FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBHE3203KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN
BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOUR
NAMA:SHAHARUDIN BIN MOHD AMINNO. MATRIKULASI:820123065319001NO.
KAD PENGENALAN:820123-06-5319NO.
TELEFON:010-5432142E-MEL:[email protected] PEMBELAJARAN:
KUANTAN LEARNING CENTRE
SEMESTER SEPTEMBER 2014
Isi Kandungan Muka Surat1.0 CERAMAH KESIHATAN DAN
KESELAMATAN22.0BORANG PEMANTAUAN KEBERSIHAN DAN 8 KESELAMATAN
PERSEKITARAN SEKOLAH3.0Analisis Pemantauan Kebersihan dan 13
Keselamatan Persekitaran Sekolah4.0RUMUSAN PEMANTAUAN 205.0PENUTUP
266.0RUJUKAN 27
1.0CERAMAH KESIHATAN DAN KESELAMATAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera,Terima kasih kepada Tuan
Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar, barisan guru
penolong kanan, yang dihormati guru-guru, dan seterusnya
murid-murid yang dikasihi sekalian. Terlebih dahulu saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah diberi peluang untuk
memberi ceramah dalam sambutan Program Minggu 3K pada kali ini.
Guru-guru dan murid-murid sekalian, Sekolah merupakan satu tempat
menimba ilmu. Sekolah berperanan penting dalam merealisasikan
segala aspirasi negara. Sebuah sekolah boleh mengalami iklim yang
positif atau negatif. Iklim positif yang dimaksudkan ialah dimana
sekolah mempunyai ciri-ciri fizikal yang bersih, ceria dan selamat,
hubungan sosial yang baik sesama warga sekolah, dan mempunyai
suasana kerja yang proaktif. Manakala iklim sekolah yang negatif
bermaksud keadaan sekolah yang kucar kacir, kotor, tidak selamat,
masalah disiplin dan pelbagai perkara negatif yang lain. Adalah
penting, semua warga sekolah berusaha ke arah mewujudkan suatu
iklim yang sihat bagi menjadikan sekolah kita ini sebuah sekolah
yang cemerlang. Bagi menjadikan sekolah beriklim positif, penekanan
perlu diberikan kepada aspek kebersihan. keceriaan dan juga
keselamatan. Untuk makluman semua guru dan murid, Sejak akhir-akhir
ini, pelbagai isu negatif yang timbul melibatkan aspek-aspek yang
berkaitan keselamatan, kesihatan dan juga kebersihan yang
melibatkan murid-murid sekolah. Berdasarkan pemeriksaan dan
pengauditan yang dilakukan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan Kementerian Kesihatan ke atas 6187 kantin sekolah di
seluruh negara pada tahun lepas mendapati 85 buah kantin sekolah
telah diarahkan ditutup disebabkan tahap kebersihan tidak memuaskan
dan tidak menepati peraturan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan
1983. Jadi tidak hairanlah kenapa kes keracunan makanan di
kantin-kantin sekolah sering kali terjadi disebabkan kegagalan
penguasaha kantin yang gagal mematuhi tahap kebersihan yang telah
ditetapkan. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Helmi Yahya,
dalam satu sidang akhbar pada 21 Oktober 2013, melaporkan bahawa,
pada tahun 2013 sebanyak 5185 kes keracunan makanan telah berlaku
di sekolah-sekolah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan
Malaysia. Daripada angka yang dinyatakan tersebut, ia menunjukkan
isu ini sangat serius. Guru-guru sekalian,Mari kita merenung dan
mengingat kembali sekitar awal tahun 2000, ketika itu media-media
massa hangat melaporkan tentang pelbagai projek bermasalah yang
berlaku di sekolah-sekolah seperti makmal komputer yang baru
disiapkan retak dan diisytiharkan tidak selamat, syiling-syiling
runtuh, bangunan-bangunan yang baru dibina didapati retak, dan
pelbagai lagi kejadian. Ketika itu, makmal komputer yang telah siap
telah diarahkan dirobohkan semula. Selain itu juga, ada setengah
sekolah yang baru dibina tidak dibenarkan beroperasi. Kini, ia
telah sedekad berlaku, dan isu keselamatan masa kini lebih hangat
diperkatakan kepada isu-isu yang berkaitan dengan masalah disiplin,
gangsterisme, rogol, cabul, penculikan dan pelbagai lagi. Selain
itu juga, kejadian-kejadian seperti pelajar terjatuh dari syiling
bangunan, bunuh diri di sekolah, murid ditimpa tiang gol , murid
cedera terkena perlatan sukan merupakan sebahagian daripada
kejadian-kejadian yang dilaporkan di media-media massa. Tetapi jika
kita pergi sendiri melihat ke sekolah-sekolah, pelbagai kejadian
yang berlaku yang melibatkan tentang keselamatan murid-murid
termasuklah juga di sekolah kita ini. Jika kita lihat pada isu-isu
yang dinyatakan di atas, ia sudah berada di tahap yang
membimbangkan. Semua pihak tidak boleh memandang memandang rendah
sebaliknya mencari jalan penyelesaian mengurangkan semaksimun yang
mungkin terhadap berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini.
