-
KAJIAN TERHADAP KEPERLUAN DIET PEMAKANAN DALAM SUKAN DI KALANGAN
ATLET OLAHRAGA DI TIGA BUAH SEKOLAH PROJEK
SUKAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR.
MOHAD NANZERI BIN MD KARIM
D 20041019387
IJAZAH SARJANAMUDA PENDIDIKAN SAINS SUKAN
FAKULTI SAINS SUKAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2007
-
KAJIAN TERHADAP KEPERLUAN DIET PEMAKANAN DALAM SUKAN DI KALANGAN
ATLET OLAHRAGA DI TIGA BUAH SEKOLAH PROJEK
SUKAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR.
MOHAD NANZERI BIN MD KARIM
D 20041019387
Latihan Iimiah Yang Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat
Ketetapan
Kursus QSS 4103 Latihan Iimiah bagi memperolehi Ijazah
Sarjanamuda pedidikan Sains Sukan
Fakulti Sains Sukan Universiti pendidikan Sains Sukan April
2007
II
-
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa penulisan ini adalah hasil kerja saya
sendiri kecuali nukilan dan ringkasan ringkasan yang setiap satunya
telah dijelaskan
sumber rujukannya.
..............................
.......................................................
Tarikh MOHAD NANZERI B MD KARIM D 20041019387
III
-
PENGESAHAN
Penulisan ilmiah ini telah diterima da diluluskan untuk memenuhi
syarat Kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah bagi memperolehi Ijazah
Sarjanamuda
Pendidikan Sains Sukan Fakulti Sains Sukan
Universiti pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak.
....................................................................
( EN. YUSOP BIN AHMAD )
Penyelia
Kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah.
IV
-
PENGESAHAN
Penulisan ilmiah ini telah diterima da diluluskan untuk memenuhi
syarat
Kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah bagi memperolehi Ijazah
Sarjanamuda Pendidikan Sains Sukan
Fakulti Sains Sukan Universiti pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim, Perak.
.................................................................................
( PN NUR HAZIYANTI BT MOHAMAD KHALID )
Penyelaras
Kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah
V
-
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang ,
Teristimewa buat keluargaku,
Ayahandaku.. Md Karim B Md Yassin,
Bondaku.. Darimah Bt Md Janggi,
Kesabaran dan ketenangan kalian membakar semangatku,
Isterikuku tercinta.. Normah Bt Piei
Jasamu, Pengorbanan, Kesusahan dan Kesetiaanmu,
membuat jiwaku tegar dan mengenal erti kesabaran dan kepayahan
hidup,
Kasih sayang dan ketabahanmu,
membuat aku tidak berpaling dan bertekad dengan kesungguhan
lalu terhasilnya,
penulisan ini adalah bahan bukti kegigihanku,
Putera kesayanganku..........Muhd Aiman,
Puteri kesayangankuIzzah Hani, Alya Maisarah
Senyumanmu, ceria wajahmu dan telatah cerdikmu serta
pengorbanan
jiwamu,
sememangnya menguatkan lagi azam dan cita-citaku,
yang sentiasa dalam ingatanku
yang menjadi sumber inspirasiku,
Nadi kejayaanku
VI
-
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha penyayang.
Segala puji hanya untuk-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan
Nabi
Muhammad s.a.w., keluarga dan sahabat-sahabatnya. Bersyukur
kepada
Allah s.w.t. kerana dengan izin-Nya mem berikan saya keutuhan
semangat,
kekuatan, akal yang sihat dan pertolongan sehingga berjaya dan
dapat
menghasilkan penulisan ilmiah ini dengan sempurna. Sesungguhnya
Ya
Allah, Engkaulah yang telah memberi petunjuk dan kemudahan serta
Engkau
Maha Besar di atas segala-segalanya terhadap hamba-Mu yang
serba
kekurangan ini.
Di sini saya mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan
terima kasih dan sekalung penghargaan kepada pensyarah
pembimbing,
Encik Yusop B Ahmad kerana beliau telah banyak membantu dan
memberi
tunjuk ajar dalam menghasilkan penulisan yang terbaik serta
mengikut
kehendak syarat. Dorongan dan bimbingan secara terus daripada
beliau,
menyedarkan saya kepentingan menghasilkan penulisan ilmiah
yang
berkaitan dengan amalan dan pengetahuan pemakanan terhadap atlet
di
tempat yang saya kaji. Idea-idea dan pembuka minda yang beliau
berikan
sedikit sebanyak telah membantu dan memperkemaskan kajian
ini.
VII
-
Di samping itu juga, segala tunjuk ajar beliau yang telah
berikan
menjadi panduan bagi mempelajari dan memahami selok belok
menghasilkan sebuah hasil penulisan ilmiah yang baik dan
memenuhi kriteria
yang ditetapkan. Ketegasan beliau dan ketelitian saya dalam
menyiapkan
kerja ini memudahkan tugasan saya sehingga terhasilnya penulisan
ilmiah :
Kajian terhadap keperluan diet pemakanan dalam sukan di kalangan
atlet
olahraga di tiga buah sekolah projek sukan di Wilayah
Persekutuan, Kuala
Lumpur.
Sejuta penghargaan saya tujukan kepada isteri tersayang,
Puan
Normah Bt Piei yang banyak memberi sokongan, dorongan, nasihat,
memberi
cabaran dan membakar semangat saya dalam usaha melengkapkan
tesis ini.
Segala pengorbanan dan kesabaran beliau amat saya hargai dan
junjungi.
Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada
pensyarah
penyelaras kursus QSS 4103, Puan Nur Hazianti Bt Muhamad Khalid
yang
telah banyak membantu saya dalam mempersiapkan penulisan ilmiah
ini
terutama dalam analisis data hasil dapatan kajian. Beliau telah
banyak
menabur bakti dan masa bagi membantu dan memandu saya
melengkapkan
bab IV dan V dalam penulisan ilmiah ini. Keikhlasan dan budi
baik beliau
amat saya sanjungi dan ingati serta semoga Allah membalasnya
dengan
keberkatannya.
VIII
-
Sekalung budi turut diberikan kepada pihak yang terlibat
khususnya
guru dan pelajar di sekolah yang terlibat dalam memberi ruang
kepada saya
untuk mendapat maklumat seterusnya membantu saya melaksanakan
kerja
ilmiah ini. Salam penuh hormat dan terima kasih yang tidak
terhingga buat
kalian semua.
Akhir kata, jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan
yang
terlibat dalam memberi sokongan moral, bantuan dan sanggup
berkorban
demi memberikan kesempatan untuk belajar dalam keadaan selesa
dan
dapat menyempurnakan projek penyelidikan saya. Semoga usaha
dan
bantuan kalian mendapat rahmat ALLAH S.W.T
Sekian, terima kasih.
MOHAD NANZERI B MD KARIM
Ijazah Sarjana muda
Pendidikan Sains Sukan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
IX
-
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Tajuk . . . . . . . . ii Pengakuan . .
. . . . . . iii Pengesahan . . . . . . . . iv Pengesahan . . . . .
. . . v Dedikasi . . . . . . . . vi Penghargaan . . . . . . . . vii
Isi Kandungan . . . . . . . . x Senarai Jadual . . . . . . . . xvi
Abstrak . . . . . . . . xviii
X
-
BAB 1 Pengenalan . . . . . . . 1
Pernyataan Masalah . . . . 12 15 Objektif Kajian . . . . 15
Persoalan Kajian . . . . 15 Kepentingan Kajian . . . . 16 18
Definisi Operasional . . . . 18 Definisi Terminologi . . . . 18 20
Rumusan . . . . 21 22
BAB 2 Tinjauan Literatur . . . . 23 Pengenalan . . . . 23 26
Kerangka Konseptual . . . . 27 Kajian Lampau . . . . 28 46 Rumusan
Kajian berkaitan . . . 46 48
XII
-
BAB 3 Metodologi kajian . . . . . . 49 Pengenalan . . . . . . 49
Rekabentuk Kajian . . . . . 50 Prosedur Kajian . . . . . 53
Kerangka Kajian . . . . . 55 Populasi dan Persempelan . . . 55
Instrumen Kajian . . . . . 56 Kajian Rintis . . . . 59 Kesahan dan
Kebolehpercayaan . . 60 Pengumpulan Data . . . . 62 Analisis Data .
. . . 63 Rumusan . . . . 64
XIII
-
BAB 4 Penganalisaan Data Bahagian A . . . . . 66 Latar belakang
Responden . . 66 69 Sumber Utama Mendapatkan Maklumat 70 - 76
Bahagian B Tahap Amalan Pemakanan Atlet . . 77 87 Bahagian C
Pengetahuan Pemakanan Dalam Sukan 88 101 Rumusan . . . . . . 102 -
103 BAB 5 Perbincangan Pengenalan . . . . . . 104 Persoalan 1 . . .
. . . 105 108 Persoalan 2 . . . . . . 109 111 Persoalan 3 . . . . .
. 112 - 115 Rumusan . . . . . 115 - 116 Cadangan . . . . . 116 -
119 Penutup . . . . . 120 - 121
XIV
-
Bibliografi . . . . . . . . 122 Lampiran A Surat Kebenaran
Kementerian Pelajaran Malaysia . 127 Lampiran B Borang Soal Selidik
. 128
XV
-
SENARAI JADUAL
RAJAH PERKARA MUKA SURAT Bahagian A. 1. Bilangan responden
berdasarkan bangsa 67 2. Bilangan responden berdasarkan umur 68 3.
Bilangan responden berdasarkan peringkat 68 penyertaan. 4. Bilangan
responden berdasarkan penyertaan 69 dalam kursus pemakanan. 5.
Sumber utama perolehi maklumat pemakanan. 70 6. Data sumber utama
mendapatkan maklumat. . . 71 Bahagian B. 1. Tahap amalan pemakanan
atlet. . . . . 77 Bahagian C. Pengetahuan Pemakanan Dalam Sukan.
Data Item Pengetahuan Pemakanan Sukan. . . 88 Analisis Item
Pengetahuan Pemakanan Sukan . . 90 Peratusan Tahap Pengetahuan. . .
. . 102
XVI
-
Practical Learned Abstract submitted to Sports Science
Education
Programme of
Universiti Pendidikan Sultan Idris, to fulfill the needs of
Bachelor In Sports Science Education
NUTRITION KNOWLEDGE LEVEL IN SPORTS AMONG ATHLETES
AT SELECTED THREE PRIMARY SPORTS SCHOOLS IN
WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR.
By
MOHAD NANZERI BIN MD KARIM
APRIL 2007
Supervisor : Mr. Yusop Bin Ahmad
Faculty : Sports Science Education
The purpose of this research is to identify the nutrition
knowledge level
and nutrition practices in sports especially among athletes at
selected
secondary schools in Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. 75
respondents
whose age between 15 to 18 years old have been randomly
selected. The
research was in the form of review, which use the questionnaire
contained 35
questions. The questions will drive to obtain the sports
nutrition information
and rest the nutrition practices together with the nutrition
knowledge level.
-
The questions and answers given by the respondents then were
analyzed using the SPSS 11.5 for windows ( Statistical Package
for the Social
Science ). The overall marking result, which was obtained form
the
percentage of data also, showed that sports nutrition practices
among
respondents was at the good level.
Therefore, to realize the successfulness and the excellence
hoped by
both athletes and coaches, they should apply the nutrition
practices in sports
based on the knowledge. Every physical activities and training
must always
parallel with the nutrition practices. It will be a catalyze to
their
successfulness. This is because, sports nutrition is a scope of
researches that
apply the nutrition strategy to encourage the healthy, adapted
the practices,
fast recovery from training and optimal performance during
tournament.
XVIII
-
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Sistem pemakanan dalam sukan sekarang mula mendapat tempat yang
penting
bagi kebanyakan jurulatih dan atlet. Pemakanan yang sesuai dapat
memberi
kesan secara tidak langsung terhadap persembahan atlet.
