SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
1.0 PENGENALAN
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut
etimologi kataMelayu. Asal usul perkataan ini sebenarnya masih
belum disahkan oleh ahli sejarah. Apa yang dapat dilakukan ialah
meneliti beberapa bukti yang dapat dikaitkan dengan kata Melayu,
iaitu catatan Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu
mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun
644-645 Masihi. Ada juga yang berpandangan bahawa kerajaan
Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera yang diberikan namanya
berdasarkan sebatang sungai bernama Sungai Melayu. Satu catatan
orang Cina ialah seorang sami Buddha yang bernama I-Tsing
menggunakan perkataan tersebut apabila menceritakan tentang dua
buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675 Masihi. Dalam
bahasa Jawa Kuno pula, perkataan Mlayu bermaksud berlari atau
mengembara. Ini dapat dikaitkan dengan kedatangan Indo-Melayu
(Austronesia) yang dikatakan bergerak dari Yunan ke Tanah
Melayu.
Istilah Melayu dapat dilihat dari dua segi, iaitu pengertian
yang sempit dan pengertian yang luas (Asmah,1985:37). Bagi
pengertian pertama, istilah ini merujuk kepada bangsa-bangsa
Austronesia yang terdapat di semenanjung Tanah Melayu dan kawasan
tradisional yang disebut sebagai gugusan pulau-pulau Melayu, yakni
pulau-pulau yang meliputi Indonesia hari ini.
Pada tahun 1972, pertubuhan UNESCO telah memilih istilah Melayu
bagi merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami
Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera dan beberapa tempat
lagi yang berdekatan. Bahasa yang digunakan oleh penduduk di
kawasan ini ialah Bahasa Melayu. Bahasa ini menjadi bahasa
kebangsaan di Malaysia, manakala di Indonesia dikenal pula sebagai
Bahasa Indonesia yang merupakan bahasa kebangsaan di negara itu
juga.1.1 ASAL USUL BAHASA MELAYUBeberapa orang sarjana bahasa Barat
telah membuat penyelidikan tentang bahasa-bahasa yang tersebar di
kepulauan Melayu dengan membandingkan antara satu bahasa dengan
bahasa yang lain. Antara pengkaji yang terkenal termasuklah R.H.
Geldern, J.H.C. Kern, Wilhem Von Humboldt, Van Der Tuuk, Otto
Demwolff, P.W. Schmidt, Brandstetter, William Marsden dan
lain-lain. Sarjana tempatan yang turut memberi sumbangan terhadap
usaha ini ialah Asmah Haji Omar, Amat Juhari Moain, Harun
Aminurrashid, Ismail Hussien dan lain-lain.
Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari
Nusantara (kepulauan Melayu). Ini berdasarkan dua teori yang
dikemukakan oleh para pengkaji, iaitu R.H. Geldern, iaitu seorang
ahli pengkaji prasejarah yang mengatakan bahawa bangsa Melayu
berasal dari Asia Tengah berdasarkan kajian yang dibuat terhadap
kapak tua (beliung batu) yang ditemui. Kapak tua tersebut ditemui
di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Hwang, Salween dan
Yangtze yang didapati serupa dengan kapak tua yang ada di kawasan
Nusantara. Beliau menyimpulkan bahawa kapak tua di Nusantara itu
dibawa oleh masyarakat dari Asia Tengah bersama-sama dengan
bahasanya sekali.
Pengkaji seterusnya ialah J.H.C. Kern, seorang ahli filologi
Belanda juga mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Asia
Tengah berdasarkan persamaan beberapa perkataan. Beliau mendapati
ada beberapa perkataan yang terdapat di kepulauan Nusantara itu
terdapat juga di Madagaskar, Taiwan, beberapa pulau di kepulauan
Pasifik dan di Filipina. Beliau juga mendapati bahawa perkataan
yang digunakan berasal daripada induk yang sama, iaitu Asia.
Selain dua tokoh tersebut, William Marsden yang membuat kajian
terhadap Bahasa Melayu mendapati Bahasa Melayu dan bahasa Polinesia
itu merupakan bahasa serumpun. Pendapat yang kedua mengatakan
bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Nusantara yang bermaksud
Bahasa Melayu itu bermula dari Nusantara. Dalam kajian ini, istilah
filum digunakan bagi menggambarkan kelompok bahasa yang menjangkau
lebih 5,000 tahun.
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji,
Bahasa Melayu didapati tergolong dalam filum bahasa-bahasa Austris
yang mempunyai tiga rumpun utama: Bahasa Austroasia, Tibet-China
dan Austronesia (Rajah 1.1).
Rajah 1.1: Pembahagian Filum Austris
1.1.1 Keluarga Bahasa-Bahasa AustronesiaPerkataan Austronesia
merupakan gabungan dua perkataan, iaituaustrodannesos.
Perkataanwberasal daripada bahasa Latin, yang bermaksud selatan;
manakala perkataannesosberasal daripada bahasa Yunani yang
bermaksud pulau. Oleh itu, istilahaustronesiamembawa
pengertianpulau-pulau selatan(Asmah,1985:35). Istilah ini
diperkenalkan oleh P.W. Schmidt, manakala istilah Malayo-Polenesia
digunakan oleh Wilhem von Humboldt, ahli bahasa yang telah mengkaji
aspek keserumpunan bahasa antara Bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa
di daerah Polinesia. Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa
yang tergolong dalam satu filum Bahasa Austris bersama-sama dengan
rumpun bahasa Austroasia dan TibetChina. Istilah rumpun digunakan
bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang mempunyai tempoh masa
antara 2,500 5,000 tahun.
Rumpun Bahasa Austronesia terbahagi kepada empat rumpun, iaitu
bahasa-bahasa di kepulauan Melayu (Nusantara), bahasa-bahasa
Polinesia (bahasa-bahasa di Hawaii, Tonga dan New Zealand iaitu di
kalangan bangsa Maori), Melanesia (bahasa-bahasa di Fiji, Irian dan
New Caledonia), dan Mikronesia (bahasa-bahasa di kepuluan Gilbert,
Carolina, Marshall dan Marianna) (Rajah 1.2).
Rajah 1.2 :Pecahan Rumpun Bahasa Austronesia
1.1.2 Rumpun Bahasa MelayuBahasa Melayu tergolong dalam keluarga
Nusantara di bawah rumpun Bahasa Austronesia. Asal-usul Bahasa
Melayu adalah dari filum Austris. Filum Austris terpecah kepada
tiga rumpun bahasa yang besar iaitu rumpun Austroasia dan rumpun
Austronesia (dulu dikenali sebagai Malayo-Polinesia), dan rumpun
Tibet-China. Rumpun Austronesia pula dipecahkan kepada empat
keluarga, iaitu Indonesia (Nusantara), Melanesia, Mikronesia dan
Polinesia (Rajah 1.2). Dalam keluarga bahasa Nusantara terdapat
kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Namun begitu, bahasa-bahasa
tersebut dikelaskan kepada golongan tertentu seperti golongan
Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Muna-Butung,
Gorontalo, Tomini, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi selatan,
Bima-Sumba, Ambon-Timul, Sula-Bacon, dan Halmahera selatan-Irian
Jaya. Bahasa Melayu tergolong ke dalam kumpulan bahasa
Sumatera.
Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur Bahasa
Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama
Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan telah turun dalam
dua gelombang pergerakan ke wilayah Asia Tenggara. Golongan pertama
disebut Melayu Proto yang datang sejak tahun 2,500 sebelum Masihi.
Tidak dijelaskan mengapa mereka berpindah. Mereka tinggal di
kuala-kuala sungai dan pantai untuk memudahkan kerja-kerja mencari
makan. Golongan kedua disebut Melayu Deutro yang datang kira-kira
dalam tahun 1,500 sebelum Masihi. Perpindahan mereka juga tidak
dapat dipastikan sebab-sebabnya. Melayu Deutro ini telah berpindah
mengikut jalan dan laluan yang dilalui Melayu Proto. Apabila sampai
di selatan mereka mendesak golongan pertama ke daerah pinggiran, ke
hulu sungai, ke kawasan gunung atau ke tempat-tempat yang
terpencil, manakala Melayu Deutro tinggal di kawasan tanah pamah,
tanah rendah, lembah sungai dan di tepi laut.
Selain daripada itu, terdapat teori yang menyatakan bahawa
bangsa Melayu berasal dari Tanah Besar Asia Tenggara. Pendapat ini
didukung oleh pengkaji-pengkaji Barat. H. Kern menyatakan bahawa
penduduk di kepulauan Asia Tenggara berasal dari Assam, di bahagian
timur negara India. Beliau membuat kesimpulan demikian lantaran
terdapat persamaan-persamaan adat resam beberapa suku di Sumatera
dan Borneo dengan suku-suku di Assam seperti suku Naga di India.
Henry Yule pula berpendapat seperti J.R. Logan iaitu tentang
wujudnya persamaan adat resam antara penduduk-penduduk di daratan
Asia Tenggara dengan yang terdapat di kepulauan Melayu.
Persamaan-persamaan ini menunjukkan bahawa mereka adalah daripada
keturunan yang sama.
Berdasarkan kajian-kajian ini boleh dikatakan bahawa
penduduk-penduduk kepulauan Asia Tenggara hingga ke Lautan Teduh
berasal dari tanah besar Asia Tenggara. Tetapi tidak dapat
dipastikan dari mana. Ada yang mengatakan dari Yunan, di barat daya
negeri China; dari Assam, India; dari Asia Tengah; dan ada juga
yang mengatakan dari bahagian selatan tanah besar Asia Tenggara.
Seorang lagi sarjana yang membuat kajian perbandingan bahasa ialah
Mees. Beliau membuat kajian bertitik tolak daripada pembahagian
oleh Schmidt dengan sedikit perubahan dan data yang lebih perinci.
Menurut Mees lagi, bahasa dan dialek di Tanah Melayu tidak dapat
tidak, mempunyai hubungan dengan bahasa yang digunakan di pantai
Timur Sumatera, iaitu Bahasa Melayu. Malah, daerah Bahasa Melayu di
luar Tanah Melayu merangkum kepulauan Riau, Palembang, Kampar,
Jambi dan Medan. Bahasa Melayu-Sriwijaya memperlihatkan sisa-sisa
tua daripada salah satu Bahasa Austronesia berdasarkan prasasti
yang terdapat pada batu bersurat Talang Tuwo bertarikh 680 Masihi.
Di bahagian utara pula, terdapat kelompok bahasa Aceh, bahasa Batak
seperti Karo, Toba, Simalungan, dan Angkola-Mandiling, Nias,
Mentawai, Minangkabau dan Lampung.
Rajah 1.3: Keluarga Bahasa Melayu
Istilah keluarga digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa
yang kurang daripada 2,500 tahun. Berdasar Rajah 1.3, kita dapati
bahawa keluarga Bahasa Melayu juga mempunyai pecahannya tersendiri.
Kumpulan Bahasa Melayu Johor mempunyai induknya yang bermula
daripada Bahasa Melayu Johor kemudian Bahasa Melayu Tengah sebelum
ke Bahasa Melayu induk yang dikatakan berasal daripada Bahasa
Melayu Proto yang juga merupakan kumpulan Bahasa Austronesia.
Daripada keluarga Indonesia (Nusantara), Bahasa Melayu terpecah
kepada 16 subkeluarga atau bahasa, iaitu Bahasa Filipina, Sumatera,
Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Gorontalo, Tomini, Toraja, Loinang,
Bunku-Laki, Sulawesi Selatan, Muna-Butung, Bima-Sumba, Ambon-Timur,
Sula-Bacon, Halmahera Selatan-Irian Jaya. Dalam subkeluarga
Sumatera termasuk Bahasa Aceh, Batak, Minangkabau, Melayu, Nias,
Lampung, dan orang Laut.
Osman Omar (1961:3) mengatakan bahawa percabangan Bahasa
Indonesia begitu tersebar luas kerana dikembangkan oleh suku bangsa
yang seketurunan dengan bangsa Melayu dan penyebaran ini terjadi
disebabkan sifat semula jadi bangsa Melayu sendiri sebagai ahli
pelayaran dan perantau yang masyhur. Ciri-ciri pelaut dan perantau
bangsa Melayu ini mengakibatkan berlakunya dua pertembungan penting
pada induk Bahasa Indonesia menjadi berbagai-bagai bahasa lain.
