Babak 1 Pada suatu petang, Puteri Sari berada di taman yang tidak jauh dari istana dan ditemani dayang-dayangnya. Puteri Sari sedang menyanyi bersama dayang- dayangnya. Puteri Sari : (nyanyi) Terang bulan bintang bercahaya Budaklah budak ramai bermain Terang bulan bintang bercahaya Budak budak ramai bermain Indah kupandang tampak cahaya Hatiku tidak kepada lain Indah kupandang tampak cahaya Hatiku tidak kepada lain Petang petang pergi menebang Duduk berehat di pohon jati Petang petang pergi menebang Duduk berehat di pohon jati
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Babak 1
Pada suatu petang, Puteri Sari berada di taman yang tidak jauh dari istana dan ditemani
dayang-dayangnya. Puteri Sari sedang menyanyi bersama dayang-dayangnya.
Puteri Sari :
(nyanyi)
Terang bulan bintang bercahaya
Budaklah budak ramai bermain
Terang bulan bintang bercahaya
Budak budak ramai bermain
Indah kupandang tampak cahaya
Hatiku tidak kepada lain
Indah kupandang tampak cahaya
Hatiku tidak kepada lain
Petang petang pergi menebang
Duduk berehat di pohon jati
Petang petang pergi menebang
Duduk berehat di pohon jati
Kalau dipandang sekali imbas
Itulah buat menawan hati
Kalau dipandang sekali imbas
Itulah buat menawan hati
Terbang merpati dua sekawan
Hinggaplah mari di pohon sena
Kalau hati sudah tertawan
Makan tak sedap tidur tak lena
Dayang 1 :
Merdu sungguh suara Tuan Puteri. Alangkah gembiranya hamba jika memiliki suara seperti
Tuan Puteri.
Dayang 2 :
Benar kata-kata dayang itu. Hamba juga ingin memiliki suara seperti Tuan Puteri.
Puteri Sari :
Dayang-dayangku, setiap manusia itu pasti ada keistimewaannya yang tersendiri. Alhamdulillah,
beta bersyukur dikurniakan suara yang sebegini.
Dayang 3 :
Beruntung Putera Arjuna kerana mempunyai kekasih hati yang cantik rupanya serta merdu
suaranya.
Puteri Sari :
Ada-ada saja kamu. Ayuh, dayang sekalian. Beta ingin pulang ke istana.
Dayang-dayang :
Baiklah Tuan Puteri.
Tidak lama kemudian, Putera Arjuna datang untuk berjumpa dengan Puteri Sari di taman
tersebut.
Putera Arjuna :
Assalamualaikum, dinda. Merdunya suara dinda beta.
Puteri Sari :
Waalaikumsalam, kanda Arjuna. Terima kasih kanda, tapi suara dinda tidaklah semerdu yang
lain. Dayang sekalian, silalah pulang ke istana dahulu. Mungkin ada sesuatu yang ingin
dibicarakan Putera Arjuna pada beta. Beta akan menyusul sebentar lagi.
Dayang-dayang :
Baiklah Tuan Puteri. Kami turuti kata-kata Tuan Puteri. Kami pulang ke istana dahulu.
Puteri Sari :
Baiklah dayang sekalian. Kanda, apa hajat kanda datang bersua?
Puteri Arjuna :
Besar hajatnya, dinda. Adakah dinda sudah bersedia untuk mendengar hajat kanda?
Puteri Sari :
Hajat apa yang kanda maksudkan? Katakanlah. Dinda sedia mendengar.
Putera Arjuna :
Sebenarnya, hajat kanda bersua, ingin menyunting bunga di taman. Adakah bunga ini sudi
menjadi teman si kumbang sehidup semati?
Puteri Sari :
Adakah kanda melamar dinda? Kanda, bunga ini sudi menjaga kumbang sehingga hayat masih
dikandung badan.
Putera Arjuna :
Kumbang ini juga akan menjaga bunga sehingga akhir hayatnya. Akan kanda siapkan
rombongan meminang dinda pada keesokkan hari.
Puteri Sari :
Baiklah kanda. Akan dinda tunggu rombongan meminang dari pihak kanda esok.
Puteri Arjuna :
Baiklah dinda. Hari sudah lewat. Pulanglah ke istana. Nanti ayahandamu risau.
Puteri Sari :
Baiklah kanda. Dinda pulang dahulu.
Putera Arjuna :
Hati-hati wahai dindaku.
Babak 2
Istana Inderapuri didatangi rombongan meminang oleh Putera Arjuna dan keluarganya.
Raja Indera :
Apakah hajat Raja Iskandar dan keluarga ke mari?
Raja Iskandar :
Hajat beta ke mari ingin menyunting bunga di taman bagi pihak anak teruna beta.
Akar memanjat pohon ara
Nampaknya cantik berseri laman
Besarnya hajat tidak terkira
Hendak memetik bunga ditaman.
