Sejarah perkembanagan pendidikan alam sekitar
1.Sejarah perkembanagan pendidikan alam sekitar2. ISU
3.punca
4.kesan
5. cara atasi SEJARAH
Sejarah Perkembangan Pendidikan Alam SekitarStockholm
(1972)Tbilisi (1977)The Belgrade Charter (1975)Laporan Kabinet
Kerajaan Malaysia (1979)Deklarasi Montreal (1987)Deklarasi Langkawi
(1989)Malta (1991)Agenda 21, Earth Summit Rio de Jenario
(1992)Pengisytiharan Dekad ESD (2005-2014) oleh PBB
Pendahuluan
Pendidikan telah diterima sebagai satu alat yang asas untuk
mengawal alam sekitar dan
juga pembangunan lestari sejak dari persidangan Tbilisi pada
tahun 1977. Sekolah pula
menjadi salah satu cara utama untuk menangani masalah-masalah
yang berkaitan dengan
alam sekitar (Moroye, 2005) Pendidikan (berkaitan) alam sekitar
penting bagi
meningkatkan kesedaran tentang dan kualiti alam sekitar.
Pendidikan Alam Sekitar
membantu generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka
dan
memakmurkan masa hadapan (Perikleous, 2004). Satu cara untuk
menjalankan pendidikan
alam sekitar ialah dengan mengintegrasikan pendidikan alam
sekitar dalam pengajaran
di bilik darjah. Dalam konteks Malaysia, perkara ini sudah pun
diperkenalkan secara
rasmi pada tahun 1998 dengan terbitnya Buku Panduan Guru
Pendidikan Alam Sekitar
merentas Kurikulum untuk sekolah rendah dan menengah oleh Pusat
Perkembangan
Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi peringkat
prasekolah buku berkenaan
diterbitkan pada tahun 2005. Namun sejauh mana ia dilaksanakan
masih boleh
diperdebatkan. Dalam hal ini, Hotinli (2004) menegaskan,
walaupun isu-isu alam sekitar
yang perlu diajar telah disenaraikan mengikut mata pelajaran
melalui ketetapan yang
dibuat oleh Kementerian Pelajaran, namun kualiti pelaksanaan
amat bergantung kepada
kesedaran dan minat guru secara individu. Guru sepatutnya
menggunakan buku ini sebagai
panduan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang
berkaitan dengan
pendidikan alam sekitar. Guru juga sepatutnya menggunakan segala
peluang yang ada
untuk menyemai, memupuk dan melestarikan pendidikan alam sekitar
melalui aktiviti di
sekolah sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Dalam hal
ini, komitmen guru adalah
sangat
penting.......................................................................................................................................Definisi
Pendidikan berkaitan alam sekitar penting bagi meningkatkan
kesedaran individu tentang kualiti alam sekitar serta membantu
generasi akan datang untuk mengawal kehidupan mereka dan
memakmurkan masa hadapan dunia. Pendidikan Alam Sekitar adalah
dimensi baru dalam sistem pendidikan yang terhasil diatas kerumitan
dan keperluan yang mendesak terhadap masalah alam sekitar (Muthoka,
1985). Pendidikan Alam Sekitar adalah bertujuan untuk meningkatkan
pengetahuan dan kefahaman seseorang mengenai bagaimana dunia
berfungsi dan perkaitannya dengan kehidupan untuk memupuk sikap
positif untuk memilih cara hidup yang bertanggungjawab memelihara
dan memulihara alam sekitar untuk mewujudkan satu ekosistem yang
boleh menyokong kehidupan bersih, sihat, produktif, seimbang dan
terjamin (Pusat Perkembangan Kurikulum dan World Widefund For
Malaysia, 1998) Pendidikan adalah satu proses yang berpanjangan. Ia
adalah cara untuk melihat tentang pelbagai kehidupan yang berkaitan
belajar mengenalpasti kesan baik dan buruk terhadap fizikal dan
tanggungjawab yang harus diterima terhadap aktiviti alam (Hughes,
1977) manakala alam sekitar pula dimaksudkan dengan alam kehidupan
yang dihuni oleh manusia, haiwan dan tumbuhan iaitu muka bumi
ini.
Disedia oleh: Beh Cheap PinChuah Shu ChingPengenalanAlam sekitar
merupakan segala benda hidup danbukan hidup yang wujudsecara semula
jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alamsekitar
meliputi beberapa komponen utama seperti unit landskap yang
berfungsisebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia,
termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan sebagainya, serta
fenomena semula jadi yangberlaku sumber sejagat semula jadi serta
fenomena fizikal yang tidakmempunyai batasan tertentu seperti
udara, air, dan iklim, serta tenaga, sinaran,cas elektrik, dan
kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.Alam
sekitar bermaksud alam tabii adalah unsur-unsur alam sekitar
yangmelibatkan perhubungan antara dua unsur iaitu abiotik dan
biotik. Unsur abiotikdikenali sebagai tidak hidup manakala unsur
biotik pula dikenali sebagai unsurhidup seperti manusia dan ikan.
Kesemua unsur alam sekitar salingberhubungan antara satu sama lain
dalam suatu sistem yang harmoni dandinamik. Alam sekitar
terdapattiga komponen iaitualam sekitarsemula jadi,alam sekitar
buatan manusia dan alam sekitar siosiabudaya.Komponen alam sekitar
terdiri daripada empat bahagian iaitu Biosfera meliputi sistem
ekologi, flora dan fauna, Litosfera Sistem geomorfologi seperti
mineral dan tanah, Hidrosfera sistem hidrologi iaitu air dan marin
dan Atmosfera (sistem atmosfera) merangkumi udara dan angin.
Sumber-sumber dari alam sekitar fizikal digunakan untuk aktiviti
pembangunan ekonomi dan sosial.
.............................................................................................................................................SEJARAHMenurut
sejarah, pengasas atau Bapa Pendidikan Alam Sekitar ialah Sir
Patrick Geddes (1854-1933) manakala orang yang pertama menggunakan
nama istilah Pendidikan Alam Sekitar ialah Thomas Pritchard semasa
persidangan IUCN di Paris dalam tahun 1958. Beberapa persidangan di
peringkat antarabangsa seperti Persidangan Stockholm (1972),
Tbilisi (1977), The Belgrade Charter (1975), Malta (1991), Agenda
21 (1992) sehinggalah terhasilnya Laporan Kabinet (1979) di
Malaysia. Ini merupakan faktor pencetus kepada arena perbincangan
tentang alam sekitar dunia serta peranan Pendidikan Alam Sekitar
dalam memastikan keseimbangan alam sekitar.
Berikutan daripada Persidangan Stockholm serta beberapa
persidangan lain ini akhirnya telah berjaya merangka suatu garis
panduan, prinsip, matlamat dan juga objektif Program Pendidikan
Alam Sekitar. Persidangan Stockholm telah diadakan pada tarikh 5-16
Jun, 1972di Stockholm,Swedendengan tema Prinsip dan Alam Sekitar
Manusia (Human Environment and Principles) dan dianjurkan
olehUnited Nations. Tujuan persidangan ini adalah untuk mencapai
satu keputusan tentang pendekatan global yang diperlukan bagi
mencari penyelesaian terhadap situasi kemerosotan alam sekitar yang
semakin hari semakin bertambah.
Persidangan Tbilisi pada tahun 1977 merupakan
persidanganPendidikan Alam Sekitar yang pertama di dunia dan
melibatkan ramaipemerintah atau kerajaan di seluruh dunia.
Persidangan ini dikendalikanolehUnited Nations Education,
Scientific and Cultural Organization(UNESCO) dengan kerjasamaU.N.
Environment Programme(UNEP)dan diadakandi Tbilisi,Georgia(USSR)
pada 14-26 Oktober 1977. Persidangan ini telah dihadiri oleh 265
delegasi dan 65 pembentangserta pemerhati termasuk 3 organisasi
antara kerajaan dan 20 organisasibukan kerajaan antarabangsa.
Dalam persidangan ini, garis panduan,matlamat, serta objektif
Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum danlatihan dalam dan
pra-perkhidmatan bagi guru-guru telah diputuskan.Kesinambungan
dengan itu, satu Seminar Latihan Alam Sekitar telah diadakan
diMaltapada tahun 1991 di bawah anjuran UNESCO. Seminar ini
mengesyorkan bahawa matlamat utama Pendidikan Alam Sekitar adalah
untuk membantu masyarakat sarwajagat menyedari dan memahami isu-isu
alam sekitar di samping dapat menguasai kemahiran dan kesungguhan
dalam usaha mengatasi isu-isu alam sekitar serta dalam masa yang
sama dapat mengekalkan kualiti alam sekitar dan secara langsung
dapat meningkatkan kualiti kehidupan manusia.
Deklarasi Langkawi 1989Pada bulan Oktober 1989, Deklarasi
Langkawi telah berjaya dikeluarkan. Ia adalah bersempena Mesyuarat
Ketua-Ketua Kerajaan Negara Komanwel. Hasil deklarasi itu ialah
mengakui bahawa pencemaran dan pemusnahan alam sekitar telah
bermula sejak zaman penjajah lagi.Di Malaysia, Jawatankuasa Kabinet
telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar
Pendidikan Kebangsaan dengan tujuan untuk memperbaiki
pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat
yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga
rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara. Hasil Laporan
Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979 memutuskan
pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dalam
struktur Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
KBSR mula menerapkan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum
bermula dengan subjek Alam & Manusia bagi pelajar tahun 4
hingga 6. Penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum juga
dilakukan dalam subjek lain seperti Matematik, Muzik, Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan Agama Islam. Sehubungan dengan itu juga
pihak Pusat Perkembangan Kurikulum telah membina satu garis panduan
untuk guru-guru dengan mengeluarkan satu buku bertajuk Buku Panduan
Guru Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum KBSR pada tahun
1998.
...Pengisytiharan Dekad ESD (2005-2014) oleh PBB
Matlamat Pendidikan Alam SekitarSemasa Deklarasi Tblisi 1977,
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah bersetuju menetapkan
matlamat, objektif dan prinsip Pendidikan Alam Sekitar bagi
negara-negara di seluruh dunia. Matlamat Pendidikan Alam Sekitar
ialah untuk menggalakkan kesedaran dan keprihatinan terhadap
ekonomi, sosial, politik, and saling bergantungan ekologikal di
bandar dan luar bandar, menyediakan peluang kepada semua orang
untuk memperoleh pengetahuan, nilai, sikap, komitmen dan kemahiran
untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar, menghasilkan corak
tingkah laku baru terhadap alam sekitar dalam kalangan individu,
kumpulan dan masyarakat seluruhnya.
Objektif Pendidikan Alam SekitarPersidangan Tbilisi 1977 juga
telah menetapkanlimaobjektif Pendidikan Alam Sekitar seperti
berikut adalah bagi menyemai kesedaran individu dan sensitiviti
terhadap alam sekitarseluruhnya dan permasalahan alam sekitar.
Pengetahuan juga perlu untuk membantu kumpulan sosial dan individu
memperoleh pelbagai jenis pengalaman dan kefahaman asas terhadap
alam sekitar dan permasalahan alam sekitar. Sikap merupakan satu
set nilai dan perasaan keprihatinan terhadap alam sekitar dan
motivasi untuk aktif terlibat dalam pemeliharaan dan pembaikan alam
sekitar. Kemahiran juga menjadi tunjang untuk membantu kumpulan
sosial dan individu
memperoleh kemahiran untuk mengenal pasti dan menyelesaikan
masalah alam sekitar.
Seterusnya, penglibatan diperlukan untuk menyediakan peluang
kepada kumpulan sosial dan individu terlibat secara aktif pada
semua peringkat bagi menghasilkan resolusi terhadap masalah alam
sekitar.
Menurut Muthoka (1985), objektif utama Pendidikan Alam Sekitar
adalah untuk memperbaiki kesedaran, membangkitkan prihatin yang
berupaya membawa kepada perubahan komitmen dan mengambil tindakan.
Pendidikan Alam Sekitar merupakan satu proses pendidikan sama ada
secara formal atau tidak formal untuk mengubahsuai kefahaman dan
sikap manusia agar lebih prihatin terhadap alam yang telah banyak
berjasa kepadanya (Abdul Manaf Muda, 1993).
PENGENALAN
HUTAN PAYA BAKAU
Nama saintifik:Pokok Bakaumerujuk kepada tumbuhan yang hidup di
kawasan berpaya di muara sungai, antara pertembungan air tawar dan
air laut. Pokok bakau terdiri daripada pelbagai spesies antaranya
termasuk spesies Api-apiAvicennia spp., bakau KurapRhizophora spp.,
PerepatSonneratia spp.dan BerusBruguiera spp.Pokok Bakau biasanya
memiliki buahnya yang berbulu dan bahagia bawah daun yang berbulu.
