SKRIP DRAMA KANAK-KANAK ROHANA BINTI ABD.JALILBM (A) PPG AMBILAN
FEB.2012UP: PUAN FAZIAH BINTI SULAIMANTAJUK : SIAPA PENCURIBABAK
1LATAR: DI HUTAN DI ATAS SEBATANG POKOK BESAR TEMPAT TINGGAL
SEKUMPULAN BINATANG. ( MUZIK LEMBUT YANG MENYAMANKAN )SUASANA PAGI
SESUDAH FAJAR YANG NYAMAN DAN SEJUK BEGITU MENYAMANKAN. SANG NURI
DAN SANG MURAI SUDAH BERSEDIA UNTUK KELUAR MENCARI REZEKI..SANG
MURAI : ( SUARA RAKAMAN SUARA MURAI BERKICAU )Nyaman sungguh pagi
ini. Sejuk sampai ke tulang hitam..malas rasanya hendak
bangun..SANG NURI : ( BUNYI RAKAMAN SUARA NURI )Apa yang bebalkan
sorang sorang tu MuraiSANG MURAI : Tak ada apa-apa aku hanya
menikmati angina pagi..sungguh nyamanSANG NURI : Ya sungguh
nyaman..macam suaca di puncak gunung sahaja..mengigil aku..
TIBA-TIBA SUASANA BISING MUNCUL TIBA-TIBA ( RAKAMAN SUARA TUPAI
YANG BISING ) SANG MURAI : Mengapa Sang Tupai menjerit-pagi-pagi
lagini..SANG NURI : Ehtahlahmari kita pergi lihatSANG MURAI:
MariKEDENGARAN BUNYI YANG RIUH RENDAH MENGANGGU SUASANA PAGI
SESUDAH SUBUH ITU. ( KEADAAN HUTAN MASIH GELAP ). KELIHATAN AHLI
YANG TINGGAL DI ATAS KELAM- KABUT KERANA SEEKOR IBU TUPAI (PENGHUNI
DI POKOK BESAR ITU) KEHILANGAN KACANG IAITU MAKANAN UNTUK SARAPAN
ANAK-ANAKNYA . KEDENGARAN SUARA ANAK-ANAK TUPAI MENANGIS KELAPARAN.
SEMENTARA IBU TUPAI KELIHATAN BERLARIAN KE SANA-SINI UNTUK
MENDAPATKAN BANTUAN DARIPADA PENGHUNI POKOK YANG LAIN. PENGHUNI
POKOK TERKEJUT DENGAN TERIAKAN ANAK-ANAK TUPAI. ADA PENGHUNI YANG
MERUNGUT-RUNGUT KERANA TIDUR MEREKA TERGANGGU. SEMUANYA PENGHUNI
POKOK DATANG BERKUMPUL DI TEMPAT TINGGAL TUPAI DAN ANAK-ANAKNYA
DENGAN KEADAAN MAMAI.( SEPARUH SEDAR KERANA BANGUN DARI TIDUR
KERANA TERKEJUT)
SANG NURI( KEHAIRAN DAN KERISAUAN SAMBIL MENGESAT-NGESAT MATANYA
DAN SAMBIL MENGELIAT )Sang Tupai, mengapa kau dan anak-anak kau
membuat kecoh pada pagi-pagi ni, anak-anak kau semuanya menangis
terlalak terlolong, dan kau pulak terlompat-lompat ke sana ke mari
, habis bergegar dahan-dahan pokok ni..seperti kehilangan sesuatu ?
Apa yang telah berlaku?
( PERBUALAN MEREKA DISUSULI OLEH SUARA SANG BIAWAK DAN SANG ULAR
MENJERIT SAYUP-SAYUP ) KERANA MEMBANTAH SUASANA BISING YANG
MENGANGGU TIDUR MEREKA)Sang Biawak: Kalau nak bergaduh
laki-binipunkaduhlah jauh-jauh sikit..jangan gaduh kat pokok
ini..bisinglahaku nak tidur ninak- menangis nangislah jauh-jauh
..Sang Ular: Hoi bisinglahapalah memekaknya pagi-pagi ni
SANG TUPAI TERDIAM SEJENAK( MUKA YANG KESEDIHAN DAN AIR MATA
YANG BERLINANGAN DI PIPINYA)
SANG TUPAI :Aku sedih Sang Nuri, buah rambutan yang aku simpan
untuk sarapan anak-anak aku telah hilang, ghaib entah ke mana. Aku
semalam simpan di sini.( sang tupai meraba-raba dengan kaki di
kawasan di dalam lubang pangkal pokok yang telah kosong.)
