KURSUS: PENSYARAH: PROFESOR MADYA DR. SUPPIAH NACHIAPPAN TAJUK TUGASAN: Tugasan 2 (Ulasan Buku) NAMA: PUVANESWARY A/P BATMANATHAN NO KAD PENGENALAN: 870710-08-5782 NO. MATRIK/SEMESTER: KPP 6074 PEMBELAJARAN DAN KOGNISI
KURSUS:
PENSYARAH:
PROFESOR MADYA DR. SUPPIAH NACHIAPPAN
TAJUK TUGASAN:
Tugasan 2 (Ulasan Buku)
NAMA:
PUVANESWARY A/P BATMANATHAN
NO KAD PENGENALAN:
870710-08-5782
NO. MATRIK/SEMESTER:
M20141000415/ 1
1. Ulaskan gaya bahasa dalam penulisan karangan
KPP 6074 PEMBELAJARAN DAN KOGNISI
Menurut Profesor Madya Dr.Suppiah A/L Nachiappan penulisan karangan yang baik
ialah merangkumi elemen gaya bahasa yang menarik dan halus.Sebagai contoh, setiap perkataan
disusun dengan baik dimana selari dengan konteks ayat dan matlamat penulisan karangan
tersebut. Terdapat pelbagai gaya bahasa dalam matapelajaran Bahasa Melayu.Pelajar sekolah
mempelajari gaya bahasa tersebut secara formal di dalam kelas mengikut sukatan matapelajaran
Bahasa Melayu yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar sekolah turut
diajar aspek tatabahasa dan gaya bahasa bagi memastikan mereka mendalami kedua-dua aspek
tersebut dengan baik. Dengan ini, pelajar dapat mengaplikasikan ilmu gaya bahasa semasa
mengarang karangan.
Menurut pandangan Keraf (2006), gaya bahasa diertikan sebagai satu cara
mengungkapkan fikiran seseorang melalui bahasa dimana ia dapat mengambarkan jiwa dan
keperibadian tentang penulis tersebut. Manakala mengikut pandangan Tarigan (1985) gaya
bahasa merupakan bahasa yang indah dimana ia dipergunakan untuk meningkatkan impak
dengan memperkenalkan dan membandingkan suatu hal tertentu dengan hal yang lebih
umum.Secara ringkasnya gaya bahasa ialah penggunaan bahasa yang menjadi alat perantara
untuk melahirkan idea dan huraian untuk menjelaskan sesuatu isi dalam karangan secara
terperinci. Gaya bahasa ini menjurus kepada kewujudan peribahasa , simpulan bahasa , kiasan
bunga, ungkapan, pantun, perbandingan dan sebagainya. Selain daripada itu, kemahiran menulis
difokuskan apabila karangan yang dihasilkan oleh penulis ataupun penutur bahasa menampilkan
unsure kekreatifan dan keunikan karangan tersebut.
Gaya bahasa ini merupakan kemampuan seorang pengarang mengaplikasikan atau
mempergunakan ragam bahasa tertentu semasa melalui proses menulis sebuah karya sastera.
Dalam karya sastera ragam bahasa digunakan untuk member kesan kepada pembaca. Dalam
gaya bahasa terdapat beberapa jenis kategori. Mengikut Tarigan(1985), gaya bahasa
diklasifikasikan 4 jenis iaitu gaya bahasa perbandingan yang terdiri daripada sebelas jenis , gaya
bahasa pertentangan yang terdiri daripada 21 bahagian, gaya bahasa pertautan yang terdiri
daripada 14 kategori dan gaya bahasa perulangan yang terdiri daripada 13 bahagian. Manakala,
Keraf (2006), mengklasifikasikan gaya bahasa mengikut dua kategori iaitu gaya bahasa Retorik
yang terdiri atas 21 jenis dan gaya bahasa kiasan yang terdiri daripada 16 jenis gaya bahasa.
Beliau menyatakan bahawa gaya bahasa Retorik merupakan penyimpangan dari pembinaan ayat
biasa untuk mencapai kesan yang tertentu oleh pengarang. Gaya bahasa Retorik ini berfungsi
untuk menjelaskan memperkuat menghidupkan objek mati dan menimbulkan gelak ketawa
dalam kalangan pembaca. Manakala gaya bahasa Kiasan berbeza daripada gaya bahasa Retorik.
