Page 1
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
_____________________________________________________________________KECERGASAN
Kekuatan Otot
Jawab semua soalan. Pilih satu jawapan yang tepat.
1. Aktiviti mendagu dapat membina kekuatan otot di bahagian tangan dan
…
A bahu
B kaki
C leher
D pinggang
2. Berikan dua contoh aktiviti yang dapat membina kekuatan otot.
A Mendagu dan tekan tubi
B Lompat dekam dan lompat ketingting
C Bangkit tubi dan lompat jauh berdiri
D Naik turun bangku dan lari pecut 30 meter
3. Naik turun bangku adalah satu aktiviti yang sesuai untuk kekuatan otot
kaki. Apakah aktiviti yang sesuai untuk meningkatkan kekuatan otot
tangan?
A Tekan tubi
B Bangkit tubi
C Ayun tangan
D Jangkauan melunjur
1
Page 2
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
_____________________________________________________________________
4. Latihan kekuatan otot boleh memberi beberapa faedah kepada semua
individu. Antara yang berikut, manakah bukan faedah latihan kekuatan
otot?
A Dapat mengawal berat badan
B Mengurangkan risiko mendapat kecederaan
C Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis
D Mampu melakukan aktiviti secara berpanjangan dan berulang-
ulang
5. Seseorang yang aktif dalam kegiatan fizikal mempunyai tahap
kelenturan yang baik. Antara yang berikut, aktiviti manakah tidak dapat
membantu membina kelenturan?
A Aktiviti angkat tumit untuk bahagian kaki
B Aktiviti kilas pinggang untuk kelenturan abdomen dan pinggang
C Aktiviti jangkauan melunjur untuk bahagian pinggang dan
belakang badan
D Aktiviti bengkok sisi untuk bahagian abdomen, belakang badan,
dan bahagian kaki
6. Cikgu Ahmad telah mengarahkan pelajar dalam kelas Pendidikan
Jasmani untuk melakukan aktiviti naik turun bangku selama 10 minit
tanpa henti. Pada pendapat anda apakah yang akan terjadi kepada
pelajar tersebut?
A Pelajar akan berasa seronok
B Pelajar akan bertambah mahir
C Pelajar akan mengalami kecederaan otot
D Pelajar berpuas hati dengan pencapaiannya
2
Page 3
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
_____________________________________________________________________
Soalan 7 berdasarkan Jadual 1
Jawapan Pelajar Mac April
A Shamsul 22 cm 25 cm
B Murthy 10 cm 20 cm
C Choy - 1 cm 8 cm
D Dave 20 cm 28 cm
Jadual 1
7. Jadual 1 menunjukkan data yang diterima daripada guru Pendidikan
Jasmani selepas menjalani aktiviti jangkauan melunjur terhadap empat
orang pelajar dalam bulan Mac dan April. Pelajar yang manakah
menunjukkan peningkatan kelenturan yang paling ketara?
8. Kelenturan berubah mengikut…
A usia
B kaum
C bangsa
D berat badan
9. Kemampuan jantung dan sistem salur darah membekalkan oksigen
kepada otot secara berterusan semasa melakukan aktiviti juga dikenali
sebagai …
A kekuatan otot
B daya tahan otot
C komposisi badan
D daya tahan kardiovaskular
3
Page 4
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
_____________________________________________________________________
10. Semasa melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular, organ manakah
yang membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan?
A Ginjal
B Hidung
C Jantung
D Paru-paru
11. Aktiviti kekuatan otot adalah bersifat …
A aerobik
B kalistenik
C anaerobik
D senamrobik
12. Manakah yang berikut adalah aktiviti bersifat aerobik?
I Berlari sejauh 10 km
II Lari pecut 100 meter
III Menari selama 10 minit
IV Berjalan pantas selama 1 minit
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
13. Antara yang berikut manakah merupakan komponen kecergasan fizikal
berasaskan kemahiran motor?