Guru-guru dan murid-murid yang dihormati sekalian,Perubahan iklim
pendidikan masa kini, menyebabkan pelbagai langkah yang dijalankan
bagi mempertingkatkan keselamatan murid di sekolah. Polisi Sekolah
Selamat yang dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
merupakan salah satu program yang bertujuan mewujudkan suasana yang
harmoni dan selamat di semua sekolah. Selain itu juga, program 3K (
Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan ) yang dimulakan pada tahun
1991 bertujuan memastikan semua sekolah mempunyai sistem yang
mantap menangani sebarang isu berkaitan dengan keselamatan,
kesihatan dan keceriaan sekolah. Kedua-dua program ini adalah
sebahagian daripada pelbagai program yang dijalankan bagi
memastikan sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih, ceria, dan
selamat yang membolehkan semua warga sekolah dapat melaksanakan
tugas masing-masing dengan teratur dan selamat tanpa ada gangguan.
Menurut pendapat Smith, 1995, sebuah sekolah boleh mengalami iklim
atau suasana yang positif atau negatif. Sekolah yang mengalami
iklim positif kebiasaannya mempunyai ciri-ciri fizikal sekolah yang
baik, bersih dan menarik, dan juga setiap warga sekolah mempunyai
hubungan sosial yang baik. Seharusnya, semua sekolah perlu
memastikan bahawa persekitaran sekolah sentiasa berada dalam
keadaan bersih, ceria, sihat dan selamat untuk mewujudkan iklim
yang positif . Sekolah yang harmoni dapat melahirkan murid-murid
yang cemerlang sama ada dari aspek akademik, kokurikulum mahupun
sahsiah. Lebih penting lagi, semua warganya berada dalam keadaan
tenang, ceria dan selamat untuk melaksanakan tugas masing-masing di
sekolah. Amalan kebersihan perlu disemai dan dipupuk dari awalan
lagi bermula dari rumah dan diperkukuh dan diperkembangkan di
sekolah agar ia menjadi amalan sepanjang hayat. Persekitaran
sekolah yang bersih, ceria dan selamat akan dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang sihat dan konduksif. Persekitaran yang
bersih dan cantik dapat meransang minat murid-murid datang ke
sekolah dan juga untuk belajar. Murid-murid tidak jemu hadir ke
sekolah kerana mereka berasa selesa dan bahagian apabila berada di
sekolah. Murid-murid juga dapat memberi fokus sepenuhnya terhadap
pembelajaran. Mana mungkin murid-murid dapat belajar dengan selesa
dan aman jika bilik darjah ataupun kawasan persekitarannya kotor.
Begitu juga mana mungkin murid-murid akan berasa selamat semasa
berada di sekolah jika wujud gejala samseng di sekolah. Dalam satu
kajian yang dijalankan oleh Abdullah Sani bin Yahya, pada tahun
2007 berpendapat bahawa iklim dan persekitaran sekolah merupakan
satu faktor yang penting dalam mempengaruhi pembentukan tingkah
laku, imej, mental dan interaksi sosial anggota-anggota sekolah
berkenaan. Sekolah yang mempunyai iklim yang positif baik dari segi
kebersihan, keceriaan dan juga keselamatannya akan dapat memupuk
dan membentuk tingkah laku murid-murid ke arah yang positif.