Penerimaannya
semakin meluas dengan menjadikan jadual pemakanan atlet sebagai
suatu
rangka program yang perlu dimasukkan dalam perancangan jadual
latihan atlet.
Dalam memberi kesan maksimum terhadap prestasi seseorang atlet,
pemakanan
berasaskan diet terkawal dan seimbang perlu diberi
perhatian.
-
2
Olahraga merupakan sukan paling digemari dan mempunyai
jutaan
peminat di seluruh dunia. Oleh itu setiap kejohanan, media massa
sentiasa
memberikan laporan yang meluas mengenai perkembangan dan
prestasi atlet
olahraga baik diperingkat Asia mahupun diperingkat Olimpik serta
kejohanan
dunia. Kecemerlangan seseorang atlet di dalam sesuatu
pertandingan dan
kejohanan banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti
kemahiran di
dalam sukan, persediaan teknikal dan tektikal, dan psikologi
serta kecergasan
fizikal untuk mencapai prestasi yang cemerlang sebagaimana yang
dijelaskan
oleh Hamilton, Thompson, & Hopkins (1994).
Cambell & MacFadden (1984) telah menjalankan satu kajian ke
atas
120 orang perenang tentang pengetahuan am pemakanan dan
pengetahuan
pemakanan dalam sukan. Didapati bahawa skor min pengetahuan
am
pemakanan adalah rendah iaitu hanya 45%. Kebanyakan perenang
berpendapat
bahawa pemakanan yang normal dan seimbang sahaja diperlukan
untuk
menampilkan prestasi yang baik walaupun tanpa pembekalan
pemakanan yang
sistematik. Kenyataan ini menampakkan betapa para atlet
kurang
berpengetahuan di dalam aspek pemakanan. Jika mereka tidak
dibimbing dari
aspek ini, dikhuatiri mereka akan mempunyai salah tanggapan
terhadap bidang
pemakanan di dalam sukan.
Williams, (2002) telah melaporkan bahawa jumlah ambilan nutrien
tidak
mencukupi oleh atlet olahraga bagi kedua-dua jantina iaitu
lelaki dan
perempuan dalam semua peringkat sekolah tinggi hingga ke
peringkat rendah.
-
3
Ulasan Williams seterusnya iaitu pengambilan diet nutrien yang
tidak cukup ini
agak ketara terutama kepada atlet olahraga perempuan jika
dibandingkan
dengan atlet olahraga lelaki. Kekurangan diet yang paling
bermakna dalam
kebanyakan seperti zat besi, kalsium, protein dan beberapa butir
vitamin B.
Katch & Mc Ardle (1993), menyatakan bahawa pemakanan
dalam
sukan telah menjadi tumpuan para ahli psikologi sukan, pakar
pemakanan,
jurulatih, atlet dan profesional lain yang terlibat dalam sukan.
Persediaan secara
fizikal dan mental sebelum hari pertandingan dan amalan
pemakanan yang baik
merupakan dua faktor yang penting yang dapat mempengaruhi
pencapaian
seseorang atlet. Beliau juga perlu diperjelaskan bahawa perlu
diperbanyakkan
kajian formal terhadap pemakanan bagi memperkembangkan
program
pendidikan kesihatan. Oleh itu jurulatih mahupun pengurus
pasukan sepatutnya
membuka mata dan minda mereka terhadap kepentingan amalan
pemakanan
dalam sukan dan mengamalkannya.
Di sebabkan banyak pihak yang beranggapan bahawa kejayaan
seseorang atlet dalam sesuatu pertandingan dikatakan banyak
bergantung
kepada tahap kecergasan kardiovaskular, daya tahan otot,
ketangkasan,
kekuatan, kemahiran psikologi, taktik, teknik dan strategi
pertandingan, maka
terjadi keadaan di mana kebanyakan jurulatih dan atlet hanya
menekankan
perkara-perkara di atas telah menyebabkan mereka lupa bahawa
pemakanan
yang optimum merupakan salah satu elemen yang tidak kurang
pentingnya
-
4
dalam menentukan kejayaan seseorang atlet dalam permainan atau
pertandingan
yang disertai.
Aspek terpenting dalam perancangan pemakanan jangka panjang
dalam
sukan adalah untuk memastikan atlet mengambil diet yang
membekalkan
kesemua nutrien yang penting dan tenaga yang diperlukan untuk
latihan dan
kesihatan yang baik. Pendekatan yang terbaik adalah dengan
menggalakkan
atlet mengambil pelbagai jenis makanan yang berbeza. Dengan
kepelbagaian
pemakanan, kemungkinan nutrien penting diabaikan dapat dielakkan
atau
dikurangkan.
Banyak persoalan yang timbul di kalangan atlet dan jurulatih
mengenai amalan pemakanan yang baik untuk meningkatkan prestasi
atlet.
Oleh kerana itu, kajian ini menjurus kepada usaha bagaimana
untuk
meningkatkan persembahan atlet melalui amalan diet pemakanan
sukan yang
betul dan selamat. Secara tidak langsung, pihak pengurusan,
jurulatih dan atlet
boleh diberi kesedaran bahawa amalan mengambil makanan tambahan
atau
terlalu bergantung kepada kapsul pemberi tenaga dengan andaian
akan
meningkatkan ketahanan badan, prestasi dan sebagainya bukanlah
kaedah yang
tepat malah boleh mendatangkan kesan negatif berpanjangan kepada
atlet itu
sendiri.
Bidang pemakanan dalam sukan merupakan satu kajian yang
saintifik
mengenai jumlah dan spesifikasi pengambilan nutrien makanan di
kalangan
-
5
atlet. Jumlah pengambilan nutrien oleh seseorang atlet adalah
bergantung
kepada jumlah penggunaan tenaga setiap atlet yang berbeza
mengikut jantina,
umur dan acara yang disertai. Pengetahuan dalam bidang pemakanan
yang baik
akan membantu seseorang atlet memenuhi keperluan penggunaan
tenaganya
dalam sesuatu latihan atau pertandingan bagi mencapai prestasi
yang optimum
dan dapat mengurangkan risiko kecederaan (Economos & Bortz
,1993).
Nutrien yang betul semasa dalam latihan adalah kunci kejayaan
dalam
sesuatu pertandingan. Ini adalah kerana penggunaan tenaga akan
bertambah
dalam jangkamasa sesuatu latihan dijalankan. Kenyataan ini
diperkukuhkan
oleh pendapat daripada Felder, Burke & Lowdon (1998), yang
menyatakan
bahawa aspek pemakanan merupakan salah satu faktor yang penting
dalam
bidang sukan. Selain daripada faktor genetik, latihan dan
motivasi,
kecemerlangan seseorang atlet dalam arena sukan ditentukan oleh
status amalan
pemakanannya. Keperluan pengambilan kalori adalah penting bagi
memenuhi
keperluan tenaga untuk menjalani latihan seharian dan ketika
bertanding.
Hubungan diet pemakanan harian dengan tahap kesihatan dan
prestasi atlet
adalah antara penentu utama pencapaian yang baik dan cemerlang
di dalam
sukan.
Walau bagaimanapun terdapat beberapa hal yang perlu diberi
perhatian
penting semasa latihan sukan diadakan. Misalnya, pada fasa
permulaan sesuatu
latihan, badan akan mula membuat beberapa penyesuaian dalam
sistem tenaga
supaya ia dapat berfungsi dengan lebih cekap. Ini dikenali
sebagai Kesan
-
6
Latihan Kronik (Cronic-Training-Effect) dan penyesuaian ini
tidak tertumpu
kepada nutrien yang spesifik (Thomson, Block, Hasler ,1999).
Menurut mereka
lagi, salah satu kesan kronik dalam larian jarak jauh ialah
penambahan
kandungan hemoglobin dalam darah sel-sel otot. Ketiga-tiga
komponen ini
memerlukan zat besi yang mencukupi bukan sahaja untuk memenuhi
keperluan
harian malah membantu badan untuk membuat penyesuaian yang
berkaitan
dengan Kesan Latihan Kronik. Pengambilan pemakanan yang tidak
bersesuaian
dengan jumlah penggunaan tenaga dan jenis latihan atau
pertandingan akan
menyebabkan atlet tidak dapat mempersembahkan prestasi yang
optimum.
Kesedaran haruslah ditanam di kalangan pihak-pihak yang terlibat
dalam
pemakanan atlet kerana setiap kali apabila selesainya sesuatu
kejohanan atau
pertandingan akan kendengaran adanya atlet yang didapati
bersalah kerana
mengambil steroid atau dadah perangsang yang biasanya ditemui
dalam bahan-
bahan makanan tambahan atau kapsul perangsang ini. Sama ada
secara sedar
atau tidak sedar, mereka ini seharusnya mempunyai pengetahuan
dan kesedaran
bahawa pengambilan pemakanan atau bahan-bahan tersebut
bukanlah
penyelesaian kepada matlamat mereka untuk menang atau berjaya
dalam
sesuatu lapangan sukan yang diceburi. Dengan penerapan konsep
dan amalan
pemakanan yang betul, langkah mengambil jalan singkat untuk
kejayaan ini
akan dapat dihindarkan.
Di samping itu, pemahaman dan pengetahuan dalam pemakanan
bukanlah hanya bertujuan mendedahkan jurulatih dan atlet tentang
amalan
-
7
pemakanan yang sihat tetapi diharapkan ia akan menjadi suatu
rutin harian.
Apabila seseorang pelajar mengamalkan kaedah pemakanan yang
betul ketika di
bangku sekolah lagi, mereka diharapkan akan menjadi pemangkin
kepada
kesedaran amalan pemakanan seimbang di kalangan ahli keluarga
dan rakan-
rakan sebaya mereka. Apabila kesedaran dan amalan ini menjadi
suatu budaya
atau perkara rutin maka tentunya akan melahirkan masyarakat
yang
berpengetahuan dalam mengamalkan budaya pemakanan yang baik.
Dengan itu,
faedah amalan pemakanan yang sihat akan menjadi budaya hidup
sihat dan
cergas sepanjang hayat.
Dalam bidang sukan, tujuan utama pemakanan ialah untuk
memastikan
sejumlah tenaga yang mencukupi untuk keperluan latihan dan
bersukan ketika
itu dan faedah yang diperolehi selepasnya. Disebabkan bersukan
secara
kompetitif memerlukan pengamalan budaya hidup sihat, maka dengan
itu,
amalan mengambil alkohol, nikotin, dan makanan ringan perlu
dielakkan.
Alkohol dan nikotin akan menyebabkan kepekaan dan reaksi tubuh
badan
menjadi berkurangan. Manakala makanan ringan atau junk food
dianggap
mengandungi kekurangan bahan berkhasiat (vitamin dan mineral)
tetapi
mempunyai kadar kandungan gula dan lemak yang tinggi. Oleh itu,
kesedaran
tentang amalan pemakanan yang tidak sihat ini akan membantu
mereka memilih
gaya hidup sihat melalui amalan pemakanan yang selamat.
Suatu ketika dahulu, kebanyakan atlet dilarang makan dan minum
ketika
pertandingan kerana dikhuatiri akan mengalami kekejangan atau
kesakitan
-
8
perut. Namun hasil kajian dan penyelidikan terkini membuktikan
kenyataan
tersebut tidak benar. Ini kerana pertandingan intensif yang
mengambil masa
yang lama akan menyebabkan kehilangan air dan kandungan mineral
melalui
mekanisme perpeluhan. Simpanan karbohidrat vital atau utama juga
digunakan.
Apabila atlet kehilangan air melalui perpeluhan, ia berkait
dengan kehilangan
air dari darah. Ini menyebabkan isipadu darah berkurangan dan
semakin pekat.
Akibat seterusnya menyebabkan jantung perlu melakukan lebihan
kerja untuk
mengangkut oksigen vital dan nutrien kepada sel-sel badan. Kadar
latihan
intensif tanpa penggantian air dan elektrolit yang mencukupi
akan menyebabkan
kesan dehidrasi kepada seseorang atlet. Apabila keadaan ini
berlaku, prestasi
atlet akan terjejas.
