Top Banner
KESAN PENGGUNAAN KAEDAH NOPLOT DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID MENGESAN NILAI MURNI UNTUK MURID TAHUN: KAJIAN KES RIDHUAN BIN MOHD NOOR PPG/10079/11 690710036237 ABSTRAK Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran murid mencari dan mengesan nilai-nilai murni atau pengajaran yang terdapat di dalam kertas soalan penulisan bahagian C. Format baharu kertas 2 penulisan bahasa Melayu mula diperkenalkan pada tahun 2005. Kajian ini dilakukan ke atas murid-murid bagi membuktikan kaedah yang berkesan dalam mencari dan mengesan nilai-nilai murni atau pengajaran daripada petikan teks yang diberikan. Saya telah memilih kaedah NoPLat untuk membantu murid-murid mencari dan mengesan nilai-nilai murni atau pengajaran daripada petikan teks tersebut. Kajian ini telah dijalankan ke atas 45 orang murid tahun 5 Sejahtera di Sekolah Kebangsaan Dato Hashim 2. 1
28

TESIS BAB 1,2,3

Jan 18, 2016

Download

Documents

Miz

bab 1
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: TESIS BAB 1,2,3

KESAN PENGGUNAAN KAEDAH NOPLOT DALAM MENINGKATKAN

PENGUASAAN MURID MENGESAN NILAI MURNI UNTUK MURID

TAHUN: KAJIAN KES

RIDHUAN BIN MOHD NOOR

PPG/10079/11

690710036237

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran murid mencari dan mengesan nilai-

nilai murni atau pengajaran yang terdapat di dalam kertas soalan penulisan bahagian

C. Format baharu kertas 2 penulisan bahasa Melayu mula diperkenalkan pada tahun

2005. Kajian ini dilakukan ke atas murid-murid bagi membuktikan kaedah yang

berkesan dalam mencari dan mengesan nilai-nilai murni atau pengajaran daripada

petikan teks yang diberikan. Saya telah memilih kaedah NoPLat untuk membantu

murid-murid mencari dan mengesan nilai-nilai murni atau pengajaran daripada

petikan teks tersebut. Kajian ini telah dijalankan ke atas 45 orang murid tahun 5

Sejahtera di Sekolah Kebangsaan Dato’ Hashim 2.

1

Page 2: TESIS BAB 1,2,3

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 PENGENALAN

Dalam bahagian ini, saya menerangkan tentang pengenalan kepada tajuk kajian

tindakan yang saya jalankan ini. Tajuk yang telah saya pilih ialah “Meningkatkan

penguasaan murid mengesan dan mencari nilai murni”. Dalam bahagian ini juga saya

mengutarakan perkaitan tajuk kajian tindakan dengan kajian yang dijalankan.

Menurut Musgrave (2978)(BETUL KAH TAHUN NI??KAT SINI TAK

PAYAH TAHUN SEBAB CIKGU RUJUK BUKU ABDUL RAHIM) dalam

bukunya yang berjudul The Moral Curriculum: A Sociological Analysis yang telah

dirujuk Abdul Rahim Bin Abdul Rashid(TAHUN BUKU INI?) menekankan

pentingnya matlamat moral dikembangkan dalam kerangka pendidikan di sekolah.

Selain kurikulum, organisasi sekolah juga perlu memberi ketegasan kepada elemen-

elemen moral yang berkaitan dengan disiplin dan tanggungjawab nilai-nilai murni,

aspek-aspek tingkah laku, amalan dan tindakan.

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan

tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan.

Wan Mohd. Zahid (2988??) mentakrifkan nilai murni sebagai :

2

Page 3: TESIS BAB 1,2,3

"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati

dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni

sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan

semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan

berakhlak mulia"

1.1 PERNYATAAN MASALAH KAJIAN

Pengkaji memfokuskan kajiannya dalam masalah yang sering dihadapi pelajar ialah

mencari nilai-nilai murni yang tersirat daripada maklumat yang tersurat daripada

petikan yang diberikan. Murid terpinga-pinga untuk mencari dan menyatakan nilai-

nilai murni tersebut. Murid juga sukar untuk menghuraikan nilai-nilai murni tersebut

supaya menjadi ayat yang ringkas, tepat dan sesuai. Keperihatinan pengkaji ialah

murid perlu mencari dan menghuraikan nilai-nilai murni tersebut dengan ringkas,

tepat dan sesuai serta penulisan mereka tidak melanggar arahan yang telah ditetapkan

iaitu ulasan tidak melebihi 50 patah perkataan.