SANG NURI( MENUNJUKKAN MUKA SIMPATI. SAMBIL MENGUIS-GUIS DENGAN
KEPAKNYA KEPADA SANG TUPAI ).Sang Tupai, Kau mesti bertenang. Nanti
anak-anak kau susah hati melihat perlakuan kau ini. Ambil buah
rambutan ini. Beri anak-anak kau makan. Pujuk mereka semua.
Pergilah ke lubang kau semula.
(BINATANG YANG LAIN- SANG MONYET, SANG AYAM, SANG MURAI,
SEMUANYA MENGIKUT PERLAKUAN YANG NURI MENGURUT-URUT BAHU SANG TUPAI
SEBAGAI TANDA SUPAYA BERTENANG SECARA BERGILIR-GILIR.
SANG TUPAI( Sang Tupai mengganggukkan kepala. Dia mengambil
kacang lalu masuk ke dalam lubang)
SANG TUPAITerima kasih semua..
SANG NURI( MELEPASKAN PANDANGAN KEPADA SANG TUPAI. KEMUDIAN DIA
BERALIH KEPADA PENGHUNI POKOK YANG LAIN SEDARI TADI HANYA SEBAGAI
PEMERHATI.
SANG NURIKawan-kawan mari kita berbincang. ( Sang Nuri mengajak
Sang Monyet, Sang ayam, Sang Murai, ). Sang Nuri berkumpul di bawah
pokok.
BABAK 2
SANG NURI BERDIRI DI ATAS SEBATANG BATU YANG BESAR LAGAK SEPERTI
PEMBACA QUTBAH MEMBERIKAN PENERANGAN KEPADA RAKAN-RAKAN MENGENAI
MASALAH YAG MELANDA DI TEMPAT TINGGAL MEREKA.
SANG NURI( Berdiri tegak, untuk memberikan taklimat kepada
rakan-rakan )Seperti sedia maklum tempat tinggal kita sekarang ini
mengalami masalah kecurian. Setakat ini kita belum mampu untuk
menyekat kegiatan kecurian ini. Kalau sebelum ini kawan kita si
ayam dan si Murai telah mengalami kesusahan apabila telur dan
sarang mereka mereka dimusnahkan dan di makan oleh musuh yang tidak
dikenali. Sekarang ini Sang Tupai juga mengalami masalah yang sama.
Kacang untuk sarapan anak-anaknya telah dicuri dan kulitnya di
buang merata-rata tempat. Ada sesiapa yang melihat kes kecurian
ini?
( BERSUARA DENGAN SUARA KESEDIHAN )SANG AYAM: Tolonglah
kawan-kawan kita jadi ikhtiar, telur-telur saya yang kecil-kecil
itupun habis dimusnahkan oleh si pencuri yang durjana itu. Kasihan
anak sayatiada harapanlah dia untuk mempunyai adik..keturunan kami
akan pupus sekiranya masalah ini berterusan
SANG BIAWAK Telur ayam kecil dan terlalu hanyirpatut dibuang
sahaja..tak payah menangislah Sang Ayam..telur kau tu bukannya
sedap sangat. ( SUARA SANG BIAWAK DARI ARAH BELAKANG KUMPULAN YANG
SEDANG BERKUMPUL ITU ).
SANG MURAI (BERSUARA DENGAN SUARA KESEDIHAN )Sarang dan telur
saya juga habis dirosokkan oleh si pengkhianat itu. Sarang
disiat-siat seperti terlalu marah. Memanglah di dalam sarang saya
itu telurnya hanya sebijisaya baru sahaja mula bertelursekarang aku
terpaksa membuat sarang yang baru.
SANG ULAR: Sarang macam rumah setinggan..macam rumah tak
siap..memang patutlah sedang roboh dan dimusnahkan Tak apayah
sedihlah Sang Murai..he..he..he ( SUARA SANG ULAR DARI ARAH
BELAKANG KUMPULAN YANG SEDANG BERKUMPUL ITU ).
