SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN BAHASA MELAYU Perkembangan Ejaan dalam Bahasa Melayu Kuno Ismail Hamid (1987) dalam Abdul Aziz Abdul Rahman (2001) memperincikan bahawa bahasa Melayu berkembang dengan kelahiran kerajaan Jambi. Tambahnya, ledakan sistem ejaan ketika perkembangan Bahasa Melayu Kuno memuncak pada abad ke-7 hingga abad ke-11, yakni terdapat pengaruh bahasa Sanskrit. Pengaruh tulisan Pallava dan Nagiri dari India juga kelihatan amat menonjol dalam aspek penyuratan mahupun kata-kata pada prasasti. Ejaan sewaktu sewaktu perkembangan Bahasa Melayu Moden banyak memperlihatkan perubahan dari segi penerimaan kata-kata daripada bahasa Sanskrit untuk idea dan konsep yang baru. Hal ini jelas dilihat daripada batu-batu bersurat yang ditemui ditulis pada zaman ini. Antaranya ialah Batu Bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 Masihi), Batu Bersurat Talang Tuwo, Palembang (684 Masihi), Batu Bersurat Kota Kapur, Bangka (686 Masihi), Batu Bersurat Karang Brahi, Jambi (686 Masihi), Batu Bersurat Gandasuli, Jawa Tengah (832 Masihi), dan Batu Bersurat Bangkahulu, Bangkahulu (1000 Masihi). Ahli-ahli bahasa turut merumuskan bahawa ejaan yang digunakan sewaktu perkembangan Bahasa Melayu Kuno menunjukkan ciri-ciri seperti penggunaan kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit yang melampau, penggunaan geluncuran [w] atau letusan gigi [v] untuk letupan bibir [b], penggunaan vokal depan luas [a] untuk vokal tengah [ə] atau menggugurkan langsung vokal [a], penggunaan awalan mar- bagi awalan ber-, penggunaan awalan ni- untuk awalan ni- untuk awalan di-,dan juga penggunaan konsonan yang dihembuskan. Berikut adalah potongan petikan daripada kandungan batu bersurat Kedukan Bukit yang bertarikh 683 Masihi dengan terjemahannya dalam Bahasa Melayu Moden; Bahasa Melayu Kuno Swasti Shri Shakawarsatita 605 ekadashi Shulapaksa wulan Waishakhla dapunta hiyang naik disamvau mangalap siddhayatra. Di Saptami Shulapaksa wulan Jyetha dapunta hiyang marlapas dari Minanga Tamvan mamawa yang vala dua laksa dangan...dua ratus 1
Bagaimanakan bahasa melayu itu terbentuk? mencari jawapannya melalui kajian ejaan yang terbentuk.. abg aloha
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN BAHASA MELAYU
Perkembangan Ejaan dalam Bahasa Melayu Kuno
Ismail Hamid (1987) dalam Abdul Aziz Abdul Rahman (2001) memperincikan bahawa bahasa Melayu berkembang dengan kelahiran kerajaan Jambi. Tambahnya, ledakan sistem ejaan ketika perkembangan Bahasa Melayu Kuno memuncak pada abad ke-7 hingga abad ke-11, yakni terdapat pengaruh bahasa Sanskrit. Pengaruh tulisan Pallava dan Nagiri dari India juga kelihatan amat menonjol dalam aspek penyuratan mahupun kata-kata pada prasasti.
Ejaan sewaktu sewaktu perkembangan Bahasa Melayu Moden banyak memperlihatkan perubahan dari segi penerimaan kata-kata daripada bahasa Sanskrit untuk idea dan konsep yang baru. Hal ini jelas dilihat daripada batu-batu bersurat yang ditemui ditulis pada zaman ini. Antaranya ialah Batu Bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 Masihi), Batu Bersurat Talang Tuwo, Palembang (684 Masihi), Batu Bersurat Kota Kapur, Bangka (686 Masihi), Batu Bersurat Karang Brahi, Jambi (686 Masihi), Batu Bersurat Gandasuli, Jawa Tengah (832 Masihi), dan Batu Bersurat Bangkahulu, Bangkahulu (1000 Masihi).
