Top Banner
SIRI KOLEKSI PERTANYAAN DAN JAWAPAN PARLIMEN DEWAN RAKYAT 20 08 KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Aras 3, Blok E3, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62505 Putrajaya Tel. : 03-8883 5384 Faks : 03-8889 3471 www.mohe.gov.my 2 9 Siri Koleksi Pertanyaan Dan Jawapan Parlimen DEWAN NEGARA 2009 KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DEWAN NEGARA 2009 KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Siri Koleksi Pertanyaan Dan Jawapan Parlimen Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Aras 3, Blok E3, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62505 Putrajaya Tel. : 03-8883 5384 Faks : 03-8889 3471 www.mohe.gov.my
166

rujukan

Oct 30, 2014

Download

Documents

Pa Mie

sjh 1105
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: rujukan

SIR

I KO

LEK

SI P

ER

TAN

YAA

N

DA

N JA

WA

PA

N P

AR

LIMEN

DEW

AN

RA

KYAT

20

08

KEM

EN

TER

IAN

PEN

GA

JIAN

TING

GI

Kementerian Pengajian Tinggi MalaysiaBahagian Perancangan dan Penyelidikan

Aras 3, Blok E3, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62505 PutrajayaTel. : 03-8883 5384Faks : 03-8889 3471

www.mohe.gov.my 2 9Siri Koleksi Pertanyaan Dan Jawapan Parlimen

DEWAN NEGARA 2009KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

DEW

AN

NEGARA 2

009

KEM

EN

TERIA

N P

EN

GAJIA

N TIN

GG

ISiri K

olek

si P

erta

nya

an

Dan J

awapan P

arlim

en

Bahagian Perancangan Dan PenyelidikanKEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Kementerian Pengajian Tinggi MalaysiaBahagian Perancangan dan PenyelidikanAras 3, Blok E3, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62505 PutrajayaTel. : 03-8883 5384Faks : 03-8889 3471

w w w . m o h e . g o v . m y

Page 2: rujukan

KEMENTERI

ANPE

NGAJ

IAN TINGGI MINISTRY OF HIGHEREDUCATION

MALAYSIA

2 9Siri Koleksi Pertanyaan Dan Jawapan Parlimen

DEWAN NEGARA 2009KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Bahagian Perancangan Dan PenyelidikanKEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Page 3: rujukan

2 9Siri Koleksi Pertanyaan Dan Jawapan Parlimen

DEWAN NEGARA 2009KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Page 4: rujukan

Siri Koleksi Pertanyaan Dan Jawapan Parlimen

DEWAN NEGARA 2009KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Aras 3, Blok E3, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62505 Putrajaya

C Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Cetakan Pertama 2010

Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan

semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, atau dipindah dalam

mana-mana cara, baik dengan cara elektronik, mekanikal, pengambaran semula,

perakaman ataupun sebaliknya, tanpa izin bertulis daripada Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-penerbitan

Kementerian Pengajian Tinggi

Siri Koleksi Pertanyaan Dan Jawapan Parlimen Dewan Negara 2009

ISBN 978-983-3663-35-4

Page 5: rujukan

Siri Koleksi Pertanyaan Dan Jawapan Parlimen

DEWAN NEGARA 2009KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

iii

ISI KANDUNGAN

Kata Alu-Aluan Menteri Pengajian Tinggi ivPrakata Ketua Setiausaha KPT vKategori Isu-Isu Kementerian Pengajian Tinggi vii

MESYUARAT PERTAMA DEWAN NEGARA 1(30 Mac hingga 8 April 2009)

Aturan Urusan Mesyuarat 3Pertanyaan Lisan 10Pertanyaan Bukan Lisan 45

MESYUARAT KEDUA DEWAN NEGARA 53(6 hingga 14 Julai 2009)

Aturan Urusan Mesyuarat 55Pertanyaan Lisan 62Pertanyaan Bukan Lisan 101

MESYUARAT KETIGA DEWAN NEGARA 109(9 hingga 22 Disember 2009)

Aturan Urusan Mesyuarat 111Pertanyaan Lisan 117Pertanyaan Bukan Lisan 147

Page 6: rujukan

Siri Koleksi Pertanyaan Dan Jawapan Parlimen

DEWAN NEGARA 2009KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

iv

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Penerbitan buku Siri Koleksi Pertanyaan Dan Jawapan Parlimen untuk sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara Tahun 2009 yang merupakan siri yang ketiga ini adalah satu usaha yang perlu dimanfaatkan oleh semua. Ianya bukan sahaja boleh dijadikan rujukan sahih tentang pelbagai isu yang dibangkitkan oleh masyarakat malahan pegawai Kementerian Pengajian Tinggi dan agensi juga boleh meneliti pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan dan mengambil langkah-langkah proaktif yang sewajarnya dalam menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan.

Dalam masa yang sama, pihak-pihak berkepentingan pula boleh menyebarkan maklumat kepada semua lapisan masyarakat berdasarkan jawapan-jawapan yang dikemukakan yang mana ianya perlu bagi memastikan dan meyakinkan masyarakat bahawa suara mereka sentiasa didengar dan diutamakan selari dengan slogan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan buku ini.

Wassalam.

DATO’ SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN

Kata Alu-AluanMenteri Pengajian Tinggi

Page 7: rujukan

Siri Koleksi Pertanyaan Dan Jawapan Parlimen

DEWAN NEGARA 2009KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

v

PrakataKetua Setiausaha Kementerian

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan izinNya sekali lagi buku Siri Koleksi Pertanyaan dan Jawapan Parlimen bagi Tahun 2009 berjaya diterbitkan.

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan sentiasa berusaha memastikan sistem penyampaian KPT ditambah baik dari semasa kesemasa terutama dalam menyebarluas maklumat kepada semua pihak berkepentingan. Jawapan Parlimen di dalam buku ini adalah merupakan kenyataan rasmi KPT yang telahpun dikemukakan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara sepanjang tempoh persidangan Parlimen Tahun 2009. Buku ini boleh dijadikan panduan dan rujukan oleh semua pihak terutama berkaitan dasar dan data pengajian tinggi negara.

Diharapkan dengan adanya buku ini, penyebaran maklumat akan lebih meluas, seterusnya jawapan kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh rakyat berkaitan sesuatu perkara akan dapat diperolehi dengan mudah.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan dalam penerbitan buku ini.

Wassalam.

DATUK DR. ZULKEFLI BIN A.HASSAN

Page 8: rujukan
Page 9: rujukan

Siri Koleksi Pertanyaan Dan Jawapan Parlimen

DEWAN NEGARA 2009KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

vii

KATEGORI ISU-ISU KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL. ISUJUMLAH

PERTANYAANMUKA SURAT

1. Gelaran dan Ijazah Palsu 1 120

2. Penubuhan IPT Baru 1 14

3. Plagiarism 1 137

4. Program APEX 1 72

5. R&D&C 1 144

6. Bahasa Pengantar 2 41, 117

7.Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara

2 24, 28

8. Pembangunan 2 25, 64

9. Penarafan dan Prestasi IPT 2 18, 152

10. Tenaga Akademik IPT 2 36, 96

11. AUKU dan Kebebasan Akademik 3 42, 47, 48

12. Data Pengajian Tinggi 4 82, 95, 147, 154

13. Kebolehpasaran Graduan 512, 83, 128, 133, 140

14. Politeknik dan Kolej Komuniti 511, 15, 23, 76, 118

Page 10: rujukan

Siri Koleksi Pertanyaan Dan Jawapan Parlimen

DEWAN NEGARA 2009KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

viii

BIL. ISUJUMLAH

PERTANYAANMUKA SURAT

15. Hal Ehwal Pelajar 639, 50, 80, 103, 123, 139

16. Akademik 810, 17, 65, 79, 93, 99, 127, 132

17. Kemasukan ke IPT 1026, 32, 74, 85, 86, 97, 98, 108, 119, 135

18. IPTS 1216, 19, 27, 30, 31, 34, 38, 40, 69, 125, 130, 150

19. PTPTN & Pembiayaan Pengajian 15

20, 21, 44, 62, 63, 71, 78, 90, 92, 94, 104, 105, 106, 122, 138

20. Lain-lain 3 67, 141, 143

Page 11: rujukan

MESYUARAT PERTAMA

JAWAPAN BAGI PERTANYAAN LISAN30/3/2009 – 8/4/2009

Siri Koleksi Pertanyaan Dan Jawapan Parlimen

DEWAN NEGARA 2009KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Page 12: rujukan
Page 13: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

3

ATURAN URUSAN MESYUARATDEWAN NEGARA YANG KEDUA BELAS

PENGGAL KEDUA MESYUARAT PERTAMA30 MAC HINGGA 8 APRIL 2009

BILTARIKH & NO. PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN(28 PERTANYAAN )

MINGGU PERTAMA ( 8 PERTANYAAN )

30 MAC 2009 [ ISNIN ] - TIADA PERTANYAAN KPT

31 MAC 2009 [ SELASA ] ( 3 )

1. 31 MAC 2009 NO. 4

Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh manakah keberkesanan kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di IPTA dan IPTS berjaya mendedahkan para siswa universiti membentuk sikap hidup yang terbuka untuk menghargai kepelbagaian budaya, agama dan masyarakat di Malaysia.

2. 31 MAC 2009 NO. 12

Tuan Rawisandran a/l Narayanan minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah usaha-usaha yang sedang dan bakal diambil oleh Kementerian untuk menarik perhatian ramai lagi pelajar bukan Bumiputera supaya menyertai kursus-kursus yang dikendalikan oleh kolej swasta, contohnya Kolej Komuniti.

3. 31 MAC 2009 NO. 90

Dato’ Haji Kamarudin bin Haji Ambok minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan pada masa ini Kerajaan menggalakkan graduan-graduan tempatan bekerja sendiri (self-employed). Bagaimanakah Kerajaan mewujudkan pasaran dalam bidang atau sektor berkeutamaan dan berdaya maju agar penyertaan golongan ini tidak mendatangkan masalah untuk memperoleh pendapatan yang stabil untuk mereka dan tidak menghadapi risiko kebankrapan apabila memilih untuk bekerja sendiri.

1 APRIL 2009 [ RABU ] ( 1 )

4. 1 APRIL 2009 NO. 53

Datuk Haji Roslan bin Awang Chik minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan tentang kenyataan bahawa tidak ada lagi universiti yang akan dibina dan sehingga bilakah penguatkuasaan ini.

Page 14: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

4

BILTARIKH & NO. PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN(28 PERTANYAAN )

2 APRIL 2009 [ KHAMIS ] ( 4 )

5. 2 APRIL 2009 NO. 15

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan enrolmen pelajar di kolej komuniti pada 2008 dan sejauh manakah sambutan terhadap kursus jangka pendek yang ditawarkan oleh kolej komuniti kepada orang ramai yang berhasrat untuk memberi nilai tambah kepada diri masing-masing.

6. 2 APRIL 2009 NO. 30

Prof. Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) yang mempunyai bilangan pelajar kurang dari 50 orang. Apakah langkah-langkah yang sedang dan akan diambil oleh pihak Kementerian bagi memantapkan IPTS ini dari segi peningkatan bilangan pelajar. Mengapakah program konsolidasi (merger) di kalangan IPTS kecil ini tidak dapat dilaksanakan.

7. 2 APRIL 2009 NO. 55

Tuan Rawisandran a/l Narayanan minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan benarkah Ijazah Undang-undang yang ditawarkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak diiktiraf untuk praktis sebagai peguamcara/peguambela mahkamah di negara ini.

8. 2 APRIL 2009 NO. 77

Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sebab prestasi universiti tempatan belum mencapai tahap yang diingini walaupun bilangan calon yang memperoleh prestasi yang amat cemerlang dalam SPM dan STPM begitu ramai setiap tahun.

MINGGU KEDUA ( 20 PERTANYAAN )

6 APRIL 2009 [ ISNIN ] ( 7 )

9. 6 APRIL 2009 NO. 3

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh manakah institusi pengajian tinggi swasta di negara ini bersedia dari segi kualiti untuk layak disenaraikan antara 500 universiti terbaik di seluruh dunia dalam THE QS World University Ranking.

Page 15: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

5

BILTARIKH & NO. PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN(28 PERTANYAAN )

10. 6 APRIL 2009 NO. 15

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kerajaan tidak bercadang menukar status pinjaman PTPTN kepada pemberian biasiswa bagi graduan cemerlang terutama yang mendapat Anugerah Dekan/Naib Canselor dan sebagainya.

11. 6 APRIL 2009 NO. 19

Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan:-

adakah Kerajaan bercadang untuk menaikkan had pinjaman (a) kepada anak-anak kakitangan Kerajaan di bawah skim PTPTN agar mengurangkan beban kakitangan Kerajaan dari segi tanggungan kos pendidikan tinggi; dan

adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan biasiswa (b) dan pinjaman pendidikan yang khas untuk anak-anak kakitangan Kerajaan, terutama sekali guru-guru sudah bersara.

12. 6 APRIL 2009 NO. 35

Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah polisi dan ketetapan yang diguna-pakai untuk melantik Lembaga Penasihat Kolej Komuniti, serta apakah piawai yang sama dilaksanakan di kawasan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

13. 6 APRIL 2009 NO. 47

Prof. Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan setakat ini, berapa peratuskah dari kohot 17-23 tahun yang mendapat pendidikan tinggi dan bagaimanakah pecahannya bagi IPTA dan IPTS. Adakah trend ini menjerumus kepada sasaran yang ditetapkan dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.

14. 6 APRIL 2009 NO. 58

Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan status kemajuan Kampus Induk, Universiti Malaysia Kelantan dan berapakah kos sewaan bangunan sementara yang digunakan sejak penubuhannya sehingga Mac 2009 dan kenapakah ianya tidak mempunyai fakulti agama Islam sedangkan Kelantan dijadikan hub pembangunan insan dalam koridor ECER.

Page 16: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

6

BILTARIKH & NO. PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN(28 PERTANYAAN )

15. 6 APRIL 2009 NO. 80

Dato’ Gooi Hoe Hin minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan kriteria-kriteria pemilihan pelajar-pelajar untuk mengikuti kursus perubatan di UiTM.

7 APRIL 2009 [ SELASA ] ( 5 )

16. 7 APRIL 2009 NO. 18

Dato’ Wong Siong Hwee minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilakah Malaysia Japan University atau (MAJU) akan mula mengambil pelajar dan apakah kursus-kursus yang akan ditawarkan serta adakah ianya dibuka kepada pelajar tempatan bagi semua kaum dan juga antarabangsa.

17. 7 APRIL 2009 NO. 20

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-

(a) sejauh manakah fokus Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara untuk memastikan enrolmen pelajar antarabangsa di IPT sekurang-kurangnya seramai 80,000 orang menjelang tahun 2010 akan tercapai; dan

(b) sejauh manakah keberkesanan Pusat Promosi Pendidikan Malaysia (Malaysian Education Promotion Center – MEPC) di luar negara mempromosi dan memasarkan pendidikan tinggi Malaysia.

18. 7 APRIL 2009 NO. 22

Dato’ Yip Kum Fook minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengapa begitu sukar untuk mendapatkan kelulusan pendaftaran bagi institut pengajian tinggi swasta (IPTS) bukan bertaraf universiti sedangkan institut tersebut telah berjaya memenangi pingat cemerlang di persada antarabangsa.

19. 7 APRIL 2009 NO. 32

Prof. Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak Kementerian bagi IPTS yang hendak menubuhkan kampus cawangan di luar negara. Apakah peranan MQA dalam memastikan program akademik yang ditawarkan di kampus cawangan ini menepati dengan piawaian dan amalan peringkat antarabangsa.

Page 17: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

7

BILTARIKH & NO. PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN(28 PERTANYAAN )

20. 7 APRIL 2009 NO. 73

Dato’ Daljit Singh Dalliwal minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan memandangkan negara kita mempunyai peralatan rawatan perubatan canggih yang kini didapati tidak dimanfaatkan ke tahap maksimum atas sebab kekurangan pakar seperti mana di Hospital Serdang dan Hospital Sungai Buluh:-

(a) nyatakan jumlah permohonan mengikut kaum yang diterima bagi pengajian Ijazah Sarjana Kedoktoran setiap tahun dan jumlah yang ditawarkan kursus tersebut; dan

(b) apakah kriteria yang diguna pakai oleh Kementerian bagi menilai sesuatu permohonan itu layak ditawarkan atau tidak layak ditawarkan atau calon simpanan, jika ada.

8 APRIL 2009 [ RABU ] ( 8 )

21. 8 APRIL 2009 NO. 34

Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah strategi yang telah dan akan diambil oleh Kementerian bagi memperbaiki kelemahan dalam aspek pengurusan, kewangan,penguatkuasaan dan inspektorat institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bagi menjadikan Malaysia sebagai negara pilihan pelajar asing.

22. 8 APRIL 2009 NO. 41

Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan:-

(a) kelemahan-kelemahan pihak pengurusan tertinggi UKM hingga menyebabkan ramai (satu pertiga) pensyarah UKM meletakkan jawatan bagi tempoh 2004-2008; dan

(b) rasional anak-anak orang kaya mendapat faedah yang sama seperti anak-anak orang miskin dengan mengenakan caj perkhidmatan yang sama (1%) ke atas pinjaman tabung PTPTN.

23. 8 APRIL 2009 NO. 45

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilakah Kementerian akan melaksanakan sistem penarafan terhadap institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam usaha memperkasakan lagi pusat pengajian tinggi negara.

Page 18: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

8

BILTARIKH & NO. PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN(28 PERTANYAAN )

24. 8 APRIL 2009 NO. 59

Dato’ Ir. Hiang A Li minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah langkah yang diambil untuk memperketatkan lagi tahap keselamatan dalam kampus universiti dalam negara kita terutamanya di kampus Universiti Malaya.

25. 8 APRIL 2009 NO. 61

Tuan Haji Shamsudin bin Mehat minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan usahawan Bumiputera yang menerajui IPTS-IPTS pada masa ini dan sejauh manakah kejayaan program-program berkembar IPTS-IPTS Bumiputera dengan Universiti Teknologi MARA dalam usaha Kerajaan menambahkan komuniti pelajar UiTM kepada 200,000 pelajar menjelang tahun 2010.

26. 8 APRIL 2009 NO. 69

Dato’ Wong Siong Hwee minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kementerian akan membenarkan lebih banyak kursus dijalankan dalam bahasa asing seperti Inggeris dan Cina sebagai tarikan kepada pelajar antarabangsa datang ke negara ini untuk belajar di IPT-IPT.

27. 8 APRIL 2009 NO. 73

Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan baru-baru ini, seorang mahasiswa UUM telah pun didakwa atas tindakannya mengadu kenaikan tambang bas dalam universiti melalui internet. Adakah tindakan beliau melanggar peraturan AUKU.

28. 8 APRIL 2009 NO. 79

Dato’ Wong Siong Hwee minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapa bilangan pelajar mengikut kaum yang telah diluluskan di bawah Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI).

Page 19: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

9

BILNO.

PERTANYAANPERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN

(3 PERTANYAAN)

1. NO.29 Puan Heng Seai Kie minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menyemak semula AUKU berdasarkan maklum balas, komen dan cadangan masyarakat umum termasuklah mahasiswa-mahasiswa sendiri supaya ia lebih kemas kini dan memenuhi aspirasi rakyat.

2. NO.46 Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan status kes tiga mahasiswa UUM yang didakwa di bawah AUKU hanya disebabkan mereka mengadakan petisyen berhubung kenaikan tambang bas di universiti berkenaan daripada RM0.40 kepada RM0.55, sedangkan perjuangan mereka berkaitan kebajikan tanpa campur tangan pihak luar kampus.

3. NO.58 Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan:-

(a) langkah-langkah di luar kotak untuk mengatasi kegagalan sekarang dalam menarik minat dan sokongan pelajar IPT di dalam dan luar negeri supaya mereka yakin kebenaran dan kebaikan Kerajaan dan seterusnya memberikan sokongan padu kepada Kerajaan; dan

(b) langkah-langkah berunsurkan Blue Ocean Strategy dalam membentuk pelajar IPT supaya memiliki ciri-ciri 4K yang mantap iaitu kepimpinan, kreativiti, ketahanan dan keusahawanan.

Page 20: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

10

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : TUAN HAJI AHAMAT@AHAMAD BIN YUSOPTARIKH : 31 MAC 2009 (SELASA)SOALAN : NO.4

Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh manakah keberkesanan kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di IPTA dan IPTS berjaya mendedahkan para siswa universiti membentuk sikap hidup yang terbuka untuk menghargai kepelbagaian budaya, agama dan masyarakat di Malaysia.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, satu kajian telah dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) berkaitan keberkesanan kursus umum universiti berdasarkan persepsi pelajar IPTA dan IPTS. Kajian tersebut menggunakan kaedah soal selidik daripada 1,620 pelajar tahun akhir yang berbilang etnik dan gender dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Kajian ini mendapati kursus-kursus umum seperti TITAS, Hubungan Etnik dan Kenegaraan Malaysia yang diperkenalkan di institusi pengajian tinggi (IPT) telah memberikan kesan yang positif kepada pelajar. Aspek-aspek yang menjadi objektif utama kursus-kursus ini seperti pembentukan sikap, penghayatan nilai murni seperti hormat-menghormati, memupuk kesedaran sejarah dan kenegaraan serta sikap positif telah memperlihatkan kesan yang memberansangkan. Sebagai contoh, kajian ini mendapati hampir 70% responden menyatakan kursus ini dapat meningkatkan nilai-nilai murni dan sikap hormat-menghormati dan 74% responden menyatakan dapat memupuk dan membentuk sikap positif dalam diri.

Justeru, kursus Tamaduan Islam dan Tamudun Asia (TITAS) yang merupakan antara kursus umum dan wajib diambil oleh semua pelajar universiti didapati boleh memberi pendedahan kepada pembentukan kemahiran sikap dan pengetahuan para pelajar.

Page 21: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

11

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : TUAN RAWISANDRAN A/L NARAYANANTARIKH : 31 MAC 2009 (SELASA)SOALAN : NO.12

Tuan Rawisandran a/l Narayanan minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah usaha-usaha yang sedang dan bakal diambil oleh Kementerian untuk menarik perhatian ramai lagi pelajar bukan Bumiputera supaya menyertai kursus yang dikendalikan oleh kolej swasta, contohnya kolej komuniti.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kolej komuniti bukan sebuah kolej swasta. Kolej komuniti merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan awam di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang memberi peluang pendidikan dan latihan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

Kementerian sememangnya mengalu-alukan penyertaan masyarakat bukan Bumiputera ke kolej komuniti. Statistik menunjukkan bilangan pelajar bukan Bumiputera telah meningkat dari setahun ke setahun. Pada tahun 2008, seramai 1,189 pelajar bukan Bumiputera telah mengikuti pengajian di kolej komuniti berbanding 1,000 orang pada tahun 2007 dan 800 orang pada tahun 2006.

Pelbagai usaha telah diambil bagi menarik minat pelajar bukan Bumiputera untuk mengikuti pengajian di kolej komuniti, antaranya termasuklah:-

i. menyiarkan iklan permohonan kemasukan ke kolej komuniti di akhbar-akhbar bukan berbahasa Melayu iaitu akhbar Sin Chew Jit Poh, Tamil Nesan dan News Straits Times;

ii. mengadakan aktiviti promosi secara berkala seperti Karnival Pengajian Tinggi Negara (Jom Masuk U) yang diadakan mengikut negeri/zon;

iii. mengadakan promosi berkala di sekolah-sekolah dan kem-kem latihan khidmat negara; dan

iv. menyertai ekspo-ekspo pendidikan yang dianjurkan oleh pihak swasta bagi memberi maklumat dan pendedahan kepada masyarakat.