Apabila disiplin telah diterapkan dalam diri ia akan melahirkan
tingkah laku yang baik. Sebagai contoh, murid-murid ditekankan
supaya memastikan kelas mereka berada dalam keadaan bersih. Jadi,
untuk menjadikan kelas bersih, murid-murid akan melakukan
kerja-kerja pembersihan seperti menyapu sampah, mengelap tingkap
bersih, dan tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Secara
tidak langsung, tingkah laku yang positif telah mula dibentuk. Lama
kelamaan sikap ini menjadi satu tabiat dalam hidup mereka. Sekolah
yang bersih, ceria dan selamat juga dapat meningkatkan prestasi
sekolah baik dari segi akademik, kokurikulum dan juga sahsiah. Satu
kajian yang dijalankan oleh Mohd Redzauddin bin Ismail pada tahun
2008, berpendapat sekolah yang berpencapaian tinggi mempunyai tahap
keceriaan yang lebih baik berbanding sekolah yang persekitarannya
kurang ceria. Seperti yang dinyatakan tadi, apabila sekolah
mempunyai iklim yang positif , murid-murid dapat menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran dengan suasana yang selesa. Murid-murid
akan berasa seronok ke sekolah dan secara tidak langsung ia dapat
mengatasi masalah ponteng sekolah. Hari ini, pelbagai program atau
pertandingan diadakan sebagai satu langkah sekolah ke arah
menyediakan persekitaran yang konduksif seperti pertandingan 3K,
Pertandingan Tandas Bersih, Pertandingan Anugerah Kantin Bersih,
Selamat dan Bersih, dan pelbagai lagi. Ia juga sebagai satu
inisiatif menghargai pihak sekolah yang bertungkus lumus
menyediakan persekitaran sekolah yang konduksif. Oleh yang
demikian, marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk
menyediakan persekitaran kawasan sekolah kita ini menjadi lebih
bersih, ceria dan pada masa yang sama mempertingkatkan aspek-aspek
keselamatan agar tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
Barisan Pentadbir yang dihormati sekalian,Sekolah yang mempunyai
persekitaran iklim yang konduksif akan menarik minat ibubapa untuk
menghantar anak mereka bersekolah di sekolah tersebut. Ibubapa
tidak mereka ragu tentang keselamatan anak mereka semasa berada di
sekolah. Mereka berasa yakin dengan pihak sekolah untuk menyediakan
proses pengajaran dan pembelajaran yang selesa. Guru-guru dan
murid-murid sekalian, Sememangnya menjadi impian setiap warga
sekolah untuk menjadikan sekolah mereka yang terbaik. Namun tidak
dinafikan pelbagai halangan akan muncul. Namun, jika semua
berganding bahu, sebesar mana pun halangan yang muncul akan dapat
ditempuhi. Ungkapan Sekolahku, Syurgaku pada pintu masuk sekolah
kita perlu kita realisasikan bersama-sama dan bukan sebagai hiasan
sahaja. Oleh yang demikian, dalam memastikan sekolah kita mempunyai
persekitaran yang sihat dan selamat, berikut adalah perkara-perkara
asas yang perlu kita utamakan dan sewajarnya hendaklah kita patuhi.
Yang pertama, kemudahan fizikal yang ada di sekolah kita ini
seperti bekalan air, elektrik, pili bomba, bilik darjah, kantin,
tandas, padang dan lain-lain hendaklah digunakan dengan berhemah
dan dijaga dengan baik. Elakkan membuat vandalisme atau kerosakan
yang boleh memberi kesan tidak baik kepada kita sebagai warga
sekolah ini. Yang kedua, kita sebagai warga sekolah hendaklah
memastikan bahawa persekitaran sekolah ini bebas daripada risiko
jangkitan penyakit seperti dengki dan sebagainya. Sikap meletakkan
tanggungjawab ini sepenuhnya kepada pekerja pembersihan perlu
dihakis atau dielakkan. Sebaliknya, tugas ini perlu dipikul
bersama-sama menjaga kebersihan kerana di sinilah tempat kita
menimba ilmu. Yang ketiga, amalan kebersihan perlu diamalkan di
dalam diri masing-masing. Pastikan sampah sarap dibuang di dalam
tong sampah, tandas dicuci selepas digunakan adalah antara
perkara-perkara yang perlu setiap warga sekolah amalkan. Ia
membantu kita mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat dan
sejahtera. Yang keempat, amalan kebersihan di kantin sekolah dan
aspek penyediaan makanan perlu diberi dititik beratkan supaya
kantin dan makanan yang disediakan sentiasa berada di dalam keadaan
bersih. Ia dapat mengelakkan berlakunya keracunan makanan. Yang
kelima, polisi kesihatan sekolah hendaklah kita fahami dan kita
patuhi. Setiap aktiviti yang dijalankan hendaklah diikuti setiap
guru ataupun murid ke arah menjadikan gaya hidup yang sihat.
Penerangan yang jelas perlu dilakukan oleh guru-guru agar semua
murid jelas dan memahami tentang segala yang terkandung di dalam
polisi ini. Tindakan terakhir yang boleh kita lakukan ialah
mengikuti dan mematuhi segala arahan dan peraturan yang telah
ditetapkan. Ia bertujuan mengelakkan berlakunya perkara-perkara
yang tidak diingini. Disiplin yang baik di kalangan murid-murid
akan dapat mewujudkan suasana yang harmoni. Guru-guru dan
murid-murid sekalian,Iklim sekolah yang konduksif akan memberi
banyak manafaat dan kesan yang positif. Oleh yang demikian, marilah
kita bersama-sama meningkatkan kebersihan dan keselamatan di
persekitaran sekolah kita ke arah mewujudkan iklim sekolah yang
sihat. Seperti yang saya sebutkan tadi, untuk merealisasikannya
tentulah banyak halangan yang akan kita tempuhi. Namun, jika ada
sikap kerjasama sesama kita, sudah pasti halangan ini akan berjaya
ditempuhi. Sebagai penutup ceramah sempena program Minggu 3K ini,
saya berharap segala intipati ceramah tadi dapat memberi manafaat
kepada kita semua seterusnya menjadi pemangkin kepada kita untuk
berusaha menjadikan sekolah kita yang tersayang ini menjadi sebagai
sebuah sekolah contoh bukan sahaja di peringkat daerah bahkan di
peringkat nasional. Saya sudahi ceramah ini dengan ucapan sekian
terima kasih.