Gaya bahasa Kiasan ini berperanan membandingkan sesuatu objek atau perkara dengan sesuatu
perkara yang lain. Bagi mengenalpasti ciri-ciri yang menunjukkan persamaan antara dua objek
atau perkara tersebut. Selain daripada itu menurut pandangan Rahman Shaari 1993), Gaya
Bahasa Retorik terdiri daripada Anafora , Epifora, Simplok, Responsi, Homoiteleuton,
woordpname, paraelisme, asonasi, aposraf, kiasmus, eufemismus, litotes, hiperbola dan paradox.
Manakala, gaya bahasa kiasan terdiri atas simile, metafora, alegori, personifikasi, metonimia dan
ironi.
Gaya bahasa memainkan peranan yang penting dalam penulisan karangan. Salah satu
peranan gaya bahasa ialah membantu dalam proses komunikasi dan penulisan karangan
seseorang individu. Contohnya penggunaan peribahasa dalam penulisan karangan. Elemen
peribahasa ini nilai adat dan resam bangsa melayu dimana mereka mementingkan nilai
kerendahan diri, tidak sombong , sentiasa bersikap sederhana dalam kehidupan bermasyarakat.
Gaya bahasa merupakan penyampaian kandungan pemikiran dan budaya pengarang tersebut.
Bahasa mewujudkan elemen budaya apabila ia mengungkapkan tentang elemen budaya
manakala bahasa melambangkan entiti budaya. Bentuk sosialisasi dalam kalangan manusia dapat
dilihat melalui bahasa dan budaya sesuatu masyarakat. Mengikut pandangan Aziz Deraman
(2007) bahasa dapat memupuk resam , nilai dan norma serta pemikiran sesuatu bangsa. Secara
tuntasnya, konsep pemikiran dan pandangan hidup bangsa Melayu tentang adat budaya system
nilai kepercayaan beragama dan peradaban dirakamkan dengan penggunaan bahasa yang kreatif
dan indah dalam gaya bahasa penulisan karangan.
Peranan yang lain ialah gaya bahasa dalam bahasa Melayu menekankan usaha mencari
sebangsa Melayu mencari makna terhadap sesuatu perlakuan dan mencapai tindakan serta
keputusan yang sewajar dengan kelakuan tersebut. Ini dikatakan proses membina ilmu dan
kefahaman dimana ia melibatkan aktiviti mental dan kognisi untuk membentuk pemikiran
manusia. Pemikiran ini membantu bangsa Melayu untuk memnatapkan budaya warisan orang
Melayu untuk menegakkan identiti mereka di persada dunia. Dengan ini idea dan saranan yang
dilahirkan oleh pemikiran akan membentuk satu kepercayaan dan ideologi dalam kalangan
bangsa Melayu.
Peranan yang seterusnya ialah gaya bahasa dapat menyingkapkan atau memperlihatkan
pemikiran bangsa Melayu secara tersurat dan tersirat dalam berfalsafah bagi melahirkan idea
pandangan dan pengajaran. Gaya bahasa ini turut digunakan dalam penulisan karangan untuk
menyatakan sesuatu isi secara lebih sopan dan mendalam tentang sesuatu konteks. Penggunaan
kata yang mempunyai unsur pengulangan berangkap dan bersajak mengambarkan kebijaksanaan
bahasa Melayu menggunakan bahasa. Gaya Bahasa dalam bahasa Melayu digunakan untuk
menyampaikan sesuatu konsep gagasan nasihat ideologi peristiwa adat resam dan pengalaman
hidup.
Menurut Asma Omar ( 2005), Gaya Bahasa Melayu mempunyai susunan bahasa yang
menarik indah berlapik dan memiliki ciri budi pekerti penutur karya. Gaya bahasa turut
menentukan pola fikiran bangsa Melayu. Gaya bahasa ini menyelahkan nilai keindahan dan
kesantunan berbahasa yang wujud dalam budaya Melayu dan ia sentiasa dipelihara.
Seterusnya, gaya bahasa Melayu membawa signifikan dalam penulisan dengan
mewujudkan nilai-nilai moral dan deduktik. Ini dapat dilihat melalui penggunaan peribahasa,
simpulan bahasa, kiasan bahasa , pantun dan Metafora dalam kalangan pelajar. Ini menunjukkan
kesan penyampaian dan huraian dalam penulisan. Gaya Bahasa dapat dijadikan sebagai satu
panduan dan nasihat untuk memperbetulkan konteks permasalahan yang timbul dengan
penggunaan gaya bahasa dpat membawa satu pengajaran yang baik kepada semua golongan
bangsa Melayu.