Ahli-ahli bahasa turut merumuskan bahawa ejaan yang digunakan sewaktu perkembangan Bahasa Melayu Kuno menunjukkan ciri-ciri seperti penggunaan kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit yang melampau, penggunaan geluncuran [w] atau letusan gigi [v] untuk letupan bibir [b], penggunaan vokal depan luas [a] untuk vokal tengah [ə] atau menggugurkan langsung vokal [a], penggunaan awalan mar- bagi awalan ber-, penggunaan awalan ni- untuk awalan ni- untuk awalan di-,dan juga penggunaan konsonan yang dihembuskan. Berikut adalah potongan petikan daripada kandungan batu bersurat Kedukan Bukit yang bertarikh 683 Masihi dengan terjemahannya dalam Bahasa Melayu Moden;
Bahasa Melayu Kuno
Swasti Shri Shakawarsatita 605 ekadashi Shulapaksa wulan Waishakhla dapunta hiyang naik disamvau mangalap siddhayatra. Di Saptami Shulapaksa wulan Jyetha dapunta hiyang marlapas dari Minanga Tamvan mamawa yang vala dua laksa dangan...dua ratus tshara disambau dangan jalan Sarivu tlu ratus sapuluh dua banyaknya. Datang di Matayap sukhashitta di pants hami shuklapaksa wulan…laghu mudik datang marmuat manua… Shriwijaya.
Bahasa Melayu Moden
Selamat dan bahagia Dalam tahun Shaka 605, pada sebelas haribulan terang dari bulan Waishaka baginda naik kapal mencari untungnya. Pada tujuh haribulan terang bulan jyetsa baginda berangkat dari muara Kampar membawa bala dua laksa dengan…dua ratus orang di kapal dengan yang jalan kaki Seribu tiga ratus dua belas banyaknya. Datang di Matayap dengan sukacita pada lima haribulan terang belayar mudik datang membuat benua (negeri)… Sriwijaya
1
Sejarah kedatangan tulisan bahasa Melayu moden ke kepulauan Melayu
Sebelum kita mengkaji atau meneliti secara terperinci tentang sistem
perkembangan ejaan bahasa melayu, kita seharusnya mencari dari mana datangnya
tulisan bahasa Melayu yang menjadi asas kepada kewujudan ejaan bahasa melayu.
Tulisan ini sebenarnya datang ke kepulauan melayu bersama-sama dengan
kedatangan orang Eropah. Marco Polo adalah seorang pengembara dari itali yang
menetap di Sumatera selama lima bulan dalam tahun antara 1292 hingga 1293. Ketika
beliau belayar untuk balik ke negara asalnya setelah melawat negara China dan diikuti
oleh paderi-paderi franciscan dan pedagang-pedagang Itali yang lain, oleh itu dikatakan
orang Portugislah yang mula-mula bertapak dan berkuasa di kawasan ini
(Tate,1971:42).
Kemunculan kuasa Portugis yang pertama bertapak di Tanah Melayu dapat
dilihat apabila berjaya mengelilingi Cape of Good Hope pada tahun 1487M, yang
dipimpin oleh Bartholomew Diaz. Setelah itu, sepuluh tahun kemudian iaitu pada 1497M,
kapal pelayaran Portugis buat pertama kalinya telah memasuki Lautan Hindi dan sampai
ke kawasan Timur. Dua belas tahun kemudian iaitu pada 1509M, kapal Portugis di
bawah pimpinan Lopez de Sequiera sampai ke pelabuhan Melaka (Tate,ibid,43-48). Dua
puluh tahun kemudian, iaitu pada tahun 1511, kuasa Portugis dengan diketuai oleh
Alfonso d’ Albuquerque sekali lagi mengatasi ilmu pelayaran berbanding dengan
negara-negara Eropah yang lain. Tetapi kali ini kuasa Portugis berjaya menawan dan
menakluki kota Melaka.
Setelah kuasa Portugis berjaya menawan kota Melaka,ini menjadi pemangkin
dan penaik semangat bagi kuasa-kuasa barat yang lain terutamanya Sepanyol. Orang
Sepanyol yang datang ke kepulauan Melayu yang diketuai oleh Megallen berserta lima
buah kapal dari Seville pada tahun 1519M. Menurut Bausani, kedatangan Magellan ini
menjadi titik tolak bermulanya sistem ejaan bahasa Melayu, dimana seorang ahli yang
turut serta dalam pelayarannya iaitu Antonio Pigafetta telah membuat catatan pelayaran.
Dalam catatannya telah memuatkan beberapa kosa kata bahasa seperti suku bangsa di
Brazil ( lapan perkataan ), bahasa ’Petagonian’ (90 perkataan), dan suku bangsa di
kepulauan Filipina (160 perkataan) (Hashim Musa,1997:378).