SANG MONYET( MENGANGKAT TANGAN ) Semalam saya pulang lambat ke
pokok ini. Saya pergi mencari buah-buahan untuk dibawa ke majlis
Sang Nuri hujung minggu ini. Jadi semasa kejadian itu saya tiada di
atas pokok ini.
( SANG ULAR DAN SANG BIAWAK MASUK KE PENTAS )( SANG ULAR DAN
SANG BIAWAK LEWAT KE PERJUMPAAN ITU )
SANG BIAWAK ( BERCAKAP DENGAN NADA YANG MARAH ):Mengapa
berkumpul ramai-ramai nilepas tu cakap kuat-kuatmenganggu kehidupan
orang lain sungguh.
SANG ULAR: Ya laaku benci betul dengan keadaan macam ini. Kalau
boleh aku nak pidah ke tempat laintempat ini dah buat aku jadi tak
tenteramsemua binatang ni tidak tahu menghormati perasaan jiran
yang lain.
SANG MURAI: Kamu ini memang tidak prihatin dengan masalah
kawan-kawan lain yang berada dalam kesusahantahunya merungut
sahaja..kadang-kadang menyampah pulak aku dengan perangai kau
berdua ini..
SANG BIAWAK : Apa hal sampai ada yang terpekik terlolng
pagi-pagi buta ini? Bingit telinga aku inikalau suara tu merdu tak
apalah juga tertekan aku macam ni..( sambil menggaru-garu kepalanya
yang tidak gatal)
SANG AYAM:Untuk pengetahuan kau berduatempat tinggal kita ini
ada masalah yang terbaru.ada kes kecurian lagikacang makanan si
tupai telah dicuri pulatulah kauorang datang awal semasa
mesyuarat..kau datang lewat..lepas itu membebel pulasuka benar kau
orang berdua menyakitkan hati orang..tak berubah-ubah..
SANG ULAR.Saya sudah tidur semasa kejadian kecurian itu berlaku.
Saya makan terlalu kenyang pada hari semalam, kerana saudara saya
membuat majlis makan-makan. Disebabkan makan terlalu banyak saya
tidur dengan begitu lena. Sang Nuri boleh saya bertanyakan soalan.
Ke mana perginya ibu Tupai semasa makanan anaknya itu dicuri?
SANG NURISang Tupai pergi ke pokok sebelah bertemu dengan ibunya
di pokok hujung kampung ini. Dia mengambil peluang semasa anaknya
tidur untuk ke lubang ibunya. Jika anak-anaknya tidak susah untuk
dia melompat ke pokok tempat tinggal ibunya. Anak-anaknya masih
kecil dan belum cekap untuk melompat dari dahan ke dahan.
SANG BIAWAK(BERCAKAP DENGAN MEGAH DAN BONGKAK )Itulah akibatnya
jika ibu yang tidak sayangkan anak-anaknya. Tinggalkan anak-anaknya
untuk pergi bergosip dengan ibunya. Kalau saya tidak akan
tinggalkan anak-anak saya walaupun seminitpun. Saya akan keluar
dari sarang apabila anak saya sudah besar. Barulah jadi ibu yang
bertanggung jawab. Ini sebenarnya balasan untuk ibu yang tidak
bertanggungjawab.
SANG MONYETKau suka mencari silap orang lain Sang Biawak. Kau
tidak pernah cuba untuk memberikan buah fikiran cara untuk
menyelesaikan masalah kecurian di tempat tinggal kita ini. Tahunya
mencaci orang sahaja kerjanya.
SANG BIAWAK SANG MONYET MENJAWAB DENGAN AYAT MENYINDIR MONYET.
Kau pun sama sang monyet hanya tahu cari kutu dan makan pisang
sahaja, yang lain-lain kau bukan tahu buat apa-apapun.