2.0BORANG PEMANTAUAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN
SEKOLAHPemantauan atau pemeriksaan yang berkala perlu dijalankan
bagi memastikan persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan
bersih dan selamat. Daripada pemeriksaan itu, pihak sekolah boleh
memperbaiki kelemahan-kelemahan yang dikesan dan akhirnya dapat
mewujudkan iklim sekolah yang konduksif. Antara cara yang boleh
dilakukan oleh pihak sekolah ialah dengan menjalankan soal-selidik
yang boleh dijalankan oleh guru-guru bertugas mingguan. Melalui
cara ini juga, guru-guru akan sentiasa peka dengan tahap kebersihan
dan keselamatan persekitaran sekolah. Berikut adalah contoh borang
soal-selidik yang akan saya gunakan untuk pemeriksaan tahap
kebersihan dan keselamatan persekitaran sekolah.
BORANG 1
ARAHAN : Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( ) pada
petak yang disediakan berpandukan skala di bawah.BORANG MAKLUM
BALAS PEMANTAUAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN FIZIKAL
SEKOLAH
Skala : 12345
Sangat Tidak BaikTidak BaikMemuaskanBaikSangat Baik
Lokasi : Fizikal SekolahBILASPEKSKALA
12345
1.1 Bangunan Sekolah
1Pendawaian / Lampu / Kipas
2Tangga
3Tingkap / Pintu
4Perabot / Kelas
1.2 Padang dan Gelanggang Permainan
1Permukaan padang / gelanggang
2Peralatan padang
1.3 Kawasan Persekitaran Sekolah
1Kebersihan
2Keceriaan
3Longkang
4Tempat pelupusan sampah
5Pagar sekeliling sekolah
BORANG 2
ARAHAN : Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( ) pada
petak yang disediakan berpandukan skala di bawah.BORANG MAKLUM
BALAS PEMANTAUAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN FIZIKAL
SEKOLAH
Skala : 12345
Sangat Tidak BaikTidak BaikMemuaskanBaikSangat Baik
Lokasi : Kantin
BILASPEKSKALA
12345
1Kebersihan kantin
2Kebersihan tempat memasak dan tempat membasuh
3Penyediaan makanan
4Kebersihan pakaian pengendali kantin
5Hiasan luaran dan dalaman
6Kemudahan tempat membasuh tangan
7Pengurusan stor
BORANG 3
ARAHAN : Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( ) pada
petak yang disediakan berpandukan skala di bawah.BORANG MAKLUM
BALAS PEMANTAUAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN FIZIKAL
SEKOLAH
Skala : 12345
Sangat Tidak BaikTidak BaikMemuaskanBaikSangat Baik
Lokasi : Bilik Darjah
BILASPEKSKALA
12345
1Kebersihan bilik darjah
2Susun atur perabot yang kemas
3Hiasan luaran dan dalaman
4Mempunyai jadual bertugas
5Pencahayaan dan pengudaraan yang baik
6Disiplin murid
BORANG 4
ARAHAN : Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( ) pada
petak yang disediakan berpandukan skala di bawah.BORANG MAKLUM
BALAS PEMANTAUAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN FIZIKAL
SEKOLAH
Skala : 12345
Sangat Tidak BaikTidak BaikMemuaskanBaikSangat Baik
Lokasi : Makmal Sains
BILASPEKSKALA
12345
1Makmal sains sentiasa bersih, kemas dan teratur
2Poster peraturan keselamatan dan peraturan Makmal Sains
dipaparkan
3Pelan kecemasan kebakaran di tampal
4Pencahayaan dan pengudaraan yang baik
5Semua botol reagen dilabel dengan jelas
6Alat pemadam api lengkap dan berfungsi
3.0Analisis Pemantauan Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran
SekolahSatu pemerhatian dan pemantauan telah dijalankan untuk
mengetahui tahap kebersihan dan keselamatan persekitaran SK (LKTP)
Mempaga Satu. Pemantauan ini telah dijalankan selama 2 minggu
bermula pada 27 Oktober sehingga 8 November 2014. .Seramai 6 orang
guru telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan pemantauan ini.