2
Sejarah perkembangan dan Proses Perubahan sistem Ejaan Bahasa Melayu
moden
Sistem Ejaan Rumi mula diperkenalkan oleh pihak orientalis Inggeris yang
menyusun aturan ejaan Rumi berdasarkan kaedah transliterasi daripada ejaan Jawi
pada pertengahan abad ke-19. Sistem transliterasi huruf Jawi kepada huruf Rumi
menurut kaedah bahasa Inggeris yang diiktiraf sebagai sistem ejaan Rumi bagi
kegunaan rasmi dalam urusan kerajaan Malaya pada masa itu antaranya termasuklah
Ejaan Rumi Negeri-negeri Selat (dilaksanakan pada tahun 1878), Ejaan Rumi Maxwell
(dilaksanakan pada tahun 1882) dan Ejaan Rumi Swettenham (1881).
Ada dua jenis tulisan bagi bahasa Melayu, iaitu (i) Tulisan Jawi, dan (ii) Tulisan
Rumi. Tulisan Jawi berasaskan huruf Arab alif-ba-ta, dan tulisan Rumi berasaskan huruf
Roman a-b-c. Aturan ejaan bagi Tulisan Jawi yang digunakan dalam bahasa Melayu
sekarang ialah Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan yang disahkan penggunaannya
bermula pada tahun 1996. Kita boleh melihat sistem ejaan Jawi tersebut dalam
beberapa dokumen rasmi yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aturan ejaan bagi Tulisan Rumi yang digunakan dalam bahasa Melayu mutakhir pula
ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (selanjutnya disebut SERBBM) yang
dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Sistem ini merupakan aturan ejaan
Rumi bersama bagi bahasa Melayu di Malaysia dan bahasa Indonesia, iaitu sistem yang
berasaskan aturan ejaan yang dirumuskan oleh Jawatankuasa Ejaan (Rumi) Bersama
pada tahun 1967.
Seperti yang dinyatakan diatas tulisan melayu yang menggunakan abjad arab
dikenali sebagai tulisan jawi. Ia berpunca daripada nama umum yang diberi kepada
orang jawa oleh pendagang arab yang singgah.oleh sebab mereka tidak dapat
membezakan antara orang melayu dengan orang jawa, maka mereka menggangap
orang melayu dan orang jawa ini sebagai orang jawi. Justeru itu, tulisan yang jawi
adalah tulisan yang dapat membezakannya dengan tulisan arab. Amat juhari moain
(1991) menyimpulkan bahawa tulisan jawi mengalami 4 tahap perkembangan iaitu:
1. Menggunakan tulisan jawi mengikut ejaan arab sepenuhnya dengan
menggunakan tanda-tanda baris. Namaun pun begitu tulisan ini mengalami
kelemahan seperti tiada tiada lambang untuk vokal /ә/ (e pepet).
3
2. Tulisan jawi yang meninggalkan tanda-tanda baris atau tulisan arab gondol.
Tulisan ini juga mempunyai kelemahannya kerana perkataan homograf
mempunyai ejaan yang sama.
3. Sistem ejaan jawi dipengaruhi oleh melayu dengan mewujudkan huruf-huruf
saksi alif, wau dan ya. Pada permulaanya huruf saksi dibubuh pada suku
pertama perkataan. Sistem ini juga mempunyai kelemahan kerana ketiadaan
huruf saksi pada suku kata kedua manakala bahasa melayu banyak
mengandungi perkataan demikian.
4. Sistem ejaan jawi yang diubah suai daripada tahap ketiga dengan menggunakan
huruf-huruf saksi pada suku kata kedua. Sebahagian pengubahsuaian ini
digunakan dalam Ejaan Za’ba (1938). Sistem ini telah disempurnakan dengan
menggunakan semua huruf arab dengan enam huruf tambahan iaitu nya, pa, ga,
nga,ca dan va pada tahun 1986 dan terpakai hingga kini.