SANG ULAR : Patutlah badan besarkurang senaman..he..he.. hari tu
aku dengar pisang dia pun hilang jugaharapkan badan aje yang
besar..makanan sendiripun tak boleh jaga..ha..ha..ha..( gelak
dengan kuat )
SANG MONYETSANG MONYET MENERKAM KE ARAH SANG BIAWAK DAN
MENCENGKAM LEHER SANG BIAWAK. SANG ULAR MENYOROK DI BELAKANG SANG
BIAWAK..Kau memang suka cari gaduhkan Sang Biawak.
SEMUA BINATANG YANG ADA DI SITU MELERAIKAN PERGADUHAN ANTARA
SANG BIAWAK DAN SANG ULAR SANG MONYET.
SANG MURAI : Sudah-sudahlah tu..malu dilihat oleh anak-anak
kita..setiap perlakuan kita dijadikan contoh oleh anak-anak
kita.
SANG MURAI: Bawa bersabar sang monyet.. ( sang
murai-mengurut-ngurut badan sang monyet )
SANG MONYET: Entah-entah masalah ditempat kita ini berpunca
daripada mereka berduamereka berdua sahaja yang tidak mengalami
masalah, dan mereka berdua sahaja yang suka makan telur
SANG ULAR: kau jangan main tuduh-tuduh..aku tidak pernah
mencuri..nanti aku boleh saman kau tahu tak.. SANG BIAWAK : Tengok
oranglah..badan besar, kebal, kuat siapa berani nak curi harta
benda aku..kalau berani cubalah..teruk aku kerjakan
nantiha..ha..ha..
SANG NURISudah-sudah kita berkumpul di sini bukan untuk bergaduh
tetapi mencari jalan penyelesaian kepada masalah kita ini. Kamu ni
sang biawak, sang ular dan sang monyet macam budak-budak, suka
sangat bergaduh. Pergaduhan tidak menyelesaikan masalah.
TIBA-TIBA SANG MURAI MENDEKATI SANG NURI UNTUK MEMBERIKAN BUAH
FIKIRAN. SANG MURAI BERJALAN TERKEDEK-KEDEK MENDEKATI SANG NURI
.
SANG MURAITadi saya dan Sang ayam ada berbincang tentang masalah
kecurian di tempat tinggal kita ini. Kami berdua berasa kita perlu
mengupah seorang penyiasat persendirian untuk menyiasat kes
kecurian ini.
SANG BIAWAK ( dengan nada angkuh dan menyindir)Siapa yang hendak
menyiasat kes yang kecil sebegini. Lagipun kita mana ada wang untuk
memberi upah kepada penyiasat itu apabila dia telah selesaikan kes.
Suka beri pandangan yang tidak masuk akal..he..he..he.. Sang
Murai..sang Muraiberfikirlah sebelum bercakapjangan nanti
diketawakan oleh orang
SANG ULARSayapun tiada wang untuk dihulurkan kepada penyiasat
itu. Saya makanpun kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Saya ni cukup-cukup makan sahaja. Baik beli makanan mengeyangkan
perut dari membazir kepada sesuatu yang tidak berfaedah..
SANG AYAM( menghampiri Murai dan sang Nuri )Saya dengar tuk
penghulu hutan kita sang kancil yang bijaksana telahpun pulang dari
lawatan kerjanya. Saya rasa elok kiranya kita pergi bertemu
dengannya untuk mengadu hal tentag masalah kita ini. Itulah
cadangan saya dan Sang Murai.
SANG BIAWAK ( SANG BIAWAK BERCAKAP DENGAN BERANG TANDA JENGKEL
DENGAN CADANGAN SANG MURAI DAN SANG AYAM )Buat apalah kita nak
menyusahkan sang kancil itu. Tentu dia keletihan kerana baru balik
daripada merantau. Ini Cuma masalah kecillah, kita boleh selesaikan
sendirilah. Apakah kamu semua ni. Suka sangat membazirkalau kau
orang lebih saagat duit beri aje kat aku ni.. atau sedekahkan
kepada anak-anak yatim dapat juga pahala..
SANG ULAR: Betul..betul tu sang biawak kalau susah sangat beri
aje kepada aku ni..aku ni anak yatim juga..ha..ha.ha.. mereka semua
memang bodoh..suka mencadangkan sesuatu yang tak masuk akalkalau
dah ada masalah selesaikan sendiri..ini sibuk menyusahkan orang
laintak faham aku.dengan kau semua ini..