A Kelajuan
B Kelenturan
C Daya Tahan Otot
D Daya Tahan Kardiovaskular
4
Page 5
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
_____________________________________________________________________
14. Antara yang berikut manakah merupakan komponen kecergasan fizikal
berasaskan kesihatan?
A Kelajuan
B Ketangkasan
C Daya Tahan Otot
D Masa Tindak Balas
15. Ahli sukan selalu mengamalkan aktiviti memanaskan badan ________
melakukan aktiviti.
A sebelum
B semasa
C selepas
D sepanjang
16. Tekan tubi dan bangkit tubi adalah aktiviti yang dilakukan untuk
membina …
A kelenturan
B ketangkasan
C daya tahan otot
D daya tahan kardiovaskular
17. Senamrobik ialah satu aktiviti yang mampu untuk meningkatkan …
A kuasa
B kekuatan otot
C daya tahan otot
D daya tahan kardiovaskular
5
Page 6
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
_____________________________________________________________________
18. Berikut adalah aktiviti yang berkaitan dengan daya tahan
kardiovaskular.
A Berenang
B Lari pecut
C Lompat tinggi
D Lempar cakera
6
Page 7
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
_____________________________________________________________________KEMAHIRAN SUKAN DAN REKREASI
Bola Jaring
Soalan 19 berdasarkan Rajah 1
Rajah 1
19. Berdasarkan Rajah 1 namakan 3 posisi pertahanan pemain satu
pasukan bola jaring yang berada di kawasan berlorek.
A C, GA, WA
B GS, GK, WD
C GK, GD, WD
D GS, GA, WA
Soalan 20 berdasarkan Rajah 2
Menggunakan kedua-dua belah tangan
Hantaran ini cepat dan tepat
Hantaran ini dilakukan pada jarak yang dekat
Rajah 2
20. Namakan jenis hantaran di atas.
A Lantun
B Aras bahu
C Aras dada
D Aras kepala
7
Page 8
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
_____________________________________________________________________
21. Padanan manakah yang salah dalam permainan bola jaring?
A WA – penyerang sayap
B WD – pengadang sayap
C GA – penyerang gol
D GS – pengadang gol
22. Berikut adalah kemahiran dalam permainan bola jaring kecuali
A hantaran aras dada
B hantaran aras bahu
C hantaran aras kepala
D hantaran aras lengan
23. Tempoh perlawanan bagi permainan bola jaring mengandungi
empat sukuan yang setiap satunya …
A 15 minit
B 20 minit
C 25 minit
D 35 minit
24. Dalam permainan bola jaring, pemain tidak boleh melakukan
kemahiran ini, kecuali
I menumbuk bola
II memegang tiang gol
III menghantar bola semasa berbaring
IV menghadang pemain dalam jarak yang bersesuaian
A IV
B I dan II
C I, II dan III
D I, III dan IV
8
Page 9
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
_____________________________________________________________________
25. Dalam permainan bola jaring, pemain tengah (Centre) boleh berada
dalam kawasan berikut kecuali
A bulatan gol
B kawasan tengah
C keseluruhan padang
D kawasan dalam padang
Pingpong
26. Berikut adalah faktor-faktor yang menentukan kekuatan pukulan dalam
permainan pingpong kecuali
A berat badan
B ayun tangan
C kilasan badan
D pergerakan pergelangan tangan
27. Permainan pingpong dipercayai bermula di England dengan
menggunakan buku sebagai jaring, kadbod sebagai raket dan bola
yang dibuat daripada …
A tali
B getah
C kertas
D rumput kering
28. Ahmadi hendak meningkatkan kemahiran smesy pingpong. Apakah
prinsip latihan yang sesuai digunakan?
