-
Topik 2 Biologi Tingkatan 5
Sekolah Menengah Agama Maran
PERGERAKAN DAN SOKONGAN
SOKONGAN DAN PERGERAKAN PADA MANUSIA DAN HAIWAN
1 Keperluan terhadap sokongan pergerakan
(a) Memberikan keseimbangan dan kestabilan untuk pergerakan
(b) Mencari makanan dan tempat perlindungan
(c) Mencari pasangan bagi pembiakan
(d) Melarikan diri daripada musuh atau mengelak bahaya
2 Sokongan dan pergerakan disediakan oleh rangka dan otot. 3
Fungsi rangka
(a) Memberikan bentuk dan sokongan kepada badan
(b) Membenarkan pergerakan
(c) Menyediakan permukaan untuk pelekatan otot
(d) Melindungi organ dalaman
(e) Menghasilkan sel-sel darah
(f) Menyimpan bahan (kalsium dan fosforus)
Sistem Rangka Manusia
Rajah 11.1 dan Rajah 11.2 menunjukkan bahagian-bahagian rangka
manusia.
-
Rangka paksi
1 Tengkorak terdiri daripada tulang kranium dan tulang muka
(Rajah 11.3).
(a) Tulang kranium
(i) Terdiri daripada lapan tulang pipih yang bercantum untuk
membentuk kranium yang
melindungi otak.
(b) Tulang muka
(i) Terdiri daripada 14 tulang pipih yang ter. masuk rahang atas
dan rahang bawah
(mandibel).
(ii) Rahang bawah bersendi dengan kranium untuk membentuk sendi
bergerak yang
membenarkan mulut terbuka dan tertutup semasa bercakap dan
makan.
2 Turus vertebra (tulang belakang)
(a) Terdiri daripada 33 vertebra.
(b) Terdapat lima jenis vertebra (Rajah 11.3).
-
(c) Setiap vertebra dihubungkan dengan vertebra seterusnya oleh
muka sendi yang
dipanggil zigapofisis untuk membentuk turus yang tleksibel.
Sendi ini membenarkan
pergerakan yang terhad
(d) Diantara setiap pasangan vertebra, terdapat cakera rawan
yang menyerap hentakan
dan mengurangkan geseran semasa pergerakan (Rajah 11.4).
(e) Struktur am vertebra ditunjukkan dalam Rajah 11.5. Ia
terdiri daripada:
(i) Sentrum: Badan utama vertebra, memberikan sokongan
(ii) Lengkuk saraf: Lengkuk yang mengunjur dari sentrum.
Membentuk salur saraf bagi
melindungi saraf tunjang
-
(iii) Salur saraf: Mengandungi saraf tunjang
(iv) Spina saraf: Unjuran dari atas lengkuk (untuk pelekatan
otot)
(v) Cuaran melintang:
Unjuran dari tepi lengkuk (untuk pelekatan otot)
(vi) Zigapofisis (muka sendi): Bersendi dengan vertebra lain
3 Vertebra serviks
(a) Setiap vertebra serviks mempunyai dua salur vertebrarteri
pada euaran melintang
untuk membenarkan arteri melaluinya ke otak.
(b) Vertebra serviks yang pertama dipanggil atlas (Rajah 11.6
(a)). Ia bersendi dengan
dasar kranium bagi membenarkan kita mengangguk.
(c) Vertebra serviks yang kedua disebut tulang paksi (Rajah 11.6
(b)). Ia bersendi dengan
atlas bagi membenarkan kepala bergerak dari sisi ke sisi.
(d) Vertebra serviks yang lain berfungsi untuk menyokong kepala
dan leher(Rajah 11.6
(c)).
4 Vertebra toraks
(a) Setiap vertebra toraks mempunyai muka sendi pada hujung
setiap cuaran melintang
dan pada sisi sentrum untuk bersendi dengan dua eabang tulang
rusuk (Rajah 11.7).
-
5 Vertebra lumbar
(a) Vertebra yang paling besar.
(b) Vertebra ini mempunyai sentrum yang besar dan tebal.