KEDENGARAN SUARA-SUARA PENGHUNI POKOK YANG BERCAKAP SESAMA
SENDIRI UNTUK MEMBERIKAN PENDAPAT MEREKA.
SANG NURI.Baiklah kita sekarang mempunyai dua pendapat cara
untuk menyelesaikan masalah ini. Sang ayam dan sang Murai bercadang
untuk menjemput sang Kancil untuk menyelesaikan masalah kita ini.
Ada benarnya juga pendapat sang itik dan sang ayam itu. Sang Kancil
sebagai Tuk Penghulu perlu tahu masalah kita ini. Pendapat yang
kedua kita selesaikan masalah kita sendiri mengikut pendapat biawak
. Baiklah kita buat undian. Siapa yang menyokong pendapat sang itik
dan sang ayam boleh angkat tangan dan siapa yang sokong pendapat
sang biawak juga boleh mengangkat tangan.
SANG BIAWAK DAN ULAR BEREDER DARI SITU KERANA SEBELUM UNDIAN
DIBUAT
SANG NURISiapa yang menyokong pendapat sang itik dan sag ayam
untuk menjemput sang kancil bagi menyelesaikan masalah kecurian
ini?
( SEMUA PENGHUNI POKOK MENYOKONG PENDAPAT SANG AYAM DAN SANG
MURAI KECUALI SANG ULAR DAN SANG BIAWAK.)
Siapa yang menyokong pendapat sang biawak ?( TIADA YANG
MENGANKAT TANGAN )
SANG NURIBaik, penghuni pokok sebulat suara telah menyokong
pendapat sang ayam dan sang itik untuk menjemput sang kancil
menyelesaikan masalah kita ini. Esok pagi-pagi lagi saya akan
bertemu dengan sang kancil.
( ANAK SANG KANCIL TELAH LAMA DUDUK DI SITU MENCURI DENGAR
PERBINCANGAN YANG DIBUAT OLEH PENGHUNI POKOK ITU )
ANAK SANG KANCIL: Nanti-nanti Sang Nuriayah saya tak ada di
rumah sekarang inibulan depan dia baru balikAyah saya pergi melawat
di hutan yang lain.
SANG AYAM : Nampaknya kita kena cari cara lain untuk
menyelesaikan masalah kita ini..( dengan nada kecewa )
SANG NURI : Betul tu..
BABAK 3
KEDENGARAN LAGU NYANYIAN LAGU SI BONGKOK TIGA OLEH ANAK-ANAK
PENGHUNI POKOK. ( ANAK TUPAI, ANAK AYAM, ANAK MONYET, ANAK MURAI )
SEHINGGA LAGU HABIS MEREKA BERMAIN-MAIN ..
ANAK MONYET: Mana Si anak kancil ni. Kata nak datang ..tapi muka
hidung diapun tak nampak dari tadi
ANAK AYAM: Mak dia tak kasi dia keluar kotayah diakan tak
ada..mak dia minta tolong dia buat kerjalah tu
ANAK MURAI:Tadi aku ada nampak dia tengah makan pucuk ubi di
hujung jalan sana tusyok sangat makanlah tu sampai lupa kita di
sini
ANAK TUPAI: Anak Kancil tak pernah mungkir janji..tunggulah
sekejap lagi..tentu dia datang nantiMari kita menyanyi lagikita
nyanyi lagu lain pulak
ANAK AYAM, ANAK MONYET, : Lagu apa?
ANAK TUPAI:Lagu ini ( muzik dimainkan Lagu kanak-kanak yag
sesuai )
ANAK KANCIL SAMPAI KE TEMPAT ITU DENGAN TERMENGAH-MENGAH..
ANAK KANCILBerhenti nyanyi..berhenti nyanyi( Muzik diberhentikan
) Kawan-kawan Semasa dalam perjalanan ke sini tadi aku nampak sang
ular dan sang biawak sedang makan kacangdi mana mereka dapat ya..(
bercakap dengan nada yang termengah-mengah )ANAK TUPAI:Tah-tah
kacang ibu kita tak..hari tu kan kacang kat rumah kita hilang..
ANAK MONYET:Kesian kauhari tu aku tengok mak kau nangiskaupun
nangis jugakan..