Bulu pada daun menyimpan air dengan memerangkap lapisan udara dan
dengan itu mengurangkan kehilangan air melalui penyejatan.
Di sesetengah tempat,buahnya direbus dan dimakan, kadang kala ia
dijual sebagai sayuran. Bunganya wangi dan menghasilkan madu dan
didebungakan oleh serangga. Avicennia menghasilkan antara madu yang
terbaik.
Ekosistem hutan bakau adalah ekosistem di bahagian intertidal di
kawasan tropika dan subtropika yang didominasikan oleh tumbuhan
yang beradaptasi khas. Hutan bakau boleh dijumpai di sepanjang
muara sungai besar yang tanahnya berselut, dan di kawasan
persisiran pantai terlindung (termasuk lagun, teluk, aliran pasang
surut). Ia melibatkan gabungan sekumpulan pokok yang bertoleransi
dengan situasi air dan tanah yang bergaram (bersaliniti).
Hutan paya bakau boleh ditemui di sempadan antara laut dan
daratan. Hutan ini merupakan sebahagian daripada hutan tropika.
Ianya tumbuh dengan subur di kawasan tropika dan sub-tropika antara
30oU dan 30oS latitudnya. Dijumpai di seluruh benua kecuali Eropah,
Artik dan Antartik tetapi kawasan yang paling kaya adalah di
sekitar Asia iaitu dari India, Bangladesh hinggalah ke Asia
Tenggara.
Di Semenanjung Malaysia seluas 106,104 ha hutan paya bakau boleh
dijumpai tetapi hanya 1.8% sahaja yang masih kekal keasliannya.
Dari jumlah itu sebahagian besarnya berada di Perak (43,506 ha),
Johor (24,747 ha), Selangor (15,202 ha), Pahang (11,502 ha) dan
Kedah (8,034 ha). Hutan ini adalah satu ekosistem yang unik dari
segi flora dan faunanya serta amat penting kepada manusia. Di
seluruh dunia, luas hutan bakau dianggarkan lebih kurang 15 juta
hektar. Daripada keluasan ini, 6.9 juta hektar berada di kawasan
Indo-Pasifik, 3.5 juta hektar di Afrika dan 4.1 juta hektar di
Amerika Utara termasuk Caribbean.Hutan bakau di Malaysia hidup
subur di muara dan delta yang terlindung dari tiupan angin.
Terdapat 586,036 hektar keluasan hutan bakau di Malaysia; ia
merangkumi sebanyak 57 % kelauasan di negeri Sabah, 26 % keluasan
di Sarawak dan keluasan sebanyak 17 % di Semenanjung Malaysia.
Antara habitat haiwan yang mendiami kawasan paya bakau adalah
seperti BuayaMuara, Ketam Rebab, Ketam Lumpur, Ikan Belacak, Udang
Kara, Ular Bakau, Lotong Kelabu, Memerang Licin, Beruk, dan
kelawar. Banyak spesies ikan , krustasia dan udang menakluki
kawasan bakau semasa air pasang untuk mencari makan. Selain itu,
sipt dan tiram beritip merupakan hidupan yang bergerak perlahan
atau tidak bergerak langsung yang dijumpai di akar dan pokok
bakau.
Terdapat juga pelbagai spesies burung yang berterbangan di hutan
bakau seperti Burung bangau, Burung Pucung, Burung Botak Ueh,
Burung Helang Merah, Burung Helang Siput, Burung Pucuk Bakau,
Burung Murai Bakau, Burung sambar Biru Bakau, dan burung Pekaka
Sungai.Di Malaysia, hutan Bakau biasanya dilindungi dan kawasan
hutan Bakau Simpan yang telah digazetkan diuruskan oleh Jabatan
Perhutanan untuk pengeluaran kayu secara mapan. Pada masa ini
Malaysia mengamalkan sistem penebangan secara clear-felling
mengikut giliran iaitu dalam jangka masa 20 hingga 30
tahun.Kepentingan Hutan Paya Bakau
Kepentingan hutan bakau boleh dibahagikan kepada kepentingan
ekologi dan biodiversiti, kepentingan fizikal dan akhir sekali
kepentingan ekonomi.KEPENTINGAN EKOLOGI DAN BIODIVERSITIHutan bakau
penting untuk ekosistem pantai.Detritus hutan bakau yang terdiri
daripada daun-daun yang gugur dan dahan-dahan pokok bakau,
menyumbangkan nutrien untuk persekitaran marin. Detritus ini turut
menjadi asas makanan dalam jaringan makanan di hutan bakau yang
menyokong pelbagai jenis hidupan laut yang melibatkan
spesiespemakan detritusseperti ikan belanak dan udang
penaeid.Selain daripada peranannya sebagaiasas makanan, hutan bakau
juga merupakan habitat dankawasan nurseriuntuk ikan-ikan kecil,
ketam, udang dan moluska. Banyak ikan dan kerang-kerangan yang
bernilai komersial menggunakan hutan bakau dalam sebahagian kitar
hidupnya. Ini termasuklah udang putih (Penaeus merguiensis, P.
indicus, P. vannemei), ikan kerapu (Epinephelus tauvina),ikan
siakap (Lates calcarifer), ketam lumpur (Scylla serrata) dan
belanak (Mugilspp.).Kawasan ini juga digunakan oleh beratus jenis
burung berhijrah untuk bertelur dan berehat. Di samping itu,
dugong, monyet pemakan ketam, biawak dan penyu turut menggunakan
kawasan ini untuk mencari makanan. Hutan bakau turut menjadi
habitat untuk beberapa spesies haiwan yang diancam kepupusan
seperti harimau.Nilai ekologi
Hutan bakau penting untuk perlindungan kawasan pantai :Ia
melindungi pesisir daripada kuasa fizikal seperti ombak yang
menghakis pinggir pantaidan angin pantai yang kencang.Hutan bakau
menstabilkan kawasan pantai dan bertindak sebagai penampan semula
jadi terhadap ribut taufan.Bakau menjadi tempat perlindungan
beberapa spesies flora dan fauna yangmempunyai penyesuaian yang
unik. Banyak spesies udang marin dan ikan mencari makanan, bertelur
dan membesar di sini.Kawasan bakau dan dataran lumpur yang
berkaitan dengannya adalah tapak penting bagi burung-burung residen
dan hijrah mencari makan dan bersarang .Hutan bakau mampu
mengurangkan kesan ombak tsunami di sepanjang pinggir pantai di
utara Kedah, Perlis dan Perak
KEPENTINGAN FIZIKALHutan bakau memainkan peranan penting dalam
melindungi kawasan pantai dari daya-daya hakisan dan kerosakan
akibat bencana ribut taufan. Kehadiran satu kawasan bakau yang luas
di tepi laut dapat mengurangkan tenaga angin, ombak dan
arus.Kepentingan hutan bakau kepada masyarakat yang tinggal di
kawasan bakau cukup dirasai. Bertindak sebagai satu zon penampan
kepada ribut, kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa akibat
dari bencana semulajadi ini dapat dikurangkan. Di kawasan yang
hutan bakaunya telah ditebang, kemusnahan harta benda akibat ribut
adalah tinggi. Di samping itu, masalah hakisan dan pemendakan yang
teruk turut berlaku.Melalui sistem akar yang cetek, bakau mempunyai
keupayaan untuk memerangkap dan menstabilkan sedimen pantai dan
muara. Hutan bakau sangat berkesan memerangkap sedimen sehingga
berjayamenebus gunatanah dari laut dengan membentuk satu kawasan
delta yang luas.Pemendakan sedimen di kawasan bakau boleh
mengurangkan beban sedimen yang dibawa oleh sungai ke laut. Dengan
terperangkapnya sedimen di kawasan hutan bakau, kualiti air di
persekitaran pantai dapat diperbaiki dan habitat sensitif seperti
kawasan terumbu batu karang dapat dilindungiHutan bakau
bersama-sama substrat selutnya mampu menyerap nutrien
sepertinitrogendanfosforusdalam kuantiti yang besar. Keupayaan
merawat efluen ini dapat menghalang perairan pantai daripada
dicemari oleh nutrien-nutrien ini. Secara tidak langsung,
kejadianeutrofikasidanombak merahsedikit sebanyak boleh dihindari.
Selain daripada itu, bahan-bahan toksin turut juga dikekalkan dalam
kawasan bakau. DianggarkanRhizophoraboleh menyerap lebih kurang 219
kg nitrogen dan 20 kg fosforus sehektar setahun. Di samping itu,
kuantiti besar bahan organik (terutamanya dalam bentuk daun dan
ranting) dieksport dari kawasan bakau ke kawasan pantai yang
berdekatan. Bahan organik ini menjadi sumber makanan untuk pelbagai
jenis spesies hidupan di pantai.KEPENTINGAN EKONOMIDi kawasan
tropika terutamanya di kawasan Indo-Pasifik, ekosistem bakau telah
digunakan sebagai kawasan penempatan manusia sejak dahulu lagi.
Memandangkan kedudukannya yang terlindung, manusia terawal telah
melihat kesesuaian kawasan ini untuk dijadikan tempat tinggal. Di
samping itu, hutan bakau juga menyediakan beberapa keperluan asas
manusia seperti sistem pengangkutan yang cekap, sumber bahan
binaan, bahan api, kulit kayu dan ubatan. Kesemua keperluan ini
boleh didapati dengan mudah di hutan bakau. Selain daripada itu,
kawasan ini juga menyediakan persekitaran yang baik untuk mendapat
makanan dalam bentuk ikan, moluska dan krustasea dan menjalankan
kegiatan memburu binatang dan menangkap ikan.Pada masa sekarang,
berjuta-juta penduduk pantai terutamanya diAsiabergantung kepada
hutan bakau untuk kehidupan sehari-hari. Pelbagai produk bakau
telah digunakan oleh masyarakat tempatan sejak turun temurun.
Banyak kegiatan-kegiatan tradisi seperti mengumpul daun nipah untuk
membuat atap, mengumpulkan kulit kerang untuk menghasilkan kapur
dan mengumpul madu lebah masih diteruskan oleh generasi
sekarang.Ekosistem bakau telah digunakan oleh masyarakat tempatan
untuk mendapatkan makanan, ubatan, tanin dan hasil hutan (bahan
api, arang dan bahan binaan). Di Bangladesh hutan bakau merupakan
sumber kayu yang terpenting. Hasil kayu daripada hutan bakau di
negara ini telah melebihi 300,000 padu meter setiap tahun. Di
tempat lain, kayu bakau digunakan sebagai bahan api (terutama dalam
bentuk arang). Kayu dari pokokRhizophoradidapati sesuai
dijadikanarangmemandangkan sifat kayunya yang lambat terbakar.Kulit
kayu bakau terutamanyaRhizophorajuga boleh digunakan untuk
mendapatkantanin. Tanin telah digunakan diIndiadanBangladeshsecara
meluas untuk mengawet kulit dan jaring-jaring menangkap ikan. Di
Asia Tengah dan Asia Selatan, daun pokokAvicenniadikumpulkan untuk
menjadi makanan haiwan. Selain itu, buah-buahan hutan dan juga
sumber ubatan.Rhizophora mucronatadanSonneratiaalbamisalnya telah
digunakan sebagai sumber ubat untuk penyakit cirit birit, bahan
astringen dan ubat tahan muntah. Pemburuan di hutan bakau turut
menjadi kegiatan yang penting.KEGUNAAN HUTAN BAKAUPenduduk setempat
dan lain-lain kawasan turut menggunakan pokok bakau sebagai sumber
kayu balak. Penduduk di kawasan pantai pula menggunakan kayu bakau
untuk membina rumah dan bot (sebagai rasuk, alang, pelancar dan
tiang).Kayu bakau juga digunakan untuk membuat perangkap ikan
manakala arang dan kayu api selain daripada menjadi sumber bahan
api. Hasil kraftangan dan barangan rumah (pemegang alatan dan
perabot). Tanin yang diperolehi daripada kulit pokok bakau
digunakan untuk mewarnakan jaring ,kain layar dan pelekat plastik.
Banyak bahagian tumbuh-tumbuhan bakau boleh dimakan dan sememangnya
dijadikan makanan oleh penduduk setempat. Ubat-ubatan (contohnya
dedaun , tunas , buah-buahan dan bijibenihnya). Daun-daun Nipah
yang bersaiz besar digunakan dalam pembuatan atap dan rokok daun
serta penganyaman bakul dan tikar.UBAT UBATAN DARI HUTAN PAYA
BAKAUKulit buah Tumu/Berus memberhentikan darah dan airnya
digunakan untuk merawat mata. Asap pembakaran kulit kayu pokok
Buta-buta dikatakan dapat membantu menyembuhkan enyakit Kusta
manakala buah Pong- Pong digunakan sebagai racun tikus. Ekstrak
kulit kayu Tengar atau Dungun mengurangkan penyakit demam
malaria.Kegunaan lain pokok bakau
Selain menjadi penyelamat hakisan pantai dan penghalang ribut
taufan, pokok bakau mempunyai keistimewaan lain. Batang pokok yang
kering digunakan untuk membuat arang. Batang pokok ini juga
dijadikan cerucuk dalam bidang pembinaan. Di kawasan kuala, rumah
yang dibina menganjur ke laut menggunakan kayu bakau sebagai tiang
kerana ketahanannya dalam air masin. Kayu bakau tahan lama dan
tidak mudah reput walaupun dalam air masin. Bunga dan daun
dijadikan bahan perubatan tradisional.