Mengajar murid untuk mencari dan mengesan nilai murni seringkali

memberikan masalah kepeda guru. Dalam bahagian C penulisan ini, murid perlu

mencari, mengesan dan mengulas nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan yang

diberikan. Pelbagai strategi yang digunakan oleh guru untuk memastikan murid

tersebut boleh menulis ulasan tersebut. Pengalaman mengajar murid di kelas 5

Sejahtera membuka pemikiran pengkaji untuk mencari punca kepada permasalahan

3

Page 4: TESIS BAB 1,2,3

ini. Walaupun pengkaji mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid tetapi

pengkaji hanya memfokuskan hanya kepada kajian ini. Kajian ini bertujuan

menyelesaikan masalah dan membantu murid mencari dan mengesan nilai-nilai

murni atau pengajaran yang terdapat daripada petikan teks serta mengulas hasil

carian nilai murni tersebut dengan ayat yang ringkas, padat dan sesuai.

Kertas peperiksaan bahasa melayu penulisan terbahagi kepada tiga bahagian

iaitu Bahagian A, B, dan C. Namun begitu kajian yang ingin difokuskan adalah pada

Bahagian C iaitu bahagian membuat ulasan nilai murni berdasarkan petikan teks.

Berdasarkan pemerhatian saya dalam Ujian Besepadu Berkala (UBB) yang lalu,

ramai murid mendapat markah yang rendah dalam bahagian ini. Analisis pada kertas

soalan UBB mendapati beberapa faktor murid tidak mendapat markah yang tinggi

pada bahagian ini seperti murid keliru dengan nilai murni yang terdapat dalam

petikan teks. Murid tidak dapat mengesan dan menyatakan nilai yang terdapat dalam

petikan. Murid juga tidak dapat membuat ulasan dalam satu perenggan dengan

menggunakan ayat yang ringkas, padat dan sesuai.

Berdasarkan pemerhatian dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P),

pengkaji mengenal pasti beberapa punca murid – murid lemah dalam aspek nilai

murni, antaranya seperti murid tidak mahir untuk mengesan dan menyatakan nilai-

nilai murni yang diperlukan. Murid-murid juga kadangkala tidak menunjukkan

kesungguhan dalam latihan mengulas nilai murni. Petikan yang dianalisis terlalu

mudah dan murid kekurangan idea untuk mengembangkannya. Nilai murni yang

4

Page 5: TESIS BAB 1,2,3

tiada kaitan dengan petikan teks tidak memberi markah kepada murid dalam

peperiksaan. Mereka sering juga hanya menyalin semula nilai yang dijumpai.

Kegagalan murid-murid adalah kegagalan seorang guru, justeru sebagai guru bahasa

Melayu mereka saya rasa terpanggil untuk menambahkan kemahiran mengajar agar

dapat membantu anak bangsa menghadapi kemelut yang melingkari pemikiran

mereka.

Namun begitu, masalah ini boleh diatasi kerana permasalahan ini merupakan

satu perkara yang boleh diselesaikan berdasarkan kebolehtadbirannya. Selain itu,

perkara ini berkesinambungan dengan keberkesanan P&P yang dijalankan oleh

seseorang guru. Kaedah-kaedah tertentu digunakan supaya murid dapat memahami

sesuatu kemahiran dengan baik. Pencapaian murid memberi kesan kepada prestasi

sekolah kerana kajian ini melibatkan satu kemahiran yang diuji dalam peperiksaan.

Seterusnya, kajian ini juga dijalankan berdasarkan beberapa pendekatan yang lain

atau dengan menggabungjalinkan pelbagai kaedah dan teknik supaya dapat

meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

1.2 (CARA CIKGU TULIS BAHAGIAN INI ADALAH UNTUK KAJIAN

TINDAKAN. SILA TULIS SEMULA DAN TULIS SECARA KAJIAN

ILMIAH. PERLU DI NYATAKAN MENGAPA KAJIAN INI SIGNIFIKAN

UNTUK DIJALANKAN. PERLU MASUKKAN KAJIAN2 LEPAS

MENGENAI KEPERLUAN MENJALAN KAJIAN DENGAN

MENGGUNAKAN KAEDAH NOPLOT. SILA TIDAK MENGGUNAKAN

DIRI SENDIRI DALAM P[ENULISAN INI KERANA INI BUKAN

5

Page 6: TESIS BAB 1,2,3

KAJIAN TINDAKAN. SILA BAIKI KESELURUHAN BHG INI. CUBA

RUJUK KEMBALI LECTURE NOTE DR ZOHIR)