Menurut Asmah (1985) kawasan penyebaran bahasa-bahasa Indonesia
dianggap sebagai pusat keseluruhan kawasan Austronesia atas
beberapa sebab. Antara lain, keluarga bahasa ini melebihi mana-mana
keluarga bahasa dari segi bentuk-bentuk bahasanya. Malah daripada
keluarga bahasa inilah terdapatnya Bahasa Melayu, iaitu bahasa yang
pesat perkembangannya sehingga dijadikan bahasa kebangsaan bagi
negara Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Malah kerajaan
yang memerintah alam nusantara semuanya terdapat di kawasan
Indonesia, misalnya Kerajaan Sriwijaya-Melaka dan kerajaan
Melayu-Johor.
Hal ini diperjelaskan oleh Ismail Hussien (1948:5) yang
mengatakan bahawa Bahasa Melayu hanyalah merupakan satu daripada
lebih kurang 200 bahasa dalam kepulauan Melayu. Oleh sebab
bentuknya yang amat sederhana dan kemungkinan menerima unsur asing
dan sifatnya yang dapat dilentur buat memenuhi keperluan semasa,
maka jadilah Bahasa Melayu sebagai satu bahasa yang terpenting
dalam sejarah bahasa-bahasa di kepulauan Melayu. Ahli bahasa
membahagikan perkembangan Bahasa Melayu kepada beberapa tahap,
iaitu:i)Bahasa Melayu Kunoii)Bahasa Melayu Klasikiii)Bahasa Melayu
Moden.
Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang besar jumlahnya
dibandingkan dengan bahasa lain seperti Bahasa Jawa atau Bahasa
Tagalog. Bahasa Melayu Purba dikatakan wujud pada zaman prasejarah
namun tidak ada bukti yang bertulis pada masa itu. Perbincangan
dalam modul ini lebih tertumpu kepada perkembangan Bahasa Melayu
Kuno dan Bahasa Melayu Klasik yang menjadi asas kepada perkembangan
Bahasa Melayu Moden.
BAHASA MELAYU KUNO
Bahasa Melayu Kuno ialah bahasa yang dipengaruhi oleh bahasa
Sanskrit. Bahasa Sanskrit dikatakan banyak mempengaruhi kosa kata
dalam Bahasa Melayu. Bahasa Melayu Kuno melalui zaman
kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Sriwijaya,
kira-kira pada abad ke-7 hingga abad ke-13. Kegemilangannya
terbukti apabila Bahasa Melayu mampu menjadilingua franca dan
bahasa pemerintah. Kerajaan Sriwijaya berjaya menghasilkan Bahasa
Melayu yang dipertuturkan oleh semua masyarakat sehingga Bahasa
Melayu menjadi bahasa komunikasi di kepulauan Melayu, kepulauan
Riau dan juga Sumatera. Kewujudan bahasa ini dibuktikan melalui
penemuan-penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat di
Kedukan Bukit, Palembang (683SM); batu bersurat di Talang Tuwo,
dekat Palembang (684M); batu bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka
(686M); dan batu bersurat di Karang Brahi, Jambi (686M). Batu
bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832M) ialah batu bersurat yang
pertama ditemui menerima pengaruh tulisan Nagiri.
Rumpun ini merupakan keluarga bahasa Nusantara dan berkembang
dari abad ke-7 hingga abad ke-13 sebagai bahasa pentadbiran dan
bahasalingua franca. Penuturnya terdapat di semenanjung Tanah
Melayu, kepulauan Riau dan Sumatera. Kepentingannya sebagai
bahasalingua francakerana sifatnya yang sederhana dan mudah
menerima pengaruh asing, tidak terikat kepada perbezaan susun lapis
masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan
bahasa Jawa. Bahasa ini banyak dipengaruhi oleh sistem Bahasa
Sanskrit yang banyak menyumbang kepada pengayaan kosa kata Bahasa
Melayu. Pengaruh Sanskrit kuat akibat kaitannya dengan agama Hindu,
kedudukannya sebagai bahasa golongan bangsawan dan hirarkinya yang
tinggi. Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno dapat dilihat berdasarkan
butiran yang berikut:
CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO
1. Banyak kata-kata pinjaman Sanskrit2. Susunan ayat bersifat
Melayu3. Bunyibialahwdalam Melayu Kuno (Contoh: bulan -wulan)4.
Bunyiepepet tidak wujud (Contoh dengan -dnganataudangan)5.
Awalanber-ialahmar-dalam Melayu Kuno (contoh: berlepas-marlapas)6.
Awalandi-ialahni-dalam Bahasa Melayu Kuno (Contoh: diperbuat
-niparwuat)7. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan sepertibh, th,
ph, dh, kh, h(Contoh:sukhatshitta)8. Hurufhhilang dalam bahasa
moden (Contoh: semua-samuha, saya:sahaya)
Tulisan yang digunakan merupakan tulisan yang berasal dari India
seperti Devanagiri dan Pallava. Tulisan ini dikatakan pengaruh
tulisan India seperti Jawa Kuno dan tulisan Kawi. Ini didapati pada
prasasti dengan banyaknya pengaruh kata pinjaman Sanskrit yang
berkait rapat dengan pengaruh kebudayaan India dan agama Hindu.
Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh Bahasa Arab baik dari
segi kosa kata atau tulisan. Bahasa Melayu Kuno ternyata disebarkan
pada zaman beberapa buah kerajaan lama seperti Kerajaan Campa dan
Empayar Funan di Vietnam Tengah dan Selatan, Thailand Tengah dan
Selatan, Kerajaan Sailendra di Pulau Jawa dan Empayar Sriwijaya
yang terdapat di Sumatera Utara, Pulau Jawa dan Tanah Semenanjung
hingga ke Segenting Kra.
BAHASA MELAYU KLASIK
Menurut Awang Sariyan, Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap
ketiga dalam periodisasi Bahasa Melayu, sesudah Bahasa Melayu Purba
dan Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada
abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini
diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah
timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul
Salih. Bahasa ini merupakan kesan langsung kedatangan agama Islam
dan kebudayaan Islam. Zaman permulaannya ditandai dengan kemunculan
prasasti Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan dengan 1303
Masihi. Bahasa Melayu Klasik muncul dengan wujudnya tulisan Jawi,
iaitu tulisan Arab berbahasa Melayu pada awal abad ke-14. Prasasti
Bahasa Melayu Klasik banyak terdapat di semenanjung Tanah Melayu
seperti di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, Pahang, Perak,
Kelantan, Kedah dan beberapa tempat lain. Prasasti ini juga ditemui
di Sumatera Selatan, Jambi, Riau, Sumatera Barat, Sumatera Utara
dan Aceh.Pada abad ke-13, peralihan bahasa berlaku ekoran daripada
pengaruh yang dibawa oleh agama Islam ke Asia Tenggara. Kehadiran
agama Islam ke Asia Tenggara banyak mempengaruhi perkembangan
Bahasa Melayu ketika itu terutama dari aspek kosa kata, struktur
kata dan juga tulisannya. Peralihan Bahasa Melayu Kuno kepada
Bahasa Melayu Klasik ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu-batu
bersurat seperti batu bersurat Minye Tujuh, Aceh (1390), iaitu batu
bersurat pertama yang ditemui penggunaan kata-kata Arab
sepertikhalifah,nabi-nabi,Allahdanrahmat.Batu bersurat Pagar Ruyung
pula mempunyai sedikit perbezaan dengan batu bersurat abad ke-7,
iaitu dari segi bahasanya. Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami
zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Melaka, Aceh
dan Johor Riau. Hal ini disebabkan kerajaan-kerajaan tersebut
pernah menjadi kawasan yang penting untuk kegiatan perdagangan dan
perkembangan Islam dan seterusnya bahasa pada ketika itu.
Kemunculan Bahasa Melayu Klasik ini juga ditemui dalam manuskrip
Melayu Lama. Terdapat kira-kira 10,000 naskhah manuskrip Melayu
lama ini tersimpan di beberapa buah negara terutamanya di Barat.
Manuskrip Melayu lama yang tertua ialah surat kiriman Sultan
Ternate, dari kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh
tahun 1521 dan 1522. Tulisan berbentuk buku pula ialah ialah
kitabAqaidal-Nasafiyang bertarikh 1590 (988H). Terdapat juga
manuskrip lama lain sepertiTutinameh(1600),Hikayat Seri Rama(1633),
surat Raja Aceh kepada Harry Middleton (1602) dan surat emas Sultan
Iskandar Muda Mahkota Alam, Aceh kepada Raja Inggeris, King James I
(1615). Penemuan ini menunjukkan Bahasa Melayu telah menjadi
bahasalingua francadi Asia Tenggara pada masa itu.Dari segi
fonologi, sistemnya tidak dapat ditentukan kerana tiada data lisan.
Kebanyakan data berbentuk tulisan dan ini menyukarkan pengesanan
sebutan yang sebenar. Awang Sariyan mengatakan bahawa perlambangan
bunyi vokal terbatas kepada tiga sahaja, iaitu i, a dan u (daripada
vokal Arab alif, ya dan wau). Namun demikian dapat diandaikan
bahawa Bahasa Melayu Klasik mempunyai enam bunyi vokal sebagaimana
yang terdapat dalam Bahasa Melayu, iaitu a, e pepet, e taling, i,
o, dan u. Dari segi bunyi konsonan pula, dapat diandaikan bahawa
bunyi konsonan Bahasa Melayu Klasik sama dengan yang terdapat dalam
Bahasa Melayu Moden. Pelambangan bunyi getaran alveolar r yang
jelas menggunakan huruf ra dalam bahasa Arab. Penggunaan ini pada
hujung suku kata akhir tertutup menggambarkan bahawa bunyi getaran
alveolar itu hidup dan tidak senyap dalam bahasa lisan klasik.
Bunyi diftong pula memperlihatkan persamaan dengan bunyi diftong
dalam Bahasa Melayu Moden, iaitu ai, au dan oi.
Dari segi tatabahasa pula, imbuhan yang digunakan sama dengan
yang digunakan dalam Bahasa Melayu Moden. Hal yang sama juga
berlaku bagi proses morfofonemik, penggandaan dan pemajmukan. Dari
segi sintaksis, ayat dalam bahasa ini memanfaatkan empat pola ayat
dasar, iaitu ayat tunggal, ayat majmuk yang sama rumusannya dengan
Bahasa Melayu Moden, ayat kompleks dan ayat pasif. Ciri-ciri Bahasa
Melayu Klasik ialah:a. Ayat yang panjang dan berbelit-belitb.
Banyak ayat pasifc. Menggunakan bahasa istanad. Kosa kata klasik
sepertiratnamutu manikam,edan kesmaran(mabuk
asmara),sahaya,masyghuldan sebagainyae. Banyak menggunakan kata
pangkal ayat atau perdu perkataan
sepertisebermula,alkisah,hatta,adapundan sebagainyaf. Penggunaan
ayat songsang dan banyak menggunakan partikel pun dan lahKajian
Asmah haji Omar tentang kitabAqaiid al-Nasafi,iaitu teks tertua
Bahasa Melayu menunjukkan hampir 82% kosa katanya merupakan kosa
kata Bahasa Melayu asli. Kata pinjaman yang agak menonjol ialah
bahasa Arab, Parsi dan Sanskrit. Terdapat juga penggunaan penanda
wacana yang tidak digunakan lagi dalam Bahasa Melayu Moden,
iaitubermula,hatta,syahadan,kalakiandan seumpamanya.
Gaya Bahasa Melayu Klasik pula memperlihatkan gaya yang
tersendiri. Gaya Bahasa Melayu Klasik kelihatan pada ayat kompleks,
ayat pasif dan ayat songsang. Hal ini disebabkan oleh pengaruh
bahasa Arab dan lenggoknya yang jelas kelihatan kearab-araban.
Selain daripada itu, bunga bahasanya juga menggambarkan kehalusan
dan daya cipta berseni karyawan pada zaman tersebut. Bahasa Melayu
Klasik bertunjangkan sistem tulisan Jawi yang berasaskan aksara
Arab. Sistem tulisan ini merupakan alat yang meluaskan penyebaran
dalam bahasa persuratan di Alam Melayu. Malah sistem tulisan inilah
merupakan bukti yang nyata tentang kewujudan bahasa ini. Warisan
Bahasa Melayu Klasik tertulis dalam karya persuratan yang meliputi
pelbagai bidang, iaitu agama, undang-undang, ketatanegaraan,
historiografi, sastera, perubatan dan pentadbiran serta hubungan
politik. Bahasa Melayu Klasik juga mendapat pengaruh kata-kata
pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi.