Gaya Bahasa Melayu ini turut menyelahkan satu gambaran tentang nilai sosial, moral
dan fungsi adat dalam kehidupan bermasyarakat. Penerokaan gaya bahasa secara mendalam agar
makna tersirat dan tersurat yang disampaikan dapat difahami secara terperinci. Penggunaan gaya
bahasa dalam penulisan bergantung kepada rangsangan dan gerak balas semasa memikirkan
sesuatu perkara secara mendalam.
Konklusinya, gaya bahasa merupakan satu medium yang kita gunakan untuk
mengeksperisi perasaan dan pemikiran seseorang pengarang. Cara dan pendekatan berbahasa
yang digunakan oleh pengarang menentukan bagaimana penerimaan pembaca terhadap perasaan
dan pemikiran kita. Oleh itu pengarang haruslah bijak memanipulasi bahasa supaya dapat
menyampaikan idea dan teguran kepada pembaca tanpa sebarang masalah. Peranan gaya dan
peranan penulis adalah penting untuk mengemukakan idea yang bernas dan berkualiti dalam
proses penulisan karangan.
2. Huraikan pemprosesan informasi dalam penulisan karangan.
Menurut Profesor Madya Dr.Suppiah Nachiappan kemahiran menulis mengalakkan
proses pemikiran secara kreatif, kritis dan praktikal. Penggunaan minda secara optimum dapat
dicapai dengan mempelbagaikan aktiviti penulisan. Aktiviti penulisan dapat membantu pelajar
melakukan refleksi kepada diri sendiri, idea gagasan imaginasi dan pengalaman mereka.Ia turut
membantu untuk pembentukan konsep kendiri yang mantap dan berdaya saing. Gagasan
pemprosesan informasi melahirkan individu yang berkaliber tinggi yang bersifat universal.
Menurut Hayes and Flower (1986) aktiviti menulis merupakan salah satu proses yang
berbentuk tugasan iaitu melalui model mengarang. Mengikut model ini penulisan adalah proses
penyelesaian masalah yang melibatkan tiga proses utama iaitu perancangan,penghasialn hayat
dan semakan yang mempunyai matlamat yang berbeza. Dalam model ini proses penulisan
menunjukkan kematangan proses kognisi yang membentuk penghasilan teks. Dalam konteks
penulisan di sekolah pelajar melakukan pemprosesan informasi melalui ilmu pengetahuan
peristiwa dan pengalaman yang dialami pada zaman kecil. Pelajar akan menggunakan segala
ilmu pengetahuan baru yang disimpan di dalam memori jangka panjang semasa menjalankan
sesuatu aktiviti yang berlandaskan pemikiran. Pelajar perlu menguasai kemahiran ketepatan
dalam menulis gaya bahasa. Pelajar perlu mengukuhkan penguasaan kemahiran mental melalui
pemprosesan informasi untuk mengukuhkan ilmu pengetahuan yang diperolehi secara baru.
Manusia dapat mengembangkan idea pemikiran dan pembelajaran mengikut peredaran
masa dan zaman. Seseorang individu melibatkan diri dengan pemprosesan informasi yang
menyeluruh dan berkesan daripada hasil interaksi dengan persekitaran hidup bersama dengan
peningkatan umum. Pendedahan terhadap pemprosesan informasi dari sekolah rendah mampu
melahirkan kanak-kanak yang berkeupayaan untuk membuat keputusan yang rasional. Apabila
individu meningkat umur mereka belajar untuk mengaplikasikan informasi dalam konteks yang
berbeza mengikut perkembangan kemahiran dan keupayaan. Mengikut pandangan ahli psikologi
Kramer (1990) dan Riegel (1973) terdapat pemikiran posformer dimana pemikiran mental yang
mendasari kehidupan dalam konteks sosio budaya dalam menentukan sesuatu keputusan.
Pemikiran posformer melibatkan pelajar dalam lingkungan belasan tahun yang mengalami
sosiobudaya yang membantu mengaplikasikan gaya bahasa yang mantap dalam penulisan
karangan.
