Tiada
1,2,30.11
2. Cerita bermula. Pegembala biri-biri dengan rasa senang hati
dengan kerja pegembala yang biasa dilakukannya
Irama piano Saya gembala biri-biriSemua dijaga rapi-rapiSudah
dibawa makan mariBoleh berehat senang hati
1.02
3. Babak 2 Biri si jarjit meluahkan perasaan nya dan mencerita
perkara yang dilakukan setiap hari. 3 ekor biri-biri ranjit menyayi
suka hati..
Irama gitar./piano Kami biri-biri Si JarjitHari-hari makan
rumput jeJalan bersama atas bukitNikmati indahnya dunia Saya
kambing yang paling sihatDia kata saya terlembeeekSaya kambing yang
paling cantikSaya suka, saya suka!0.39
4. Babak 3Biri-biri pun memulakan cerita kisah pegembalanya.
Irama piano Mari-mari dengar cerita kamiKisah penggembala dan
biri-biri
0.08
5. Babak 4 Pengembala merasa bosan dengan kerja seharian adalah
sama. Pegembala mendapat satu idea membuat satu lakonan bahawa
biri-birinya telah dimakan serigala. Kemudian datang orang kampong
untuk membantu. Tapi penduduk kampong kecewa kerana pegembala hanya
menipu saja
Irama piano / muzik dari video upin ipin Tolong! Tolong! Ada
serigala di sini!Tolong! Tolong! Selamatkan biri-biri!
Serigala? Serigala? Mana? Mana?Mari kita tolong!
1.42
6. Babak 5 Pegembala biri-biri masih lagi tidak insaf dengan
perbuatnya. Pegembala itu pengulang kembali perbuatanya itu.
Penduduk kampong sekali lagi dating untuk membantu . Kecewa sekali
lagi penduduk kampong
. Irama piano / muzik dari video upin ipinTolong! Tolong! Ada
serigala di sini!Tolong! Tolong! Selamatkan biri-biri!
Serigala? Serigala? Mana? Mana?Mari kita tolong!
0.29
7. Babak 6. Kali ini nasib pegembala tidak berapa baik kerana
serigala benar dating untuk memakan biri-birinya.
Bunyi suspen
Irama piano
Bunyi serigalaGrrr! Awoo!Akulah serigala yang lapar!
Aku mahu biri-biri!Nyam, nyam! Aum! Hahahaha!
0.04
8. Babak 7 Kali ini pegembala pula berasa kecewa apabila tidak
ada sesiapa yang mahu membantunya.
Irama piano(sedih)
Muzik video upin ipin dan irama piano
Tolong! Tolong! Ada serigala di sini!Tolong! Tolong! Habis
biri-biri saya!
Serigala? Serigala? Mana? Mana?Kami tak percaya lagiDia selalu
mainkan kamiBiarkanlah diaKita sambung kerja kita ..Jom!1.00
9. Babak 8 Orang kampong tidak percaya dengan pegembala
biri-biri itu. Sedang kejadian itu benar-benar berlaku Pegembala
sangat kecew.Biri-biri saya dah hilangHabis dimakan serigalaKamu
semualah, tak datangTinggal saya seorang saja
Itulah orang sudah kataJangan biasa memperdayaNanti orang dah
tak percayaBila terkena padan muka
10. Klip Penutup.Semua para pelakon boneka yang dibuat keluar
sebagai acara penutup. Semua pelakon
Irama piano
Tamatlah sudah alkisah tadiTerima kasih dan jumpa lagi
0.10
VCD RAKAMAN BONEKA CERITA RAKYAT
REFLEKSI INDIVIDU
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan
limpah dan kurnianya saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus WAJ
3073 bagi semester 7 ini. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga
saya ucapkan kepada pensyarah saya LIAU SWEE FOONG telah banyak
membantu dan memberi banyak pengetahuan baru dalam melaksanakan
kerja kursus ini. Semasa saya melaksanakan tugasan ini pelbagai
juga kebaikan dan keburukan yang saya perolehi. Di dalam saya
menyiapkan nota mengenai konsep dn prinsip seni dalam pendidikan
ini banyak perkara yang berguna saya perolehi. Seni merupakan
sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus.
Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam
beberapa bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon.
Kesemua seni yang dinyatakan tadi merupakan seni yang memerlukan
pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah
dari dalam diri kita. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran.
JIka saya menggunakan seni dalam pendidikan ini Pengajaran saya
hendaklah memerlukan pemahaman dan pemahaman juga memerlukan
tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap
pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang
panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu.
Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran
seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana. (Pahlawi
Web Al. Mei 2007). Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu
pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan
melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu,
moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga
merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam
mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslimseperti
jujur, rajin , taqwa serta sabar. Kanak-kanak akan mula memahami
sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu mereka melakukan
aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari,
melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang
minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang
dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti
itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu,
kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung
menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan
lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih
seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama
muzik. Dengan nota yang telah saya perolehi saya gunakan pula untuk
menyiapkan rakaman visual saya. Pada mulanya amat buntu saya
memikirkan bagaimana untuk saya melakukan persembahan ini
dengankekangan masa. Bahan-bahan untuk persembahan ini juga menjadi
saya runsing bagaimana dan dimanakan saya perlu dapatkan. Setelah
saya mencari maklumat dari internet, buku-buku cerita rakyat dan
rakan sekerja mahupun rakan sekelas. Dengan sumber yang saya
perolehi saya telah mendapat idea dari cerita upin ipin yang biasa
anak-anak saya tonton.Setelah saya mendapat idea, saya memulakan
tugasan kedua ini dengan membuat story board sebelum saya membuat
rakaman. Kemudian saya membina boneka mengikut watak-watak yang
diperlukan. Setelah selesai saya menyiapkan watak boneka yang telah
saya pilih saya pun memulakan membuat pentas pertunjukkan untuk
boneka yang telah saya buat.Setelah siap pentas yang dibuat untuk
persembahan cerita pegembala biri-biri bersama serigala saya
memulakan rakaman video saya dengan bantuan suami daanak-anak saya.
Saya telah merakam dan sekaligus memasukan muzik di dalam rakaman
saya itu. Akhirnya siap jua tugasan saya ini walaupun banyak
kenkangan yang berlaku. Diantara kekangan yang berlaku ialah saya
menghadapi masalah rakaman yang saya buat tidak boleh dipindahkan
ke dalam computer riba saya. Saya terpaksa meminta bantuan dari
juruteknik sekolah bagaimana untuk menyelesaikan masalah saya itu.
Akhirnya masalah saya itu selesai.Saya amat berharap pengalaman dan
ilmu yang saya dapat daripada tugasan Seni dalam pendidikan ini
akan saya gunakan sehingga saya masih bergelar guru.
RUJUKAN
Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin (2012), Pengurusan Bilik
Darjah Dan Tingkah Laku, KualaLumpur:Freemind Horizons.
Bhasah Abu Bakar. 2009. Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjung
Malim: QuantumPermainan bahasa dalam pengajaran. (2007). Didapatkan
September 2013, 2013, daripada Knowledge Park:
http://mayaknowledgeblog.blogspot.com/2007/12/permainan-bahasa-dalam-pengajaran-di.html
Emeir, E. (t.t).PERMAINAN BAHASA. Didapatkan September 1, 2013,
daripada Wordpress:
http://afiqekie.wordpress.com/download-permainan-bahasa/Esse, S.
(2013, Januari 9).Perkataan KVK. Didapatkan September 1, 2013,
daripada i-Cikgu | Bahan Bantu Mengajar:
http://i-cikgu.blogspot.com/
Suppiah Nachiapan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor. 2008.
Psikologi Pendidikan. Selangor:Oxford
Izan, C. (t.t).Blog Cikgu Izan. Didapatkan September 1, 2013,
daripada CONTOH BAHAN BANTU BELAJAR VIDEO:
http://khaizan-pemulihankhas.blogspot.com/p/bahan-bantu-belajar.html
Video upin ipin siri Pegembala bersama serigala
22