PUNCA3.2 Punca Isu Alam SekitarPertambahan pendudukPenggunaan
teknologiBencana alamPolitik dan peperanganBudaya dan
etikaPenguatkuasaan undang-undangANCAMAN KEMUSNAHANKemusnahan hutan
bakau boleh dibahagikan secara umum kepada perkara. 1) kemusnahan
akibat kegiatan manusia dan 2) Kemusnahan akibat bencana dan
kejadian semulajadi.KEMUSNAHAN AKIBAT KEGIATAN MANUSIA.Semenjak
turun temurun, masyarakat yang hidup di kawasan hutan telah
mengeksploit pokok hutan bakau untuk dijadikan kayu api, arang,
sumber tanin dan bahan binaan. Di Vietnam misalnya, 90% bahan api
adalah terdiri daripada pokok bakau.Dengan meningkatnya bilangan
penduduk, eksploitasi secara berlebihan telah berlaku. Dari hari ke
hari, lebih banyak kawasan hutan bakau telah musnah untuk memenuhi
tuntutan-tuntutan manusia yang bertambah ini. Sekiranya kegiatan
ini tidak dibendung, lebih banyak kawasan hutan bakau akan
musnah.Sebelum ini, hutan bakau telah dikelaskan oleh banyak
kerajaan sebagaitanah terbiaratau paya yang tiada gunanya. Dengan
pengelasan sedemikian, banyaklah pihak berusaha untuk
membangunkannya untuk tujuan pembandaran dan perindustrian. Kawasan
bakau kerap kali dijadikan kawasan untuk membina pelabuhan, kilang,
industri dan kawasan penempatan manusia. Untuk menampung keperluan
pelancong, hotel-hotel dan tempat penginapan turut didirikan di
kawasan hutan-hutan bakau. Pembukaan tanah di kawasan bakau sudah
tentu akan memusnahkan ekosistem yang produktif ini.Di Asia, banyak
hutan bakau dibersihkan untuk dijadikan kawasan pertanian terutama
sebagai kawasan sawah padi. Selain itu, hutan bakau juga dibuka
untuk dijadikan ladang kelapa, kelapa sawit dan nenas. Pada
peringkat awal, penanaman padi di kawasan bakau merupakan kegiatan
yang menguntungkan. Disebabkan oleh keasidan tinggi, keracunan besi
dan aluminum dan kekurangan nutrien, lama kelamaan penghasilan padi
semakin menurun. Masalah ini boleh diselesaikan dengan menggunakan
kapur dan baja tetapi kos tinggi. Akhirnya kegiatan penanaman padi
ini terpaksa ditinggalkan dan kawasan yang sebelum ini ditumbuhi
hutan bakau musnah.Banyak kawasan bakau di Asia seperti
diVietnamdanBangladesh, telah dibersihkan untuk tujuan penghasilan
garam dengan menggunakan matahari. Disebabkan harga garam rendah,
sesetengah kolam garam ini telah ditukar menjadi kolam menternak
udang.Disebabkan kedudukannya yang hampir dengan kawasan air payau
dan tanah yang rata, kawasan hutan bakau didapati sesuai untuk
dijadikan kawasan menternak udang harimau. Setakat ini, beribu-ribu
hektar hutan bakau di negara-negaraAsiatelah dibersihkan untuk
dijadikan kolam udang.Kegiatan ini telah berkembang dengan begitu
cepat semenjak 15 kebelakangan ini. Mengikut sejarah, peternakan
udang telah bermula dalam tahun 1970an di Asia dan telah berkembang
pesat pada mulanyadi China,Taiwandan Korea Selatan. Purata kadar
pertumbuhan penghasilan udang adalah sekitar 25% dan
negaraAsiamenyumbangkan 75% udang dunia. Kebanyakan daripada
industri awal udang ini telah gagal dan kolam-kolam udang telah
ditinggalkan begitu sahaja dan kawasan yang sebelumnya merupakan
hutan bakau turut musnah.Kegagalan usaha-usaha awal ini tidak
memudarkan semangat pelabur-pelabur. Mereka terus mencari
kawasan-kawasan baru untuk diteroka di negara-negara lain seperti
diThailand,India,Filipina,IndonesiadanMalaysia. Di mana saja
industri ini pergi, hutan bakau musnah dan yang tinggal hanyalah
kolam-kolam yang ditinggalkan.Masalah utama dalam penternakan udang
ialah masalah air kolam. Air laut yang segar perlu sentiasa dipam
ke dalam kolam untuk menjadikan udang sihat. Air kolam yang telah
diguna pula perlu dipam keluar. Efluen ini mengandungi bahan toksik
daripada buangan udang dan bahan kimia yang digunakan untuk makanan
dan merawat air.Efluen ini meninggalkan kesan terhadap ekologi
pantai, membunuh hidupan laut dan memusnahkan industri perikanan
penting yang lain. Di samping itu, efluen ini turut sama meracuni
kolam udang itu sendiri memandangkan air laut yang tercemar ini
digunakan semula dalam kolam. Air yang tercemar ini akan
mengurangkan penghasilan udang dan seterusnya kegiatan menternak
udang ini terpaksa diberhentikan.Industri menternak udang ini
memberi beberapa kesan lain. Penggunaan berlebihan air tawar untuk
bekalan air di kolam-kolam udang menyebabkan kekurangan air
minuman, memusnahkan kawasan perladangan berhampiran dan
menyebabkan bekalan air bawah tanah menjadi masin.Sekarang ini,
industri ini telah bergerak menuju
keBurma,Cambodia,Vietnam,YemendanIran. Bisnes ini terus mengaut
keuntungan besar dari penjualan makanan udang, bahan kimia untuk
merawat air dan peralatan menternak kepada pengusaha kecil.Kesan
kegiatan akuakultur udang terhadap persekitaran bolehlah
diikhtisarkan seperti berikut.1.pengurangan sumber semulajadi
(pengumpulan anak udang)2.pemusnahan habitat3.pembuangan nutrien
dan buangan organik4.pengenalan spesies eksotika5.pembebasan
antibiotik dan bahan kimia lain6.meningkatnya bilangan
patogen7.merendahkan aras air disebabkan oleh penggunaan air tawar
secara berlebihan.8.memasinkan bekalan air tawar9.meningkatkan
beban sedimen10.merendahkan kandungan oksigen
terlarut11.meningkatkan keperluan oksigen biologi dan kimia.Antara
tahun 1974 hingga 1990, sebanyak 157tumpahan minyakutama telah
berlaku. Tumpahan minyak ini meninggalkan kesan jangka panjang dan
jangka pendek pada ekosistem hutan bakau. Lentisel pada akar bakau
sangat mudah tersumbat oleh minyak mentah dan pencemar lain.
Kawasan berlumpur di hutan bakau memerlukan 20 tahun atau lebih
untuk pulih daripada kesan racun tumpahan minyak.Kegiatan manusia
menggunakanherbisidturut memusnahkan hutan bakau. Pada tahun 1960
keluasan hutan bakau diVietnamdianggarkan sekitar 400,000 hektar.
Semasa peperanganVietnamiaitu antara 1962 dan 1971, lebih 100,000
hektar hutan bakau telah musnah disebabkan oleh penyemburan
herbisid. Tidak diketahui berapa lama masa diperlukan untuk
hutan-hutan ini pulih semula memandangkan bakau sangat peka
terhadap sisa herbisid.Pertambahan penduduk
Ramai orang kini sedar tentang kemerosotan alam sekitar. Bagi
tempat-tempat tertentu kemerosotan alam sekitar telah mencapai
krisis dan boleh dianggap sebagai bencana. Sebagai contohnya,
kebocoran loji nuclear di Chernoby, Ukraine ( dulunya dalam
kesatuan Soviet ) telah merosakkan alam sekitarnya tanpa dapat
diperbaiki dan masih menjadi ancaman kepada penduduk sekitar dan
alam sekeliling. Media massa sering membawa berita tentang aspek
kemerosotan alam sekitar alam sekitar, dan tidak kurang juga orang
perseorangan menyuarakan tentang keadaan alam sekitar itu dalam
media tersebut. Antara perkara yang diberi perhatian termasuklah
keadaan pencemaran di Bandar-bandar besar, kesesakan lalu lintas di
Bandar, banjir kilat, pencemaran air, pencemaran udara, bunyi dan
tanah tanih.Selain itu, penebangan hutan tak terkawal dan kepupusan
pelbagai spesis flora dan fauna juga turut diberi perhatian.
Banyak kawasan bakau ditebang untuk memberi laluan kepada
kegiatan :
akuakulturternakan ikan dalam sangkarkolam ternakan udang dan
ikan air masinZon perindustrian yang berdekatan dengan
pelabuhanPembinaan kawasan pangkalan nelayanPelabuhan dan tapak
gudang kontena-kontenaPerbandaran dan perkampungan nelayan poinggir
pantai.Tempat pembuagan sisa cecair ole kapal dagangan dan bot
nelayan.
Ekosistem yang mudah terjejas (sensitif) ini perlu dipulihara
sebagai simpanan alam semula jadi atau taman alam. Banyak usaha
perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran awam dan menanamkan
rasa tanggungjawab dalam diri kita untuk memulihara warisan bakau
semula jadi yang menyimpan sebahagian daripada flora dan fauna
dunia yang terancam
''Setiap sampah yang dibuang ke dalam sungai, tanpa disedari,
akan membantutkan pertumbuhan pokok-pokok bakau yang baru dan
akhirnya mengakibatkan kepupusan,'' tegasnya.
ANCAMAN KEMUSNAHAN(A)TINDAKAN MANUSIATebusguna Tanah
Pembalakan Secara Berleluasa
Pencemaran
Penggunaan Terlebih Sumber-sumber Hutan Paya Bakau
Penggunaan teknologi
Penebangan hutan bakau secara terlarangPenukaran kawasan hutan
bakau kepada kawasan pertanianPenukaran kawasan hutan bakau kepada
kolam akuakulturPenukaran kawasan hutan bakau kepada kawasan
pembangunan bandar dan industri
Penggunaan peralatan perikanan yang merosakkanPencemaran
(minyak, bahan buangan)Pemburuan haiwan-haiwan di kawasan hutan
bakau
Pada masa sekarang, hutan bakau merupakan habitat di dunia yang
paling terancam. Hutan ini lenyap pada kadar yang tinggi tetapi
tidak diketahui umum.Thailandtelah hilang lebih daripada setengah
hutan bakaunya semenjak 1960. Di Filipina pula, keluasan hutan
bakau telah menurun daripada 448,000 hektar pada tahun 1920 ke
110,000 hektar pada tahun 1990. Di Ecuador, dianggarkan 20% ke 50%
bakau telah lenyap dari muka bumi disebabkan oleh kegiatan manusia.
Kawasan Muisne di Ecuador telah hilang hampir 90% hutan bakaunya.
Secara sejagat, lebih kurang 50% kemusnahan bakau sejak
kebelakangan ini diakibatkan oleh pembersihan hutan bakau untuk
tujuan menternak udang.Bencana alam
KEMUSNAHAN SEMULAJADIKemusnahan hutan bakau yang besar boleh
berlaku disebabkan olehribut taufan. Ribut taufan yang dahsyat
boleh memusnahkan sebahagian besar hutan bakau dengan menumbangkan
pokok-pokok bakau, mempertingkatkan kadar pemendakan atau mengubah
saliniti air dan tanah.Ribut taufan Donnayang telah melandaTaman
Negara Evergladepada tahun 1960 telah memusnahkan 75% daripada
100,000 ekar hutan bakau di taman tersebut. Proses pemulihan
daripada kemusnahan ini dianggarkan mengambil masa lebih kurang 25
tahun.Satu lagi punca kemusnahan adalah
daripadaisopodkecilSphaeroma terebrans. Isopod ini memusnahkan
pokok bakau dengan mengorek lubang di akar sokong. Dengan rosaknya
akar-akar ini, substrat di keliling pokok tersebut senang dihakis
dan lama kelamaan pokok bakau akan tumbangPolitik dan
peperangan
KEKANGAN POLITIK DAN EKONOMIMasalah alam sekitar berkait rapat
dengan masalah ekonomi dan seterusnya kekukuhan politik pemerintah
pemerintah. Keutamaan yang diberikan terhadap penjagaan alam
sekitar bermakna sedikit sebanyak akan menyekat dan menjejaskan
prestasi ekonomi. Ketidakstabilan ekonomi negara akan menyebabkan
kemerosotan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah. Kerajaan
pusat dan negeri memerlukan sumber kewangan yang besar bagi
projek-projek pembangunan. Oleh itu, projek-projek pembangunan
lebih diutamakan daripada kepentingan alam sekitar. Beberapa contoh
dapat dilihat. Pembinaan lebuh raya Karak-Kuala Lumpur telah
menyebabkan pencemaran Sungai Gombak dan perlahan-lahan
menjadikannya sebagai kawasan paya yang tidak berguna . Pembinaan
jalan raya Relau-Balik Pulau telah merosakkan tanaman di enam buah
kampong di daerah Relau dan Balik Pulau.