A Latih tubi
B Spesifikasi
C Revesibiliti
D Ansur maju
9
Page 10
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
_____________________________________________________________________
Soalan 29 berdasarkan Jadual 2
Jadual Pertandingan Pingpong
A Siew Lan ZanaLan a/p Richik
Selvi
Siew Lan 11-9, 11-9 11-7, 11-8 11-0, 11-0
Zana 9-11, 9-11 11-3, 11-6 11-5, 11-0
Lan a/p Richik
7-11, 8-11 3-11, 6-11 11-5, 11-9
Selvi 0-11, 0-11 5-11, 0-11 5-11, 9-11
Jadual 2
29. Siapakah yang layak menjadi johan kumpulan A?
A Zana
B Selvi
C Siew Lan
D Lan a/p Richik
30. Tennis elbow atau rasa sakit pada siku sering dialami oleh pemain
pingpong. Apakah yang perlu dilakukan oleh pemain bagi
mengelakkannya?
A Mengurangkan latihan
B Meneruskan latihan seperti biasa
C Membuat persediaan dari segi psikologi
D Melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan
10
Page 11
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
_____________________________________________________________________
Bola Sepak
31. Pemain bola sepak berada dalam kedudukan ofsaid jika…
A bola melintasi garisan gol
B bola disentuh oleh pemain lain sebelum bola dijaringkan
C cuba mendapatkan keuntungan dengan berada dalam
kedudukan tersebut
D pasukan bertahan melakukan kesalahan dalam kawasan
penaltinya sendiri
32. Dalam satu perlawanan bola sepak, setiap pasukan diwakili oleh
________ semasa sepak mula hendak dilakukan.
A 8 orang pemain
B 10 orang pemain
C 11 orang pemain
D 12 orang pemain
33. Kad kuning akan diberikan jika …
I melakukan tindakan berbahaya
II mematuhi undang – undang permainan
III memegang atau menyentuh bola dengan sengaja
IV menendang bola selepas tiupan wisel kerana kesalahan yang
dilakukan dengan sengaja
A I dan II
B I dan III
C I, II dan III
D I, II, III dan IV
11
Page 12
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
_____________________________________________________________________
34. Dalam permainan bola sepak, menjaring menggunakan kepala
memerlukan kemahiran …
A menahan
B menanduk
C menendang
D mengelecek
Olahraga
Soalan 35 hingga 39
Pilih jawapan yang betul berpandukan rajah yang diberikan
Soalan 35 hingga 37
A. Fasa Penamat
B. Fasa Berlepas
C. Fasa Ikut Lajak
D. Fasa Ke Garisan
35. ________ 36. ________ 37. ________
12
Page 13
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
_____________________________________________________________________
Soalan 38 hingga 39
A. Fasa Ke Garisan
B. Peringkat Sedia
C. Fasa Pecutan
D. Fasa Layangan
38. ________ 39. ________
Gimnastik
40. Gimnastik artistik terdiri daripada tiga aktiviti utama iaitu …
A imbangan, kepantasan dan kekuatan
B imbangan, ketangkasan dan lombol
C imbangan, daya tahan otot dan kuasa
D imbangan, ketangkasan dan daya tahan otot
13
Page 14
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
_____________________________________________________________________KESUKANAN
1. Kesan rasuah dalam sukan terhadap negara ialah …
A mutu kesukanan negara semakin meningkat
B menaikkan nama dan masa depan ahli sukan
C maruah pasukan dan imej negara akan tercemar
D ahli sukan dianggap mempunyai semangat kesukanan yang
tulen
2. Butiran berikut perlu dalam pengurusan alatan sukan
I Jadual giliran bertugas
II Rekod keluar masuk
III Pengasingan alatan sukan yang rosak
IV Peraturan meminjam alatan sukan
A I dan III
B II dan III
C I, II dan III
D I, II, III dan IV
3. Berikan contoh amalan tidak jujur dalam sukan.
A Mengikut peraturan permainan
B Mengamalkan semangat kesukanan
C Memasukkan pemain yang layak sahaja
D Memasukkan pemain yang tidak layak bertanding
4. Pengurusan sukan bermaksud …
A memberikan tugasan yang sesuai