Page 22: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

12

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : DATO’ HAJI KAMARUDDIN BIN HAJI AMBOKTARIKH : 31 MAC 2009 (SELASA)SOALAN : NO.90

Dato’ Haji Kamaruddin bin Haji Ambok minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan pada masa ini Kerajaan menggalakkan graduan-graduan tempatan bekerja sendiri (self-employed). Bagaimanakah Kerajaan mewujudkan pasaran dalam bidang atau sektor berkeutamaan dan berdaya maju agar penyertaan golongan ini tidak mendatangkan masalah untuk memperoleh pendapatan yang stabil untuk mereka dan tidak menghadapi risiko kebankrapan apabila memilih untuk bekerja sendiri.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian sentiasa berusaha bagi melahirkan graduan yang berkualiti dan memiliki kompetensi yang sesuai sama ada bagi memenuhi kehendak pasaran kerja atau bekerja sendiri. Kementerian juga menyedari peluang pekerjaan pada masa ini semakin kompetitif terutama dalam suasana ekonomi yang tidak menentu dan juga berlaku pertambahan bilangan graduan setiap tahun. Justeru, Kementerian telah mengambil langkah menggalakkan graduan supaya menceburkan diri dalam perniagaan dan menjadi usahawan (self-employed) yang berjaya agar tidak hanya bergantung kerja dengan Kerajaan dan swasta. Bagi mempastikan mereka berjaya secara berterusan, Kementerian telah melaksanakan kajian keusahawanan disamping melaksanakan langkah-langkah diantaranya seperti berikut:-

i. memastikan Modul Asas Pembudayaan Keusahawanan diajar di IPTA bagi semua program akademik;

ii. melaksanakan Program SME-University Internship iaitu kerjasama Kementer ian Pengaj ian Tinggi (KPT) dengan SMIDEC yang bertujuan menerapkan nilai keusahawanan di kalangan pelajar universiti.

Page 23: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

13

iii. mengadakan kerjasama di antara KPT dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) dalam pembangunan usahawan dan koperasi di kalangan pelajar dan kakitangan institusi pengajian tinggi (IPT); dan

iv. melaksanakan Program Tunas Mekar iaitu perkongsian pintar antara graduan dan usahawan Small and Medium Enterprise (SME).

Page 24: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

14

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : DATUK HAJI ROSLAN BIN AWANG CHIKTARIKH : 1 APRIL 2009 (RABU)SOALAN : NO.53

Datuk Haji Roslan bin Awang Chik minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan tentang kenyataan bahawa tidak ada lagi universiti yang akan dibina dan sehingga bilakah penguatkuasaan ini.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penubuhan sesebuah institusi pengajian tinggi awam dirancang dan dilaksanakan setelah mengambil kira pelbagai aspek seperti keperluan guna tenaga negara, keperluan strategik pembangunan negara, keperluan pasaran, nilai tambah, sustainability, dan kebolehannya untuk berkembang dan mempunyai daya maju.

Pada masa kini, bilangan universiti awam adalah sebanyak 20 buah dan mencukupi untuk menampung bilangan kemasukan pelajar yang layak. Usaha-usaha sedang dilakukan untuk memantapkan kampus sedia ada dari segi peogram pengajaran dan pembelajaran, R&D, kemudahan dan perkhidmatan berdasarkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Oleh yang demikian, Kementerian belum bercadang untuk menambah penubuhan IPTA yang baru. Kementerian juga tidak meletakkan tempoh tertentu untuk mempertimbangkan penubuhan universiti awam baru kerana ia bergantung kepada keperluan semasa.

Walau bagaimanapun, Kerajaan tidak mempunyai halangan terhadap penubuhan IPTS. IPTS yang ditubuhkan hendaklah memberi tumpuan kepada program-program kritikal seperti perubatan, farmasi dan kejuruteraan. Kerajaan juga menggalakkan pembukaan IPTS cawangan antarabangsa di negara ini.

Page 25: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

15

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : DATUK HAJAH AZIZAH BINTI ABD. SAMADTARIKH : 2 APRIL 2009 (KHAMIS)SOALAN : NO.15

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan enrolmen pelajar di kolej komuniti pada 2008 dan sejauh manakah sambutan terhadap kursus jangka pendek yang ditawarkan di kolej komuniti kepada orang ramai yang berhasrat untuk memberi nilai tambah kepada diri masing-masing.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, enrolmen pelajar di 37 buah kolej komuniti seluruh Malaysia secara sepenuh masa pada tahun 2008 ialah seramai 16,157 orang bagi peringkat sijil dan 797 orang bagi peringkat diploma.

Sambutan terhadap kursus jangka pendek telah meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dilaksanakan dalam bentuk kursus jangka pendek di 11 buah kolej dengan bilangan penyertaan seramai 1,771 orang. Manakala pada tahun 2008, sebanyak 4,321 kursus telah dijalankan dengan bilangan peserta seramai 106,814 orang.

Jumlah keseluruhan kursus pendek bermula Januari 2002 sehingga 31 Disember 2008 ialah 13,121 kursus dan jumlah peserta yang terlibat adalah seramai 361,349 orang. Ini jelas menunjukkan program yang dijalankan di kolej komuniti telah mendapat sambutan komuniti setempat yang ingin mendapatkan pendidikan dan latihan kemahiran serta latihan-latihan yang bersifat value added.

Page 26: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

16

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : PROF. DATUK DR. ISMAIL BIN MD.SALLEHTARIKH : 2 APRIL 2009 (KHAMIS)SOALAN : NO.30

Prof. Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) yang mempunyai bilangan pelajar kurang dari 50 orang. Apakah langkah-langkah yang sedang dan akan diambil oleh pihak Kementerian bagi memantapkan IPTS ini dari segi peningkatan bilangan pelajar. Mengapakah program konsolidasi (merger) di kalangan IPTS kecil ini tidak dapat dilaksanakan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian sememangnya memberi keutamaan terhadap usaha mempertingkatkan daya saing institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam memastikan kelestarian IPTS negara. Sehingga 31 Jun 2008, terdapat sebanyak 108 buah IPTS yang mempunyai jumlah pelajar kurang daripada 50 orang. Penggabungan IPTS adalah merupakan salah satu langkah yang boleh diambil bagi membantu mereka. Namun pelaksanaan segera tidak dapat dilaksanakan kerana kajian terperinci perlu diadakan terlebih dahulu untuk meneliti viability pelaksanaan dan penyediaan program sokongan untuk melicin dan mempercepatkan pelaksanaan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian termasuklah:-

i. mendapatkan pandangan dan persetujuan IPTS untuk bergabung;

ii. menyediakan insentif yang sesuai untuk penggabungan;

iii. merancang pelan perpindahan pelajar antara IPTS;

iv. menetapkan jumlah IPTS yang sesuai untuk diwujudkan melalui penggabungan; dan

v. mekanisme pelaksanaan pindaan Akta IPTS yang baru diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Page 27: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

17

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : TUAN RAWISANDRAN A/L NARAYANTARIKH : 2 APRIL 2008 (KHAMIS)SOALAN : NO.55

Tuan Rawisandran a/l Narayanan minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan benarkah Ijazah Undang-Undang yang ditawarkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak diiktiraf untuk praktis sebagai peguam cara / peguam bela mahkamah di negara ini.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, program Ijazah Undang-Undang (LLB Hons) yang ditawarkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mendapat perakuan akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bermula pada 26 Oktober 2007 hingga 25 Oktober 2012.

Bagi mempastikan pemegang ijazah undang-undang UUM mempraktis sebagai peguam bela dan peguam cara, maka Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia kini masih dalam proses penilaian ke atas pengiktirafan profesional tersebut dan akan memaklumkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi dengan secepat mungkin.

Page 28: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

18

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : TUAN KHOO SOO SEANGTARIKH : 2 APRIL 2009 (KHAMIS)SOALAN : NO.77

Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sebab prestasi universiti tempatan belum mencapai tahap yang diingini walaupun bilangan calon yang memperoleh prestasi yang amat cemerlang dalam SPM dan STPM begitu ramai setiap tahun.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, prestasi universiti tempatan pada keseluruhannya adalah begitu menggalakkan apabila ada di antara IPTA yang telah bertaraf universiti berprogram APEX, disamping terdapat universiti tempatan yang telah berjaya melaksanakan aktivit R&D. Dalam pada itu, terdapat juga universiti-universiti tempatan yang sedang berusaha untuk memantapkan prestasi terutamanya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

Dalam memantapkan lagi universiti tempatan, antara tindakan yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian berdasarkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) meliputi perkara berikut:-

i. menambah bilangan penyelidik untuk mencapai masa kritikal kepada nisbah 100 penyelidik, saintis dan jurutera (RSE) bagi setiap 10,000 tenaga pekerja;

ii. mempergiat aktiviti penyelidikan dan inovasi dan membangunkan sistem pengurusan harta intelek di IPT bagi menyokong sistem inovasi kebangsaan;

iii. meningkatkan kecekapan tadbir urus aktiviti penyelidikan;

iv. memastikan IPT terus berusaha menambah dana penyelidikan dari dalam dan luar negara; dan

v. meningkatkan infrastruktur, kemudahan dan peralatan R&D&C di IPT.

Page 29: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

19

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : PUAN HAJAH SHARIFAH AZIZAH BINTI DATO’ SYED ZAINTARIKH : 6 APRIL 2009SOALAN : NO.3

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh manakah Institusi pengajian tinggi swasta di negara ini bersedia dari segi kualiti untuk layak disenaraikan antara 500 universiti terbaik di seluruh dunia dalam THE QS World University Ranking.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian sememangnya berhasrat agar IPTS di negara ini turut tersenarai di dalam ranking dunia termasuk THE QS World University Ranking. Perkara ini tidak mustahil untuk direalisasikan kerana pada masa ini beberapa langkah telah dijalankan untuk meningkatkan kualiti dan standard dalam pengajian tinggi awam dan swasta, antaranya termasuklah:-

i. menambah baik kurikulum supaya sentiasa relevan dan memastikan pelaksanaannya ke arah pencapaian hasil pembelajaran yang ditetapkan;

ii. mengadakan Sistem Jaminan Kualiti yang dilaksanakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang merangkumi penilaian program pengajian menggunakan Code of Practice for Programme Accreditation (COPPA) dan audit institusi yang menggunakan Code of Practice for Institutional Audit (COPIA); dan

iii. melaksanakan Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA) juga merupakan usaha Kementerian untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi dan membentuk satu persaingan yang sihat di antara IPT. Ia merupakan mekanisme yang digunakan untuk mengukur kualiti, kebertanggungjawaban serta penunjuk prestasi institusi pengajian tinggi.

Page 30: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

20

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : TUAN HAJI MUHAMAD YUSOF BIN HUSINTARIKH : 6 APRIL 2009 (ISNIN)SOALAN : NO.15

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kerajaan tidak bercadang menukar status pinjaman PTPTN kepada pemberian biasiswa bagi graduan cemerlang terutama yang mendapat anugerah dekan/naib canselor dan sebagainya

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini Kerajaan tidak bercadang menukar status pembiayaan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pemberian biasiswa bagi graduan cemerlang disebabkan kedudukan kewangan yang terhad.

PTPTN sebelum ini telah pun melaksanakan dasar pembiayaan pendidikan boleh ubah atau pengecualian bayaran balik kepada para pelajar ijazah sarjana muda yang memperoleh kelas pertama. Walau bagaimanapun, berikutan kedudukan kewangan PTPTN yang terhad, dasar pengecualian bayaran balik pembiayaan pendidikan telah dimansuhkan mulai permohonan pinjaman bagi pelajar sesi kemasukan Julai 2005.

Page 31: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

21

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : TUAN KHOO SOO SEANGTARIKH : 6 APRIL 2009 (ISNIN)SOALAN : NO.19

Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan:-

(a) adakah Kerajaan bercadang untuk menaikkan had pinjaman kepada anak-anak kakitangan Kerajaan di bawah skim PTPTN agar mengurangkan beban kakitangan Kerajaan dari segi tanggungan kos pendidikan tinggi; dan

(b) adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan biasiswa dan pinjaman pendidikan yang khas untuk anak-anak kakitangan Kerajaan, terutama sekali guru-guru sudah bersara.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini Kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan had pinjaman kepada anak-anak kakitangan Kerajaan di bawah pembiayaan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana jumlah pinjaman yang disediakan adalah mencukupi untuk menampung kos yuran yang dikenakan oleh IPT dan memastikan pelajar tidak dibebankan dengan hutang yang besar setelah tamat pengajian nanti. Berdasarkan keadaan semasa, sekiranya jumlah pendapatan ibu-bapa pelajar di bawah RM3000.00 sebulan, mereka layak menikmati jumlah pembiayaan penuh yang meliputi kos yuran dan sara hidup.

Di samping itu, PTPTN juga memberikan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) berjumlah RM1,500 kepada pelajar/peminjam yang layak sekiranya ditawarkan untuk mengikuti pengajian di IPTA bagi peringkat diploma dan

Page 32: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

22

ijazah sarjana muda. Tujuan pemberian WPP ini, ialah bagi membolehkan pelajar membuat persediaan awal untuk memasuki IPTA dan sekali gus meringankan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa mereka.

(b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini, Kerajaan belum bercadang untuk mewujudkan biasiswa atau pinjaman pendidikan yang khusus untuk anak-anak kakitangan Kerajaan yang telah bersara termasuk pesara guru. Bagi mengurangkan beban ibu bapa termasuk kakitangan kerajaan dari segi tanggungan kos pendidikan, Kerajaan telah memperkenalkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang merupakan suatu instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN kepada ibu bapa bagi membantu menyelesaikan masalah dan kesulitan kewangan apabila anak mereka melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Page 33: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

23

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : IR. HAJI ZAMRI BIN HAJI YUSUFTARIKH : 6 APRIL 2009 (ISNIN)SOALAN : NO.35

Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah polisi dan ketetapan yang diguna-pakai untuk melantik Lembaga Penasihat Kolej Komuniti, serta apakah piawai yang sama dilaksanakan di kawasan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Menteri Pengajian Tinggi akan diberi kuasa untuk melantik Ahli Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti dari kalangan pemimpin masyarakat yang dikenali dan disegani oleh masyarakat setempat di samping berkemampuan melaksanakan tanggungjawab yang ditetapkan. Mereka memainkan peranan yang besar dalam menjayakan dan memperkasakan kolej komuniti. Jawatankuasa ini dianggotai oleh para pemimpin masyarakat dari pelbagai kaum. Kebiasaannya, jawatankuasa ini akan bermesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk berbincang, memberi pandangan dan cadangan penambahbaikan terhadap program-program yang dilaksanakan di kolej komuniti.

Sehingga kini, garis panduan yang diguna pakai untuk melantik Ahli Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti di seluruh negara adalah konsisten dan tidak berbeza sama ada bagi kolej komuniti yang berada di kawasan Parlimen yang dikuasai Ahli Parlimen Barisan Nasional atau Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Page 34: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

24

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : PROF. DATUK DR. ISMAIL BIN MD. SALLEHTARIKH : 6 APRIL 2009 (ISNIN)SOALAN : NO.47

Prof. Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan setakat ini, berapa peratuskah dari kohot 17-23 tahun yang mendapat pendidikan tinggi dan bagaimanakah pecahannya bagi IPTA dan IPTS. Adakah trend ini menjerumus kepada sasaran yang ditetapkan dalam Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, akses dan ekuiti dalam pengajian tinggi merupakan kesinambungan daripada peringkat sekolah. Pencapaian pelajar di sekolah akan menentukan peluang mereka untuk menyertai institusi pengajian tinggi melalui keupayaan akademik dan penglibatan kokurikulum masing-masing.

Menjelang tahun 2020, dianggarkan 50 peratus kohort 17-23 tahun menyertai pendidikan tertiari dan 33 peratus daripada tenaga kerja mempunyai kelayakan tertiari terutamanya yang berkaitan dengan bidang sains dan teknologi. Pada masa ini, populasi penduduk Malaysia dalam Kohort umur 17-23 tahun ialah sebanyak 3.5 juta orang. Dari jumlah tersebut 37 % iaitu 1.3 juta orang telah mendapat pendidikan tinggi. Dari jumlah tersebut, jumlah pelajar yang menuntut di IPTA adalah sebanyak 31% bersamaan dengan 403,009 orang pada 2008.

Manakala sebanyak 30.8% bersamaan dengan 399,852 orang menuntut di IPTS dan selebihnya iaitu 38.2% pelajar menuntut di luar negara, politeknik, kolej komuniti dan institut pengajian/latihan di agensi-agensi lain. Dengan trend peningkatan bilangan pengambilan pelajar dari tahun ke tahun, Kementerian yakin bahawa sasaran yang ditetapkan melalui PSPTN akan mencapai kejayaan dalam tempoh masa yang ditentukan.

Page 35: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

25

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : PUAN MUMTAZ BINTI MD. NAWITARIKH : 6 APRIL 2009 (ISNIN)SOALAN : NO.58

Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan status kemajuan Kampus Induk, Universiti Malaysia Kelantan dan berapakah kos sewaan bangunan sementara yang digunakan sejak penubuhannya sehingga Mac 2009 dan kenapakah ianya tidak mempunyai fakulti agama Islam sedangkan Kelantan dijadikan hub pembangunan insan dalam koridor ECER.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perancangan pembinaan kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok dan Jeli dilaksanakan secara berfasa. Kini fasa 1 bagi kampus Bachok dan Jeli sedang berjalan mengikut jadual. Pelaksanaan pembinaan kampus UMK di Bachok dibahagikan kepada tiga (3) kompenan iaitu kerja pagar telah 99 peratus siap, kerja infrustruktur telah siap sebanyak 53 peratus dan pakej kerja bangunan dijangka akan bermula pada April 2009.

Manakala bagi pembinaan kampus UMK di Jeli pula, kerja-kerja pagar telah dimulakan pada Februari 2008 dan siap pada Julai 2008. Kerja-kerja Infrastruktur dan bangunan dijangka akan bermula pada bulan Mei 2009 dan siap pada September 2010.

Sementara itu, kos sewaan bangunan bagi kampus sementara UMK bermula dari Januari 2007 sehingga Mac 2009 ialah sebanyak RM4.8 juta.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, skop atau niche area Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ialah Keusahawanan dan dalam bidang Sains Gunaan, Sastera Ikhtisas serta Kemanusiaan. Subjek Keusahawanan yang diajar adalah merentasi setiap program pengajian di UMK. Memandangkan UMK mempunyai niche area dalam bidang keusahawanan jadi KPT tidak bercadang untuk mengadakan Fakulti Islam.

Page 36: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

26

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : DATO’ GOOI HOE HINTARIKH : 6 APRIL 2009 (ISNIN)SOALAN : NO.80

Dato’ Gooi Hoe Hin minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan kriteria-kriteria pemilihan pelajar-pelajar untuk mengikuti kursus perubatan di UiTM.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kriteria pemilihan pelajar untuk mengikuti kursus perubatan di UiTM adalah berasaskan kepada dasar Meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum. Di samping itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat am dan syarat khas program seperti yang telah ditetapkan oleh IPTA.

Syarat Khas Program Perubatan di UiTM ialah:-

i. pemohon mestilah mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50;

ii. mendapat sekurang-kurangnya Gred A- (NGMP 3.67) pada peringkat STPM dalam tiga (3) mata pelajaran iaitu Biologi, Kimia dan Fizik/Matematik T/Matematik Lanjutan T;

iii. mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi;

iv. mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam MUET; dan

v. pemohon mestilah Bumiputera.

Page 37: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

27

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : DATO’ WONG SIONG HWEETARIKH : 7 APRIL 2009 (SELASA)SOALAN : NO.18

Dato’ Wong Siong Hwee minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilakah Malaysia-Japan University atau (MAJU) akan mula mengambil pelajar dan apakah kursus-kursus yang akan ditawarkan serta adakah ianya dibuka kepada pelajar tempatan bagi semua kaum dan juga antarabangsa.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada 12 Disember 2008, Kerajaan telah bersetuju supaya Universiti Teknikal Antarabangsa Malaysia Japan (MAJU) beroperasi sebagai sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang ditadbir oleh sebuah syarikat milik penuh MARA iaitu Malaysia-Japan University of Technology Sdn. Bhd. berdasarkan kepada Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555). Pihak Malaysia-Japan International University of Technology Sdn Bhd telah mengemukakan permohonan penubuhan MAJU kepada Kementerian Pengajian Tinggi pada 16 Januari 2009. Namun begitu, pendaftaran MAJU belum dapat dilaksanakan berikutan beberapa syarat pendaftaran yang masih belum dipenuhi dan setelah didaftarkan MAJU dijangka boleh mula mengambil pelajar pada Julai 2009.

Pada peringkat awal MAJU akan melaksanakan program kejuruteraan mekanikal, elektrikal, elektronik, kimia, bio-proses, teknologi maklumat dan pengurusan teknologi di peringkat ijazah sarjana muda kejuruteraan. MAJU adalah terbuka kepada semua pelajar tempatan dan antarabangsa.

Page 38: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

28

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : PUAN HAJAH SHARIFAH AZIZAH BINTI DATO’ SYED ZAIN TARIKH : 7 APRIL 2009 (SELASA)SOALAN : NO.20

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan:-

(a) sejauh manakah fokus Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara untuk memastikan enrolmen pelajar antarabangsa di IPT sekurang-kurangnya seramai 80,000 orang menjelang tahun 2010 akan tercapai; dan

(b) sejauh manakah keberkesanan Pejabat Promosi Pendidikan Malaysia (Malaysia Education Promotion Centre – (MEPC) di luar negara mempromosi dan memasarkan pendidikan tinggi Malaysia.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Teras Kelima Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu “Mempergiat Pengantarabangsaan” telah menggariskan usaha memastikan enrolmen pelajar antarabangsa di IPT mencapai sasaran 80 ribu orang pada tahun 2010. Sehingga Disember 2008, bilangan pelajar antarabangsa yang melanjutkan pengajian di IPT negara ini ialah seramai 70,259 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 20,343 menuntut di IPTA dan 49,916 di IPTS.

Bagi memastikan sasaran enrolmen 80 ribu pelajar antarabangsa dicapai, pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan, antaranya:-

i. mempergiat usaha perekrutan secara berterusan;

ii. mengadakan pameran pendidikan single country (dengan izin) dan antarabangsa;

Page 39: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

29

iii. memperkukuh dan mempelbagai strategi perekrutan dengan melaksanakan program Edu-Tourism (dengan izin);

iv. membina sistem permohonan e-apply (dengan izin) secara atas talian;

v. memperkukuh dan mempertingkat program kerjasama dan jaringan pendidikan dengan institusi pendidikan luar negara melalui program mobiliti pelajar/staf; dan

vi. melaksanakan program pengiktirafan di negara-negara sasaran;

(b) Berasaskan laporan impak yang dijalankan oleh Kementerian, didapati Pejabat-Pejabat Promosi Pendidikan (MEPC) di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu, Jakarta, Indonesia; Ho Chi Minh City, Vietnam dan Beijing, Republik Rakyat China dapat melaksanakan pelbagai program secara berkesan dalam usaha untuk menarik pelajar antarabangsa melanjutkan pengajian ke Malaysia.

Page 40: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

30

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : DATO YIP KUM FOOK TARIKH : 7 APRIL 2009 (SELASA)SOALAN : NO.22

Dato’ Yip Kum Fook minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengapa begitu sukar untuk mendapatkan kelulusan pendaftaran bagi institut pengajian tinggi swasta (IPTS) bukan bertaraf universiti sedangkan institut tersebut telah berjaya memenangi pingat cemerlang di persada antarabangsa.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat dua peringkat permohonan dalam proses penubuhan sesuatu IPTS iaitu permohonan untuk kelulusan penubuhan IPTS, dan permohonan untuk mendaftarkan IPTS yang telah diluluskan penubuhan.

Sesebuah IPTS yang telah diberi kelulusan, hendaklah didaftarkan terlebih dahulu sebelum dibenarkan beroperasi. Pendaftaran ini adalah tertakluk kepada kesesuaian premis dari segi kesihatan dan keselamatan dengan diperakui oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Kementerian perlu berhati-hati dalam mempertimbangkan sebarang permohonan penubuhan sesebuah IPTS untuk memastikan IPTS yang diluluskan adalah benar-benar layak dan berwibawa bagi menyediakan program pengajian dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar.

Page 41: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

31

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : PROF. DATUK DR. ISMAIL MD SALLEHTARIKH : 7 APRIL 2009 (SELASA)SOALAN : NO.32

PROF. DATUK DR. ISMAIL BIN MD SALLEH minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak Kementerian bagi IPTS yang hendak menubuhkan kampus cawangan di luar negara. Apakah peranan MQA dalam memastikan program akademik yang ditawarkan di kampus cawangan ini menepati dengan piawaian dan amalan peringkat antarabangsa.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) negara ini yang hendak menubuhkan kampus cawangan di luar negara hendaklah mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh negara yang berkenaan. Memandangkan IPTS berkenaan ditubuhkan dengan membawa imej Malaysia di luar negara, maka kualiti pendidikan dan program pengajian yang ditawarkan seharusnya selaras dengan amalan terbaik antarabangsa dan mestilah menepati standard dan kriteria jaminan kualiti yang telah digariskan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Sehubungan itu, perancangan sedang dibuat bagi membolehkan MQA melaksanakan pemantauan kualiti terhadap program pengajian yang ditawarkan oleh kampus cawangan tersebut dari semasa ke semasa sejajar dengan proses, dasar dan kod amalan jaminan kualiti pengajian tinggi yang dilaksanakan di dalam negara.