Raja Indera :
Bunga di taman beta adalah bunga yang sulung. Pasti tuan ingin menyunting Puteri Sari
kesayangan beta, bukan?
Pergi mengail ikan gelama
Laut gelombang serta gelora
Niat baik sudah diterima
Nak tengok dulu muda kah tua!
Raja Iskandar :
Ya, tuan. Beta ingin menyatukan teruna beta dengan puterimu.
Raja Indera :
Sudah tentu. Beta berbesar hati ingin meminangkan Puteri kesayangan beta dengan anak
terunamu, Raja Iskandar.
Raja Iskandar :
Peminangan Putera Arjuna diterima tuan, maka setujulah Raja Indera berbesan dengan keluarga
beta?
Raja Indera :
Sudah tentu, Raja Iskandar. Sesungguhnya beta tahu Tuan datang dari keluarga yang baik-baik.
Marilah kita ke ruang makan. Beta ingin menjamu selera bersama bakal besan beta.
Selesai menjamu selera, mereka pulang dengan hajat yang tertunai. Raja Indera ke kamar
bersama isteri kesayangannya; Kuntum. Kuntum kelihatan marah dengan persetujuan Raja
Indera atas pinangan tersebut.
Raja Indera :
Adinda, puteri kesayangan kita sudah dipinang orang dan bakal menjadi isteri kepada Putera
Arjuna.
Kuntum :
Tetapi, kakanda… Ingin adinda menyatakan sesuatu.
Raja Indera :
Apakah yang terbuku di dalam hati adinda? Bicarakanlah kepada kakanda.
Kuntum :
Maafkan adinda, tetapi adinda tidak bersetuju dengan peminangan tersebut.
Raja Indera :
Mengapa adinda berkata sedemikian? Raja Iskandar dan keluarganya itu baik-baik belaka.
Kuntum :
Adinda dapat merasakan peminangan tersebut hanya merupakan muslihat Raja Iskandar untuk
merampas takhta kakanda dan ingin merampas Negara Inderapuri.
Raja Indera :
Mustahil! Kakanda dan Raja Iskandar sudah lama bersahabat. Raja Iskandar tidak akan berbuat
sedemikian terhadap kakanda.
Kuntum :
Tetapi… adinda cuma berasa risau terhadap Puteri Sari dan kakanda. Maafkan adinda kerana
beranggapan sebegitu terhadap sahabat kakanda.
Raja Indera :
Tidak ada apa-apa yang perlu adinda risaukan. Kakanda yakin, Raja Iskandar tidak akan ada
muslihat sebegitu dan Sari pasti akan bahagia bersama Putera Arjuna dan juga keluarganya.
Kuntum :
Baiklah. Adinda turuti kata-kata kakanda. Maafkan adinda, tetapi adinda masih belum bersedia
untuk berbesan dengan keluarga Raja Iskandar.
Raja Indera :
Janganlah adinda berasa begitu. Percayalah pada kakanda. Sesungguhnya bakal besan kita itu
baik belaka. Sudah, marilah kita berehat.
Kuntum kelihatan sangat marah terhadap keputusan Raja Indera.
Kuntum :
Akan ku musnahkan hidupmu, Sari! Raja Indera tidak mempedulikan pendapat aku dan
membiarkan engkau hidup bahagia! Aku tidak akan membenarkan engkau hidup bahagia!
Semasa Raja Indera sedang berehat di kamar, Kuntum keluar dari istana tanpa ditemani
dayang-dayangnya dan terus ke kampung seberang.
Kuntum :
Awang, keluar kau dari rebanmu!
Awang :
Ibunda? Mengapa bunda datang ke mari? Bukankah aku ini sudah tiada erti dalam hidupmu,
bunda?
Kuntum :
Kau masih satu-satunya cahaya mata bunda, nak. Kau harus bantu bunda.
Awang :
Bila sudah rasa kesusahan, baru nak muncul kembali dalam hidup Awang? Mengapa mesti aku
menolong orang yang tidak pernah mahu menjaga aku?
Kuntum :
Maafkan bunda, nak. Bukan sengaja bunda ingin meninggalkan kamu seorang diri. Bunda tidak
pernah lupa akan kau.
Awang :
Jikalau aku ini sentiasa di dalam fikiranmu, mengapa tidak pernah ingin menjenguk aku? Apa
yang kau mahu dari aku sekarang?
Kuntum :
Maafkan bunda, anakanda. Kau beritahu apa saja kau mahu, akan bunda cuba tunaikan.
Awang :
Aku mahu bunda bawa aku tinggal di istana!
Kuntum :
Tapi kau mesti bantu bunda terlebih dahulu.
Awang :
Baiklah. Apa yang bunda mahu aku bantu?
Kuntum :
Bunda mahu kau menjadi kekasih anak tiriku; Puteri Sari.
Awang :
Dengan rupaku yang hodoh ini, bunda mahu aku menjadi kekasih Puteri Sari?