Pemprosesan informasi menekankan cara kanak-kanak memproses informasi tentang
dunia kehidupan. Menurut Sternberg ( 2003) aktiviti mental yang terlibat dengan memerhati
menerima, memanipulasi secara mental, mencantum mencungkil semula dan bertindak pada
informasi. Pendekatan pemprosesan informasi menekankan cara kanak-kanak memproses
informasi tentang dunia kehidupan. Pelajar mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran
yang kompleks melalui proses informasi. Melalui pendekatan pemprosesan informasi kanak-
kanak yang pasif hanya menghafal informasi yang didapati melalui persekitaran tidak dianggap
sebagai ahli kontstuktivise. Oleh itu pemprosesan informasi dikaitkan dengan pembelajaran yang
merujuk kepada proses mental iaitu pemikiran dan memori.
Sistem pemprosesan informasi mempunyai tiga jenis memori iaitu sensori register,
memori jangka pendek dan memori jangka panjang. Penyimpanan maklumat dalam memori
jangka pendek adalah terhad dimana ia hanya dapat menyimpan lima hingga Sembilan maklumat
pada satu-satu masa. Untuk menyimpan maklumat lebih lama dalam memori jangka pendek
individu tersebut harus mengulangi informasi di dalam minda. Mengikut Craig dan Lock Hart
(1972) proses tersebut dikenali sebagai maintenance rehearsel. Manakala memori jangka
panjang dianggap sebagai storan memori kekal yang boleh menyimpan memori tanpa had dan
kapasiti. Selain itu , terdapat beberapa jenis memori iaitu memori episodic, semantik dan
prosedurel. Memori Episodec berkaitan dengan tempat dan masa. Memori Sematik pula
merupakan memori untuk fakta dan konsep-konsep am. Manakala memori prosedurel membantu
untuk mencungkil kemahiran untuk menyiapkan sesuatu tugasan.
Menurut Craik & Lockhart (1972; Lockhart & Craik (1990) model tahap pegakibatkan
pemprosesan informasi dalaman dan bagaimana untuk mengakibatkan keupayaaan bagi
mengingat semula informasi. Pemprosesan cetek berlaku apabila sesuatu informasi kurang diberi
perhatian dan dianalisis dengan bersahaja. Dalam konteks pemprosessan cetek pelajar kurang
berwibawa dalam menambah ilmu pengetahuan manakala pemprosesan dalaman melibatkan
jumlah masa yang diperuntukkan jenis informasi dan maknanya serta masa yang ada untuk
memproses bahan-bahan baru. Kajian yang dijalankan oleh ahli psikologi membawa kepada
pembentukan model Connectionist dimana informasi distorkan dalam pelbagai lokasi di dalam
otak dengan membentuk rangkaian unit informasi yang berkaitan antara satu sama lain.
Model pemprosesan informasi membantu pelajar dalam pemahaman tentang proses dan
menyimpan informasi secara kognisi. Lupaan berlaku dengan mudah kerana pelajar kurang
meneliti dan membri tumpuan kepada penerimaan informasi yang diterima melalui sensori dan
memori jangka pendek. Mengikut ahli teori memori menjadi usang dan hilang dalam peredaran
masa. Selain itu lupaan berlaku apabila pelajar tidak dapat mencungkil memori lama dengan
efektif.
Pemprosesan informasi tidak boleh diproses secara dalaman disebabkan kerana banyak
ilmu pengetahuan diterima dalam suatu masa yang sama. Oleh itu Menurut Nelson dan Narens
(1994); Schneider dan Bjorklund (1998), bentuk kawalan iaitu fungsi eksekutif diperlukan untuk
memantau proses mengekod, mentransformasi , memproses , menyimpan dan menggunakan
informasi. Fungsi eksekutif ini melibatkan kawalan diri dan melatih diri. Pelajar memproses
informasi berdasarkan aksi aspek kognisi kepercayaan dan motivasi semasa mempelajari sesuatu
pelajaran dan konteks dalam bilik darjah. Terdapat beberapa teori tentang kognitif kontemporari.
Bidang kognisi adalah suatu bidang yang sentiasa menunjukkan perkembangan dan perubahan.