Seseorang yang bersukan juga amat bergantung kepada simpanan
tenaga
dalam badan. Untuk gerak kerja otot, sumber karbohidrat
terpenting ialah
glikogen yang tersimpan dalam otot itu sendiri. Peningkatan
simpanan glikogen
otot dapat mempertingkatkan prestasi. Peningkatan sintesis
glikogen otot akan
berlaku dalam masa 24-48 jam selepas latihan dengan peningkatan
penggunaan
tenaga karbohidrat. Sintesis glikogen otot akan meningkat
mengikut kadar
peningkatan jumlah penggunaan karbohidrat dalam diet.
Tahap glikogen otot di peringkat permulaan intensiti latihan
adalah
merujuk kepada daya tahan atlet. Apabila penumpuan lebih tinggi
terhadap
glikogen, atlet akan berupaya melakukan latihan dalam tempoh
masa yang lama
sebelum berlakunya pengurangan glikogen. Pelari jarak jauh
umpamanya, perlu
-
9
memiliki lebih banyak simpanan glikogen otot untuk membolehkan
mereka
melakukan aktiviti pada tahap yang tinggi bagi jangka masa yang
panjang.
Melalui latihan yang tersusun dan amalan diet yang sistematik,
simpanan
glikogen otot boleh meningkat dua kali ganda daripada tahap
biasa. Bagi atlet
elit, otot mereka mempunyai kapasiti besar untuk menyimpan
glikogen dan
menggunakan tenaga dengan lebih efisyen. Perbezaan diet semasa
latihan inilah
yang akan membezakan prestasi seseorang atlet semasa
pertandingan
berlangsung.
Penggunaan tenaga bagi atlet olahraga remaja biasanya adalah
sebanyak
3,000 kilokalori hingga mencecah kepada 5,000 kilokalori sehari
sewaktu
menjalani sesi latihan mahupun pertandingan. Perlulah sebenarnya
bagi
seseorang atlet itu khususnya atlet olahraga peka terhadap
pengambilan jumlah
tenaga yang tepat dan betul dari sumber pemakanan mereka sama
ada sebelum,
semasa mahupun selepas latihan atau pertandingan agar mereka
dapat
meningkatkan stamina mereka. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi
sebagaimana
menurut Manore, Barr & Butterfield (2001), menyatakan bahawa
aktiviti
fizikal, prestasi atlet dan pemulihan daripada latihan dapat
ditingkatkan melalui
pemakanan secara optimum. Pemilihan makanan yang sesuai dan
bendalir yang
dirancang dalam pengambilan pemakanan seseorang atlet olahraga
dapat
meningkatkan prestasi mereka ke tahap yang optimum. Jumlah
pengambilan
tenaga dari sumber karbohidrat adalah disarankan sebanyak 50-60
% daripada
jumlah keseluruhan kalori yang diambil, 15-20 % daripada sumber
protein dan
25-30 % dari sumber lemak.
-
10
Kesesuaian pemakanan terhadap seseorang atlet perlu diambil
kira
beberapa perkara seperti sebelum, semasa dan selepas
pertandingan. Menurut
Eisenman, Johnson & Benson (1990), sajian makanan semasa pra
pertandingan
perlu mengikut kesesuaian atlet. Makanan yang diambil perlulah
makanan yang
biasa diambil dan elakkan dari mengambil makanan yang berbeza
bagi
mengelakkan rasa tidak selesa semasa latihan atau pertandingan.
Pada
umumnya, hidangan berbentuk pepejal seperti karbohidrat
disarankan diambil 3
hingga 4 jam sebelum pertandingan. Keadaan ini membolehkan masa
yang
mencukupi untuk proses penghadaman supaya perut kita kosong
dan
mengelakkan kelaparan yang minimum. Pengambilan karbohidrat
dengan kadar
segera sebelum latihan kecergasan selama dua jam atau lebih
mungkin akan
membantu seseorang atlet daripada berasa letih. Prestasi atlet
akan bertambah
baik sekiranya berlatih pada paras lebih daripada 50 peratus Vo2
max iaitu
mungkin pada paras seperti 60% hingga 75 %. Di samping itu
faktor lain seperti
yang telah dikenal pasti iaitu keadaan padang yang boleh
mempengaruhi
prestasi atlet.
Keadaan ini akan menyebabkan tindak balas insulin ke atas
glukosa
memberikan keseimbangan paras glukosa dalam darah. Menurut
Benardot &
Palombo (2000), menjelaskan bahawa kandungan karbohidrat yang
digunakan
untuk latihan yang memerlukan jangka masa panjang akan
membantu
menyelaraskan kandungan glukosa dalam darah.
-
11
Pengambilan air juga boleh dilakukan dengan mengambil jus yang
tidak
pekat dan air buah-buahan seperti tembikai dan anggur. Selepas
dipaksa berlatih
dengan intensiti yang tinggi, tubuh badan seseorang atlet amat
memerlukan
sekurang-kurangnya dua hari untuk keseimbangan semula. Pemulihan
tersebut
adalah bergantung sehingga penambahan glikogen dalam tubuh. Oleh
itu, bagi
pemulihan yang cepat pengambilan nutrien yang mengandungi
karbohidrat
kompleks, atau karbohidrat ringkas seperti gula-gula, madu, jem
dan gula amat
digalakkan. Ini kerana bagi seseorang yang aktif seperti para
atlet, 55-60 %
keperluan kalori harian mestilah dalam bentuk karbohidrat
kompleks.
Karbohidrat yang kaya dan baik terdapat dalam diet akan
membantu
meningkatkan penyimpanan glikogen disamping rehat yang mencukupi
bagi
pemulihan tubuh (Hamim, Baharudin & Suhaina , 2000).
Kajian ini akan memberikan manfaat dan membuka minda kepada
atlet, jurulatih mahupun pengurus mengenai pengetahuan pemakanan
yang
seharusnya disampaikan kepada setiap individu yang memerlukannya
serta
perlu diamalkan. Oleh itu, konsep mengenai perhubungan antara
pemakanan
dan atlet yang betul perlu disampaikan kepada atlet. Walau
bagaimanapun
terdapat juga maklumat yang diberikan tidak sampai ke kumpulan
sasaran yang
tepat atau mengelirukan. Ini mengakibatkan atlet mengamalkan
pemakanan
yang tidak bersesuaian dengan bidang yang mereka ceburi, yang
membawa
kepada kesan atlet tidak dapat memenuhi keperluan penggunaan
tenaganya
dalam sesuatu latihan atau pertandingan bagi mencapai prestasi
optimum dan
pengurangan risiko kecederaan.
-
12
1.2 Penyataan Masalah
Kajian yang akan dijalankan ini bertujuan untuk meninjau
pengetahuan dan diet
pemakanan di kalangan atlet olahraga di sekolah projek sukan
Wilayah
Persekutuan, Kuala Lumpur yang menjalani latihan pusat di bawah
seliaan
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan. Kajian ini penting kerana
seringkali
faktor pemakanan diabaikan oleh atlet, jurulatih dan pihak
pengurusan pasukan
dalam usaha mereka mencapai matlamat pertandingan. Oleh
kerana
pengetahuan dan tabiat pemakanan di kalangan atlet masih pada
tahap yang
tidak memuaskan, adalah sangat penting kajian ini dilakukan
untuk
mengenalpasti sama ada amalan dan tabiat pemakanan tersebut
bertepatan
dengan intensiti latihan yang dilakukan serta kesesuaiannya bagi
keperluan
harian tubuh badan.
Di samping mengharapkan atlet mengamalkan tabiat pemakanan
yang
betul, seseorang atlet wajar mempunyai pengetahuan tentang
pemakanan agar
dapat membantu mereka mengambil diet yang sesuai dengan tenaga
yang akan
digunakan semasa latihan dan pertandingan. Lebihan atau
kekurangan kalori
yang diambil oleh seseorang atlet akan mengundang masalah kepada
prestasi
atau persembahan mereka dalam acara larian atau acara
padang.
Jika pengamalan diet tidak seimbang seseorang atlet berpunca
daripada
sikap terlalu percaya kepada setiap maklumat dan iklan berkaitan
diet yang
disiarkan di media-media massa, seseorang atlet tentunya tidak
berupaya
-
13
mengekalkan tubuh badan yang sihat sebagai seorang ahli sukan.
Ini kerana
tanpa pengetahuan yang betul berkaitan pemakanan yang diambil,
mereka tidak
dapat menilai dan memahami kepentingan diet tersebut dalam
amalan seharian.
Untuk itu disarankan agar setiap atlet mengetahui jenis makanan
yang harus
mereka makan sama ada untuk mengekalkan kesihatan, melakukan
kegiatan
latihan dan menikmati cara hidup yang sempurna menerusi amalan
pemakanan
sihat.
Dengan mengetahui amalan pemakanan yang patut mereka
amalkan,
atlet dapat mengambil langkah-langkah bagi membolehkan mereka
mencapai
matlamat di dalam perkara-perkara berkaitan pengurusan berat
badan dan risiko
pengambilan makanan manis dan berlemak yang akan menjurus kepada
masalah
kesihatan seperti obesiti dan sebagainya. Dari segi psikologi,
atlet mungkin
tertekan untuk memastikan berat badan yang sesuai berdasarkan
kategori acara
yang disertai jika perkara ini tidak diberi perhatian
serius.
Tanpa pengetahuan dan tabiat pemakanan yang betul, atlet
akan
terdedah kepada masalah penyalahgunaan dadah dalam sukan. Mereka
pastinya
mudah terpengaruh dengan sesetengah atlet yang mengamalkan
pengambilan
kapsul tambahan yang mungkin mengandungi dadah rangsangan
yang
diharamkan dalam sukan. Ini tentunya memberi kesan negatif
kepada karier
sukan mereka pada masa hadapan. Oleh itu, adalah diharapkan
atlet lebih
mempercayai dan mengambil berat terhadap jadual dan program
pemakanan
yang disediakan oleh pihak pengurusan.
-
14
Kos yang tinggi diperlukan untuk melatih dan membentuk
seseorang
atlet yang berjaya. Sejak pembabitan awal atlet tersebut, segala
kos berkaitan
keperluan latihan dan kebajikan diperuntukkan kepada mereka.
Malangnya
disebabkan ketidakprihatinan atlet terhadap amalan pemakanan
yang betul
semasa menyertai sesuatu pertandingan, maka timbullah isu
seperti atlet
dilarang atau digantung daripada mengambil bahagian dalam
acara-acara yang
dipertandingkan. Isu-isu lain termasuklah masalah berkurang
atau
bertambahnya berat badan atlet dalam acara-acara yang melibatkan
timbangan
berat badan dan ujian air kencing positif mengandungi dadah atau
steroid
termasuklah penggunaan hormon-hormon untuk membina otot dalam
acara
tertentu. Apabila keadaan ini berlaku, selain negara yang
menanggung keaiban,
kos yang diperuntukkan kepada atlet berkenaan akan menjadi
sia-sia.
Bagi sesetengah atlet pula, mereka berpendapat bahawa
pengetahuan
mengenai pemakanan bukanlah sesuatu yang penting kerana
mereka
beranggapan perkara tersebut menjadi tanggungjawab jurulatih
atau pihak
pengurusan yang terlibat. Tanggapan tersebut adalah tidak benar
sama sekali
kerana dalam era sukan moden masa kini, kesedaran diri sendiri
berhubung
tahap latihan dan pemakanan mesti diketahui oleh atlet. Ini
amatlah penting
apabila atlet menyertai sesuatu pertandingan pada tahap
tertinggi. Adalah
diharapkan melalui kajian seperti ini akan memberikan input
berguna kepada
atlet berhubung keperluan guna tenaga melalui pemakanan yang
diambil.
Mereka seterusnya berupaya menilai dan membuat penelitian
terhadap amalan
-
15
pemakanan yang betul dan seterusnya mempraktikkan dalam latihan
dan
kehidupan seharian.