1.3 OBJEKTIF KAJIAN (SOALAN KAJIAN PERLU SELARI DENGAN

OBJEKTIF)

Terdapat tiga objektif yang hendak dicapai oleh saya dalam kajiannya, antaranya

ialah :

a. Mengenalpasti punca murid tidak dapat mengesan nilai murni.

b. Mengenalpasti teknik yang sesuai digunakan untu mengesan nilai murni. (APA

BEZA TEKNIK DAN KAEDAH.?ADA TEKNIK LAIN LAGI YG CIKGU

NAK KAJI? SILA PASTIKAN. BAIKI BALIK OBJEKTIF DAN SOALAN

INI)

c. Melihat kesan perubahan pencapaian (NYATAKAN PERUBAHAN YANG

PENCAPAIAN APA? AKADEMIK?MORAL?) murid dengan kaedah

NOPLAT.

1.3 SOALAN KAJIAN

a. Apakah punca murid tidak dapat mengesan nilai murni berdasarkan petikan?

b. Apakah teknik yang sesuai digunakan untuk mengesan nilai murni?

c. Apakah kesan teknik NOPLAT yang digunakan?

d. Sejauhmanakah teknik NOPLAT yang digunakan berkesan?

1.4 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dibataskan kepada murid tahun 5 Sejahtera seramai 45 orang murid

di Sekolah Kebangsaan Dato’ Hashim. Keunikan dan kayanya bahasa Melayu adalah

kerana bahasa ini bersifat dinamik iaitu boleh dikembangkan. Bahasa Melayu

6

Page 7: TESIS BAB 1,2,3

mempunyai nilainya yang tersendiri dan kajian yang mendalam perlu untuk

menguasinya. Kesimpulannya, kertas dua Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

terdapat tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Oleh itu, kajian tindakan(SILA

TAKE NOTE INI BUKAN KAJIAN TINDAKAN) yang dijalankan oleh pengkaji

ini adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran murid dalam mengesan

nilai murni dalam bahagian C. Pengkaji menyedari murid-murid sukar untuk mencari

dan mengesan nilai-nilai murni atau pengajaran daripada petikan teks yang diberikan.

Kajian tindakan dilakukan ke atas murid-murid untuk mencari dan membuktikan

kaedah yang berkesan agar murid lebih mudah dapat mencari dan mengesan nilai-

nilai murni atau pengajaran daripada petikan teks yang diberikan. Dengan adanya

kajian ini, pengkaji dapat membantu murid-murid dalam meningkatkan tahap

penguasaan murid dalam bahagian ini.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kelemahan murid-murid mengesan

nilai murni yang terdapat dalam petikan. Hasil kajian ini di harap dapat memberikan

sumbangan yang berguna kepada semua murid di Sekolah Kebangsaan Dato’

Hashim 2 untuk meningkatkan mengesan nilai murni.

Kepentingan kajian kepada guru pula supaya dapat menyedarkan para guru bahawa

terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan dan

dipraktikkan di dalam bilik darjah. Kaedah ini sesuai dan dapat memudahkan

pengajaran guru serta member rangsangan, motivasi dan minat murid tahun 5

menguasai kemahiran mengesan nilai murni. Kajian ini juga bertujuan meninjau dan

7

Page 8: TESIS BAB 1,2,3

mengetahui komitmen semua warga pendidik dalam usaha untuk mempertingkatkan

kemahiran mengesan nilai murni.

Selain itu, kajian ini bertujuan menyedarkan dan memberi kepentingan kepada ibu

bapa untuk mempertingkatkan kebolehan anak mereka dalam pembelajaran. Ibu bapa

akan merasa lebih bangga dengan kebolehan anak- anak mereka. Ibu bapa akan lebih

yakin dengan kemampuan anak- anak mereka dalam menuntut ilmu.