Teori perkembangan kognisi ini terus berkembang secara dianamik mengikut arus penyelidikan
baru yang dihasilkan dalam bidang ini. Mengikut teori Dual Codding pelajar dapat mengingat
lebih baik apabila proses pembelajaran visual dan verbal bertindak serentak. Pembelajaran ini
menekankan insteraksi secara langsung dan mendemontrasi suatu tugasan yang dipelajari dan
pengajaran suatu set insteraksi kendiri secara verbal untuk menjalankan tugasan tersebut.
Teori kognisi menekankan kesedaran tentang hubungan antara rangsangan dan
penggunaan skemata yang sesuai terhadap pembelajaran kognitif dan pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas. Skemata mempunyai fungsi seperti mengkategori , mengingat ,
memahami dan menyelesaikan masalah. Sistem skemata memproses informasi mengikut
keinginan seseorang pelajar. Melalui ini pelajar akan menginterprestasi dan mengintegrasi
bahan-bahan baru berdasarkan informasi yang diketahui sebelum ini.
Secara konklusinya , Pemprosesan informasi ialah cara pelajar menerima dan
mengorganisasikan informasi dalam memori. Pendekatan ini mengemukakan pelbagai model
tentang cara minda memproses , menerima dan mencungkil informasi.
3. Ulaskan keistimewaan kaedah pedagogi Hermeneutik dalam menganalisis teks penulisan pelajar.
Pendekatan analisis kaedah pedagogi Hermeneutik merupakan satu metodologi yang
digunakan untuk menginterprestasi sebuah teks karangan. Untuk membantu pelajar menulis
karangan dengan efektif pembacaan dan penelitian dilakukan untuk mengetahui penggunaan
gaya bahasa. Di sekolah kemahiran penulisan karangan adalah secara formal. Semasa pelajar
mengarang karangan jenis syarahan, surat kiriman tidak rasmi , perbincangan dan cerita rekaan
di sekolah menggunakan aspek gaya bahasa kognisi dan prosesan informasi.
Penghasilan karangan yang baik mempengaruhi maklumat dalam ingatan memori jangka
panjang tentang ilmu pengetahuan dan pengalaman pembelajaran masa lampau , bahasa , sosio
budaya dan kemahiran penakulan sesuatu peristiwa pembelajaran. Kaedah Hermeneutik
digunakan dalam sains sosial dan kemanusiaan. Hermeneutik didefinisikan proses
menginterprestasi teks iaitu mencari makna dalam perkataan yang ditulis. Kaedah ini
mengutamakan penginterprestasian teks dalam konteks sosiobudaya dan sejarah dengan
mendedahkan makna yang tersirat dalam sesebuah teks atau karya yang diselidiki. Hermeneutik
telah dipelopori oleh Schleimarcher dan Dilthey sejak abad ke 17 dan diteruskan oleh Haber Mas
, Gadamar Heidegger, Riceour dan lain-lain pada abad ke 20.
Menurut Muller (1997) Hermeneutik adalah seni pemahaman dan sebahagian daripada
seni pemikiran dan berlatarkan falsafah. Oleh itu penting untuk memahami ilmu pengetahuan
individu untuk melakukan penginterprestasian terhadap ilmu pengetahuan. Kejayaan seni
penginterprestasian bergantung kepada kepakaran linguistic dan kebolehan memahami subjek
yang dikaji. Kaedah pedagogi Hermeneutik berfokuskan kepada teks sebagai sumber data iaitu
contoh teks yang terdiri daripada transkrip temubual, diari , karangan , surat dan lain-lain.
Kaedah yang digunakan dalam pendekatan Hermeneutik bermula dengan teks. Ia dapat
menghalusi makna teks sebagai cara untuk menyampaikan pengalaman kepercayaan dan
penghakiman daripada seseorang individu ke atas individu yang lain. Kaedah ini dianggap
sebahagian daripada seni pemikiran untuk melakukan penginterprestasian terhadap ilmu
pengetahuan pelajar. Kejayaan seni penginterprestasian bergantung kepada kepakaran linguistic
dan kebolehan memahami subjek yang diajar. Mengikut kaedah ini teks penulisan karangan
dianggap sebagai subjek berbentuk lisan atau tulisan yang digunakan untuk memperincikan
sesuatu makna yang ingin disampaikan oleh pengarang.