1.3 Objektif Kajian
1. Mengenalpasti tahap pengetahuan pemakanan di kalangan atlet
olahraga
lelaki dan wanita di sekolah projek sukan olahraga Wilayah
Persekutuan, Kuala Lumpur.
2. Meninjau diet pemakanan di kalangan atlet olahraga lelaki dan
wanita di
sekolah projek olahraga Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
3. Mengenalpasti sumber maklumat berkenaan pemakanan di
kalangan
atlet olahraga lelaki dan wanita di sekolah projek olahraga
Wilayah
Persekutuan, Kuala Lumpur.
1.4 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif yang telah dinyatakan, kajian ini akan cuba
mendapatkan
jawapan kepada soalan-soalan berikut :
1. Adakah atlet olahraga di sekolah projek sukan Wilayah
Persekutuan,
Kuala Lumpur mempunyai pengetahuan tinggi mengenai
pemakanan?
2. Adakah atlet mengamalkan diet pemakanan yang sihat dalam
kehidupan
seharian?
-
16
3. Daripada manakah atlet-atlet tersebut mendapat maklumat
berkaitan
pemakanan?
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian yang akan dijalankan adalah untuk mengetahui tahap
pengetahuan dan
diet pemakanan di kalangan atlet olahraga di sekolah projek
sukan Wilayah
Persekutuan, Kuala Lumpur dan dianggap sebagai sains kesihatan
yang penting
untuk meningkatkan prestasi dan pencapaian atlet dalam
pertandingan. Ia
merupakan satu faktor penting untuk atlet meningkatkan
kecemerlangan
pencapaian di sepanjang penglibatan mereka.
Adalah amat penting bagi para atlet, jurulatih mahupun
pengurus
pasukan, mengetahuai kepentingan amalan pemakanan di dalam
sukan
khususnya kepada para atlet olahraga. Pengetahuan yang cetek
akan
memberikan impak yang besar terhadap prestasi atlet. Selain
daripada faktor
latihan dan genetik, aspek pemakanan juga amat penting di
dalam
menyumbangkan kejayaan dan kecemerlangan prestasi atlet di dalam
era
persaingan sukan yang sungguh kompleks di alaf baru ini.
Justeru, kajian
berbentuk tinjauan ini dapat memberi manfaat dan sebagai garis
panduan
kepada para atlet untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang,
lengkap dan
bersistematik dalam diet hariannya terutama semasa latihan atau
pertandingan.
-
17
Para jurulatih sukan olahraga mahupun pengurus perlulah peka
bagi
mengenalpasti tahap pengetahuan pemakanan dalam sukan dikalangan
atlet
didikannya dan mampu merencana program pemakanan di dalam sukan
yang
sesuai dan relevan untuk atlet tersebut. Harapan untuk
mengharumkan nama
sekolah, daerah, negeri mahupun negara dalam olahraga akan
terlaksana apabila
program pemakanan yang dijalankan kepada para atlet dapat di
jalankan dengan
berkesan dan terancang. Penyelidik menjalankan kajian ini untuk
meninjau
sama ada aspek pemakanan di kalangan atlet olahaga di peringkat
sekolah
menengah di daerah yang dikaji, khususnya atlet olaharaga remaja
sekitar umur
15 hingga 18 tahun dapat difahami dengan jelas dari segi konsep
dan amalan
pemakanan terutamanya aspek pemakanan di dalam bidang sukan.
Penyelidik
juga ingin mendapatkan gambaran yang jelas sejauh mana peka dan
prihatinnya
program pemakanan ini diterapkan kepada kumpulan atlet olahraga
di peringkat
sekolah menengah dalam membantu mereka meningkatkan prestasi
dalam
sukan yang diceburi.
Oleh itu hasil daripada tinjauan nanti akan dapat memberi
gambaran
sejauh manakah pengetahuan dan diet pemakanan atlet untuk
meningkatkan
pencapaian mereka. Atlet juga diharapkan akan memastikan
pengambilan
makanan berdasarkan jadual pemakanan yang disediakan oleh
pihak
pengurusan.
Kepada jurulatih, diharapkan mereka akan dapat mengaplikasikan
ilmu
pengetahuan berkaitan prinsip-prinsip, tabiat dan amalan
pemakanan atlet
-
18
sebelum, semasa dan selepas pertandingan. Dengan itu, semasa
sesi latihan dan
pertandingan, jurulatih akan memperingatkan dan memberi
kesedaran kepada
atlet berhubung kepentingan perkara tersebut.
Kepada pihak pengurusan pasukan pula, selain menyediakan
jadual
atau program makanan yang bersesuaian dengan keperluan atlet
sebelum,
semasa dan selepas pertandingan, panduan pemakanan yang
bersesuaian dan
terkini perlu diberikan kepada atlet.
1.6 Definisi Operasi
Keperluan diet harian merujuk kepada jenis-jenis makanan yang
lazimnya di
makan dan pilihan jenis-jenis makanan atlet olahraga di sekolah
projek Wilayah
Persekutuan, Kuala Lumpur dengan menggunakan alat ukur
Foodwise.
1.7 Definisi Terminologi
1.7.1 Kajian
Di dalam kajian ini, tinjauan dibuat berdasarkan keputusan atau
maklumbalas
yang diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik.
-
19
1.7.2 Pemakanan
Pemakanan merupakan bidang sains pemakanan yang berkait rapat
dengan
kajian di dalam menyediakan sesuatu organisma dengan makanan
yang cukup
supaya organisma tersebut dapat membesar, membiak dan
implikasinya
terhadap aspek psikologi, biokimia, fisiologi dan sosial.
(Hikerson & Wolinsky,
2001)
1.7.3 Pemakanan Sukan
Penggunaan strategi makanan untuk memajukan kesihatan yang baik
dan
penyesuaian kepada latihan, proses pemulihan yang cepat selepas
menjalani sesi
latihan, dan prestasi yang dipersembahkan secara optimum
semasa
pertandingan. (Louise Burke, 1992).
1.7.4 Pengetahuan Pemakanan
Kemampuan kognitif untuk mengetahui sumber makronutrien dan
mikronutrien
yang penting untuk pembinaan tenaga bagi menghasilkan prestasi
yang
optimum dan membentuk kesihatan dan gaya hidup yang sihat.
1.7.5 Diet Pemakanan
Pengambilan diet harian yang diamalkan oleh seseorang atlet yang
berbentuk
makanan atau minuman yang mengandungi sumber makronutrien
dan
mikronutrien yang penting bagi menghasilkan sumber tenaga yang
optimum.
Pengambilan makanan berdasarkan saranan yang telah ditetapkan
untuk atlet
tertentu dalam sukan.
-
20
1.7.6 Atlet
Orang yang giat dalam lapangan sukan, ahli sukan,
individu-individu yang
terdiri daripada ahli sukan, olahragawan dan olahragawati
mewakili sekolah
dalam sukan di dalam pertandingan atau kejohanan tertentu.
(Kamus Dewan,
1993).
1.7.7 Sekolah Projek
Sekolah yang mengandungi aras pembelajaran yang telah ditetapkan
oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu tingkatan 1, 2, 3, 4, 5,
dan 6. Sekolah
projek ini menempatkan semua atlet setiap zon yang berpotensi
untuk dilatih
menjadi atlet peringkat negeri, seterusnya ke peringkat
kebangsaan dan
antarabangsa.
1.7.8 Olahraga
Salah satu sukan yang memerlukan kekuatan dan kelajuan (berlari,
melompat
dan lain - lain), latihan gerak badan, sport yang mengandungi
pelbagai acara
yang dikategorikan iaitu terdiri daripada acara padang dan acara
balapan. Acara
balapan merangkumi semua acara larian jarak dekat, jarak
sederhana dan jarak
jauh. Manakala acara padang merujuk kepada semua acara lompatan
dan
balingan.(Kamus Dewan, 1993)
-
21
1.8 Rumusan.
Aspek pemakanan dalam sukan amat penting dan perlu diberi
perhatian serius
untuk diamalkan dalam sukan agar prestasi sukan lebih cemerlang,
dan
meningkat maju. Fenomena atlet dan jurulatih tiada atau kurang
pengetahuan
yang mendalam mengenai pemakanan untuk diaplikasikan di dalam
sukan yang
diceburi amat membimbangkan dewasa ini. Ini dapat diperjelaskan
lagi iaitu
keperluan nutrien lebih tertumpu kepada wanita dan lelaki muda
yang terlibat
dalam latihan fizikal dengan giat terutamanya dalam olahraga.
Kebanyakan atlet
kurang berpengetahuan dalam aspek pemakanan dan kandungan
nutrien dalam
pemakanan.
Tanpa pengetahuan dan tabiat pemakanan yang betul, atlet
akan
terdedah kepada masalah penyalahgunaan bahan terlarang dalam
sukan. Mereka
pastinya mudah terpengaruh dengan sesetengah atlet yang
mengamalkan
pengambilan makanan tambahan berbentuk kapsul tambahan yang
mungkin
mengandungi dadah rangsangan yang diharamkan dalam sukan. Ini
tentunya
memberi kesan negatif kepada karier sukan mereka pada masa
hadapan. Oleh
itu, adalah diharapkan atlet lebih mempercayai dan mengambil
berat terhadap
jadual dan program pemakanan yang disediakan oleh pihak
pengurusan.
Justeru itu kajian ini diharapkan dapat membantu atlet
tentang
kepentingan mereka mengetahui serta mengamalkan pengambilan diet
makanan
yang betul dan bertepatan dengan sukan yang diceburi. Di
harapkan dapatan
-
22
kajian ini boleh membantu mereka yang terlibat dalam sukan untuk
merangka
program supaya kejayaan atlet lebih menyerlah di peringkat
negeri dan
diketengahkan pada peringkat kebangsaan. Tidak hairanlah mengapa
atlet kita
masih berada ditahap lama dan gagal mencapai sasaran kejayaan
kerana ada
faktor lain yang membantutkan persembahan mereka.
Atlet kita sering dikecam kerana gagal mencapai sebarang
kejayaan
walaupun sejumlah besar perbelanjaan dikeluarkan oleh pihak
kerajaan.
Program pembangunan atlet perlu penekanan terhadap pemakanan
disamping
corak latihan terkini dengan dibimbing oleh jurulatih yang
berkaliber. Oleh itu
aspek diet pemakanan seimbang perlu ditekankan oleh jurulatih
kepada atlet
jika inginkan kejayaan yang cemerlang. Kejayaan tidak dapat
dicapai tanpa
usaha dan perancangan yang menyeluruh daripada segenap segi.
-
23
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan.
Dalam melengkapkan kajian yang dijalankan, pengkaji telah
membuat rujukan
untuk mendapatkan bahan berkaitan kajian-kajian yang telah
dijalankan oleh
penyelidik yang lepas berkaitan permasalahan yang dikaji. Hasil
dapatan
daripada kajian lepas telah memberi maklumat tambahan kepada
pengkaji untuk
meneliti dan cuba mendapatkan gambaran yang sebenar selaras
dengan objektif
kajian.
Menurut Mohd Majid ( 2000 ), beberapa peranan boleh dimainkan
oleh
dapatan yang berkaitan di dalam sesuatu penyelidikan. Maklumat
yang
diperolehi daripada kajian yang berkaitan membolehkan penyelidik
menjelas
-
24
dan menerangkan latar belakang sesuatu masalah. Penyelidik
boleh
mengenalpasti sejauh mana sesuatu kajian telah dijalankan dan
berapa banyak
masalah yang wujud dikaji dan diselesaikan.