(c) Ia mempunyai euaran melintang berkembang dengan baik dan
spina saraf yang pipih
serta pendek untuk pelekatan otot (Rajah 11.8)
6 Sakrum
(a) Terdiri daripada lima vertebra sakrum yang bereantum
bersama.
(b) Muka sendi di kedua-dua belah sakrum bersendi dengan
lengkungan pelvis (Rajah
11.9).
7 Koksik
Terdiri daripada empat vertebra yang sangat kecil yang bercantum
bersama (Rajah
11.10).
-
8 Sangkar rusuk (Rajah 11.11)
(a) Terdiri daripada dua pasang tulang rusuk yang bersendi
dengan vertebra toraks secara
dorsal dan dengan sternum secara ventral.
(b) Tujuh pasang tulang rusuk yang pertama bersambung seeara
terus dengan sternum.
(e) Pasangan ke-8, ke-9 dan ke-10 bersarnbung dengan sternum
melalui pasangan ke-7.
(d) Pasangan ke-ll dan ke-12 adalah rusuk tergantung.
( e) Tulang rusuk bersambung dengan sternum melalui rawan.
Rangka apendaj
1 Ia bersambung dengan rangka paksi di bahu dan pinggul.
2 Ia terdiri daripada:
(a) Lengkungan pektoral dan tulang lengan (Rajah 11.12)
(b) Lengkungan pelvis dan tulang kaki (Rajah 11.13)
-
3 Lengkungan pektoral (Rajah 11.12)
(a) Skapula
(i) Tulang berbentuk segi tiga yang leper
(ii) Bersendi dengan humerus untuk membentuk sendi lesung yang
membenarkan per-
gerakan dalam semua arah
(b) Klavikel
(i) Berbentuk rod
(ii) Bersambung dengan skapula dan sternum
-
4 Tulang lengan (Rajah 11.12)
(a) Humerus bersendi dengan skapula dan dengan radiusulna untuk
membentuk sendi
engsel di siku yang membenarkan pergerakan dalam satu arah.
(b) Radius-ulna adalah selari. Ulna adalah lebih panjang dengan
unjuran pada hujung
atas. Hujung atas bersendi dengan humerus. Hujung bawah bersendi
dengan karpus.
(c) Karpus adalah tulang kecil di pergelangan tangan. Terdapat
lapan karpus yang
tersusun dalam dua baris.
(d) Metakarpus adalah tulang di tapak tangan. Terdapat lima
metakarpus.
(e) Falanks adalah tulang di jari. Ibu jari mempunyai dua
falanks manakala setiap jari
yang lain mempunyai tiga falanks.
5 Lengkungan pelvis (Rajah 11.13)
(a) Terdiri daripada sepasang tulang pinggul yang bersambung
secara ventral. Setiap
tulang pinggul terdiri daripada tiga tulang yang bercantum.
(b) Setiap tulang pinggul bersambung kepada sakrum.
(c) Rongga pada sisi setiap lengkungan pelvis bersendi dengan
kepala femur untuk
membentuk sendi pinggul yang disebut sendi lesung yang
membenarkan pergerakan
dalam semua arah.
6 Tulang kaki (Rajah 11.13)
(a) Femur adalah tulang yang panjang di bahagian paha.
(i) Hujung atas femur bersendi dengan lengkungan pelvis
sementara hujung bawah
bersendi dengan tibia-fibula untuk membentuk sendi engsel di
lutut yang membenarkan
pergerakan dalam satu arah.
(ii) Patela (tempurung lutut) di hadapan sendi lutut membantu
meluruskan lutut.
(b) Tibia-fibula terletak di betis. (i) Fibula yang lebih kedl
terletak di luar tibia yang lebih
besar.
(ii) Hujung atas tibia-fibula bersendi dengan femur di lutut
manakala hujung bawah
bersendi dengan tarsus di buku lali.
Stop ms 189
-
7 Tarsus adalah tulang buku lali. Terdapat tujuh tarsus. Tarsus
yang paling besar
membentuk tumit.
8 Metatarsus adalah lima tulang di tapak kaki. Metatarsus
bersendi dengan tarsus dan
falanks di jari kaki.
9 Falanks adalah tulang jari kaki. Setiap jari kaki mempunyai
tiga falanks. Ibu jari kaki
mempunyai dua falanks.