Oleh itu, abjad arab terdiri daripada 29 huruf tanpa Lam-Alif, iaitu enam huruf
kurang untuk mewakili bunyi yang lazim pada bahasa melayu. Justeru itu, eman huruf
dicipta sendiri oleh orang melayu. Menurut Ismail Hamid ( 1987:90) dalam memetik
huraian Prof. Naguib Al-Attas untuk membentuk kelima-lima huruf berkenan seperti
jadual dibawah:
Huruf Jawi tambahan Huruf Arab yang menjadi asas
1) huruf چ Huruf ج dijadikan tiga titik
2) huruf ڠ Huruf ع dijadikan tiga titik
3) huruf ڤ Huruf ف dijadikan tiga titik
4) huruf ڬ Huruf ك dijadikan tiga titik
5) huruf ڽ Huruf ن dijadikan tiga titik
4
Satu huruf yang merupakan tambahan dan baru dicipta untuk sistem ejaan jawi
yang disempurnakan dengan huruf va untuk melambangkan huruf v dalam tulisan rumi.
Kini huruf jawi mengandungi 36 huruf untuk melambangkan fonem dalam bahasa
Melayu.
Manakala perkembangan dalam sistem ejaan rumi adalah sebahagian daripada
perkembangan dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu dan di Kepulauan Timur
Belanda. Keperluan kepada sistem ejaan Rumi menjadi penting pada awal abad ke- 20
kerana ejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sistem bunyi bahasa Melayu yang
sebenar bagi mereka yang tidak dapat memahaminya. Ianya menjadi lebih penting
apabila bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem sekolah
rendah atau sekolah dasar. Oleh itu, penyusunan satu sistem ejaan Rumi yang seragam
dan lebih mudah diperlukan untuk menggantikan tulisan Jawi pada masa itu.
Bagaimanapun, pengkajian tentang sistem bunyi bahasa Melayu sering dikelirukan
dengan pengkajian tentang sistem tulisan dan sistem ejaan. Grafem- grafem atau huruf-
huruf yang berbagai- bagai yang digunakan sebagai lambang bagi bunyi- bunyi dalam
bahasa Melayu, termasuk bunyi- bunyi serapan atau pinjaman daripada bahasa
Sanskrit, Arab dan Parsi yang digunakan dalam tulisan-tulisan oleh orang-orang Inggeris
dalam abad ke-19 membuktikan wujudnya ketidakseragaman dalam ejaan.
Pada tahun 1902, perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu dimulakan
apabila kerajaan Negeri- negeri Melayu Bersekutu mengambil inisiatif menubuhkan
sebuah jawatankuasa ejaan yang diketuai oleh R.J. Wilkinson, Nazir Sekolah-sekolah
pada masa itu. Sistem ejaan yang dikenal sebagai "Ejaan Wilkinson" itu dirumuskan
dengan nama Romanised Malay Spelling dan diterbitkan pada bulan Oktober 1904
dalam bentuk sebuah laporan. Ejaan Wilkinson digunakan di semua sekolah umum.
Pakatan Belajar-Mengajar Bahasa yang ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor
telah memainkan peranan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di sekolah
dan dalam masyarakat. Usaha ini telah diteruskan dengan penubuhan Maktab Guru
Perempuan di Melaka pada tahun 1900. Institusi- institusi inilah yang menjadi pengasas
5
perancangan penggunaan bahasa Melayu baku yang kemudiannya diperkembang oleh
Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) di Tanjung Malim sejak tahun 1922.
Perkembangan dan pemantapan sistem ejaan Rumi berlaku seiring dengan
perkembangan bahasa Melayu dalam pendidikan dalam zaman penjajahan itu.
Beberapa buah buku bahasa dalam tulisan Rumi dan tentang tulisan Rumi yang
memperluas penggunaan sistem Ejaan Sekolah yang berasaskan Ejaan Wilkinson telah
disusun dan diterbitkan oleh beberapa orang tokoh bahasa dan pendidik di SITC. Di
antaranya ialah : (i) Kitab Loghat Melayu susunan R.O. Winstedt dan Ibrahim Dato’
Muda Linggi (1921), (ii) Kitab Pelita Mengarang (Rumi) susunan O.T. Dussek dan Mohd.
Hashim (1923), dan (iii) Kitab Kumpulan Nama Melayu susunan Ibrahim Dato’ Muda
Linggi (1924)( Ahmad Hafiz Wahy et al,2005).
Sistem ejaan Rumi yang terkenal sebelum penggunaan sistem ejaan baru tahun
1972 ialah "Sistem Ejaan Rumi Za’ba" yang juga dihasilkan daripada SITC. Sistem
Ejaan Rumi Za’ba disusun dan diperkemas dan terdapat dalam beberapa buah buku
pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SITC seperti : (i) Ilmu Bahasa
Melayu Penggal 1 (1926), (ii) Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941), dan (iii) Daftar
Ejaan Melayu (Jawi- Rumi) (1949), dengan judul "Petua-petua Ejaan Rumi", yang
dikarang oleh Za’ba.