B merekod peralatan sukan dengan betul
C memastikan peralatan disimpan dengan baik
D menguruskan agihan sumber yang berkaitan secara berkesan
14
Page 15
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
_____________________________________________________________________
5. Berikut adalah badan-badan atau persatuan yang bertanggungjawab
terhadap pengendalian sukan olahraga, kecuali
A MSN
B KOAM
C MSSM
D MSSN
6. Etika menjelaskan tentang cara …
I memantau
II mematuhi peraturan
III melihat dan menilai tindakan seseorang
IV menilai dan melakukan sesuatu aktiviti dalam kehidupan
seharian
A I dan II
B I dan III
C III dan IV
D I, II, III dan IV
7. Apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi memastikan alatan sukan
yang diperbuat daripada logam tidak mudah berkarat?
A menyimpannya di tempat lembap
B tidak mementingkan aspek kebersihan
C menyimpannya di tempat yang tertutup
D memastikan semua peralatan berada dalam keadaan kering
8. Nyatakan faedah menyimpan alatan sukan mengikut saiz dan bentuk.
A Menjimatkan ruang
B Mudah untuk dilupuskan
C Memastikan peralatan selamat
D Memudahkan penjumlahan alatan
15
Page 16
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
_____________________________________________________________________KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
1. Malnutrisi merupakan masalah pengambilan zat makanan yang tidak
mencukupi. Apakah kesan daripada malnutrisi?
A Gaut
B Kegemukan
C Mudah pitam
D Darah tinggi
2. Apakah yang dimaksudkan dengan malnutrisi?
A Ketagihan dadah
B Lebihan lemak dalam badan
C Kurang melakukan senaman
D Pengambilan zat makanan yang tidak mencukupi
3. Antara berikut, manakah waktu makan yang penting bagi mengelakkan
seseorang pelajar berasa letih dan lesu di dalam kelas sesi pagi?
A Sarapan pagi
B Minum petang
C Makan malam
D Makan tengah hari
4. Penyakit skurvi adalah disebabkan oleh kekurangan …
A vitamin A
B vitamin B
C vitamin C
D vitamin D
16
Page 17
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
_____________________________________________________________________
5. Antara berikut, manakah langkah yang boleh mengatasi masalah
malnutrisi?
A Mengamalkan pemakanan yang seimbang
B Menjalankan aktiviti-aktiviti kecergasan kardiovaskular
C Makan sekenyang-kenyangnya setiap kali bersarapan
D Menjalani pemeriksaan doktor setiap kali menghadapi gastrik
6. Penglihatan Tan pada waktu malam adalah terhad. Apakah
kemungkinan penyakit yang dihidapi oleh Tan?
A Buta
B Mata juling
C Rabun warna
D Rabun malam
7. Sekiranya anda mendapat sebarang penyakit, anda hendaklah
mendapatkan rawatan daripada …
A doktor
B ibu bapa
C jururawat
D Persatuan Bulan Sabit Merah
8. Manakah yang berikut merupakan faktor malnutrisi?
A Kekayaan
B Budaya hidup
C Makanan seimbang
D Tahap kesihatan yang rendah
17
Page 18
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
_____________________________________________________________________
9. Siti mengalami gejala kaki dan tangan mengecil serta perut buncit
semasa berumur 9 tahun. Pilih penyakit yang dikaitkan dengan gejala
ini.
A Anemia
B Maramus
C Beri-beri
D Kwashiokor
10. Kemiskinan dan kekurangan sumber makanan boleh menyebabkan
masalah malnutrisi kepada penduduk sesebuah negara. Pada
pendapat anda, negara manakah yang mungkin menghadapi masalah
ini?
A Sudan
B Kanada
C Malaysia
D New Zealand
11. Berikut merupakan faktor yang menjadi punca kepada konflik, kecuali
A perbezaan nilai
B cuaca terlalu panas
C perbezaan pendapat
D penceraian ibu bapa
12. Golongan manakah yang paling ramai terbabit dengan
penyalahgunaan bahan terutamanya dadah, rokok dan alkohol?