Peranan Otot, Ligamen dan Tendon dalam Pergerakan
Otot
Terdapat tiga jenis tisu otot:
(a) Otot rangka: Melekat pada tulang
(b) Otot licin: Pada dinding salur darah, perut dan organ
dalaman lain
( c) Otot kardium: Pada dinding jantung
2 Otot mengecut apabila menerima impuls untuk menghasilkan
pergerakan. Tenaga
untuk pengecutan datangnya daripada ATP yang dihasilkan dalam
.mitokondrion otot.
3 Otot rangka biasanya wujud sebagai pasangan otot .antagonis,
iaitu apabila satu otot
mengecut, satu lagi mengendur. Otot yang mengecut menjadi lebih
pendek dan lebih
tebal, menghasilkan satu daya tarikan untuk menggerakkan tulang,
menyebabkan
pergerakan. Semua permukaan dan unJuran pada tulang adalah untuk
pelekatan otot.
Ligamen
1 Ligamen adalah berkas tisu penghubung bergentian untuk
menghubungkan tulang
bersama.
2 Ligamen adalah tisu elastik yang kuat bagi menghubungkan
tulang dengan tulang,
untuk membentuk satu sendi yang membenarkan pergerakan yang
terhad bagi
menghalang daripada terkehel.
3 Ligamen juga memberikan sokongan dan kekuatan kepada
sendi.
Tendon
1 Tendon melekatkan otot kepada tulang.
2 Tendon adalah tisu penghubung bergentian yang tidak
elastik.
3 Tendon memastikan daya tarikan yang dihasilkan oleh pengecutan
otot dipindahkan ke
tulang, untuk menarik tulang dan menyebabkan pergerakan.
-
Tindakan otot antagonis
SPM 2005 P2Sec.BQ6
Pergerakan tangan adalah disebabkan oleh pengecutan dan
pengenduran sepasang otot
yang berlawanan: iaitu biseps dan triseps.
2 Membengkokkan lengan
(a) Otot biseps mengecut sementara otot triseps mengendur.
(b) Otot biseps menjadi lebih pendek dan lebih tebal, otot
triseps menjadi lebih nipis dan
lebih panjang.
(c) Daya tarikan dihasilkan dan dipindahkan ke radius melalui
tendon.
(d) Radius ditarik ke atas dan lengan dibengkokkan (Rajah 11.14
(a)
3 Meluruskan lengan
(a) Otot triseps mengecut sementara otot biseps mengendur.
(b) Suatu daya tarikan dihasilkan yang kemudian dipindahkan ke
ulna melalui tendon.
(c) Ulna ditarik ke bawah dan lengan diluruskan (Rajah 11.14
(b)
Fungsi Rawan dan Cecair Sinovia di Sendi
Sendi adalah tempat di mana dua atau lebih tulang bertemu.
2 Terdapat sendi yang boleh bergerak dan sendi yang tidak boleh
bergerak.
3 Sendi boleh bergerak (Rajah 11.15) terdiri daripada:
(a) Membran sinovia yang merembeskan cecair sinovia di permukaan
tulang bagi
mengurangkan geseran.
(b) Rawan menyerap hentakan
-
Pergerakan Haiwan SPM 2005 Sek B Q6(b)
Pergerakan cacing tanah
1 Cacing tanah mempunyai rangka hidrostatik dan bergerak dengan
cara merangkak dan
merayap.
2 Dinding badan terdiri daripada otat lingkar luar dan otat
membujur dalam.
3 Bulu kejur kecil yang dipanggil keta bertindak sebagai
penyangkuk semasa pergerakan.
4 Pergerakan adalah disebabkan oleh suatu siri pengecutan dan
pengenduran otot lingkar
dan memhujur pada dinding badan bagi menghasilkan gelomhang
peristalsis dari hujung
anterior ke hujung posterior badan.
5 Mekanisme pergerakan pada cacing tanah
(a) Keta pada hujung posterior badan mencengkam tanah untuk
menetapkan badan pada
tanah.