Selain daripada sistem ejaan Za’ba, dalam zaman pendudukan Jepun tahun
1942- 1945, terdapat penggunaan "Ejaan Fajar Asia". Ianya berbeza sedikit daripada
ejaan Za’ba di Tanah Melayu dan ejaan van Ophuijsen di Indonesia. Angkatan
Sasterawan ’50 yang ditubuhkan sekitar bulan ogos 1950 kemudiannya menjadikan
Ejaan Fajar Asia ini sebagai ejaan rasmi mereka. Tujuan penubuhan angkatan ini
adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang perpaduan kebangsaan dan
menganggap kemerdekaan sebagai jambatan kearah keadilan dan keamanan
masyarakat. Selain daripada itu, terdapat juga "Ejaan Bebas" yang berupa ejaan Rumi
tanpa sistem apa-apa, atau sistem yang menyatukan ciri-ciri ejaan daripada sistem-
sistem yang ada, termasuk daripada sistem ejaan di Indonesia. Ejaan Bebas digunakan
dengan agak meluas dalam urusan bukan rasmi dan dalam beberapa penerbitan
akhbar, majalah dan buku.
Penggunaan pelbagai sistem atau aturan ejaan Rumi di Tanah Melayu dan
Singapura menunjukkan adanya kekurangan dalam sistem ejaan Za’ba dan
6
ketidakpuasan pengguna terhadap sistem itu. Pada tahun 1956, hasil daripada rumusan
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan di Singapura, wujud pula
"Sistem Ejaan Kongres". Perubahan- perubahan seperti ini juga berlaku di Indonesia.
Dengan ini dapat dikatakan bahawa kedua- dua buah negara mengalami perubahan
sistem ejaan dari semasa ke semasa. Perbezaan ejaan yang wujud di Indonesia adalah
menurut sistem ejaan cara Belanda sementara di Tanah Melayu, lebih kepada cara
Inggeris. Perbezaan ejaan yang wujud ini telah mendapat perhatian ahli- ahli bahasa di
kedua-dua buah negara untuk mengkaji dan menyemak semula sistem ejaan yang
digunakan (Ahmad Hafiz Wahy et al,2005). Secara tidak langsung proses penyatuan
dan penyamaan sistem ejaan kedua-dua negara dapat dilakukan.
Beberapa pembaharuan yang agak radikal telah diusahakan oleh ahli- ahli
bahasa berdasarkan rumusan-rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga.
Usaha-usaha ini mendapat perhatian kerajaan dan pada tahun 1957, sebuah
Jawatankuasa Ejaan telah dibentuk untuk menimbangkan ketetapan-ketetapan yang
telah diambil dalam Kongres tersebut berkenaan dengan ejaan Rumi dan penyatuannya
dengan ejaan bahasa Indonesia.
Soal ejaan melangkah ke peringkat antarabangsa apabila satu perjanjian
persahabatan di antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Republik Indonesia tercapai
pada 17 April 1959. Kemudian, satu rundingan telah diadakan di Jakarta di antara
Jawatankuasa Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh (Allahyarham)
Syed Nasir bin Ismail dengan Panitia Pelaksanaan Kerjasama Bahasa Melayu-Bahasa
Indonesia yang dipimpin oleh Dr. Slametmuljana ( Ahmad Hafiz Wahy et al,2005). Hasil
daripada pertemuan ini, wujudlah pula "Ejaan Malindo". Akibat pergolakan politik,
perkembangan selanjutnya tidak berlaku sehinggalah pada tahun 1966 apabila
rundingan kali kedua telah diadakan untuk mengkaji dan memperbaiki Ejaan Malindo.
Pada 23 Mei 1972, satu Kenyataan Bersama telah ditandatangani oleh Menteri
Pelajaran Malaysia pada masa itu, (Allahyarham) Tun Hussein Onn dan Menteri
Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, Bapak Mahsuri. Kenyataan Bersama
tersebut mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas yang telah dipersetujui
oleh para ahli daripada kedua-dua negara tentang Ejaan Baru dan Ejaan Yang
Disempurnakan. Puncak daripada segala kegiatan penyempurnaan sistem ejaan Rumi
ialah perumusan dan pelaksanaan bersama Sistem Ejaan Baru bagi bahasa Melayu dan
7
bahasa Indonesia pada 16 Ogos 1972. Ejaan baru bersama ini dirujuk sebagai Ejaan
Rumi Bersama (ERB) yang diguna hingga kini.