Bahasa Melayu Klasik jelas banyak digunakan dalam penulisan
agama khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau
undang-undang Islam, dan tasawuf. Karya agama yang tertua
dihasilkan dalam Bahasa Melayu Klasik ialahAqaiid al-Nasafi.Kitab
ini membicarakan tentang hakikat kejadian benda, kemungkinan ilmu,
punca ilmu, keobjektifan ilmu, teori cakerawala, hakikat Tuhan dan
diri manusia. Jelasnya, kitab ini merupakan titik awal bidang ilmu
yang jauh jangkauan pemikiran manusia dan diungkapkan dalam Bahasa
Melayu. Ini merupakan pencapaian penting bagi membuktikan bahawa
Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu.
Tokoh-tokoh lain yang terkenal ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin
Pasai atau Syamsudin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel. Di
samping itu, muncul ahli ilmu dari luar Alam Melayu, iaitu Nuruddin
al Raniri. Hamzah Fansuri terkenal dengan karya prosa
sepertiAsrarul-Arifin fi bayan Ilm al-Suluk
wal-Tawhid,al-MuntahidanSharabul-Ashiqin atauZinatul-Muwahiddin.
Syairnya yang terkenal ialahSyair Dagang,Syair Jawi fasal fi bayan
Ilm al-suluk wal-tawhid danSyair Perahu.
Dari segi sejarah, Bahasa Melayu Klasik mempunyai
kesignifikanannya tersendiri. Bahasa ini dikatakan sebagai titik
bermulanya Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Klasik juga
memperkenalkan ragam bahasa persuratan dengan munculnya tulisan
Jawi yang digunakan secara meluas di Alam Melayu. Peranannya juga
penting sebagai asas kepada pembentukan bahasa baku, konsep
kebangsaan Melayu, dan mengungkapkan pelbagai jenis laras bagi
memulakan transformasi ciri budaya yang penting.
Sejarah perkembangan bahasa melayu selepas merdekaBAHASA MELAYU
SELEPAS MERDEKA
Era selepas merdeka ataupascamerdekabermulaselepas 31 Ogos 1957
hinggalah tahun 1967. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa
kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan
undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan
Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahasa kebangsaan ialah
Bahasa Melayu.
Perkara 152 Perlembagaan Malaysia1. Bahasa kebangsaan ialah
Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan
sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh Parlimen.
Dengan syarat bahawa: Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan
daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, selain daripada maksud
rasmi), atau daripada mengajar atau belajar, apa-apa bahasa lain;
dan Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan
Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan
meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain
dalam Persekutuan.2. Walau apa pun peruntukan Fasal (10) selama
tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas daripada itu
sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, Bahasa Inggeris
boleh digunakan dalam kedua-dua Majlis Parlimen, dalam Dewan Negeri
tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.3. Walau
apa pun peruntukan fasal (10), selama tempoh sepuluh tahun selepas
Hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya
diperuntukkan oleh Parlimen, naskhah yang sahih: Bagi segala Rang
Undang-Undang yang hendak dikemukakan atau pindaan-pindaan
mengenainya yang hendak dicadangkan dalam mana-mana Majlis
Parlimen; dan Bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan
kecil yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam
Bahasa Inggeris.4. Walau apa pun peruntukan Fasal (10), selama
tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka dan selepas daripada itu
sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, segala pembicaraan
dalam Mahkahmah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah
dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Dengan syarat bahawa, jika
mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang
diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu
diterjemahkan atau direkodkan dalam Bahasa Inggeris.
Berdasarkan peruntukan yang diberikan, jelaslah bahawa
pertimbangan sewajarnyalah telah diberikan terhadap kedudukan
Bahasa Melayu. Sejak tahun 1957, apabila Persekutuan Tanah Melayu
mencapai kemederkaan, Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan
yang disarankan oleh Suruhanjaya Reid. Pemilihan Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan berasaskan beberapa faktor, iaitu Bahasa
Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di negara ini. Pada
waktu itu, kumpulan ini membentuk 49.78 peratus, manakala kaum Cina
merupakan 37.1 peratus, dan kaum India 11.0 peratus
(EnsiklopediaKebudayaan Melayu, hlm. 1260). Faktor kedua, ialah
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara
ini. Oleh itu, Bahasa Melayu dapat melahirkan jati diri penduduk
negara ini. Faktor ketiga ialah penggunaan Bahasa Melayu sebagai
alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan
menimbulkan masalah bagi komunikasi umum. Akhirnya, keempat ialah
Bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negeri
Melayu. Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga
alat perpaduan tidak disanggah oleh mana-mana pihak. Pengisytiharan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam
semua urusan pentadbiran tidak menyekat penggunaan dan pembelajaran
bahasa-bahasa lain dalam urusan bukan rasmi. Pada dasarnya,
pengiktirafan dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dikawal oleh dasar bahasa kebangsaan dan dari segi
undang-undang, dasar ini telah dimaktubkan melalui perlembagaan dan
akta.
Pada 7 Mac 1957, Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan,
dengan sebulat suara meluluskan Penyata Razak. Penyata ini adalah
bertujuan untuk mewujudkan suatu sistem pelajaran nasional bagi
Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka yang dapat diterima oleh
seluruh rakyat serta memenuhi kehendak mereka dan yang dapat
menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial dan ekonomi ke arah
satu bangsa dengan tujuan hendak menjadikan Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan negara ini dan dalam pada itu memelihara
pertumbuhan bahasa dan budaya orang-orang bukan Melayu yang menetap
di negara ini (Undang-Undang Pelajaran 1957, 2008.). Undang-undang
Pelajaran 1957 yang diluluskan setelah dibacakan bagi kali yang
ketiga adalah digubal berdasarkan Penyata Jawatankuasa Pelajaran
1956. Laporan jawatankuasa ini telah diluluskan pada dasarnya
setelah dibentangkan dalam perbahasan Majlis Perundangan
Persekutuan pada 16 Mei 1956. Laporan ini dinamakan Laporan Razak
1956.
Perkara yang paling penting pada era ini ialah peranan yang
dimainkan oleh Dewan bahasa dan Pustaka (DBP). Pada tahun 1959, DBP
berubah tarafnya daripada jabatan kerajaan kepada badan berkanun
apabila Parlimen meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pemberianautonomiini membolehkannya menggubal dasar tentang
matlamat yang ditetapkan dalam akta tersebut. DBP dibenarkan
menggubal dasar-dasarnya yang khusus, menyusun rancangan pembinaan
dan pengembangan bahasa dan sastera menurut kebijaksanaan pihak
pengurusannya sendiri, dan menjalankan kegiatan penerbitan dan
perniagaan buku secara lebih kompetitif menurut prinsip dan amalan
perusahaan dan profesion penerbitan yang sentiasa berkembang dan
hidup. Matlamat utamanya ialah membina dan mengembangkan bahasa
kebangsaan sesuai dengan dasar negara dan hasrat rakyat yang
menubuhkan DBP.
Sebagai sebuah negara yang baru merdeka dan mempunyai rakyat
yang berbilang kaum, satu orientasi baru diperlukan untuk membentuk
sikap rakyat menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan. DBP melancarkan gerakan psikologi melalui kempen-kempen
bahasa yang melibatkan penyertaan rakyat daripada semua kaum dalam
kegiatan bahasa secara besar-besaran. Gerakan ini dilakukan di
seluruh negara tiap-tiap tahun selama tujuh tahun dari 1960-1966.
Pada 30 Januari 1960, Minggu Bahasa Kebangsaan dilancarkan buat
pertama kalinya di seluruh negara yang berlangsung hingga 6
Februari, 1961. (lihat Rajah 3.5).
Rajah 3.5: Pelancaran Pertama Minggu bahasa Kebangsaan pada 30
Januari 1960
Pelancaran itu dilakukan oleh pengerusi jawatankuasa pusat
Minggu Bahasa Kebangsaan, Tuan Syed Nasir bin Ismail. Minggu Bahasa
Kebangsaan ini merupakan rancangan kebangsaan yang bertujuan untuk
menggalakkan seluruh rakyat supaya menggunakan bahasa kebangsaan
dalam kehidupan mereka sehari-hari; menunjukkan kepada dunia bahawa
kita sebagai bangsa yang merdeka menggunakan bahasa kebangsaan yang
difahami oleh seluruh rakyat daripada segala keturunan sebagai
bahasa perantaraan; untuk menyakinkan orang yang masih ragu-ragu
bahawa bahasa kebangsaan kita ini adalah bahasa besar teristimewa
di sebelah Timur dan menjadi bahasa ilmu pengetahuan; memberitahu
kepada dunia bahawa bahasa kebangsaan kita akan menjadi bahasa yang
kaya raya setelah mendapat jiwa baharu dalam pergolakan dunia
sekarang; dan hendak menerangkan kepada pelajar bahawa bahasa
kebangsaan kita memakai bentuk yang khas dan boleh menerima segala
perkataan bahasa asing yang dapat disesuaikan dengan keadaan bahasa
itu sendiri. Keadaan yang demikian telah berlaku beribu-ribu tahun
yang Ialu dan terus berjalan hingga sekarang, dan hendak
menerangkan kepada orang ramai bahawa Dewan bahasa dan Pustaka yang
mempunyai tugas besar dalam perkembangan bahasa kebangsaan ini
sentiasa berharapkan kerjasama daripada segala pihak untuk kemajuan
bahasa kebangsaan dan perkembangannya dalam segala lapangan.
Acara-acara dalam Minggu Bahasa Kebangsaan ini dijalankan dalam
dua bentuk: pertama, acara umum yang ditujukan untuk menggalakkan
penggunaan bahasa kebangsaan dalam segala lapangan; dan yang kedua,
ialah melalui peraduan-peraduan untuk menimbulkan keinginan
menyertai dalam penggunaan dan perkembangan bahasa itu. Dalam
menjalankan acara-acara itu segala tugas dibahagi kepada
peringkat-peringkat, iaitu peringkat daerah, peringkat negeri dan
peringkat kebangsaan. (Mahfudz bin Abdul Hamid, 1960)
Dalam bahagian acara umum diadakan berbagai-bagai acara
penerangan seperti mengadakan poster-poster, pelekat-pelekat cogan
kata, kain-kain cogan kata, iklan-iklan dan filem-filem serta
ucapan-ucapan oleh pembesar-pembesar dan pakar-pakar dan juga
pengguna-pengguna bahasa kebangsaan dari orang-orang Melayu dan
bukan Melayu. Dalam bahagian peraduan pula diadakan
peraduan-peraduan syarahan yang dimulakan pada peringkat daerah dan
berakhir di peringkat kebangsaan apabila pensyarah-pensyarah yang
menang dalam bahagian-bahagian yang tertentu bertanding untuk
mencapai gelaran johan pensyarah bahasa kebangsaan Persekutuan
Tanah Melayu. Di peringkat negeri pula diadakan peraduan-peraduan
bahas, peraduan melukis poster, peraduan mengarang rencana dan
sebagainya.
Pada peringkat kebangsaan rancangan Minggu Bahasa Kebangsaan ini
dihadiri dan dikelolakan oleh suatu Jawatankuasa Kerja Pusat yang
dilantik oleh persidangan Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri,
Setiausaha-Setiausaha Kementerian dan jabatan-jabatan. Dalam
tiap-tiap negeri pula diadakan satu Jawatankuasa Negeri untuk
memutuskan rancangan di peringkat negeri dan juga berkuasa
menubuhkan Jawatankuasa Daerah untuk melancarkan pengelolaan
rancangan di tiap-tiap negeri. Pelaksanaan rancangan kebangsaan
Minggu Bahasa Kebangsaan ini dirancang untuk disertai oleh seluruh
pihak yang meliputi kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan
kerajaan mahupun separuh kerajaan, institusi-institusi pengajian
tinggi dan sekolah-sekolah, akhbar-akhbar, syarikat-syarikat
swasta, pertubuhan-pertubuhan yang mengenai bahasa dan persuratan
secara langsung atau tidak langsung dan bahkan kepada tiap-tiap
rakyat dan kumpulan rakyat dengan mengadakan rancangan-rancangan
penyambutan dan perayaan yang sesuai dengan tujuan mengadakan
Minggu Bahasa Kebangsaan.