Kementerian optimis dengan adanya pemantauan kualiti, bimbingan dan sokongan yang berterusan terhadap kampus-kampus cawangan di luar negara, ia mampu mempertingkat prestasi IPT berkenaan dan seterusnya mengukuhkan lagi imej Malaysia di mata dunia.

Page 42: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

32

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : DATO’ DALJIT SINGH DALLIWALTARIKH : 7 APRIL 2009 (SELASA)SOALAN : NO.73

Dato’ Daljit Singh Dalliwal minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan memandangkan negara kita mempunyai peralatan rawatan perubatan canggih yang kini didapati tidak dimanfaatkan ke tahap maksimum atas sebab kekurangan pakar seperti mana di Hospital Serdang dan Hospital Sungai Buluh:-

(a) nyatakan jumlah permohonan mengikut kaum yang diterima bagi pengajian Ijazah Sarjana Kedoktoran setiap tahun dan jumlah yang ditawarkan kursus tersebut; dan

(b) apakah kriteria yang diguna pakai oleh Kementerian bagi menilai sesuatu permohonan itu layak ditawarkan atau tidak layak ditawarkan atau calon simpanan, jika ada.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah permohonan yang diterima bagi program pengajian Ijazah Sarjana Kedoktoran bagi sesi akademik 2008/2009 ialah sebanyak 1074 permohonan yang terdiri daripada 706 (65.7%) pemohon Bumiputera, Cina 188 (17.5%) dan India 180 (16.8%). Manakala bilangan tempat yang ditawarkan pula sebanyak 600 tempat. Daripada jumlah tersebut jumlah calon Bumiputera yang ditawarkan tempat ialah sebanyak 396 (66.0%), Cina 121 (20.0%) dan India 83 (14.0%).

(b) Syarat am, syarat khas serta kriteria yang diguna pakai oleh Kementerian Pengajian Tinggi dalam menawarkan program pengajian ialah seperti berikut:

i. memiliki MBBS atau MBChB atau MD atau yang setaraf dengannya dari universiti-universiti yang diiktiraf;

Page 43: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

33

ii. telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia;

iii. mempunyai pengalaman klinikal sekurang-kurangnya satu (1) tahun selepas pendaftaran penuh; dan

iv. bagi pemohon di kalangan Pegawai-pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

• telah disahkan dalam jawatan pada tarikh atau sebelum tarikhtutup permohonan;

• telah berkhidmat di dalamperkhidmatanKerajaandi negara initidak kurang daripada tiga (3) tahun (termasuk latihan siswazah), manakala bagi pegawai perubatan yang telah menjalani latihan siswazah di institusi yang diiktiraf di luar negara hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya dua (2) tahun selepas pendaftaran penuh/tetap dengan Majlis Perubatan Malaysia pada atau sebelum tarikh tutup permohonan;

• berumur t idak melebih i 40 tahun pada 1 Jun tahunpermohonan;

• tidakgagalkursusataumenarikdiridariKursusProgramPengajianSarjana Perubatan;

• tidak pernah menolak tawaran Program pengajian SarjanaPerubatan dalam tempoh 2 tahun terdahulu;

• mempunyaimarkah LaporanNilaian Prestasi Tahunan bagi tigatahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85%;

• bebas daripada tindakan Tatatertib; dan

• menghadiri satu ujian penilaian kemasukan/temu duga yangditetapkan oleh IPTA.

Page 44: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

34

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : TUAN AHMAD BIN HUSSIN TARIKH : 8 APRIL 2009 (RABU)SOALAN : NO.34

Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah strategi yang telah dan akan diambil oleh Kementerian bagi memperbaiki kelemahan dalam aspek pengurusan, kewangan,penguatkuasaan dan inspektorat institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bagi menjadikan Malaysia sebagai negara pilihan pelajar asing.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian sememangnya sedar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) juga turut memainkan peranan penting dalam memartabatkan sektor pendidikan tinggi untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pilihan pelajar antarabangsa.

Pelajar antarabangsa merupakan jumlah yang signifikan daripada jumlah enrolmen pelajar di IPTS seperti Universiti Multimedia (MMU), Kolej Universiti INTI, Kolej Universiti Sunway dan Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing. Institusi-institusi tersebut telah berjaya mempromosikan dan memasarkan nama masing-masing sebagai jenama yang terkenal di peringkat antarabangsa. Bagi mempromosikan pendidikan transnasional di negara ini, beberapa IPTS telah menubuhkan cawangan masing-masing di luar negara seperti di China, Asia Barat dan Afrika.

Pelbagai langkah dan strategi telah dan akan dilaksanakan oleh Kementerian untuk meningkatkan daya saing dan kualiti IPTS sedia ada, antaranya seperti berikut:-

i. menyediakan insentif tambahan, potongan cukai dua kali bagi perbelanjaan latihan dalam bidang tertentu dan pengecualian cukai pegangan bagi bidang tersebut di samping empat belas insentif sedia ada;

Page 45: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

35

ii. melaksanakan program-program bagi membantu tadbir urus IPTS seperti melaksanakan perjumpaan di antara Jabatan Pengajian Tinggi dan ketua-ketua eksekutif IPTS bagi mendapatkan maklum balas dan cadangan bagi tujuan penambahbaikan sektor pendidikan swasta;

iii. menggalakkan IPTS mempergiatkan aktiviti pengantarabangsaan. Melalui kaedah ini IPTS yang berkemampuan digalakkan untuk membuat pelaburan di negara lain;

iv. menggalakkan penggabungan IPTS yang kurang berdaya maju agar dapat bersaing dengan IPTS lain; dan

v. IPTS juga digalakkan untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi yang menawarkan pendidikan berkualiti pada kos yang berpatutan. Melalui kaedah ini IPTS dapat menarik lebih ramai pelajar antarabangsa dan pada masa yang sama kurang bergantung pada pengambilan pelajar dalam negara.

Page 46: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

36

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : DATUK AKBAR BIN ALITARIKH : 8 APRIL 2009 (RABU)SOALAN : NO.41

Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan:-

(a) kelemahan-kelemahan pihak pengurusan tertinggi UKM hingga menyebabkan ramai (satu pertiga) pensyarah UKM meletakkan jawatan bagi tempoh 2004-2008; dan

(b) rasional anak-anak orang kaya mendapat faedah yang sama seperti anak-anak orang miskin dengan mengenakan caj perkhidmatan yang sama (1%) ke atas pinjaman tabung PTPTN

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peratus peletakan jawatan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengikut tahun bagi tempoh 2004 hingga 2008 amatlah rendah iaitu kurang daripada 1.5% setahun. Jumlah kakitangan yang meletakkan jawatan adalah termasuk kakitangan tetap, kakitangan sementara dan kakitangan kontrak. Jumlah kakitangan yang berhenti bagi tempoh 2004 hingga 2008 ialah seramai 151 orang. Peletakan jawatan pensyarah UKM bukan disebabkan oleh kelemahan pihak pengurusan tertinggi UKM tetapi kerana mereka mendapat tawaran jawatan yang lebih baik dari universiti baru dan universiti swasta terutamanya bagi bidang perubatan.

(b) Berdasarkan kaedah semasa, had jumlah pembiayaan adalah mengikut pendapatan penerima biaya atau ibu bapa penerima biaya. Penerima biaya yang datang daripada keluarga yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah layak mendapat pembiayaan penuh iaitu sehingga maksimum RM26,000 setahun bagi peringkat pengajian tertinggi iaitu doktor falsafah bagi pelajar IPTA dan RM16,000 setahun bagi pelajar IPTS tertakluk kepada kategori IPT, peringkat pengajian, jurusan dan yuran pengajian.

Page 47: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

37

Manakala kadar upah pengurusan pembiayaan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 1% yang dikenakan ke atas pembiayaan pendidikan PTPTN tidak mengambil kira pendapatan penerima biaya atau ibu bapa penerima biaya kerana kos mengurus pembiayaan pendidikan adalah sama bagi semua pelajar tanpa mengira amaun pembiayaan pendidikan.

Page 48: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

38

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : DATUK HAJAH AZIZAH BINTI ABD. SAMADTARIKH : 8 APRIL 2009 (RABU)SOALAN : NO.45

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilakah Kementerian akan melaksanakan sistem penarafan terhadap institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam usaha memperkasakan lagi pusat pengajian tinggi negara.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian amat komited dalam usaha meningkatkan taraf dan kualiti institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di negara ini. Kementerian melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah melaksanakan aktiviti penarafan mulai tahun 2007 dengan menggunakan instrumen Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA). Pelaksanaan SETARA ini telah dirancang untuk diadakan secara dwitahunan. Sebagai permulaan, sistem penarafan ini telah dilaksanakan ke atas IPTA dan keputusannya telah pun diumumkan pada 16 Mei 2008. Bagi pelaksanaan SETARA tahun 2009, keputusannya akan diumumkan pada tahun 2010.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SETARA 2009 bukan sahaja akan dilaksanakan terhadap IPTA tetapi juga akan turut meliputi IPTS. Sehubungan itu, sebanyak 61 buah IPTA dan IPTS berstatus universiti dan kolej universiti akan terlibat dalam SETARA 2009 ini. SETARA 2009 akan dibuat penambahbaikan dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak bagi meningkatkan lagi keberkesanan dalam pelaksanaannya.

Kementerian percaya melalui pelaksanaan aktiviti penarafan ini dan kesedaran IPT tentang prestasi masing-masing, kualiti dan kedudukan IPT tempatan dapat dipertingkatkan.

Page 49: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

39

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : DATO’ IR. HIANG A LITARIKH : 8 APRIL 2009 (RABU)SOALAN : NO.59

Dato’ Ir. Hiang A Li minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah langkah yang diambil untuk memperketatkan lagi tahap keselamatan dalam kampus universiti dalam negara kita terutamanya di Kampus Universiti Malaya.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian sememangnya mengambil berat tentang keselamatan pelajar IPT sama ada di dalam atau luar kampus. Beberapa langkah telah diambil, antaranya ialah:-

i. menjalinkan kerjasama yang baik dengan pihak penguatkuasaan tempatan dan masyarakat setempat;

ii. mengukuhkan sistem lingkaran kawalan dengan menambah anggota keselamatan untuk bertugas selama 24 jam setiap hari dan menambah bilangan kamera CCTV (Close Circuit TV Systems) yang berteknologi tinggi;

iii. mengadakan kempen pendaftaran pelajar sebagai ahli RAKANCOP bagi mewujudkan jalinan kerjasama antara pelajar dengan masyarakat luar dan pihak polis untuk menyalurkan maklumat dalam usaha mencegah jenayah;

iv. membuat hebahan dan mengedarkan gambar penjenayah di seluruh kampus jika terdapat kes jenayah agar pelajar sentiasa berjaga-jaga; dan

v. menubuhkan kelab beruniform, antaranya Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi yang bertindak sebagai polis bantuan di kampus kediaman pelajar.

Page 50: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

40

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : TUAN HAJI SHAMSUDIN BIN MEHTATARIKH : 8 APRIL 2009 (RABU)SOALAN : NO.61

Tuan Haji Shamsudin bin Mehat minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan usahawan Bumiputera yang menerajui IPTS-IPTS pada masa ini dan sejauh manakah kejayaan program-program berkembar IPTS-IPTS Bumiputera dengan Universiti Teknologi MARA dalam usaha Kerajaan menambahkan komuniti pelajar UiTM kepada 200,000 pelajar menjelang tahun 2010.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga Februari 2009, terdapat 21 buah IPTS Bumiputera yang menjadi kolej bersekutu UiTM, di antaranya Kolej Yayasan Pelajaran MARA, Kolej Shahputra, Kolej UNIKOP, Institut Profesional Baitulmal dan Kolej Teknologi Timur.

Enrolmen pelajar UiTM keseluruhannya sehingga Februari 2009 ialah seramai 123,479 orang yang terdiri daripada 116,809 pelajar UiTM sepenuh masa dan separuh masa serta seramai 6,670 pelajar di bawah kolej bersekutu UiTM. Berdasarkan data tersebut, program berkembar di bawah kolej bersekutu UiTM juga turut memainkan peranan dalam memastikan sasaran enrolmen 200 ribu UiTM pada tahun 2010 tercapai.

Page 51: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

41

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : DATO’ WONG SIONG HWEETARIKH : 8 APRIL 2009 (RABU)SOALAN : NO.69

Dato’ Wong Siong Hwee minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kementerian akan membenarkan lebih banyak kursus dijalankan dalam bahasa asing seperti Inggeris dan Cina sebagai tarikan kepada pelajar antarabangsa datang ke negara ini untuk belajar di IPT-IPT.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bahasa Malaysia adalah merupakan bahasa pengantar di semua IPTA. Namun demikian, IPTA dibenar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran dalam bidang-bidang tertentu, yang sebahagian besar terminologi yang digunakan dalam bidang tersebut hanya terdapat dalam bahasa Inggeris.

Di samping itu, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] juga mensyaratkan semua IPTS mengendalikan kursus pengajiannya dalam bahasa kebangsaan. Sekiranya IPTS berkenaan bercadang untuk mengendalikan suatu kursus pengajian dalam bahasa Inggeris atau bahasa Arab, mereka hendaklah memohon untuk mendapatkan kelulusan pengecualian pematuhan subseksyen 41(1) Akta 555 daripada Menteri terlebih dahulu.

Page 52: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

42

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : TUAN PAU CHIONG UNGTARIKH : 8 APRIL 2009 (RABU)SOALAN : NO.73

Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan baru-baru ini, seorang mahasiswa UUM telah pun didakwa atas tindakannya mengadu kenaikan tambang bas dalam universiti melalui internet. Adakah tindakan beliau melanggar peraturan AUKU.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tindakan pelajar mengadu berkenaan kenaikan tambang bas dalam universiti melalui Internet bukanlah suatu kesalahan secara langsung di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). Walau bagaimanapun, seksyen 16C AUKU telah memberi kuasa kepada Lembaga Pengarah Universiti (LPU) untuk membuat Kaedah Tatatertib Pelajar. Kaedah Tatatertib Pelajar merupakan suatu dokumen undang-undang yang diwartakan dan boleh diakses oleh orang awam. Ia mengandungi peruntukan-peruntukan berkaitan dengan disiplin pelajar secara lebih menyeluruh dan terperinci.

Merujuk kepada kes pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, peruntukan Kaedah Tatatertib Pelajar yang relevan adalah kaedah 12 dan kaedah 15.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, universiti sentiasa terbuka dalam mendengar rungutan atau ketidakpuasan hati pelajar. Universiti juga sentiasa mengutamakan kebajikan pelajar dengan mengadakan sesi penerangan kepada pelajar berhubung masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar termasuk dalam kes berhubung sistem tambang bas tersebut.

Page 53: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

43

Dalam kes ini, pelajar tersebut telah mendedahkan perkara ini kepada pihak media tanpa mendapat kebenaran universiti terlebih dahulu. Tindakan pelajar tersebut menyediakan petition online dan menyeru pelajar secara terbuka untuk menandatanganinya telah menimbulkan kegusaran dan suasana tidak tenteram di kalangan pelajar dalam kampus. Pelajar tersebut juga telah mencetuskan suasana tegang apabila mengemukakan fakta yang mengelirukan kepada pelajar lain dan pihak luar.

Justeru, universiti telah mengambil tindakan untuk mendakwa pelajar tersebut dengan tujuan untuk mendidik pelajar tersebut dan pelajar-pelajar lain supaya mematuhi peraturan yang berkuat kuasa dan tidak bertindak sesuka hati tanpa melalui saluran yang betul. Universiti tiada halangan untuk berbincang dengan pelajar berkenaan masalah-masalah yang dihadapi mereka asalkan ia dibuat melalui saluran yang tersedia dan mengikut kaedah yang dibenarkan oleh undang-undang.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kes tersebut masih dalam peringkat awal pendakwaan oleh pihak universiti. Oleh itu, adalah tidak wajar bagi pihak Kementerian untuk membuat ulasan lanjut kerana dikhuatiri mengganggu proses pendakwaan yang dijalankan. Walau bagaimanapun, Kementerian percaya bahawa proses pendakwaan adalah berdasarkan kepada lunas-lunas perundangan yang sepatutnya dan pelajar tersebut akan diberi hak sepertimana yang telah diperuntukkan di dalam AUKU dan Kaedah-Kaedah Universiti Utara Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.

Page 54: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

44

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : DATO’ WONG SIONG HWEETARIKH : 8 APRIL 2009 (RABU)SOALAN : NO.79

Dato’ Wong Siong Hwee minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapa bilangan pelajar mengikut kaum yang telah diluluskan di bawah Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI).

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan pelajar yang telah diluluskan tajaan biasiswa Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) sejak tahun 2006 hingga Mac 2009 berjumlah 3,548 orang yang terdiri daripada 3,128 pelajar Melayu, 217 pelajar Cina, 71 pelajar India dan 132 pelajar lain-lain kaum. SLAI hanya ditawarkan kepada semua kakitangan akademik IPTA tertakluk kepada perakuan IPTA berkenaan tanpa ditetapkan kuota untuk sesuatu kaum.

Page 55: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

45

MESYUARAT PERTAMA

JAWAPAN BAGI PERTANYAAN BUKAN JAWAB LISAN

Siri Koleksi Pertanyaan Dan Jawapan Parlimen

DEWAN NEGARA 2009KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Page 56: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

46

Page 57: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

47

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISANDARIPADA : PUAN HENG SEAI KIESOALAN : NO.29

Puan Heng Seai Kie minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menyemak semula AUKU berdasarkan maklum balas, komen dan cadangan masyarakat umum termasuklah mahasiswa-mahasiswa sendiri supaya ia lebih kemas kini dan memenuhi aspirasi rakyat.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pindaan ke atas AUKU baru sahaja dikuatkuasakan mulai 1 Februari 2009. Oleh itu, Kementerian berpandangan adalah lebih sesuai sekiranya AUKU (Pindaan) 2009 tersebut diberi peluang untuk dilaksanakan terlebih dahulu untuk suatu tempoh yang munasabah dan bersesuaian. Kajian untuk membuat pindaan kepada AUKU 2009 telah mengambil masa tiga tahun. Oleh itu, adalah tidak munasabah untuk membuat pindaan AUKU selepas sebulan dikuatkuasakan.

Walau bagaimanapun, Kementerian akan sentiasa memantau perkembangan pelaksanaan pindaan AUKU dari semasa ke semasa. Maklum balas yang diterima daripada semua pihak yang berkepentingan akan diberi perhatian serius oleh pihak Kementerian.

Page 58: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

48

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISANDARIPADA : IR. HAJI ZAMRI BIN HAJI YUSOFSOALAN : NO.46

Ir. Haji Zamri bin Haji Yusof minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan status kes ketiga mahasiswa UUM yang didakwa di bawah AUKU hanya disebabkan mereka mengadakan petisyen berhubung kenaikan tambang bas di universiti berkenaan daripada RM0.40 kepada RM0.55, sedangkan perjuangan mereka berkaitan kebajikan tanpa campur tangan pihak luar kampus.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, universiti sentiasa terbuka dalam mendengar rungutan atau ketidakpuasan hati pelajar. Universiti juga sentiasa mengutamakan kebajikan pelajar dengan mengadakan sesi penerangan kepada pelajar berhubung masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar termasuk dalam kes berhubung sistem tambang bas tersebut.

Dalam kes ini, pelajar tersebut telah mendedahkan perkara ini kepada pihak media tanpa mendapat kebenaran universiti terlebih dahulu. Tindakan pelajar tersebut menyediakan petition online dan menyeru pelajar secara terbuka untuk menandatanganinya telah menimbulkan kegusaran dan suasana tidak tenteram di kalangan pelajar dalam kampus. Pelajar tersebut juga telah mencetuskan suasana tegang apabila mengemukakan fakta yang mengelirukan kepada pelajar lain dan pihak luar.

Justeru, universiti telah mengambil tindakan untuk mendakwa pelajar tersebut dengan tujuan untuk mendidik pelajar tersebut dan pelajar-pelajar lain supaya mematuhi peraturan yang berkuat kuasa dan tidak bertindak sesuka hati tanpa melalui saluran yang betul.

Page 59: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

49

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kes tersebut masih dalam peringkat awal pendakwaan oleh pihak universiti. Oleh itu, adalah tidak wajar bagi pihak Kementerian untuk membuat ulasan lanjut kerana dikhuatiri mengganggu proses pendakwaan yang dijalankan. Walau bagaimanapun, Kementerian percaya bahawa proses pendakwaan adalah berdasarkan kepada lunas-lunas perundangan yang sepatutnya dan pelajar tersebut akan diberi hak sepertimana yang telah diperuntukkan di dalam AUKU dan Kaedah-Kaedah Universiti Utara Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.

Page 60: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

50

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISANDARIPADA : DATUK AKBAR BIN ALISOALAN : NO.58

Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan:-

(a) langkah-langkah di luar kotak untuk mengatasi kegagalan sekarang dalam menarik minat dan sokongan pelajar IPT di dalam dan luar negeri supaya mereka yakin kebenaran dan kebaikan Kerajaan dan seterusnya memberikan sokongan padu kepada Kerajaan; dan

(b) langkah-langkah berunsurkan ‘Blue Ocean Strategy’ dalam membentuk pelajar IPT supaya memiliki ciri-ciri 4K yang mantap iaitu Kepimpinan, Kreativiti, Ketahanan dan Keusahawanan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, usaha-usaha untuk mendampingi pelajar memang telah dilaksanakan secara berterusan melalui karnival pengajian tinggi, program-program pembangunan sahsiah pelajar, Majlis-Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan melalui Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri dan dianggotai oleh MPP, IPTA, JPA, Kementerian Pengajian Tinggi dan agensi lain yang berkaitan. Kegiatan pelajar ini dipantau dan dikawal selia oleh peraturan-peraturan yang sedia ada di universiti dan AUKU yang baru dipinda bertujuan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

(b) Sistem pembelajaran masa kini sudah mula beralih daripada praktis lama yang lebih menekankan kepada pembelajaran berpandukan pensyarah kepada pembelajaran kendiri yang lebih sesuai dengan kemahiran dan pelajar semasa. Kepekaan ICT oleh pelajar masa kini juga memberangsangkan

Page 61: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

51

penggunaan kaedah pembelajaran yang lebih kepada student-centred untuk melatih mereka belajar sendiri dengan menggunakan kemudahan komputer. Selain daripada itu, satu modul baru iaitu Modul Kemahiran Insaniah juga telah dirangka untuk mendedahkan para pelajar dengan kemahiran-kemahiran tambahan dengan harapan dapat melahirkan graduan yang berkualiti bukan sahaja dari segi akademik, malah juga aspek-aspek kreativiti, kepimpinan, pemikiran kritikal, keyakinan diri dan sebagainya.

Page 62: rujukan

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 30 Mac - 8 April 2009

52

Page 63: rujukan

MESYUARAT KEDUA

JAWAPAN BAGI PERTANYAAN LISAN 6/7/2009 – 14/7/2009

Siri Koleksi Pertanyaan Dan Jawapan Parlimen

DEWAN NEGARA 2009KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Page 64: rujukan
Page 65: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

55

ATURAN URUSAN MESYUARATDEWAN NEGARA YANG KEDUA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KEDUA

6 HINGGA 14 JULAI 2009

BILTARIKH & NO. PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN(27 PERTANYAAN)

MINGGU PERTAMA (15 PERTANYAAN)

6 JULAI 2009 [ISNIN] (5)

1. 6 JULAI 2009

NO. 44

Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan:-

(a) berapakah jumlah penghutang PTPTN yang telah pun dimasukkan ke dalam senarai hitam dan dilarang ke luar negara; dan

(b) selepas perlaksanaan, berapakah peratus penghutang telah bermula menjelaskan hutang mereka kepada PTPTN.