BEBERAPA SISTEM EJAAN SECARA TERPERINCI
SISTEM EJAAN LATIN PIGAFFETA
Sepertimana yang diketahui, Pigafetta atau nama sebenarnya adalah Antonio
Pigafetta iaitu seorang ahli pelayaran dibawah pimpinan Magellan. Beliau telah
mencatatkan sebanyak 426 perkataan dalam bahasa Melayu dan beberapa perkataan
tempatan yang lain. Walaubagaimanapun senarai perkataan yang dikutip oleh Pigefetta
tidaklah secara langsung daripada Maluku tetapi dari seorang Melayu Sumatera yang
digelar Hendrick, iaitu seorang hamba magellan yang telah ikut serta dalam
pelayarannya. Sistem ejaan yang diperkenalkan oleh beliau ini sebenarnya adalah
berdasarkan oleh sistem ejaan Itali daripada dialek Vicentina. Pigeffeta telah
menamakan senarai perkataan bahasa Melayu ini sebagai kosa kata yang digunakan
oleh oleh Moorish atau Muslim. Senarai kosa kata ini dipetik daripada
Bausani(1960:233-240). Contohnya seperti jadual disebelah:
Senarai pigefetta Bahasa inggeris ( terjemahan
daripada bahasa itali dalam
senarai asal)
Ejaan bahasa melayu
sekarang
1. Allah God Allah
2. horan pandita Wise man Orang pendeta
3. bapa Father Bapa
4. mama, ambui Mother Mama,ibu
5. saudala Brother Saudara
6. horan Man Orang
7. cuda Horse Kuda
8
8. gulla Honey(?) Gula
9. roza Deer Rusa
Senarai diatas sebenarnya berbeza sama sekali dengan apa yang disiarkan dan
dikaji oleh pengkaji-pengkaji terdahulu seperti H. Schuchardt (1890), Le Roux (1929), J.
Gonda (1938) dan Kern (1938). Kerana menurut Bausani (1960:230)’’.........nobody
among the above-named scholars took the pain of controlling the text of Pigafetta’s
Malay list on the original manuscript of the ambrosiana library. They followed the
editions of Robertson, Da Mosta, Denuce and others, who as we saw often misread the
original’’.
Bunyi
Abjad bahasa Melayu
moden
Abjad/ejaan
pigafetta
Ejaan bahasa Melayu
moden
/a/ A Alla Allah
/e/ E Hezoch Kecil
/i/ I gigi,itich gigi,itik
Menurut ejaan ini lagi perkataan Melayu mengandungi abjad-abjad yang boleh
dipadankan dengan abjad bahasa Melayu moden melalui grafem-grafem dan nilai
bunyinya. Ini dapat dilihat melalui jadual di bawah:
Terdapat 4 catatan awal Pigafetta yang mengandungi senarai kosa kata Melayu.
4 naskhah catatan awal itu masing-masing ialah satu naskhah Itali dan tiga naskhah
Perancis yang diterjemahkan dalam bahasa Itali. Menurut Bausani abjad vokal <e>
pepet yang terdapat dalam bahasa Melayu atau bahasa Indonesia moden
kebanyakannya dieja dengan menggunakan abjad senarai Pigafetta kecuali dalam
9
beberapa patah perkataan contohnya gumbili (kembiri) yang dieja dengan abjad <u>.
Manakala menurut beliau lagi bunyi plosif /k/ dan /t/ pada hujung perkataan tidak
digunakan, misalnya tungu ( tunjuk ), dan tumi (tumit ). Selain daripada itu penggunaan
bunyi fonem /l/ dengan fonem /r/ adalah pengaruh daripada bahasa tagalog atau bahasa
tempatan yang lain, misalnya dala (darah), alli (hari), dan kauir (kail) (Hashim
Musa,1997:394).
Bausani juga mengagumi akan ketepatan ejaan Pigafetta dan bersetuju dengan
pendapat Le Roux (1929) yang menyatakan bahawa Pigefetta telah mempelajari bahasa
Melayu dengan Hendrick, iaitu merupakan hamba kepada Magellan yang turut serta
dalam pelayarannya dan mengikut Bausani juga berkemungkinan Pigefetta telah
menyemak perkataan bahasa Melayu dengan Hendrick.