Kajian ini juga bertujuan agar Jabatan Pelajaran Negeri Keselamatan mengambil kira

tentang perlunya diadakan kursus, bengkel dan latihan dalaman secara insentif untuk

guru- guru Bahasa Melayu bagi menyediakan kemahiran dan pengetahuan serta

memberi penerangan terhadap pelbagai kaedah pembelajaran yang dapat digunakan

dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terutama murid tahun enam yang

akan menduduki UPSR nanti. Dengan adanya kajian atau penyelidikan ini, dapatlah

dibuat panduan oleh sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri

dalam mengetahui tahap pencapaian murid dalam sesebuah sekolah.

1.6 DEFINISI ISTILAH

Nilai-nilai murni :

Perlakuan baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungan sesama

manusia, alam dan Tuhan. (SILA NYATAKAN RUJUKAN)

Kaedah NoPLat

No- Singkatan bagi nota aplikasi nilai murni yang disediakan oleh guru dan

diberikan kepada murid untuk difahami dan dihafal.

8

Page 9: TESIS BAB 1,2,3

P- Singkatan bagi penanda wacana yang akan digunakan oleh murid apabila

hendak menulis ulasan nanti.

Lat - Singkatan bagi latih tubi yang digunakan untuk memberi lebih kefahaman

kepada murid. (SILA NYATAKAN RUJUKAN)

1.7 RUMUSAN

Bab ini menghuraikan latar belakang kajian, pernyataan masalah, persoalan kajian,

objektif kajian, kepentingan kajian, definisi konsep, batasan kajian dan persoalan

kajian. Bab ini juga merumuskan tahap kemahiran menulis murid dalam proses

pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu Penulisan dengan menganalisis

mengenai kemahiran murid mengesan nilai-nilai murni atau pengajaran di dalam

kertas soalan penulisan Bahagian C Bahasa Melayu tahun lima sebaai tajuk kajian.

Setelah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid maka sudah menjadi

tanggungjawab saya dalam membantu mengatasi kelemahan mereka dalam

pembelajaran Bahasa Melayu bagi mengelakkan mereka terus tercicir dalam

pembelajaran.

9

Page 10: TESIS BAB 1,2,3

10

Page 11: TESIS BAB 1,2,3

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.0 PENGENALAN

Dalam bahagian ini, saya mengutarakan fokus kajian yang telah dilaksanakan dalam

kajiannya. Fokus yang dibincangkan merupakan isu-isu kajian yang menyebabkan

saya memilih tajuk itu sebagai kajiannya. Selain itu, bahagian ini juga ada

menerangkan tentang tinjauan literatur iaitu kajian-kajian yang telah dijalankan

terdahulu untuk menyokong kajian tindakan yang dijalankan ini.

2.1 TINJAUAN LITERATUR

Berdasarkan hasil dapatan sumber-sumber yang diperoleh. Kajian seperti ini pernah

dijalankan oleh Puan Fatimah Embong daripada Sekolah Kebangsaan Sri Langat

pada tahun 2008. Penyelidik telah menjalankan penyelidikan yang bertajuk ‘Cara

Mengulas Nilai Murni atau Pengajaran Daripada Petikan (Bahagaian C

Penulisan)’. Dalam penyelidikannya, beliau telah memfokuskan untuk mengehadkan

ulasan murid supaya tidak terlalu panjang. Setidak-tidaknya, bilangan perkataan

11

Page 12: TESIS BAB 1,2,3

tidak melebihi 80 patah perkataan. Beliau telah mengenal pasti kelemahan murid-

muridnya dalam bahagian ini iaitu murid sukar mengesan nilai murni yang tersirat.

Contoh yang diberi tiada kaitan dengan petikan mengamalkan nilai murni tidak

diberikan dan hasil ulasan murid tidak kemas, tidak ringkas dan kurang tepat. Dalam

kajian ini, penyelidik telah mengenal pasti kumpulan sasarannya iaitu 20 orang

murid dari Tahun 6.

Berdasarkan kajian-kajian lain, antaranya yang telah dijalankan oleh Mohd Alfaizal

Che Alui pada tahun 2006, menerusi kajiannya yang mengenai ‘Pengamalan Nilai-

nilai Murni Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah

Kebangsaan Taman Universiti (2) yang diamalkan dalam kehidupan seharian’.

Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui pengamalan nilai-nilai murni dalam

kalangan pelajar yang diamalkan dalam kehidupan harian. Penyelidik ingin melihat

adakah pelajar-pelajar mengamalkan nilai murni yang diperolehi sepanjang

pembelajaran dalam amalan harian, nilai murni yang paling dominan diamalkan serta

mengetahui adakah pengamalan nilai-nilai murni melalui pembelajaran memberi

kesan positif terhadap diri pelajar. Kajian ini dilakukan terhadap 220 responden yang

terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Taman Universiti (2).

Sampel kajian dipilih secara rawak mudah berdasarkan kepada jadual penentu saiz

oleh Krejcie dan Morgan (2970). Menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian

yang dibahagikan kepada Bahagian A iaitu soalan berkaitan latar belakang responden

dan Bahagian B mengandungi item-item nilai-nilai murni. Hasil kajian menunjukkan

12

Page 13: TESIS BAB 1,2,3

26 aspek nilai murni yang dicadangkan penerapannya oleh FPN (Falsafah

Pendidikan Negara) dalam kurikulum pendidikan diterap oleh pelajar untuk

diamalkan dalam hidupan harian serta didapati aspek nilai murni “Kesyukuran”

adalah nilai murni yang paling dominan dihayati di kalangan pelajar. Implikasi

kepada kajian ini akan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Antara kajian lain yang dapat disorotkan ialah ‘Penerapan Nilai-nilai Murni KBSM

Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru-guru Sains Di

Lapan Buah Sekolah Menengah Di Daerah Jitra, Kedah’ yang telah dijalankan kajian

oleh Munirah Binti Ahmad Masduki pada Mac 2004. Kajian deskriptif ini dijalankan

oleh penyelidik adalah untuk mengkaji tahap penerapan nilai-nilai murni KBSM

dalam kalangan guru-guru Sains dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

di lapan buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Jitra, Kedah. Penyelidik telah

mengambil seramai 70 orang guru Sains yang merupakan sampel atau responden

dalam kajian ini. Penerapan nilai-nilai murni KBSM dalam proses P&P dalam

kalangan guru-guru Sains dikaji dari aspek kognitif, tingkah laku dan emosi. Hasil

kajian ini dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan

Pendidikan Negeri (JPN), guru-guru, pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat bagi

meniongkatkan penerapan nilai murni dalam kehidupan seharian.

13

Page 14: TESIS BAB 1,2,3

Sorotan berikutnya ialah ‘Amalan Nilai Murni Dalam Kalangan Pelajar’ merupakan

satu kajian di Terengganu Darul Iman oleh Ab.Rahman Bin Mahmud bersama

Amidin Bin Zin dari Jabatan Pendidikan Maktab Perguruan Kuala Terengganu.

Penyelidik mengkaji kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar yang sering

menjadi topik perbualan dan disiarkan dalam akhbar-akhbar. Pelajar-pelajar kini,

khasnya di peringkat sekolah menengah kurang mengamalkan nilai-nilai murni

dalam kehidupan seharian. Jika masalah ini gagal diatasi, ia akan menjadi satu

sindrom yang serius. Apatah lagi sejak kebelakangan ini, muncul kumpulan “black

metal” dan keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar. Oleh itu, penyelidik cuba

melihat setakat manakah amalan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar tingkatan 4

dari 22 buah sekolah menengah di negeri Terengganu, sebagai mewakili kumpulan

pelajar di sekolah menengah.

Sorotan yang terakhir ialah ‘Penerapan Nilai Dalam Pengajaran Guru Matematik

Sekolah Menengah’ oleh Encik Mohd Uzi Bin Dollah yang menjalankan kajiannya

pada tahun 2007. Penyelidik menjalankan kajian kualitatif ini bertujuan menjelajahi

nilai pengajaran matematik di bilik darjah oleh tiga orang guru matematik sekolah

menengah. Terdapat tiga kategori utama nilai, iaitu nilai pendidikan umum, nilai

matematik, dan nilai pendidikan matematik. Guru matematik tingkatan empat

daripada dua buah sekolah menengah dari Daerah Kuala Kubu Bharu terlibat dalam

kajian ini.