2. 6 JULAI 2009

NO. 50

Tn Khoo Soo Seang minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan siapakah yang tersenarai sebagai penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) Sesi Jun, Julai 2009 yang disalurkan melalui Ahli-ahli Parlimen kawasan masing-masing dan apakah sebabnya di beberapa kawasan dalam daerah Johor Bahru, penerima-penerima yang berketurunan Melayu tidak sampai 10%.

3. 6 JULAI 2009

NO. 73

Puan Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilakah Politeknik Hulu Terengganu di Kampung Kuala Jeneris, Hulu Terengganu akan dibina sedangkan pada 3 Februari 2008 Y.A.B. Perdana Menteri ketika itu telah melakukan upacara pecah tanah namun sehingga kini ia belum dilaksanakan. Nyatakan juga berapa kos pembinaan keseluruhannya.

4. 6 JULAI 2009

NO. 94

Tuan Rawisandran a/l Narayanan minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bahawa benarkah ijazah perundangan yang ditawarkan oleh Universiti Utara malaysia (UUM) tidak diiktiraf untuk praktis sebagai peguamcara/ peguambela mahkamah di negara ini.

Page 66: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

56

BILTARIKH & NO. PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN(27 PERTANYAAN)

5. 6 JULAI 2009

NO. 96

Tuan Haji Shamsudin bin Mehat minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerian melalui IPTA-IPTA untuk meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dan pembangunan potensi modal insan kanak-kanak, termasuk menganjurkan program khas yang dapat membantu tahap kecemerlangan akademik, akhlak dan kehidupan golongan kanak-kanak, sepertimana yang dijalankan oleh IPT-IPT luar negara.

7 JULAI 2009 [ SELASA ] ( 2 )

6. 7 JULAI 2009

NO. 27

Dato’ Wong Siong Hwee minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kementerian bersungguh-sungguh untuk menarik minat universiti-universiti terkemuka daripada negara China untuk menubuhkan kampus cawangan mereka di Malaysia serta apakah keistimewaan yang boleh ditawarkan, termasuk kelonggaran menawarkan program kursus menggunakan bahasa Cina.

7. 7 JULAI 2009 NO. 40

Dato’ Haji Ahmad Rusli bin Haji Ibrahim minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan insentif-insentif serta usaha-usaha baru bagi meningkatkan lagi permintaan bantuan PTPTN di kalangan pelajar di negara ini serta dasar yang lebih liberal terhadap pembayaran balik pinjaman.

8 JULAI 2009 [RABU] ( 4 )

8. 8 JULAI 2009

NO. 10

Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan secara terperinci apakah yang dimaksudkan dengan ‘APEX Universiti’ dan adakah anugerah ini diberikan kepada satu universiti sahaja.

9. 8 JULAI 2009

NO. 38

Datuk Osman bin Bungsu minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan statistik kemasukan pelajar lepasan SPM dan STPM (tahun 2007 hingga 2008) ke IPTA mengikut universiti dan langkah-langkah meningkatkan bilangan pelajar Orang Asli meneruskan pengajian ke IPTA.

Page 67: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

57

BILTARIKH & NO. PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN(27 PERTANYAAN)

10. 8 JULAI 2009

NO. 87

Dato’ Daljit Singh Dalliwal minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah politeknik dan universiti yang telah dibina di bawah RMK-9 dan apakah pula perkembangannya.

11. 8 JULAI 2009

NO. 93

Tan Sri Datuk Tee Hock Seng minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan kemungkinan Kerajaan mengkaji penyelidik PhD sebanyak RM20,000 dan Ijazah sarjana sebanyak RM10,000 di universiti tempatan, diperuntukkan kepada mereka yang sedang bekerja untuk menaik taraf akademik sumber manusia.

9 JULAI 2009 [KHAMIS] ( 4 )

12. 9 JULAI 2009

NO. 19

Dato’ Hajah Samsiah binti Samsudin minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengapakah pelajar-pelajar dari universiti yang lain mempunyai Ijazah Perakaunan tidak berpeluang mengambil kursus profesional Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) secara serentak seperti pelajar di UUM.

13. 9 JULAI 2009

NO. 43

Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan bagi memastikan para pelajar IPTA dan juga IPTS memahami dasar-dasar Kerajaan. Apakah pendekatan yang sama digunakan bagi pelajar IPTA dan juga IPTS, memandangkan ramai pelajar warga asing turut menuntut di kedua-dua institusi pengajian tinggi tersebut.

14. 9 JULAI 2009

NO. 48

Prof. Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan pelajar-pelajar warga negara asing dan negara asal mereka yang belajar di negara ini.

15. 9 JULAI 2009

NO. 96

Dato’ Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan dasar-dasar Kerajaan dalam memastikan graduan IPTA/IPTS memenuhi tuntutan serta pasaran pekerjaan semasa.

Page 68: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

58

BILTARIKH & NO. PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN(27 PERTANYAAN)

MINGGU KEDUA (12 PERTANYAAN) TEMPOH PERSIDANGAN DIPENDEKKAN – PERTANYAAN PADA 13 & 14 JULAI 2009

DITUKAR KEPADA PERTANYAAN BUKAN JAWAB LISAN

13 JULAI 2009 [ISNIN] (7)

16. 13 JULAI 2009

NO. 16

Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kerajaan sudah mengenalpasti punca masalah yang sebenar mengenai isu kesilapan senarai nama kemasukan pelajar ke Universiti Sains Malaysia dan apakah tindakan yang diambil terhadap pihak yang bertangungjawab agar kejadian tersebut tidak akan berulang di mana-mana universiti atau LPU.

17. 13 JULAI 2009

NO. 35

Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah dan tindakan yang akan diambil oleh Kementerian bagi memastikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus berkemampuan untuk memberikan pinjaman bagi pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT)

18. 13 JULAI 2009

NO. 54

Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan ‘ranking’ lima teratas bagi IPT Malaysia mengikut penarafan dunia, serta usaha Kementerian dalam meningkatkan pencapaian tahap pendidikan bagi menuju kedudukan lebih baik dalam penarafan dunia.

19. 13 JULAI 2009

NO. 87

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memastikan proses kelulusan PTPTN dilakukan dengan cepat agar tidak membebankan pelajar-pelajar miskin.

20. 13 JULAI 2009

NO. 90

Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah pinjaman dan pola pembayaran balik pinjaman PTPTN oleh pelajar IPTA berbanding pelajar IPTS dari tahun 2004-2008 dan adakah Kerajaan bercadang untuk menggantikannya dengan institusi lain atau memperkenalkan langkah untuk memperkasakannya.

Page 69: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

59

BILTARIKH & NO. PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN(27 PERTANYAAN)

21. 13 JULAI 2009

NO. 94

Tan Sri (Dr.) Jins bin Shamsudin minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan tidakkah Kementerian bercadang untuk mengkaji semula sistem pengajian perfi leman di semua IPTA dan IPTS diselaraskan dengan mengguna pakai kedua-kedua sistem iaitu fi lem dan video.

22. 13 JULAI 2009

NO. 103

Prof. Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan pada tiap-tiap tahun, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan RM 3.4 biliion untuk membiayai pinjaman pelajar bagi mengikuti pengajian tinggi mereka. Jumlah ini dijangka melebihi RM46 bilion menjelang 2020. Trend ini adalah sesuatu yang tidak ‘sustainable’ dalam jangka panjang. Adakah Kerajaan menimbang untuk mewujudkan Bank Pendidikan bagi membolehkan Kerajaan mengadakan satu skim pinjaman pendidikan yang lebih ‘resilient’.

14 JULAI 2009 [ SELASA ] ( 5 )

23. 14 JULAI 2009

NO. 37

Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan dan peratus penuntut asing di IPTA dan IPTS.

24. 14 JULAI 2009

NO. 51

Prof. Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk menyeimbangkan peranan pensyarah-pensyarah universiti sebagai ‘penyelidik’. Sebagai ‘pendidik’ seorang pensyarah diharapkan untuk melatih para mahasiswa berfi kir secara analitikal dan kritikal serta berkomunikasi dengan berkesan. Sebagai ‘penyelidik’ seorang pensyarah diharapkan untuk memperluas horizon ilmu dan membuat penemuan-penemuan baru.

25. 14 JULAI 2009

NO. 77

Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah sebenarnya yang berlaku sewaktu pendaftaran pelajar-pelajar baru di USM dan bagaimana kekecohan itu telah diselesaikan.

Page 70: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

60

BILTARIKH & NO. PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN(27 PERTANYAAN)

26. 14 JULAI 2009

NO. 91

Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bagaimana berlaku kesilapan pengambilan pelajar di USM baru-baru ini. Tidakkah pihak pentadbiran universiti sedar bahawa kapasiti pelajar baru hanya 3,599 bagaimana pula timbul angka 8,000 lebih. Apakah kekalutan ini menjejaskan nama USM sebagai Universiti APEX.

27. 14 JULAI 2009

NO. 100

Prof. Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sehingga kini hanya 3 universiti swasta iaitu Universiti Terbuka Malaysia, Universiti Wawasan dan UNITAR dibenarkan mengendalikan pengajian jarak jauh di mana syarat kemasukan berdasarkan pengalaman dan usia pelajar. Program ini juga mendapat tajaan dari PTPTN. Memandangkan potensi pengajian jarak jauh bagi meningkatkan modal insan, mengapakah tidak program tersebut juga diperluaskan kepada kolej-kolej swasta lain.

BILNO.

PERTANYAANPERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN

(5 PERTANYAAN)

1. NO.12 Puan GK Loga Citra minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah strategi yang telah dan akan diambil oleh Kementerian untuk memastikan pelajar-pelajar asing di negara ini benar-benar mengikuti pengajian mereka di IPTA/IPTS dan kaedah pemantauan terhadap aktiviti-aktiviti pelajar-pelajar berkenaan selepas waktu kuliah supaya mereka tidak menyalahgunakan pas pelajar.

2. NO.25 Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan penuntut di maktab dan universiti yang berjaya mendapat pinjaman PTPTN dan berapakah purata pinjaman yang diberikan kepada setiap individu yang berjaya.

3. NO.26 Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan dibawah skim PTPTN, berapakah jumlah pinjaman yang diberikan dari tahun 2000 hingga 2005 dan berapakah peratus daripada pinjaman tersebut dibayar balik oleh peminjam.

Page 71: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

61

BILNO.

PERTANYAANPERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN

(5 PERTANYAAN)

4. NO.27 Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk memastikan peminjam bagi pinjaman PTPTN tidak culas untuk membayar balik pinjaman tersebut.

5. NO.49 Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh pihak Universiti Sains Malaysia terhadap masalah sistem pengambilan pelajar yang berlaku baru-baru ini.

Page 72: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

62

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : TUAN PAU CHIONG UNGTARIKH : 6 JULAI 2009 (ISNIN)SOALAN : NO.44

Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan:-

(a) berapakah jumlah penghutang PTPTN yang telah pun dimasukkan ke dalam senarai hitam dan dilarang ke luar negara; dan

(b) selepas perlaksanaan, berapakah peratus penghutang telah bermula menjelaskan hutang mereka kepada PTPTN.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, PTPTN telah mula menguatkuasakan penahanan peminjam tegar keluar negara bermula Ogos 2008. Sehingga 31 Mei 2009, jumlah keseluruhan peminjam di senarai hitam dan dilarang keluar negara adalah seramai 17,425 orang. Daripada jumlah keseluruhan peminjam yang di senarai hitam dan dilarang keluar negara, seramai 344 orang atau kira-kira 2% peminjam telah menyelesaikan pinjaman mereka dengan jumlah bayaran balik yang telah diterima berjumlah RM7.23 juta. Semua peminjam yang telah di senarai hitam dan dilarang keluar negara juga adalah dikehendaki membayar tunggakan pinjaman mereka secara sekali gus atau lump sum dengan izin.

PTPTN tidak sewenang-wenangnya mengenakan tindakan ke atas peminjam. Tindakan penahan ini hanya dikenakan kepada peminjam ingkar dan merupakan antara langkah terakhir yang dilakukan setelah surat arahan bayaran, surat peringatan dan notis tuntutan atau saman dikeluarkan kepada mereka untuk menjelaskan hutang pinjaman, tetapi tidak diendahkan oleh mereka.

PTPTN sangat bertimbang rasa dalam memungut bayaran balik daripada peminjam. Namun begitu, peminjam PTPTN juga perlu melaksanakan tanggungjawab sosial mereka iaitu membuat bayaran balik mengikut jadual yang telah ditetapkan tanpa dikenakan paksaan. Bayaran balik ini penting bagi memastikan kelestarian PTPTN supaya dapat terus melaksanakan tanggungjawab sosialnya dalam menyediakan kemudahan pembiayaan pendidikan kepada generasi akan datang.

Page 73: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

63

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : TUAN KHOO SOO SEANGTARIKH : 6 JULAI 2009 (ISNIN)SOALAN : NO.50

Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan siapakah yang tersenarai sebagai penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) Sesi Jun, Julai 2009 yang disalurkan melalui Ahli-ahli Parlimen kawasan masing-masing dan apakah sebabnya di beberapa kawasan dalam daerah Johor Bahru, penerima-penerima yang berketurunan bukan Melayu tidak sampai 10%.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, PTPTN sememangnya menyediakan kemudahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) sebanyak RM1,500 khusus kepada pelajar-pelajar baru IPTA yang layak berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. Dasar pemberian WPP yang mula dilaksanakan pada tahun 1999 adalah bertujuan untuk membolehkan pelajar membuat persediaan awal untuk memasuki IPTA dan sekali gus meringankan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa. Pemberian WPP dibuat berdasarkan had pendapatan keluarga di bawah RM3,000 sebulan melalui maklumat yang diperoleh daripada UPU atau IPTA yang terlibat.

Sehingga 31 Disember 2008, sebanyak 389,060 waran WPP telah ditunaikan dengan jumlah sebanyak RM564,994,000. Bagi kemasukan Jun 2009 seramai 23,410 pelajar lepasan SPM atau setaraf yang layak dan ditawarkan WPP. WPP ini disalurkan terus kepada pelajar-pelajar melalui waran yang dipos kepada mereka.

Page 74: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

64

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : PUAN HAJAH FATIMAH BINTI HAMATTARIKH : 6 JULAI 2009 (ISNIN)SOALAN : NO.73

Puan Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilakah Politeknik Hulu Terengganu di Kampung Kuala Jeneris, Hulu Terengganu akan dibina sedangkan pada 3 Februari 2008 Y.A.B. Perdana Menteri ketika itu telah melakukan upacara pecah tanah namun sehingga kini ia belum dilaksanakan. Nyatakan juga berapa kos pembinaan keseluruhannya.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada 20 Oktober 2009, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memutuskan untuk menangguhkan projek pembinaan Politeknik Hulu Terengganu (PHT) atas beberapa faktor iaitu:-

i. keadaan bentuk muka bumi di tapak PHT yang berbukit. Pihak KPT diberi makluman awal oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bahawa kos kerja-kerja tanah adalah tinggi dan melebihi nilai kos bagi projek-projek politeknik baru yang lain. Selain itu, pihak KPT turut dimaklumkan jumlah anggaran awal kos keseluruhan projek berdasarkan preliminaries detail abstract (PDA) adalah sangat tinggi iaitu hampir mencecah RM400 juta berbanding siling asal (RM 114 juta);

ii. kekangan siling yang dihadapi oleh KPT bagi menampung pembiayaan projek-projek lain yang sedang dalam pelaksanaan termasuklah memperuntukkan sumber kewangan tambahan projek politeknik lain bagi tujuan VOP (variation of price); dan

iii. Justeru, projek PHT ditangguhkan bagi pelaksanaannya di tapak dan penyelarasan siling RMKe-9 dibuat bagi pembiayaan kos perunding dan kos-kos lain yang terlibat dengan projek PHT. Sehingga kini, pihak perunding masih melaksanakan lukisan dan dokumen lengkap bagi reka bentuk PHT sehingga ke peringkat tender.

Page 75: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

65

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : TUAN RAWISANDRAN A/L NARAYANTARIKH : 6 JULAI 2009 (ISNIN)SOALAN : NO.94

Tuan Rawisandran a/l Narayanan minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bahawa benarkah ijazah perundangan yang ditawarkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak diiktiraf untuk praktis sebagai peguamcara/ peguambela mahkamah di negara ini.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, program Ijazah Undang-Undang (LLB Hons) yang ditawarkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mendapat perakuan akreditasi oleh Lembaga Kelayakan Malaysia (MQA) bermula pada 26 Oktober 2007 hingga 25 Oktober 2012.

UUM telah mengemukakan permohonan pengiktirafan program Ijazah Undang-Undang kepada Jabatan Perkhidmatan Awam pada 7 Mei 2006 bagi tujuan perakuan kelayakan berkhidmat dalam profesion berkenaan. Permohonan ini seterusnya dipanjangkan kepada Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia untuk pengiktirafan kelayakan profesional oleh badan tersebut.

Jawatankuasa Penilaian Susulan yang telah dilantik oleh Lembaga tersebut telah melakukan lawatan penilaian dan audit oleh Panel Penilai pada 23-25 Ogos 2008 bagi menentukan sama ada graduan-graduan dari program Ijazah Undang-Undang UUM perlu menduduki Sijil Amalan Guaman (CLP) sebelum dibenarkan berkhidmat sebagai peguam bela / peguam cara di mahkamah dalam negara ini.

Tuan Yang Di Pertua,

Lembaga Kelayakan pada 16 April 2009 telah mengambil keputusan untuk mengisytiharkan para graduan program Ijazah Undang-Undang UUM sebagai orang berkelayakan di bawah Akta Profesion Undang-Undang (Akta 166)

Page 76: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

66

dan boleh menjalani tempoh latihan (pupilage) sebelum di terima masuk sebagai peguam bela/peguam cara di bawah Seksyen 12 Akta 166 tersebut.

Bagi graduan UUM yang telah tamat mengikuti program tersebut menjelang tahun 2010, Lembaga Kelayakan telah memohon agar satu modul tambahan perlu dilaksanakan oleh IPTA terbabit sebelum melayakkan mereka untuk berkhidmat sebagai peguam bela/peguam cara. Pengisian modul tambahan tersebut akan dibincangkan di peringkat Majlis Peguam dan Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) dan juga penyelaras program undang-undang dari IPTA terbabit.

Page 77: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

67

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : TUAN HAJI SHAMSUDIN BIN MEHATTARIKH : 6 JULAI 2009 (ISNIN)SOALAN : NO.96

Tuan Haji Shamsudin bin Mehat minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerian melalui IPTA-IPTA untuk meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dan pembangunan potensi modal insan kanak-kanak, termasuk menganjurkan program khas yang dapat membantu tahap kecemerlangan akademik, akhlak dan kehidupan golongan kanak-kanak, sepertimana yang dijalankan oleh IPT-IPT luar negara.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) adalah merupakan Kementerian yang bertanggungjawab dalam pendidikan tertiari di peringkat IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti. Selari dengan misi Kementerian dalam menghasilkan pusat pengajian tinggi yang unggul dan insan yang kompeten, berinovasi serta berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan Negara maka IPT juga turut terlibat dalam pembangunan modal insan di peringkat rendah dan pra sekolah.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) umpamanya, telah sekian lama menawarkan program pengajian berteraskan pendidikan awal kanak-kanak dari peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan ijazah doktor falsafah. Selain dari itu, UPSI juga menawarkan kursus-kursus Program PERMATA yang dikendalikan oleh Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Kebangsaan bertempat di UPSI dengan usahasama Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri. Kumpulan sasaran terdiri daripada KEMAS, Yayasan Pembangunan Kemajuan Terengganu dan PERMATA. Pada April 2009, UPSI telah mengadakan persidangan antarabangsa mengenai asuhan dan didikan kanak-kanak bertujuan untuk berkongsi idea dan pengalaman dengan pakar-pakar dari luar negara mengenai pendidikan pra sekolah.

Page 78: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

68

Di samping itu, UKM juga ada menjalankan program berkaitan pendidikan peringkat rendah dan pra sekolah seperti Ujian PERMATA Pintar UKM2. Pelajar-pelajar yang berjaya mendapat markah lebih 50% akan dijemput untuk menghadiri Perkhemahan Cuti Sekolah pada bulan Disember 2009. Program ini akan menggunakan modul “Summer Camp” di John Hopkins University-Center for Talented Youth.

Page 79: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

69

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : DATO’ WONG SIONG HWEE TARIKH : 7 JULAI 2009 (SELASA)SOALAN : NO.27

Dato’ Wong Siong Hwee minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kementerian bersungguh-sungguh untuk menarik minat universiti-universiti terkemuka daripada negara China untuk menubuhkan kampus cawangan mereka di Malaysia serta apakah keistimewaan yang boleh ditawarkan, termasuk kelonggaran menawarkan program kursus menggunakan bahasa Cina.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sememangnya mengamalkan dasar terbuka dan tidak menyekat mana-mana orang atau badan untuk menubuhkan kampus cawangan universiti luar negara di negara ini termasuk dari negara China. Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang ditubuhkan hendaklah memberi tumpuan kepada program-program kritikal seperti perubatan, farmasi dan kejuruteraan. Mana-mana universiti luar negara yang bercadang menubuhkan kampus cawangan hendaklah mengemukakan permohonan kepada Kementerian untuk dipertimbangkan. Penubuhan kampus cawangan universiti luar negara adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 sebagaimana yang ditetapkan ke atas IPTS yang lain. Sehingga kini, terdapat lima buah kampus cawangan universiti luar negara iaitu Monash University Sunway Campus, Swinburne University of Technology Sarawak Campus, The University of Nottingham Malaysia Campus, Curtin University of Technology Sarawak Campus dan Newcastle University Medicine Malaysia.

Kerajaan menyediakan insentif potongan cukai dua kali bagi perbelanjaan latihan dalam bidang tertentu dan pengecualian cukai pegangan bagi bidang tersebut di samping empat belas insentif sedia ada. Berkaitan dengan

Page 80: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

70

penggunaan bahasa pengantar, seksyen 41, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta menetapkan bahawa IPTS boleh memohon kepada Menteri Pengajian Tinggi untuk menggunakan lain-lain bahasa bagi mengendalikan sesuatu kursus pengajian bagi menggantikan bahasa kebangsaan. Walau bagaimanapun, bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib sekiranya IPTS diluluskan untuk menggunakan lain-lain bahasa bagi pengendalian kursus pengajiannya.

Page 81: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

71

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : DATO’ HAJI AHMAD RUSLI BIN HAJI IBERAHIMTARIKH : 7 JULAI 2009 (SELASA)SOALAN : NO.40

Dato’ Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan insentif-insentif serta usaha-usaha baru bagi meningkatkan lagi permintaan bantuan PTPTN di kalangan pelajar di negara ini serta dasar yang lebih liberal terhadap pembayaran balik pinjaman.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini Kementerian tidak menghadapi masalah dalam mempromosikan kemudahan pembiayaan PTPTN kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, PTPTN telah mengambil langkah berterusan bagi memberi maklumat kepada masyarakat melalui:-

i. hebahan melalui laman web dan media massa merangkumi maklumat-maklumat yang berkaitan mengenai permohonan pembiayaan PTPTN;

ii. kerjasama dengan pihak IPT supaya memasukkan maklumat mengenai kemudahan pembiayaan PTPTN di dalam brosur yang dikeluarkan oleh mereka atau melalui sesi taklimat kepada pelajar; dan

iii. taklimat secara berkala kepada masyarakat mengenai kemudahan pembiayaan PTPTN di semua peringkat masyarakat.

Sehingga 30 April 2009, jumlah tunggakan pinjaman PTPTN yang belum dibuat bayaran balik adalah sebanyak RM1.3 bilion yang melibatkan 163,998 akaun pinjaman. PTPTN secara khususnya sangat liberal dalam memungut bayaran balik daripada peminjam. Namun begitu, peminjam PTPTN juga perlu bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab sosial mereka iaitu membuat bayaran balik mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ini adalah bagi memastikan kelestarian PTPTN supaya dapat terus melaksanakan tanggungjawab sosialnya dalam menyediakan kemudahan pembiayaan pendidikan kepada generasi yang akan datang.

Page 82: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

72

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : DATO’ HAJAH SARIPAH AMINAH BINTI HAJI SYED MOHAMEDTARIKH : 8 JULAI 2009 (RABU)SOALAN : NO.10

Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan secara terperinci apakah yang dimaksudkan dengan ‘APEX Universiti’ dan adakah anugerah ini diberikan kepada satu universiti sahaja.