EJAAN RUMI CRAWFORD
John Crawford telah membuat percubaan untuk merumikan tulisan jawi pada
tahun 1848. Menurut Crawford (1852:32) dalam bukunya A Grammar and Dictionary of
Malay Language with Preliminary Dissertation, Vol.1: Dissertation and Grammar
bahawa, skrip Arab sebenarnya tidak dapat melambangkan huruf bahasa Melayu
dengan sempurna . Judul ini terdiri daripada empat buku iaitu buku pertama, iaitu jilid 1
pula terdiri daripada dua buku, dan jilid 2 juga terdiri daripada dua buku. Jilid 1 buku
pertama mengungkapkan sejarah bahasa Melayu. Diperlihatkan juga perbandingan
perkataan bahasa Melayu dengan bahasa Jawa. Beliau juga mengatakan bahawa, skrip
rumi dapat melambangkan dengan mudah bunyi-bunyi asli bahasa Melayu. Dalam
proses merumikan ejaan bahasa Melayu, John Crawford telah mengambil abjad Jawa
sebagai panduannya. Hal ini kerana beliau berpendapat bahawa bunyi yang dihasilkan
menyamai bunyi bahasa Melayu huruf demi huruf.
Ejaan Crawford Ejaan Melayu Moden
b – bangkit bangkit
ch - puchuk pucuk
w - luwar luar
n _ balana, buni balanya, bunyi
Selain itu, terdapat perbezaan pada ejaan diftong ‘ai’ yang menggunakan huruf ‘e’.
10
Ejaan Crawford Ejaan Melayu Moden
Pake pakai
Pande pandai
Crawford telah merumikan abjad-abjad yang melambangkan konsonan Arab yang
dipinjam oleh bahasa Melayu.
Huruf Jawi Huruf Rumi Crawford
ق f
h ح
ś ش
s س
ذ
z
mmm
EJAAN RUMI HOUTMAN
Awang Mohammad Amin (1983) telah memperjelas sejarah Ejaan Rumi
Houtman secara terperinci. Menurutnya, Ejaan Rumi Houtman merupakan salah satu
skrip Rumi dalam perkataan Melayu yang dihasilkan dalam abad ke-16 yakni diilhamkan
oleh seorang pelayar Belanda bernama Cornelis de Houtman sewaktu beliau sampai ke
Kepulauan Melayu pada tahun 1596. Beliau dikatakan telah melakukan penyenaraian
terperinci mengenai perkataan Melayu semasa menjadi tahanan di Penjara Bantam,
setelah ditangkap oleh Sultan Bantam III, Pengeran Muhammad. Beliau diarah supaya
dipenjarakan kerana dikatakan berkonflik dengan Baginda atas soal salah faham dan
kekasaran orang-orang Belanda. Namun, Houtman telah ditebus oleh pihak Belanda
dan dibawa kembali ke Belanda pada tahun 1598. A.W. Hamilton telah membuat ulasan
dan menyiarkan senarai kutipan perkataan yang dilakukan oleh C.Houtman. Senarai
C.Houtman tersebut yang dinamakan oleh A.W. Hamilton (1947) sebagai “ The first
Dutch-Malay Vocabulary” dinyatakan seperti berikut:
SENARAI HOUTMAN MAKSUD DALAM BAHASA
INGGERIS
EJAAN MELAYU
MODEN
Bewangdarner To let blood Buang darah
Terymacache Thank you Terima kasih
Botonuum Found Bertemu
Balmary Yesterday Kelmarin
Tyngal Remain with God Tinggal
Engat Remember Ingat
Backy Leg Kaki
Benue To Kill Bunuh
Tsuyka Vinegar Cuka
Chynta Sad (?) Cinta
Kytab Book Kitab
Esteedat Custom Istiadat
Aly The heart Hati
Bygimana How are youm Bagaimana
12
Capelle Head Kepala
Tauwn Year Tahun
Lambhyber Lip Bibir
Tambagle Copper Tembaga
Dyngijn Cold Dingin
Toulong To help Tolong
Monda Young Muda
Kiunal Small Kecil
Buda Child Budak
Negry Land Negeri
Tyma Lead Timah
Sistem Ejaan Rumi menerusi senarai C. Houtman bagi bahasa Melayu pada
hakikatnya tidak memperlihatkan kestabilan jika dibandingkan dengan yang ada dalam
senarai Pigafetta. Banyak bunyi bahasa Melayu telah dilambangkan oleh lebih daripada
satu bentuk abjad atau grafem yang berbeza yang berbeza-beza. Bahkan sepuluh jenis
bunyi yang telah dilambangkan oleh tiga grafem yang berbeza-beza atau lebih.