Selain itu, keanggotaan dalam Majlis Kualiti Alam Sekitar (
sebarang peraturan alam sekitar yang akan dibuat dirujukkan
kepadanya) juga gagal untuk mencerminkan penyertaan rakyat.
Daripada sembilan perwakilan yang terdapat di dalamnya tiada
satupun daripada rakyat awam atau daripada mana-mana badan bukan
berkepentingan kerajaan. Cuma seorang sahaja yang dilantik daripada
kalangan kakitangan akademik universiti. Perwakilan yang seperti
itu sudah tentu akan lebih memberatkan kepada priority pembangunan
ekonomi. Oleh itu, segala candangan dan nasihat daripada perwakilan
majlis ini kepada Menteri berkenaan juga tidak mungkin berada dalam
tingkat mendesak khususnya daripada keperluan piawaian yang tegas.
Oleh itu, adalah penting agar keanggotaan dalam Majlis ini dinilai
semula atau mempunyai beberapa pemerhati daripada golongan orang
awam agar segala keputusan dan tindakan yang diambil oleh Majlis
ini tidak mengutamakan kepentingan ekonomi semata-mata. Prinsip
check and balance yang diamalkan oleh perlanan sistem pemerintahan
negara yang terdiri daripada tiga cabang utama iaitu eksekutif,
legislative dan kehakiman boleh diguna pakai dalam hal ini.
Penguatkuasaan denda terhadap pihak yang melakukan pencemaran
juga mempunyai kaitan dengan kepentingan ekonomi. Jumlah denda yang
tinggi kepada pengilang bermakna ia akan menjejaskan aktiviti
kilang tersebut. Keluaran mungkin akan dikurangkan atau harga
barang keluaran kilang berkenaan akan dikurangkan. Ini menyebabkan
pihak berkuasa berkecenderungan mengenakan denda yang sedikit bagi
kesalahan yang besar. Misalnya, pada bulan Februari 1982, Hotel
Holiday Inn telah didenda Cuma RM 300 kerana mencemarkan air laut
di Batu Feringgi disebabkan pelepasan najis tak sempurna dan
sisa-sisa air buangan. Pada tahun 1981 pula, sebuah kilang di Kedah
telah didenda RM 500 kerana mencemar Sungai Tawar dan Sungai
Kangar.
Jika dilihat daripada contoh-contoh ini, hukuman yang dikenakan
adalah amat tidak berpatutan dengan peruntukkan yang ada. Hukuman
bagi pelepasan buangan ke laut ialah denda tidak lebih RM 10000 dan
penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. Manakala hukuman
bagi pencemaran perairan daratan ialah denda tidak lebih RM 10 000,
penjara tak lebih dua tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan RM
1000 sehari bagi kesalahan yang diteruskan selepas mendapat notis
daripada Ketua Pengarah untuk menghentikanya. Di sini, banyak
faktor boleh dilihat iaitu kelemahan penguatkuasaan, unsur korupsi
dan sebagainya yang menyebabkan masalah ini. Tetapi masalah ini
juga tidak dapat lari daripada jangkaan bahawa pihak berkuasa lebih
mengutamakan kepentingan ekonomi semata-mata dengan berlembut
dengan pihak yang bersalah. Denda yang dikenakan ini hanyalah
merupakan derma daripada pencemar yang sedikitpun tidak akan
memberi sebarang pengajaran kepada mereka. Mereka akan terus
melakukan pencemaran dan membayar denda yang kecil.
Selain itu, berlaku penindihan kuasa antara kerajaan pusat dan
kerajaan Negeri dalam isu-isu dan hal berkaitan dengan alam
sekitar. Peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Negeri
berkenaan sumber dan hal-hal alam sekitar adalah jelas. Perundangan
subsidiari sama ada undang-undang jenayah dan sivil yang dibuat
oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri adalah mengikut garis panduan
Perlembagaan masing-masing kerana ia merupakan undang-undang yang
tertinggi. Kerajaan Persekutuan dalam usahanya untuk mewujudkan
undang-undang yang seragam antara negeri telah meluluskan
undang-undang berkaitan alam sekitar yang dapat digunakan di semua
negeri. Langkah ini diterima di semua negeri di semenanjung namun
keseragaman ini tidak dapat dicapai di Sabah dan Sarawak kerana
kedua buah negeri ini mempunyai peruntukkan khas dalam Perlembagaan
Persekutuan. Sebagai contoh, tiada pindaaan yang boleh dibuat dalam
Perlembagaan Persekutuan yang berkait dengan hal ehwal kedua buah
negeri seperti hal- hal perundangan negeri, bidang kuasa Mahkamah
Tinggi, agama dan adat istiadat kedua buah negeri tanpa persetujuan
Yang Dipertua Negeri Sabah atau Sarawak.
Selain itu, Jabatan Alam Sekitar yang merupakan agensi
persekutuan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tiada
kawalan menyeluruh berkaitan dengan sumber-sumber alam sekitar. Hal
berkaitan dengan dengan tanah, hutan, sumber air , kawasan Kerajaan
tempatan, perikanan and pertanian adalah di bawah bidang kuasa
Kerajaan Negeri seperti yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan,
Senarai Negeri , Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, konflik sering
berlaku antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri berkaitan dengan
pengurusan alam sekitar.
Di dalam kes pemuliharaan alam sekitar, Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling ( Pindaan ) 1985
merupakan akta-akta yang digubal dan diluluskan oleh kerajaan
Persekutuan tetapi pengurusan sumber alam sekitar masih dalam
kawalan Kerajaan Negeri. Kejayaan Akta-akta tersebut bergantung
kepada kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan
Persekutuan. Namun kadang kala kerjasama ini susah dicapai jika
berkait dengan kepentingan kedua-dua buah pihak seperti dalam kes
pembalakan di Endau- Rompin.
Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) Hutan Simpan
Endau-Rompin akan dijadikan Taman Negara. Taman Negara ini terdiri
daripada kawasan seluas 500 000 ekar dan termasuk 90 000 ekar di
Pahang dan 120 000 ekar di Johor. Pada tahun kedua Rancangan ini,
Kerajaan Negeri Pahang telah menggunakan 30 000 ekar daripada
kawasan tersebut untuk pembalakan. Sebalik pelbagai bantahan
daripada badan bukan kerajaan dan orang awam, kerajaan Negeri
menyatakan mereka amat memerlukan hasil daripada pembalakan
tersebut. Walaupun mendapat pelbagai tentangan dan perhatian
daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Pahang bercadang
mengeluarkan lebih banyak lesen pembalakan. Hal ini hanya dapat
diselesaikan selepas pilihan raya pada tahun 1978 di mana Menteri
Besar Pahang yang baru dilantik.
Kes Endau-Rompin merupakan contoh pertelingkahan kepentingan
antara kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Masalah
pertelingkahan kepentingan dan pertindihan kuasa akan tetap berlaku
kerana masing-masing mempunyai hak untuk menguruskan sumber-sumber
alam sekitar seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan
Persekutuan. Peruntukkan tersebut bukanlah buruk atau membebankan
kerana ia bertujuan mengimbangi kuasa antara Kerajaan Persekutuan
dan Kerajaan Negeri di dalam sistem pemerintah negara yang
berbentuk persekutuan. Namun ia tetap mempunyai kelemahannya
seperti yang telah dinyatakan. Dengan membuat pindaan kepada
Perlembagaan Persekutuan ia dapat menyelesaikan masalah tersebut
tetapi mewujudkan juga masalah baru seperti kuasa mutlak berada di
tangan Kerajaan Persekutuan dan tiadanya imbangan kuasa dalam
pemerintahan negara.
Namun, langkah terbaik dalam hal ini ialah meminda Perlembagaan
Persekutuan dengan memberi kuasa sepenuhnya kepada Kerajaan
Persekutuan untuk menguruskan sumber dan hal-ehwal alam sekitar
namun adalah penting memasukkan peruntukkan melantik badan yang
bebas untuk mengawasi tindakan kerajaan dalam menguruskan alam
sekitar. Hanya dengan cara ini masalah pertindihan kuasa dan
pertelingkahan dapat diselesaikan di samping memastikan Kerajaan
Persekutuan tidak bertindak sesuka hati dalam pengurusan alam
sekitar negara dengan melantik badan pemerhati bebas untuk
mengawasi mereka. Sesungguhnya, jika pihak kerajaan betul-betul
mengutamakan alam sekitar mereka haruslah megetepikan kepentingan
politik dan ekonomi dan melaksanakan pembangunan terancang (
substainable development) seperti yang diperuntukkan dalam
rancangan Malaysia Ketiga hingga kini ( Rancangan Malaysia Ke- 9
).
Tentang masalah melaksanakan undang-undang persekutuan di Sabah
dan Sarawak kerana kedua buah negeri ini mempunyai keistimewaan di
dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Negeri kedua buah negeri
perlu juga mengambil kira kebaikkan undang-undang tersebut terhadap
pembangunan alam sekitar di negeri masing-masing. Tiada salahnya
mengguna pakai undang-undang tersebut dengan menggubal
undang-undang yang sama dengan undang-undang tersebut dan
menguatkuasakannya di negeri masing-masing jika ia betul-betul
merupakan pilihan terbaik disebabkan kekangan yang ada untuk
menggunakan undang-undang persekutuan.
Tetapi masalah yang ada kini ialah kedua buah negeri terlalu
mengikut telunjuk Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan sesuatu
projek sambil mengabaikan kepentingan alam sekitar. Contohnya,
Pembinaaan Empangan Bakun di Sarawak banyak menjejaskan ekosistem
alam sekitar. Kerajaan negeri dalam hal ini perlu menggunakan kuasa
mereka seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan
untuk tidak membenarkan projek ini pada awalnya jika mereka
betul-betul mengutamakan kepentingan dan pengurusan alam
sekitarBudaya dan etika
MASALAH KETEGASAN DAN PELAKSANAANKeberkesanan kaedah kawalan
alam sekitar bergantung pada setakat mana kawalan-kawalan itu
mencukupi dan memandai. Apakah kawalan-kawalan itu merangkumi
segala aspek permasalahan alam sekitar, termasuk segala bentuk
bentuk pencemaran dan keutuhan sumber alam. Pengawalan bukan
semata-mata terhadap masalah yang telah serius tetapi juga turut
merangkumi segala bentuk pencemaran walaupun masih dalam peringkat
yang tidak membimbangkan dan juga segala kemungkinan kemusnahan
terhadap alam sekitar yang akan berlaku juga perlu diambil kira. Di
Malaysia, peruntukkan undang-undang adalah merangkumi hampir segala
aspek tentang alam sekitar namun adalah menjadi satu trend bagi
pihak berkuasa untuk menumpukan kawalan ke atas masalah-masalah
alam sekitar yang telah serius dan mendapat perhatian dan
meminggirkan masalah-masalah yang biasa. Namun pihak berkuasa tidak
boleh dipersalahkan kerana untuk melakukan kawalan yang menyeluruh
memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, pihak swasta dan masyarakat
secara amnya perlu mengeluarkan sedikit wang dan tenaga untuk
membantu pihak berkuasa menjalankan kawalan menyeluruh ke atas alam
sekitar dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata..
Masalah seterusnya ialah dari segi ketegasan langkah-langkah
kawalan yang telah diambil. Apakah peraturan-peraturan yang dibuat
dalam bentuk penetapan tingkat piawaian misalnya, sudah cukup tegas
dan sesuai dengan tingkat yang boleh menjamin kesihatan, atau
apakah tingkat tersebut sudah cukup tinggi sesuai dengan tingkat
penetapan yang telah dibuat oleh badan antarabangsa seperti
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau Amerika Syarikat. Begitu
juga apakah cukai pencemaran atau denda yang dikenakan itu sudah
cukup tinggi sehingga ia boleh dijadikan daya penggerak utama bagi
menggelakkan pencemaran. Soalan seterusnya ialah dari segi
pelaksanaannya. Apakah semua program dan penetapan yang telah
dibuat itu dapat dijalankan sepenuhnya?