JAWAPAN

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Accelerated Program For Excellence atau singkatannya APEX, diwujudkan bagi meningkatkan keupayaan dan kecemerlangan institusi pengajian tinggi Malaysia supaya setanding dengan universiti terkemuka dunia.

Proses penilaian sesebuah institusi untuk mengikuti program APEX dijalankan secara objektif, progresif dan bersandarkan kemampuan masa depan sesebuah institusi tersebut. Tiga kriteria asas yang digunakan dalam pemilihan bagi program APEX ialah:-

i. mempunyai pelan transformasi dan strategi yang jelas serta mantap yang melibatkan hampir keseluruhan warga universiti dan diterajui oleh Naib Canselornya, serta terdapat juga tanda-tanda berlakunya perubahan paradigma dan budaya cemerlang di institusi tersebut;

ii. mempunyai strategi pengurusan perubahan yang kukuh dan berterusan malah telah memulakan visi dan transformasinya sejak tahun 2001 lagi; dan

iii. kesediaan untuk berubah, inovatif dan mempunyai objektif yang seiring dengan pembangunan lestari dunia.

Page 83: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

73

Buat masa ini hanya satu universiti sahaja yang telah di beri status universiti APEX iaitu Universiti Sains Malaysia (USM). Walau bagaimanapun, status universiti APEX dijangka akan diberi kepada IPT tempatan yang lain berdasarkan kepada perkembangan semasa. Ingin ditegaskan bahawa perancangan program APEX tidak hanya tertumpu pada satu pendekatan sahaja, malah terdapat tiga trek program APEX iaitu:-

Trek 1 adalah berdasarkan tema transformasi dan berfokus kepada institusi pengajian tinggi sedia ada. Trek ini telah bermula pada Jun 2008 dengan pemilihan USM sebagai Universiti APEX pada 3 September 2008;

Trek 2 memberi fokus kepada institusi, program dan pusat kecemerlangan dalam universiti bukan APEX.

Trek 3 berdasarkan tema “pengembangan” (development) dan memberi fokus kepada institusi yang masih baru (greenfield) atau emerging (brownfield) dengan izin.

Page 84: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

74

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : DATUK OSMAN BIN BUNGSUTARIKH : 8 JULAI 2009 (RABU)SOALAN : NO.38

DATUK OSMAN BIN BUNGSU minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan statistik kemasukan pelajar Lepasan SPM dan STPM (tahun 2007 hingga 2008) ke IPTA mengikut universiti dan langkah-langkah meningkatkan bilangan pelajar Orang Asli meneruskan pengajian ke IPTA.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan pelajar Lepasan SPM/Setaraf yang ditawarkan tempat ke Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:-

BIL SESI AKADEMIK JUMLAH

1 2007/2008 25,842

2 2008/2009 30,757

3 2009/2010 34,595

Sementara itu, bilangan kemasukan pelajar Lepasan STPM/Setaraf bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf (Ijazah Pertama) adalah seperti berikut:-

BIL SESI AKADEMIK JUMLAH

1 2007/2008 40,116

2 2008/2009 40.184

3 2009/2010 40,366

Page 85: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

75

Kementerian ini memberi pertimbangan khas kepada golongan Orang Asli, Orang Kurang Upaya (OKU) dan para atlet peringkat negeri dan kebangsaan yang memenuhi syarat-syarat am dan khas program minimum serta kriteria pemilihan lain yang ditetapkan bagi kemasukan ke IPTA. Malahan Kementerian turut menerima permohonan kemasukan secara manual dari golongan pemohon dari kawasan pendalaman/luar bandar yang menghadapi masalah untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian bagi memastikan pemohon yang layak tidak tercicir dan berpeluang untuk mengikuti pengajian tinggi di IPTA.

Kementerian telah menganjurkan Program Outreach kepada kumpulan sasaran iaitu pemohon, guru, guru bimbingan dan kaunseling dan wakil PIBG untuk menerangkan dasar dan prosedur permohonan kemasukan ke IPTA. Kementerian menjalinkan hubungan yang baik dengan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) untuk menyampaikan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang-peluang pendidikan tinggi yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi serta agensi lain yang menyediakan pendidikan tinggi berbentuk akademik dan juga kemahiran di bawah kementerian lain. Beberapa program bagi meningkatkan bilangan pelajar Orang Asli ke IPTA yang diadakan dengan kerjasama JHEOA bagi membantu mendidik dan memotivasikan pemohon dari kalangan Orang Asli untuk merebut pelbagai peluang pendidikan tinggi yang disediakan. Antaranya:-

i. mempelawa pemohon dari kalangan Tingkatan 4, 5 dan 6 mengikuti Program Outreach berteraskan taklimat untuk memaklumkan mengenai prosedur permohonan kemasukan ke IPTA serta peluang pengajian tinggi melalui pelbagai saluran lain seperti pengalaman bekerja dan pendidikan jarak jauh;

ii. menjemput pemohon melalui JHEOA untuk melawat pameran pendidikan di Karnival Pengajian Tinggi Negara yang diadakan di seluruh negara setiap tahun mulai Januari hingga Mac bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi negara; dan

iii. JHEOA juga boleh menjemput wakil Kementerian untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan JHEOA bersama Orang Asli untuk pihak Kementerian ini menggunakan kesempatan menyebar luaskan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi dengan menyediakan brosur, poster dan taklimat untuk memotivasikan dan mendidik para pelajar dan ibu bapa dari kalangan masyarakat Orang Asli membuat persediaan bagi mendapatkan pendidikan tinggi yang disediakan oleh Kerajaan melalui pelbagai saluran.

Page 86: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

76

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : DATO’ DALJIT SINGH DALLIWALTARIKH : 8 JULAI 2009 (RABU)SOALAN : NO.87

Dato’ Daljit Singh Dalliwal minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah politeknik dan universiti yang telah dibina di bawah RMK-9 dan apakah pula perkembangannya.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam RMKe-9, Kementerian Pengajian Tinggi telah diluluskan peruntukan sebanyak RM1.56 bilion untuk pembinaan lapan buah politeknik baru, RM225.8 juta untuk projek naik taraf politeknik dan RM235.2 juta untuk projek sambungan pembangunan politeknik di bawah RMKe-8. Senarai lapan buah Politeknik baru di bawah RMKe-9 ialah :-

i. Politeknik Nilai, Negeri Sembilan

ii. Politeknik Mersing, Johor

iii. Politeknik Jeli, Kelantan

iv. Politeknik Banting, Selangor

v. Politeknik Sandakan, Sabah

vi. Politeknik Muadzam Shah, Pahang

vii. Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu

viii. Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang

Namun, disebabkan oleh kekangan peruntukan, pembinaan Politeknik Hulu Terengganu dan Politeknik Balik Pulau di bawah RMKe-9 telah ditangguhkan dan pelaksanaan bagi kedua-dua politeknik ini akan diteruskan di bawah RMKe-10. Pelaksanaan pembangunan fizikal bagi politeknik baru di bawah RMKe-9 telah dimulakan pada tahun 2007 dan ianya dijangka siap pada akhir tahun 2010.

Page 87: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

77

Dalam tempoh RMke-9, tiga buah IPTA baru telah dibangunkan iaitu Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menjadikan bilangan IPTA sebanyak 20 buah. Bagi semua IPTA di seluruh negara, siling sebanyak RM18.296 bilion telah diperuntukkan di bawah RMKe-9 bagi pembangunan sebanyak 679 projek. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 134 projek telah siap, 440 projek dalam pembinaan/pelaksanaan, 60 projek pada peringkat tender, 24 projek di peringkat reka bentuk dan baki 21 projek lagi telah ditangguhkan.

Page 88: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

78

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : TAN SRI DATUK TEE HOCK SENGTARIKH : 8 JULAI 2009 (RABU)SOALAN : NO.93

Tan Sri Datuk Tee Hock Seng minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan kemungkinan Kerajaan mengkaji penyelidik PhD sebanyak RM20,000 dan Ijazah sarjana sebanyak RM10,000 di universiti tempatan, diperuntukkan kepada mereka yang sedang bekerja untuk menaik taraf akademik sumber manusia.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, objektif utama pembiayaan pengajian peringkat sarjana dan doktor falsafah di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua adalah untuk menyediakan peluang pembiayaan bagi golongan berikut:-

i. graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan;

ii. kumpulan yang belum mempunyai pendapatan tetap; dan

iii. kumpulan pekerja yang diberhentikan kerja akibat krisis ekonomi.

Penyediaan mereka diberi pembiayaan untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah lanjutan adalah salah satu usaha untuk meningkatkan tahap pendidikan kumpulan sasaran. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mengurangkan tekanan dalam pasaran pekerjaan terutama bagi graduan yang menganggur dan pekerja yang diberhentikan kerja akibat krisis ekonomi.

Pada masa ini, Kerajaan tidak bercadang untuk memperluaskan pembiayaan ini kepada golongan yang sedang bekerja dan berpendapatan tetap memandangkan pelaksanaan bantuan ini mempunyai objektif khusus dan peruntukan yang disediakan adalah terhad. Walau bagaimanapun, Kerajaan sentiasa menggalakkan mereka yang sedang bekerja untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi melalui saluran sedia ada seperti pendidikan jarak jauh, program eksekutif dan seumpamanya.

Page 89: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

79

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : DATO’ HAJAH SAMSIAH BINTI SAMSUDINTARIKH : 9 JULAI 2009 (KHAMIS)SOALAN : NO.19

Dato’ Hajah Samsiah binti Samsudin minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengapakah pelajar-pelajar dari universiti yang lain mempunyai Ijazah Perakaunan tidak berpeluang mengambil kursus profesional Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) secara serentak seperti pelajar di UUM.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah kerjasama dengan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (Association of Certified Chartered Accountants, ACCA) secara dua hala bagi memberi pengiktirafan kelayakan secara timbal balas (mutual recognition). Kerjasama dua hala ini membolehkan UUM mendapat pengecualian bagi kesemua kursus di peringkat ‘fundamental level’ dan pelajar hanya perlu menduduki lima (5) kursus lagi di peringkat profesional. Persetujuan juga merangkumi ketetapan bahawa kursus profesional yang perlu diambil oleh pelajar UUM itu adalah selari dengan kursus-kursus di tahun akhir pengajian.

IPTA yang lain seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang menawarkan program pengijazahan Sarjana Muda Perakaunan turut mendapat pengecualian maksimum sehingga 9 kursus daripada 14 kursus yang wajib diambil untuk menduduki ujian The Association of Certified Chartered Accountants (ACCA) (UK). Setakat ini, tiada IPTA yang membolehkan pelajar memperoleh Ijazah Perakaunan serentak dengan sijil profesional ACCA.

Page 90: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

80

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : PUAN USHA NANDHINI A/P S. JAYARAMTARIKH : 9 JULAI 2009 (KHAMIS)SOALAN : NO.43

Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan bagi memastikan para pelajar IPTA dan juga IPTS memahami dasar-dasar Kerajaan. Apakah pendekatan yang sama digunakan bagi pelajar IPTA dan juga IPTS, memandangkan ramai pelajar warga asing turut menuntut di kedua-dua institusi pengajian tinggi tersebut.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelajar IPT sememangnya sentiasa didedahkan dengan dasar-dasar Kerajaan sama ada melalui modul akademik dan juga ko-kurikulum. Kursus-kursus kenegaraan seperti Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Hubungan Etnik dan Kenegaraan Malaysia adalah diwajibkan kepada semua pelajar ijazah pertama di semua IPT. Kursus ini berupaya menyemai, memupuk dan menyuburkan rasa persefahaman dan mewujudkan keharmonian antara kaum, budaya, agama dan kepercayaan di kalangan pelajar seiring dengan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

Lapan program utama ko-kurikulum iaitu Kepimpinan, Sukan, Kebudayaan, Khidmat Komuniti, Pengucapan Awam, Kesukarelawan, Daya Cipta dan Inovasi, dan Keusahawanan diberi fokus bagi membina keterampilan diri pelajar dengan memberikan pendedahan kepada subjek di luar bidang pengkhususan mereka termasuklah pemahaman terhadap dasar-dasar Kerajaan. Program tersebut telah dimulakan di kalangan pelajar-pelajar IPTA dan akan diperluaskan kepada pelajar-pelajar di IPTS secara berperingkat.

Manakala pelajar antarabangsa pula akan didedahkan dengan maklumat mengenai Malaysia sebelum mereka sampai ke negara ini. Mereka juga diberi taklimat berkaitan perkara-perkara yang boleh di lakukan dan tidak patut

Page 91: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

81

di lakukan (do and dont’s for international students) setelah mereka mendaftar di IPT. Pendedahan terhadap dasar-dasar Kerajaan dan nilai-nilai budaya tempatan diperkenalkan secara beransur-ansur melalui sesi penerangan dan pameran pendidikan Malaysia di luar negara dan juga melalui program-program pembangunan pelajar semasa mereka mengikuti pengajian di Malaysia. Program khas yang dilaksanakan bagi pelajar antarabangsa melibatkan pelajar pelbagai negara dan pelbagai IPT termasuklah:-

i. International Students Sports Carnival;

ii. International Students Cultural Night;

iii. International Students Leadership Seminar; dan

iv. International Students Community Service.

Page 92: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

82

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : PROF. DATO’ DR. FIRDAUS BIN HAJI ABDULLAHTARIKH : 9 JULAI 2009 (KHAMIS)SOALAN : NO.48

Prof. Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan pelajar-pelajar warga negara asing dan negara asal mereka yang belajar di negara ini.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga Februari 2009, terdapat seramai 70,572 orang pelajar antarabangsa dari 148 buah negara sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) Negara ini. Dari jumlah tersebut seramai 19,893 pelajar mengikuti pengajian di IPTA dan 50,679 pelajar di IPTS. Sepuluh buah negara yang paling ramai pelajarnya di IPT ialah Indonesia (9,537), Republik Rakyat China (8,060), Iran (6,813), Nigeria (5,488), Yemen (3,905), Arab Saudi (2,850), Botswana (2,350), Sudan (2,333), Bangladesh (2,068) dan Iraq (1,717).

Page 93: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

83

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : DATO’ HAJI AHMAD RUSLI BIN HAJI IBERAHIMTARIKH : 9 JULAI 2009 (KHAMIS)SOALAN : NO.96

Dato’ Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan dasar-dasar Kerajaan dalam memastikan graduan IPTA/IPTS memenuhi tuntutan serta pasaran pekerjaan semasa.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang berhormat, sebelum sesuatu program pengajian dibangunkan, IPT perlu menjalankan kajian pasaran ke atas program tersebut bagi memastikan graduan yang bakal dihasilkan kelak menepati keperluan pasaran. IPT juga turut mengkaji dan mengubahsuai kurikulum sedia ada dari masa ke semasa mengikut kitaran atau cycle dengan izin bagi setiap tiga hingga lima tahun bergantung kepada kursus pengajian. Ini adalah bagi memastikan supaya program pengajian sentiasa relevan dan memenuhi keperluan semasa. Di samping itu, pandangan dan input daripada ahli-ahli akademik, pakar dari industri dan pihak swasta, pihak Kerajaan dan badan bukan Kerajaan (NGO) merupakan komponen penting yang diambil kira sebelum program berkenaan diluluskan.

Kementerian menyedari pekerjaan pada masa ini semakin kompetitif terutama dalam suasana ekonomi yang tidak menentu dan juga berlaku pertambahan bilangan graduan setiap tahun. Justeru, Kementerian telah mengambil langkah bagi melahirkan graduan berkualiti yang dapat memenuhi kehendak pasaran dalam dan luar negara. Antara langkah yang telah dilaksanakan secara berterusan termasuk:-

i. memastikan Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (soft skills) dan Modul Asas Pembudayaan Keusahawanan diajar di IPTA bagi semua program akademik;

Page 94: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

84

ii. menjalankan program penempatan dalam industri bagi tempoh 2 hingga 6 bulan;

iii. membantu siswazah yang telah tamat pengajian untuk mengikuti program latihan khusus dengan kerjasama Government Link Company (GLC) dan pihak industri;

iv. menawarkan kursus-kursus baru yang bersifat futuristic dan relevan;

v. menerapkan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan pelajar (student-centered) atau berasaskan masalah (problem-based); dan

vi. KPT turut memantapkan Kajian Pengesanan Graduan (bagi graduan yang telah tamat pengajian dalam tempoh 3 – 6 bulan) bagi memperkukuhkan lagi perancangan dan pembangunan modal insan di peringkat tertiari secara lebih berkesan.

Page 95: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

85

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : TAN KHOO SOO SEANG TARIKH : 13 JULAI 2009 (ISNIN)SOALAN : NO. 16

Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kerajaan sudah mengenal pasti punca masalah yang sebenar mengenai isu kesilapan senarai nama kemasukan pelajar ke Universiti Sains Malaysia dan apakah tindakan yang diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab agar kejadian tersebut tidak akan berulang di mana-mana universiti atau LPU.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kesilapan senarai nama kemasukan pelajar ke Universiti Sains Malaysia (USM) telah dikenal pasti berpunca daripada sistem yang sepatutnya menyenaraikan hanya 3,599 calon yang dipilih dari jumlah 8,173 yang layak.

Kesilapan ini berlaku kerana sistem gagal membezakan antara yang ‘telah terpilih’ berjaya di USM dan ‘yang layak’ tetapi ‘tidak dipilih’. Sistem telah menyenaraikan semua yang layak berjumlah 8,173 sebagai berjaya di USM sedangkan yang dipilih hanya 3,599.

Walau bagaimanapun sejumlah 4,574 calon yang tersalah diberi tawaran oleh USM tersebut telah ditempatkan di IPTA-IPTA lain. Dari jumlah tersebut seramai 4,424 (96.7%) telah berjaya mendapat tempat ke 19 IPTA lain, manakala baki 150 calon yang tidak mendapat tawaran telah dipertimbangkan semula oleh USM melalui kes rayuan.

Bagi memastikan kejadian ini tidak berulang, tindakan terhadap staf yang terbabit akan dilakukan oleh USM mengikut prosedur tatatertib sedia ada.

Page 96: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

86

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : PUAN HAJAH ZAINUN BINTI A. BAKARTARIKH : 13 JULAI 2009 (ISNIN)SOALAN : NO.35

Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah dan tindakan yang akan diambil oleh Kementerian bagi memastikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus berkemampuan untuk memberikan pinjaman bagi pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT)

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelbagai langkah telah dilakukan oleh PTPTN bagi meningkatkan kecekapan pengurusan terutama bagi memudahkan peminjam membuat bayaran balik. Antara langkah yang diambil adalah seperti berikut:-

i. memperbanyakkan dan mempelbagaikan saluran bayaran balik seperti mewujudkan kaedah bayaran balik melalui potongan gaji secara tetap melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dan kemudahan pembayaran melalui kaunter atau secara atas talian (online) oleh PTPTN dan ejen-ejen yang dilantik seperti Pos Malaysia dan bank-bank terpilih (Maybank, Bank Islam, CIMB Bank, RHB Bank, Public Bank dan Bank Simpanan Nasional);

ii. bekerjasama dengan IPT untuk mengadakan taklimat kepada pelajar tahun akhir/bakal graduan tentang kemudahan dan kepentingan membuat bayaran balik pinjaman; dan

iii. mengeluarkan surat arahan bayaran balik (bagi peminjam yang telah tamat tempoh pengeluaran dan sepatut mula membuat bayaran balik) dan surat-surat peringatan (bagi peminjam yang masih tidak membuat bayaran balik/tidak memberi maklum balas).

Page 97: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

87

Kementerian sememangnya menyedari tentang pentingnya kelestarian dana PTPTN untuk terus menyediakan pembiayaan kepada pelajar yang diterima masuk ke IPT. Justeru, Kementerian telah mengambil langkah pro-aktif dengan menjalankan kajian kelestarian PTPTN. Memorandum mengenai hasil kajian tersebut dan perkara-perkara yang dicadangkan akan dikemukakan kepada Kerajaan untuk mendapatkan pandangan dan kelulusan. Langkah susulan akan diambil setelah mendapat kelulusan daripada Kerajaan.

Page 98: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

88

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : IR. HAJI ZAMRI BIN HAJI YUSUFTARIKH : 13 JULAI 2009 (ISNIN)SOALAN : NO.54

Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan ‘ranking’ lima teratas bagi IPT Malaysia mengikut penarafan dunia, serta usaha Kementerian dalam meningkatkan pencapaian tahap pendidikan bagi menuju kedudukan lebih baik dalam penarafan dunia.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, lima (5) buah universiti tempatan negara telah berjaya mendapat tempat di dalam Top 200 Asian University Rankings 2009 yang dikelolakan oleh Quacquarelli Symonds (QS). Kedudukan 5 universiti tersebut ialah:-

i. Universiti Malaya (UM) ke-39;

ii. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-51;

iii. Universiti Sains Malaysia (USM) ke-69;

iv. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-82; dan

v. Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-90.

Kementerian ini amat komited untuk menaikkan taraf dan kualiti institusi pengajian tinggi di negara ini. Selain melihat ukuran melalui penarafan yang dibuat oleh badan luar, Kementerian melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah memulakan pelaksanaan aktiviti penarafan pada tahun 2007 melalui pelaksanaan instrumen Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA) yang bukan sahaja akan dilaksanakan terhadap IPTA tetapi ia juga meliputi IPTS. Sehubungan itu, sebanyak 61 buah IPTA dan IPTS berstatus universiti dan kolej universiti akan terlibat dalam SETARA 2009. SETARA

Page 99: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

89

2009 akan dibuat penambahbaikan setelah mendapat pandangan daripada pelbagai pihak berkaitan usaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan dalam pelaksanaannya. Ia akan menekankan elemen kaedah pengajaran dan pembelajaran yang di guna pakai. Dengan cara itu, ranking yang dilakukan akan lebih menyeluruh dan memberi gambaran sebenar tentang kualiti IPT tempatan.

Page 100: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

90

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : TUAN HAJI MUHAMAD YUSOF BIN HUSINTARIKH : 13 JULAI 2009 (ISNIN)SOALAN : NO.87

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memastikan proses kelulusan PTPTN dilakukan dengan cepat agar tidak membebankan pelajar-pelajar miskin.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, PTPTN secara amnya ditubuhkan bagi memastikan pembiayaan yang efisien disediakan kepada pelajar-pelajar yang layak mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) selaras dengan hasrat Kerajaan bagi memastikan supaya tiada pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan.

Pelbagai langkah telah dilakukan oleh PTPTN bagi meningkatkan kecekapan pengurusan terutama bagi memastikan proses kelulusan pembiayaan dilakukan dengan cepat agar tidak membebankan pelajar. Antara langkah tersebut adalah dengan memperkenalkan permohonan pembiayaan secara atas talian yang telah diperkenalkan bermula 15 Jun 2007. Permohonan atas talian mempunyai pelbagai kelebihan, antaranya:-

i. pelajar boleh mengakses permohonan secara atas talian pada bila-bila masa dan di mana-mana jua pelajar berada;

ii. hanya sedikit maklumat yang perlu diisi kerana kebanyakan maklumat adalah bersifat Auto Populate dengan izin kerana ianya telah diperoleh daripada agensi Kerajaan yang lain;

iii. panduan dan FAQ disertakan pada laman web tersebut dan pelajar boleh merujuk FAQ sekiranya sebarang masalah timbul; dan

Page 101: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

91

iv. kelulusan secara atas talian hanya mengambil masa dalam tempoh 6 hari selepas permohonan ditutup. Sekiranya permohonan diluluskan, pelajar hanya perlu mencetak dokumen tawaran tersebut dan diserahkan kepada PTPTN setelah mereka mendaftar di IPT.

Pelajar yang terdiri daripada keluarga yang berpendapat rendah sentiasa dibela dan diberi perhatian yang sewajarnya. PTPTN menyediakan kemudahan Wang Pendahuluan Pinjaman sebanyak RM1,500 kepada pelajar yang layak sebelum mereka mendaftar di IPT. Langkah ini diambil bagi memudahkan pelajar membuat persediaan awal sebelum memasuki IPT.

Pada masa ini, pengeluaran pembiayaan pendidikan PTPTN dibuat sebanyak dua kali setahun iaitu pada setiap semester. Pengeluaran akan dibuat dalam tempoh tidak melebihi 21 hari bekerja selepas PTPTN menerima dokumen perjanjian pembiayaan yang lengkap bagi pengeluaran kali pertama atau setelah menerima pengesahan status pelajar dari IPT bagi pengeluaran kali kedua dan seterusnya.