(b) Otot lingkar pada hujung anterior badan mengecut, sementara
otot membujur
mengendur. Bujung anterior meregang dan memanjang. Tekanan
hidrostatik menolak
cecair badan ke belakang (Rajah 11.16).
-
(c) Keta di hujung posterior ditarik, manakala keta di hujung
anterior mencengkam tanah.
(d) Otot membujur di hujung anterior mengecut manakala otot
lingkar mengendur.
Bujung anterior memendek dan menjadi lebih tebal. Cecair badan
mengalir ke hujung
anterior. Bujung posterior ditarik ke depan.
Pergerakan belalang
1 Serangga mempunyai rangka luar.
2 Otot terletak di dalam rangka luar dan berpasangan secara
antagonis.
3 Belalang bergerak dengan car a melompat, terbang atau
berjalan. 4 Melompat
(a) Belalang mempunyai kaki belakang panjang yang dilipat dalam
bentuk Z. Semasa
rehat, otot fleksor mengecut dan bersedia untuk melompat (Rajah
11.17(a)
(b) Untuk melompat, otot ekstensor mengecut manakala otot
fleksor mengenduro Kaki
belakang diregangkan dan diluruskan (Rajah 11.17 (b)
(c) Suatu daya dihasilkan yang menolak badan ke hadapan dan ke
udara.
5 Terbang
(a) Dua pasang sayap terdapat di bahagian toraks.
(b) Pasangan sayap pertama (sayap hadapan) melindungi sayap
belakang untuk pener-
bangan.
(c) Semasa penerbangan, penge cutan otot penerbangan menyebabkan
sayap bergerak ke
atas dan ke bawah. Daya ke atas dihasilkan bagi menolak belalang
untuk bergerak ke atas
dan terbang.
-
6 Berjalan (Rajah 11.18)
Menggunakan tiga kaki bertanda X untuk sokongan dan tiga yang
lain untuk menarik
atau menolak badan.
Pergerakan ikan
1 Ikan berenang di dalam air dan menghadapi rintangan di dalam
air.
2 Ciri-ciri penyesuaian untuk berenang.
(a) Ikan mempunyai badan berbentuk larus bagi mengurangkan
rintangan air.
(b) Badan ikan diliputi sisik yang tersusun ke belakang bagi
mengurangkan daya geseran
(rintangan) di dalam air (Rajah 11.19).
(c) lkan mempunyai rangka daIam untuk pelekatan otot. Otot
disusun dalam bongkah
bersegmen yang dipanggil miotom di kedua-dua sisi tulang
belakang.
(d) Otot miotom bertindak secara antagonis. Apabila miotom di
bahagian kanan
mengecut, miotom di bahagian kiri mengendur, menyebabkan badan
membengkok ke
kanan (arah pengecutan). Pengecutan miotom yang berselang sell
ke kanan dan kiri
menyebabkan badan dan ekor mengibas dari sisi ke sisi. lni
menghasilkan tujahan ke
depan yang menolak ikan ke hadapan pada laluan yang lurus (Rajah
11.20).
-
(e) Menyeimbangkan badan menggunakan sirip:
(i) Pasangan sirip pektoral:
Sebagai kemudi bagi mengubah haluan dan bertindak sebagai
brek
Pergerakan katak
1 Katak beradaptasi untuk berenang, melompat dan merangkak.
2 Berenang
(a) Katak mempunyai kaki yang berkulit selaput untuk
berenang.
(b) Kulit di antara jari kaki bertindak sebagai pengayuh untuk
menolak katak ke hadapan
semasa di dalam air.
3 Melompat
(a) Katak mempunyai kaki belakang yang panjang dengan otot yang
kuat dan boleh
dilipat dalam bentuk Z semasa rehat.
(b) Untuk melompat, otot ekstensor di kaki belakang mengecut.
Kaki belakang
diluruskan dan satu daya yang bertindak ke bawah dan ke belakang
dihasilkan. Daya
bertentangan yang bertindak ke atas dan ke hadapan dihasilkan
untuk menolak katak ke
atas dan jauh dari tanah (Rajah 11.21).
(c) Katak mendarat dengan menggunakan kaki hadapannya yang lebih
pendek bagi
menyerap hentakan semasa pendaratan.