Masalah ini akan diulas lebih lanjut dalam kelemahan
penguatkuasaan tetapi dari segi umumnya tingkat piawaian pengurusan
alam sekitar di negara ini ada yang telah mencapai standard
antarabangsa dan ada yang belum. Sebagai contoh, sistem pembekalan
air di Malayisa telah memenuhi piawaian WHO ( sumber: Majalah MASSA
) namun pengurusan alam sekitar di Malaysia masih dikritik
masyarakat antarabangsa kerana lebih mengutamakan pembangunan.
Tentang denda dan undang-undang yang ada, secara keseluruhan ia
masih belum mampu membendung pencemaran di tahap yang dikehendali
dan bukan semua program yang dirancang dapat dilaksanakan kerana
pelbagai masalah dan kekangan. Contohnya program kitar semula yang
bermula awal tahun 2000 semakin terpinggir kerana tiada sambutan
daripada masyarakat selain daripada kesukaran mewujudkan pusat
kitar semula di setiap daerah dan kawasan.MASALAH BIDANG KUASA DAN
HIERARKI JABATAN ALAM SEKITAR (JAS)Jabatan Alam Sekitar (JAS)
ditubuhkan pada tahun 1975 untuk menguatkuasakan Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 dan diketuai oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam
Sekeliling yang mempunyai bidang kuasa tertentu dalam mentadbir
pengurusan alam sekitar di bawah Akta tersebut. Jabatan ini
merupakan salah satu agensi kerajaan di bawah Kementerian Sains,
Teknologi dan Alam Sekitar ( kini Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar ).
Bidang kuasa JAS adalah terhad. Dalam hal-hal penentuan
keputusan dan program, JAS tidak dan kurang berperanan. Ia cuma
sebagai badan penasihat yang nasihatnya tidak semestinya akan
diterima. Kementerian sendiri dalam usaha untuk memajukan
penyelidikan sains misalnya penyelidikan dan kegunaan atom dari
segi keputusan dan perancangannya tidak pun meminta dan mengambil
kira pandangan JAS, sedangkan kedua-dua bahagian ini berada dalam
Kementerian yang sama. Di sini jelas bahawa peranan JAS hanyalah
kepada pelaksanaan peraturan alam sekitar yang tertentu sahaja, itu
pun setelah berlakunya kerosakkan. Sekiranya dalam kementerian yang
sama JAS tidak atau kurang mempunyai kuasa untuk menyertai proses
membuat keputusan, maka apatah lagi dalam Kementerian lain atau
jabatan-jabatan luar daripada kementerian ini.
Masyarakat cenderung menyalahkan Jabatan Alam sekitar apabila
berlaku satu pencemaran yang serius kerana tidak mengambil langkah
awal mencegahnya. Apakah daya Jabatan ini untuk melaksanakan
langkah pencegahan awal jika tidak mendapat sokongan dan kerjasama
daripada Kementeriannya sendiri. Jabatan boleh mengesyorkan
mengambil tindakan awal untuk mencegah sesuatu pencemaran daripada
berlaku namun jika Kementerian sendiri tidak menyokong tindakan
mereka dan meluluskannya serta lebih mengutamakan pembangunan
fizikal semata-mata, cadangan itu hanya tinggal cadangan tanpa
pelaksanaan. Masyarakat perlu sedar bahawa kakitangan JAS hanya
makan gaji dengan kerajaan dan tidak mampu mengingkari arahan
majikan sendiri. Oleh itu, JAS tidak sepatutnya disalahkan seratus
peratus apabila berlaku pencemaran alam sekitar yang serius.
Contoh masalah yang mungkin timbul antara JAS dan Kementerian
ialah pihak Kementerian membenarkan pembalakan di sesuatu kawasan
dan JAS berpendapat pembalakan tersebut akan memberi kesan yang
serius kepada alam sekitar. Jika Kementerian tetap dengan
keputusannya JAS tidak mampu menghalang kerana Kementerian dan
pihak kerajaan mempunyai autoriti dalam hal ini. Oleh itu,
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Menterinya Datuk
Seri Adenan Satem perlu peka terhadap perkara ini dan mengambil
kira penglibatan dan pendapat JAS sebelum membuat sesuatu keputusan
agar objektif pembangunan terancang dapat dicapai.
Selain itu, beberapa kelemahan lain wujud dalam JAS dalam
melindungi dan meningkatkan mutu alam sekitar, misalnya tidak
terdapat unit-unit penguatkuasa khas iaitu pegawai-pegawai dalam
setiap unit ( unit pencemaran air, udara dan sebagainya) yang
bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan peraturan. Yang ada
cuma perbincangan perbincangan antara JAS dengan unit-unit tersebut
sahaja.Pertindihan kuasa antara bidang kuasa pengurusan alam
sekitar antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga
merumitkan kerja JAS. Sebahagian besar sumber alam sekitar yang
sepatutnya berada dalam pemantauan JAS adalah di bawah bidang kuasa
kerajaan Negeri seperti tanah, air dan hutan. Oleh itu, mungkin
timbul isu JAS tidak dibenarkan menjalankan tugas mereka oleh
Kerajaan Negeri kerana tindakan mereka melibatkan bidang kuasa
Kerajaan Negeri. Sebagai contoh, terdapat sebuah kilang membuang
bahan buangan ke dalam sungai dan JAS hendak mengambil tindakan
terhadap mereka. Namun mereka memberikan surat daripada Kerajaan
Negeri yang membenarkan perbuatan tersebut. Dalam hal ini, JAS akan
berada dalam dilema sama ada mengambil tindakan atau tidak kerana
perkara tersebut berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.
Dalam keadaan ini, JAS perlu melaksanakan tugas mereka kerana
mereka mempunyai hak di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan
jika perkara ini dibawa ke mahkamah, mahkamah perlu memainkan
peranan dalam menyelesaikannya.
Namun pertindihan kuasa ini juga mempunyai kebaikkan di mana
kerajaan tempatan yang juga mempunyai kuasa dalam pengurusan alam
sekitar boleh membantu JAS dalam penguatkuasaan. Kerjasama ini
sudah tentunya membawa lebih banyak kebaikkan daripada bertelingkah
tentang pertindihan kuasa yang ada. Selain itu, kerjasama juga
boleh dibuat dengan agensi penguatkuasa yang lain seperti Jabatan
Pengangkutan Jalan, Jabatan Perikanan, Jabatan Perhutanan, Pejabat
Daerah dan Tanah dan Jabatan Kesihatan.
MASALAH KAKITANGANMasalah utama yang dihadapi oleh Jabatan Alam
Sekitar dalam menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar adalah dari
segi masalah kakitangan organisasi iaitu berkaitan dengan
pengambilan kakitangan untuk mengisi jawatan kosong. Oleh sebab
kakitangan yang ada tidak mencukupi untuk menjalankan segala
aktiviti yang berkaitan dengan penguatkuasaan peraturan yang
ditetapkan di bawah akta tersebut, maka jawatan kosong ini perlu
diisi.
Pada peringkat awal pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974, pejabat-pejabat JAS yang mentadbirkan Akta ini memang telah
menduga bahawa masalah perjawatan akan wujud dan dijangka bahawa
akta ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun
sebelum dapat dilaksana dan dikuatkuasakan sepenuhnya. Pada tahun
1974 dan 1975, tugas-tugas untuk menyelengarakan penubuhan JAS
sebagai agensi yang akan mentadbirkan akta ini dan masalah
pentadbirannya terpaksa dikendalikan oleh hanya dua orang Pegawai
Tadbir Diplomatik (P.T.D ) serta tanpa kakitangan pembantu yang
tetap. Sehingga tahun 1975, kedudukan kepegawaian di Jabatan Alam
Sekitar masih lagi serius dengan beberapa kekosongan jawatan
berlaku pada peringkat yang lebih kanan. Daripada sejumlah 25
jawatan yang ada cuma 13 jawatan sahaja yang terisi.
Pegawai-pegawai teknikal hanya diperoleh pada peringkat rendah
mulai dari bulan Mei 1975. Sungguhpun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
dan Jabatan Perkhidmatan Awam telah berusaha mencari calon yang
berkelayakan untuk memenuhi jawatan-jawatan tersebut tetapi masih
tidak dapat dipenuhi kerana ketiadaan calon yang sesuai dalam
bidang yang berkaitan. Oleh yang demikian, program kerja yang
menyeluruh tentang langkah-langkah kawalan dan kerja-kerja
perancangan tidak dapat dijalankan secara sistematik dan sempurna
sepertimana yang diharapkan.
Masalah kekurangan kakitangan ini sedikit sebanyak sudah pasti
menjejaskan kejayaan pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.
Contohnya dalam aktiviti kajian dasar untuk menentukan pencemaran
air pada tahun 1980, hanya dua kajian dasar sahaja dapat dijalankan
berbanding lapan kajian yang dicadangkan. Ini disebabkan oleh
kekurangan kakitangan pada awal tahun berkenaan.
Berdasarkan statistik yang dikemukakan, ia adalah statistik pada
25- 30 tahun dulu. Jadi apakah keadaannya sekarang? Sehingga kini
masalah kakitangan yang tidak mencukupi masih menjadi masalah bagi
JAS dalam melaksanakan penguatkuasaan dan perancangan. Walaupun JAS
mempunyai pejabat di setiap negeri, pegawai penguatkuasa masih
belum mencukupi. Masalah ini mungkin berpunca daripada pembiayaan
yang tidak mencukupi daripada Kerajaan Persekutuan dan masalah ini
juga berlaku pada agensi penguatkuasa yang lain.
Melihat kepada masalah ini yang masih belum selesai sejak Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974 mula berkuatkuasa, ia menunjukkan
kelemahan daripada pihak kerajaan dan negeri dalam menguatkuasakan
undang-undang berkaitan dengan alam sekitar. Keadaan ini juga jelas
menunjukkan ketidaksungguhan pihak terbabit dalam melindungi alam
sekitar dan melaksanakan pembangunan terancang seperti yang telah
dinyatakan dalam pelan Rancangan Malaysia Ketiga hingga sekarang.
Oleh itu, masalah ini perlu diselesaikan segera dengan mengambil
sumber tenaga yang diperlukan untuk Jabatan Alam Sekitar dan
jabatan penguatkuasa yang lain agar masalah ini tidak berlarutan
dan undang-undang yang ada dapat dikuatkuasakan dengan lebih
berkesan di samping perancangan pembangunan alam sekitar yang lebih
baik.
Namun janganlah mengambil mereka yang tidak berkelayakan atau
tidak berminat dengan isu alam sekitar untuk memenuhkan jawatan
yang kosong. Adalah lebih baik menanamkan dulu sikap yang betul
kepada mereka yang dilantik agar mereka tidak menjalankan tugas
dengan sambil lewa.
MASALAH KOS PENGURUSANDalam Rancangan Malaysia Ketiga (
1976-1980) , JAS telah mendapat peruntukan perbelanjaan pembangunan
awam berjumlah RM 40 juta dan jumlahnya telah merosot kepada RM 36
juta dalam Rancangan Malaysia Keempat, walaupun keperluan penjagaan
alam sekitar semakin mendesak. Jika dibandingkan jumlah peruntukan
perbelanjaan pembangunan awam, peratusnya adalah terlalu kecil,
tidak melebihi 2 peratus dalam kedua-dua rancangan tersebut.
Walaupun begitu peruntukan kendalian JAS terus meningkat melebihi
10 kali ganda antara tahun 1976-1985, ini khususnya disebabkan oleh
bilangan kakitangan JAS yang semakin meningkat.
Bagi buangan kotoran kumbahan domestik, JAS telah menetapkan
buangan sebanyak 50 mg/1 BOD ke sungai yang tidak digunakan bagi
pembekalan air dan 20 mg/1 bagi sungai yang digunakan bagi sumber
pembekalan air. Kajian menunjukkan bahawa untuk mencapai matlamat
antara 2-20 mg/1 ia memerlukan perbelanjaan pelaburan sebanyak RM
2.71 billion. Jumlah ini terlalu besar dan tentunya menyukarkan
bagi pihak kerajaan membuat keputusan segera ke atasnya. Pungutan
dan pelupusan sampah sarap pepejal dikatakan melibatkan kos purata
pada tahun 1983 sebanyak RM 50 setiap tan. Kalau bagi Kuala Lumpur
yang dianggarkan buangan pepejal sampah ialah 1000 tan sehari, maka
ini bermakna sejumlah lebih daripada RM 18 juta akan terlibat bagi
setiap tahun untuk kawasan Kuala Lumpur sahaja.