Pada 15 April 1962, satu seminar mengenai bahasa dan Sastera
telah diadakan di Balai Budaya Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur. Seminar anjuran Dewan bahasa dan Pustaka dengan kerjasama
Perpustakaan Universiti Malaya ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana
Menteri, Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein. Sebanyak 50 kertas
kerja dibincangkan dalam seminar yang berlangsung selama empat hari
ini. Kertas-kertas kerja ini disumbangkan oleh beberapa pakar
bahasa dari seluruh tanah air. Antara perkara-perkara yang
dibahaskan dalam seminar tersebut termasuklah mengenai bahasa dan
kesusasteraan, ilmu pengetahuan dan buku-buku sekolah. Ini
mencakupi masalah sastera, perpustakaan juga perkembangan
kesusasteraan dan persuratan Melayu sebagai bahan dan alat
pendidikan ke arah pembangunan rakyat (Seminar Bahasa dan Sastera
Ke Arah Meninggikan Mutu Bahasa dan Kesusasteraan Kebangsaan,
2008).Pada 11 April 1963, satu akta yang berkaitan khusus dengan
bahasa kebangsaan, iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963 telah
diluluskan dan dikuatkuasakan. Selepas 10 tahun merdeka, iaitu pada
tahun 1967, Akta bahasa Kebangsaan 1967 telah diluluskan dan mula
dikuatkuasakan pada 1 September 1967. Akta ini kemudiannya disemak
dan disatukan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan berkuatkuasa
pada 1 Julai 1971 dengan nama Akta Bahasa Kebangsaan, 1963 (Pindaan
1967).
Pada 27 Jun 1967 (lihat Rajah 3.6) satu keputusan muktamad
mengenai satu sistem ejaan baru yang ilmiah, praktikal serta sesuai
untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia telah dicapai. Rundingan
mengenai persetujuan sistem ejaan bahasa Malaysia-Indonesia ini
telah dihadiri oleh Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan Malaysia yang
dipengerusikan oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail (Pengarah Dewan
bahasa dan Pustaka) dengan Team Ahli Bahasa KOTI (Komando Tertinggi
Indonesia) yang diketuai oleh Nyonya S. W. Ruddjiati Muljadi.
Rajah 3.6:Pengisytiharan Sistem Ejaan Indonesia Malaysia
Rundingan antara kedua-dua belah pihak telah berjalan dengan
lancar dan dalam suasana kekeluargaan serta ramah tamah. Dalam
rundingan itu tanggapan masing-masing pihak telah dibahas bersama
secara ilmiah dan mendalam dengan memerhatikan sepenuhnya
kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam masyarakat kedua-dua
negara. Hasil pertukaran fikiran dan pendapat serta penelitian dan
pengolahan bersama, kedua-dua pihak telah mencapai kesimpulan dan
persefahaman bahawa perkembangan ejaan dalam kedua-dua bahasa
adalah hal yang wajar dan sesuai dengan tuntutan kemampuan ilmiah
dan keperluan praktikal. Pengertian bersama juga telah dicapai
mengenai hubungan antara Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia yang
perlu ditingkatkan lagi melalui semua saluran, baik pertuturan
mahupun tulisan. Kesemuanya ini adalah dalam rangka usaha mencapai
cita-cita bersama antara rakyat Indonesia dan Malaysia. Dengan
tercapainya keputusan muktamad yang ditandatangani oleh kedua-dua
belah pihak itu pada tahun 1967, maka terciptalah Ejaan Bersama
Malaysia-Indonesia, dan pelaksanaannya bergantung kepada penerimaan
serta pengesahannya daripada kerajaan kedua-dua buah negara.
Kempen-kempen memberikan penerangan mengenai Ejaan Bersama inike
seluruh negaratelah dijalankan melalui akhbar-akhbar, radio dan
televisyen, serta melalui majalah-majalah, dan ceramah-ceramah
anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di merata tempat di Malaysia
(Sistem Ejaan Indonesia-Malaysia, 2008).
Sepuluh tahun selepas merdeka, Parlimen meluluskan Akta Bahasa
Kebangsaan 1967 yang mewajibkan Bahasa Melayu digunakan sebagai
bahasa rasmi yang tunggal dalam semua urusan rasmi negara
menggantikan tempat Bahasa Inggeris. Pada 1 September 1967 DYMM
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi Negara yang tunggal bagi
Persekutuan Malaysia. Perisytiharan ini adalah ekoran daripada
tindakan Parlimen yang telah meluluskan Rang Undang-Undang Bahasa
Kebangsaan dalam sidangnya yang berlangsung pada bulan Mac 1967.
Dalam warkah perisytiharan melalui Titah Diraja yang disiarkan
melalui radio dan televisyen, baginda mensifatkan pendaulatan
bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang tunggal merupakan
permulaan suatu zaman baru dalam sejarah kemerdekaan negara ini.
Baginda telah menyeru seluruh rakyat supaya mengguna dan memajukan
Bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh sebagai bahasa rasmi negara
ini.
Rajah 3.7: Pengisytiharan Bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi.
YM Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pertama (lihat
Rajah 3.7) pula dalam satu kenyataannya telah menegaskan bahawa
pendaulatan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi menjadikan
kemerdekaan Malaysia lengkap apabila penggunaannya sudah dapat
diterima sepenuhnya oleh rakyat. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan tercatat dengan jelas sebagai Perkara 152 dalam
Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan telah dimuatkan dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan
sebagai bahasa rasmi dan pengantar yang tunggal di sekolah-sekolah
dan institusi-institusi pengajian tinggi melalui Penyata Razak 1956
dan disokong kuat oleh Penyata Rahman Talib 1960.
Usaha-usaha untuk mendaulatkan dan memperluaskan penggunaan
bahasa kebangsaan ini telah dijalankan dengan lebih giat dan serius
melalui minggu dan bulan bahasa kebangsaan, perjuangan politik
bahasa, serta menambahkan buku-buku ilmu pengetahuan dalam Bahasa
Melayu. Berikutan daripada pengisytiharan baginda itu, pada hari
yang sama, Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan surat
Pekeliling Am No. 12 Tahun 1967 yang mengarahkan bahawa daripada
tarikh itu, bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu sahaja hendaklah
digunakan untuk maksud-maksud rasmi dalam pentadbiran sehari-hari
yang dijalankan oleh kementerian-kementerian, Jabatan-Jabatan
Kerajaan, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Kerajaan-Kerajaan Tempatan dan
Badan-Badan Berkanun di Negeri-Negeri Tanah Melayu kecuali di
Parlimen, Dewan-Dewan Negeri dan Mahkamah di mana Bahasa Inggeris
boleh digunakan setakat masa yang telah diperuntukkan dalam Akta
Bahasa Kebangsaan 1967. Jikalau bahasa kebangsaan tidak dapat
digunakan sepenuhnya Surat Pekeliling itu membolehkan penggunaan
Bahasa Inggeris mengikut yang diperuntukkan dalam Sek. 4 akta
tersebut.
Zaman selepas ini merupakan zaman pengembangan dan pengukuhan
taraf dan korpus Bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran negara
yang maju, bahasa kegiatan intelektual dan budaya, bahasa ilmu
pengetahuan, bahasa sains dan teknologi.
AHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKAPENGENALANPada tahun
1935, O.T. Dusseck memberitahu penuntut-penuntutnya bahawa ada tiga
tenaga pendorong dalam hidup ini, iaitu agama, adat resam dan
bahasa. Tegas beliau,...bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh
lebih dari 70 juta manusia. Ia merupakan satu daripada
rumpun-rumpun bahasa terbesar di dunia. Jangan lupakan hakikat
itu.
Rajah 3.1: O.T.Dusseck
Pelihara bahasa kamu itu; berusahalah meninggikannya ke tarafnya
yang layak di kalangan bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu
tinggi, akan tinggilah juga taraf bangsa kamu. (The Straits Times,
1935.)Demikianlah petikan ucapan daripada seorang bekas pegawai
berbangsa Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu sebelum merdeka.
Ucapan beliau telah memberikan gambaran yang jelas tentang
keyakinan beliau bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu
yang sama tarafnya dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain
sekiranya kita berusaha untuk mempertahankan keluhuran dan
kedaulatannya. bahasa itu sendiri menunjukkan bangsa yang
menuturkannya. Tajuk ini akan membawa anda menelusuri perkembangan
Bahasa Melayu dari era sebelum merdeka, iaitu dengan penubuhan ASAS
50 hinggalah kemerdekaan 1957, dan era selepas merdeka dari tahun
1957 hinggalah tahun 1967, dan seterusnya kedudukan Bahasa Melayu
dalam sistem pendidikan di Malaysia.BAHASA MELAYU SEBELUM
MERDEKABahasa Melayu yang digunakan sebelum merdeka dikatakan
Bahasa Melayupramerdeka. Era pramerdeka ialah zaman yang
memperjuangkan taraf atau status Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan. Era Bahasa Melayu pramerdekabermula dengan tertubuhnya
ASAS 50 (6 Ogos 1950) hingga kepada kemerdekaan 1957. Persatuan ini
terdiri daripada penulis yang dikenali sebagai Angkatan Sasterawan
50 atau ringkasnya ASAS 50 telah ditubuhkan di Singapura. Persatuan
itu telah diasaskan oleh beberapa orang penulis Melayu Singapura
dan sebahagian besarnya merupakan penulis-penulis dan
pengarang-pengarang Tanah Melayu yang terpaksa berhijrah ke
Singapura akibat tekanan penjajah Inggeris terhadap kegiatan
politik dan kreativiti mereka.
Antara tokoh-tokoh penting ASAS 50 ini ialah Kamaluddin Muhammad
atau Kris Mas, Usman Awang atau Tongkat Waran (Lihat Rajah 3.2),
Masuri S.N., Mohd. Arif Ahmad atau MAS, Abdul Wahab Muhamad atau
Awamil
Rajah 3.2: Usman Awang
Sarkam, Asraf dan Hamzah. Secara umumnya penubuhan ASAS 50 ini
adalah untuk:a. Memperluas dan mempertinggikan mutu sastera
Melayu;b. Melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis dan para
pengarang; danc. Mengadakan pembaharuan dalam sastera.Persatuan ini
bergerak dengan cita-cita memajukan bahasa dan sastera Melayu
sebagai alat untuk menuju ke arah kemerdekaan, keadilan sosial dan
kemajuan fikiran, selari dengan konsep perjuangannya, 'Seni Untuk
Masyarakat' atau 'Seni Untuk Rakyat'. Dengan berpegang kepada
konsep ini ASAS 50 telah berjaya membawa satu bentuk dalam bidang
penulisan cerpen dan sajak. Pada umumnya, tema cerpen dan sajak
ASAS 50 bersifat kritik masyarakat. Oleh itu, banyak daripada
cerpen atau sajak yang mereka hasilkan mengarah kepada menentang
golongan atasan dan membela kaum buruh, petani dan nelayan.
Meskipun terdapat kelemahan-kelemahan dan tentangan-tentangan
terhadapnya, ASAS 50 telah berjaya memberi daya dan mewarnai
kehidupan sastera zamannya dalam bentuk majalah dan surat khabar.
Asas 50 juga merupakan pelopor pembaharuan kepada kesusasteraan
Melayu moden, iaitu selepas Perang Dunia Kedua (ASAS 50 Ditubuhkan,
2002).
Pada zaman ini asas perjuangan badan ini ialah mengutamakan
Bahasa Melayu dan merancang pemodenan serta perkembangan bahasa ini
yang diperjuangkan melalui saluran politik. Kewujudan Bahasa Melayu
pada era ini lebih kepada perjuangan menjadikan Bahasa Melayu
bahasa kebangsaan negara melalui kuasa politik. Bentuk bahasa ini
belum dipiawaikankan dan perkembangannya tidak dirancang secara
sistematik. Malah dari segi tatabahasa, bahasa ini begitu
dipengaruhi oleh tatabahasa Zaba dan sistem ejaan yang digunakan
ialah Ejaan Zaba dan Ejaan Kongres (1956-1957). Tema Angkatan ASAS
50 pada ketika itu ialah perjuangan atau berkonsepkan perjuangan.
Penulis ASAS 50 memperjuangkan konsep 'Seni Untuk Masyarakat' dan
'Seni Untuk Seni' tetapi konsep 'Seni Untuk Masyarakat' lebih
menonjol kerana sebahagian besar daripada Angkatan ASAS 50 terdiri
daripada wartawan dan berkhidmat diUtusan Melayu,Berita Hariandan
juga beberapa majalah. Perjuangan mereka ditonjolkan melalui bahasa
dalam penulisan cerpen, sajak dan kerja seni lain yang dipaparkan
dalam media cetak yang mereka kendalikan. Ini memberi sumbangan
yang besar terhadap masyarakat dengan mengangkat darjat orang
bawahan seperti orang kampung dengan tema-tema cerita tertentu.