Pemantauan hanya dijalankan melibatkan kebersihan dan keselamatan
kawasan persekitaran sekolah dan tidak melibatkan fail-fail. Lima
lokasi tempat sekitar kawasan sekolah telah dipantau mengikut
aspek-aspek yang telah dibina di dalam borang pemantauan. Berikut
adalah analisis yang dibuat daripada hasil maklum balas guru-guru
tersebut daripada pemantauan yang dijalankan :Borang 1 :Fizikal
SekolahPemantauan fizikal sekolah yang dijalankan melibatkan
bangunan sekolah, padang dan gelanggang permainan, dan kawasan
persekitaran sekolah. A )Bangunan Sekolah
Bagi aspek 1 iaitu berkaitan dengan pendawaian, lampu dan kipas
yang ada di persekitaran kelas dan bilik-bilik darjah, hasil
penilaian yang dijalankan mendapati 4 orang pemantau membuat
penilaian baik manakala 2 orang pemantau yang lain memberi
penilaian memuaskan. Aspek penilaian tangga pula keenam-enam
pemantau memberi penilaian baik. Manakala aspek penilaian tingkap
dan pintu, 3 orang pemantau memberi penilaian memuaskan dan 3
pemantau yang lain memnberi penilaian baik. Akhir sekali, bagi
aspek perabot kelas, 5 orang pemantau memberi penilaian sangat baik
manakal seorangnya pula memberi penilaian baik.B ) Padang /
Gelanggang Permainan
Kesemua pemantauan memberi penilaian sangat baik bagi kedua-dua
aspek yang dinilai iaitu berkaitan permukaan padang atau gelanggang
dan juga peralatan padang. C ) Kawasan Persekitaran Sekolah
Lokasi 2 : TandasPemantauan tandas sekolah melibatkan 6 aspek
yang merangkumi kebersihan, keceriaan dan juga keselamatan.
Pemantauan ini meliputi tandas guru dan juga tandas murid.
Pemantauan terhadap aspek pertama iaitu kebersihan tandas murid,
4 orang pemantau membuat penilaian bahawa kebersihan tandas murid
berada dalam keadaan bersih manakala 2 orang pemantau yang lain
memberi penilaian kebersihan tandas murid hanya berada di tahap
memuaskan sahaja. Untuk penilaian aspek kedua berkaitan kebersihan
tandas guru, keenam-enam pemantau membuat penilaian kebersihan
tandas guru sangat baik. Begitu juga dengan aspek ketiga iaitu
penyediaan kemudahan alat penjagaan kebersihan seperti sabun dan
tisu, kesemua pemantau membuat penilaian ia disediakan sangat baik.
Bagi aspek keempat iaitu keceriaan dalaman dan luaran tandas,
pemantau memberi maklum balas yang berbeza. 3 orang pemantau telah
memberi memberi penilaian tahap memuaskan, manakala 2 pemantau yang
lain memberi penilaian tahap baik dan salah seorang dari mereka
telah memberi penilaian sangat baik. Manakala bagi aspek kelima dan
keenam, iaitu berkaitan dengan kemudahan tong sampah di kawasan
tandas dan juga berkaitan jadual penyelenggaran, semua pemantau
telah memberi penilaian yang sangat baik berkenaan aspek
berkenaan.
Lokasi 3 : KantinPemantauan kantin sekolah ini melibatkan 7
aspek yang dinilai. Ia meliputi aspek kebersihan dan keceriaan dan
penyediaan makanan.
Dari segi kebersihan dan keselamatan kawasan kantin, ia mendapat
maklum balas yang positif oleh keenam-enam pemantau. Daripada
maklum balas yang diperolehi daripada pemantauan dijalankan, 4
orang pemantau menyatakan bahawa kebersihan kantin berada di dalam
keadaan sangat bersih manakala dua yang lain membuat penilaian
bahawa kebersihan kantin berada dalam keadaan baik. Bagi aspek
kebersihan tempat memasak dan tempat membasuh, masing-masing 3
orang pemantau menilai ia berada dalam keadaan bersih dan 3 orang
pemantau yang lain menilai ia berada dalam keadaan sangat bersih.
Bagi aspek ketiga, kesemua pemantau menilai bahawa makanan dan
minuman di kantin disediakan dengan sangat baik. Mereka juga
memberi penilaian yang sangat baik terhadap aspek keempat iaitu
berkaitan kebersihan pakaian pengendali makanan. Bagi aspek kelima,
pihak penguasa kantin dan juga pihak sekolah perlu meningkatkan
lagi tahap keceriaan kantin. Hanya 2 orang pemantau memberi maklum
balas tahap keceriaan bagi kawasan kantin berada dalam keadaan baik
manakala selebihnya hanya memberi penilaian memuaskan sahaja. Bagi
aspek keenam iaitu kemudahan membasuh tangan, kesemua pemantau
memberi penilaian yang sangat baik manakala aspek terakhir iaitu
ketujuh mengenai pengurusan stor, 4 orang pemantau membuat
penilaian pengurusan stor kantin sangat baik manakala 2 orang
pemantau yang lain memberi penilaian baik.
Lokasi 4: Bilik DarjahPemantauan bilik darjah melibatkan 6
aspek. Ia dinilai melibatkan aspek kebersihan, keceriaan dan juga
segi keselamatan murid iaitu melibatkan disiplin murid.