-
4 Merangkak
Untuk merangkak, katak memanjangkan dan menarik kembali kaki
depan dan kaki
belakangnya secara bergilir-gilir (Rajah 11.22).
Pergerakan pada burung
1 Adaptasi burung untuk terbang adalah:
(a) Badan larus untuk mengurangkan rintangan dalam udara
(b) Sayap berbentuk aerofoil untuk menghasilkan tujahan ke atas
untuk menolak burung
ke atas dan ke hadapan
(c) Badan ringan kerana mempunyai tulangyang berongga, kepala
yang kecil, badan
tanpa lemak dan organ berpasangan yang dikurangkan kepada satu
bagi mengurangkan
berat
(d) Bulu pelepah kalis air dan tersusun secara bertindih dan
mengarah ke belakang bagi
memberikan bentuk badan yang larus dan luas permukaan yang besar
dan untuk
menambahkan tujahan ke atas
2 Penerbangan
Kibasan sayap adalah disebabkan oleh tindakan antagonis otot
dada.
(a) Gerakan ke bawah sayap (Rajah 11.23)
(i) Otot pektoralis major pada kedua-dua sayap mengecut.
(ii) Sayap ditarik ke bawah dan ke belakang.
(iii) Rintangan udara menghasilkan daya tujahan ke atas pada
sayap.
-
(iv) Daya tujahan dipindahkan dari sayap ke korakoid untuk
mengangkat keseluruhan
badan ke atas dan ke hadapan.
(b) Gerakan ke atas sayap
(i) Otot pektoralis minor pada kedua-dua sayap mengecut.
(ii) Sayap ditarik ke atas. (iii) Rintangan udara adalah rendah.
Sayap kembali ke
kedudukan asal.
Kesan Kecacatan Sistem Rangka Otot terhadap Sokongan dan
Pergerakan
Osteoporosis
Osteoporosis adalah penyusutan tulang disebabkan oleh
pengurangan jisim tulang.
Tulang adalah ringan dan poros serta menjadi lembut dan
rapuh.
2 Ia berlaku disebabkan oleh kadar pengurangan kadar kalsium dan
fosforus ke dalam
aliran darah lebih tinggi daripada kadar pemendapan atau
pembentukan tulang.
3 Biasanya berlaku kepada orang tua, terutamanya wanita yang
telah mengalami putus
haid.
4 Cara untuk mencegah osteoporosis:
(a) Diet yang kaya dengan kalsium untuk menambahkan jisim
tulang
(b) Diet yang kaya dengan vitamin D untukmenambahkan penyerapan
kalsium
(c) Selalu bersenam untuk menguatkan otot dan tulang (d)
Menjalani terapi penggantian
hormon (HRT)
Distrofi otot
1 Penyakit ini menyebabkan otot rangka merosot secara
perlahanlahan.
2 Gentian otot merosot dan menjadi kedl.
3 Merupakan penyakit pewarisan yang disebabkan oleh kecacatan
gen pada kromosom X
dan lebih banyak terjadi kepada lelaki berbanding perempuan.
Artritis
1 Artritis melibatkan radang pada sendi.
2 Sendi menjadi sakit dan menyebabkan pergerakan yang
terhad.
3 Artritis yang bias a berlaku adalah:
(a) Osteoartritis
(b) Artritis reumatoid
(c) Gout
4 Osteoartritis
(a) Osteoartritis berlaku disebabkan rawan di antara tulang pada
sendi rosak disebabkan
haus dan lusuh.
(b) Biasanya berlaku kepada orang tua.
(c) Sendi menjadi sakit, mengalami keradangan, bengkok dan
kejang.
(d) Biasa berlaku pada pinggul, lutut dan belakang.
-
5 Artritis reumatoid
(a) Berlaku disebabkan oleh keradangan membran sinovia yang
membawa kepada
pengumpulan cecair sinovia pada sendi jari tangan, pergelangan
tangan, buku lali dan
kaki.
(b) Sendi mengalami keradangan, sakit dan kejang.
6 Gout
(a) Disebabkan oleh pengumpulan asid urik di dalam sendi
(b) Sendi mengalami keradangan dan sakit.