Perjuangan pada ketika itu menuntut kemerdekaan dengan menggunakan
bahasa dan sastera.Penubuhan ASAS 50 yang memperjuangkan Bahasa
Melayu telah mendorong sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh
guru-guru Melayu dikenali sebagai Lembaga Bahasa Melayu (LBM) pada
tahun 1951. Pertemuan guru-guru Melayu yang telah diadakan pada 1
Oktober 1950 di Kelab Kota Raja, Singapura bertujuan untuk
menubuhkan perkumpulan yang akan berjuang untuk memajukan Bahasa
Melayu. Pertemuan ini telah digerakkan oleh Cikgu Mahmud Ahmad
dengan kerjasama Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS).
Pertubuhan ini didaftarkan dan disahkan oleh kerajaan pada 26 April
1951. Mengikut Fasal 2 dalam Perlembagaan LBM, tujuan penubuhannya
adalah untuk (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu, hlm. 1269):a.
Mengawal, memperbaiki, memperluas, memperkaya, mempertinggi dan
menghidupkan Bahasa Melayu supaya menjadi bahasa yang hidup;b.
Membincangkan hal-hal kesulitan Bahasa Melayu dan menghebahkan
kepada orang ramai apa yang difikirkan munasabah oleh Lembaga;c.
Menyesuaikan penggunaan Bahasa Melayu mengikut kehendak peredaran
zaman;d. Menerbitkan risalah, buku, kitab, majalah, dan
seumpamanya; dane. Bekerjasama dengan badan-badan yang sama
tujuannya dengan Lembaga.Penubuhan LBM sebenarnya mengukuhkan lagi
perjuangan untuk mempertahankan kedudukan Bahasa Melayu.Berita
Lembagamerupakan penerbitan LBM yang diedarkan kepada ahli-ahlinya
sahaja dan beredar sebanyak empat keluaran. LBM tidak membawa
aliran baru atau mempelopori pemodenan dalam lapangan bahasa dan
kesusasteraan Melayu. Dari segi perkembangan Bahasa Melayu, tahun
1950-an menyaksikan pertumbuhan subur buku-buku tatabahasa Bahasa
Melayu. Minat dalam kalangan penulis Melayu sendiri semakin tinggi.
Buku-buku yang digunakan untuk pelajaran Bahasa Melayu pada tahun
1956 merupakan buku-buku yang diterbitkan oleh Biro Terjemahan
Melayu, Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Antaranya
ialahIlmu Mengarang MelayudanPelita Bahasa Melayu tulisan
Zaba.Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Pertama yang diadakan
pada 12 dan 13 April 1952 diadakan di Hotel Sea View, Singapura
memutuskan asas perjuangan adalah untuk menjadikan Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan. Butir-butir piagam berkenaan adalah
seperti yang berikut (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu, hlm. 1260):a.
Kongres bahasa hendaklah diadakan seterusnya dengan tujuan
untukmenyeralaraskansebarang usaha badan persuratan Melayu di
Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo Utara; dan kerabat
kongres hendaklah mengambil keputusan muktamad yang sama atas
sebarang hal tentang kemajuan bahasa dan persuratan Melayu dan akan
membela hak pengarang, sasterawan dan ahli Bahasa Melayu;b. Kongres
seterusnya hendaklah diadakan bila-bila masa jika perlu oleh sebuah
pertubuhan atau beberapa pertubuhan persuratan menjadi satu; dan
pertubuhan persuratan yang mengusulkan kongres itu dengan
sendirinya menjadi Panitia Kongres yang akan menyediakan tempat dan
persiapan kongres serta memanggil pertubuhan-pertubuhan lain ke
kongres tersebut; danc. Pertubuhan-pertubuhan persuratan yang
menjadi kerabat kongres hendaklah mentaati keputusan muktamad yang
diambil kongres; pertubuhan-pertubuhan kerabat kongres hendaklah
berusaha melaksanakan keputusan-keputusan yang diambil kongres
untuk memajukan bahasa dan persuratan Melayu; sebarang keputusan
kongres hendaklah dianggap sah oleh kerabat kongres; segala
keputusan kongres akan diambil mengikut undi yang terbanyak; dan
tiap-tiap pertubuhan hanya mempunyai satu undi sahaja.Kongres ini
juga memutuskan bahawa tulisan Rumi dan Jawi hendaklah digunakan
dalam persuratan Melayu pada masa tersebut sehingga keputusan lain
dibuat kemudiannya kelak.
Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Kedua yang diadakan pada 1
dan 2 Januari 1954 di Sekolah King George, Seremban mengusulkan
rapat besar bagi ahli persuratan Melayu dengan Indonesia; mendesak
penggunaan Bahasa Melayu yang seimbang dalam Majlis Mesyuarat
Undangan Persekutuan Tanah Melayu, Majlis Mesyuarat Negeri, Majlis
Mesyuarat Bandaran dan pengutamaan Bahasa Melayu oleh ketua-ketua
pejabat; menganjurkan satu rupa hadiah bagi karangan-karangan yang
terbaik dalam bahagian-bahagiannya tiap-tiap tahun; menyusun sebuah
kamus yang lengkap dalam tulisan Rumi; pengambilan juruhebah radio
mestilah berkelulusan tinggi dalam Bahasa Melayu; dan melantik
wakil daripada Kongres Persuratan Melayu dalam Jawatankuasa Penapis
Filem.
Pada Mac 1954, ASAS 50 telah mengemukakan memorandum kepada
kerajaan mengenai tulisan Rumi untuk Bahasa Melayu. Perjuangan ASAS
50 mempertahankan Bahasa Melayu diteruskan apabila mereka
mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan yang
menyentuh soal kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
umum dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah hinggalah ke
peringkat universiti pada 15 Disember 1954.
Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga diadakan pada 16
hingga 21 September 1956 di Johor Bahru dan Singapura dihadiri
lebih kurang 500 orang perwakilan dan pemerhati dari 59 buah badan
bahasa dan persuratan Melayu seluruh negara (Ensiklopedia
Kebudayaan Melayu, hlm. 1261). Dalam kongres ini telah diputuskan
bahawa Dewan bahasa dan Pustaka (DBP) hendaklah ditubuhkan sebagai
pusat bagi menjaga hal ehwal persuratan Melayu supaya tidak cacat
asal usul Bahasa Melayu serta menjadi pendorong kepada perkembangan
kebudayaan rakyat Tanah Melayu kelak. DBP hendaklah menyiasat,
membongkar dan mengumpulkan semula serta menghalusi hasil
kesusasteraan Melayu sejak zaman purba. Kongres tersebut juga telah
membincangkan cara mengembangkan bahasa kebangsaan menerusi
persekolahan dan pendidikan.Pada hari 22 Jun 1956 ketika perjuangan
dan semangat kemerdekaan tanah air begitu rancak dilaung-laungkan,
Dewan bahasa dan Pustaka (Rajah 3.3) telah ditubuhkan dan
ditempatkan di sebuah Bangunan Kerajaan di Bukit Timbalan, Johor
Bahru, Johor (Penubuhan Balai Pustaka, 2008). Di situlah Dewan
Bahasa dan Pustaka mengaturkan langkah pertama, iaitu mengembangkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara
merdeka. Setahun setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan dan apabila Bahasa Melayu diisytiharkan dalam
perlembagaan yang baru sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
negara selepas merdeka, maka Dewan Bahasa dan Pustaka pun berhijrah
ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di bangunan bekas Wad Hospital
Tangling, Jalan Young, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
kemudiannya telah bertukar taraf daripada sebuah Jabatan Kerajaan
menjadi Badan Berkanun melalui Akta Parlimen (tahun 1959) yang
memberikan autonomi kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menggubal
dasar-dasarnya yang khusus, menyusun rancangan pembinaan dan
pengembangan bahasa sastera yang lebih mantap. Antara matlamat
Dewan Bahasa dan Pustaka adalah seperti berikut:a. Memajukan dan
memperkayakan bahasa kebangsaan.b. Memajukan bakat kesusasteraan
terutama dalam bahasa kebangsaan.c. Mencetak atau menerbitkan atau
membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku,
risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa
kebangsaan dan bahasa lain; dand. Menyamakan ejaan dan bunyi
sebutan dan menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa
kebangsaan.
Rajah 3.3: Dewan Bahasa dan Pustaka
Pada 31 Januari 1962, Dewan Bahasa dan Pustaka telah berpindah
ke bangunannya sendiri yang terletak di Jalan Wisma Putra (lihat
Rajah 3.3). Sesungguhnya Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan sebuah
perbadanan yang cukup penting dalam menggalakkan pembinaan ilmu
pengetahuan dalam bahasa Malaysia bagi negara ini.
Bahasa Melayu memasuki dunia pendidikan apabila sekolah-sekolah
Melayu menjadi sebahagian daripada organisasi Penang Free School
(1819), iaitu sekolah Melayu di Gelugur dianggap sekolah Melayu
yang tertua di Malaysia. Sebelum tahun 1956 kedudukan Bahasa Melayu
dalam sistem pendidikan tidak begitu diutamakan. Pendidikan untuk
bangsa Melayu sebelum abad ke-19 lebih kepada pendidikan agama.
Kanak-kanak hanya diajar peraturan dasar agama Islam dan membaca
al-Quran. Gagasan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
di sekolah-sekolah dikemukakan dalam Laporan Razak 1956 (Rajah
3.4). Pada bulan September 1956 apabila Persekutuan Tanah Melayu
diberikan taraf pemerintahan sendiri, sebuah jawatankuasa yang
dinamai Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 atau dikenali sebagai
Penyata Razak 1956 merupakan titik tolak penting dalam perjuangan
Bahasa Melayu sebelum merdeka yang dengan jelas memperakukan Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Rajah 3.4:Laporan Razak 1956
Penyata Razak (lihat Rajah 3.4) merupakan hasil daripada kajian
Jawatankuasa Pelajaran yang dibentuk dalam bulan September 1955
yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran, Dato' Abdul Razak
bin Hussein. Pada 14hb April, 1956 jawatankuasa ini telah
menyiapkan kerja-kerjanya dan menyediakan laporannya sebagai
Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956.
Laporan Razak 1956mengatakan hasrat untukmenubuhkan satu
peraturan pelajaran kebangsaan dan tujuannya adalah untuk
menyatukan murid-murid daripada semua bangsa di dalam negeri ini
dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa
dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.
Laporan Razak juga telah mengemukakan perkara-perkara yang
berikut:a. Bahasa Melayu mestilah dipelajari di semua sekolah dan
dijadikan satu syarat pertolongan yang diberi oleh kerajaan di
semua sekolah;b. Bahasa Melayu dijadikan satu pelajaran yang
mustahak untuk mendapatkan sijil rendah dan sijil pelajaran
kebangsaanc. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris hendaklah diwajibkan
di sekolah menengah jenis kebangsaan.
BAHASA MELAYU ZAMAN KEDATANGAN INGGERISSebelum Inggeris bertapak
di semenanjung Tanah Melayu, Bahasa Melayu menjadi satu-satunya
bahasa perantaraan bagi penduduk negara ini. Bahasa Melayu
digunakan sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan
dan menjadi bahasa pengantar di institusi pendidikan yang ada pada
ketika itu seperti pusat pengajian Islam dan kelas agama.
Perhubungan antara rakyat juga menggunakan Bahasa Melayu, termasuk
di pusat-pusat perniagaan seperti Melaka, Pulau Pinang dan
Singapura yang sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang
Melayu. Sebelum penjajahan Inggeris, Bahasa Melayu mencapai
kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan,
pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat
pendidikan Islam.
Pada abad ke-19 bermula dengan karangan Munsyi Abdullah, zaman
ini dianggap sebagai permulaan zaman Bahasa Melayu Moden. Beberapa
karya terkenal pada zaman ini ialah hasil tulisan Abdullah bin
Abdul Kadir Munsyi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi.
Karya pertama beliau ialah Syair Singapura Terbakar. Abdullah
Munsyi bukan sahaja memperlihatkan keunggulan Bahasa Melayu melalui
karya kesusasteraan, malahan memberikan kesedaran tetantang betapa
pentingnya nahu Bahasa Melayu. Bagi beliau, sekiranya nahu Bahasa
Melayu ditulis oleh orang asing maka nahu Bahasa Melayu yang
ditulis itu hanyalah merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka
sendiri yang cuba dipaksakan terhadap Bahasa Melayu. Perkembangan
Bahasa Melayu yang diperjuangkan oleh Abdullah Munsyi tidaklah
menghairankan kerana latar pendidikannya yang berbahasa
Inggeris.