Kuntum :
Akan ku tukarkan wajahmu wahai anakanda menjadi seorang yang tampan dengan menggunakan
kuasa ilmuku supaya anakanda dapat memikat hati Puteri Sari.
Awang :
Aku akan jadi tampan? Dan adakah perubahan itu akan kekal sampai bila-bila?
Kuntum :
Ya. Tetapi ada syaratnya. Wajahmu akan bertukar tampan pada waktu siang sahaja. Wajah
asalmu akan kembali pada waktu malam. Bunda mahu kau pikat hati Puteri Sari sehingga dia
tidak mahu berkahwin dengan Putera Arjuna. Bunda tidak suka melihat dia hidup bahagia!
Layanan Raja Indera terhadap bunda terganggu dengan kewujudan Sari!
Awang :
Demi bunda, anakanda turuti segala perintah. Akan anakanda pikat hati Puteri Sari agar hidup
bunda bahagia.
Babak 3
Awang tiba ke negeri Inderapuri dengan segaknya. Ketika itu, Puteri Sari dan dayang-
dayangnya sedang bernyanyi dan bermain di taman berdekatan istana.
Puteri Sari :
(nyanyi)
Di hujung sana tempatmu, bunga melur
Bukan di taman yang indah, bunga melur
Hanya di sudut halaman
Tiada dihiasi jambangan indah permai
Tapi warnamu yang putih, bunga melur
Tandanya suci dan murni, bunga melur
Walaupun ditiup debu
Warnamu dan baumu tetap memikat kalbu
Ibarat gadis desa, bunga melur
Sederhana...
Walau kering tak bercahaya, bunga melur
Baumu memikat jiwa
Semoga sabar dahulu, bunga melur
Pada di satu ketika, bunga melur
Masanya kan menjelma
Disanjung dan dipuja
Oleh gadis remaja
Dayang 1 :
Semakin lunak suara tuan puteri.
Dayang 2 :
Sudah tentulah dayang, tuan puteri kini sudah menjadi pinangan kekasih hatinya; Putera Arjuna.
Puteri Sari :
Ada-ada sahaja dayang-dayang sekalian. Berhentilah memuji beta. Kita semua tidak ada
bezanya. Beta juga seorang manusia.
Awang muncul di taman tersebut.
Awang :
MasyaAllah, merdunya suara kalian.
Dayang 1 :
Maafkan kami, tuan ini siapa? Dan apa mahu tuan datang ke mari?
Awang :
Maafkan hamba. Hamba ini seorang pengembara yang datang menyinggah ke negeri Inderapuri.
Hamba dengar orang kampung menyebut di negeri ini ada seorang puteri yang indah rupa
parasnya dan merdu suaranya. Ingin sekali hamba berjumpa dengannya.
Puteri Sari :
Mengapa tuan hamba ingin berjumpa dengannya? Dan adakah tuan hamba percaya dengan kata-
kata orang kampung tentang puteri tersebut?
Awang :
Hamba percaya, tetapi hamba ingin berjumpa dengannya untuk mendengar sendiri lunak
suaranya.
Dayang 1 :
Tuan puteri, ayuh kita pulang. Hamba risau tuan puteri akan diapa-apakan oleh tuan ini. Hari pun
sudah lewat petang.
Awang :
Tuan puteri? Jadi kamulah yang hamba cari?
Puteri Sari :
Ya, beta Puteri Sari. Anakanda Raja Indera yang menakluk negeri ini. Maafkan beta, beta harus
pulang sekarang. Ayuh, dayang-dayang sekalian.
Awang :
Maafkan hamba, tuan puteri. Hamba ini cuma pengembara. Hamba tiada niat untuk menakutkan
tuan puteri dan dayang sekalian. Hamba cuma ingin mendengar lunak suara tuan puteri.
Puteri Sari :
Maafkan beta, tuan hamba. Beta harus pulang sekarang.
Awang :
Tidak mengapa jika tuan puteri tidak mahu menyanyikan untuk hamba. Hamba tidak akan
memaksa tuan puteri. Hamba juga harus pergi meneruskan perjalanan hamba si pengembara.
Tiba-tiba Puteri Sari sudah terkena ilmu hitam ketika memandang mata Awang.
Puteri Sari :
Baiklah. Beta akan bernyanyi.
(nyanyi)
Dari masa hingga masa
Lama kutanggung derita
Akibat angkara murka
Aku tersiksa
Kucari mustika dewi
Serata kampung dan neger
Ke rimba lembah dan lara
Kucari teratai
Kuharapkan belai kasih
Hapuskan racun bias
Kalbuku merintih
Jiwa lara
Berikan daku penawar
Sekuntum bunga yang suci
Agar kembalilah segar
Siksanya di hati
Awang :
Merdu sungguh suara tuan puteri. Terima kasih kerana menyanyikan pada hamba.