Page 102: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

92

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : PUAN MUMTAZ BINTI MD. NAWITARIKH : 13 JULAI 2009 (ISNIN)SOALAN : NO.90

Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah pinjaman dan pola pembayaran balik pinjaman PTPTN oleh pelajar IPTA berbanding pelajar IPTS dari tahun 2004-2008 dan adakah Kerajaan bercadang untuk menggantikannya dengan institusi lain atau memperkenalkan langkah untuk memperkasakannya.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Mei 2009, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah meluluskan lebih daripada 1.3 juta pinjaman yang melibatkan amaun berjumlah RM27.4 bilion. Berdasarkan analisa bayaran balik yang telah dibuat oleh PTPTN pada tahun 2008, prestasi bayaran balik bagi pelajar IPTA adalah pada kadar 64%, Politeknik 49%, IPTS Utama 55% dan lain-lain IPTS 43%.

Pada masa ini, Kerajaan tidak bercadang untuk menggantikan PTPTN dengan institusi lain. Pelbagai langkah telah dilakukan oleh PTPTN bagi meningkatkan kecekapan pengurusan terutama bagi memudahkan lagi peminjam membuat bayaran balik yang merupakan asas penting dalam kelestarian dana PTPTN. Kementerian juga telah mengambil langkah pro-aktif dengan menjalankan kajian kelestarian PTPTN. Memorandum mengenai hasil kajian tersebut dan perkara-perkara yang dicadangkan akan dikemukakan kepada Kerajaan untuk mendapatkan pandangan dan kelulusan. Langkah susulan akan diambil setelah mendapat kelulusan daripada Kerajaan.

Page 103: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

93

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : TAN SRI (DR.) JINS BIN SHAMSUDINTARIKH : 13 JULAI 2009 (ISNIN)SOALAN : NO.94

Tan Sri (Dr.) Jins bin Shamsudin minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan tidakkah Kementerian bercadang untuk mengkaji semula sistem pengajian perfileman di semua IPTA dan IPTS diselaraskan dengan mengguna pakai kedua-kedua sistem iaitu filem dan video.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian sememangnya menitikberatkan kecemerlangan dalam semua bidang pengajian, sama ada bidang sains mahupun bukan sains (non-sciences). Dalam konteks ini, Kementerian sentiasa prihatin terhadap penawaran program pengajian yang diperlukan oleh pasaran tempatan dan antarabangsa termasuk juga bidang pengajian yang berkaitan dengan perfileman.

Semakan semula kurikulum program pengajian perfileman juga dibuat dengan mengambil kira pandangan ahli-ahli akademik, badan-badan profesional, pakar dari industri, pihak swasta, pegawai Kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) pada setiap tiga hingga lima tahun. Ini bagi memastikan bidang pengajian perfileman di IPT tempatan sentiasa mengikuti perkembangan semasa dari segi penggunaan peralatan dan teknik-teknik terkini dalam industri perfileman.

Page 104: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

94

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : PROF. DATUK DR. ISMAIL BIN MD. SALLEHTARIKH : 13 JULAI 2009 (ISNIN)SOALAN : NO.103

Prof. Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan pada tiap-tiap tahun, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan RM 3.4 bilion untuk membiayai pinjaman pelajar bagi mengikuti pengajian tinggi mereka. Jumlah ini dijangka melebihi RM46 bilion menjelang 2020. Trend ini adalah sesuatu yang tidak ‘sustainable’ dalam jangka panjang. Adakah Kerajaan menimbang untuk mewujudkan Bank Pendidikan bagi membolehkan Kerajaan mengadakan satu skim pinjaman pendidikan yang lebih ‘resilient’.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Mei 2009, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah meluluskan lebih daripada 1.3 juta pinjaman yang melibatkan amaun berjumlah RM27.4 bilion. Kementerian sememangnya menyedari tentang pentingnya kelestarian dana PTPTN untuk terus memberikan pembiayaan kepada pelajar yang memasuki IPT. Pelbagai langkah telah dilakukan oleh PTPTN bagi meningkatkan kecekapan pengurusan terutama bagi memudahkan lagi peminjam membuat bayaran balik yang merupakan asas penting dalam kelestarian dana PTPTN. Kementerian juga telah mengambil langkah pro-aktif dengan menjalankan kajian kelestarian PTPTN. Memorandum mengenai hasil kajian tersebut dan perkara-perkara yang dicadangkan akan dikemukakan kepada Kerajaan untuk mendapatkan pandangan dan kelulusan. Langkah susulan akan diambil setelah mendapat kelulusan daripada Kerajaan.

Pada masa ini, Kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan Bank Pendidikan bagi menggantikan PTPTN. Dasar semasa Kerajaan adalah bagi memastikan supaya tiada pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan terus dapat dilaksanakan.

Page 105: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

95

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISAN DARIPADA : TUAN KHOO SOO SEANG TARIKH : 14 JULAI 2009 (SELASA)SOALAN : NO.37

Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan dan peratus penuntut asing di IPTA dan IPTS.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Disember 2008, enrolmen pelajar di IPTA adalah seramai 419,334 orang. Daripada jumlah tersebut seramai 18,485 orang (4.4%) merupakan pelajar antarabangsa. Manakala enrolmen pelajar di IPTS pula adalah seramai 450,531orang dan seramai 50,679 orang (11%) adalah pelajar antarabangsa.

Page 106: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

96

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : PROF. DATO’ DR. FIRDAUS BIN HJ ABDULLAHTARIKH : 14 JULAI 2009 (SELASA)SOALAN : NO.51

Prof. Dato’ Dr. Firdaus Bin Hj Abdullah minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk menyeimbangkan peranan pensyarah-pensyarah universiti sebagai ‘penyelidik’. Sebagai ‘pendidik’ seorang pensyarah diharapkan untuk melatih para mahasiswa berfikir secara analitikal dan kritikal serta berkomunikasi dengan berkesan. Sebagai ‘penyelidik’ seorang pensyarah diharapkan untuk memperluas horizon ilmu dan membuat penemuan-penemuan baru.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keseimbangan peranan pensyarah dan penyelidik di IPTA sememangnya penting dalam memenuhi tuntutan pengembangan ilmu dan melahirkan graduan yang cemerlang. Di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS), seorang pensyarah disarankan menjadi penyelidik yang berupaya meneroka idea/konsep/teori yang seterusnya menjadi pemangkin kepada penemuan baru, perkembangan ilmu dan penciptaan yang inovatif dan terkini. Di samping itu, bagi memastikan keseimbangan tugas, penyelidik disyaratkan melatih sekurang-kurangnya dua orang pelajar PhD atau tiga orang pelajar Sarjana atau gabungan keduanya bagi projek penyelidikan FRGS yang mengambil masa selama tiga tahun. Manakala bagi projek penyelidikan dua tahun, disyaratkan dapat melatih seorang pelajar PhD atau dua orang pelajar sarjana atau gabungan keduanya.

Page 107: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

97

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : DATO’ HAJI ABDUL RASHID BIN NGAHTARIKH : 14 JULAI 2009 (SELASA)SOALAN : NO.77

Dato’ Haji Abdul Rashid Bin Ngah minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah sebenarnya yang berlaku sewaktu pendaftaran pelajar-pelajar baru di USM dan bagaimana kekecohan itu telah diselesaikan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, apa yang berlaku pada 29 Mei 2009 ialah kesilapan sistem yang gagal membezakan antara yang telah terpilih dan berjaya ke Universiti Sains Malaysia (USM) dan yang tetapi tidak dipilih. Sistem telah menyenaraikan semua yang layak iaitu seramai 8,173 sebagai berjaya di USM sedangkan yang dipilih hanya 3,599 berdasarkan kapasiti USM.

Walau bagaimanapun, masalah ini telah dapat diselesaikan di mana sejumlah 4,574 calon yang tersalah diberi tawaran oleh USM tersebut telah mendapat tempat di IPTA-IPTA yang lain. Dari jumlah tersebut, seramai 4,424 (96.7%) telah berjaya mendapat tempat ke 19 IPTA lain dan baki 150 calon yang tidak mendapat tawaran dipertimbangkan semula oleh USM dalam kes rayuan.

Page 108: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

98

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : DATUK HAJI RIZUAN BIN ABD. HAMIDTARIKH : 14 JULAI 2009 (SELASA)SOALAN : NO.91

Datuk Haji Rizuan Bin Abd. Hamid minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bagaimana berlaku kesilapan pengambilan pelajar di USM baru-baru ini. Tidakkah pihak pentadbiran universiti sedar bahawa kapasiti pelajar baru hanya 3,599 bagaimana pula timbul angka 8,000 lebih. Apakah kekalutan ini menjejaskan nama USM sebagai Universiti APEX.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kesilapan senarai nama kemasukan pelajar ke USM tidak menjejaskan status USM dalam program APEX keseluruhanya. Kes ini berlaku disebabkan masalah teknikal di mana sistem tidak dapat membezakan antara yang telah terpilih ke Universiti Sains Malaysia (USM) dan yang layak tetapi tidak dipilih. Sistem telah menyenaraikan semua yang layak iaitu seramai 8,173 sebagai berjaya ke USM sedangkan yang dipilih hanya 3,599.

Walau bagaimanapun, sejumlah 4,574 calon yang tersalah diberi tawaran oleh USM tersebut telah mendapat tempat di IPTA-IPTA lain di mana seramai 4,424 (96.7%) telah berjaya mendapat tempat ke 19 IPTA lain. Baki 150 calon yang tidak mendapat tawaran dipertimbangkan semula oleh USM dalam kes rayuan.

Page 109: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

99

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : PROF. DATUK. DR. ISMAIL BIN MD. SALLEHTARIKH : 14 JULAI 2009 (SELASA)SOALAN : NO.100

Prof. Datuk. Dr. Ismail Bin Md. Salleh minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sehingga kini hanya 3 universiti swasta iaitu Universiti Terbuka Malaysia, Universiti Wawasan dan UNiTAR dibenarkan mengendalikan pengajian jarak jauh di mana syarat kemasukan berdasarkan pengalaman dan usia pelajar. Program ini juga mendapat tajaan dari PTPTN. Memandangkan potensi pengajian jarak jauh bagi meningkatkan modal insan, mengapakan tidak program tersebut juga diperluaskan kepada kolej-kolej swasta lain.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini terdapat enam buah IPTS yang menjalankan program pengajian jarak jauh iaitu Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Universiti Terbuka Wawasan (WOU), Universiti Tun Abdul Razak (UniTAR), Asia e-University (AeU), Al-Madinah International University (MEDIU), International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF). Kementerian sentiasa mengkaji keperluan bagi meningkatkan aksesibiliti pengajian tinggi kepada masyarakat termasuklah kaedah pengajian melalui program pengajian jarak jauh. Kementerian sentiasa menggalakkan IPTS mempelbagaikan kaedah pembelajaran yang terkini dan menggunakan teknologi moden dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun, kualiti program pengajian hendaklah menepati tahap yang telah ditetapkan oleh MQA agar sasaran untuk menjadikan Malaysia hab kecemerlangan pengajian tinggi serantau dan antarabangsa akan dapat dicapai.

Page 110: rujukan
Page 111: rujukan

MESYUARAT KEDUA

JAWAPAN BAGI PERTANYAAN BUKAN JAWAB LISAN

Siri Koleksi Pertanyaan Dan Jawapan Parlimen

DEWAN NEGARA 2009KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Page 112: rujukan
Page 113: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

103

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISANDARIPADA : PUAN GK LOGA CITRASOALAN : NO. 12

Puan GK Loga Citra minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah strategi yang telah dan akan diambil oleh Kementerian untuk memastikan pelajar-pelajar asing di negara ini benar-benar mengikuti pengajian mereka di IPTA/IPTS dan kaedah pemantauan terhadap aktiviti-aktiviti pelajar-pelajar berkenaan selepas waktu kuliah supaya mereka tidak menyalahgunakan pas pelajar.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi serantau dan antarabangsa, kemasukan pelajar antarabangsa ke IPT adalah sangat dialu-alukan. Namun, bagi memastikan negara mendapat manfaat yang optimum dengan kehadiran mereka, pemantauan terhadap kegiatan dan aktiviti-aktiviti sosial mereka dibuat secara berterusan di peringkat IPT masing-masing dan juga oleh Kementerian dan pelbagai agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Di samping itu, program pembangunan sahsiah bagi pelajar-pelajar antarabangsa juga dirancang dan dilaksanakan dari semasa ke semasa di setiap IPT agar dapat membina keterampilan mereka dan menerapkan kemahiran insaniah termasuk penerapan nilai dan etika profesional. Program tersebut mampu membantu pelajar antarabangsa memberikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran dan pembelajaran di IPT masing-masing dan mengelakkan diri dari menjalankan kegiatan yang tidak berfaedah serta menyalahgunakan pas pelajar.

Page 114: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

104

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISANDARIPADA : TUAN KHOO SOO SEANGSOALAN : NO.25

Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan penuntut di maktab dan universiti yang berjaya mendapat pinjaman PTPTN dan berapakah purata pinjaman yang diberikan kepada setiap individu yang berjaya.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini skop pembiayaan PTPTN hanya disediakan kepada pelajar IPT tempatan sahaja tidak termasuk maktab perguruan. Sehingga 31 Mei 2009 PTPTN telah meluluskan lebih 1.3 juta pinjaman yang berjumlah RM27.4 bilion.

Penentuan jumlah pembiayaan yang diberikan adalah berdasarkan kepada jumlah pendapatan ibu bapa pelajar atau pendapatan pelajar sendiri, jenis IPT, tahap kursus dan jurusan yang diikuti oleh pelajar. Secara umumnya, bagi pelajar IPTA yang mengikuti kursus ijazah pertama jurusan sains, pembiayaan yang ditawarkan ialah maksimum RM7,000 setahun. Manakala bagi kursus diploma, pembiayaan yang ditawarkan ialah maksimum RM5,000 setahun. Bagi pelajar IPTS yang mengikuti kursus ijazah pertama jurusan sains, pembiayaan yang ditawarkan ialah maksimum RM16,500 setahun, manakala bagi kursus diploma, pembiayaan yang ditawarkan ialah maksimum RM8,000 setahun.

Page 115: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

105

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISANDARIPADA : TUAN KHOO SOO SEANGSOALAN : NO.26

Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan dibawah skim PTPTN, berapakah jumlah pinjaman yang diberikan dari tahun 2000 hingga 2005 dan berapakah peratus daripada pinjaman tersebut dibayar balik oleh peminjam.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bermula dari tahun 2000 sehingga 2005, PTPTN telah meluluskan sebanyak 680,111 pinjaman dengan amaun pembiayaan yang berjumlah RM12.7 bilion. Manakala sehingga 31 Mei 2009, PTPTN telah meluluskan sejumlah RM27.4 bilion kepada lebih 1.3 juta peminjam. Sehingga tempoh yang sama, jumlah pinjaman terkumpul yang sepatutnya dibayar balik oleh pelajar adalah sebanyak RM2.5 bilion dan jumlah yang telah dibayar balik adalah sebanyak RM1.2 bilion atau 47%. Daripada segi jumlah peminjam, seramai 490,030 atau 74.2% yang telah mula membayar balik pinjaman mereka. Ini menunjukkan ramai peminjam yang menyedari tanggungjawab mereka untuk membayar balik pinjaman hasil daripada usaha dan tindakan yang telah dibuat oleh semua pihak yang terlibat.

Page 116: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

106

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISANDARIPADA : TUAN KHOO SOO SEANGSOALAN : NO.27

Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk memastikan peminjam bagi pinjaman PTPTN tidak culas untuk membayar balik pinjaman tersebut.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, PTPTN sentiasa berusaha bagi memastikan prestasi bayaran balik pinjaman dipertingkatkan dari masa ke semasa. Antara tindakan-tindakan yang sedang dan telah diambil bagi meningkatkan lagi prestasi bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:

i. memperbanyakkan dan mempelbagaikan saluran bayaran balik seperti mewujudkan kaedah bayaran balik melalui potongan gaji secara tetap melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dan kemudahan pembayaran melalui kaunter atau secara atas talian (online) oleh PTPTN dan ejen-ejen yang dilantik seperti Pos Malaysia dan bank-bank terpilih (Maybank, Bank Islam, CIMB Bank, RHB Bank, Public Bank dan Bank Simpanan Nasional);

ii. bekerjasama dengan IPT untuk mengadakan taklimat kepada pelajar tahun akhir/bakal graduan tentang kemudahan dan kepentingan membuat bayaran balik pinjaman;

iii. mengeluarkan surat arahan bayaran balik (bagi peminjam yang telah tamat tempoh pengeluaran dan sepatut mula membuat bayaran balik) dan surat-surat peringatan (bagi peminjam yang masih tidak membuat bayaran balik/tidak memberi maklum balas);

Page 117: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

107

iv. bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan, syarikat berkaitan Kerajaan, pihak swasta dan melantik ejen untuk mengesan peminjam;

v. melantik panel peguam bagi urusan penghantaran Surat Peringatan Terakhir, Letter Of Demand (LOD) dan Saman; dan

vi. bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia untuk menahan peminjam ingkar daripada keluar negara.

Page 118: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 6 - 14 Julai 2009

108

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISANDARIPADA : DATO’ DR. YEOW CHAI THIAMSOALAN : NO.49

DATO’ DR. YEOW CHAI THIAM minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh pihak Universiti Sains Malaysia terhadap masalah sistem pengambilan pelajar yang berlaku baru-baru ini.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Universiti Sains Malaysia (USM) sedang memantapkan sistem kemasukan pelajar dengan mengambil kira semua penambahbaikan yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Siasatan Kementerian Pengajian Tinggi. Pemantapan sistem ini akan dilaksanakan oleh pakar-pakar dari USM dan IPTA-IPTA lain. Proses pemantapan sistem kemasukan pelajar ini dijangka siap pada pertengahan Ogos 2009.

Page 119: rujukan

MESYUARAT KETIGA

JAWAPAN BAGI PERTANYAAN LISAN9/12/2009 – 22/12/2009

Siri Koleksi Pertanyaan Dan Jawapan Parlimen

DEWAN NEGARA 2009KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Page 120: rujukan
Page 121: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

111

ATURAN URUSAN MESYUARATDEWAN NEGARA YANG KEDUA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA

9 HINGGA 22 DISEMBER 2009

BILTARIKH & NO. PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN(20 PERTANYAAN)

MINGGU PERTAMA (3 PERTANYAAN)

9 DISEMBER 2009 [RABU] (1)

1. 9 DISEMBER 2009

NO. 19

Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah dasar yang diguna pakai oleh IPTA dalam soal bahasa pengantar, dengan merujuk kepada Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia yang menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya di dalam semua bidang pengajian kecuali Pengajian Melayu dan Pengajian Islam.

10 DISEMBER 2009 [ KHAMIS ] ( 2 )

2. 10 DISEMBER 2009

NO. 12

Puan GK Loga Chitra minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sebab ketiadaan kolej komuniti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan nyatakan sama ada pihak Kementerian ada cadangan untuk membina kemudahan tersebut di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

3. 10 DISEMBER 2009

NO. 67

Prof. Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah konkrit yang sistematik dan terancang yang telah, sedang atau akan diambil oleh Kementerian untuk memastikan supaya kaedah Meritokrasi dalam kemasukan pelajar-pelajar ke IPTA dan pemberian biasiswa berprestij untuk belajar di luar negeri, tidak akan melebarkan jurang sosial antara kaum.

MINGGU KEDUA [14 PERTANYAAN]

14 DISEMBER 2009 [ISNIN] (2)

4. 14 DISEMBER 2009

NO. 8

Dato’ Haji Idris bin Haji Buang minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah pihak Kerajaan akan mewujudkan satu sistem pendaftaran yang menyeluruh bagi memastikan

Page 122: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

112

BILTARIKH & NO. PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN(20 PERTANYAAN)

tiap-tiap individu dan warganegara Malaysia yang menggunakan gelaran Prof., Dr., Ir. dan lain-lain (di hadapan nama mereka) atau LLM, LLB, MA, Msc., BA, Bsc., dan diploma bagi ijazah-ijazah dan diploma yang mereka perolehi dari mana-mana kolej atau universiti di Malaysia tetapi menggunakan gelaran tersebut dalam Malaysia wajib mendaftar dengan Kerajaan dan diberi sijil sah selepas disemak bagi memastikan gelaran yang diberikan kepada mereka bukanlah tipu.

5. 14 DISEMBER 2009

NO. 44

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapa peratus faedah yang dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Adakah Kerajaan tidak bercadang menghapuskan faedah tersebut.

15 DISEMBER 2009 [SELASA] (4)

6. 15 DISEMBER 2009

NO. 4

Datuk Chandrasekar Suppiah minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan ucapan terima kasih atas tindakan segera Kementerian terhadap pelajar-pelajar yang terlibat dalam bencana alam di Padang, Indonesia baru-baru ini. Apakah perancangan yang akan disediakan oleh pihak Kementerian kepada pelajar-pelajar ini.

[Pertanyaan ini dijawab bersekali dengan pertanyaan Y.B. Senator Tuan Rawisandran Narayanan pada 17 Disember 2009 kerana menyentuh perkara yang sama]

7. 15 DISEMBER 2009

NO. 10

Prof. Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan maklum balas terhadap andaian bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir yang mendakwa bahawa percambahan (proliferation) IPT di negara ini semenjak akhir-akhir ini lebih banyak didorong oleh keinginan untuk mendapatkan tukaran wang asing dari yuran pelajar-pelajar luar negeri sedangkan tujuan untuk melatih dan memberi pendidikan kepada anak tempatan menjadi prioriti kedua.

Page 123: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

113

BILTARIKH & NO. PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN(20 PERTANYAAN)

8. 15 DISEMBER 2009

NO. 50

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan status dan impak dari pengajaran modul hubungan etnik di universiti-universiti tempatan dan apakah rancangan Kementerian untuk menjadikan kursus ini wajib bagi semua IPTS.

9. 15 DISEMBER 2009

NO. 57

Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah yang diambil bagi memastikan graduan yang dilahirkan oleh IPTA dan IPTS mendapat pekerjaan yang sesuai dan setaraf dengan kelulusan dan bidang pengajian yang mereka perolehi.

16 DISEMBER 2009 [RABU] (5)

10. 16 DISEMBER 2009

NO. 25

Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bentuk pemulihan dan tempoh had masa yang diberikan kepada IPTS yang mempunyai jumlah IPTS yang berfokuskan fakulti agama Islam sedia ada di Malaysia dalam menjana pendapatan Kerajaan hasil dari pengajian tinggi swasta di Malaysia.

11. 16 DISEMBER 2009

NO. 27

Tuan Rawisandran a/l Narayanan minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan benarkah Ijazah Undang-undang yang ditawarkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak diikhtiraf untuk praktis sebagai peguam cara atau peguam bela di mahkamah di negara ini. Jika benar, berapakah jumlah pelajar yang terlibat mengambil jurusan ini.

12. 16 DISEMBER 2009

NO. 40

Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi meningkatkan soft skills di kalangan graduan IPT supaya membantu kebolehan pasaran graduan.

13. 16 DISEMBER 2009

NO. 61

Dato’ Wong Siong Hwee minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan pecahan pelajar mengikut komposisi kaum dan universiti tempatan yang berjaya ditawarkan melanjutkan pelajaran di peringkat universiti di negara ini dan usaha-usaha yang dijalankan oleh Kerajaan supaya lebih ramai kaum lelaki dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading pada masa hadapan.

Page 124: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

114

BILTARIKH & NO. PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN(20 PERTANYAAN)

14. 16 DISEMBER 2009

NO. 64

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah benar berlaku plaglarism di universiti tempatan sebagaimana dakwaan beberapa pihak dan jika benar apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mengatasinya.

17 DISEMBER 2009 [ KHAMIS ] (3)

15. 17 DISEMBER 2009

NO. 8

Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kerajaan mempertimbangkan semula untuk mengecualikan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk mahasiswa-mahasiswa berkelulusan kelas pertama pada tahun 2005 hingga 2009.

16. 17 DISEMBER 2009

NO. 44

Tuan Rawisandran a/l Narayanan minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah pendirian Kementerian terhadap pelajar yang baru-baru ini terpaksa pulang dari negara Indonesia (jurusan perubatan) ke tanah air akibat gempa bumi di negara itu.