A Belia
B Remaja
C Orang tua
D Kanak-kanak
18
Page 19
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
_____________________________________________________________________
13. Berikut adalah langkah-langkah pengurusan konflik dan stres mengikut
urutan.
I Laksanakan cadangan dan nasihat
II Kenal pasti punca konflik dan stres
III Rujuk penasihat, ibu bapa, guru kaunseling atau guru agama
IV Nilai tindakan yang diambil sama ada berkesan atau sebaliknya
A I, II, III dan IV
B II, IV, I dan III
C III, I, IV dan II
D IV, III, II dan I
14. Manakah antara berikut benar mengenai punca berlakunya stres?
I kematian ahli keluarga
II terlalu bimbang atau takut
III pertelingkahan dalam keluarga
IV tekanan menghadapi peperiksaan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I, II, III, dan IV
15. Dalam bidang perubatan, dadah merupakan bahan untuk
menghasilkan ubat. Antara berikut yang manakah bukan jenis dadah?
A Morfin
B Kodien
C Sulfur
D Candu
19
Page 20
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
_____________________________________________________________________
16. Antara berikut yang manakah bukan merupakan kesan
penyalahgunaan dadah.
A Tersisih daripada masyarakat
B Menjadi sampah masyarakat
C Tidak mendapat kawan yang ramai
D Mendapat pengiktirafan masyarakat
17. Di Malaysia beberapa akta yang berkaitan dengan pengawalan dadah
telah digubal dan dikuatkuasakan. Berikut adalah jenis-jenis akta yang
diwujudkan kecuali
A Akta Racun 1952.
B Akta Kanun Jenayah 1953.
C Akta Dadah Berbahaya 1952.
D Akta Penagih Dadah (rawatan dan pemulihan 1983).
18. AIDS adalah singkatan daripada perkataan …
A Accident Immune Deficiency Syndrome
B Acquired Immune Deficiency Syndrome
C Acquired Independent Deficiency Syndrome
D Accident Independent Deficiency Syndrome
20
Page 21
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
_____________________________________________________________________
Soalan 19 hingga 23
Hitamkan “A” bagi jawapan yang betul dan “B” bagi jawapan yang
salah.
19. Piramid makanan menggambarkan secara umum tentang jenis dan
jumlah makanan yang perlu diambil oleh seseorang individu.
A / B
20. Contoh kumpulan makanan bagi bijirin adalah seperti majerin, minyak
masak dan gula.
A / B
21. Konflik timbul apabila seseorang itu suka berhadapan dengan
kegembiraan dan mudah untuk membuat pilihan yang mempunyai
matlamat yang sama.
A / B
22. Seseorang mengalami stres mungkin disebabkan oleh tiada keyakinan
diri dan selalu berlaku pertelingkahan dalam keluarga.
A / B
23. HIV ialah singkatan daripada perkataan Human Immunodeficiency Virus.
A / B
21
Page 22
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
_____________________________________________________________________
Soalan 24 hingga 27
Pilih jawapan yang sesuai berpandukan Jadual 3 di bawah:
Aparu-paru
Bkonflik
Ctabiat
Dnegatif
Jadual 3
24. Stres ialah respon yang dihasilkan oleh tubuh apabila seseorang itu
berhadapan dengan ________ atau pelbagai situasi lain yang
menyebabkan tekanan.
25. Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui
perubahan rupa, sikap, _______ dan tingkah laku yang tidak
menyenangkan rakan-rakan dan anggota keluarga.
26. Terdapat lebih daripada 4000 bahan kimia di dalam sebatang rokok
yang boleh membahayakan ________ dan menyebabkan kanser.
27. Konflik dan stres boleh mendatangkan kesan yang ________ kepada
diri seseorang, adalah lebih baik jika dicegah dari awal.
22
Page 23
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
_____________________________________________________________________
28. Berapakah umur seseorang yang boleh dianggap sebagai warga emas?
A 30 tahun
B 40 tahun
C 50 tahun
D 60 tahun
29. Amanda dilahirkan kerdil. Dia dianggap sebagai warga…
A tua
B kerdil
C cacat
D istimewa
30. Apakah maksud perkahwinan di antara seorang lelaki dengan seorang
perempuan.