Tokoh yang terkenal pada zaman ini juga ialah Muhammad Ibrahim
bin Abdullah Munsyi menulis Kitab Pemimpin Johor sejak tahun 1871
Masihi dan diterbitkan pada tahun 1878 Masihi. Beliau menggunakan
banyak ibu perkataan dalam kitabnya kerana bentuk ini dikatakan
dapat membanyakkan beberapa perkataan lain sehingga menjadi ayat
dan juga perenggan. Yang dimaksudkan dengan ibu perkataan tersebut
ialah perkataanistimewa, adapun, arakian, alkisah, bermula,
bahawasanya, bahawa, hatta, dan, dewasa, sebermula, sebagai lagi,
sebagai pula, sekali persetua, seyogiayanya, syahdan,
kaliandanmaka.Kitab ini beracuankan Bahasa Inggeris namun
penggunaan bahasanya terlihat masih lebih banyak dipengaruhi oleh
struktur Bahasa Arab dan berusaha mengelakkan perkataan yang
keinggerisan. Muhammad Ibrahim juga telah menubuhkan organisasi
yang diberi namaPakatan Mengajar bahasa(1888 M). Tujuan penubuhan
ini adalah untuk mengkaji dan mempelajari Bahasa Melayu agar
pengetahuan Bahasa Melayu itu lebih mudah disebar luaskan.
Tokoh lain yang sezaman dengan Abdullah Munsyi ialah Raja Ali
Ibni Raja Haji Ahmad. Walaupun sezaman dengan Abdullah Munsyi
tetapi Raja Ali mempunyai latar pendidikan yang berbeza. Abdullah
Munsyi berpendidikan Inggeris manakala Raja Ali Haji berpendidikan
Arab serta seorang pendakwah. BukunyaBustanul Katibinbertarikh 1850
Masihi didasarkan kepada nahu bahasa Arab. Walaupun nahu ini
berdasarkan nahu Bahasa Arab, buku ini dianggap penting kerana
inilah buku nahu berbahasa Melayu yang ditulis oleh orang
Melayu.Kitab Pengetahuan bahasa pula dihasilkan pada tahun 1859
Masihi. Hasil ini merupakan sebuah kamus Melayu. Bahagian awalnya
membincangkan kamus Melayu secara ringkas dan sederhana. Namun
begitu tidak semua abjad dalam kamus diakhiri dengan sebahagian
perkataanca.Erti perkataan disertakan dengan penjelasan walaupun
berdasarkan kaedah dalam Bahasa Arab.
Raja Ali Haji dilahirkan pada tahun 1909 Masihi dan dibesarkan
di Pulau Penyengat, iaitu sebuah pulau kecil yang tidak jauh dari
Tanjung Pinang di Riau yang pada ketika itu menjadi pusat
kebudayaan Melayu dan pusat ilmu pengetahuan. Beliau telah
menghasilkan kitab tatabahasa Melayu yang dinamakanBustanil
Katibina Lis Subyaniil Mutaalaminatau diterjemahkan sebagaiKitab
Perkebunan Juru Tuli bagi Kanak-Kanak yang Hendak Menuntut Belajar
Akan Diamerupakan buku pelajaran ejaan dan tatabahasa. Kitab ini
setebal 70 halaman mengandungi bahagian pendahuluan, 31 fasal dan
khatimah (penutup). Kitab ini dibahagikan kepada dua bahagian:
bahagian pertama terdiri daripada penulisan tentang Bahasa Melayu
dan bahagian kedua, mengenai tatabahasa Bahasa Arab. Di sini
penulisnya cuba menyesuaikan dan menerapkan sistem tatabahasa Arab
ke dalam struktur ayat Bahasa Melayu. Penggunaan kata-kata dan
struktur ayat Bahasa Melayu dipindahkan dan diklasifikasikan secara
langsung dalam bahasa Arab agar sesuai dengan kata dan tatabahasa
Arab.
Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika
sebelum berlaku Perang Dunia Kedua, Bahasa Melayu terus digunakan
untuk tujuan urusan rasmi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pegawai-pegawai Inggeris yang
bertugas di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua
dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan mesti lulus dalam
peperiksaan Bahasa Melayu sebelum disahkan dalam jawatan.
Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang
tinggi terhadap Bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana
Bahasa Melayu. Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C.
Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabear dan J.
Crawford.William Marsden telah menulisA Grammar of Malayan
Languagepada tahun 1812 masihi. Beliau telah mengutarakan beberapa
hal penting dalam perkembangan Bahasa Melayu, iaitu Bahasa Melayu
itu indah, susunan ayatnya teratur, dan nahunyasederhana.
Penyebutannya juga mudah dan mudah diselaraskan dengan kata
pinjaman. Bahasa Melayu dikatakan bukan berasal daripada bahasa
Sanskrit tetapi bahasa Sanskritlah yang memperkayakan Bahasa
Melayu. Tajuk-tajuk kecil dalam buku ini ialah abjad Jawi, konsonan
dan vokal, tanda bacaan tulisan Jawi, golongan kata, bahagian ayat,
nama sifat, perbandingan, bilangan, ganti nama, penunjuk, sendi,
keterangan, penghubung, seruan, pengimbuhan, binaan ayat, dialek,
prosodi dan praksis. Marsden mengatakan bahawa orang Melayu telah
mengambil 28 huruf Arab, dan mencipta beberapa huruf lagi dengan
menambah titik tertentu pada bentuk yang sudah sedia ada.
Tokoh besar dunia Melayu yang lahir pada zaman Inggeris ialah
Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Zaba. Beliau
dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan
pada 16 September 1895 dan banyak menghabiskan hayatnya dalam
bidang kebahasaan. Beliau mendapat pendidikan Inggeris dengan
kelulusan Senior Cambridge di St. Pauls Institution di Seremban, di
samping lulus di peringkat tertinggi di sekolah Melayu. Beliau
telah menghasilkanPelita Bahasa Melayu (PBM)bertujuan untuk
menyusun kaedah buku nahu (tatabahasa) Bahasa Melayu dengan lebih
lengkap daripada buku-buku nahu Bahasa Melayu oleh tokoh-tokoh
pengkaji Melayu sebelumnya. Buku nahu ini menghuraikan kaedah nahu
Bahasa Melayu atau aturan rangkanya mengikut pengaruh atau acuan
nahu Bahasa Inggeris dan sedikit pengaruh nahu Bahasa Arab yang
dipadankan dengan pembawaan tabiat sejati Bahasa Melayu serta
pendekatan khasnya yang tersendiri. Oleh itu, nahu Zaba ini lebih
menekankan ciri-ciri makna dan struktur dalam penggolongan
kata.Pelita Bahasa Melayu(1)diterbitkan pada tahun 1940 oleh
Pejabat Pelajaran Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu. Pada cetakan pertamanya, buku ini diterbitkan dalam
tulisan Jawi yang membicarakan masalah huruf, tulisan, ejaan, saraf
dan nahu Melayu.Pelita Bahasa Melayu(2)merupakan lanjutan terbitan
yang pertama mengandungi 12 bab yang merangkumi beberapa aspek yang
dimulai dengan permulaan mengarang, latihan membuat ayat, mengarang
ayat-ayat tunggal, pemakaian tanda-tanda berhenti, cakap pindah
sehingga kepada penghabisan karangan. Buku ini dikarang untuk
murid-murid darjah 2 , 3 dan 4 sekolah Melayu pada masa itu.
Seperkara yang menarik dapat dikatakan bentuk Bahasa Melayu pada
era ini ialah gaya bahasanya masih mengikut cara lama, iaitu Bahasa
Melayu Klasik seperti penggunaansahaya, arakian, kemudian daripada
itu, adapun, maka, sekaliandan lain-lain. Fonem-fonem Bahasa Melayu
ditambah dengan fonem-fonem baharu daripada Bahasa Arab masih
kekal. Kata-kata istilah baharu juga muncul buat pertama kali
terutama dalam pentadbiran moden yang diamalkan sewaktu zaman
pemerintahan keluarga Temenggung Ibrahim. Pada masa yang sama,
beberapa istilah Inggeris juga diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu
untuk urusan pentadbiran seperti jawatankuasa, setiausaha, pejabat,
pesuruhjaya dan jabatan. Kata-kata bahasa asing dari Barat seperti
kata Belanda di Indonesia juga meresap masuk ke dalam Bahasa Melayu
seperti kompeni, gabenor dan lain-lain.
Selepas Perang Dunia Kedua, British mengubah dasar menjadikan
bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa
Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152
menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa
Kebangsaan 1963/1967 menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan Bahasa Melayu sebagai
pengantar dalam sistem pendidikan negara. Hanya selepas Perang
Dunia Kedua kedudukan serta peranan Bahasa Melayu mula terancam.
Pegawai-pegawai Inggeris baru yang jahil terhadap Bahasa Melayu
membawa tekanan kepada kehidupan rakyat di negara ini, menerusi
nilai-nilai baru yang diperkenalkan. Orang-orang Inggeris menjadi
tuan dan segala yang bersangkutan dengan cara hidup mereka diberi
nilaian yang tinggi termasuk bahasa mereka. Ini diperkukuhkan
dengan dasar menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
dalam sistem persekolahan. Dalam keadaan Bahasa Melayu menerima
tekanan, kesusasteraan Melayu terus dihasilkan, bukan oleh
cendiakawan berpendidikan Barat tetapi cerdik pandai lulusan
sekolah Melayu atau Arab.
Pada awal abad ke-20, semangat kebangsaan bergema dan
orang-orang Melayu mula mengorak langkah untuk memperjuangkan
bahasa ibunda mereka. Wartawan, sasterawan, budayawan, guru-guru
Melayu dan ahli-ahli politik berganding bahu memperjuangkan
cita-cita ini. Akhbar dan majalah menjadi saluran utama untuk
menyuarakan hasrat ini. Perjuangan Bahasa Melayu digerakkan
serentak dengan perjuangan politik membebaskan tanah air daripada
penjajahan.
Akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya Artikel 152 dalam
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang menyebut bahawa bahasa
Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis
dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan
undang-undang Parlimen. Dengan perakuan ini, maka bermulalah era
baru bagi Bahasa Melayu, satu bahasa yang pernah menjadilingua
francabagi seluruh kepulauan Melayu. Perbincangan tentang
perkembangan bahasa seterusnya akan dibincangkan dengan lebih
perinci dalam topik-topik seterusnya.
BAHASA MELAYU ZAMAN KEDATANGAN PORTUGIS
Era kedatangan Barat ke tanah Melayu bermula dengan bertapaknya
kuasa Portugis di Melaka dengan kejatuhan kesultanan Melaka pada
tahun 1511. Penjajahan Barat pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 di
wilayah kebudayaan Melayu di Asia Tenggara telah mencetuskan
pelbagai jenis penentangan oleh bangsa Melayu terhadap penjajahan.
Namun begitu, keruntuhan kerajaan Melayu Melaka tidak meruntuhkan
Bahasa Melayu. Banyak pengkaji terus menjalankan penyelidikan
tentang Bahasa Melayu. Antaranya ialah Pigafetta, seorang ketua
kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan, telah
menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada
tahun 1521. Dokumen ini merupakan daftar kata daripada bahasa yang
dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah
perkataan dan merupakan daftar kata Melayu-Eropah yang tertua.
Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh dari tempat asal Bahasa
Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu tersebar. Seorang
lagi pengkaji ialah Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa
Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592
dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau
ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai
bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.
Penulisan tentang Bahasa Melayu yang penting pada zaman ini
ialah daftar kata Pigafetta yang merakamkan perbualanMagellandengan
lelaki Melayu beragama Kristian bernama Hendrick. Pigafetta
mempelajari bahasa yang dituturkan dan menyalin beberapa perkataan
dalam bahasa Itali dan dipadankan dengan perkataan Melayu. Oleh
sebab beliau bukan ahli bahasa, maka pertuturan yang disalin adalah
berdasarkan ejaan Itali. Beliau telah berjaya mengumpulkan 426
perkataan dan rangkai kata Bahasa Melayu. Senarai ini kemudiannya
disusun semula oleh Alessandrio Bausani dan dijadikan
bukuPerbendaharaan kata Itali-Melayuyang pertama.