Aspek pemakanan merupakan salah satu penyumbang terpenting
terhadap pencapaian prestasi tinggi seseorang atlit. Namun
begitu banyak kajian
menunjukkan bahawa ramai atlet dan para jurulatih mempunyai
tanggapan yang
kurang tepat terhadap peranan aspek pemakanan di dalam bidang
sukan
(Cherry, 1987). Prestasi yang baik dan optimum hanya boleh
dicapai melalui
program latihan dan amalan pemakanan yang berkualiti, sistematik
dan
tersusun. Justeru, atlet dan jurulatih perlu mempunyai maklumat
dan
pengetahuan yang tinggi dan terkini dalam aspek pemakanan sukan
bagi
menyediakan atlet yang berkualiti dan profesional. Kajian yang
dilakukan oleh
Shoaf ( 1986 ) ke atas sekumpulan atlet lelaki di sebuah
institusi pendidikan
awam di Tennesse mendapati 85% atlet kolej tersebut yang
mengamalkan diet
pemakanan seimbang berjaya meningkatkan prestasi ke tahap yang
lebih tinggi.
Oleh yang demikian, jurulatih serta pakar pemakanan merupakan
sumber
rujukan yang penting kepada atlet bagi memperoleh maklumat
mengenai
pemakanan sukan.
Pelan pemakanan yang munasabah akan memastikan kejayaan
dalam
latihan dan pertandingan, setimpal dengan komitmen dalam latihan
yang
ditunjukkan. Selain daripada faktor genetik dan latihan, tabiat
pemakanan atlet
juga turut mempengaruhi prestasi mereka. Justeru, amatlah
penting bidang
-
25
kajian pemakanan dan amalan pemakanan ini dijadikan sebagai aset
utama
dalam menyediakan atlet yang mempunyai prestasi yang cemerlang.
Tidak
mengamalkan pemakanan dalam sukan khususnya di peringkat sekolah
lagi
menjadi faktor kebanyakan atlet remaja kita tidak dapat pergi
jauh atau tidak
berupaya untuk memberikan saingan yang begitu hebat apabila
bertanding di
peringkat yang lebih tinggi.
Keadaan sedemikian sering berlaku disebabkan walaupun mereka
menjalani latihan yang begitu intensif, tetapi sumber tenaga
yang betul untuk
bertindak balas dalam fisiologi tidak dapat dilaksanakan dengan
sempurna.
Dalam persaingan dunia sukan yang semakin kompleks, seseorang
ahli sukan
tidak boleh bergantung semata-mata kepada bakat untuk
mencipta
kecemerlangan. Pengetahuan pemakanan yang dijadikan amalan akan
lebih
membantu seseorang atlet itu melakukan sesuatu aktiviti fizikal
khususnya
dalam sukan yang diceburi dengan lebih efisyen dan dapat
menandingi saingan
yang lebih hebat.
Aspek pemakanan amat penting dan perlu diberi perhatian serius
untuk
diamalkan dalam sukan agar prestasi sukan lebih cemerlang, dan
meningkat
maju. Situasi dimana atlet dan jurulatih tiada atau kurang
pengetahuan yang
mendalam mengenai pemakanan untuk diaplikasikan di dalam sukan
yang
diceburi amat membimbangkan dewasa ini. Ini dapat diperjelaskan
lagi iaitu
keperluan nutrien lebih tertumpu kepada wanita dan lelaki muda
yang terlibat
dalam latihan fizikal dengan giat terutamanya dalam olahraga.
Kebanyakan atlet
-
26
lelaki dan wanita kurang berpengetahuan dalam aspek pemakanan
dan
kandungan nutrien dalam pemakanan.
Hasil dapatan daripada kajian yang telah dijalankan oleh
pengkaji
pengkaji terdahulu, menunjukkan bahawa kepentingan pemakanan
tidak diberi
penekanan oleh atlet dan jurulatih yang terlibat dalam sukan.
Mereka hanya
menumpukan kepada tahap prestasi atlet dengan kerahan tenaga
terhadap
latihan keras sebelum pertandingan. Jika aspek latihan pemakanan
yang
sempurna tidak diberi perhatian, berkemungkinan sebahagian besar
objektif
latihan mungkin tidak akan tercapai. Sebaliknya, dalam keadaan
tertentu
masalah pengambilan diet pemakanan dan kekurangan pemakanan
yang
seimbang secara langsungnya akan merencatkan prestasi
latihan.
-
27
2.2 Kerangka Konseptual.
Pemakanan Sukan
Olahraga
Umur
Amalan Pemakanan Sumber Maklumat Pengetahuan Pemakanan
Sek. Men. Seri Sentosa
Sek. Men. Raja Abdullah
Sek. Men. Tinggi Setapak, K.L
Kesan Peningkatan Prestasi
Latar belakang responden dan sumber perolehi maklumat.
Amalan Pemakanan
Instrumen Kajian Soal Selidik
Pengetahuan Pemakanan
Sukan
-
28
2.3 Kajian Kajian Lepas.
Kajian saintifik awal mengenai pemakanan atlet telah dilaporkan
oleh Noakes
(1991). Beliau telah menjalankan kajian pemakanan ke atas 108
peserta Olimpik
Irish dan melaporkan makanan para atlet mengandungi terlalu
banyak lemak
iaitu 40%, mengandungi protein dengan 15%, dan terlalu sedikit
karbohidrat
sebanyak 45%. Begitu juga dengan pengambilan zat besi yang tidak
mencukupi.
Menurut beliau, pemakanan atlet yang optimum terutama bagi atlet
daya tahan
seharusnya mengandungi kira-kira 70% karbohidrat, dengan 15%
lemak serta
pengambilan protein sebanyak 15%. Pengambilan vitamin dan asid
nikotin
adalah sub-optima atau sebagai bahan sampingan kepada atlet.
Menurut Anderson & Palombo (1998), menyatakan kebanyakan
atlet
olahraga didapati mempunyai pengetahuan umum yang baik dalam
prinsip asas
pemakanan. Walau bagaimanapun mereka ini masih cetek
berkenaan
penambahan karbohidrat dalam pemakanan. Mereka kurang
pengetahuan
mengenai penggunaan tenaga yang ideal dalam makanan yang
mengandungi
karbohidrat, protein dan juga lemak. Kebanyakan atlet dalam
acara larian atau
balapan masih menganggap bahawa protein merupakan sumber tenaga
penting
apabila simpanan glikogen rendah. Mereka percaya bahawa makanan
tidak
mengandungi protein yang mencukupi untuk sesuatu latihan yang
berintensiti
tinggi dan pengambilan protein tambahan adalah penting.
-
29
Kajian yang dilakukan oleh Bedgood & Tuck (2000), yang
menguji
pengetahuan pemakanan di kalangan 152 orang jurulatih sekolah
tinggi di Texas
mendapati 66 % daripada mereka memperolehi pengetahuan pemakanan
dari
jurnal yang professional, 52% daripada majalah dan surat khabar
serta 36%
peratus daripada media, radio dan televisyen. Hasil kajian
mereka juga
menunjukkan bahawa sebanyak 92% daripada jurulatih tersebut
bersetuju
mereka perlu mengambil tindakan tegas dalam memberi nasihat dan
panduan
kepada atlet berhubung dengan soal amalan pemakanan. Mereka juga
bersetuju
bahawa kursus asas tentang pemakanan harus diberi kepada
jurulatih dan atlet
untuk membolehkan mereka melatih atlet dengan lebih
berkesan.
Kajian Fallowfield, William & Singh (1995), mengenai saranan
kepada
amalan pemakanan atlet, penekanan diberikan kepada peraturan
pengambilan
karbohidrat, protein dan lemak. Secara umumnya adalah didapati
bahawa untuk
latihan yang berat (berintensiti tinggi) terdapat peningkatan
dari segi keperluan
zat-zat makanan yang perlu diambil. Dalam mengekalkan prestasi,
tenaga utama
perlu diperolehi dari sumber karbohidrat dan lemak. Walau
bagaimanapun
pengambilan yang berlebihan (lebih 35 %) tidak disarankan kepada
atlet kerana
ia berkemungkinan besar akan mengurangkan keupayaan daya
tahan.
Wee Eng Hoe (2001), menyatakan bahawa dalam bidang sukan,
pencapaian atlet dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu
genetik, latihan dan
pemakanan. Faktor genetik tidak boleh diubah tetapi faktor
latihan dan faktor
pemakanan boleh diubah. Faktor latihan pada amnya ditangani oleh
jurulatih
-
30
dengan baik dan berkesan, tetapi faktor pemakanan lazimnya tidak
diberikan
perhatian yang sewajarnya dalam persiapan latihan atlet. Tambah
beliau lagi,
walaupun pemakanan sebelum sukan utama penting, sebenarnya
pemakanan
semasa latihan dijalankan memainkan peranan yang lebih penting
dalam
pencapaian sukan atlet. Latihan sukan harian menuntut keperluan
pemakanan
khas bagi seseorang atlet. Keperluan khas ini wujud untuk semua
peringkat
latihan sukan. Pulangan latihan yang maksimum akan dicapai
sekiranya
keperluan makanan dipatuhi. Tanpa latihan pemakanan yang
optimum,
sebahagian besar objektif latihan mungkin tidak akan tercapai.
Sebaliknya,
dalam kes-kes tertentu masalah pemakanan dan kekurangan
pemakanan secara
langsungnya mencacatkan prestasi latihan.
Kenyataan ini diperkukuhkan lagi oleh Perron & Endres
(1985), yang
telah menjalankan ujian ingat kembali 24 jam dan rekod makanan
48 jam ke
atas 31 orang pemain bola tampar wanita yang sedang menuntut di
sekolah
tinggi di Amerika Syarikat. Berdasarkan kajian ini didapati 42 %
daripada atlet
wanita ini berjaya menjawab soalan mengenai pengetahuan am
pemakanan
dengan betul. Ini menunjukkan masih ramai atlet yang mempunyai
pengetahuan
pemakanan di dalam sukan yang rendah. Oleh itu atlet perlu
diberi maklumat
serta pengetahuan yang lengkap dan terkini mengenai aspek
pemakanan di
dalam sukan kerana aspek ini merupakan antara faktor utama
peningkatan
prestasi sukan atlet.
-
31
Kepentingan pemakanan ke atas pencapaian atlet mungkin juga
bergantung kepada pelbagai faktor termasuk jantina, umur, berat
badan, jenis
latihan, makanan yang dimakan, gaya hidup, alam sekeliling, dan
jenis sukan
yang terlibat. Sebagai contoh keperluan nutrien bagi seseorang
pelari maraton
ialah ia memerlukan tenaga yang berlebihan jika dibandingkan
dengan pemain
golf atau pemain baseball berdasarkan latihan dan pertandingan
yang berbeza.
Keadaan ini diperkukuhkan lagi oleh William (2002), dalam
kajiannya
menyatakan bahawa seseorang atlet harus mengetahui jenis makanan
yang
membekalkan tenaga supaya dapat mencapai kecemerlangan yang baik
dalam
bidang sukan yang diceburi. Bagi meluaskan lagi pengetahuan dari
aspek
pengetahuan pemakanan di kalangan para atlet, peranan pakar
pemakanan,
jurulatih serta pengurus adalah penting di dalam mengatasi
masalah pemakanan
ini. Oleh itu, atlet yang terlibat di dalam bidang berkenaan
bukan sahaja boleh
mencapai kemenangan dalam pertandingan yang disertai malah,
mampu
mengekalkan tahap kesihatan dan keperluan fisiologi yang
optimum.
Bagi Wee Eng Hoe (2001), pula menyatakan bahawa makanan
karbohidrat memainkan peranan yang penting dalam prestasi sukan.
Sumber
kritikal bahan bakar karbohidrat datang daripada simpanan di
dalam bentuk
glukosa darah dan glikogen yang di dalam hati dan otot. Walau
bagaimanapun
simpanan tersebut hanya cukup untuk senaman 90 minit sahaja.
Pengambilan
karbohidrat yang banyak membolehkan tahap glikogen dipulihkan
dengan lebih
cepat. Pengambilan karbohidrat yang tinggi dan penggantian
glikogen yang
-
32
sempurna dilakukan untuk membolehkan atlet melakukan latihan
setiap hari
secara berterusan.