Aspek 1 iaitu melibatkan kebersihan kelas, keenam-enam pemantau
memberi maklum balas yang berbeza. Salah seorang daripada mereka,
memberi penilaian kebersihan kelas berada ditahap tidak memuaskan,
2 orang pemantau memberi penilaian tahap memuaskan, 2 orang
pemantau pula memberi penilaian kebersihan kelas berada di tahap
yang baik dan seorang pemantau telah memberi penilaian bahawa
kebersihan kelas berada di tahap sangat baik. Begitu juga dengan
aspek 2 iaitu susun atur perabot. 2 orang pemantau memberi
penilaian susun atur perabot di dalam bilik darjah berada di tahap
tidak baik, 2 orang pemantau yang lain memberi penilaian di tahap
memuaskan dan 2 orang pemantau pula memberi penilaian susun atur
perabot di dalam bilik darjah berada dalam keadaan baik. Bagi aspek
ketiga, iaitu berkaitan dengan hiasan luar dan dalaman bilik
darjah, bilik-bilik darjah yang dipantau mempunyai keceriaan yang
baik. Ia berdasarkan daripada maklum balas yang diberikan oleh
kesemua pemantau. 4 orang pemantau telah memberikan penilaian
berkaitan hiasan dalaman dan luaran bilik darjah pada tahap yang
baik manakala 2 orang pemantau yang lain telah memberikan penilaian
berkaitan hiasan dalaman dan luaran bilik darjah berada dalam
keadaan yang sangat baik. Kesemua orang pemantau telah memberikan
penilaian sangat baik bagi aspek keempat dan kelima yang berkaitan
penyediaan jadual bertugas dan juga pencahayaan dan pengudaraan
yang baik di dalam bilik darjah. Aspek yang terakhir yang dinilai
untuk bilik darjah ini ialah mengenai disiplin murid. Hasil
daripada penilaian, 2 orang pemantau memberikan maklum balas
berkaitan disiplin murid di dalam bilik darjah pada tahap
memuaskan, 2 pemantau yang lain, memberikan penilaian pada tahap
baik dan 2 yang lain pula memberi penilaian bahawa disiplin di
dalam bilik darjah sangat baik.Lokasi :Makmal SainsPemantauan
makmal sains melibatkan enam aspek yang perlu dinilai.
Hasil maklum balas yang diperolehi daripada pemantauan yang
dijalankan mendapati bahawa bahawa kesemua pemantau memberi
penilaian sangat baik pada 3 aspek yang dinilai iaitu aspek dua
yang melibatkan penyediaan pelan kecemasan di dalam makmal sains,
aspek 4 iaitu penilaian berkaitan pencahayaan dan pengudaraan di
dalam makmal sains yang baik dan aspek enam yang berkaitan dengan
penyediaan alat pemadam api yang mencukupi di dalam makmal sains
dan ia berfungsi dengan baik. Bagi aspek satu iaitu penilaian
berkaitan aspek kebersihan dan keceriaan di dalam makmal sains, 2
orang pemantau memberi penilaian memuaskan manakala 4 orang yang
lain memberi penilaian baik. Manakala bagi aspek kedua yang
berkaitan penilaian berkaitan poster peraturan keselamatan dan
peraturan Makmal Sains dipaparkan
4.0RUMUSAN PEMANTAUANDapatan daripada maklum balas yang
diperolehi hasil daripada pemerhatian dan pemantauan yang
dijalankan melibatkan beberapa kawasan persekitaran sekolah
terdapat kekuatan dan juga kelemahan yang perlu diperbaiki.
4.1KekuatanSecara keseluruhannya, kebersihan dan keselamatan SK
( LKTP ) Mempaga Satu berada dalam keadaan baik dan terkawal. Ini
boleh dilihat daripada dapatan-dapatan dan juga analisa-analisa
yang dijalankan hasil daripada pemantauan tersebut. Kekuatan dari
aspek kebersihan mendapati kebersihan persekitaran sekolah berada
dalam keadaan baik. Semua aspek berkaitan kebersihan melibatkan
kawasan-kawasan yang dipantau mendapati semua pemantauan memberi
maklum balas yang positif. Ini mungkin daripada penerapan nilai dan
juga nasihat dan teguran yang diberikan oleh guru-guru tentang
amalan menjaga kebersihan. Selain itu juga, penyediaan tong sampah
yang mencukupi di kawasan persekitaran sekolah dan juga kerja-kerja
pembersihan yang dilakukan oleh pekerja swasta juga dikenalpasti
sebagai penyumbang kepada kebersihan kawasan persekitaran sekolah
ini. Maklum balas daripada pemantauan tersebut juga mendapati
kebersihan kantin berada di tahap yang sngat baik. Pengusaha kantin
berjaya mematuhi segala piawai dan arahan bagi memastikan segala
aspek berkaitan dengan kebersihan dipatuhi. Begitu juga dengan
penyediaan makanan dimana semua makanan ditutup bagi mengelakkan ia
tercemar. Langkah-langkah yang diambil oleh pengusaha kantin ini
secara tidak langsung dapat mengelakkan berlakunya kes keracunan
makanan.Keceriaan merupakan faktor yang penting dalam menjadikan
iklim sekolah berada dalam keadaan positif. Kekuatan yang
dikenalpasti dari aspek keceriaan hasil daripada pemantauan ini
ialah melibatkan keceriaan bilik darjah. Setiap kelas dihiasi
dengan kreativiti guru-guru kelas dan murid-murid mereka
masing-masing. Setiap kelas dipasang langsir, segala info-info dan
bahan-bahan pelajaran dilekatkan pada papan kenyataan dan juga ada
kelas yang mengecat warna baru pada dinding kelas mereka. Semangat
yang ditunjukkan oleh guru-guru kelas dengan dibantu oleh
murid-murid mereka telah berjaya meningkatkan keceriaan kelas
masing-masing.