A Budaya
B Perjanjian
C Persandingan
D Ikatan yang sah
31. Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah
keruntuhan institusi kekeluargaan?
A Bapa memarahi anak jika berkelakuan kurang sopan
B Menghalang anak-anak bergaul dengan alam sekitar
C Mementingkan kecemerlangan akademik semata-mata
D Ibu bapa sentiasa mendalami ilmu kekeluargaan dalam
penyelesaian masalah
23
Page 24
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
_____________________________________________________________________
32. Pelajar X adalah pelajar yang datang daripada keluarga yang
bermasalah. Ibu bapanya bercerai dan mengabaikan tanggungjawab
kepada anak-anak. Apakah yang mungkin akan berlaku kepada
kehidupan pelajar X?
A Seorang yang kuat agama
B Menjadi seorang yang berjaya
C Terjerumus dalam gejala-gejala sosial
D Mempunyai rasa prihatin kepada masyarakat
33. Ketiadaan kesefahaman merupakan isu kekeluargaan yang sering
diperkatakan. Apakah kesan daripada masalah tersebut?
A Hubungan kekeluargaan terjejas
B Melahirkan warga yang penyayang
C Mewujudkan anak-anak yang berjaya
D Mengeratkan kemesraan dalam keluarga
34. Merry tidak dapat bersemuka dengan bapanya kerana terdapat
perbezaan nilai antara generasi. Antara yang berikut manakah cara
penyelesaian yang paling sesuai?
A Elak dari mementingkan diri sendiri
B Biarkan sahaja masalah ini berlarutan
C Merry patut akur terhadap kata-kata bapanya
D Menunjukkan komunikasi yang berkesan di antara mereka
35. Pelajar Y cuba melarikan diri dari rumah. Berikut merupakan puncanya
kecuali
A bersikap adil
B kurang didikan
C keluarga tidak aman
D kurang kasih sayang
24
Page 25
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
_____________________________________________________________________
36. Bapa Aleen kaki botol. Apabila mabuk, Aleen dan ibunya selalu
dipukul. Apakah kesan isu kekeluargaan ini?
A Tidak sehaluan
B Kurang kemesraan
C Kurang komunikasi
D Kurang kesefahaman
37. Encik Johan selalu balik lewat. Dia juga sering memukul anak dan
isterinya. Pada pendapat anda apakah kesan terhadap anaknya?
I Anak lari dari rumah
II Gagal dalam peperiksaan
III Terlibat dalam gejala sosial
IV Dia akan menjadi penyabar
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
38. Berikut ialah faedah layanan baik kepada Orang Kurang Upaya (OKU)
I Lebih berkeyakinan
II Mengurangkan penderitaan
III Penawar kepada kesusahan
IV Menjadikan mereka terlalu bergantung
A I dan II
B I dan IV
C I, II dan III
D I, II, III dan IV
25
Page 26
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
_____________________________________________________________________
39. Berikut ialah ciri-ciri keluarga bahagia kecuali
A kasih sayang
B sering berbalah
C hormat menghormati
D saling membantu antara satu sama lain
40. Pencapaian akademik Jefri semakin merosot kerana dia jarang
menyiapkan kerja sekolahnya. Dia juga sering tertidur di dalam kelas
ketika guru mengajar. Tindakan yang boleh diambil untuk membantu
Jefri ialah …
A mengugutnya
B memberi bantuan kewangan
C melaporkan kepada guru disiplin
D menasihatinya dengan cara yang baik
41. Berikut ialah punca remaja lari dari rumah kecuali
A keluarga tidak aman
B memenuhi harapan keluarga
C perbezaan nilai antara generasi
D pengaruh negatif rakan sebaya
42. Untuk mengatasi perbezaan nilai di antara generasi muda dan
generasi tua, kita hendaklah …
A melayari internet
B menziarahi warga tua