Rentetan daripada pernyataan beberapa ahli pengkaji, Douglas
&
Douglas (2000), telah memperkukuhkan lagi bahawa karbohidrat
merupakan
sumber tenaga utama kepada atlet olahraga. Ia mempunyai peranan
yang
penting bagi mengawal kandungan glukos dalam darah untuk
menggantikan
glikogen otot yang telah digunakan semasa sesuatu latihan atau
pertandingan.
Douglas & Douglas telah menyarankan pengambilannya sekitar 6
hingga 10
g/kg daripada berat badan atlet. Pengambilan protein pula adalah
bertujuan
untuk mengekalkan kandungan berat badan bagi atlet dengan
dicadangkan
sekitar 1.2 hingga 1.4 g/kg daripada berat badan. Jumlah
pengambilan lemak
bagi atlet adalah penting bagi membekalkan sumber tenaga untuk
atlet olahraga.
Pendapat Douglas & Douglas itu mendapat sokongan daripada
William
(2002), dengan menyatakan bahawa lemak membekalkan tenaga dalam
bentuk
makanan yang penting kepada atlet seperti olahraga. Pengambilan
lemak dalam
makanan lambat dicernakan dan dikeluarkan dari perut berbanding
dengan
karbohidrat dan protein. Oleh itu, lemak akan memberikan rasa
kenyang.
Kandungan lemak dalam membran sel mempengaruhi pengaliran cecair
dalam
sel. Asid lemak yang sangat panjang dan tepu akan memberi
kekuatan kepada
membran sel sementara asid lemak tak tepu akan meningkatkan
kadar
pengaliran cecair dalam sel. Peningkatan kadar pengaliran dari
melalui
-
33
membran sel akan memberi lebih tenaga kepada atlet bagi
menjalani atau
melakukan sesuatu aktiviti dengan maksimum.
Seterusnya Murry dan Horswill (1998), menyatakan bahawa
pengambilan lemak sebanyak 35% daripada jumlah keseluruhan
kalori harian
disarankan kepada atlet kerana ia berkemungkinan mengurangkan
keupayaan
daya tahan kardiovaskular. Pengambilan tenaga bergantung kepada
banyaknya
makanan pemberi tenaga seperti karbohidrat, lemak dan protein
yang dimakan
dan jumlah tenaga yang diperlukan untuk aktiviti fizikal.
Penggunaan tenaga
tidak seimbang kurang atau lebih 3500 kcal dalam seminggu
biasanya akan
menyebabkan penurunan atau penambahan satu paun berat badan.
Burke (1992)
pula menyatakan bahawa keperluan protein oleh para atlet telah
dibahaskan
iaitu atlet sukan dalam kategori kekuatan didapati melakukan
pengambilan
protein dalam jumlah yang banyak untuk pembesaran otot. Bagi
atlet sukan
kategori daya tahan pula memerlukan pengambilan karbohidrat yang
banyak
tetapi mereka mengurangkan pengambilan protein . Keputusan yang
diperolehi
menunjukkan permintaan protein bertambah dengan peningkatan
aktiviti
latihan. Justeru, para atlet dinasihatkan supaya mengelakkan
pengambilan
protein tambahan. Protein yang telah digunakan untuk aktiviti
fizikal haruslah
digantikan melalui pengambilan makanan yang mengandungi
protein.
Jacqueline & Suzanne (1999), dalam kajiannya menyatakan
bahawa
pemeliharaan imbangan cecair dalam tubuh adalah amat penting
ketika
melakukan aktiviti fizikal yang maksimum. Perpeluhan semasa
menjalani
-
34
latihan adalah satu mekanisma yang menunjukkan bahawa intensiti
atau
jangkamasa latihan semakin meningkat terutamanya dalam keadaan
sekeliling
yang panas. Keadaan yang lebih teruk boleh berlaku bila
dehidrasi boleh
mempercepatkan kepanasan dan keletihan malah boleh
menyebabkan
berlakunya kematian.
Sugiura, Suzuki & Kobayaki (1999), telah menjalankan kajian
terhadap
64 orang atlet elit Jepun di dalam acara balapan dan padang yang
bertanding di
dalam kejohanan olahraga Asia di Hiroshima, Jepun pada tahun
1994. Hasil
kajian didapati 63 peratus daripada atlet yang menjawab
soalan-soalan
mengenai pengetahuan am pemakanan dengan betul. Ini adalah
kerana
kebanyakan atlet diberi pendedahan tentang pemakanan ketika sesi
kaunseling
yang berpandukan kepada Japanese Recommended Dietary Allowances
(JRDA)
bagi mengoptimumkan pengambilan zat-zat penting di dalam
pemakanan ini
dikalangan atlet-atlet olahraga negara Jepun telah memberi
implikasi yang
penting kepada pasukan mereka kerana berjaya meningkatkan
kedudukan pingat
daripada tempat keempat di kejohanan yang lalu kepada tempat
kedua pada
kejohanan ini.
Menurut Noakes (1991), terdapat tiga peraturan asas
pemakanan.
Pertama, badan kita memerlukan nutrien penting iaitu
karbohidrat, protein dan
lemak sebagai pembekal tenaga yang utama kepada tubuh badan
seseorang atlet.
Kedua, nutrien tersebut terkandung dalam empat kumpulan makanan
iaitu
kumpulan daging dan ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran, susu
dan hasil
-
35
tenusu dan kumpulan roti. Ketiga, nisbah makanan tersebut untuk
satu hari bagi
daging dan ikan ialah 2 hidangan, susu dan hasil tenusu 2
hidangan, roti dan
bijirin 4 hidangan serta sayur-sayuran dan buah-buahan 4
hidangan.
Menurut Manore et.al (2000), aktiviti fizikal, prestasi atlet
dan
pemulihan daripada latihan dapat dipertingkatkan melalui
pemakanan yang
optimum. Pemilihan makanan dan bendalir atau elektrolit yang
sesuai perlu
dirancang dalam setiap pengambilan makanan atlet olahraga
sebelum, semasa
dan selepas sesuatu latihan atau pertandingan. Jumlah
pengambilan makanan
mestilah berdasarkan jumlah guna tenaga seseorang atlet
berdasarkan bidang
sukan yang diceburinya atau faktor jantina serta usia. Ini
membuktikan jumlah
pengambilan makanan seseorang atlet adalah berbeza kerana ia
bergantung
kepada sesuatu acara sukan yang diceburinya seperti pelari jarak
dekat,
sederhana atau jarak jauh selain faktor jantina dan usia.
Bagi Bar (1986) pula telah melaporkan dalam kajiannya terhadap
atlet
maraton dan atlet kecergasan wanita di Kanada menunjukkan
secara
keseluruhannya atlet maraton mempunyai tahap pengetahuan
pemakanan yang
lebih tinggi iaitu 50 % berbanding dengan atlet kecergasan 45 %.
Didalam
bidang pengetahuan am tentang pemakanan, atlet maraton
dilaporkan turut
mempunyai tahap pengetahuan yang lebih tinggi iaitu 60 %
berbanding 45 % di
antara atlet kelas kecergasan. Manakala dari segi pengetahuan
dalam
pemakanan dan perkaitannya dengan aktiviti fizikal, atlet
maraton lebih peka
dan prihatin iaitu 50 % berbanding atlet kelas kecergasan
berjumlah 30%
-
36
sahaja. Keadaan ini disebabkan oleh pelari maraton lebih
mementingkan aspek
pemakanan di dalam sukan berbanding atlet kecergasan wanita.
Mereka juga
menganggap bahawa aspek pemakanan amatlah penting untuk mereka
bagi
membekalkan tenaga yang banyak, lebih-lebih lagi dalam acara
daya tahan atau
endurance. Berikutan beberapa kenyataan dan kajian yang telah
dijalankan
terhadap kepentingan pemakanan dalam sukan untuk meningkatkan
prestasi
atlet dan kurangnya pengetahuan tentang pengambilan nutrien
ideal dalam diet
harian untuk tenaga, beberapa orang pengkaji juga turut
memperjelaskan
kepentingan setiap kelas makanan yang perlu diambil oleh atlet
dalam
menyempurnakan diri sebagai atlet yang berjaya.
Rontoyannis, Skoulis & Pavlon yang disebut dalam Eden &
Abernethy
(1998), melaporkan bahawa atlet yang menjuarai acara 1,500 km
mengambil
500 mg vitamin C dan pil protein dua kali sehari. Purata
pengambilan tenaga
atlet ini adalah sebanyak 43,370kj (10,330kcal) sehari dengan
97% daripada
karbohidrat, lemak 35% dan protein 18%. Walau bagaimanapun
ia
mencadangkan atlet yang mengambil jumlah yang besar daripada
pelbagai jenis
makanan adalah tidak perlu menggunakan nutrien tambahan seperti
vitamin atau
garam mineral.
Menurut Katch & Mc Ardle (1993), pengambilan cecair
semasa
pertandingan disarankan sebanyak 150 mililiter setiap 15 minit
ketika
pertandingan. Minuman tenaga berkarbonat amat digalakkan bagi
membekalkan
tenaga dalam simpanan glikogen otot. Dalam keadaan cuaca yang
panas
-
37
terutamanya dehidrasi kerap berlaku yang membawa kepada
keletihan. Oleh
yang demikian sebelum tahap penyimpanan karbohidrat menurun,
bagi
sesetengah atlet sukan penambahan air dalam tubuh diambil
dengan
menggunakan cecair polymer glukose. Pengambilan cecair dan
pencegahan
dehidrasi dalam aktiviti fizikal khususnya dalam acara olahraga
amatlah penting
sekali. Kekurangan pengambilan cecair dan pemakanan merupakan
antara
faktor-faktor yang boleh mengurangkan serta mengganggu prestasi
sukan atlet.
Kesan kekurangan pengambilan cecair adalah lebih cepat dirasai
dan
mendatangkan risiko yang lebih tinggi jika hendak dibandingkan
dengan kesan
kekurangan pemakanan. Walau apapun kedua-duanya amat penting dan
perlu
diseimbangkan.
Menurut Burke (1992), atlet yang menggunakan kekuatan dan
ketangkasan memerlukan lebih banyak sumber karbohidrat
berbanding atlet
bina badan yang lebih banyak mengambil protein bagi membina
dan
membesarkan tisu otot. Pengambilan karbohidrat bagi atlet remaja
lelaki pula
lebih banyak berbanding atlet yang telah melepasi umur 30 tahun.
Pengetahuan
yang spesifik terhadap pengambilan makanan yang bersesuaian
dengan sesuatu
acara yang diceburi akan membolehkan seseorang atlet
meningkatkan jumlah
penggunaan tenaga ke tahap maksimum dan seterusnya mencapai
prestasi yang
cemerlang.
Harrison dan rakan-rakan (1991), menyatakan bahawa kajian
lampau
tidak menunjukkan dengan jelas sama ada peringkat latihan atau
status
-
38
pertandingan memberi kesan ke atas tabiat pemakanan dan
pengetahuan
pemakanan di kalangan atlet. Mereka mungkin membuat jangkaan
bahawa
dengan peningkatan penggunaan masa latihan atau peningkatan
motivasi untuk
kemenangan akan mendorong atlet untuk cuba mengetahui dengan
lebih
mendalam tentang pemakanan dan amalannya. Pengetahuan dan
amalan
pemakanan yang betul merupakan faktor penting untuk atlet
tersebut mencapai
prestasi optimum.
Menurut Anderson dan Palombo (1998), kebanyakan atlet
olahraga
didapati mempunyai pengetahuan umum yang baik dalam prinsip
asas
pemakanan. Akan tetapi, mereka mempunyai pengetahuan yang cetek
berkaitan
keperluan penambahan karbohidrat. Mereka kekurangan pengetahuan
tentang
nisbah tenaga yang ideal dalam makanan yang mengandungi
karbohidrat,
protein dan lemak. Di kalangan atlet atau pelari masih
menganggap protein
merupakan sumber tenaga penting apabila simpanan glikogen rendah
berlaku.