Antaranya termasuklah dua bunyi yang mempunyai lima lambang abjad iaitu bagi bunyi
e pepet, abjad yang digunakan ialah a, e, I, o, y dan bunyi /ĉ/ abjad atau grafem yang
digunakan ch, ts, tc, s, sy. Dua bunyi yang lain dilambangkan oleh enam abjad atau
grafem. Bunyi tersebut ialah bunyi /ĵ/ dilambangkan oleh abjad atau grafem I, tg, y, s, g, i
dan bunyi /k/ dilambangkan oleh abjad atau grafem b, ǿ, c, k, q, I. Hanya tiga bunyi
sahaja yang mempunyai padanan abjad yang sama, iaitu bagi bunyi e talling
dilambangkan oleh abjad e (perak = peca), bunyi /d/ dilambangkan oleh abjad d (darah
= darna), dan bunyi /I/ dilambangkan oleh abjad I (telur = teloot)
Ada tiga bunyi yang mempunyai padanan abjad yang berlainan sama sekali iaitu
bunyi /f/ padanannya ialah abjad f = v (Feringgi = vrangy), bunyi /d/ padanan grafem
ialah dh = dd (kadhi = cadda), dan bunyi /w/ padanan abjadnya ialah w = v (nyawa =
iagava). Bunyi diftong bahasa Melayu pula dilambangkan oleh satu abjad sahaja iaitu
diftong /a/ dilambangkan oleh abjad vokal o (pondara = saudara) dan diftong /a/
dilambangkan oleh abjad vokal I (bygimanan = bagaimana). Satu bunyi, iaitu bunyi
13
geseran glottis /h/ yang lemah sifat artikulasinya dan mungkin tidak kedengaran oleh
Houtman ketika mendengar sebutan kata-kata Melayu itu, tidak dilambangkan oleh
sebarang abjad pada mana-mana posisi pun contohnya (taǿuwn = tahun), benuǿ =
bunuh, ariju = hati.
EJAAN RUMI THOMAS BOWREY
Ejaan Rumi Thomas Bowrey diperkenalkan oleh Thomas Bowrey (1710) dan
hasilnya dijilidkan menerusi Kamus pertama Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu yang
diterbitkan di London. Berikut disusunkan senarai beberapa perkataan dan ungkapan
Melayu dalam tulisan Rumi yang dicatat oleh Bowrey dalam kamusnya.
SENARAI BOWREY BAHASA INGGERIS EJAAN SEKARANG
Kitta poonea My Kita punya
Tuan poonea Thy, yours Tuan punya
Dea poonea His Dia punya
Camee poonea Ours Kami punya
Camoo poonea Yours Kamu punya
Deaoran poonea Theirs Dia orang punya
Pecataawan - Perkataan
Janjeawn - Janjian
Jamooawn - Jamuan
Kookoorawn - Kukuran
Kirrimawn - Kiriman
Perboorooawn - Perburuan
Kajadeawn - Kejadian
Todohan Accusation Tuduhan
Jamat Advice Jamat (?), jimat (?)
Gocho Slap Gocoh
Penoojoo Please Penuju (?), setuju (?)
Chabang rampak Main branch Cabang rampak
14
Warna salang Changeable colour Warna selang
Karoot Rumple Kerut
Toolah Punishment Tulah
Singah To call at Singgah
Googoor Fall of hair Gugur
Dukun Native doctor Dukun
Selain senarai dan ungkapan, Bowrey turut menurunkan ayat-ayat perbualan
sehari-hari dan juga dialog-dialog mengenai pelbagai tajuk. Antaranya termasuklah
dialog antara dua sahabat, dialog dengan raja, dialog dengan shahbandar, dialog
dengan penyukat rempah, dialog antara pedagang dengan rakan sekongsinya, dialog
tentang pelbagai pelayaran, dialog tentang pelayaran dan sebagainya. Sebahagian
potongan daripada teks tersebut diperturunkan seperti berikut menerusi olahan R.Mee
(1929):
TOOTOORAWN EANG CA SO POOLOO
TOOTOORAWN ANTARA ORAN MALAYO ORAN NEGREE LAEN.
De negree mana tuan. Kita oran Melayu, catawee de Darat besarr eang adda ka