14

Page 15: TESIS BAB 1,2,3

Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga peserta tidak menjadikan penerapan

nilai sebagai suatu perkara yang perlu dinyatakan secara tersurat dalam rancangan

pengajaran. Kesemua peserta menyatakan nilai terterap dalam pengajaran bilik

darjah hanya setelah ditanya oleh saya sebelum atau selepas pemerhatian. Penerapan

nilai terlaksana dalam pengajaran sama ada secara tersirat atau tersurat. Kebanyakan

nilai yang disedari penerapan oleh peserta ialah nilai pendidikan umum, khususnya

nilai yang berkait dengan pembangunan diri seperti nilai berterima kasih, hormat dan

yakin. Semua peserta tidak menyedari berlaku penerapan nilai matematik dalam

pengajaran, walaupun terdapat dua nilai matematik, iaitu objektisme dan

keterbukaan, terlaksana secara tersirat dalam pengajaran matematik. Penerapan nilai

pendidikan matematik secara tersirat tanpa disedari oleh peserta kajian membabitkan

nilai formalistik, instrumental, relevan, teoretikal, kebolehcapaian dan penilaian.

(TINJAUAN LEITERATUR TIDAK CUKUP. DIJELASKAN SEKALI LAGI:

CIKGU TIDAK DIBENARKAN MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN. DALAM

LITERATUR PERLU ADA:1. TEORI BERKAITAN TAJUK KAJIAN CONTOH

15

Page 16: TESIS BAB 1,2,3

TEORI KOGNITIF /BEHAVIOURISME DAN LAIN2. PILIH 2 TEORI DAN

BINCANGKAN SERTA KAITKAN DENGAN TAJUK KAJIAN INI.

2. TINJAUAN KAJIAN2 LEPAS: PERLU DI SELIDIKI KAJIAN2 LEPAS

MENGENAI TAJUK KAJIAN INI)

2.2 RUMUSAN

Berdasarkan tinjauan literatur yang diperolehi, terdapat banyak pandangan dan

pendapat yang telah dinyatakan oleh pengkaji- pengkaji terdahulu berkaitan dengan

tajuk kajian ini. Kajian- kajian lepas banyak memberikan saya pengetahuan tentang

tajuk yang saya pilih . Berdasarkan kajian-kajian yang telah dibuat dapatlah saya

menyimpulkan bahawa nilai murni merupakan suatu yang amat penting dalam

kehidupan. Kita bukan sahaja perlu mengenali dan memahami tentang nilai murni,

malah kita perlu mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita. Oleh sebab itu,

permasalahan ini amat menarik perhatian saya untuk mengkajinya. Saya telah

mengkajinya sebaik mungkin dalam membantu murid-murid yang bermasalah.

Melalui kajian ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu murid kelas Tahun 5

Sejahtera untuk memperoleh markah yang baik dan seterusnya membantu mereka

memperoleh markah yang baik dalam Kertas Ujian atau Peperiksaan Penulisan.

16

Page 17: TESIS BAB 1,2,3

17

Page 18: TESIS BAB 1,2,3

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 PENGENALAN

Dalam bahagian ini, saya mengutarakan reka bentuk kajian berdasarkan teori Laid

Law (2992) sebagai panduan dan cara untuk menjalankan tindakan yang

sistematik.?? Teori ini dipilih kerana sesuai dengan kajian yan saya jalankan. (SILA

SEMAK. TEORI DIBINCANG DI BAB 2). Selain itu, saya menerangkan tindakan

yang telah dilaksanakan untuk mengatasi masalah responden. Pelbagai tindakan dan

strategi yang telah dilakukan saya bagi memastikan segala tindakan dan strategi yang

dirancang dapat membantu responden untuk mengatasi masalah yang dihadapi

mereka.

3.1 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian yang saya gunakan adalah seperti dalam rajah 5.2 dibawah. Reka

bentuk kajian tindakan saya gunakan merupakan amalan kajian untuk membuat

penambahbaikan dalam sesi pengajaran. Satu kerangka teori harus dipilih dan

ditetapkan bagi mencapai tujuan itu. Teori pengajaran Laid Law (2992) telah dipilih

sebagai reka bentuk kajian.

18

Page 19: TESIS BAB 1,2,3

Rajah 5.2 Kerangka Konsep (INI KERANGKA KONSEP KAJIAN

TINDAKAN. SILA PERBAIKI)

19

Page 20: TESIS BAB 1,2,3

Langkah satu merupakan langkah awal yang dijalankan bagi mengenalpasti masalah

dan seterusnya digunakan untuk saya menentukan masalah dan punca masalah.