Mereka menegaskan perlunya atlet mengambil makanan yang
mengandungi
protein yang mencukupi untuk sesuatu latihan yang berintensiti
tinggi.
Sekiranya pengambilan protein tersebut masih tidak mencukupi,
pengambilan
supplemen protein oleh atlet berkenaan perlu dilakukan.
Hamilton et.al (1994), telah membuat kajian ke atas 90 orang
atlet elit
jarak sederhana. Subjek kajian diperoleh daripada senarai yang
dibekalkan oleh
New Zealand Amateur Athletic Association (NAAA). Atlet-atlet
elit ini
merupakan atlet yang dipilih untuk pasukan senior dan mengambil
bahagian
-
39
dalam pertandingan olahraga kebangsaan New Zealand 1988. Kesemua
atlet
tersebut telah diberikan borang soal selidik yang mengandungi
lima bahagian
iaitu maklumat umum (seperti jantina, umur dan status ekonomi),
pengetahuan
pemakanan secara umum, pengetahuan pemakanan dalam sukan,
sumber
mengenai pemakanan dan amalan pemakanan.
Sumber maklumat yang paling kerap digunakan bagi mendapatkan
maklumat berkaitan pemakanan datangnya daripada jurulatih iaitu
sebanyak
(47%), majalah (45%), doktor (45%), buku (28%), dan rakan sebaya
atau atlet
lain sebanyak (28%). Menurut Hamilton et.al (1994), atlet yang
menggunakan
majalah sebagai sumber maklumat mempunyai skor yang tinggi
dalam
pengetahuan am dan pemakanan dalam sukan. Begitu juga dengan
atlet yang
menggunakan buku dan akhbar sebagai sumber rujukan. Bagi atlet
yang
merujuk kepada jurulatih dan ibu bapa, mereka didapati mempunyai
skor yang
rendah untuk pengetahuan am tentang pemakanan. Walau
bagaimanapun, kajian
menunjukkan bahawa jurulatih merupakan sumber maklumat paling
penting
untuk atlet di mana mereka yang bertanggungjawab memberi
maklumat tentang
pemakanan dan memberi panduan diet kepada atlet mereka. Maka
jurulatih
memainkan peranan yang penting dalam pendidikan pemakanan untuk
atlet.
Suriah et. al (1998), telah menyatakan dengan lengkap berkaitan
kaedah
pemakanan khusus untuk atlet yang perlu diamalkan sebelum,
semasa dan
selepas pertandingan yang disertai. Pada masa dua hingga tiga
hari sebelum
pertandingan, setiap kali selepas latihan dijalankan atlet
perlulah makan
-
40
makanan yang mengandungi rendah kandungan lemak, dan tinggi
kandungan
karbohidrat. Mereka juga perlu mengurangkan pengambilan garam
dan
makanan masin untuk mengelakkan ketidakseimbangan bendalir dan
perubahan
berat badan. Atlet itu juga perlu minum lapan gelas atau lebih
bendalir. Ini
termasuklah air dan jus. Atlet juga dilarang mengambil kafien
seperti kopi, teh,
kola, koko, ubat yang mengandungi kafien, alkohol atau ubat
diuretik. Minum
minuman yang serupa, cuma kurangkan makanan yang berbentuk
pepejal pada
hari tersebut dan dapatkan nisbah kalori yang lebih daripada jus
dan minuman
manis yang lain.
Menurut Burke (1992), selain karbohidrat, pengambilan
makanan
daripada sumber protein akan meningkat seiring dengan
peningkatan intensiti
sesuatu latihan. Oleh itu, kebanyakan atlet mengambil protein
untuk
menggantikan kandungan protein yang telah digunakan semasa
sesuatu latihan
atau pertandingan. Amalan ini perlu dielakkan kerana ia akan
mendatangkan
kesan sampingan kepada keseimbangan kandungan protein dalam
tubuh badan
atlet. Adalah digalakkan seseorang atlet mengambil protein
daripada sumber
makanan dan bukannya daripada protein tambahan berbentuk kapsul
atau
cecair. Jika kandungan protein dalam badan seseorang atlet tidak
seimbang, ia
akan menyebabkan seseorang atlet itu tidak mampu
mengoptimumkan
penggunaan tenaga yang tersimpan dalam sel otot untuk melakukan
aktiviti
berintensiti tinggi.
-
41
Menurut Williams (2002), lemak membekalkan bentuk tenaga
makanan
yang paling penting dan utama kepada atlet olahraga. Lemak dalam
diet lambat
dicernakan berbanding dengan karbohidrat dan protein. Lemak akan
memberi
rasa kenyang yang berpanjangan. Hampir semua tisu boleh
menggunakan asid
lemak untuk tenaga. Gliserol hanya boleh dioksidakan di dalam
beberapa tisu,
dengan itu kebanyakannya dibawa ke hati di sini gliserol akan
dioksidakan
untuk mendapat tenaga atau digunakan dalam sintesis trigliserida
baru.
Peningkatan metabolisme lemak ini akan memberi lebih tenaga
kepada atlet
bagi menjalani atau melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih
maksimum.
Menurut Burke (1992), vitamin adalah satu kumpulan sebatian
organik
yang penting untuk mengekalkan kesihatan badan. Ia terdapat
dalam kuantiti
yang sedikit dalam makanan. Ia tidak menghasilkan tenaga tetapi
kekurangan
vitamin akan menyebabkan penyakit defisiensi (penyakit
kekurangan zat).
Apabila tahap vitamin turun kepada tahap yang rendah, ia akan
melemahkan
metabolisme badan dan juga akan mempengaruhi prestasi sukan.
Walau
bagaimanapun, jika vitamin sentiasa dibekalkan, maka metabolisme
badan tidak
akan terganggu.
Menurut Thomson et.al (1999), kajian masih tidak dapat
membuktikan
bahawa keperluan vitamin oleh para atlet adalah tinggi daripada
tahap yang
disyorkan oleh (Recommended Dietary Intake) RDI. Biasanya atlet
yang
mengalami masalah pengambilan vitamin merupakan atlet vegetarian
dan atlet
yang rendah dalam pengambilan kalori. Air pula adalah mustahak
untuk segala
-
42
proses tubuh badan. Tujuh puluh peratus daripada badan manusia
adalah air. Air
penting untuk kerja-kerja penghadaman, mengawal kepekatan darah,
mengawal
suhu badan, membawa dan membantu pembuangan bahan kumuh
daripada
badan serta membantu memelihara kepekatan plasma darah.
Menurut Palombo dan Benardot (2000), air juga merupakan
faktor
penting yang mempengaruhi prestasi sukan. Ramai di kalangan
atlet tidak
menyedari bahawa mereka telah kehilangan air semasa bersukan.
Seseorang
atlet boleh kehilangan air dari badan mereka sebanyak 2%-3%
daripada berat
badan atau 1-2 liter per jam melalui perpeluhan. Ini bermakna
atlet yang terlibat
dalam sebarang jenis sukan atau latihan yang berintensiti tinggi
iaitu yang
melebihi 60 minit harus menjaga jumlah pengambilan air dengan
betul.
Begitu juga dengan pendapat Mohd Nasir & Rokiah (2000)
yang
menjelaskan bahawa untuk mengatasi masalah berlakunya kehadiran
dehidrasi,
pengambilan air yang secukupnya amat perlu untuk mengurangkan
risiko
hipertemia dan tekanan dalam sistem peredaran darah. Pencegahan
awal adalah
satu langkah yang sangat penting dan berkesan untuk mengawal
dehidrasi.
Kekerapan pengambilan air dingin dalam jumlah yang kecil iaitu
100 hingga
200 ml setiap satu minit semasa melakukan aktiviti fizikal
adalah disarankan
bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi. Oleh itu secara
keseluruhannya dengan
apa yang dapat diperjelaskan oleh Pate & Horn (1998), aspek
terpenting dalam
pemakanan atlet adalah mengikut panduan asas untuk amalan
pemakanan sihat.
-
43
Atlet harus mengetahui bahawa tiada sejenis makanan sahaja yang
boleh
membantu dalam peningkatan prestasi atlet. Untuk menghasilkan
data yang
lebih bermakna dan informatif, kajian masa depan ke atas amalan
pemakanan di
kalangan atlet haruslah meliputi kaedah-kaedah yang lebih
komprehensif dalam
penentuan pengambilan makanan, keperluan tenaga, status
pemakanan dan
komposisi badan. Kaedah yang biasa digunakan untuk mengumpul dan
menilai
data pemakanan adalah daripada catatan pengambilan makanan dalam
seminggu
iaitu selama 7 hari, ingatan kembali dalam masa 24 jam, soal
selidik tentang
kekerapan pengambilan makanan dan sejarah pemakanan.
Seterusnya Economos & Bortz (1993), menjelaskan bahawa
persediaan
secara fizikal serta mental sebelum pertandingan, dan amalan
pemakanan
merupakan dua faktor penting yang mempengaruhi pencapaian
seseorang atlet.
Menurut mereka lagi, lebih banyak kajian formal diperlukan
untuk
memperkembangkan program pendidikan pemakanan. Pengenalan
kecergasan
fizikal dan pemakanan seimbang serta sistematik di kalangan
atlet adalah
penting bagi peningkatan prestasi.
Massad, Shier, Koceja & Ellis (1995), telah membentuk satu
skala untuk
mengukur pengetahuan dan pengambilan suplemen pada ahun 1993.
Skala ini
adalah dalam bentuk soal selidik yang mengandungi data
demografi, senarai 23
jenis suplemen dengan penunjuk kekerapan digunakannya, 21 item
kuiz untuk
menguji pengetahuan tentang suplemen dan satu bahagian
menunjukkan
penglibatan sukan serta sebab menggunakan atau tidak menggunakan
suplemen.
-
44
Menurut mereka, atlet olahraga mengambil suplemen untuk tujuan
ergogenik.
Keinginan untuk menang telah membawa kepada pengambilan
produk-produk
suplemen yang mampu merangsang prestasi seperti vitamin,
mineral, minuman
sukan dan serbuk protein. Hasil kajian lampau ke atas atlet -
atlet remaja
menunjukkan lazimnya mereka mengambil suplemen vitamin dan
mineral.
Mereka mengharapkan faedah hasil dari pengambilan dadah anarobik
serta
pengambilan suplemen protein dalam usaha untuk meningkatkan
prestasi.
Harrison et.al (1991), telah menggunakan kaedah soal selidik
untuk
membuat kajian perbandingan terhadap pengetahuan pemakanan dan
amalan
pemakanan ke atas 122 orang atlet elit dan bukan elit di New
Zealand. Soal
selidik ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu biodata,
soalan
pengetahuan latihan dan pemakanan serta bahagian amalan
pemakanan. Mereka
melaporkan ramai atlet telah melahirkan rasa minat dalam aspek
pemakanan.
Penekanan prinsip-prinsip pemakanan semasa latihan dan
pertandingan didapati
dapat meningkatkan prestasi atlet. Dapatan kajian menunjukkan
atlet balapan
dan padang didapati mempunyai pengetahuan pemakanan dan aktiviti
fizikal
yang lebih baik berbanding atlet-atlet acara lain.
Benardot (2000), menyatakan kemajuan atlet adalah suatu proses
yang
berlanjutan. Apabila atlet berlatih, ia akan membina sel-sel di
samping
pengambilan makanan yang optima, mereka akan menjadi lebih
sihat. Kadar
pemulihan pula akan menjadi lebih cepat dan rasa lemah-lemah
badan
berkurangan. Latihan dan pemakanan yang sihat dapat membantu
atlet
-
45
meningkatkan prestasi mereka dan seterusnya mencapai
kecemerlangan dalam
sukan yang diceburi.