Sarjana Barat yang berusaha mengembangkan Bahasa Melayu ialah
Casper Wittens yang menyusun kamus Bahasa Melayu-Belanda dan
diperbaiki oleh Sebastian Danckaerts dan diterbitkan oleh
Gravenhaghe pada tahun 1623 Masihi dan diBataviapada tahun 1707
Masihi. Kamus ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin
olehDavid Haexdan diterbitkan di Rom pada tahun 1631 Masihi.
Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan
ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis mengenai wilayah
kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu
seperti berikut, bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja
dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh
kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu
bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang. Selain
daripada itu, penggunaan Bahasa Melayu meluas dalam warkah-warkah
rasmi sebagai utusan daripada raja Melayu. Antaranya ialah surat
Sultan Aceh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601), surat
Sultan Alauddin Shah dari Aceh kepada Harry Middleton (1602) dan
surat sultan Aceh kepada raja Inggeris, King James (1612).
Ketiga-tiga surat ini tersimpan di Perpustakaan Bodelein,
London.
Thomas Bowrey menyusun kamus Inggeris-Melayu pada tahun 1701
Masihi dengan mengemukakan sedikit peraturan nahu. Kamus ini
mencatat semua perkataan yang diingatinya (daripada bahasa lisan)
sehingga berlaku banyak kesalahan ejaan. George Werndley seorang
sarjana Bahasa Melayu menulis Nahu Melayu yang diterbitkan di
Amsterdam pada tahun 1736 Masihi, M. John Howison menyusun kamus
Inggeris-Melayu pada tahun 1801 dan P. Farve menyusun kamus
Perancis-Melayu pada tahun 1871 Masihi.
Zaman kedatangan Portugis merupakan detik permulaan pengaruh
bangsa Eropah kepada bahasa dan kebudayaan Melayu. Selain daripada
kuasa Portugis, pengaruh bahasa Belanda juga kelihatan dalam Bahasa
Melayu khususnya perkembangan di Indonesia. Bagi Tanah Melayu pula,
pengaruh Barat yang paling banyak mempengaruhi Bahasa Melayu ialah
kedatangan kuasa Inggeris pada awal abad ke-19. Pengaruh ini masih
lagi kelihatan khususnya dalam perkembangan ilmu Bahasa Melayu dan
perkembangan peristilahan dalam pelbagai bidang.
BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS DAN
INGGERISPENGENALANPerkembangan bahasa telah melalui tiga
periodisasi, iaitu zaman purba, zaman kuno dan zaman klasik. Setiap
zaman tersebut mempunyai pengaruh yang kuat terhadap bentuk Bahasa
Melayu. Dalam topik ini anda telah mengimbas kembali tentang jenis
bahasa yang lahir dalam periodisasi tersebut. Topik ini pula akan
membicarakan pengaruh luar terhadap Bahasa Melayu khususnya
pengaruh bahasa dari Eropah (Portugis dan Inggeris) dan juga kesan
perkembangan agama Islam yang tersebar luas di Alam Melayu melalui
perdagangan saudagar dari Tanah Arab. Agama Islam telah memberikan
kesan yang penting terhadap Bahasa Melayu kerana kedudukan Bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu diperkukuhkan oleh faktor
tersebut.BAHASA MELAYU ZAMAN KEDATANGAN ISLAMIslam telah membawa
huruf Arab dalam penulisan Bahasa Melayu dan berkembang menjadi
bahasa yang kaya dengan pelbagai istilah baharu yang dipinjam
daripada perbendaharaan kata Bahasa Arab dan Parsi. Bahasa Melayu
menjadi bahasa pengantar dalam penulisan yang berkaitan dengan
falsafah, kesusasteraan, keagamaan dan dijadikan bahasa pengantar
dalam kegiatan dakwah Islam. Magellan telah mengatakan bahawa
Bahasa Melayu telah menjadi bahasalingua francadi alam Melayu dari
Aceh hingga ke kepulauan Maluku. Bahasa Melayu juga telah menjadi
baku melalui penggunaannya dalam kitab-kitab agama Islam yang
dibaca oleh penduduk di alam Melayu.
Pada zaman kedatangan Islam juga, Bahasa Melayu telah berkembang
dalam pelbagai bidang yang sebelum ini ditulis dalam bahasa Jawa.
Melalui peminjaman daripada Bahasa Arab, banyak istilah bidang
teologi, falsafah dan tasawuf dikembangkan dalam Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi dalam kerajaan-kerajaan di alam
Melayu. Surat-surat raja Melayu pada abad ke-16 ditulis dalam
Bahasa Melayu kepada Raja Portugis. Dengan demikian raja-raja
daripada kerajaan Aceh juga menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan
diplomatik untuk berhubung dengan kerajaan asing.
Kedatangan Islam pada akhir abad ke-13 telah mempengaruhi
keseluruhan cara hidup masyarakat di Asia Tenggara khususnya alam
Melayu. Zaman ini telah memberikan ciri baru kepada Bahasa Melayu,
iaitu bentuk Bahasa Melayu Klasik. Pengaruh agama Islam bukan
sahaja kelihatan dari aspek sosio budaya malah seluruh kehidupan
termasuklah unsur budaya yang penting, iaitu bahasa.
Abad ke-13 hingga abad ke-14 merupakan zaman peralihan di alam
Melayu. Apabila kita memperkatakan tentang pengaruh Islam terhadap
Bahasa Melayu, terdapat tiga buah kerajaan Islam yang penting:
kerajaan Samudera-Pasai, kerajaan kesultanan Melaka dan kerajaan
Islam Aceh.Kerajaan Samudera-PasaiMenurut Amat Juhari Moain (1994),
apabila kerajaan Samudera-Pasai didirikan di Sumatera Utara,
pengembangan Bahasa Melayu semakin aktif. Kerajaan Samudera Pasai
(Rajah 2.1) dikenali juga sebagai Samudera, Pasai dan Samudera
Darussalam atau Sumatera. Kerajaan ini terletak di Aceh dan
merupakan kerajaan Islam pertama di Indonesia. Perkataan "Samudera"
berasal daripada perkataan Sanskrit, iaituSamundraatauSamandara,
yang membawa pengertian "lautan". Menurut Hikayat Raja-raja Pasai,
Merah Silu dikatakan ternampak seekor semut sebesar kucing. Baginda
menangkap dan memakannya lalu menamai tempat itu sebagai
"Samandara". Kesultanan Samudera Pasai adalah kerajaan Islam yang
terletak di pesisir pantai utara Sumatera, kurang lebih di sekitar
Kota Lhokseumawe, Aceh Utara sekarang. Kerajaan ini didirikan oleh
Merah Silu, yang bergelar Malik al-Saleh, pada sekitar tahun 1267
dan berakhir dengan dikuasai oleh Portugis pada tahun 1521. Nama
lainnya ialah Malik al Salih, Merah Silu, Merah Silau, Mara Silu
dan Muerah Silu. Setelah mangkat, baginda digantikan oleh Sultan
Mahmud Malik Az-Zahir.
Rajah 2.1: Kedudukan kerajaan Samudera Pasai.Sumber:
http://images.google.com/imgres? Dipetik pada 15 Julai 2008
Rajah 2.1: Kedudukan kerajaan Samudera Pasai.Sumber:
http://images.google.com/imgres? Dipetik pada 15 Julai 2008.
Ahli Pelayaran Maghribi bernama Ibnu Batuta sempat mengunjungi
Pasai pada 1346 Masihi. Ketika di China, Ibnu Batuta mendapati
kapal Pasai berlabuh di China untuk membayar ufti. Inskripsi Cina
mencatatkan kerajaan Pasai menghantar ufti ke China setiap tahun.
Sultan Pasai dikatakan pernah mengirim utusan ke Quilon, benua
kecil India (Keling) pada 1282 kerana urusan diplomasi dan
perdagangan.
Pada zaman kegemilangannya, kerajaan Pasai merupakan pusat
perdagangan yang dikunjungi oleh pedagang daripada pelbagai negeri
seperti China, India, Arab, Siam, Parsi dan lain-lain. Kerajaan ini
juga menggunakan mata wang yang dinamakan dirham. Banyak karya
sastera Melayu telah dilahirkan misalnya Hikayat Raja-Raja Pasai.
Zaman ini diikuti pula oleh perkembangan zaman Melaka. Tokoh-tokoh
tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan
usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera.Pada zaman ini
juga, banyak karya telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.
Golongan cendekia Pasai menjadi pakar rujuk dalam bidang keagamaan.
Abad ke-13 juga merupakan permulaan Bahasa Melayu Klasik yang
berkembang sewaktu zaman pemerintahan kerajaan Melayu Pasai. Bahasa
Melayu Klasik merupakan kesan langsung pengaruh agama Islam yang
berkembang dengan pesat bertunjangkan tulisan Jawi
yangmenggunakanaksara Arab. Ragam bahasa persuratan inilah yang
menjadi bukti wujudnya Bahasa Melayu Klasik. Tradisi persuratan
Melayu Klasik juga merupakan asas kepada kemunculan Bahasa Melayu
baku khususnya dari segi tatabahasa yang lahir dalam penulisan
klasik sebagai sumber korpus data.Hikayat Raja-Raja Pasai dianggap
hasil kesusasteraan Melayu, mengisahkan masyarakat Melayu dan
menggunakan Bahasa Melayu (tulisan Jawi). Namun demikian, tidak
dapat dipastikan tarikh awal hikayat ini ditulis kerana pada masa
itu tradisi menceritakan semula cerita orang lain (seperti yang
dilakukan pada cerita lisan) berlaku dan dianggap sebagai sesuatu
yang wajar. Perhatikan bahagian awal petikanHikayat Raja-Raja
Pasaiyang berikut ini:Alkisah peri mengatakan cerita raja yang
pertama masuk agama Islam ini Pasai; maka adalah diceriterakan oleh
orang yang empunya cerita ini, negeri yang di bawah angin ini,
Pasailah yang pertama membawa iman akan Allah dan akan Rasulullah.
Maka ada raja dua bersaudara seorang namanya Raja Ahmad dan seorang
namanya Raja Muhammad. Adapun yang tua Raja Ahmad. Maka baginda
kedua bersaudara itu hendak berbuat negeri di Samarlanga.
Teks ini ditulis dalam Bahasa Melayu menggunakan tulisan tangan
huruf Jawi pada lembaran-lembaran berbentuk buku. Penyelidik
menyatakan teks asal ditulis sekitar 1360 Masihi kerana sezaman
dengan buku tasaufDurru al Mazlum /Darul Mazlumkarya Maulana Abu
Ishak.Hikayat Raja-Raja Pasaiterbahagi kepada tiga bahagian:
Pembukaan dan Pengislaman Pasai, Pasai di bawah pemerintahan Sultan
Ahmad Perumudal Perumal dan Peluasan Kekuasaan Majapahit.Hikayat
Raja-Raja Pasaitergolong dalam genre sastera sejarah. Karya sastera
sejarah biasanya menceritakan pembukaan negeri, corak organisasi
pentadbiran, keadaan sosial budaya dan corak politiknya. Cerita ini
termasuklah kewujudan sesebuah negeri, perkembangannya, zaman
keemasan, zaman kekalahan dan keruntuhan. Oleh itu,Hikayat
Raja-Raja Pasaibukanlah sebuah buku teks sejarah yang murni.
Sebaliknya, unsur mitos dan legenda diterapkan dalam bahan sejarah
yang memerlukan interpretasi yang mendalam untuk mengetahui
objektif dan tujuan pengarang istana ini.
R.O. Winstedt menjangkaHikayat Raja-Raja Pasaiselesai ditulis
pada abad ke-15, Amin Sweeney berpendapat abad ke-14, dan A.H. Hill
mengatakan antara tahun 1383 M hingga 1390 M manakala Hooykaas
mendakwa bahawa Hikayat ini dikarang sekitar tahun 1350 M. Pada
bahagian akhirHikayat Raja-Raja Pasaiyang diusahakan oleh R. Jones
(1987) tercatat:Tamat Hikayat Raja Pasai. Selamat sempurna yang
membaca dia dan segala yang menengarkan dia, istimewa yang
menyuratkan dia, dipeliharakan Allah subhanahu wataala apalah
kiranya dari dunia datang ke akhirat, berkat syafaat Nabi Muhammad
mustafa, sallallahu alaihi wasaalam.Tamat hari Isnin, kepada
haridua puluh sa, kepada bulanMuharam, sanat zaHijratul
Nabi1230Sangking Kyai Suradimanggala, bupati sapu (pu) nagari Demak
nagari Bagor, warsa 1742.Tarikh yang tercatat pada bahagian
akhirHikayat Raja Pasaiini bukanlah bermakna penulisan pertama
cerita tersebut, melainkan merupakan salinan daripada beberapa
salinan cerita yang terdahulu. Penyalinan ini juga memperlihatkan
bahawa ketika itu kesusasteraan Melayu tersebar luas di seluruh
Nusantara. Karya ini merupakan bukti terbaik bagi mengkaji
perkembangan Bahasa Melayu pada zaman kerajaan Aceh.Kerajaan
Kesultanan MelakaZaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman
Kerajaan Melayu Melaka. Zaman ini bermula pada abad ke-13.