Dari segi pihak pengilang (pencemar), kesukaran juga timbul
dalam melaksanakan kawalan pencemaran. Kos yang besar akan terpaksa
ditanggung bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan. Bagi kilang
getah dan kelapa sawit sahaja, sehingga tahun 1983, sejumlah RM 200
juta terpaksa dibelanjakan bagi tujuan ini.
Menurut data terkini kerajaan memperuntukkan RM194 juta untuk
hal-hal berkaitan alam sekitar dalam belanjawan 2005. Jumlah ini
cukup besar dibandingkan dengan 15-20 tahun lalu tetapi persoalan
yang timbul ialah adakah jumlah ini mencukupi? Jumlah ini
menunjukkan kesungguhan pihak kerajaan dalam pembangunan alam
sekitar negara. Namun jika pencemaran terus meningkat tanpa
pengawalan, jumlah ini sudah tentunya tidak mencukupi untuk
menanggung semua gaji pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam
hal-hal alam sekitar, pembersihan semula kawasan pencemaran,
program pemeliharaan dan pemuliharaan dan sebagainya.
Salah satu langkah untuk mengurangkan kos ialah memberi kontrak
pada pihak swasta menjalankan proses pembersihan atau menswastakan
sesebuah agensi atau jabatan yang cuma bertanggungan dalam hal-hal
pembersihan pencemaran. Langkah ini sudah pasti mengurangkan beban
kerajaan namun masalah akan timbul bila orang ramai terpaksa
membayar harga yang tinggi untuk menikmati alam sekitar yang
bersih. Dalam hal ini sudah pastilah pihak kerajaan akan
dipersalahkan pula.
Kesimpulannya, berapa banyak pun peruntukkan yang diberikan
kepada kerajaan untuk pembangunan alam sekitar negara, ia tetap
tidak mencukupi jika pencemaran terus meningkat dan masyarakat
tidak turut memainkan peranan memelihara alam sekitar. Oleh itu,
langkah terbaik ialah orang ramai turut memainkan peranan agar
pencemaran dapat dikawal dan seterusnya mengurangkan beban
kerajaan. Langkah ini akan turut melancarkan pembangunan alam
sekitar negara agar orang ramai dapat menikmati alam sekitar yang
bersih.
MASALAH KESEDARAN DAN PENERIMAAN UMUM
Pengurus perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka, Abdol
Mutalib Che ManSungguhpun kesedaran rakyat tentang kepentingan alam
sekitar telah meningkat, tetapi kesedaran ini masih belum mencapai
peringkat yang realistik. Masih ramai yang melihat pengurusan alam
sekitar semata-mata untuk mengadakan udara yang nyaman dan air yang
bersih tanpa melihat kaitannya dengan usaha pembangunan.
Berdasarkan keadaan ini terdapat golongan yang tidak
bertanggungjawab terus melakukan kegiatan yang mencemarkan alam
sekitar dan melanggar peraturan alam sekitar. Masih ramai pemandu
kenderaan motor yang menggunakan asap-asap kenderaan melebihi paras
yang dibenarkan iaitu tak lebih 50 UAH yang ditetapkan di bawah
kaedah-kaedah Kereta Motor ( kawalan Pelepasan Asap dan Gas)
1977.
Majoriti rakyat Malaysia masih tiada kesedaran yang menyeluruh
tentang pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Pelbagai pihak
hanya melenting dan mengutarakan pendapat mereka apabila suatu isu
alam sekitar itu menjadi sensasi atau mendapat liputan meluas media
massa. Namun tiada tindakan susulan yang berkesan yang diambil
untuk menyelesaikannya. Sebagai contoh, isu bahan toksik yang
diletakkan di dalam sebuah kilang terbiar di Johor di mana bahan
toksik itu datang dari Taiwan . Pelbagai pihak mengutarakan
kebimbangan mereka dan kesan bahan toksik itu terhadap penduduk
setempat, namun masih tiada tindakan berkesan untuk menghapuskan
bahan toksik atau memindahkannya ke tempat lain. Mereka yang
terbabit memberikan pelbagai alasan seperti pihak Taiwan enggan
menerima balik bahan itu, masalah pengurusan dan undang-undang dan
sebagainya. Seharusnya tindakan drastik harus diambil dalam hal ini
seperti menlupuskan bahan toksik ini dengan segera dengan cara yang
dipratikkan dan bukan membiarkannya begitu sehingga suatu hari
nanti memudaratkan penduduk.
Rakyat perlu sedar bahawa mereka turut bertanggungjawab dalam
pemeliharan alam sekitar dan tidak mengharapkan kerajaan
semata-mata. Kesedaran perlu ada dan bukannya hanya mengambil mudah
isu-isu alam sekitar atau hanya pandai bercakap tanpa apa-apa
tindakan. Cadangan dan pelan tanpa apa-apa tindakan berkesan umpama
mencurahkan air ke atas daun keladi.
KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARAPendidkan dari peringkat awal
memainkan peranan penting untuk menanamkan kepentingan pemeliharaan
dan pemuliharaan alam sekitar kepada masyarakat. Namun nilai-nilai
ini jarang dapat dilihat dalam masyarakat kini dan pencemaran dan
kemusnahan alam sekitar semakin meningkat. Keadaan ini membuktikan
kecacatan dalam sistem pendidkan negara yang gagal menanamkan
sifat-sifat sivik dan terpuji serta tentang hal-hal alam sekitar
kepada masyarakat dan golongan pelajar.
Di sekolah Rendah dan Menengah, pendidikan alam sekitar tidak
diajar sebagai matapelajaran yang berasingan dan dimuatkan dalam
matapelajaran lain seperti sains dan Kajian tempatan. Namun untuk
keperluan peperiksaan, sering kali matapelajaran seperti Kajian
Tempatan digunakan untuk mengajar subjek lain. Oleh itu, pendidkan
alam sekitar diabaikan untuk memenuhi keperluan alam sekitar dengan
menggunakan masa itu untuk pelajaran lain. Pada peringkat institusi
pengajian tinggi pula hanya pelajar yang mengambil ijazah atau
subjek berkaitan dengan alam sekitar sahaja mengetahui tentang
isu-isu dan cara untuk menguruskan alam sekitar. Manakala pelajar
lain hanya berpandangan seperti masyarakat biasa iaitu alam sekitar
hanya berkait dengan kebersihan, flora dan fauna dan persekitaran
tanpa mengetahui kepentingan pengurusan alam sekitar yang
betul.
Namun kini terdapat harapan dalam pendidkan alam sekitar di mana
kerajaan mengutamakan pendidikan alam sekitar bermula dari
Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) dan masyarakat turut
melibatkan diri dalam pendidikan yang bersifat tidak formal.
Contohnya promosi kesedaran alam sekitar, pertandingan bertemakan
alam sekitar dan penyiaran rancangan berbentuk alam sekitar di
dalam media elektronik dan media massa.
Adalah diharapkan usaha-usaha yang ada berterusan agar kesilapan
masa lalu tidak diulangi dan generasi muda dan baru memperoleh ilmu
yang menyeluruh tentang pendidikan alam sekitar serta dapat
mempraktikkannya kelak untuk berdepan dengan isu-isu alam sekitar
di masa hadapan. Pendidikan adalah medium yang berkesan untuk
pembangunan kelak.
Penguatkuasaan Undang-undang
KELEMAHAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANGKetiadaan pegawai
penguatkuasa yang mencukupi dan kesusahan dalam menyediakan laporan
yang lengkap sebelum sesuatu tindakan dapat diambil adalah
kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang alam sekitar dan
menyebabkan kepercayaan orang ramai terhadap agensi penguatkuasaan
semakin menurun. Masalah lain ialah pemantauan sering dilakukan
dalam waktu bekerja walhal banyak pencemaran dilakukan pada waktu
malam seperti pelepasan asap kilang dan sisa buangan ke dalam
sungai.
Di peringkat Kerajaan Tempatan dan Pejabat Daerah keadaannya
lebih serius kerana bilangan anggota yang terhad, kebanyakkan
daripada mereka tidak dilatih berkenaan cara menguatkuasakan
undang-undang alam sekitar. Malah ada di antara mereka yang tidak
mengetahui pun adanya peruntukkan tentang penguatkuasaan
undang-undang alam sekitar di bawah bidang kuasa mereka. Di Pejabat
Daerah Hulu Langat, tiada seorang pun pegawai yang dilatih dalam
hal-hal penguatkuasaan alam sekitar dan mereka juga tidak tahu
adanya peruntukkan berkenaan hal berkenaan di bawah bidang kuasa
mereka.
Selain itu, masalah-masalah lain yang dihadapi ialah kekangan
politik dan ekonomi, pertindihan kuasa antara kerajaan Negeri dan
Persekutuan, tiadanya kos yang mencukupi dan tiada kerjasama
daripada orang ramai. Selain itu, masalah pecah amanah atau rasuah
juga mungkin timbul yang menyumbang kepada masalah kelemahan
penguatkuasaan namun tiada data atau kes mengenainya yang diketahui
umum.
Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kelemahan
penguatkuasaan alam sekitar. Namun masalah ini tidak seharusnya
dijadikan alasan untuk para pegawai penguatkuasa untuk tidak
menjalankan tugas mereka dengan baik. Mereka sepatutnya berdedikasi
dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas agar usaha mereka
dihargai dan mendapat pujian ramai. Melalui cara ini sahaja,
masalah-masalah lain yang dihadapi mereka akan disedari pihak
terbabit dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut satu
persatu. Kelemahan dan tiada kesungguhan di pihak pegawai
penguatkuasa sendiri akan membantutkan lagi penguatkuasaan dan
menambah masalah yang sudah banyak berkenaan penguatkuasaan .
KESIMPULANNegara sudah mempunyai banyak peruntukkan
undang-undang berkenaan alam sekitar yang jika dikuatkuasakan
sepenuhnya mampu menangani masalah-masalah alam sekitar yang timbul
kini. Namun penguatkuasaan sepenuhnya masih tidak dapat dijalankan
kerana pelbagai kelemahan dan kekangan yang ada. Dalam hal ini,
kerajaan perlu mengambil kira faktor ini dan bukannya menggubal dan
meluluskan undang-undang alam sekitar yang baru.
Selain itu, pihak swasta dan orang ramai juga perlu memainkan
lebih peranan dalam meringankan beban kerajaan dan tidak
mengharapkan kerajaan semata-mata menangani isu-isu alam sekitar
yang timbul. Penyelesaian masalah alam sekitar secara bukan
perundangan seperti melalui pendidikan formal dan tidak formal
perlu dipergiatkan lagi dan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat
agar pembangunan terancang dapat dicapai dengan berkesan.
Pelan pembangunan negara dan pengekalan alam sekitar negara
sebenarnya menuju ke arah yang betul seperti yang dinyatakan dalam
Rancangan Malaysia ketiga hingga Rancangan Malaysia Kesembilan.
Namun masih banyak lagi tindakan yang perlu dilakukan untuk
mencapai tahap yang diingini disebabkan pelbagai kelemahan dan
kekangan yang timbul. Kuncinya adalah kerjasama daripada semua
pihak dan bukan kerajaan semata-mata. Mengejar kekayaan
materialistik sekarang merupakan trend kehidupan orang ramai tanpa
mengambil kira pembangunan alam sekitar, tetapi apakah nilai harta
benda itu kelak jika kita terpaksa membayar harga yang tinggi untuk
menikmati alam sekitar itu sendiri yang sepatutnya percuma
sahaja.
Adalah diharapkan mereka yang berpendidikan tinggi juga sedar
akan kepentingan alam sekitar dan menjadi penunjuk arah ke arah
pengekalan alam sekitar dan pembangunan terancang untuk semua.
KESAN
3.3 Impak Isu Alam SekitarKepupusan flora dan faunaKualiti hidup
menurunDegradasi alam dan sumberPengaruh negatif politik dan
hubungan antarabangsa
pengenalan
Paya Bakau Diancaman Kemusnahan
Hutan paya bakau kini merupakan habitat yang paling terancam dan
mula lenyap pada kadar yang tinggi. Di Thailand, setengah hutan
paya bakaunya lenyap semenjak 1960. Di Filipina pula, keluasan paya
bakau telah menurun daripada 448 000 hektar pada tahun 1920 kepada
110 000 hektar pada tahun 1990.