Menurut Byer (1995), jurulatih dan atlet khususnya
memerlukan
pendidikan pemakanan yang lebih berkesan. Mereka bukan sahaja
harus
mengetahui pemakanan untuk kecergasan dan sukan tetapi juga
pengetahuan
dalam penggunaan pil-pil supplemen dan produk-produk lain yang
terdapat di
pasaran. Mereka harus berwaspada agar tidak terpedaya dengan
iklan dan
maklumat-maklumat palsu. Ini memerlukan pengetahuan yang tinggi
tentang
aspek pengetahuan pemakanan di kalangan atlet.
Bedgood & Tuck ( 2000 ), menyatakan bahawa pengambilan
makanan
tambahan sangat meluas di kalangan atlet yang bertanding di
peringkat
pertandingan tinggi. Kebanyakkan makanan tambahan ini tidak
memberi kesan
kepada peningkatan prestasi dan ada yang mendatangkan bahaya
terhadap
kesihatan bila mengambil dos yang berlebihan dalam jangka waktu
yang
panjang. Terdapat bukti kandungan di dalam makanan tambahan yang
dijual
tidak menyatakan spesifikasinya dan melanggar peraturan
Jawatankuasa
Olimpik Antarabangsa dan Agensi Anti Doping Sedunia.
Dalam kajian terhadap pengambilan makanan ke atas 100 orang
atlet
kebangsaan Norway, 84% menggunakan mikronutrien tambahan.
Walau
bagaimanapun, ramai atlet menyatakan pengambilan diet yang
normal adalah
pendekatan yang lebih baik, tambahan pula bukan semuanya
makanan
-
46
tambahan itu selamat digunakan untuk atlet. Oleh itu, atlet
perlu tahu jenis
bahan makanan tambahan yang boleh mencemar dan mendatangkan
bahaya
baik dari segi prestasi mahupun kesihatan ( Ronsen, Sundgot,
Borgen &
Maehlum, 1999 ).
2.4 Rumusan Kajian Berkaitan
Apa yang dapat disimpulkan di sini bahawa, aspek pemakanan bukan
sahaja
merupakan penyumbang utama bagi orang yang bukan atlet dalam
mengekalkan
kesihatan dan cara hidup yang sihat tetapi ia juga merupakan
amalan dan faktor
yang sangat penting untuk atlet dalam pencapai prestasi yang
lebih tinggi,
cemerlang dan mempunyai daya saing yang tinggi. Amalan pemakanan
yang
seimbang dari segi pengambilan karbohidrat, protein, lemak,
vitamin dan
mineral perlu dipatuhi oleh setiap atlet agar tubuh badan dapat
diadaptasikan
dengan proses fisiologi dalam badan. Amalan pemakanan ini perlu
diterapkan
dan dilaksanakan adalah lebih afektif ketika atlet itu di
peringkat sekolah lagi.
Para atlet jika diberikan pengetahuan dan pemahaman
berkaitan
pemakanan, mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut dan
dijadikan
sebagai amalan sehingga mereka berjaya ke peringkat yang lebih
tinggi seperti
di peringkat Antarabangsa atau Olimpik. Prestasi yang tinggi
sebenarnya
banyak bergantung terhadap program latihan dan program pemakanan
yang
-
47
seimbang. Kedua-duanya perlu diseimbangkan. Pemakanan sukan
boleh
membantu individu meningkatkan prestasi sukan dan sekaligus
meningkatkan
tahap kesihatan. Walau bagaimanapun aspek latihan perlulah
diberikan
perhatian seiring dengan aspek pemakanan. Sebenarnya rancangan
latihan yang
berjaya bergantung kepada latihan yang berkesan dan pemakanan
sukan yang
berjaya.
Pemakanan merupakan sains kesihatan yang penting dan
mempunyai
peranan dalam penjagaan kesihatan. Penyelidikan pemakanan sukan
dan
kepentingannya kepada atlet terus berkembang. Ia adalah satu
bidang ilmu yang
baru. Oleh itu kebanyakan konsep dan pengetahuan yang diperoleh
sehingga
kini masih boleh diubahsuai dan ditambah dengan maklumat baru
apabila lebih
banyak pengetahuan baru diperoleh. Keadaan pemakanan akan terus
berubah
selari dengan corak gaya hidup sihat.
Setiap permasalahan perlulah diambil tindakan sebagai
langkah
mengatasi permasalahan tersebut khususnya mengena pengetahuan
dan amalan
pemakanan, perubahan sikap bagi setiap individu dalam masyarakat
pada hari
ini adalah sangat penting. Sebagaimana Mohd Nasir & Rokiah
(2000),
memberikan pendapatnya bahawa pendidikan pemakanan adalah sangat
penting
sebagai langkah jangka panjang untuk membekalkan pengetahuan
positif
tentang makanan dan amalan pemakanan kepada setiap individu.
Pendidikan
pemakanan bertujuan menggalakkan kesihatan yang baik dan
mencegah
penyakit dengan membolehkan orang dewasa mahupun kanak-kanak
membuat
-
48
pemilihan makanan dan minuman yang sesuai dan sihat. Walaupun
tingkah laku
makan dipelajari, namun amalan pemakanan berbeza di antara kaum
dalam
masyarakat majmuk di Malaysia ini.
Oleh itu, wajarlah atlet dan jurulatih itu mempunyai pengetahuan
dalam
pemakanan dan merancang amalan pemakanan berdasarkan pengetahuan
yang
diperolehi. Pemantauan dan saranan peningkatan pengambilan
makanan harian
atlet perlu diperbaiki untuk menjamin prestasi sukan mereka.
Diharapkan jika
kedua-dua belah pihak dapat memainkan peranan masing-masing,
kejayaan atlet
kita akan lebih cemerlang diperingkat Asia dan antarabangsa.
-
49
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan. Bab ini menerangkan mengenai rekabentuk kajian
yang akan dijalankan. Di
dalam rekabentuk kajian ini terdapat kaedah kajian dan prosedur
kajian.
Terdapat juga kerangka kajian yang merangkumi pembolehubah bebas
dan
pembolehubah bersandar. Penerangan juga mengenai populasi dan
persampelan,
instrumen kajian yang digunakan merangkumi kajian rintis dan
kesahan dan
kebolehpercayaan hingga kepada pengumpulan data , analisis data,
prosedur
kajian dan cara data dianalisis. Semua aspek yang dirancangkan
adalah untuk
memastikan kajian berjalan dengan lancar.
-
50
Menurut Mohd Majid Konting (2000), kaedah merupakan cara atau
jalan
menyelesaikan permasalahan penyelidikan. Kaedah penyelidikan
merupakan
segala langkah yang diambil untuk mencapai segala objektif
penyelidikan.
Maka, objektif sesuatu penyelidikan dan jenis penyelidikan perlu
dikenal pasti
untuk menentukan kaedah yang tepat.
Kesesuaian penyelidikan akan membantu penyelidik untuk
mengumpulkan data serta mendapatkan hasil maklumat yang lengkap
dalam
menjalankan kajian. Jika data yang diperolehi kurang
bermaklumat, kajian yang
hendak dijalankan kurang keesahan dan kebolehpercayaannya. Data
yang
diperolehi tidak membantu penyelidik dalam membuat rumusan
terhadap kajian
yang dijalankan.
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.2.1 Kaedah Kajian
Reka bentuk kajian yang dipilih untuk mengenalpasti tahap
pengetahuan dan
diet pemakanan di kalangan atlet olahraga di sekolah projek
dibawah seliaan
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur ini adalah
berbentuk
deskriptif dan dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan set
soal selidik.
Penyelidikan jenis deskriptif digunakan dalam kajian ini kerana
ia merupakan
penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan suatu perkara
yang sedang
-
51
berlaku. Penyelidikan deskriptif juga sering kali bermatlamat
untuk menerokai
sesuatu bidang yang masih kurang dikaji.
Soal selidik digunakan adalah untuk mendapatkan maklumat
berkenaan
fakta-fakta, kepercayaan dan kehendak subjek. Segala maklumat
yang diterima
ditafsirkan secara kuantitatif. Selain itu, kedudukan subjek
yang berjauhan
antara satu sama lain memerlukan kajian yang dapat meminimumkan
kos
perbelanjaan, masa dan penggunaan tenaga bagi proses pengumpulan
data.
Pemilihan kaedah deskriptif yang menggunakan borang soal selidik
ini juga
dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas subjek
terhadap
rangsangan soalan yang diberi (Mohd Majid Konting, 1994).
Menurut Kerlinger (1973), reka bentuk kajian adalah bertujuan
untuk
mencari maklumat dan mengawal varians yang tidak berkaitan
dengan
penyelidikan. Oleh itu satu reka bentuk kajian yang kemas
diperlukan untuk
mendapatkan maklumat bagi menjawab persoalan kajian. Dalam
kajian ini,
penyelidik telah memilih reka bentuk tinjauan (survey) dengan
menggunakan
kaedah soal selidik. Kaedah tinjauan didapati sesuai dalam
pengurusan kajian
seperti ini kerana tinjauan yang hendak dilakukan hanya mengenai
pengetahuan
dan amalan responden terhadap tajuk persoalan yang dikemukakan.
Selain itu
kajian hanya melibatkan kerja-kerja pengumpulan data dan
maklumat daripada
responden yang terlibat sahaja.
-
52
Menurut Isaac (1982), kaedah tinjauan adalah satu cara untuk
mengumpul maklumat bagi menjelaskan ciri-ciri atau sifat
pelbagai data
termasuk data yang merangkumi pandangan dan sikap. Maklumat
yang
diperolehi akan digunakan untuk menyatakan keadaan sebenar
sesuatu perkara
yang berkaitan dengan sesuatu komuniti dalam konteksnya yang
tersendiri.
Babbie (1983) menyatakan, kaedah tinjauan menggunakan soal
selidik
sebagai alat kajian adalah bersifat logik, saintifik dan khusus.
Ukuran secara
kuantitatif dan kualitatif mudah diperolehi dan dengan ini dapat
membantu
penyelidik dalam meninjau pandangan responden berkaitan
pengalaman dan
kefahaman mereka.
Menurut Sudman & Bradburn (1993), soal selidik adalah satu
alat yang
penting bagi seseorang pengkaji kerana kualiti atau mutu soal
selidik akan
menentukan nilai penyelidikan pada keseluruhannya. Jika soalan
dalam soal
selidik kabur, maka jawapan yang diperolehi itu tidak akan
memberikan
pengertian yang nyata.
Bentuk soalan yang dikemukan dalam soal selidik adalah
soalan
tertutup. Jenis soalan ini mudah untuk dianalisis dan
menyenangkan responden
untuk memberikan jawapan kerana dia hanya dikehendaki memilih
satu
daripada beberapa jawapan yang diberikan (Sudman & Bradburn
,1993).
-
53
3.2.2 Prosedur Kajian.
Bagi melaksanakan tugasan penyelidikan yang melibatkan atlet
yang bernaung
di bawah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur,
penyelidik
terlebih dahulu perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak
Jabatan Pelajaran.
Apabila kebenaran telah diperolehi secara rasmi, penyelidik akan
berurusan
dengan Penyelaras pusat latihan dan jurulatih di sekolah
berkenaan bagi
mengenalpasti subjek yang dikehendaki bagi tujuan kajian ini.
Ketetapan tarikh
dan masa diputuskan supaya perjalanan mesyuarat berjalan dengan
lancar.
Kajian ini akan dijalankan pada bulan Januari 2007. Penyelidik
akan
pergi ke pusat latihan olahraga , di Komplek Sukan Bukit Jalil
dan trek
olahraga di SMK Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur dan akan bertemu
dengan
Penyelaras pusat tersebut yang akan dimaklumkan terlebih dahulu
tentang
penyelidikan ini.
Setelah mendapatkan senarai nama atlet berkenaan daripada
Penyelaras
pusat berkenaan, penyelidik bersama Penyelaras pusat latihan
olahraga dan
jurulatih pusat akan berjumpa dengan semua atlet yang terbabit
berdasarkan
persetujuan masa dan tempat perjumpaan yang telah diaturkan.
Penyelidik akan menerangkan prosedur menjawab soal selidik
dan