Perancangan kajian pula, saya tentukan pelan kajian yang meliputi strategi dan

kaedah yang digunakan. Langkah dua pula merupakan perlaksaan tindakan kajian

saya. Kajian tindakan saya dijalankan seperti yang telah dirancang dalam langkah

satu. Langkah tiga, saya membuat penilaian terhadap kajian yang telah saya rancang

dan laksanakan seperti dalam langkah satu dan dua. Menilai keberkesanan pelan dan

perlaksanaan kajian. Seterusnya, langkah empat merupakan langkah terakhir dalam

reka bentuk kajian yang telah diteorikan oleh Laid Law. Langkah itu ialah membuat

refleksi, saya membuat refleksi terakhir dalam kajian untuk menentukan keputusan

akhir kajian tindakan yang dijalankan.

3. 2 POPULASI DAN SAMPEL

Dalam bahagian ini, saya telah menjalankan kajian ke atas murid-murid dari Sekolah

Kebangsaan Dato’ Hashim 2. Kajian ini telah dijalankan ke atas 45 orang murid(??)

dari kelas tahun 5 Sejahtera sekolah tersebut. Senarai nama murid yang menduduki

ujian diagnostik ini boleh dilihat seperti yang dilampirkan dalam (LAMPIRAN A).

Sampel kajian terdiri daripada 5 murid lelaki dan 9 murid (45 ORANG KA NI?

perempuan Tahun 5 Sejahtera yang berumur dalam lingkungan 9 dan 20 tahun.

(????). Bilangan ini adalah kurang satu pertiga daripada keseluruhan murid-murid

yang terdapat dalam kelas ini. Saya berpendapat lingkungan umur responden ini

adalah bersesuaian dengan kajian yang dijalankan berdasarkan pencapaian akademik

mereka yang sederhana. Selain itu, responden majoritinya mempunyai taraf

20

Page 21: TESIS BAB 1,2,3

sosioekonomi keluarga yang sederhana. Kebanyakan ibu bapa responden bekerja

kerajaan ataupun bekerja swasta.

Kebolehan mereka dalam bahasa Melayu adalah amat baik daripada tinjauan awal

dijalankan. Hal ini berdasarkan minat dalam kalangan mereka yang cenderung untuk

meneroka dan mendalami sesuatu yang baharu. \Mereka merupakan pelajar yang

perlukan penekanan serta pendedahan yang lebih tentang nilai-nilai murni. Mereka

mendapat markah yang agak rendah dalam bahagian C penulisan. Oleh itu, mereka

dipilih menjadi sampel atau responden kepada kajian yang telah saya jalankan.

Selepas ujian diagnostik dijalankan, saya mendapati bahawa seramai 24 orang murid

daripada kelas ini yang terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 9 orang murid

perempuan mengalami masalah dalam bahagian C penulisan ini.

(SILA SEMAK DAN FOKUS KEPADA KAJIAN CIKGU. SAMPEL

SEPATUTNYA DINYATAKAN BILANGAN, JULAT UMUR, TIDAK

DIBENARKAN MENDEDAHKAN NAMA MURID/RESPONDEN. SILA TULIS

KEMBALI)

3.3 INSTRUMEN KAJIAN

Pengkaji telah membina (BETULKAH BINA SENDIRI ATAU ADA TENGOK

CONTOH MANA2.? JIKA ADA SILA CATATKAN RUJUKANNYA. JIKA BINA

SENDIRI SILA NYATAKAN DENGAN JELAS KONSTRUK/TEMA DALAM

21

Page 22: TESIS BAB 1,2,3

PEMBINAAN SOALSELIDIK) sendiri instrument kajian berdasarkan persoalan

kajian. Satu set soal selidik disediakan dan soal selidik ini dijawab oleh responden.

Soal selidik ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A berkaitan dengan

demografi responden seperti nama, jantina, kelas, pekerjaan ibu bapa dan

pengangkutan ke sekolah. Bahagian B pula berkaitan dengan tahap kesedian murid

semasa aktiviti penerapan nilai- nilai murni dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran bahasa Melayu seperti minat, tumpuan, pemahaman, tingkah laku, dan

kerja rumah. Borang soal selidik yang lengkap dengan soalan-soalan yang berkaitan

disediakan sebelum diedarkan kepada responden yang terlibat. Borang soal selidik

ini juga dilengkapkan dengan cara murid dan ditanda pada ruang yang sesuai

(TANDA APA .SILA NYATAKAN).