Di Equador pula, dianggarkan 20% hingga 50% hutan bakau telah
lenyap disebabkan oleh kegiatan manusia. Tidak mustahil jika pada
satu hari nanti, hutan paya bakau akan pupus sepenuhnya dari muka
bumi jika manusia masih tidak mahu memelihara salah satu anugerah
alam ini
1. Kepupusan flora dan faunaKESAN-KESAN PENGHAPUSAN
PAYAKehilangan habitat semula jadi untuk haiwan dan tumbuhan
Kepupusan flora dan fauna
Pengurangan kawasan sumber makanan
Menjejaskan keseimbangan ekosistem kawasan paya
factor utama iaitu masalah hakisan. Hakisan yang berlaku
kebiasaannya disebabkan oleh ombak kuat yang menghempas ke
pokok-pokok bakau ini. Sekaligus, ini boleh merencatkan pertumbuhan
bakau, malah lebih teruk lagi boleh membawa kepada kepupusan
spesies-spesies bakau yang jarang ditemui
sepertiRhizophoraapiculata sp(Bakau Minyak), Rhizophora mucronata
sp(Bakau Kurap),danRhizophora stylosa sp(Bakau Kecil). Selain itu,
hakisan juga akan memendakkan laut, dan ini akan menyebabkan flora
dan fauna yang sedia ada berkemungkinan besar juga akan turut
terjejas.Faktor seperti tumpahan minyak juga boleh mengancam
pertumbuhan dan habitat paya bakau ini. Hal ini akan menyebabkan
hidupan alam air akan mengalami ancaman untuk terus hidup dan
membiak dengan sempurna dalam habitatnya. Tumpahan minyak akan
menyebabkan akar bakau tidak dapat bernafas sekaligus boleh
mengundang kepada kepupusan pokok. Selain itu,pokokbakau juga tidak
dapat melancarkan pertumbuhan benihnya yang secara semulajadinya
tersebar melalui air.
Selain itu, faktor sampingan seperti sampah sarap juga boleh
mengundang kepada kepupusan pokok bakau sekiranya tidak dibendung.
Kesan kepada aktiviti tidak bermoral ini samada dating daripada
pihak penduduk setempat mahupun orang awam boleh mengganggu
persekitaran bakau. Lebih memilukan, aktiviti ini boleh membawa
kepada kemusnahan habitat hidupan-hidupan air kecil seperti belacak
dan ketam. Malah, habitat haiwan seperti monyet juga akan turut
terjejas.2. Kualiti hidup menurun
Secara kesimpulannya,hutan paya bakau merupakan satu kawasan
ekosistem yang harus dipelihara bagi mengelakkanberlaku
sebarangkemusnahandi kawasanini.Masyarakat akanrugijikamembiarkan
tanah paya bakau mengalami kemusnahan kerana negara akan kehilangan
satuekosistem alamyangunik dantidak terdapatdi kawasanlain.Jika
eksploitasi berlebihandilakukan dikawasantanah payaini
akanmenyebabkan kawasantanah payabakau akanberkurangan
dankeseimbangan ekosistemjuga turutterancam.Satu sistempengurusan
bagimengelakkan pengurangan tanah paya yang efisien perlu
dilaksanakan supaya dapat menjaga kelestarian tanahpaya
bakauagarakan terusberkekalan.Oleh sebabitu, semuapihakseharusnya
memainkan peranan penting dalam memastikan kawasan tanah paya bakau
ini terus berkekalan dan tidak hanya memandang untuk mendapat
keuntungan sahaja.3. Degradasi alam dan sumberHutan paya bakau
merupakan sempadan di antara lautan dan daratan, kerana ombak dan
arus pasang surut mendedahkan daratan kepada bahaya hakisan.
Justeru itu, paya bakau berupakan benteng yang menahan daratan
daripada terus habis dihakis oleh ombak laut.
Paya bakau juga merupakan zon penampan kepada ribut, kerosakan
harta benda, dan kehilangan nyawa akibat bencana semula jadi
seperti tsunami. Kawasan-kawasan yang telah ditebang hutan bakau,
selalunya terdedah kepada ancaman ribut dan juga pemendakan yang
teruk.
CARA MENGATASI
PENDAHULUANSememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan
adalah amat penting untuk kemajuan sesebuah negara. Namun
pembangunan yang tidak mengambil kira ataupun tidak diseimbangkan
dengan kemampuan alam sekitar sudah semestinya akan menyebabkan
konsep pembangunan berterusan tidak dapat direalisasikan. Akibatnya
bukan hanya generasi ini sahaja yang akan mengalami masalah tetapi
generasi masa depan akan menwarisi masalah yang diwujudkan pada
masa ini. Oleh itu, timbullah pelbagai isu dan masalah berkenaan
kualiti alam sekitar yang semakin merosot dan diburukkan lagi
dengan pelbagai kelemahan dan kekangan dalam menangani isu dan
masalah tersebut.
Pelbagai usaha untuk menangani isu-isu alam sekitar telah
dilakukan sama ada oleh kerajaan, pihak swasta dan masyarakat
sendiri melalui cara perundangan dan bukan perundangan namun
hasilnya tetap tidak memuaskan. Keadaan ini disebabkan oleh
pelbagai kelemahan dan kekangan dalam melaksanakan langkah-langkah
tersebut. Adalah diharapkan tugasan yang dijalankan ini dapat
mengenal pasti kekangan dan masalah tersebut dan seterusnya
mencadangkan cara penyelesaian yang lebih baik dan berkesan untuk
isu-isu tersebut. Perundangan Dan PenguatkuasaanAkta Kualiti Alam
Sekeliling 1974Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976Akta Perhutanan
Negara 1984Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972Akta Perancangan
Bandar dan DesaMENANGANI ISU ALAM SEKITAR DI MALAYSIA
Disediakan oleh: Fong Mei Yen & Lim Cheng Hui4.1 PERUNDANGAN
DAN PENGUATKUASAANAkta Kualiti Alam Sekeliling 1974Jabatan Alam
Sekitar (JAS) ditubuhkan pada tahun 1975 untuk menguatkuasakan Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan diketuai oleh Ketua Pengarah
Kualiti Alam Sekeliling yang mempunyai bidang kuasa tertentu dalam
mentadbir pengurusan alam sekitar di bawah Akta tersebut. Jabatan
ini merupakan salah satu agensi kerajaan di bawah Kementerian
Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ( kini Kementerian Sumber Asli
dan Alam Sekitar ).
Larangan Dan Kawalan Mengenai Pencemaran
Subseksyen 34A(1) Akta 127 memberi kuasa kepada Menteri Alam
Sekitar, selepas berunding dengan Majlis Kualiti Alam Sekeliling,
untuk menetapkan apa-apa aktiviti yang mungkin mempunyai kesan
kepada alam sekeliling, sebagai aktiviti yang ditetapkan, dan perlu
dikawal bagi tujuan perlindungan alam sekitar.
Apa itu Laporan Penilaian Alam Sekitar EIA(Environmental Impact
Assessment)?(EIA) ialah satu alat untuk :
1. Mengenalpasti, meramal, menilai dan memberi maklumat mengenai
kesan-kesan kepada alam sekitar akibat daripada sesuatu cadangan
projek.
2. Mengemukakan langkah-langkah tebatan sebelum sesuatu projek
berkenaan boleh dilulus dan dilaksanakan.
3. Mengurangkan masalah alam sekitar akibat dari sesuatu
tindakan.
4. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)
(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987, yang dibuat di bawah
peruntukan subseksyen 34A(2) Akta 127, menetapkan 19 kategori yang
memerlukan penyediaan EIA.
Kategori Yang Perlukan EIAPertanian
Lapangan Terbang
Pengairan dan Saliran
Tebus Guna Tanah
Perikanan
Perhutanan
Perumahan
Industri
Infrastruktur
Pelabuhan
Perlombongan
Petroleum
Penjanaan dan Pemancaran Kuasa
Kuari
Keretapi
Pengangkutan
Pemajuan Rekreasi dan Peranginan
Pengolahan dan Pelupusan buangan; dan
Bekalan
Kawalan Buangan TerjadualSeksyen 34BLarangan terhadap
penempatan, perletakan, dan sebagainya buangan terjadual.
1. Tiada seorang pun boleh melakukan perkara-perkara berikut
tanpa kelulusan daripada Ketua PengarahJabatan Alam Sekitar
(a)Melupuskan apa-apa buangan terjadual di darat atau ke dalam
perairan Malaysia;
(b)menerima atau menghantar, atau menyebabkan atau membenarkan
diterima atau dihantar apa-apa buangan terjadual di dalam atau di
luar Malaysia; atau
(c)mentransit atau menyebabkan atau membenarkan ditransit
buangan terjadual.
2. Ketua Pengarah boleh memberikan kelulusan bertulis sama ada
tertakluk kepada syarat atau tak bersyarat.
3. Apa-apa tindakan menerima atau menghantar, atau mentransit
apa-apa buangan terjadual dengan kelulusan yang diperolehi melalui
pemalsuan, salah nyataan atau fraud atau yang tidak mematuhi dengan
cara yang material dengan dokumen yang releven dalam borang yang
ditetapkan adalah suatu kesalahan.
4. Sesiapa yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu
kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM500 ribu atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau
kedua-duanya.
AKAS 1974Seksyen 22
-Sekatan Mengenai Pencemaran Udara
-Peruntukan Lesen Pelanggaran terhadap syarat-syarat yang
diterima bagi melepaskan bahan buangan ke udara.
Denda-RM 10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau
kedua-duanya.
AKAS 1974 (Pindaan 1996)Seksyen 22-Denda-RM 100,000 atau penjara
tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya.
AKAS 1974, Pindaan 1998Mengadakan peruntukan baru iaitu:-
Seksyen 29 A-Larangan atas pembakaran terbuka
Pertambahan denda kepada RM 500,000 atau penjara tidak lebih 5
tahun atau kedua-duanya.
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976Akta Perancangan Bandar dan
Desa 1976 (selepas ini akandisebut sebagai Akta 172) yang
diluluskan oleh Parlimendalamtahun
1976adalahbertujuanmengadakankeseragaman undang-undang serta
kawalan dan peraturanyang lengkap bagi perancangan bandar dan desa
dalamkawasan-kawasan pihak berkuasa tempatan diSemenanjung
Malaysia.Penggubalan Akta172 jelasmenunjukkan usaha kerajaan untuk
memperkenalkan satuperundanganperancanganyangbersistematik
diSemenanjung Malaysia. Akta 172 merupakan Akta yang khusus
berkenaan dengan perancangan bandar dan desadan tidak lagi menjadi
sebahagian daripada perundanganKerajaan Tempatan.Akta ini memberi
kuasa kepada PihakBerkuasa Negeri untuk bertanggungjawab terhadap
dasaram berkenaan dengan pemeliharaan, pemajuan dan penggunaan
semua tanah dan bangunan di dalam Negeri.
Di samping itu pihak berkuasa perancang
tempatandiberitugasuntukmengatur,mengawaldanmerancang pemajuan dan
penggunaan semua tanah dan bangunandalam kawasannya.Akta 172 telah
menyediakan suatu asas undang-undangbagi membolehkan negeri-negeri
di Semenanjung
Malaysiamenggalakkanpengawalan,penggunaandanpemajuantanah di dalam
rangka dasar negara. Bagi mencapai tujuanini, Akta 172 telah
membentuk serta menggalakkan aspek-aspek berikut :(a)suatu jentera
perancangan dan sistem baru di dalam negeridan kawasan-kawasan
pihak berkuasa tempatannya.(b) asas untuk menggalakkan dasar-dasar
Negara, Wilayahdan Negeri serta menterjemahkannya ke dalam
bentukfizikal di peringkat
tempatan.(c)suatutatacaradansistemyangtegassertalebihmenitikberatkan
keperluan-keperluan
awam.(d)suatukeperluanundang-undanguntukmengenalpasti
kawasan-kawasan utama (kawasan-kawasan tindakan) dan untuk
mengambil tindakanmembangunkannyadalamtempoh yang
ditetapkan.(e)suaturangkasumberbagiperancangandanpemajuankawasan-kawasan
yang dimaksudkan.(f)suatu sistem rayuan, sekiranya terdapat sesuatu
pihakyang terkilan akibat dari sesuatu keputusan
perancangan,melalui pembentukan suatu Lembaga
Rayuan.(g)suatutatacarayangsesuaibagipengawalandanpenguatkuasaanperancanganmelaluipenyusunantiaptiap
langkah yang seharusnya
diambil.(h)suatusistempengurusankewanganbagipenyediaankemudahan-kemudahanawammelalui
pemungutan pembayaran pemajuan sekiranya terdapat kenaikan
nilaisesuatu tanah itu akibat dari sesuatu perancangan
danpemajuan.(i)suatu sistem pemajuan tanah, melalui peruntukan
notisbeli yang tanpanya akan mengakibatkan tanah itu terbiardan
tidak mendatangkan
faedah.(j)suatusistempemajuantanahmelaluipengisytiharankawasan-kawasankemajuan,yangmembolehkanpihak
berkuasaperancangtempatanmengambilsemuatanahmilik di dalam kawasan
itu, dan
memajukannya.(k)suatusistemmenggunakhidmatejen-ejen,membuatperkiraan
dan menubuhkan perbadanan-perbadanan
olehpihakberkuasaperancangtempatanbagimemajukankawasan-kawasan
kemajuan.Akta Perhutanan Negara 1984Suatu Akta untuk mengadakan
peruntukan bagi pentadbiran, pengurusan dan pemuliharaan hutan dan
pembangunan perhutanan dalam Negeri di Malaysia dan bagi maksud
yang berkaitan.