Mengikut Rickman (1967) apa sahaja yang berbentuk melahirkan eksperisi perasaan dan
pemikiran manusia boleh dianggap sebagai teks yang boleh dianalisis dan dinterprestasiakan
dalam konteks Hermeneutik. Mengikut penginterprestasian teks pembaca cuba melupakan atau
menghilangkan dirinya untuk menstrukturkan pemahaman melalui teks dan memprojeksikan
kemungkinan pemahaman-pemahaman baru yang diperolehi melalui pembacaan teks. Ia mampu
menunjukkan penginterprestasian teks dalam konteks peredaran masa dan himpunan sejarah.
Keistimewaan kaedah pedagogi Hermeneutik ialah ciri-ciri keterbukaan. Dalam analisis
pedagogi Hermeneutik keterbukaan penyelidik dalam menerima teks adalah salah satu aspek.
Teks harus dilihat sebagai suatu keadaan keterbukaan untuk menginterprestasi aspek yang dikaji.
Dalam keterbukaan sesuatu teks unsur budaya sejarah individu dan pengalaman penghasil teks
adalah penting.
Keistimewaan yang lain adalah teks sebagai subjek kajian. Teks adalah apa jua yang
dihasilkan oleh manusia dalam bentuk lisan atau tulisan yang digunakan untuk menyalurkan
sesuatu makna yang dihasratkan seperti perangai, perasaan dan pemikiran manusia.Menurut
Asmah Haji Omar (1980), teks adalah berkaitan dengan aspek bahasa dan sistem bahasa seperti
ayat dan frasa. Ia adalah untuk mengambarkan sesuatu tujuan atau suasana indah yang
dikisahkan oleh penulis. Oleh itu apabila mengkaji sesebuah teks adalah penting untuk
mengambil tahu tentang aspek yang berkaitan dengan ciri teks.Contohnya laras bahasa , tekanan
suara , nada dan intonasi irama, kelangsingan bunyi , gerak geri dan lambang yang terselit dalam
teks. Manakala mengikut Gumbang ( 1998), teks dikatakan berupaya untuk menyalurkan aspek
dalaman psikologi yang bermakna untuk memahami hasrat yang tersembunyi di dalam teks.
Keistimewaan yang seterusnya ialah kekaburan pada teks (Ontoanigma). Istilah
ontoanigma yang dikaji bersifat kabur atau kuarng jelas dan menimbulkan pelbagai persoalan
kepada penyelidik yang ingin menyelami teks tersebut. Mengikut Loganathan (1992), suatu teks
dibaca melalui struktur luaran yang tersurat. Setelah itu penyelidik menyelami makna melalui
ayat-ayat yang dibaca untuk mencungkil makna yang tersirat dalam struktur dalaman. Proses
tersebut dikenali sebagai Ontoprostasi. Proses Ontoprostasi berlaku berulang-ulang kali sehingga
dapat memahami dan menginterprestasi teks dengan lebih jelas. Dengan ini penyelidik dapat
keluar dari pengaburan tentang teks tersebut.
Keistimewaan yang lain adalah Hermenutik ialah kupasan tentang makna yang
tersembunyi dalam teks yang mempunyai makna tersendiri mengikut Ricoeur. Setiap
interprestasi adalah usaha untuk membongkar makna yang terkandung dalam pelbagai lapisan
makna melalui sesuatu teks. Ricoeur menyatakan Hermeneutik berfungsi sebagai pencari
makana secara dalaman yang menyususn struktur tugas yang tedapat dalam sebuah teks. Segala
masalah dalam falsafah bahasa dapat dijawab melalui proses interprestasi.
Secara kesimpullanya analisis pedagogi Hermeneutik merupakan kaedah kualitatif yang
menekankan aspek keunikan dan kelainan dalam kajian penyelidikan. Kaedah ini dapat
mencungkil penemuan baru daripada teks asal untuk diteliti selanjutnya. Hasil dapatan baru
dianggap sebagai ilmu yang dapat diketengahkan untuk pembacaan umum. Secara
keseluruhannya kaedah pedagogi Hermeneutik dianggap sebagai kualitatif dan interperatif
dimana ia memainkan peranan penting dalam dunia penyelidikan.
RUJUKAN
Suppiah Nachiappan. (2014).Gaya Bahasa Dan Proses Kognisi; kaedah Pedagogi Hermeneutik
dan Interpretasi ,Nur Niaga Sdn.Bhd,Selangor.