[Pertanyaan ini dijawab bersekali dengan pertanyaan Y.B. Senator Datuk Chandrasekar Suppiah pada 15 Disember 2009 kerana menyentuh perkara yang sama]

17. 17 DISEMBER 2009

NO. 66

Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh manakah penyelidikan kejayaan dan kegagalan program latihan industri yang telah dicatat setakat ini kepada graduan IPT untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan berkenaan berbanding lulusan khidmat kemahiran.

MINGGU KETIGA [ 3 PERTANYAAN ]

21 DISEMBER 2009 [ISNIN] (1)

18. 21 DISEMBER 2009

NO. 20

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan secara terperinci akan bentuk kerjasama dalam bidang pengajian tinggi yang dipersetujui dalam kesepakatan KL - Beijing yang ditandatangani baru-baru ini.

Page 125: rujukan

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

115

BILTARIKH & NO. PERTANYAAN

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN(20 PERTANYAAN)

22 DISEMBER 2009 [SELASA] (2)

19. 22 DISEMBER 2009

NO. 8

Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk memberikan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) kepada pelajar ijazah pertama sepertimana yang diberikan kepada pelajar sekolah.

20. 22 DISEMBER 2009

NO. 58

Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato’ Seri Onn minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan strategi dan tindakan untuk mengkomersialkan penyelidikan oleh IPTA dan jumlah projek yang telah dikomersialkan oleh IPTA-IPTA dengan bantuan geran R&D Kerajaan.

Page 126: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

116116

BILNO.

PERTANYAANPERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN

(4 PERTANYAAN)

1. NO.13 Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan graduan yang dilahirkan bagi tempoh 2005 hingga 2009 oleh IPTA dan IPTS bagi peringkat ijazah pertama dan bilangannya yang mendapat pekerjaan.

2. NO.44 Prof. Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memantau IPTS yang menyeleweng sama ada dengan mengelirukan masyarakat dengan tawaran-tawaran kursus yang kononnya hendak mereka beri tetapi kemudian ternyata tidak menepati janji, atau dengan sengaja tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Juga mohon Kementerian menyatakan tindakan yang telah diambil terhadap IPTS sama ada sengaja mengelirukan orang ramai dengan janji-janji yang muluk atau sengaja mengingkari peraturan.

3. NO.45 Prof. Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sikap dan pendirian sebenar Kementerian tentang kecenderungan untuk mendapat ranking antarabangsa hingga mengakibatkan IPTA tempatan mempunyai prioriti yang salah dan masyarakat akademik berada dalam keadaan yang keliru untuk mencari keseimbangan antara tugas mengajar (memberi kuliah) dengan kegiatan penyelidikan untuk menambah bilangan penerbitan dalam jurnal-jurnal antarabangsa yang diiktiraf.

4. NO.46 Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan graduan yang dilahirkan pada peringkat ijazah, sarjana dan doktor falsafah oleh IPTA bagi tempoh 2005 hingga 2009 mengikut bidang pengajian utama.

Page 127: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

117

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : TUAN HAJI AHAMAT@AHAMAD BIN YUSOPTARIKH : 9 DISEMBER 2009 (RABU)SOALAN : NO.19

Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah dasar yang diguna pakai oleh IPTA dalam soal bahasa pengantar, dengan merujuk kepada Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia yang menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya di dalam semua bidang pengajian kecuali Pengajian Melayu dan Pengajian Islam.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam menentukan penggunaan bahasa pengantar utama bagi sistem pendidikan kebangsaan, Kerajaan tidak akan membelakangkan peruntukan sedia ada seperti termaktub di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) tentang penggunaan bahasa Kebangsaan.

Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di universiti akan terus dikekalkan. Sungguhpun begitu, perkembangan pendidikan global menuntut penguasaan dalam bahasa Inggeris. Justeru, IPTA dan IPTS dibenar mengendalikan program pengajian tertentu dalam bahasa Inggeris dengan kelulusan Menteri Pengajian Tinggi, namun, bahasa Kebangsaan hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib.

Kebiasaannya, penggunaan bahasa Inggeris adalah bagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di bidang sains dan teknologi seperti program perubatan, pergigian, kejuruteraan dan sains gunaan serta program-program profesional. Program-program dalam bidang tersebut banyak menggunakan istilah yang membawa maksud atau konotasi khas yang lebih sesuai diajar dalam bahasa Inggeris.

Page 128: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

118

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : PUAN GK LOGA CHITRATARIKH : 10 DISEMBER 2009 (KHAMIS)SOALAN : NO.12

Puan GK Loga Chitra minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sebab ketiadaan kolej komuniti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan nyatakan sama ada pihak Kementerian ada cadangan untuk membina kemudahan tersebut di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Kementerian sedia maklum keperluan kolej komuniti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehubungan itu, dua buah kolej komuniti cawangan telah dikenalpasti untuk dibuka iaitu Kolej Komuniti Cawangan Titiwangsa dan Kolej Komuniti Cawangan Setiawangsa. Pihak Kementerian telah mengenalpasti bangunan untuk disewa dan dijangka pengambilan pelajar pertama program sepenuh masa adalah pada Sesi Julai 2010. Selain itu, sebuah Kolej Komuniti induk juga akan ditubuhkan iaitu Kolej Komuniti Ampang. Proses mengenalpasti bangunan yang sesuai sedang dijalankan untuk dijadikan premis kolej komuniti berkenaan.

Page 129: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

119

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : DATO’ DR. FIRDAUS BIN HAJI ABDULLAHTARIKH : 10 DISEMBER 2009 (KHAMIS)SOALAN : NO.67

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah konkrit yang sistematik dan terancang yang telah, sedang atau akan diambil oleh Kementerian untuk memastikan supaya kaedah Meritokrasi dalam kemasukan pelajar-pelajar ke IPTA dan pemberian biasiswa berprestij untuk belajar di luar negeri, tidak akan melebarkan jurang sosial antara kaum.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah dasar Meritokrasi yang diamalkan sekarang, semua kaum berpeluang mendapat pendidikan tinggi dan biasiswa secara adil dan saksama. Ini adalah untuk mewujudkan persaingan sihat antara kaum dan pemilihan kemasukan ke IPTA tidak dibuat berdasarkan kaum atau kuota tertentu. Kerajaan sememangnya menyedari bahawa keseimbangan pembangunan modal insan bagi semua kaum di negara ini adalah penting dan akan sentiasa memastikan tiada keciciran sesuatu kelompok masyarakat yang akhirnya akan merencatkan pembangunan negara. Oleh yang demikian, dalam pelaksanaan dasar Meritokrasi bagi kemasukan ke IPTA, Kerajaan tetap akan membantu kelompok tertentu dengan harapan agar mereka akan dapat bersaing pada masa yang datang.

Keistemewaan kemasukan khas ke IPTA diberi kepada pihak tertentu seperti golongan Orang Asli, Orang Kurang Upaya (OKU) dan para atlet peringkat negeri dan kebangsaan. Ini adalah berdasarkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, mereka yang layak dan memenuhi kriteria pemilihan minimum akan diberi pertimbangan khas untuk ditawarkan tempat di IPTA.

Disamping itu, Kementerian turut menganjurkan Program Outreach kepada kumpulan sasaran iaitu pelajar, guru, guru bimbingan dan kaunseling dan wakil PIBG serta masyarakat untuk menerangkan dasar dan prosedur kemasukan ke IPTA. Kementerian juga telah menjalinkan hubungan yang baik dengan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) untuk menyampaikan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang-peluang pendidikan tinggi sama ada berbentuk akademik atau kemahiran yang disediakan oleh Kerajaan.

Page 130: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

120

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : DATO’ HAJI IDRIS BIN HAJI BUANGTARIKH : 14 DISEMBER 2009 (ISNIN)SOALAN : NO.8

Dato’ Haji Idris bin Haji Buang minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah pihak Kerajaan akan mewujudkan satu sistem pendaftaran yang menyeluruh bagi memastikan tiap-tiap individu dan warganegara Malaysia yang menggunakan gelaran Prof., Dr., Ir. dan lain-lain (di hadapan nama mereka) atau LLM, LLB, MA, Msc., BA, Bsc., dan diploma bagi ijazah-ijazah dan diploma yang mereka perolehi dari mana-mana kolej atau universiti di Malaysia tetapi menggunakan gelaran tersebut dalam Malaysia wajib mendaftar dengan Kerajaan dan diberi sijil sah selepas disemak bagi memastikan gelaran yang diberikan kepada mereka bukanlah tipu.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian tidak ada cadangan untuk mewujudkan sistem pendaftaran menyeluruh bagi mendaftarkan profesion profesional. Ini kerana pendaftaran oleh badan-badan profesional seperti Lembaga Arkitek Malaysia, Lembaga Jurutera Malaysia dan Majlis Perubatan Malaysia yang diamalkan pada masa ini adalah memadai memandangkan penilaian yang dibuat memerlukan kepakaran tertentu dalam sesuatu bidang sebelum seseorang itu dibenarkan menggunakan gelaran Ir. atau Ingénieur atau Ar. (Arkitek) atau Dr. (Doktor) dan sebagainya.

Semakan bagi menentukan kesahihan penggunaan gelaran boleh dibuat melalui badan-badan berkenaan. Manakala penganugerahan gelaran Profesor dan Profesor Madya pula adalah merupakan pengiktirafan dalaman universiti kepada tenaga akademik dan hanya boleh digunakan semasa tempoh perkhidmatan di universiti berkenaan sahaja. Penganugerahan tersebut adalah berlandaskan kepada kriteria ketat yang telah ditetapkan dengan mengambil kira kelayakan individu, ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu untuk dianugerahkan gelaran berkenaan.

Page 131: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

121

Tuan Yang di-Pertua, bagi penganugerahan sijil-sijil diploma, ijazah sarjana muda atau sarjana tidak kira daripada IPT dalam atau luar negara pula sewajarnya ianya menjadi amanah dan tanggungjawab pemegang anugerah tersebut untuk menggunakannya dengan cara yang betul. Misalnya, memasukkan catatan bidangnya serta IPT yang mengeluarkannya. Orang ramai dan bakal majikan khasnya boleh membuat semakan terus kepada IPT yang berkenaan bagi mendapat pengesahan mengenai kesahihan sijil yang dimiliki seseorang.

Page 132: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

122

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : TUAN HAJI MUHAMAD YUSOF BIN HUSINTARIKH : 14 DISEMBER 2009 (ISNIN)SOALAN : NO.44

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapa peratus faedah yang dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Adakah Kerajaan tidak bercadang menghapuskan faedah tersebut.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bermula Jun 2008, kos perkhidmatan pinjaman PTPTN, 3% dan 5% telah diturunkan kepada 1% setahun atas kadar rata (flat rate) berdasarkan prinsip Ujrah (upah). Penurunan kadar kos perkhidmatan ini, membuktikan keprihatinan Kerajaan dalam usaha mengurangkan bebanan kewangan yang dihadapi oleh rakyat. Justeru, pada masa ini Kerajaan tidak bercadang untuk menghapuskan kos perkhidmatan bagi pembiayaan pendidikan PTPTN disebabkan oleh kekangan kewangan yang ditanggung oleh Kerajaan.

Page 133: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

123

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : DATUK CHANDRASEKAR SUPPIAHTARIKH : 15 DISEMBER 2009 (SELASA)SOALAN : NO.4

Datuk Chandrasekar Suppiah minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan ucapan terima kasih atas tindakan segera Kementerian terhadap pelajar-pelajar yang terlibat dalam bencana alam di Padang, Indonesia baru-baru ini. Apakah perancangan yang disediakan oleh pihak Kementerian kepada pelajar-pelajar ini.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua.

Saya minta izin untuk menjawab soalan Yang Berhormat Datuk Chandrasekar Suppiah bersekali dengan soalan Yang Berhormat Tuan Rawisandran a/l Narayanan yang dijadualkan pada 17 Disember 2009 kerana menyentuh perkara yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, sebaik sahaja berlaku bencana di Padang, Indonesia baru-baru ini, Y.A.B. Perdana Menteri telah memberikan arahan kepada Kementerian Pengajian Tinggi supaya membawa balik secepat mungkin kesemua pelajar Malaysia di Padang. Kita harus juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Tentera Udara Diraja Malaysia yang telah membekalkan kapal terbang tentera udara untuk digunakan dalam misi membawa balik seramai 356 orang pelajar Malaysia yang terlibat dengan bencana alam di Padang.

Pelajar-pelajar itu terdiri daripada dua buah universiti, pertama ialah Universiti Andalas iaitu seramai 334 orang semuanya adalah pelajar perubatan. Yang kedua ialah daripada Universiti Islam Negeri Imam Bonjol, yakni seramai 22 orang semuanya mengikuti pengajian Islam.

Kita bersyukur, pelajar-pelajar Malaysia terselamat dan hanya seorang dua mengalami kemalangan kecil. Kesemuanya telah selamat pulang dan selepas daripada itu, pihak Kementerian telah mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa dan para pelajar. Pelajar-pelajar yang ingin kembali semula ke Padang dibenarkan berbuat demikian.

Page 134: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

124

Pelajar-pelajar dari Universiti Imam Bonjol semuanya telah kembali ke Padang kerana universiti mereka tidak begitu tergugat tetapi pelajar-pelajar di Universiti Andalas sebahagiannya telah pulang ke universiti tersebut, manakala sebahagian lagi kita juga bagi pilihan untuk menyambung pengajian mereka di mana-mana IPTS dalam negara yang mereka lulus atau memenuhi syarat untuk mereka masuk ke IPTS tersebut.

Dari segi pembiayaan juga kita bantu di mana pelajar-pelajar yang ingin belajar di IPTS tempatan. Mereka akan diberikan tawaran bantuan dari PTPTN dengan pinjaman maksimum RM150,000 tertakluk kepada jurusan yang diambil dan juga baki tempoh pengajian. Dari segi kemasukan pelajar-pelajar ini ke IPTS tempatan, kita telah menetapkan bahawa proses kemasukan pelajar terlibat ke IPTS tempatan akan tutup pada 31 Disember tahun 2009.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin sebutkan di sini bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri amat mengambil berat tentang perkara ini malahan beliau dan isteri telah melawat sendiri saudari Felicia yakni pelajar yang cedera semasa di Padang ketika pelajar tersebut dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Page 135: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

125

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : DATO’ DR. FIRDAUS BIN HAJI ABDULLAHTARIKH : 15 DISEMBER 2009 (SELASA)SOALAN : NO.10

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan maklum balas terhadap andaian bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir yang mendakwa bahawa percambahan (proliferation) IPT di negara ini semenjak akhir-akhir ini lebih banyak didorong oleh keinginan untuk mendapatkan tukaran wang asing dari yuran pelajar-pelajar luar negeri sedangkan tujuan untuk melatih dan memberi pendidikan kepada anak tempatan menjadi prioriti kedua.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, teras ketujuh Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu mempergiatkan pengantarabangsaan merupakan perancangan yang jelas bagi memastikan sistem pengajian tinggi negara mempunyai ciri pengantarabangsaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi negara. Di antara strategi yang digariskan ialah menambah bilangan pelajar antarabangsa terutama di IPTS menerusi program promosi dan pemasaran yang ditetapkan. Sehingga Jun 2009, terdapat seramai 34,344 atau kira-kira 8.6 peratus pelajar antarabangsa daripada lebih 150 buah negara sedang menuntut di IPTS berbanding seramai 366,599 pelajar tempatan.

Hasrat untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan akan tetap diberi keutamaan. Justeru, pengambilan pelajar antarabangsa oleh sesebuah IPTS dibuat berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan. IPTS yang bercadang untuk mengambil pelajar antarabangsa hendaklah mendapatkan kelulusan pengambilan pelajar antarabangsa dari Kementerian Dalam Negeri (KDN). Kelulusan tersebut akan dipertimbangkan berdasarkan perakuan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Di antara kriteria yang ditetapkan dalam pengambilan pelajar antarabangsa ialah:

Page 136: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

126

i kelulusan pengambilan pelajar antarabangsa yang dikeluarkan oleh KDN adalah sah untuk tempoh dua (2) tahun dan perlu diperbaharui;

ii lawatan ke IPTS berkenaan dan penilaian semula akan dilaksanakan sebelum perakuan oleh KPT dikemukakan kepada KDN;

iii IPTS hendaklah memastikan bilangan pelajar tempatan berbanding pelajar antarabangsa adalah tidak melebihi nisbah 20:80 pada setiap masa; dan

iv komposisi pelajar antarabangsa yang berdaftar di mana-mana IPTS hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga (3) buah negara dan tidak tertumpu pada sebuah negara sahaja.

Kementerian sedang mengambil tindakan memantapkan sektor IPTS dan memastikan hanya IPTS yang berkualiti dan berdaya maju sahaja dibenar meneruskan pengambilan pelajar.

Page 137: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

127

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : DATUK HAJAH AZIZAH BINTI ABD. SAMADTARIKH : 15 DISEMBER 2009 (SELASA)SOALAN : NO.50

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan status dan impak dari pengajaran Modul Hubungan Etnik di universiti-universiti tempatan dan apakah rancangan Kementerian untuk menjadikan kursus ini wajib bagi semua IPTS.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kursus Hubungan Etnik dan kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) merupakan kursus umum dan wajib diambil oleh semua pelajar IPTA. Manakala pelajar IPTS pula perlu mengambil kursus Pengajian Malaysia, Pengajian Islam dan Pendidikan Moral. Kementerian telah mewajibkan mata pelajaran Hubungan Etnik untuk dimasukkan ke dalam kurikulum Pengajian Malaysia di IPTS sejak tahun 2005.

Tuan Yang di-Pertua,

Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan tentang keberkesanan kursus umum, mendapati kursus-kursus umum yang diperkenalkan di institusi pengajian tinggi (IPT) telah memberikan kesan yang positif kepada pelajar. Kajian ini mendapati hampir 70% daripada responden menyatakan kursus ini dapat meningkatkan nilai-nilai murni dan sikap hormat-menghormati di antara satu sama lain dan 74% responden menyatakan ia dapat memupuk dan membina sikap positif dalam diri di kalangan pelajar. Manakala, Bengkel Penilaian Pengajaran Kursus Hubungan Etnik yang disertai oleh IPTA, turut merumuskan secara keseluruhannya Kursus Hubungan Etnik telah berjaya membina kefahaman pelajar tentang masyarakat dan kehidupan pelbagai etnik di Malaysia dan memperakui perbezaan yang wujud serta berkongsi kebersamaan hidup di antara mereka berdasarkan sejarah, Perlembagaan dan Rukun Negara.

Page 138: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

128

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : PUAN HAJAH ZAINUN BINTI A. BAKARTARIKH : 15 DISEMBER 2009 (SELASA)SOALAN : NO.57

Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah yang diambil bagi memastikan graduan yang dilahirkan oleh IPTA dan IPTS mendapat pekerjaan yang sesuai dan setaraf dengan kelulusan dan bidang pengajian yang mereka perolehi.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian sedar tentang keperluan menghasilkan graduan yang berkualiti, berdaya saing dan memenuhi kehendak pasaran. Justeru, Kementerian sentiasa memastikan kurikulum pengajian di IPTA disemak semula secara berkala agar berkualiti dan memenuhi kehendak semasa. Semakan semula kurikulum dibuat melalui kajian halatuju dengan mengambil kira pandangan ahli-ahli akademik, pakar dari industri, pihak swasta, pegawai Kerajaan dan badan bukan Kerajaan (NGO) pada setiap dua hingga tiga tahun, berdasarkan keperluan bidang pengajian masing-masing. Disamping itu, pelbagai langkah diambil bagi memastikan graduan yang dihasilkan memiliki kemahiran insaniah dan nilai tambah yang bersesuaian agar memenuhi kehendak pasaran. Di antaranya ialah:

i. mewujudkan Modul Kemahiran Insaniah yang diajar di semua peringkat pengajian;

ii. melaksanakan ko-kurikulum berkredit bagi membina sahsiah pelajar agar mereka mempunyai atribut yang cemerlang;

iii. mengadakan program-program berbentuk Finishing School untuk memberi pendedahan dan persiapan awal kepada bakal graduan sebelum mereka memasuki alam pekerjaan sebenar. Antara kandungan program ini termasuklah personal grooming, English proficiency, soft skills, resume writing dan interview skills,;

Page 139: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

129

iv. melaksanakan program Bridging Gap untuk melengkapkan pengetahuan dan kemahiran graduan mengikut keperluan majikan. Modul latihan yang disediakan adalah dinamik dan fleksibel mengikut keperluan majikan; dan

v. menganjurkan karnival kerjaya di peringkat universiti dan kebangsaan bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai peluang-peluang kerjaya yang ada.

Page 140: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

130

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : PUAN MUMTAZ BINTI MD. NAWITARIKH : 16 DISEMBER 2009 (RABU)SOALAN : NO.25

Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bentuk pemulihan dan tempoh had masa yang diberikan kepada IPTS yang mempunyai jumlah IPTS yang berfokuskan fakulti agama Islam sedia ada di Malaysia dalam menjana pendapatan Kerajaan hasil dari pengajian tinggi swasta di Malaysia.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian tidak menetapkan tempoh had masa kepada mana-mana institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) termasuk yang berfokuskan kepada fakulti agama Islam. Namun demikian, Kementerian sentiasa memantau penawaran program pengajian oleh IPTS bagi memastikan ianya berkualiti dan memenuhi kehendak semasa. Kementerian melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) berperanan untuk membantu institusi pengajian tinggi (IPT) negara meningkatkan kualiti program yang ditawarkan. MQA melaksanakan proses jaminan kualiti melalui akreditasi sementara dan akreditasi penuh. Perakuan akreditasi yang diberikan adalah bagi sesuatu program pengajian yang ditawarkan oleh IPT.

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian sememangnya sedar daya saing IPTS turut menjadi faktor penting dalam mengukuhkan sektor pendidikan tinggi di negara ini. Justeru, pelbagai langkah dan strategi telah dilaksanakan untuk meningkatkan daya saing dan kualiti IPTS sedia ada. Antara langkah yang diambil ialah:-

i. menyediakan insentif tambahan, potongan cukai dua kali bagi perbelanjaan latihan dalam bidang tertentu dan pengecualian cukai pegangan bagi bidang tersebut di samping empat belas insentif sedia ada;

Page 141: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

131

ii. IPTS terutamanya yang bertaraf kolej digalakkan untuk menawarkan program kerjasama dengan IPTA tempatan dalam menawarkan program peringkat diploma dan ijazah sarjana muda. Bagi IPTS yang besar, mereka adalah digalakkan untuk menawarkan program kerjasama dengan IPT luar negara;

iii. menggalakkan badan-badan penajaan seperti JPA, MARA, Petronas, Telekom, TNB dan lain-lain untuk menghantar pelajar-pelajar tajaan mereka di IPTS terutama di peringkat universiti dan kolej universiti; dan

iv. menggalakkan penggabungan IPTS yang bersaiz kecil dan kurang maju supaya lebih berdaya saing dan berdaya tahan.

Page 142: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

132

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : TUAN RAWISANDRAN A/L NARAYANTARIKH : 16 DISEMBER 2009 (RABU)SOALAN : NO.27

Tuan Rawisandran a/l Narayanan minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan benarkah Ijazah Undang-undang yang ditawarkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak diikhtiraf untuk praktis sebagai peguam cara atau peguam bela di mahkamah di negara ini. Jika benar, berapakah jumlah pelajar yang terlibat mengambil jurusan ini.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, program Ijazah Undang-Undang (LLB Hons) yang ditawarkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mendapat perakuan akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bermula pada 26 Oktober 2007 hingga 25 Oktober 2012. Manakala, pada 16 April 2009, Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia telah mengambil keputusan untuk mengisytiharkan para graduan program Ijazah Undang-Undang UUM sebagai orang berkelayakan di bawah Akta Profesion Undang-Undang (Akta 166) dan boleh menjalani tempoh latihan (pupilage) sebelum di terima sebagai peguam bela/peguam cara di bawah Seksyen 12 Akta tersebut.