Antara kelas yang ceria
Persekitaran sekolah ini juga dihiasi dengan lanskap-lanskap
yang menarik. Pelbagai pokok bunga yang ditanam dan dinding-dinding
bangunan dihiasi dengan mural-mural sebagai usaha menceriakan dan
mengindahkan persekitaran sekolah.
Lanskap-lanskap yang menceriakan kawasan sekolah
Dinding bangunan yang dihiasi mural
Kekuatan dari aspek keselamatan pula mendapati segala
perkara-perkara yang melibatkan keselamatan telah dipatuhi. Sistem
pendawaian, lampu dan kipas diselenggara dengan baik. Selain itu
juga, kawasan pelupusan sampah juga ditutup dan segala sampah-sarap
akan dilupuskan dengan segera bagi mengelakkan berbau.
Peralatan-peralatan di padang seperti tiang gol dan tiang bola
jaring dijatuhkan dan disusun dengan baik. Manakala segala tempat
larangan dan kawasan berbahaya diletakkan papan tanda sebagai
peringatan kepada murid. Selain itu juga, maklum balas yang
diperolehi daripada pemantauan tersebut ialah disiplin murid berada
dalam keadaan baik dan terkawal. Disiplin sangat penting kerana ia
juga menyumbang kepada keselamatan murid. Murid-murid akan berasa
selesa dan selamat berada di sekolah jika kawalan disiplin berada
dalam keadaan baik. Nasihat dan penegasan sentiasa diberikan kepada
murid-murid agar mereka tidak melanggar peraturan sekolah.
Disiplin murid berada dalam keadaan baik
Kekuatan-kekuatan yang dikenalpasti ini merupakan faktor-faktor
yang dapat menjadikan sekolah ini mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang positif. Namun begitu, terdapat beberapa perkara
yang perlu ditambah baik bagi memastikan persekitaran dan
keselamatan sekolah berada dalam keadaan yang sangat baik.
4.2KelemahanBerdasarkan maklum balas pemantauan kebersihan dan
keselamatan kawasan persekitaran sekolah, terdapat beberapa
kelemahan yang dikenalpasti. Antaranya ialah :Selain kebersihan,
keceriaan juga sangat penting bagi mewujudkan suasana atau iklim
sekolah yang konduksif. Beberapa kawasan perlu dipertingkatkan
keceriaan seperti keceriaan tandas murid, kantin sekolah dan juga
makmal sains. Daripada maklum balas yang diperolehi daripada
pemantauan tersebut mendapati kawasan-kawasan tersebut kekurangan
hiasan luaran dan juga dalaman. Kelemahan kedua yang dikenalpasti
ialah kebersihan di beberapa bilik darjah yang masih lagi berada di
tahap memuaskan. Sepatutnya, kebersihan di dalam bilik darjah
hendaklah sentiasa berada di tahap yang baik. Begitu juga dengan
susun atur perabot iaitu meja dan kerusi di dalam bilik darjah yang
tidak tersusun. Apa yang diperhatikan, kebersihan bilik darjah mula
merosot apabila murid-murid selesai rehat. Sampah sarap mula
kelihatan di lantai-lantai dan juga di dalam meja, Begitu juga di
persekitaran kawasan tong sampah, sampah sarap dan lorekan pensel
tidak masuk denggan betul ke dalam tong sampah.
Kebersihan kelas masih lagi tidak memuaskan
Kelemahan yang ketiga ialah tatacara penggunaan tandas di
kalangan murid-murid. Kebersihan tandas masih belum mencapai
kualiti seperti yang ditetapkan. Tandas mula berbau selepas
beberapa jam proses pengajaran dan pembelajaran bermula. Ini
mendapati murid-murid masih lemah dalam tatacara penggunaan tandas.
Sepatutnya mereka tahu apa yang perlu dilakukan selepas selesai
proses menggunakan tandas.Kelemahan-kelemahan ini perlu diatasi
dalam usaha sekolah mewujudkan iklim sekolah yang konduksif. Jika
tidak, ia akan mencacatkan aspek kebersihan dan keselamatan sekolah
ini walaupun kawasan-kawasan lain berada dalam keadaan baik.