Pemerhatian juga dilaksnakan terhadap murid- murid yang menjadi respnden

berdasarkan beberapa aspek seperti tingkah laku, dan minat responden terhadap

pengajaran yang disampaikan.

3.4 KAJIAN RINTIS

Kajian rintis telah dijalankan kepada semua murid Tahun 4 Sejahtera iaitu seramai

45 orang bagi mendapatkan keesahan terhadap soalan yang telah disediakan. Hasil

daripada kajian tersebut, 5 murid lelaki dan 9 murid perempuan Tahun 5

Sejahtera(AYAT TERGANTUNG???).

(Bagaimana proses/atau laksanakan kajian rintis. Analisis bagaimana? Perlu

dinyatakan)

22

Page 23: TESIS BAB 1,2,3

3.5 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

a. Pemerhatian

Data dikumpul melalui pemerhatian yang didapati daripada pelajar yang sering

bermasalah untuk mencari nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan teks.

Selepas sukar mencari, mereka juga sukar untuk menghuraikan nilai-nilai murni

tersebut dengan baik dan sesuai dengan nilai yang dijumpai (saya tak faham yang

ini).

(sila nyatakan bagaimana pemerhatian dibuat secara terperinci. )

b. Ujian Pra

Di dalam ujian yang dijalankan pelajar dapat menyebut dan menulis nilai yang

terdapat dalam teks, tetapi mereka tidak dapat menghuraikan nilai tersebut dengan

lengkap dan sesuai menyebabkan mereka memperolehi markah yang rendah di

bahagian tersebut. Oleh itu, ujian dijalankan bagi mengenal pasti masalah yang

dihadapi pelajar.

(sila nayatkan apakah ujian pra. Apakah soalan2?bila dilaksanankan dll. Bukan

seperti diatas)

c. Ujian Pos

Selepas segala strategi digunakan bagi membantu responden dalam meningkatkan

pencapaian mereka. Maka, ujian pos pula dijalankan oleh saya terhadap semua

responden. Dapatan daripada ujian pos akan menentukan sama ada keberkesanan

kaedah pengajaran dijalankan itu berjaya atau sebaliknya. Ujian ini merupakan ujian

23

Page 24: TESIS BAB 1,2,3

pencapaian terakhir bagi mengatasi masalah ini. Ujian ini akan menguji tahap

penguasaan responden terhadap penggunaan buku kecil yang saya adakan.

(sila jelaskan apa itu ujian pos, bila dilaksanakan, apakah soalan2 yg dikemukakan)

3.6 PROSEDUR ANALISIS DATA (analisis data ialah bagaimana data

daripada pemerhatian, soalselidik dan ujian2 itu dinalisis. Sila nyatakan satu

persatu cara nya dalam bentuk karangan/paragraph)

Analisis data amat penting untuk menilai keberkesanan teknik yang digunakan.

melaui sesi pengesanan atau dengan lebih mudah dikenali dengan ujian diagnostik

dijalankan bagi mengesan murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran. Dalam

ujian diagnostik ini terdapat tiga bahagian soalan iaitu bahagian A membina ayat,

bahagian B menulis karangan dan bahagian C mengulas nilai murni.

Ujian pra ialah satu jenis ujian yang digunakan untuk mendapat maklumat tentang

pengetahuan pelajar yang sedia ada supaya guru dapat merancang aktiviti pengajaran

dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan menentukan kesesuaian item-item ujian

untuk Bank Item. Keputusan bagi ujian pos bagi memastikan semua responden telah

mencapai dan berada pada tahap yang baik.

3.7 RUMUSAN

24

Page 25: TESIS BAB 1,2,3

Daripada penerangan yang diberikan, dapatlah disimpulkan di sini bahawa kaedah

NoPLat dalam proses pembelajaran dan pengajaran membawa manfaat dan kebaikan

kepada murid dan guru itu sendiri. Sekarang sudah tiba masanya para guru

mengintegrasikan penggunaan nota aplikasi nilai murni ini di sekolah atau di rumah,

untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu aktiviti berdasarkan nota

aplikasi nilai murni ini sebagai satu bahan perantara atau alat untuk menyebarkan

maklumat pendidikan secara global patut sudah dimulakan oleh para guru.

25