Page 143: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

133

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : PUAN HAJAH ZAINUN BINTI A. BAKARTARIKH : 16 DISEMBER 2009 (RABU)SOALAN : NO.40

Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi meningkatkan soft skills di kalangan graduan IPT supaya membantu kebolehan pasaran graduan.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian sedar tentang keperluan menghasilkan graduan yang berkualiti, berdaya saing dan memenuhi kehendak pasaran. Justeru, Kementerian sentiasa memastikan kurikulum pengajian di IPTA disemak semula secara berkala agar berkualiti dan memenuhi kehendak semasa. Manakala bagi program baru yang ingin ditawarkan, IPTA turut menerapkan komponen Hasil Pembelajaran (LO) dan Kemahiran Insaniah (KI). Di samping itu, pendekatan Problem-based Learning (PBL) dan Student-Centred Learning digunakan bagi membantu pelajar menggunakan daya fikir dan daya usaha dalam memahami sesuatu ilmu pengetahuan. Di antara langkah-langkah lain yang diambil termasuk:

i. mewujudkan modul kemahiran insaniah yang diajar di semua peringkat pengajian;

ii. melaksanakan ko-kurikulum berkredit bagi membina sahsiah pelajar agar mereka mempunyai atribut yang cemerlang;

iii. menambah bilangan kredit dan tempoh masa bagi program Latihan Industri;

Page 144: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

134

iv. mengadakan program-program berbentuk Finishing School untuk memberi pendedahan dan persiapan awal kepada bakal graduan sebelum mereka memasuki alam pekerjaan sebenar. Antara kandungan program ini termasuklah personal grooming, English proficiency, soft skills, resume writing dan interview skills; dan

v. melaksanakan program Bridging Gap untuk melengkapkan pengetahuan dan kemahiran graduan mengikut keperluan majikan. Modul latihan yang disediakan adalah dinamik dan fleksibel mengikut keperluan majikan.

Page 145: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

135

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : DATO’ WONG SIONG HWEETARIKH : 16 DISEMBER 2009 (RABU)SOALAN : NO.61

Dato’ Wong Siong Hwee minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan pecahan pelajar mengikut komposisi kaum dan universiti tempatan yang berjaya ditawarkan melanjutkan pelajaran di peringkat universiti di negara ini dan usaha-usaha yang dijalankan oleh Kerajaan supaya lebih ramai kaum lelaki dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading pada masa hadapan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejumlah 61,027 permohonan telah diterima bagi permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf (Ijazah Pertama) Sesi Akademik 2009/2010. Dari jumlah tersebut seramai 40,366 calon telah ditawarkan tempat ke IPTA iaitu seramai 27,829 orang adalah Bumiputera, 10,116 Cina dan 2,421 India. Daripada jumlah yang ditawarkan tempat di IPTA, sebanyak 26,604 (66%) adalah pelajar perempuan dan 13,762 (34%) pelajar lelaki. Peratusan pelajar yang ditawarkan tempat di IPTA berbanding dengan bilangan permohonan pula ialah 80% kaum Cina, 63% Bumiputera dan 56.4% India.

Tuan Yang di-Pertua,

Pemilihan kemasukan pelajar ke IPTA pada masa ini adalah berasaskan prinsip meritokrasi yang mengguna pakai markah merit yang terdiri daripada 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum. Dasar ini telah bermula semenjak sesi akademik 2002/2003 bagi menggantikan Dasar Pengambilan Mengikut Kuota Kaum yang diguna pakai sebelumnya. Sistem ini memberi layanan yang sama kepada setiap pelajar tanpa mengira jantina, jurang pendapatan, wilayah, perbezaan etnik dan keupayaan fizikal. Setiap pelajar yang layak menyertai pendidikan tertiari tidak akan dinafikan peluang mereka ke IPT.

Page 146: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

136

Fenomena kekurangan pelajar lelaki adalah berpunca daripada prestasi dan kecemerlangan pelajar wanita di sekolah menengah dalam peperiksaan umum seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM/Matrikulasi yang menyebabkan lebih ramai pelajar wanita mendapat tempat di peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA. Namun demikian, bilangan pelajar lelaki masih melebihi pelajar wanita bagi program di peringkat Sarjana dan Ph.D. Begitu juga, bilangan pelajar lelaki melebihi wanita turut berlaku di politeknik dan kolej komuniti kerana kursus yang ditawarkan bersifat “hands on” yang secocok dengan keupayaan dan minat pelajar lelaki. Enrolmen pelajar di politeknik pada November 2009 adalah terdiri daripada 54% pelajar lelaki dan 46% pelajar wanita, manakala di kolej komuniti pula terdiri daripada 57.3% pelajar lelaki berbanding 42.7% pelajar wanita.

Page 147: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

137

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : TUAN HAJI MUHAMAD YUSOF BIN HUSINTARIKH : 16 DISEMBER 2009 (RABU)SOALAN : NO.64

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah benar berlaku plagiarism di universiti tempatan sebagaimana dakwaan beberapa pihak dan jika benar apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mengatasinya.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi memandang serius sebarang kes plagiat yang berlaku di institusi pengajian tinggi, sama ada membabitkan ahli akademik ataupun pelajar walaupun berdasarkan rekod pemeriksaan dan aduan yang diterima oleh Kementerian, kes plagiat adalah sangat kecil.

IPT sebenarnya telah meningkatkan lagi kesedaran mengenai isu plagiarisme di kalangan pelajar dan ahli akademik masing-masing dan telah mengambil tindakan untuk memastikan kes plagiat tidak berlaku dengan mewujudkan beberapa mekanisme di antaranya:-

i. panel khusus yang diwujudkan untuk menilai hasil kajian/kerja pelajar di peringkat PhD;

ii. panel atau jawatankuasa khusus di wujudkan untuk menilai semua penulisan/penerbitan sebelum dicetak; dan

iii. menggunakan kaedah “online search” untuk memastikan tiada bahan-bahan di plagiat daripada Internet.

Dalam dunia akademik, penciplakan oleh pelajar merupakan kesalahan berat dan boleh dikenakan hukuman seperti diberikan gred gagal bagi subjek yang diambil malah pelajar juga boleh digantung atau dibuang daripada universiti. Sementara bagi ahli akademik, tindakan tegas/disiplin boleh diambil oleh universiti masing-masing mengikut tahap kesalahan yang dilakukan.

Page 148: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

138

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : DATO’ DR. YEOW CHAI THIAMTARIKH : 17 DISEMBER 2009 (KHAMIS)SOALAN : NO.8

Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kerajaan mempertimbangkan semula untuk mengecualikan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk mahasiswa-mahasiswa berkelulusan kelas pertama pada tahun 2005 hingga 2009.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Semasa sesi pembentangan Bajet 2010 pada 23 Oktober yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan supaya pinjaman PTPTN ditukar kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan mendapat kelas pertama atau setaraf dengannya bermula pada tahun 2010.

Pada masa ini, PTPTN sedang menyediakan pekeliling berkenaan perkara tersebut bagi menjelaskan secara terperinci mengenai pelaksanaan kaedah pembiayaan boleh ubah iaitu dari segi syarat, peraturan dan sebagainya. Bagaimanapun, pelaksanaannya adalah berdasarkan apa yang telah diputuskan iaitu bermula pada tahun 2010.

Page 149: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

139

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : TUAN RAWISANDRAN A/L NARAYANTARIKH : 17 DISEMBER 2009 (KHAMIS)SOALAN : NO.44

Tuan Rawisandran a/l Narayanan minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah pendirian Kementerian terhadap pelajar yang baru-baru ini terpaksa pulang dari negara Indonesia (jurusan perubatan) ke tanah air akibat gempa bumi di negara itu.

JAWAPAN

Dijawab bersekali dengan pertanyaan Y.B. Senator Datuk Chandrasekar Suppiah pada 15 Disember 2009.

Page 150: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

140

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : PUAN MUMTAZ BINTI MD. NAWITARIKH : 17 DISEMBER 2009 (KHAMIS)SOALAN : NO.66

Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh manakah penyelidikan kejayaan dan kegagalan program latihan industri yang telah dicatat setakat ini kepada graduan IPT untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan berkenaan berbanding lulusan khidmat kemahiran.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian sedar tentang keperluan menghasilkan graduan yang berkualiti, berdaya saing dan memenuhi kehendak pasaran. Langkah menambah bilangan kredit dan tempoh masa bagi program latihan industri serta mewajibkan kepada pelajar dalam program-program tertentu di semua peringkat pengajian adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan persiapan awal kepada bakal graduan sebelum mereka memasuki alam pekerjaan sebenar.

Antara objektif program latihan industri ialah memberi peluang kepada pelajar untuk:

i. mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran akademik dalam alam pekerjaan sebenar;

ii. bekerja sambil belajar serta mendapat pengalaman praktikal yang sesuai dengan bidang pengkhususan masing-masing; dan

iii. meningkatkan keupayaan ilmu supaya lebih berdaya saing.

Berdasarkan kepada Kajian Pengesanan Graduan yang dijalankan di IPTA, mendapati pada tahun 2008, peratusan responden yang bekerja ialah 55.1% berbanding 52.1% pada tahun 2007. Manakala di IPTS pula, pada tahun 2008, peratusan responden yang bekerja ialah 77.5% berbanding 70.8% pada tahun 2007. Ini merupakan petunjuk kepada keberkesanan program-program kebolehpasaran termasuk latihan industri yang telah dilaksanakan oleh Kementerian.

Page 151: rujukan

141

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : PUAN HAJAH SHARIFAH AZIZAH BINTI DATO’ SYED ZAINTARIKH : 21 DISEMBER 2009 (ISNIN)SOALAN : NO.20

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan secara terperinci akan bentuk kerjasama dalam bidang pengajian tinggi yang dipersetujui dalam kesepakatan KL - Beijing yang ditandatangani baru-baru ini.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Malaysia telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dalam bidang pengajian tinggi dengan Kerajaan Republik Rakyat China pada 11 November 2009 di Putrajaya. Pemeterian MOU ini adalah untuk menggalak dan memperluaskan kerjasama di antara kedua negara dalam bidang pengajian tinggi. Di antara bidang-bidang kerjasama yang dipersetujui adalah seperti berikut:

i. pertukaran kakitangan akademik, tenaga pengajar, pakar dan pelajar antara institusi pengajian tinggi bagi program yang memberikan faedah bersama;

ii. pertukaran maklumat tentang sistem dan struktur pengajian tinggi, perubahan dan teknologi pendidikan yang baru;

iii. program dua hala antara institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dalam pengajian teknikal, vokasional dan pengajian tinggi;

iv. pertukaran kepustakaan pendidikan, bahan mengajar, maklumat dan bahan demostrasi serta penganjuran pameran dan seminar yang berkaitan;

Page 152: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

142

v. mengkaji pemindahan kredit antara institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kedua-dua pihak dan pengiktirafan bersama kelayakan akademik, profesional, politeknik dan vokasional; dan

vi. menyokong bantuan bersama dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, pengajian teknikal dan vokasional, matematik dan sains.

Page 153: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

143

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : DATO’ HAJAH SARIPAH AMINAH BINTI HAJI SYED MOHAMEDTARIKH : 22 DISEMBER 2009 (SELASA)SOALAN : NO.8

Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk memberikan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) kepada pelajar ijazah pertama sepertimana yang diberikan kepada pelajar sekolah.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada masa ini Skim Pinjaman Buku Teks hanya diperkenalkan kepada pelajar-pelajar di sekolah menengah dan sekolah rendah. Kementerian Pengajian Tinggi tidak bercadang untuk mewujudkan skim yang sama kepada pelajar di institusi pengajian tinggi memandangkan senario pengajaran dan pembelajaran atau P&P yang berbeza berbanding di sekolah. Penggunaan kaedah P&P di IPT yang berasaskan teori dan praktikal, masalah kajian kes dan pembelajaran secara berkumpulan memerlukan sumber rujukan yang lebih meluas dan tidak terhad kepada sesebuah buku rujukan sahaja. Justeru istilah buku teks jarang digunakan di IPT.

Di samping itu, Kerajaan menyediakan kemudahan perpustakaan yang mencukupi terutamanya di IPTA sama ada berbentuk konvensional iaitu buku ataupun bahan-bahan bacaan dalam bentuk hard copy dengan izin ataupun secara atas talian, online dengan izin yang memberikan peluang yang secukupnya untuk para pelajar membuat rujukan dalam proses pembelajaran dan pengajaran mereka di IPTA.

Page 154: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

144

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : DATIN PADUKA DATUK NOR HAYATI BINTI TAN SRI DATO’ SERI ONNTARIKH : 22 DISEMBER 2009 (SELASA)SOALAN : NO.58

Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato’ Seri Onn minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan strategi dan tindakan untuk mengkomersialkan penyelidikan oleh IPTA dan jumlah projek yang telah dikomersialkan oleh IPTA-IPTA dengan bantuan geran R&D Kerajaan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga November 2009, terdapat sebanyak 543 hasil penyelidikan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) telah berjaya dikomersialkan, manakala 473 hasil penyelidikan lagi berpotensi untuk dikomersialkan. Kementerian sememangnya memberi penekanan yang serius dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) di institusi pengajian tinggi dengan menyediakan persekitaran yang menggalakkan bagi menjana lebih banyak aktiviti R&D dan pengkomersialan hasil R&D. Di antara usaha yang dijalankan termasuklah:

i. penstrukturan pentadbiran di IPTA dengan mewujudkan jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) di mana peranannya adalah untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan di IPTA berkenaan;

ii. mewujudkan Pusat Pengurusan Penyelidikan di setiap IPTA yang berperanan untuk melaksana, meyelaras dan memantau aktiviti R&D&C;

iii. setiap IPTA juga mempunyai Unit Hubungan Industri yang memainkan peranan menghubungkan IPTA dengan pihak industri bagi menggalakkan proses pengkomersialan hasil-hasil R&D;

Page 155: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

145

iv. penyelidik di IPTA turut digalakkan menyertai pertandingan reka cipta R&D di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi mempamerkan hasil-hasil R&D di samping mempromosikan hasil reka cipta inovasi dan produk R&D IPTA untuk meraih dana modal dan pasaran luar untuk pembangunan dan pengkomersialan produk baru; dan

v. hasil-hasil R&D juga dihebahkan melalui laman web, media cetak dan elektronik serta melalui penerbitan Buku Profil Produk R&D IPTA secara tahunan.

Page 156: rujukan
Page 157: rujukan

MESYUARAT KETIGA

JAWAPAN BAGI PERTANYAAN BUKAN JAWAB LISAN

Siri Koleksi Pertanyaan Dan Jawapan Parlimen

DEWAN NEGARA 2009KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Page 158: rujukan
Page 159: rujukan

149

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISANDARIPADA : PUAN MUMTAZ BINTI MD. NAWISOALAN : NO.13

Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan graduan yang dilahirkan bagi tempoh 2005 hingga 2009 oleh IPTA dan IPTS bagi peringkat ijazah pertama dan bilangannya yang mendapat pekerjaan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2009 iaitu sehingga bulan Ogos, IPTA telah mengeluarkan seramai 46,863 orang graduan peringkat ijazah pertama dan IPTS seramai 23,991 orang. Bilangan graduan peringkat ijazah pertama sejak tahun 2005 adalah seperti berikut:

TAHUN IPTA IPTS

2005 51,771 20,294

2006 55,524 27,176

2007 59,471 23,648

2008 59,844 26,590

Mengenai kebolehdapatan pekerjaan, kajian pengesanan graduan pada tahun 2008 menunjukkan lepasan IPTA yang telah berkerja bagi peringkat pengajian ijazah pertama ialah 55.1%, manakala graduan IPTS pula ialah 77.5%, Peratusan tersebut tidak mengambil kira bilangan graduan yang melanjutkan pengajian, meningkatkan kemahiran dan menunggu penempatan kerja.

Page 160: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

150

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISANDARIPADA : DATO’ DR. FIRDAUS BIN HAJI ABDULLAHSOALAN : NO.44

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memantau IPTS yang menyeleweng sama ada dengan mengelirukan masyarakat dengan tawaran-tawaran kursus yang kononnya hendak mereka beri tetapi kemudian ternyata tidak menepati janji, atau dengan sengaja tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Juga mohon Kementerian menyatakan tindakan yang telah diambil terhadap IPTS sama ada sengaja mengelirukan orang ramai dengan janji-janji yang muluk atau sengaja mengingkari peraturan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sememangnya menjalankan pemantauan terhadap IPTS secara berkala bagi memastikan semua peraturan dipatuhi. Kementerian sentiasa mengawasi iklan IPTS yang menawarkan pelbagai kursus terutama di dalam akhbar dan media yang lain. Jika terdapat pihak IPTS yang mengiklankan kursus-kursus yang tidak mendapat kelulusan, belum mendapat kelulusan atau yang telah tamat tempoh kelulusan, maka iklan tersebut dikategorikan sebagai palsu atau mengelirukan di bawah Seksyen 73(1) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555). Mengikut Akta yang sama di bawah Seksyen 73(4), IPTS yang melanggar arahan kawalan pengiklanan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau pihak yang bertanggungjawab akan dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya.

KPT akan mengemukakan surat Notis Arahan Pengiklanan (NAP) kepada IPTS yang melakukan kesalahan pengiklanan supaya IPTS yang terbabit mengambil tindakan menghentikan, menarik balik atau mengubahsuai iklan tersebut dengan segera. Pihak IPTS juga diarahkan melengkapkan borang Akuan Penerimaan NAP yang dikepilkan bersama-sama dengan NAP dan mengembalikannya semula ke KPT dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat NAP dikeluarkan. Borang tersebut adalah merupakan akujanji pihak IPTS untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

Page 161: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

151

Sekiranya pihak IPTS yang terbabit tidak mematuhi perintah yang telah dikeluarkan, KPT akan menghantar surat peringatan dengan menyatakan bahawa tindakan perundangan akan diambil kepada pihak IPTS yang tidak memberi maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari daripada surat tersebut dikeluarkan. Jika pihak IPTS masih belum memberi sebarang maklum balas, maka tindakan akan dilaksanakan.

Sehingga kini, belum ada IPTS yang diambil tindakan perundangan kerana kesemua IPTS yang diberi surat NAP telah mengambil tindakan yang diarahkan dengan serta merta dan akur terhadap arahan tersebut.

Page 162: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

152

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISANDARIPADA : DATO’ DR. FIRDAUS BIN HAJI ABDULLAHSOALAN : NO.45

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sikap dan pendirian sebenar Kementerian tentang kecenderungan untuk mendapat ranking antarabangsa hingga mengakibatkan IPTA tempatan mempunyai prioriti yang salah dan masyarakat akademik berada dalam keadaan yang keliru untuk mencari keseimbangan antara tugas mengajar (memberi kuliah) dengan kegiatan penyelidikan untuk menambah bilangan penerbitan dalam jurnal-jurnal antarabangsa yang diiktiraf.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang mengariskan tujuh teras strategik dengan empat fasa pelaksanaan melangkaui tahun 2020 adalah merupakan perancangan yang menyeluruh dan memberi tumpuan dalam pelbagai aspek bagi melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama dan menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi serantau. Tumpuan yang diberikan dalam PSPTN bukan hanya tertumpu kepada pencapaian dalam kedudukan ranking dunia seperti THE-QS semata-mata, malah pelbagai sudut telah diambil kira dan diberi penekanan termasuk bidang pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan dan pembangunan. Fasa pertama pelaksanaan PSPTN dalam tempoh 2007 hingga 2010 merupakan peletakan asas untuk mentransformasikan sistem pengajian tinggi negara supaya berada di landasan yang kukuh. Sebanyak 21 Agenda Kritikal digubal khusus bagi melaksanakan perubahan untuk mentransformasikan sektor pengajian tinggi negara diantaranya:-

i. Governan (Autonomi);

ii. Kepimpinan;

iii. Akademia;

Page 163: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

153

iv. Pengajaran dan Pembelajaran;

v. Penyelidikan dan Pembangunan;

vi. Pengantarabangsaan;

vii. Kebolehpasaran Graduan;

viii. Universiti Apex;

ix. MyBrain15;

x. Pembelajaran Sepanjang Hayat;

xi. Audit Prestasi Akademik; dan

xii. Pembangunan Holistik Pelajar;

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keseimbangan peranan pensyarah/pengajar dan penyelidik di IPTA sememangnya penting dalam memenuhi tuntutan pengembangan ilmu dan melahirkan graduan yang cemerlang. Di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS), seorang pensyarah disarankan menjadi penyelidik yang berupaya meneroka idea/konsep/teori yang seterusnya menjadi pemangkin kepada penemuan baru, perkembangan ilmu dan penciptaan yang inovatif dan terkini. Di samping itu, bagi memastikan keseimbangan kedua-dua tugas ini penyelidik disyaratkan melatih sekurang-kurangnya dua orang pelajar PhD atau tiga orang pelajar sarjana atau gabungan keduanya bagi projek penyelidikan FRGS yang dijalankan.

Page 164: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

154

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISANDARIPADA : PUAN HAJAH ZAINUN BINTI A. BAKARSOALAN : NO.46

Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan graduan yang dilahirkan pada peringkat ijazah, sarjana dan doktor falsafah oleh IPTA bagi tempoh 2005 hingga 2009 mengikut bidang pengajian utama.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan graduan mengikut bidang pengajian utama di peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah di IPTA bagi tahun 2005 hingga 2007 adalah seperti di Jadual 1, 2 dan 3. Manakala bagi tahun 2008 adalah seperti di Jadual 4 dan tahun 2009 (sehingga Ogos) adalah seperti di Jadual 5.

JADUAL 1: OUTPUT GRADUAN PERINGKAT SARJANA MUDA DARI IPTA MENGIKUT BIDANG, TAHUN 2005-2007

BIDANG 2005 2006 2007

SASTERA

Seni & Kemanusiaan 8,433 9,326 9,595

Ekonomi & Perniagaan 12,083 14,140 12,766

Undang-Undang 1,034 1,277 1,445

Lain-Lain 4,656 4,495 8,991

JUMLAH KECIL 26,206 29,238 32,797

SAINS

Perubatan & Pergigian 1,541 1,840 1,717

Sains Gunaan 2,079 5,377 5,627

Page 165: rujukan

155

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

BIDANG 2005 2006 2007

Sains Tulen 5,080 4,872 3,146

Sains Komputer 4,797 4,379 4,464

Lain-Lain 3,148

JUMLAH KECIL 16,645 16,468 14,954

TEKNIKAL

Kejuruteraan 6,897 7,671 9,426

Senibina & Perancangan 1,460 1,886 2,179

Lain-Lain 563 261 115

JUMLAH KECIL 8,920 9,818 11,720

JUMLAH 51,771 55,524 59,471

JADUAL 2: OUTPUT GRADUAN PERINGKAT SARJANA DARI IPTA MENGIKUT BIDANG, TAHUN 2005-2007

BIDANG 2005 2006 2007

SASTERA 3,639 3,777 4,791

SAINS 2,376 2,102 2,622

TEKNIKAL 1,157 888 1,086

JUMLAH 7,172 6,767 8,499

JADUAL 3: OUTPUT GRADUAN PERINGKAT KEDOKTORAN DARI IPTA MENGIKUT BIDANG, TAHUN 2005-2007

BIDANG 2005 2006 2007

SASTERA 310 276 295

SAINS 207 284 305

TEKNIKAL 64 72 102

JUMLAH 581 632 702

Page 166: rujukan

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Negara ke-12 9 - 22 Disember 2009

156

JADUAL 4: OUTPUT GRADUAN PERINGKAT SARJANA MUDA, SARJANA DAN KEDOKTORAN DARI IPTA MENGIKUT BIDANG, TAHUN 2008

BIDANG PENGAJIAN UTAMA

SARJANA MUDA

SARJANA KEDOKTORAN

PENDIDIKAN 8,298 1,569 101

SASTERA & SAINS SOSIAL

24,843 3,404 249

SAINS 10,488 1,823 230

TEKNIKAL 12,901 1,175 145

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

3,314 684 60

JUMLAH 59,844 8,655 785

JADUAL 5: OUTPUT GRADUAN PERINGKAT SARJANA MUDA, SARJANA DAN KEDOKTORAN DARI IPTA MENGIKUT BIDANG, TAHUN 2009 (SEHINGGA OGOS)

BIDANG PENGAJIAN UTAMA

SARJANA MUDA

SARJANA KEDOKTORAN

PENDIDIKAN 7,210 1,117 70

SASTERA & SAINS SOSIAL

18,722 2,035 224

SAINS 8,643 1,365 169

TEKNIKAL 10,044 646 77

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

2,244 390 36

JUMLAH 46,863 5,553 576

JD132449—pnmb., k.l.