4.3Cadangan Meningkatkan Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran
SekolahWalaupun maklum balas daripada pemantauan yang dijalankan
menunjukkan kebersihan dan keselamatan persekitaran sekolah ini
berada pada tahap yang sangat baik, namun begitu terdapat berapa
perkara yang perlu diperbaiki atau dipertingkatkan lagi bagi
mewujudkan iklim sekolah yang konduksif dan seterusnya menjadi
contoh kepada sekolah-sekolah lain. Kebersihan persekitaran sekolah
perlu sentiasa dipertingkatkan. Penekanan terhadap aspek kebersihan
perlu sentiasa diingatkan kepada murid-murid. Perhimpunan pagi yang
diadakan tiap-tiap pagi merupakan tempat yang sesuai kepada
guru-guru memberi peringatan kepada murid-murid agar mereka
sentiasa menjaga kebersihan. Murid-murid perlu diingatkan dan
diterangkan selalu cara penjagaan kebersihan. Ini kerana ada
diantara murid-murid yang masih membuang sampah di merata-rata
tempat, tidak mengedahkan sampah yang mereka jumpa dan sebagainya.
Begitu juga dengan tatacara penggunaan tandas. Murid-murid perlu
diberi penekanan dari aspek berkenaan. Penekanan berterusan dapat
menyemai sikap di kalangan murid-murid berkaitan aspek menjaga
kebersihan. Budaya negatif akan membawa kesan tidak baik kepada
sekolah seperti wujud budaya samseng, keadaan sekolah menjadi kucar
kacir dan pelbagai lagi. Keadaan ini akan mewujudkan suasana kurang
selamat. Oleh itu, penerapan nilai-nilai murni perlu dilakukan bagi
memupuk disiplin yang baik dikalangan murid-murid. Murid-murid
perlu diingatkan tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi
agar tidak timbul masalah disiplin di kalangan mereka.Kebersihan
dan keselamatan persekitaran sekolah amat penting bagi mewujudkan
suasana pembelajaran yang sihat. Oleh yang demikian, pihak sekolah
hendaklah sentiasa bekerjasama dengan ibubapa dan masyarakat
sekeliling untuk mengadakan program-program seperti gotong-royong
secara berkala. Ia amat penting bagi memastikan persekitaran
sekolah sentiasa bersih dan bebas daripada perkara-perkara yang
tidak selamat. Selain itu, sekolah berperanan menyebaran maklumat
mengenai keselamatan kepada murid-murid dan ibubapa dari semasa ke
semasa. Peranan pihak sekolah amat penting bagi menjayakan sekolah
bersih dan selamat. Pihak sekolah boleh membuat pertandingan
kebersihan dan keceriaan kelas, bilik-bilik khas dan sebagainya
dengan memberi ganjaran yang istimewa. Ia secara tidak langsung
mendorong semua guru dan murid-murid untuk membersih dan menghiasi
biilik darjah mereka. Akhirnya, kebersihan dan keceriaaan
persekitaran sekolah akan dapat dipertingkatkan melalui inisiatif
ini.Secara keseluruhannya, tanggungjawab menjaga kebersihan dan
keselamatan melibatkan keseluruhan persekitaran sekolah perlu
dipikul bersama-sama. Walaupun pelbagai cadangan dikemukakan, namun
jika tiada kerjasama semua pihak, ia tidak berjaya untuk
dilaksanakan. Kerjasama yang baik antara semua pihak akan
menghasilkan keputusan yang positif.
5.0PENUTUPSekolah merupakan tempat murid-murid menimba ilmu.
Adalah sangat penting bagi pihak sekolah menyediakan persekitaran
yang sihat dan selamat bagi memberi keselesaan kepada murid-murid
semasa mereka berada di sekolah.Segala isu-isu negatif yang timbul
akhir-akhir ini terutamanya melibatkan keselamatan murid-murid
seperti keracunan makanan, kes penculikan, buli, pergaduhan, dan
sebagainya hendaklah diberi perhatian dan perlu tindakan segera
bagi membendung gejala-gejala negatif ini semakin parah. Ia sangat
penting bagi memastikan sekolah merupakan satu tempat yang selesa
dan selamat. Tindakan yang berterusan dari pihak sekolah amat
penting bagi memastikan sekolah merupakan tempat yang bersih dan
selamat.Pemantauan kebersihan dan keselamatan yang berterusan
misalnya dapat membantu pihak sekolah mengenalpasti
kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelamahan yang ada berkaitan
kebersihan dan keselamatan persekitaran sekolah. Secara tidak
langsung, pihak sekolah boleh menyusun program-program dan
aktiviti-aktiviti bagi memastikan persekitaran sekolah akan menjadi
iklim yang positif.Iklim yang positif akan membantu sekolah
melahirkan murid-murid yang cemerlang bukan sahaja dari bidang
akademik, kokurikulum tetapi juga mempunyai keperibadian yang
tinggi. Menjadi harapan agar semua sekolah berusaha menyediakan
iklim yang konduksif bagi memberi keselesaan kepada semua warga
sekolah.
7.0RUJUKANNorazhan Che Lan. ( 2009 ). Program Bersepadu Sekolah
Sihat. Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd. September 1997. Program
Kesihatan Sekolah Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan
Kementerian Pendidikan Malaysia.
18