(c) Lebih kerap berlaku kepada lelaki.
(d) Rawatan termasuklah:
(i) Pengambilan minuman keras yang sederhana banyak
(ii) Mengurangkan pengambilan protein dalam diet
(iii) Mengambil ubat untuk mengurangkan keradangan dan
mengurangkan asid urik
dalam badan
Masalah otot
1 Kekejangan otot
(a) Ia disebabkan oleh kekejangan otot hasil daripada pengecutan
otot secara tibatiba dan
kuat.
(b) Kekurangan garam di dalam badan boleh menyebabkan kekejangan
otot.
2 Sakit otot
(a) Ia disebabkan oleh tekanan kuat atau koyakan kedl pada
otot.
(b) Ketegangan otot disebabkan oleh koyakan yang lebih
besar.
MENGHARGAI SISTEM RANGKA OTOT YANG SIHAT
1 Sistem rangka otot membantu menyokong badan dan menyebabkan
pergerakan.
2 Cara mengekalkan sistem rangka yang sihat:
(a) Diet yang seimbang
Diet yang kaya dengan protein, vitamin D, kalsium dan fosforus
membantu
membina tulang yang kuat dan mencegah osteoporosis.
(b) Mempunyai postur yang baik
(i) Postur adalah cara seseorang membawa dirinya semasa
pergerakan dan apabila
menjalankan aktiviti.
(ii) Dengan postur yang baik, badan disokong dengan baik, turus
vertebra adalah lurus, isi
padu rongga toraks tidak dikurangkan dan fungsi organ dalaman
tidak terganggu (Rajah
11.24).
(iii) Dengan postur yang buruk, terdapat tekanan yang tidak
perlu pada otot dan tulang
belakang. lni menyebabkan kelesuan dan sakit belakang.
-
Berdiri
Badan sepatutnya berada dalam satah lurus, tegang dan
tegak
Berat badan disokong oleh kaki dan diseimbangkan pada
paksi
Duduk
Belakang, pinggul dan paha disokong dengan baik Belakang adalah
tegak dan berehat pada kerusi
Semua otot adalah kendur
Berjalan
Badan tegak dan lurus
Kepala di angkat, mata melihat lurus ke hadapan
Mengangkat objek berat
Toraks dan abdomen selari dalam satu
garisan menegak
Melutut dengan membengkokkan lutut don
meluruskan tangan untuk mengangkat objek
-
(c) Memakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti harian
(i) Pemakaian yang sesuai semasa bersenam dan berekreasi adalah
perlu untuk
mengelakkan kecederaan pada sistem rangka.
(ii) Elakkan pakaian yang ketat kerana boleh mengganggu aktiviti
otot dan pergerakan.
(iii) Elakkan pakaian tebal yang mengganggu perpeluhan.
(iv) Elakkan kasut tinggi yang menyebabkan belakang
membongkok.
(d) Mengambil langkah berjaga-jaga yang sesuai semasa aktiviti
cergas
(i) Lakukan aktiviti cergas berdasarkan keupayaan.
(ii) Elakkan aktiviti yang boleh menyebabkan kecederaan di
bahagian belakang.
(iii) Pastikan peralatan yang digunakan adalah sesuai dan tidak
berbahaya.
(iv) Panaskan badan sebelum melakukan senaman cergas untuk
meningkatkan suhu otot
supaya otot dapat berfungsi secara berkesan.
( e) Mengamalkan teknik senaman yang betul dan selamat
(i) Lakukan senaman berdasarkan teknik yang betul bagi
mengelakkan kecederaan pada
ligamen, tendon, otot dan tulang.
(ii) Gunakan peralatan dan teknik yang betul bagi mencegah
kecederaan pada sistem
rangka otot.
SOKONGAN PADA TUMBUHAN
Kepentingan Sokongan pada Tumbuhan
1 Membolehkan tumbuhan kekal tegak
2 Membolehkan tumbuhan berada di kedudukan yang membolehkannya
mendapat
cahaya matahari yang maksimum
3 Untuk menampung berat tumbuhan
4 Untuk memberikan kekuatan menahan rintangan angin
Sokongan pada Tumbuhan Akuatik
SPM 2005/SecB/Q6
1 Terdapat dua jenis tumbuhan akuatik:
(a) Tumbuhan air tenggelam (Hydrilla sp., Elodea sp.,
Utricularia sp.)