Kesultanan Melayu Melaka (Rajah 2.2) diasaskan oleh Parameswara,
seorang putera Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang
antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah
sebuah kerajaan yang beragama Islam. Hal ini berubah pada tahun
1414 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Beliau
menukarkan namanya kepada Megat Iskandar Shah. Agama Islam
dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan
Muzaffar Shah.
Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah
pelabuhan yang terpenting di kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan
ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah
dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk
memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte
Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat
menguasai perdagangan dunia" (He who is lord of Malacca has his
hand on the throat of Venice.) Faktor-fakor yang menyumbang kepada
Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya
terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur
Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain
dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka
ke laut semula.Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina
menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai
feng shui yang terbaik pada masa itu. Pemerintahan Kesultanan
Melayu Melaka berterusan selama lebih kurang satu abad sehinggalah
Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de
Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan
yang terakhir Kesultanan Melayu Melaka.
Islam mulai bertapak melalui kerajaan Melayu Melaka dan berjaya
membina empayar yang luas; dan meningkatkan kemajuan dan
perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah
digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta
menjadilingua francapara pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi
alat penyebaran agama Islam ke seluruh kepulauan Melayu. Bahasa
Melayu juga telah mendapat bentuk tulisan baru, iaitu tulisan Jawi.
Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan
untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam.
Iskandar Shah mangkat pada tahun 1424 dan diwarisi oleh anaknya,
Sri Maharaja, yang mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah"
(1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti
oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim. Raja Ibrahim kemudian dibunuh
dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid". Raja Kassim
menaiki tahta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar
Shah" (1445-1459) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai
agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan
ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina.
Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama
Hindu. Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat serangan pertama
ke atas Melaka pada tahun 1447 tetapi ditewas tidak jauh dari Muar.
Pada tahun 1456, Tun Perak menjadi bendahara dengan gelaran
"Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan
dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu
kekuasaannya di kepulauan Melayu.
Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki
takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi
sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi
mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah
menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk
dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po,
Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpateh Puteh dengan
segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po
tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.
Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini
ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada
perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk
tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan
Nyonya pada hari ini.
Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai
kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu,
Singapura dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah
Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya
tumbang pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak
tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.
Prosa dalam Bahasa Melayu yang terkenal ialahSulalatus
SalatinatauSejarah Melayu.Keagungan Kesultanan Melaka jelas
tergambar di dalamSejarah Melayuoleh Tun Seri Lanang, sebuah karya
dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya disusun pada tahun
1612. Prosa ini mengungkapkan beberapa genre Melayu, iaitu pantun,
syair puisi, gurindam dan seloka. Terdapat sekurang-kurangnya 29
versi tetapi versi yang paling mashyur adalah versi Shellabear.
Menurut pengenalanSejarah Melayunaskah Shellabear, Yang diPertuan
Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu'ayat Syah ibni'l Sultan Abdul
Jalil Syah telah mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk
memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri
Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612
agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya
Sogoh dari Goa/Gowa, India.Sejarah Melayu Sulalatus Salatindianggap
penting kerana karya ini memberikan perincian tentang adat istiadat
kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan boleh
dikatakan menyerupai konsep Sejarah Sahih China. Dikatakan bahawa
pada setiap pertukaran dinasti di China, sejarah Dinasti sebelumnya
akan ditulis dan disimpan di arkib negara tersebut.Sulalatus
Salatin(Sejarah Melayu) merupakan satu karya sejarah mengenai
kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu
Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. Ketika
Feringgi (Portugis) menakluk Melaka, salinan Sejarah Melayu telah
dibawa ke Goa.
Rajah 2.3: Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) Penulis: A. Samad
AhmadPenerbit: DBP.
Rajah 2.4: Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) Sejarah Melayu,
versi buku yang disusun oleh Cheah Boon Kheng, dengan teks Rumi
oleh Abdul Rahman Haji Ismail.
Pada kemuncak kerajaan Melayu Melaka, terdapat beberapa karya
kesusasteraan yang dipengaruhi oleh tulisan Arab sepertiHikayat
Muhamad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah,danHikayat Nabi
Bercukur.Hikayat Amir HamzahdanHikayat Ali Hanafiahtelah memberi
semangat serta kekuatan kepada orang Islam untuk menentang musuh di
medan peperangan.Kerajaan Melayu-Melayutelah menggunakan Bahasa
Melayu dalam sistem pentadbirannya. Kejatuhan Melaka menyebabkan
era kerajaan Melayu berakhir di Tanah Melayu Melaka.
Namun begitu kegemilangan Bahasa Melayu diteruskan oleh kerajaan
Aceh dan seterusnya kerajan Johor-Riau. Kerajaan Johor-Riau
merupakan warisan kerajaan Melayu-Melaka telah berusaha untuk
mengembalikan kegemilangan kerajaan Melaka. Walaupun kerajaan
Melayu-Melaka tewas ditangan Portugis pada tahun 1511, hal ini
tidak bermakna hilangnya pengaruh Bahasa Melayu. Malah, Bahasa
Melayu semakin berkembang ke persisiran Sumatera, khususnya di
Palembang dan Aceh yang menggantikan Melaka sebagai pusat
kebudayaan dan keintelektualan Melayu.Hikayat Muhammad Hanafiah
merupakan antara teks Melayu terawal. Hikayat ini mengisahkan kisah
percintaan dan mengandungi kandungan mengenai aspek emosi, nilai
kebudayaan dan nilai sosio politik. Hikayat ini sudah dikenali
sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-16. Hikayat ini
juga dikenali sebagai 'hikayat perang' kerana hampir keseluruhan
isi hikayat penuh dengan kisah peperangan. Hikayat ini mengisahkan
peristiwa yang berlaku sewaktu Sayidina Ali dipilih menjadi
khalifah dan pemberontakan dilancarkan oleh Muawiyah terhadapnya.
Setelah Ali dibunuh oleh seorang pengikut Khawarij, Muawiyah
dilantik sebagai Khalifah. Sebelum meninggal dunia, Muawiyah
melantik puteranya bernama Yazid sebagai raja. Dalam masa
pemerintahannya, Yazid merancang pembunuhan terhadap dua putera
Ali, iaitu Hasan dan Husin. Sebelum itu, berlaku beberapa peristiwa
yang menyebabkan Yazid iri hati dan berdendam dengan kedua-dua
mereka. Dengan menggunakan tipu helah, dia akhirnya berjaya
membunuh kedua-dua putera Sayidina Ali itu.
Apabila Muhammad Hanafiyyah, saudara Hasan dan Husin yang
menjadi Amir di negeri Baniar mendapat berita kematian saudaranya
dan putera Husin bernama Ali Asghar atau kemudiannya dipanggil Zain
al-Abidin dan ahli keluarga Rasulullah s.a.w ditawan, dia
menyiapkan satu angkatan tentera dan menyerang Yazid. Yazid berjaya
dikalahkan oleh Muhammad Hanafiyyah dan Yazid terbunuh apabila dia
terjatuh ke dalam telaga api. Zain al-Abidin kemudiannya dilantik
sebagai raja. Pada suatu hari, apabila Muhammad Hanafiyah mendapat
tahu terdapat pengikut Yazid sedang berhimpun di dalam sebuah gua,
dia menyerang mereka. Tanpa menghiraukan suara ghaib yang
melarangnya beberapa kali supaya jangan keterlaluan, dia terus
membunuh musuhnya, sehinggalah akhirnya pintu gua tertutup dan dia
terkurung.
Hikayat Amir Hamzah daripadaNaskah A - DBP MSS 4, Dewan bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur. Hikayat Amir Hamzah menceritakan perihal
kegagahan dan keperwiraan seorang pejuang Islam, iaitu Amir Hamzah,
pada zaman sebelum dan awal kebangkitan Islam. Ia ditulis
kemungkinannya dari awal abad ke-16. Menurut pendapat orang-orang
yang ahli dalam lapangan kesusasteraan, Hikayat Amir Hamzah ialah
salinan daripada bahasa Parsi sungguh pun dalam bahasa 'Arab ada
juga hikayat yang demikian. Hikayat Amir Hamzah adalah merupai
sebuah buku yang tebal mengandungi 90 bab; di dalamnya meriwayatkan
kisah keberanian dan kegagahan Sayyidina Hamzah mengepalai tentera
Islam dalam peperangan menentang tentera-tentera kafir. Seperti
yang tersebut di dalam riwayatnya bahawa Amir Hamzah ialah bapa
saudara kapada Nabi Muhammad s.a.w iaitu putera kepada Abdul
Mutalib. Amir Hamzah di-katakan mulai menerima agama Islam sesudah
dua tahun Rasulullah menerima walinya yang pertama dan telah
bersama-sama mengikut Nabi Muhammad berhijrah (berpindah) ke
Madinah. Amir Hamzah adalah terkenal sebagai pahlawan Islam yang
terbilang; keberanian dan jasa-jasanya di medan-medan perang
terutama sekali dalam peperangan Badar amatlah besar ertinya di
sisi sejarah perkembangan agama Islam. Sayyidina Hamzah telah tewas
tatkala melawan orang-orang kafir Makkah yang banyak bilangannya di
kaki bukit Uhud, dekat Madinah. Maka kerana itulah riwayat Amir
Hamzah sentiasa di-kenang oleh umat Islam; dan di dalam hikayatnya
banyak pula diadakan tokok tambah oleh pengarangnya.
Kesimpulannya, kerajaan Kesultanan Melaka telah memainkan
peranan penting dalam mengembangkan Bahasa Melayu melalui
pentadbiran, perkahwinan, ekonomi, perdagangan dan ruang lingkup
kehidupan masyarakat di Melaka dan kawasan jajahannya. Kejatuhan
Melaka tidak bermakna pupusnya Bahasa Melayu di rantau ini kerana
kemunculan Aceh sebagai kuasa yang menggantikan kerajaan Melaka
telah memberikan kesan yang besar terhadap pengembangan Bahasa
Melayu di rantau ini.Kerajaan AcehKejatuhan kerajaan Melayu Melaka
kepada Portugis membawa kebangkitan Aceh di bawah kepimpinan Sultan
Ali Mukayat Syah (1514-1528), Sultan Salehuddin (1528-1537), Sultan
Alauddin Riayat Syahal Kahar (1537-1568), Sultan Ali Riayat Syah
(1568-1573), Sultan Seri Alam (1576), Sultan Muda (1604-1607) dan
Sultan Mahkota Alam (1604-1607). Semua serangan Portugis dapat
ditangkis oleh sultan-sultan Aceh ini. Zaman keemasan kerajaan Aceh
telah menjadikan Bahasa Melayu semakin berkembang luas dan menjadi
bahasa rasmi negara. Aceh menjadi pusat perkembangan ilmu khususnya
perbincangan ilmiah tentang ilmu tasauf dan akidah Islam dan
wadahnya ialah Bahasa Melayu.
Rajah 2.5: Kerajaan Aceh
Rajah 2.5: Kerajaan Aceh
Kerajaan Aceh memberi perlindungan kepada pedagang yang berniaga
di bawah kekuasaan Aceh. Surat raja Aceh (Sultan Alauddin Shah)
kepada Harry Middleton ditulis dalam Bahasa Melayu pada tahun 1601
semasa kapal tersebut berlabuh di pelabuhan Aceh.
Perkataan-perkataan telah ditransliterasikan daripada huruf Jawi
kepada huruf Rumi memperlihatkan sebahagian besar Bahasa Melayu
yang digunakan dalam surat ini dikatakan serupa dengan Bahasa
Melayu sekarang. Terdapat beberapa perkataan yang mengalami
perubahan,
misalnyasarwa=segala;sekalian=seluruh;pertuha=pertua/ketua;takluk=takluk;Inglitir=Inggeris;kapitan=kapten;memeli=membeli;suhbat=sahabat;meli
berjual=berjual-beli dan lain-lain.
Bahasa yang hampir sama juga kelih