ANAK TUPAI:Emm..emm..sedih aku laparlahsebab tu nangis..
ANAK AYAM:Mak aku pun nangis hari tu..telur mak aku kena makan
dengan pencuri..habis semua..tak tinggal satupunkesian mak akunanti
aku tak ada adik..kesian aku ..sebatang kara
ANAK MONYET:Mak akupun kehilangan pisang juga..nasib baik sang
Nuri beri aku buah rambutan kalau tidak tentu aku lapar..
ANAK MURAI: Nasib baik mak kau tak sempat bergaduh dengan sang
ular dan sang biawakkalau tidak mesti bergaduh besar( ANAK MURAI
MEMBUAT AKSI BERGADUH )
ANAK MONYET:Kau janganlah sebut perkara itu aku malulahnanti aku
cili mulut kau baru tahu..
ANAK KANCIL:Sudahlah tu aku bukan nak suruh kau semua bergaduh
sebenarnya aku rasa kita kena buat rancangan untuk memerangkap
pencuri ituANAK MURAI, ANAK MONYET, ANAK TUPAI, ANAK AYAM:Macam
mana ?
ANAK KANCIL:Mari sini aku beritahu
( ANAK-ANAK BINATANG INI BERKUMPUL SAMBIL BERPEGANGAN SEPERTI
PERBUATAN PEMAIN BOLA SEPAK SEBELUM MEMULAKAN PERMAINAN )
ANAK MURAI, ANAK MONYET, ANAK TUPAI, ANAK AYAM:
O..OOOO..OOO..Macam tu ke ..he..he..he ( sambil membuat gaya kepada
penonton )
BABAK 4
KELIHATAN SANG ULAR DAN BIAWAK SEDANG BEREHAT-REHAT DI BAWAH
POKOK.
SANG BIAWAK : kita ni lama dah tidak pergi mencari makanan. Aku
teringin nak makan telurlah
SANG ULARAku ada terjumpa telur busuk kau hujung belukar tu..kau
nak keaku boleh pergi ambilkan..
SANG BIAWAK: Aku tak makan telur busuk..cis..meloya aku..kau ini
Sang Ularaku selalu makan telur yang segarbaru tiba dari ladang
SANG ULAR:Kau ni memilihkerja malas
SANG BIAWAK:Kau jangan sebut malas-malas tu aku tak sukaaku
selalu dapat makanan terpijakjadi buat apa aku menyusahkan
dirisekeliling aku banyak makanan..he..he..
SANG ULARNak hidup mesti pandai putar belitkan .
SANG BIAWAKTaupun kau..sebab itu aku suka berkawan dengan
kau..kau begitu memahamiKalau kau ada sumber terbaru beritahulah
aku.aku teringinlah telur..
SANG ULARAku tidak masuk campur ya Sang Biawakkalau kau ditimpa
masalah lagi aku tak mahu tolong dah.. ya..
(TIBA-TIBA KEDENGARAN SUARA KECIL DISEBALIK SEMAK BERHAMPIRAN
DENGAN TEMPAT SANG ULAR DAN SANG BIAWAK BEREHAT)
ANAK MURAI : Mak aku kata..nanti proes pengumpulan telur burung,
telur ayam akan dikumpulkan pada satu tempat yang jauh dari
sini.
ANAK KANCIL: Kenapa buat macam tu?
ANAK MURAI: Nak selamatkan telur tu dari dimakan oleh
pencuri
ANAK AYAM : Simpan kat mana..mak aku tak beritahupun..
ANAK MONYET:Kau janganlah cakap kuat-kuat nanti orang dengar
ANAK TUPAI: Aku dengar telur tu akan disimpan di sarang di dalam
kumpulan busut-busut itu..
ANAK AYAM Janganlah cakap kuat-kuat nanti orang dengar.. bila
nak simpannya..
ANAK MURAI DAN ANAK KANCIL: Tengah mala mini..( sambil
berbisik-bisik )
( SANG BIAWAK YANG MENDENGAR PERBUALAN ITU TERSENYUM SUMBING
)
SANG BIAWAKRezeki aku dah sampai Sang Ular
SANG ULARBelum pasti lagi Sang Biawak..itu cuma cakap
budak-budak sahajabukan boleh percaya..