C membawa buah tangan
D mewujudkan komunikasi yang berkesan
26
Page 27
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
_____________________________________________________________________
KESELAMATAN PENGGUNA DAN PERTOLONGAN CEMAS
1. Akta Perlindungan Pengguna 1999 memberi hak kepada pengguna
kecuali
A hak mendapat pendidikan pengguna
B hak menetapkan harga barangan di pasaran
C hak bersuara secara individu atau perwakilan
D keselamatan, proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh
membahayakan kesihatan
2. Peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna ialah …
I mengawal cetak rompak
II membuat pemeriksaan tanda harga barang kawalan
III menetapkan dan mengawal harga barangan keperluan
IV memastikan peniaga mendapat perkhidmatan yang sewajarnya
A I dan II
B I dan III
C I, II dan III
D I, II, III dan IV
3. Encik Rozi membeli sebuah komputer. Malangnya komputer itu
didapati rosak. Encik Rozi meminta peniaga tersebut memulangkan
semula wangnya tetapi mereka enggan. Encik Rozi boleh membuat
aduan kepada …
A FOMCA
B Kementerian Dalam Negeri
C Tribunal Tuntutan Pengguna
D Lembaga Hasil Dalam Negeri
27
Page 28
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
_____________________________________________________________________
4. Pertolongan cemas bermaksud …
A membantu mangsa
B menjaga harta benda mangsa
C membawa mangsa ke hospital
D tindakan awal dan segera sementara menanti ketibaan
ambulans
5. Tempoh ________ pertama adalah kritikal bagi memastikan mangsa
selamat, khususnya mangsa yang menghadapi masalah pernafasan.
A 2 minit
B 3 minit
C 4 minit
D 5 minit
6. Pernafasan mulut ke mulut Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) diberikan
kepada mangsa?
A Patah
B Lemas
C Melecet
D Terseliuh
7. Pertolongan cemas amat berguna dalam situasi berikut …
A kematian
B kemalangan
C perkahwinan
D kenduri-kendara
28
Page 29
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
_____________________________________________________________________
8. Antara yang berikut manakah bukan merupakan tatacara pertolongan
cemas …
A RICE
B DRCE
C DRABC
D TOTAPS
9. Pernyataan manakah yang betul dalam cara melakukan prosedur
pertolongan cemas.
A Bahaya – gerak balas – saluran pernafasan – bernafas –
peredaran darah
B Gerak balas – saluran pernafasan – bernafas – peredaran darah
– bahaya
C Bahaya – saluran pernafasan – gerak balas – bernafas –
peredaran darah
D Gerak balas – bahaya – saluran pernafasan – bernafas –
peredaran darah
29
Page 30
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
_____________________________________________________________________
SKEMA JAWAPAN
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
KECERGASAN 1. A
2. A
3. A
4. C
5. A
6. C
7. B
8. A
9. D
10. C
11. C
12. D
13. A
14. C
15. A
16. C
17. D
18. A
KEMAHIRAN SUKAN DAN REKREASI19. C
20. C
21. D
22. D
23. A
24. A
25. A
26. A
27. A
28. A
29. C
30. D
31. C
32. C
33. C
34. B
35. C
36. D
37. A
38. D
39. A
40. B
KESUKANAN1. C
2. D
3. D
4. D
5. D
6. D
7. D
8. A
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA / GAYA HIDUP SIHAT1. C
2. D
3. A
4. C
5. A
6. D
7. A
8. D
9. D
10. A
11. B
12. B
13. D
14. D
15. C
16. D
17. B
18. B
19. A
20. B
21. B
22. A
23. B
24. B
25. C
26. A
27. D
28. D
29. D
30. D
31. D
32. C
33. A
34. B
35. A
36. B
37. B
38. C
39. B
40. D
41. B
42. D
KESELAMATAN PENGGUNA DAN PERTOLONGAN CEMAS1. B
2. C
3. C
4. D
5. C
6. B
7. B
8. C
9. A
30