(b) Tumbuhan terapung (teratai, keladi bunting)
2 Penyesuaian tumbuhan tenggelam untuk sokongan dalam air (a)
Lamina daun yang
nipis, kedl dan batang halus untuk mengurangkan rintangan arus
air.
(b) Tiada akar dan tisu berkayu.
-
Kutikel tumbuhan adalah nipis dan mudah telap air dan gas.
Keseluruhan permukaan
tumbuhan boleh menyerap air, garam mineral, karbon dioksida dan
oksigen.
(c) Batang dan daun mempunyai rongga udara yang membolehkan
tumbuhan terapung
dan kekal tegak di dalam air.
3 Penyesuaian tumbuhan terapung untuk terapung di permukaan
air
(a) Batang dan daun mempunyai tisu aerenkima yang terdiri
daripada pundi udara, sel
yang berdinding nipis dan banyak ruang udara di antara sel
(Rajah 11.25). Ini
menyebabkan tumbuhan menjadi ringan dan memberikan keapungan
kepada
tumbuhan untuk terapung.
(b) Permukaan daun yang terapung diliputi oleh kutikel bedilin
untuk mencegah stoma
daripada tersumbat dengan air.
(c) Pundi udara atau ruang udara pada daun membantu resapan
oksigen dan karbon
dioksida melalui stoma.
(d) Keladi bunting mempunyai batang, petiol besar yang banyak
ruang udara untuk
memberikan lebih daya keapungan dan membolehkan tumbuhan
terapung di permukaan
air (Rajah 11.26). Ia mempunyai banyak akar bergentian halus
yang memerangkap
gelembung udara untuk membolehkan tumbuhan terapung.
Sokongan pada Tumbuhan Darat
1 Tumbuhan herba (keembung, lidah buaya)
(a) Merupakan tumbuhan tidak berkayu dengan batang lembut.
(b) Tumbuhan herba mempunyai tisu xilem yang sedikit dan
bergantung kepada
kesegahan sel pokok untuk memberikan sokongan.
(c) Penyesuaian
-
(i) Tisu parenkima mempunyai dinding yang nipis dan menyerap air
secara osmosis
untuk menjadi segah. Kesegahan . sel memberikan sokongan dan
menyebabkan batang
menjadi tegak dan mengekalkan bentuk tumbuhan.
(ii) Pokok memanjat mempunyai sulur paut untuk memberikan
sokongan kepada
tumbuhan.
2 Tumbuhan berkayu
(a) Tumbuhan berkayu adalah tumbuhan besar dengan batang berkayu
yang keras, seperti
pokok dan pokok renek.
(b) Tumbuhan ini mempunyai tisu khas untuk memberikan
sokongan.
(c) Tisu sokongan ini mempunyai dinding yang ditebalkan dan
dikuatkan dengan selulosa
atau lignin untuk memberikan sokongan.
(d) Tisu penyokong adalah:
(i) Tisu xilem
Tisu xilem terdiri daripada salur xilem dan trakeid yang
dikuatkan dengan lignin. Ini
menjadikan tisu xilem keras dan kuat untuk memberikan sokongan
mekanikal.
Semakin tumbuhan itu membesar, lebih banyak tisu xilem ditambah
untuk menyokong
pertambahan jisim tumbuhan.
(ii) Tisu parenkima
menyimpan kanji, gula dan air. Penyerapan air secara osmosis
menyebabkan sel menjadi
segah dan memberikan sokongan kepada tumbuhan.
(iii) Tisu kolenkima mempunyai dinding yang ditebalkan dengan
selulosa untuk
memberikan sokongan kepada daun, tangkai bunga dan batang
muda.
(iv) Tisu sklerenkima
mempunyai dinding sel yang ditebalkan dengan lignin untuk
memberikan sokongan
kepada tumbuhan. Contohnya seperti batang tebu, daun kelapa,
buah dan biji dengan
kulit yang keras.