Bahawasanya adalah suai manfaat bagi maksud hanya untuk
menentukan persamaan undang-undang bagi Negeri di Malaysia untuk
membuat undang-undang mengenai pentadbiran, pengurusan dan
pemuliharaan hutan dan pembangunan perhutanan.
PenguatkuasaanKuasa Menangkap, Menggeledah, Menyita dan
Menyiasat Kuasa menangkap, menyita dan menyiasat(1) Seorang pegawai
hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan atau
seseorang pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang
yang dia mempunyai alasan untuk mempercayai telah melakukan suatu
kesalahan hutan, jika orang itu enggan menyatakan nama dan
alamatnya atau menyatakan suatu alamat di luar Malaysia atau
terdapat alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dia telah
menyatakan nama palsu atau alamat palsu atau dia mungkin akan
melarikan diri; dan boleh menyita apa-apa benda yang difikirkannya
perlu disita berhubungan dengan keterangan yang perlu bagi
membuktikan berlakunya mana-mana kesalahan itu.
(2) Apabila mana-mana orang telah ditangkap di bawah subseksyen
(1) dia hendaklah selepas itu dibicarakan sebagaimana diperuntukkan
oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
(3) Mana-mana pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah
daripada Penolong Pegawai Hutan Daerah, mana-mana pegawai polis
yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan dan mana-mana pegawai
yang menjaga balai polis boleh, berhubungan dengan apa-apa
penyiasatan mengenai apa-apa kesalahan hutan, tanpa perintah
Pendakwa Raya, menjalankan kuasa khas berhubungan dengan
penyiasatan polis yang diperuntukkan oleh Kanun Tatacara Jenayah
dalam mana-mana kes boleh tangkap.
Menyita hasil hutan yang menjadi perkara kesalahan(1) Apa-apa
hasil hutan yang mengenainya telah ada, atau ada, alasan munasabah
bagi mengesyaki bahawa telah berlaku suatu kesalahan hutan,
bersama-sama dengan apa-apa bekas, bungkusan atau pengangkut yang
ianya telah dijumpai atau yang telah digunakan berkaitan dengan
kesalahan itu, dan apa-apa jentera,alat, buku, dokumen atau benda
lain yang dengan munasabahnya dipercayai mempunyai kaitan dengan
kes itu, boleh disita oleh mana-mana pegawai hutan yang berpangkat
tidak rendah daripada Pengawas Hutan atau mana-mana pegawai
polis.
Menggeledah dengan waran(1) Jika seorang Majistret dapati
daripada maklumat bertulis atas sumpah dan selepas apa-apa siasatan
yang difikirkannya perlu bahawa terdapat sebab yang munasabah bagi
mempercayai bahawa dalam mana-mana bangunan atau tempat atau di
atas mana-mana tanah ada tersembunyi atau diletakkan apa-apa hasil
hutan yang mengenainya suatu kesalahan hutan sedang atau telah
dilakukan, Majistret itu boleh mengeluarkan waran memberi kuasa
kepada mana-mana pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah
daripada Penolong Pegawai Hutan Daerah atau mana-mana pegawai polis
yang dinamakan di dalam waran itu, pada waktu malam atau siang dan
dengan atau tanpa bantuan, memasuki bangunan, tempat atau tanah itu
dan di situ menggeledah dan menyita, dan memindahkan, apa-apa hasil
hutan yang mengenainya suatu kesalahan hutan telah dilakukan atau
disyaki telah dilakukan serta apa-apa jentera, alat, buku, dokumen
atau benda lain yang dengan munasabahnya dipercayai dapat memberi
keterangan mengenai berlakunya kesalahan itu.
(2) Mana-mana pegawai hutan atau pegawai polis yang bertindak di
bawah subseksyen (1) boleh
(a) memecah buka mana-mana bahagian luar atau dalam pintu
bangunan atau tempat atau mana-mana pagar, tembok, pintu pagar atau
galangan lain atas tanah, supaya dapat masuk ke dalamnya;
(b) memindahkan secara paksa mana-mana galangan terhadap
kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pemindahan itu sebagaimana
yang diberi kuasa kepadanya di bawah subseksyen (1); dan
(c) menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalam bangunan atau
tempat atau di atas tanah sehingga bangunan atau tempat itu selesai
digeledah.
Menggeledah tanpa waran1. Jika seseorang pegawai hutan yang
berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan atau seseorang
pegawai polis dapati bahawa terdapat sebab yang munasabah bagi
mempercayai bahawa dalam mana-mana bangunan atau tempat atau di
atas mana-mana tanah ada tersembunyi atau diletakkan apa-apa hasil
hutan yang mengenainya suatu kesalahan hutan sedang atau telah
dilakukan, dan jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk
mempercayai bahawa dengan sebab kelambatan mendapat waran di bawah
seksyen 90 hasil hutan itu mungkin akan dipindahkan, dia boleh
menjalankan di dalam, di atas, dan mengenai bangunan, tempat, atau
tanah itu semua kuasa yang tersebut dalam seksyen 90 dengan sepenuh
dan seluasnya seolah-olah dia diberi kuasa melakukannya dengan
waran di bawah seksyen itu.
Kuasa untuk memberhenti dan menggeledah pengangkut(1) Jika
mana-mana pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada
Pengawas Hutan atau mana-mana pegawai polis mempunyai syak yang
munasabah bahawa mana-mana pengangkut ada membawa hasil hutan
dengan melanggar Akta ini atau yang mengenainya suatu kesalahan
hutan sedang atau telah dilakukan, dia boleh memberhentikan dan
memeriksa pengangkut itu.
(2) Orang yang mengawal atau menjaga pengangkut itu hendaklah,
jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai hutan atau pegawai
polis itu
(a) memberhentikan pengangkut tersebut dan membenarkan pegawai
hutan atau pegawai polis itu memeriksanya; dan
(b) membuka semua bahagian pengangkut tersebut untuk diperiksa
dan mengambil segala langkah yang perlu bagi membolehkan atau
memudahkan perjalanan pemeriksaan itu sebagaimana difikirkan perlu
dibuat oleh pegawai hutan atau pegawai polis itu.
(3) Mana-mana orang yang tidak atau enggan mematuhi apa-apa
kehendak pegawai hutan atau pegawai polis di bawah subseksyen.
(4) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi *lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi **lima tahun atau kedua-duanya.
Kewajipan pegawai yang menyita(1) Apabila apa-apa benda disita
di bawah Akta ini, pegawai yang menyita itu hendaklah dengan
serta-merta
(a) meletakkan pada benda itu atau pada bekas atau bungkusan
yang mengandungi suatu tanda yang menunjukkan bahawa benda itu
telah disita; dan
(b) kecuali jika penyitaan itu dibuat pada diri orang itu atau
di hadapan pesalah itu atau pemunya atau ejennya, mengikut
mana-mana yang berkenaan, memberi notis secara bertulis mengenai
penyitaan itu dan alasannya kepada pemunya benda tersebut, jika
diketahui, sama ada dengan menghantar apa-apa notis kepadanya
sendiri atau melalui pos atau ke tempat kediamannya jika
diketahui.
(2) Mana-mana orang (selain pegawai hutan, pegawai polis atau
anggota angkatan tentera yang diberi kuasa di bawah Akta ini) yang
mengusik, memindahkan, merosakkan atau memusnahkan apa-apa benda
yang ditanda di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun
atau kedua-duanya.
Pelucuthakan benda yang disita(1)Apa-apa benda yang disita di
bawah Akta ini boleh dikenakan lucut hak.
(2) Jika apa-apa benda telah disita di bawah Akta ini, seseorang
pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pegawai Hutan
Daerah boleh, mengikut budi bicaranya, melepaskan untuk sementara
benda itu kepada pemunya benda tersebut apabila diberi jaminan yang
memuaskan hatinya bahawa benda itu akan diserahkan kepadanya
apabila diminta atau dibawa di hadapan mahkamah yang mempunyai
bidang kuasa kompeten.
(3) Suatu perintah bagi melucut hak atau bagi melepaskan apa-apa
benda yang kena dilucut hak di bawah Akta ini, hendaklah dibuat
oleh Mahkamah di hadapan mana pendakwaan mengenainya telah diadakan
dan suatu perintah bagi melucuthakkan benda itu hendaklah dibuat
jika dibuktikan dengan memuaskan hati Mahkamah bahawa suatu
kesalahan hutan telah dilakukan dan bahawa benda itu adalah hal
perkara, atau digunakan dalam melakukan, kesalahan itu walaupun
tiada seorang pun boleh disabitkan atas kesalahan itu.
(4) Jika tiada apa-apa pendakwaan mengenai apa-apa benda yang
disita di bawah Akta ini, benda itu hendaklah diambil dan
disifatkan terlucut hak apabila tamat tempoh satu bulan calendar
dari tarikh penyitaan itu melainkan jika sebelum tarikh itu suatu
tuntutan dibuat ke atasnya mengikut cara yang berikut:
(a) mana-mana orang yang mendakwa bahawa dia adalah pemunya
benda itu dan bahawa ianya tidak patut dikenakan lucut hak boleh
secara bersendirian atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara
bertulis, memberi notis bertulis kepada pegawai hutan atau pegawai
polis yang dalam miliknya benda itu berada menyatakan bahawa dia
menuntut benda itu;
(b) apabila notis itu diterima pegawai hutan atau pegawai polis
itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah merujuk tuntutan
itu kepada Pengarah yang boleh mengarahkan supaya benda itu
dilepaskan atau boleh mengarahkan pegawai itu merujuk perkara itu
kepada Majistret atau Hakim Mahkamah Sesyen untuk diputuskan;
(c) Majistret atau Hakim yang kepadanya perkara itu dirujukkan
hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang mendakwa
bahawa dia adalah pemunya benda itu serta orang yang daripadanya
benda itu disita supaya hadir di hadapannya dan apabila orang itu
hadir atau ingkar hadir, Majistret atau Hakim hendaklah meneruskan
pemeriksaan ke atas perkara itu dan, apabila terbukti bahawa suatu
kesalahan hutan telah dilakukan dan bahawa benda itu adalah hal
perkara atau digunakan dalam melakukan kesalahan itu, hendaklah
memerintahkan supaya benda itu dilucut hak atau jika tidak ada
bukti boleh memerintahkan supaya ianya dilepaskan.
(5) Semua benda yang dilucut hak atau disifatkan dilucut hak
hendaklah dihantar kepada Pegawai Hutan Daerah dan hendaklah
dilupuskan mengikut arahan Pengarah.
(6) Jika apa-apa benda yang disita di bawah Akta ini adalah
jenis mudah rosak atau adalah tertakluk kepada reput yang cepat dan
semula jadi atau jika penjagaan benda itu melibatkan perbelanjaan
dan kesulitan yang tidak munasabah, atau dipercayai menyebabkan
galangan atau bencana kepada orang awam, Pengarah boleh mengarahkan
supaya benda itu dijual pada bila-bila masa dan hasil jualan itu
dipegang bagi mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan
di bawah seksyen ini.
(7) Pihak Berkuasa Negeri tidak bertanggungan kepada manamana
orang bagi apa-apa pemerosotan nilai, tidak kira walau bagaimana
sekalipun ia terjadi, mengenai kualiti apa-apa benda yang disita di
bawah Akta ini.
Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972Suatu Akta bagi menyatukan
undang-undang berhubungan dengan hidupan liar dan selanjutnya bagi
mengadakan peruntukan untuk memberi perlindungan kepada hidupan
liar dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dengan nasihat dan
persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam
Parlimen dan dengan kuasa daripadanya.
Kesalahan-Kesalahan Dan Penalti-Penalti(1) Tiap-tiap orang yang
dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuhatau mengambil
binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau burung liar yang
diperlindungi (selain daripadanya binatang liar yang diperlindungi
sepenuhnya yang tidak matang atau burung liar yang diperlindungi
sepenuhnya yang tidak matang atau jenis betina binatang liar yang
diperlindungi sepenuhnya atau binatang liar yang diperlindungi
sepenuhnya) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila
disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau
kedua-duanya.
(2) Tiap-tiap orang (selain daripada orang-orang yang
diperihalkan dalam Seksyen 64 (1), 65, 66 dan 67) yang ada dalam
miliknya atau yang menjalankan perniagaan sebagai peniaga atau
pengawet binatang mengenai -
(a) binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau burung liar
yang diperlindungi atau terofinya;
(b) sarang atau telur binatang liar yang diperlindungi
sepenuhnya atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya.
Adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,
didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama
te