SANG BIAWAKBelum cuba..belum taurezeki jangan ditolak ..musuh
jangan dicari..he..he..heaku nak beredar dah Sang Ular ..aku nak
rehatkan diri..aku perlukan banyak tenaga untuk menjalankan misi
aku ini.
SANG ULARIkut suka kau sang Biawak..aku tak masuk campur..BABAK
5
SANG BIAWAK TERANGKAK-RANGKAK MENYOROK DIBELAKANG POKOK. DIA
SEDANG MEMERHATIKAN KEADAAN SEKELILING BUSUT ITU. TIADA KELIHATAN
SESIAPA DI BUSUT ITU. SANG BIAWAK MEMPERCEPATKAN LANGKAHNYA MENUJU
KE ARAH BUSUT ITU DENGAN MATA MEMERHATIKAN SEKELILING SEBAGAI
LANGKAH BERJAGA-JAGA
SANG BIAWAK:Banyaknya telur ini..putih-putih belakatentu sedap
ni..telur baru..terbaik dari ladang( SANG BIAWAK TERUS MENYUAP KE
MULUTNYA SETELAH PUAS DIA MENGHIDU DAN MENJILAT-JILAT KULIT TELUR
ITU )
SANG BIAWAK:Adui..kerasnya telur initelur besi ke telur apa
initapi sedaplah( SANG BIAWAK SEMPAT MAKAN TIGA BIJI TELUR DENGAN
LAHAP KERANA KELAPARAN )
SAMPAI TELUR YANG KE EMPAT:SANG BIAWAKAduh sakitnya gigi aku
ini( sambil meluahkan dari mulut ) gigi aku patah..Aduh sakitnya
perut akuaduh tolong-tolong sakitnya perut aku
( TIBA-TIBA KELUAR DARI SEMAK PENGHUNI HUTAN )
SEMUA BINATANG:Haitulah akibatnya makan telur terbaik dari
ladang
SANG MONYETMari aku kerjakan kau
SANG AYAM:Sabar-sabar sang Monyet( SAMBIL MENANRIK TANGAN SANG
MONYET )
SANG MONYETAku sebenarnya sudah lama syakkan Sang Biawak ini.
Tapi aku tiada bukti..
SANG NURIRupanya kau yang dalang disebalik kecurian di hutan
initidak sangka betul..sang Biawak..kau penghuni hutan yang
mementingkan diri sendiri.SANG BIAWAK:Tolong aku..sang Nuri..aku
sakitaku dah tidak berdaya untuk bergerak.. tolong aku
kawan-kawantolonglah aku kali ini..( SANG BIAWAK BERCAKAP DENGAN
SUARA MERAYU SAMBIL MENGADUH KESAKITAN)
SANG NURIKAWAN-KAWAN ..MARI KITA PERGI DARI SINI
SEMUA BINATANG:Jom pergi
BINATANG-BINATANG ITU SEMUANYA BEREDAR DARI TEMPAT ITU DENGAN
PERASAAN MARAH.BABAK 6
SANG BIAWAK:Tiada siapakah yang sudi datang melawat aku Sang
Ular?
SANG ULARTiada siapa yang datangsabarlah..jangan sedih sangat..
nanti kau lambat sembuh pula.SANG BIAWAK:Nanti bila dah sembuh aku
akan pergi berjumpa dengan semua penghuni hutan ini untuk minta
maaf. Aku banyak menyusahkan mereka.
SANG ULARBaguslah kalau kau dah sedarkita pergi sama-sama
ya..akupun banyak buat salah pada penghuni pokok ni
( TIBA-TIBA ADA SUARA DI DEPAN SANG BIAWAK DAN SANG ULAR )
SANG MURAI:Kami sudah maafkan kamu sang biawak dan sang ular.
Kita tidak boleh lama-lama bergaduhberdosa..
SANG NURI: Buang yang keruh ambil yang jernih..marilah kita
bermaaf-maafan..
(PENGHUNI POKOK BERSALAM-SALAMAN ANTARA SATU SAMA LAIN )(
MENYANYI LAGU MUAFAKAT MEMBAWA BERKATATAU LAGU LAIN YANG SESUAI
)TAMAT